4.5.8 Selalu buat pemeriksaan terhadap tali
4.6 Lima Jenis Simpulan Asas
Anggota Pertahanan Awam hendaklah membiasakan dengan ikatan dan
simpulan tali serta sentiasa mengamalkannya. Mereka mestilah belajar bagaimana
membuat dan menggunakan ikatan dan simpulan dengan cepat dan cekap. Setiap
ikatan dan simpulan mestilah sentiasa diikat dengan kemas.
4.6.1 Thumb Knot ( Simpul Mati )
Ini adalah satu simpulan yang mudah diikat dihujung sesuatu tali untuk
menahan tali dari tercabut dari ” Block Pulley ” atau untuk kegunaan sementara
mengikut hujung tali supaya tidak terburai.
4.6.2 Reef Knot ( Simpul Buka Sila )
Ianya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang sama saiznya.
Ianya dengan mudah dilucutkan dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk
maksud umum.
95
4.6.3 Clove Hitch ( Simpul Manuk ).
Apabila diikat di hujung tali, ianya akan menjadi satu ikatan sauh yang kuat
dan juga mudah dilucutkan. Selalu digunakan untuk mengikat usungan iaitu pada
awal dan pada akhir ikatan di pengusung.
4.6.4 Setengah Belit
Ikatan ini adalah untuk mematikan sesuatu ikatan.
4.6.5 Timber Hitch ( Simpul Balak )
Ini adalah ikatan sementara yang cepat untuk mengikat tali ke bawah kayu
atau papan. Apabila digunakan untuk mengangkat kayu-kayu bulat, papan atau
96
tiang. Belitan ini hendaklah menggunakan bersama-sama dengan satu lagi
setengah belit di bahagian atau hujung tiang itu.
4.6.6 Bunga Geti ( Sheet Band )
Digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz (besar), ianya
mempunyai faedah supaya tidak akan terlucut walaupun ia basah.
4.6.7 Tindih Kasih ( Bowline )
Ianya juga digunakan bagi tujuan menurun atau menaikkan si mangsa dan
juga sebagai tali pandu kepada seseorang.
Orang yang pengsan kadang kala boleh ditarik keluar dari bangunan dengan
diikat di bawah ketiak dan di dadanya.
4.6.8 Ikatan Seraya
97
Digunakan apabila mengikat dua tiang atau kayu yang bersebelahan atau
antara satu sama lain. Dimulakan dengan ikatan manuk dan diakhiri dengan ikatan
manuk
4.6.9 Ikatan Angka Lapan
4.7 Menyelamat Kecemasan
4.7.1 Cara Yang Sesuai Bagi Seorang Penyelamat
a) Memikul Uncang
b) Gaya Memapah
98
c) Merangkak Bomba
d) Menurunkan Mangsa Ke Tingkat Bawah
99
4.7.2 CARA YANG SESUAI BAGI LEBIH DARI SEORANG PENYELAMAT
a) Cara Mengekor
a) Gaya Memapah 2 Orang
100
b) Duduk Atas 3 Tangan
c) Duduk Atas 4 Tangan
101
5. PERKHEMAHAN DAN LATIHAN TAHUNAN
Aktiviti perkhemahan Kadet Pertahanan Awam hendaklah dirancang
dengan sempurna supaya perkhemahan pasukan ini tidak dilaksanakan seperti
perkhemahan pasukan pakaian seragam yang lain misalnya Pengakap, KRS dan
lain – lain. Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam hendaklah dibuat seperti mana
latihan tahunan yang dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam. Perkhemahan
paling sesuai dijalankan selepas silibas latihan ditamatkan.
Berikut adalah cadangan perlaksanaan aktiviti ini :
Tempoh : 3 hari 2 malam
Dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
Tempat : :
Perlaksanaan
Hari pertama hendaklah dikhususkan kepada melaksanakan aktiviti –
aktiviti yang berbentuk ulangkaji semua pelajaran yang lepas. Pada hari kedua pula
ialah mempraktikkan perkara – perkara yang diajar sepanjang latihan dikelas melalui
satu aktiviti latihan mencari dan menyelamat. Latihan ini hendaklah dirancang
dengan sempurna dan mendapat bantuan jurulatih bertauliah Angkatan Pertahanan
Awam. Oleh kerana silibas latihan telah dirancang untuk mengurangkan peranan
jurulatih Angkatan Pertahanan Awam menyebabkan latihan praktikal telah
dikurangkan, maka dalam latihan tahunan inilah pasukan kadet memerlukan
kepakaran mereka bagi menjalankan latihan secara praktikal.
Pengendalian dan Senario Latihan.
1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan
mempunyai bilangan anggota seramai 10 orang.
2. Setiap kumpulan akan melantik ketua masing – masing.
3. Seorang anggota setiap kumpulan akan diasingkan untuk menjadi mangsa
yang kemudiannya ditempatkan disatu lokasi yang dirahsiakan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan menyelamatkan anggota
kumpulan masing – masing.
5. Bekalkan setiap kumpulan dengan :
- Peta kawasan kejadian ( peta lakar adalah memadai )
- Kompas
- Arahan bertulis tentang operasi yang akan dijalankan termasuk
menyatakan
tentang kecederaan mangsa.
102
6. Taklimat tentang latihan ini dibuat dengan jelas sebelum ia dimulakan. Aspek
keselamatan hendaklah diambil serius. Lepaskan setiap kumpulan satu demi
satu dan ada selang masa yang sesuai misalnya setiap lima minit supaya
mudah merekodkan tempoh sesuatu kumpulan menyelesaikan operasi
masing – masing. Laluan setiap kumpulan hendaklah sama dan lokasi semua
mangsa juga hendaklah sama. Di sepanjang laluan hendaklah ada jurulatih /
guru pemimpin dan pembantu bagi memantau perjalanan latihan dan menilai
cara peserta menjalankan operasi.
7. Pastikan dalam latihan tersebut terangkum lain – lain aktiviti penting termasuk
membaca peta dan kompas, merempuh halangan ( anak sungai, tebing
curam dan seumpamanya ), menggunakan tali dan lain – lain.
8. Apabila kumpulan telah menjumpai mangsa, mereka akan diajarkan kaedah –
kaedah rawatan pertolongan cemas keatas mangsa yang luka ( Peringkat
Asas ) dan mangsa yang luka serta patah ( untuk Peringkat Lanjutan ) oleh
seorang jurulatih yang bertauliah. Setiap kumpulan hendaklah dikhaskan
seorang jurulatih / pembantu jurulatih. Jurulatih hendaklah menunjukkan cara
membalut luka dan rawatan awal yang perlu diberikan ( bagi Peringkat Asas,
tambahan membalut patah dibuat untuk peringkat lanjutan ), menyelimut
mangsa, Oleh kerana latihan yang dikendalikan oleh guru – guru tidak
meliputi latihan praktikal, maka latihan tahunan ini amat penting dijalankan.
9. Selepas itu, setiap kumpulan hendaklah membawa mangsa keluar dari lokasi
kemalangan ke tempat ambulan menunggu ( bilik gerakan di tapak
perkhemahan ).
10. Buat penilaian berdasarkan :
- Kerjasama : 20 markah
- Cara membalut luka : 15 markah
- Cara membalut patah : 15 markah
- Cara membuat usungan : 20 markah
- Cara mengusung mangsa : 15 markah
- Kepantasan operasi : 15 markah
103
6. KHIDMAT MASYARAKAT
6.1. GOTONG – ROYONG
Berbagai bentuk khidmat masyarakat boleh dibuat di peringkat Asas,
menjalankan program gotong – royong di dalam kawasan sekolah terutamanya
untuk keceriaan sekolah. Walau bagaimanapun apa juga bentuk khidmat
masyarakat dalam kawasan sekolah boleh dijalankan. Aktiviti yang dijalankan
hendaklah direkodkan di dalam buku log.
6.2. LAWATAN
Lawatan ke tempat – tempat yang berkaitan dengan Pertahanan Awam
hendaklah dibuat sekurang –kurangnya sekali. Tempat – tempat yang boleh dilawati
termasuklah Ibu Pejabat Pertahanan Awam, negeri ataupun pejabat – pejabat
cawangan daerah. Pusat – pusat latihan juga boleh dilawati.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan anggota
terhadap Angkatan Pertahanan Awam dan agensi – agensi yang berkaitan
dengannya sebagai melengkapkan pengetahuan yang diberikan di dalam silibas
latihan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan perhubungan anggota Pertahanan
Awam dengan Kadet. Tetapi yang lebih penting ia akan dapat meningkatkan minat
untuk menyertai Angkatan Pertahanan Awam selepas tamat persekolahan nanti.
104
KAWAD
KAKI
105
7. KAWAD KAKI
Kawat kaki telah menjadi sesuatu yang sangat biasa terutamanya apabila
Pertandingan Kawat Kaki antara pasukan pakaian seragam dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran. Oleh itu, Latihan Kawat Kaki hendaklah diperluaskan
skopnya supaya semua pasukan Kadet Pertahanan Awam boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut. Kadet Pertahanan Awam mempunyai
reputasi yang sangat baik dalam pertandingan ini baik di peringkat Daerah, Negeri
mahupun Kebangsaan. Pada tahun 2000, 2001, 2002, Kadet Pertahanan Awam
telah memenagi Anugerah Ketua Platun Terbaik Kebangsaan dalam pertandingan
tersebut. Pada tahun 2001 dan 2004 Kadet Pertahanan Awam telah berjaya menjadi
naib johan pertandingan tersebut. Kejayaan ini bukannya kecil kerana mereka
terpaksa bertanding dengan kadet – kadet lain seperti Kadet Tentera, Kadet Polis,
Kadet Bomba dan Penyelamat dan seumpamanya.
