The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziyah Hussin, 2020-04-27 21:31:32

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran

FULL PROSIDING Penyelewengan dalam Tafsir

90 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

usuliyyun. Namun jika tiada percanggahan antara tafsir ‘ilmi dan tafsir bi al-
mathur, justeru keduanya saling menyokong dan mengukuhkan.

Namun begitu, masih terdapat ramai lagi golongan yang mentafsirkan al-
Quran dengan tafsir ‘ilmi secara melampau. Apa yang dikemukakan di sini
merupakan antara contoh-contoh tokoh yang mentafsirkan al-Quran secara
melampau dan bukan bertujuan untuk menyenaraikan kesemua mereka yang
mentafsirkannya dengan tafsiran yang melampau. Sesungguhnya tafsir ‘ilmi bagi
ayat-ayat kawniyyat telah menjadi satu aliran daripada aliran-aliran tafsir. Jika
tidak diletakkan kaedah-kaedah dan syarat-syarat bagi mentafsirkannya, sudah
tentu ia akan membuka pintu seluas-luasnya bagi mereka yang ahli dan juga
mereka yang tidak ahli untuk mentafsirkannya. Menolak tafsir ‘ilmi dengan
mengatakan bahawa ia tidak terdapat pada zaman Rasulullah SAW dan
sahabatnya adalah tidak tepat kerana tafsir ‘ilmi termasuk dalam skop mentafsir
al-Quran dengan tafsir bi al-ra’yi. Para ulama telah bersepakat menerimanya
apabila menetapi syarat-syarat yang telah ditetapkan, dan ia adalah salah satu
aliran tafsir yang berbagai-bagai. Ayat-ayat kawniyyat dalam al-Quran
merupakan hidayah pada zahirnya dan pada waktu yang sama, ia menyeru kepada
kajian dan pemerhatian yang jitu dan teliti.

Rujukan

Abdul Fatah Solah Rashid. 2011. al ‘I’jaz al-‘Ilmi fi al-Qur’an wa al-Sunnah fi
Ulum al-Fidha’. Muassasah Ru’yah.

Ali Abdul Hamid Abu Al Khair. 2002. al-Qur’an dan Sains Moden, Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa.

H. Dadang Kahmad. 2005. Tafsir Emansipatoris: Arah Baru Studi Tafsir al-
Quran, CV Pustaka Setia.

Mazlan Ibrahim. 1998. Tafsir ilmiy: Sejarah Perkembangan serta Pandangan
Ahli Tafsir dan Ulama Terhadapnya. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazlan Ibrahim. 2002. Sejarah & Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Tafsir
‘Ilmi.

Muhammad Abduh. 1341. Tafsir Juz ‘Amma. Mesir: Al-Jam’iyyah al-
Khairiyyah.

Nor Syamimi Mohd. 2016. Pendekatan Mustafa Abdul Rahman Dalam Tafsir
‘Ilmi. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Syamimi Mohd, Haziyah Hussin & Wan Nasyrudin Wan
Abdullah. 2016. Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi. Islamiyyat 38
(2). hlm. 149-154.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 91

Penyelewengan Tafsir al-Quran oleh Golongan Millah
Abraham

Nur Farhana Yacob, Zuria Najjah Kamarulzaman & Haziyah Hussin

Pengenalan

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:
‫ يمرقون من الإسلام كما‬،‫يأتي في آخر الزمان قوم حدثاء الأسنان سفهاء الأحلام يقولون من قول خير البرية‬
‫ فإن قتلهم أجر لمن قتلهم يوم‬،‫ فأينما لقيتموهم فاقتلوهم‬،‫ لا يجاوز إيمانهم حناجرهم‬،‫يمرق السهم من الرمية‬
.‫القيامة‬

(Riwayat Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran , Bab Ismu man
Ra’a bi Qiraati al-Quran au Ta’kulu bihi au Fakhara bihi, no 2539)

Pada akhir zaman akan muncul sekelompok orang berusia muda yang dangkal
akal fikiran mereka. Mereka berkata-kata dari al-Quran, padahal mereka telah
keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Iman mereka tidak
melampaui kerongkong mereka. Di mana sahaja kamu menjumpai mereka, maka
bunuhlah. Kerana membunuh mereka akan mendapat pahala di hari Kiamat.

Fenomena yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith tersebut
telah banyak kita temui di zaman ini. Terdapat banyak kelompok orang yang
berkata-kata tentang agama, hukum Islam dan al-Quran dengan memutarbelitkan
dalil-dalil al-Quran demi membenarkan prinsip dan agenda sesuatu kelompok itu.
Antara golongan yang menyumbang kepada penyelewengan tafsir adalah
golongan Millah Abraham. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan kelompok
ini untuk menyebarkan ideologi mereka supaya umat Islam tertarik dengan
penafsiran mereka sekaligus meninggalkan ajaran al-Quran dan mengambil jalan
yang sesat. Golongan ini sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memecah-
belahkan perpaduan dan akidah umat Islam. Oleh kerana al-Quran merupakan
sumber utama yang menjadi asas dan pegangan umat Islam, maka tiada jalan lain
untuk merosakkan akidah dan perpaduan mereka melainkan dengan
menyeleweng al-Quran daripada kehendak asal.

Latar Belakang Golongan Millah Abraham@Ibrahim

Millah Abraham adalah antara ajaran sesat yang sedang berkembang di rantau
Asia Tenggara khususnya Malaysia. Ajaran ini menyelinap masuk ke Malaysia
khususnya di negeri Selangor, Pahang dan kini cuba menakluki wilayah Borneo.
Gerakan Millah Abraham telah dikenalpasti berakar umbi dari negara Indonesia
yang mempunyai beberapa persamaan dengan ajaran-ajaran yang diwartakan
sesat dan menyeleweng oleh kerajaan Indonesia seperti Kumpulan Pemuda Kahfi
dan Negara Islam Indonesia (N11) (Faudzinaim, 2018).

92 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Ajaran ini berasal dari Bogor Indonesia, dan diasaskan oleh seorang lelaki
yang bernama Ahmad Musadeq. Menurut Nurhelmi Ikhsan (2018), Ahmad
Musadeq merupakan individu yang popular di Indonesia dalam menghasilkan
ajaran-ajaran sesat. Antara ajaran sesat yang telah dihasilkan ialah Negara Islam
Indonesia (N11) diasaskan pada 1996. Kemudian beliau mengasaskan al-
Qiyadah al-Islamiyah pada tahun 2000. Setelah al-Qiyadah al-Islamiyah
ditentang keras dan diwartakan sesat pada 2007 oleh Majlis Ulama Indonesia,
pada tahun 2011 beliau menubuhkan Gerakan Fajar Nusantara (GHAFATAR).
Millah Abraham dipercayai berselindung disebalik nama Gerakan Fajar
Nusantara di Indonesia, manakala di Malaysia ia dikenali sebagai Millah
Abraham Sentral (MAS). Beliau berjaya membawa masuk ajaran Millah
Abraham ini di Malaysia pada tahun 2012 (JAIS 2016).

Gerakan ini mendapat nama Millah Abraham kerana menganggap bahawa
agama yang sebenar-benarnya adalah agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim
bukan agama Islam yang dianuti umat Islam ketika ini. Walaupun kumpulan ini
dinamakan Millah Abraham, namun jelas sekali ia tidak boleh disamakan dengan
Millah Ibrahim yang disebut di dalam al-Quran (surah al-An’am (6): 161) sebagai
agama Hanif.

‫ﮠﮡﮢﮣ ﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪ ﮫﮬﮭﮮ ﮯ ﮰ‬

Maksudnya:
Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu
agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus dan Ibrahim itu bukanlah termasuk
orang-orang musyrik.

Golongan Millah Abraham mengatakan bahawa Islam yang dibawa Nabi
Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324H dengan kejatuhan kerajaan
Bani Abasiyyah akibat serangan puak Monggol ke atas Baghdad yang telah
membuang kitab-kitab khazanah Islam kedalam sungai. Maka mereka percaya
bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Abraham
akan naik semula dan akan dibawa oleh Rasul baru iaitu Ahmad Musadeq.

Golongan ini mendakwa bahawa Millah Abraham adalah Din yang
membawa kejalan yang lurus lagi benar. Allah telah memerintahkan Nabi
Muhammad SAW untuk berkata bahawa jalan yang lurus adalah jalan yang
dibawa oleh Nabi Ibrahim. Hal ini bermakna Nabi Muhammad telah menegakkan
satu sistem kehidupan iaitu sistem Millah Abraham. Setelah kejatuhan Islam,
mereka mendakwa golongan musyrik termasuk para ulama telah membawa
ajaran Islam yang palsu dan hendaklah segera bertaubat dan memilih din Milah
Abraham.

Gerakan Millah Abraham di Malaysia

Ahmad Musadeq telah melantik beberapa orang kepercayaannya di Malaysia
untuk menerajui dan mengelolakan ajaran Millah Abraham di Malaysia.
Pemimpin utama Millah Abraham atau diberi gelaran Gabenor Millah Abraham
Malaysia adalah Mahasan bin Mat Saamah. Mahasan merupakan bekas guru di

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 93

Yayasan Maahad Malaysia (YA’MAL) Shah Alam. Pada 21 Mei 2016, Mahasan
telah ditahan dikediaman ibunya yang terletak di Felda Jengka Tujuh. Beliau
ditahan untuk siasatan terhadap kesalahan penyebaran doktrin palsu dibawah
Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013. Mahasan telah mengaku
bahawa beliau merupakan pemimpin utama gerakan Millah Abraham di Malaysia
dan meyakini ajaran yang dipegangnya adalah benar. Namun, Mahasan telah
dibebaskan dengan jaminan (Mohamad Shofi, 2016).

Pemimpin kedua atau diberi gelaran Wakil Gabenor Millah Abraham
Malaysia adalah Zamri bin Minan. Beliau merupakan pengurus perniagaannya
“The Three Shoppe” yang terletak di ground floor Hospital Serdang. Manakala
isteri kepada Zamri iaitu Rohaizah binti Borhan merupakan pengikut ajaran
Millah Abraham. Rohaizah merupakan Ketua Jabatan Doktor Pakar Pediatrik di
Hospital Serdang. Seterusnya setiausaha bagi gerakan Millah Abraham ini ialah
Mohd Shaiful bin abd Ghaus. Beliau bekerja sebagai akauntan bertauliah, namun
tidak dipastikan syarikat beliau bekerja. Isterinya merupakan pengikut ajaran
Millah Abraham iaitu Jamilah binti Abd Latif. Jamilah pernah bertugas di
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Cheras. Kelima-lima individu
ini merupakan tonggak utama bagi gerakan Millah Abraham di Malaysia.

Gerakan Millah Abraham ini mula dikesan apabila aduan diterima oleh
Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
mengenai isteri pengadu yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah Tamil.
Pengadu memaklumkan isterinya telah terlibat dengan ajaran Milah Abraham
yang mendakwa tidak perlu solat kerana tidak ditunjukkan cara-caranya di dalam
al-Quran. Diikuti pula aduan seorang bapa yang ditinggalkan anak dan isterinya
kerana enggan dan menolak pelawaan isteri dan anaknya untuk menyertai ajaran
Millah Abraham ini yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam sebenar (Umar
Mukhtar, 2016).

Ajaran ini juga dikesan di Jerantut Pahang sebagaimana yang dilaporkan
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Apabila aduan
diterima daripada ibubapa seorang pelajar yang menuntut di IPTS Selangor yang
mencurigai perihal kefahaman anak mereka terhadap agama Islam. Pihak
Penguatkuasa JAIP menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya
membongkar 13 pengikut Millah Abraham yang berada di Felda Keratong,
Muadzam Shah Rompin Pahang (Muhaiyidin Saleh 2014).

Bentuk-Bentuk Penyelewengan Tafsir

Penyelewengan tafsir ayat-ayat al-Quran yang dilakukan oleh golongan Milah
Abraham hanya memfokuskan kepada beberapa ayat tertentu sahaja. Ayat-ayat
tersebut digunakan bagi membenarkan ajaran mereka lantas memperkukuhkan
prinsip dan matlamat serta penubuhannya. Antara penyelewengan tafsir yang
dilakukan ialah:

94 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Membawa Ajaran dan Kerajaan Baru (Milah Abraham)

Golongan Milah Abraham mengatakan bahawa kerajaan Islam yang di bawa oleh
Nabi Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324H. Dakwaan mereka
dibuat berdasarkan surah al-A’raf ayat 34 maksudnya:

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang
tempohnya tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat
pula mereka didahulukan.

Mereka mendakwa ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW telah
tamat dan Islam yang di bawa selepas itu adalah palsu. Justeru, akan muncul umat
dan rasul baru atas nama Kerajaan MILLAH ABRAHAM pada tahun 2024 yang
akan menegakkan din. Hujah ini berdasarkan firman Allah SWT didalam surah
al-An’am ayat 161. Maksudnya:

Katakanlah wahai Muhammad: Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk
hidayah oleh Tuhanku kejalan yang betul lurus, kepada agama yang tetap teguh
iaitu agama nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Lantaran itu, bagi memperkukuhkan penyataan golongan ini terhadap
kewujudan kerajaan Millah Abraham, mereka turut mendakwa wujudnya rasul
yang diutuskan dari kalangan mereka sebagai pemimpin. Hal ini berdasarkan
firman Allah berdasarkan surah Yunus ayat 47 :

‫ﮏ ﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙ ﮚﮛ‬

Maksud :
Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang rasul (yang diutuskan kepadanya) setelah
datang rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka
hukuman pun dijalankan antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak
dianiaya.

Mereka menafsirkan bahawa Allah SWT mengutuskan rasul dari kalangan
kaum mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan
mengajar kaum untuk keluar dari kesesatan. Maka rasul Milah Abraham
diutuskan dari kalangan bangsa melayu nusantara untuk membaca, menyuci serta
mengajar kaum melayu nusantara ini agam yang benar. Rasul yang dimaksudkan
oleh kumpulan ini tidak lain tidak bukan adalah Ahmad Musadeq.

Kumpulan ini juga mendakwa bahawa di dalam al-Quran surah al-Saff ayat
6 yang menyebut nama ‘Ahmad’ mengikut tafsiran adalah nabi Muhammad
SAW tetapi maksud sebenar ayat tersebut adalah seseorang bernama Ahmad.

‫ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛ ﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦ‬

‫ﭧﭨﭩﭪ ﭫﭬﭭﭮﭯ ﭰ‬

Maksud:
Dan ingatlah juga peristiwa ketika nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai bani
Israel, sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab taurat dan memberikan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 95

berita gembira dengan kedatangan seorang rasul yang akan datang kemudian
daripadaku yang bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka
membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata mereka berkata: “ Ini ialah
sihir yang jelas nyata!”

Mereka turut menafsirkan surah al-Ahzab ayat 40 yang dimaksudkan dengan
khataman nabiyyin adalah kesempurnaan din pada zaman nabi Muhammad,
bukan nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.

‫ﯧﯨ ﯩﯪﯫﯬﯭﯮ ﯯﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸ‬

Maksud:
Bukanlah nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa
yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah
dan kesudahan segala nabi-nabi. Dan ingatlah Allah Maha mengetahui akan tia-
tiap sesuatu.

Ketaksuban golongan ini dalam membina sebuah kerajaan baru sehingga
mensyirikkan golongan yang menolak ajaran Millah Abraham termasuk ulama
terdahulu. Justeru taubat boleh disempurnakan dengan memilih kembali din
Milah Abraham. Dakwaan ini berdasarkan dalil di dalam surah al-Nahl ayat 123.

‫ﮅﮆﮇ ﮈﮉﮊﮋ ﮌﮍﮎﮏ ﮐﮑﮒ‬

Maksudnya:
Kemudian kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad: hendaklah engkau
menurut agama nabi Ibrahim, yang berdiri teguh diatas jalan yang benar dan
tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Mereka juga mengatakan bahawa sesiapa yang menuduh Millah Abraham
sebagai sesat, maka sebenarnya mereka yang menuduh itu telah
memperbodohkan diri sendiri. Kenyataan ini merek kuatkan dengan firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 130:

‫ﮆﮇ ﮈ ﮉﮊ ﮋ ﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔ ﮕﮖﮗﮘ‬

‫ﮙ‬

Maksud:
Tidak ada orang yang membenci agama nabi Ibrahim selain dari orang yang
membodohkan dirinya sendiri kerana sesungguhnya kami telah memilih Ibrahim
(menjadi Nabi) di dunia ini dan sesungguhnya ia pada hari Akhirat kelak tetaplah
dari orang-orang soleh (yang tertinggi martabatnya).

Penolakan terhadap dakwaan Millah Abraham

Dakwaan dan hujah bagi golongan Millah Abraham berdasarkan surah al-A’raf
ayat 34 dapat disangkal kerana tafsiran sebenar ayat tersebut adalah merujuk
kepada had umur umat nabi terdahulu yang berbeza antara satu sama lain.
Bukannya seperti dakwaan mereka yang mengatakan ayat ini adalah bukti
kewujudan kerajaan Millah Abraham selepas kewafatan Rasulullah. Sebagai

96 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

contoh umur nabi adam yang dikatakan sehingga 930 tahun, nabi Nuh 1000
tahun, manakala umur umat nabi Muhammad kebanyakannya antara 60 hingga
70 tahun. Menurut Tafsir ath-Tabari(1999), yang dimaksudkan dengan ‫ أجل‬adalah
batas waktu iaitu waktu bagi turunnya hukuman ke daerah mereka dan turunnya
bencana kepada mereka disebabkan kemusyrikan. Maka dakwaan mereka
mengatakan bahawa muncul umat dan rasul baru atas nama kerajaan Milah
Abraham pada 2024 adalah palsu.

