The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Tindakan & Inovasi SMK Luar Bandar No. 1 Sibu 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mingtoh82, 2023-08-18 05:03:06

Koleksi Pendidikan SMKLBS 2023

Kajian Tindakan & Inovasi SMK Luar Bandar No. 1 Sibu 2023

51 lebih mendalam daripada pelajar kerana terdapat beberapa proses yang kelihatan sama walaupun berada dalam peringkat yang berbeza.Keempat, ia boleh digunakan untuk semua gaya belajar iaitu secara visual, auditori dan kinestetik. Dalam pembelajaran abad ke-21, lebih banyak visual atau gambar rajah harus dilaksanakan di dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar terlibat dengan kerap semasa pelajaran (komunikasi dua hala). Kelima. produk ini sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa, dan penuh dengan kandungan mengenai pembahagian sel. 2.0 OBJEKTIF INOVASI 1. Meningkatkan daya pemikiran kritis dalam kalangan pelajar mengenai proses pembahagian sel dari awal proses sehingga akhir proses. 2. Untuk menggalakkan minat dalam kalangan pelajar untuk mempelajari Sains dengan menggunakan bahan pembelajaran di dalam kelas. 3. Membolehkan pelajar-pelajar menganalisis konsep pembahagian sel dengan sangat mendalam dengan mengelakkan miskonsepsi pembahagian sel. 3.0 KUMPULAN SASARAN 3.1 Pelajar Sains Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelbagai aras pengetahuan yang berbeza iaitu rendah (mengingati dan memahami), sederhana (mengaplikasi) dan tinggi (menganalisis). 4.0 LATAR BELAKANG INOVASI Mitosis dan meiosis termasuk dalam pembahagian sel. Oleh sebab itu, kedua-dua mitosis dan meiosis dianggap sukar kerana peringkat dan prosesnya. Kesukaran ini seterusnya membawa kepada miskonsepsi yang berlaku pada pelajar yang mempelajari biologi. Salah satu salah tanggapan yang jelas dikenal pasti adalah mengenai peringkat proses pembahagian sel dan peristiwa yang berlaku pada setiap peringkat dalam mitosis dan meiosis. Perkara ini telah disokong oleh kajian lepas dan dinyatakan seperti di bawah: “In previous study by Lewis J., Leach, J. and Wood-Robinson C. (2012) observed some of the possible causes that lead to the misconception about mitosis and meiosis. It included i) the understanding of cell division was “limited, confused and inconsistent, ii) though part of cell division process was understood by different students, they had no “coherent conceptual framework.”, iii) although some awareness of the significance of mitosis and meiosis was present, the students did not seem to have the idea, how these are ‘achieved’, iv) students were not clear about the nature of difference between mitosis and meiosis. According to study of Musa Dikmenli (2009), 46% of the students produced drawings with misconceptions related to mitosis and 54% ofthem produced drawings with misconceptions related to meiosis stages.” 5.0 ISU/ MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI


52 Pertama, pelajar dapat meningkatkan daya pemikiran kritis mengenai proses pembahagian sel dari awal proses sehingga akhir proses. Kedua, inovasi ini dapat menggalakkan minat dalam kalangan pelajar untuk mempelajari Sains dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM). Ketiga, membolehkan pelajar-pelajar menganalisis konsep pembahagian sel dengan sangat mendalam dengan mengelakkan miskonsepsi pembahagian sel. 6.0 HURAIAN INOVASI 6.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN Bebenang tebal, kertas bercetak tebal, manik bulat dan rod, kain tapak bahan, pelekat hadapan produk, bekas bertutup kecil, kad huraian versi Inggeris, kad huraian versi Bahasa Melayu dan label nama proses. Rajah 1: Bahan-Bahan Inovasi Benang Tebal (Gentian Gelendong) Kertas Bercetak Tebal (Kromosom) Manik bulat dan rod (Sentromer) Pelekat hadapan produk Bekas bertutup kecil Label nama proses Kad huraian versi Inggeris Kad huraian versi Bahasa Melayu Tapak bahan


53 6.2 CARA INOVASI DIGUNAKAN Rajah 2: Langkah 1 dalam penggunaan inovasi STOP. WAIT. GO PROMAT Rajah 3: Langkah 2 dalam penggunaan inovasi STOP. WAIT. GO PROMAT Langkah 1: Butang pada bahan inovasi dibuka dan dihamparkan. Setiap warna mewakili jenis pembahagian sel masing-masing. Merah (mitosis), kuning (meiosis I) dan hijau (meiosis II). Warna lampu isyarat menjadi pilihan untuk memudahkan pelajar dalam mengingatinya. Langkah 2: Gunakan kertas bercetak pelbagai bentuk yang berada di dalam bekas bertutup kecil untuk dipadankam pada empat fasa dengan betul. Proses ini akan membantu pelajar meneliti perbezaan bentuk dan proses yang berlaku pada setiap jenis pembahagian sel.


54 Rajah 4: Langkah 3 dalam penggunaan inovasi STOP. WAIT. GO PROMAT Langkah 3: Setelah siap dipadankan dengan kertas bercetak ke atas setiap jenis pembahagian sel. Seterusnya, pelajar perlulah memadankan pula label nama fasa dan huraiannya samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian pelajar.


55 Rajah 5: Langkah 4 dalam penggunaan inovasi STOP. WAIT. GO PROM 6.3 KOS MENGHASILKAN INOVASI Bil. Bahan Bilangan Harga 1. Bebenang tebal 1 gulung RM 7.00 2. Kertas bercetak tebal 1 saiz A3 RM 5.00 3. Manik bulat dan rod 3 paket RM 8.00 4. Kain tapak bahan (4 warna, 2 corak) 4 meter RM 67.00 5. Pelekat hadapan produk 3 pelekat RM 6.00 6. Bekas bertutup kecil 3 bekas RM 2.00 7. Kad huraian versi Bahasa Inggeris 2 kertas A4 RM 2.00 8. Kad huraian versi Bahasa Melayu 2 kertas A4 RM 1.00 9. Label nama proses 2 kertas A4 RM 1.00 Jumlah RM 99.00 Jadual 1. Kos Inovasi Langkah 4: Hasil setelah semua perkara telah dipadankan pada fasa masing-masing. Dari hasil ini, pelajar dapat meneliti perbezaan antara ketiga-tiga dengan lebih baik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan serta kefahaman pelajar-pelajar.


56 6.4 KEBERKESANAN KEPADA PDP Graf 1. Perbandingan Ujian Pra dan Pos Graf 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Tujuan ujian pra dan ujian pos adalah untuk mengukur tahap penguasaan pelajar sebelum menggunakan bahan inovasi dan selepas bahan inovasi diperkenalkan. Keputusan yang diperolehi daripada keputusan ujian pra (berwarna biru) dan ujian pos (berwarna oren) ialah pencapaian pelajar bagi tajuk pembahagian sel pada bab 5 tingkatan 4 menggunakan alat bantu mengajar “STOP. WAIT. GO PROMAT” menunjukkan peningkatan. Ini dapat dilihat apabila min markah pencapaian 30 pelajar pada ujian pra iaitu 2.133 meningkat kepada 4.300 pada ujian pos. Oleh itu, perbezaan min adalah sebanyak 2.167. Tambahan lagi, markah maksimum pada ujian pra ialah 4 meningkat kepada 5 dalam ujian pos. Skor minimum pada ujian pra ialah 1 juga meningkat pada ujian pos apabila nilai markah minimum ialah 3. Terdapat hanya empat orang pelajar yang mencapai gred 4 dalam ujian pra daripada 30 orang pelajar. Purata pelajar mencapai markah 2 iaitu 14 orang pelajar. Manakala purata pelajar mencapai markah 4 iaitu 17 pelajar bagi ujian pos. Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peningkatan dalam kalangan pelajar. Di sini menunjukkan pembelajaran menggunakan produk ini dapat meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar tingkatan 4 tentang topik pembahagian sel. Graf 1. (tajuk) Mesti letak di bawah graf Bil. Graf Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Markah Pelajar Pelajar


57 Rajah 6: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra = 2 M Ujian Pos = 5 M


58 6.5 POTENSI DISEBARLUASKAN Inovasi ini berpotensi disebarluaskan kepada guru Sains tingkatan lain dan juga guru Biologi untuk mengetengahkan produk inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha bagi meningkatkan kebolehan pelajar menguasai topik ini dengan baik. 6.6 KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN


