dalam. Tiada lipatan keluar. Ukuran lilitan kaki seluar tidak
kurang daripada 38 cm.
c. Tali Pinggang
Tali pinggang hitam 3 cm lebar dengan lambang Pertahanan
Awam di kepala tali pinggang yang disadur dengan warna
emas. Kedudukan kepala tali pinggang selari dengan butang
baju dan pelipat zip seluar.
d. Pakaian Seragam Kepala
i. Memakai beret berwarna oren. Lencana beret dipasang
1cm dari tapak beret. Kedudukan lencana 2 cm di atas
kening mata sebelah kiri.
ii. Bagi kadet perempuan dibolehkan memakai tudung
kepala berwarna hitam menutupi keseluruhan rambut dan
dimasukkan ke dalam bahagian kolar baju atau skaf
rambut berwarna hitam.
*** Lihat Lampiran 9
8.3 PAKAIAN SERAGAM GURU
8.3.1 Pegawai Penyelaras Kadet adalah layak menerima pakaian
seragam sepertimana yang diperuntukkan dalam Arahan
Jabatan Bil 5 Tahun 1995.
8.3.2 Guru Penyelaras Kadet Pertahanan Awam yang tidak layak
diperuntukkan uniform.
8.4 MEMBERI HORMAT
Semua anggota Kadet Pertahanan Awam yang berpakaian seragam
lengkap atau separuh lengkap hendaklah memberi hormat kepada
anggota atau pegawai yang lebih tinggi pangkatnya di dalam pasukan
sendiri atau daripada mana-mana pasukan lain.
8.5 KEHADIRAN
8.5.1 Semua anggota perlu menghadiri sekurang-kurangnya 75%
daripada jumlah masa latihan yang ditetapkan.
8.5.2 Pegawai / Guru Penyelaras Kadet mesti hadir bersama anggota
kadet sewaktu latihan/ aktiviti dijalankan.
8.5.3 Rekod kehadiran hendaklah dibuat secara jujur dan disimpan
dengan sempurna.
44
8.5.4 Ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang
berkenaan.
8.5.5 Kehadiran anggota kadet untuk aktiviti luar kawasan sekolah
wajib mendapat kebenaran waris.
8.5.5 Latihan mingguan yang dijalankan oleh Pegawai Penyelaras
Kadet diiktiraf sebagai ganti kehadiran latihan mingguan di
pejabat Pertahanan Awam masing-masing dan layak untuk
menuntut elaun latihan.
8.5.6 Pegawai Penyelaras digalakkan menyertai program-program
Pasukan Pertahanan Awam di tempat masing-masing.
45
Lampiran 9
Pakaian Seragam No. 3 Berserta Aksesori semasa
Majlis – Majlis Rasmi (Lelaki)
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi Kiri Pandangan Sisi Kanan
* Nota : Pemakaian Jambul, Mufla, Selempang, Anklet dan Sarung Tangan Putih
Adalah Opsyenel (Kegunaan Semasa Acara Perbarisan)
47
Pakaian Seragam No. 3 Berserta Aksesori Semasa
Majlis – Majlis Rasmi (Perempuan)
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi Kiri Pandangan Sisi Kanan
* Nota : Pemakaian Jambul, Mufla, Selempang, Anklet dan Sarung Tangan Putih
Adalah aksesori tambahan (Kegunaan Semasa Acara Perbarisan)
48
PERSOALAN YANG BERKAITAN DENGAN
KADET PERTAHANAN AWAM
( KAPA )
1.PANGKAT DAN ELAUN
Soalan 1.1 :
Sekiranya di sekolah, terdapat lebih dari seorang pegawai penyelaras, tetapi hanya seorang
sahaja yang menjadi jurulatih, dan guru – guru yang lain hanya sekadar hadir dan memerhati,
adakah layak diberi pangkat pegawai dan diberi bayaran elaun?
Jawapan :
Tidak layak, hanya guru yang telah mengikuti Kursus Guru Penyelaras Kadet dan
ditauliahkan serta mempunyai nombor badan layak dibayar elaun. Bagaimanapun bagi
tuntutan elaun tersebut perlu disertakan takwim aktiviti sekolah yang disahkan oleh
Pengetua Sekolah berkenaan dan diserahkan kepada Pejabat Pertahanan Awam
Negeri.
Soalan 1.2 :
Adakah layak seseorang guru memakai pangkat Pegawai Penyelaras Kadet semasa latihan
bersama anggota pasukan?
Jawapan :
Layak. Sekiranya guru tersebut telah ditauliahkan dan didaftarkan.
2. LATIHAN
Soalan 2.1:
Bagaimana untuk menjalankan latihan kadet di sekolah yang terletak jauh dari Pejabat
Pertahanan Awam?
Jawapan :
Guru Penyelaras Kadet juga boleh mengajar pelajar berpandukan Modul Latihan
KAPA yang dikeluarkan oleh jabatan. Guru Penyelaras Kadet boleh juga membuat
perancangan awal dan perbincangan dengan PPAN atau PPAD untuk membawa
jurulatih dari daerah untuk menjalankan latihan yang mereka tidak mempunyai
kemahiran.
49
Soalan 2.2:
Bolehkah guru penasihat KAPA menjalankan latihan di sekolah tanpa memiliki sebarang
sijil jurulatih dari Pusat Latihan Pertahanan Awam?
Jawapan :
Seseorang Guru Penasihat KAPA boleh menyediakan silibus latihan dan menjemput
jurulatih daripada pejabat Pertahanan Awam yang berhampiran.
Soalan 2. 3:
Bolehkah anggota KAPA dilatih oleh guru atau jurulatih dari agensi lain di sekolah?
Jawapan :
Boleh, guru boleh mengajar berpandukan Modul Latihan Kadet Pertahanan Awam.
Tugas yang dijalankan tidak oleh dibayar elaun sebab jurulatih tersebut bukan
jurulatih Pertahanan Awam
Soalan 2.4:
Perlukah setiap aktiviti dan latihan dibuat laporan kepada Pejabat Pertahanan Awam atau
Bahagian Kokurikulum Negeri?
Jawapan :
Ya, perlu setiap latihan dan aktiviti yang dilaksanaan dibuat laporan bulanan. Bagi
sesuatu aktiviti khas seperti perkhemahan atau perhimpunann maka satu laporan khas
mengenai perkara tersebut perlu dibuat.
Soalan 1.2 :
Adakah guru penyelaras yang telah mengikuti kursus bakal pegawai diwajibkan mengikuti
latihan bersama anggota pasukan pada hari latihan mingguan?
Jawapan :
Ya ianya digalakan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahaun serta menjaga
satus sebagai pegawai sukarela JPAM atausatu kursus khas untuk mereka boleh
dirancangkan samada cadangan dari Guru Teknikal Negeri atau dari pejabat
Pertahanan Awam.
50
3. ELAUN
Soalan 3.3:
Adakah guru Penyelaras Kadet KAPA layak menerima elaun dan berapa kadar yang di bayar.
Jawapan:
Guru Penyelaras layak dibayar elaun dengan syarat telah mendaftar sebagai anggota
Pertahanan Awam dengan kadar sama dengan pegawai Pasukan Pertahanan Awam.
