Kompilasi Penulisan Infografik
Webinar Tokoh Ilmuwan Islam 2021
SUMBANGAN DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
DALAM PEMBANGUNAN ISLAM
Penyelenggara
NAJAH NADIAH AMRAN
Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Fakulti Pengajian Islam,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Terbitan Pertama 2021
Hak Cipta Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diterbitkan di Malaysia oleh:
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Malaysia.
Fakulti Pengajian Islam
Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Pembangunan Islam
e-ISBN
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
Prakata YB. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) 5
6
Prakata YBrs. Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 7
8
Aturcara Webinar 10
13
Maklumat Pembentang dan Moderator
28
Segmen 1: Pendahuluan
Segmen 2: Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Pembangunan Islam di Malaysia 40
Dr. Fauzi bin Deraman (Persatuan Ulama’ Malaysia) 50
Segmen 3: Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Bidang Hadis di Malaysia 3
Prof. Madya Dr. Ishak bin Hj. Suliaman (Universiti Malaya)
Segmen 4: Pemikiran Tafsir Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Karya Tafsir Pedoman Muttaqin
Dr. Haziyah Hussin (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Segmen 5: Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Pembangunan Islam di Kelantan
Dr. Burhan bin Che Daud (Universiti Malaysia Kelantan)
KANDUNGAN MUKA SURAT
63
Segmen 6: Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Dalam Bidang Tafsir Ilmi 73
85
Dr. Monika@Munirah binti Abdul Razzak (Universiti Malaya) 97
122
Segmen 7: Suhbah ‘Ulama’: Pengalaman Bersama Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
4
Prof. Madya Dr. Nik Yusri bin Musa (Universiti Malaysia Kelantan)
Segmen 8: Peranan Dr. Abdul Hayei Dalam Pendidikan Hadith Mawdu’ Kepada Masyarakat
Dr. Rosni binti Wazir (Kolej Universiti Islam Selangor)
Segmen 9: Maqasid Hadith al-Fitan Dalam Karya ‘Islam Dalam Sabda’
Dr. Najah Nadiah binti Amran (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Penghargaan
PRAKATA
Yang Berhormat Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama
berkumpul secara dalam talian bagi menjayakan webinar hari ini. Saya amat berbesar hati dan ingin merakamkan penghargaan kepada
Fakulti Pengajian Islam dan khususnya kepada Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah kerana telah mengambil daya usaha untuk
berkolaborasi dengan (Bahagian Penyelidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bagi menganjurkan webinar tokoh ilmuwan
Islam ini. Saya percaya kolaborasi antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia ini dapat
mencipta sinergi baharu, memperluaskan lagi jaringan serta memberikan impak besar kepada masyarakat dan negara dan secara
khususnya kepada Negeri Kelantan Darulnaim. Terima kasih saya ucapkan.
Dr Abdul Hayei Abdul Sukor merupakan seorang tokoh ulama dari Kelantan Darulnaim. Beliau merupakan cucu kepada seorang alim ulama
Kelantan iaitu Haji Saad bin Haji Daud atau lebih dikenali ramai sebagai Haji Saad Kangkung. Saya percaya, banyak sisi mengenai tokoh
ulama Kelantan ini akan dapat diteroka bagi kita ketengahkan kepada masyarakat khususnya sumbangan mereka kepada Pembangunan
Islam di Kelantan dan Malaysia. Sejak usia muda iaitu di awal kerjaya beliau sebagai pensyarah di Nilam Puri sehinggalah ke akhir hayat, Dr
Abdul Hayei telah mencurahkan tenaga dan ilmu bagi pembangunan ilmu di negeri Kelantan. Tokoh ini sangat terkenal dan berjasa kepada
ummah kerana beliau telah menghasilkan sebuah tafsir berbahasa Melayu iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin dan tulisan-tulisannya yang lain
dalam bidang hadis dan akidah.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan amat komited dalam mencapai objektif mengembalikan kemuliaan insan dan melahirkan
sebuah masyarakat dan negeri yang bertaqwa. Sejak penubuhannya pada tahun 1980 sehinggalah ke hari ini Jabatan ini telah menjangkau
40 tahun, pelbagai aktiviti dan program dakwah, pembangunan kerohanian dan keilmuan telah dijalankan bagi merealisasikan objektif
murni ini. Bahagian Penyelidikan JAHEAIK aktif dalam membuat kajian, penyelidikan dan penilaian berkaitan Hal ehwal agama Islam. Saya
berpandangan webinar pada hari ini mestilah diteruskan secara berkala agar idea-idea dari pihak agensi agama negeri dan universiti serta
dapatan-dapatan kajian terbaharu dapat dialirkan kepada pengetahuan masyarakat. Oleh itu pihak kami mengalu-alukan usaha kolaborasi
penyelidikan dan berharap agar objektif webinar ini iaitu menghasilkan sebuah buku ilmiah mengenai tokoh ulama Kelantan ini akan
berjaya dilaksanakan.
