Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 46 VAKSINASI Unit ini memberi fokus kepada bagaimana sistem pertahanan badan melawan penyakit dan menggalakkan penyembuhan daripada jangkitan penyakit. Kesedaran mengenai kepentingan vaksinasi juga dberi perhatian memandangkan ada isu dalam masyarakat sekarang yang ibu bapa tidak mevaksinasikan anak mereka. Kemahiran menginterpretasi graf juga ditekankan dalam UNIT ini. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 4.2.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai fungsi sistem pertahanan badan. 4.2.2 Mendefinisikan antigen, antibody dan keimunan badan. 4.2.3 Mewajarkan kepentingan imunisasi. 4.2.4 Membezakan keimanan pasif dan keimunan aktif. NOTA Suntikan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia telah terbukti dapat mengurangkan kes kecacatan serta meningkatkan perlindungan terhadap penyakit berjangkit dan penyakit bahaya lain. Apabila Kementerian Kesihatan mewajibkan pengambilan vaksin seperti BCG, Hepatitis B, DPT dan MMR terhadap bayi yang baru lahir, telah berjaya melindungi berjuta rakyat daripada penyakit seperti tetanus, kanser hati, difteria, pertussis, beguk, campak, rubella dan banyak lagi. Malah, kes seperti kecacatan kaki akibat polio juga amat jarang dilihat kini. Ini semuanya kerana inisiatif yang telah diambil oleh pihak ibu bapa dan kerajaan dalam memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Mari kita tonton video di bawah untuk memahami bagaimana vaksinasi berfungsi.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 47 Lembaran Kerja Murid 11.1 INFO SAINS VAKSINASI - CEGAH SEBELUM PARAH APAKAH VAKSIN? Menurut World Health Organisation (WHO), vaksin ialah satu bahan biologi yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan terhadap sesuatu penyakit dengan merangsang penghasilan antibodi. Vaksin mengandungi sebahagian atau keseluruhan mikroorganisma yang telah dimatikan atau dilemahkan. Mikroorganisma tersebut adalah virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit tertentu. Kaedah biasa untuk pemberian vaksin adalah melalui suntikan tetapi ada juga yang diberikan melalui mulut atau semburan hidung. BAGAIMANA VAKSIN MENGHASILKAN IMUNITI? Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan /menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua. ADAKAH IMUNISASI MEMERLUKAN DOS TAMBAHAN? Aras antibodi sesetengah penyakit akan berkurangan apabila umur seseorang itu meningkat. Oleh itu, ia memerlukan beberapa dos atau suntikan tambahan vaksin untuk menambahkan kandungan antibodi dalam badan. Aras keimunan merupakan jumlah antibodi yang perlu dicapai untuk memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit tertentu. APAKAH PENYAKIT YANG MEMERLUKAN IMUNISASI? Beberapa penyakit yang berjangkit telah dapat dilindungi melalui imunisasi. Sehingga kini Kementerian Kesihatan telah mengadakan program pemberian imunisasi kepada beberapa penyakit yang berbahaya dan berupaya memberikan perlindungan yang berkesan. Penyakit tersebut adalah Tibi, Difteria, Kancing Gigi, Batuk Kokol, Campak, Rubella dan Hepatitis B.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 48 PENYAKIT KETERANGAN Tibi (Batuk Kering)/ Tuberkulosis Tibi disebabkan oleh sejenis bakteria yang berjangkit melalui pernafasan. la boleh menyerang mana-mana sahaja bahagian badan. Bagaimanapun biasanya ia menyerang paru-paru. Tibi boleh menyebabkan penderitaan dan maut. Imunisasi: B.C.G (perlu beberapa dos) Difteria (Penyakit Kerongkong) Difteria disebabkan oleh sejenis bakteria. Penyakit ini berbahaya kerana kuman penyakit ini akan mengeluarkan sejenis racun yang merosakkan jantung dan saraf. la juga menyebabkan lapisan yang mudah berdarah bila disentuh. terjadi di kerongkong dan jika terlalu banyak akan menyekat saluran pernafasan. Keadaan ini boleh membawa maut. Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT/ Dua Serangkai - DT/ (perlu beberapa dos) Batuk Kokol Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang menyebabkan batuk teruk yang berterusan dan disertai pendarahan di dalam mata, keretakan paru-paru dan kerosakanteruk kepada otak. Imunisasi: DPT (Perlu beberapa dos) Polio Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus. Apabila ia menyerang, ia boleh menyebabkan lumpuh dan kecacatan anggota seumur hidup. Anggota badan seperti tangan dan kaki tidak dapat bergerak kerana lumpuh. Imunisasi: Polio - Secara titisan di mulut (perlu beberapa dos)