Soalan 3.4:
Bagaimana guru-guru hendak menuntut elaun anggota
Jawapan
Guru-guru perlu menghantar peracangan jadual latihan tahunan kadet sepanjang
tahun dan menghantar daftar kedatangan kepada Pejabat Pertahanan Awam
Unit/Daerah/Negeri yang berdekatan pada setiap bulan.
Soalan 3.5:
Apakah aktiviti yang boleh dituntut elaun oleh guru-guru Penyelaras KAPA.
Jawapan:
Guru Penyelaras KAPA layak untuk menuntut elaun Pasukan jika menjalankan
latihan di sekolah dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan samada di
peringkat Unit/Daerah/Negeri/Kebangsaan.
Soalan 3.6:
Selain guru Penyelaras , adakah guru Penasihat layak menuntut elaun pasukan.
Jawapan:
Guru – Guru Penasihat tidak layak menuntut elaun anggota.
Soalan 3.7:
Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan seseorang guru Penyelaras KAPA layak
mendapat imbuhan seperti elaun anggota atau elaun pakaian seragam
Jawapan:
Beliau adalah seorang yang telah didaftarkan keanggotaan dalam pasukan. Sekiranya
beliau adalah pegawai pasukan yang sah, beliau layak menerima elaun pegawai dan
elaun pakaian seragam (mengikut peruntukan semasa JPAM)
51
Soalan 3.8:
Semasa Guru Penyelaras menjalankan latihan luar diluar sekolah adakah layak beliau
mendapat elaun melebihi 8 jam.
Jawapan:
Ya, jika latihan luar tersebut dirancang dan dipersetujui oleh PPAN.
Soalan 3.9:
Adakah Guru penyelaras Kadet layak menuntut elaun semasa menjalankan kursus Asas ,
Bakal Pegawai dan Pengurusan KAPA.
Jawapan:
Ya, layak
Soalan 3.10:
Adakah aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah tanpa kebenaran pihak JPAM layak
dituntut elaun oleh guru Penyelaras.
Jawapan:
Tidak layak. Sebarang aktiviti pasukan yang melibatkan pembayaran elaun pasukan
perlulah mendapat kelulusan PPAN.
Soalan 3.11:
Apakah dokumen yang perlu ada jika Guru Penyelaras ingin menuntut elaun daripada Jabatan
bagi pertama kali.
Jawapan:
Seseorang Guru Penyelaras Kadet yang telah didaftarkan dimana –mana negeri
dokumen yang perlu telah direkodkan dan perlu menghantar satu salinan muka
hadapan bank dimana bayaran elaun dimasukkan. ( sila rujuk negeri bank mana yang
ditetapkan )
4. PAKAIAN SERAGAM
Soalan 4.1:
Adakah uniform No 3 atau No 4, Jabatan Pertahanan Awam ada di jual di pasaran?
Jawapan:
Ya ada, tetapi mungkin tidak ada kaitan dengan jabatan dan jabatan tidak terikat
dengan mereka.
52
Soalan 4.2:
Jika seorang guru penyelaras belum menghadiri Kursus Asas Pertahanan Awam bolehkah
beliau memakai pakaian seragam Jabatan?
Jawapan:
Seseorang yang telah didaftarkan sebagai anggota Pertahanan Awam dibenarkan
memakai pakaian seragam Pertahann Awam walaupun belum menghadiri kursus asas.
Soalan 4.3:
Adakah uniform No 4 sesuai digunakan pada hari ko-kurikulum persekolahan tersebut?
Jawapan:
Pakaian uniform no 3 adalah pakaian yang ditetapkan untuk kegunaan Kadet
Pertahanan Awam, walaubagaimanapun pakaian no 4 adalah dibenarkan.
Soalan 4.4:
Sekiranya Guru Penyelaras memakai aksesori tambahan lain yang dikeluarkan oleh lain-lain
agensi / NGO, adakah ia boleh di pakai pada uniform tersebut?
Jawapan:
Tidak boleh, kecuali memdapat arahan dari Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia sahaja.
Soalan 4.5:
Jika seorang guru menempah uniform Jabatan menggunakan pebelanjaan sendiri, Adakah ia
layak mendapat tuntutan kembali pebelanjaan tersebut?
Jawapan:
Layak jika mendapat kebenaran jabatan.
Soalan 4.6:
Pada hari ko-kurikulum, guru penyelaras telah memakai pakaian No 3 lengkap dan
berpangkat LT.M, apabila terserempak dengan pelajar yang juga memakai uniform, Adakah
pelajar tersebut perlu untuk memberi tabik hormat untuk guru tersebut?
Jawapan:
Perlu memberi tabik hormat apabila memakai uniform, ia juga penting bagi mendidik
pelajar menjadi seorang yang berdisplin.
53
Soalan 4.7:
Apabila seorang pelajar ( kadet ) memakai pakaian separuh uniform, bagaimana hendak
membezakan dengan anggota Pasukan yang juga memakai pakaian separuh uniform?
Jawapan:
Kebiasaan baju oren Kadet sekolah menggunakan perkataan “KADET
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA” dan bagi anggota pasukan baju oren
menggunakan perkataan “ PERTAHANAN AWAM”
Soalan 4.8:
Adakah guru penyelaras boleh memakai pangkat yang belum ditauliahkah oleh Jabatan
walaupun di kawasan sekolah sahaja?
Jawapan:
Tidak boleh, guru tersebut perlu mendapat pertauliahan atau surat pemangkuan dari
JPAM.
Soalan 4.9:
Apakah tanda yang membezakan uniform KAPA dengan uniform Pasukan Pertahanan
Awam?
Jawapan:
Uniform KAPA, mempunyai tulisan “KADET PERTAHANA AWAM” di bahu,
manakala uniform untuk pasukan mempunyai tulisan “PERTAHANAN AWAM”.
Soalan 4.10:
Sekiranya berlaku kehilangan uniform yang di pinjam daripada pejabat Pertahanan Awam
Negeri/Daerah, apakah yang perlu dilakukan oleh guru penyelaras tersebut?
Jawapan:
Perlu membuat laporan polis
Soalan 4.11:
Bolehkah seorang guru penyelaras kadet yang berpangkat Lt.M memohom uniform No 2,
walaupun beliau hanya aktif di sekolah sahaja?
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan oleh PPAN
54
Soalan 4.12:
Sekiranya ada sekolah mempunyai peruntukan untuk membuat uniform No 3 ( untuk Hari
Ko-Ko) dan uniform No 4 (Untuk Latihan), adakah dibenarkan?
Jawapan:
Tidak menjadi kesalahan, namun mestilah ikut peraturan pemakaian pakaian seragam.
Soalan 4.13:
Adakah pihak Jabatan mempunyai buku Rujukan Khas berkenaan tatacara peraturan
pemakaian seragam KAPA?
Jawapan:
Pada masa ini, rujukan mestilah berpandukan Buku Pengurusan KAPA dan
Perkeliling yang dikeluarakan oleh Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Soalan 4.14:
Sebagai guru Penyelaras KAPA, apakah syarat-syarat untuk memohon uniform No 2, No 3
dan No 4?
