The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziyah Hussin, 2020-04-27 21:31:32

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran

FULL PROSIDING Penyelewengan dalam Tafsir

140 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Pengulangan terjemahan yang dimaksudkan adalah pada perkataan
“daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup.
Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan
hisab”. Pengulangan terjemahan ini berlaku pada akhir terjemahan.

Kesimpulannya, seorang penterjemah perlu mempunyai pemerhatian dan
ketelitian yang cukup tinggi agar tidak berlaku kesilapan. Kelemahan pihak
pengusaha dalam penterjemahan al-Quran menyebabkan berlakunya kesalahan
pada teks terjemahan. Hal ini boleh mengelirukan masyarakat Islam Malaysia
yang mana kebanyakannya merujuk kepada terjemahan teks menggunakan
bahasa Melayu.

Usaha Penambahbaikan Terjemahan al-Quran

Permasalahan yang timbul telah mendorong ahli akademik menggariskan
beberapa panduan dan kaedah dalam aktiviti penterjemahan makna al-Quran agar
tidak berlaku sebarang kesalahan atau kekurangan yang akan merendahkan
kedudukan al-Quran sebagai sumber utama dalam Islam (Muhammad Nur Lubis
2004). Malah beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan
berhubung aktiviti penterjemahan al-Quran khususnya di Malaysia agar dapat
menjaga kesucian al-Quran. Walaupun terdapat usaha meletakkan kaedah dalam
penterjemahan makna al-Quran, ini tidak bermakna kaedah tersebut
diaplikasikan secara menyeluruh dan baik dalam terjemahan al-Quran sedia ada.

Antara kaedah yang dicadangkan ialah mensyaratkan penterjemahan al-
Quran dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang pakar
dalam bidang-bidang tertentu seperti bahasa Arab, bahasa pengantar dalam
penterjemahan dan tafsir. Selain itu, penglibatan golongan yang pakar dalam
bidang sastera, sejarah, geografi, kimia, biologi, perubatan, kejuruteraan,
undang-undang dan seumpamanya juga adalah satu kemestian (Nur Lubis 2004).
Hal ini kerana al Quran bukanlah membincangkan persoalan hukum semata-mata
malah terkandung di dalamnya elemen pelbagai bidang. Penterjemahan al-Quran
tanpa kepakaran golongan ini sudah pasti akan menyebabkan hasil terjemahan
tidak tepat, ini kerana ungkapan ada mengatakan “banyak kepala lebih baik
daripada satu kepala”. Terdapat juga cadangan penubuhan Jawatankuasa
Semakan Terjemahan al-Quran yang dianggotai oleh golongan pakar dalam
bidang yang berkaitan bagi memastikan setiap terjemahan al-Quran yang
diedarkan adalah berlandaskan kaedah yang betul.

Aktiviti penterjemahan al-Quran merupakan kegiatan yang berterusan dan
semakin berkembang sejajar dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang
tafsir sementelahan pula terjemahan yang dibenarkan oleh syarak ialah
terjemahan secara tafsiriyyah. Hal ini kerana terjemahan tersebut merupakan
penterjemahan semula makna al-Quran dan merangkumi semua kriteria tafsir
seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 141

Kesimpulan

Seseorang penterjemah haruslah memiliki disiplin atau kaedah yang betul dalam
menterjemahkan al-Quran dalam mana-mana bahasa. Kekuatan dan kefahaman
dalam menguasai bahasa Arab sangatlah dititikberatkan dalam penterjemahan al-
Quran kerana perkara ini membawa kepada kefahaman dan pembawakan makna
dalam memahami kandungan al-Quran itu. Fungsi al-Quran diturunkan adalah
untuk menjadi bimbingan dan petunjuk kepada manusia. Kesilapan dalam
penterjemahan akan menjadikan manusia pening dalam mengikuti apa yang
dimaksudkan. Selain itu, kelemahan dan kesilapan dalam penterjemahan al-
Quran dalam bahasa Melayu menyebabkan berlakunya salah faham dalam
memahami teks terjemahan dan secara tidak langsung boleh mengelirukan
masyarakat Islam yang membaca dan merujuk kepada teks terjemahan.

Dalam penterjemahan al-Quran, dapat dilihat ia adalah bukan satu tugasan
dan tanggungjawab yang mudah untuk memikul. Ulama-ulama telah menyatakan
tentang betapa pentingnya seseorang penterjemah itu menguasai pelbagai ilmu
dalam penterjemahan al-Quran. Lantaran itu, pihak penguasa dan pihak penerbit
perlu meletakkan garis panduan kepada penterjemah al-Quran ini tentang
disiplin, ciri dan syarat sebelum dan selepas menterjemah agar kesilapan-
kesilapan yang pernah berlaku tidak akan berulang kembali.

Rujukan

Abd. Rahman Dahlan. 1997. Kaidah-Kaidah Penafsiran al-Quran. Bandung:
Penerbit Mizan

Abdullah Hassan. 1983. Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi. Selamat Amir, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd
Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak, Ahmad Farid Ibrahim. 2014.
Terjemahan al-Quran Bahasa Melayu: Penilaian Berasaskan Tafsir Ilmi.
Jurnal Usuluddin. Vol. 39: 111-134.
<http://jice.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7474

Ahmad Izzan. 2011. ‘Ulumul Quran: Telaah Tekstualitas dan Kontekstualitas al-
Quran’.Bandung: Tafakur

Daud Ismail & Asyraf Ab. Rahman. 2013. Sejarah Dan Perkembangan Mushaf
Uthmani. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

Egi Sukma Baihaki. 2017. Penerjemahan Al-Qur’an: Proses Penerjemahan al-
Qur’an di Indonesia. Jurnal Ushuluddin. Vol. 25. No.1.
http://ejournal.uin-suska.ac.id/index.php/ushuludin/article/view/2339

Kadar M. Yusuf. 2012. Studi al-Quran. Jakarta.
Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah. 2008. Ta’rif al-Darisin bi manahij al-

Mufassirin. Dimashq: Dar al-Qalam.
Mohd Hasbir al-Shiddieque Ahmad & Khairul Anuar Mohamad. 2015.

Kesalahan-Kesalahan Dalam Percetakan Mushaf Al-Quran Di Malaysia.

142 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Muhammad Nur Lubis Abd Razak. 2004. Penterjemahan Makna Al-Quran:
Kajian Kearah Melahirkan Kaedah Penterjemahan Makna Al-Quran. Tesis
Kedoktoran. Universiti Malaya

Tafsir Pimpinan al-Rahman. 2001. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 143

Pendekatan Hermeneutik dalam Pentafsiran al-Quran

Nur Zurin Alliessa Mohd Zin, Nur Shafinaz Mohamed Hairudin & Haziyah Hussin

Pengenalan

Al-Quran merupakan suatu kitab yang menjadi panduan serta petunjuk kepada
seluruh umat manusia amnya dan khususnya kepada umat Islam. Sebagaimana
yang diketahui bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril yang diturunkan dalam
bahasa arab secara mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadat. Ianya
juga menjadi sumber perundangan Islam yang paling utama sebagai pegangan
utama dalam kehidupan umat Islam.

Namun, marcapada ini, masyarakat pada umumnya berusaha menjadi
seorang yang bermanfaat malah memajukan diri ke arah kebaikan. Perkara
sedemikian adalah sebagaimana yang dipraktikkan oleh ahli-ahli ilmuan Islam
sebagai tambahan pegangan hidup. Namun, sejak kebelakangan ini terdapat
sumber-sumber rujukan umat Islam yang menimbulkan keraguan malah ancaman
terhadap pemahaman dan pentafsirannya. Antaranya ialah wujudnya penyebaran
pendekatan hermeneutik dalam pentafsiran al-Quran.

Hermeneutik merupakan suatu metode yang dilakukan oleh pentafsir dengan
cara mengolah semula teks bagi memperolehi sesuatu maksud (Fakhruddin,
2009). Tambahan lagi, pendekatan ini mensyaratkan kepada kemampuan daya
fikiran untuk memikirkan sesuatu penafsiran masa lampau yang tidak pernah
difahami dalam konteks masa kini. Antara tokoh terkemuka yang telah membawa
malah menggunakan pendekatan ini iailah Fazlur Rahman, Nasr Hamid Abu
Zayad, Muhammad Arkoun dan beberapa tokoh yang lain. Oleh hal yang
demikian, perkara sedemikian telah mengundang serta meletakkan umat Islam
dengan permasalahan yang tidak pernah difikirkan dan disedari oleh ilmuan
sebelum ini.

Oleh itu, artikel ini merungkai kefahaman mengenai hermeneutik dan
kemunculan falsafah pemikiran ini. Pendekatan hermeneutik yang dibawa oleh
ilmuan-ilmuan barat dalam mentafsirkan al-Quran juga turut dibincangkan dan
diperhalusi kesan daripada pendekatan tersebut. Justeru, pelbagai perbincangan
dalam kalangan pemikir Islam telah wujud tentang pendekatan ini dimana ianya
dianggap terkeluar daripada landasan asas ilmu tafsir yang diterima pakai sejak
zaman-berzaman.

Definisi Hermeneutik

Hermeneutik merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Inggeris iaitu
hermeneutic. Hermeneutic pula berasal dari perkataan Greek iaitu hermeneune
dan hermenia yang masing-masing memberi maksud mentafsirkan dan
pentafsiran. Kata ini sering dikaitkan dengan salah satu dewa Greek iaitu Hermes

144 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

yang dianggap sebagai utusan para dewa yang dilangit untuk membawa mesej
untuk disampaikan kepada manusia (Mazlan & Ahmad 2010). Secara etimologi,
Adlian Husiani (2007) mengatakan seorang tokoh yang dikenali Hermes
(Mercurius) berpendapat istilah hermeneutika berasal daripada bahasa Yunani
iaitu heremeuin yang bermaksud mentafsirkan.

Tengku Zarina dan Mazlan (2013) menjelaskan di dalam karyanya yang
berjudul Penyelewengan Dalam Tafsir al-Quran bahawa hermeneutik merujuk
kepada metode analisis teks yang dikehendaki oleh pentafsir dengan
menekankan pengaruh sosiobudaya dan sejarah bagi mencari nilai kebenaran
Bible. Selain itu, hermeneutik juga merupakan ilmu tafsiran mengenai Bible yang
mengandungi peraturan dan undang-undang bagi menyempurnakan pentafsiran.

Hazwan dan Firdaus (2015) pula menghuraikan terdapat perbezaan di antara
istilah hermeneutic dan hermeneutics. Istilah hermeneutic telah diertikan sebagai
kata sifat yang terdapat dalam satu pentafsiran. Manakala istilah kedua merujuk
kepada kata benda dan ia mengandungi tiga maksud iaitu ilmu pentafsiran, ilmu
untuk mengetahui maksud yang terkandung dalam kata-kata dan ungkapan
penulis dan pentafsiran yang secara khusus menunjukkan kepada pentafsiran
kitab suci.

Selain itu, hermeneutik juga mengalami perkembangan dan perubahan dari
segi model penggunaannya yang muncul disebabkan oleh keragaman definisinya
dan pemahaman terhadap hermeneutik. Menurut Mazlan (2010) mengatakan
bahawa Richad E. Palmer (1969) menjelaskan gambaran kronologi
perkembangan pengertian dan pendefinisian terhadap hermeneutik ini telah
dibahagikan kepada enam kategori hermeneutik sebagai teori penafsiran kitab
suci, metode filologi, pemahaman linguistik, asas kemanusiaan, fenomenologi
dasein, sebagai sistem interpretasi.

Sejarah Hermeneutik

Sejarah kemunculan hermeneutik perlu di ketengahkan bagi memudahkan
pemahaman terhadap hermeneutik. Pada dasarnya, apabila rujuk kembali
perjalanan peradaban Barat yang telah mengalami zaman kegelapan (the dark
ages) yang bermula ketika Empayar Rom Barat runtuh pada tahun 476 bersamaan
dengan bermula munculnya hegemoni gereja yang berperanan sebagai institusi
tunggal serta dominon. Fenomena ini berakhir sehingga bangkitnya semula
masyarakat Eropah pada zaman pencerahan yang muncul hasil pengaruh
pemikiran Ibnu Rushd di Eropah melalui gerakan Aveiroisme pada zaman
kebangkitan (renaissance). Sebenarnya, sebelum agama Kristian meluaskan
pengaruhnya, Eropah mengalami tekanan selama berabad-abad dari Empayar
Rom. Setelah itu barulah muncul pengaruh Kristian setelah Maharaja Constantine
mengeluarkan Edict of Milan pada tahun 313 dan pada tahun 392, Pada masa itu,
sejarah Kristian telah berubah secara sepenuhnya dari bersifat kekangan menjadi
kebebasan, bahkan terdapat kenyataan yang mengatakan “gereja merupakan
institusi yang memberikan alternatif reconstruction kehidupan”. Hal yang
sedemikian menjadikan pengaruh gereja semakin kuat, bahkan pada tahun 1085,

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 145

penganut Kristian Sepanyol dapat mempertahankan Toledo atas bantuan tentera
Perancis (Siti Fathkiah 2010).