Sebagai penutup bicara , sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Fakulti Pengajian Islam, para pembentang dan semua hadirin.
Terima kasih.
YB. DATO’ HAJI CHE MOHD RAHIM BIN HAJI JUSOH, D.P.S.K (Kelantan)
5
PRAKATA
YBrs. Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Alhamdulillah, saya amat berbesar hati dengan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini. Dalam kesempatan ini saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang telah berkolaborasi dengan Pusat
Kajian al-Quran dan al-Sunnah dalam penganjuran webinar ini. Fakulti juga ingin mengucapkan terima kasih kerana pihak Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah bersetuju membiayai usaha penyelidikan bagi menerbitkan buku ilmiah mengenai
sumbangan al-Marhum Dr Abdul Hayei Abdul Sukor.
Pada tahun 2020 menyaksikan kita telah kehilangan tokoh ilmuwan zaman, iaitu Almarhum Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor.
Beliau ialah seorang tokoh ulama dalam bidang tafsir dan hadis yang tidak asing bagi kita semua. Beliau juga merupakan pakar
rujuk dalam hal ehwal agama Islam di peringkat negeri dan kebangsaan. Malah kepakaran beliau juga diiktiraf di peringkat global
apabila dilantik sebagai penasihat syariah institusi kewangan antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa bidang ilmu pengajian Islam
sentiasa diperlukan oleh pihak agensi sama ada dari dalam dan luar negara.
Fakulti Pengajian Islam sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberikan khidmat keilmuan terbaik kepada warga negara kita.
Sebagai sebuah universiti watan terawal yang menawarkan bidang Pengajian Islam di peringkat prasiswazah dan siswazah, Fakulti
ini akan mengorak langkah lebih pantas menawarkan program Pengajian Prasiswazah secara ODL (Open Distance Learning) tidak
lama lagi. Selain itu, sebagai sebuah universiti penyelidikan, Fakulti Pengajian Islam sederap dengan aspirasi UKM untuk
menjalankan penyelidikan secara aktif dan berimpak. kami berharap kolaborasi bersama pelbagai agensi termasuk agensi agama
negeri dapat mengumpul kepakaran silang bidang yang semakin diperlukan untuk kemajuan agama dan negara. Oleh itu, kami
mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai kami dengan melakukan kajian-kajian dalam bidang Pengajian Islam
di peringkat sarjana dan doktor falsafah pada masa hadapan.
Sebagai penutup kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan, para pembentang dan
kepada seluruh peserta webinar. Selamat berwebinar dan semoga tuan dan puan sentiasa dalam jagaan Allah SWT.
Terima kasih.
PROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI BIN LONG
6
Masa ATURCARA WEBINAR 7
8.00 pagi
Aktiviti
8.30 pagi Kehadiran peserta, pembentang dan dif jemputan
Bacaan ayat suci al-Quran
9.00 pagi Majlis Perasmian
10.00 pagi Ucapan Alu-aluan YBrs. Dekan FPI
11.30 pagi Ucapan Perasmian YB. Dato’ Pengarah JAHEAIK
1.00 petang
Sesi 1: Sidang Pertama
Sesi 2: Sidang Kedua
Sesi 3: Sidang Ketiga
Penutup & Bersurai
MAKLUMAT PEMBENTANG DAN MODERATOR
8
SEGMEN 1:
PENDAHULUAN
Najah Nadiah Amran
Kelahiran, Pendidikan dan Kerjaya
Abdul Hayei Abdul Sukor merupakan seorang tokoh ulama berasal dari Negeri Sekembalinya di tanah air, Abdul Hayei bertugas sebagai pensyarah di YPTIK Nilam
Kelantan Darulnaim dan merupakan cucu kepada Haji Saad bin Haji Daud (1893- Puri dari tahun 1976 -1979 dan kemudiannya di kampus Kuala Lumpur. Beliau telah
1943) atau lebih dikenali dengan nama Haji Saad Kangkung seorang alim ulama melanjutkan Pengajian ijazah kedoktoran di Universiti Malaya dengan kajian berkaitan
Kelantan yang terkenal. Abdul Hayei dilahirkan di Pasir Mas pada 6 November 1947 sumbangan dan pengaruh tokoh ulama hadith India iaitu Shah Waliyullah al-Dihlawi di
bersamaan 22 Zulhijah 1366 Hijrah. Sebagai anak keturunan keluarga ulama’, didapati Kelantan. Kerjaya akademik Abdul Hayei bermula di Nilam Puri, Kelantan. Beliau
bahawa tradisi pendidikan awalnya berlangsung menerusi jalur didikan alim ulama menjadi pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK).
