151 memuaskan. Antara sebab gagal dalam subjek Pengajian Am yang telah dinyatakan oleh murid 6 S2 / S3 A3 ialah ; A. Tidak memahami arahan dan kehendak soalan. B. Tidak dapat menyatakan jenis pola bagi soalan yang dikemukakan. C. Tidak dapat mengenal pasti format soalan sama ada format bergabung atau berasingan. D. Pembinaan Idea • Tidak dapat mengenal pasti idea dalam media. E. Pembinaan Huraian Idea • Penulisan huraian data yang tidak lengkap. Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Saya telah menganalisis soalan-soalan tahun lepas Pengajian Am dan mendapati bahawa item Bahagian B : Alih Bentuk Komunikasi merupakan item wajib bagi Kertas 3 Pengajian Am Penggal Tiga yang menyumbang sebanyak 15 markah. Jika murid dapat menguasai subtopik kemahiran Alih Bentuk Komunikasi, peluang untuk mereka lulus adalah lebih tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam subtopik Alih Bentuk Komunikasi ialah mengenal pasti idea utama yang terdapat dalam media. Mereka gagal mengingati kata kunci atau perkataan penting untuk melengkapkan idea utama seperti pola perubahan, kata kunci idea ialah meningkat, menurun, tidak konsisten atau konsisten manakala pola bandingan, kata kunci ialah paling tinggi dan paling rendah, banyak dan sedikit serta melebihi yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan dalam pernyataan idea. Mereka juga gagal melengkapkan huraian idea dengan perkara-perkara seperti perkara atau isu, sektor atau negara, jenis pola, nilai mutlak, peratus perubahan, dan lain-lain. Boleh dikatakan setiap murid akan melakukan sekurang-kurangnya satu kesalahan yang boleh mengurangkan skor Bahagian B. Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah PdPc, sikap negatif dan pencapaian murid 6 S2 / S3 A3 yang rendah dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM Tujuan kajian ini adalah meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap kemahiran pembinaan ayat idea atau isi utama dan huraian idea atau isi. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS A) Peratus murid lulus Bahagian B dalam Peperiksaan Percubaan ialah 100%. B) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 50% berbanding praujian. C) Mengubah cara pengajaran guru agar murid merasakan proses PdPc lebih menyeronokkan. D) Meningkatkan daya ingatan murid tentang Alih Bentuk Komunikasi dengan Teknik PJT+PJTN+B+A. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid yang terlibat adalah seramai 10 orang dari kelas 6 S2 / S3 A3. Kelas ini terdiri daripada empat orang murid lelaki dan enam orang murid perempuan yang memiliki kebolehan dan penguasaan yang berbeza serta merupakan kumpulan pelajar yang sederhana. Tumpuan kajian saya adalah kepada strategi atau kaedah untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap
152 kemahiran pembinaan ayat idea atau isi utama dan huraian idea atau isi. Selain itu, kajian ini digunakan untuk mengenal pasti sejauh manakah Teknik PJT+PJTN+B+A. berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam Bahagian B iaitu Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi iaitu daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, praujian dan soal selidik. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi maklumbalas kepada soalan yang dikemukakan. Selepas kajian dijalankan, dalam kelas ini, murid lelaki dan murid perempuan menunjukkan perilaku pembelajaran yang hampir sama iaitu masing-masing lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan serta mengambil bahagian dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran Alih Bentuk Komunikasi murid kelas 6 S2 / S3 A3. Praujian Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman konsep mengenai Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi. Item praujian merupakan item Kertas 3 Bahagian B Penggal Tiga Pengajian Am daripada set Model Kertas Peperiksaan 900/3 terbitan Local Publication (LP) cetakan 2022. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik PJT+PJTN+B+A dan pada minggu seterusnya, saya memberikan ujian menggunakan set soalan yang sama. Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi sebelum dan selepas Teknik PJT+PJTN+B+A diperkenalkan. Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan tiada latar belakang pendidikan Pengajian Am untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai Teknik PJT+PJTN+B+A yang saya perkenalkan. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati; a) Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang rendah dan menundukkan muka apabila guru menyoal. b) Buku latihan mereka juga memberi gambaran yang menunjukkan banyak kesalahan dalam menjawab soalan Bahagian B ini.
153 Selepas kajian dijalankan; a) Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal. b) Murid juga berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dilakukan oleh guru untuk menguji kefahaman mereka. c) Suasana dalam kelas lebih menyeronokkan dan memberangsangkan. Analisis Praujian Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Keputusan praujian membuktikan segala yang disangka. Berikut merupakan pencapaian yang diperolehi; Jadual 1 . Pencapaian Murid dalam Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi MARKAH BILANGAN MURID PRAUJIAN PASCAUJIAN 1 PASCAUJIAN 2 BIL % BIL % BIL % 15 0 0.00 0 0.00 1 10.00 14 0 0.00 0 0.00 1 10.00 13 0 0.00 0 0.00 1 10.00 12 0 0.00 0 0.00 1 10.00 11 0 0.00 1 10.00 2 20.00 10 0 0.00 1 10.00 2 20.00 9 0 0.00 2 20.00 2 20.00 8 0 0.00 2 20.00 0 0.00 7 1 10.00 2 20.00 0 0.00 6 1 10.00 1 10.00 0 0.00 5 2 20.00 1 10.00 0 0.00 4 2 20.00 0 0.00 0 0.00 3 1 10.00 0 0.00 0 0.00 2 2 20.00 0 0.00 0 0.00 1 1 10.00 0 0.00 0 0.00 0 0 0.00 0 0.00 0 0.00 GAGAL 9 90.00 2 20.00 0 0.00 LULUS 1 10.00 8 80.00 10 100.00 Sumber : Kajian Lapangan, 2023 Dapatan dari Jadual 1 dipaparkan dalam Rajah 1 dan ia membuktikan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid. Walaupun terdapat pelajar yang gagal, tetapi tiada seorang pun yang mendapat markah sifar dalam ujian.
