The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alagesanarvind, 2022-06-11 02:56:09

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9:
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia
masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran
La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat
seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr
Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan
Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata
yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini,
Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long
Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long
Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang
dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah
menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10:
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk
Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari
itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya
untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid
menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa
isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat
dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal
dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-
sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss
Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11:

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.
Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun,
Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12:
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya
setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan
beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo.
Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa
kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia
tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda.
Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak.
Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan
rawatan.

Bab 13:
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan
Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat
Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya
datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau
Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan
mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh
Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk
menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga, bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak

mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah
selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema
yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14:
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau
Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang
menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini.
Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat
Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi
salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional
Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang
ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz
sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua
pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum
di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di
Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira

Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa

kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki
banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia
berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16:
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert
banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul
secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan
melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh
ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis
oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan
karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-

sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17:
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan.
Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku
dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke
farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak
dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada
ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami
dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau
Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan
Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan
yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18:
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke
Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di
Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri
untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji
kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti
Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu,
hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan
suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan
diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha
dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi
menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa
sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19:
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian
Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan
nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak
lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan

hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah
menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau
Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap
anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan
rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali
demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala
rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka
di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi
dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20:
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais
menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya
Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz

telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan
rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda,
Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula
dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda
telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat
daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik
Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka
pada keesokan harinya.

Bab 21:
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi;
alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok.
Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron
Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

Bab 22:
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan
diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur
kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan
Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah
bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah
terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23:
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan
kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya,
kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan
wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja
mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa
kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia
boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan.
Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid
dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang

mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais
selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.
Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan
senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar
tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid
juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24:
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada
wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya
kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang
enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu
anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati
mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga
hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya

mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan
Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya
dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

KELEBIHAN NOVEL TIRANI

Kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah penulis menunjukkan bahawa kita
hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain
itu, penulis juga menceritakan bahawa kita hendaklah berani mengambil risiko atau
menghadapinya dalam sesuatu pekerjaan. Selepas itu, sentiasa tabah dalam
menghadapi masalah dalam kehidupan seharian

KEKURANGAN NOVEL TIRANI
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah mempunyai banyak bab untuk
dibaca. Hal ini akan menyebabkan pembaca untuk menjadi bosan jika ceritanya
semakin pudar atau tidak menarik. Selain itu, penulis juga mengarangkan cerita
dugaan dalam kehidupan terlalu banyak.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI
Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah mengurangkan bab supaya
mudah untuk dibaca. Selain itu, penulis juga dapat menjadikan cerita lebih menarik
dan juga dapat mengurangkan cerita dugaan dalam kehidupan.

7) NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang
memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Pelik bukan?Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria
manusia dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa yang dapat
dilihat oleh deria.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia. Pada 31 Oktober
2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010
(HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari
diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa
pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan
sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang
turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik
berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua
Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas
peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan

Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington
pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS PER BAB

BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah
di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-
benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja
yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan
menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah
seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham
yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji

yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui
rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial
yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik
bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang,
ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat
melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana,
Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan
dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya,
pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu
kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah
yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati
kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang
dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian
tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa
melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam

satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat
jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang
guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun
yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-
peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor
yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu
langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah
berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa
pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang
tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad
Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan
antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad
Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk
bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di
rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya

bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam
kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat
menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap
kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul
Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana
Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di
Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala
Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala
Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan
bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar
bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak
akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki
tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa

dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka
berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang
lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan
sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki
tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat
sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau
sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian
daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta
ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan,
terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot,
cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya
membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa
yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad
Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk
terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan

menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam
semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal
ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering
bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi
penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri
Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini
merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali
Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik
kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga

tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan
Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh
hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada
skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak
lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data
populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul
Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah
dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala
kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan
simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana
hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-
lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila
Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami.
Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau
meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk
berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan
projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam
majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang
sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut.

BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga

hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi
lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam
keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka
berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat
subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang
keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman.
Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya
itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang
sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim
menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa
anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat

kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan
sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin
melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi
dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh
tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut
dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas.
Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari
situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-
apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa
berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan
tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan
mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan
polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam
berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh
penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan
kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim
tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya
menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita
tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan
tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di
pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya

semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada
Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KELEBIHAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

Kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah penulis menceritakan bahawa kita
haruslah mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya. Selain itu, penulis juga
menceritakan bahawa kita perlu bertanggungjawab dalam menjaga amanah dan
menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Seterusnya, ialah kita juga haruslah
sentiasa taat kepada perintah ibu bapa

KEKURANGAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah kekurangan perwatakan. Seterusnya
ialah, tidak digemari oleh semua pembaca terutamanya pembaca Tingkatan 4 dan 5
kerana bukan semua meminati alam sekitar. Selain itu, penulis juga dapat
memanjangkan sedikit ceritanya dengan plot yang menarik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel in ialah menambahkan perwatakan.
Seterusnya, memasukkan plot yang menarik saya para pembaca tidak berasa bosan.
Selain itu juga, pembaca juga haruslah berfikiran terbuka dan harus meminati bahawa
alam sekitar amat penting pada zaman sekarang

8) NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Lelaki bernama Abdullah Bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesungguhnya Haiqal
tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa
kepada perceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam.
Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke kampung
arwah ayahnya. Misteri Abdullah Bin Kayan perlu dirungkai.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor.
Beliau merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian
ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah
rendah.Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus
menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel
remaja.Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia
memenangi HSKU pada tahun 2009.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama
yang didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada
uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah
Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian,
keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan
untuk kesana.

Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama,
Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana
ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit
Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang
yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah
kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi,
walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap
Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama
untuk menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS PER BAB

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih
di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan
walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh
dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya
Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip
ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu
Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar
tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.
Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa
di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan
untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim

tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun
getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan
motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari
kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu
pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli
setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil
gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah
18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee
sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya
perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang
Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali
teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul
dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di
tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling
bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar
di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar
dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling
akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali
terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru.
Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa
tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah
memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling
amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu
peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya.
Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam

perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala
Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi
membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah
Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya
jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke
Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah
aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju
untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku
menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan
yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak
kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut
hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua
kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK
memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke
kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan
tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian
zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini
kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur
cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku
terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil
Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak
lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya
sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara
15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap
satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya

membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak
dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan
mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00
petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara
membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching
pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi
buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja
semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih
kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan
meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda
dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga
gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama
berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah
bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku
tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad
Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang
pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati.
Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah
bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan
Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling
dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah
ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan
sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat
pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan

melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak
tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku
berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja
mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil
peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat
meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat
pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional
Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat
tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja
keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung
itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan
dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis.
Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu.
Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima
apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling
berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat
sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah
pahit dalam rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB
DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk
kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga
berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak,
Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti.
Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan

kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli
Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling
tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang
membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat
bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku
tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk
membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian
lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman.
Aku menangis.

BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati
Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang
kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan
halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati
uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan,
haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia
sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang
menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri.
Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis
yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya.
Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya
uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari
kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar

buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal
mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup
bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan
walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu
kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal
mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang
kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun
lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang
walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya.
Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal
tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal
dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun
ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad
untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya.
Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak

tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi
mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung
Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak
Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan
menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan
kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut.
Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan
tengah hari.

BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke
kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa
sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal
tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada
Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang
kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari
cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah

kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di
Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul
Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal
selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing
ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat
melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada
malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya
itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu
dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat
dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah
hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album
besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh
Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan
Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-
sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama
untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal
mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah
bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam
perniagaannya.

KELEBIHAN NOVEL SILIR DAKSINA
Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati
diri yang tinggi dan berakhlak mulia.Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info
mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini.Novel ini juga terletak pada
integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina. Novel ini merupakan cerita yang
berlaku dalam kehidupan seharian kita. la juga mempunyai jalan cerita yang
menceritakan tentang seorang anak yang mempunyai hasrat untuk mengetahui tentang
ayahnya lebih lanjut dan manuskripnya. Novel ini sesuai untuk dibaca oleh semua
golongan terutamanya golongan remaja.

KEKURANGAN NOVEL SILIR DAKSINA
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah mempunyai konflik yang akan
mengganggu pembaca yang beremosional Novel ini juga kekurangan cerita. Novel ini
tidak mempunyai cerita yang banyak dan juga kekurangan perwatakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA
Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah menambahkan perwatakan
yang bersesuaian. Seterusnya, menambahkan cerita yang sesuai dengan plotnya dan
mempunyai jalan cerita yang menarik dan juga menarik perhatian pembaca

RUJUKAN

1. https://www.goodreads.com/author/show/4943676.Nizar_Parman
2. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
3. https://www.goodreads.com/book/show/11704364-silir-

daksina?ac=1&from_search=true&qid=cfDFOjxjvZ&rank=1
4. http://mrasyain2.blogspot.com/2016/01/novel-songket-berbenang-emas.html
5. https://qcikgubm.blogspot.com/2019/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-

emas.html
6. https://qcikgubm.blogspot.com/2019/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-

emas.html
7. http://muinmohsein.blogspot.com/2015/01/novel-jendela-menghadap-jalan.html
8. https://www.irujukan.my/novel-jendela-menghadap-jalan/
9. http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2016/01/jendela-menghadap-jalan-

sinopsis.html
10. https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
11. https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
12. https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/
13. https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
14. https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendela-menghadap-

jalan?from_search=true&from_srp=true&qid=0GAKGk2OmN&rank=1
15. https://www.goodreads.com/author/show/6570621.Ruhaini_Matdarin
16. https://www.goodreads.com/book/show/12975147-bimasakti-

menari?ac=1&from_search=true&qid=nELc2jNP6b&rank=1
17. https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
18. https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
19. https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
20. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-

5.html
21. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-

emas.html
22. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
23. https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-sebalik-

dinara?from_search=true&from_srp=true&qid=d0tSTznMxQ&rank=1


Click to View FlipBook Version