59


60


61


62


63 Graf 2: Dapatan soal selidik penggunaan “STOP. WAIT. GO PROMAT” LAMPIRAN Borang 1: Contoh beberapa soalan dari borang soal selidik menerusi “Google Form”


64 Rajah 7: Penggunaan Inovasi Bersama Pelajar dan Perkongsian Inovasi dengan Guru Matapelajaran Sains


65 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH GAMIFIKASI “FUN LEARNING” DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN SEJARAH TINGKATAN 1 (TOKOH DAN KHALIFAH DALAM KERAJAAN ISLAM) Amirul Faris Bin Razali 1 Jairon Bin Sintar 2 1,2 SMK Luar Bandar No.1 Sibu [email protected] [email protected] ABSTRAK Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah Gamifikasi “Fun Learning” dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah Tingkatan 1 (Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran). Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan minat murid Tingkatan 1 SMK Luar Bandar No.1 Sibu, mempelajari subjek Pendidikan Islam dan Sejarah terkandung dalam Silibus mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Permainan digital didapati mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pemain dan boleh meningkatkan motivasi pemainnya terutamanya remaja di bawah umur 18 tahun untuk terus bermain di antara 20 sehingga 33 minit sehari (Greean & McNessee, 2007). Aktiviti Gamifikasi ‘Fun Learning’ ini memerlukan murid mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang dipelajari dalam untuk pemahaman yang berkesan dan terus mengigati apa yang mereka telah pelajari. 1.0 SINOPSIS INOVASI Perisian permainan digital kini juga dimainkan dengan dengan meluas dalam bentuk mobil. Kajian Peter Evans (2012) pula mendapati Malaysia mempunyai hampir 29 juta pengguna telefon mudah alih iaitu penembusan hampir 129 peratus daripada jumlah penduduk pada Mac 2012. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 2008 terhadap 2837 rakyat Malaysia, kebanyakannya telah bersedia untuk belajar melalui m-Learning (Abas, Chng & Mansor, 2008). Banyak kajian (Darina et. al, 2015; Raquel, 2015; Lee & Hammer, 2011) menunjukkan kepada keberkesanan pembelajaran menerusi permainan mobil. Justeru itu, inovasi ini diwujudkan dengan membangunakan aplikasi permainan pembelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah Tingkatan 1 khusus pada topik Khalifah dalam Kerajaan Islam. Oleh itu, projek ini akan memperincikan dan mentransformasikannya ke dalam aplikasi permainan elektronik berasaskan telefon yang boleh diakses melalui platform “Quick Response Code’ (QR Code).


66 2.0 OBJEKTIF INOVASI a) Mengaplikasikan konsep, teori amalan dan perkembangan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. b) Menyediakan bahan ransangan dan media pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. c) Mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid agama islam tingkatan 1 dijadikan kumpulan sasaran bagi penggunaan inovasi ini dengan dan akan disebarluarkan kepada semua murid tingkatan 1. 4.0 LATAR BELAKANG INOVASI Tinjauan awal di peringkat pengajaran ialah kesukaran murid untuk memahami konsep dan mempelajari bidang sirah yang mana ia adalah melibatkan sejarah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan ingatan dan keyakinan diri mereka terhadap bidang sirah ini. Matlamat utama dalam pembentukan Inovasi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah untuk membentuk kemahiran, ilmu dan sikap positif dalam kalangan murid sekolah. Murid harus didedahkan dengan cara mengintegrasikan teknologi bukan sahaja dalam pembelajaran malah dalam kehidupan seharian. Penerapan elemen TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong pelajar menjadi kreatif malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap kandungan mata pelajaran. 5.0 ISU/ MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Pendidikan Islam KSSM mengandungi 26 topik utama. Antara topiknya adalah Tokoh-tokoh dan sejarah kerajaan Islam. Hampir kesemua tingkatan dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 terdapat topik ini adalah saling berkaitan. Perkara yang mencabar guru yang mengajar topik ini adalah untuk mereka cipta satu aktiviti atau projek untuk menarik minat dan fokus murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik ini. Jika setiap topik diajar secara kaedah tradisional atau ‘Chalk and talk’ pelajar tidak akan dapat melihat kesinambungannya dan akan menghadapi masalah pemahaman yang sebenar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui teknik Gamifikasi ‘Fun Learning’ ini, saya berjaya menggabungkan aktiviti amali secara langsung untuk sekurang-kurangnya empat tokoh utama dalam pentadbiran kerajaan Islam, iaitu topik Saidina Abu Bakar As-siddiq, Saidina Umar bin Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu talib. Aktiviti Gamifikasi ‘Fun Learning’ ini memerlukan murid mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang dipelajari dalam untuk pemahaman yang berkesan dan terus mengingati apa yang mereka telah pelajari.


67 6.0 HURAIAN INOVASI 6.1 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Penggunaan teknologi dalam PdPc, atau istilah “teknologi pendidikan” mula dilaksanakan secara meluas sama ada di peringkat sekolah, mahupun diperingkat pengajian tinggi. Bertepatan dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia agar dibudayakan penggunaan teknologi dalam PdPc peringkat sekolah (http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4, 28 Januari 2014), para pelatih pendidik di institut pendidikan guru (IPG) telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam P&P, seperti penggunaan aplikasi atau perisian dan alat bantu mengajar (komputer, projektor, LCD). 6.2 CARA INOVASI DIGUNAKAN Gamifikasi ‘Fun Learning’ dikenali sebagai permainan dan ia adalah teknik animasi sesuatu objek fizikal yang kelihatan bergerak dengan sendiri. Objek yang bergerak secara perlahan di antara bingkai gambar (slaid) secara individu untuk mewujudkan ilusi pergerakan apabila slaid dimainkan secara berterusan. Apa yang terdapat dalam bermainan ini adalah murid dapat mengakses nota menggunakan aplikasi yang telah disediakan dengan hanya menggerakkan layar melalui ‘touch screen’ untuk ke paparan berikutnya. selain ini murid akan dapat untuk menjawab soalan di ruangan uji minda dan paparan betul dan salah akan ditunjukkan dengan pergerakan objek yang sangat menarik. Dalam inovasi ini, saya hanya menggunakan bahan grafik 2 dimensi menggunakan ‘Microsoft Power Point’. Murid akan dapat mengaplikasikan dan mengingati dengan lebih mudah apa yang telah dipelajari aplikasi tersebut. a) Langkah Pembinaan Bahan Inovasi : 1) Idea asal penciptaan ini adalah dengan menggunakan teknik pengajaran power point berdasarkan Gambar 2, setiap paparan akan menghasilkan sifat peribadi keempat-empat tokoh yang menggunakan animasi kartun dan menggunakan gerakan iaitu fungsi yang terdapat di dalam microsoft power point. Setelah penghasilan menggunakan power point hasil tersebut disimpan dengan menggunakan format Powerpoint 97-2003 show (*.pps) seperti di dalam Gambar 3. Gambar 1 : Power Point


68 Gambar 2. Paparan dalam inovasi Gambar 3. Paparan soalan uji minda 2) Antara kelebihan aplikasi ini adalah terdapat beberapa soalan uji minda yang perlu dijawab setelah habis eksplorasi keempat-empat tokoh tersebut. 3) Pembinaan QR Code untuk memudahkan akses.


69 6.3 KOS MENGHASILKAN INOVASI Dalam menghasilkan inovasi gamifikasi “fun learning” tidak memerlukan sebarang kos. Hal ini kerana, semua bahan yang dihasilkan adalah berbentuk digital dan hanya memerlukan beberapa aplikasi yang percuma dan sudah sedia ada dalam komputer riba. Semasa menghasilkan inovasi ini ianya menggunakan kemudahan komputer sepenuhnya. Setelah itu, inovasi yang dihasilkan juga akan digunapakai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan komputer riba dan telefon sepenuhnya. 6.4 KEBERKESANAN KEPADA PDP 6.4.1 Murid mudah mengingat maklumat penting Melalui penggunaan kaedah gamifikasi “fun learning” dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memudahkan pelajar untuk mengingat maklumat penting dalam topik pembelajaran seperti nama tokoh, tempat dan masa. Melalui kaedah ini, penyerapan maklumat dalam diri setiap pelajar adalah berlaku dengan mudah dan lebih berkesan. Hal ini kerana, melalui penggunaan kaedah gamifiksi pelajar akan terlibat secara langsung dalam penggunaan bahan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan bahan yang ada akan timbul rasa ingin tahu dalam diri pelajar berkaitan dengan topik yang dipelajari kerana segala maklumat sudah tersedia dalam aplikasi tersebut. Penerokaan secara kendiri yang dilakukan oleh pelajar akan lebih berkesan dan membantu mereka dalam menguasai topik tersebut.