Jawapan:
Uniform akan diberikan kepada guru tersebut sekiranya beliau aktif dalam pasukan
serta mendapat persetujuan dari Pengarah Negeri.
5. PENUBUHAN KAPA
Soalan 5.1
Bagaimanakah cara untuk menubuhkan Kadet Jabatan Pertahanan Awam di sesebuah
sekolah?
Jawapan:
Pengetua hendaklah membuat permohonan bertulis beserta borang permohonan (
Lampiran 2 ) kepada PPAN melalui JPN untuk mendapatkan sokongan. Permohonan
yang telah mendapat sokongan akan diproses oleh JPAM Negeri dengan membuat
ulasan berdasarkan keperluan, kemampuan logistik, kewangan, peralatan, dan
jurulatih kepada IPPA untuk perakuan dan rekod.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis kepada sekolah dan 1
salinan akan dihantar ke JPN. Surat pengesahan Penubuhan Pasukan Kadet
Pertahanan Awam Sekolah berkenaan juga akan dikeluarkan( Lampiran 3) dan satu
nombor pendaftaran akan diberi.
55
Soalan 5.2:
Bagaimana untuk memohon Penubuhan KAPA sekiranya sekolah tersebut bukan dibawah
pentadbiran JPN?
Jawapan:
Proses permohonan adalah sama seperti sekolah yang ditadbir oleh pihak JPN. Sekolah
tersebut perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran atasan terlebih dahulu.
( seperti dalam soalan 5.1 ) Nombor rujukan berasingan akan diberikan.Ini telah
dilaksanakan sebelum ini. ( rujuk 5.3 )
Soalan 5.3:
Adakah nombor pendaftaran bagi semua Pasukan Kadet Pertahanan Awam Sekolah adalah
sama tanpa mengira pihak pentadbiran atasan sekolah tersebut?
Jawapan :
Nombor pendaftaran adalah berdasarkan pihak pentadbiran atasan sekolah seperti
contoh:
X / KAPA ( A ) / 29XX – untuk sekolah agama
X / KAPA ( P ) / 29XX – untuk sekolah persendirian
Soalan 5.4:
Bagaimanakah cara untuk pihak sekolah mendapatkan maklumat berkenaan penubuhan
Pasukan Kadet Pertahanan Awam?
Jawapan:
Pihak sekolah boleh berhubung dengan Unit Pengurusan Angkatan Jabatan
Pertahanan Awam Negeri atau Daerah masing-masing. Maklumat mengenai jabatan
boleh melayari web jabatan www.civildefence.gov.my.
Soalan 5.5:
Diperingkat negeri, siapakah yang perlu dirujuk bagi menubuhkan Pasukan Kadet
Pertahanan Awam?
Jawapan:
Boleh dirujuk ke Unit Pengurusan Angkatan Jabatan Pertahanan Awam Negeri
masing-masing
56
Soalan 5.6:
Berapakah jumlah platun yang diperlukan bagi melayakkan penubuhan Pasukan Pertahanan
Awam di sekolah?
Jawapan:
Minima 1 platun ( 33 orang dari pelajar tahun yang sama )
Soalan 5.7:
Apakah peranan Pasukan Kadet Pertahanan Awam di sekolah?
Jawapan:
KAPA berperanan untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui
pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik,
meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat berkerjasama berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anggota yang terlatih boleh membantu pihak
sekolah dalam tugas siap sedia kecemasan semasa sekolah menjalankan aktiviti.
Soalan 5.8:
Siapakah yang akan bertanggungjawab melatih Pasukan Kadet Pertahanan Awam setelah
ditubuhkan dan adakah terdapat silibus pembelajaran yang perlu diikuti?
Jawapan:
Guru Penyelara Kadet adalah orang yang dibei tanggungjawab untuk melatih KAPA.
Selaian dari itu, jurulatih – jurulatih Pertahanan awam sama ada sukarela dan tetap
juga boleh membantu.
Soalan 5.9:
Apakah kelebihan yang diperolehi oleh Guru Penyelaras Kadet setelah ditauliahkan
lantikkannya sebagai Pegawai Sukarela Pertahanan Awam?
Jawapan:
Guru penyelaras Kadet tersebut layak mendapat segala kemudahan Pertahanan Aam
seperti pakaian seragam , elaun latihan, imbuhan ( bounty ) sekiranya memnuhi syarat-
syarat kelayakan, perlindungan diri dari kecederaan atau kematian semasa
menjalankan tugas – tugas Pertahanan Awam dan lain –lain faedah yang diperolehi
oleh pegawai dan anggota lain.
57
Soalan 5.10:
Sekiranya sesebuah sekolah ingin membuat permohonan menubuhkan KAPA, anggotanya
terdiri dari pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam satu platun adakah
permohonan tersebut layak untuk diluluskan oleh pihak ibupejabat.
Jawapan:
Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana mengikut prosedur yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pihak sekolah perlulah
menubuhkan minimum satu paltun untuk semua pelajar tahun satu dan tahun
berikutnya pelajar tahun satu akan ke tahun dua manakala pengambilan baru dibuat
minimum 1 platun lagi kepada pelajar – pelajar yang abru memasuki tahun satu.
58
MAJLIS PELANCARAN UNIFORM BARU PERTAHANAN AWAM
PADA 13 SEPTEMBER 2009 DI
AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA), BANGI
Majlis perasmian yang dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
Pegawai, Anggota dan Kadet Pertahanan Awam memberi tabik hormat semasa
pelancaran uniform baru
59
Y.B Dato’ Hishammuddin bergambar kenang – kenangan bersama
Pegawai dan Anggota JPAM yang memakai uniform baru
Y.B Dato’ Hishammuddin beramah mesra dengan Pegawai Pertahanan Awam semasa
pemeriksaan perbarisan
60
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA PERKHEMAHAN INTEGRASI KADET
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN
Anggota Kadet yang menyertai Pertandingan Pertolongan Cemas
sewaktu Perkhemahan Integrasi Kadet
Anggota Kadet sedang mendengar taklimat sebelum melakukan aktiviti
air
61
Taklimat sebelum melakukan Jungle Tracking
Pertandingan Kawad Senyap
Peserta sedang melakukan formasi berjalan lalu semasa upacara rasmi
62
P
e
Perbarisan Sempena Perasmian Perkhemahan Integrasi Kadet
Pertahanan Awam
63
Aktiviti kebudayaan juga diterapkan untuk memupuk nilai – nilai
murni dalam diri Anggota Kadet Pertahanan Awam
A
k
t
i
v
i
t
i
a
i
r
m
e
m
b
Membentuk keyakinan para Anggota Kadet Pertahanan Awam dengan
aktiviti di air
64
A
k
t
i
v
i
t
i
l
a
l
u
a
n
b
e
r
halang menguji ketahanan fizikal anggota Kadet dan membentuk kerjasama
di kalangan anggota
S
e
b
a
h
a
g
i
a
n
a
k
t
i
viti pertandingan yang dijalankan semasa Perkhemahan Intergasi Kadet
Pertahanan Awam peringkat kebangsaan
65
Anggota Kadet mengemas peralatan selepas selesai menjalani aktiviti
memadam kebakaran
Sebahagian daripada teknik aktiviti menyelamat melalui laluan berhalang
66
Anggota Kadet melakukan latihan menyelamatkan mangsa melalui laluan
berhalang
67
NOTA
KADET
PERTAHANAN AWAM
MALAYSIA
(KAPA)
68
PENGENALAN
PERTAHANAN AWAM
69
PENGENALAN PERTAHANAN AWAM
PENGENALAN
Dalam tahun 1951, “ Civil Defence Ordinance 1951” telah diluluskan.