154 Analisis Soal Selidik Murid telah memberikan respons yang positif. Jadual 2 . Soal Selidik Maklum Balas Teknik PJT+PJTN+B+A Bil. Perkara Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1 Saya mudah memahami teknik PJT+PJTN+B+A yang disampaikan oleh guru saya. 0 0 0 0 6 60 0 0 4 40 10 100 2 Saya dapat mengenal pasti jenis pola dan format jawapan dalam setiap soalan Bahagian B yang disediakan oleh guru saya. 0 0 0 0 5 50 0 0 5 50 10 100 3 Saya berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan. 2 20 0 0 6 60 0 0 2 20 10 100 4 Saya dapat mengingati kata kunci untuk menghuraikan idea atau isi. 1 10 0 0 6 60 0 0 3 30 10 100 5 Saya dapat mengenal pasti idea atau isi utama setiap soalan Bahagian B yang disediakan. 2 20 0 0 7 70 0 0 1 10 10 100 6 Saya mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan lain yang memerlukan bimbingan dalam soalan Bahagian B. 3 30 0 0 6 60 0 0 1 10 10 100 7 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A menjadikan saya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan Bahagian B. 2 20 0 0 6 60 0 0 2 20 10 100 8 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A menjadikan saya lebih lebih berminat dalam menjawab soalan Bahagian B. 2 20 0 0 7 70 0 0 1 10 10 100 9 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A membantu saya meningkatkan kemahiran dalam menjawab soalan Bahagian B. 2 20 0 0 7 70 0 0 1 10 10 100 10 Saya berasa seronok untuk belajar topik Bahagian B. 1 10 0 0 3 30 0 0 6 60 10 100 Manakala guru-guru berikut pula memberikan pandangan tentang Teknik PJT+PJTN+B+A yang saya perkenalkan. Beberapa contoh komen yang diberikan oleh guru-guru seperti yang berikut; Guru Seni Visual : Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid kerana warna dan simbol adalah dua perkara yang ringkas dan padat jika dibandingkan dengan nota. Guru MUET : Teknik ini mungkin menyamai Peta iThink. Nota adalah jelas dan padat. Proses lebih mudah dihafal oleh murid.
155 Guru Geografi : Teknik ini dapat menambah ingatan dan kefahaman murid kerana murid dapat melihat secara keseluruhan dan hubungkait dalam Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi. 5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN Selepas murid menjalani praujian, saya telah memulakan rawatan yang berikut; 1. Saya meminta pelajar membawa pensel, pen, pen highligter, pembaris, pemadam, kertas kajang dan kalkulator semasa kelas Pengajian Am kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik PdPc yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik. 2. Saya menerangkan serba sedikit tentang Teknik PJT+PJTN+B+A. 3. Seterusnya, saya membimbing murid menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A dalam pembinaan idea dan huraian isi. 4. Pelajar membina ayat isi dan huraian di atas kertas kajang. 5. Kemudian murid menduduki praujian dan ujian. Selepas ujian, saya dan murid membincangkan skema jawapan ujian tersebut. 6. Setiap kali kelas Pengajian Am, saya akan meminta murid membaca semula Teknik PJT+PJTN+B+A agar dapat mengukuhkan ingatan murid. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lapan minggu waktu persekolahan. Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran Pengajian Am Penggal Tiga. Saya juga telah memperuntukkan tiga waktu PdPc atau satu jam setengah untuk membimbing pelajar menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A. Murid telah menjalani praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2 sebulan selepas itu. Selepas pascaujian 2, murid diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik yang baru ini. Tujuan mengedarkan soal selidik supaya murid lebih bebas dan selesa memberi pendapat berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik PJT+PJTN+B+A kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya, Teknik PJT+PJTN+B+A berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian dalam topik Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi. Murid berlumba-lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan percubaan dari negeri lain. Saya berasa lebih seronok, tidak lagi marah-marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 6 S2 / S3 A3. Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar anak-anak mereka menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A. 5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Pencapaian murid dalam praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2 menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A merupakan salah satu kaedah secara kebetulan.
156 5.5.2 REFLEKSI PDP SECARA KESELURUHAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan Teknik PJT+PJTN+B+A dan Teori Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat murid yang gagal dalam praujian dan pascaujian 1 kerana pada hari saya memperkenalkan Teknik PJT+PJTN+B+A, terdapat dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang kurang memberi tumpuan dalam kelas. Saya sepatutnya menerangkan dan memastikan mereka faham dan buat Teknik PJT+PJTN+B+A bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin daripada rakan-rakan. Saya juga harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya merasa tersentuh dan terharu apabila beberapa orang murid dari kelas 6 S2 / S3 A1 dan 6 S2 / S3 A2 telah berjumpa dengan saya dan meminta saya mengajarkan Teknik PJT+PJTN+B+A kepadanya. Saya menjadi lebih yakin bahawa Teknik PJT+PJTN+B+A dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam soalan Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi iaitu Bahagian B. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut ; 1. Menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A sebaik sahaja guru mengajar Bab Kemahiran Alih Bentuk Komunikasi. 2. Menyediakan satu modul penggunaan Teknik PJT+PJTN+B+A dalam PdPc secara lebih terancang dan teratur. 3. Murid dibekalkan dengan soalan dan mereka perlu menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. RUJUKAN Ahmad Fadli Fauzi (2009). Bagaimana Merangsang Seronok Belajar. Penerbit PTS Consultants Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr. Shukri Abdullah PhD. (2005). Teknik Efektif Bijak Belajar. Penerbit PNI NEURON (M) Sdn. Bhd. Guru-guru Akademik Tingkatan Enam SMK Tinggi Kajang (2016). Koleksi Kajian Tindakan 2016. Mohd. Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Natasha Naiqif et al. (2020). Pengajian Am Penggal Dua STPM. Penerbit Local Publication (M) SDN BHD Puchong Selangor. Puan Azzaha Bt Awang et al. (2013). Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Pengajian Am. Penerbit Kementerian Pendidikan Malaysia. Tn. Hj Abdul Rahman Bolhassan et al. (2014). Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru 2014 Peringkat Negeri Sarawak.