pondok.
Pendidikan keluarga menjadi asas pertama yang memasak budi dan ilmu. Antara Setelah YPTIK diambilalih dan menjadi Akademi Islam Universiti Malaya cawangan
pusat pengajian yang telah membentuk didikan awal beliau dalam bidang agama ialah Nilam Puri pada tahun 1980, bermulalah kerjaya Abdul Hayei sebagai pensyarah
Pondok Pasir Tumbuh dan juga pondok-pondok pengajian Islam yang lain di Kelantan. Universiti Malaya. Peralihan pentadbiran YPTIK oleh Universiti Malaya membuka
Pengajian pondok yang diperolehi oleh Abdul Hayei sejak diusia dini menjadi asas ruang kerjaya baharu untuk pensyarah Pengajian Islam sederap dengan
kepada ilmu-ilmu yang diterima oleh beliau di peringkat remaja dan bekal pembinaan perkembangan jurusan lain di bandaraya Kuala Lumpur. Dari Kelantan, Abdul Hayei
karektor dan pemikiran beliau baik dalam pengajaran dan penulisan. berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau dikatakan berulang-alik antara Kota Bharu dan
Beliau seterusnya ke Sekolah Menengah Falahiah dan Jami’ Merbau atau dikenali Kuala Lumpur untuk beberapa tahun. Pada masa ini juga beliau telah mengajar di
pada hari ini sebagai Maahad al-Muhammadi. Sungguhpun pada waktu itu telah ramai Masjid al-Muhammdi dan masjid-masjid yang lain di Kuala Lumpur dan Selangor.
penuntut agama lepasan Jami’ Merbau melanjutkan pengajian ke universiti al-Azhar di
Mesir, didapati bahawa atlas perjalanan ilmu dan kesarjanaan Abdul Hayei telah Kerjaya Abdul Hayei menapak lagi ke atas apabila dilantik sebagai Dekan Fakulti
meninggalkan jejak di India. Beliau menuntut di Dar al-Ulum Deoband di India sebelum Usuluddin Universiti Malaya dan ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi
beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana di al-Azhar dalam bidang hadith. Pengajian Islam. Sepanjang kerjaya sebagai pensyarah, beliau mengendalikan kursus
Inilah keunikan rihlah ilmiah Abdul Hayei Abdul Sukor yang membentuk kesarjanaan berkaitan tafsir dan hadith sama ada pengajian prasiswazah dan pasca siswazah.
beliau dalam bidang tafsir dan hadith pada kemudian hari. Namun penting ditekankan Setelah sekian lama berkhidmat iaitu hampir 23 tahun akhirnya beliau bersara pada
sungguhpun beliau dalam bidang hadis, kesarjanaan beliau dalam disiplin ilmu Islam tahun 2003. Jawatan akademik tertinggi yang diperolehi beliau ialah Sebagai
yang lain juga kukuh seperti penguasaan Bahasa Arab, Ilmu fiqh, ilmu aqidah. Professor Madya.