70 Gambar 4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 6.4.2 Menarik minat dan penglibatan pelajar selain itu, dewasa kini memang tidak dinafikan bahawa golongan muda termasuklah pelajar lebih memilih kemudahan teknologi seperti telefon berbanding buku untuk mencari maklumat. Situasi ini juga berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutama subjek pendidikan agama Islam dan Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada buku teks bagi mengelakkan pelajar rasa bosan dalam pembelajaran. Oleh itu, penggunaan kaedah gamifiksi ini adalah sangat sesuai untuk menarik minat dan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, melalui gamifiksi ia menggunakan kemudahan teknologi dalam meneroka maklumat berkaitan topik pembelajaran. Pelajar lebih tertarik dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kerana melalui penggunaan kaedah ini lebih menarik dan tidak membosankan. 6.5 POTENSI DISEBARLUASKAN Penggunaan kaedah gamifiksi “fun learning” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini berpotensi untuk disebarluaskan kepada subjek lain terutamanya Sejarah. Hal ini kerana, subjek Sejarah merupakan salah satu subjek yang dianggap subjek membosankan kerana perlu mengingat banyak fakta dan nama tokoh. Penggunaan kaedah ini sesuai digunakan dalam subjek Sejarah tingkatan 1 iaitu tajuk 4 (Tamadun Dunia Dan Sumbangannya), bab 8 (Tamadun Islam Dan Sumbangannya).


71 RUJUKAN Abdullah Ali Hassan,1980. The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor. 2. Abdul Ghafar, M. N. (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Universiti Teknologi Malaysia. 3. Hamed, Z. (2000). “Teknik Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan”. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Faridah Mohamed.1997. Bahasa al-Quran dan Hubungannya Dengan Tulisan Jawi: Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-sekolah Kota Bharu, Kelantan.Disertasi Sarjana Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Hashim Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T. Collins (terjamahan), 2005, Bahasa Melayu Bahasa Dunia; Sejarah Singkat, Jakarta: JL.Plaju. Muhammad Bukhari Lubis, Fatima Salleh, Husniyati Ali, Husaimah Ismail dan Fatimah Sudin, 2006. Tulisan Jawi Sehimpun Kajian, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Muhammad Naquib al-Attas, 1972. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Norhawati Salimuddin,2000.Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Omar Awang, 1985. The Terengganu Inscription as the Earliest Known Evidence of Finalisation of the Jawi Alphabet, Islamika III, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya. Shazana Muhamed Sa’ad, 2009. Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Kolej Komuniti Gerik.” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.


72 MENINGKATKAN PENGUASAAN TEKNIK MENULIS ESEI PENGAJIAN AM SEMESTER 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KERANGKA ESEI ‘IKK5I’ DALAM KALANGAN MURID T6S2/S3A1 KOHORT 2021 Alice Lau Siew King SMK Luar Bandar No.1 Sibu [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk memudahkan murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Seramai 14 orang murid terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berfokus untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, pra ujian dan pasca ujian, dan temu bual. Hasil tinjauan melalui pemerhatian menunjukkan murid tidak menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Hanya dua orang murid daripada empat belas orang murid yang memperoleh 13 - 25 markah dalam pra ujian. Hasil daripada temu bual didapati bahawa kebanyakan murid kelas tersebut tidak dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi soalan, dan isi sesuatu esei. Keadaan ini menggambarkan mereka belum lagi menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ untuk meningkatkan penguasaan teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 bulan, iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober 2021. Keputusan daripada latihan-latihan telah menunjukkan lapan orang daripada empat belas orang murid dapat memperoleh markah lulus, iaitu 13 - 25 markah. Mereka yang berjaya memperoleh 13 – 25 markah dalam latihan merupakan mereka yang dapat menulis esei Pengajian Am Semester 2 dengan isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan dan 3 isi esei dan ke atas dengan betul. Kata kunci: Kaedah kerangka esei ‘IKK5I’, Pengajian Am Semester 2, Teknik Menulis Esei 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU Subjek Pengajian Am Semester 2 terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A terdiri daripada 4 soalan struktur, bahagian B terdiri daripada 2 soalan alih bentuk komunikasi, dan bahagian C terdiri daripada 2 soalan esei. Murid dikehendaki menjawab 1 daripada 2 soalan esei yang diberikan. Kedua-dua soalan esei tersebut boleh menyumbangkan 25 markah dalam kertas peperiksaan Pengajian Am Semester 2. Bahagian ini merupakan penyumbang markah terbesar dalam kertas peperiksaan Pengajian Am STPM 900/2. Jika murid dapat menguasai teknik penulisan esei yang baik dengan sedikit kesalahan, mereka berpeluang untuk markah yang baik dalam kertas ini.


73 Walau bagaimanapun, mata pelajaran Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam ujian STPM di samping dijadikan sebagai syarat kemasukan universiti awam di seluruh Malaysia. Semua calon STPM perlu dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menjawab kertas soalan mata pelajaran ini dari Semester 1 hingga Semester 3 bagi membolehkan mereka mendapat markah yang baik. Hanya 2 orang daripada 14 orang murid yang mendapat 13 – 25 markah dalam praujian yang diberikan. Keputusan tersebut amat menyedihkan sebab keadaan tersebut menggambarkan muridmurid T6S2/S3A1 belum menguasai teknik menjawab yang diperlukan dalam mata pelajaran Pengajian Am Semester 2 ini, terutamanya bahagian menulis esei. Melalui temu bual yang telah diadakan, murid menghadapi kesukaran untuk menulis esei Pengajian Am Semester 2. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan 5 isi yang betul bagi latihan esei Pengajian Am Semester 2. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Saya dapati bahawa murid-murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 belum menguasai format penulisan esei Pengajian Am Semester 2. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah mereka tidak dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan 5 isi esei Pengajian Am. Keadaan tersebut akan menyebabkan murid gagal memperoleh 13 – 25 markah dalam bahagian ini. Oleh itu, saya ingin menggunakan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ untuk membantu muridmurid saya menulis esei Pengajian Am Semester 2 dengan teknik yang betul. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am: Pada akhir kajian ini, murid dapat menguasai kemahiran menulis esei Pengajian Am Semester 2 dengan menggunakan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ dalam kalangan murid T6S2/S3A1 Kohort 2021. Objektif khusus: a. Memastikan murid dapat mencapai markah minimum 13 / 25 dalam esei Pengajian Am Semester 2. b. Memastikan murid dapat menulis esei Pengajian Am Semester 2 dengan teknik yang betul. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat ialah 14 orang murid T6S2/S3A1 Kohort 2021. Berdasarkan Jadual 1, terdapat 10 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki dalam kelas tersebut.