157 LAMPIRAN 1 TEKNIK PJT+PJTN+B+A Perubahan Bandingan Ayat 1 : Idea / Isi P Perkara / Isu Perkara, Isu , Sektor , Negara (Nyatakan semua yang terlibat) Isu (nyatakan semua negara / sektor terlibat) + tempoh adalah meningkat / menurun. Contoh : Eksport kelapa sawit Malaysia ke negara Jepun dan Australia dari tahun 2017 hingga tahun 2019 adalah meningkat berterusan. Isu yang paling tinggi ialah / adalah (nyatakan semua negara / sektor terlibat) manakala yang paling rendah ialah / adalah (nyatakan semua negara / sektor terlibat) + tempoh. Contoh : Jenayah siber di Malaysia yang paling tinggi ialah mesej sampah manakala yang paling rendah ialah pemalsuan pada tahun 2015 dan tahun 2020. J Jenis Pola 1 Pola Perubahan – Aliran, Perubahan, Perkembangan, Pergerakan, Trend 2 Pola Bandingan – Bandingkan, Bezakan 3 Pola Umum – Analisa, Huraikan, Jelaskan, Keadaan, Pola, Prestasi 4 Pola Perubahan Bandingan – Data sama ada semua meningkat atau semua menurun 5 Pola Luar Biasa - Sumbangan, Statistik T Tempoh (Tempoh Masa) Tahun yang terlibat 1. Perubahan - ikut tempoh yang diberi 2. Bandingan (ikut Penanda Tempoh) A. dari / dalam / pada / bagi - paling tinggi & paling rendah - 1 idea - melebihi (2 column) B. Antara – paling tinggi - 1 idea - paling rendah - 1 idea - melebihi (2 column) Ayat 2 : Huraian Bukti 1 P Perkara / Isu Perkara, Isu , Sektor , Negara (Nyatakan satu contoh yang terlibat) Buktinya, tempoh awal + Isu (1 cth negara / sektor terlibat) sebanyak Nilai meningkat / menurun kepada Nilai tempoh akhir. Contoh : Buktinya, pada tahun 2017, eksport kelapa sawit Malaysia ke negara Jepun sebanyak RM910.40 Buktinya, Isu yang paling tinggi ialah / adalah (nyatakan negara / sektor terlibat + nilai bersamaan %) manakala yang paling rendah ialah / adalah (nyatakan negara / sektor terlibat + nilai bersamaan % daripada jumlah keseluruhan) + tempoh. J Jenis Pola 1 Pola Perubahan – meningkat, menurun, konsisten, tidak konsisten 2 Pola Bandingan – paling tinggi dan paling rendah, paling banyak dan paling sedikit, melebihi 3 Pola Umum – perubahan dan / atau bandingan
158 4 Pola Perubahan Bandingan – menurun paling banyak, meningkat paling banyak 5 Pola Luar Biasa – rujuk pola perubahan / bandingan juta meningkat kepada RM1132.61 juta pada tahun 2019. Contoh : Buktinya, jenayah siber di Malaysia yang paling tinggi ialah mesej sampah iaitu sebanyak 551 kes bersamaan 39.61% manakala yang paling rendah ialah pemalsuan iaitu sebanyak 10 kes bersamaan 0.71% daripada jumlah keseluruhan 1391 kes pada tahun 2015 dan tahun 2020. T Tempoh (Tempoh Masa) Tahun yang terlibat N Nilai Nilai data yang dikehendaki (nilai mutlak) Ayat 3 : Huraian Bukti 2 B PerBezaan Nilai data yang dikehendaki iaitu ; 1. Pola Perubahan (nilai mutlak perbezaan + peratus perbezaan bagi jumlah peningkatan atau penurunan) 2. Pola Bandingan - (Menegak : Nilai peratus daripada jumlah keseluruhan) - (Mendatar : Nilai perbezaan sahaja) Pola ini adalah sebanyak Nilai bersamaan Peratus Perubahan%. Contoh : Peningkatan ini adalah sebanyak RM222.21 juta bersamaan 24.41%. Perbezaan ini adalah sebanyak nilai. Contoh : Perbezaan ini adalah sebanyak 45 kes. Ayat 4 : Huraian Sokongan Bukti A Alasan Pola Bergantung kepada soalan – sebab
159 LAMPIRAN 2 BORANG SOAL SELIDIK PERSEPSI MURID TENTANG STRATEGI PJT+PJTN+B+A Arahan : Sila tandakan (√) berdasarkan skala likert tiga poin pada petak berkenaan. 1 : Tidak Setuju 2 : Kurang Setuju 3 : Setuju Bil. Perkara 1 2 3 1 Saya mudah memahami teknik PJT+PJTN+B+A yang disampaikan oleh guru saya. 2 Saya dapat mengenal pasti jenis pola dan format jawapan dalam setiap soalan Bahagian B yang disediakan oleh guru saya. 3 Saya berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan. 4 Saya dapat mengingati kata kunci untuk menghuraikan idea atau isi. 5 Saya dapat mengenal pasti idea atau isi utama setiap soalan Bahagian B yang disediakan. 6 Saya mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan lain yang memerlukan bimbingan dalam soalan Bahagian B. 7 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A menjadikan saya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan Bahagian B. 8 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A menjadikan saya lebih lebih berminat dalam menjawab soalan Bahagian B. 9 Penggunaan Strategi PJT+PJTN+B+A membantu saya meningkatkan kemahiran dalam menjawab soalan Bahagian B. 10 Saya berasa seronok untuk belajar topik Bahagian B.
