The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziyah Hussin, 2022-10-01 12:17:45

Sumbangan Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor Infografik Webinar TII 2021

Kompilasi Penulisan Infografik Webinar TII 2021

Karya

Islam dalam Sabda Manusia dan Kemanusiaan (diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (2008).

101

Objektif Penulisan • Buku Islam Dalam Sabda (Siri Satu) Ini adalah
Islam Dalam satu usaha ke arah mendekatkan masyarakat
Sabda Islam dengan sabda Nabi.

• Hadith-hadith yang dikutip daripada kitab-kitab
hadis sahih yang berkedudukan tinggi seperti
al-Bukhari, Muslim dan lain-lain yang diulas
dengan ulasan mudah dan sederhana.

102

Dari satu huruf … menjadi kalimah
mengikat ayat berbaris…

• Pada mula buku ini adalah catatan-catatan daripada hadis
pilihan bagi kuliah Maghrib yang disampaikan di masjid-
masjid sekitar Kuala Lumpur, kemudian dikemaskini dan
ditokok-tambah dari semasa ke semasa. (Abdul Hayei,
2003 & 2008)

• Momen pengkaji – mendapati tulisan tersebut adalah
sebahagian kecil teks syarahan beliau semasa mengajar
Kuliah hadith di universiti Malaya.

103

10 Maklumat 1. Mukadimah
Mengenai Kandungan 2. Bahagian Pertama: Perkara Berkaitan Hati
3. Hadis satu – Hadis Tiga Belas (Jumlah 13 hadis -
Islam Dalam Sabda
keseluruhan hadis 56)
4. Bahagian Kedua: Perkara berkaitan Anggota
5. Hadis Empat Belas – Hadis Tiga Puluh Dua (Jumlah 18

hadis – keseluruhan 99 hadis)
6. Bibliografi
7. Indeks
8. 32 hadis utama yang diletakkan di bawah satu tajuk

tertentu, 123 riwayat hadis lain yang menjadi hujah
dan sokongan.
9. Jumlah hadis (penuh dan petikan) 155 teks
10. Jumlah halaman 341 (2008) - Jumlah halaman 642
(2003)

104

Sembilan Uslub Penulisan “Bergaya”

1. Tajuk / Tema hadis

2. Teks hadis yang berbaris yang dinyatakan dalam nota kaki
sumber hadis – takhrij; Nama pengarang, Kitab hadis, tajuk
bab, no hadith , nama perawi

3. Terjemahan Hadis

4. Erti Perkataan – beliau memilih kalimah unik/ kunci utama

5. Sejarah (nama perawi sahabat)

6. Tujuan Hadis

7. Ulasan hadis

8. Tema-tema kecil

9. Pengajaran hadis

105

Tujuan @ • Kebiasaanya maklumat tujuan hadith dijelaskan
Maqasid dalam 1-2 perenggan. Semasa menghuraikan
Hadith tujuan hadith:

• Menjelaskan pandangan ulama’ mengenai mesej
atau kedudukan kandungan/ pengajaran hadith.

• Menjelaskan hadith tersebut berkaitan dengan
topik atau bidang tertentu yang meliputi sama ada
akidah, fiqh, akhlak, tarbiyah, tazkiyatu nafs,
pengurusan, pemerintahan, syariat dll)

106

1. Tujuan hadith – memberikan gambaran umum

EMPAT 2. Ulasan – penjelasan tentang objektif hadith dengan
Langkah mengemukakan pandangan ulama’ hadith dan
Memahami sarjana tradisi dan modern.
Maqasid Hadith
Dalam Islam 3. Pandangan penulis – dijelaskan oleh beliau dengan
Dalam Sabda kenyataan tertentu seperti saya
berpandangan…penulis cenderung bersetuju
dengan pandangan pertama/kedua, Saya
berpendapat …,

4. Pengajaran hadith

107

Apakah itu • Hadis dalam koleksi kitab dan bab al-Fitan wa al-Malahim
hadis al- merupakan himpunan hadis atau riwayat berkaitan insiden yang
Fitan? telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam kehidupan
manusia.Ia berkisar gambaran yang dinyatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w mengenai tanda-tanda kecil dan besar kiamat.

• Ia juga berkaitan gejala yang menimpa manusia akibat perbuatan
tertentu sehingga menjadi ujian besar kepada keimanan dan
balasan ke atas kedurjanaan.