Pada tahun 1091, Count Roger berhasil mendapatkan Sicily yang sebelum
itu telah dikuasai oleh orang Islam. Melalui kekuatan pihak gereja yang dilihat
sebagai “superpower”dan komprehensif, maka para ahli agamawan Kristian iaitu
Paus berusaha untuk mempertahankan pengaruhnya melebihi dari raja-raja yang
ada di Eropah ketika itu. Hermeneutik telah berkembang di kalangan gereja dan
dikenal sebagai gerakan eksegesis (pentafsiran teks-teks agama). Kemudian, ia
berkembang menjadi “falsafah pentafsiran” kehidupan sosial. Kemunculan
hermeneutik disebabkan beberapa perkara yang dirujuk dari persoalan-persoalan
yang terjadi daklam pentafsiran Bible. Pada awalnya, para reformis menolak
autoriti pentafsiran Bible yang berada dalam genggaman gereja (Noorhuda,
2013).

Tengku Intan Zarina dan Mazlan (2013) menyatakan menurut Martin Luther
(1483-1546), bukan gereja dan bukan Pope yang dapat menentukan makna kitab
suci, tetapi kitab suci sendiri yang menjadi satu-satunya sumber utama bagi
masyarakat umat Kristian. Menurut beliau juga, Bible harus menjadi pentafsir
bagi Bible itu sendiri. Fredich Schleiermacher, seorang ahli falsafah beragama
Protestant dikatakan bertanggungjawab membawa masuk hermeneutic dari
Biblical studies atau teknik interpretasi kitab suci ke ruang lingkup falsafah
(hermeneutik umum) (Mazlan dan Ahmad, 2010). Maka demikian di sini bahawa
tiada perbezaan antara tradisi hermeneutik filologi baginya yang berpusat kepada
teks-teks dari Greek-Rom dan heremeneutik teologi yang berpusat kepada teks-
teks kitab suci. Usaha beliau bukan hanya meneruskan usaha para pemikir yang
lebih awal darinya seperti Semler dan Ernesti yang berusaha “membebaskan
tafsir dari dogma”. Bahkan lebih dari itu, ia juga mengajukan pendapat terhadap
perlunya melakukan fahaman yang menafikan kesucian teks. Dalam perspektif
hermeneutik umum ini, “semua teks harus diperlakukan sama” tidak ada yang
perlu diistimewakan, tidak peduli samada apakah itu kitab suci (Bible) ataupun
teks hasil karangan manusia biasa.

Justeru, metodologi hermeneutik merupakan satu bentuk ilmu pentafsiran
yang berasal daripada tradisi Greek yang kemudian berkembang sebagai sebuah
metodologi pentafsiran Bible. Kemudian, ia dikembangkan semula oleh ahli
teologi dan falsafah sebagai sebuah metode pentafsiran secara umum dalam
beberapa disiplin ilmu (Noorhuda 2013).

Maka demikian difahami disini bahawa kemunculan hermeneutik dalam
Islam bukanlah suatu pendekatan atau kaedah yang baru muncul tetapi secara
umum dapat dilihat bahawa ianya sebuah metode pentafsiran yang digunakan
bagi penganut Kristian dalam memahami kitab tradisi Bible. Hal ini telah
menunjukkan bahawa umat Islam juga mempunyai cara dan metode tersendiri
dalam memahami dan mentafsirkan isi kandungan tertentu al-Quran iaitu dengan
mempelajari ilmu tafsir yang mempunyai kedudukan tertentu dalam disiplin
bidang ilmu agama Islam.

Menurut Fathkiah (2010), dalam mentafsirkan al-Quran seorang mufassir
dituntut menguasai beberapa cabang ilmu sesuai dengan kaedah tafsir yang
disepakati oleh ahli ilmuan Islam. Metodologi tafsir yang digunakan juga harus

146 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

bersesuaian mengikut Rasulullah SAW, para sahabat, tabi’in serta ulama yang
mempunyai autoriti mereka yang tersendiri (Mustafa Ibrahim Munsyi). Ilmu
tafsir merupakan ilmu pertama yang lahir di kalangan umat Islam. Ilmu tafsir
benar-benar dilihat tidak selari dengan hermeneutik Greek, ataupun hermeneutik
Kristian, dan juga tidak sama dengan ilmu interpretasi kitab suci dari budaya
agama lain. Ilmu tafsir al-Quran adalah penting kerana ia benar-benar merupakan
ilmu asas yang dibangunkan atasnya, mempunyai keseluruhan struktur, tujuan,
pengertian pandangan dan kebudayaan agama Islam. Hal inilah yang
menyebabkan al-Tabari menganggapnya sebagai ilmu yang terpenting
dibandingkan dengan seluruh pengetahuan dan ilmu yang lain. Ilmu ini adalah
ilmu yang mengupas hal ehwal kitab suci al-Quran dari segi sejarah
penurunannya, sanadnya dan cara membacanya, lafaz-lafaznya, dan erti-ertinya
juga yang berhubungan dengan hukum-hukum dan hikmah-hikmah.

Pendekatan Hermeneutik dalam Pentafsiran al-Quran

Pendekatan hermeneutik merupakan salah satu pendekatan yang diterapkan
dalam pentafsiran al-Quran oleh Intelektual Muslim yang menimba pendidikan
di Barat. Senario ini membuktikan bahawa pengaruh falsafah Barat telah banyak
berjaya menguasai sebahagian umat Islam sehingga menimbulkan banyak
kekeliruan dan kefahaman khususnya pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Antara
pendekatan hermeuneutik dalam pentafsiran al-Quran adalah seperti berikut:

Hermeneutik Menganggap al-Quran sebagai ‘Teks’ atau Karya

Golongan yang membawa fahaman hermeneutik ini cuba membawa pendekatan
kepada orang Islam bahawa al-Quran itu adalah sebagai ‘teks’ atau sebuah karya
sedangkan Islam menerimanya sebagi wahyu. Maka demikian menjadi titik
persoalan utama yang memisahkan diantara keduan-duanya.

Mazlan & Tengku Intan Zarina (2013) menyatakan bahawa golongan
modernis menganggap al-Quran sebagai muntaj al-thaqafi yang terhasil daripada
sejarah, politik dan budaya arab. Perkara ini jelas dinyatakan dalam firman Allah
SWT bahawa al-Quran adalah kalamNya yang dinuzulkan kepada Rasulullah
SAW melalui perantaraan malaikat sebagaimana firmanNya dalam surah al-
Shu’ara’ ayat 192 hingga 194 maksudnya:

Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.
Ia dibawa turun oleh Ruh al-Amin ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu
menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan.

Nasr Hamid (2004) seorang sarjana Islam dalam satu kertas kerja beliau
bertajuk: Human Rights and Reniewing of Religious Discourse : How can the
Arab Word Benefit From The Experiences of the non-Arab Islamic World? secara
jelas menyatakan al-Quran adalah living phenomenon yang terhasil daripada
dialog, perdebatan, dakwaan, penerimaan dan penolakan. Sehubungan dengan
itu, dimensi kemanusiaan dan komunikasi ini adalah struktur al-Quran yang
semestinya diterjemahkan semula melalui pendekatan hermeunitik. Namun

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 147

begitu, Islam menerima al-Quran sebagai wahyu iaitu diturunkan kepada baginda
Rasulullah SAW dan baginda menerimanya dalam keadaan buraha (bersangatan
sakit) akibat beratnya apa yang disampaikan oleh al-Quran (al-‘Ak 1994).

Maka jelas di sini bahawa kefahaman oleh ilmuan Islam Barat yang
menganggap al-Quran sebagai teks atau karya telah menimbulkan keraguan
kepada umat Islam. Perkara ini adalah sama sekali tidak selari dengan kefahaman
umat Islam yang berpengetahuan bahawa al-Quran itu adalah wahyu daripada
Allah SWT .

Mengabaikan Konsep Taallum

Pendekatan yang digunakan adalah mereka telah mengabaikan konsep taallum
(Tengku Intan & Mazlan 2013). Perkara ini jelas membuktikan bahawa mereka
ini bergurukan kepada golongan Yahudi dan Nasara yang mewakili pusat
pengajian tinggi di Eropah. Maka demikian, ianya telah mengenepikan konsep
pembelajaran yang diwarisi oleh ulama secara riwayah dan dirayah.

Sebagai contoh, Farid Esack yang mengikuti Biblical Studies ketika
menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Noor Huda 2013).
Perkara ini jelas bahawa pendekatan hermeunitik ini adalah lebih bersifat
mengulang semula pemikiran orientalis dan menolak paradigma keilmuan dan
syarat ijtihad secara langsung. Walhal, penerimaan konsep taallum dalam
epistemologi Islam itu termasuklah ilmu tafsir amat penting bagi merekodkan
sesuatu maklumat itu sahih atau sebaliknya.

Maka jelas disini, ilmu tersebut telah bercampur-aduk dengan perkara-
perkara malah dakwaan yang diragui ketika pembelajaran. Hal yang demikian
pastinya tidak lari daripada fikrah atau fahaman yang dibawa sendiri oleh guru
tersebut.

Tidak Bersumberkan kepada Ilmu Wahyu

Pendekatan hermeneutik ini tidak bersumberkan kepada ilmu wahyu. Hal ini
kerana ianya lahir daripada falsafah barat, terutamanya oleh usaha ahli teologi
Yahudi dan Kristian yang mengkaji secara kritis kitab suci mereka. Oleh yang
demikian, terdapat berbagai aliran dan teori yang muncul setelah kemunculan dan
penyerapan pemikiran falsafah hermeneutik.

Menurut Mazlan & Tengku Intan Zarina (2013) ilmu tafsir itu pula lahir
daripada al-Quran yang mengandungi world of view Islam. Perkara demikian
terdiri daripada pelbagai ilmu tafsir. Hal yang demikian adalah sebagai ilmu
mengenai nuzul ayat dan keadaannya, sebab-sebab turun ayat, susunana ayat-ayat
makki dan madani, muhkam dan mutasyabihat, nasikh dan mansukh, khas dan
am, mutlaq dan muqayyad, mujmal dan tafsirannya, halal dan haram, wa’d dan
wa’id, perintah dan larangan, ibarah dan amthal. Namun begitu, hermeunitik itu
sendiri menepikan ilmu-ilmu seperti asbab al-nuzul, nasikh dan mansukh,
balaghah dan sebagainya (Noorhuda 2013).

Hal ini adalah tidak bersesuaian dengan ajaran Islam itu sendiri kerana ilmu-
ilmu mengenai al-Quran perlulah digunapakai dalam pentafsiran al-Quran. Ianya

148 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

kerana tanpa adanya ilmu-ilmu tersebut, maka al-Quran akan mudah diseleweng
oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Jelas disini bahawa ilmu wahyu itu
amat penting dalam mentafsirkan al-Quran kerana ianya mempengaruhi makna
al-Quran.

Bertentangan dengan Metode Usul Tafsir

Faiz Fakhruddin (2003) telah mengatakan dalam bukunya yang berjudul
Hermeneutika Qur’ani: antara Teks, Konteks, dan Kontekstual bahawa tafsir dan
takwil lebih sah (berautoriti) dan utuh. Hal ini berdasarkan manhaj rabbani yang
digariskan oleh Rasululllah SAW dan para ulama selepas baginda. Perkara ini
dapat dilihat pada sumber ilmu tafsir itu sendiri, iaitu pertama al-Quran, kedua
hadith Rasulullah, ketiga aqwal Sahabat, keempat ijma’ tabi’in. Khalid ‘Abd
Rahman al-‘Ak (1994) pula menyatakan terdapat sembilan perkara termasuk
dalam manhaj mufassirin. Antaranya ialah tafsiran tersebut mesti menepati apa
yang ditafsirkan, memelihara makna hakikat dan majaz, susunan antara makna
dan tujuan dalam siyad al-kalam, munasabah dalam ayat serta mengambil kira
asbab al-nuzul.

Menurut Ahmad Bazli (2008), modenis muslim seperti Fazlur Rahman
berpendapat bahawa al-Quran seharusnya difahami secara langusng dan
menyeluruh, tidak terikat dengan tradisi sama ada hadith atau tafsir terdahulu.
Hal ini kerana pentafsir terbaik adalah al-Quran sendiri dan juga pendekatan yang
melibatkan kefahaman kontekstual iaitu double movement theory. Teori ini
melibatkan pemahaman situasi masa kini, kemudian kembali zaman turunnya al-
Quran, seterusnya kembali kepada masa kini.