160 LAMPIRAN 3 Gambar 1 : Guru memperkenalkan Teknik PJT+PJTN+B+A Sumber : Kajian Lapangan, 2023 Gambar 2 : Murid menggunakan Teknik PJT+PJTN+B+A untuk menjawab soalan Sumber : Kajian Lapangan, 2023 Gambar 3 : Pencapaian Ujian murid Sumber : Kajian Lapangan, 2023
161 APLIKASI TRIO-FACT DALAM MENJAWAB ESEI SENI VISUAL 970/1 Janting Anak Abau SMK Luar Bandar No. 1 Sibu [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kelemaham menulis esei yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6 semester 1 dalam menulis jawapan esei Seni Visual. Seramai 10 pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan latihan 1. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar ini lemah mengemukakan fakta dalam esei mereka. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran mengesan fakta, huraian dan contoh dalam esei mereka, dan kajian telah diselesaikan dalam tempoh 12 minggu. Keputusan latihan ketiga telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar iaitu peningkatan markah. Dapatan dari awal pemerhatian dan lisan pula menunjukkan pelajar masih pasif melibatkan dalam perbincangan ketika guru mengemukakan soalan. Pelajar masih tidak yakin tampil ke hadapan untuk mengemukakan fakta mereka. Namun setelah menggunakan Aplikasi TrioFact dalam penulisan esei Seni Visual, pelajar ada motivasi mengemukakan fakta kepada rakan dan guru berdasarkan kehendak soalan, dan didapati kaedah ini boleh membantu pelajar meningkatkan markah esei mereka. Kata kunci : Aplikasi Trio-Fact, Esei Seni Visual 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Kertas teori Seni Visual membawa wajaran yang besar iaitu 40%. 4 soalan struktur dan 3 esei mesti dijawab oleh pelajar. Kemahiran menjawab esei penting membolehkan pelajar mendapat markah yang tinggi kerana satu esei membawa 15 markah. Soalan ini banyak menguji tahap aplikasi dan analisis ketika pelajar menjawab soalan. Namun mereka masih lemah mengemukakan fakta dan menghurai fakta. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat markah yang banyak dalam bahagian ini. Pelajar turut mengalami masalah yang sama atau gagal mengemukakan fakta dan seterusnya menghuraikannya dengan lebih terperinci semasa mereka membuat latihan. Fakta adalah sangat penting kerana ia merupakan isi utama yang akan dihuraikan berdasarkan kehendak soalan. Berdasarkan semakan latihan 1, saya mendapati bahawa pelajar saya lemah dalam menjawab soalan berbentuk esei. 70% pelajar mendapat markah di antara 3 hingga 5 daripada 15 markah penuh untuk satu. Sepatutnya mereka mesti memperoleh markah 12 ke atas barulah boleh mencapai keputusan cemerlang dalam kertas 1 ini. Pemerhatian awal guru melalui penyoalan secara lisan adalah pelajar dilihat tidak yakin serta tidak mahu memberikan fakta apabila berbincang. Andaian pertama ialah sikap segelintir pelajar tidak mahu memberikan respon. Pelajar hanya memberikan respon apabila dipanggil oleh guru. Untuk menjawab esei Seni Visual, pelajar perlu mengemukakan fakta dan dikukuhkan lagi dengan huraian beserta contoh. Contoh biasanya merujuk kepada gambar karya yang diberikan. Ada juga segelintir mereka menggunakan ayat yang sukar difahami maksudnya ketika menyampaikan huraian mereka.
162 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus kepada apa yang sepatutnya ada pada jawapan pelajar apabila menjawab soalan esei Seni Visual Penggal 1 dengan melihat apakah kaedah yang sesuai supaya pelajar akan sentiasa mengemukakan 3 fakta apabila menulis jawapan esei. Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, para pelajar akan berkeyakinan serta bermotivasi untuk tampil menunjukkan cadangan jawapan mereka dengan ini sikap negatif dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Seni Visual akan dapat diperbaiki. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis jawapan esei (bahagian B dan C) Seni Visual. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS Berdasarkan objektif umum yang dikemukakan, objektif khusus yang hendak dicapai, ialah: 1. Pelajar dapat mengemukakan 3 fakta beserta huraian dan satu contoh berdasarkan kehendak soalan. 2. Pelajar mendapat sekurang-kurangnya 10 daripada 15 markah jawapan esei sama ada bahagian B dan D. 3. Pelajar lebih bermotivasi serta berkeyakinan untuk mengemukakan fakta kepada rakan dan guru di dalam kelas ketika perbincangan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 10 orang pelajar kelas 6 Rendah 2 SMK Luar Bandar No.1 Sibu. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen (latihan pelajar). Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang terlibat secara aktif dalam perbincangan guru. Hanya seorang atau dua orang pelajar sajaha yang memberikan respon apabila ditanya serta mengemukakan idea. Namun pelajar ada membuat rangka fakta apabila diminta berbuat demikian. Saya juga membuat semakan latihan pelajar untuk mengenal pasti tahap penguasaan mereka terhadap tajuk yang baru dibincangkan. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: a. Majoriti pelajar gagal memberi huraian yang betul mengikut kehendak soalan. b. Hasil pemerhatian ketika pelajar mula hendak membuat latihan esei mereka tidak membuat rangka jawapan iaitu dengan menulis seberapa banyak fakta yang berkaitan dengan kehendak soalan. Sebaliknya terus menulis jawapan mengikut kefahaman mereka. Keadaan sedemikian menyebabkan fakta dan huraian berulang.
