( iv ) Mencegah dari jangkitan :
Mana – mana tugas yang penting dan perlu dilaksanakan, setiap orang
mastilah mengelak peredaran udara atau arah angin dari tempat yang
berjangkit kerana gas dan kuman akan mengikut arah angin bertiup.
Tidak sesiapa pun seharusnya berjalan di atas kawasan jangkitan dan
jika pakaian kita dijangkiti hendaklah ianya ditanggalkan dengan
secepat mungkin dan jangan dibawa masuk ke dalam bangunan.
( v ) Makanan dan minuman :
Almari – almari di dalam rumah hendaklah ditutup apabila tidak
digunakan dan semua makanan yang tidak di gunakan hendaklah
dibungkus dengan rapat dan disimpan dan di bawah besen atau
mangkuk. Semua alat – alat dan perkakas dapur hendaklah dibasuh
dengan bersih dengan menggunakan air panas.
4.8. PEPERANGAN BIOLOGI
Peperangan jenis ini menggunakan bom-bom yang diisikan dengan
agen- agen hayat yang sangat merbahaya dan tersebar dengan
sangat cepat. Apabila bom digugurkan dan meletup, agen-agen
biologi akan tersebar dan menyebabkan pihak yang terkena serangan
mengalami masalah kesihatan yang dasyat. Kesan serangan ini akan
memberi kesan yang besar kepada orang awam.
Untuk mengatasi serangan bom hayat ini adalah sangat sukar kerana:-
a) Ianya tidak boleh dikesan dengan pancaindera dan kewujudannya
tidak boleh dikesan dengan menggunakan pengesan kimia.
b) Kesannya adalah lambat, sukar dan mengambil masa beberapa hari.
c) Sukar untuk menentukan kawasan-kawasan yang dijangkiti.
d) Proses pembersihan dan penghapusan kuman adalah lambat, sukar
dan tidak menentu.
e) Proses pembiakan kuman akan menjadi cepat dan ini akan
menyebabkan jangkitan ini bertambah bahaya.
Langkah Keselamatan
1) Individu
a) Mempunyai topeng gas. Simpankannya di dalam keadaan yang baik,
bersih dan jika hendak memakainya, hendaklah memakai dalam
keadaan yang terlatih dan cekap.
145
b) Sekiranya berada di luar rumah, hendaklah sentiasa menutup kepala
dengan topi atau skaf dan juga memakai sarung tangan. Sekiranya
tiada sarung tangan, hendaklah memasukkan kedua-dua tangan ke
dalam poket.
c) Hendaklah berlindung di tempat perlindungan yang tertutup dan
selamat seperti di rumah, bilik bawah tanah dan sebagainya kerana
dengan cara ini juga dapat mengurangkan banyak ancaman dari
bahan-bahan peperangan hayat atau gas-gas yang merbahaya. Ia juga
dapat mengurangkan jangkitan semasa serangan.
d) Hendaklah menjaga kesihatan diri dengan seberapa baik yang boleh.
Pastikan mandi dengan bersih dan hendaklah memakai pakaian yang
e) bersih selepas serangan tersebut. Pastikan juga berkumur dengan air
suam atau air garam sekiranya terdedah dengan asap-asap daripada
serangan tersebut.
2) Berkumpulan
a) Pastikan semua pintu, tingkap dan sistem ventilasi ditutup kecuali
penapisan udara kerana ianya dapat mengurangkan peredaran udara
dengan kadar yang minima daripada asap-asap serangan tersebut.
b) Sentiasa menyediakan topeng-topeng gas untuk digunakan secara
segera sekiranya amaran gas diterima atau bom-bom digugurkan di
kawasan berhampiran.
c) Memastikan makanan dan minuman adalah dalam keadaan tertutup.
d) Bilik perlindungan (Panic Room) atau tempat-tempat perlindungan
hendaklah berada dalam keadaan bersih dan lancar peredaran
udaranya dan tidak sesak dengan sampah sarap.
3) Mengelak dari terkena jangkitan.
a) Elakkan dari memakai kasut dan pakaian yang terkena jangkitan.
b) Elakkan berada di kawasan-kawasan yang berangin dan berbukit.
c) Kawasan-kawasan yang terkena jangkitan hendaklah sentiasa
dibasahkan dengan semburan air. Sekiranya tidak dapat dikawal
segera, hendaklah diletakkan dengan lapisan tanah yang basah atau
lembap.
d) Kawasan yang terkena banyak jangkitan kuman hendaklah
menggunakan ubat-ubat pembasmi kuman yang kuat dan bagi
kawasan yang kurang terkena jangkitan kuman, hendaklah
menggunakan pemutih asid atau api dan dikawal mengikut keadaan
tempat.