Perlantikan Ahmad Musadeq sebagai rasul dan pemimpin bagi kerajaan
mereka dengan mengatakan bahawa Allah akan menghantar rasul dari kalangan
kaum mereka sendiri adalah satu fahaman yang jauh menyimpang. Hal ini kerana
berdasarkan surah al-Ahzab ayat 40 yang dimaksudkan khataman nabiyin adalah
nabi Muhammad SAW nabi terakhir, bukan bermaksud kesempurnaan deen
sebagaimana dakwaan mereka. Ayat ini jelas menunjukkan tiada lagi rasul yang
dilantik selepas kewafatan baginda.

Manakala perkataan ‘Ahmad’ yang disebut di dalam al-Quran surah al-Saf
ayat 6 adalah nabi Muhammad SAW, bukanlah seseorang yang bernama Ahmad
sebagaimana yang mereka mendakwa Ahmad itu sebagai Ahmad Musadeq.
Kenyataan ini ditegaskan didalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dari Jubair bin Mut’im.

:‫ أخبرنى ُممد بن جبير ابن مطعم عن أبيه رضي الله عنه قال‬:‫حدثنا أبو اليمان أخبرًن شعيب عن الزهرى قال‬
‫ وأًن الماحى الذى يمحو الله بى‬،‫ وأًن أحمد‬،‫ أًن ُممد‬،‫ إن لى أسماء‬:‫سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‬

.‫ واًن العاقب‬،‫ وأًن الحاشر الذى يحشر الناس على قدمى‬،‫الكفر‬

(Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir Surah al-Shaff, Bab Ya’ti man bi ‘Ada
ismuhu Ahmad, No. 4896).
Maksud:

Dari Jubair bin Mut’im ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Aku memiliki banyak nama. Aku bernama Muhammad, Ahmad, al-
Maahi (yang menghapuskan), denganku Allah menghapuskan kekufuran. Aku al-
Haasyir (yang mengumpulkan), dimana seluruh manusia akan dikumpulkan (pada
hari Kiamat) di hadapanku. Dan aku al-‘Aqib (penutup, iaitu penutup Nabi dan
Rasul).

Golongan yang membawa ajaran sesat Millah Abraham sebenarnya telah
terpesong kerana telah menterjemahkan Millah Abraham itu satu ajaran baru
setelah kenabian Muhammad SAW. sebenarnya kalimah millata Ibrahim dalam
surah al-Nahl ayat 123 merujuk kepada agama Islam itu sendiri kerana semua
para nabi membawa agama Islam yang sempurna. Para ulama adalah pewaris
kepada nabi bagi meneruskan dakwah Islam. Semua nabi membawa akidah yang
satu iaitu mentauhidkan dan mengesakan Allah hanya syariat berbeza antara satu
sama lain. Walau bagaimanapun syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad
sebahagian besar ialah kesinambungan syariat yang telah dibawa oleh nabi
Ibrahim seperti ibadah haji.

Kalimah dinullah dalam surah al-Imran dalam ayat 83 bermaksud dinul
Islam iaitu agama Islam, bukanlah din Milah Abraham seperti yang mereka

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 97

dakwa. Manakala kalimah “millata Ibrahim” adalah bermaksud agama Islam
yang dibawa nabi Ibrahim telah dibenci oleh kaumnya. Begitu jugalah agama
Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad juga tetap ada pembencinya sepanjang
zaman. Maka mereka yang menegakkan Millah Abraham di zaman ini juga
termasuk golongan membenci agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad.

Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi

Selain menggunakan terjemahan al-Quran mereka turut merujuk kitab Taurat dan
Injil di dalam pengajian mereka kerana di dalam al-Quran telah membenarkan
kitab taurat dan juga menerangkan bahawa kitab taurat dan injil sebagai panduan
yang menerangi dan tidak boleh ditolak. Seperti mana yang disebut dalam surah
al-Maidah ayat 46 :

‫ﭑﭒﭓﭔ ﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛ ﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢ‬

‫ﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫ‬

Maksudnya :
Dan kami utuskan nabi Isa ibni Maryam mengikut jejak langkah mereka (nabi-
nabi bani Israel), untuk membenarkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya
dan kami telah berikan kepadanya kitab Injil yang mengandungi petunjuk hidayah
dan cahaya yang menerangi sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada
dihadapannya dari kitab Taurat serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran
bagi orang-orang yang hendak bertakwa.

Firman Allah Taala dalam surah al-Maidah: 68:

‫ﮖﮗ ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟ ﮠﮡﮢ ﮣﮤﮥ‬

‫ﮦﮧ ﮨﮩﮪ ﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕ ﯖ‬

Maksudnya:
Katakanlah wahai ahli kitab kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama
sehingga kamu tegakkan ajaran kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu
percaya kepada nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari
tuhan kamu (al-Quran) dan demi sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu
(Muhammad) dari tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran
kepada kebanyakkan mereka. Oleh itu, janganlah engkau berduka cita terhadap
kaum yang kafir itu.

Penolakan terhadap Dakwaan Milah Abraham

Rukun Islam menyatakan beriman kepada kitab iaitu kitab al-Quran juga kitab-
kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Apabila al-Quran telah diturunkan maka semua kitab tersebut telah terbatal. Al-
Quran telah membenarkan kitab taurat dan juga menerangkan bahawa kitab taurat
dan injil sebagai panduan yang menerangi pada zamannya, tetapi apabila Allah
telah menurunkan al-Quran makan al-Quran menjadi panduan sehingga hari
Kiamat. Oleh yang demikian, dakwaan mereka bahawa taurat, injil dan al-Quran

98 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

akan ditegakkan semula dalam kerajaan baru adalah merupakan kesesatan yang
nyata.

Manakala di dalam surah al-Maidah ayat 68 tafsiran yang sebenar adalah
Allah menyeru kepada ahli kitab supaya menegakkan agama berpandukan kitab
Taurat dan Injil. Di dalam kitab-kitab tersebut juga telah menerangkan dengan
jelas akan kelahiran nabi akhir zaman iaitu nabi Muhammad SAW. Allah juga
telah memerintahkan mereka agar menerima al-Quran dan Allah juga telah
menyatakan bahawa janganlah nabi berduka cita apabila ramai antara umatnya
yang akan mendustakan ajaran yang dibawanya.

Memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri

Ayat-ayat al-Quran yang ditafsir mengikut logik dan bebas ditakwil mengikut
fahaman mereka.

a. Penyalahtafsiran terhadap makna solat.
Contoh takwilan mereka terhadap surah al-Hajj ayat 78.

‫ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕﯖ‬

‫ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡ ﯢﯣﯤﯥﯦﯧ‬

‫ﯨﯩﯪ ﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱ ﯲ ﯳ‬

Maksudnya :
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya,
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) ; dan ia tidak
menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam”
semenjak dahulu dan didalam al-Quran ini supaya Rasulullah (Muhammad)
menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu
pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu dirikanlah solat dan berilah zakat,
serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka
(Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-
baik pemberi pertolongan.

Mereka mengatakan bahawa al-Quran itu telah lengkap dan fungsinya
adalah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Tetapi solat
lama waktu yang dilakukan sekarang tidak ada disebut di dalam al-Quran. Oleh
itu, berdasarkan ayat diatas solat bermaksud bersungguh-sungguh menegakkan
din. Kumpulan ini tidak melaksanakan solat fardu yang diwajibkan keatas semua
mukalaf. Mereka mengatakan solat “sillah” iaitu hubungan dengan ajaran milah
tersebut dan makna lain iaitu bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui
Millah Abraham, bukan maksud solat yang dilakukan sekarang oleh orang Islam
kerana mereka berpendapat solat secara fizikal itu mudah dilakukan, sedangkan
solat menegakkan deen itu lebih mujahad dari segi harta dan tenaga.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 99

b. Penyalahtafsiran maksud Kiamat
Firman Allah Taala dalam surah al-An’am: 161:

‫ﮠﮡﮢﮣ ﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪ ﮫﮬﮭﮮ ﮯ ﮰ‬

Maksud :
Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu
agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus dan Ibrahim itu bukanlah termasuk
orang-orang yang musyrik.

Merujuk kepada ayat di atas, kumpulan ini mengatakan bahawa Kiamat
adalah perkataan arab yang berasal daripada qiam iaitu berdiri atau mendirikan.
Perkataan kiamat didalam al-Quran merujuk kepada menegakkan deen iaitu
setelah tamatnya umat ini aka nada rasul baru yang akan menegakkan deen dan
system ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini.
Mereka mendakwa tiada cerita mengenai kiamat.

Penolakan terhadap dakwaan Milah Abraham

Antara kesesatan kumpulan ini adalah mereka tidak melaksanakan solat fardu dan
solat jumaat. Mereka telah menyalahtafsir dan memutarbelitkan kalimah solat itu
dengan “silah” iaitu hubungan dengan ajaran milah tersebut, dan bersungguh-
sungguh menegakkan din dengan ajaran Milah Abraham. Pernyataan mereka
terhadap tiada perlaksanaan solat 5 waktu dapat disangkal dengan dalil dari surah
al-Baqarah ayat 43 :

‫ﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡ‬

Maksudnya :
Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
(berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

Jika diperhatikan, pelaksanaan solat secara terperinci tidak disebut didalam al-
Quran namun, nabi Muhammad telah memperincikannya dan dapat ditemui di
dalam hadith.

Dakwaan mereka bahawa tiada ayat-ayat dalam al-Quran menceritakan
mengenai Kiamat adalah dusta belaka sedangkan Allah telah berfirman berkali-
kali di dalam al-Quran mengingatkan manusia terhadap hari pembalasan tersebut.
Antara surah yang menceritakan tentang hari Kiamat ialah surah al-Qiyamah,
surah al-Waqiah, surah al-Qariah, surah al-Najm, surah al-A’raf, surah al-
Haaqah, surah al-Zumar, surah al-An’am, surah al-Naml dan banyak lagi. Jadi
bagaimana golongan ini dengan pemikiran yang cetek boleh mendakwa tiada ayat
dalam al-Quran yang menceritakan tentang kiamat. Firman Allah Taala dalam
surah al-Waqi’ah: 6-9:

‫ﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓ ﯔﯕ‬

100 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Maksud:
Dia bertanya (secara mengejek): ‘Bilakah datangnya hari Kiamat itu?’. Maka
(jawabnya: Hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpendar-
pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta
bulan dihimpunkan bersama.

Kesan Penyelewengan Tafsir

Penyelewengan tafsir oleh golongan Millah Abraham sedikit sebanyak telah
memberikan impak negatif dari sudut akidah, syariah dan keselamatan. Dari
sudut akidah, ajaran Millah Abraham yang mendakwa bahawa ada nabi selepas
nabi Muhammad SAW adalah bertentangan sama sekali dengan akidah ahli
sunnah wal jamaah yang meyakini bahawa tidak ada nabi selepas baginda SAW,
tidak ada wahyu yang turun selepas baginda SAW dan tiada lagi sebarang utusan
daripada Allah SAW. Disamping itu, dakwaan pengikut ajaran Millah Abraham
yang menafikan agama Islam sebagai agama terakhir kerana lahirnya ajaran baru
iaitu Millah Abraham sebenarnya memang bertentangan kerana sudah jelas
dinukilkan didalam al-Quran bahawa agama Islam sudah sempurna.
Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 3 :

‫ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄ‬

Maksud :
Pada hari ini telah aku sempurnakan untukmu agamamu telah aku cukupkan
kepadamu nikmatku, dan telah aku redhai Islam sebagai agama bagimu.

Pengikut ajaran Millah Abraham tidak berpegang kepada hadith nabi SAW
yang merupakan sumber ajaran Islam atau dalam erti kata lain ia menjadi rujukan
dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak
hadith nabi beerti menolak penegasan al-Quran.

Seterusnya, dari sudut syariah golongan ini menggunakan ayat al-Quran
sewenang-wenangnya demi menguatkan prinsip pegangan mereka lantas
mempermainkan syariat yang dibawa oleh Islam. Sebagai contoh golongan ini
menganggap solat tidak lagi menjadi suatu kewajipan. Jelas sekali mereka telah
terjerumus didalam kerugian kerana meninggalkan ibadah yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT kepada umat Islam.

Sejarah mencatatkan fenomena kemunculan ajaran sesat yang berpunca
daripada taksub melampau sememangnya mampu mengancam keselamatan
negara. Sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak
berkuasa agama seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP), Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau kumpulan-
kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan
menggugat ketenteraman awam termasuklah gerakan Milah Abraham.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 101

Kesimpulan

Golongan Millah Abraham tidak boleh dikaitkan dengan ajaran Islam, risalah
suci yang dibawa oleh Nabi Adam as dan akhirnya kepada junjungan besar
kepada nabi Muhammad. Millah Ibrahim Hanifa yang disebut di dalam al-Quran
mewarisi tradisi dakwah dan akidah yang sahih serta tidak bercanggah. Risalah
ini harus dipelihara dari kesesatan dan penyelewengan yang sangat berleluasa
akhir-akhir ini yang bergerak atas nama Islam tetapi tidak membawa nilai Islam
yang sebenar. Mereka yang menyokong sesuatu aliran cenderung melakukan
penyelewengan telah banyak memanipulasikan al-Quran secara sesuka hati serta
tidak memenuhi syarat mufassir yang selayaknya. Bahkan mendakwa ia adalah
bersumberkan daripada nabi Muhammad SAW atau sahabat. Semuanya
bertujuan untuk menonjolkan aliran pegangan dan merosakkan agama Islam.
Akhirnya ramai yang terpengaruh khususnya generasi terkemudian yang
beranggapan bahawa semua tafsir adalah benar.

Rujukan

Abi al-Qasim al-Husin, al-Raghib al-Asfahani. t.th. al-Mufradat fi Gharib al-
Quran. Riyad: Maktabah Nazar Mustafa al-Baz.

Abi Ja’afar Muhammad bin Jarir al-Tabari. 1999. Jami’ al-Bayan an Takwil Ayyi
al-Quran. Beirut: Dar al-Fikri.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. 1987. Sahih al-Bukhari.
Tahqiq: Mustafa al-Bugha. Beirut: Dar Ibn Kathir.

al-Dhahabi, Muhammad Husayn. 1986. al-Ittijahat al-Munharifah fi Tafsir al-
Quran al-Karim. Kaherah: Maktabah Wahbah.

al-Khalidi, Solah Abd al-Fatah. 1967. Ta’rif ad-Darisin bi Manahij al-Mufasirin.
Damsyiq: Dar al-Qalam.

Azren Che Osman. 2004. The Causes of Akidah Deviation According to The al-
Quran and as-Sunnah. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Faudzinaim Bin Haji Badarudin. 2018. Penyelewengan Golongan Millah
Abraham@Ibrahim. Bangi: Temu bual 30 Januari.

Jabatan Agama Islam Selangor. 2015. Ajaran Sesat Millah Abraham@Ibrahim.
Shah Alam: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama
Islam Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor, Unit Dakyah, Doktrinisasi & Penyelewengan,
Seksyen Perundangan & Kesalahan, Bahagian Penguatkuasaan. 2016.
Ajaran Millah Abraham, Latar Belakang Kes & Perkembangan Semasa,
Pelan Tindakan, Laporan Siasatan Serta Perancangan Operasi. Shah
Alam: Jabatan Agama Islam Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor. t.th. Penyelewengan Ajaran Millah
Abraham@Ibrahim. Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor.

Jamal ad-Din Muhammad Bin Makram Ibn Manzur. T.th. Lisan al-Arab. Beirut:
Dar Sair.

102 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Marina Munira Abd Mutalib, Suhailiza Md. Hamdani, Yuseri Ahmad & Dr
Muhammad Khairi Mahyuddin. t.th. Gerakan Millat Abraham / Ibrahim:
Suatu Ancaman Terhadap Umat Islam. Negeri Sembilan: Universiti Sains
Islam Malaysia.

Mohamad Shofi Mat Isa. 2016. Ketua Ajaran Sesat Millah Abraham Malaysia
Ditahan. Utusan Online. 7 Jun

Muhayudin Salleh. 2014. 5000 Pengikut Millah Abraham Dikesan. Sinar Harian.
14 Oktober.

Nurhelmi Ikhsan. 2018. Penyelewengan Golongan Millah Abraham@Ibrahim.
Shah Alam: Temu bual 23 Februari.

Umar Mokhtar Mohd Noor. 2016. Bayan Linnas Siri 50: Ajaran Millah
Ibrahim@Abraham. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 103

Pemikiran Tokoh Islam Liberal Dalam Tafsir al-Quran

Najah Suhaimi, Nur Hazwani Nadirah Mat Hanipah &
Haziyah Hussin

Pengenalan

Pada akhir abad 20M, umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam
pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri sebagai Islam Liberal ini
telah menjadi virus kepada dunia Islam dengan membawa isu-isu yang
kontroversi dan idea-idea yang berani. Kewujudan pemikiran ini masih boleh
dikatakan suatu yang asing bagi sebahagian masyarakat awam di Malaysia. Hal
ini kerana gerakan Islam Liberal ini menyebarkan aliran mereka dengan bergerak
secara halus dan tersembunyi. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari
sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas, bukan sahaja di negara
Islam malah di serata dunia termasuk Belanda, Kanada, Amerika, Perancis dan
lain-lain.

