- Kesedaran keselamatan a. Menyatakan tindakan yang perlu • Membuat peta pemikiran (i Think)
di air ketika berlaku kecemasan tindakan yang perlu ketika berlaku
kecemasan
- Keselamatan jalan raya b. Menyatakan langkah-langkah
keselamatan semasa berlakunya • Membuat latihan simulasi kemalangan
banjir jalan raya
c. Menghuraikan tindakan yang perlu • Tayangan video animasi langkah
ketika melihat kemalangan jalan raya keselamatan ketika banjir
d. Menyenaraikan langkah-langkah • Membuat perbincangan secara
keselamatan jalan raya kumpulan mengenai peraturan
i. menunggang basikal pengangkutan air
ii. membonceng motosikal
iii. penumpang kenderaan • Membuat simulasi langkah – langkah
keselamatan jalan raya mengikut situasi
e. Menyenaraikan peraturan
keselamatan ketika menaiki • Melukis poster berkenaan kepentingan
pengangkutan air keselamatan jalan raya
• Membuat tayangan video berkenaan
tindakan yang perlu ketika berlaku
kemalangan jalan raya
• TAHUN 6
Keselamatan semasa Anggota Tunas Pertahanan Awam Malaysia • Membuat peta pemikiran (i Think)
Wabak Penyakit dapat: mengenai jenis wabak dan bawaan
wabak.
a. Menyatakan maksud wabak.
• Menyediakan laporan berkumpulan
b. Mengenal jenis wabak dan bawaan mengenai langkah-langkah
wabak. pencegahan semasa wabak.
c. Menyatakan langkah-langkah • Membuat buku skrap berkenaan kes
pencegahan penyakit berjangkit. wabak yang pernah melanda negara.
26
- Kesedaran keselamatan a. Menyatakan tindakan yang perlu • Membuat peta pemikiran (i Think)
di air ketika berlaku kecemasan tindakan yang perlu ketika berlaku
kecemasan
- Keselamatan jalan raya b. Menyatakan langkah-langkah
keselamatan semasa berlakunya • Membuat latihan simulasi kemalangan
banjir jalan raya
c. Menghuraikan tindakan yang perlu • Tayangan video animasi langkah
ketika melihat kemalangan jalan raya keselamatan ketika banjir
d. Menyenaraikan langkah-langkah • Membuat perbincangan secara
keselamatan jalan raya kumpulan mengenai peraturan
i. menunggang basikal pengangkutan air
ii. membonceng motosikal
iii. penumpang kenderaan • Membuat simulasi langkah – langkah
keselamatan jalan raya mengikut situasi
e. Menyenaraikan peraturan
keselamatan ketika menaiki • Melukis poster berkenaan kepentingan
pengangkutan air keselamatan jalan raya
• Membuat tayangan video berkenaan
tindakan yang perlu ketika berlaku
kemalangan jalan raya
• TAHUN 6
Keselamatan semasa Anggota Tunas Pertahanan Awam Malaysia • Membuat peta pemikiran (i Think)
Wabak Penyakit dapat: mengenai jenis wabak dan bawaan
wabak.
a. Menyatakan maksud wabak.
• Menyediakan laporan berkumpulan
b. Mengenal jenis wabak dan bawaan mengenai langkah-langkah
wabak. pencegahan semasa wabak.
c. Menyatakan langkah-langkah • Membuat buku skrap berkenaan kes
pencegahan penyakit berjangkit. wabak yang pernah melanda negara.
26
• Menjalankan aktiviti lawatan luar ke
kawasan sekolah untuk mengenal pasti
kawasan-kawasan pembiakan vektor
• Membuat aktiviti pembersihan Kawasan
sekolah yang berpotensi menjadi
tempat pembiakan vektor.
27
• Menjalankan aktiviti lawatan luar ke
kawasan sekolah untuk mengenal pasti
kawasan-kawasan pembiakan vektor
• Membuat aktiviti pembersihan Kawasan
sekolah yang berpotensi menjadi
tempat pembiakan vektor.
27
8. PENILAIAN
8.1. Tujuan
8.1.1. Menilai prestasi anggota Tuspa dalam pengetahuan asas dan kemahiran
Pertahanan Awam.
8.1.2. Menilaian kualiti anggota dari segi penglibatan serta penyertaan mereka dalam
semua aktiviti kokurikulum secara langsung ataupun tidak langsung dengan Tuspa.
8.1.3. Memberi motivasi kepada anggota supaya sentiasa meningkatkan kesedaran,
pengetahuan dan nilai Pertahanan Awam.
8.2. Prosedur Penilaian
8.2.1. Penilaian dibuat sepanjang tempoh setahun silibus dilaksanakan mengikut tahun murid
iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
8.2.2. Silibus latihan hendaklah ditamatkan selewat-lewatnya pada bulan November bagi
tahun berkenaan.
8.2.3. Penilaian Tuspa di semua sekolah adalah selaras mengikut kaedah penilaian bagi unit-
unit beruniform lain yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
8.2.4. Format penilaian adalah selaras seperti yang ditetapkan di peringkat JPN dan KPM.
8.2.5. Aspek yang dinilai adalah seperti berikut:
ASPEK
(110 Markah)
Penglibatan Penyertaan Pretasi
(50 markah) (40 markah) (20 markah)
Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Kehadiran Pencapaian
Sumbangan
10 20 10 10 40 20
* Penilaian markah adalah selaras dengan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk garis panduan PAJSK untuk butiran lanjut.
8.3. Sijil-Sijil Tunas Pertahanan Awam Malaysia
8.3.1. Sijil Kenaikan Pangkat Anggota
- dikeluarkan oleh APM (rujuk bahagian Peraturan Kenaikan dan Penurunan
Pangkat Tuspa)
8.3.2. Sijil Aktiviti / Kursus / Perkhemahan / Pencapaian (jika ada)
- dikeluarkan oleh sekolah / PPD / PDPA / PUPA / JPN / KPM / PNPA / IPPA
9. PAKAIAN SERAGAM
9.1. Rasional
Pakaian seragam yang dicadangkan adalah ringkas namun mempunyai identiti tersendiri.