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 49 PENYAKIT KETERANGAN Campak Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus. la seringkali mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan di otak, telinga dan lain-lain khususnya kepada kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dan kurang sihat. Immunisasi: MMR Rubella Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus. la amat merbahaya kepada janin (anak dalam kandungan) jika ibu sedang mengandung dijangkitinya. Anak dalam kandungan akan mengalami kecacatan bila dilahirkan seperti kecacatan jantung, mata, otak, telinga dan sebagainya. Immunisasi: Rubella dan MMR Hepatitis B Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini menyebabkan berlaku kerosakan di hati dan juga mengakibatkan barah hati. Immunisasi: Hepatitis B (perlu beberapa dos) Beguk Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus RNA. Tanda beguk ialah kelenjar liur akan membengkak menyebabkan pipi jugak turut membengkak. Imunisasi: Vaksin MMR yang turut melindungi dari penyakit campak dan Rubela Tetanus Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria. Kuman ini mengeluarkan sejenis racun (toksin). Racun ini boleh merosakkan saraf yang akan menyebabkan ketegangan otot seperti kancing gigi. Jika ini berlaku pesakit akan sukar menelan dan menghalang pernafasan seterusnya membawa maut. Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT/ Dua Serangkai - DT/ Tetanus Toxoid (perlu beberapa dos)
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 50 Aktiviti 11.1 Imunisasi merupakan satu proses pemberian vaksin kepada individu untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin dihasilkan dari patogen tertentu seperti virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan ke otot atau di bawah kulit selain daripada pengambilan secara oral. a) Berdasarkan graf di atas, apakah yang akan berlaku pada aras antibodi seseorang dalam darah selepas mendapat suntikan vaksin yang pertama? Hitamkan ruangan yang betul. Makin berkurangan Makin bertambah b) Perlukah kita mengambil suntikan vaksin sebelum melancong keluar negara? Jelaskan alasan anda. Suntikan vaksin pertama Suntikan vaksin kedua
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 51 c) Adam ingin mengetahui perkaitan antara suntikan vaksin dengan keimunan. Hasil daripada pembacaan yang dibuat, dia menyimpulkan bahawa seseorang itu mesti menerima sekurang-kurangnya dua kali suntikan vaksin. Siva rakan kepada Adam tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Adam. Dia berpendapat hanya satu suntikan sahaja sudah mencukupi. Pendapat siapakah yang anda sokong? Wajarkan. Aras antibodi dalam darah (mg) Aras Keimunan Masa (tahun) Suntikan vaksin pertama Suntikan vaksin kedua Aras imuniti dalam darah (mg)
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 52 Aktiviti 11.2 Imunisasi MMR adalah imunisasi kombinasi untuk mencegah penyakit Campak, Beguk dan Rubela. Pemberian vaksin MMR biasanya diberikan pada usia anak 16 bulan. Vaksin ini adalah gabungan beberapa vaksin. Sebelum ini, vaksin ini diberikan secara berasingan, tetapi dalam beberapa tahun kemudian digabungkan menjadi vaksin kombinasi yang dinamakan Vaksin MMR. a) Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit beguk? b) Berdasarkan kepada data daripada graf di atas terangkan kaitan antara vaksin MMR dengan kadar penyebaran penyakit beguk.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 53 Aktiviti 11.3 Statistik yang dikeluarkan mengenai beberapa wabak penyakit yang menyebabkan kematian di negara X pada tahun 1900 hingga 1963. Data dari graf di bawah menunjukkan penurunan kadar kematian akibat wabak penyakit yang disenaraikan. a) Berdasarkan data daripada graf, tahun bilakah kadar kematian paling tinggi di sebabkan oleh Batuk Kokol. b) Berdasarkan pemerhatian anda pada graf di atas, apakah yang anda ramalkan terhadap kadar kematian sesuatu populasi sekiranya vaksin di atas tidak diambil. Hitamkan pada ruangan jawapan yang betul. Kadar kematian meningkat Kadar kematian berkurangan Jelaskan pilihan jawapan anda
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 54 Aktiviti 11.4 Rajah di bawah menunjukkan komuniti P (tiada program vaksinasi) dan Komuniti Q (diberikan program vaksinasi) dalam membendung demam campak yang mempunyai bilangan penduduk yang sama iaitu 17 orang. Penularan penyakit demam campak boleh dibendung dengan suntikan vaksin MMR. a) Hitungkan peratus individu yang dijangkiti dalam Komuniti P dan Komuniti Q. b) Apakah inferens anda berdasarkan keputusan di atas.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 55 Aktiviti 11.5 a) Padankan vaksin spesifik dengan penyakit yang dikawal. VAKSIN PENYAKIT B.C.G Polio DPT Kancing Gigi Poliomyelitis Difteria MMR Tuberkulosis Hepatitis B Campak Tetanus Toxoid Kanser Hati b) Apakah fungsi vaksin?