Jelas di sini ilmuan barat telah membawa fahaman yang tersendiri dalam
memahami al-Quran dan sama sekali tidak mengindahkan akan kepentingan usul
tafsir terhadap manhaj dalam pentafsiran.

Menolak Persejarahan Yang Berlaku

Hermeneutik cuba menolak persejarahan yang berlaku. Penolakan mereka
terhadap kisah nabi-nabi dan mukjizat yang diceritakan sama sekali telah
bertentangan dengan tujuan al-Quran diturunkan. Walhal, hikmah al-Quran
diturunkan adalah untuk menyampaikan kisah umat terdahulu agar menjadi
iktibar kepada umat selepasnya.

Maka demikian, perkara-perkara di atas adalah usaha-usaha
memperkenalkan hermeneutik oleh golongan intelektual Islam. Perkara itu
sekadar usaha mereka untuk menyamakan ilmu Islam dengan pandangan barat
ataupun Yahudi dan Kristian. Walhal sebenarnya mereka ini telah menunjukkan
masalah sebenar yang dihadapi oleh teks Bible lantaran mereka berpusu
melontarkan kefahaman tersebut.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 149

Contoh Pendekatan Hermeneutik dalam Pentafsiran al- Quran

Berikut merupakan contoh pendekatan hermeneutik yang dibawa oleh seorang

tokoh intelektual Muslim yang liberal iaitu Muhammad Arkoun. Beliau telah

mengambil surah al-Fatihah dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Beliau

membahagikan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam surah al-Fatihah

kepada beberapa bahagian ilmu antropologi (pengajian saintifik tentang asal usul
manusia). Perkataan ‫ الْحَْم ُد لَِلِّه‬dan ‫ الَّرحْمَٰ ِن‬dikelompokkan kepada makna ontologi
(cabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk iaitu

mmeanntuasfisai)rkadnan‫ِدي ِن‬m‫ ال‬e‫ْوِم‬tَ‫ي‬o‫ك‬dِ ِo‫َمال‬lo,gMi udhaarmipmadada ilmu pengetahuan. Selain itu, bagi
Arkoun mengklasifikasikannya ke dalam

bidang eskatologi iaitu menyentuh mengenai doktrin tentang kematian dan hidup
sesudah mati. Seterusnya, ‫ إَِيّا َك نَْعبُ ُد‬pula melibatkan ilmu matematik kerana makna
perkataan tersebut iaitu Engkau sahajalah yang kami kembali sembah

menunjukkan pengulangan perbuatan manusia dalam melakukan ibadah kepada

Allah SWT. makna ‫الْ ُم ْستَِقيَم‬ ‫ال ِصَرا َط‬ ‫ا ْه ِدًَن‬ yang membawa maksud
Dalam mentafsirkan

tunjukkanlah kami jalan yang lurus dikategorikan oleh Muhammad Arkoun

dalam prinsip kenabian. Hal ini kerana di dalam prinsip kenabian terdapat

peranan dan tugas nabi dalam menyampaikan ajarannya agar dapat menunjukkan
k‫َن‬e‫لِي‬b‫َّضا‬en‫ ال‬arpaunladdanikamiteknaunjudejanlgaannkseerjeadrhahaasnprAitliltauhalSmWaTnu. sPiearkyaatnaganberk‫ِب‬a‫و‬i‫ُض‬taْ‫مغ‬nَ ْ‫ال‬
dan
dengan

tema-tema dari simbolik keburukan yang dibicarakan dalam certia-cerita tentang

umat-umat terdahulu. Hal ini disebabkan oleh makna perkataan tersebut

berkaitan dengan orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT dan sesat apabila

daripada jalan kebenaran. Daripada penjelasan ini, dapat diketahui hubungan

kritis yang dilakukan oleh Muhammad Arkoun di antara surah al-Fatihah dengan

sudut antropologi dalam Jadual 1.

Jadual 1: Hubungan kritis Surah al-Fatihah dari sudut Antropologi

Teks / Ayat Huraian
‫الْاحَلَّْمرُِدحيلِِمَلّ ِه‬ Menurut Muhammad Arkoun, kalimah ini
membawa kembali kepada ilmu mengenai
‫َمالِ ِك يَْوِم ال ِدي ِن‬ dasar-dasar ontologi dan metodologi
‫إَِيّا َك نَْعبُ ُد َوإَِيّا َك نَ ْستَعِيُن‬ daripada ilmu pengetahuan ( Ilm al-Usuh)
‫ا ْه ِدًَن ال ِصَرا َط الْ ُم ْستَِقيَم‬ Kalimah ini lebih menjuruskan kepada
bidang eskatologi.

Merujuk kepada bidang pengiraan atau lebih
dikenali sebagai matematik.

Berkaitan dengan prinsip kenabian.

150 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

‫َغْيَوِرَلاالْالَم ْغَّضالُضِيوَنِب‬ Muhammad Arkoun menyatakan kalimah ini
berdasarkan sejarah spiritual manusia yang
berkaitan dengan tema-tema dari simbiolik
keburukan yang dibicarakan dalam cerita-
cerita tentang umat-umat terdahulu.

Kesan Hermeneutik Dalam Pemikiran Islam

Metode yang wujud dalam sesuatu bidang disiplin ilmu, pasti akan menimbulkan
suatu kesan sama ada berbentuk positif atau negatif kepada manusia yang
mempelajarinya. Metode hermeneutik yang cuba diterapkan dalam mentafsirkan
al-Quran telah menimbulkan suatu kesan yang berbentuk negatif kerana
wujudnya perbezaan dengan metode ilmu tafsir. Antara kesannya ialah:

Relativisme Teks

Penggunaan metode hermeneutik dalam mentafsirkan al-Quran akan
memperlihatkan wujud suatu keadaan yang dikenali sebagai relativisme.
Relativisme merupakan sebuah fahaman yang menjelaskan tentang setiap
pentafsiran seseorang itu boleh melahirkan dua kemungkinan iaitu betul ataupun
salah. Maka, pemahaman tentang relativisme ini menunjukkan kepada autoriti
kesahihan sebuah teks yang ditafsirkan itu sama ada ianya benar ataupun tidak.
Maka jelas di sini, kelihatan seperti apabila metode hermeneutik digunakan
dalam pentafsiran al-Quran, kedudukan atau keautoritian sesebuah teks itu
kelihatan goyah untuk dijadikan panduan umat manusia. Bagi kefahaman
relativisme teks, tiada tafsir yang tetap wujud untuk dilihat sebagai panduan umat
manusia. Hal ini kerana semua tafsir dilihat sebagai suatu bentuk pemikiran akal
manusia yang mempunyai pelbagai pandangan dan pemahaman.

Mazlan dan Ahmad (2013) menyatakan didalam kajiannya bahwa Imam
Bukhari dan beberapa ulama hadith yang lain bersepakat kepada kesahihan dan
kemutawatiran sebahagian besar hadith nabi Muhammad SAW. Golongan yang
menerima metode hermeneutik ini menyatakan tentang semua pentafsiran al-
Quran merupakan satu produk yang dihasilkan oleh manusia dan pastinya wujud
kekeliruan disebabkan sifat akal manusia itu terbatas. Keterbatasan ini yang
mewujudkan tiada suatu kebenaran yang mutlak. Jelas disini bahawa berlakunya
relativisme teks ke atas tafsir yang dilakukan sekiranya menggunakan metode
hermeneutik dalam pentafsiran.

Tambahan lagi, terdapat kesan yang ketara hasil daripada relativisme taks
iaitu menghilangkan keyakinan terhadap kebenaran ajaran Islam, memusnahkan
struktur disiplin ilmu pengetahuan Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-
Sunnah kerana tidak berkeyakinan terhadap dua sumber utama itu sedangkan
telah menjadi rujukan sejak beratus tahun lamanya. Bagi metode hermeneutik
yang cuba digunakan kini, ia masih mengambarkan usaha beberapa ilmuan untuk
menghasilkan satu tafsir yang sempurna (Mazlan & Ahmad 2010). Dengan itu,

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 151

penggunaan metode hermeneutik dalam pentafsiarn al-Quran sangat berbahaya
malah mengundang kehancuran struktur ajaran Islam yang tersedia ada.

Mencabar Autoriti Agama

Penggunaan hermeneutik dalam pentafsiran al-Quran dilihat seolah-olah telah
mencabar autoriti agama yang wujud bagi agama Islam. Menurut al-Attas (2007)
kemajuan peradaban yang dipersembahkan oleh barat memerlukan kepada
penelitian dalam mengambil ianya sebagai satu usaha kepada membina kemajuan
Islam. Barat membawa masuk sistem kuasa dan pendidikan mereka yang lebih
kepada penelitian dari sudut falsafah untuk memahami sesuatu perkara. Hal ini
boleh dikaitkan dengan metode hermeneutik yang ada kerana apabila ilmu barat
diambil melebihi dari ilmu yang sebenarnya wujud dalam Islam, ianya menjadi
seolah agama Islam tiada autoriti yang tersendiri sebagai sebuah agama.
Sedangkan Islam sendiri mempunyai sumber dan tidak memerlukan teori-teori
ilmu Barat untuk mengesahkan kebenaran tersebut. Hakikatnya, menurut al-
Attas sifat ilmu itu membawa kepada umat manusia mampu untuk menanggapi
maklumat kehidupan yang dilaluinya malah berpendirian bahawa ilmu itu boleh
diperolehi melalui pemahaman akal dan pengalaman seseorang. Setiap manusia
mempunyai hirarki ilmu yang diperolehinyasama ada ilmu yang tinggi,
pertengahan atau rendah (al-Attas 2007).

Berdasarkan kenyataan al-Attas, segelintir pemikir Islam yang
menggunakan metode hermeneutik, mereka mudah menolak kewibawaan yang
ada pada Nabi Muhammad SAW sebagai penerima wahyu di mana ia dilihat
sebagai satu fenomena budaya setelah menerima sistem pendidikan barat.
Lanjutan dari itu, golongan yang menggunakan pendekatan hermeneutik ini
melakukan penolakan kewibawaan para ulama Islam yang terkenal seperti Imam
as-Syafi’i. Keautoritian Imam al-Syafi’i sebagai seorang yang dapat
mengeluarkan serta mejelaskan hukum-hukum fiqh yang terdapat didalam al-
Quran tidak disenangi oleh golongan ini. Selain itu, Imam al-Syafi’i perlulah
melakukan pentafsiran yang mendalam kepada maksud-maksud ayat al-Quran
sebelum mengeluarkan sesuatu hukum. Maka, tidak salah sekiranya Imam al-
Syafi’i dikatakan sebagai salah seorang mufassir yang diakui kewibawaannya
dalm bidang tafsir ( Mazlan & Ahmad 2010).

Hal ini jelas bahawa autoriti agama telah dicabar apabila kedudukan imam
al-Syafi’i sebagai seorang ulama tersohor yang mengeluarkan sesuatu hukum
Islam telah dikritik kerana tidak membawa kepada kemajuan umat Islam.

Pengolahan Konsep Wahyu

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada baginda Muhammad
SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s secara berperingkat-peringakat
selama 23 tahun dalam bahasa Arab yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan
diakhiri denagn surah al-Nas dan membacanya dikira suatu ibadah. Seseorang
muslim itu wajib mempercayai kitab al-Quran kerana ianya adalah pelengkap
kepada kesempurnaan rukun iman seseorang muslim (al-Attas 2007).

152 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Konsep wahyu dilihat seakan berpecah-pecah setelah kemunculan metode
hermeneutik. Hal ini kerana wujudnya pemikir Islam yang menerima pendekatan
metode ini telah memandang tafsir al-Quran sebagai hasil budaya manusia dan
bukan dipandang sebagai wahyu Allah SWT. Sebagai contoh, di dalam penulisan
Mazlan dan Ahmad (2010) Nasr Hamid Abu Zayd merupakan seorang pengamal
kepada hermeneutik yang memandang al-Quran sebagai hasil budaya. Beliau ada
berpandangan tentang kosep wahyu al-Quran. sekaligus ianya menjadi perhatian
para ilmu dalam pentafsiran. Beliau dikatakan tidak akan dapat melakukan
pentafsiran menggunakan metode tersebut melainkan mendahulukan terlebih
dahulu darjat status teks al-Quran daripada sebuah teks wahyu menjadi teks
manusiawi. Ia adalah hasil dari kefahaman tentang al-Quran yang wujud adalah
dari hasil pentafsiran mulut Nabi Muhammad itu menggunakan bahasa Arab iaitu
bahasa perantaraan yang digunakan dan difahami oleh orang-orang arab ketika
itu. Disebabkan bahasa dilihat sebagai satu produk budaya, maka difahami al-
Quran yang berbahsa arab itu juga dalah hasil budaya Arab (Mazlan & Ahmad
2010). Oleh itu, jelaslah wujud pengolahan konsep wahyu telah berlaku.