10
Kesarjanaan
Sebagai pakar dalam bidang tafsir dan hadith, Abdul Hayei dilantik menganggotai Beliau juga aktif di persada media elektronik melalui antaranya Forum Ehwal Islam
beberapa jawatankuasa utama di peringkat universiti, negeri dan kebangsaan. Selain itu dan rancangan TV Islam dalam Sabda. Beliau juga menulis dalam blog dan pelantar
beliau terlibat sebagai penasihat industri kewangan dan perdagangan. Perlantikan media sosial lain seperti Facebook dan laman sesawang agensi. Selain itu didapati
sebagai pakar rujuk dan pengerusi di peringkat nasional menjadikan penglibatan Abdul juga kaset dan rakaman ceramah beliau sama ada dalam program surau, masjid
Hayei semakin menyerlah dalam hal ehwal agama Islam baik di negeri Kelantan ataupun dan agensi agama turut disimpan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Rakaman
Wilayah Persekutuan. ceramah beliau juga diapungkan dalam talian oleh sebilangan murid-muridnya serta
Di peringkat kebangsaan, beliau terlibat secara langsung sebagai kumpulan pemikir dan pihak penganjur. Sepanjang perkhidmatan dan hayatnya Abdul Hayei telah
pembuat dasar. Antara sumbangan terakhir Abdul Hayei semasa menerajui Lajnah memberikan sumbangan besar untuk Pembangunan Islam di Kelantan dan
Tahqiq Hadith ialah menghasilkan kertas polisi berkaitan Garis Panduan Penulisan dan Malaysia. Pada tahun 2011, beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima
Penerbitan Teks Hadith untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sepanjang kerjayanya anugerah perdana Maulidur Rasul tahun 1432 Hijrah. Pada tahun 2018 beliau
dan selepas bersara Abdul Hayei, kerap berceramah dan menjadi panelis forum anjuran menerima anugerah Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan dengan gelaran
surau, masjid dan syarikat penyiaran televisyen khususnya menyampaikan ilmu tafsir al- Datuk Paduka daripada Sultan Negeri Kelantan.
Quran dan hadis
Antara hasil tinta utama Abdul Hayei dalam bidang tafsir ialah Tafsir Pedoman Muttaqin Berdasarkan sejarah dan pengalaman kehidupan; serta sumbangan yang diberikan
Juzuk 1 dan 2 (2008), Juzuk 3-6 dan Juzuk 28-29 (2003). Penghasilan karya tafsir ini oleh tokoh ulama ini, maka webinar ini dirancang dan dilaksanakan. Tujuan kami
sememangnya dinantikan. Ia bukan sahaja menjadi rujukan di Malaysia, malah menjadi adalah untuk mengetengahkan ketokohan beliau dari aspek kesarjanaan dan
khazanah Ilmu di Nusantara dan Asia Pasifik. sumbangan keilmuan khususnya usaha-usaha beliau dalam mendidik masyarakat
Selain itu beliau juga menghasilkan beberapa buah buku berkaitan hadis. Antaranya tentang Islam.
buku ulasan hadis berjudul Islam dalam Sabda; Manusia dan Kemanusiaan (2008).
Kebanyakan tulisan-tulisan beliau dibukukan setelah beliau bersara. Abdul Hayei juga Al-Marhum Dr Abdul Hayei Abdul Sukor disegani dan dihormati oleh rakan dan
menghasilkan banyak makalah sepanjang kerjaya dan selepas bersara yang diterbitkan murid-muridnya kerana keperibadian yang tegas, cermat, kritikal dan penuh disiplin.
oleh majalah pengasoh, akhbar utama seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau Daripada beliau banyak sisi pendirian dan sudut pandang yang dapat dipelajari dan
merupakan penulis tetap majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam dan Adat dipedomani.
Istiadat Melayu Kelantan. Beliau juga diberikan ruangan khas sebagai kolumnis dalam
akhbar Utusan Malaysia. Gaya penulisan beliau juga segar, jelas dan menyentuh hati. 11
SEGMEN 2:
SUMBANGAN DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
DALAM PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA
Tajuk
Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
Dalam Pembangunan Islam di Malaysia
Pembentang
Dr. Fauzi Deraman
Persatuan Ulama’ Malaysia
BIODATA RINGKAS
• Dato’ Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukur dilahir di Pasir Mas Kelantan pada 06/11/1947.
• Ayahanda beliau Abdul Sukur bin Haji Yaakob, Muballigh bagi daerah Chetok, P.Mas pada
1965 mengajar agama di masjid dan surau juga majlis-majlis keagamaan. Bapa beliau
pernah manjadi ahli bagi Pusat Pembangunan Pondok Pasir Tumbuh pada 1996. Ibunya
Siti Zain bin Haji Saad. Beliau adalah guru al-Quran.
• Datuk beliau Haji Saad bin Haji Daud (1983-1943) yang lebih dikenali dengan Haji Saad @
As’ad Kangkong merupakan ulama Nusantara sezaman dengan Tuan Guru Haji Yaakob
Legor. Beliau merupakan imam dan pengajar di Masjid Muhammadi Kota Bharu yang
terawal.