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 56 Mengikut Bank Dunia, 88% dari penyakit disebabkan meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan. Penyakit yang dibawa oleh air adalah salah satu punya utama kematian bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Contoh penyakit yang dibawa oleh air ialah kolera, tifoid dan disenteri. Maka, akses kepada air bersih adalah sangat penting untuk kehidupan. Air yang bersih boleh dihasilkan dengan pelbagai cara. Kita perlu bersyukur negara kita masih mempunyai sumber bekalan air yang banyak. Maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memastilkan kebersihan dan kelestarian sumber air semulajadi di Malaysia. NIKMAT AIR BERSIH Unit ini memperkenalkan kaedah mendapatkan air yang bersih dengan membina model alat penapis air. Murid juga digalakkan menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah negara yang tidak mempunyai sumber bekalan air. Murid juga perlu diterapkan kesedaran menjimat air serta bersyukur bahawa Malaysia masih banyak sumber air. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan aiur untuk kegunaan harian. 5.3.3 Membina model dan berkomunikasi mengenai sistem pembekalan air. 5.3.4 Mewajarkan kelestarian air sebagai kunci kehidupan yang sihat. Krisis Air di Afrika
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 57 Lembaran Kerja Murid 12.1 Aktiviti 12.1 Perhatikan gambarajah di bawah, tugas anda ialah merekacipta satu penapis air dengan bahan yang disediakan untuk mendapatkan air yang jernih dari air yang telah tercemar. Air kotor Air jernih Bahan yang disediakan: Air kolam atau air tanah. Bikar 150 ml Kaki retort Kain muslin Serbuk arang Pasir halus Pasir kasar Batu kecil Batu kelikir Botol plastik 500 ml yang dipotong bahagian bawah Reka bentuk satu penuras air anda menggunakan bahan yang telah disediakan. Lakarkan penuras anda dalam ruang di bawah. Jelaskan bagaimana penuras air anda berfungsi.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 58 1. Turas air kolam atau air tanah dengan penuras air yang anda sediakan. 2. Perhatikan warna air sebelum dan selepas penurasan. 3. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah: Sebelum penurasan Selepas penurasan Soalan 1 Nyatakan inferens daripada pemerhatian anda. Soalan 2 Adakah air turasan ini selamat untuk diminum? Apa tindakan selanjutnya? Soalan 3 Apakah cadangan penambahbaikan kepada model penuras anda supaya lebih efisien?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 59 Soalan 4 Padang Pasir Sahara adalah antara kawasan gurun yang mempunyai taburan hujan yang sedikit. Di pinggir Padang Pasir Sahara, terdapat banyak jaringan gergasi seperti gambar di bawah yang dipasang di kawasan pergunungan Marrakesh, Morocco. Tujuan jaringan ini adalah mengumpul air minuman. Jaringan tersebut dipasang pada altitud 1,225 meter (4,000 kaki) mampu mengumpul purata sebanyak 6,000 liter air dalam satu hari. a) Apakah punca air dalam kaedah ini? b) Terangkan proses bagaimana air dikumpul?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 60 HUKUM NEWTON Unit ini memperkenalkan Hukum gerakan Newton yang menghubungkaitkan daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac Newton dalam hasil kerjanya yang berjudul Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1687). Hukum Gerakan Sir Isaac Newton ialah suatu hukum fizik yang mentafsirkan asas-asas mekanik. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 8.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai daya. 8.1.4 Menjelaskan dengan contoh setiap daya tindakan terdapat daya t5indak balas yang sama magnitud tertapi bertentangan arah. Sir Isaac Newton 1642 - 1727 Hukum Newton Pertama: Mengatakan bahawa sesuatu objek yang bergerak akan kekal bergerak dan sesuatu objek dalam keadaan pegun akan kekal pegun kecuali ada daya luar yang bertindak ke atas objek itu. Hukum Newton Kedua: Mengatakan bahawa daya luar yang dikenakan ke atas suatu objek itu adalah hasil darab pecutan dengan jisim objek tersebut. Hukum Newton Ketiga: Mengatakan bahawa bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama tetapi bertentangan arah.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 61 Lembaran Kerja Murid 13.1 Aktiviti 13.1 Dengan rajah di bawah sebagai rujukan, jalankan aktiviti berikut menggunakan radas yang disediakan. Jentik kadbod itu dan perhatikan duit syiling yang jatuh ke dalam gelas kosong itu. Soalan 1 Apakah daya yang menyebabkan duit syiling untuk jatuh ke dalam gelas? Soalan 2 Aktiviti ini merujuk kepada Hukum Gerakan Newton yang mana? Soalan 3 Berdasarkan maklumat di atas, terang mengapa.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 62 Aktiviti 13. 2 Satu belon yang ditiup dilepaskan seperti dalam gambarajah di bawah: Soalan 4 Aktiviti ini merujuk kepada Hukum Gerakan Newton yang mana? Soalan 5 Berdasarkan maklumat di atas, terang mengapa. Aktiviti 13.3 Semasa bermain bola keranjang bersama Idham, Zakwan melompat untuk masukkan bola ke dalam jaring. straw belon tali