Pendapat Abu Zayd ini sememangnya telah merosakkan keyakinan umat
Islam terhadap pemahaman konsep al-Quran yang asli. Walhal, hakikat sebenar
al-Quran adalah segala makna dan lafaz nya bersumberkan Allah SWT dan Nabi
Muhammad SAW ditugaskan untuk menyampaikan dan memberi penjelasan
serta peringatan kepada umat manusia. Tambahan, baginda tidak menambah dan
mengurangi walau sedikitpun wahyu yang disampikan Allah SWT kepada
baginda melalui malaikat Jibril (Abduh 2004 ).

Oleh yang demikian, keyakinan umat Islam selama ini ialah Nabi
Muhammad SAW hanyalah sebagai penyampai wahyu, nas-nas al-Quran yang
diturunkan dalam bahasa Arab dan didalamnya juga terdapat cerita mengenai
budaya ketika itu. Namun, al-Quran tidak akan mudah tunduk pada budaya
bahkan al-Quran itu sendiri yang memberi jalan perubahan kepada budaya arab
dalm membina suatu pola pemikiran dan peradaban baru.

Kesimpulan

Melalui pernyataan di atas, jelaslah bahawa wujudnya segelintir intelektual
Muslim yang berfahaman liberal telah menggunakan pelbagai pendekatan baru
dalam pentafsiran al-Quran. Jika dilihat dengan lebih teliti, sememangnya telah
timbul satu kecenderungan di kalangan segelintir intelektual Muslim yang
berfahaman liberal menggunakan pendekatan hermeneutik ini dalam
mentafsirkan al-Quran. Artikel ini telah menghuraikan mengenai definisi, sejarah
dan beberapa pendekatan hermeneutik. Banyak pendekatan atau kaedah yang
digunakan oleh para ilmuan Islam barat. Antaranya adalah mereka menganggap
bahawa al-Quran itu adalah sebagai teks atau karya sedangkan Islam
menerimanya sebagai wahyu. Maka demikian menjadi titik persoalan utama yang
memisahkan diantara kedua-duanya. Seterusnya, pendekatan yang digunakan
adalah mereka telah mengabaikan konsep taallum dimana ilmu tersebut
bercampur dengan perkara-perkara, malahan dakwaan yang diragui. Pendekatan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 153

hermeneutik ini juga tidak bersumberkan kepada ilmu wahyu. Justeru, terdapat
pelbagai aliran dan teori yang muncul setelah kemunculan dan penyerapan
pemikiran falsafah hermeneutik. Di samping itu, pendekatan ini juga
bertentangan dengan metode usul tafsir. Hermeneutik juga cuba untuk menolak
persejarahan yang berlaku. Penolakan mereka terhadap kisah nabi-nabi dan
mukjizat yang diceritakan sama sekali telah bertentangan dengan tujuan al-Quran
diturunkan. Maka demikian, perkara-perkara di atas adalah usaha-usaha
memperkenalkan hermeneutik oleh golongan Islam barat.

Artikel ini juga menjelaskan bahawa terdapat banyak kesan yang berbentuk
negatif kerana wujudnya perbezaan hermeneutik dengan metode ilmu tafsir.
Antara kesannya ialah relativisme Islam yang merupakan sebuah fahaman yang
menjelaskan tentang setiap pentafsiran seseorang itu boleh melahirkan dua
kemungkinan iaitu betul ataupun salah. Oleh itu, metode hermeneutik ini telah
menyebabkan kedudukan atau keaslian sesebuah teks itu kelihatan sangat lemah
untuk dijadikan panduan umat manusia. Tambahan pula, kesan hermeneutik juga
telah mencabar autoriti agama yang wujud bagi agama Islam. Pengolahan konsep
wahyu turut dilihat seakan berpecah-pecah setelah kemunculan metode
hermeneutik. Hal ini kerana wujudnya pemikir Islam yang menerima pendekatan
metode ini dan mengatakan bahawa tafsir al-Quran sebagai hasil budaya manusia
dan bukan dipandang sebagai wahyu Allah SWT. Justeru, umat Islam perlulah
berhati-hati dalam memahami dan mentafsirkan al-Quran agar tidak terpengaruh
dengan kaedah hermeneutik.

Rujukan

Abduh Muhammad. 2004. The Theology of Unity. Kuala Lumpur: Islamic Book
Trust

Adian Husaini & Abdurrahman al-Baghdadi. 2007. Hermeneutika Dan Tafsir al-
Quran. Jakarta: Gema Insani.

Ahmad Bazli Shafie. 2005. A Modenist Approach The Quran: A Critical Study
Of Though and Civilization (ISTAC): Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Fakhruddin Faiz. 2002. Hermeneutik Qurani: Antara Teks, Konteks, dan
Kontekstualitas. Yogyakarta: Penerbit Qalam.

Mazlan Ibrahim, Achmad Yaman. 2010. Penyelewenagn Tafsir al-Quran:
Krikian Terhadap Fiqih Lintas Agama. Bangi: Fakulti Pengajian Islam.

Mohamad Hazwan & Muhammad Firdaus. 2015. Metodologi Hermeneutik
Dalam Mentafsir al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan
Syariah. Kolej Universiti Islam Selangor.

Mustafa Ibrahim al-Munsyi. 2006. Tafsir al-Maqaran Dirasah Ta’siliyyah.
Universiti Jordan

Noorhuda Abdul Karim. 2013. Hermeneutika Arkoun dan Tafsir al-Maraghi.
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor

Khalid ‘Abd Rahman al-‘Ak. 1994. Usul Tafsir wa Qawaidahu. Damsyik : Dar
al- Nafais.

154 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Richard E. Palmer. 1969. Hermeneutics: Interpretation Theory in Scleiermacher,

Dilthey, Heiddeger and Gadamer, Evanston. Northwestern University

Press.

Siti Fathkiah Binti Jamadi. 2010. Falsafah Hermeneutik Muhammad Arkoun.

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas.2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan

Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains

Malaysia

Tengku Intan Zarina & Mazlan Ibrahim. 2013. Penyelewengan Dalam Tafsir al-

Quran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 155

Penggunaan Hadith Mawdu’ Dalam Fadilat Surah

Nurul Astutik Sulaiman, Noor Haslina Zamuri & Nor Syamimi Mohd

Pengenalan

Hadith merupakan sumber kedua selepas al-Quran yang merupakan dalil dan

hujah yang telah disepakati oleh umat Islam. Berpegang dengan hadith sahih

merupakan kemestian bagi mengelakkan daripada terpedaya dengan hadith palsu.

Hadith merupakan sumber yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk

dijadikan alat dakwah kepada umat manusia. Seperti yang kita tahu bahawa

hadith Rasulullah SAW dapat digunapakai sehingga ke hari Kiamat. Pada zaman

Rasulullah SAW, hadith mula dihafal dan dicatat oleh para sahabat. Kemudian
diteruskan oleh generasi-generasi salaf soleh dan seterusnya golongan tabi’in.

Mereka memelihara dan mencatat hadith di tempat-tempat tertentu seperti

lembaran-lembaran atau disebut sebagai sahifah. Mereka mencatatkan hadith-

hadith ini bertujuan untuk memeliharanya daripada hilang dan diseleweng.

Pembukuan hadith secara rasminya ialah ketika zaman Khalifah Umar Abdul
Aziz. Hal ini berlaku disebabkan banyaknya muncul hadith-hadith mawdu’ dan

palsu.
Hadith mawdu’ ini sebenarnya tidak layak untuk disebut sebagai sebuah

hadith. Hal ini kerana ia sudah jelas yang mana ia bukan sebuah hadith yang boleh

disandarkan kepada Nabi SAW. Berbagai hadith mawdu’ telah banyak tersebar

dan beredar dalam masyarakat, dan diakui sebagai sebuah hadith yang berasal

dari nabi (Mohd Muhiden 2010). Pembuatan hadith palsu ini bermula

setelah Rasulullah SAW wafat dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia

berkembang melalui perkembangan arus politik, asabiyyah, fanatik mazhab dan

lain-lain. Ia dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya serta

orang-orang munafiqin dan kafir zindiq (Abdul Ghani 1996).

Definisi Hadith Mawdu’

Dari sudut bahasa perkataan mawdu’ berasal daripada bahasa Arab iaitu )‫(وضع‬,
yang bermaksud letak, gugur, jatuh, rendah, biar, cipta atau reka. Manakala dari
sudut istilah hadith mawdu’ bermaksud hadith yang direka secara dusta oleh
seseorang dan kemudian dinisbahkan atau dikatakan hadith tersebut berasal
daripada Rasulullah SAW. Ini menunjukkan bahawa ianya bukan hadith sahih

namun dinamakan juga sebagai hadith berdasarkan pandangan atau sangkaan
pereka dan pencipta hadith tersebut (Mohd Muhiden 2010).

Sejarah Perkembangan Hadith Mawdu’

Hadith mula dihafal dan dicatat sejak zaman Rasulullah SAW. Manakala
pembukuan hadith secara rasmi bermula pada awal abad pertama Hijrah, iaitu

156 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

pada zaman Khalifah Umar. Kemunculan hadith-hadith mawdu’ ini sebenarnya
telah bermula pada zaman Uthman lagi dan menyebabkan pengumpulan serta
pembukuan semula hadith-hadith Rasulullah SAW.

Setelah itu, berlakunya peristiwa fitnah antara khalifah Ali dengan Gabenor
Syam ketika itu, iaitu Mu’awiyah ibn Abu Sufyan r.a. Fitnah ini bukan sahaja
membawa kepada pembunuhan khalifah Ali malah ia juga membawa kepada
perpecahan yang amat besar kepada umat Islam. Berikutan peristiwa inilah mula
timbulnya puak-puak dalam Islam seperti puak Syiah, Khawarij, Muktazilah dan
sebagainya. Mereka masing-masing mendakwa bahawa mereka berada pada
pihak yang benar dan puak lain pula berada pada pihak yang batil.

Selain mentakwil hadith, mereka juga mencipta dan mereka hadith palsu
untuk dijadikan sebagai hujah bagi menyokong pandangan mereka. Pada
awalnya, tujuan hadith mawdu’ direka untuk meraih sokongan dan menegakkan
hujah masing-masing, namun ianya semakin berkembang pada abad kedua Hijrah
setelah meningkatnya perkara-perkara bida’ah dan khurafat. Antara tujuan lain
hadith palsu ini direka adalah untuk menceritakan kelebihan individu tertentu
termasuklah Khulafa’ al-Rasyidin, mempertahankan puak tertentu dan bagi
meraih keuntungan peribadiatau atas nama kepentingan agama tetapi dinisbahkan
kepada kejahilan (Mohd Muhiden 2010).

Ciri-Ciri Hadith Mawdu’

Hadith-hadith mawdu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya.
Antara ciri-cirinya ialah:

i. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri.
ii. Perawinya terkenal sebagai seorang yang pendusta, sedangkan

hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang
jujur.
iii. Bertentangan dengan fakta sejarah.
iv. Mempunyai motif tersembunyi di sebalik membuat hadith palsu
tersebut.

Faktor-Faktor Berlakunya Pemalsuan Hadith

Ulama dan penyelidik hadith mawdu’ mengenalpasti beberapa faktor yang
mendorong pemalsuan hadith antaranya ialah faktor politik, permusuhan agama,
kejahilan agama, mengampu pemerintah dan kurang keupayaan diri (Muhammad
Abu Syahbah 1988).

Faktor Politik

Krisis dalaman umat Islam akibat perbezaan kecenderungan politik. Penyokong
setiap pemimpin sanggup memalsukan hadith bagi kepentingan kumpulannya.
Golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah juga tidak terkecuali daripada kegiatan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 157

memalsukan hadith bagi kepentingan kumpulannya. Hadith tentang kelebihan
tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, al-‘Abbas, Mu‘awiyah dan
lain-lain antara contoh pemalsuan yang pernah dilakukan bagi menjawab hadith-
hadith yang direka kumpulan-kumpulan lawan.

Faktor Permusuhan Agama

Memburuk-burukkan ajaran Islam. Faktor ini banyak dilakukan oleh kumpulan
di luar Islam yang tewas kepada kekuasaan Islam, mereka kecewa dengan
kekalahan, lalu memalsukan hadith, dengan tujuan menyesatkan umat Islam dan
pemikiran mereka.