163 Analisis Dokumen (Latihan Pelajar) a. Didapati pengetahuan pelajar dalam penguasaan memberikan fakta yang betul terhadap kehendak soalan masih lemah. Hasil semakan latihan pelajar, membuktikan segala yang di sangka. Latihan juga memberi gambaran bahawa fakta yang diminta adalah salah, serta juga memberikan fakta yang terbatas. b. Ada juga tidak tahu menulis fakta, pelajar terus dengan ayat yang panjang lebar yang dianggap sudah masuk ke bahagian huraian. c. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi pada latihan pertama untuk kajian ini. Jadual 1. Markah latihan sebelum kaedah dilaksanakan BIL PELAJAR Markah penuh 15 LATIHAN 1 1 Pelajar A 4 2 Pelajar B 13 3 Pelajar C 3 4 Pelajar D 5 5 Pelajar E 5 6 Pelajar F 8 7 Pelajar G 7 8 Pelajar H 5 9 Pelajar I 4 10 Pelajar J 4 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Hasil dari analisis tinjauan masalah, saya mula mengajar pelajar menjawab soalan esei Seni Visual menggunakan Kaedah Aplikasi Trio-Fact. Kaedah ini berkait dengan penggunaan PdP menggunakan peta i-Think yang sudah diketahui pelajar. Bagi membantu pelajar memahami atau menguasai kemahiran menulis esei dengan baik, guru memberikan penerangan iaitu anggaran markah untuk esei, iaitu setiap esei mesti ada a. Pendahuluan (1 markah) b. 1 Fakta + 2 Huraian + contoh (4 markah) c. Penutup (2 markah) Guru menggalakkan pelajar menggunakan peta minda Sepatutnya tiga peta minda perlu disediakan dalam kaedah ini.
164 Rajah 1. Menujukkan Kaedah Aplikasi Trio-Fact dilaksanakan menggunakan peta minda Proses Mengaplikasi Kaedah Trio-Fact a. Guru memberikan soalan esei untuk dibincangkan bersama dengan pelajar. (Soalan esei diberikan kepada pelajar setelah selesai sesuatu topik dipelajari.) b. Pelajar bersama guru membuat perbincangan secara lisan tentang kehendak soalan, guru membimbing pelajar. Hasil jawapan pelajar ditulis dalam peta minda. c. Pelajar secara sukarela untuk memberikan fakta. Pelajar berusaha memberikan fakta masingmasing terhadap soalan yang dikemukakan. Pelajar menulis cadangan jawapan dalam peta minda. d. Guru memberikan rumusan fakta (isi) yang tepat. Guru menerangkan kenapa fakta tang dikemukakan oleh pelajar diterima atau kenapa fakta itu tidak diterima. e. Berdasarkan tiga fakta yang dipilih pelajar cuba buat huraian serta mengemukakan contoh menyokong huraian. Huraian pelajar berbentuk ringkas, dan apabila huraian itu diterima barulah pelajar akan menulis huraian itu dengan lebih lengkap lagi. f. Guru mengingatkan pelajar perlu membuat rangka peta minda untuk menulis fakta serta huraian ringkas supaya menepati kehendak soalan. Dengan adanya peta minda sekurang-kurangnya sudah ada panduan apabila membuat jawapan yang lengkap. Pengulangan fakta juga tidak akan berlaku. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI Jadual 2. Menunjukkan proses bagaimana aktiviti yang dijalankan semasa kajian ini dilakukan. BIL AKTIVITI CATATAN 1 PdP dijalankan di dalam kelas Pelajar sudah didedahkan cara menjawab soalan esei dengan bimbingan guru pada latihan sebelum ini. 2 Pelajar menjawab satu latihan soalan esei pertama dan disemak pada 29 September 2022 Untuk menguji kemahiran pelajar menjawab soalan esei. 3 Analisis oleh guru Markah latihan pelajar direkod untuk perbandingan dengan latihan yang akan menyusul. Fakta 1 Huraian contoh contoh Huraian
165 4 PdP dijalankan di dalam kelas Guru menggunakan kaedah Aplikasi Trio-Fact (aktiviti seperti penerangan pada 5.3) 5 Pelajar menjawab satu latihan soalan esei kedua dan disemak pada 11 Januari 2023 Untuk menguji kemahiran pelajar menjewab soalan setelah kaedah Trio-Fact diaplikasi didedahkan kepada pelajar 6 Analisis oleh guru Markah latihan direkod untuk tujuan buat perbandingan. 7 PdP dijalankan di dalam kelas Guru menggunakan kaedah Aplikasi Trio-Fact Selain itu, guru juga melihat huraian serta contoh menyokong huraian pada jawapan pelajar. 8 Pelajar menjawab satu latihan soalan esei ketiga dan disemak pada 14 januari 2023 Markah latihan direkod unruk dibuat perbandingan 9 Perbandingan latihan 1,2 dan 3 Perbandingan dibuat dalam jadual. 5.5 REFLEKSI KAJIAN/ DAPATAN KAJIAN 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN PELAJAR a. Dapatan melalui pemerhatian. Pertama kali guru memperkenalkan Kaedah Aplikasi Trio-Fact semasa dalam kelas, hanya seorang dua pelajar berikan respon dengan menyatakan fakta terhadap kehendak soalan. Guru menulis jawapan respon pelajar dalam bentuk peta minda. Pada sesi perbincangan latihan berikutnya, setelah guru bincang bersama pelajar kehendak soalan, guru seterusnya memanggil pelajar secara rawak menulis fakta di dalam peta minda pada papan putih. Pelajar nampaknya kurang yakin dengan jawapan mereka, malah ada yang berikan alasan belum siap. Guru memainkan peranan memberikan motivasi dengan memberikan penjelasan atau sebab mengapa jawapan pelajar diterima atau tidak diterima. Guru minta respon pelajar lain, dan respon itu ditulis di papan putih. Keyakinan pelajar dapat dipupuk apabila jawapan/idea mereka ditulis/ditunjuk kepada seluruh kelas. Guru mula melihat bahawa kaedah ini boleh digunakan. Guru mengulang kaedah ini, dan pelajar secara sukarela tampil ke hadapan menulis fakta dalam peta minda. Perbincangan sentiasa berlaku sampailah tiada fakta lagi yang dikemukakan. Seterusnya guru bimbing pelajar membuat huraian serta contoh berdasarkan fakta yang diterima itu. Guru minta pelajar mengulang penggunaan kaedah Aplikasi Trio-Fact semasa membuat latihan esei seni. b. Dapatan daripada Analisis Dokumen. Jadual 3 merupakan Analisis Dokumen dibuat untuk melihat pencapaian murid setelah kaedah dilaksanakan. Sebanyak 2 kali latihan dianalisis untuk menguji keberkesanan kaedah ini.