Sebagai contoh di Indonesia, Islam Liberal sangat berpengaruh dan bergerak
secara meluas. Hal ini kerana kemunculan gerakan ini menggunakan lencana
Islam Liberal secara jelas dalam pertubuhan mereka seperti Jaringan Islam
Liberal (JIL). Golongan yang memperjuangkan agenda utama seperti konsep
pembinaan negara sekular, konsep pluralisme agama, emansipasi wanita, dan
kebebasan berpendapat (berijtihad).

Manakala gerakan Islam Liberal di Malaysia tidak mempunyai kumpulan
khas yang menggunakan nama Islam Liberal, Namun, pemikiran yang
diperjuangkan adalah seperti perjuangan demokrasi, persamaan semua agama,
dan persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme) sudah pun wujud
(Ahmad Yumni & Mohd Fairuz 2014).

Daripada penubuhan atau kumpulan khas yang menggunakan nama Islam
Liberal ini mempunyai pemimpin tersendiri dalam menghujahkan pemikiran-
pemikiran mereka. Antara yang dapat dilihat adalah Kassim Ahmad, Irshad
Manjid, Zainah Anwar, dan Nurcholish Madjid.

Definisi Islam Liberal

Dewasa ini umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam
iaitu Islam Liberal yang menawarkan kefahaman Islam yang bersifat terbuka dan
progresif bertujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Hakikatnya, istilah
Islam Liberal itu sendiri berasal daripada perkataan Islam dan Liberal yang
membawa maksud berbeza. Dari segi terminologi, perkataan ‘Islam’ bermaksud
agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam yang
diwahyukan oleh Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril. Manakala,
Liberal berasal daripada istilah Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Latin
iaitu ‘Liber’ ataupun ‘Free’ yang bermaksud bebas, berpandangan terbuka, tidak

104 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

dibelenggu oleh mana-mana tradisi, adat, aliran pemikiran mahupun agama.
(Hafiz Firdaus 2007)

Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan perkataan Liberal sebagai
bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik misalnya
menentang hak-hak kaum bangsawan, berfahaman bebas, bersifat atau
berpandangan bebas dan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran
pemikiran dan sebagainya.

Oleh itu, dalam hal ini apabila perkataan Liberal disandarkan kepada Islam
ianya membawa maksud pemikiran Islam yang bersifat Liberal atau dengan erti
kata yang lain aliran ini menghendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih
daripada apa yang sedia ada dan sepatutnya dalam syariat Islam yang asli lagi
tulen. Akibatnya, pemikiran yang bercorak Islam Liberal ini telah berjaya
membuka ruang-ruang kebebasan dalam mentafsirkan agama Islam itu sendiri
sehinggakan mereka berani untuk meremehkan hukum, mentafsirkan ajaran-
ajaran agama dari sudut yang longgar, mengutamakan akal dan menyalahai
ketetapan-ketetapan yang telah dibuat dalam tradisi ilmu Islam.

Walhal, pada hakikatnya agama Islam itu sendiri merupakan sebuah agama
yang Liberal akan tetapi dengan berlandaskan batas-batas yang dibenarkan oleh
syarak. Hal ini kerana Islam telah membebaskan manusia daripada belenggu
penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada
penindasan dan kezaliman serta penghinaan sesama manusia.Islam juga memiliki
dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melampaui
batas-batas syarak seperti perbuatan yang melibatkan syirik, menyukutukan
Allah, menyalahi syariatNya dan kepercayaan terhadap perkara-perkara khurafat
(Hafiz Firdaus 2007).

Sejarah Kemunculan Dan Perkembangan Islam Liberal

Fahaman Liberalisme telah muncul pada abad ke-14 dan memberi pengaruh besar
kepada masyarakat Eropah, terutamanya selepas Revolusi Perindustrian pada
abad ke-18 tercetus. Di samping itu, liberalisme juga menjadi satu daripada
ideologi utama kepada hampir seluruh negara maju di Barat pada masa itu. Dalam
masa yang sama, idea- idea liberalisme sama ada dalam bidang politik, budaya,
ekonomi, ataupun sosial sudah dipraktikkan oleh kebanyakan negara melalui
beberapa peringkat revolusi (Ahmad Yumni & Mohd Fairuz 2014).

Negara England menjadi negara pertama yang menganut fahaman Liberal
dalam sistem politik negara ekoran daripada tercetusnya perang saudara pada
tahun 1642. Perang saudara berlaku disebabkan ketidakpuasan hati para ahli
parlimen pada ketika itu terhadap kuasa mutlak Charles. Ekoran daripada itu,
sistem pemerintahan yang mengiktiraf kuasa dan peranan parlimen serta negar
berjaya dibentuk di England. Justeru, negara England menjadi sebuah negara
moden yang menggunakan fahaman politik liberalism seperti demokrasi.

Fahaman liberalism dapat dilihat melalui pengisytiharaan iaitu setiap
individu harus mendapat hak yang sama berdasarkan undang-undang dan bakat
seseorang. Antara hak-hak itu adalah kebebasan bersuara, berpolitik, dan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 105

memiliki harta. Di samping itu, fahaman liberal juga menjadi satu daripada
ideologi utama kepada hampir seluruh negara maju di Barat pada masa itu.
Fahaman liberal ini terus berkembang dan berdiri kukuh berikutan penggunaan
istilah liberalism sebagai falsafah dalam bidang politik pada abad ke-18. Antara
ahli falsafah yang muncul pada waktu itu dan bertanggungjawab dalam
memperjuangkan falsafah liberalism antaranya adalah John Locke, Adam Smith
dan Benjamin Costant.

Perkembangan Islam Liberal di Malaysia dilihat berbeza dengan apa yang
berlaku di negara lain. Sebagai contoh di Indonesia, Jaringan Islam Liberal (JIL)
menjadi gerakan mereka. Walaupun gerakan Islam Liberal di Malaysia tidak
mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, namun
pemikiran yang bercirikan fahaman Islam Liberal seperti perjuangan demokrasi,
persamaan semua agama, dan persamaan hak antara wanita dan lelaki
(feminisme) sedah pun wujud. Sebagai contoh, fahaman Islam Liberal dikatakan
mula muncul di tengah-tengah masyarakat Malaysia pada tahun 1980-an iaitu
apabila gerakan anti hadith yang dipimpin oleh Kassim Ahmad lahir. Begitu juga
pada penghujung tahun 1980-an, muncul satu penubuhan NGO yang dinamakan
sebagai Sisters in Islam (SIS) di bawah pimpinan Zainah Anwar.

Ciri-Ciri Pemikiran Islam Liberal

Bersifat Sekularisme

Sekularisme adalah fahaman yang menolak peranan agama dalam kehidupan
manusia. Sekularisme mengganggap agama sebagai penghalang kepada
kemajuan. Sekularisme merupakan satu doktrin yang lahir dari barat dan dapat
disimpulkan adalah sesuatu yang berkaitan dengan hal ehwal keduniaan bukan
kerohanian. Dari sudut istilah sekularisme adalah fahaman falsafah yang
memisahkan urusan-urusan keduniaan daripada urusan keagamaan (Mazlan et.al,
2013).

Sebagai contoh, sekularisme menyatakan ilmu sains tidak ada kaitan dengan
agama. Menurut sekularis, seorang yang belajar sains ia belajar ilmu sains
semata-mata, tidak ada kaitan dengan Tuhan dan agama. Hal ini dapat difahami
apabila dilihat dalam pergolakan antara golongan gereja dengan ahli falsafah dan
saintis Barat. Oleh kerana penolakan dan kongkongan gereja terhadap kehidupan
manusia akhirnya telah melahirkan golongan secular terutamanya saintis Barat
yang mana membebaskan diri dari agama. Maka lahirlah apa yang dinamakan
liberalisasi dalam semua bidang kehidupan seperti sosial, politik, pendidikan,
ekonomi, dan lain-lain. Mereka berpandangan bahawa mereka bebas melakukan
apa sahaja atas nama kebebasan yang tidak boleh dihalang.

Penolakan terhadap Shari’ah Islam

Islam Liberal menolak pelaksanaan Shari’ah Islam. Mereka menolak
pelaksanaan Shari’ah Islam dengan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum
Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan negatif kerana pelaksanaannya

106 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

dianggap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai
dengan perkembangan zaman. Atas dasar ini juga, aliran Islam Liberal tidak ragu-
ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan
Sunnah seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum
wanita, keharusan poligami, hukum hudud dan hukuman bunuh ke atas Muslim
yang murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak mutlak suami untuk
menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam
serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan
kebebasan manusia (Riduan & Ahmad Adnan Fadhi 2009).

Penolakan terhadap Autoriti Keagamaan

Liberalisme dan modenisme Islam menolak autoriti agama. Menurut Khalif
Muammar (2009), pendukung fahaman Islam Liberal juga menolak autoriti
agama dan menganut fahaman kebebasan untuk berijtihad oleh mana-mana
individu mengenai apa jua bentuk permasalahan agama. Metodologi yang
digunakan adalah relativisme, iaitu kebenaran adalah bersifat relatif dan tidak
boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan terhadap autoriti agama bagi
penganut fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat
atau ijtihad dapat dilaksanakan.

Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal
banyak merujuk kepada karya-karya orientalis. Antara orientalis Barat yang
bertanggungjawab mengorbit aliran pemikiran Islam Liberal ialah Leornard
Binder dan Charles Kurzman yang telah menyokong kuat idea-idea utama yang
mendasari pemikiran mereka seperti ijtihad yang bebas tanpa sekatan, pluralisme
beragama, penolakan syariah dan sebagainya.

Pembebasan Wanita

Menurut The Encyclopedia Americana International, istilah feminisme mula
digunakan oleh dramatis Perancis, Alexandre Dumas pada tahun 1872 dengan
mengistilahkan feminisme sebagai gerakan pembebasan wanita, emansipasi
wanita, hak wanita dan sebagainya. Encylclopedia Feminisme mendefinisikan
perkataan itu sebagai doktrin persamaan hak untuk wanita (gerakan bagi
mencapai hak asasi wanita).

Walaupun gerakan feminisme begitu menonjol pada abad ke-19 dan 20
namun, kelahiran feminisme sudah lahir sejak zaman sebelum Masihi.
Contohnya, seorang tokoh falsafah Barat, Plato menganjurkan supaya peranan
keluarga dan sosial yang ditentukan oleh jantina dihapuskan. Beliau juga
mendesak wanita diajar bermain muzik dan gimnastik supaya dapat ditontoni
oleh lelaki.

Hal ini kerana, aliran feminisme Islam Liberal biasanya menuntut
persamaan hukum-hakam shari’ah antara lelaki dan wanita. Perbezaan hukum
syarak antara wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil oleh golongan ini.
Golongan ini menganggap bahawa dalam Islam wanita dan lelaki itu adalah

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 107

dicipta dari kejadian yang satu. Oleh yang demikian, setiap apa yang menjadi hak
kaum lelaki, mestilah juga menjadi hak kepada wanita. Maka, sebarang
perbezaan hak atau keistimewaan yang terdapat di antara lelaki dan wanita
mestilah dihapuskan kerana bagi mereka ia bersifat diskriminasi dan menindas
kaum wanita (Mazlan et.al, 2013).

Pemikiran Tokoh Islam Liberal

Kassim Ahmad

Kemunculan kumpulan menolak hadith sebagai salah satu sumber hukum Islam
telah bermula pada tahun 1985 lagi. Gerakan yang dipelopori antaranya Dr.
Kassim Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali ternyata terkesan dengan
dengan pemikiran yang dibawa oleh Dr. Rasyad Khalifah yang mana seorang
warga Mesir menetap di Amerika. Beliau begitu lantang melaungkan penolakan
terhadap hadith dan kebergantungan hanya kepada al-Quran semata. (Mohd
Norzi et.al, 2016)

Kassim Ahmad merupakan pelopor dan pengasas Gerakan Anti Hadith
(GAH) di Malaysia, ketua Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang kemudiannya
ditukarkan kepada Forum Iqra’ dan sering dijadikan kajian oleh penyelidik di
dalam serta di luar negara berkaitan GAH di Malaysia. Beliau juga mempunyai
jaringan sosial dan pemikiran dengan tokoh-tokoh GAH di luar Malaysia
sehingga beliau berjaya menarik perhatian golongan tertentu untuk mengkaji
pemikiran beliau.

Beliau dilahirkan pada 9 September 1933 bersamaan dengan 19 Jamadil
Akhir 1352H, di Kampung Kubang Tampang, Bukit Pinang, Kedah. Ayahnya
Ahmad bin Ishak merupakan seorang guru agama, manakala ibunya Ummi
Kalsom Haji Ahmad merupakan seorang suri rumah. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu, Bandar Baharu. Kemudiannya
menyambung pengajian ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan seterusnya
meneruskan lagi pengajian di Universiti Malaya di Singapura. Bercita-cita
menjadi seorang penulis dari kecil telah membuahkan hasil apabila beliau mula
berjinak-jinak menulis di surat khabar sewaktu di sekolah menengah.

Beliau amat mementingkan dasar pendidikan dan melihat kepada
keterlibatan dan sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan, beliau
dianugerahkan beliau Doktor Kehormat Persuratan pada 17 Ogos daripada pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara karya yang diterbitkan oleh beliau ialah
Hikayat Hang Tuah (1967), Hadith: Satu Penilaian Semula (1986) dan banyak
lagi.

Kassim Ahmad dilihat sangat terkesan dengan idea yang dibawa oleh
gerakan yang berpusat di Amerika tersebut malah beliau sendiri mengakuinya
dalam mukaddimah buku beliau yang diharamkan iaitu Hadith Satu Penilaian
Semula. Punca penolakan hadith juga adalah jelas dinyatakan beliau di dalam
bukunya dan akan dibincangkan sebentar lagi. Beliau bukan sahaja sangsi dengan
pertentangan yang berlaku di antara hadith dengan al-Quran malah melihat
sumber kedua umat Islam ini juga sebagai punca kemunduran yang menimpa

108 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

umat Islam pada hari ini. Hasilnya pada tahun 1986 beliau telah menghasilkan
bukunya yang menjelaskan idea yang dibawa iaitu Hadith Satu Penilaian Semula.
Walau bagaimanapun buku ini telah pun diharamkan melalui Warta Kerajaan
bertarikh 10 Julai 1986. (Ahmad Sanusi et.al, 2011).

i. Metode pemikiran Kassim Ahmad dalam kajian hadith

Dalam kritikannya, Kassim Ahmad menggunakan beberapa metode pemikiran
yang dibinanya sendiri antaranya mentafsirkan nas al-Quran dan al-Sunnah
berdasarkan kefahamannya sahaja serta tidak memahami nas secara dasarnya.
Perkara ini dibuktikan dalam penulisan beliau pada tafsiran perkataan ‘al-
hikmah’ dalam surah al-Isra’ ayat 39:

‫ﭑﭒ ﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝ ﭞﭟﭠﭡﭢﭣ‬

Maksudnya:
Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang
baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,
serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian
(dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

Kassim Ahmad menyatakan bahawa kalimah ‘al-hikmah’ adalah merujuk
kepada al-Quran, bukan Sunnah. Beliau menolak dakwaan bahawa Sunnah
merupakan wahyu daripada Allah. Beliau menganggap tafsiran daripada al-
Syafie yang mana mengatakan hikmah adalah hadith tidak munasabah kerana
tidak memberikan hujah yang kukuh untuk diterimanya sebagai satu kepastian
maka dengan mrngutip pandangan ahli-ahli yang dipersetujui dan terus membuat
kesimpulan perkataan hikmah hanyalah Sunnah.

ii. Mendahulukan pandangan logik akalnya dan para pemikir lain berbanding
dalil-dalil naqliyyah yang telah jelas kesahihannya.

Tindakan Kassim Ahmad dalam menggunakan akal mendahului nas jelas dalam
tulisan beliau antaranya beliau tidak beriman dengan Qada dan Qadar Allah yang
mana kata-katanya: “Faham Qada dan Qadar ini sebahagian penting dalam
teologi kaum As’ariyyah, berasal dari ajaran kaum Stoik, dan dimasukkan ke
dalam hadith kerana ia tidak terdapat dalam al-Quran malah ia anti al-Quran”.

Beliau juga menilai hadith dengan akalnya dengan mendakwa kitab-kitab
hadith sahih tidak mengandungi perbuatan atau kata-kata Nabi SAW bahkan ia
merupakan kata tekaan atau agakan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Nabi
melalui pengumpul-pengumpul hadith seperti hadith antaranya daripada Imam
al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain sebagai hadith yang daripada kata-kata
Nabi SAW. Pemikiran beliau adalah dengan menafikan bahawa hadith-hadith
sahih telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW kerana arahan berpegang hadith
itu sendiri adalah daripada al-Quran.