146
e) Pembersihan udara boleh dilakukan di kawasan-kawasan yang terkena
jangkitan oleh kuman-kuman yang tidak tahan lama dan pastikan
kawasan-kawasan ini mestilah jauh dari tumpuan-tumpuan kegiatan-
kegiatan manusia.
f) Bagi mereka yang terkena jangkitan, hendaklah membuka kasut dan
pakaian luar mereka dan tinggalkan di luar sebelum memasuki rumah
atau tempat perlindungan. Pastikan pakaian dalam direndam dan
pastikan mereka mandi dan memakai pakaian yang bersih.
g) Topeng-topeng gas dan sarung tangan yang terdedah kepada kuman
hendaklah disapu dan dilap perlahan-lahan dengan span yang bersih
dan basah atau kain lembut yang dicelup dengan air sabun.
h) Bilik-bilik atau tempat-tempat perlindungan yang terkena sedikit
jangkitan kuman, hendaklah diberi pengaliran udara yang baik serta
lancar.
i) Arahan-arahan mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan
jangkitan kuman daripada pakaian-pakaian, bilik-bilik atau tempat
perlindungan akan dikeluarkan apabila jenis kuman yang digunakan itu
diketahui.
j) Makanan dan minuman yang terdedah kepada jangkitan kuman
hendaklah dilupuskan.
4.9. PEPERANGAN NUKLEAR
Pengenalan
Di zaman sekarang ada beberapa kuasa besar dunia yang mempunyai simpanan
stok senjata nuklear. Diantaranya adalah Amerika Syarikat dan Russia, dimana
mereka mempunyai banyak senjata ini dan senjata nuklear mereka ini dapat
dilancarkan dengan sasaran dari jarak jauh. Tiada sebarang negara di dalam dunia
ini yang menganggap mereka itu terkecuali dari menggunakan senjata ini sekirannya
berlaku peperangan.
Kuasa kemusnahan senjata nuklear ini sangatlah besar. Terdapat satu senjata
nuklear yang paling besar sekali ialah peluru pandu antara benua jenis SS 9
kepunyaan Russia. Ia mempunyai lebih kurang 4 kali ganda semua kuasa letupan
yang telah digunakan semasa perang dunia ke-2 dan melebihi 1,000 kali ganda
kuasa dari bom yang telah menghancurkan Bandar Hiroshima dahulu.
Menurut kiraan yang diperolehi, di Hiroshima, terdapat sebanyak 78,000 orang telah
terbunuh manakala 84,000 orang tercedera dan beribu-ribu orang lain telah hilang.
Sekurang-kurangnya 60,000 buah rumah telah musnah.
Untuk memberi bandingan kuasa kemusnahan kuasa seperti berikut:-
i) Bom yang digugurkan di Hiroshima ialah 20 KT.
ii) Peluru berpandu Minuteman, Amerika Syarikat ialah 2 MT.
iii) Peluru berpandu SS 9 Russia ialah 25 MT.
PEMBAHAGIAN TENAGA DALAM LETUPAN NUKLEAR
147
Tenaga-tenaga yang terbit dari letupan nuklear adalah seperti berikut:-
i) 45% dalam bentuk ledakan dan gelombang gegaran.
ii) 35% cahaya dan radiasi haba.
iii) 5% radiasi awal nuklear (Initial Radiation).
iv) 15% sisa-sisa radiasi.
BOLA API DAN BENTUK AWAN RADIOAKTIF
Apabila letupan nuklear berlaku di atas atau berhampiran darat, banyak bahan-
bahan akan bertukar menjadi wap, dan kemudian menjadi sejuk dan beku serta
menjadi serpihan-serpihan yang sangat halus dan padat. Ketika bola api naik ke
udara, kebanyakkan bahan-bahan ini disedut bersama-sama awan radioaktif tanpa
menjadi wap.
Angin putaran di dalam awan itu menyebabkan bahan-bahan radioaktif bercampur
sekali dengan begitu besar sekali. Putaran angin di tengah awan itu lebih kuat
daripada di tepi awan tersebut dan yang paling kuat sekali adalah di puncak awan
itu.