• Contohnya seperti perderhakaan terhadap ibubapa, pepecahan,
perubahan-perubahan yang sangat ketara seperti seorang
pengemis berkaki ayam berubah menjadi seorang berharta dan
membina bangunan yang besar dan tinggi, berlaku pembunuhan
demi pembunuhan dan peperangan sesama sendiri, perbuatan-
perbuatan dosa dan maksiat terhadap Allah dan orang lain yang
bertitik tolak dari keruntuhan jiwa dan akhlak.

• Pendedahan mengenai peristiwa-peristiwa dan kenyataan dalam
hadith-hadith tersebut bertujuan menjadi panduan dan
sempadan agar umat manusia mengambil iktibar dari kesan-kesan
buruk dan berusaha menghindarkan diri dari kebinasaan. (Najah
Nadiah 2018)

108

Kosa Ilmu Riwayat-riwayat mengenai tanda-tanda
Hadith al-Fitan kiamat
Riwayat berkaitan situasi akhir zaman

Bidang Ilmu dalam ilmu nas/nusus hadith
Ilmu/fiqh tentang hadith al-Fitan
Ilmu atau Fiqh al-Tahawullat

109

Apakah itu • Hadis dalam koleksi kitab dan bab al-Fitan wa al-Malahim merupakan
hadis al- himpunan hadis atau riwayat berkaitan insiden yang telah berlaku,
Fitan? sedang berlaku dan akan berlaku dalam kehidupan manusia.Ia berkisar
gambaran yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengenai
tanda-tanda kecil dan besar kiamat.

• Ia juga berkaitan gejala yang menimpa manusia akibat perbuatan
tertentu sehingga menjadi ujian besar kepada keimanan dan balasan ke
atas kedurjanaan.

• Contohnya seperti perderhakaan terhadap ibubapa, pepecahan,
perubahan-perubahan yang sangat ketara seperti seorang pengemis
berkaki ayam berubah menjadi seorang berharta dan membina
bangunan yang besar dan tinggi, berlaku pembunuhan demi
pembunuhan dan peperangan sesama sendiri, perbuatan-perbuatan
dosa dan maksiat terhadap Allah dan orang lain yang bertitik tolak dari
keruntuhan jiwa dan akhlak.

• Pendedahan mengenai peristiwa-peristiwa dan kenyataan dalam hadith-
hadith tersebut bertujuan menjadi panduan dan sempadan agar umat
manusia mengambil iktibar dari kesan-kesan buruk dan berusaha
menghindarkan diri dari kebinasaan. (Najah Nadiah 2018)

110

Pengamatan • Dalam Mukadimah penulisannya beliau
Dr Abdul Hayei menyatakan:
Mengenai Cabaran
Umat Akhir Zaman • Umat Islam kini berada di tengah-tengah zaman
menerusi teropong fitnah besar yang disifatkan oleh Nabi SAW
umpama potongan-potongan malam yang gelap
Sabda Nabi. gelita, keselamatan tergugat oleh kezaliman yang
berlaku di sana sini, diancam oleh musuh-musuh
tradisi Islam yang datang dari setiap arah dan
dengan berbagai-bagai bentuk dan rupa. (Abdul
Hayei 2008: xvi).

111

Persediaan dalam 1. Mengambil dari riwayat yang sahih
mendalami ilmu
Hadith al-Fitan 2. Waspada terhadap jebak yang memerangkapkan sebahagian mereka
apabila cuba mencari jalan yang selamat tetapi mereka belum menjumpainya.
Justeru, terkurunglah mereka dalam bilik ilmu ghaib yang hanya diketahui Allah.
(Abdul Hayei Abdul Sukor, 2018).

3. Takwilan yang salah tentang hadith fitan ini amat banyak dalam
masyarakat.

4. “…jika anda kesukaran memahaminya [ hadis fitan], anda boleh abaikan sahaja,
tetapi yang lebih penting anda jernihkan fikiran terlebih dahulu sebelum
melibatkan diri dengan hadith-hadith yang diistilahkan dengan ‘ ‫أحاديث الفتن‬
.’‫والملاحم واشراط الساعة‬.

5. Ini kerana nusus hadith-hadith fitan dan malahim merupakan yang paling sukar
difahami dan lebih sukar lagi untuk dikenal pasti suasana dan
kesesuaiannya dengan tempat dan waktu, sedangkan tahap kefahaman
berbeza-beza diantara seorang dengan yang lain” Abdul Hayei (2018)

112

Hadis 8: Umat Islam
Antara Zaman
Jahiliah dan Islam

O3:

• Hadith ini bertujuan memperkenalkan
perjalanan zaman yang berliku dalam
sejarah Islam. Ada waktunya sinaran Islam
terang dan ada waktunya sinaran itu malap.
Berhati-hatilah ketika sinaran itu malap
disebabkan ada puak-puak yang sesat dan
menyesatkan orang ramai.