74 Jadual 1. Senarai murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 Bil. Nama murid Jantina 1 BENARD RADEN ANAK EDMUND NAYONG L 2 DENNEZ CHUPONG ANAK GOMEZ L 3 EMELLYN LAYIE ANAK NULLY P 4 FARAH NAJWA BINTI NOORALAM P 5 MAGDELINA CHINO ANAK MISIL P 6 MISHALLYNA MEX ANAK JOHNICAL P 7 MOHD HADI BIN JEFERY L 8 NADIA ELISHA ANAK NABAU P 9 NUR PUTRI KHEONG BINTI NAZRI KHEONG P 10 RACHEL ROSHALINA ANAK BRITIN P 11 SUPHRIYA RENNY ANAK MINGGU P 12 VIVIAN ANAK GURANG P 13 WINNIE ANAK MAHALI P 14 WISLEY ANAK RAMBUL L 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, pra ujian dan pasca ujian, dan temu bual dalam kajian tindakan ini. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan sebelum kajian ini dijalankan. Pra ujian dan Pasca ujian Saya telah memberikan satu pra ujian kepada kumpulan sasaran untuk mengenal pasti setakat mana murid menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2 selepas 1 bulan saya mendedahkan teknik penulisan esei Pengajian Am Semester 2. Saya telah memberikan satu pasca ujian selepas 2 bulan pelaksanaan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ Pengajian Am Semester 2. Temu Bual Temu bual telah dijalankan secara rawak dengan murid untuk mengesan murid yang belum menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Analisis Pemerhatian


75 Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: i. Murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 belum menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2, iaitu mereka tidak dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan isi esei Pengajian Am Semester 2. ii. Kebanyakan isi yang diberikan oleh murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 adalah tidak betul. Analisis Pra Ujian dan Pasca Ujian Berdasarkan dapatan daripada Jadual 2, didapati bahawa hanya 2 orang murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 atau 14.29% daripada 14 orang murid mendapat 13 – 25 markah. Seramai 12 orang atau 85.71% daripada 14 orang murid mendapat 0 – 12 markah. Keputusan pra ujian menunjukkan kebanyakan murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 belum menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Jadual 2. Keputusan pra ujian murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 Markah Keputusan Praujian Bilangan murid (orang) Peratusan (%) 0 – 12 12 85.71 13 - 25 2 14.29 JUMLAH 14 100.00 Berdasarkan Jadual 3, bilangan murid yang mendapat 0 - 12 markah dan 13 – 25 markah dalam pasca ujian ialah 6 orang atau 42.86% daripada 14 orang murid masing-masing. Bilangan murid yang mendapat 13 – 25 markah dalam pasca ujian ialah 8 orang atau 57.14% daripada 14 orang murid. Keadaan tersebut menggambarkan terdapat peningkatan dalam pasca ujian, iaitu daripada 2 orang meningkat kepada 8 orang murid lulus dalam bahagian esei (13 – 25 m). Jadual 3. Keputusan pasca ujian murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 Markah Keputusan pasca ujian Bilangan murid (orang) Peratusan (%) 0 - 12 6 42.86 13 - 25 8 57.14 JUMLAH 14 100.00 Analisis Temu Bual Terdapat murid menyatakan mereka masih tidak dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan isi yang dikehendaki. Murid-murid pun tidak pasti 5 isi yang ditulis itu sama ada betul atau tidak. 5.3 Tindakan yang Dijalankan Selepas pra ujian, saya telah memperkenalkan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ Pengajian Am Semester 2 dengan: 20


76 Aktiviti 1: Saya telah menerangkan kerangka esei ‘IKK5I’ kepada murid dengan menggunakan salah satu soalan esei STPM sebenar. Kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ adalah seperti berikut: Jadual 4. Penjelasan kaedah kerangka esei Kaedah kerangka esei IKK5I Penjelasan I Nyatakan isu bagi soalan esei yang dikemukakan. K Nyatakan kehendak soalan bagi soalan esei yang dikemukakan. K Nyatakan kombinasi jawapan (5+0 / 1+4 / 3+2 atau 2+3) bagi soalan esei yang dikemukakan. 5I Nyatakan 5 isi bagi soalan esei yang dikemukakan. Mereka perlu menjawab soalan-soalan esei STPM sebenar yang lain dengan kerangka ‘IKK5I’ kemudian saya akan membincangkan kerangka ‘IKK5I’ dengan murid. Contoh 1: Soalan 8 STPM 2019: Pembinaan lebuh raya di negara ini telah membawa pelbagai kebaikan, namun terdapat keburukan yang wujud akibat pembinaannya. Bincangkan. Kaedah kerangka esei: I - Isu: Pembinaan lebuh raya di negara ini K- Kehendak soalan: kebaikan dan keburukan K - Kombinasi jawapan: 2+3 / 3+2 5I - 5 isi: 1. memudahkan sistem pengangkutan di negara ini 2. menjimatkan masa perjalanan 3. memajukan kawasan setempat 4. menjejaskan ekologi 5. pencemaran alam sekitar Aktiviti 2: Saya menggunakan soalan-soalan esei daripada buku Pengajian Am Semester 2 penerbitan Local Publication Sdn Bhd. untuk dijadikan sebagai latihan kepada semua murid T6S2/S3A1 Kohort 2021. Murid-murid tersebut disuruh untuk menggunakan kerangka esei ‘IKK5I’ untuk merangka jawapan esei Pengajian Am Semester 2 dan hantar melalui Telegram kelas untuk penyemakan. Jawapan kerangka esei ‘IKK5I’ yang betul akan dipaparkan dalam Telegram kelas.


77 Contoh 1. Gambar 1. Contoh soalan esei daripada buku Pengajian Am Semester 2 penerbitan Local Publication Sdn Bhd. Gambar 2. Jawapan kerangka esei ‘IKK5I’ yang betul Aktiviti 3: Murid-murid disuruh duduk dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang. Satu soalan esei akan diberikan kepada setiap kumpulan yang dibentuk itu. Perbincangan kerangka esei ‘IKK5I’ Pengajian Am Semester 2 perlu dilakukan antara setiap ahli kumpulan. Seorang wakil dipilih daripada setiap kumpulan untuk membentangkan kerangka esei ‘IKK5I’ Pengajian Am Semester 2 selepas 15 minit. Saya akan membincangkan kerangka esei ‘IKK5I’ yang betul dengan murid.


78 Gambar 3. Hasil kerja salah satu kumpulan dengan menggunakan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam tempoh 3 bulan. Sebanyak 12 latihan esei telah dijawab oleh murid T6S2/S3A1 Kohort 2021. Selepas pasca ujian, saya telah menemu bual kembali murid-murid secara rawak. Kebanyakan murid menyatakan mereka dapat mengenal pasti isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan sekurang-kurangnya 3 isi esei yang betul bagi latihan esei Pengajian Am Semester 2. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Berdasarkan Jadual 3, terdapat 6 orang atau 42.86% daripada 14 orang murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 memperoleh 0 – 12 markah manakala 8 orang atau 57.14% daripada 14 orang murid memperoleh 13 – 25 markah masing-masing dalam pasca ujian. Mereka yang memperoleh 13 – 25 markah dalam pasca ujian merupakan mereka yang dapat menguasai teknik penulisan esei Pengajian Am Semester 2 dengan dapat menulis 3 isi esei dan ke atas yang betul. Mereka yang memperoleh 0 – 12 markah dalam pasca ujian merupakan mereka yang tidak dapat menguasai teknik penulisan esei, iaitu menulis isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan 3 hingga 4 isi yang tidak betul dalam soalan esei Pengajian Am Semester 2. Secara keseluruhan, pencapaian murid-murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 telah menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan pra ujian. 5.5.2 Refleksi Proses Pengajaran & Pembelajaran Secara Keseluruhan Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ dapat membantu murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 untuk menguasai teknik menulis esei Pengajian Am Semester 2. Saya


79 juga tumpang kegembiraan murid kerana seramai 8 orang atau 57.14% daripada 14 orang murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 dapat memperoleh 13 hingga 25 markah dalam pasca ujian. Walau bagaimanapun, masih terdapat 6 orang murid atau 42.86% daripada 14 orang murid tidak dapat memperoleh 13 - 25 markah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka masih belum menguasai teknik menulis esei dengan menulis isu, kehendak soalan, kombinasi jawapan, dan 3 isi esei dan ke atas dengan betul. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Cadangan untuk kajian seterusnya bagi bahagian esei ini adalah seperti berikut: a. Guru boleh menggabungkan semua kertas soalan STPM sebenar bagi mata pelajaran Pengajian Am dari tahun 2013 – 2020 dengan menggunakan kaedah kerangka esei ‘IKK5I’ untuk dijadikan satu modul pdpc. b. ‘Flash Card Esei’ juga akan dilakukan untuk murid T6S2/S3A1 Kohort 2021 Terdapat perubahan yang positif dalam amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid hasil daripada kajian yang dijalankan. Semoga kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pdpc lebih menarik dan berkesan. BIBLIOGRAFI Majlis peperiksaan Malaysia. (2012). Pengajian Am: Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh. Majlis Peperiksaan Malaysia. Majlis peperiksaan Malaysia. (2013 – 2020). Soalan-Soalan Bahagian C Kertas 900/1 Tahun 2013 – 2020. Majlis Peperiksaan Malaysia. Tn. Hj. Md. Lasa Bin Yahya et al., (2021). Nota Minda & Lembaran Praktis Pengajian Am. Local Publications (M) Sdn. Bhd.