Faktor Kejahilan Agama

Merangsang orang ramai supaya berbuat kebajikan. Faktor ini banyak dilakukan
oleh golongan yang tidak memahami ajaran Islam dengan sebaik-baiknya,
mereka memalsukan hadith, supaya orang kembali berbuat amal kebajikan.

Faktor Mengampu Pemerintah

Mencari kepentingan dunia, seperti mengambil hati pemimpin, dan mendapatkan
kedudukan yang istimewa pada hati pemerintah. Golongan pengampu ini
biasanya terdiri daripada mereka yang berkepentingan sama ada untuk meraih
keuntungan peribadi ataupun untuk mendapatkan publisiti murahan. Untuk
mencapai tujuan tersebut, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Faktor Kurang Keupayaan Diri

Memalsukan hadith kerana faktor-faktor peribadi yang tidak boleh dielakkan,
seperti kerana cacat penglihatan dan sebagainya.

Hadith Mawdu’ Dalam Fadilat Surah-Surah Al-Quran

Terdapat banyak hadith mawdu’ yang telah direka berkenaan fadilat surah dalam

al-Quran. Pencipta hadith ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai

membaca al-Quran dan mereka mendakwa bahawa mereka hanya menyerahkan

usaha mereka itu kepada Allah SWT untuk memberikan ganjaran. Berdasarkan

kepada hadith; ‫ِم َن‬ ْ‫فَلْيَتَبَ َّوأ‬ ‫ُمتَ َع ِمدا‬ ‫َو َسَلَّم‬ ‫َعلَْيِه‬ ‫َصَلّى‬ ‫الَنِّبِي‬ ‫َع ِن‬ ‫أَِبي‬
‫الَنّا ِر‬
ُ‫َمْقَع َده‬ ‫َعلَ َّي‬ ‫َك َذ َب‬ ‫َم ْن‬ :‫قَا َل‬ ‫اَّلّل‬ ‫ُهَريَْرَة‬ ‫َع ْن‬

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksudnya:

Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadap para nabi maka bersedialah di mana

tempat tinggalnya di dalam neraka.

158 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Hadith ini telah diriwayatkan melalui sanad yang banyak sehingga ulama
mengatakan bahawa ia adalah hadith mutawatir. Sabda Baginda yang
bermaksud: “Berdusta terhadapku adalah tidak sama seperti berdusta terhadap
seseorang yang lain”. Memberikan erti bahawa hukum melakukan pendustaan
terhadap Baginda adalah tidak sama dengan hukum melakukan pendustaan
terhadap orang lain. Melakukan pendustaan terhadap orang lain adalah dosa
besar. Maka melakukan pendustaan terhadap Baginda adalah lebih hebat lagi
dosa besarnya atau ia adalah dosa besar yang paling besar. Melakukan
pendustaan terhadap Nabi SAW membawa maksud yang sama dengan
melakukan pendustaan terhadap para sahabat dan tabi’in terutama dalam aspek
yang tidak boleh dicampuri oleh pendapat manusia dan perkara yang tidak dapat
diketahui melainkan melalui Allah SWT yang menurunkan syariat.

Hal ini kerana hadith yang lahir daripada sahabat dan tabi’in adalah
menduduki tahap marfu’ kepada Nabi SAW sebagaimana yang diberitahu oleh
para imam hadith. Begitu juga pendapat sesetengah fuqaha’ adalah diambil kira
sebagai hujah dalam pembentukan hukum. Penulis tidak bersetuju dengan orang
yang mengatakan bahawa mereka yang melakukan pendustaan adalah kufur.

Pendekatan Pentafsir dalam Menyebut Fadilat Surah

Tha’labi dan al-Wahidi

Tha’labi dalam kitab tafsirnya yang bertajuk Tafsir al-Tha’labi kadang-kadang
menyatakan sanadnya dengan sempurna dan kadang-kadang beliau berkata:
Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab telah berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda. Sebagai contoh yang dilakukan dalam bentuk ini ialah hadith yang
disebut di awal surah Hud, beliau berkata: “Diriwayatkan daripada Ubai bin
Ka’ab telah berkata: Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah
Hud akan diberikan ganjaran sebanyak sepuluh pahala dengan bilangan orang
yang percaya kepada Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Musa”.

Seterusnya, di awal surah Yusuf beliau berkata: “Diriwayatkan daripada
Ubai bin Ka’ab telah berkata: Nabi SAW telah berkata: Bacalah surah Yusuf,
sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang membacanya dan mengajarkan
kepada keluarganya melainkan Allah SWT akan mempermudahkan baginya
sakarat al-maut dan Dia memberikan kepadanya kuasa supaya orang lain tidak
dengki terhadapnya”.

Begitu juga dengan al-Wahidi, beliau menyebut fadilat di awal setiap surah
supaya dapat membuatkan pembaca memberikan perhatian sepenuhnya ketika
membaca serta melahirkan sikap rajin dalam membaca.

Zamakhsyari

Cara yang dilakukan oleh Zamakhsyari dan mereka yang mengikutnya adalah
dengan menyebut fadilat surah di akhir surah. Zamakhsyari telah ditanya tentang
cara ini, lalu dia menjawab: “Kerana fadilat adalah sifat dan ia perlu kepada

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 159

mawsuf (yang disifatkan)”. Hal ini bermaksud mawsuf didahulukan ke atas sifat.
Mereka langsung tidak menyebut sanad sehingga pada peringkat sahabat. Antara
fadilat yang mereka sebut di akhir surah ialah surah Ali Imran. Zamakhsyari
berkata: “Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Surah
Ali Imran akan diberikan keselamatan di atas jambatan Neraka jahanam sebagai
ganjaran daripada setiap ayat yang telah dibaca”. Selain itu, diriwayatkan juga
daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah yang
mengandungi Ali Imran pada hari Kiamat maka Allah SWT dan malaikat akan
berselawat kepadanya sehingga hilang matahari”.

Seterusnya beliau berkata di akhir surah al-Ma’idah: “Diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ma’idah dia akan diberikan sepuluh pahala kebaikan dan akan
dipadamkan sepuluh dosa kejahatan, diangkat sepuluh darjat dengan bilangan
semua orang Yahudi dan Nasrani yang bernafas dalam dunia.

Kesimpulan

Tafsir Tha’labi dan Zamakhsyari berbeza cara menyatakan fadilat surah. Tafsir
Tha’labi menyatakan fadilat surah di awal surah manakala dalam Tafsir
Zamakhsyari menyatakannya di mengambil manusia ketika membaca surah-
surah tersebut.

Rujukan

Abdul Aziz Sanawa. 1996. Kunuz al-Quran wa Bayan al-Furqan. Maktabah al-
Iman

Abdul Ghani Azmi Idris. 1996. Himpunan Hadith Dha’if dan Mawdu’. Kuala
Lumpur: Ilmu Cahaya Kehidupan

Fauzi Deraman. 1954. ‘Ulum al-Hadith. Malaysia: Perpustakaan Negara
Malaysia

Mohd Muhiden Abd Rahman. 2010. ‘Ulum al-Hadith Lengkap dengan Takhrij
al-Hadith Dan Pengajian Sanad Hadith. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Muhammad Abu Syahbah. 1988. Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub at-Tafsir.
Medan: Maktabah Sunnah.

Muhammad Abu Syahbah. 2014. Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-
kitab Tafsir.Selangor: Reka Cetak Sdn. Bhd.

Ramli Abdul Hamid. 2011. Studi Ilmu Hadith. Bandung: Citapustaka Media
Perintis

Muhammad al-Ghazali. 2003. Induk al-Qur’an. Jakarta: Cendekia
Abdul Hayei. 2015. Hadith Mawdu’ Sejarah dan Cara-cara Mengenalinya.

Kuala Lumpur: Visual Print Sdn.Bhd
Rabiatul Aslamiah. 2016. Hadith Maudhu dan Akibatnya. Alhiwar Jurnal Ilmu

dan Teknik Dakwah. Vol 4. 24-34

160 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Penyelewengan Takwilan Terhadap Ayat-Ayat Jihad

Adibah Hanis A Razak, Siti Huzaimahazura Bakri & Haziyah Hussin

Pengenalan

Jihad merupakan istilah yang diketahui ramai pada masa kini. Apabila disebut
tentang jihad, ramai orang mengaitkannya dengan perjuangan atau peperangan
bagi menegakkan agama Islam dan menunaikan perintah Allah. Namun, terdapat
juga pemikiran yang tertumpu dengan maksud jihad yang negatif iaitu berperang
dan berjuang dengan mengikut hawa nafsu dan penuh dengan keganasan.

Berdasarkan kepada penelitian, jihad boleh dikategorikan kepada beberapa
jenis seperti jihad dalam beperang, jihad melawan hawa nafsu, jihad dalam
belajar dan sebagainya. Namun, penulisan ini lebih menekankan tentang jihad
berperang atau berjuang kerana perbincangan ayat-ayat jihad yang dijumpai
adalah berkaitan dengan jihad berperang. Hal ini juga terjadi kerana mereka yang
salah tafsir tentang ayat-ayat jihad hanya menggunakan pemahaman mereka
sendiri dalam memahami maksud ayat-ayat al-Quran berkaitan jihad dan
mengaplikasikannya dalam berperang.

Perbincangan berkaitan ayat-ayat jihad yang diselewengkan juga
dikhususkan lagi kepada dua kumpulan yang sama tujuan iaitu kumpulan al-
Jama’ah al-Islamiyyah dan Daesh. Kedua-dua kumpulan ini membawa matlamat
yang hampir sama dalam berperang iaitu berjuang dengan lebih ganas, keras dan
agresif.

Definisi Jihad

Perkataan jihad merupakan terbitan daripada perkataan al-Juhdu yang memberi
maksud sebagai satu usaha, upaya, karya, penggunaan, penyelenggaraan,
pemerasan dan penyerahan tenaga, kegiatan dan semangat, keinginan dan
ketekunan, penderitaan dan kesusahan. Al-Juhdu juga bererti bekerja keras serta
bersungguh-sungguh (Hafiz 2003). Jihad juga boleh dimaksudkan dengan
memerangi orang-orang kafir dan melawan kesulitan (Rumba Triana t.t).

Dari segi isitilah, jihad diertikan sebagai berusaha bersungguh-sungguh
dengan menghimpunkan segala keupayaan termampu untuk melakukan sesuatu
sehingga mengalami kesulitan di dalam usaha tersebut. Manakala, menurut
Dzafir al-Qasimi, jihad merupakan perkataan Islami yang digunakan khusus
selepas kedatangan Islam dan perkataan jihad juga belum pernah dikenali oleh
masyarakat Jahiliyyah. Tambahan pula, perkataan ini tidak terdapat di dalam
bait-bait syair sama ada di zaman lampau atau kini (Hafiz Firdaus 2003). Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa perkataan jihad merupakan perkataan yang
berkait rapat dengan ad-din dan kedatangan Islam seperti munculnya perkataan
solat, zakat dan perkataan-perkataan lain yang tidak terdapat dalam perkataan
Jahiliyyah.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 161

Perkataan jihad juga boleh dimaksudkan dengan apa yang telah digariskan
dengan seruan iaitu seruan menyuruh melakukan kebaikan atau perkara makruf
dan mencegah kemungkaran (Rumba Triana t.t.). Menurut Yusuf al-Qaradawi,
jihad yang sebenar adalah merangkumi keimanan, akhlak, semangat dan
pergorbanan (Prabowo Adi Widayat t.t.). Namun, terdapat juga yang mengatakan
bahawa jihad itu hanya berperang di jalan Allah sahaja atau usaha untuk
menegakkan keesaan Allah serta ketauhidan-Nya. Para fuqaha’ juga
mendefinisikan jihad adalah satu usaha seorang muslim demi menegakkan
kalimat Allah dan memerangi orang kafir yang tidak terikat dengan suatu
perjanjian setelah berdakwah kepadanya untuk memeluk agama Islam, tetapi
orang tersebut menolaknya. Namun, memerangi itu bukan hanya terikat dengan
peperangan atau pembunuhan (Erwandi Tarmizi 2007). Begitu juga, melalui
buku yang berjudul Jihad Pada Jalan Allah jihad ialah berperang atau berjuang
pada jalan Allah untuk menyelamatkan umat Islam dan mempertahankan mereka
dari percerobohan asing (al-Faqir 1984).