Penggunaan pakaian seragam yang terdiri daripada baju kemeja biru muda, seluar sekolah
biru gelap dan kasut sekolah mampu dimiliki oleh semua murid termasuk murid yang tinggal
kawasan pedalaman.
28
9.2. Pakaian Seragam Tunas Pertahanan Awam Malaysia
9.2.1. Jenis pakaian seragam rasmi untuk Tunas Pertahanan Awam Malaysia adalah:
i. Pakaian Seragam Tuspa (Pakaian Seragam Rasmi)
• Baju kemeja berwarna biru (Parisian blue) berlengan panjang bagi
perempuan atau pendek bagi lelaki dan seluar sekolah biru gelap.
ii. Pakaian Aktiviti Tuspa (pakaian aktiviti)
• Baju – T berwarna jingga berlengan panjang bagi perempuan dan
berlengan pendek bagi lelaki serta seluar sukan berwarna hitam / biru
gelap.
9.3. Spesifikasi Pakaian Tunas Pertahanan Awam Malaysia
9.3.1. Pakaian Seragam Tunas Pertahanan Awam Malaysia
i. Baju Kemeja – warna biru (Parisian Blue)
Baju kemeja biru muda mempunyai dua kocek di hadapan. Judul bahu “Tunas
Pertahanan Awam” di bahagian atas lengan sebelah kanan dan kiri. Lencana
pangkat pula diletakkan di atas kocek sebelah kiri serta lencana nama pula di atas
kocek sebelah kanan.
ii. Seluar sekolah – warna biru gelap
iii. Pakaian seragam kepala
Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tuspa perempuan beragama Islam memakai tudung
kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan rambut dan dimasukkan ke
dalam bahagian kolar baju.
iv. Tali pinggang
Tali pinggang kanvas berkepala besi berwarna emas berlambangkan logo APM.
v. Kasut kanvas hitam
9.3.2. Pakaian Aktiviti Tunas Pertahanan Awam Malaysia
i. Baju T’ - warna Jingga (Oren).
Baju T’ berkolar. Logo Pertahanan Awam di sebelah kiri bahagian depan baju.
Lengan pendek bagi lelaki dan lengan panjang bagi perempuan. Bagi lelaki, baju
T dimasukkan ke dalam.
ii. Seluar sukan - Warna hitam/biru gelap
iii. Pakaian Seragam Kepala
Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tunas Pertahanan Awam Malaysia perempuan
memakai tudung kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan rambut dan
dimasukkan ke dalam bahagian kolar baju.
iv. Kasut kanvas hitam
*** Lihat Lampiran C
29
TAHUN 4
MODUL TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
30
PENGENALAN PERTAHANAN AWAM
PENDAHULUAN
Penubuhan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah bermula di Tanah Melayu pada era pra-kemerdekaan lagi.
Dalam topik ini, anggota kadet akan mengetahui sejarah penubuhan APM serta memahami bagaimana APM
berkembang dan berfungsi kepada masyarakat khususnya sehingga dikenali sebagai angkatan yang unggul
pada masa kini.
A. LATAR BELAKANG TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA)
Usaha penubuhan Program Unit Beruniform Kokurikulum Sekolah Rendah, Tunas Pertahanan Awam Malaysia
(Tuspa) bermula pada bulan Mei 2013 apabila kertas cadangan yang pertama bagi penubuhan Tuspa
dikemukakan oleh Lt. M(PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa kepada pihak Cawangan Pasukan Sokongan,
Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA. Draf kurikulum latihan bagi Tuspa siap dibentuk Jun 2013. Draf tersebut
seterusnya dipanjangkan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Draf kertas cadangan pelaksanaan Program Unit Beruniform Tuspa yang lengkap kemudiannya telah dibentuk
pada Disember 2013.
Hampir setahun kemudian, pada 21-23 November 2014 berlangsungnya Seminar Kor Siswa Siswi
Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Malaysia Perlis dan Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis. Dalam seminar tersebut, terbentuknya pengishtiharan Deklarasi Seminar (Pegawai Bersekutu)
keempat, iaitu memperkasakan PROKSPA di peringkat sekolah rendah. Kewujudan deklarasi tersebut telah
membantu serta menguatkan lagi usaha dalam merealisasikan pembentukan Tuspa di sekolah rendah.
Seminggu selepas berlangsungnya Seminar tersebut, berlangsung pula satu Bengkel Penubuhan
Tuspa bertempat di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis pada 27 hingga 29 November 2014. Bengkel tersebut
telah menghasilkan satu kertas cadangan yang lebih sempurna dan terperinci termasuk struktur Tuspa dari segi
pengurusan, organisasi, latihan, pakaian seragam dan lain-lain lagi. Para peserta bengkel terdiri daripada
pegawai-pegawai kadet Kor Sispa IPG kampus Perlis, guru-guru sekolah rendah seluruh negara (bekas pegawai
kadet Kor Sispa IPG Kampus Perlis) serta para pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru kampus Perlis
yang diketuai oleh Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah. Bengkel tersebut disempurnakan oleh Y.S Lt.
Kol (PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perlis.
Lebih setahun kemudian pada 7 Januari 2016, sesi pembentangan kertas cadangan dan taklimat secara
terperinci mengenai Tuspa telah dilaksanakan di hadapan Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu
Pejabat Pertahanan Awam Malaysia pada ketika itu, Y.A.S. TPj. (PA) Roslan bin Wahab bersama para pegawai
daripada Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Ibu Pejabat
Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Sejarah tercipta apabila permohonan bagi pelaksanaan projek rintis Program Badan Beruniform Tuspa
tersebut diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat kelulusan oleh pihak Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 8 April 2016. Kelulusan daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut mencetuskan satu lagi bengkel iaitu Bengkel Penubuhan dan
Pemurnian Buku Panduan Tunas Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam
(ALPHA), Bangi, Selangor. Bengkel tersebut dihadiri oleh:
a. TPj. (PA) Roslan bin Wahab
Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Pertahanan Awam Malaysia
b. Kol. (PA) Pang Ah Lek
Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang
31
c. Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra
Ketua Cawangan, Cawangan Pasukan Sokongan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
d. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Kulanthayan a/l K.C Mani
Pengarah Eksekutif Safekids Malaysia, Jabatan Sains Kesihatan Komuniti,
Universiti Putra Malaysia
e. Mej. (PA) Raja Muhammad Alhakim Bin Raja Jaafar @ Raja Yaakub
Pemangku Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah
f. Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah
Ajutan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
g. Pegawai-pegawai dari semua pusat-pusat latihan Pertahanan Awam
h. Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia
i. 13 orang guru-guru sekolah rendah di seluruh Malaysia yang juga merupakan pegawai pasukan
Pertahanan Awam
Para peserta Bengkel Penubuhan dan Pemurnian Buku Panduan Pengurusan Tunas Pertahanan Awam
Malaysia bertempat di ALPHA, Bangi, Selangor pada 26 hingga 27 Oktober 2016.