166 Jadual 3. Markah latihan pelajar setelah kaedah dilaksanakan BIL PELAJAR Markah penuh 15 LATIHAN 2 Disemak 4 Nov 2022 LATIHAN 3 Disemak 13 Jan 2023 1 A 6 12 2 B 9 10 3 C 7 10 4 D 0 11 5 E 6 9 6 F 5 10 7 G 6 7 8 H 9 7 9 I 4 8 10 J 8 13 5.5.2 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA KESELURUHAN Jadual 4 menunjukkan perbandingan markah latihan pelajar sebelum dan selepas PdP menggunakan kaedah Aplikasi Trio-Fact didedahkan kepada pelajar. Latihan 1 ialah markah latihan pelajar sebelum Kaedah Aplikasi Trio-Fact dilaksanakan. Latihan 2 dan Latihan 3 ialah markah latihan pelajar setelah Kaedah Aplikasi Trio-Fact dilaksanakan. Jadual 4. Perbandingan latihan sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah BIL PELAJAR Markah penuh 15 LATIHAN 1 LATIHAN 2 LATIHAN 3 1 A 4 6 12 2 B 13 9 10 3 C 3 8 10 4 D 5 0 11 5 E 5 7 9 6 F 8 5 10 7 G 7 6 7 8 H 5 9 7 9 I 4 4 8 10 J 4 8 13 Secara keseluruhan, setelah melihat Jadual 4 yang menunjukkan perbandingan 3 latihan menggunakan kaedah Aplikasi Trio-Fact didapati dapat membantu murid dalam menulis jawapan esei mata pelajaran Seni Visual sama ada Bahagian B dan Bahagian C. Perubahan pencapaian merkah latihan esei menunjukkan ada peningkatan setelah kaedah Aplikasi Trio-Fact ini dilaksanakan. Namun pada semakan latihan kedua ada penurunan, menunjukkan kepelbagaian aras serta bentuk soalan mempengaruhi kemahiran berfikir pelajar. Hasil semakan latihan juga pelajar ada membuat 5 perenggan iaitu perenggan 1 dan 5 ialah pendahuluan dan penutup, manakala perenggan 2,3 dan 4 dimulakan dengan fakta pada ayat
167 pertama, kemudian disusuli dengan 2 atau 3 huraian serta contoh pada ayat berikutnya. Terdapat juga jawapan esei pelajar menunjukkan mereka boleh menjana idea ke arah berfikir aras tinggi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kaedah Aplikasi Trio-Fact berpotensi digunakan dalam mata pelajaran Seni Visual untuk menjawab soalan esei serta juga menjawab soalan struktur. 3 fakta boleh dibincang dalam kumpulan kecil dan dibentang kepada seluruh kelas, dengan cara ini lebih ramai pelajar boleh melibatkan diri secara lebih aktif dalam PdP. Saya akan menggembangkan lagi kaedah ini dengan mengukuhkan lagi bahagian huraian dan contoh supaya esei pelajar lebih tepat lagi. RUJUKAN Amirah Faiqah binti M.Nizam dan Norazmi Bin Hasshim. (2019). Rujukan Seni Visual STPM. Puchong Guru-Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang. (2016). Koleksi Kajian Tindakan. Koleksi Pendidikan 2022 SMK Luar Bandar No. 1 Sibu Sarawak. (2022). Jawatankuasa Kajian Tindakan dan Inovasi SMK Luar Bandar No. 1 Sibu Sarawak. Mohd. Rizduan Md Nasir. (2020). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan (Panduan Mudah Untuk Guru). Norazmi Bin Hasshim dan Jumaan Abu Bakar. (2022). Lembaran Praktis Seni Visual Semester 1. Puchong
168 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SUK (SENTUH ISU/ULAS ISU/KAITKAN ISU) DALAM KALANGAN PELAJAR T6S2A1 George Anak Balalan SMK Luar Bandar No.1 Sibu [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis pendahuluan karangan peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menggunakan teknik SUK dalam kalangan pelajar T6S2A1 tahun 2022. Kajian ini mengambil Kertas Bahasa Melayu 910/4 sebagai latar kajian di mana pelajar dikehendaki untuk menyempurnakan 5 jenis esei. 1.0 REFEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU Berdasarkan kepada pemerhatian dan setelah mengajar di kelas T6A1 selama beberapa bulan, saya mendapati mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran untuk menulis pendahuluan esei mengikut kehendak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kegagalan pelajar untuk menguasai kemahiran menghurai pendahuluan esei ini adalah disebabkan: a. Saya dapati bahawa pelajar tidak menulis pendahuluan karangan secara berfokus sehingga menyebabkan matlamat penulisan pendahuluan karangan tidak tercapai. b. Pelajar gagal memahami kehendak soalan (fokus soalan) c. Pelajar gagal mengemukakan isu yang relevan dengan kehendak soalan berkaitan dengan isu semasa. d. Pelajar kurang membaca terutamanya bahan bacaan berkaitan isu semasa menyebabkan pelajar tidak mampu mengulas sesuatu isu. e. Pelajar gagal mencapai jumlah patah perkataan bagi pendahuluan mengikut mengikut format peperiksaan STPM iaitu antara 80–90 patah perkataan. Saya menyedari bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana pelajar saya perlu melaksanakan kerja kursus dan menduduki peperiksaan STPM. Oleh hal yang demikian, saya cuba membantu pelajar mengatasi masalah ini dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar dan mengemukakan teknik baharu untuk memudahkan pelajar. Bagi menyelesaikan masalah pelajar gagal yang memperoleh markah penuh untuk pendahuluan, saya memperkenalkan Teknik SUK. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus kepada penulisan pendahuluan karangan dan penggunaan Teknik SUK untuk membantu pelajar menulis pendahuluan karangan dengan lebih mantap agar pelajar dapat memperoleh markah penuh (2M) untuk bahagian pendahuluan karangan
169 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis pendahuluan karangan menggunakan Teknik SUK dalam kalangan pelajar kelas T6S2A1 tahun 2022. . 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 8 orang pelajar kelas T6S2A1 SMK Luar Bandar No.1 Sibu 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan Ujian di mana pelajar dikehendaki untuk menulis 5 perenggan pendahuluan berdasarkan soalan yang diberi oleh guru. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Bil Pelajar Markah (2) 1 2 3 4 5 1 Pelajar 1 1 1 2 2 2 2 Pelajar 2 1 1 2 2 2 3 Pelajar 3 2 2 1 2 2 4 Pelajar 4 1 1 2 2 2 5 Pelajar 5 2 1 2 2 2 6 Pelajar 6 1 2 1 2 2 7 Pelajar 7 1 2 2 2 2 8 Pelajar 8 1 1 2 2 2 Berdasarkan penulisan pendahuluan esei kerja kursus semester 2 hanya 0 % (0/8 pelajar) yang mendapat markah penuh dalam penulisan pendahuluan untuk esei pertama dan esei kedua. Selepas saya memperkenalkan Teknik SUK, kesemua pelajar telah mendapat markah penuh (2M) untuk 3 lagi esei penulisan pendahuluan 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Guru telah memperkenalkan Teknik SUK untuk membantu pelajar mencapai 2M dalam penulisan pendahuluan esei.
170 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 Penerangan cara menggunakan Teknik SUK Para pelajar diberikan penerangan penggunaan Teknik SUK dengan mengemukakan contoh pendahuluan yang sesuai. Pendahuluan sesebuah karangan adalah penting untuk menarik minat pembaca dan menjadi penentu sama ada pembaca akan meneruskan pembacaan atau tidak. Pelajar boleh memilih antara pendahuluan definisi atau pendahuluan huraian isu dan pemilihan mereka haruslah mengikut kesesuaian tajuk yang diberikan. Pendahuluan yang ditulis perlu menggambarkan tajuk atau isu karangan dan pelajar perlu mengaitkan isu dengan kehendak soalan dalam pendahuluan mereka. Anggaran jumlah perkataan yang harus pelajar tulis dalam pendahuluan karangan ialah 80-90 patah perkataan. Teknik SUK merujuk kepada: 1. Perenggan Pendahuluan Sentuh Isu (S). Isu disentuh secara umum dan ditulis dalam satu ayat. 2. Ulas isu (U) ialah ayat yang berkait dengan tema atau soalan karangan. Ditulis dalam tiga atau empat ayat. 3. Kaitkan dengan Soalan (K). Ditulis dalam satu ayat “kaitkan isu dengan soalan” ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat yang menjurus kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan. 5.4.2 Aplikasi SUK Guru menunjukkan satu contoh soalan karangan dan contoh pendahuluan karangan. Pelajar diminta untuk membaca dan meneliti setiap ayat dalam perenggan tersebut. Seterusnya, pelajar diminta mencari dan menandakan ayat yang menyentuh isu (S), ayat yang mengulas isu (U) dan ayat yang mengaitkan isu dengan kehendak soalan (K), kehendak soalan ini merupakan kata kunci yang terdapat dalam soalan. Teknik SUK akan diaplikasikan oleh pelajar semasa penulisan esei dan kerja kursus. Guru menyediakan soalan esei sebagai latihan untuk memantapkan tahap pemahaman dan kemahiran pelajar. Kemudian pelajar diminta untuk menggariskan kata kunci yang terdapat dalam soalan kerana kata kunci ini penting dalam membantu pelajar untuk menulis esei mereka dengan baik. Contoh soalan: Kini penggunaan rangkaian laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Jelaskan kesan penggunaan laman sosial terhadap gaya hidup masyarakat. Sebelum menulis pendahuluan, pelajar dikehendaki untuk memahami kehendak soalan dengan menentukan tema, isu dan tugasan soalan. Contohnya: Tema : Laman Sosial Isu : Penggunaan Rangkaian Laman Sosial Tugasan : Kesan Penggunaan Laman Sosial Terhadap Gaya Hidup Masyarakat.