Selain itu, beliau menolak kemaksuman Rasulullah sebagaimana katanya.
‘Jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia. Jika mereka bukan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 109

manusia, bolehkah mereka menjadi teladan kepada manusia?’ Menurut beliau
teori kemaksuman para Nabi tidak selaras dengan hakikat kemanusiaan para Nabi
dan bercanggah dengan ajaran-ajaran al-Quran. (Mohd Norzi Nasir et.al, 2016)

Kesimpulannya, pemikiran Kassim Ahmad yang enggan mengikut
pandangan ulama kerana sifat skeptikal beliau terhadap kredibiliti ulama. Hal ini
jelas pemikirannya bercanggah dan tidak selari dengan ajaran al-Quran dan al-
Sunnah.

Zainah Anwar

Negara Malaysia tidak terlepas dari wujudnya gerakan anti Islam dan juga
golongan Islam Liberal yang menjadi satu isu besar di negara ini. Golongan Islam
Liberal menjadikan Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Jenayah
Islam serta hal-hal yang berkaitan diubah dan disalah ertikan agar ianya selari
dengan pemikiran golongan ini.

Zainah Anwar merupakan salah seorang yang berada dalam golongan Islam
Liberal dan juga sebagai ahli dalam Sister in Islam (SIS) di Malaysia yang bergiat
aktif di Malaysia dalam menggerakkan persatuan tersebut dalam membentuk satu
fahaman dan ideologi. Beliau adalah ahli pengasas serta bekas Pengarah
Eksekutif Sisters in Islam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang
mengendalikan hak-hak wanita dalam rangka kerja Islam. Kumpulan ini
berfungsi dalam bidang penyelidikan, pendidikan awam dan pembaharuan serta
perkhidmatan undang-undang untuk mendorong pemahaman berasaskan hak
progresif Islam. Ia melibatkan pelbagai isu, termasuk Undang-Undang Keluarga
Islam, Undang-undang Jenayah Islam, keganasan rumah tangga, kebebasan
beragama, kebebasan bersuara, hak-hak wanita dalam Islam dan lain-lain lagi.
Zainah kini menjadi Pengarah Musawah, gerakan global untuk kesamarataan dan
keadilan dalam keluarga Muslim.

Zainah Anwar dilahirkan di Johor dan tidak dinyatakan secara jelas
mengenai tahun kelahiran beliau. Bapanya ialah Tan Sri Haji Anwar bin Abdul
Malik dan dikreditkan sebagai salah seorang yang menamakan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau juga merupakan setiausaha swasta
kepada Hussein Onn, yang merupakan Menteri Johor pada masa itu. Ibu Zainah,
Saodah bte Abdullah, adalah seorang suri rumah. Pada tahun 1975, Zainah Anwar
mendapat Diploma dalam Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Institut
Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Pada tahun 1977, beliau
melanjutkan pengajian di Boston University dan memperoleh M.Sc. ijazah dalam
kewartawanan. Kemudian, pada tahun 1986, beliau mendapat M.A dalam Hukum
dan Diplomasi dari Fletcher, Tufts University di Boston.

Sebagai wartawan dan aktivis, dia menulis lajur bulanan mengenai politik,
agama dan hak wanita yang dikenali sebagai "Berkongsi Bangsa" di The Sunday
Star, sebuah akhbar utama di Malaysia dan seterusnya mendapat banyak
pengalaman sebagai aktivis. Beliau telah bekerja sebagai Ketua Pegawai Program
di Bahagian Hal Ehwal Politik untuk Sekretariat Komanwel, London; menjadi
Penganalisis Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Kuala

110 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Lumpur; dan merupakan Penulis Politik dan Diplomatik untuk New Straits
Times, Kuala Lumpur.

Pandangan Zainah Anwar mengenai golongan profesional wanita Melayu
yang tidak berkahwin. Beliau berpendapat golongan profesional wanita Melayu
yang tidak berkahwin, kebanyakan wanita dari golongan ini memilih untuk tidak
berkahwin. Ini adalah kerana menganggap perkahwinan dengan lelaki
merupakan satu pemikiran yang kolot dan bukanlah kerana tidak ada jodoh
semata-mata.

Menurut beliau, lelaki Melayu masih berada di tahap pemikiran yang
menganggap bahawa wanita merupakan sebagai kilang pengeluar zuriat. Selain
itu, pekerjaan golongan wanita hanya tertumpu di rumah iaitu dengan dipaksa
untuk melakukan kerja-kerja tradisional yang tidak mendatangkan apa-apa
kebaikan dan juga petugas dapur ataupun sebagai buruh rumah tangga tanpa
bayaran. Di mana pekerjaan ini hanyalah satu perlakuan yang membebankan
serta membosankan. Oleh yang demikian, dengan bertitik tolakkan daripada
pemikiran beliau inilah Zainah telah membuat keputusan untuk tidak berkahwin
dan seterusnya bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.

Oleh itu, seperti yang diketahui, pemikiran seperti inilah merupakan sesuatu
perkara yang mencabar hukum hakam Allah. Hal ini turut dinyatakan dengan
jelas oleh Zainah Anwar dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang
disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003. Tulisan ini mencabar
hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulama
lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT. Antara kenyataan yang
dikeluarkan oleh Zainah adalah:

“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul
isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang berkongsi suka duka bersama suami
mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama
apabila kematian suami”(Zainah Anwar 1997)

Para ulama turut mengatakan bahawa Zainah telah mencipta hukum bahawa
hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh
mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati. Oleh yang demikian,
dapatlah disimpulkan bahawa Zainah Anwar ini merupakan aktivitis yang
lantang mengkritik hukum hakam Allah dengan sewenangnya. Selain itu, beliau
turut mengemukakan alasan-alasan, ideologi, fahaman serta pemikiran mengikut
kehendak diri beliau sendiri tanpa bersandarkan nas al-Quran dan juga hadith
Nabi Muhammad SAW.

Nurcholish Madjid

Nurcholish Madjid dilahirkan di sebuah kampung kecil di Desa Mojoanyar,
Jombang, Jawa Timur, pada tarikh 17 Mac 1939 bersamaan dengan 26 Muharram
1358H. Ayah Nurcholish, H. Abdul Madjid merupakan alumni pesantren iaitu
SR (Sekolah Rakyat). Nurcholish Madjid mendapat pendidikan dan pengajaran
secara tradisional mengenai kajian-kajian keIslaman dari ayahnya sendiri, H.
Abdul Madjid. Nurcholish Madjid dibesarkan dalam kalangan keluarga Masyumi

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 111

iaitu antara orang-orang yang dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Bapanya memainkan peranan utama dalam membentuk beliau sebagai seorang
yang intelektual dan menjadi salah seorang yang menetapkan pemikiran awal
Nurcholish Madjid kerana kehidupan Nurcholis hanya tertumpu di rumah sahaja.
Antara perkara pertama yang ayahnya lakukan adalah mendidik dan
menanamkan nilai-nilai al-Quran ke dalam jiwa Nurcholish Madjid, walaupun
pada ketika itu umur beliau masih sangat muda iaitu 6 tahun.

Beliau mendapat pendidikan awal di dua buah sekolah iaitu di Madrasah al-
Wathoniyah yang di bawah pimpinan ayahnya dan juga di SR Mojoanyar,
Jombang. Kemudian Nurcholish Madjid meneruskan persekolahan di sekolah
menengah dalam daerah yang sama sehingga Nurcholish Madjid telah
didedahkan dengan dua model pendidikan sekaligus. Pertama, pendidikan
dengan corak madrasah yang sarat dengan penggunaan kitab-kitab kuning.
Kedua, corak pendidikan secara umum, sekaligus berkenalan dengan model
pendidikan moden. Setelah itu oleh Abdul Madjid menghantar Nurcholish ke
pesantren Darul Ulum Jombang, Indonesia.

Kemudian pembelajaran Nurcholish Madjid diteruskan di Pesantren Modern
Darussalam Gontor, Ponorogo Jawa Timur pada tahun 1955 dan menjadi
permulaan bagi beliau dalam perkembangan intelektualnya. Pesantren ini adalah
pesantren yang mewujudkan pemikiran-pemikiran reformis yang cukup untuk
Nurcholish Madjid. Gontor Pesantren ini mempunyai slogan: "Berfikir secara
bebas selepas berbudi luhur, berkebolehan dan berpengetahuan". Melalui slogan
inilah yang menyebabkan terciptanya pendidikan secara kritikal, tidak memihak
salah satu sekolah, berfikir secara fanatik dan mengajar kehidupan sosial yang
agak moden.

Istilah sekularisme ini mula popular sejak pidato beliau yang dipaparkan di
TIM (Taman Ismail Marzuki) untuk keperluan forum antara pemuda pada tarikh
2 Januari 1970. Bahan pidato yang diambil dari makalah pemikirannya ternyata
menimbulkan pelbagai reaksi atas pemilihan kata-kata yang disampaikannya,
seperti sekularisme, desakralisasi, sosialisme, idea kemajuan, dan sebagainya.
Kesalahan ini berlaku kerana pada awalnya ia berfikir yang datang dalam acara
tersebut hanyalah kalangan pemuda terbatas pada empat organisasi kepemudaan
waktu itu saja (PII, Persami, HMI, dan GPI), dan makalahnya maupun pidato
beserta idea pembaruannya menjadi buah perbincangan sejak media cetak
memuat pidatonya utuh. Sejak hari itulah, pemikiran dan idea pembaharuan dan
Nurcholish sendiri menjadi perbincangan (Djohan & Ismed 1981).

Menurut Nurcholish, pengertian tentang sekularisme adalah proses, iaitu
proses penduniaan. Dalam proses ini, ada hadiah yang lebih besar daripada
kehidupan duniawi yang sebelumnya. Tambah beliau, pengetahuan amat
diperlukan bagi mendapatkan ketepatan yang tinggi dalam menyelesaikan
masalah dunia. Dari sini dapatlah dilihat bahawa terdapatnya peranan ilmu
pengetahuan. Maka secara ringkas, asas mengenai sekularisme adalah ilmu
pengetahuan dan penerapannya dalam membina kehidupan duniawi. Seterusnya
ilmu pengetahuan itu sendiri masih diteruskan dan berkembang untuk menjadi
kesempurnaan (Nurcholish Madjid 1987).

112 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Dalam diskusinya, Nurcholish lebih kerap memakai istilah desakralisasi
untuk mengajak kepada umat Islam untuk berhenti dari kebiasaan dalam
menganggap sesuatu agama itu suci, sedangkan menurut beliau agama
sememangnya tidak suci kerana adanya perkembangan dalam menjadikan ianya
sebuah organisasi dan parti-parti. Beliau juga sering melihat adanya sikap
ketaksuban yang dilakukan oleh umat Islam, diluar sana sama ada dalam
organisasi mahupun parti tersebut walaupun parti itu bertindak baik atau buruk
dalam menjalankan kegiatannya.

Kesimpulan

Setelah dikemukakan isi-isi mengenai Islam Liberal dan tokoh-tokoh yang
terlibat, golongan Islam Liberal ini merupakan satu golongan yang masih
bergerak secara aktif di luar sana tidak kiralah di dalam negara Malaysia
mahupun negara lain. Golongan ini tidak akan pernah puas dengan segala
ketetapan yang telah Allah tetapkan dalam al-Quran dan hadith dan akan terus
berusaha untuk mengubah setiap perkara itu sesuai dengan ideologi serta
pemikiran mereka sendiri. Menurut mereka setiap ketetapan itu bukanlah
dimaknakan secara benar bahkan bagi mereka setiap perkara itu mempunyai
maksud lain yang tersembunyi dan Allah SWT masih mempunyai makna yang
belum disampaikan lagi.

Golongan ini akan terus menerus memikirkan pelbagai cara untuk
menjatuhkan agama Islam dari dalam dan secara halus. Pelbagai cara yang akan
dirancang dan dilaksanakan bagi mempengaruhi umat Islam yang pemikirannya
masih berada dalam kesamaran mahupun yang masih sedikit ilmu
pengetahuannya mengenai agama Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, perlulah
diingatkan sebagai seorang umat Islam hendaklah mempunyai pegangan yang
kukuh terhadap ajaran agama Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan
tidaklah mengambil sesuatu perkara baru yang disampaikan itu secara bulat-bulat
tanpa asal usul periksa terlebih dahulu. Tapislah segala maklumat yang diterima
dengan baik terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan dalam
menurutinya.

Selain itu, tentangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini adalah dengan
munculnya konteks pemikiran seperti yang wujud dalam sains, teori evolusi,
psikoanalisis dan sebagainya. Oleh dengan itu, untuk berurusan dengan falsafah
‘serangan’ yang setiap hari boleh terhakis dalam beragama, perlulah untuk saling
bekerjasama dalam berterusan mendisiplinkan umat Islam dalam setiap
perbuatan dan perkara bagi melihat agama Islam itu sendiri terjaga daripada
ideologi-ideologi serta fahaman yang menyeleweng seperti ini.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 113

Rujukan

Ahmad Sanusi Azmi, Mohd Yusuf Ismail & Zulhilmi Mohamed Nor. 2011.
Gerakan Anti Hadith Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran
Melalui Internet. Jurnal Penvelidikan Islam Bil 24/2011.

Hafiz Firdaus Hamzah.2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor:
Perniagaan Jahabersa.

Khalif Muammar A. Harris. 2009. Atas Nama Kebenaran Edisi Kedua. Selangor:
Institusi Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib abdul Kadir
& Fadlan Mohd Othman. 2013. Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam
Menangani Islam Liberal. Jurnal Hadhari 5 (1) 37 – 53.

Mohd Norzi Nasir, Rosmi Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah
Ismail, Sakinah Salleh & Azman Abdul Rahman. 2016. Metode Kassim
Ahmad dalam Kajian Hadith: Satu Penilaian dalam Timbangan Metode
Ilmiah Ulama Hadith. Jurnal Ilmiah Berwasit Tahun keenam.

Muhammad Ariffin Ismail. 2015. Koleksi Suara Pemikir. Kuala Lumpur: Pejabat
Mufti Wilayah Perseketuan Jabatan Perdana Menteri.

Riduan Mohd Nor & Ahmad Adnan Fadhil. 2009. Islam Liberal dan Pluralisme
Agama. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

al-Taftazani. 1988. Sa’duddin. Sharh al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah, Ahmad Hijzai al-
Saqa. Cairo: Maktabah al-Kuliyyat al-Azhariyyah

Wan Asma’ Wan Abu Bakar, Ahmad Fauzee Abdullah, Azhar Abdul Aziz,
Hasbullah Abdul Rahman, Kalsom Awang & Mazlah Yaacob. 2010.
Beberapa Perspektif dalam Pemikiran Islam. Selangor: Pusat Penerbitan
Universiti Teknologi MARA.

Zuly Qodir. 2003. Islam Liberal: Paradigma Baru Wacana dan Aksi Islam
Indonesia. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

114 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Pemikiran Islam Liberal dalam Pentafsiran Ayat al-Quran
Berkaitan dengan Kebebasan Beragama

Syamimi Amira Shamsul Baharin, Nurul Izzah Saat &
Haziyah Hussin

Pengenalan

Islam merupakan agama untuk semua dan tiada lagi agama lain yang benar
selepas datangnya agama Islam. Islam juga amat mementingkan sifat keasliannya
dan ketulenannya. Namun begitu, kini berlaku banyak penambahan dan
perubahan dalam ajaran sebenar Islam. Antara bentuk perkara rekaan yang dibuat
oleh golongan seperti ini adalah mereka membuat ajaran-ajaran baru bagi
‘membetulkan’ Islam. Mereka lebih mengutamakan logik akal daripada wahyu
yang diturunkan oleh Allah. Mereka mentakwil nas mengikut hawa nafsu mereka
dan menjadikan Islam sebagai pengikut kepada suasana bukan menjadikan Islam
sebagai pemimpin kepada suasana. Mereka mencipta banyak perkara baru yang
bertentang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Nama gelaran mereka mungkin
berbeza-beza tetapi manhajnya sama sepertimana yang disebut di atas. Antara
nama yang masyhur digunakan oleh golongan sebegini adalah Islam Moden,
Islam Pembaharuan, Islam Bebas dan sebagainya dan nama yang masyhur di
nusantara adalah Islam Liberal.

Golongan ini telah pun ada di Malaysia dan mereka aktif menyampaikan
dakyah mereka melalui media sosial dan cetak. Walaupun mereka tidak
mengidentitikan diri mereka sebagai beraliran Islam liberal, tetapi mereka dapat
dikenali berdasarkan manhajnya. Terdapat pelbagai ajaran dan pemikiran mereka
yang berbeza dengan Islam sebenar kerana mereka berfikir hanya mengikut hawa
nafsu dan apa yang diajarkan dalam Islam sebenar, banyak yang cuba mereka
pertikaikan. Namun dalam kajian ini, perkara yang difokuskan adalah pemikiran
golongan Islam Liberal ini terhadap ayat berkaitan kebebasan beragama. Kajian
ini melihat kepada pemikiran mereka berkaitan dengan ayat kebebasan beragama
sahaja dan kajian ini juga melihat kepada hujah-hujah mereka berkenaan
kebebasan beragama serta pandangan ulama tafsir dalam menyatakan kebenaran
berkernaan ayat kebebasan beragama.