Bentuk terakhir awan tersebut terjadi adalah bergantung kepada setinggi mana ia
dapat naik ke udara dan ini pula bergantung kepada kekuatan bom tersebut.
Pada amnya, bom-bom dalam ukuran KILOTAN (KT) akan mengeluarkan awan
bentuk bulat dan bagi bom-bom dalam ukuran MEGATAN (MT) pula akan berbentuk
seperti dulang.
Rajah 1 menunjukkan bentuk awan yang dikeluarkan oleh bom ukuran KILOTAN.
Dari letupan dalam ukuran KT, bentuk awan adalah di jangka bulat. Puncak asap (T)
dan pangkalnya (S) adalah berbeza mengikut kekuatan bom. Akhirnya akan tersebar
rata di seluruh asap dan dipuncak batangnya.
148
KESAN SERANGAN NUKLEAR
KESAN SERTA MERTA
(i) RADIASI AWAL NUKLEAR
Pancaran panas nuklear akan dikeluarkan berterusan dari masa mula-mula bom itu
meletup dan hinggalah beberapa lama, selepas itu sinaran Gamma akan keluar
serta merta daripada bola api. Walaupun pengeluaran pada paras kemuncaknya
iaitu sama dengan kelajuan radiasi haba, kesannya masih merbahaya walaupun
selepas 1 minit letupan itu berlaku. Sinaran Gamma mempunyai kuasa tembusan
yang mendalam. Ianya tidak meninggalkan kesan pada barang-barang atau bahan-
bahan tetapi membahayakan kepada manusia iaitu ia boleh mengakibatkan penyakit
radiasi. Ianya akan menyebabkan kematian sekiranya radiasi terlalu banyak
memasuki tubuh badan. Radiasi yang di terima dalam satu masa adalah dinamakan
sebagai ’Dosis Radiation’ dan unit ukurannya ialah ’RONJEN’ (r).
Jadual di bawah ini menunjukkan jarak di mana 50% daripada Dosis Radiation 450 r
yang paling merbahaya (iaitu 50% peluang untuk hidup) dan sukatan kecemasan
semasa peperangan yang akan diterima oleh orang ramai dalam keadaan tempat
yang lapang daripada radiasi awal berikutan dari letupan di darat atau di udara.
(ii) JENIS LETUPAN NUKLEAR
Tekanan gelombang yang kuat disebabkan oleh perkembangan bola api, tersebar
keluar dari segenap jurus 1,100 kaki sesaat (sama dengan kelajuan suara) tidak kira
kuasa bom tersebut. Ditambah pula, dengan angin yang kuat yang disebabkan oleh
pergerakan udara yang banyak. Gelombang tekanan adalah diikuti dengan satu
gelombang sedutan (iaitu disebabkan oleh udara separuh kosong). Tempoh
peringkat tekanan udara ini akan menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan
diantara 0.7 saat sehingga 1 saat oleh bom ukuran 20 KT. Dengan bom ukuran 10
MT akan menghasilkan gelombang tekanan ledakan sehingga 5 saat atau lebih.
KESAN JANGKA MASA PANJANG
a) PENYAKIT RADIASI
Apabila seseorang yang terdedah dan terkena sinaran gamma dengan dos yang
banyak (walaupun radiasi awal atau beberapa ketika dari sisa-sisa radiasi), ini akan
menyebabkan kerosakan teruk pada usus perut (gastro inestestinal) dan akan
melemahkan sistem imun badan supaya sukar untuk sembuh kembali. Bagi jangka
masa panjang, penyakit radiasi akan berlaku apabila terkena dos yang lebih dari
150r. Tanda-tandanya ialah seperti lemah atau letih tubuh badan, pening kepala,
kurang penghadaman dan hilang selera makan. Apabila dosnya bertambah, tanda-
tandanya ialah seperti muntah dan cirit birit berdarah. Pada masa sama, tanda-tanda
ini akan berlaku sekiranya dos yang diterimanya adalah banyak. Anggaran dos-dos
yang diterima di antara 350-500r yang boleh menyebabkan 50% maut kepada
sesiapa yang terdedah. Apabila seseorang terdedah daripada sinaran gamma dalam
149
tempoh beberapa jam, biasanya menunjukkan tanda-tanda terkejut (shock) yang
teruk serta muntah.