Bagi menjamin kesinambungan pencapaian ini, tumpuan latihan kawat
kaki perlu ditingkatkan. Oleh kerana penguasaan anggota kadet terhadap kemahiran
pergerakan kawat adalah mengkagumkan maka latihan pasukan ini di Peringkat
Asas hendaklah dibuat seperti berikut :
7.1. Kawad Statik
- Jadikan tiga barisan
- Ke kanan lurus / pandang depan
- Pusing kanan / kiri
- Menghadap ke hadapan / ke belakang
7.2. Kawad Dinamik
- Cepat jalan
- Kiri belok / kanan belok
- Tukar langkah semasa cepat jalan
- Perlahan jalan
- Tukar langkah semasa perlahan jalan
- Ke hadapan hormat
- Ke kanan hormat
- Selaku terima sijil / hadiah
- Dll yang berkaitan.
106
PERINGKAT
LANJUTAN
107
PERTOLONGAN
CEMAS
(LANJUTAN)
108
1. PERTOLONGAN CEMAS
RENJATAN
Renjatan disebabkan oleh kecederaan serius dan boleh mengakibatkan mangsa
mengalami trauma.
Tanda – tanda mangsa mengalami renjatan
( i ) Muka pucat.
( ii ) Seperti hendak rebah.
( iii ) Pitam - Mungkin tidak bergerak atau bercakap
( iv ) Nafas laju
( v ) Peluh didahi, hidung dan keliling mulutnya.
Tanda – tanda.
( i ) Denyutan nadinya lemah dan pantas
( ii ) Merasa sejuk
Pemulihan
( i ) Baringkan mangsa.
( ii ) Rawat pendarahan jika berlaku.
( iii ) Selimutkan mangsa dengan selimut.
( iv ) Longgarkan pakaian yang ketat bagi keselesaan pernafasan.
( v ) Berikan sedikit minuman yang suam jika mangsa sedar dan beri udara bersih.
( vi ) Berikan bantuan perubatan
Utamakan keselesaan pesakit semasa memberi rawatan.
TERHALANG / TERGANGGU PERNAFASAN
Pernafasan ditakrifkan sebagai menyedut udara yang bersih dan
menghembuskan udara yang kotor ( Oksigen akan diserap dalam badan dan karbon
dioksida dikeluarkan dari saluran hidung dan mulut). Paru-paru akan mengembang
dan kempis semasa proses pernafasan berlaku. Kadar pernafasan ialah 16 hingga
18 kali seminit bagi keadaan normal.
Faktor – faktor lemas
( i ) Pakaian atau kain menutup bahagian muka.
( ii ) Air – lemas di air.
( iii ) Gas – kekurangan oksigen atau oksigen nipis.
Tindakan yang harus dilakukan ?
( i ) Lakukan rawatan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas
( ii ) Bawa keluar mangsa dari kawasan yang dikhuatiri berudara tipis
( iii ) Bila pernafasan mangsa pulih dapatkan rawatan di hospital.
109
Tercekik
Kesekatan yang berlaku dalam saluran pernafasan yang menyebabkan proses
pernafasan terganggu
Faktor – faktor tercekik
( i ) Makanan tidak dikunyah dengan betul.
( ii ) Bercakap ketika makan
( iii ) Tersekat disebabkan lidah – mangsa yang tidak sedarkan diri
Tindakan yang harus dilakukan ?
( i ) Tepuk belakang mangsa diantara tulang bahunya.
( ii ) Berikan tekanan di antara pusat dan dada mangsa – Kaedah Heimlich
Manuever
( ii ) Jika bayi, telangkupkan badannya, kemudian tangan kiri tahan
kepalanya dan tepuk belakang badannya, gunakan jari untuk
mengeluarkan bendasing yang kelihatan dalam mulut mangsa.
Tanda – tanda Tercekik
(i) Memegang leher
( ii ) Tidak boleh bercakap
( iii ) Muka pucat.
( iv ) Sesak pernafasan atau batuk.
(v) Kulit muka kemerah-merahan
Tidak Bernafas
Keadaan mangsa yang tidak bernafas dan tidak melebihi 4 minit
Tanda – tanda
( i ) Mangsa tidak sedarkan diri
( ii ) Mangsa tidak bernafas
Tindakan yang perlu dilakukan
( i ) Lakukan rawatan CPR – Cardio Pulmonary Resusitation (Rawatan
Pemulihan jantung)
( ii ) Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan – Jika telah bernafas
( iii ) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya
110
CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)
Amalkan penggunaan Protokol DRABC
D - Danger Utamakan keselamatan diri, mangsa dan persekitaran dari
sebarang ancaman bahaya )
R - Respon Periksa tahap kesedaran mangsa, jika tidak sedar hubungi
Pihak hospital dengan segera.
A - Airway Buka saluran pernafasan mangsa dengan kaedah angkat dagu
dongakkan kepala.
B – Breathing Periksa pernafasan mangsa dengan kaedah melihat pergerakan
naik turun dada, dengar bunyi dengkuran pernafasan dan rasa
haba pernafasan.
- Jika tiada pernafasan berikan 2 hembusan menyelamat
C – Circulation Periksa Nadi mangsa dan jika tiada nadi berikan tekanan dada
sebanyak 30 kali.
Ulangi proses Rawatan tekanan dan hembusan sehingga 5 pusingan kemudian
periksa semula pernafasan mangsa, jika bernafas letakkan masa dalam posisi
pemulihan.
KECEDERAAN PADA TULANG
Patah tulang disebabkan apabila sesuatu tulang dibadan telah tercedera iaitu :-
( i ) Pukulan yang kuat dan tepat – Kecederaan yang berlaku pada tempat yang
kena, misalnya kaki digilis roda kereta atau dihimpit barang yang sangat kuat.
( ii ) Pukulan sipi – Kecederaan berlaku jauh dari tempat yang terkena misalnya
tulang peha patah apabila terjun dari tempat tinggi.
( iii ) Tersentap urat – Kecederaan berlaku kerana urat tersentap, misalnya
tempurung lutut pecah apabila tertendang benda dengan kuat.
Ada empat jenis kepatahan :-
( i ) Patah Tebu : Tidak terputus sepenuhnya.
( ii ) Patah Lurus : Kepatahan berbentuk lurus sepanjang tulang.
( iii ) Patah Serong : Kepatahan yang berbentuk diagonal sepanjang tulang
( iv ) Patah berkecai : Tulang patah pelbagai bahagian
111
Tanda – tanda :-
(i) Lebam dan bengkak.
( ii ) Anggotanya berbentuk ganjil.
( iii ) Tulang tidak pada tempat asalnya
( iv ) Sakit
(v) Tidak boleh bergerak.
Simptom :-
( i ) Sakit pada bahagian patah.
( ii ) Tidak boleh bergerak dibahagian yang patah.
Pemulihan :
( i ) Jangan pindahkan pesakit. Berikan rawatan disitu juga.
( ii ) Kurangkan pergerakan agar kecederaan tidak melarat.
( iii ) Menggunakan pembalut tiga segi (anduh) sebagai pengampu bahagian yang
patah bagi memudahkan dan keselesaan pesakit itu.
( iv ) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya .
PERHATIAN : Apabila pembalut tiga segi digunakan pastikan perjalanan darah
diperiksa dengan memerhatikan kuku sama ada menjadi putih atau biru dan jika
kuku berwarna biru, Ini menunjukkan balutan terlalu kuat, lakukan balutan semula.
Dan juga jangan balut pada tempat yang patah jika kecederaan berlaku dekat pada
kulit. Gunakan seberapa banyak lapik dibahagian yang tercedera.
A. Patah Tulang Dagu
Tanda – tanda :
( i ) Gusi berdarah ( gum )
( ii ) Air liur keluar dari mulut
( iii ) Tidak boleh bercakap dengan betul
Tanda – tanda :
( i ) Sakit apabila digerakkan.
Apa yang harus dilakukan ?
(i) Tundukkan pesakit itu kehadapan sedikit.
( ii ) Ampu bawah dagu dengan tapak tangan dan tekan keatas perlahan – lahan.
( iii ) Gunakan pembalut tiga segi (anduh).
( iv ) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya.
112
B. Patah Tulang Rusuk
Tanda – tanda :
( i ) Sakit apabila bernafas panjang.
Apa yang harus dilakukan ?
( i ) Guna pembalut tiga segi iaitu lipatan lebar dua helai, ikatkan tempat yang
sakit dan satu lagi atas pembalut yang pertama. Simpulkan di tempat yang
tidak sakit dan anduh tangan mangsa pada bahagian sakit dengan
menggunakan pembalut anduh yang besar.
( ii ) Kain anduh diikat mengikut keselesaan pernafasan mangsa.
( iii ) Dapatkan rawatan hospital dengan segera
C. Patahan Tulang selangka
Tanda – tanda :
( i ) Pesakit akan dengan sendirinya akan mengampukan tangannya.
( ii ) Pesakit tidak berdaya mengangkat tinggi bahunya.
Simptom :
( i ) Bahu sakit.
( ii ) Berdarah di tempat yang patah.
Apa yang harus dilakukan ?
(i) Elakkan atau kurangkan pergerakan di tempat yang cedera daripada menjadi
( ii ) patah riok.
( iii ) Jangan sekali – kali cuba menolakkan tulang yang patah tersembul keluar.
( iv ) Tutupkan luka itu dengan sekeping kain penutup luka yang bersih.
Gunakan dua pembalut tiga segi ( iaitu lipatan lebar ). Ikat bahagian
tempat yang cedera.
Dapatkan rawatan hospital sewajarnya.
D. Patah Tulang Pergerakan Tangan
Tanda – tanda :
( i ) Bahagian tercedera itu menjadi bengkak atau lebam
Tindakan yang harus dilakukan ?
( i ) Basahkan pembalut kain dan menggunakan air yang sejuk dan balut di
tempat yang cedera.
( ii ) Ampukan dengan pembalut anduh tangan besar.