• Hadith ini termasuk dalam hadis fitan
kerana ia meramalkan keadaan yang akan
berlaku yang penuh huru-hara dan
pepecahan.

113

HADITH 15 :
MEMELIHARA DIRI
DARIPADA FITNAH
DUNIA DAN WANITA

O3:

• Dunia Ini adalah tempat yang penuh dengan
pelbagai masalah dan ujian. Ujian itu ada berbagai
rupa dan bentuk. Ada yang pahit dan ada yang
manis, ada yang indah dan menyukakan, dan ada
juga yang ngeri dan mendukacitakan. Manusia
ditakdirkan tinggal di bumi ini dan mereka harus
mengetahui perkara yang berbahaya dan berfaedah.

• Hadis ini mengingatkan wanita boleh
memperdayakan lelaki. Mereka hendaklah
diletakkan ditempat yang telah ditetapkan oleh
Islam, jangan melampaui batas-batas yang telah
ditetapkan kerana dibimbangi berlaku apa yang telah
berlaku kepada umat terdahulu.

114

HADITH 23: JANGAN MENIPU
DALAM URUSNIAGA

O3:
• Islam menggalakkan seseorang bekerja dan tidak

bergantung harap kepada orang lain. Malah
sebaik-baik pekerjaan adalah berusaha sendiri
tetapi hendaklah memelihara adab dan akhlak
Islam supaya tidak berlaku huru-hara dan kacau
bilau dalam hubungan sesama manusia.
• Islam mengenakan peraturan dan syarat tertentu
kepada pengusaha-pengusaha supaya mereka
tidak menceroboh hak orang lain & menjadi
mangsa penipuan.
• Harta benda boleh menjadi fitnah dan
perkerjaan yang dilakukan melalui penipuan
boleh memudaratkan dan membahayakan.

115

HADITH 26:
MENGENDALIKAN
TUGAS DENGAN
PROFESIONAL

O3:

• Antara rukun Islam yang wajib dipercayai ialah
kedatangan hari kiamat. Al-Quran dan hadis
banyak memperkatakan tentang hari kiamat
tetapi waktu dan tarikhnya tidak diketahui Selain
Allah SWT. Tujuan disembunyikan kiamat supaya
mereka sentiasa bersiap sedia dan tidak terkejut
dengan kedatangannya. Tetapi tanda-tandanya
jelas dan perlu diawasi.

• Tanda-tanda kiamat antaranya apabila urusan
dikendalikan secara tidak profesional.

116

HADITH 29: JANGAN
LIBATKAN DIRI
DENGAN FITNAH

O3:

• Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar
tidak melibatkan diri dengan fitnah dan
kekacauan yang bakal terjadi. Hadith ini tidak
menyatakan pula bagaimana bentuk kekacauan.

• Mungkin maksudnya peperangan sesama Islam,
pergaduhan antara kaum, dosa-dosa yang
dilakukan Secara umum, terbuka dan sebagainya.
Hadis ini membayangkan bahawa api
permusuhan akan menjadi lebih marak Jika ramai
orang menyumbang kepada kebakaran.
Sebaliknya api itu dapat dipadamkan jika semua
pihak setuju untuk memadamkannya dan sedia
kembali kepada kedamaian yang dicitakan.

117

O1: • Dari segi bahasa Arab, fitnah merujuk kepada ujian, cubaan,
Mengenalpasti keburukan, kekacauan, malapetaka dan sesuatu yang tidak
penjelasan Dr disukai atau dingini berlaku kepada diri seseorang. Maksud asal
Abdul Hayei perkataan fitnah diambil dari kata kerja ‘fatana’.

mengenai • Contoh penggunaannya dalam ayat seperti ‘fatana al-Dhahab’
definisi al-Fitan bermaksud telah membakar besi atau emas sehingga dapat
menghasilkan atau membezakan antara emas tulen dengan besi.
Apabila dibakar berulang- ulang maka dapat dikenalpasti antara
logam tersebut yang mana satukah yang paling tulen dan
berkualiti berbanding yang lain.

• Oleh itu, fitnah diumpamakan sebagai satu proses atau fasa
menyaring melalui ujian-ujian, cubaan, kekacauan, malapetaka,
keadaan yang tidak ingini terjadi kepada seseorang atau
masyarakat sehingga teruji dan dapat dibezakan antara
keimanan dan ketakwaan yang tulen dengan kekufuran.

• Fitnah merujuk kepada kekacauan, keburukan, kesamaran,
kejahatan, dosa, maksiat dan lain-lain.