80 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK:MENGUASAI KONSEP BANDAR LESTARI DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI MENENGAH ATAS Hii Ming Toh 1 Chua Sian Ping 2 1,2 SMK Luar Bandar No.1 Sibu [email protected] [email protected] ABSTRAK Pembelajaran berasaskan projek merupakan pendekatan pembelajaran yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Pelajar akan bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik dalam penghasilan artifak pembelajaran ini. Kajian ini dijalankan dengan objektif umum meningkatkan kesedaran pelajar tentang kelestarian alam sekitar dan objektif khusus membantu pelajar menguasai konsep bandar lestari serta mencapai tahap penguasaan 6 dalam tajuk urbanisasi Geografi Tingkatan 4. Seramai 6 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan dalam tempoh masa 7 minggu untuk menyiapkan model bandar lestari yang mesra alam. Pemerhatian guru terhadap proses dan hasil pelajar adalah sangat memuaskan. Keputusan kuiz pra dan pos juga menunjukkan peningkatan pelajar terhadap penguasaan topik ini. Sesi temubual dengan pelajar juga turut dijalankan dan dirakamkan sebagai eviden. Akhir sekali, pelajar telah berjaya menguasai tajuk ini dan diberikan tahap penguasaan 6. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan projek, bandar lestari 1.0 REFEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU Semasa aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan untuk tajuk urbanisasi Geografi Manusia Penduduk dan Petempatan dalam KSSM Geografi Tingkatan 4 terutamanya tentang konsep bandar lestari, pelajar sukar membuat imaginasi terhadap bandar yang mesra alam. Pelajar hanya mampu senaraikan idea yang ringkas seperti jimat penggunaan elektrik dan paip air, menggunakan pengangkutan awam, amalan kitar semula dan sebagainya. Hal ini kerana bandar yang berdekatan dengan pelajar belum mencapai tahap kelestarian alam sekitar sepenuhnya. Tambahan pula, pelajar tidak dapat memberi respons dengan baik dan lancar dalam sesi soal jawab dan perbincangan idea. Pelajar hanya mampu bagi jawapan yang ringkas seperti mesra alam, tidak mencemarkan alam sekitar, kurang membebaskan asap dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga didapati terlalu bergantung kepada guru untuk memberi segala maklumat. Dari segi pentaksiran berasaskan bilik darjah, pelajar hanya layak diberikan tahap penguasaan 4 untuk tajuk ini. Hal ini demikian kerana pelajar hanya mampu menjana huraian yang ringkas sahaja. Tahap penguasaan 6 bagi tajuk ini memerlukan pelajar mencadangkan idea secara mendalam bagi mengurangkan masalah urbanisasi di sesuatu kawasan.


81 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus kepada konsep bandar lestari sahaja dalam tajuk urbanisasi. Sub tajuk kecil yang lain seperti fungsi bandar, faktor mempengaruhi perkembangan urbanisasi dan kesan urbanisasi adalah dikecualikan dalam kajian ini. Namun demikian, kajian ini akan menerapkan tajuk seperti sumber tenaga alternatif, reka bentuk bangunan, pengangkutan lestari, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan sisa domestik dan air sisa dan pola petempatan secara tidak langsung. Kajian ini akan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBP) supaya pelajar dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana PBP merupakan pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu pelajar (Stephanie 2010). Mioduser & Betzer 2003 juga menyatakan bahawa pelaksanaan PBP memerlukan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam kerja berpasukan, kebolehan menggunakan kepelbagaian sumber pencarian maklumat dan keupayaan pelajar dalam menganalisis, mensintesis serta membuat refleksi terhadap pengetahuan yang diperoleh. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kelestarian alam sekitar. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Membantu pelajar menguasai konsep bandar lestari 3.2.2 Membantu pelajar mencapai tahap penguasaan 6 dalam tajuk urbanisasi Geografi Tingkatan 4 4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar yang disasarkan dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang iaitu 3 orang pelajar dari kelas 4A dan 3 orang pelajar dari kelas 4C. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian oleh guru, sesi temu bual, ujian kuiz pra dan ujian kuiz pos. Jadual semakan pemerhatian seperti dalam Jadual 1 telah disediakan. Soalan kuiz pra dan kuiz pos ialah ceraian esei yang berunsur 4 markah (Rajah 1). Sesi temu bual melibatkan 3 soalan yang menjurus kepada konsep PBP (Jadual 2).


82 Jadual 1. Pemerhatian tingkah laku pelajar semasa aktiviti dijalankan Bil Perkara Ya Tidak 1 Berkolaboratif dalam menyiapkan tugasan 2 Menganggu rakan menyiapkan tugasan 3 Menyumbangkan idea yang berkaitan 4 Tidak mengikut proses kerja 5 Kesungguhan tinggi menyiapkan tugasan Rajah 1. Soalan Kuiz Pra dan Soalan Kuiz Pos Jadual 2. Soalan temu bual Soalan Temu bual Mengapakah anda mempelajari tajuk ini? Bagaimanakah anda tahu yang anda sudah memahami tajuk ini? Apakah pengajaran yang anda peroleh setelah mempelajari topik ini dan berjaya menghasilkan projek? 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Permasalahan kajian ini boleh dijelaskan dengan hasil kuiz pra yang telah dilaksanakan terhadap responden yang terlibat. Dua orang pelajar mencapai 2 markah, tiga orang pelajar mencapai 3 markah. Hanya seorang pelajar mencapai markah penuh (Jadual 3). Namun, penulisan huraian pelajar yang mencapai 4 markah masih agak terhad.


83 Jadual 3. Pencapaian pelajar dalam kuiz pra Pelajar Markah (4m) A 2 B 2 C 3 D 3 E 3 F 4 Rajah 2.1. Contoh jawapan pelajar A dalam kuiz pra yang mendapat 2 markah Rajah 2.2. Contoh jawapan pelajar B dalam kuiz pra yang mendapat 2 markah Rajah 2.3. Contoh jawapan pelajar C dalam kuiz pra yang mendapat 3 markah


84 Rajah 2.4. Contoh jawapan pelajar D dalam kuiz pra yang mendapat 3 markah 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Kajian ini bermula dengan melakar dan melukis pelan bandar lestari dengan tangan. Pelajar menghasilkan lakaran dengan membahagikan bandar kepada zon-zon tertentu seperti zon petempatan, zon pertanian, zon perniagaan, zon perindustrian dan sebagainya (Rajah 3). Hal ini bertujuan supaya pelajar dapat menggunakan ruang yang terhad secara maksimum. Rajah 3. Lakaran pelan bandar lestari Selepas itu, pelajar menghasilkan tapak atau bentuk muka bumi bandar lestari dengan bahan terpakai seperti karpet hijau dan surat khabar dengan ukuran projek lebar 100cm, panjang 150cm dan tinggi 50cm. Bangunan-bangunan dalam model juga turut dihasilkan dengan kotak terpakai (Gambar 1).


85 Gambar 1. Pelajar menghasilkan tapak projek Bangunan tersebut diwarnakan dengan pelaka warna. Elemen bergerak seperti kincir angin, kereta elektrik dan kereta api elektrik juga turut dipasang di bandar lestari bagi meningkatkan fungsi bandar lestari (Gambar 2). Gambar 2. Pelajar menyusun penggunaan ruang Selepas model bandar lestari telah siap, pelajar dikehendaki membentangkan hasil mereka (Gambar 3). Hasil pembentangan pelajar juga dimuat naik ke Youtube channel beralamat https://youtu.be/aQZUk5PM67g dan https://youtu.be/yt4yca1p_9A untuk disebar luas kepada orang ramai. Pelajar juga diberikan kuiz pos untuk mengesan pencapaian mereka dalam tajuk bandar lestari ini (Rajah 1). Gambar 3. Rakaman pembentangan hasil pelajar Kajian ini bermula pada 12 September 2022 dan berakhir pada 30 Oktober 2022. Kajian ini telah mengambil tempoh masa sebanyak 7 minggu untuk menyelesaikannya (Jadual 4).