( iii ) Dapatkan rawatan hospital sewajarnya.
113
E. Patah Tulang Anggota ( bahagian bahu dan siku )
Simptom :
( i ) Bengkak
( ii ) Berubah bentuk rupa
( iii ) Berubah warna
Tanda – tanda :
( i ) Sakit ditempat yang cedera.
Tindakan yang harus dilakukan ?
(i) Bengkokkan dan melintangkan tangannya dengan perlahan – lahan kedada
dan jari - jari ke bahu.
( ii ) Bubuhkan kain lapik diantara lengan dan badan.
( iii ) Gunakan dua pembalut tiga segi ( iaitu lipatan lebar ) satu ikatan pada
bahagian atas dan satu lagi dibawah tempat cedera ( siku ).
( iv ) Dapatkan rawatan hospital segeral.
PERHATIAN : Jika sikunya cedera jangan sekali – kali digerakkan, anduhkan
tanggannya dengan menggunakan tiga anduhan lebar ( pastikan
tegak dan lurus ). Jika didapati bengkuk, ampuhkan dengan kain
anduh yang besar.
F. Patah Tulang Anggota Bahagian Bawah atau Tulang Belakang
Misalnya : Tulang belakang, tulang peha, tempurung lutut, tulang kaki dan
tulang penjejak.
Tanda – tanda :
( i ) Tidak boleh bangkit.
( ii ) Anggota – anggota bahagian bawah tidak boleh bergerak.
Alamat – alamat :
( i ) Jangan digerakkan pada anggota yang cedera.
( ii ) Tutup anggota yang cedera.
( iii ) Dapatkan rawatan hospital segera.
INGATAN :
( i ) Kecederaan ini adalah dianggap berat dan senang menjadi melarat jika
dilakukan dengan kasar.
( ii ) Gunakan kain (tuap) yang berlapik jika perlu untuk melindungkan kesakitan
dan kurangkan pergerakan.
114
KAWAD PILI
BOMBA
(LANJUTAN)
115
2. KAWAD PILI BOMBA
2.1. TATACARA KAWAD OPERASI MELAWAN KEBAKARAN
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( KAWAD PILI BOMBA ASAS )
DEFINASI
Satu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setia kepada
arahan yang diberi dan juga menitik beratkan kepada kerjasama di antara kumpulan
tersebut.
TUJUAN
Menjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaan ketika
melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi.
PENGENALAN
Kawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih jelas
dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mempunyai beberapa langkah
yang harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelum tugasan
dilakukan serta untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan juga menamatkan
tugasan.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL SEBELUM MENJALANKAN TUGASAN ADALAH
a) Seorang Jurulatih atau Pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, dengan
membariskan anggota kepada satu barisan lurus. Contohnya :-
“Jadikan 1 barisan di hadapan saya ...... Gerak ! ! !”
b) Seterusnya, memberikan arahan kawad
“Ke kanan lurus”
(anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalam
keadaan tapak tangan digenggam).
c) “Pandang depan ! !”
d) “Nombor ...... ! ! !”
e) Jurulatih akan meminta anggota mengira nombor bergantung kepada kehendak operasi
(latihan) yang akan dilakukan, mengikut keperluan anggota diperlukan. Contohnya :-
“Berempat-empat nombor ! !”
f) “Nyatakan ...... kumpulan ! !”
Setiap anggota yang bernombor 1 akan menjadi ketua dan memberitahu Jurulatih berkaitan
nombor kumpulannya, seterusnya diikuti oleh kumpulan seterusnya (bermula dengan
nyatakan kumpulan dan seterusnya kumpulan lain menyatakan nombor dan kumpulan akhir
akan menyatakan kumpulan semula). Contohnya :-
“Kumpulan 1” , “2” , “3” , “4” , “Kumpulan 5”
116
g) Jurulatih akan memilih kumpulan mana yang melakukan tugasan dahulu serta arahannya
sekali. Contohnya :-
“Kumpulan 3, Tiga langkah di belakang peralatan ...... gerak ! ! !”
(kumpulan tersebut setelah mendapat arahan, hendaklah satu langkah ke hadapan orang
No 4 atau kiri sekali akan menyatakan “up” untuk pusing kanan, “up” kedua, hentak kaki,
“up” ketiga angkat tangan paras dada, “up” keempat berlari bersama-sama sehingga sampai
ke tempat tiga langkah dari peralatan, seterusnya berhenti berserta turun tangan keadaan
sedia bersama-sama).
h) Tunggu hukuman seterusnya dari Pegawai atau Jurulatih.
TATACARA MELAPOR SELEPAS TUGASAN DILAKUKAN
Ö Semua anggota yang melakukan tugasan hendaklah mengumpul semula peralatan yang
telah digunakan dan seterusnya berdiri dalam kedudukan sedia tiga langkah di belakang
peralatan, sebaris mengikut nombor masing-masing. Seterusnya ketua akan melapor di
tempat asalnya. Contohnya :-
“Kumpulan 3 selesai menjalankan operasi / latihan kawad pili bomba 1, peralatan cukup
anggota selamat, Tuan ! !”
Ö Seterusnya tunggu arahan lanjut dari Jurulatih atau Pegawai.
Jurulatih akan memberikan taklimat kepada kumpulan tersebut seperti berikut :-
“Apabila dapat hukuman Masuk Baris, Tempatkan diri anda di hujung kumpulan terakhir,
Masuk Baris ...... ! ! ! !”
(Anggota kumpulan tersebut hendaklah lakukan pergerakan seperti mana anggota
kumpulan tersebut keluar iaitu menggunakan perkataan “up” pusing kanan, “up” kedua
hentak kaki, “up” ketiga angkat tangan, “up” keempat berlari ke hujung sebelah kiri
kumpulan terakhir dan berhenti bersama-sama seterusnya memberikan “up” untuk pusing
kiri “up” kedua hentak kaki, “up” ketiga senang diri bersama-sama).
Dalam masa kumpulan tersebut masuk baris anggota di sebelah kiri hujung sekali hendaklah
sedia untuk memberi penghormatan kepada kumpulan tersebut dan senang diri bersama-
sama.
9 Bahasa Hukuman Kawad Hos Permulaan
“Kawad Hos Permulaan, Membuka dan Membentang ... Pasukan ... Gerak ! ! !”
9 Bahasa Hukuman Kawad Pili Bomba 1
“Kawad Pili Bomba 1, Satu Aliran 200’, Satu Sumpitan, Pam Pili Bomba Pasukan Gerak ! ! !"
9 Bahasa Hukuman Kawad Pili Bomba 2
“Kawad Pili Bomba 2, Satu Aliran 300’, Satu Sumpitan, Pam Pili Bomba Pasukan Gerak ! ! !”
9 Bahasa Hukuman Kawad Pili Bomba 4
“Kawad Pili Bomba 4, Satu Aliran 300’, Satu Breaching, 2 Sumpitan Pam Pili Bomba Pasukan
... Gerak ! ! !”
117
KAWAD PILI BOMBA ( LANJUTAN ).
KAWAD PILI BOMBA 1
PERINTAH
“Kawad Pili Bomba 1, 1 aliran 200’, 1 nozzel, pam pili bomba, pasukan gerak”.
No 4 : Mengendalikan peralatan di pili bomba.
No 3 : Bentang 1 gulung hos dari pili bomba di No 4.
No 2 : Bentang 1 gulung hos di 100’ pada No 3.
No 1 : Pasang nozzel di 200’ pada No 2.
BUKA AIR
No 1 : Perintah No 3 buka air.
No 3 : Jawab buka air serta dengan isyarat pusing ke belakang dan langkah di
sebelah kiri hos dan lari ke 100’, beritahu No 4 buka air dengan isyarat.
No 4 : Jawab buka air dan memusingkan kunci pili bomba.
No 3 : Pusing ke belakang dan lari bantu di No 1 dan No 2.
TUTUP AIR DAN KEMAS
No 1 : Perintah No 3 tutup air dan kemas.
No 3 : Jawab tutup air dan kemas dengan isyarat dan pusing ke belakang, langkah
sebelah kiri hos dan lari ke 100’, beritahu No 4 tutup air dan kemas bersedia
isyarat.
No 4 : Jawab tutup air dan kemas, pusing kunci pili bomba untuk tutup air.
No 3 : Pusing ke kanan dan buka coupling di 100’ serta gulung hos.
No 2 : Pusing ke belakang dan gulung hos di 200’.
No 1 : Mengepit nozzel di peha dan buka coupling.
Akhirnya bawa peralatan dan balik ke tempat masing-masing.
118
KAWAD PILI BOMBA 2
PERINTAH
“Kawad Pili Bomba 2, 1 aliran 300’, 1 nozzel, pam pili bomba, pasukan gerak”.
No 4 : Mengendalikan peralatan di pili bomba.
No 3 : Bentang 1 gulung hos dari pili bomba di No 4.
No 2 : Bentang 1 gulung hos di 100’ pada No 3.
No 1 : Pakai tali pinggang dan selitkan nozzel serta bentang 1 gulung hos dari 200’
di No 2 hingga ke 300’ dan pasangkan nozzel.
BUKA AIR
No 1 : Perintah No 3 buka air.
No 3 : Jawab buka air berserta dengan isyarat pusing ke belakang dan langkah di
sebelah kiri hos dan lari ke 100’, beritahu No 4 buka air serta isyarat.
No 4 : Jawab buka air berserta dengan isyarat dan memusingkan kunci pili bomba
untuk buka air.
No 3 : Pusing ke belakang dan lari ke hadapan membantu di No 1 dan No 2.
TUTUP AIR DAN KEMAS
No 1 : Perintahkan No 3 tutup air dan kemas.
No 3 : Jawab tutup air dan kemas serta isyarat, selepas itu pusing ke belakang
langkah sebelah kiri hos dan lari ke 100’, beritahu No 4 tutup air dan kemas
serta isyarat.