Hasil daripada bengkel tersebut terbentuklah Buku Panduan Pengurusan dan Modul Tunas Pertahanan
Awam Malaysia. Majlis penutupan bengkel tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada ketika itu, Datuk Selamat bin Dahalan.
Bagi tahun pertama perlaksanaan Tuspa, sebanyak 11 buah sekolah rintis seluruh negara menubuhkan
Tuspa sebagai salah satu badan beruniform kokurikulum yang dijalankan di sekolah sebelum pelaksanaannya
diluaskan ke sekolah-sekolah yang lain pada ketika itu. Senarai sekolah rintis bagi pelaksanaan Tuspa adalah
seperti berikut:
a. SK Ampang, Ampang, Selangor
b. SK Kg. Tunku, Petaling Jaya, Selangor
c. SJK (T) Kajang, Kajang, Selangor
d. SJK (C) Kwong Hon, Sungai Besi, Kuala Lumpur
e. SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak
f. SK Seri Al-Ulum, Pontian, Johor
g. SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor
h. SK Bukit Luba, Limbang, Sarawak
i. SK Nanga Beguang, Song, Sarawak
j. SK Sungai Kem Batu 18, Bintulu, Sarawak
k. SK Imbak, Telupid, Sabah
32
B. PENGENALAN ANGKATAN PERTAHANAN MALAYSIA (APM)
i. Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu;
SEMASA PEPERANGAN SEMASA AMAN
•Bermaksud apa-apa langkah yang tidak •Bermaksud apa-apa langkah yang diambil
melibatkan pertempuran bagi bagi melindungi nyawa dan harta benda
menghadapi serangan permusuhan sama sama ada langkah itu diambil sebelum,
ada langkah itu diambil sebelum, semasa semasa atau selepas sesuatu bencana.
atau selepas serangan musuh.
ii. Sejarah Pertahanan Awam
•Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai
Passive Defense yang dibentuk dibawah Emergency Regulation Enactment
1939 Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Perang Dunia
Kedua.
•The Civil Defence Ordinance 1951 (kini dikenali Akta Pertahanan Pertahanan
Awam 1951- Akta 221) digubal secara rasmi untuk sebagai satu undang-undang
1951 dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
•Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac 1952 secara rasmi bagi
1952 melaksanakan peruntukan Ordinan.
iii.Transformasi APM
1994 2008
•Pengenalan nama ringkas •Pertukaran pengenalan
JPA3 mula diguna dan diterima akronim 'JPA3' kepada 'JPAM'
pakai di seluruh negara untuk telah dilancarkan oleh
membezakan dengan Jabatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam
Perkhidmatan Awam dan Malaysia pada bulan Mac
Jabatan Pertahanan Awam. semasa Sambutan Hari
Pertahanan Awam Malaysia di
Ipoh Perak.
33
1995 2009
•Talian kecemasan 991 •Talian 'Satu Negara Satu
dilancarkan pada 20 Mei Nombor' diperkenalkan sebagai
sebagai tanda komitmen talian pusat iaitu 999 bagi
Pertahanan Awam memberikan menyatukan talian kecemasan
khidmat bantuan kecemasan yang membabitkan Polis Diraja
secara 24 jam. Malaysia, Kementerian
Kesihatan, Jabatan Bomba dan
Penyelamat dan Pertahanan
Awam Malaysia.
1998 2009
•Pakaian seragam hijau JPAM •Pada 13 September, Menteri
diperkenalkan. Dalam Negeri telah melancarkan
pakaian seragam baru berwarna
biru.
Pakaian seragam APM yang berwarna biru.
34
2016 2016
•Rang Undang-Udang Akta •Pada 1 September 2016, akronim
Pertahanan Awam (Akta 221) JPAM ditukarkan kepada APM.
Pindaan 2016 diluluskan pada 26
Mei 2016.
iv. Kementerian Mengawal
1952 - Setiausaha Pertahanan
1955 - Kementerian Dalam Negeri
1959 - Kementerian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kementerian Hal Ehwal Sabah dan PertahananAwam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri
2015 - Jabatan Perdana Menteri
v. Misi, Visi dan Moto
VISI
Menjadi Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsagaan Awam, Perlindungan
Rakyat dan Pengurusan Bencana
MISI
Memperkasa Kesiapsagaan Awam Untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Negara
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
35
vi. Senarai Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia
1. Kol. G. W. Somerville 1952 – 1957
2. Kol. J. D. Steward 1957 – 1964
3. Kol. Duleep Singh Kaulsay 1964 – 1967
4. Kol. (PA) Abdul Rahman bin Ismail 1968 – 1980
5. Brig. Jen. (PA) Abidin bin Ismail 1980 – 1993
6. Mej. Jen. (PA) Abd. Wahid bin Selamat 1994 – 1998
7. Mej. Jen. (PA) Abd Wahab bin Haji Mohd Johar 1999 – 2000
8. Lt. Jen. (PA) Dato’ Haji Shafee bin Haji Abu Bakar 2000 – 2003
9. Lt. Jen. (PA) Dato’ Haji Jamel bin Ariffin 2003 – 2005
10. Pj. (PA) Dato’ Nasir bin Mat Dam 2005 – 2008
11. 2008 – 2011
Pj. (PA) Dato’ Abdul Halim bin Abdul Hamid
12. 2011 – 2014
Pj. (PA) Dato’ Sulaiman bin Haji Keling
13. 2014 – 2015
Pj. (PA) Dato’ Zaitun binti Ab Samad
14. 2015 – 2016
36
KPj. (PA) Datuk Ogu Salim bin Omar
15. 2017 – 2018
KPj. (PA) Mej. Jen. Dato’ Azmy bin Yahya (Bersara)
16. 2018 - Kini
Kpj. (PA) Datuk Roslan bin Wahab
37
vii. Peranan Pertahanan Awam
PERANAN
PERTAHANAN AWAM BERDASARKAN AKTA 221
•Antara peranan APM adalah seperti berikut:
• melaksanakan kerja-kerja pengurusan bencana;
• melaksanakan khidmat kemanusiaan;
• melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan awam;
• melatih aspek pertahanan awam kepada agensi lain;
• mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan barang bagi
kegunaan pertahahanan awam;
• menasihati Menteri perkara berkaitan pertahanan awam;
• mengenalpasti bahaya dan risiko yang boleh mengancam nyawa;
• melatih orang awam bagi membantu tugas pertahanan awam;
• menasihati dan memaklumkan orang awam berhubung pertahanan awam;
• menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat;
• mendiri dan menyediakan pos bantuan kecemasan dan perubatan;
• membantu pihak berkuasa awam menyempurnakan mayat mangsa dalam masa
bencana;
• membantu pihak berkuasa awam melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan
infrastruktur;
• membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan kemudahan utiliti awam
dan aset kerajaan;
• mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan penting lain;
• menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran awam;
•mengurus pusat perlindungan awam;
• menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans;
•mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta benda semasa
kebakaran termasuk menyediakan anggota bomba tambahan;
•melaksanakan lain-lain tugas yang ditetapkan.