• Dari sebelah ibu, Dr Abdul Hayei adalah generasi ketujuh dari Sutan Amir Kaharuddin
Budiman (SAKB) yang berasal dari Minangkabau. Beliau berkongsi dengan saya moyang
yang ketujuh ini.
14
• Isteri dan anak-anak:
• Datin Wan Zainab binti Haji Wan Adam.
• Husna, Ahmad Ziyad, Afaf, Nur Ayman, Ammar, Rihab dan Amani (7 orang).
• Cucu:
• 8 orang
• Meninggal dunia pada hari Khamis 13 Safar 1442/ 1 Okt 2020.
15
PENDIDIKAN 1964 – 1968
1968 – 1972
- Maahad Muhammadi, Kota Bharu 1973 - 1976
- Ijazah Fadil dari Darul Uloom, Deoband, UP India 1976
- M.A. Hadith dan Tafsir Universiti al-Azhar, Kaherah 1988
- Diploma Pendidikan al-Azhar, Kaherah 1989
- Ph. D. Univesiti Malaya,
- Kursus Intesif Bahasa Malaysia (KIBM). UM
16
• Pensyarah Fakulti Usuluddin dan Kemasyarakatan,
Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri Kelantan. 1977- 1981
• Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1981 - 1994
• Prof. Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1994
Pernah menjawat jawatan pentadbiran semasa berkhidmat di Akademi Pengajian: Kerjaya
• Ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadith. 1996 POWERPOINT
• Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Malaya 1981-1986 TEMPLATE
• Dekan Fakulti Usuluddin Unversiti Malaya 1997- 2002
Persaraan.
• Beliau bersara sepenuhnya sebagai akademik bermula pada awal tahun 2005 dan menumpukan dalam kerja-kerja amal
kebajikan dan kemasyarakatan terutama bidang penulisan dan dakwah.
17
Sumbangan Dalam Pembangunan Islam
• Menyumbang melalui berbagai bidang seperti pengajaran, pentadbiran,
penyelidikan, perundingan dan Penulisan.
• Sebagai ahli akademik selama 28 tahun di YPTIK dan APIUM yang terlibat
dengan tugas-tugas akademik terutamanya pengajaran dan penyeliaan
pelajar.
• Dan pernah juga memegang jawatan pentadbiran seperti Dekan dan
Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan.
• Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur.
18
Sumbangan Dalam Pembangunan Islam
• Penyampaian kuliah ilmu semenjak berkhidmat di YPTIK dan setelah berhijrah ke Kuala
Lumpur yang melibatkan masjid di Sekitar Kota Bharu dan masjid utama di Kuala Lumpur, P
Jaya dan tempat di tempat lain di sekitar Lembah Klang dan berbagai tempat di seluruh
negara mengikut undangan.
• Sebagai contoh; Di Masjid Abu Bakr al-Siddiq Bangsar (MSABA) yang mula dirasmikan pada
1982. Beliau mula memimpin majlis ilmu di masjid ini sekitar 1989.
• Menurut Mantan Pengerusi MSABA beliau telah khatam kitab Mestika Hadith, Riyadh al-
Salihan dan teks yang terakhir yang digunakan adalah Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi.
Nota berkait isu semasa berterusan daripada beliau hingga ke akhir hayat
• Beliau dikurniakan anugerah khas MSABA semasa ulang tahun masjid ke 25 pada 2007 yang
disampaikan oleh Menteri Agama Ketika itu dalam majlis yang diadakan di PWTC.
19
Sumbangan Dalam Pembangunan Islam
Perundingan: Dilantik dalam berbagai komiti dan di pelbagai institusi:
• Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 1995–2006
• Ahli yang dilantik bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Bagi
Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia, JAKIM. 1996- 2007
• Ahli Lembagai Pengarah PUSRAWI Kuala Lumpur 1997 – 2006
• Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syariah Wilayah Persekutuan
2003 - 2007
• Ahli Jemaah Ulama Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Kelantan dari
1997 hingga ke akhir hayatnya.
20
Sumbangan Dalam Pembangunan Islam
• Ahli Panel Kajian Akidah Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
1985 - 2005
• Ahli jawatankuasa Istilah Hadith Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994
Terbitnya Glosari Hadith oleh DBP.