86 Jadual 4. Proses kerja Minggu Tarikh Proses Kerja 1 12 - 19 Sept 2022 Mereka dan melakar pelan bandar lestari 2 19 - 25 Sept 2022 Menghasilkan tapak bandar lestari 3 26 Sept - 2 Okt 2022 Menghasilkan tapak bandar lestari 4 3 - 9 Okt 2022 Menghasilkan reka bentuk bangunan 5 10 - 16 Okt 2022 Memasangkan jaringan pengangkutan dan bangunan 6 17 - 23 Okt 2022 Memurnikan hasil kerja 7 24 - 30 Okt 2022 Membentangkan dan merakam hasil kerja Jumlah kos yang digunakan untuk menghasilkan projek ialah RM169.70. (Jadual 5) Jadual 5. Bahan yang digunakan dan kos Bil Bahan Kos (RM) 1 Kotak terpakai - 2 Surat khabar - 3 Bekas minuman - 4 Lidi satay - 5 Karpet terpakai - 6 Bunga hiasan terpakai - 7 Papan lapis 4 kaki x 8 kaki 67.50 8 Hot gun dan hot glue 31.70 9 Spray warna 16.50 10 Warna pelaka 54.00 Jumlah keseluruhan 169.70 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 KEPUTUSAN KUIZ POS Jadual 6. Pencapaian pelajar dalam kuiz pos Pelajar Markah (4m) A 4 B 4 C 4 D 4 E 4 F 4 Dalam kuiz pos, semua pelajar berjaya menjawab kuiz dengan fakta dan huraian yang sangat lengkap. Mereka semua mendapat 4 markah penuh. Huraian yang dituliskan semakin mendalam secara berperingkat dengan padat dan tepat berserta contoh yang realiti (Rajah 7). Contohnya pelajar dapat menghuraikan pengangkutan lestari (fakta) dalam bandar lestari seperti kereta hibrid (huraian 1) dengan pengecualian cukai jalan raya (huraian 2).


87 Rajah 7.1. Contoh jawapan pelajar A dalam kuiz pos yang mendapat 4 markah Rajah 7.2. Contoh jawapan pelajar B dalam kuiz pos yang mendapat 4 markah


88 5.4.2 SESI TEMU BUAL Jadual 7. Sesi temu bual bersama dengan pelajar Soalan Temu bual Jawapan Mengapakah anda mempelajari tajuk ini? Joel: Saya pelajari tajuk ini untuk mengurangkan kesan rumah hijau dan pulau haba bagi mewujudkan bandar yang mesra alam. Bagaimanakah anda tahu yang anda sudah memahami tajuk ini? Beatrsya: Saya memahami tajuk ini dengan menghasilkan bangunan dan sistem pengangkutan yang mesra alam serta menggunakan sumber tenaga alternatif seperti solar dan kincir angin Apakah pengajaran yang anda peroleh setelah mempelajari topik ini dan berjaya menghasilkan projek? Esther: Pengajaran yang saya peroleh ialah memahami kepentingan dalam merancang sebuah bandar yang mesra alam dengan mereka bangunan yang mesra alam bagi menyerderhanakan suhu. 5.4.3 JADUAL PEMERHATIAN GURU Jadual 8. Pemerhatian tingkah laku pelajar semasa aktiviti dijalankan Bil Perkara Ya Tidak 1 Berkolaboratif dalam menyiapkan tugasan √ 2 Menganggu rakan menyiapkan tugasan √ 3 Menyumbangkan idea yang berkaitan √ 4 Tidak mengikut proses kerja √ 5 Kesungguhan tinggi menyiapkan tugasan √ Pemerhatian guru mendapati bahawa pelajar menunjukkan sikap yang positif dalam melaksanakan projek mereka (Jadual 8). Pelajar sentiasa berkolaboratif dalam menyiapkan tugasan dan menyumbangkan idea mereka dengan membuat rujukan buku dan internet. Mereka juga mempunyai kesungguhan yang tinggi menyiapkan tugasan terutamannya selepas sesi PdPc dan tidak mudah putus asa walaupun terdapat kesilapan semasa menghasilkan reka bentuk bangunan. Pelajar telah berjaya mempersembahkan konsep lestari dalam model bandar lestari. Antaranya ialah reka bentuk bangunan yang berkonsep taman hijau, penggunaan solar dalam setiap bangunan, tenaga kincir angin dan tenaga solar sebagai tenaga alternatif, kenderaan elektrik, pusat kitar semula, taman hijau, pertanian hidropronik dan sebagainya (lampiran). Jadual 9. Refleksi guru tentang sebelum dan selepas intervensi PBP Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Pelajar kurang yakin semasa sesi soal jawab. Hanya mampu menjawab dalam ayat pendek. Pelajar menjawab soalan dengan yakin dan mampu huraikan hasil mereka dengan terperinci. Fakta dan huraian yang diberikan adalah sangat terhad. Dapat memberikan fakta dan huraian dengan jelas. Dari segi sesi soal jawab, pelajar adalah kurang yakin sebelum intervensi PBP ini. Mereka hanya mampu menjawab dalam struktur ayat yang pendek dengan fakta dan huraian terhad.


89 Sebagai contoh, pelajar menyatakan cara mewujudkan bandar lestari dengan menanam pokok, menggunakan kereta elektrik, menggunakan tenaga solar dan sebagainya. Selepas intervensi PBP, pelajar mampu menghuraikan hasil mereka secara terperinci dengan keyakinan tinggi (Jadual 9). Sebagai contoh, pelajar dapat menghuraikan reka bentuk bangunan berkonsep taman hijau dengan bertujuan menyumbangkan proses fotosintensis, memudahkan pergerakan aliran angin dan mengindahkan bandar. Kenderaan elektrik diutamakan untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dari petroleum bagi mengelakkan kepupusan sumber dan pencemaran alam sekitar. Punca kenderaan elektrik adalah daripada tenaga hidroelektrik, tenaga kincir angin dan tenaga solar. 5.5 REFLEKSI KAJIAN Punca kejayaan model bandar lestari ialah pelajar mempunyai tahap kolaboratif yang tinggi. Pelajar sanggup berkorban masa selepas sesi PdPc sehingga pukul 4.00pm. Pelajar juga sentiasa membuat rujukan melalui internet untuk mengkaji hasil contoh yang lain. Dari segi pencapaian objektif pula, pelajar-pelajar ini telah berjaya menguasai konsep bandar lestari dan diberikan tahap penguasaan 6 dalam tajuk urbanisasi. Hal ini kerana pelajar dapat memberi penerangan tentang hasil projek mereka dengan sangat jelas dan terperinci. Pelajar dapat menghuraikan konsep seperti reka bentuk bangunan yang berkonsep mesra alam secara mendalam. Guru berasa bangga dengan hasil projek pelajar masing-masing kerana mereka berjaya menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hasil projek mereka juga dijadikan sebagai rujukan kepada guru dan pelajar yang lain. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Cadangan kajian pada masa depan ialah PBP ini boleh melibatkan lebih ramai pelajar. Saiz model boleh menjadi lebih kecil untuk memudahkan simpanan. Bahagian elemen bergerak boleh diperbanyakkan lagi supaya projek bandar lestari menjadi lebih menarik. RUJUKAN Khairuddin bin Nisa, Normah binti Dali, Nurizzati binti Alias dan Ahmad Nizam bin Zam. (2019). KSSM Geografi Tingkatan 4. Kubu Publications. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Geografi DSKP Tingkatan 4 & 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 5 (2004): 3 – 29, Persekitaran Bandar Lestari untuk Kesejahteraan Komuniti, Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus & Abdul Hadi Harman Shah. Model bandar Kenyalang. https://youtu.be/aQZUk5PM67g. Model bandar Borneo. https://youtu.be/yt4yca1p_9A. Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the clearing house. Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43.