38
viii. Perkhidmatan Pertahanan Awam (Talian Kecemasan 999)
Kemalangan
jalan raya
Khidmat Kecemasan /
masyarakat kemalangan di
lain tempat kerja dan
kediaman
Menangkap /
memusnah
serangga dan Perkhidmatan
binatang ambulans
berbisa / Perkhidmatan
berbahaya Pertahanan
Awam
Banjir, tanah /
bangunan Lemas /
runtuh dan hilang di air
ribut
Hilang /
Mangsa
sesat di terperangkap
hutan
asdasd
39
C. BENDERA DAN LOGO PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
Bendera Pertahanan Awam
• Terdiri daripada empat
warna iaitu putih, oren,
kuning dan biru.
• Terdapat logo rasmi
Pertahanan Awam di
bahagian tengah
bendera.
Logo Rasmi Pertahanan Awam
Konsep logo ini adalah untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam peringkat kebangsaan dan juga tempatan.
Segi tiga Sama dan Warna Oren Sentiasa Siap Sedia
Lambang dan warna keselamatan iaitu Moto pasukan Pertahanan
waspada dan sedia menghadapi Awam Malaysia yang
sebarang kemungkinan. Warna dan sentiasa bersedia untuk
corak di tengah segitiga adalah menjalankan tugas.
gabungan warna corak bendera serta
perlembagaan negara Malaysia yang
sentiasa dipertahankan.
Bunga Padi
Berwarna biru melambangkan
Tapak Logo kesuburan dan kemakmuran
Warna oren dengan perkataan negara yang perlu dipertahankan
Pertahanan Awam Malaysia adalah melalui keharmonian dan
lambang keteguhan, kesediaan dan perpaduan kukuh seperti
sokongan padu organisasi Pertahanan digambarkan ikatan yang kemas
Awam Malaysia untuk mendokong pada bunga padi.
wawasan yang diharapkan.
40
D. LAGU ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
SENTIASA BERSEDIA
Marilah kitasemua
Berganding bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia jaya
41
PENGURUSAN DIRI
PENGENALAN
Mengurus diri penting jika mahu jadi orang berjaya. Pengurusan diri yang baik adalah seimbang dari segala
aspek. Penumpukan kepada aspek intelek dan pengetahuan semata-mata tidak dapat membentuk insan yang
berjaya keseluruhannya. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan oleh murid-murid dalam
menguruskan diri ke arah pembentukan diri yang sempurna dan berjaya dalam semua bidang kehidupan.
ASPEK-ASPEK PENGURUSAN DIRI
Terdapat beberapa aspek pengurusan diri serta huraiannya yang perlu diberi perhatian oleh murid-murid. Aspek-
aspek tersebut ialah fizikal, mental, emosi dan rohani.
i. Aspek Fizik
kebersihan
diri
Aspek
riadah / penampilan
senaman diri
Fizikal
makanan
ii. Aspek Mental
Mental memainkan peranan yang penting bagi menjadikan seseorang itu berfikiran baik dan dapat
menguruskan diri dengan sempurna. Kita perlu menguruskan mental kita dengan baik. Bagaimanakah
untuk menguruskan mental kita?
42
elakkan perkara yang
merosakkan otak seperti
merokok, melihat bahan
lucah, mengambil dadah dan
sebagainya
tambah pengetahuan
dengan menuntut ilmu
tingkatkan kemahiran diri
lakukan hobi masa lapang
yang bermanfaat
menyampaikan ilmu
kepada orang lain
iii. Aspek Emosi
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu,
sedih, takut dan sebagainya. Emosi juga didiskripsikan sebagai kehebatan dan kepekaan perasaan
yang selalunya diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan
perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada
perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana
ketakutan.
Emosi perlu dijaga dan diuruskan sebaiknya agar diri murid-murid seimbang dan dapat hidup dengan
keadaan harmonis serta tenteram. Perkembangan emosi sangat penting sejajar dengan kepentingan
intelek murid-murid. Antara kaedah bagi menguruskan emosi adalah:
berbuat kebaikan kepada
semua
tahan tekanan
suburkan sifat berlumba ke
arah kebaikan
terapkan rasa bersyukur
terhadap nikmat yang diberi
buang sifat dendam serta iri
hati yang negatif
43
PENGENALAN
Kawad kaki merupakan salah satu pelajaran dalam Pertahanan Awam yang perlu dikuasai oleh setiap anggota
bagi membina karakter dan sahsiah disiplin dalam diri. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib di
dalam pasukan beruniform dan panduantatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang
diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka upacara
perbarisan akan dilaksanakan demikepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
Kawad kaki yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari di atas padang kawad semata-mata dan
kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya
mempercayai diri sendiri dan bertatatertib setiap masa. Jika sekiranya kelakuan yang tidak senonoh, lalu
berpakaian tidak baik, dan lain-lain kelakuan yang buruk itu dibiarkan semasa rekrut atau selepasnya, maka
alamat kejatuhan atau kekalahan pasti diperolehi oleh pasukan itu.