• Pengerusi JK Penyemakan dan Penilaian Hadith (Lajnah Tahqiq Hadith) di
Kementerian Dalam Negeri. November 2016-2018 yang menghasilkan Garis
Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith pada 2018 oleh KDN.
21
Sumbangan Dalam Penulisan
- Al-Madraj `ila al-Mudraj li al-Suyuti: (Tahqiq wa Dirasah)
• Sebuah Kajian Dikemukakan Untuk Mencapai Ijazah MA dalam
Pengajian Hadith di Fakulti Usulullan pada tahun 1976
- Sumbangan Shah Waliullah al-Dihlawi kepada Pengajian Hadith Dan
Pengaruhnya di Kelantan.
• Kajian Ph D di Universiti Malaya
• Diijazahkan pada tahun 1988
- Terjemahan dan Ulasan Hadith al-Arba`in Karangan Imam al-Suyuti,
(2 juzuk) Terbitan DBP , Kuala Lumpur. 1995
22
Sumbangan Dalam Penulisan
- Islam dalam Sabda, Penerbitan al-Amani, 2003,Kuala Lumpur
- Imam Malik dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith, Yayasan Islam Teregganu
2014. Terengganu
- Tafsir Pedoman Muttaqin Juzuk (29). Utusan Publication & Disrtributers, 2014.
- Hadith Mawdu`: Sejarah dan Faktor Penyebaran, Jakim, 2008, cet. ii, 2015
- Manusia dan Kemanusiaan (Dalam Sabda), DBP, 2008.
- Islam dan Kemanusiaan, Zebra Edition Sdn Bhd, 2003.
- Tafsir Pedoman Muttaqin (TPM), (jilid 1,2,3,4,5,6), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
2006.
23
Draf Tafsir Pedoman Muttaqin
• Disamping yang telah diterbitkan oleh JAKIM, beliau terus menyiapkan Tafsir Pedoman
Muttaqin ini sehingga ke akhir hayatnya atas hasrat untuk menyempurnakan tafsir al
Quran sepenuhnya.
• Menurut para penilai, Dato Abdul Hayei telah selesai menyediakan draf bagi juz ke 7.
• Dr Mohd Najib Abdullah menerima skrip bagi Juz ke-7 untuk disemak tidak lama sebelum
Dato Dr Abdul Hayei meninggal dunia.
• Dr Zawawi Abdullah juga memaklumkan beliau telah menyemak skrip tafsir beberapa
surah antaranya Surah al-Qamar, Surah al-Rahman, Surah al-Waqiah, Surah al Hadid.
• Saya sendiri telah menyemak skrip beberapa surah antaranya Surah al-Mujadalah, Surah
al Mumtahanah.
• Semoga semuanya dapat menemui pembacanya juga.
24
Penulisan dalam Akhbar dan Majalah
Sumbangan Penulisan Tahun
Penyumbang artikel dalam Ruangan Soal Jawab Kemusykilan (1992-2003).
Agama Akhbar Mingguan Malaysia /Utusan Zaman, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. K.Lumpur (200 artikel) 2002 – 2003
1985 – 2002.
Penyumbang artikel Ruangan Agama Akhbar Berita Harian, (50
Artikel)
Penulis dalam pelbagai Majalah seperti Pengasuh, al-Islam, Dakwah
(Yadim) dll, hampir (50 artikel)
• Dicadangkan artikel-artikel ini dikemaskini dan diterbit dalam bentuk koleksi yang
tersusun berdasarkan topik untuk manfaat pembaca.
25
PENGANUGERAHAN
Beliau telah menerima anugerah dari pihak berwajib atas khidmat
yang telah disumbangkan iaitu:
• Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011M
• Penerima Anugerah Ahli Kedua (Dato` Paduka) bagi Darjah Jiwa
Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia [D.J.M.K.] Tahun 2018.
26
SEGMEN 3:
SUMBANGAN DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
DALAM BIDANG HADIS DI MALAYSIA
Tajuk
Sumbangan Dato’ Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
Dalam Bidang Hadis di Malaysia
Pembentang
Prof. Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
[email protected]
+60133699787
https://www.facebook.com/ishak.suliaman https://instagram.com/ishaksuliaman
Sumbangan Dato Dr Abdul Hayei
Abdul Sukor Dalam Bidang Hadis:
‘MURABBI TOKOH ILMUWAN MALAYSIA’
Kehidupannya sebagai pendidik, penyelia dan
pembimbing tokoh ilmuwan Malaysia dalam
bidang Hadis dan Pemikiran Islam di
Malaysia.