171 Setelah menentukan tema, isu dan tugasan, pelajar dikehendaki untuk menulis pendahuluan esei dengan menggunakan Teknik SUK. Ayat 1 Penyataan Umum Kini, penggunaan rangkaian laman sosial melalui internet amat popular dalam kalangan masyarakat dunia dan masyarakat di Malaysia juga tidak ketinggalan (S). Ayat 2 Definisi / Penegasan penyataan 1 Rangkaian laman sosial seperti facebook.com, myspace.com, friendster.com dan tagged.com mendapat perhatian dan menjadi media baharu menggantikan media tradisional (U1). Ayat 3 Penegasan huraian ayat 2 Penggunaannya yang mudah dan senang diakses oleh masyarakat menjadi mangkin kepopularannya (U2). Ayat 4 Contoh/huraian ayat 3 Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan rangkaian laman sosial di Internet sebagai wahana untuk mengisi waktu senggang malah tanpa menyedari mereka telah menghabiskan banyak waktu ‘belayar di alam maya’ (U3) Ayat 5 Penyataan skop perbincangan calon Jelaslah, penggunaan laman sosial ini memberikan pelbagai kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia (K) Berikut merupakan contoh perenggan pendahuluan: Kini, penggunaan rangkaian laman sosial melalui internet amat popular dalam kalangan masyarakat dunia dan masyarakat di Malaysia juga tidak ketinggalan (S). Rangkaian laman sosial seperti facebook.com, myspace.com, friendster.com dan tagged.com mendapat perhatian dan menjadi media baharu menggantikan media tradisional (U1). Penggunaannya yang mudah dan senang diakses oleh masyarakat menjadi mangkin kepopularannya (U2). Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan rangkaian laman sosial di Internet sebagai wahana untuk mengisi waktu senggang malah tanpa menyedari mereka telah menghabiskan banyak waktu ‘belayar di alam maya’(U3). Jelaslah, penggunaan laman sosial ini memberikan pelbagai kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia (K) 5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Selepas saya memperkenalkan Teknik SUK, kesemua pelajar telah mendapat markah penuh (2 markah) untuk 5 penulisan pendahuluan esei. Markah yang diperoleh oleh pelajar untuk pendahuluan esei mereka adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 Bil Pelajar Markah (2) 1 2 3 4 5 1 Pelajar 1 2 2 2 2 2 2 Pelajar 2 2 2 2 2 2 3 Pelajar 3 2 2 2 2 2 4 Pelajar 4 2 2 2 2 2 5 Pelajar 5 2 2 2 2 2 6 Pelajar 6 2 2 2 2 2 7 Pelajar 7 2 2 2 2 2
172 8 Pelajar 8 2 2 2 2 2 Jadual 2: Analisis Markah untuk Pendahuluan esei. 5.5.2 REFLEKSI PDP SECARA KESELURUHAN Melalui kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa pengkaji telah berjaya mengaplikasikan Teknik SUK untuk membantu pelajar mendapat markah penuh (2M) untuk menulis pendahuluan karangan mereka. Pengkaji telah berjaya mengubah persepsi pelajar yang beranggapan bahawa penulisan pendahuluan tidak penting dalam menghasilkan karangan yang bermutu. Kemahiran ini wajar menjadi pendorong kepada pelajar untuk mengasah bakat mengarang mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain. Akhir sekali, diharapkan melalui kemahiran ini, pelajar akan terus mengaplikasikan Teknik SUK ketika menulis esei dalam Bahasa Melayu, diharapkan juga prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan STPM akan terus meningkat pada masa akan datang. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kajian ini sedikit sebanyak membuahkan hasil yang positif. Para pelajar semakin berkeyakinan membuat pendahuluan seterusnya mengarang isi karangan dengan baik. Kajian lanjutan seharusnya dilakukan agar pelajar juga berkemahiran dalam menghurai isi karangan dan penutup karangan. Perancangan yang teliti dan lebih awal wajar dilakukan agar pelajar lebih bermotivasi menjawab soalan karangan dengan menggunakan teknik yang betul dan menarik. LAMPIRAN Soalan Kerja Kursus Format: Laporan Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda telah menjalankan satu kajian tentang kes pembuangan bayi di negara ini. Berdasarkan kajian tersebut, anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca kes pembuangan bayi di negara ini. Dalam laporan itu, kemukakan juga langkah-langkah untuk mengatasinya. Sediakan laporan anda itu selengkapnya. Format:Syarahan Bersempena dengan Bulan Bahasa di sekolah anda, anda telah dipilih untuk mewakili pelajar Tingkatan Enam dalam pertandingan syarahan anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah tentang “Kesan-kesan Kes Buli dan Langkah-langkah Mengatasi Kes Buli ”. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya. Format: Ceramah Anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Sumber Manusia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada masyarakat setempat dalam majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Daerah. Fokus ceramah anda tentang kesan-kesan kemasukan pekerja asing. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
173 Format: Teks Ucapan Sebagai pegawai kanan di Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam suatu majlis perasmian Hari Keluarga di kawasan anda. Ucapan itu hendaklah menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan dan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya Format: Memorandum Isu pencemaran sungai semakin hangat belakangan ini. Isu tersebut telah berlaku di kampung anda. Sebagai pengerusi persatuan penduduk di kawasan anda, anda diminta menulis memorandum kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyatakan kekesalan terhadap pencemaran tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani masalah tersebut BIBLIOGRAFI Mohd Ridzuan Md Nasir (2020). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan. Menhajj Resources. Nawi Ismail & Raminah Hj Sabran (2018). Penulisan Karangan Bahasa Melayu STPM Berpandukan BORPIKA. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim & Shahidah Hashim (2019). Teks STPM Bahasa Melayu Semester 2. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Norhailmi Bin Abdul Mutalib (2017). Pembelajaran Abad 21, Pencetakan Perlis, Sdn, Bhd. Raminah Haji Sabran et al., 2018. Fokus Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester 1. Cetakan Pertama. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Saemah Rahman & Zamri Mahamod (2017), Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
174