90 LAMPIRAN Gambar 4. Tenaga kincir angin Gambar 5. Kereta api eletrik Gambar 6. Bangunan konsep taman hijau Gambar 7. EV Charging Station Gambar 8. Gambaran keseluruhan model bandar lestari 1


91 Gambar 9. Gambaran keseluruhan model bandar lestari 2 Gambar 10. Model bandar lestari pelajar bersama dengan guru pembimbing


92 PENGGUNAAN KAEDAH LOMPANG DALAM MENGINGAT FAKTA KHUSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER SATU Kong Tai Tey SMK Luar Bandar No.1 Sibu [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengingat fakta khusus dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6 Semester Satu Kohort STPM 2023 dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Seramai 18 orang pelajar iaitu 14 perempuan dan 4 lelaki terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal dilakukan menggunakan kaedah ujian pra, pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar pasif dalam aktiviti PdPc yang dijalankan selain penguasaan fakta khusus dan huraian yang sangat lemah. Hal ini disebabkan terlalu banyak fakta dalam sukatan yang perlu dihafal dan dikuasai oleh pelajar. Sehubungan itu, pembelajaran menggunakan Kaedah Lompang diperkenalkan untuk membantu meningkatkan penguasaan fakta khusus dan penglibatan pelajar dalam aktiviti PdPc. Tempoh masa bagi menyelesaikan kajian ini adalah selama 6 minggu iaitu dari pertengahan bulan Disember sehingga akhir bulan Januari. Keputusan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan prestasi pelajar yang ketara berbanding ujian pra selepas Kaedah Lompang dilaksanakan. Tahap penguasaan fakta khusus pelajar dalam ujian pasca didapati jauh lebik baik berbanding ujian pra. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran ketika menggunakan Kaedah Lompang. Keputusan ujian yang memberangsangkan mengubah sikap pelajar menjadi lebih positif dan seterusnya memberikan keyakinan kepada mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik semasa peperiksaan STPM. Kata kunci: Kaedah lompang, fakta khusus, pengajian perniagaan, semester satu 1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU Hasil analisis item-item soalan peperiksaan percubaan yang dijadikan sebagai ujian pra bagi kajian ini telah mendapati bahawa sejumlah 55.55% pelajar gagal dalam peperiksaan ini dengan punca kegagalan adalah disebabkan ketidakmampuan untuk memberikan fakta yang tepat dengan kehendak soalan selain huraian yang lemah dan tiada kaitan dengan fakta serta tidak mampu mengaplikasikan teori untuk menyelesaikan soalan KBAT dan format jawapan yang tidak dipatuhi. Majoriti pelajar juga gagal mengaitkan fakta khusus dengan fakta kes dan menyebabkan mereka hilang banyak markah. Selain itu, keupayaan pelajar untuk menghurai fakta khusus yang releven dan kemudiannya mengaitkan fakta tersebut dengan fakta kes (soalan KBAT) secara tepat menjadi antara penjelasan kepada kegagalan mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang


93 dan baik. Maklum balas daripada pelajar turut mengatakan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh mereka adalah disebabkan terlalu banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal sehingga menimbulkan kekeliruan dalam diri mereka untuk mengemukakan jawapan tepat dengan pengolahan yang baik dan tersusun sewaktu peperiksaan. Selain itu, masalah turut berpunca daripada kebanyakan waktu PdPc yang diakhiri tepat pada waktunya dengan pengukuhan pengajaran yang jarang melalui aktiviti penilaian. Sebaliknya pengukuhan yang diberikan hanya setakat kepada penyoalan lisan sahaja. Malahan, kebanyakan aktiviti PdPc lebih tertumpu dan berpusatkan kepada guru kerana sukatan pelajaran perlu dihabiskan secepat mungkin bagi membolehkan lebih banyak ruang masa untuk melakukan ulang kaji. Cara penyampaian yang sama iaitu kaedah konvensional kerap digunakan meskipun kepentingan kreativiti telah lama disedari selain cara pengajaran yang kurang menggunakan bahan konkrit atau bahan multimedia sedikit-sebanyak membosankan pelajar dan menyumbang kepada kepasifan pelajar semasa kelas. Maka, selaras dengan hasil analisis peperiksaan percubaan, maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan hasil refleksi diri guru dengan ditambah keazaman pelajar untuk mencapai kelulusan 100 peratus telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan ini yang terinspirasi daripada perkongsian guru pakar iaitu Cikgu Azly Muhamad dalam Pembentangan Kajian Tindakan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan 2019. Saya dapati kaedah ini boleh memberikan nilai tambah dalam membantu pelajar yang lemah terutamanya untuk mengingat fakta khusus jika dilaksanakan secara terancang selain dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah PdPc, membaiki sikap negatif dan pencapaian pelajar kohort STPM 2023 dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah memfokuskan kepada peningkatan penguasaan fakta khusus. Sekiranya pelajar dapat menguasai fakta khusus, maka peluang untuk mereka lulus adalah lebih tinggi. Hal ini kerana di dalam sukatan semester satu Pengajian Perniagaan terdapat lebih daripada 70 fakta adalah fakta khusus yang perlu dikuasai oleh pelajar (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2020). Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan menyatakannya dengan betul dan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaaan (Karthik Nair, 2018). Sebaliknya jika pelajar gagal mengingat fakta khusus, ini akan memberi kesan yang negatif terhadap keputusan peperiksaan mereka. Pelajar juga akan beranggapan bahawa Pengajian Perniagaan adalah subjek yang susah dan seterusnya hilang minat untuk terus belajar. Kesannya mereka akan menghadapi banyak masalah dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan apabila berada pada semester seterusnya. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi pelajar semester satu untuk membantu mengingat fakta khusus secara berulang-ulang mengikut bab dengan menggunakan Kaedah Lompang. Lompang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) adalah tidak berisi apa-apa atau kosong. Oleh itu, fakta-fakta khusus akan dilompangkan secara rawak mengikut bab bagi membantu pelajar untuk mengingat dalam kajian ini.


94 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan fakta khusus dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan Semester Satu melalui penggunaan Kaedah Lompang. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan Kaedah Lompang dalam PdPc Pengajian Perniagaan. Secara keseluruhan, objektif kajian ini adalah untuk: 3.1 Meningkatkan penguasaan fakta khusus dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan Semester Satu melalui penggunaan Kaedah Lompang. 3.2 Meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam PdPc bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan Semester Satu melalui penggunaan Kaedah Lompang. 3.3 Meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan Kaedah Lompang sebagai instrumen mengingat fakta khusus Pengajian Perniagaan Semester Satu. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah di luar bandar bahagian Sibu. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini melibatkan seorang guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan sebuah kelas Tingkatan 6 Semester Satu bagi Kohort 2023 dengan jumlah pelajar seramai 18 orang yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 14 orang perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. Kaedah tersebut ialah: 5.1.1 Ujian Pra Peperiksaan percubaan telah dijadikan sebagai ujian pra dalam kajian ini. Peperiksaan percubaan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana tahap penguasaan fakta dan huraian. Kertas peperiksaan percubaan disediakan mengikut format peperiksaan sebenar STPM dengan mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 10 soalan esei pendek / struktur yang memberi peruntukan markah sebanyak 50 markah dan merupakan bahagian yang wajib dijawab kesemua soalannya. Kebanyakan bentuk soalan yang dikemukakan lebih kepada pengukuran kefahaman. Namun begitu, terdapat juga soalan pengukuran aplikasi berbentuk KBAT yang turut dikemukakan dalam bahagian ini yang memerlukan kepada kemahiran berfikir dan penyelesaiaan masalah. Manakala bahagian B pula mengandungi tiga soalan. Namun hanya 2 soalan yang perlu dijawab iaitu soalan 2 (kajian kes atau permasalahan) dengan wajaran markah sebanyak 30 markah dan satu daripada dua pilihan soalan 3 (esei konsep) dengan wajaran 20 markah. Soalan dan permasalahan yang dikemukakan dalam peperiksaan adalah berdasarkan kepada sukatan Pengajian Perniagaan Semester Satu. Selepas saya menyemak kertas peperiksaan percubaan, saya dapati murid adalah sangat lemah dalam penguasaan fakta terutamanya fakta khusus dan huraiannya.