Menjadi PENYELIA Kepada tokoh ilmuwan di
Malaysia di antaranya ialah tokoh 2 FAUZI berikut;
29
Penyelia Tesis
PhD Dr Hj
Fauzi
Deraman 1997
30
Penyelia
Disertasi MA
Prof.Madya
Dr Mohd Fauzi
Hamat 1996
31
Sumbangan Dato Dr Abdul Hayei
Abdul Sukor Dalam Bidang Hadis:
‘KEPIMPINAN DALAM PENGAJIAN
AL-QURAN DAN AL-HADITH’
MERUPAKAN
KETUA JABATAN
AL-QURAN DAN AL-HADITH PERTAMA KETIKA
DITUBUHKAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DI UNIVERSITI MALAYA PADA TAHUN 1996
32
PERKEMBANGAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN
AL-HADITH DI APIUM: PEMANTAPAN LEGASI
PROGRAM SARJANA MUDA USULUDDIN PROGRAM BAHARU DILULUSKAN OLEH JKPT
(AL-QURAN DAN AL-HADITH) 1996-2020 SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-HADITH
MULAI SEM 1 SESI 2021/2022
33
PERKEMBANGAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN
AL-HADITH DI APIUM:PEMANTAPAN LEGASI
(IN PROGRESS)
34
PERKEMBANGAN PENERBITAN BIDANG AL-QURAN DAN
AL-HADITH DI APIUM: PEMANTAPAN LEGASI
35
Sumbangan Dato Dr Abdul Hayei
Abdul Sukor Dalam Bidang Hadis:
‘PENERAJU PERTAMA LAJNAH TAHQIQ
HADITH, KDN MALAYSIA-2016’
36
37
Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor menerima Anugerah
Maulidurrasul pada tahun 2011.
38
SEGMEN 4:
PEMIKIRAN TAFSIR DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
DALAM KARYA TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN
Tajuk
Pemikiran Tafsir Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
Dalam Karya Tafsir Pedoman Muttaqin
Pembentang
Dr. Haziyah Hussin
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Sumber gambar: Kedai Buku JAKIM
Buku ini boleh dibeli dalam talian dari Kedai Buku JAKIM
41
Pengenalan Tafsir Pedoman Muttaqin
Penjudulan tafsir:
Sebagai satu usaha signifikan kepada kesinambungan kitab tafsir yang
terdahulu iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (TPR).
TPR tafsir yang memimpin masyarakat Islam menghayati isi kandungan
al-Quran, manakala Tafsir Pedoman Muttaqin (TPM) menjadi pedoman
kepada orang yang memperoleh takwa setelah dipimpin dan dibimbing
(Haziyah. 2016 bersumberkan drhayei.blogspot.com. 2013).
Liputan TPM:
• Juz 1 – 6 [Surah al-Fatihah – Surah al-Ma’idah: ayat 82]
• Juz 28 & 29 [surah al-Mujadilah- surah al-Mursalat]
42
Penerbitan Tafsir Pedoman Muttaqin
Tafsir Pedoman 01 2005 02 Tafsir Pedoman
Muttaqin Muttaqin
Juzuk 28 2003 Juzuk 29 Utusan
Pustaka al-Amani Publication
03
Tafsir Pedoman Tafsir Pedoman Muttaqin
Muttaqin 2008 Juzuk 3 & 4 JAKIM
Juzuk 1 & 2 JAKIM
Cet. 2 pada 2010 05 2011 04
Tafsir Pedoman 2015
Muttaqin
Juzuk 5 JAKIM
Tafsir Pedoman Muttaqin 43
2017 06 Juzuk 6 JAKIM
Pendekatan Tafsir
Tujuan TPM: “bagi mendekatkan umat Islam kepada kitab al-Quran supaya mereka dapat
menjadikannya sajian sebagai penawar dan rahmat untuk membina semula kehidupan
mereka yang terputus hubungan dan kini teraba-raba dalam kegelapan” (xxxix).
Pendekatan tafsir dijelaskan dalam mukadimah TPM:
• 1-3 ayat Terjemahan • Tafsir al- Sebab • Isu Pengajaran
ayat Munir Nuzul kemasyaraka
Kelompok tan/fiqh • Intisari
Ayat • 3 rujukan Munasabat • Kitab2 tafsir perbincangan
utama ayat • Riwayat Tajuk-tajuk
Khas
sahih & daif
kecuali
hukum
44
Beberapa Aspek Pemikiran Tafsir
1. Perhatian terhadap Maqasid al-Qur’an
• Sejajar dengan rasional penjudulan tafsir ini sebagai “Tafsir Pedoman Muttaqin” dan tujuan
penerbitannya.