b) KECEDERAAN JANGKA MASA PANJANG
Ini termasuk kekurangan darah (anaemia) dan leukemia (lumpuh disebabkan oleh
jenis barah darah dalam masa kejadian di antara 3- 6 tahun). Selepas beberapa
tahun, seseorang itu akan terdedah pada sinaran gamma, pertumbuhan barah pada
tulang-tulang atau tisu akan timbul. Apabila seseorang itu sudah tua, dosnya akan
bertambah sebanyak 400r tetapi ini tidak dapat dipastikan akibat daripada radiasi
atau kekurangan keupayaan tubuh badan dalam menentang penyakit ini.
c) KEROSAKAN BAKA (GENETIK)
Sekiranya seseorang itu terkena radiasi, kerosakan baka akan berlaku di atas organ
pembiakan sel-sel benih yang mengeluarkan baka.
d) RACUN RADIOAKTIF
Biasanya jangkitan radioaktif berada di dalam debu-debu dan akan masuk dalam
tubuh manusia melalui pernafasan, makan, minum atau liang luka dan akan
menimbulkan penyakit radiasi. Walaubagaimanapun, apabila pengawalan kepada
pendedahan sinaran gamma yang berpunca dari sisa radioaktif, maka bahaya dari
racun radioaktif itu tidak akan menjadi begitu serius.
PERLINDUNGAN
1. Jarak
- Pastikan anda menjauhi kawasan serangan.
- Jika berada di kawasan serangan, ambil perlindungan di dalam bangunan yang
besar dan terasing.
2. Kepadatan
- Bangunan-bangunan yang besar dan tinggi dapat menghalang / melambatkan
penyebaran radioaktif.
3. Masa
- Radioaktif akan lemah mengikut masa. Jangan hampiri kawasan serangan bagi
satu tempoh masa.
4. Sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa dan
bersedia untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan oleh
pihak berkuasa.
150
4.10. PUSAT PERLINDUNGAN
4.10.1. MENJAGA ORANG YANG KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL.
Orang yang hilang tempat tinggal adalah orang yang rumahnya telah musnah
ataupun telah rosak serta orang yang meninggalkan halaman kediaman
disebabkan bimbang akan keselamatan keluarga. Mereka juga termasuk
dalam kategori ini. Orang – orang ini memerlukan bantuan segera dari segi
bantuan makanan, pakaian, tempat perlindungan dan penerangan.
Selepas satu kejadian, orang ramai yang kehilangan tempat tinggal
akan diarahkan atau dinasihatkan supaya berpindah ke Pusat Perlindungan
yang berhampiran. Petugas di tempat Pusat Perlindungan perlu menunjukkan
sikap yang sopan, memahami dan berintegriti.
4.10.2. PUSAT PERLINDUNGAN
( a ) Bilangan dan Penempatan.
Pusat perlindungan adalah disediakan untuk meliputi segenap kawasan. Ini
kerana semasa peperangan hanya sedikit sahaja kawasan yang akan
terselamat akibat serangan musuh iaitu samada terkena bom atau untuk
menerima orang – orang pelarian dari kawasan yang terkena bom.
( b ) Jenis – jenis Bangunan
Terpulang kepada keadaan semasa peperangan dan juga jumlah bilangan
orang – orang kehilangan tempat tinggal. Semua jenis bangunan dengan
ruangan yang luas boleh digunakan seperti dewan, panggung wayang, kelab
dan sekolah. Kawasan yang paling sesuai adalah sekolah kerana tempat
tinggal untuk orang ramai yang berkeluarga boleh ditempatkan di dalam bilik
–bilik darjah.
( c ) Fungsi Pusat Perlindungan
Fungsi Pusat Perlindungan adalah tempat untuk memberi perlindungan
kepada orang ramai yang kehilangan tempat tinggal. Pusat Perlindungan ini
adalah bersifat sementara sahaja dan hendaklah dikosongkan dengan
seberapa segera yang boleh untuk menerima mangsa – mangsa lain.
151
( d ) Taraf Tumpangan
Ukuran Pusat Perlindungan adalah berbeza dari segi tempat. Walaupun
sebeberapa besar satu Pusat Perlindungan tersebut, ianya pasti tidak dapat
menjamin keselesaan tempat tidur bagi semua orang. Tujuan Pusat
Perlindungan adalah menyediakan tempat tidur yang sesuai untuk 1 / 3 dari
tumpangan di Pusat Perlindungan.