No 4 : Jawab tutup air dan kemas serta isyarat lalu memusingkan kunci pili bomba
untuk tutup air.
No 3 : Pusing ke kanan dan buka coupling di 100’, serta gulungkan hos.
No 2 : Pusing ke belakang dan buka coupling di 200’, serta gulungkan hos.
No 1 : Kepitkan nozzel dan tanggalkan coupling di 300’, serta gulungkan hos yang
dibentangkannya.
Akhirnya bawa peralatan dan balik ke tempat masing-masing.
119
KAWAD PILI BOMBA 3
BAHASA HUKUMAN
“Kawad pili bomba 3, 1 aliran, 300’, 1 sumpitan, pam pili bomba, pasukan ... gerak ! ! !”
Pergerakan serupa dengan pergerakan kawad pili bomba 2 bezanya adalah apabila Jurulatih
mengarahkan agar satu hos diganti atau ditambah.
Contohnya :-
“Jurulatih memberitahu tambah 1 gulung hos di 200’ .......... gerak”
No 1 terima maklumat dari Jurulatih tambah 1 gulung hos dan perintahkan No 3 tambah 1
gulung hos No 3 akan jawab tambah 1 gulung hos, pusing ke belakang melangkah di
sebelah kiri lari ke tempat permulaan mengambil hos dan bawa hos ke 200’ serta
bentangkan hos dalam bentuk “Figure of Eight” lepas itu No 3 turun ke 100’ maklum ke No
4 tutup air dengan isyarat. No 3 naik semula ke 200’ dan membuat penyambungan hos
yang dibentangkannya untuk menjadi 400’. Setelah membuat penyambungan No 3 berlari
ke 100’ untuk menyampaikan maklumat buka air kepada No 4. Selepas itu No 3 naik
semula ke penyambungan male / female coupling di penyambungan 300’. Pegang male /
female lalu bawa ke hadapan di mana No 1 dan No 2 akan menjalankan kerja-kerja yang
sama serentak. Selepas itu No 3 naik ke atas bantu No 1 dan No 2.
“Tutup air dan kemas”
Apabila anggota No 3 memberi isyarat arahan tutup air dan kemas kepada Nombor 4 di 100’
dari hydrant No 4 akan menjawab dan seterusnya menutup air.
Peranan anggota :-
No 4 : Setelah tutup air, cabut hos di pili bomba atau stand pipe kemudian buka
stand pipe seterusnya letakkan di tepi, cabut key bar sarungkan semula di
hydrant key lantas tanggalkan hydrant key dari injap hydrant, ambil
stand pipe dan hydrant key letakkan di tempat kerja semula (simpan).
Setelah itu ambol hos dari hydrant ke 100’, buang air di dalamnya seterusnya
gulung semula dan letakkan di tempat kerja (simpan).
No 3 : Setelah air ditutup, buka kapling di 100’ lantas ambil hos tersebut lalu buang
air di dalamnya, seterusnya gulung hos dari 200’ ke 100’ setelah itu letakkan
ia di tempat kerja (simpan).
No 2 : Setelah air ditutup, buka kapling di 200’ lantas ambil hos tersebut lalu buang
air di dalamnya, seterusnya gulung hos dari 300’ ke 200’ setelah itu letakkan
ia di tempat kerja (simpan).
No 1 : Setelah air ditutup, buka sumpitan letakkan di pinggang dan berlari ke 300’
ambil hos lantas buang air di dalamnya, seterusnya gulung hos dari 400’ ke
300’ dan akhirnya letakkan hos tersebut di tempat kerja (simpan) seterusnya
melapor kepada Pegawai atau Jurulatih.
120
KAWAD PILI BOMBA 4
PERINTAH
Kawad Pili Bomba 4, 1 aliran, 1 breeching, 2 sumpitan, pam pili bomba, pasukan gerak.
No 5 : Ambil hydrant key dan bar, stand pipe dan hydrant adaptor dan pasangkan di
pam pili bomba.
No 4 : Ambil breeching bersama 1 gulung hos dan lari ke 200’ serta sambungkan
breeching di female coupling.
No 2 : Pakai tali pinggang, selitkan nozzel di pinggang dan bentang 1 gulung hos
dari No 3 ke 200’, selepas itu lari ke hadapan untuk mengambil 1 hos lagi di
No 4 dan bentangkan hos di bahagian 2 serta sambungkan nozzel.
No 3 : Ambil 1 gulung hos dan bentangkan di 100’ ke 200’ dan lari ke hadapan
bantu No 1.
No 1 : Pakai tali pinggang dan selitkan nozzel di pinggang. Bawa 1 gulung hos lari
ke 200’. Bentangkan hos di sebelah kanan breeching ke 300’ serta
pasangkan nozzel setelah selesai membuat bentangan.
No 4 : Tunggu di breeching untuk mendapat arahan buka air dan tutup air.
BUKA AIR
No 1 : Beritahu pada No 3, bahagian pertama, buka air.
No 3 : Jawab dan diiringi dengan isyarat, bahagian pertama, buka air, pusing ke
belakang dan beritahu pula kepada No 4.
No 2 : Beritahu kepada No 4, bahagian kedua, buka air.
No 4 : Jawab dan diiringi dengan isyarat, bahagian pertama dan kedua, buka air.
Selepas itu, pusing ke belakang, langkah di sebelah kiri hos dan lari ke 100’
untuk memberitahu No 5, buka air (dengan isyarat).
No 5 : Kawad dengan isyarat, buka air dan pusingkan hydrant key.
TUTUP AIR DAN KEMAS
No 1 : Beritahu No 3, bahagian pertama, tutup air dan kemas.
No 3 : Jawab dengan isyarat. Bahagian pertama, tutup air dan kemas, pusing ke
belakang lari ke 250’ beritahu No 4 tutup air dan kemas (dengan isyarat).
No 2 : Beritahu No 4, bahagian kedua, tutup air dan kemas.
No 4 : Jawab, bahagian kedua, tutup air dan kemas (dengan isyarat). Pusing ke
No 5 : belakang lari ke breeching untuk menerima isyarat dari No 3 pula.
Seterusnya, No 4 jawab bahagian pertama dan kedua. Tutup air dan kemas.
Selepas itu, pusing ke belakang, langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke 100’
untuk memberitahu No 5, tutup air dan kemas (dengan isyarat).
Jawab dan diiringi dengan isyarat. Tutup air dan kemas.Seterusnya masing-
masing membuat kerja mengemaskan peralatan masing-masing kecuali No 5
dikehendaki menggulung hos tambah di 300’ yang telah dibentangkan oleh
No 2.
121
MENYELAMAT
(LANJUTAN)
122
3. MENYELIMUT DAN MENGIKAT MANGSA
3.1 MENYELIMUT MANGSA
Sebelum menyelimut dan mengikat usungan dilakukan kita hendaklah megunakan peralatan
yang cukup dan selamat untuk di gunakan.Peralatan yang di gunakan hendaklah selamat dan
kukuh.Peralatan yang di gunakan dalam menyelimut dan mengikat usungan ialah ;
• Usungan kayu (MK – 2)
• Selimut
• Tali belati atau karnmantel 40 kaki
• Kain tiga segi
Peralatan seperti usungan perlu di buat ujian terlebih dahulu sebelum ianya digunakan
untuk memastikan usungan tersebut selamat dan kuku semasa digunakan.Ujian yang
dilakukan itu untuk memastikan kayu dan kanvas usugan dalam keadaan baik.
Sebelum mangsa yang cedera diletakkan di atas usungan,usungan tersebut hendaklah di
letakkan dengan sehelai selimut di atas usungan itu.Ini bertujuan untuk mengelakkan dari
tempat kecederaan mangsa tidak menyentuh kain kanvas usungan.Cara ini bertujuan untuk
mengurangkan pergerakan yang banyak dan mengawal suhu badan mangsa supaya tidak
mengalami gejala renjatan.
Sediakan selimut pada usungan secara menyerong dan biar melebihi sedikit di bahagian
kaki mangsa.Letakkan mangsa di atas usungan dengan betul dan mulakan menyelimut
mangsa dari bahagian kaki dahulu kemudian lipat di kedua-dua belah kiri dan kanan.Lipatan
selimut di kedua-dua belah badan mangsa dengan menyelitkan selimut itu ke bewah badan
mangsa.
123
3.2 MENGIKAT MANGSA PADA USUNGAN
Mangsa yang diletakkan di atas pengusung dan siap diselimut hendaklah diikat dengan
menggunakan tali belati atau tali kernmantel.Mangsa atau pesakit perlu diikat bagi
mengelakkan mangsa terjatuh semasa membawa mangsa ke tampat yang selamat.Panjang tali
yang digunakan ialah 40 kaki.Tali-tali lain juga boleh digunakan sebagai alihganti sekiranya
dalam keadaan kecemasan.
Mangsa perlu diikat pada usungan dengan kemas supaya mengurangkan pergerakkan
mangsa semasa membawa mangsa keluar dari tempat bahaya.Ikatan yang perlu dibuat pada
usungan ialah ikatan manuk,setengah belit dan belitan angka lapan.Mulakan ikatan
manuk(1)di pemegang usungan di sebelah kepala samada kiri atau kanan seperti gambar di
bawah.Kemuduan buat tiga ikatan setengah belit(2) di bahagian pangkal bahu,dipergelangan
tangan dan di bawah lutut mangsa samada leleki ataupun perempuan.Seterusnya buat ikatan
lilitan angka lapan(3) pada kaki mangsa dan teruskan ikatan hingga ke pemegang usungan
yang sebelah lagi di bahagian kepala.Akhir sekali buat ikatan manuk untuk mematikan dan
menyudahkan ikatan pada usungan.
Ikatan yang dibuat kepada mangsa juga boleh diubah-ubah mengikut tahap-tahap dan
jenis-jenis kecederaan mangsa.