Definisi Islam Liberal

Menurut Kamus Dewan (1994), maksud liberal itu terbahagi kepada dua iaitu
bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik
(contohnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan) atau fahaman
bebas. Maksud yang kedua adalah bersifat atau berpandangan terbuka atau bebas
(tidak terikat dengan mana-mana aliran atau pemikiran). Oleh itu, melalui definisi
tersebut, kita dapat lihat bahawa apa yang dimaksudkan dengan Islam Liberal itu

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 115

adalah aliran ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih
daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang sebenar (Hafiz Firdaus 2007).
Mereka mahukan kebebasan pada setiap perkara mengikut kehendak hawa dan
nafsu mereka. Dari sudut bahasa pula, liberal bermaksud bebas, bertoleransi,
berfikiran luas, terbuka, pemurah, tidak tepat dan tidak harfiah (Asmah 2001).
Perkataan kebebasan pula dalam bahasa inggeris ialah freedom dan dalam
dokumen perundangan ia diistilahkan sebagai liberty. Konsep ini dalam
perundangan Islam terletak pada ibahah atau legal permissibility dan hurriyah
dalam konteks berpolitik. Dari segi hukum, ibahah atau mubah membawa
maksud seorang mukallaf diberi kebebasan untuk memilih, melakukan atau
meninggalkan sesuatu (Abdul Munir 2012). Oleh itu, dapat dilihat bahawa
definisi kebebasan dan liberal membawa maksud yang hampir sama.

Wan Adli (2012) memetik kata-kata John Schwarzmantel bahawa
liberalisme adalah suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh
aspek kehidupan manusia, terutamanya pendidikan, agama, sosial, politik dan
budaya. Dalam sejarah, pemikiran ini lahir dalam pengalaman zaman Pencerahan
Barat. Teras kepada idea liberalisme ialah keprihatinan dalam melindungi dan
menggalakkan kebebasan dan autonomi individu, dalam konteks penentangan
terhadap pihak lain sama ada negara, masyarakat atau individu lain yang
mengganggu kebebasan dan autonomi dalam segala aspek ini.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa liberalisme agama adalah sebagai
pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan, dengan maksud
hubungan antara alam, termasuk manusia, dengan Tuhan perlu dibebaskan
daripada kawalan wahyu. Demi merealisasikan matlamat mereka itu, golongan
liberal ini menerima perubahan dalam agama malah menghapuskan ajaran-ajaran
agama agar hubungan Tuhan dan manusia serta alam dapat ditafsirkan semula
dalam bentuk yang lebih terbuka (Alois Victor Simon 2008).

Sejarah Kemunculan Islam Liberal

Sejak lebih kurang satu abad yang lepas, terdapat dua fenomena yang banyak
mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’
oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua
adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang
kebanyakan negara-negara Barat. Apabila mengalami situasi sebegini, terdapat
umat Islam yang tidak mampu untuk menghadapi kemunduran tersebut dan
merasakan agama yang menjadi penghalang untuk mereka mencapai kemajuan.
Oleh itu, untuk menyelesaikan hal tersebut mereka berpendapat caranya ialah
membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian
lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam
dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan
mempraktikkan agama Islam. Golongan umat Islam sebeginilah yang digelar
sebagai aliran Islam Liberal (Hafiz Firdaus 2012).

Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul
kerana kesan psikologi kekerdilan diri inferiority complex yang dihadapi oleh
sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh

116 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap mengagungkan lagi
menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah dan lebih maju sehingga
menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, dan hilang kejatian serta
kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai
kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang
dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak
dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama
ini (Adian 2005).

Asas Pemikiran Liberal

Menurut Burhanuddin Jalal (2017), pemikiran golongan liberal ini terbahagi
kepada tiga asas iaitu:

Kebebasan
Kebebasan ini bermaksud setiap individu bebas melakukan apa sahaja perbuatan
yang ingin dilakukan. Pihak kerajaan mahupun penguasa tidak mempunyai kuasa
untuk membuat peraturan ataupun tegahan. Ianya hanya terikat dengan undang-
undang yang dilakukan oleh individu itu sendiri tanpa terikat dengan mana-mana
peraturan agama.

Individualisme
Aspek ini pula mengandungi dua pengertian, iaitu pengertian mengenai sikap
keakuan (ananiyah) dan cinta terhadap diri sendiri. Ianya membawa makna
kemerdekaan diri dan ini adalah suatu fahaman baharu dalam anutan liberalisme
yang dipanggil sebagai pragmatism. Pragmatisme ialah teori yang menjelaskan
maksud dan kebenaran melalui perlaksanaan idea atau sesuatu kepercayaan
kepada tindakan yang mempunyai kesan praktikal (Kamal Azmi et al. 2016).

Rasionalis
Rasional ini mengutamakan penggunaan akal yang mana di dalam bahasa Arab,
ianya disebut sebagai aqlaniyyun iaitu mendewakan akal. Hal ini bermaksud
penggunaan akal semata-mata dalam mencari dan mencapai sesuatu kepentingan
dan manfaat tanpa memerlukan kekuatan yang lain. Sebagai contoh, kebebasan
adalah hak yang dibangunkan atas kepentingan kebendaan dan hanya dapat
diperolehi melalui penggunaan akal semata-mata. Selain itu, urusan negara
dipisahkan dengan urusan agama kerana mereka percaya sesuatu perkara hanya
mampu dicapai melalui usaha dengan kekuatan fizikal dan akal semata-mata.
Mereka juga mempercayai bahawa pemerintah wajib untuk melindungi rakyat
kerana negara terbentuk untuk menjaga hak asasi setiap individu dan negara perlu
terpisah dari agama dan pemikiran mazhab yang sedia ada.

Melihat kepada asas ideologi pemikiran golongan liberal ini telah
menampakkan secara zahir kepada suatu pegangan dan hak yang
memperjuangkan kebebasan. Golongan liberal ini turut tampil di Malaysia dalam
memperjuangkan hak kebebasan murtad. Seperti contoh, isu Lina Joy (nama

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 117

sebenarnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal antara yang menggesa agar
masyarakat Islam diberi hak murtad tanpa sebarang tindakan undang-undang atau
bebas daripada keputusan Mahkamah Syariah. Bagi aliran ini, mereka berhujah
bahawa hak untuk murtad turut diiktiraf di dalam al-Quran menggunakan dalil
surah al-Baqarah ayat 256 iaitu: “Tidak ada paksaan dalam agama…”. Seorang
peguam merangkap ahli Parlimen iaitu Zaid Ibraim pernah menyebut perihal isu
murtad dalam satu forum anjuran SUHAKAM pada 9 Spetember (Riduan Mohd
Nor 2017).

Definisi Islam membawa maksud kepada menyerah diri, patuh dan taat
kepada perintah Allah SWT, manakala liberal pula membawa kepada pandangan
yang bersifat terbuka dan tidak terkongkong. Penggabungan Islam Liberal dilihat
sebagai satu usaha untuk menggunakan nama Islam secara zahir, akan tetapi,
pada masa yang sama tidak mahu terikat dengan prinsip-prinsip Islam. Dalam erti
kata lain, pembebasan dan kebebasan daripada kekangan akidah, ibadah dan juga
akhlak (Hafiz Firdauz 2007). Inilah tujuan utama yang diingini oleh musuh Islam
tanpa disedari mereka berjaya menjadikan sebahagian umat Islam yang lemah
pegangannya sebagai agen pembawa agenda musuh-musuh Islam untuk
menimbulkan fitnah dalam agama Islam di ambang akhir zaman ini.

Pandangan Islam Liberal Terhadap Kebebasan Beragama

Islam merupakan sebuah agama yang membebaskan manusia daripada belenggu
penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada
penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Selain daripada itu,
Islam juga bersikap terbuka terhadap adat dan peradaban manusia selagimana
ianya tidak membawa kepada kesyirikan ataupun kepercayaan yang khurafat
(Hafiz Firdauz 2007). Bahkan, Islam juga mendukung prinsip kebebasan
beragama dan tidak memaksa untuk memeluk Islam, sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 256 maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan
Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah),
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 99 maksudnya:

Dan (bukanlah tanggungjawabmu Wahai Muhammad menjadikan seluruh umat
manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian
manusia yang ada di bumi. (janganlah Engkau bersedih hati tentang kedegilan
orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka Patutkah
Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang
beriman?

Sekiranya diperhalusi tafsiran ayat ini menggunakan kitab tafsir daripada
para ulama yang muktabar menegaskan bahawa ayat ini ditujukan kepada mereka
yang non-muslim atau orang bukan Islam, iaitu tiada paksaan kepada mereka
untuk memeluk agama Islam melainkan dengan kerelaan sendiri. Sedangkan,

118 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

bagi mereka yang beragama Islam, mereka wajib beramal dengan tuntutan Islam.
Tambahan lagi, hukuman murtad bagi orang Islam boleh disabitkan hukuman
bunuh sekiranya menepati syarat-syarat yang telah digariskan dalam syariat Islam
(Riduan Mohd Nor 2017).

Memandangkan al-Quran dan hadith merupakan dua sumber panduan yang
menjadi asas utama dalam memandu umat Islam, maka, golongan liberal ini
berpandangan bahawa penafsiran yang kononnya bersifat ‘terbuka’ membantu
mereka sesuai dengan edaran zaman sedangkan ianya boleh meruntuhkan
keimanan dan kepercayaan umat Islam ditambah lagi mereka menggunakan dalil
akal yang sukar ditolak bagi masyarakat awam yang tiada pegangan agama yang
kukuh dalam diri mereka. Sedangkan, syarat bagi sesuatu penafsiran itu mestilah
berpandukan al-Quran, hadith, ijma’ sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in dan lain-
lain lagi mengikut syarat-syaratnya.

Kajian ini mengambil pandangan Ahmad Suaedy (2009) bagi menjelaskan
pendirian golongan Islam Liberal berkaitan dengan hak kebebasan beragama dan
hak asasi manusia.

Kebebasan internal
Kebebasan pada tahap ini menegaskan bahawa setiap manusia mempunyai hak
kebebasan untuk berfikir, memiliki keyakinan atau kepercayaan dan beragama.
Ianya mencakupi aspek berkaitan kebebasan untuk menganut agama atau
menetapkan agama atau kepercayaannya atas pilihannya sendiri termasuk untuk
berpindah agama atau kepercayaannya.

Kebebasan eksternal
Kebebasan eksternal atau luaran ini membawa maksud bahawa setiap orang
memiliki kebebasan secara individu atau dalam masyarakat, secara awam
mahupun peribadi untuk memanifestasikan agama dan kepercayaannya dalam
pembelajaran, pengamalan mahupun ibadahnya.

Tiada paksaan
Tiada paksaan bermaksud tiada seorang pun yang dapat menjadi subjek
pemaksaan yang boleh mengurangi kebebasannya untuk memiliki atau
menganuti agama mahupun kepercayaan yang menjadi pilihannya.

Tidak diskriminatif
Wajib bagi sesebuah negara agar menghormati dan menjamin kebebasan
beragama dan berkeyakinan bagi semua individu di dalam wilayah kekuasaannya
tanpa membezakan suku kaum, agama, keyakinan, ras bangsa, jenis kelamin,
bahasa, politik, pendapat dan asal usul.

Hak kepada orang tua dan wali

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 119

Dalam hal ini, negara berkewajipan untuk menghormati kebebasan kepada orang
tua dan juga wali yang sah untuk menjamin pendidikan agama dan juga moral
bagi anak-anak mereka, bersesuaian dengan keyakinan mereka sendiri.

Kebebasan lembaga
Aspek ini menjadi aspek yang utama bagi masyarakat beragama untuk
berorganisasi. Oleh kerana itu, kebebasan ini meletakkan hak kepada mereka
untuk mengatur organisasi mereka secara mandiri tanpa terikat dengan sesuatu
peraturan mahupun syarat.

Non-derogable rights
Komponen ini mengandungi empat hak yang utama iaitu hak untuk hidup, hak
untuk bebas daripada penyeksaan atau hukuman, hak untuk bebas daripada
penghambaan dan seumpamanya dan hak untuk bebas daripada penggunaan
undang-undang penolakan, retroactive (menggunakan undang-undang untuk
mendakwa jenayah sebelum undang-undang tersebut diperkenalkan). Hal ini
membawa maksud bahawa negara tidak boleh menghalang kebebasan beragama
dan berkeyakinan walau dalam keadaan apa pun.

Komponen-komponen ini merupakan suatu yang termaktub dalam rang
undang-undang berkaitan norma-norma hak asasi manusia secara umum. Namun
demikian, ianya masih menimbulkan perdebatan dan memerlukan kepada
penafsiran dan penghuraian apabila dikaitkan kepada kebebasan kepercayaan
dalam konteks masyarakat beragama (Ahmad Suaedy et al. 2009). Oleh itu,
kajian ini merasakan bahawa pandangan golongan Islam Liberal ini tidak lari jauh
daripada apa yang termaktub dalam rang undang-undang ini. Namun, Malaysia
masih lagi terkawal kerana adanya badan-badan berkanun dalam memelihara
perundangan Islam sebagai agama rasmi negara. Hal inilah yang menjadi cabaran
bagi mereka. Akan tetapi, tidak dinafikan telah wujud golongan-golongan
minoriti dalam memperjuangkan asas pemikiran Islam Liberal ini di Malaysia.

Ideologi Islam Liberal tidak hanya terpaut pada memperjuangkan kebebasan
dan pembebasan beragama, tetapi kesan daripada perjuangan mereka ini turut
melahirkan pelbagai lagi ideologi lain seperti pluralisme, sekularisme,
rasionalisme, feminisme dan lain-lain lagi (Abdul Munir et al. 2010). Hal ini
menjadi perkara yang amat berbahaya terutamanya kepada umat Islam. Sekiranya
tidak dibentengi diri dengan bekalan ilmu agama yang utuh di dalam jiwa,
dikhuatiri sekiranya tanpa sedar kita telah menjadi agen kepada musuh Islam
untuk membawa fitnah kepada agama.

Pandangan Ulama Tafsir Berkenaan Dengan Ayat Berkaitan
Kebebasan Beragama

Jaminan atas kebebasan beragama merupakan keperluan dasar manusia, bahkan
merupakan keperluan yang paling asasi dalam kehidupan manusia. Keperluan
akan kebebasan beragama mendapat perhatian sangat besar dalam al-Quran dan
dikategorikan oleh ulama dan fuqaha sebagai keperluan naluri dan fitrah manusia.

120 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Oleh sebab itu, Islam harus disebarkan dalam kalangan masyarakat dengan cara
bijaksana, tanpa tekanan dan paksaan dalam bentuk apapun. Hal ini kerana,
keimanan tidak akan tumbuh dari paksaan dan tekanan.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan dengan kebebasan
beragama atau ayat berkaitan tiada paksaan dalam agama. Namun begitu, ayat al-
Quran yang sering digunakan dalam hal berkaitan kebebasan beragama adalah
ayat 256 surah al-Baqarah maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan
Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah),
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Menurut Ibn Kathir (1420), tafsiran berkenaan ayat ini adalah seseorang
tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam. Hal ini kerana,
kesempurnaan Islam, petunjuk dan bukti-buktinya sudah jelas, sehingga tidak
perlu ada pemaksaan terhadap seseorang itu untuk memeluk Islam. Sesiapa yang
diberikan petunjuk oleh Allah, dilapangkan dadanya dan diberikan cahaya bagi
hati nuraninya, maka ia akan memeluk Islam. Sebab penurunan ayat ini pula
menurut Sahih Tafsir Ibn Kathir adalah berkaitan dengan beberapa orang kaum
Ansar (Abu al-Fida 1420). Berikut adalah riwayat yang terdapat dalam Sahih
Tafsir Ibn Kathir yang bermaksud:

Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, ia menceritakan bahawa ada
seorang wanita yang sukar mendapatkan keturunan. Dia berjanji kepada dirinya
sendiri, jika memiliki anak, dia akan menjadikannya Yahudi. Ketika Bani al-
Nadhir (salah satu kabilah Yahudi) diusir, dan ada di antara mereka adalah anak-
anak kaum Ansar, mereka berkata, “Kami tidak akan mengajak atau menyeru

anak-anak kami.” Lalu Allah menurunkan ayat : ‫َلا إِ ْكَراَه ِفي ال ِدي ِن ۖ قَ ْد تَبََّيَن الُّر ْش ُد ِم َن الْغَي‬

(al-Baqarah : 256).
(Albani, Sahih Abi Daud, Bab Jihad. No 2682)

Berdasarkan Tafsir al-Tabari (1954), Abu Jaafar berkata bahawa para
pentakwil berselisih pendapat dalam menyatakan maksud ayat ini. Sebahagian
menyatakan ayat ini turun berkaitan dengan sekelompok golongan Ansar atau
berkaitan dengan seseorang dari mereka yang memiliki beberapa orang anak
yang telah beragama Yahudi dan Nasrani. Ketika Allah mendatangkan agama
Islam mereka berkeinginan memaksanya memeluk agama Islam. Abu Jaafar
mendatangkan pelbagai riwayat berkenaan dengan sebab nuzul ayat ini dan
antaranya adalah:

Abi Basyar dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas berkata: Ada seorang wanita
yang hidup sendiri tanpa seorang anak, maka dia berketetapan dalam dirinya kalau
ada seorang anak hidup bersamanya dia akan jadikan beragama Yahudi. Ketika
Bani Nadhir di usir ada beberapa anak-anak dari golongan Ansar yang ikut
mereka, kemudian mereka berkata: Kami tidak akan meninggalkan anak-anak
kami! Maka Allah menurunkan ayat 256 surah al-Baqarah ini.
(Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bab Jihad, No.2682)

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 121

Menurut pandangan Abu Jaafar dalam Tafsir Jami’ Bayan fi Ta’wil al-Quran
(1954), pendapat yang paling tepat berkenaan ayat ini adalah ayat ini turun
khusus pada orang tertentu dan masalah tertentu kemudian, hukumnya berlaku
umum untuk segala sesuatu yang maknanya sejenis dan sesuai dengan ayat yang
diturunkan. Ayat ini diturunkan kepada orang yang masih beragama dengan
agama ahli Taurat, maka Allah melarang untuk memaksa mereka beragama
dengan agama Islam. Pandangan Abu Jaafar secara kesimpulannya berkenaan
ayat ini adalah telah jelas pebezaan antara kebenaran dan kebatilan. Sesiapa yang
mencari kebenaran dan petunjukNya maka dia akan bebas daripada kesesatan dan
kekeliruan. Jangan sesekali memaksa seseorang itu untuk memasuki agama Islam
iaitu orang daripada kalangan ahli kitab dan orang yang boleh diambil cukai
daripadanya. Sesungguhnya, orang yang menyimpang daripada kebenaran
setelah dia mendapat petunjuk, maka balasannya diserahkan kepada Allah kerana
Allah yang Maha Menguasai.