Satu Pelan yang tetap untuk menyusun Pusat Perlindungan tidak dapat
dirangka oleh sebab kerana perbezaan rangka dan bentuk bangunan.
Mana – mana bangunan yang digunakan sebagai Pusat Perlindungan,
peraturan dibawah perlu diikuti :-
( i ) Menyediakan tanda bagi setiap tempat masuk dan keluar, bilik –
bilik, tandas dan sebagainya mesti diadakan.
( ii ) Dewan besar untuk mangsa, tempat memasak, bilik mandi dan
tandas mesti disediakan.
( iii ) Pejabat Pentadbiran, Penerangan, Pendaftaran.
( iv ) Pos Pertolongan Cemas dan tempat anak – anak bermain.
( v ) Kelengkapan.
Kelengkapan untuk Pusat Perlindungan yang memberi tumpangan
untuk 150 mangsa adalah seperti berikut :-
( i ) Perabut dan tempat tidur
( ii ) Alat – alat makan
( iii ) Alat – alat kebersihan
Tambahan pada kelengkapan ini, Pusat Perlindungan perlu
mengadakan tempat membaca serta peralatan menulis serta pos pertolongan
cemas dengan kelengkapannya.
4.10.3. KAKITANGAN PUSAT PERLINDUNGAN
( a ) Penyelia Pusat Perlindungan adalah pegawai yang bertanggungjawab
atas urusan melicinkan proses pengurusan Pusat Perlindungan.
Mereka tidak bekerja mengikut giliran. Mereka mesti tahu sebagai
pegawai yang dipertanggungjawab dan juga mana dari mana arahan
dan maklumat berkenaan dengan berbagai perkara boleh didapati.
( b ) Kakitangan Pusat Perlindungan akan bekerja mengikut satu giliran
seramai 7 orang akan menjaga 150 mangsa dan mereka akan bekerja
selama 8 jam. Seorang dari giliran akan ditugaskan menjadi Ketua
Giliran.
152
4.10.4. TUGAS KAKITANGAN PUSAT PERLINDUNGAN.
Kakitangan Pusat Perlindungan adalah bertanggungjawab atas semua
urusan di Pusat Perlindungan termasuk :-
( a ) Penerimaan : Mangsa – mangsa diterima dengan cara teratur dan
dibantu untuk mendapat rehat dan pemulihan dengan seberapa awal
yang boleh.
( b ) Penyegar : Memberi minuman ringan seperti kopi atau teh dan juga
susu bagi bayi.
( c ) Petugas bilik mandi : Menyediakan tuala, sabun serta mengawasi dan
menjaga kebersihan.
( d ) Pertolongan Cemas : Memberi rawatan pada pesakit.
( e ) Gubahan khas bagi anak – anak dan orang tua : Satu tempat
berasingan untuk menyediakan makanan bayi dan juga tempat
membasuh pakaian bayi disediakan. Juga satu tempat untuk anak –
anak bermain disediakan. Satu bilik berasingan untuk orang tua
berehat disediakan.
( f ) Pakaian : Pakaian diberikan pada mangsa yang datang ke Pusat
Perlindungan. Kakitangan Pusat perlu mengadakan satu stok pakaian.
Mereka juga perlu merekodkan jumlah pakaian yang telah diagihkan
serta bertanggungjawab dalam menjaga pakaian di Pusat
Perlindungan.
( g ) Pendaftaran : Satu catitan atau maklumat mangsa yang masuk di
Pusat Perlindungan hendaklah direkodkan dan disimpan. Setiap
pendaftaran perlu dibuat atas borang Pendaftaran Awam. Borang ini
akan menunjukkan maklumat berkenaan mangsa.
( h ) Penerangan : Untuk memberi maklumat dan nasihat atas masalah
yang dihadapi oleh mangsa. Seorang ahli akan ditugaskan untuk
menjawab soalan – soalan dari mangsa – mangsa tersebut.
( i ) Menjaga setor dan kelengkapan : Apabila Pusat Perlindungan dibuka
atau ditutup dan juga semasa membuat pengeluaran alatan kepada
mangsa.