1
2
2
2 1
3
124
3.3 MENGALIH MANGSA
Seseorang mangsa perlu dialih ataupun di angkat ke atas usungan untuk di bawa ke tempat
yang selamat.
Kecederaan mangsa dapat di kurangkan sekiranya teknik-teknik dan cara penyelamatan
kepada mangsa dibuat dengan betul dan selamat.
Untuk melakukan kerja-kerja mengalihkan mangsa ke atas usungan memerlukan empat
orang penyelamat bagi memudahkan kerja-kerja tersebut.Tugas ini memerlukan seorang
ketua dan tiga orang penyelamat lain.Ketua perlu memainkan peranan yang penting untuk
memastikan kelancaran tugas menyelamat.Tiga orang penyelamat perlu duduk selari
menghampiri mangsa dan ketua mengadap dengan tiga orang penyelamat tadi.
Semasa mengangkat mangsa,arahan akan di berikan oleh ketua dan masa mengankat
mangsa hendaklah serentak.Seorang penyelamat akan berada di bahagian kepala mangsa dan
membuat tugasan mengampu kepala mangsa.Penyelamat yang kedua memegang bahagian
belakang mangsa dan bawah pungung mangsa.Bagi penyelamat yang terakhir akan
memegang kaki mangsa.
Semasa kedudukan mangsa dipegang oleh ketiga orang penyelamat tadi,ketua akan
mengambil usungan untuk diletakkan mangsa.
125
3.4 KAWAD USUNGAN
Dalam kerja-kerja menyelamat terdapat pelbagai cara dan teknik untuk menyelamatkan
mangsa.Taknik ini bergantung kepada situasi dan keadaan muka bumi serta keadaan mangsa
itu sendiri samada masih hidup ataupun mati.
Jika membawa mangsa yang telah mati kawad usungan untuk membawa usungan itu
hendaklah membawa bahagian kepala di hadapan,sekiranya membawa mangsa yang masih
hidup usungan itu hendaklah dibawa bahagian kaki di hadapan.
Cara membawa usungan semasa melalui laluan yang sukar ataupun faktor muka bumi
yang tidak rata juga mempunyai cara untuk membawanya.
i. Menaiki bukit
Bagi kes membawa usungan yang memerlukan pendakian bukit yang sedikit
curam,keadaan mangsa ataupun usungan itu perlu diubah terlebih
dahulu.sekiranya teknik membawa usungan bagi mangsa hidup,pergerakannya
adalah kaki dahulu dan keadaan usungan perlu di tukar kepada kepala dahulu
semasa hendak mendaki.Jika usungan tidak di tukar dikhuatiri mangsa akan
tergelunsur dari usungan.
ii. Menuruni bukit
Apabila membawa usungan yang menuruni curam pula,jika membawa usungan
kaki dahulu bagi mangsa hidup tidak perlu untuk mengubah usungan.Semasa
menuruni curam dua orang penyelamat yang memegang usungan dan bagi dua
orang lagi menolong menahan dua orang penyelamat yang membawa usungan itu
semasa menuruni curam.
iii. Laluan sempit
Apabila melalui laluan yang sempit usungan perlu diubah secara mengiring dan
penyalamat membawa usungan di bahagian hadapan dan belakang.
iv. Laluan runtuhan bangunan
Anggota penyelamat akan berdiri di tempat yang stabil dan hanya usungan sahaja
yang akan bergerak.Penyelamat yang pertama akan menghulurkan usungan
kepada penyelamat di hadapan dan seterusnya.
v. Merempuh halangan
Untuk melalui halangan,penyelamat mestilah meninjau terlebih dahulu tempat dan
laluan itu.Keadaan ini bergantung kepada tempat atau laluan yang memerlukan
anggota penyelamat meniarap ataupun merangkak.
126
3.5 Alih Ganti Menyelamat
Di dalam bencana yang besar, adalah tepat dikatakan bahawa tidak akan
terdapat usungan yang mencukupi bagi bilangan orang – orang tercedera
yang ramai terlibat. Kekurangan alat – alat ini boleh diatasi dengan
mengunakan berbagai – bagai cara seperti berikut :-
( i ) Pintu
Ini adalah yang terbaik sekali dan mudah diperolehi sebagai
usungan alihganti kecuali bangunan – bangunan tidak semuanya
hangus terbakar.
Selimutkan orang cedera seperti yang biasa diamalkan, mengikut
orang cedera memerlukan sedikit ubahsuai memandangkan tidak
ada pemegang usungan. Ada dua cara yang mudah untuk
mengatasinya :-
( a ) Tebukkan dua lubang dikepala pintu dikedua – dua belah
kepala orang cedera dan hulurkan tali melalui lubang –
lubang ini dan teruskan ikatan.
( b ) Ambil satu lilitan pusingan desekeliling hujung atas pintu
dan kepala orang sakit dan ikatkan hujung tali yang
bebas ( running end ) kehujung tali yang memegang
( standing part ) dengan simpul manuk, dan
meninggalkan kira – kira 2 kaki hujung yang bebas.
Peringatan :
Adalah didapati sangat berfaedah untuk meletakkan 4 batu batu
ditiap penjuru pintu sebelum menjalankan ikatan sebagai pelapik.
( ii ) Selimut
Selimut menjadikan satu usungan alihganti yang amat baik dan
mudah didapati dikawasan – kawasan kediaman. Ianya sangat
mudah dibuat dengan memerlukan dua batang kayu sepanjang
enam kaki atau tujuh kaki panjang atau dua batang besi paip air ½
inci besar dan lain – lain.
Letakkan selimut di atas tanah dan letakkan memanjang batang –
batang kayu diatas antara sejarak dua kaki. Lipatkan lebihan
selimut keatas kayu dan cantumkan ditengah dengan
menggunakan paku – paku atau pin – pin yang kuat dikedua – dua
hujung dan bahagian tengah.
127
( iii ) Guni atau Karung
Dikawasan – kawasan luar bandar guni – guni atau karung mudah
didapati disetiap rumah orang kampung. Dua buah guni ditebuk
bucunya dan sorongkan dengan duabatang kayu akan menjadi
usungan yang baik juga. Karung karung, guni – guni gandum dan
sebagainya boleh juga dijadikan usungan alihganti.
( iv ) Baju hujan dan Overcoat
Dua helai baju hujan yang tebal atau overcoat dengan lengannya
dilipat kedalam dan dengan dua batang kayu disorong kedalam dan
dengan dua batang kayu disorong kedalam akan menjadi satu
usungan yang baik.
( v ) Bingkai Katil
Ini akan menjadi satu usungan yang baik tetapi kebanyakannya
adalah agak besar bagi kemudahan memegang. Jika diperlakukan
untuk diikat, teruskanlah dengan cara yang biasa, mulai dan
matikan dengan simpulan manuk di bahagian kepala katil.
( vi ) Tangga
Ditempat – tempat yang sempit dimana usungan yang kecil
dikehendaki seperti melalui jendela – jendela yang sempit,
terowong dan lain – lain. Tangga – tangga yang pendek tidak
kurang dari 6 – 8 kaki boleh digunakan dengan berfaedah. Dua
keping papan hendaklah diatur keatas anak tangga dahulu dan
kemudian selimut dan ikatkan mangsa yang cedera seperti biasa
pada rajah 9.
128
( vii ) Kerusi
Kerusi – kerusi yang kukuh, walaupun ianya bukan dikatakan
sebenarnya usungan tetapi janganlah dilupakan didalam
kecemasan, ianya boleh memberi sokongan yang selesa kepada
orang – orang tercedera dan pertolongan yang berguna kepada
penyelamat dalam mengangkat dan mengalihkan mangsa –
mangsa.
Mestilah diingatkan bahawa ada berbagai – bagai lagi cara yang
boleh digunakan sebagai usungan alihganti yang diterangkan disini.
Lain – lain cara adalah tidak terhad yang boleh diamalkan dan
hendaklah diingatkan bahwa usungan alihganti boleh dibentuk
dengan mudah dan cepat.
Teknik Mengalih Mangsa Menggunakan Kerusi
Penggunaan tuap/splint
Alat – alat alih ganti yang boleh di buat splint adalah seperti kayu, kadbord, dan alat –alat
yang boleh menyokong kecederaaan pada mangsa. Alat – alat ini perlulah diikat dengan kuat
pada bahagian yang tercedera bagi memastikan tiada pergerakkan pada anggota – anggota
badan yang mengalami kecederaan.
Menggunakan kain
Sediakan baju / kain yang kuat bagi menampung beban yang akan diangkat di atas stratcher
baju / kain. Dua batang kayu yang kuat diperlukan bagi menampung beban mangsa yang
akan diangkat menggunakan streatcher ini. Streatcher jenis ini perlulah diangkat sekurang –
kurangnya 4 orang penyelamat
3.6 CROSSING (MENYEBERANG)
Teknik menyeberang sesuatu tempat ke tempat lain.Teknik ini kebiasaanya
digunakan untuk menyeberang sungai ataupun antara tebing yang tinggi.
Teknik ini memerlukan kekuatan anggota itu untuk menarik badan mereka tampa
menggunakan peralatan mekanikal.
Tali perlu ditegangkan untuk membolehkan anggota penyelamat menyeberangi
sesuatu tempat.Untuk menegangkan tali peralatan yang perlu digunakan ialah
’tirfor’atau dikenali jaga sebagai ’jack’.
129
Untuk aktiviti ini dua tali perlu digunakan iaitu;
• Tali utama – Tali ini perlu ditegangkan supaya anggota tidak terjatuh ke dalam
air.
• Tali keselamatan – Tali keselamatan juga perlu disediakan bagi menhadapi
kemungkinan jika tali utama terputus.