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 63 Soalan 6 Perihalkan daya tindakan Bumi ke atas Zakwan apabila dia melompat. Soalan 7 Jelaskan jawapan anda.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 64 TUMBUHAN LEMNA Unit ini mengeksploitasi kemahiran membaca dan memahami teks selain menguji kemahiran saintifik murid terhadap konsep pertumbuhan bagi tumbuhan. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 1.7.1 Menyokong sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains. 1.7.2 Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan. 1.7.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik. Ketika berjalan melewati sebuah kolam, Danial terlihat ia dipenuhi dengan tumbuhan Lemna seperti yang dipaparkan dalam rajah 1. Dia tertanya-tanya bagaimanakah tumbuhan Lemna boleh tumbuh tanpa tanah. Gambarajah 1 Gambarajah 2 Kolam dipenuhi tumbuhan Lemna Tumbuhan Lemna
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 65 Lembaran Kerja Murid 14.1 Jawab soalan berikut: 1 Anda hendak merancang satu eksperimen bagi mengkaji dua faktor yang memberi kesan terhadap pertumbuhan tumbuhan Lemna. Mengapakah pokok yang membesar memerlukan nutrien? A. Untuk menambah bilangan daun B. Untuk membantu pokok mendapatkan cahaya matahari C. Untuk meningkatkan pengambilan oksigen D. Untuk meningkatkan pembiakan pokok 2 Jika anda hendak menghasilkan tumbuhan tumbuhan Lemna yang banyak, apakah larutan terbaik yang akan anda guna? Tandakan dalam satu petak. Air suling Air hujan Larutan paip Larutan nutrien Wajarkan pilihan jawapan anda. Aktiviti 13.1: Persediaan Eksperimen Danial hendak mengkaji perhubungan antara jenis nutrien dengan pertumbuhan tumbuhan Lemna. Dia merancang eksperimannya dengan menggunakan air suling, balang kaca dan tumbuhan Lemna seperti dalam Gambarajah 3. Dia menyediakan 3 balang kaca yang mengandungi: Isipadu air suling yang sama 5 tumbuhan Lemna Setiap balang kaca dibalut dengan kertas hitam
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 66 Setiap balang kaca didedahkan dengan keamatan cahaya yang sama secara berterusan Kertas hitam Balang kaca Tumbuhan Lemna Gambarajah 3 Danial memasukkan ke dalam balang kaca yang mengandungi air suling: Larutan Nutrien A Larutan Nutrien B Larutan Nutrien C Larutan nutrient diperbaharui pada sukatan yang sama pada permulaan setiap minggu. Selepas minggu ke 3, keputusan dalam Jadual 3 diperoleh: Balang kaca Minggu 0 1 2 3 1 (Nutrien A) 5 10 15 20 (Kekuningan) 2 (Nutrien B) 5 8 10 12 (Kehijauan) 3 (Nutrien C) 5 12 20 25 (Kehijauan) Jadual 3 NUTRIEN A NUTRIEN B NUTRIEN C
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 67 3 Daripada Jadual 3, balang kaca yang manakah mengandungi bilangan tumbuhan Lemna yang paling banyak pada hujung minggu ke 3? A. Balang kaca 1 B. Balang kaca 2 C. Balang kaca 3 4 Mengapakah Danial meletakkan hanya lima tumbuhan Lemna ke dalam setiap balang kaca pada awal eksperimen? 5 Mengapakah balang kaca pilihan anda dikatakan mengandungi tumbuhan Lemna yang sihat? 6 Selain daripada faktor nutrien, nyatakan dua faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan Lemna yang sihat? 7 Apakah tujuan membalut balang kaca dengan kertas hitam? Nyatakan alasan anda 8 Berdasarkan keputusan eksperimen yang dilakukan oleh Danial, mengapakah dia menambah nutrien dengan sukatan yang sama pada permulaan setiap minggu?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 68 9 Selepas 3 minggu, Danial dan kawannya melewati kolam yang sama dan mendapati kolam tersebut dipenuhi dengan tumbuhan Lemna seperti dalam Gambarajah 4. Mereka tertanya-tanya bagaimanakah tumbuhan Lemna tersebut hidup subur dalam kolam itu. Gambarajah 4 Pada pendapat anda, bagaimanakah nutrien dalam kolam tersebut diperbaharui secara semulajadi bagi pertumbuhan tumbuhan Lemna? Danial perhatikan bahawa saiz tumbuhan Lemna yang sihat dalam balang kaca 3 adalah lebih besar berbanding dengan tumbuhan Lemna yang tumbuh di kolam dalam hutan. Dia mengumpul 5 tumbuhan Lemna dari kolam tersebut untuk membandingkannya dengan tumbuhan Lemna dalam eksperimennya. Lemna dari kolam Lemna dari eksperimen Saiz tumbuhan Lemna kolam (mm) Saiz tumbuhan Lemna balang kaca 3 (mm) Lemna 1: 7 Lemna 1: 13 Lemna 2: 8 Lemna 2: 12 Lemna 3: 9 Lemna 3: 13 Lemna 4: 7 Lemna 4: 14 Lemna 5: 7 Lemna 5: 13 Purata = 7.6 mm Purata = 13 mm 1 2 4 5 3 1 2 3 5 4
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 69 10 Berdasarkan pada purata panjang tumbuhan Lemna dari kolam dan eksperimen, apakah yang menyebabkan tumbuhan Lemna kolam mendapat keputusan sebegitu? Berikan DUA sebab. 11 Apakah kesimpulan anda daripada aktiviti ini?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 70 TIMBUL TENGGELAM Unit ini menguji pemahaman konsep mengenai ketumpatan serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 1.5.1 Menyusun mengikut urutan bahan berdasarkan ketumpatan. 1.5.2 Meramalkan sama ada ada bahan akan terapung dan tenggelam berdasarkan ketumpatan. 1.5.4 Mengira ketumpatan menggunakan rumus (ketumpatan=jisim/isi padu) dan dengan kaedah sesaran air. 1.5.5 Menerangkan fenomena yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan dalam kehidupan seharian. 