Sehubungan dengan itu, pada 24 Mac 1952, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia ditubuhkan bagi melaksanakan ordinan tersebut. Apabila Negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam
adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang
termaktub di dalam jadual kesembilan Perlembagaan Malaysia.
MAKSUD PERTAHANAN AWAM
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 ( Akta 221 ) ini
terbahagi kepada dua keadaan iaitu :
a. Semasa Peperangan
Pertahanan Awam semasa peperangan bermaksud apa – apa jua
tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan
permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa
serangan musuh.
b. Semasa Aman
Pertahanan Awam semasa aman pula bermaksud apa – apa jua
langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah
itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa bencana.
VISI PERTAHANAN AWAM
Menjadi Pertahanan Awam Agenda Negara dan peneraju pengurusan
bencana demi keselamatan dan kesejahteraan Negara.
MISI PERTAHANAN AWAM
Menjadi organisasi yang berwibawa menerusi penglibatan rakyat
dalam program Pertahanan Awam.
Mengapa Pertahanan Awam perlu diwujudkan
Adalah mustahak persediaan untuk Pertahanan Awam dibuat semasa
aman sebagaimana angkatan bersenjata patut disediakan. Persediaan ini
bukannya bermakna peperangan mesti berlaku, tetapi mencegah peperangan.
Memandangkan kepada sebuah negeri yang mengambil tindakan berjaga –jaga
dengan tenang dan munasabah untuk melawan kesan serangan, boleh
menyebabkan si bakal penyerang itu tidak jadi menyerang. Tambahan pula
kegiatan – kegiatan Pertahanan Awam memberi peluang menyatupadukan
masyarakat, memupuk semangat dan menguatkan keazaman terhadap ancaman
musuh.
70
LOGO PERTAHANAN AWAM
LOGO PASUKAN
• CREST – Konsep logo adalah untuk menonjolkan
tugas Pertahanan Awam.
• SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN –
Adalah lambing dan warna keselamatan iaitu
berwaspada dan bersedia menghadapi
kemungkinan.
• SENTIASA SIAP SEDIA –
Di sekeliling tiga segi adalah Moto Pasukan
Pertahanan Awam.
• BUNGA PADI BERWARNA HIJAU MUDA –
Melambangkan kesuburan dan kemakmuran
Negara
• TAPAK LOGO – Berwarna oren adalah
melambangkan keteguhan, kesediaan dan
LOGO PAKAIAN SERAGAM
• OREN
• KUNING
• BIRU
• LOGO Bentuk tiga segi adalah teras kepada
logoPertahanan Awam. Ianya melambangkan
huruf PA. Tujuan logo ini diperkenalkan adalah
untuk symbol bagi maksud Pertahanan Awam.
71
1.6. PAKAIAN SERAGAM DAN PERATURAN PEMAKAIANNYA
PAKAIAN – PAKAIAN SERAGAM PASUKAN
1.6.1. Pakaian Seragam No.1
Keterangan : Baju – Putih, seluar – Biru (Blue ICDO)
berjalur oren & Songkok hitam.
Pemakaian : 1. Dipakai oleh pegawai dan anggota
(Mengikut keperluan dan kelulusan
Jabatan)
2. Dipakai untuk upacara rasmi.
3. Contoh :
a. Menerima darjah kebesaran /
pentauliahan pangkat.
b. Jamuan Diraja
1.6.2. Pakaian Seragam No.2 Keterangan : Baju – Bush jacket biru (Blue ICDO),
1.6.3. Pakaian Seragam No.3 seluar – Biru (Blue ICDO) & beret oren /
peak cap
Pemakaian : 1. Dipakai oleh pegawai sahaja.
2. Dipakai untuk majlis rasmi.
3. Contoh :
a. Mesyuarat / seminar.
b. Menyambut lawatan orang
Kenamaan.
Keterangan : Baju – Light Blue, seluar – Blue ICDO
& beret oren.
Pemakaian :1. Dipakai oleh semua pegawai dan
anggota pasukan.
2. Boleh dipakai untuk semua
urusan am.
3. Contoh :
a. Mesyuarat / seminar
b. Kerja – kerja pejabat.
72
1.6.4. Pakaian Seragam No.4
Keterangan : Baju & seluar – Blue ICDO & beret oren.
Pemakaian : 1. Dipakai oleh semua pegawai dan anggota
pasukan.
2. Dipakai untuk semua urusan am, tugasan
dan operasi
3. Contoh :
a. Operasi menyelamat.
b. Latihan.
1.7. PAKAIAN SERAGAM KADET
1.7.1. GURU PENYELARAS KADET
1. Guru Penyelaras boleh memakai pakaian seragam No.3 atau No.4.
2. Pakaian tersebut dipakai untuk semua aktiviti.
1.7.2. ANGGOTA KADET
1. Pakaian anggota Kadet adalah serupa seperti pakaian seragam No.3
pasukan.
2. Pakaian ini akan dipakai untuk semua aktiviti.
1.8. PERATURAN AM BERPAKAIAN SERAGAM
a) Pakai pakaian seragam dengan lengkap dan betul.
b) Hendaklah memberi hormat dengan anggota / pegawai yang lebih tinggi
kedudukan apabila berjumpa mereka.
c) Jaga semua tingkah laku.
d) Jangan merokok.
e) Buka beret ketika menghadiri kelas atau makan.
1.9. ORGANISASI PERTAHANAN AWAM
Tugas – Tugas Enam Seksyen
Untuk menjalankan fungsi – fungsinya dengan cekap semasa aman atau
perang Pasukan Pertahanan Awam adalah dibahagikan kepada 6 seksyen dengan
masing – masingnya mempunyai tugas – tugas yang tertentu. Walaupun tiap – tiap
seksyen menjalankan tugas – tugasnya yang tertentu, ianya adalah Koordinasikan
bersama untuk membentuk satu operasi yang menyeluruh.
73
Enam seksyen Pasukan Pertahanan Awam adalah seperti berikut :-
a. Ibu Pejabat ( Kawalan )
b. Warden
c. Penyelamat
d. Ambulan
e. Kebajikan
f. Perkhidmatan Bomba Tambahan
1.9.1 Seksyen Ibu Pejabat
Seksyen ini merupakan saraf kepada semua Operasi Pertahanan Awam.
Disinilah yang semua maklumat – maklumat diterima, ditaksirkan dan penetuan
dibuat atas menggunakan Perkhidmatan Pertahanan Awam.