• Ia merujuk kepada ujian-ujian tertentu dalam kehidupan sama
ada disukai atau tidak disukai; menyenangkan hati ataupun
mengerikan juga menyakitkan fizikal dan jiwa.

118

O2: Fitnah di akhir zaman melalui gambaran situasi kehidupan umat yang berliku.
Mengkaji huraian Keadaan itu berlaku disebabkan huru-hara dan pepecahan. Ia ditandai
Dr Abdul Hayei dengan insiden seperti
1. peperangan sesama sendiri dalam kalangan umat Islam akibat desakan
mengenai
bentuk-bentuk asabiyah ataupun perkauman,
2. umat Islam ditadbir oleh pemimpin yang rakus dan menzalimi mereka
fitnah akhir
zaman dalam sehingga ada di kalangan pengikut, pemimpin-pemimpin itu
Riwayat hadith dipertahankan sekalipun bertindak merampas harta dan hak rakyat,
meminum arak, melakukan berzina dan perbuatan maksiat yang lain
secara berleluasa dan terang-terangan,
3. muncul para dajjal (pemalsu agama) yang mengaku sebagai utusan Allah
4. dunia kehidupan dan muamalah berlaku dalam keadaan penipuan,
penyelewengan dan penindasan. Tipudaya ini berlaku tanpa halangan
gender hatta golongan wanita apatah lagi lelaki dengan tujuan mengaut
keuntungan keduniaan tertentu.
5. muncul perbagai firqah ataupun kumpulan yang saling mendakwa pihak
mereka pihak yang benar dan mewakili Islam sedangkan mereka
merupakan golongan yang membawa kepada kesesatan dan
penyelewengan.

119

O2: akan berlakunya 6. peristiwa di luar tabiat dan kebiasaan yang
Mengkaji huraian bertentangan amalan harian dan budaya hidup setempat
Dr Abdul Hayei ataupun masyarakat yang beretika.

mengenai Selain itu, wujud pepecahan dan perbezaan pandangan yang
bentuk-bentuk kronik sehingga 7. menerbitkan permusuhan dan pertumpahan
darah. Ketika itu, berlaku pembunuhan nyawa manusia tanpa
fitnah akhir mengira usia sewenang-wenangnya.
zaman dalam
Riwayat hadith Sabda baginda juga ada menggambarkan tentang kerakusan
manusia sehingga sanggup menjadi seperti 8. haiwan pemangsa.
Hidup bertamadun dan beretika bertukar dengan cara hidup
yang berperaturan rimba.

Sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja tindakan tanpa
panduan agama, sekatan undang-undang, disiplin, perkiraan
moral. Pendek kata, muncul perbuatan-perbuatan yang didasari
oleh kebebasan mutlak untuk melakukan apa-apa sahaja.

120

Sikap yang mesti diambil oleh umat Islam menerusi Pedoman
hadith al-Fitan dalam Islam dalam Sabda

Dr Abdul Hayei konsisten dalam memberikan saranan agar individu dan masyarakat Muslim sentiasa
menyumbang ke arah keamanan dan kesejahteraan.
Beliau juga konsisten dalam memperbaiki cara berfikir dan kepentingan menjaga kejernihan fikrah
dan akidah.
• Pertama, umat tidak boleh hidup dalam situasi dan emosi yang pesimis atau ketakutan. Ini

kerana fitnah akhir zaman tidak menyeluruh. Untuk memahami hadis mengenai peristiwa akhir
zaman, perlu kembali kepada fahaman ulama’ Salaf.
• Kedua, umat Islam dikehendaki bersabar semasa menghadapi situasi. Sabar tidak bermakna
membisu terhadap kemungkaran. Bersabar juga bukan bermaksud menyerah diri atau membawa
diri ke pulau terpinggir membiarkan kemungkaran bermaharajela. Atau redha dan bersekongkol
dengan kuasa zalim dan kezaliman.
• Ketiga, jauhi pepecahan. Umat Islam diwajibkan berusaha mencari Jalan untuk menjauhi
pepecahan
• Seseorang Muslim yang berhadapan dengan fitnah/kekacauan hendaklah berusaha
menyelamatkan keadaan supaya keadaan stabil dan tenang. Bukannya menjadi punca
ketegangan. Elakkan daripada tindakan yang memburukkan lagi keadaan.

121

Terima kasih kepada semua pihak
yang telah menjayakan webinar
pada kali ini. Semoga usaha ini
diberkati Allah SWT.

PUSAT KAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Sila hubungi:

Dr. Najah Nadiah binti Amran
Pengerusi
Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah
Alamat e-mel: [email protected]


Click to View FlipBook Version