1.7.1 Menyokong sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains. 1.7.2 Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan. 1.7.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik. Sekumpulan murid sedang membuat kajian lapangan di kawasan laut masin mengenai kesan air laut terhadap bahan logam. Semasa mereka menjalankan kajian, kelihatan sebuah penanda aras air laut atau boya terapung di permukaan air laut yang berhampiran. Mereka memilih untuk mengkaji perubahan kimia yang berlaku ke atas permukaan penanda aras air laut tersebut.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 71 Lembaran Kerja Murid 15.1 Aktiviti 15.1 1. Nyatakan warna yang paling ketara kelihatan pada permukaan pada penanda aras air laut tersebut? Keperangan 2. Namakan proses tindak balas yang berlaku pada penanda aras laut itu. Tandakan pada jawapan yang betul. . 3. Gambar menunjukkan boya berkarat. Berdasarkan gambar, pilih dan tanda syarat-syarat untuk pengaratan Cahaya matahari / Sunlight Air / Water Oksigen / Oxygen Besi / Iron 4. Adakah pengaratan suatu perubahan fizikal atau perubahan kimia? Tandakan pada salah satu kotak. Perubahan fizik Perubahan kimia Jelaskan jawapan anda. Pengaratan Pengestrakan Peneutralan
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 72 5. Tiga kepingan blok besi A, B dan C yang diambil dari tiga boya berbeza yang diletakkan di laut dalam jangka masa tertentu. Letakkan Label kepingan besi ke dalam ruang yang betul. Kepingan blok besi Tempoh masa boya dalam laut 5 bulan / month 1 tahun / year 7 tahun / year Aktiviti 15.2: DAYA APUNGAN DAN BERAT Semua objek akan mengalami daya yang bertindak ke bawah dikenali sebagai Berat. Daya tersebut disebabkan oleh graviti. Apabila direndam di dalam air, satu daya ke atas bertindak pada boya. Daya tersebut dikenali sebagai Daya Apungan. Dari manakah daya apungan terhasil? A B C
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 73 Seketul batu digantung dengan menggunakan neraca Newton. Neraca itu menunjukkan bacaan yang merujuk kepada berat batu tersebut. 7. Berat batu tersebut berkurangan. Ini adalah kerana … Klik pada jawapan yang betul. Berat berkurangan disebabkan oleh daya apungan Daya apungan batu berkurangan disebabkan oleh air disesarkan. Air yang disesarkan mewujudkan daya apungan. Isipadu air meningkat disebabkan daya apungan. Berapakah berat batu tersebut? Berat = (Nyatakan berat berserta unit) Berapakah berat batu sekarang seperti yang ditunjukkan pada neraca spring? Berat = (Nyatakan berat berserta unit) Berat batu dalam air Berat batu dalam udara Neraca spring Newton Neraca spring Newton 6.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 74 8. Rajah menunjukkan batu terendam sepenuhnya di dalam air. 9. 10. Terangkan jawapan anda. Berapakah berat batu seperti yang ditunjukkan pada neraca spring keadaan A? Berat = (Nyatakan berat berserta unit) Berat batu dalam air Neraca spring Newton Keadaan A Keadaan B Neraca spring Newton Berapakah berat batu seperti yang ditunjukkan pada neraca spring keadaan B?. Berat = (Nyatakan berat berserta unit) Berat batu dalam air
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 75 11. Aktiviti 15.3 KAPAL SELAM Pada tahun 2009, Tentera Laut Diraja Malaysia, memperoleh 2 kapal selam kelas Scorpene dari Perancis dan Sepanyol. Salah satu kapal selam ini, KD Tunku Abdul Rahman terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah. Rajah di sebelah menunjukkan empat daya, A, B, C dan D yang bertindak ke atas batu. Yang manakah a) Daya apungan b) Berat Neraca spring Newton Berat batu dalam air
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 76 Spesifikasi kapal selam adalah seperti berikut: Ciri-ciri Spesifikasi Panjang 66.4 m Jenis Diesel/Elektrik Tujuan Menyerang Laju ketika terapung 22 km/jam Laju ketika menyelam 17 km/jam Berat kapal selam ketika separuh tenggelam (berada dipermukaan air laut) 15,770,000 N Berat kapal selam apabila tenggelam sepenuhnya (berada di bawah permukaan air laut) 17,110,000 N 12 Apakah hubungan di antara daya-daya yang membolehkan KD Tunku Abdul Rahman terapung seperti yang ditunjukkan dalam gambar? DAYA APUNGAN BERAT Pilih simbol yang betul untuk kotak itu. A > B < C = D ≠ 13 Dari maklumat yang diberikan dalam jadual, apakah daya apungan yang bertindak pada KD Abdul Rahman di dalam gambar tersebut? Tandakan jawapan yang betul. 22 km/jam 17 km/jam 17,110,000 N 15,770,000 N 1,340,000 N
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 77 14 Aktiviti 15.4 KAPAL SELAM YANG TERAPUNG Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas sebuah kapal selam. Gambarajah yang manakah BENAR tentang daya-daya yang membolehkan satu kapal selam terapung?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 78 15. 16. Aktiviti 15.5 PENYELAMAN KAPAL SELAM Semua kapal selam mempunyai tangki ballast. Air laut dibenarkan masuk ke dalam tangki ballast dalam situasi tertentu. Air laut dipam keluar dari tangki ballast dalam situasi lain. Lihat rajah sebelah. Perhatikan perbezaan dalam tangki ballast. Apa akan terjadi kepada kapal selam apabila air dipam masuk ke dalam tangki ballast? Apakah hubungan antara daya-daya apabila air dipam masuk ke dalam tangki ballast? Pilih satu simbol. BERAT DAYA APUNGAN A > B < C = D ≠ Daya Apungan Daya Apungan