Fungsi – fungsi seksyen Ibu Pejabat adalah :-
a. Untuk memenuhi kakitangan – kakitangan di pusat – pusat kawalan disemua
lapisan.
b. Untuk mengadakan system perhubungan yang diperlukan seperti telefon,
wireless, tali kabel, perkhidmatan penghantaran surat.
c. Untuk memberi maklumat teknikal dan tinjauan berhubung dengan
peperangan moden.
d. Untuk memberi nasihat saintifik berkaitan dengan radioaktif Fallout dan
sebagainya.
1.9.2 Seksyen Waden.
Ahli – ahli waden merupakan rantian penyambung diantara Perkhidmatan
Pertahanan Awam dengan orang – orang ramai. Ianya dibentuk untuk mengekalkan
perhubungan rapat dengan orang – orang ramai dan mengadakan pimpinan dan
panduan kepada orang ramai dalam perlindungan diri. Ahli – ahli waden memainkan
peranan penting dalam memelihara semangat orang – orang ramai.
Fungsi – fungsi seksyen Waden adalah berikut :-
a. Meninjau dan menghantar laporan – laporan.
b. Membantu dan menasihatkan orang ramai.
c. Mengumpul dan mengisi daftar penghuni rumah dan peta kawasan posnya.
d. Membentuk kumpulan – kumpulan lebih dan kumpulan – kumpulan gotong
royong.
e. Mengawal kerosakan, mengarah dan menetukan pembahagian perkhidmatan
menyelamat nyawa di dalam kawasan posnya.
f. Memberi amaran “ Fallout “ dan mengawal orang ramai di dalam kawasan “
Fallout “.
g. Mengarahkan dan membantu orang – orang pemindahan, pelarian dan orang
– orang cedera ke pusat – pusat tertentu.
h. Membantu dalam amaran serangan udara.
74
1.9.3. Seksyen Penyelamat
Tugas utama seksyen penyelamat ialah untuk menyelamat bilangan jiwa yang
maksima di dalam masa yang singkat sekali. Disusunkan dalam satu kumpulan 8
orang dan bekerja selama 8 jam satu giliran.
Fungsi – fungsi seperti berikut :-
a. Menyelamat jiwa dengan melepaskan segera orang – orang yang
terperangkap di bawah runtuhan dan di dalam bangunan yang rosak.
b. Memberi Pertolongan Cemas di masa menjalankan tugas – tugas operasi
menyelamat.
c. Memberi penahan atau penyokong kepada bangunan – bangunan yang
membahayakan jiwa atau menghalang lalulintas.
d. Menyelamatkan bahan – bahan makan dan alat – alat kelengkapan.
e. Merubuhkan bangunan – bangunan yang rosak.
f. Membersihkan lebok – lebuh raya dan kenderaan.
g. Mangalihkan secara kecemasan kepada kemudahan – kemudahan awam
(Debris Clearance).
h. Mengalihkan secara kecemasan kepada kemudahan – kemudahan awam
(Public Utilities)
i. Mendapat dan kembalikan mayat – mayat.
1.9.4. Seksyen Ambulan
Seksyen Ambulan dibahagikan ke dalam dua bahagian iaitu kereta – kereta
Ambulan dan Kumpulan Pertolongan Cemas.
a) Kereta Ambulan
Sebuah kereta Ambulan dianggotai oleh 2 orang pemandu dan Attenden.
Fungsi – fungsinya :-
Mengangkat dan memindahkan orang – orang cedera dari kawasan bencana
ke Hospital – hospital.
b) Kumpulan Pertolongan Cemas
i. Membawa alat – alat pertolongan cemas dan memberi pengusung –
pengusung ke kawasan – kawasan hadapan.
ii. Memberi pertolongan cemas dan menjaga orang – orang yang cedera parah
sehingga mereka dimasukkan ke kereta Ambulan untuk dihantar ke hospital.
iii. Menentukan kes – kes usungan dihantarkan dengan cepat mungkin ke
tempat Angkut Ambulan (ALP)
iv. Memberi rawatan Pertolongan Cemas kepada orang – orang cedera ringan.
v. Mengatur dan menyusunkan pembawa – pembawa usungan terdiri dari orang
– orang yang terselamat di dalam kawasan bencana sebagai pembantu.
75
1.9.5. Seksyen Kabajikan
Seksyen Kebajikan adalah disusun untuk memberikan bantuan segera
kepada orang – orang kehilangan rumah kediaman, pemindahan dan pelarian.
Fungsi – fungsi utama mereka ialah :-
a. Mengiringi dan menjaga kebajikan orang – orang yang kehilangan rumah
kediaman dan pemindahan.
b. Menyediakan tempat tumpangan.
c. Menyedia dan menguruskan pusat – pusat kebajikan.
d. Mengawas dan menjaga kebajikan orang – orang awam di dalam tempat –
tempat perlindungan.
e. Memberi makanan kecemasan
f. Menyediakan dapur dan kantin bergerak
g. Memberikan pakaian kecemasan
h. Mengadakan penerangan di tempat pertanyaan kerosakan dan dipusat –
pusat kebajikan.
1.9.6 Seksyen Perkhidmatan Bomba Tambahan.
Di masa peperangan atau bencana yang besar, unit perkhidmatan Bomba
tambahan akan ditempatkan bersama dengan Perkhidmatan Bomba Tempatan di
balai – balai bomba untuk menjalankan fungsi – fungsi seperti berikut :-
a. Membantu perkhidmatan Bomba Tempatan dalam mencegah kebakaran.
b. Menyelamat orang –orang yang terperangkap dalam bangunan terbakar.
c. Memberi rawatan Pertolongan Cemas kepada orang – orang yang
terperangkap di dalam bangunan terbakar.
d. endapat kembali barang – barang berharga dari bangunan terbakar.
1.10 FUNGSI PERTAHANAN AWAM
1. Mengubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
2. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui
perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
3. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya
mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada
program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.
4. Mengubah dan menyusun jenis latihan – latihan yang sesuai bagi Angkatan
Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
5. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
6. Melakukan tugas – tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan
kemalangan di seluruh Negara.
76
1.11. KEANGGOTAAN PERTAHANAN AWAM
Ada 3 kumpulan utama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Kumpulan anggota tersebut adalah seperti berikut :-
1. Anggota Tetap Pasukan
Kebanyakan anggota merupakan pegawai – pegawai tertinggi
pasukan. Mereka kebanyakan terlibat dalam pentadbiran dan perancangan serta
menentukan dasar – dasar pasukan. Mereka dibayar gaji tetap dan berpencen dan
mendapat semua hak – hak sebagai kakitangan kerajaan.
2. Anggota Sukarela
Anggota sukarela merupakan anggota yang berkhidmat secara sukarela yang
datang daripada pelbagai latarbelakang. Pangkat tertinggi yang boleh disandang
oleh anggota sukarela ialah Kapten. Dalam kes – kes khas terdapat juga anggota
sukarela yang berpangkat Mejar.
Anggota sukarela dibayar elaun mengikut kedudukan pangkat. Elaun dibayar
setiap kali menghadiri apa – apa bentuk aktiviti dan latihan Angkatan Pertahanan
Awam.
Syarat – Syarat untuk menjadi anggota Angkatan Pertahanan Awam adalah
seperti berikut :-
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
iii. Bersih dari sebarang rekod jenayah / dadah
iv. Sihat fizikal dan mental
v. Berpendidikan sekurang – kurangnya PMR / SRP
vi. Tinggi sekurang – kurangnya 5’ 2” dan berat 48kg.