OBJEKTIF AM DAN KHUSUS ASAS KAWAD KAKI
a) Secara Am
i. Attitude
• Melahirkan anggota yang berdisplin, menepati masa dan mematuhi setiap arahan dari
semasa ke semasa.
ii. Skill
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang kemahiran Pertahanan
Awam dan memastikan ilmu Pertahanan Awam yang di pelajari mempunyai standard yang
sama.
iii. Knowledge
• Meningkatkan ilmu kemahiran yang tinggi dan mewujudkan sifat-sifat sentiasaingin
membantu dalam apa-apa situasi kecemasan.
Gambar Hiasan: Kawad kaki dapat melahirkan murid yang berdisiplin, menepati masa dan mematuhi setiap
arahan dari semasa ke semasa
44
b) Secara Khusus
• Memahami selok belok tentang kawad
• Sentiasa mempertingkatkan diri dalam kawad persendirian
• Memahami semua pergerakan kawad
• Boleh mengawadkan skuad
TUJUAN DAN ETIKA BERKAWAD
a) Tujuan Berkawad
i. Membentuk anggota yang mempunyai tahap tatatertib dan disiplin yang tinggi serta cergas.
ii. Membentuk anggota yang taat kepada perintah ketua.
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu pasukan.
b) Etika di Padang Kawad
i. Jurulatih hendaklah memeriksa pakaian skuadnya dan menegurkesalahan serta diperbetulkan
sebelum berkawad.
ii. Semasa keluar dan masuk semasa berbaris, jurulatih hendaklah memastikan anggota
meminta kebenaran iaitu menyatakan dirinya kepada jurulatih supaya mengizinkan diamasuk
baris.
iii. Semua anggota dilarang berjalan sambil-sambilan di atas padang kawad sekiranya tidak
berkawad.
iv. Semasa tamat pelajaran, anggota hendaklah “bersurai’ untuk memberi hormat kepada semua
jurulatih ataupun pegawai yang mengambil bahagian.
KAWAD STATIK
MASUK BARIS
a) Penerangan (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)
i. Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang).
ii. Jarak antara barisan adalah 30 inci.
iii. Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam).
iv. Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.
b) Ayat Hukuman (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)
“Dengar sini semua sekali! Apabila dapat hukuman, tiga barisan di hadapan saya gerak! Skuad
hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah di mana saya
menghadap. Faham Itu skuad!”
“Tiga barisan dihadapan saya gerak!”
Peringatan: Kalau skuad dalam kedudukan sedia, hendaklah di beri hukuman
“Pusing kekanan berlari berbaris…………………………”
Kalau dari mulasenang diri, diakhiri dengan senang diri.
KANAN LURUS
a) Penerangan
i. Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan. Jari digenggam
dengan bahagian belakang tangan ke atas.
45
ii. Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang ke kanan.
iii. Kaki dihentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
iv. Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke
barisan hadapan 30 inci.
v. Dengan hukuman “Pandang depan”, kepala dan muka dipusingkan dengan pantas ke
hadapan. Tangan dijatuhkan ke tepi dan kembali ke kedudukan sedia.
b) Ayat Hukuman
“Ke kanan, lurus!”
“Pandang depan!”
46
SENANG DIRI
a) Penerangan
i. Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi. Kaki kiri diangkat dengan pantas separas pembebat
pergelangan kaki, lutut dibengkokkan separas dengan peha, kedudukan tangan masih lagi
rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan ‘up’.
ii. Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi. Jarak antara dua kaki ialah 12 inci atau
seluas bahu.
iii. Pada masa yang sama, kedua-dua tangan dibawa ke belakang.
iv. Letakkan belakang tapak tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari
bersilang dengan kiraan ‘satu’.
v. Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.
b) Ayat Hukuman
“Senang… diri!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri / kanan.
ii. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut.
iii. Menggerakkan kaki kanan / kiri dan menyebabkan barisan menjadi tidak lurus.
iv. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
v. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
vi. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vii. Kedua-dua tangan mengepak.
Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan belakang
SKUAD SEDIA
a) Penerangan
i. Tumit rapat sebaris dan buka hujung kaki 30 darjah.
ii. Lutut lengang, badan tegak dengan berat sama imbang di antara kedua-dua tapak kaki dan
tumit.
iii. Bahu dibawa ke belakang (supaya dada berada dalam keadaan senangdan tidak
mengeraskan badan).
iv. Tangan lurus kebawah, siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan-pergelangan tangan
lurus.
v. Tapak tangan tutup (bukan genggam), belakang jari-jari dekat kepada peha.
vi. Ibu jari tegak lurus dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar.
vii. Kepala tegak (melangut), tengkuk kena pada leher baju dan mata memandang terus ke
hadapan.
47
b) Ayat Hukuman
“Skuad….. sedia!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas menjadi terbatas.
ii. Tidak sedia dan menggerakkan mata.
iii. Kaki dan badan tidak menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat.
iv. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
v. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vi. Pergelangan tangan tegang.
vii. Membuka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada yang lain.
Pandangan hadapan Pandangan sisi
BUKA / TUTUP BARISAN
Bagi memeriksa skuad atau mengawadkan skuad, mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini, seperti
hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain. Pergerakan ini dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja, manakala barisan tengah diam. Sekiranya skuad hanya dalam dua barisan, pergerakan ini
dilakukan oleh barisan belakang sahaja.
Buka Barisan
a) Penerangan
Terdapat tiga langkah pergerakan buka barisan dengan nombor:
Buka Barisan – Satu
i. Barisan hadapan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci.
ii. Barisan belakang langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci.
iii. Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
iv. Anggota kadet yang lain diam.
v.
Skuad – Dua
i. Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci.
ii. Barisan belakang langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci.
iii. Tapak kaki kanan / kiri rata di atas bumi, tumit ke kiri / kanan di belakang terangkat
sedikit.
iv. Anggota kadet yang lain diam.
Skuad – Tiga
i. Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak.