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 79 Aktiviti 15.6 KETUMPATAN Objek terapung boleh diterangkan dari segi ketumpatan. Apabila ketumpatan objek kurang daripada ketumpatan cecair, objek itu akan terapung. Ketumpatan Jika jisim diukur dalam unit gram, isipadu diukur dalam unit cm3 . Unit bagi ketumpatan adalah gcm-3 . 15. Diberi bahawa 1 N = 100 gram, kirakan ketumpatan bola P dalam rajah. Nyatakan jawapan anda dalam unit yang betul. Jisim = Mass Isipadu = Volume Ketumpatan = Density Ketumpatan ialah sifat fizikal jirim yang digunakan untuk mengenalpasti bahan yang tidak diketahui. Dari jadual ketumpatan di bawah, kenalpasti bahan bola P.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 80 Jadual Ketumpatan Nama bahan Ketumpatan (g/cm3 ) Aluminium 2.7 Plumbum 11.34 Emas 19.3 Besi nirkarat 7.8 Perak 10.5 Bahan bola P ialah 16. 17. Tiga jenis cecair dituang ke dalam sebuah silinder penyukat yang tinggi. Cecair itu membentuk lapisan-lapisan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.. Lengkapkan jadual di bawah: Bola P dijatuhkan ke dalam silinder penyukat. Pada kedudukan manakah bola P itu akan berada, A, B, C atau D? Jawapan : Wajarkan jawapan anda. Jenis cecair Ketumpatan (g cm-3 ) Lapisan Merkuri 13.56 Z Air 1.00 Y Minyak masak 0.92 X
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 81 19. 20. Aktiviti 15.7 KETUMPATAN, KEAPUNGAN DAN KAPAL SELAM Rajah 1 menunjukkan sebuah kapal selam terapung di permukaan laut. Rajah 2 menunjukkan kapal selam yang sama sedang tenggelam ke dasar laut. Isi tempat kosong dengan “>” , “<“atau “=“. Ketumpatan kapal selam dalam Rajah 1 Ketumpatan kapal selam dalam Rajah 2 Ketumpatan kapal selam dalam Rajah 1 Ketumpatan air laut Ketumpatan kapal selam dalam Rajah 2 Ketumpatan air laut Isi tempat kosong dengan “>” , “<“atau “=“. Berat kapal selam dalam Rajah 1 Berat kapal selam dalam Rajah 2 Daya apungan dalam Rajah 1 Daya apungan dalam Rajah 2 Berat kapal selam dalam Rajah 1 Daya apungan dalam Rajah 1 Berat kapal selam dalam Rajah 2 Daya apungan dalam Rajah 2 Rajah 1 Rajah 2
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 82 BUKIT KUBU Unit ini mengeksploitasi kefahaman tentang Bumi dari segi struktur dan rupa bentuknya. Unit ini juga memberi kefahaman mengenai usia bumi serta pembentukan bahan api fosil. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 9.2.1 menerangkan jenis dan ciri batuan. 9.2.2 berkomunikasi bagi membezakan proses pembentukan batuan. 9.5.1 berkomunikasi mengenai skala masa geologi. 9.5.2 menerangkan kaedah penentuan usia bumi. 9.5.3 berkomunikasi mengenai fosil. 9.6.4 menerangkan pembentukkan petroleum dan arang batu. Bukit Kubu ialah sebuah gua batu kapur terletak di Kuala Perlis, Perlis. Menurut Jabatan Mineral dan Geosains, Bukit Kubu terhasil daripada longgokan tulang-tulang hidupan laut yang tertimbus kira-kira 250 juta tahun dahulu. Daripada tinggalan batu yang terdapat di bukit Kubu, bukit itu dulu pernah menjadi pulau, manakala pintu gua hari ini berada dalam lautan. Bukit Kubu mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. 82
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 83 Lembaran Kerja Murid 16.1 BATUAN 1. Batu kapur Bukit Kubu ialah batu jenis…… Tandakan pada jawapan yang betul. 2. Gariskan jenis batuan yang betul bagi huraian berikut: Huraian Jenis batuan (a) Terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma atau lava. Igneus Sedimen Metamorfik (b) Terbentuk daripada campuran batu kecil, haiwan mati dan tumbuhan yang berada pada lapisan sedimen dibawah laut. Igneus Sedimen Metamorfik (c) Terbentuk daripada batu igneus dan sedimen yang dikenakan perubahan haba dan tekanan. Igneus Sedimen Metamorfik 3. Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang diberi. sedimen kerak bumi magma ahli arkeologi igneus basalt metamorfik cuaca sedimen hakisan ahli geologi granit 1. Jenis batu yang terdapat di kawasan gunung berapi ialah ____________. 2. Transformasi batuan yang wujud di bawah __________________suhu dan tekanan tinggi akan menghasilkan batu _______________________. Igneus / Neutralization Sedimen Metamorfik