( j ) Meninggalkan Pusat Perlindungan : Dalam keadaan baik apabila
ditutup. Semua kakitangan Pusat Perlindungan mesti tahu penjaga
bangunan bagi mendapatkan kunci dengan serta merta.
153
4.10.5. BANTUAN
Kakitangan dari Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan adalah
bertanggungjawab atas kesihatan di Pusat Perlindungan. Pegawai
Kesihatan akan melawat Pusat Perlindungan untuk memeriksa
kebersihan. Jika terdapat penyakit maka Pegawai Perubatan akan
mengambil tindakan yang sesuai.
Bantuan dari badan sukarelawan seperti Persatuan Bulan Sabit
Merah, Persatuan St. John Ambulan, Pengakap, Pandu Puteri dan
Kumpulan Wanita boleh didapati. Ini tertakluk kepada persiapan yang
dibuat oleh agensi masing – masing.
Bantuan juga boleh didapati oleh mangsa – mangsa di Pusat
Perlindungan. Kaum wanita boleh membantu menjaga anak – anak
dan memasak didapur. Kaum lelaki boleh membantu dari segi menjaga
keselamatan di Pusat Perlindungan.
154
5. PERKHEMAHAN DAN LATIHAN TAHUNAN
Tempoh : 3 hari 2 malam
Tempat : Di luar kawasan sekolah
Perlaksanaan : Sama seperti peringkat asas, yang bezanya ialah operasi
mencari dan menyelamat dibuat pada waktu malam dan
kecederaan mangsa ditambahkan lagi.
155
KHIDMAT
MASYARAKAT
(LANJUTAN)
156
6. KHIDMAT MASYARAKAT
Gotong royong
Berbagai bentuk khidmat mesyarakat boleh dibuat di luar kawasan sekolah. Adalah
dicadangkan bagi anggota Peringkat lanjutan, menjalankan program gotong – royong di
rumah – rumah ibadat atau rumah orang tua- tua terutamanya untuk kecerian kawasan
tersebut. Walau bagaimanapun apa juga bentuk khidmat masyarakat di luar kawasan seklah
boleh dijalankan. Aktiviti yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam buku log.
Lawatan
Lawatan ke tempat –tempat bekas kejadian bencana yang berkaitan dengan aktiviti
Pertahanan Awam hendaklah dibuat sekurang – kurangnya sekali. Tempat – tempat yang
boleh dilawati seperti tapak Tragedi Highland Tower, Pos Dipang dan seumpamanya.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan anggota terhadap tugas dan
peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi –agensi
berkaitan dengannya sebagai melengkapkan pengetahuan yang diberikan didalam silibus
latihan. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran anggota tentang perlunya perkhidmatan
seperti Jabatan Pertahanan Awam khususnya tetapi apa yang lebih penting adalah ia akan
dapat meningkatkan minat pelajar untuk menyertai Pertahanan Awam selepas tamat sekolah
nanti.
157
KAWAD KAKI
(LANJUTAN)
158
7. KAWAD KAKI
Pengenalan
Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan.
Asas dan panduan tatatertib semasa peperangan atau waktu aman adalah
berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.
Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka
upacara perbarisan akan diuruskan kepada semua ahli dalam satu keluarga.
Tujuan Berkawad
Membentuk seorang Kadet Pertahanan Awam yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi, tatatertib dan cergas. .Membentuk kadet yang taat kepada perintah ketua.
serta membentuk ahli-ahli supaya bekerjasama dalam satu kumpulan.
Jenis Kawad
- Kawad Statik
- Kawad Dinamik
- Kawad Asas
- Kawad Formasi
- Kawalan Kehormatan
Sedia
Tumit rapat sebaris
Hujung kaki dibuka 30 darjah
Badan ditegakkan dengan kedua bahu dibawa ke belakang
Tangan diluruskan ke bawah dengan kedua siku dirapatkan ke rusuk badan
Kedua tangan dirapatkan ke peha dan ibu jari diletakkan sedikit di belakang garisan
jahitan seluar.
Kepala ditegakkan di mana tengkuk kena leher baju.
Mata memandang ke hadapan.
Senang Diri
Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi.
Kaki kiri diangkat, lutut dibengkokkan separas dengan peha.
Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi.
Jarak antara dua kaki ialah 12 inci.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa ke belakang.
Tapak tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan kiri dengan ibu jari bersilang.
Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.