3. Anggota Bersekutu dan Kehormat
Anggota Kehormat terdiri daripada mereka yang berkedudukan penting
dalam politik dan dapat menyumbangkan kepada Angkatan Pertahanan Awam.
Terdapat menteri kabinet, menteri besar dan exco – exco kerajaan negeri yang
dilantik sebagai Pegawai kehormat. Pegawai Bersekutu pula biasanya terdiri
daripada golongan profesional atau ahli perniagaan yang boleh menyumbangkan
kepada pembangunan Angkatan Pertahanan Awam. Mereka ini tidak dibayar
sebarang elaun ketika menghadiri apa – apa aktiviti pasukan.
77
1.12. PUSAT – PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM
MISI & KEMAHIRAN YANG DILATIH
- Menyalurkan dan menyampaikan dasar – dasar Jabatan secara
khusus dan Kementerian secara amnya kepada pelatih – pelatih
kursus.
- Untuk melahirkan anggota – anggota Pertahanan Awam yang
berilmu, cekap dan berkeyakinan di dalam setiap bidang kursus yang
dianjurkan selaras dengan motto Pertahanan Awam Malaysia.
OBJEKTIF
- Merancang dan melaksanakan kursus – kursus menyelamat di
peringkat Pusat untuk Pegawai Tetap ( skim KP ) dan Anggota
Pertahanan Awam bagi meningkatkan kefahaman, kecekapan dan
kemahiran dalam aspek teori dan praktikal.
- Merangka dan menyediakan silibus – silibus yang terkini mengenai
kaedah menyelamat mengikut perubahan semasa dan sentiasa
membuat penambah baikkan diatas strategik pengajaran jurulatih –
jurulatih bagi menyampaikan pengetahuan dan pemahaman peserta
dengan lebih berkesan dan tepat.
MOTTO Sebagai sebuah Pusat Latihan, maka institusi ini bertanggungjawab di
- atas setiap kecemerlangan di atas setiap kecemerlangan pegawai
dan anggota.
Berikut adalah pengkhususan kursus yang ditetapkan bagi sesebuah pusat
latihan.
1. Pusat Latihan Pertahanan Awam, Baling, Kedah.
- Kursus Asas Anggota.
- Kursus Bakal Pegawai
- Kursus Pegawai Tak Bertauliah (PTB)
- Kursus Paramedik (Basic Life Support (BLS), Basic Trauma Life
Support (BTLS)), Pertolongan Cemas.
- Kursus Menyelamat Akuatik (Asas Renang, Asas Menyelamat
(Scuba), Pengendalian Bot, Menyelamat di Air (Baywatch).
78
2. Pusat Latihan Pertahanan Awam, Jengka , Pahang.
- Kursus Penyelamat Teknikal
- Kursus Kemahiran Melawan Kebakaran.
- Kursus Ascending & Descending
- Kursus Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Operasi.
- Kursus Guru Penyelaras Kadet.
- Kursus Kadet
3. Akademi Latihan Pertahanan Awam ( ALPHA ) Bangi.
- Kursus Asas Pengurusan Bencana (Radio Komunikasi, Asas
Kejuruteraan dan Pemuliharaan Tanah)
- Kursus Bakal Pegawai
- Kursus Kejurulatihan Ascending dan Descending
- Kursus Menyelamat Ruang Terbatas
- Kursus Paramedik (Basic Life Support (BLS), Basic Trauma Life
Support (BTLS)), Pertolongan Cemas.
- Kursus Road Accident Management
- Kursus Basic Emergency Care
- Kursus Asas Kaunseling
- Kursus Metodologi Jurulatih
- Kursus Mencari, Menyelamat, Baca Peta dan Pandu Arah (SAR)
- Kursus Menyelamat Akuatik (Asas Renang, Asas Menyelamat)
- Kursus IT.
- Kursus Keselamatan Fizikal
- Kursus Kawalan Terhadap Ancaman Keselamatan
1.13. RINGKASAN SEJARAH PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA
PRA MERDEKA
1939 - Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak
British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency
Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah –
langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.
1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu
undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi
bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.
79
PASCA MERDEKA
1957 - The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan
1958 Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.
1964
1965 - Pertahanan Awam menjadi unsure tetap dan penting dalam sistem
1970 pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan
1972 Persekutuan.
1993
- Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura
berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No.
302/314/64 )
- Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota
dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa
itu diperolehi untuk seluruh Negara.
- Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan
Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang
melanda Negara.
- Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan
peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan
bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
- Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah
organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.
ERA PEMBANGUNAN
1994 - Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai
di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.
1995 - Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda
komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberi kan khidmat bantuan
kecemasan secara 24 jam.
1996 - Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi
memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan
prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.
2000 - Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan
telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.
2000 - Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh
projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7
termasuk dua projek pusat latihan yang baru.
80
2001 - Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan
2004 Daerah diluluskan untuk dilaksanakan didalam tempoh RMK 8
2008 menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki
2008 komplek pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
- Motto ’ Selangkah Ke Hadapan ’ diperkenalkan sebagai komitmen
warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ’ Delivery Service ’
yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan
perjawatan dalam Jabatan.
- Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah
dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada
bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan
di Ipoh Perak.
- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) telah
memperkenalkan ’ Satu Negara Satu Nombor ’ sebagai talian
panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang
membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
KEMENTERIAN YANG MENGAWAL
1952 - Setiausaha Pertahanan
1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri
81
PERTOLONGAN
CEMAS
(ASAS)
82
2. PERTOLONGAN CEMAS
2.1. PRINSIP – PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
PRINSIP – PRINSIP DAN LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS.
A. Prinsip – Prinsip Pertolongan Cemas
B. Seorang Ahli Pertolongan Cemas yang baik dan mahir
C. Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas
D. Tugas Ahli Pertolongan Cemas
A. Seorang Ahli Pertolongan Cemas yang baik dan mahir
( i ) Tajam Perhatian - Mampu mengenalpasti tanda – tanda kecederaan.
( ii ) Pantas ikthiar – Mampu menggunakan objek yang ada sekeliling
sebagai alihganti.
( iii ) Tidak kasar – Tidak menyakiti mangsa
( iv ) Berakal budi
( v ) Bertimbang rasa
( vi ) Sentiasa tersenyum
B. Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas.
( i ) Sentiasa tenang dan dapat mengenal punca kesakitan
( ii ) Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa tercedera.
( iii ) Mendapatkan rawatan Doktor sewajarnya
( iv ) Berikan laporan yang terang dan jelas kepada pihak Hospital
C. Tugas Ahli Pertolongan Cemas terhadap seorang pesakit :-
( i ) Menahan dan merawat sebarang pendarahan yang berlaku.
( ii ) Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selamat
83
( iii ) Memberi bantuan pernafasan jika tiada pernafasan
( iv ) Tanggalkan sebarang benda yang boleh menghalang pernafasan.
( v ) Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan.
( vi ) Elakkan orang ramai mengerumuni mangsa
Elakkan memberi sebarang minuman :-
( a ) Jika pesakit itu tidak sedar.