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 84 3. Lapisan luar Bumi dikenali sebagai ____________________. 4. Lumpur, pasir dan cebisan batu kecil yang disimen bersama membentuk batu _____________________. 5. Ahli Sains yang mengkaji dan mempelajari tentang batuan dikenali sebagai__________________________. 6. Batu igneus terbentuk daripada____________________. Lembaran Kerja Murid 16.2 KITAR BATUAN 1. Perhatikan kitar batuan dan lengkapkan proses dalam kitaran di bawah: 2. Batu igneus terhasil daripada penyejukkan magma yang berasal dari ______________________________. 3. Perhatikan kitaran batu di atas, fikirkan cara mana anda boleh menceritakan balik proses dan keadaan ketiga-tiga jenis batuan. Persembahkan pada rakan lain dalam kelas. BATU IGNEUS Luluhawa dan hakisan MAGMA Haba dan tekanan sedimen peleburan BATU METAMORFIK Luluhawa dan hakisan BATU SEDIMEN
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 85 4. Rajah menunjukkan faktor - faktor yang menyebabkan pemampatan lapisanlapisan batu. Tuliskan jawapan yang betul. Lembaran Kerja Murid 16.3 FOSIL Fosil ialah kesan tinggalan haiwan, tumbuhan dan hidupan lain yang telah mati di mana sisa organisma yang telah diawet secara semula jadi berjuta- juta tahun yang lalu. Fosil terbentuk melalui tekanan dan haba yang tinggi ke atas lapisan enapan batu yang sangat padat. 1. Tandakan (√) pada gambarajah yang menunjukkan fosil. Pernyataan Benar/Salah i) Proses pemampatan lapisan di bawah tanah memerlukan tekanan yang rendah ii) Proses pemampatan lapisan dibawah tanah memerlukan haba yang tinggi iii) Proses pemampatan lapisan batuan dapat dijalankan dengan mudah di makmal sains.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 86 2. Gambarajah di bawah menunjukkan proses pembentukkan fosil yang tidak disusun dengan betul. Padankan penerangan proses pembentukan fosil menggunakan huruf A, B, C dan D ke dalam ruang yang disediakan. a. Apabila binatang mati dan tenggelam di bawah dasar sungai akan mengalami penguraian oleh bakteria. b. Bangkai diselaputi sedimen. Selepas beberapa tahun lapisan baru terbentuk. c. Apabila air sungai kering, fosil akan terbentuk melalui penghabluran. Kerak bumi menyebabkan fosil terangkat di permukaan. d. Hakisan menyebabkan fosil terdedah. 3. Fosil yang paling tua ialah di lapisan... A B C D Jelaskan jawapan anda. A B C D
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 87 4. Berdasarkan peta buih yang diberi, tuliskan Benar atau Salah bagi setiap pernyataan berikut: Pernyataan Benar/Salah I. Fosil ialah peninggalan haiwan sahaja. II. Umur maksimum 11 ribu tahun. III. Fosil mengalami proses pereputan melalui tekanan dan haba yang tinggi. IV. Pembentukan fosil tidak memerlukan kandungan oksigen yang tinggi. Ciri-Ciri Fosil Peninggalan organisma Terawet semulajadi Keras dan padat Berumur lebih 11 000 tahun Bebas daripada bakteria pengurai Kandungan oksigen rendah
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 88 5. Di lapisan bumi yang manakah fosil boleh dijumpai? Tandakan pada jawapan yang betul. 6. Tandakan pada haiwan yang menghasilkan bentuk fosil pada rajah. Fosil
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 89 7. Gambarajah menunjukkan pembentukan petroleum. Kenapa petroleum dikenali sebagai bahan api fosil? Tandakan pada jawapan yang betul. Lapisan yang mengandungi hidupan laut yang telah mati terbentuk di dasar laut. Lapisan batu sedimen terbentuk di atas dan memerangkap hidupan laut Selepas berjuta tahun, minyak terbentuk tanpa kehadiran oksigen. Petroleum dibentuk daripada organisma yang telah reput / Neutralization Pembentukan petroleum mengambil masa berjuta tahun. Pembentukan petroleum memerlukan oksigen.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 90 Lembaran Kerja Murid 16.4 ARANG BATU 1. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan cerita pembentukkan arang batu. 2. Berdasarkan rajah, terangkan kenapa arang batu ialah bahan api fosil. __________dan ____________ mengubah tumbuhan mati kepada ______ _____________ _ Selepas _______tahun, tumbuhan ini __________di bawah _______ dan___________. Sebelum ____________ wujud, banyak _____________ gergasi mati dalam______.. Air 100 juta tahun yang lalu Paya 300 juta lumpur tahun dahulu
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 91 Lembaran Kerja Murid 16.5 USIA BUMI 8 Organisma yang wujud di bumi dari masa 5000 juta tahun Susunkan perkembangan organisma yang wujud di muka bumi 5000 juta tahun dahulu dalam urutan menaik. . Tarik dan lepaskan jawapan ke dalam kotak yang disediakan. Bakteria Ubur ubur Rumpai laut Manusia Tumbuhan berbunga Ikan Serangga Dinosaur