95 5.1.2 Pemerhatian dan refleksi kendiri Fokus pemerhatian saya adalah ke atas penglibatan pelajar semasa proses PdPc berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar didapati sukar dan tidak mampu untuk memberikan fakta khusus yang berkaitan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tepat apabila disoal secara lisan dan spontan oleh guru. Mereka kurang yakin dan perlu merujuk kepada buku untuk memberikan jawapan. Manakala penglibatan agak pasif, tidak menyeluruh dan kurang kesungguhan dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Dalam masa sama didapati segelintir murid menunjukkan sikap kurang minat dan gagal memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 5.1.3 Borang Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan masalah dalam proses dan pembelajaran Pengajian Perniagaan Semester Satu serta komen yang berkaitan dengannya. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Ujian Pra Jadual 1. Prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan percubaan (ujian pra) Bil. Pelajar Markah Bahagian A [ 50 markah] Markah Bahagian B [ 50 markah] Jumlah markah [100 markah] Gred 1. P1 32 21 53 B2. P2 14 6 20 F 3. P3 28 19 47 C+ 4. P4 17 11 28 F 5. P5 28 24 52 B6. P6 25 15 40 C 7. P7 3 1 4 F 8. P8 30 7 37 C9. P9 23 9 32 D 10. P10 17 21 38 C11. P11 12 16 28 F 12. P12 27 10 37 C13. P13 18 22 40 C 14. P14 28 4 32 D 15. P15 26 18 44 C 16. P16 25 27 52 B17. P17 18 5 23 F 18. P18 42 10 52 BGred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 1.37


96 Berdasarkan Jadual 1, pencapaian pelajar dalam peperiksaan percubaan (ujian pra) mengikut sistem penggredan STPM ialah 4 orang mendapat gred B-, 1 orang mendapat gred C+, 3 orang mendapat gred C, 3 orang mendapat gred C-, 2 orang mendapat gred D, dan 5 orang mendapat F. Sementara gred purata mata pelajaran (GPMP) ialah 1.37 iaitu bermaksud secara purata pencapaian bagi pelajar adalah berada dalam gred D+. Gred terbaik dalam ujian ini ialah gred B- dan gred terendah ialah gred F. Dari segi peratus kelulusan pula adalah 44.44% dengan 8 pelajar yang berjaya mencapai gred lulus iaitu gred C dan ke atas. Sementara peratus kegagalan pula sebanyak 55.55% iaitu 10 pelajar yang mendapat gred C ke bawah (C- dan F). Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, didapati pelajar cenderung memberikan jawapan di mana fakta terutamanya fakta khusus selain huraian yang tidak relevan kepada kehendak soalan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 yang banyak menyumbang kepada kehilangan markah. Rajah 1. Fakta dan huraian murid dalam skrip jawapan peperiksaan percubaan (ujian pra) 5.2.2 Analisis Refleksi Kendiri Berdasarkan refleksi kendiri harian guru (rujuk Rajah 2) selepas proses PdPc, didapati majoriti pelajar berdepan dengan masalah iaitu sukar untuk mengingati fakta dan huraian semasa disoal oleh guru sehingga ada yang gagal dan tidak mampu untuk memberikan fakta kepada soalan yang dikemukakan. Hal ini kerana mereka mungkin keliru apabila banyak fakta dan huraian yang dipadatkan kepada mereka dalam satu-satunya masa. Selain itu, pelajar juga didapati sangat pasif semasa PdPc kerana aktiviti PdPc yang dirancang kurang melibatkan mereka secara aktif sebaliknya lebih kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dalam pada itu, penilaian tahap kefahaman pelajar juga tidak menyeluruh di mana guru tidak mungkin dapat menyoal semua pelajar dalam satu masa yang sama bagi menilai tahap kefahaman dan penguasaan fakta khusus mereka.


97 Rajah 2. Refleksi kendiri harian guru 5.2.3 Analisis Borang Soal Selidik Jadual 2. Dapatan soal selidik masalah utama pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan 1. Masalah utama saya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan Bil. Skor Ya Tidak Tidak dapat memahami konsep yang dipelajari Keliru dengan konsep-konsep perniagaan 1 Mengingat fakta khusus dan huraian 17 Mendapatkan sumber pembelajaran Tidak berminat Berdasarkan hasil tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas 18 orang pelajar untuk 5 masalah utama yang dikenal pasti oleh guru, didapati 17 pelajar menghadapi masalah utama yang sama dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan iaitu masalah mengingat fakta khusus dan huraiannya. Manakala seorang lagi pelajar berdepan dengan masalah untuk memahami konsep yang dipelajari. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan dapatan data analisis tinjauan masalah, tindakan yang dijalankan bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah dengan menggunakan Kaedah Lompang sebagai alat untuk mengukur tahap penguasaan fakta khusus setiap pelajar. Tindakan yang dilakukan ialah: 5.3.1 Menyediakan nota fakta khusus untuk 5 bab berdasarkan sukatan Semester Satu (Rajah 3) 5.3.2 Merangka 4 set soalan (1 modul) fakta khusus untuk setiap bab dengan susunan lompang bagi setiap set adalah berbeza (Rajah 4) 5.3.3 Mencetak set soalan untuk 18 orang pelajar


98 5.3.4 Mentadbir dan merekod markah pencapaian pelajar untuk setiap set soalan Rajah 3. Penyediaan nota fakta khusus mengikut bab Rajah 4. Set soalan yang disediakan menggunakan Kaedah Lompang mengikut bab 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti Kajian ini dilaksanakan untuk tempoh 6 minggu (19 Disember 2022 – 31 Januari 2023). Kaedah yang digunakan ialah Kaedah Lompang. Fakta khusus yang berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan bertulis STPM Semester Satu diolah secara lompang untuk diisi oleh pelajar. Terdapat 5 bab dalam sukatan dan setiap bab mempunyai 4 set soalan dengan perbezaan antara setiap set soalan ialah pertambahan bilangan lompang. Tempoh masa untuk pelaksanaan setiap set soalan menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan kepada peruntukan markah kepada set soalan tersebut


99 iaitu 1 markah (1 lompang) bersamaan 1 minit. Hal ini bermaksud semakin banyak markah diperuntukan untuk set soalan itu, maka semakin lama tempoh masa akan digunakan untuk menjawab. Sebelum pelaksanaan aktiviti, 10 minit diberikan kepada pelajar untuk menghafal fakta-fakta khusus bagi bab yang dinilai. Cara menjawab ialah pelajar menulis jawapan menggunakan pen biru jika dapat memberikan jawapan dan menggunakan pen merah jika perlu merujuk nota untuk mendapat jawapan atau tidak ingat (Rajah 5). Selepas tempoh pelaksanaan tamat, penyemakan segera akan dibuat untuk melihat tahap penguasaan fakta khusus pelajar selain markah akan direkodkan. Jika pengisian jawapan pelajar masih banyak menggunakan pen merah bermakna pelajar masih belum menguasai lagi fakta khusus bagi bab tersebut dan set soalan kedua akan ditakbir kepada pelajar. Sebelum pelaksananan set soalan tersebut, peruntukan masa 10 minit akan diberikan lagi kepada pelajar untuk menghafal semula fakta khusus. Langkah pelaksanaan yang sama akan diulang sehingga set soalan yang terakhir iaitu set 4 bagi setiap bab. Rajah 5. Set soalan Kaedah Lompang yang dijawab oleh pelajar


100 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Rajah 6. Penguasaan fakta khusus pelajar menggunakan Kaedah Lompang Berdasarkan pemerhatian dan analisis jawapan setiap set soalan yang dilaksanakan (Rajah 6), didapati penggunaan Kaedah Lompang dapat membantu pelajar untuk menguasai fakta khusus dengan lebih baik. Bilangan jawapan yang diisi menggunakan pen merah semakin berkurang sehingga set soalan keempat bagi setiap bab. Hal ini menjelaskan bahawa pelajar dapat mengingat dan menguasai fakta khusus bagi bab tersebut. Selain itu, penyemakan segera dan perbincangan dapat dilakukan pada masa yang sama selepas soalan selesai ditadbirkan. Dengan ini, guru dapat mengesan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta dapat merancang tindakan susulan selanjutnya jika pelajar gagal menguasai fakta khusus bagi mana-mana topik dalam bab tersebut. Sementara pelajar pula dapat mengetahui fakta khusus bagi tajuk apa yang mereka masih belum kuasai. Hal ini dapat melatih pelajar untuk menjadi lebih peka, berhati-hati dan cuba mengelakkan diri mereka daripada mengulang kesilapan yang sama terutamanya semasa peperiksaan STPM yang sebenarnya. Di samping itu, didapati tahap penglibatan pelajar semasa aktiviti PdPc menggunakan Kaedah Lompang adalah baik dan memberangsangkan. Kesemua pelajar melibatkan diri dan


Click to View FlipBook Version