( b ) Jika pesakit tercedera paru – paru atau perutnya.
MUSTAHAK : Hubungi atau hantar ke hospital dengan segera.
INGATAN : Seorang Ahli Pertolongan Cemas bukanlah seorang doktor.
2.2. LUKA DAN BERDARAH
2.2.1 Luka
Sebarang kecederaan yang mengakibatkan pendarahan berlaku dan boleh
terdedah kepada jangkitan kuman atau lain – lain benda yang berbahaya serta boleh
membawa maut jika tidak dirawat.
( a ) Luka terhiris :-
Luka disebabkan oleh Benda –benda yang tajam seperti pisau cukur
( b ) Luka terkoyak :-
Luka yang disebabkan oleh kesan hentakan atau berpunca dari kesan cakar
haiwan.
( c ) Luka berdarah dalaman :-
Permukaan kulit lebam kebiru – biruan akibat pukulan tepat dengan benda
tajam atau kena hempap.
( d ) Luka tembus :-
Luka yang menembusi bahagian tubuh badan yang disebabkan oleh
tembakan peluru, pisau dan sebagainya.
Pemulihan :
( i ) Jika luka kecil dan tidak ada benda asing, cuci luka dengan air yang bersih
kemudian balut dengan kain yang bersih.
84
( ii ) Jika luka besar, atau luka kecil yang ada benda asing. Tekan nadi yang paling
berhampiran dengan luka tersebut. Balut luka dengan kain bersih (Gunakan lapik
atau balutan cincin ).
( iii ) Berikan bantuan perubatan dengan segera
Jangan cuba mengeluarkan benda asing yang terdapat dalam luka tersebut.
Jangan cuci luka jika darah telah beku kerana ini akan menyebabkan pendarahan
semula.
2.2.2 Pendarahan
Ada tiga jenis pendarahan :
( i ) Dari (arteri) – Darah keluar dengan warna merah terang dan memancut –
mancut.
( ii ) Dari (Vena) – Darah keluar dengan warna merah pekat dan meleleh perlahan
– lahan.
( iii ) Dari kapilari – Darah keluar dengan warna merah terang
Dua cara menahan darah dari keluar :
( i ) Tekan Tepat –
Tekan dengan kain yang bersih atas luka kemudian balutkan dengan kain
bersih. (Guna balutan cincin jika terdapat benda asing).
( ii ) Tekanan tidak Tepat –
Jika tidak dapat menahankan darah itu, tekanlah di atas nadi dengan jari atau
kaedah Tornique ( Elakkan melebihi masa lima belas minit).
Tanda – tanda :
( i ) Muka pucat.
( ii ) Seperti hendak rebah.
( iii ) Sukar untuk bergerak.
( iv ) Pernafasan sempit
( v ) Peluh didahi, hidung dan keliling mulutnya.
( vi) Merasa sejuk (suhu badan menurun).
( vii ) Denyutan nadinya lemah.
Pemulihan :
( i ) Hentikan Pendarahan
( ii ) Bersihkan Luka kemudian balut dengan kain bersih
( iii ) Selimutkan dengan baju atau kain selimut tetapi jangan membuatkan mangsa
kepanasan atau kurang selesa.
( iv ) Biar pesakit itu mendapat udara yang segar dan bersih.
( v ) Longgarkan pakaian yang ketat
( vi ) Perlu dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Gunakan tuap jika luka atau tempat yang cedera itu mengalami kepatahan tulang.
Hentikan pendarahan terlebih dahulu dan selepas itu perhatikan kecederaan lain.
85
MELAWAN
KEBAKARAN
(ASAS)
86
3. MELAWAN KEBAKARAN
3.1. BAGAIMANA API TERJADI
( a ) Api akan terjadi apabila 3 unsur bergabung iaitu :-
(i) Bahan Api
Unsur yang terkandung di dalamnya wap/gas mudah bakar
- Terdapat dalam beberapa bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas.
- Contoh : Kayu, arangbatu, minyak, cat, LPG, gas Hidrogen dll.
-
Oksigen
( ii ) Sejenis gas yang terdapat di dalam udara yang membantu proses
pembakaran
- Peratus kandungan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran adalah 16%
- 21%.
-
( iii ) Haba
- Sejenis tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu bahan api.
- Gas/wap mudah bakar akan dibebaskan dari bahan api dan terbakar apabila
mencapai takat suhu tertentu - Takat Sambaran (flash point).
- Peningkatan suhu seterusnya akan membebaskan gas/wap mudah bakar
berterusan dan kebakaran pun terjadi - Takat Kebakaran (fire point).
Bahan Haba
Oksigen
Dengan adanya 3 unsur tersebut,menyebabkan nyalaan api atau pembakaran akan
terjadi. Teori ini dinamakan ”Teori Astler”.
87
3.2. KELAS – KELAS API
Kelas Api Jenis – Jenis Api / Bahan Alat Pemadam
Kelas A – Pepejal kayu,kertas,kain dll Air dan debu kering
Kelas B – Cecair cat,varnish,minyak dll Buih,debu kering,
CO2 dan air
Kelas C – Gas Gas,LPG,butana,propana,
Kelas D – Logam Hidrogen dll Debu kering,CO2
dan Gas
Potassium,sodium,
Kalsium dll Debu kering,pasir kering
dan CO2
ALAT MEMADAM KEBAKARAN
Alat yang digunakan untuk mengawal atau memadam kebakaran di peringkat awal yang
boleh dikendalikan oleh seorang sahaja dan hanya boleh digunakan dalam jangkamasa yang
singkat.
Alat Pemadam Api Jenis Air
Warna : Merah
Kandungan : 9 Liter Air
Berat Tabung :12.6 kg
Jarak Pancutan : 20 – 25 kaki
Jangkamasa : 60 – 120 saat
Tidak memberhaya dan mudah dikendalikan
Alat Pemadam api Jenis Serbuk Kering
Kandungan :
1. Sodium Bicarbonate 97%
2. Magnesium Stearate 1½ %
3. Magnesium Carbonate 1 %
4. Tricalcium Phosphate ½ %
Debunya memberhaya
Warna : Biru Muda atau Merah
88
Alat Pemadam api Jenis Karbon Dioksida ( CO2 )
1. Cecair CO2 dalam bentuk tekanan
2. Dalam tekanan beratnya 1 – 2.25 Kg
(Berat keseluruhan 4.5 kg – 8 kg)
Jarak Pancutan : 8 kaki hingga 12 kaki
dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa Pancutan : 60 hingga 120 saat
Warna : Hitam
Alat Pemadam Api Jenis Buih
2 Tabung :
1. Tabung Dalam –Aluminium Sulphate
2. Tabung Luar – Sodium Bikarbonat - Stabliser
Jangkamasa Pancutan :30 hingga 90 saat
Jika campuran kimia tidak betul maka
Ianya tidak mampu memadam
Kebakaran
Warna : Krim Putih
PUNCA-PUNCA API MEREBAK 6- Haba Nuklear
7- Petir
1- ElektriK 8- Mampatan Gas
9- Tindakbalas kimia
2- Elektrik Statik 10- Nyalaan
3- Percikan
4- Geseran
5- Haba Mekanikal
Sebab-sebab kemerebakan Api
Faktor Semulajadi
- Kepanasan cahaya matahari, gunung berapi, petir, dsb.