48
ii. Barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci dan hentak.
iii. Masa yang sama angkat kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan
hentak di sebelah tumit kaki kiri sampai seperti kedudukan sedia.
b) Ayat Hukuman
“Buka barisan… gerak!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Tangan tidak tetap di kedudukan sedia.
ii. Muka tunduk ke bawah.
iii. Badan bengkok (menunduk) semasa bergerak.
iv. Melangkah terlalu jauh.
Tutup Barisan
a) Penerangan
i. Tutup barisan turut dalam tiga pergerakan.
ii. Barisan hadapan membuat pergerakan seperti barisan belakang membuka barisan.
iii. Barisan belakang membuat pergerakan seperti barisan hadapan membuka barisan.
iv. Pergerakan barisan, gerak, cara-cara mengajar dan melatihkan skuad adalah sama
seperti pergerakan buka barisan.
b) Ayat Hukuman
“Tutup barisan… gerak!”
Pemeriksaan semasa buka barisan
HENTAK KAKI
Hentak Kaki
a) Penerangan
i. Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut dan peha paras.
ii. Hujung kaki menunjukkan ke bawah (point toe) dan bertentangan dengan hujung lutut.
iii. Jatuhkan kaki kiri dengan perlahan disebelah kaki kanan tanpa bunyi.
iv. Ulang pada kaki kanan dengan pergerakan yang sama secara bertukar ganti (65 hentak
seminit).
b) Ayat Hukuman
“Hentak kaki… gerak!”
Berhenti Dari Hentak Kaki
a) Penerangan
49
i. Hukuman diberi semasa kaki kanan naik penuh (hukuman atas kaki kiri), hentakkan kaki
kanan disebelah kaki kiri (kiraan ‘cek’) hentak kaki kiri dan kanan (kiraan satu, dua)
sampai dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota badan yang lain tidak berubah.
Hentak Kaki Daripada Perlahan Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – diberi dengan amaran hukuman yang panjang dan hukuman pelaksanaan
kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan mula menghentak kaki
dengan kaki kiri.
ii. Maju – untuk bergerak kehadapan bila menghentak kaki perlahan hukuman adalah
“Maju”. Hukuman diberi apabila lutut kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah
kaki kiri dengan pantas, dengan masa yang sama tolak kaki kiri kehadapan dan terus
berjalan
Hentak Kaki Dari Cepat Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – hukuman dilaksanakan apabila kaki kiri melalui kaki kanan.Penuhkan
langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci dan dibawa kaki kanan ke hadapan rapat pada
kaki kiri dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke hadapan sedia dan terus
hentak kaki (kaki kiri).
ii. Maju –.Hukuman “Maju” digunakan apabila kaki kiri sedang naik. Penuhkan naik kaki kiri
dan hentak. Angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras,kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas, langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit
pacak dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan – tangan kiri ke
belakang.
BERSURAI / KELUAR BARIS
a) Penerangan
Dengan hukuman keluar baris, buat pergerakan berpusing kekanan semasa berhenti, kemudian
berjalan dalam masa cepat jalan tiga langkah ke hadapan, barulahbersurai / keluar dari barisan dan
terus berjalan bersendirian keluar dari padang kawad untuk berehat.
b) Ayat Hukuman
“Keluar…baris!”
Atau
“Bersurai!”
Peringatan : Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 40 pergerakan seminit.
50
PENGENALAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
Apakah peti pertolongan cemas? Peti pertolongan cemas ialah bekalan dan peralatan untuk kegunaan
pertolongan cemas, terutamanya semasa berlaku kecemasan. Pada masa ini, terdapat pelbagai bentuk peti
pertolongan cemas yang boleh didapati di pasaran.
Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, mempunyai peralatan yang
mencukupi dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Perlu ditegaskan, peti pertolongan cemas
hendaklah diletakkan di kawasan atau tempat yang mudah untuk diambil.
Antara beberapa contoh peti pertolongan cemas yang lengkap
ALATAN DAN BAHAN YANG TERDAPAT DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT) SERTA
KEGUNAANNYA
Peti pertolongan cemas hendaklah mempunyai alatan dan bahan asas untuk membolehkan perawat
membuat rawatan awal yang ringkas sebelum membawa mangsa ke hospital. Murid-murid boleh perhatikan
senarai alatan dan bahan asas dalam peti pertolongan cemas seperti di bawah:
Bil. Alatan / Bahan Nama alatan / bahan
1. Kain tiga segi (triangular bandage)
- Untuk mengampu bahagian
kecederaan / kepatahan, membalut
luka atau pendarahan yang didapati
atau dikhuatiri ada kepatahan tulang.
2. Kain gauze (sterile / non-sterile)
- Melakukan pencucian atau
pembebat luka
3. Pembebat mudah regang
(elastic bandage)
- Membuat balutan, memberi tekanan
pada pendarahan dan
menstabilkan kepatahan.
4. Pembebat gulung
(roller bandage)
- Untuk menstabilkan kepatahan,
membalut luka dan kecederaan
ringan contohnya seperti terseliuh.
48
5. Sarung tangan getah (glove)
- Untuk melindungi diri perawat
daripada sebarang jangkitan
6. Gunting kecil
- Untuk memotong gauze atau kain
pembebat
7. Pita pelekat
(adhesive tape)
- Melekatkan balutan dan pembebat
8. Alcohol prep pads
- Untuk mencuci sebarang
bendasing / kekotoran pada luka
sebelum membalutnya
9. Putik kapas (cotton buds)
- Untuk mencuci luka pada kawasan
yang sukar / sempit
10. Plaster luka
- Menetapkan kedudukan pembebat
dan memberi tekanan pada luka
pendarahan
11. Pin keselamatan (safety pin)
- Untuk menetapkan kedudukan kain
anduh
49
12. Ubat kuning (acriflavine)
- Cecair antiseptik yang disapu pada
luka untuk mempercepatkan
penyembuhan
13. Cecair antiseptik
- Cecair pencuci luka
14. Paracetamol
- Ubatan / pil rawatan awal untuk
masalah kesihatan yang ringan
seperti pening kepala atau sakit
perut
KEPENTINGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS
Keberadaan peti pertolongan cemas sama ada di sekolah atau di mana-mana bangunan seringkali tidak
diambil serius oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, dalam sesuatu situasi kecemasan, peti pertolongan cemas
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Alatan dan ubatan awal daripada peti pertolongan cemas
dapat membantu kita menjalankan perawatan awal kepada mangsa.