Sedia Dari Senang Diri
Kaki kiri diangkat
Lutut dibengkokkan separas peha.
Hentak kaki di sebelah tumit kaki kanan.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa dengan pantas dalam kedudukan
sedia
159
Rehatkan Diri
Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa 1, 2, 3 rehat.
Kendurkan anggota badan iaitu bahagian pinggang ke atas dengan perlahan tanpa
menggerakkan kaki.
Berbaris Dalam Tiga Barisan
Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang)
Jarak antara barisan adalah 30 inci.
Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam)
Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.
Meluruskan Barisan
Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan.Jari
digenggam dengan bahagian belakang tangan ke atas.
Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang ke kanan.
Kaki di hentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan
jarak ke barisan hadapan 30 inci.
Dengan hukuman Pandang Depan, kepala dan muka dipusingkan dengan pantas
ke hadapan.Tangan dijatuhkan ke tepi dan kembali ke kedudukan sedia.
Pusing Kanan / Kiri
Kaki kanan / kiri dipusingkan 90 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke kanan / kiri.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi
Kaki kiri/ kanan di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kiri/ kanan ke bumi.
Menghadap Ke Hadapan / Ke Belakang
Kaki kanan / kiri dipusingkan 180 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke hadapan / belakang.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi
Kaki kiri/ kanan di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kiri/ kanan ke bumi.
Kawad Dinamik
1. Cepat jalan
2. Berhenti dari cepat jalan
3. Kiri belok / kanan belok
4. Tukar langkah semasa jalan cepat
5. Perlahan jalan
6. Tukar langkah semasa perlahan jalan
7. Berhenti semasa perlahan jalan
8. Ke hadapan hormat
9. Ke kanan hormat
10. Selaku terima sijil / hadiah
160
Cepat Jalan (I)
Dengan hukuman ‘Cepat jalan’, skuad hendaklah sentiasa melangkahkan kaki
dengan mulanya kaki kiri dan menghayunkan tangan dengan mulanya tangan kanan
ke hadapan.
Dengan pantas, kaki kiri dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan
tumit terpacak.
Tapak kaki kanan sama rata dengan bumi.
Cepat Jalan (Ii)
Pada masa yang sama, tangan kanan dilenggangkan ke hadapan separas bahu dan
tangan kiri dilenggangkan ke belakang seberapa yang boleh.
Muka terus pandang ke hadapan
Diikuti langkah seterusnya.
Berhenti Dari Cepat Jalan (I)
Kaki kanan melangkah sejauh 30 inci ke hadapan dan berhenti, tapak kaki kanan
rata di atas bumi.
Kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat , kedua lutut tegang.
Tangan kiri lenggang ke hadapan dan tangan kanan lenggang ke belakang.
Berhenti Dari Cepat Jalan (Ii)
Bawakan kaki kiri sejauh 15 inci ke hadapan dengan keadaan tapak kaki kiri
tergantung dan lutut tegang.
Berdiri di atas kaki kanan.
Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke
belakang.
Berhenti Dari Cepat Jalan (Iii)
Kaki kiri di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kanan dan angkat kaki kanan ke hadapan dengan lutut
dibengkokkan separas peha.
Hentak di sebelah tumit kaki kiri dengan kedudukan sedia
Kedua tangan dibawa dengan pantas kepada keadaan sedia.
Membelok
Barisan dalam hendaklah membelok di keliling bulatan, iaitu garisan pusat bulatan
empat kaki dan hendaklah menukar haluan mulai 90 darjah.
Barisan luar mengikut langkah dengan memanjangkan langkah.
Barisan dalam hendaklah menjeling dengan hujung matanya ke arah luar dan
seterusnya memendekkan langkah
Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke hadapan dan mengikut jejak yang
dilalui oleh barisan hadapan.
Perlahan Jalan
Tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki dikeluarkan sedikit menghala
ke tanah, bahagian atas badan tegak, tangan lurus ke tepi, berat badan di atas kaki
kanan.
Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke hadapan 15 inci lagi.Hujung
kaki jejak ke tanah tetapi bukan tumit atau bahagian luar kaki. Bawa berat badan
pada kaki kiri, kaki kanan ke belakang dan bengkok sedikit supaya dapat
mengangkat tumit kaki dari bumi.
Ulang dengan kaki kanan.
161
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
Kaki kanan dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti.
Tapak kaki kanan rata di atas bumi.