89
Kemalangan
Kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia
Sengaja
- Sengaja dibakar, khianat atau jahil.
FAKTOR-FAKTOR API MEREBAK
Antara faktor membantu kemerebakan kebakaran :-
1. Luas permukaan bahan
- Keluasan permukaan bahan api yang terdedah dengan oksigen/udara.
2. Kadar pengeluaran/pemindahan haba
- Jumlah dan kecepatan haba yang dikeluarkan.
3. Tiupan angin
- Angin yang bertiup membawa lebih banyak oksigen.
4. Suhu Atmosfera
- Kelembapan rendah membantu kemarakan.
CARA-CARA MEMADAM KEBAKARAN
1. Melaparkan ( Memindahkan atau menyekat bahan api daripada tempat kebakaran.)
- Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain
- Memindahkan bahan api yang telah terbakar ke kawasan lapang
- Memecah/menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan
- Menyekat bekalan bahan api
2. Melemaskan (Menghalang kemasukan atau mengurangkan bekalan oksigen.)
- Menutup kebakaran kecil dengan guni basah
- Menyemburkan buih (foam) ke atas kebakaran minyak
- Menyemburkan debu kering
- Menyemburkan gas CO2 atau Halon
- Menutup kebakaran tangki minyak
- Menutup pintu dan tingkap
3. Menyejukan (Menyerap atau menurunkan suhu bahan api.)
- Menyiram/menyemburkan dengan air - paling ekonomik
- Menyemburkan dengan gas CO2 bagi menyerap haba kebakaran dan menghalang
kenaikan suhu seterusnya
- Menyemburkan dengan debu kering (karbonat) bagi menyerap haba kebakaran
90
MELEPASKAN DIRI DARI KEBAKARAN
PRINSIP-PRINSIP ASAS HARUS DIINGAT DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN
IAITU:-
1- Tutup mulut dan hidung menggunakan kain/sapu tangan basah bertujuan menahan habuk,
asap atau gas-gas yang beracun.
2- Apabila bergerak dalam bangunan berasap dengan cara meraba-raba dengan tapak tangan
genggam ke hadapan untuk menyentuh halangan dan juga bagi mengelakkan kejutan letrik.
• Apabila bergerak di dalam sesuatu tempat yang berasap di dalam bangunan yang
terbakar , ianya boleh dilakukan secara meraba-raba dengan tangan.
• Udara yang terbersih dan tersejuk sekali adalah berhampiran di lantai.
• Cara merangkak dinasihatkan.
• Apabila bergerak ke hadapan, sebelah tangan yang bebas hendaklah angkat sedikit ke
atas dan hendaklah genggam sedikit tapak tangan.
• Menggunakan belakang tapak tangan untuk menyentuh apa-apa halangan.
MENYELAMAT SEMASA KEBAKARAN
Dari Tingkat Pertama
• Tangga adalah punca bahaya, apabila bangunan yang sedang terbakar.
• Tangga kayu selalu runtuh dengan tidak memberi isyarat.
• Sentiasa merapatkan diri ke bahagian dinding.
• Susur ke bawah cara membelakang dan rasa dengan kaki setiap anak tangga sebelum
memijaknya.
• Mengurangkan ketinggian jarak sekurang-kurangnya tujuh kaki untuk terjun ke
bawah dan ini mengurangkan kecederaan kepada diri.
- Duduk di atas bendul jendela dengan badan menghala keluar bangunan dan kaki
dibiarkan berjuntai ke bawah.
- Pusing ke belakang , pegang bendul jendela , turunkan badan dan bergantung
dengan kedua- dua tangan.
- Selepas itu barulah lepaskan tangan.
Tingkat Kedua
- Jangan panik gunakan kain-kain selimut, cadar buat tali dan ikat pada
perabot berat atau tiang.
- Hulur tali serendah-rendah yang boleh tentukan keselamatan
Tingkat Ketiga
- Sediakan tali/ kain selimut/cadar
- Pergi Ke Arah Tingkap dan minta bantuan
-Tunggu Bantuan
MENYELAMAT MANGSA SEMASA KEBAKARAN
Mengeledah sesuatu bangunan
91
- Bertugas berpasangan dalam bilik / bangunan
- Hendaklah di buat dengan cepat dan selamat & Menyeluruh.
- Kanak-Kanak diutamakan.
Mengeledah sesuatu bilik
- Satu pusingan genap dibuat
- Sentiasa rapat ke dinding
- Rasa dan raba-raba di atas dan di bawah katil dan alatan perabot.
- Merentasi bilik secara melintang
- Pastikan pintu di buka dengan selamat
Membawa Mangsa keluar (Merangkak Bomba)
- Pusingkan mangsa supaya terlentang.
- Ikatkan kedua-dua tangan mangsa,duduk dalam keadaan merangkak , masukkan kepala
dalam ikatan kedua-dua tangan mangsa,telentangkan dan seret perlahan-lahan ke tingkat
bawah .
92
MENYELAMAT
(ASAS)
93
4. ASAS MENYELAMAT
a. Pengenalan Dan Jenis Tali
Tali merupakan satu peralatan yang amat penting dalam Pertahanan Awam.
Kemahiran menggunakan tali untuk membuat ikatan dan simpulan amat diperlukan
kerana ianya kerap dilakukan semasa bertugas.
Tali yang selalu digunakan dalam Pertahanan Awam adalah seperti berikut :-
i. Tali kernmantel
ii. Tali belati
iii. Tali kabel ( Wire Rope )
b. Tali Dan Penjagaannya
Kekuatan tali adalah sangat berkurangan sekirannya tali itu : -
a) Basah / lembap
b) Terkena minyak
c) Bersimpul kerana tarikan belati dalam tali tidak serupa, belati yang
diluar akan tertakluk kepada tekanan yang lebih kuat dan akan putus.
d) Apabila tali diletak ke atas bucu – bucu tajam, tali akan mengalami
kerosakkan yang kekal.
e) Jika bebanan dilepaskan dengan cara tersentap-sentap.
4.3 Jagaan dan Selenggaraan Tali.
Tali adalah satu peralatan yang penting dalam kerja menyelamat. Tali
mestilah disimpan dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya dapat digunakan
dalam kerja – kerja penyelamat seperti mengangkat bebanan dan menyelamatkan
mangsa-mangsa terperangkap.
4.4 Kerosakkan Tali
Geselan, terlalu bengkok, terluka, ditarik diatas tanah, digunakan melalui pulley yang
sempit, terkena asid atau alkali, terdedah kepada cuaca panas terik dan basah.
4.5 Jagaan Dan Selenggaraan Tali
4.5.1 Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa
4.5.2 Elakkan dari membuat simpulan tetap
4.5.3 Elakkan tali melalui bucu yang tajam
4.5.4 Elakkan tali dari tersentap semasa penggunaan
4.5.5 Simpan tali di tempat yang kering dan tinggi sedikit dari lantai
4.5.6 Jika basah, jemur/gantung di tempat yang tidak panas terik
4.5.7 Tali kabel hendaklah sentiasa disapu minyak
94