Antara situasi kecemasan yang memerlukan perawatan awal yang ringkas dan mudah adalah apabila
seseorang atlet jatuh dan mengalami luka kecil di mana-mana anggota badan, luka terhiris alatan tajam seperti
pisau ataupun terdapat anggota badan yang terseliuh mahupun patah.
50
Kepentingan peti pertolongan cemas dapat dilihat dalam peta grafik berikut:
Menyimpan item/ ubatan untuk
melakukan pertolongan cemas
Memenuhi keperluan perundangan -
terdapat akta yang menegaskan perlu ada
peti pertolongan cemas di tempat kerja
Kepentingan peti
pertolongan cemas
Memudahkan perawatan awal
dilaksanakan sebelum ketibaan
pakar/pesakit ke hospital
Henti atau halang kecederaan
menjadi lebih teruk
LUKA KECIL
PENGENALAN
Luka merupakan kecederaan kerap dialami oleh kebanyakan individu. Luka ditafsirkan sebagai sejenis
kecederaan pada tisu badan yang boleh menyebabkan pengaliran darah. Terdapat dua jenis luka iaitu luka
terbuka dan luka tertutup.
Kebanyakan luka adalah terbuka dan terkoyak yang menyebabkan darah mengalir keluar dari badan.
Kulit akan terbelah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Luka tertutup pula membenarkan darah terlepas daripada sistem peredaran darah tetapi tidak mengalir
keluar. Apabila mengalami luka tertutup, kulit tidak terkoyak dan hanya akan mempunyai simptom seperti lebam
dan bengkak.
Luka terbuka
Luka tertutup
Luka terbuka Luka tertutup
i. Luka Terhiris
Luka terhiris merupakan salah satu jenis luka terbuka. Luka ini kemungkinan berlaku disebabkan
oleh terkena objek tajam seperti pisau atau serpihan kaca. Pendarahan semasa luka ini mungkin
banyak, bergantung kepada kawasan terhiris. Walau bagaimanapun, kulit yang mengalami
kecederaan senang ditaut (bercantum) kembali.
ii. Luka Terkoyak
Luka terkoyak juga merupakan satu lagi jenis luka dalam kategori luka kecil. Luka terkoyak
berkemungkinan disebabkan oleh terkena mesin atau jentera, tersangkut pada dawai kawat yang
tajam dan boleh juga disebabkan objek tajam.
51
Jika seseorang mengalami luka terkoyak, tisu badan yang rosak akan lebih banyak dan
mengakibatkan pendarahan yang lebih serius daripada luka terhiris. Masa yang lama akan diambil
untuk sembuh dan pulih seperti sedia kala.
iii. Rawatan Awal Luka
Bagi merawat luka kecil di peringkat awal, langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan.
Bersihkan luka - lalukan dengan air yang bersih
Kawal pendarahan -
secara langsung - tekan atas luka dengan kain bersih
secara tidak langsung - tekan pada kawasan salur darah utama
Balut luka dengan kain - elak pendarahan berterusan dan jangkitan
kuman
Rehat dan tenangkan mangsa
Dua cara mengawal pendarahan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
a. Secara Langsung – tekanan terus ke atas luka menggunakan tapak tangan dan kain bersih
sehingga aliran keluar darah berhenti
b. Secara tidak langsung - tekan pada kawasan salur darah utama
52
PENGENALAN TALI
PENDAHULUAN
Ikatan dan simpulan sangat sinonim dengan aktiviti luar. Penggunaannya begitu meluas sekali terutamanya
dalam aktiviti perkhemahan, permainan, mendaki, menyelamat dan banyak lagi.
Oleh itu, kemahiran dalam ikatan dan simpulan ini cukup berguna sebagai pengetahuan penting dalam
melakukan aktiviti luar. Ikatan, simpulan mahupun lilitan yang baik adalah apabila ia teguh, selamat dan tepat
bertepatan dengan tujuan ikatan itu dibuat serta dapat dibuka dengan mudah jika perlu dibuka.
JENIS TALI
Pada zaman dahulu, tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu dan kemudiannya pula daripada
rotan, akar-akar kayu, sabut, rami dan sebagainya. Kini, tali mengalami transformasinya tersendiri dengan
menggantikan penggunaan bahan-bahan Tersebut kepada bahan lebih tahan lama dan kuat seperti nilon dan
bahan-bahan campuran yang lain.
Tali kernmantle
Jenis tali yang dibuat daripada bahan Nylon, KERN ( bahasa Jerman )
bermaksud INTI dan MANTLE ( bahasa Inggeris Kuno ) LAPISAN
LUAR. Kekuatan inti tali sebanyak 70% dan lapisan luarnya 30% tahan
daripada geseren. Terdapat dua jenis tali ini ialah statik dan dinamik .
Tali belati
Tiga jenis tali
Kekuatannya sederhana dan harganya murah. Digunakan secara
meluas dalam kerja menyelamat.
Tali kabel ( wire rope )
Terdiri daripada beberapa helai wayar logam diletakkan secara
berpintal.
Tali Kermantle Tali Belati Tali Kabel ( wire rope )
53
FUNGSI – FUNGSI TALI
Pada zaman dahulu, tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu dan kemudiannya pula daripada
rotan, akar-akar kayu, sabut, rami dan sebagainya. Kini, tali mengalami transformasinya tersendiri dengan
menggantikan penggunaan bahan-bahan Tersebut kepada bahan lebih tahan lama dan kuat seperti nilon dan
bahan-bahan campuran yang lain.
Tali penyelamat
- Digunakan untuk aktiviti
menyelamat.
Tali pengangkat
Tali Penarik
- Digunakan untuk Fungsi - fungsi tali - Digunakan untuk
mengangkat
menarik sesuatu. barang.
Tali pengikat
- Digunakan untuk mengikat
sesuatu.
SIMPULAN DAN IKATAN ASAS
Definisi Ikatan Dan Simpulan
Simpulan Simpulan yang dilakukan hanya melibatkan antara tali dengan tali
sahaja.