Secara kesimpulan, jihad menurut Islam iaitu dari kata-kata Ibn Taimiyah,
jihad ialah satu usaha yang banyak dan keupayaan untuk mendapat cinta Allah
melalui amal-amal soleh serta menolak sesuatu yang dimurkai Allah berupa
kefasikan, kekufuran dan kemaksiatan (Abdul Salam 2008). Namun begitu,
terdapat beberapa golongan yang salah ertikan perkataan jihad seperti golongan
syiah, muktazilah, fahaman wahabi, Daesh dan fahaman al-Jama’ah al-
Islamiyyah. Menurut Daesh, jihad qital atau jihad peperangan adalah satu-
satunya jalan untuk menegakkan sebuah khilafah Islamiah. Jihad ini dikatakan
wajib memerangi dan membunuh kafir harbi dan umat Islam yang telah murtad
iaitu mereka yang tidak menyertai gerakan mereka. Bagi mereka juga, gagasan
politik selain gagasan Islam adalah tidak sah kerana pemerintahan adalah hak
Allah maka pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam wajib dibunuh
(Wan Fariza 2018).

Antara definisi jihad yang dibawa oleh al-Jama’ah al-Islamiyah ialah jihad
perlu dilakukan dengan lebih agresif dan luas walaupun melibatkan kematian
umat Islam (Zulkarnain Haron 2013). Hal ini terjadi akibat golongan al-Jama’ah
al-Islamiyyah menolak definisi ulama terdahulu yang dikatakan definisi
tradisional dan bagi mereka kematian umat Islam dalam perang adalah berbalik
kepada konsep jihad iaitu menerima kemusnahan sampingan.

Seterusnya, jihad juga diberi nama sebagai jihad Global atau jihad ofensif.
Jihad Global ini didefinisikan dengan memerangi setiap warga sesebuah negara
kafir iaitu walau di mana jua mereka berada. Maksudnya di sini, mereka
memerangi atau membunuh orang-orang kafir di mana sahaja termasuklah di
pusat-pusat peranginan atau di tempat-tempat awam dan dibenarkan juga
sekiranya berjuang di negara lain (Zulkarnain 2013).

Kesimpulannya, definisi jihad bagi fahaman al-Jama’ah al-Islamiyah ini
bersifatkan keganasan, lebih meluas dan lebih bersifat agresif kerana Islam hanya
membenarkan jihad qital atau perang itu di tempat peperangan sahaja, namun
bagi fahaman ini mereka menyatakan jihad qital boleh di mana-mana sahaja.
Sekiranya berlaku kematian terhadap orang-orang awam yang tidak berdosa dan

162 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

tidak bersalah, ianya hanya menyebabkan Islam dipandang enteng dan satu
agama yang menindas orang awam serta penuh dengan keganasan.

Takwilan Golongan Menyeleweng Terhadap Ayat Jihad

Al-Jama’ah al-Islamiyyah

Fahaman al-Jama’ah al-Islamiyyah merupakan salah satu gerakan Islam yang
ditubuhkan di Kampung Serting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Januari
1993 oleh dua orang tokoh dari Indonesia iaitu Abdullah Sungkar dan Abu Bakar
Basyir. Matlamat penubuhan gerakan ini adalah untuk mendirikan Daulah
Islamiyyah di Indonesia dengan menggunakan pendekatan manhaj dakwah wal
jihad serta berpegang kepada kepada akidah ahlus sunnah wal jama’ah minhajis
salafus soleh (Zulkarnain Haron 2013). Selain itu juga, tujuan Abdullah Sungkar
dan Abu Bakar Basyir ke Malaysia adalah untuk meneruskan perjuangan
menubuhkan negara Islam menerusi pendekatan jihad menentang musuh-musuh
Islam (Siti Zubaidah et al. 2017). Namun begitu, selepas kematian ‘amir yang
pertama iaitu Abdullah Sungkar pada 23 Oktober 1999, berlaku perpecahan
ideologi pengikut selepasnya sekitar tahun 2000. Perpecahan inilah yang
menyebabkan sesetengah pemimpin dan pengikut al-Jama’ah al-Islamiyyah
menggunakan hujah ideologi agama untuk membenarkan tindakan kekerasan dan
radikal seperti yang ditunjukkan dalam aksi pengeboman dan pembunuhan orang
awam termasuk orang Islam sendiri.

Pengikut gerakan ini menggunakan hujah al-Quran dan al-Sunnah bagi
menghalalkan perlakuan mereka. Namun begitu, jika diteliti secara lebih
mendalam, hujah mereka berlaku atas sebab kekurangan ilmu pengetahuan
terutama dalam penafsiran bahasa Arab, sifat yang terlalu dahagakan agama, sifat
fanatik terhadap agama sehinggakan mereka ini mudah dipengaruhi dan
dimanipulasi (Zulkarnain Haron 2013).

Imam Samudra iaitu seorang anggota al-Jama’ah al-Islamiyyah yang
bertanggungjawab terhadap peristiwa pengeboman di Bali menyatakan di dalam
bukunya iaitu Aku Melawan Terrorist, beliau mengatakan bahawa pengeboman
Bali merupakan tindakan balas dendam kepada kuasa barat yang telah menyerang
kaum muslimin yang tidak berdaya. Sebagai hujahnya, beliau telah menggunakan
ayat al-Quran iaitu firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 36 maksudnya:

Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya meraka pun memerangi
kamu,(wahai orang-orang yang bertaqwa), semuanya dan ketahuilah bahawa

Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Beliau mengakui bahawa pada dasarnya membunuh atau menyerang orang
awam adalah haram, tetapi disebabkan Amerika dan sekutunya telah melampaui
batas dengan membunuh orang Islam, maka menyerang dan membunuh mereka
merupakan satu tindakan yang adil. Selain itu, beliau juga mendatangkan ayat al-
Quran yang lain iaitu Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 194
maksudnya:

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 163

Barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan
serangannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah
beserta orang-orang yang bertakwa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 126 maksudnya:

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama
dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Imam Samudra juga mendakwa bahawa operasi pengeboman di Bali adalah
bersesuaian dengan tahap-tahap jihad yang terdapat di dalam Tafsir Ibnu Kathir
dan juga di dalam buku Tarbiyah Jihadiyah. Beliau berpendapat bahawa operasi
pengeboman di Bali merupakan tahap jihad yang keempat iaitu jihad ofensif,
jihad ini harus dilakukan oleh kaum muslimin terhadap semua masyarakat barat
sehingga tiada lagi kemungkaran di muka bumi ini dan agama Allah menjadi
agama yang terunggul daripada agama lain. Berikut adalah dalil tentang tahap
jihad yang keempat iaitu: Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat kelima
maksudnya; Maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana jua kamu
menemuinya.

Allah SWT berfirman dalam ayat 36 surah al-Taubah maksudnya:

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum
musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya,
dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Daripada dalil-dalil yang digunakan oleh Imam Samudra di atas, Dede Rodin
(2016) mengatakan bahawa antara ayat yang sering dijadikan alasan berperang
adalah ayat dari surah al-Taubah iaitu ayat 9 dan 36. Ayat tersebut sepintas
menyentuh tentang perintah untuk memerangi kaum musyrik secara keseluruhan,
membunuh, mengepung dan mengintai mereka. Ayat 193 daripada surah al-
Baqarah juga turun ketika kebencian, permusuhan, dan penganiaan (fitnah) oleh
kaum musyrik terhadap kaum muslim mula timbul dengan kuat. Seterusnya ayat
217 dari surah al-Baqarah pula menerangkan bahawa kaum musyrik tidak henti-
henti untuk memerangi orang muslim sehingga orang muslim kembali kepada
paganisme. Oleh itu, kepada orang-orang musyrik yang seperti itulah yang perlu
diperangi oleh orang muslim.

Akan tetapi, perintah untuk memerangi mereka adalah bukanlah secara serta
merta dan membabi buta. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam ayat 193
surah al-Baqarah, mereka perlu diperangi selepas habis bulan haram. Daripada
ayat tersebut, ianya membawa makna bahawa orang muslim perlu melihat kepada
perjanjian dan aturan yang telah dipersetujui bersama. Selain daripada itu, al-
Quran juga memberi panduan kepada orang Islam sebelum memerangi orang
yang hendak diperangi. Antaranya adalah mengecualikan orang-orang musyrik
yang tidak melanggar perjanjian dengan orang Islam serta menjaga perdamaian

164 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

dengan orang muslim, melindungi musuh yang meminta perlindungan (Dede
Rodin 2016). Daripada hujah yang telah dinyatakan, dapat difahami di sini
bahawa perintah untuk memerangi orang-orang musyrik bukanlah satu perintah
yang boleh dilakukan dengan begitu sahaja tetapi perlu diteliti terlebih dahulu
agar kemaslahatan dapat dijaga bersama.

Selain itu, bagi tindakan bom bunuh diri pula, Imam Samudra memberikan
hujahnya berdasarkan beberapa hadith dan ayat al-Quran. Antaranya, beliau telah
merujuk kepada kitab Ibn Nuhas yang mengandungi 16 hadith yang berkaitan
dengan tindakan beberapa orang muslim yang menyerang musuh tanpa
menghiraukan tentang keselamatan dirinya. Tindakan tersebut sesuai dengan ayat
al-Quran yang pernah dibacakan oleh Abu Hurairah di hadapan orang ramai iaitu,
Allah SWT berfirman dalam ayat 207 surah al-Baqarah maksudnya:

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan
Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.

Daripada peristiwa pengeboman di Bali dan hujah-hujah yang dikemukakan
oleh Imam Samudra, beliau mendapat tentangan daripada ulama Indonesia.
Antaranya adalah daripada Muhammad Haniff bin Hassan, beliau berkata
bahawa ayat-ayat al-Qur’an yang dipakai oleh Imam Samudra tidak sesuai
dengan konteks asbab nuzulnya dan bertentangan dengan fakta sejarah
terkemudian. Imam Qurtubi dan At-Tabari menunjukkan pandangan Mujahid
bahawa (musuhmu) tidak akan berhenti memerangi kamu (2:217) diwahyukan
kerana kekejaman suku Quraisy Mekah terhadap Muslim. Ianya tidak bersifat
kekal hingga kiamat, kerana terbukti kaum Quraisy di zaman kemudiannya telah
memeluk Islam. Tambahan pula, kuasa mengisytiharkan perang perlu dilakukan
oleh khalifah dan bukannya individu tertentu sahaja (Rahimin et al.).

Daesh

Daesh atau Islamic State (IS) adalah sebuah pertubuhan radikal agama di
peringkat antarabangsa yang menular bukan hanya di negara asal mereka di Iraq
dan Syiria, serta di rantau Asia Tenggara dan Malaysia khususnya. Kumpulan ini
ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Abu Mus’ab al-Zarqani pada tahun 2003.
Namun begitu, di Malaysia, pengaruh Daesh ini dikesan menular pada Februari
2013 melalui kes tangkapan tiga orang pesalah Daesh oleh pihak Polis Di Raja
Malaysia (Siti Zubaidah et al. 2017).

Kumpulan ini mengambil makna secara literal dalam memahami ayat-ayat
al-Quran dan al-Sunnah. Daesh juga mengamalkan doktrin takfiri terhadap
golongan yang dianggap sebagai pengamal syirik, bid’ah dan sesat. Selain itu,
mereka juga memusnahkan makam-makam nabi dan wali Allah untuk
menghapuskan amalan bertawasul dan bertabarruk yang dianggap mencacatkan
Tauhid Uluhiyyah.

Daesh juga membawa mesej bahawa pembebasan Islam melalui akidah
Salafi Jihadi iaitu membebaskan diri daripada taghut adalah menggunakan
doktrin al-wala’ wa al-barra’. Al-wala’ ialah kesetiaan kepada Allah iaitu
mencintai Allah dan berjuang untuk agamaNya. Manakala, al-barra’ ialah benci

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 165

atau Allah merasa marah pada musuh-musuh Islam dan berjuang menentang
mereka. Disebabkan konsep al-wala’ wa al-barra’ ini, Daesh menganggap
bahawa kumpulan mereka adalah parti Allah dan bagi pihak yang menentang
mereka tidak kira orang bukan Islam ataupun orang Islam akan dianggap murtad
kerana tunduk kepada taghut serta dianggap parti syaitan. Mereka menganggap
bahawa mereka merupakan parti Allah adalah berdasarkan ayat 257, surah al-
Baqarah maksudnya:

Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. ia
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-
orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan
mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.

Selain itu juga, mereka merujuk ayat 76 dari surah al-Nisa’ iaitu maksudnya:

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang
kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu
akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu
adalah lemah.

