The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alagesanarvind, 2022-06-11 02:56:09

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat
kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan
sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada
hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas
ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk
akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya.
Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke
rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum
sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan
hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan.
Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan
bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah
Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek
bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih
belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam

rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya
berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta
cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk
kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit
wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit
wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan
panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan
berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya
berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk
membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di
pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak

busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk
memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin
bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu
memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret
Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka
dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat
Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah.
Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di
lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che
Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk
dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau
kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa

mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan
yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk
pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari
kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di
halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak
ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan
bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi
ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak
yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili
balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah
masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud
yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah
silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak
memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan

Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China
sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap
berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan
Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak
berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap
Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak
menulis artikel tentang pisang.

KELEBIHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Terdapat beberapa kelebihan yang saya dapati dalam novel ini.Pertama, saya
memahami penulis ingin mengetengahkan beberapa isu masyarakat dan juga nilai
murni yang wujud dalam setiap watak dalam novel tersebut. Ini membuatnya bagus
bagi renungan para remaja untuk lebih memahami isu-isu masyarakat dan melihat
watak-watak remaja dalam novel tersebut sebagai suri teladan dalam menangani isu-
isu yang wujud dalam kehidupan dan masyarakat kita sekarang ini.Kepada para
pembaca yang gemar melihat pembangunan dalam perwatakan seseorang, buku ini
amatlah bagus dalam aspek tersebut kerana melalui perwatakan remaja-remaja di
dalam novel tersebut, saya boleh melihat bagaimana pemikiran kurang matang
mereka berubah menjadi lebih matang dan dewasa

KEKURANGAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Terdapat beberapa kekurangan yang saya dapati dalam novel ini.Pertama, jalan cerita
yang amat perlahan. Seperti yang dijangkakan, rentaknya juga mengerikan, dengan
kebanyakan kejadian yang saya nyatakan di atas dijejalkan di bahagian akhir buku.
Dan kerana buku itu memerlukan penambahan dramatik, datuk dan nenek
memutuskan untuk menunggu sehingga akhir buku itu untuk mendedahkan mengapa
buku itu bertajuk 'Jendela Menghadap Jalan'. Dan itupun terasa terpaksa, seperti
penulis ingin menunjukkan kepada kita betapa falsafah dan bijaknya dia, tetapi gagal
sama sekali. Penurunan tajuk adalah hebat dan semuanya, tetapi ini hanya sia-
sia.Yang terakhir, permulaan jalan ceritanya agak lembab dan membuatnya membaca
buku ini tidak sesuai untuk menghilangkan rasa bosan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Pertama, novel ini memerlukan penambahan dramatic.Hal ini demikian kerana, datuk
dan nenek memutuskan untuk menunggu sehingga akhir buku itu untuk mendedahkan
mengapa buku itu bertajuk 'Jendela Menghadap Jalan'.Kedua, penulis perlulah
menyatakan sesuatu dengan laju supaya pembaca novel tidak rasa bosan.Ketiga, jalan
cerita perlulah memenuhi kehendak pembaca novel supaya pembaca rasa seronok
apabila membaca novel ini.

)4 NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Cerita ini mengisahkan pergolakan hidup petugas-petugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
yang diburu keresahan dan ketakutan sebagai akibat terjadinya kes penyamaran seorang
lelaki yang kurang siuman sebagai doktor di pusat rawatan itu. Dua orang doktor, iaitu Raiha
dan Uwang juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Raiha diburu kegelisahan
setelah kematian anak dan suaminya. Doktor Uwang pula tersepit antara desakan kata hatinya
untuk memburu keuntungan dengan keinginan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada para pesakitnya. Namun begitu, kegagalan menyelamatkan seorang pesakit remaja
setelah menjalani lima kali pembedahan di pusat rawatan tersebut juga telah menyebabkan
berlakunya konflik antara mereka.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah
dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana. Beliau mula dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam

penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal
tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

SINOPSIS KESULURUHAN

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-
unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama
dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa
tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,
pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran
dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang
profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan
menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang
digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

SINOPSIS PER BAB

BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang
mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan
oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang
bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama
dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama.
Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit
daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan
kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu
dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha
juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik
lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor
Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada
masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan
tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak
berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum
ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar
semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu

sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan
dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah
lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga
jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian
tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Rahia.

BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya
dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi
sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang
bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes
kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak
membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK
kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya
berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa
untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat
perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan
tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi
yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi
siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati

terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah
meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila
ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang
menyamar di PRPK miliknya.

BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel
bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar
Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan
akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia
mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur
dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering
mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya
yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat
itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha
vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan
Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka.

Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari
hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya
Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun
sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah
akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas
kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi
doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan
Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak
tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan
peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas
suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula
kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang
berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah
Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan
sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya

menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas
isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut
apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi
tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang
amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak
berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor
Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak
harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron
yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik
berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya
sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton
rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak
ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya
pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas
ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu
Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh
pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa
Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap
Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja

menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu,
kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang
baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia
tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih
dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba
wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim
Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya.
Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan
kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk
mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan
supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan

Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di
lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di
situ.

BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor
Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan
tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan
Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka
dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian,
Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri.
Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz
meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia
yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai
membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan
pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong.
Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama
di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga
berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang

sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong
sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak
Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya
tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting
adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan
itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental,
adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya
wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak
merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang
pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha.
Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh
gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah
mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah
melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang
pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga
tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya
berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga
begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang
tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana
ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan
sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang
doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor
muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap
prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor
Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan
menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam
benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan

kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas
tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang
menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang
terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya
berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali.
Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh
yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah.
Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan
meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan
bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan
rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir.
Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan
akhir semester.

BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih,
dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat
rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad
dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di
rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala
lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali
walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah
pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian

disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor
Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche
bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan
pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan
berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku
walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk
dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu.Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak
akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz
yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara
tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan

teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak
Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa
sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya
tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

KELEBIHAN NOVEL PANTAI KASIH

Kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah ia mempunyai cerita yang berlaku
dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya. Cerita ini merupakan emosi seorang ibu terhadap anaknya. Cerita ini juga
mempunyai emosi dan info yang penting

KEKURANGAN NOVEL PANTAI KASIH
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah berkemungkinan ia akan
menjejaskan emosi ibu yang beremosional. Novel in juga akan menjejaskan pembaca.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL PANTAI KASIH
Penambahbaikan yang dapat dibuat ialah mengurangkan emosi antara ibu dan anak.

5) NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Songket Berbenang Emas mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar, Dahlia
yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Tetapi dia menghadapi pelbagai
masalah keluarga hingga terganggu perhatiannya kepada peperiksaan yang akan
dihadapi. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Bahagia, dia terpaksa keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya.Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kerjayaannya dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah
menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974),
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau

melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga
1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999). Beliau banyak
menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa
anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA
II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak
DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public
Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP
1990 (Songket Berbenang Emas), dan banyak lagi. Kini, beliau bertugas sebagai
Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata /
bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan
ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam
SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan
bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang
lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan
untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan

masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.

SINOPSIS PER BAB

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja
yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi
fakta-fakta masih tidak lengkap. Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan
membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu
dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia dia telah habis
belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan
bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan
mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana
Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia
terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka
telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah
habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke
kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan
sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan
rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia

mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang
yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui
bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang
mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis
berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi
Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga
Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji
Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari
Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk
dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia
mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya
pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati
sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum
sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan
keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung
tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia
bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun
sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut
kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi

punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-
anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di
hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa
sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik
asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu
dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan
pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya
sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00
petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani
kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa

kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia
terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan
emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah
seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah
datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh
Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau
memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah
telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah
beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang
berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing
sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke
dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah
dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda
itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh
kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang
mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke
bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok
getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau

yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan
hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu
punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru
pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir.
Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang
memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said.
Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan
buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja
kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya
lambat menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil
mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu
Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu
apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati
supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia
ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti
beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba
mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu
akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai
yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang

menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia
menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia
untuk membawa adiknya ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik
Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila
orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru.
Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang
diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari
pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan
perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama
kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu
Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam
telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah
Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong
semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus
menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan

kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong
terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor
di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar
akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua
sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan
Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan
kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang
merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah
sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk
membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari
bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua
minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari
pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha
yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah
Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan
keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP
tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari

asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong
terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal
kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah
dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang
yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama
ada kambing itu miliknya atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang
tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih
ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan
keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat
membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu
kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak
menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu
Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu
kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu,
Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-
adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak
mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan
semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-
nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam
pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana
seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah
untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut
apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu
Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi
Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak
akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim
berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga

meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu.
Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi
peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam
hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke
rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek
Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia
perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban abahnya.
Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya
untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku
ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar
turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia
tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap
daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa
Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji
Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri
kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan
kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada
keluarganya. Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar
terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-
barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi
dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah
beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu.
Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati
neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar
Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib
sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia
amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah
pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai
sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang
kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya.
Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek
Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru
agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan
masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu
mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula
dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan

terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat
tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia
akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar
berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar
di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28: Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya.
Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga
Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia
berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan
orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke
Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu
punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat
sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito”
yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri
sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

KELEBIHAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Kelebihan yang terdapat dalam novel ini ialah ia mempunyai emosi dan juga
ketabahan seorang gadis. Pembaca mestilah menjadi emosi apabila membaca tentang
seorang gadis yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan setelah beberapa
insiden yang tidak baik. Pembaca juga berkemungkinan akan menjadi seorang yang
tabah selepas membaca novel ini.

KEKURANGAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah berkemungkinan emosi yang terlebih
dan pembaca tidak mahu membacanya disebabkan tidak mahu beremosional. Selain
itu, pembaca juga berkemungkinan berasa tidak selesa dan mahu membaca novel lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Penambahbaikan yang dapat dibuat di dalam novel ini ialah mengurangkan emosi.
Selain itu, memastikan semua golongan umur boleh membaca novel ini.

6) NOVEL TIRANI KARYA BEN SABARIAH

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang pesek. Waheeda
juga ingin mencapai kemajuan atas namanya sendiri dalam bidang pelancongan
sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-
batas pergaulan sebagai isteri. Untuk menjadi cantik Waheeda yang kebetulan
hidungnya digigit monyet telah melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan
semula wajahnya dengan memasang hidung palsu sehingga menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Setelah wajahnya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya
dalam bidang kerjaya.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada
tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Beb Sabariah

adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak). Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar
Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan
Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita. Beliau juga penerima Anugerah
Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre
puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006
dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak. Beliau juga
mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke- XX
tahun 2007.

SINOPSIS KESELURUHAN

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

SINOPSIS PER BAB

Bab 1:
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi.
Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan
kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam
dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli
Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda
menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya
untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2:
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di
sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan
dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan

plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda
tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah
dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah
bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.

Bab 3:
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda (Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda
(Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di
petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat
jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam
perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata
ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah
banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui
oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah
Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama

Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4:
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan
Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah.
Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di
rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang
diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Bab 5:
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-
kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan
sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan
dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh

Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas
itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira
dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan
masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6:
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr
Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang
dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-
sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu
ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC
ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran
tersebut.

Bab 7:

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak
dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman
dan pandangan.

Bab 8:
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi
berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka
berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol.
Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan
kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke
hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-
sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk
Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah


Click to View FlipBook Version