Tali tersebut perlu diikat dengan kemas dan selamat untuk mengelakkan risiko
kepada anggota penyelamat.Setiap anggota yang ingin menyeberangi sungai
anggota penyelamat perlu memakai tali keselamatan yang perlu diikat pada tubuh
dan tali keselamatan.
Teknik ’crossing’;
i. Monkey crawl 1
ii. Monkey crawl 2
iii. Comando crawl
130
PERTAHANAN AWAM
SEMASA BENCANA
DAN
PEPERANGAN
(LANJUTAN)
131
4. PERTAHANAN AWAM SEMASA BENCANA &
PEPERANGAN
4.1 Takrif Bencana
Bencana adalah suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat
kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta
benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.
Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan,
kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada pelbagai agensi
serta penyelarasan yang berkesan. Berkemungkinan memerlukan tindakan
yang kompleks dan jangkamasa yang panjang.
Bencana boleh dibahagi kepada 2 kategori:-
a. Bencana Buatan Manusia :- bencana yang berlaku disebabkan
kelalaian dan kecuaian manusia contohnya: tanah runtuh, pelepasan
gas beracun, jerebu dan banjir kilat.
b. Bencana Semulajadi:- bencana yang berlaku disebabkan faktor
cuaca atau geologi seperti; gempa bumi, tsunami,banjir monsun,
siklon atau tornado dan ribut
Melalui Arahan MKN 20, pengurusan bencana adalah dikendalikan mengikut
tahap kejadian berdasarkan takrif bencana buatan manusia dan semulajadi:
4.1.1 Bencana Tahap I
Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya
tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa
dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian
penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah
mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui
agensi – agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar
yang terhad.
4.1.2 Bencana Tahap II
Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua
Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini
juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat.
Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap I dan menyulitkan dari segi
usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak
Berkuasa di peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang
terhad.
132
4.1.3 Bencana Tahap III
Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap II, bersifat lebih kompleks
atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi 2 buah negeri. Perlu dan
berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau
dengan bantuan dari luar negara
4.2 Agensi – agensi Penyelamat dan Zon – Zon Bencana
Agensi – agensi dan badan – badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan
dan bantuan bencana boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori:
Agensi Penyelamat Utama iaitu SMART, PDRM, JBPM, Jabatan Perubatan
Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mana – mana pasukan
khas yang ditubuhkan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kepakaran
khas untuk menjalankan tugas bersama pasukan penyelamat utama.
Agensi Penyelamat Sokongan iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) dan mana – mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana – mana
agensi yang boleh membantu pasukan penyelamat utama dalam kerja
mencari dan menyelamat.
Agensi-agensi Bantuan dan Pemulihan iaitu Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR),
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia ( PBSM), St. John Ambulance, Tenaga Nasional Berhad (TNB),
Telekom Malaysia (TM) dan mana – mana agensi atau badan sukarela yang
lain. Bagi memperkemaskan lagi pengurusan dan pengendalian bencana di
tempat kejadian maka ianya dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu:
4.2.1 Zon Merah
Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi tempat bencana. Zon ini adalah
kawasan operasi khas untuk pasukan – pasukan penyelamat utama yang
mempunyai kepakaran tertentu sahaja seperti unit – unit khas daripada
SMART, JBPM,PDRM,ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan mana-
mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana agensi. Agensi-
agensi yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan tugas bersama
dan membantu pasukan penyelamat utama.
4.2.2 Zon Kuning
Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi kawasan Zon Merah. Zon ini
dikhaskan untuk menempatkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan
pos – pos Agensi Penyelamat Utama seperti SMART, PDRM,JBPM, ATM,
Jabatan Perubatan Kecemasan dan mana – mana pasukan khas yang
ditubuhkan oleh mana - mana agensi yang mempunyi kepakaran khas untuk
menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama
serta agensi – agensi penyelamat sokongan seperti Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM).
133
4.2.3 Zon Hijau
Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini dikhaskan
untuk penempatan dan penugasan Agensi - agensi Bantuan Dan Pemulihan
dan badan – badan sukarela. Antaranya ialan JKR, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, TNB, TM Berhad, RELA, PBSM, St. John Ambulance dan mana
– mana agensi dan badan sukarela yang lain. Zon Hijau ini juga
menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat
Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat mayat.
Zon Merah
Zon Kuning
Zon Hijau
4.3 DEFINISI – DEFINISI KEJADIAN BENCANA
z Tanah runtuh merupakan sebahagian besar pergerakan tanah seperti batu
jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran yang tidak terkawal . Walaupun
terdapat graviti yang bertindak pada cerun, namun curam merupakan punca
utama tanah runtuh. Terdapat beberapa faktor tambahan yang lain seperti :
- sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- gempa bumi yang menghasilkan keregangan yang menyebabkan cerun
yang lemah runtuh
- letusan gunung berapi yang menghasilkan mendapan abu dan jerebu.
- tekanan tinggi yang terhasil dari pengumpulan hujan, timbunan batu atau
bijih, timbunan sampah atau struktur binaan manusia atau struktur lain yang
memberi tekanan kepada cerun yang lemah hingga runtuh
- Tekanan yang berterusan menjadikan cerun tidak stabil
- Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran
sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin
menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta. Selain itu ianya menghalang
aliran sungai dan menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
134
z Banjir adalah peningkatan paras air yang meningkat dari paras normal. Banjir
terjadi akibat dari limpahan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan
lebat, limpahan air sungai, atau kepecahan empangan.
z Gempa bumi adalah getaran yang terjadi pada permukaan bumi. Gempa
bumi biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi. Kata gempa bumi juga
digunakan untuk menunjukkan daerah asal terjadinya kejadian gempa bumi
tersebut. Bumi kita walaupun padat ianya selalu bergerak dan gempa bumi
yang terjadi adalah akibat daripada tekanan itu sudah terlalu besar untuk
dapat ditahan.
z Tsunami (bahasa Jepun: ; bermaksud "ombak besar di pelabuhan")
adalah sebuah ombak yang terjadi setelah berlaku sesuatu gempa bumi,
gempa laut, letupan gunung berapi atau hantaman meteor di laut. Tenaga
setiap tsunami adalah tetap berdasarkan kepada fungsi ketinggian dan
kelajuannya.Apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya
meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak
pada kelajuan yang tinggi dan hampir tidak dapat dirasakan kesannya oleh
kapal laut ketika melintasi di laut dalam, tetapi meningkat ketinggiannya
sehingga mencapai 30 meter atau lebih di kawasan pantai. Tsunami boleh
menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan jiwa yang besar
terutaman pada kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
4.4 Tugas – Tugas Pertahanan Awam
Antara tugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah ditetapkan di
dalam Arahan MKN No.20 sewaktu berlakunya bencana adalah seperti
berikut:
z Mengurangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sebelum,
semasa dan selepas bencana.
z Membantu menyedia dan menyelenggara pusat – pusat pemindahan serta
menyediakan makanan bagi mangsa – mangsa
z Membantu dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa- mangsa
jika diperlukan.
4.5 Pusat Pemindahan
Pusat pemindahan adalah kawasan perlindungan sementara bagi mangsa
dan keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana. Mangsa akan
ditempatkan dan diberi kemudahan asas seperti makanan dan keperluan
yang lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa.
Kebiasaannya pusat pemindahan ini diuruskan oleh Pasukan Bantuan Dan
Pemulihan.
135
Pusat Pemindahan ini ditempatkan dikawasan yang selamat dan tidak
terjejas oleh bencana tersebut. Kebiasaannya mangsa – mangsa bencana
akan ditempatkan di dewan – dewan serbaguna, balai raya, sekolah dan lain
– lain tempat yang boleh memuatkan ramai mangsa. Disinilah bantuan akan
disalurkan kepada mangsa termasuk pakaian, alat keperluan harian dan lain
– lain.
4.5.1 Tugas - Tugas di Pusat Pemindahan
Tugas tugas yang perlu dilaksanakan di Pusat Pemindahan seperti yang
terkandung di dalam Arahan MKN No. 20 adalah seperti berikut :
- Menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa
- Menyediakan bantuan keperluan asas kepada mangsa
- Menyediakan bantuan makanan dan perubatan
- Menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada mangsa yang mengalami
trauma
4.6 PEPERANGAN
Peperangan Konvensional ( Biasa )
Peperangan Konvensional melibatkan penggunaan semua jenis senjata
api ringan dan berat dan pelbagai jenis bom letupan tanpa kimia, unsur
biologi ataupun nuklear. Kesan segera daripada peperangan ini ialah
kematian, kecederaan dan kebakaran yang meluas. Penyebab utama bagi
kesan – kesan tersebut ialah penggunaan – penggunaan bom. Bom – bom
yang biasa digunakan termasuklah :-
1. Bom Serbaguna.
Bom ini berbentuk bujur dan dindingnya tebal seberat 33% daripada
kedudukan sumbunya terletak samada di ekornya dan dengan tujuan untuk
memusnahkan dengan cara ledakan, serpihan dan gegaran bumi. Ukuran
beratnya diantara 250 sehingga 1,000 paun.
2. Bom Kekuatan Sederhana.
Bom ini dimaksudkan untuk kegunaan Gerakan Am dan tempat – tempat
sasaran di kilang dan perindustrian biasa. Ianya mempunyai kuasa muatan
peletup / berat kira – kira 50% dan sumbunya di kepala atau di ekornya.
Ukuran beratnya ialah diantara 250 sehingga 4,000 paun.
3. Bom Kekuatan Sederhana – Penembusan Dalaman.
136
Bom ini berbentuk bujur, padat di kepala dan fiusnya terletak diekor sahaja.
Bom ini untuk digunakan terhadap kubu – kubu dan lain – lain sasaran seperti
konkrit yang tebal dan tempat perlindungan kapal – kapal selam. Bom – bom
ini bersaiz besar iaitu 2,2000 paun beratnya.