Selain daripada menganggap mereka adalah parti Allah, dalam
menghuraikan konsep al-barra’ mereka juga menjatuhkan hukum takfiri bagi
pemimpin negara yang tidak mematuhi perundangan syariah sebagaimana
ditekankan oleh pemimpinnya Abu Bakar Al-Baghdadi. Daesh berpandangan
perundangan selain syariah seperti demokrasi dan republik misalnya adalah
amalan negara taghut dan pemerintahannya dihukumkan kufur, terbatal Islamnya
dan wajib dibunuh (Mazlee et al. 2016). Kelantangan Daesh disiarkan di klip-klip
video menyeru pengikutnya secara terbuka untuk menyerang pemimpin dan
kerajaan taghut sebagaimana dilakukan oleh salah seorang ahli Daesh, Mohd Rafi
Udin, yang juga bekas pejuang KMM sebagaimana petikan di Youtube seperti
berikut (Siti Zubaidah et al. 2017):

“Bunuhlah mereka di mana sahaja yang anda jumpa, jika anda ada kereta,
langgarlah mereka. Gunakalah senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka.
Kepada anda yang ada di Bukit Aman, anda tidak lagi aman. Kami bersedia untuk
sembelih anda. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga akan
memburu anda habis-habisan”.

Bagi golongan Daesh, melalui konsep al-bara’ iaitu menjauhi apa yang
taghut dan yang menyembah selain dari Allah, mereka juga melaksanakan
hukuman takfiri kepada pemimpin negara yang tidak mematuhi perundangan
syariah. Mereka menjatuhkan hukum takfiri ini berdasarkan ayat al-Quran (Siti
Zubaidah et al. 2017) daripada surah al-Taubah ayat kelima maksudnya; Maka
bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana jua kamu menemuinya. Selain itu,
Allah berfirman dalam surah al- Taubah ayat 36 maksudnya:

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum

166 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya,
dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Kedua-dua ayat di atas dikenali sebagai ayat al-saif (ayat pedang) kerana
telah menghukumkan perang ke atas orang kafir. Golongan takfiri percaya
bahawa ayat al-saif ini telah menghapuskan kesemua 120 ayat tentang jihad di
dalam Al Quran yang terdahulu. Daesh telah membuat tafsiran baru di dalam
pemahaman tauhid sehingga melahirkan konsep-konsep yang rigid, tertutup dan
keterlaluan. Berdasarkan konsep takfiri ini, kumpulan radikal Islam akan
menghukum kafir sesiapa yang tidak sealiran dengan perjuangan. Ia kemudian
diterjemahkan ke dalam tindakan peperangan yang merosakkan (Siti Zubaidah et
al. 2017).

Sebagai kesimpulan, konsep pembebasan melalui jihad bagi Daesh adalah
untuk membebaskan negara Islam daripada pemimpin taghut dan zalim. Namun,
tindakan mereka mengeluarkan umat Islam daripada sistem taghut itu merupakan
cara dan strategi yang salah, agresif dan akan membuatkan nama Islam itu
tercemar serta dianggap sebagai satu agama yang ganas.

Kesimpulan

Penulisan ini membincangkan secara fokus terhadap takwilan ayat-ayat jihad
berdasarkan fahaman al-Jama’ah al-Islamiyyah yang membenarkan keganasan
dalam peperangan. Hasil perbincangan ini juga telah mengenalpasti perbezaan
definisi jihad menurut Islam dan menurut fahaman lain seperti Daesh dan al-
Jama’ah al-Islamiyyah. Selain itu juga, faktor umum berlakunya penyelewengan
dapat dikaitkan dengan situasi semasa seperti pengeboman di Bali. Secara
tuntasnya, penulisan ini membezakan jihad sebenar dalam Islam dan jihad yang
diselewengkan oleh fahaman al-Jama’ah al-Islamiyyah melalui ayat-ayat al-
Quran.

Rujukan

Abdul Salam bin Salim. 2008. Al-Jihad fi al-Islam. Arab Saudi: Dar al-Nasihat.
Dede Rodin. 2016. Islam dan Radikalisme: Telaah atas Ayat-Ayat “Kekerasan”

dalam al-Quran. Jurnal Addin 10(1): 29-60.
Erwandi Tarmizi (pnys.). 2007. Konsep Jihad dalam Islam. Indonesia: Islam

House.
al-Faqir. 1984. Jihad pada Jalan Allah. Kuala Lumpur: al-Qalam.
Hafiz Firdaus Abdullah. 2003. Apakah Jihad di Jalan Allah. Johor Bahru:

Perniagaan Jaharbersa.
Muhammad Hussain al-Zahabi. 2006. Aliran yang Menyeleweng dalam

Penafsiran al-Quranul Karim. Selangor: Pustaka Ilmi.
Prabowo Adi Widayat. t.t. Argumentasi Makna Jihad dalam al-Quran Ditinjau

dari Perspektif Masyarakat Kosmopolitan. STAIN Jurai Siwo Metro.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 167

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Mohd Imran Abdul Razak,
Muhmmad Ikhlas Rosele & Siti Maimunah Kahal. t.th. Extremism Islam
di Alam Melayu: Satu Pengenalan. Conference Proceeding. hlm. 568-588.

Rumba Triana. t.th. Tafsir Ayat-Ayat Jihad dalam al-Quran. Jurnal Ilmu al-
Quran dan Tafsir. 292-318.

Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Mazlan Ibrahim. 2013. Penyelewengan
dalam Tafsir al-Quran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Fariza Alyati. 2018. Teori Songsang Jihad Daesh. Utusan Malaysia, 28
Mac: 21.

Zulkarnain Haron, Nordin Husin. 2013. Islam di Malaysia: Penilaian Semula
Fahaman Salafi Jihadi dan Intepretasi Jihad oleh Al-Jama’ah al-Islamiyah.
Geografia Online Journal of Society and Space 9 Issue 126-137.

168 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Golongan Islam Liberal dan Pendekatan Hermeneutik dalam
Tafsir al-Quran

Ali Akbar Sutan Saidi, Haziyah Hussin & Muhd Najib Abdul Kadir

Pengenalan

Studi terhadap al-Quran dan metodologi tafsir selalu mengalami perkembangan
yang cukup signifikan. Konsekuensi logis dari adanya keinginan umat Islam
untuk selalu mendialogkan antara al-Quran sebagai teks (nas) yang terbatas
dengan perkembangan problem sosial kemanusiaan sebagai konteks (waqa'i)
yang tak terbatas membuat munculnya metodologi pendekatan hermeneutik dlm
tafsir yang tidak dapat dielakkan. Metodologi hermeneutik dalam tafsir ini
merupakan alat yang digunakan golongan yang menamakan diri mereka dengan
"Islam Liberal".

Persoalannya adalah bagaimana merumuskan sebuah metode tafsir yang
dianggap mampu menjadi alat untuk menafsirkan al-Quran secara baik, dialektis,
reformatif, komunikatif-inklusif serta mampu menjawab perubahan dan
perkembangan problem kontemporer yang dihadapi umat manusia. Masalah ini
mendorong para tokoh pemikir muslim kontemporer liberal seperti Fazlur
Rahman, M. Arkoun, Nasr Hamid Abu Zayd, Hassan Hanafi, Muhammad
Syahrur, Farid Esack, Riffat Hassan, begitu tokoh yang dalam kajian penulis H.
Munawir Sjadzali (tokoh muslim Indonesia) dan sebagainya, untuk
mendekonstruksi sekaligus merekonstruksi dan mengembangkan metodologi
penafsiran al- Quran yang lebih sesuai dengan tantangan zaman (Abdul
Mustaqim, Sahiron Syamsudin 2002).

Sejarah dan Wacana Pemikiran Liberal

Kata liberal diambil dari bahasa Latin liber, free. Liberalisme secara terminologis
berarti falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peran
negara dalam melindungi hak-hak warganya (Fahmi Salim 2013). Islam Liberal
adalah satu bentuk pemikiran baru yang dianuti sebahagian cerdik pandai muslim
khususnya yang berlatar belakang pendidikan barat. Pemikiran ini berasal dari
ideologi Sekular- Liberal yang lahir di Barat, kemudian dibawa masuk ke dalam
masyarakat umat Islam oleh gerakan Misionari Kristian dan Orientalis melalui
penjajahan dan melalui pendidikan terhadap anak-anak orang Islam yang belajar
di Barat.

Dengan banyak munculnya tentangan daripada ulama dan gerakan Islam
maka golongan ini membentuk satu istilah baru yang dipanggil "Islam Liberal"
dengan meletakkan istilah liberal selepas perkataan Islam. Umat Islam menyebut
kelompok ini sebagai "Kelompok Liberal" bukan "Islam Liberal" sebagaimana
bantahan ini dikemukakan oleh Ketua Front Pembela Islam (FPI), Habib
Muhammad Rizieq Syihab dengan pernyataan " Islam bukan Liberal dan Liberal

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 169

bukan Islam" (Artawijaya 2012). Islam tidak perlu kata sandingan yang
mereduksi ketinggian nama dan kehormatannya.

Pemikiran Liberalisme lahir di Barat dan merupakan lanjutan daripada
zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia merupakan hasil
daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap
ilmu sains dan juga teori-teori palsu ciptaan ciptaan cendekiawan Yahudi untuk
memusnahkan agama Kristian. Aliran ini bertujuan untuk meningkatkan
kebebasan yang diberi kepada individu.

Gerakan Liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther (1483-
1546M) seorang tokoh Protestan. Gerakan ini muncul disebabkan penindasan dan
keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaisans. Gerakan ini membebaskan
penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas
individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke 16M.
Antara prinsip penting bagi mazhab Protestan ialah: "Menjadi hak individu
Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan
tafsiran paderi-paderi"

Pada abad ke 18M, Liberalisme Barat berkembang dalam bentuk aliran syak
atau skeptisisme dan mewujudkan suasana yang lebih kontroversi dengan agama
khususnya pada abad ke 19M. Aliran seumpama ini telah mempengaruhi
pemikiran generasi barudi Barat khususnya dan di Timur amnya. Fahaman ini
berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan berbagai
aspek tanpa perlu merujuk kepada agama dan tuhan.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang
menolak agama.Golongan ini berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula
agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula al-Sunnah dan menapis
semula hukum-hakam Syariat dan Fiqh. Mereka menolak segala tafsiran yang
dianggap lama dan kolot mengenai agama, termasuklah dalam hal-hal yang telah
menjadi Ijmak Ulama bahkan tafsiran daripada Rasulullah SAW, sahabat dan
ulama-ulama mujtahid.

Bagi golongan ini agama hendaklah ditundukkan kepada waqi' (realiti)
semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang
telah sabit dengan nas-nas Syarak yang qat'ie (putus). Jika terdapat hukum yang
difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah
ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan: "Di antara masalah paling penting yang
sering saya peringatkan dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan
usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap
ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu
(musallamat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini
kebenarannya dan pasti (yaqiniyat) menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan
mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalat) yang dapat diambil atau
ditolak, ditarik atau dilepas dan dapat mengikuti pendapat kanan atau kiri"
(Riduan, Ahmad Adnan, 2009)

Fahaman Islam Liberal berakar pada kebebasan akal tanpa batasan ditambah
pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam. Bagi pendukung fahaman
Islam Liberal, tidak ada dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang

170 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

tidak boleh dkritik atau dipertikai. Sepetimana Muktazilah, golongan Islam
meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar
Muktazilah moden atau neo- Muktazilah. Bagi mereka, penerimaan terhadap
wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada yang
dapat dikategorikan sebagai qat'iyyat atau Musallamat iaitu ajaran ajaran agama
yang mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal lebih dahulu.
Semua ajaran dalam agama bagi mereka adalah zanniyat (tidak pasti) dan
Muhtamalat (mengandung pelbagai kemungkinan). Oleh demikian, ia tertakluk
kepada penerimaan akal dan rasional.

Golongan Liberal di Indonesia

Fenomena faham-faham yang merusak akidah Islam semakin marak dan
berkembang di Indonesia. Di antara faham yang merusak itu adalah ;
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme yang biasa disingkat dengan istilah
"SEPILIS". Faham ini adalah ideologo import dari Barat yang kemudian
dipasarkan di negara-negara Islam khususnya di Indonesia yang merupakan
muslim terbanyak di dunia. Penyebar fahaman Liberal di Indonesia adalah satu
jaringan organisasi yang disebut dengan "Jaringan Islam Liberal (JIL). Jaringan
Islam Liberal (JIL) berdiri rasmi pada tanggal 8 Maret 2001. JIL bertempat di
Jalan Utan Kayu Raya No. 68H, Jakarta yang diketuai oleh Ulil Abshar Abdalla
(Artawijaya 2012).

Dalam menyebarkan gagasan Islam Liberal ini mereka menggunakan laman
sesawang www.Islamlib.com juga media elektronik seperti rancangan temu bual
melalui sepuluh radio seperti Radio DSM (Maluku), Radio Prima FM (Aceh)dan
Radio Mara (Bandung). Mereka juga menggunakan pendekatan media massa
dalam melebarkan sayap mereka melalui Kompas, Tempo, dan Republika
(Ahmad Yumni & Mohd Fairuz 2014).