Pandangan Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal al- Quran (1903) pula, ayat
ini adalah berkenaan dengan seorang Muslim berperang fi Sabilillah dan tujuan
berperangnya itu bukan untuk memaksa orang lain supaya memeluk Islam dan
menganuti kepercayaannya. Tujuannya adalah untuk menunjukkan jalan yang
benar dan yang batil supaya terhapusnya faktor fitnah dan kesesatan, dan selepas
itu manusia bebas membuat keputusannya, maka inilah yang dimaksudkan dalam
ayat 256 surah al-Baqarah ini.

Berdasarkan pandangan ulama berkenaan ayat tiada paksaan dalam agama,
surah al-Baqarah ayat 256 ini, ayat ini ditujukan kepada ahli kitab atau mereka
yang bukan beragama Islam. Ayat ini menerangkan bahawa, Islam tidak
memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dan bagi orang Islam
pula mereka seharusnya berpegang dengan syarat dan peraturan yang telah
termaktub dalam Islam serta menjaga kesucian agama Islam (Sayyid Qutb 1903).

Kesimpulan

Ancaman pemikiran Islam Liberal perlulah diberi perhatian yang serius oleh
semua pihak. Hal ini demikian bagi memastikan sumber agama Islam yang
sebenar tidak diselewengkan oleh musuh-musuh Islam. Aliran pemikiran yang
membicarakan soal agama dengan berpaksikan akal serta mengelirukan dalam
berhujah mampu memberikan bahaya yang besar kepada umat Islam dengan isu-
isu yang diperjuangkan sehingga dianggap itulah ajaran Islam yang sebenar
disebabkan sumber yang mereka gunakan dari al-Quran dan Hadith. Hakikatnya,
isu-isu ini telah lama diperjuangkan oleh aliran Orientalis Barat, namun kini,
ianya telah dibawa oleh aliran pemikiran Islam Liberal dengan dakyahnya yang
lebih berinovasi dan sistematik sehinggakan orang Islam sendiri tanpa sedar telah
menjadi agen pembawa ideologi mereka.

Islam tidak menghalang kebebasan umatnya kerana Islam adalah agama
yang syumul dan tidak berfikiran sempit. Namun begitu, golongan Islam Liberal
mempunyai pemikiran yang bercanggah dengan erti kebebasan itu. Dalam kajian
ini, dapat dilihat bahawa pemikiran golongan Islam Liberal terhadap ayat
berkaitan kebebasan agama adalah berbeza daripada tafsiran para ulama dan

122 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

tafsiran golongan Islam Liberal ini hanya mengikut logik akal serta hawa nafsu
mereka. Mereka berhujah menggunakan al-Quran dan hadith untuk menyokong
perjuangan mereka yang menuntut kebebasan beragama dengan menyandarkan
dakwaan ini kepada ayat 256 surah al-Baqarah. Golongan ini juga berhujah
bahawa hak untuk murtad adalah merupakan kebebasan beragama bagi setiap
individu.

Pendedahan mengenai penyelewengan aliran pemikiran Islam Liberal perlu
diperluaskan lagi agar masyarakat Islam mengambil tindakan berhati-hati dalam
menapis segala maklumat atau dakyah ideologi yang cuba disebarkan oleh
golongan liberal ini kerana dikhuatiri orang awam khususnya mudah terjatuh ke
dalam lembah kebinasaan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam ini. Perkara
yang paling ditakuti adalah sekiranya golongan cendiakawan dan ilmuwan juga
terperangkap kerana keliru dengan permainan logik akal sedangkan mereka
menjadi tempat rujukan masyarakat awam dalam menghadapi permasalahan.
Kadangkala kebenaran itu seringkali kabur ditutupi dengan logiknya akal tetapi
mudah disingkap dengan hati yang bersih dengan cahaya keimanan.

Islam merupakan agama yang telah disempurnakan oleh Allah SWT melalui
utusan Rasulullah saw sebagai nabi akhir zaman bagi menyampaikan risalah dan
wahyu kepada hamba-Nya sehinggalah di akhir kewafatan Rasulullah saw,
baginda telah mewasiatkan kepada umatnya dua perkara iaitu al-Quran dan
Hadith yang mana ianya bersifat sebagai suatu garis panduan yang memandu
kehidupan manusia kearah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Oleh kerana
Islam telah disempurnakan oleh Allah, maka ianya pasti bersifat syumul dan
relevan sepanjang zaman, sekaligus menafikan dakwaan musuh-musuh Islam
bahawa hukum hakam Islam bersifat kuno dan primitif.

Rujukan

Abdul Munir Ismail. Mohamad Haidar. 2010. Serapan Ideologi dan Pemikiran
Asing: Pengaruh dan Kesannya Terhadap Masyarakat Islam. Selangor:
Jabatan Agama Islam.

Abdul Munir Yaacob. 2012. Islam dan Kebebasan Beragama Menurut
Perlembagaan Persekutuan. Wilayah Persekutuan: Techknowlogic
Trading Sdn.Bhd.

Abu al-Fida, Imad ad-Din, Ismail bin Umar bin Kathir bin Daw bin Kathir bin
Dir. (pntk) Sami b. Muhammad Salamah. 1420. Tafsir al-Quran al-Azim.
Dar Taibah li nashar wa at-Tauzi’

Abu Ja’afar Tabari. (pntk) Ahmad Muhammad Syakir. 1954. Jami’ Bayan fi
Ta’wil al-Quran. al-Qahirah: Dar al-Ma'arif.

Adian Husaini. 2005. Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen Ke
Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta: Gema Insani.

Ahmad Suaedy. Rumadi. M. Subhi Azhari & Badrus Samsul Fata. 2009. Islam,
Konstitusi dan Hak Asasi Manusia: Problematika Hak Kebebasan

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 123

Beragama dan Berkeyakinan di Indonesia. Jakarta Selatan: The Wahid
Institute.
Alois Victor Simon. 2003. Religious Liberalism, New Catholic Encyclopedia.
New York: Thomson Gale.
Anhar Opir. 2006. Islam Liberal: Satu Pendedahan
http://www.tarbawi.my/2016/01/Islam-liberal-satu-pendedahan.html. [15
April 2018]
Asmah Omar. 2001. Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay
Dictionary. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Burhanuddin Jalal. 2017. Menyanggah Fahaman Liberalisme..
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyang
gah-fahaman-liberalisme [15 April 2018]
Hafiz Firdauz Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor Bahru:
Penerbit Perniagaan Jahabersa.
Kamal Azmi Abd Rahman. Indriaty Ismail. Mohd Nasir Omar. 2016. Islam dan
Pragmatisme William James (1842-1910). e-Jurnal Penyelidikan dan
Inovasi Vol. III, No. I (April 2016) 23 – 42 e-ISSN 2289-7909
Nur Raihan Binti Nordin. 2008. Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak
Asasi Wanita. Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Riduan Mohd Nor. 2017. Mengenali Islam Liberal dan Bahaya
Liberalisme.https://www.ismaweb.net/2017/10/12/mengenali-Islam-
liberal-dan-bahaya-seruan-liberalisme/ [15 April 2018].
Sayyid Qutb Ibrahim Husain Syadzili. 1903. Tafsir fi Zilal al-Quran. Beirut: Dar
al-‘Arabiyah.
Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Agama
Terhadap Akidah Belia Muslim. Johor Bahru: Master Gift Sdn.Bhd.

124 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Pemikiran Islam Liberal dalam Pentafsiran Ayat al-Quran
Berkaitan Isu Wanita

Nur Ainun Mardhiah Zulkefli, Fakhrul Ain Muharam & Nor Syamimi

Pengenalan

Dewasa ini perkataan Islam seringkali disandarkan dengan pelbagai perkataan
seperti Islam Progresif, Islam Moderat, Islam Kontemporari, Islam Hadhari dan
akhir-akhir ini Islam Liberal. Perkembangan ideologi Islam Liberal semakin
menular di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan keadaannya semakin
membimbangkan. Pemikiran Islam Liberal ini pada dasarnya berakar pada idea
kebebasan tanpa sekatan, baik dalam bidang agama, ekonomi, sosial, politik dan
perundangan. Bagi mereka, individu lebih penting daripada masyarakat.

Melalui kajian ini, masyarakat dapat mengetahui sejarah perkembangan
gerakan Islam Liberal dan tokoh-tokoh yang memperjuangkannya, mengkaji
pandangan gerakan Islam Liberal terhadap ayat al-Quran berkaitan isu wanita dan
mengetahui pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan
oleh gerakan Islam Liberal. Pandangan gerakan Islam Liberal berhubung
terhadap ayat al-Quran berkaitan isu wanita pula lebih tertumpu kepada perkara
yang diharamkan di dalam Islam, tetapi dihalalkan oleh gerakan ini, begitu juga
sebaliknya. Wanita merupakan golongan yang mudah dipengaruhi, seringkali
menjadi sasaran Gerakan Liberal dalam menyebarkan ideologi Liberal mereka.
Kedudukan wanita seringkali dieksploitasi oleh Barat sehingga mendatangkan
kemudaratan dalam masyarakat bahkan ternyata bertentangan dengan agama.

Oleh yang demikian, fahaman Islam Liberal di dunia Islam perlu dilihat
sebagai satu ancaman. Ini telah dibuktikan oleh sejarah kerana fahaman atau
ideologi merupakan satu cara yang efektif untuk melemahkan umat Islam dengan
menghancurkan mereka dari dalam dan menjauhkan umat Islam daripada
ajarannya. Sejarah perang salib membuktikan umat Islam tidak dapat dikalahkan
melalui senjata dan peperangan. Oleh itu pihak Barat menggunakan cara
imperialisme pemikiran dengan membawa produk baru yang dinamakan Islam
Liberal (Raihan 2008).

Definisi Islam Liberal

Liberal menurut Kamus Dewan adalah bersifat condong kepada kebebasan dan
pemerintahan yang demokratik iaitu menentang hak-hak istimewa kaum
bangsawan. Selain itu, ia juga ditakrifkan dari sudut bahasa sebagai sifat atau
pandangan bebas, pandangan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu
aliran pemikiran sahaja. Edmund Fawcett, dalam bukunya Liberalism: The Life
of an Idea, mengatakan bahawa liberalisme adalah istilah yang sukar difahami
dan tidak mudah untuk didefinisikan. Khalif Muammar (2016) menukilkan di
dalam tulisannya yang berjudul Islam dan Liberalisme setiap tokoh liberal

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 125

mempunyai definisi yang berbeza terhadap liberalisme. Fawcett memberi contoh
bagaimana perkataan liberty yang menjadi ciri utama liberalisme digunakan oleh
Karl Marx, Pope Leo XIII, Mussolini dan parti Nazi dengan maksud yang
bersesuaian dengan ideologi mereka. Hal ini diperkuatkan lagi dengan fakta
bahawa liberalisme tidak memiliki tokoh pengasas utama dan tahun kemunculan
yang jelas. Fahaman ini sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dengan
kemunculan idea-idea yang diperbaharui mengikut perkembangan isu semasa
lantas membezakannya dengan ideologi yang lain.

Sejarah Perkembangan Islam Liberal Di Malaysia

Fahaman liberal telah mula muncul sejak kurun ke-14 lagi dan boleh dilihat
fahaman ini mula mempengaruhi negara-negara Barat sehingga berlakunya
Perang Saudara (1642) dan Revolusi Inggeris (1688) di England pada kurun ke-
17, Revolusi Perindustrian di Eropah pada kurun ke-18, Revolusi Amerika
Syarikat pada kurun ke-18 dan Revolusi Perancis pada 1789.

Pengaruh Islam Liberal ini juga didapati turut disebarkan di Malaysia.
Antara tokoh-tokoh yang dikatakan cuba mengembangkan fahaman ini di
Malaysia ialah Kasim Ahmad, Farish Noor, Syed Akhbar Ali dan ramai lagi.
Manakala terdapat juga banyak pertubuhan yang boleh dilihat terlibat dalam
gerakan Islam Liberal ini. Contohnya, pertubuhan Musawah, Jemaah al-Quran,
Sister in Islam, Suruhanjaya Antara Agama dan lain-lain (Norzila 2017).

Selain itu, golongan ini juga dilihat semakin menonjol semenjak peristiwa
11 September 2001 ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan
oleh Barat berkaitan kemusnahan World Trade Centre di Amerika Syarikat.
Rentetan daripada itu, peningkatan isu murtad dan kristianisasi di Malaysia
menyebabkan kemasukan tokoh liberal ke negara ini sekitar tahun 2012.

Golongan fahaman Islam Liberal ini amat berbahaya terutama di Malaysia
kerana mereka ini terdiri daripada golongan yang berlatar belakangkan ahli
akademik berkelulusan agama, pengamal undang-undang dan cendiakawan.
Golongan ini cuba mengubah konsep ajaran Islam daripada normanya.
Kedatangan Islam Liberal di negara ini juga berpunca daripada golongan lulusan
akademik luar negara yang mengamalkan kebebasan dalam kehidupan. Mereka
membawa masuk ideologi fahaman mereka ke dalam negara dan menyelesaikan
isu masyarakat mengikut kefahaman idelogi mereka yang mana jauh
bertentangan dari landasan agama Islam seperti isu kebebasan perkahwinan
sejenis, LGBT dan juga perkara yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam
seperti perempuan menjadi imam dan kebebasan perempuan membuka aurat di
dalam masjid (Zaik, 2012).

Islam merupakan sebuah agama yang tidak menyekat penganutnya dalam
melakukan kebebasan di dunia selagi mana tidak melanggar syariat Islam. Islam
telah menggariskan panduan yang amat jelas dan jitu di dalam al-Quran dan al-
Sunnah berkaitan cara kehidupan manusia beserta hak-haknya. Oleh yang
demikian, pemikiran atau fahaman Islam Liberal perlu disekat perkembanganya
di negara ini agar kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak dicemari
dengan sewenang-wenangnya.

126 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Tokoh-tokoh Islam Liberal yang Memperjuangkan Hak Wanita

Sisters In Islam (SIS) adalah satu di antara gerakan Islam Liberal yang
memperjuangkan hak-hak wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan
didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non
Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum
(Malaysia) Berhad. Sungguhpun kemunculan SIS boleh dianggap baharu
berbanding pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO wanita yang hadir lebih
dahulu sebelumnya, namun SIS sejak awal kemunculannya lagi telah berjaya
menjadi sebuah gerakan feminisme yang paling popular dan terkehadapan di
Malaysia. Kumpulan ini telah mengadakan kelas kajian terhadap al-Quran, ilmu
tafsir, Syariah dan fiqh. Untuk menjayakan kelas ini, mereka telah menjemput
Dr. Abdullahi Ahmed An-Na‘im dan kemudiannya, Dr. Amina Wadud.

Barisan pengasas awal SIS terdiri dari Zainah Anwar seorang jurnalis,
Salbiah Ahmad pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Rashidah
Abdullah pengasas bersama kepada Asian-Pacific Resource and Research Centre
for Women (ARROW), Rose Ismail penulis kanan akhbar The New Straits
Times, Norani Othman mantan Profesor dan mantan Felo Utama Institut Kajian
Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Askiah Adam iaitu seorang jurnalis, Aminah Wadud iaitu ahli akademik dan
mantan pensyarah UIAM dan Sharifah Zuriah Aljefri pula ialah seorang penggiat
seni. Namun begitu, Amina Wadud dan Askiah sudah tidak menganggotai SIS
lagi, namun mereka masih tetap terlibat dan komited memberi sokongan kepada
SIS (Sisters In Islam, 2006).

Pemikiran Berkaitan Isu Wanita dalam al-Quran

Hak dalam Pusaka

Untuk mencapai agenda mereka, golongan Islam Liberal menciptakan
percanggahan terhadap hukum-hakam fiqh Islam. Pada pandangan mereka,
kemajuan dan kemodenan tidak akan dicapai sekiranya ajaran Islam tidak dibina
semula.