4. Bom Kekuatan Tinggi.
Bom ini untuk digunakan terhadap sesuatu sasaran dengan menyebabkan
kerosakan yang maksimum dengan cara ledakan seperti di kawasan yang
berpenduduk ramai. Bom ini mempunyai sarung nipis, dengan kadar muatan
bahan letupan / berat yang tinggi sehingga 75% dan fius hanya di kepala
sahaja. Besar dan beratnya diantara 2,000 hingga 12,000 paun.
5. Bom Serpihan.
Bom mini ini bertujuan sebagai senjata pemusnah manusia (anti personal )
bagi mengakibatkan kerosakan kederaan berpunca dari kepecahan serpihan
sarungnya. Bom ini bersarung nipis dan fiusnya di kepala sahaja. Biasanya
digugurkan secara berangkai – rangkai dan boleh juga digugurkan dengan
cara satu demi satu butir. Berat bagi sebutir adalah sehingga 20 paun.
6. Bom Penembus Perisai
Bom ini dibentuk untuk menembuskan perisai besi atau semen konkrit yang
diperkukuhkan, ( kubu – kubu ) sebelum ianya meletup di dalam sasaran
tersebut. Bom ini mempunyai sarung yang tebal pada kepalanya dan berfius
diekor sahaja. Kadar muatan bahan letupan / berat ialah kira – kira 10%.
7. Peluru Berpandu.
Biasanya semua jenis bom boleh dibentuk atau ditukar menjadi peluru
berpandu. Alat – alat moden seperti radar, televisyen dan automatik ’ Homing
telah pun digunakan pada masa sekarang. Satu contoh bom berpandu ialah
peluru jenis ( glidergon ) yang berkuasa jet dan dikawal oleh radio.
8. Roket
Roket Jermen A4, biasanya dikenali dengan roket V2 adalah satu contoh
roket yang termasuk dalam jenis ini. Roket ini boleh dilancarkan dari mana –
mana sahaja asalkan tempatnya boleh dilalui oleh kenderaan berat. Tetapi
bom terbang VI hanya boleh dilancarkan di tempat pelancaran yang
dikhaskan sahaja.
9. Bom Kecil Pemusnah Orang
137
Bom ini boleh digugurkan dengan banyaknya dan akan jatuh ke bumi dan
tersangkut di pokok – pokok, diatap – atap rumah dan tersembunyi di dalam
rumput – rumput. Ianya sangat berbahaya. Contoh bom ini adalah bom kupu
– kupu yang digunakan semasa peperangan kedua dahulu. Beratnya lebih
kurang 4 paun.
10. Bom Melayang ( Terbang )
Bom ini digunakan pada peringkat penghujung Perang Dunia Ke 2. Ia berupa
sebuah pesawat bersayap setingkat. Dikuasai oleh jet tetapi tanpa pemandu.
( Berpandu automatik ). Masa letupannya ditentukan terlebih dahulu iaitu
setelah bom itu gugur ke bumi dan berterbangan beberapa jauh. Beratnya 1
tan TNT dan kelajuannya 400 b.s.j. maksima. Jarak ke sasarannya adalah
150 batu. Bom jenis ini juga telah menyebabkan kerosakan teruk semasa
peperangan ke atas Kota London dan daerah sekitarnya.
11. Roket Jarak Jauh
Roket jenis ini digunakan pada penghujung Peperangan Dunia ke 2 juga. Ia
dikuasai oleh campuran Oksigen Cair dan Alkohol. Panjangnya 6 kaki,
beratnya semua sekali 12 ½ tan termasuk berat bahan pembakar ( fuel ) 8%
tan. Laju maksima 3.5000 b.s.j. dan jarak perjalanannya ke England dari
Holland. Ia dilancarkan dari satu tapak teguh yang luasnya tidak kurang 20
kaki persegi. Tapak ini boleh di pindah – pindahkan. Ia dipandu dengan
menggunakan alat – alat ”Vanes” dan ”Tabs” yang dijalani oleh Gyres dan
Dervomotors. Berat kepala roket hanya 1 tan.
12. Bom Api
Bom api ini digunakan bagi tujuan menyebabkan kebakaran besar – besaran
dan kematian. Penggunaan bom – bom api akan menyukarkan kerja – kerja
memadamkan api oleh pihak Pertahanan Awam dan Bomba. Serangan bom
api besar – besaran akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk
dipadamkan. Oleh kerana bom –bom api ini begitu berkesan dalam
peperangan maka adalah dijangkakan penggunaannya akan berterusan
pada masa akan datang. Bom api yang digugurkan dari pesawat
mengandungi bahan pembakar yang banyak. Bom – Bom api yang pernah
digunakan dalam peperangan lalu adalah seperti :-
a ) Kelongsong bom ini dibuat daripada aluminium dan berwarna perak.
Ianya dibuat dalam 3 bahagian yang dicantum bersama. Keseluruhan
beratnya 750 paun dan 72 paun bagi kelongsong yang kosong. BO
mini 8 kaki 10 inci panjang dan 1 kaki 6 inci lebar 100 gelen Napalam
sebagai agen pembakar diisikan melalui lubang tempat mengisi yang
disediakan dan mestilah digunakan dalam mana 3 – 4 jam setelah
diisikan.
138
b ) Bermula dengan 2 fius dan apabila terhempas menyebabkan bom ini
meletup dan kandungan di dalamnya melimpah keluar. Napalam yang
bercampur dengan phosphorus apabila sahaja terkena udara akan
terbakar dan menyala hingga pada 2000c – 3000c meliputi hingga 500
kaki / segi.
Kesan
Menyebabkan kebakaran besar dan telah dibuktikan paling berkesan
untuk membakar binaan – binaan yang teguh. Dengan adanya
phosphorus ia akan melekat dan membakar jika tersentuh dimana
ianya menyebabkan kecederaan yang teruk dan boleh membawa
maut.
Kawalan
Memadamkan kebakaran dengan air adalah tidak digalakkan.
Gunakan hanya pasir kering, tanah atau pemadam jenis buih sahaja.
( c ) German Kilo Magnesium dengan kuasa peletup tinggi.
i ) Bentuknya serupa dengan bom api jenis Kilo Magnesium (
elektron ) dan dipasang dengan satu bekas yang berukuran 1
inci x 1 ¼ inci yang diskru pada hujung yang tirus dan ditutup
dengan ekor dimana diisikan sedikit bahan peletup.
ii ) Bom mini mudah terbakar bila terhempas, kesan letupannya
agak meluas, serpihan dan magnesium yang terbakar akan
berterbangan dengan laju dan jauh. Serpihan boleh
mengakibatkan kecederaan yang teruk sehingga sejauh 30 kaki.
( d ) Bom Api Minyak Gerunam
Bom ini digunakan untuk menyebabkan kebakaran dan menggangu
persediaan ketika melawan kebakaran. Ini bersamaan dengan Bom
Kuasa Letupan Tinggi 250 kilogram.Kelongsongnya dibuat daripada
kepingan besi nipis dan fiusnya hanya satu dengan suis cara tekanan
dan yang satu lagi dengan hentakan.
( e ) Bom Paraffin Wax Jepun
i ) Panjangnya lebih kurang 3 – 7 inci dan lebar 9 ½ inci. Beratnya
60kg termasuk dengan kelongsong besi.
ii ) Diisi dengan Paraffin Wax yang dicampurkan dengan minyak
kerosene yang akan terbakar oleh Thermite bila terhempas.
Kesan
139
Terbakar lebih kurang selama 2 jam dan mengakibatkan kebakaran
yang besar dan hanya boleh diambil tindakan oleh pihak Bomba
sahaja.
Kawalan
Gunakan air yang banyak dengan bertekanan yang tinggi.Jika tidak
ianya akan mempercepatkan lagi tindakan Thermite. Menyelimut
dengan pasir yang banyak adalah merupakan tindakan yang baik.
Langkah Perlindungan
i ) Semasa berada ditempat yang lapang ( luar ),
Sekiranya terdengar bunyi bom atau peluru berpandu
yang akan jatuh berhampiran dengan anda, bunyinya hanya
biasa kedengaran tidak lebih daripada beberapa saat sahaja.
Jika anda terdedah di tempat yang lapang ketika berlaku
serangan, anda hanya mempunyai satu saat atau dua sahaja
untuk bertindak bagi melindungi diri. Perbuatan yang tidak bijak
dan merbahaya sekali yang anda tidak perlu lakukan adalah
berlari untuk mengambil perlindungan, kecuali lokasi anda
hanya berada langkah sahaja untuk melompat ke dalam tempat
perlindungan.
Rebahkan diri anda ditempat dimana anda berada, meniarap ke
tanah dan angkatkan dada sedikit dengan menggunakan kedua
– dua siku dan tekupkan kedua – dua belah tangan di belakang
kepala anda. Dengan mengangkat sedikit dada, anda akan
dapat mengelakkan kecederaan dalaman yang berpunca dari
gegaran bumi.
Letupan yang terhasil akan menyebabkan ledakan, serpihan
dan sampah sarap hasil runtuhan dan mungkin akan
berterbangan keluar. Sekiranya anda boleh menggulungkan diri
ke dalam parit, buatlah demikian, kerana cekong jalan dan
tebing parit akan dapat memberi perlindungan. Ditempat
kawasan lapang adalah sesuai bagi anda untuk berguling ke
dalam lubang atau parit – parit.
ii ) Apabila sangat berhampiran dengan bangunan atau lain – lain
perlindungan.
Sesuatu dinding, jejambat, pintu gerbang atau lorong sempit
antara dua bangunan akan dapat memberi perlindungan.
Mestilah diingatkan iaitu samaada di luar atau di dalam
bangunan bahawa gegaran akan terpancar melalui dinding –
dinding, maka adalah merbahaya untuk menyandar dimana –
mana bahagian bangunan. Bahagian kepala anda adalah
bahagian yang paling mudah / terdedah pada kecederaan
berbanding bahagian anggota badan yang lain.