JIL mempunyai penyokong dana yang besar iaitu dari The Asia Foundation,
LSM Internasional Amerika Serikat dan juga Bakrie Grup. Mereka kerap
menerbitkan buku- buku dan buletin juga mengadakan seminar dan diskusi
mengenai Islam Liberal. Buku- buku yang pernah diterbitkan seperti Wacana
Islam LIberal (Chaeles Kurzman), Wajah Islam Liberal di Indonesia (Lutfi Asy-
Syaukani), dan Jejak Fazlur Rahman dalam wacana Islam di Indonesia (Dr Abd
A'la). Tujuan JIL adalah melawan segala bentuk fundamentalisme dan
radikalisme agama. Mereka melemparkan wacana- wacana sesat dan
menyimpang dari keyakinan umat Islam. Mereka berusaha mendekonstruksi
syariat misalnya dengan mengatakan al-Quran adalah produk budaya, finalitas
kenabian Muhammad Saw perlu ditinjau kembali dan lain lain yang sangat
menyimpang jauh dari keyakinan Ahl Sunnah wa al-Jamaah.

Fahaman SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) telahpun
difatwa haram pada tahun 2005 oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) (Artawijaya
2012).

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 171

Tokoh-tokoh Liberal di Indonesia

Beberapa tokoh Islam Liberal Indonesia yang menyebar dan menyemarakkan
fahaman ini seperti (Riduan Mohamad Nor, Ahmad Adnan Fadhil 2009):

i. Harun Nasution
ii. H. Munawir Sjadzali
iii. Nurcholis Majid, Universiti Paramadina Mulya, Jakarta.
iv. Charle Kurzman, University of North Carolina.
v. Azyumardi Azra, IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.
vi. Jalaluddin Rahmat, Yayasan Muthahhari, Bandung
vii. Said Agil Siraj, PBNU, Jakarta.
viii. Ulil Abshar Abdalla, Lakpesdam -NU, Jakarta

Hermeneutik Dalam Tafsir

Pengertian Hermeneutika

Hermeneutika atau dalam bahas Greek (Yunani) Herme'neutiqu merupakan satu
kata yang mengarah kepada seni atau teknik menetapkan makna. Hermeneutika
adalah alat yang digunakan terhadap teks dalam menganalisis dan memahami
maksudnya serta menampakkan nilai yang dikandungnya. Kerana itu persoalan
pokok yang secara umum yang dibahas melalui hermeneutia adalah teks-teks
sejarah atau agama, baik sifatnya maupun hubungannya dengan adat dan budaya
serta hubungan penelitindengan teksnitu dalam konteks melakukan studi kritis
atasnya.

Hermeneutika oleh penulis Arab diterjemah dengan Ilm at- Ta' wil dan ada
juga yang langsung menamainya dengan Ilmu Tafsir kerana memang secara
umum fungsinya adalah menjelaskan maksud teks yang diteliti. Agaknya
penamaannya dengan Ilm at-Takwil lebih tepat kerana titik berat uraiannya
adalah pengalihan malna satu kata atau susunan ke makna lain yang lebih tepat
menurut sang penakwil. Sementara sebahagian pakar berkata bahawa
hermeneutika berasal dari kata Hermenium (Bahasa Yunani) yang berarti
penjelasan, penafsiran, penerjemahan. Ada juga yang berpendapat bahawa kata
tersebut diambil dari kata Hermes yang dalam mitologi Yunani merupakan sosok
yang bertugas menyampaikan berita dari para dewa dan bertugas menjelaskan
maksudnya kepada manusia (M. Quraish Shihab 2015).

Tokoh-tokoh Hermeneutika berbeza tentang tujuan dan lapangan
pembahasannya. Menurut Hermes tujuan dan lapangan pembahasan
Hermeneutika mencakup tiga bentuk:

i. Mungungkap apa yang ada dalam fikiran melalui kata-kata dalam
rangka menyampaikannya kepada sasaran yang dituju.

ii. Penjelasan rasional menyangkut hal-hal yang masih samar agar
maksudnya dapat difahami dengan jelas.

172 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

iii. Menerjemahkan ke bahasa yang difahami oleh sasaran.

Sejarah Penggunaan Metod Hermeneutika dalam Tafsir

Di dunia Barat (Kristen), Hermeneutika digunakan pertama kali di kalangan
sebahagian cendekiawan Kristen Protestan sekitar tahun 1654M. Mereka itu
adalah yang tidak puas hati dengan penafsiran gereja terhadap teks Perjanjian
Lama dan Baru. Menurut para ahli Kristen mengadopsi Hermeneutika untuk
mereka jadikan alat atau seni interpretasi kerana para tokoh dan pemikir Kristen
hampir sepakat bahawa Bibel secara harfiahnya bukan Kalam Tuhan. Itu
dibuktikan antara lain dengan adanya perbezaaan pengarang yang secara otomatis
melahirkan gaya yang berbeza-beza, bahkan informasi yang bertolak belakang.

Disebabkan keaneka ragaman serta perbezaan di kalangan pakar-pakarnya
maka objek pembahasan Hermeneutika pun berbeza beza pula. Ada yang
menyatakan bahawa Hermeneutika adalah Ilmu penafsiran Kitab suci atau ilmu
penafsiran teks. Ada yang merumuskannya sebagai kaedah-kaedah pemahaman
teks atau metode menghindari kesalahfahaman dan lain-lain. Dalam bahasan
mereka ada yang menekankan kepada tujuan penulis teks, ada juga yang pada
pemahaman penakwil atau peneliti teks, ada lagi yang menyatakan adanya makna
tertentu dan final bagi sebuah teks, sementara yang lain membuka lebar pintu
pemahaman bagi masing-masing tanpa akhir, dengan alasan perbezaan latar
belakang dan keanekaragaman situasi masing-masing penakwil teks (M. Quraish
Shihab 2015).

Pendirian Tokoh Liberal dan Sarjana Islam Terhadap Metode Tafsir
Hermeneutika

Metod Hermeneutika di kalangan kelompok liberal di Indonesia bahkan di dunia
adalah sebagai metos baku dalam memahami ajaran Islam baik dalam al-Quran
maupun al-Sunnah. Dalam buku yang ditulis tokoh Paramadina untuk
mengenang 40 tahun pidato pembaharuan Cak Nur disebutkan, "Islam ingin
ditafsirkan dan dihadirkan secara liberal progresif dengan metod hermeneutika
yakni metod penafsiran dan interpretasi terhadap teks, konteks dan realitas
(Fahmi Salim 2013).

Selain itu penggunaan hermeneutika untuk menafsirkan al-Quran ini
berangkat dari dekonstruksi konsep wahyu yang diistilahkan tanzil oleh al-Quran.
Kaum Liberal memuji konsep wahyu dalam pengertian Nasrani yang
dikemukakan oleh L.S Thornton sebagai; "A made of diveni actifity by which
Creator communicates himself to man and by so doing, evokes man's response
and cooperation" yakni sebuah aktifitas ketuhanan yaitu Pencipta
mengomunikasikan kehendakNya kepada manusia yang menyulut dan akhirnya
melibatkan respons dan kerjasama dalam proses pewahyuan itu.

Konsep wahyu ala Nasrani inilah yang ingin mereka paksakan untuk
memahami ulang konsepal- Quran. Dari konsep wahyu al-Quran yang disamakan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 173

dengan Nasrani ini, kaum Liberal mengajukan modifikasi metos tafsir agar sesuai
dengan zaman sekarang. Berbeza dengan pendapat tokoh pemikir Islam Prof. M.
Naquib al-Attas, pendiri ISTAC Malaysia, konsep wahyu "tanzil" itu memiliki
dua kekhasan yang tak dapat dicari tandingannya dalam konsep kitab suci
manapun dalam agama lain. Menurut Fahmi Salim (2013), ciri khas kedua itu
adalah: Wahyu Islam diperuntukkan untuk umat manusia secara keseluruhan
(tanpa membezakan waktu dan tempat) dan hukum-hukum suci yang terkandung
dalam wahyu itu tidak memerlukan 'pengembangan' lebih lanjut dalam agama itu
sendiri.

Tanggapan Prof. al-Attas terhadap hermeneutika cukup jelas. Beliau
menegaskan keutamaan dan kelebihan tafsir sebagai satu kaedah saintifik yang
dikenal dalam sejarah Islam. Ia tidak seperti kaedah hermeneutika dalam agama
Kristian mahupun Yunani. Ini kerana menurut al-Attas tafsir adalah pentafsiran
yang berdasarkan kepada ilmu-ilmu yang pasti (established knowledge). Di
samping menggunakan al-Quran dan al-Sunnah, tafsir juga berdasarkan kepada
simbol-simbol linguistik dan pemaknaan yang berdasarkan kepada pendekatan
konteks semantik (Khalif 2009).

Oleh kerana itu apabila kaedah Hermeneutika diterapkan dalam al-Quran
maka al-Quran akan kehilangan normativismenya. Al-Quran tidak lagi
mengandungi aturan dan perintah Tuhan, tetapi hanya tinggal tujuan-tujuan yang
abstrak dan nilai-nilai yang relatif. Ianya terpulang kepada akal rasional untuk
mentafsir dan mengaplikasi prinsip- prinsip dan nilai-nilai tersebut. Lebih
daripada itu perkara-perkara yang jelas haram secara qat'i (definitif) tidak
semestinya haram mengikut kaedah Hermeneutika, begitu juga sebaliknya,
kerana maqasid ditempatkan lebih tinggi daripada nas (teks).

Disebabkan itulah Hermeneutika merupakan kaedah memahami teks yang
terbuka kepada pelbagai pemahaman mengikut perspektif dan latar belakang
pembaca. Maka boleh dikatakan bahawa apa yang berlaku dalam Hermeneutika
adalah pemahaman bukan atas maksud teks atau maksud pengarang, tetapi
pemahaman yang menyerahkan sepenuhmya kepada pembaca. Oleh yang
demikian ia bersifat relatif secara mutlak. Jadi Hermeneutika sebenarnya bukan
satu kaedah tafsir al-Quran, tetapi satu usaha mendesakealisasikan al-Quran.
Peranan Hermeneutika adalah menggesar ilmu alat yang disepakati dalam
mentafsirkan al-Quran atau wahyu Tuhan. Usul al- Tafsir dan Ulum al-Quran
dan beberapa ilmu lain yang telah lama dipakai dalam tradisi Islam digantikan
oleh ilmu alat yang baru diperkenalkan, yang sebenarnya digunakan untuk
mengatasi masalah memahami teks-teks Injil dengan menggunakan framework
sekuler. Dengan itu, pentafsiran al-Quran tidak lagi dikuasai oleh golongan ulama
tetapi juga terbuka kepada mereka yang pakar dalam bidang-bidang lain seperti
ahli sosiologi, anthropologi, psikologi dan sains-sains moden. Akibatnya
penafsiran al-Quran menjadi relatif dan kebenaran yang dicapai dalam
memahami Islam adalah nisbi (Khalif 2009).

174 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Kesimpulan

Hermeneutika adalah satu alat atau metod pentafsiran ala Barat yang digunapakai
oleh golongan Islam Liberal. Pendekatan Hermeneutika dalam tafsir al-Quran
yang digunapakai golongan Liberal adalah bercanggah dengan metode tafsir yang
biasa digunapakai oleh para ahli tafsir Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Hal demikian
disebabkan metode tersebut boleh keluar daripada teks al-Quran yang sebenar.
Metode ini hanya berdasarkan nalar logika si pengguna tafsir walaupun dia
bukanlah tergolong daripada ahli tafsir al-Quran bahkan berani berpendapat yang
diluar pendapat ijma' ulama. Metod dijadikan alat dalam pemahaman dan
pentafsiran oleh golongan Liberal yang menuntut kebebasan mutlak bagi setiap
individu. Golongan Liberal telahpun difatwakan haram oleh Majelis Ulama
Ulama (MUI) pada tahun 2005.

Rujukan

Abdul Mustaqim & Sahiron Syamsudin. 2002. Studi al-Quran Kontemporer.
Yogya: PT Tiara Wacana

Artawijaya. 2012. Indonesia Tanpa Liberal. Pustaka al-Kaustsar
Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adnan Fadhil. 2009. Islam Liberal dan

Pluralisme Agama. Edisi 2. Kuala Lumpur: Jundi Resources
Ahmad Yumni Abu Bakar & Mohd Fairuz Jamaluddin. 2014. Menjawab Islam

Liberal. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Fahmi Salim. 2013. Tafsir Sesat. Jakarta: Penerbit Gema Insani.
M. Quraish Shihab. 2015. Kaidah Tafsir. Cet. 3. Penerbit Lentera Hati
Khalif Muammar. 2009. Atas Nama Kebenaran. Edisi 2. Bangi: Institut Alam

dan Tamadun Melayu UKM


Click to View FlipBook Version