• Kupasan topik utama surah
• Penjelasan tentang orientasi zaman nuzul surah dan relevansi kandungan surah dengan situasi
penurunannya.
• Contoh:
Surah al-Fatihah sebagai surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di Mekah, “di tengah-
tengah masyarakat kaum musyrikin penyembah berhala dan inilah pendekatan al-Quran untuk
memperkenalkan ajaran tauhid kepada musyrikin” (Abdul Hayei 2010, 1:3).
Surah al-Baqarah. Surah pertama yang diturunkan di Madinah, juga diturunkan dalam keadaan
Islam bertapak sebagai sebuah negara “daulah Islamiyyah”.
45
2. Perhatian terhadap tema ayat (kesatuan tema)
• Pembahagian ayat-ayat kepada kelompok dan pewujudan sub-sub topik.
Contoh:
• Tema utama surah al-Baqarah: Manhaj dan gagasan istikhlaf
• Pengarang memperlihatkan hubungan antara topik dalam mukadimah surah ini yang
membahagikan manusia kepada 3 kategori, muttaqin, kafir dan munafik. Bicara tentang munafik
lebih panjang kerana mengingatkan manusia tentang bahaya/risiko golongan ini dalam
masyarakat khususnya dalam konteks gagasan istikhlaf.
• tema “masalah dan cabaran istikhlaf” dari ayat 30-142 (1: 31); Tugas istikhlaf di bumi dapat
disempurnakan dengan ilmu dan ibadat (1: 40).
• tema “pengisian Pendidikan dalam gagasan istikhlaf” dalam ayat 143-283 yang memuatkan
dasar-dasar Pendidikan menerusi suruhan dan larangan (11 tonggak). Dasar ini menjadi kayu
ukur kejayaan gagasan istikhlaf (1: 40)
46
3. Perhatian Terhadap Isu Kemasyarakatan
• Menghubungkan ayat dengan isu semasa/realiti kehidupan.
• Mengulas kekeliruan yang ditimbulkan oleh kumpulan ajaran sesat dan musuh Islam.
• Contoh: Surah al-Nisa’: 24. Nikah Mut’ah dalam Syariat Islam dan menolak hujah golongan
Syiah tentang keharusannya (Abdul Hayei 2015: 7-12)
• Surah al-Nisa’: 34 Hukum Wanita sebagai Hakim (5: 109-114)
• Surah al-Nisa’: 83 isu kepimpinan melalui teladan dan berita palsu (5: 345-351)
• Surah al-Nisa’: 119 isu mengubah ciptaan Allah SWT (pembedahan kecantikan/Rahim
tumpang/pengklonan manusia) (5: 514-518).
• Pengarang menggunakan aqli dan logik akal, syair selain dalil naqli (ma’thur), kemudian
memberi pandangan/tarjih peribadinya
47
Rumusan
• Karya tafsir yang mengintegrasikan manhaj tafsir bi al-ma’thur dan al-ra’y.
• TPM boleh dikategorikan sama ada aliran/ittijah:
• Aliran (ijtima’i) kemasyarakatan (isu-isu yang dibincang/diberi ulasan dalam ayat)
• Aliran tafsir maqasidi (tujuan penulisan/perhatian pengarang untuk mencapai matlamat ini)
• Apakah pengaruh yang ada dalam pemikiran tafsir Dr. Abdul Hayei ini? Adakah sama seperti
karya-karya tafsir yang dihasilkan pada abad 20 yang cenderung sama ada kepada Madrasah
tafsir Muhammad Abduh atau Madrasah Syeikh Waliyullah al-Dihlwawi; atau mungkin juga ia
memanifestasi “wajah Malaysia”/terhasil daripada adunan keilmuan/kepakaran beliau?
• JAKIM meneruskan penerbitan TPM ini jika manuskrip tafsirannya sudah tersedia.
48
SEGMEN 5:
SUMBANGAN DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
DALAM PEMBANGUNAN ISLAM DI KELANTAN
Tajuk
Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
Dalam Pembangunan Islam di Kelantan
Pembentang
Dr. Burhan Che Daud
Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, UMK