140
iii ) Apabila berada di dalam bangunan.
Adalah lebih baik berada berhampiran dengan bahagian dalam
dinding berbanding dari bahagian luar. Elakkan dari
bertentangan terus dengan pintu besar atau jendela luar.
Bahaya yang berterusan adalah dari kaca – kaca yang
berterbangan. Kaca di bahagian dalam boleh menjadi senjata
yang membunuh. Bahagian yang terselamat sekali dalam
sesebuah bilik ialah sudut diantara dinding dengan tempat
serombong api.
iv ) Adalah paling selamat dengan sentiasa mendengar dan
memahami arahan dari pihak berkuasa dari masa ke semasa
dan berpindah ke pusat – pusat perlindungan khas yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan sepertimana yang diarahkan.
4.7. PEPERANGAN KIMIA
BAHAN – BAHAN KIMIA ( CHEMICAL AGENTS )
Pendahuluan
Gas ialah sejenis kimia yang bergantung kepada kesan – kesan racunnya
dan sepertimana senjata – senjata yang lain yang digunakan di dalam
peperangan. Tujuan utamanya ialah untuk membunuh atau mencacatkan
anggota. Sebagaimana yang didapati, ianya boleh digunakan sebagai “ wap
yang tidak nampak “. Ianya juga boleh digunakan sebagai debu – debu halus
atau titisan cecair yang halus yang berterbangan di udara dan tidak boleh
dilihat. Kedua – dua wap ataupun titisan cecair yang halus adalah
MERBAHAYA.
Sifat – sifat dan kesan gas.
Kesan – kesan gas yang dikeluarkan oleh gas peperangan adalah tertakluk
kepada banyaknya gas yang dikeluarkan dan jangkamasa seseorang itu
terdedah kepadanya. Pendedahan yang besar maka lebih buruklah
kecederaan yang akan dirasai. Diingatkan sejumlah gas yang kecil boleh
menyebabkan apa – apa kemalangan.
( a ) Gas Saraf ( Nearve gas )
(i) Boleh jadi tahan lama atau sederhana tahan lama yang
mengeluarkan wap yang tidak nampak dan tidak berbau. Gas ini
meresap masuk melalui mata dan juga ruang pernafasan.
Dengan tiada bantuan alat pengesan yang khas kecederaan
hanya dapat dikesan melalui simptom-simptom pada tubuh
badan sahaja.
Cecair gas yang memasuki tubuh manusia melalui kulit dan
ianya boleh menembusi pakaian dan boleh menyerap ke kulit
141
di bawahnya. Wap dan juga cecair ini tidak akan menyebabkan
kegatalan atau kulit melecur.
(ii) Kesan – kesan wap gas ( Vapour ) : Pendedahan kepada
sejumlah wap gas yang rendah tanpa alat perlindungan dalam
beberapa minit sahaja akan menyebabkan seseorang akan
mengalami ketegangan ( ketat ) dada dan sesak nafas.
Keadaannya sama seperti seorang yang diserang oleh penyakit
lelah dan diikuti dengan hidung yang berair dan pening kepala.
Ini diikuti pula dengan anak mata yang mengecil dan
mengganggu pemandangan seperti sukar hendak melihat
benda – benda yang dekat dan terasa sakit di belakang mata.
Ianya adalah satu perkara biasa dan boleh menjadi teruk.
Pendedahan pada jumlah yang tinggi dimana tanda – tanda
yang disebutkan di atas menjadi lebih teruk dan lebih cepat
bentuk serangannya. Otot – otot akan menjadi lemah dan
dengan pantas mengganggu lain – lain perjalanan urat
saraf. Diikuti pula dengan kelumpuhan anggota badan dan
pengsan serta mengakibatkan kematian jika rawatan awal tidak
diberikan dengan segera.
(iii) Cecair ( Liquid )
Di dalam bentuk cecair, gas ini dengan cepatnya akan meresap
ke dalam kulit apabila tersentuh dan lebih cepat lagi apabila
bersentuhan dengan mata atau kulit yang tercedera. Tanda –
tandanya akan mengambil masa yang agak panjang sedikit
setelah gas cecair ini meresap ke kulit. Tanda awal yang akan
dirasai adalah berlainan daripada wap gas yang disedut.
Simptom awal adalah seperti terasa mabuk laut, muntah, tidak
sedarkan diri dan diikuti dengan tanda – tanda yang lebih teruk
lagi seperti menggeletar, kekejangan otot, lumpuh dan lain – lain
lagi.
( b ) Gas Mustard
(i) Gas ini tahan lama dan berupa cecair minyak pekat ( warna
kelabu tua ). Ia mengeluarkan wap gas yang tidak boleh dilihat
dan berbau seperti bawang merah atau putih, lobak ataupun
mustard.Baunya tidak seberapa kuat. Oleh kerana gas ini
berupa minyak maka ianya mudah melekat di pakaian dan
benda – benda yang lain. Ianya mudah menjadi beku apabila
terjatuh ke dalam air.
(ii) Kesan – kesan wap gas ( Vapour ) : Jika wap gas ini terkena
kepada mata ianya tidak memberi kesan buat sementara waktu
tetapi bjika terdedah pada jangkamasa yang lama ianya akan
142
menyebabkan mata tertutup buat beberapa jam dan seterusnya
akan membutakan mata buat sementara waktu dalam tempoh 1
– 2 minggu. Jika terkena pada kulit ianya akan menyebabkan
kulit menjadi merah, gatal dan seterusnya melecur dalam masa
12 jam atau lebih. Tempat – tempat yang lembab di tubuh
manusia ialah tempat yang paling mudah diserang seperti pada
saluran pernafasan iaitu dikerongkong dimana akan
menyebabkan kehilangan suara dan batuk.
(iii) Cecair ( Liquid ) :
Gas cecair jika termasuk ke dalam mata ianya tidak akan
menyakitkan mata dengan serta – merta tetapi mata berasa
sangat pedih dalam masa jangkamasa satu atau dua jam.
Permukaan kulit pula akan kelihatan merah dalam tempoh 2
jam dan akan melecur di antara 12 – 24 jam.
( c ) Gas Melecur Kulit
Gas – gas dalam bahagian ini adalah berbentuk cecair dan
mengeluarkan wap – wap yang tidak nampak. Ada juga gas –
gas dalam bahagian ini yang mengeluarkan bau yang amat
tajam serta menyebabkan mata dan hidung menjadi kemerah –
merahan dan tandanya mudah dikesan. Gas – gas ini
mempunyai tenaga yang kuat dan mampu meresap ke pakaian
dan apabila terkena gas ini ianya boleh menyebabkan
kecederaan.
Jikalau mata terdedah pada wap ini dalam tempoh masa yang
singkat sahaja ianya tidak akan membawa kecederaan tetapi
jika terlalu lama terdedah, mata boleh menjadi buta. Menghidu
wap ini dengan lama boleh mendatangkan kecederaan pada
saluran pernafasan dan jantung. Jika kulit terdedah pada wap ini
dalam tempoh jangka masa yang lama juga boleh
mencederakan kulit sehingga menjadi luka.
Jika setitik gas ini memasuki mata ianya akan mengakibatkan
mata menjadi rosak buat selama – lamanya jikalau tidak dirawat
dengan serta - merta. Setitik cecair ini jika ditelan atau
dimasukkan ke dalam saluran pernafasan akan menimbulkan
keradangan dan luka.
( d ) Gas Pelemas
Gas – gas ini ialah gas yang tidak tahan lama dan mengandungi
bau yang kuat dan mudah sahaja dikesan. Menyebabkan sakit
hidung dan leher dengan disertai batuk yang teruk. Sakit di mata
juga adalah satu daripada akibatnya.
( e ) Gas Pemedih Mata
143
Gas – gas dalam bahagian ini merupakan sejenis debu pepejal
halus atau wap yang tidak dapat dilihat. Ianya sangat berkesan
walaupun sedikit kuantitinya. Kesannya ialah terasa sakit mata
dan mengeluarkan air mata. Ini tidak mengakibatkan kerosakan
kekal kepada mata kecuali jika pepejal atau gas pemedih mata
secara terus masuk ke dalam mata.
( f ) Gas Pemedih Hidung
Gas – gas ini adalah campuran ” Arsenical ” yang mengeluarkan
debu – debu pepejal kecil di udara apabila tersebar melalui
letupan. Apabila tersedut atau terhidu ianya akan
mengakibatkan sakit dibahagian hidung terutama di dalam
kerongkong dan dada, terasa berat di kepala kepala dan
merasa gelisah, sakit kepala, terbatuk – batuk dan sakit lelangit
adalah merupakan perkara biasa.
Langkah Perlindungan
Langkah – langkah kawalan yang boleh diambil terhadap peperangan gas
adalah seperti di bawah :-
( i ) Topeng Gas :
Topeng gas ialah alat utama yang digunakan untuk mengawal diri
daripada terdedah kepada gas – gas tersebut seandainya berlaku
peperangan. Ianya hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik. Jika
difikirkan musuh akan menggunakan gas – gas tersebut maka
haruslah bersedia memakai topeng gas tersebut sekiranya terdengar
letupan bom sama ada letupan di udara ataupun di permukaan bumi.
( ii ) Rumah atau Tempat Perlindungan :
Sebuah rumah yang tidak rosak akan ditutup dengan rapi ataupun
sebuah tempat perlindungan yang pintunya ditutup dengan kain
selimut dengan secukup – cukupnya rapat adalah memberi satu
tempat perlindungan yang baik daripada serangan peperangan wap
gas.
( iii ) Apabila di luar :
Pekerja – pekerja Pertahanan Awam yang terdedah pada bahaya atau
bertugas di luar hendaklah melindungi bahagian tubuh mereka dengan
menggunakan pakaian khas.
144