Menurut Mohd Rumaizuddin, golongan Islam Liberal beranggapan bahawa
syariah adalah ciptaan para fuqaha selama 300 tahun pertama Hijrah. Selain itu,
mereka juga menolak syariah Islam dan mengatakan syariah Islam tidak suci serta
produk ulama dan pemerintah tertentu untuk terus berkuasa. Antara hukum
syariah yang perlu dinilai semula menurut pandangan Islam liberal adalah nisbah
atau kadar pembahagian harta pusaka Islam.

Antara tanda penafian mereka kepada tafsiran ulama adalah menerusi ayat
pembahagian harta pusaka dalam Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’
ayat 11 maksudnya:

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 127

perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta
itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika
si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah
satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah
diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan
anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta
banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan
bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat tersebut jelas menyatakan lelaki mendapat bahagian yang lebih
daripada wanita dengan nisbah 2:1. Namun, golongan Islam liberal tetap
menafikan hakikat ini dengan alasan hukum ini mempunyai unsur-unsur
diskriminasi terhadap hak-hak wanita. Walhal, para ulama bersepakat bahawa
kaum lelaki diberikan keistimewaan oleh Allah SWT bagi menerima bahagian
yang lebih dalam warisan harta pusaka. Oleh kerana para ulama yang
mengeluarkan hukum-hakam ini adalah daripada golongan lelaki, golongan
Islam liberal tanpa ragu-ragu menuntut supaya pelaksanaan hukum faraid dikaji
semula. (Ahmad Yumni & Mohd Fairuz 2014)

Hak dalam politik dan kepimpinan

Gerakan feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di
Barat, yang mana pembaharuan mereka lebih bermotif pada isu sosial dan politik
golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit yang berpendidikan
tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang
membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak
wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada
kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. kesannya
hampir semua negara moden di dunia telah memberikan hak politik pada wanita
meskipun proses pemberian hak tersebut tidak sama realisasinya. Keterlibatan
wanita dalam bidang politik sebenarnya bukan lagi merupakan hal yang baru,
kerana mereka sudah aktif dalam pergerakan kebangsaan.

Aliran Feminisme Liberal juga menganggap bahawa hak antara lelaki dan
wanita adalah sama dan sangat penting bagi mereka. Mereka tidak menyokong
perbezaan hak antara perempuan dan lelaki. Hal ini kerana wanita juga
merupakan makhluk rasional, berfikiran yang kritis seperti kaum lelaki (Nur
Indah Ariyani 2007).

Hak dalam kerjaya dan ilmu

Mengenai isu pendidikan, Islam Liberal dan Islam memiliki kesamaan untuk
menjadikan wanita sebagai perempuan yang berjaya dan terdidik. Menurut Islam
Liberal, perempuan sama ada isteri dan ibu bapa harus berpendidikan supaya

128 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

mereka bebas bekerja, berkerjaya dan memiliki kewangan sendiri jika memiliki
ilmu. Tujuan pendidikan ini adalah untuk menjaga akal serta menjaga hak-hak
wanita (Warsito 2013).

Hak dalam keluarga

Golongan ini juga memperjuangkan hak-hak wanita yang sama sahaja dengan
kaum lelaki. Isu-isu seperti ketidakadilan suami, kesukaran dalam menuntut hak
dan nafkah serta keadilan dan keberkesanan badan atau pihak berkuasa agama,
menjadi siri popular yang dihidangkan kepada mereka.

Menurut SIS, lebih malang lagi, trend penyampaian ajaran Islam khasnya
yang berkaitan dengan isu kekeluargaan sama ada melalui kuliah-kuliah agama,
siaran media massa, mahupun keputusan-keputusan di mahkamah Syariah dilihat
tidak membantu memberi kesedaran dan tidak menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan keadilan. Mereka menjelaskan bahawa masyarakat sering
didedahkan dengan ajaran-ajaran seperti kedudukan lelaki yang mengatasi
wanita, lelaki adalah ketua keluarga, kesaksian orang lelaki menyamai kesaksian
dua orang wanita, lelaki diberi hak untuk memukul isteri, neraka tempat isteri-
isteri yang tidak mentaati suami mereka dan seumpamanya. Semua ini dilihat
banyak membawa imej gender yang tidak seimbang dalam ajaran Islam.

Golongan Liberal juga menolak konsep poligami dengan tegas kerana
konsep ini mengundang masalah seperti ketidakadilan, kezaliman dan
penindasan terhadap kaum wanita jikalau diteruskan. Di Indonesia, Nasaruddin
Omar juga berhujah dengan ayat 129 daripada surah al-Nisa’ bagi menolak
amalan poligami. Maksudnya:

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika
kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada
perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

Melalui ayat ini, beliau menyimpulkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran
adalah amalan monogami, bukan poligami. Ini kerana ayat itu secara jelas
menyebut, seseorang lelaki itu tidak mungkin dapat berlaku adil antara isteri-
isterinya. Sisters In Islam berpandangan, poligami hanya dibolehkan pada zaman
berlakunya Perang Uhud dengan menggunakan metode kontekstual terhadap
ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan amalan poligami. Manakala Nik
Noraini, seorang daripada ahli SIS juga menolak pelaksanaan poligami dengan
alasan, pengamalan poligami sebenarnya adalah amalan masyarakat Jahiliyyah
dan bukan sesuatu yang disyariatkan oleh Islam.

Kesimpulannya, golongan Liberal menolak konsep poligami. Mereka
menegaskan bahawa jika konsep ini diteruskan, maka ia mengundang pelbagai
masalah seperti ketidakadilan, kezaliman dan penindasan terhadap kaum wanita.
(Ahmad Yumni & Mohd Fairuz 2014).

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 129

Pandangan Islam Terhadap Isu-isu Wanita

Kedatangan Islam telah merubah kedudukan wanita yang dipandang hina suatu
ketika dahulu pada zaman Jahiliyyah. Bukti Islam telah memartabatkan
kedudukan kaum hawa ialah salah satu surah di dalam al-Quran juga dinamakan
dengan al-Nisa’ yang bermaksud wanita.

Hak dalam pusaka

Harta peninggalan suami mahupun keluarga tidak layak dimiliki oleh wanita pada
zaman Jahiliyyah kerana mereka tidak memiliki hak dalam pewarisan harta.
Namun, dengan kedatangan Islam sebagai din al-hanif telah memberikan mereka
hak dalam penerimaan harta pusaka. Senarai waris wanita yang layak menerima
harta peninggalan si mati juga telah diyatakan dalam syariat Islam. Hak wanita
dalam pusaka telah dijelaskan dalam ayat 11 Surah al-Nisa’;

Maksudnya:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta
itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika
si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah
satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah
diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan
anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta
banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan
bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Melalui ayat ini, pembahagian kadar pusaka kepada anak-anak sama ada
perempuan mahupun lelaki secara jelas telah dinyatakan. Ada beberapa hikmah
di sebalik penetapan ini (Hassan Abbas & Fadil Abbas 1991). Antaranya ialah:

i. Orang lelaki wajib membayar mas kahwin (mahar) kepada wanita
dan mereka diwajibkan menyediakan tempat tinggal, makanan dan
pakaian kepada isteri dan anak-anak.

ii. Lelaki lebih memerlukan kewangan yang banyak untuk menampung
kehidupan seharian seperti memberi nafkah kepada isteri dan anak-
anak, serta menampung kos rawatan dan pembelajaran ahli keluarga.

iii. Perempuan tidak perlu mengeluarkan nafkah atau menanggung
seseorang. Sebaliknya perempuan ditanggung oleh bapa atau
walinya sekiranya belum berkahwin dan perbelanjaan selepas
berkahwin merupakan tanggungjawab suami.

130 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Perkara di atas jelas menunjukkan keadilan syariat Islam. Dakwaan Islam
tidak memberikan hak sama rata dan menindas golongan wanita dari sudut
hukum syariat seperti perwarisan harta pusaka sama sekali hanyalah Ideologi
Liberal untuk membangkitkan kontroversi dalam masyarakat. Allah yang bersifat
Maha Pengasih dan Penyayang tidak sekali-sekali menzalimi hambaNya. Syariat
Islam datang dengan keadilan dan tidak mendiskriminasi mana-mana pihak.
Walaupun jika dilihat secara kasar wanita mendapat bahagian yang sedikit
berbanding lelaki tetapi lelaki dibebani dengan tanggungjawab kewangan yang
banyak terutama selepas mendirikan rumahtangga. Justeru wajarlah mereka
mendapat bahagian pusaka yang lebih berbanding wanita.

Hak dalam politik dan kepimpinan

Sejarah Islam menukilkan bahawa kaum wanita terlibat dalam berbagai bidang
termasuk bidang kemasyarakatan. Tidak terdapat satu pun larangan terhadap
penglibatan wanita dalam bidang kehidupan bermasyarakat, termasuk dalam
bidang politik. Islam memberi hak kepada wanita untuk berpolitik. Ini merupakan
suatu keistimewaan yang telah diberi sejak lebih 1400 tahun yang lalu, di mana
wanita mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin. Dalam apa jua
perkara umum, wanita berhak untuk mengeluarkan pandangan dan mengambil
bahagian dalam politik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Abd al-Rahman Ibn Auf
meminta pandangan daripada wanita sebelum dia memberi sokongan kepada
Uthman Ibn Affan untuk menjadi khalifah. (Roslan 2011) Salah satu ayat yang
seringkali dikemukakan oleh para ilmuwan Islam berkaitan hak politik kaum
wanita sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 71
maksudnya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi
penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan
melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi
rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat di atas memberi gambaran tentang kewajipan melakukan kerjasama
antara lelaki dan wanita dalam berbagai bidang kehidupan terutamanya dalam
menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran (Raihan 2017).

Dari sudut berpolitik pula, Islam membenarkan wanita menyertai politik
berdasarkan prinsip yang ditetapkan dalam ajaran Islam. Islam memberi ruang
untuk wanita menjadi pemimpin sekiranya mempunyai kemampuan dari sudut
mental dan fizikal serta mampu menjaga batas-batas pergaulan. Islam sama sekali
tidak menyekat hak wanita untuk mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang
digariskan dalam Islam termasuk melibatkan diri dalam politik seperti hak keluar
mengundi, hak menjadi calon pilihan raya dan hak untuk bergerak. Wanita
mempunyai ruang dan berhak bersuara kerana Islam menekankan kebebasan dan
menepati apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (Zafrina &
Roslan 2012).

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 131

Hak dalam pekerjaan dan ilmu

Menurut Ibn Qayyim (1953), pelbagai bidang pekerjaan boleh diceburi oleh
kaum wanita dan Islam mensyaratkan supaya kegiatan atau pekerjaan itu
hendaklah bersesuaian dengan fitrah kejadian wanita dan tidak bertentangan
dengan hukum syarak, iaitu tidak mendatangkan fitnah, kemudharatan, dan
bencana kepada orang lain.

Mencari peluang pekerjaan dan bekerja sememangnya digalakkan oleh
agama Islam kepada umatnya sama ada lelaki atau wanita. Wanita Islam pada
zaman Rasulullah SAW banyak melakukan kerja di dalam dan di luar rumah.
Contohnya Asma’ binti Abu Bakar mengemas rumah tangga keseluruhannya,
menjaga kuda dengan memberi makan dan minum. Beliau juga merupakan
khadam Zubir dan khadam rumah tangganya. Pada zaman Rasulullah SAW,
wanita-wanita turut bersama-sama lelaki keluar berperang. Walaupun bukan
berada di barisan hadapan, tetapi mereka merupakan penyelamat dengan merawat
tentera-tentera yang tercedera.

Wanita diiktiraf sebagai makhluk Allah SWT yang dimuliakan sama seperti
lelaki. Islam memandang wanita sebagai makhluk duniawi dan mempunyai roh
yang sama dengan lelaki tetapi berbeza keadaan fizikal daripada lelaki (Fatimah
1996). Untuk menceburi bidang pekerjaan, setiap wanita perlu menimba ilmu
supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam bidang
pekerjaan masing-masing.

Selain menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam, ia
juga membolehkan mereka beribadah kepada Allah SWT dengan benar serta
melaksanakan tugas sebagai seorang wanita, isteri dan anak yang baik dengan
sempurna mengikut syariat Islam. Antara ilmu yang wajib dipelajari termasuklah
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qurān, al-Hadīth serta ilmu-ilmu agama dan
sosial yang lain. Tidak dinafikan bahawa lelaki dan wanita mepunyai kebolehan
tertentu untuk belajar dan menuntut ilmu.

Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan bagi wanita untuk
mempersiapkan diri dengan ilmu yang sesuai agar mereka dapat menunaikan
tanggungjawab berdakwah dan menyeru untuk melaksanakan amar makruf nahi
munkar. Islam membenarkan wanita untuk bekerja demi kebaikan agama,
masyarakat dan negara. Bekerja di luar rumah juga dibenarkan selagi mana
mereka tidak mengabaikan tanggungjawab utama sebagai seorang isteri,
membantu menyediakan keperluan suami serta membesarkan dan memberi
didikan kepada anak-anak.

Hak dalam Keluarga

Bagi menjawab kekeliruan yang timbul oleh fahaman Liberal mengenai isu
poligami, perlu ditegaskan di sini bahawa poligami bukanlah merupakan satu
peraturan ataupun kewajipan. Keharusan dan kebenaran amalan poligami dalam
Islam dapat difahami melalui firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat ketiga
maksudnya:

132 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa
dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu
bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Penolakan amalan poligami oleh SIS kelihatannya agak emosional dalam
membela wanita seolah-olah menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam untuk
mempunyai lebih daripada seorang isteri. Walhal kedatangan agama Islam telah
membataskan bilangan isteri seramai empat orang bagi seorang suami. Ini adalah
kerana sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliyah mempunyai isteri
sehingga mencecah sepuluh orang seperti Ghaylan Ibnu Salamah al-Thaqifi
(Sayyid Qutb 2007). Secara umumnya Islam tidak memerintahkan lelaki untuk
berkahwin lebih daripada seorang tetapi ia membenarkan dengan bersyarat serta
memelihara kelangsungan hidup seorang wanita atau ibu tunggal.

Kesimpulan

Wanita Muslim telah diberi hak kebebasan semenjak dari awal kedatangan Islam
pada awal kurun ke-7 Masihi. Kebanyakan wanita tidak merasakan kebebasan
hak ini kerana kecelaruan pemikiran umat Islam sendiri yang tidak memahami
hal ini. Musuh Islam pula cuba memutar belitkan isu ini untuk memperlihatkan
betapa mundurnya umat Islam. Akibatnya, masyarakat dunia dimomokkan oleh
ideologi Islam Liberal bahawa wanita Muslim tidak bebas, terkongkong, kahwin
secara paksa dan sebagainya. Walaupun wanita Muslim digambarkan dengan
gambaran yang tidak tepat oleh golongan Islam Liberal, mereka tidak dapat
menafikan bahawa konsep kebebasan itu telah wujud seperti yang telah
dihuraikan di atas. Jelas, Allah SWT memberikan kebebasan ini kepada wanita
bagi memberi keseimbangan kepada masyarakat. Inilah keindahan Islam yang
memberikan hak kepada wanita, meletakkan wanita pada kedudukannya yang
tersendiri.

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjaga kemaslahatan dan kesucian
agama kita dan memperjuangkan apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW. Segala ideologi Liberal hanya mengundang kemudaratan kepada ajaran
Islam.

Rujukan

‘Adawiyah Ismail & Salasiah Hanin Hamjah. 2012. Kefahaman terhadap
Kedudukan Wanita Bekerjaya Menurut Islam. Bangi: UKM.

Abdull Rahman Mahmood, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim Badaruddin,
Kamaruddin Hj Salleh. 2009. Penerimaan Bukan Islam terhadap Proses
Islamisasi di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, UKM
Bangi:Institut Islam Hadhari.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 133

Arbaiyyah Mohd Noor, Fatimi binti Hanafi, Mohd Roslan Mohd Nor, Zulkanain
Abdul Rahman. 2009. Hak Asasi Manusia dan Penglibatan Wanita dalam
Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Fadil Hassan Abbas & Sana’ Hassan Abbas. 1991. I’jaz al-Quran al-Karim.
Amman. Dar al-Furqan.

Faisal Ahmad Shah & Mohd Al-Ikhsan Ghazali. 2010. Penyelewengan Aliran
Pemikiran Moden: Tumpuan Terhadap Kekeliruan dan Kecelaruan
Pemahaman Mereka Terhadap Isu-Isu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Farahwahida Bt. Mohd Yusof & Nur Raihan Binti Nordin. 2017. Pandangan
Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Fatimah Muhammad Ali. 1996. Aduhai Wanita Islam, Apakah Perananmu dalam
Menempuh Cabaran Keduniaan. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd.

Ibn. Qayyim Abu Abd Allah al-Dimashqi. 1953. al-Turuq al-Humiyyah fi al-
Siyasah al-Syariyyah. Kaherah: t.pt.