Tumit kaki kiri terangkat sedikit dengan kedua lutut tegang.
Berat badan di atas kaki kanan dan muka terus pandang ke hadapan
Dengan pantas, bawa kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, peha paras, hentak ke
bumi dan angkat kaki kanan, bengkok lutut, peha paras dan hentak di sebelah tumit
kaki kiri.
Ke Hadapan Hormat
Kaki dihentak kiri dan kanan.
Tangan kanan dibawa ke hadapan, siku dibengkokkan ,lengan diangkat paras bahu,
hujung jari dibawa sehingga mencecah hujung kening sebelah kanan
Jari-jari tangan kanan dilurus dan dirapatkan.
Tangan dipotong dan dibawa ke sisi seperti dalam kedudukan sedia
Ulang sekali lagi.
Ke Kanan Hormat
Cara hormat ke kanan sama seperti kedudukan hormat ke hadapan tetapi kepala
dan mata dipusing ke kanan tanpa mengubah kedudukan lengan kanan.
Tangan kiri digenggam dengan ibu jari menunjuk ke bawah dan dikunci pada
kedudukan penjahit seluar sebelah kiri.
Selaku Terima Sijil / Hadiah
Hormat ke hadapan dan melangkah selangkah ke hadapan
Hulur kedua-dua belah tangan ke hadapan dengan lurus dan tarik kedua-dua belah
tangan seperti kedudukan sedia(2X)
Melangkah selangkah ke belakang dan hormat.
Pusing ke belakang dan terus berjalan.
Kawad Formasi
Kawad Formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik.
Kawad Formasi melibatkan pergerakan Kawad Asas dan juga pergerakan bukan
Kawad Asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik.
Kawad Formasi mempunyai beberapa unsur yang menjadi intipati kepada keunikan
kawad Formasi.
Unsur Gerak
Keindahan Gerak
Gerakan dalam unsur kawad
Gerakan bukan dalam unsur kawad
Gerakan konsisten(berturutan)
Kepelbagaian gerak kawad
Keseimbangan dalam penggunaan ruang
Kesatuan gerak
Kekayaan Gerak Formasi
Pecahan dan cantuman formasi
162
Unsur Penghayatan
Keunikan
Keserasian
Kemantapan hentakan
Unsur Suara
Padu
Tepat dengan gerakan
Kesesuian slogan
Gerakan Penutup
Diakhiri dengan gerak kawad
Kawalan Kehormatan
z Kawalan Kehormatan dikelolakan oleh unit-unit yang tertentu dengan arahan
pihak atasan sekiranya unit itu dikehendaki untuk menjalankannya.
z Bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat.
Jenis Kawalan Kehormatan
Kawalan Kehormatan terbahagi kepada 3 bahagian:-
z Kawalan Kehormatan Penuh
z Kawalan Kehormatan Separuh
z Kawalan Darjat
Kawalan Kehormatan Penuh - 1
Kekuatan : - 1
Ketua Kawalan - 1
Pen. Ketua Kawalan - 1
Pegawai Panji-panji - 1
PW Perbarisan - 1
Pemandu Kanan - 1
Pemandu Kiri - 1
Penanda Kanan - 96
Penanda Kiri - 104
Anggota
Jumlah
Kawalan Kehormatan Separuh
Kekuatan : - 1
Ketua Kawalan 1
1
Pegawai Panji-panji - 1
1
PW Perbarisan - 1
1
Pemandu Kanan - 48
55
Pemandu Kiri -
Penanda Kanan -
Penanda Kiri -
Anggota -
Jumlah -
163
Kawalan Darjat -1
-1
Kekuatan : -1
Ketua Kawalan -1
Pegawai Panji-panji -1
PW Perbarisan -2
Pemandu Kanan - 24
Pemandu Kiri - 31
Pengiring Panji-panji
Anggota
Jumlah
Cadangan Kawalan Kehormatan Di Sekolah
Kekuatan : -1
Ketua Perbarisan
Penanda Kanan / Pelurus Barisan- 1
Penanda Kiri -1
Anggota - 30
Jumlah - 33
164
PENGHARGAAN
Ketua Pengarah
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Panel Penggubal I – Bangi
Panel Penggubal II – Kuantan
Panel Penggubal III – Shah Alam
Panel Penggubal IV – Klang
dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung dalam
menghasilkan buku ini.
165