KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4
ZON DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR: ARVIND A/L ALAGESAN
KELAS: 4 RAZZI
NO MAKTAB: PB190113
HOMEROOM: CIKGU AINA
NAMA GURU: CIKGU NORAKMA
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang
telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan Folio Kajian 8
Buah novel tingkatan 4 dan 5 di Malaysia.
Terlebih dahulu, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan
tugasan Folio Sukan Kegemaranku ini dengan sempurna dalam jangka masa yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Norakma selaku guru Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Beliau telah memberikan panduan, bimbingan serta memberi maklumat
sepanjang menyiapkan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah
memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat sepanjang menyiapkan folio ini.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyiapan folio ini. Saya juga ingin memohon
kemaafan jika ada sebarang kesalahan yang tidak disengajakan dalam folio ini. Sekian, terima
kasih.
1) NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP
TALIB
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL
Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di
Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada
tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.
SINOPSIS KESELURUHAN
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan
duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotic
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan
tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak
Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk
Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik untuk
anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh
sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar
bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka
setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu
menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu
pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi
murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk
menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak
Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang
Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan
negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga
guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi
askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port
Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di
pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.Adnan
dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi
hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI diLondon.Adnan telah
berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke
Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya danisterinya pulang ke
kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan
Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu
diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu
telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150
orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka
dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan
unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan
dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-
lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua
batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal
penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar
Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember
1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar
Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari
kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa
tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan
tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki
kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke
tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari
Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkanBritish sekali gus
melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh
askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152
orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah
kepada jepun.
SINOPSIS PER BAB
Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2-Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.
Bab 3-Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya
yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak
mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walaupun ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak
Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-
anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya
dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah
Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.
Bab 5-Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak
Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.
Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Bab 9-Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama
dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu
malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua
lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka
mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki.
Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap
hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.
Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11-Yakin Boleh
Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara,
Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Bab 12-Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah
setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan
bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan
ayahnya.
Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda
Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan
di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Bab 19-Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.
Bab 20-Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat
untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.
Bab 21-Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Bab 23-Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air.
Bab 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar
Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya
mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di
pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25-Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.
Bab 26-Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun.
Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan
oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen
Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita
memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Bab 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Bab 29-Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan
askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera
Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja
askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Bab 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Bab 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.
Bab 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi
enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan
ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.
Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah MelayU
Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi,
pisang, dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia dan meninggal dunia.
KELEBIHAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Pertama, novel ini dapat menimbulkan semangat patriotism dalam diri pembaca betapa
besarnya pengorbanan wira negara kita yang sanggup berkorban demi agama dan tanah
air.Kedua, pembinaan plot yang amat menarik. Namun, akhiran cerita ini adalah sangat sedih
dan komponan sasteranya sangat kompleks dari segi emosi kerana saya rasa seumpama saya
seorang askar yang melalui segala kesukaran yang disebutkan.Novel ini juga mengajar untuk
meghargai askar-askar yang telah dikorban untuk negara kita.Pengorbanan dan jasa orang
terdahulu dalam mempertahankan tanah air wajar generasi hari ini hargai kerana tanpa
mereka barangkali kita masih dijajah oleh bangsa asing hingga ke hari ini.
KEKURANGAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Plotnya agak perlahan dan perkara yang dibuat dalam buku ini cenderung berulang. Ia agak
panjang dan diseret tetapi itu bermakna ia telah dikaji dengan baik. Perwatakan juga harus
menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Cerita kemungkinan akan kurang digemari oleh kanak-
kanak yang tidak suka teknologi. Novel tersebut hendaklah mempunyai cerita yang panjang sikit.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah mengurangkan perwatakan serta
mengelakkan pembunuhan kerana mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pembaca. Selepas
itu, pengarang juga haruslah menulis cerita yang digemari oleh semua orang bukan sekadar
kanak-kanak. Pengarang menceritakan tentang teknologi dan kemungkinan menguraikan
secara lebih mendalam
2) NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Novel Di Sebalik Dinara memaparkan Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran
menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang
baharu.Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran
manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL
Nama sebenar beliau ialah Noor Aziza Binti Sulaiman. Latar belakang Pendidikan beliau
ialah mendapat Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) di UPM. Selain itu, beliau
mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT. Beliau juga mendapat Pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang seterusnya menyambung Pendidikan
di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
SINOPSIS KESULURUHAN
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek
Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida
diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi
untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia
berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi
dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini
mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan
Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina
yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka
bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan
polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya.
Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan
hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat
berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri
di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha
diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.
Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani
proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di
Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan
setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha
dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina /
mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang
sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul
7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.
Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
SINOPSIS PER BAB
Bab 1
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang
berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak
tinggi beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya.
Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta
untuk duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak
matanya terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan
yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang memerhatikannya lalu
menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan elektroniknya.
Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad
pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu,
rupanya sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk
menghubungi teman serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan
rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang
‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai.
Farisha mengeluh kecil.
Bab 2
Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk
ke Hotel Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa.
Rupa-rupanya kereta Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel.
Sampai ke tempat simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut
tetamu. Robot penyambut tetamu membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta
simposium sudah bersedia mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya.
Farisha agak terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk
Farisha dan Rosman. Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan
keputusannya melalui e-mel. Dia perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha
untuk menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos
ruang minda Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa
kepalanya berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai
sesi bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan
menetapkan masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel
tersebut berulang kali kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi
IT di Malaysia.
Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang
ditawarkan. Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ.
Farisha diberikan projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat
minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab.
Farisha berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa untuk
mempertimbangkan tawaran tersebut.
Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl.
Karl terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang
dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu
Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih
aktif dengan projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang
akan digodam oleh Farisha.
Bab 4
Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya
Farisha ke Soft- lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji
di tempat yang sama.
Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di
Soft Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar
jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek
yang akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya
untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari,
Shida berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana
dan biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.
Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di
bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram
memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi
menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi
‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.
Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha
ke pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong
mendengar pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT.
Farisha berasa kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata
sejak tadi.
Sewaktu makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang
pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia
yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin
Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut celupar Shida.
Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan Aqram.
Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja
yang sempat diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya
mengesan kelemahan Dinara.
Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak,
burung hering dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa
pening. Alia menawarkan diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi
dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan
akhirnya dia terlelap.
Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri
dan kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang
lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar
yang memancarkan imej Farisha dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara
bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan terjerit pekik
tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya. Akhirnya
Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri tegak dan
kaku.
Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell.
Mereka bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian
perundangan Soft Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-
undang. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana Farisha sakit kepala.
Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan
malam. Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan
malam, Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepada
adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya
merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung.
Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia
hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik mengandungi
dokumen penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha menangis
dan tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8
Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa
Farisha ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya
jika Farisha sakit. Shida terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit.
Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di
hospital beberapa hari. Aqram menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan
Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan sesama sendiri sambil menanti
kepulangan Dr Maxi.
Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa
tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha mengandung. Shida
tergelak kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida
teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.
Bab 9
Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat
mungkin Farisha keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka
mula memikirkan Plan B. Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah
untuk Dr Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak sebagus Farisha.
Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah
utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan
Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha
sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha
telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl
menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung
dengan Farisha.
Di rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-
ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk
masuk ke bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam
bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya kuat untuk membukanya.
Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha tetapi
Shida terpaksa. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi
fail itu sangat mengejutkan Shida.
Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk
mengkaji tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan
daripada kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi
pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl.
Shida mengeluh.
Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia
memberitahu Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut
tetapi tidak bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi
sudah menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-
dua belah tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah
jam 2 petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula
pukul 2.30 petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada
memanggilnya tadi ataupun dia bermimpi.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar
sudah menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida
menggantikan tempat Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar
dalam bidang teknikal. Dr Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya
mengikut arahan. Shida akan dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi
dengan Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida
menunjukkan seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri. Suis dimatikan dan sesi
ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
Bab 11
Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu
kandungnya bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga
Islam.
Perbualan dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya
dalam tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu
dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya tidak
suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh dari Kuala
Lumpur. Mungkin ke Kulai.
Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha
bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub
dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains.
Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan berguling-
guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl telah
menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu
dibawa segera ke Soft Lab.
Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya
mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua
lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka
mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari Farisha.
Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada
Rosman yang kebingungan. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban.
Dua lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan
orang suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih pengsan.
Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu
dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa
dengan ibunya.
Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya
terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan
ingatannya selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida.
Alia dahulunya ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana
tidak mahu mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat.
Walau bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan
nyawa baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.
Bab 13
Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil.
Aqram meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar
antara Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl (
dalam tubuh Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat
ilham untuk menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas
menari-nari menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum
selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka pintu.
Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan
Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang
berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu memanggil ibunya ‘
Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah bapa kandung
Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui
kebenaran asal usul dirinya.
Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida
dan Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak
tahu Karl sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting,
Farisha minta penjelasan daripada Aqram.
Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya
semakin menurun. Setiap orang diberikan peluang untuk bertemu secara
berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia
meraung, Medina hanya teresak-esak. Farisha hanya terkedu.
Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang
pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun
bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl.
Dalam perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan
Farisha. Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula
berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana tiba-tiba Shida
ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida dan mendapati Karl
berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.
KELEBIHAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
Plot yang tersusun, watak yang pelbagai serta latar tempatan seperti Lapangan
Terbang Senai, KLIA, Kulai, Nilai, Seremban melekatkan lagi imaginasi pembaca.
Kisah yang bertemakan sains teknologi ini pada pandangan saya telah berjaya dari
segi teknologinya tetapi masih menghidangkan kajian sains itu mengorbankan orang
lain sebagai ujikaji seterusnya membawa kerosakan.Novel ini juga mempunyai jalan
cerita yang bagus dan tersusun.Novel ini juga merupakan sebuah karya yang
futuristik.
KEKURANGAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
Kelemahan yang terdapat dalam novel ini adalah tidak mempercayai Tuhan. Novel ini
juga haruslah tidak memberitahu banyak info tentang teknologi. Hal ini kerana,
berkemungkinan sesetengah pembaca tidak menyukai novel yang berkaitan dengan
teknologi.Cara penulisan yang teruk menyebabkan pembaca berasa tidak suka apabila
membaca novel ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
Penulis boleh menggunakan tenik ‘show don’t tell’ kerana ia akan membuatkan novel
ini bertambah menarik.Penulis juga boleh mengubah cara penulisan dan
mengurangkan info tentang teknologi. Di samping itu, tidak melibatkan Tuhan dan
tidak terlalu menulis info tentang teknologi.
3) NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Dari jendela terkuak yang menghadap jalan,Lili mengaut beribu pengalaman
yang menerjah dari luar.Juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh
sejarah.Cerita datuk yang teguh memaut tradisi, kisah nenek yang mengembara mengutip
kematangan usia;semuanya mencantumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di
sebalik jendela itu.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL
Ruhaini Mat Darin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat
Pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan. Beliau
juga pernah berkhidmat di Tak Community College sebagai tenaga pengajar separuh masa
program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016, beliau memilih untuk bekerja secara
freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya) supaya boleh menulis pada bila-bila
masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras
hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Selain itu, beliau juga menjadi pembimbing dan
mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Beliau juga adalah
pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar
Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017.
SINOPSIS KESULURUHAN
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke
kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk
bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara
orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan
kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang
dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia
ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika
dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua
di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana
suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili
pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu
kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya
diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah
dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang
untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya
akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap
jalan.
SINOPSIS PER BAB
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya
perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa
berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan
Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama
Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina
atau kacukan.
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan
Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan
kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong
menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-
tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan
dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai
bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak
mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang
belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua
cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan
mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan
berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka
seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di
halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan
menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili
tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha.
Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba
buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini
sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan
begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan
rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang
Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan
di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah
bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu
yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah
surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan
masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung
memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana
masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah
telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk
menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan
dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional
diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin
mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga
hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati
datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah
yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh
Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-
peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini
tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata
datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk
membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas
itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang
tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan
kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh
Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah
Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi
untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk
semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu
banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung.
Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah
menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua
kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal
dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan
bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan
mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili
meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor
ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-
tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang
mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-
mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke
rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang
perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal
sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu
dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan
menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup
dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di
bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-
henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa
berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan
bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya
sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan
khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek
berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya
dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri
nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-
daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki
oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik
kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam
sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada
Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah,
Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan
Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan
terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini
juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa
sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan
hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan
pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan
disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang.
Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang
buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.
Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi
isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah
mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel
digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia
menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua
biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang
penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai
memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang
sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah
selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan
ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke
jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang
lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang
sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili
telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu
sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas
kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri,
hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan
dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah
supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang
akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa
Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari
masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus
bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah
mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat
persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang
diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan.
Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan
maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah
manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan
mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah
Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh
ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang
sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan
dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah
dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam
persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul
bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili,
tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili
yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek
juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka.
Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk
yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan
tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang.
Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang
lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang,
menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan
perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah
di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat
berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu
kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut
sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah,
sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.