Jamal A. Badawi. 2008. Kedudukan Wanita dalam Islam. t.pt.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pusaka. Kementerian

Kendidikan Malaysia
Khalif Muammar. 2009. Islam dan Liberalisme. Putrajaya: Institut Kajian

Strategi Islam Malaysia (IKSIM).
Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Salah Faham tentang Kedudukan Wanita

Muslim. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Qutb. 1979. Salah Faham terhadap Islam. Sharikat Dian Sdn. Bhd.
Norzila Baharin. 2017. Liberalisme: Bendung Sebelum Membunuh. Islam dan

Melayu (ISMA).
Norzulaili Mohd Ghazali. 2009. Hak Wanita dalam Pusaka Menerusi Ayat 11,

12 dan 176 Surah al-Nisa. Nilai: USIM.
Nur Raihan Nordin. 2008. Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak

Asasi Wanita. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Sharifah Nooraida Wan Hasan & Raihanah Abdullah. 2016. Hak-hak Wanita

Muslim dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Sisters In Islam. 2006. Empowering Voices for Change. Annual Review. Sisters

In Islam. Selangor.
Siti Zafrina Mohd Zahari dan Mohd Roslan Mohd Nor. 2012. Wanita Melayu

dan Pilihanraya di Semenanjung Malaysia dari Tahun 1959-2008, dalam
Islam dan Alam Melayu: Tradisi Ilmu, Kerohanian, Pendidikan, Ekonomi,
Perundangan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
Wan Adli Wan Ramli. 2014. Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan
Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Yusuf Qardawi. 1996. Min Fiqh al-Daulah fi al-lslam. Kaherah: Dar al-Shuruq.

134 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

Kesilapan Dalam Penterjemahan al-Quran Bahasa Malaysia

Faried Ilyas Johari, Nasrul Azim Roslan & Haziyah Hussin

Pengenalan

Al-Quran adalah satu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
daripada Allah SWT kepada umat-umat baginda. Penurunan al-Quran yang
diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril sebagai kitab suci serta agung
mesti ada petunjuk dan perintah yang baik untuk pedoman hidup di dunia
mahupun di akhirat. Umat Islam sangat meyakini akan pegangan bahkan menjadi
rujukan yang tiada tandingannya yang mengkaji dari segi bidang apa pun.
Kemunculan idea penterjemahan terutama penterjemahan al-Quran menjadi satu
keperluan rentetan daripada penyebaran Islam yang berkembang dan pemikiran-
pemikiran agama secara meluas dalam kalangan bangsa bukan Arab dan ia
menjadi satu kepentingan kerana terdapat dua sebab utama iaitu untuk
menyampaikan mesej Islam kepada bukan Muslim dan mengajak mereka
memikirkan apa yang al-Quran sampaikan. Manakala sebab kedua ialah untuk
menjelaskan petunjuk yang diturunkan dan keinginan Allah SWT kepada Muslim
yang berkomunikasi selain daripada bahasa Arab. Tanpa terjemahan al-Quran,
pasti sukar untuk menggambarkan satu cara yang berkesan untuk menyampaikan
dakwah sama ada kepada Muslim dan bukan Muslim.

Teori terjemahan sebenarnya satu disiplin linguistik yang menjelaskan
kerangka pendekatan atau aliran pemikiran yang digunakan dalam sesuatu
kaedah penterjemahan yang hendak dilakukan (Newmark 1981). Menurut
pandangan Maheram Ahmad (2008), beliau berkata bahawa teori penterjemahan
ini membekalkan semacam kerangka dasar, petunjuk dan peraturan untuk
menterjemahkan teks dan menilai terjemahan. Ia juga dianggap sebagai satu
gambaran latar untuk menyelesaikan sesuatu masalah terjemahan. Oleh
demikian, banyak teori baru dalam bidang penterjemahan yang ditemui mengikut
peredaran zaman. Masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam
menterjemahkan sesuatu teks bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Pada
peringkat awal kedatangan Islam, pengajian al-Quran dalam masyarakat umat
Islam menggunakan kaedah yang diamalkan oleh para sahabat r.a iaitu secara
lisan sahaja tanpa mushaf tertentu. Kaedah pembelajarannya secara talaqqi dan
mushafahah. Secara umumnya, para pelajar mendengar dan mengikuti bacaan
guru sehingga bacaan tersebut dapat dibaca dan dihafal dengan sempurna (Daud
& Asyraf 2007). Kemudian pengajian al-Quran dipermudahkan dengan adanya
mushaf sebagai rujukan umat Islam. Mushaf yang digunapakai adalah mengikut
kaedah rasm imla’i sepertimana yang telah dijelaskan oleh Engku Alwi bin
Ambak (Daud & Asyraf 2007).

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 135

Pengertian Terjemahan al-Quran

Lafaz terjemahan yang dirujuk melalui bahasa Arab membawa maksud kepada
empat makna yang pertama ialah pengertian terjemahan adalah menyampaikan
sesuatu percakapan kepada seseorang yang belum mengetahuinya. Kedua,
menafsirkan sesuatu percakapan menurut bahasanya itu juga. Ketiga,
menafsirkan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lainnya dan yang keempat,
memindahkan sesuatu kalam dari sesuatu bahasa ke bahasa yang lain. Dalam
konteks kajian ini, secara harfiahnya, terjemahan bermaksud menyalin atau
memindahkan suatu perbicaraan dari satu bahasa ke bahasa lain (Ahmad Izzan
2011).

Terjemahan al-Quran membawa maksud memindahkan makna kandungan
al-Quran itu pada bahasa lain yang bukan dari bahasa Arab. Hal ini untuk
memudahkan bagi orang yang tidak dapat memahami bahasa Arab untuk
memahami dan menghayati kandungan makna al-Quran yang disampaikan
melalui perantaraan terjemahan. Sebagai kitab suci yang diturunkan dan menjadi
pedoman bagi setiap umat Islam, al-Quran itu perlu diterjemahkan kedalam
pelbagai dan menjadi keutamaan yang penting kerana semua umat Islam di dunia
ini bukan keseluruhannya dapat menguasai bahasa al-Quran itu sendiri. Oleh
sebab itu, menurut pandangan Amzah yang dinukilkan oleh M. Yusuf (2012),
masyarakat awam di luar perlu dibantu untuk memaknai kefahaman kandungan
al-Quran itu melalui terjemahan. Jadi, terjemahan merupakan saranan penting
dalam penyampaian isi kandungan al-Quran kepada umat manusia, baik muslim
mahupun non-Muslim.

Kaedah-Kaedah Dalam Penterjemahan

Kaedah penterjemahan al-Quran merupakan satu tanggungjawab yang sangat
berat untuk dipegang dengan pemerhatian yang cukup teliti dalam
menterjemahkan setiap patah perkataan al-Quran agar tidak berlaku kesilapan
dalam memahami maksud dan makna yang terkandung. Terjemah secara bahasa
digunakan untuk beberapa makna, semuanya kembali kepada makna penjelasan
dan penerangan. Adapun secara istilah adalah mengungkap suatu ucapan atau
perkataan dari bahasa asal kepada bahasa lain.

Menurut pandangan Abd Rahman Dahlan (1997), menterjemah adalah satu
perkara yang perlu dipandang berat dan serius bagi menjamin tiada kesilapan dan
kesalahan yang berlaku. Namun begitu, dalam menterjemahkan sesuatu perkara
itu perlu ada ilmunya terlebih dahulu dan diikuti dengan ilmu-ilmu yang
berkaitan yang bersifat mendokong penterjemahan itu. Begitu juga dengan
seorang mufassir dalam menterjemahkan al-Quran. Al-Quran diturunkan
daripada Allah SWT sebagai petunjuk dan pembimbing bagi manusia tidak kira
mengikut waktu dan tempat dan berfungsi bagi manusia untuk memaknai dan
memahami makna-makna al-Quran. Jika kandungan penterjemahan berlaku
kesilapan, maka akan berlaku kesalahfahaman dalam memaknai perintah-
perintah Allah melalui wahyu al-Quran yang diturunkan. Dalam memahami
kandungan makna al-Quran, setiap muslim pasti mengharapkan agar dapat

136 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

mengetahui terjemahan dan memahami ayat-ayat al-Quran. Langkah terpenting
yang perlu ada dalam diri seseorang muslim adalah berdasarkan niat untuk
mempelajarinya. Allah SWT akan memudahkan urusan sesiapa yang
mempelajari ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah dalam al-Quran surah
al-Qamar ayat 17 maksudnya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil
peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Maka apa yang dinyatakan dalam ayat tersebut bukanlah kemampuan tetapi
kemahuan seseorang itu untuk mempelajari dan memahami ayat tersebut. Maka,
Allah akan memudahkan urusan tersebut berdasarkan firmanNya dalam surah
Maryam ayat 97 maksudnya:

Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya al-Quran ini dengan bahasamu
(wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya
kepada orang-orang yang bertakwa dan supaya engkau memberi amaran
dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.

Seseorang yang hendak menterjemahkan al-Quran hendaknya terlebih
dahulu mengetahui dan meyakini dengan baik bahawa al-Quran itu mengandungi
pelbagai ilmu pengetahuan dan meraih kemaslahatan manusia serta mencegah
manusia daripada segala bentuk bahaya dan kemudaratan yang akan menimpa di
dunia mahupun di akhirat. Dalam menterjemahkan al-Quran, ada beberapa syarat
yang perlu dipenuhi oleh penterjemah dalam menterjemahkan al-Quran.
Antaranya ialah:

i. Penterjemah al-Quran harus menguasai bahasa Arab kerana al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab dan juga menguasai bahasa
penterjemahan itu.

ii. Penterjemah al-Quran perlu mempunyai pengetahuan agama yang luas
dan juga meyakini ajaran al-Quran dari segi akidah, feqah dan tasawuf
ataupun ia lebih dikenali sebagai ilmu Fardhu Ain.

iii. Penterjemah al-Quran harus membebaskan dirinya dari segala bentuk
yang menuju kearah kepentingan diri dan pemikiran lain. Penterjemah
wajib memahami maksud ayat-ayat tanpa menambah sesuatu yang lain
dari konteks ayat yang dimaksudkan.

iv. Penterjemah al-Quran adalah seorang Muslim, bersifat adil dan
dipercayai (thiqah).

v. Penterjemah al-Quran perlu berpegang teguh dengan prinsip-prinsip
penafsiran al-Quran yang telah digariskan.

Menurut Salah al-Khalidi dalam kitabnya Ta’rif al-Darisin bahawa faktor-
faktor yang menyebabkan kesilapan penterjemahan dan penafsiran al-Quran
adalah bermulanya dengan niat. Niat adalah memainkan peranan penting dalam
membuat suatu perkara agar tidak tergelincir dalam kepentingan sendiri.
Seterusnya, kesilapan dari segi manhaj yang dibawa. Seorang penterjemah atau

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 137

mufassir perlu membawa manhaj pemikiran yang betul berdasarkan wahyu al-
Quran dan juga syarat yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Kejahilan
bahasa Arab akan menyukarkan seorang pernterjemah menterjemahkan sesuatu
perkataan yang membawa banyak maksud. Penterjemah harus menguasainya
lebih-lebih lagi dalam mengetahui dalil (lafaz penggunaan) dan madlul (manhaj
fikrah ayat) dalam konteks ayat yang dituju.

Jenis-Jenis Kesilapan

Contoh Kesilapan Terjemahan al-Quran Berasaskan Tafsir ‘Ilmi

Tafsir ‘ilmi merupakan satu istilah moden yang terbentuk daripada dua perkataan
iaitu tafsir dan ‘ilmi (Ali al-Shiddi 2010). Dari sudut bahasa tafsir adalah kata
terbitan kepada kata kerja fassara yang memberi maksud penjelasan dan
penerangan. Manakala dari sudut istilah ilmu tafsir merupakan satu ilmu yang
membahaskan apa yang dimaksudkan Allah SWT dengan kadar kemampuan
manusia, dan ilmu tersebut merangkumi setiap sesuatu yang memberikan
kefahaman makna dan menerangkan apa yang dimaksudkan. Sementara
perkataan ‘ilmi pula adalah kata nisbah bagi ‘ilm dan berperanan sebagai kata
sifat kepada tafsir (Abd al-Azim 1995).

Terdapat beberapa contoh kesilapan yang terdapat dalam terjemahan al-
Quran yang sedia ada dan cuba untuk membetulkan kesilapan tersebut berasaskan
kaedah tafsir ‘ilmi agar terjemahan makna ayat tersebut bertepatan dengan fakta
sains moden antaranya adalah tentang terjemahan al-Namlah. Berikut adalah
contoh kesilapan terjemahan yang terdapat dalam tafsir-tafsir. Allah SWT
berfirman dalam ayat 18 surah al-Naml:

‫ﮎﮏ ﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘ ﮙﮚ ﮛﮜ‬

‫ﮝﮞﮟ ﮠﮡ‬

Terjemahan makna ayat di atas boleh didapati dalam beberapa terjemahan Bahasa
Melayu, antaranya:

Tafsir Pimpinan al-Rahman

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Wadi al-Naml”,
berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu
masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan
kamu, sedang mereka tidak menyedari.”

Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim

“Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai
semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh
Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

Al-Qur’an Mushaf Malaysia dan Terjemahan

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke lembah semut, seekor
semut berkata, “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing,

138 | Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018

jangan sampai Sulayman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedangkan mereka tidak menyedari.”

Kalimah yang menjadi perbincangan dalam ayat ini adalah al-namlah. Apa
yang dapat diperhatikan kesemua terjemahan di atas memberikan terjemahan
yang sama kepada makna perkataan tersebut iaitu “seekor semut”. Hal ini telah
menimbulkan persoalan sama ada semut yang berkata-kata tersebut jantan
ataupun betina, ini kerana semut adalah haiwan yang mempunyai jantina.

Seterusnya terjemahan al-‘Ankabut dalam ayat 41 surah al-‘Ankabut:

‫ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉﮊ ﮋ‬

‫ﮌﮍﮎﮏﮐ ﮑﮒﮓﮔ‬

Terjemahan makna ayat di atas dalam beberapa terjemahan Bahasa Melayu,
antaranya:

Tafsir Pimpinan al-Rahman

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah
sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti
labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)
padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah,
kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan”.

Terjemahan al-Hidayah al-Qur’an al-Karim

“Perumpamaan orang yang meminta perlindungan selain Allah sebagai pelindung-
pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya
rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka
mengetahui”.

Al-Qur’an Mushaf Malaysia dan Terjemahan

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah
seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling
lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui”.

Kalimah yang menjadi perbincangan dalam ayat ini adalah al-ankabut. Apa
yang dapat diperhatikan kesemua terjemahan di atas memberikan terjemahan
yang sama kepada makna perkataan tersebut iaitu “labah-labah”. Hal ini telah
menimbulkan persoalan sama seperti perbincangan mengenai semut sebelum ini
sama ada labah-labah tersebut jantan ataupun betina, ini kerana labah-labah juga
adalah haiwan yang mempunyai jantina.

Melihat kepada terjemahan-terjemahan tersebut, dapat disimpulkan bahawa
perkataan al-ankabut dalam ayat tersebut adalah labah-labah betina dan tidak
memadai jika diterjemahkan maknanya sekadar “labah-labah”. Justeru penulis
memberikan cadangan terjemahan makna “labah-labah betina” dan diberikan
sedikit penghuraian bahawa labah-labah betina secara lazimnya membuat sarang
berbanding labah-labah jantan.

Prosiding Seminar Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran 2018 | 139

Berdasarkan pemerhatian dalam pengkajian ini, pertembungan dalam
memahami makna kandungan al-Quran berdasarkan tafsir ‘ilmi menimbulkan
persoalan dan kekeliruan bagi yang membacanya. Oleh sebab itu, ‘ilm
merangkumi kesemua pengetahuan manusia tanpa menghadkan satu daripada
pengetahuan tersebut. Takrifan ‘ilm berbeza kerana berdasarkan perbezaan
individu yang memberikan takrifan tersebut berdasarkan bidang kajian mereka.

Contoh Kesilapan pada Terjemahan Teks Al-Quran

Kesalahan mushaf al-Quran terjemahan yang direkod pada Mac 2011 terbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang telah dilaporkan kesalahan oleh pihak
kementerian. Berdasarkan kepada rekod aduan, terdapat beberapa kesalahan
pada terjemahan teks al-Quran yang akan memberi kesan secara tidak langsung
kepada pembaca. Kesalahannya adalah seperti berikut:

1. Kesalahan yang dimaksudkan ialah terjemahan yang tidak sempurna pada
ayat 37 surah al-A’raf. Terjemahan yang dimaksudkan adalah seperti
berikut: “orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-
ayatNya. Orang-orang itu akan”. Penterjemahan ayat yang betul adalah
seperti berikut:

“Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap
Allah atau yang mendustakan ayat-ayat-Nya. Orang-orang itu akan
mendapat bahagian mereka (di dunia) daripada apa yang telah tersurat (bagi
mereka), hingga apabila datang utusan-utusan Kami (malaikat) yang
mengambil nyawa mereka, bertanya Malaikat itu (kepada mereka):
“manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu sembah selain
Allah?” Mereka menjawab: “semua itu telah lenyap dan hilang daripada
kami”, dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa
mereka adalah orang-orang yang ingkar”.

2. Mushaf al-Quran dan Terjemahan Perkata terbitan Syarikat Magfirah
Pustaka al-Madani Enterprise juga mempunyai kesalahan pada
terjemahan. Kesalahan ini direkodkan pada Januari 2012. Kesilapannya
berlaku seperti berikut:


Click to View FlipBook Version