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 92 SINAR LATAR BELAKANG Unit ini memberi kefahaman mengenai kewujudan sinaran latar belakang serta spekturm electromagnet dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 8.3.1 Memerihalkan sinaran mengion dan sinaran tidak mengion 8.3.2 Membezakan tiga jenis sinaran mengion dalam reputan radioaktif. 8.3.3 Menjelaskan dengan contoh sumber sinaran mengion dalam alam sekitar iaitu sumber semula jadi dan sumber buatan manusia. 8.3.4 Membincang cara mengurus risiko terdedah kepada sinaran mengion semula jadi dan buatan manusia. Sinaran atau radiasi adalah bentuk tenaga bergerak dalam bentuk gelombang atau aliran zarah-zarah. Sinaran memang sentiasa wujud dan berada di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk. Apabila mendengar perkataan sinaran, sering difikirkan mengenai tenaga atom, kuasa nuklear dan radioaktif. Tetapi sinaran mempunyai pelbagai bentuk dan berasal dari pelbagai sumber yang berbeza. Bunyi dan cahaya boleh nampak adalah bentuk sinaran yang biasa. Jenis sinaran yang lain termasuk sinaran ultraungu (yang menyebabkan kulit terbakar apabila lama di bawah sinaran matahari), sinaran Inframerah (sejenis tenaga haba) dan isyarat radio dan televisyen. Semua ini ialah contoh sinaran tidak mengion. Sinaran mengion mempunyai keupayaan untuk menolak elektron keluar dari orbit yang mengelilingi atom, menjejaskan keseimbangan elektron/proton dan merosakkan sel. Contoh sinaran mengion ialah sinar alfa, beta, gamma, sinar neutron dan sinar-X. Di seluruh dunia, dos purata biasa sinaran latar belakang semulajadi adalah lebih kurang 2.4mSv. Kehidupan di dunia telah berkembang bersama tahap sinaran mengion dan badan kita telah menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini. Spektrum Elektromagnet Sinaran mengion Sinaran tidak mengion
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 93 SUMBER SINARAN SEMULAJADI 1) Sinaran Kosmik Lapisan luar atmosfera Bumi secara berterusan dihentam oleh sinaran kosmik. Ini berpunca daripada pelbagai sumber termasuk dari Matahari dan peristiwa angkasa yang lain di alam semesta. Sebahagian sinaran mengion akan menembusi atmosfera Bumi dan diserap oleh manusia dan ini merupakan pendedahan kepada sinaran secara semula jadi. 2) Sinaran Daratan Terdapat juga sumber sinaran semula jadi di dalam tanah dan terdapat kawasan yang menerima lebih banyak sinaran daratan terutama daripada tanah yang mengandungi lebih banyak uranium. Dos purata berkesan daripada sinaran yang dikeluarkan dari tanah (dan bahan binaan yang diperbuat dari tanah) adalah kira-kira 0.5 mSv setahun. Walau bagaimanapun, dos ini berbeza bergantung kepada lokasi dan geologi contohnya dos purata boleh mencapai 260 mSv di Iran Utara atau 90 mSv di Nigeria. 3) Pernafasan Kerak bumi menghasilkan gas radon, yang ada dalam udara yang kita bernafas. Radon mempunyai empat hasil terurai yang mengganggu paru-paru apabila udara disedut. Dos purata berkesan bagi sinaran radon di seluruh dunia ialah lebih kurang 1.3 mSv. 4) Penghadaman Sinaran semula jadi dari pelbagai sumber menembusi badan kita melalui makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan daripada air yang kita minum. Kalium-40 ialah punca utama irradiasi dalaman (selain daripada penguraian Radon). Purata dos berkesan dari sumebr ini ialah lebih kurang 0.3 mSv setahun. Sinaran latar belakang adalah sumber sinaran mengion yang wujud dalam alam semula jadi dan dipancarkan dari pelbagai sumber. Terdapat empat sumber utama sinaran semula jadi iaitu sinaran kosmik, sinaran daratan, pernafasan dan penghadaman. Sinaran latar belakang secara semulajadi berada di mana-mana. Sinaran kosmik Tumbuhan Tanah dan batuan Badan manusia Radon
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 94 DOS SINARAN SEMULA JADI Dos Dari Sinaran Latar Belakang Semula Jadi Dos adalah istilah umum yang merujuk kepada jumlah tenaga yang diserap oleh tisu daripada sinaran mengion. Dos yang diukur dalam sieverts (Sv) dan lebih umum dinyatakan dalam unit sama ada millisieverts (mSv) - yang mewakili seribu sievert - atau microsieverts (μSv) – satu persejuta daripada sievert. Jumlah purata dos berkesan di seluruh dunia daripada sinaran semula jadi adalah kira-kira 2.4 mSv setahun. Di beberapa tempat di dunia, bacaan ini lebih tinggi seperti Pantai Kerala di India, dos purata berkesan setahun ialah 12.5 mSv. Dos ini berbeza bergantung kepada sumber radiasi. Sebagai contoh, di utara Iran, ciri geologinya menghasilkan dos yang boleh mencapai 260 mSv setahun. Sinaran Kosmik Penghadaman Pernafasan Sinaran Daratan
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 95 ARAS RISIKO KESIHATAN DARI SINARAN/RADIASI Kadar Dos, uSv/hr Risiko Kesihatan 1 < 0.2 SELAMAT ARAS NORMAL 2 0.5 SELAMAT Tempat tinggal jangka sederhana hingga panjang contoh dikelilingi dinding granit. 3 1 SELAMAT Tempat tinggal pendek sahaja seperti dalam pesawat menaik atau menurun. 4 2 RISIKO BERTAMBAH Ambil langkah keselamatan seperti dalam kapalterbang dalam penerbangan di udara. 5 5 BAHAYA! BERPINDAH SEBERAPA SEGERA 6 10 BAHAYA! BERPINDAH SEKARANG!! 7 20 SANGAT BAHAYA: RISIKO PENYAKIT RADIASI 8 100 SANGAT BAHAYA: RISIKO MELAMPAU PENYAKIT RADIASI 9 1,000 SANGAT BAHAYA: MENINGGALKAN KAWASAN DENGAN SEGERA 10 100,000 TERUK: KERACUNAN RADIASI 11 >1,000,000 TERUK: MUNTAH 12 >10,000,000 TERLALU BAHAYA: KEGAGALAN ORGAN DAN KEMATIAN DALAM BEBERAPA JAM Nota: 1000 uSv/hr ialah 1 mSv/jam 24 mSv/hari atau 8.76 Sv /tahun 100,000 uSv/jam ialah 100 mSv/jam 2.4 Sv/hari atau 876 Sv/tahun