Ikatan Ikatan hanya melibatkan ikatan tali pada objek lain seperti ikatan manuk
pada batang kayu.
Jenis Ikatan Dan Simpulan
Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. Antara ikatan dan
simpulan yang sering digunakan ialah;
a) Simpul Mati
Simpul Mati
( overhand knot/ Thumb knot )
❖ Digunakan untuk mematikan hujung tali.
❖ Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak
terburai jika hujung tali itu pecah.
❖ Ianya sukar dibuka
54
Langkah membuat Simpul Mati ( Overhand Knot/ Thumb Knot )
b) Simpulan buku sila
Simpulan Buku Sila
( Reef Knot )
❖ Menyambung dua tali yang sama saiz.
❖ Mengikat bungkusan dan digunakan dalam
pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh
tiga segi.
Langkah membuat Simpulan Buku Sila ( Reef Knot )
55
PENGENALAN API
DEFINISI API
Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian, api tetap akan menjadi berbahaya sekiranya
tidak dikawal dengan betul. Api ialah suatu reaksi kimia (pengoksidaan) cepat yang terbentuk dari 3 unsur iaitu
haba, oksigen dan bahan mudah terbakar yang menghasilkan sesuatu unsur panas (haba) dan cahaya.
Keadaan yang sedemikian didefinisikan sebagai kebakaran.
Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal mahupun
elektrikal. Kejadian semulajadi seperti kilat yang menyatukan oksigen, bahan dan haba turut menyumbang
kepada berlakunya api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen, mengurangkan suhu atau
kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.
Tindakan untuk menghindari terjadinya kebakaran kita dapat mengambil tindakan pencegahan iaitu
dengan cara menempatkan barang-barang yang mudah terbakar ditempat yang aman dan jauh dari api. Selain
itu, tidak merokok dan melakukan pekerjaan yang melibatkan haba di tempat adanya barang-barang yang
mudah terbakar, tidak membuat sambungan elektrik sembarangan dan tidak memasang palam elektrik
bertindih-tindih.
KEGUNAAN DAN RISIKO API
Terdapat beberapa kegunaan api dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, terdapat juga beberapa
risiko yang perlu kita ketahui ketika kita menggunakan api. Berikut adalah beberapa kegunaan api dalam
kehidupan seharian.
Kegunaan Api
digunakan sumber
dalam penjanaan
untuk sebagai proses tenaga cahaya
memasak pemanas ketika
pelupusan elektrik kecemasan
sampah
56
Berikut pula merupakan risiko dan manfaat api dalam kehidupan seharian:
mendatangkan
kecederaan
kerosakan harta Risiko mengakibatkan
benda Api kebakaran
pencemaran
udara
sumber haba
Manfaat
Api
sumber cahaya bahan bakar
57
EGITIGA API
Terdapat 3 unsur menyebabkan berlakunya kebakaran:
i. Bahan.
ii. Oksigen.
iii. Haba
Tindakbalas daripada tiga unsur ini (Segitiga Kebakaran)
Kebakaran terjadi disebabkan oleh banyak perkara seperti kelalaian, kurangnya pengetahuan, peristiwa alam,
disengaja dan lain-lain. Tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba diperlukan bagi mencetuskan
kebakaran. Kebakaran tidak dapat berlaku jika tiada salah satu daripada unsur-unsur tersebut.
a) Unsur Bahan
i. DALAM BENTUK GAS : Gas Asli, Propana, Butana, Hidrogen,
Asetilena, Karbon Monoksida
ii. DALAM BENTUK CECAIR : Gasolin, Kerosen, Turpentin, Alkohol, Cat,
Varnis, Lakkuer
iii. DALAM BENTUK PEPEJAL : Arang Batu, Kayu, Baju, Kulit, Getah, Plastik,
dan Lain-lain.
b) Unsur Oksigen
Lebih kurang 16% kandungan oksigen di dalam udara diperlukan untuk membantu kebakaran. Di dalam
udara biasanya mengandungi 21% oksigen. Sesetengah bahan juga mengandungi oksigen yang cukup
untuk membantu kebakaran dengan sendirinya.
c) Unsur Haba
Bahan-bahan yang mudah terbakar boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas, gas
memasak dan lain-lain.
Api pula mempunyai kelas-kelasnya yang tersendiri. Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;
a) Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.
b) Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat
dan sebagainya.
c) Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene,
gas LPG dapur dan sebagainya.
d) Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.
e) Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.
58
Walaupun begitu, kebakaran yang berpunca dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.
Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah untuk rujukan di Malaysia sahaja. Di negara-negara
lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
PENGUNGSIAN BANGUNAN
Terperangkap Di Dalam Bilik
Apabila seseorang terperangkap di dalam sebuah bilik yang terbakar dan dipenuhi asap, perkara-perkara berikut
perlu diberi perhatian:
a) Hendaklah menuju ke dinding dan merayap je sekeliling sehaluan sehingga berjumpa dengan pintu
keluar.
b) Sebelum membuka pintu, tentukan kepanasan permukaan pintu sebelum membukanya dengan
menggunakan permukaan belakang tapak tangan. Sekiranya panas, elakkan daripada membuka pintu
tersebut kerana berkemungkinan kebakaran besar dan api sedang marak.
c) Dalam usaha untuk keluar daripada bilik tersebut, bergerak secara merangkak kerana udara bersih
dan sejuk adalah di permukaan bawah bilik dan seseorang itu lebih mudah untuk mengesan pintu
keluar sekiranya masih ada lagi cahaya kebakaran.
Tindakan apabila terperangkap di dalam bilik
Melepaskan Diri Dari Tingkat Pertama
Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
pertama:
a) Beri perhatian kepada tangga kerana tangga akan menjadi punca bahaya jikalau ia terbakar.
b) Rapatkan diri ke bahagian dinding ketika menggunakan tangga.
c) Menyusur ke bawah dengan cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum memijak anak tangga.
d) Pastikan kepanasan tangga tersebut jika tangga tersebut diperbuat daripada besi.
e) Jika keluar melalui tingkap, pastikan keluar dalam keadaan membelakang serta keluar dengan
berhati-hati tanpa terburu-buru.
f) Pastikan tahap keselamatan sebelum keluar melalui tingkap.
59
Kaedah melepaskan diri dari tingkat pertama
Melepaskan Diri Dari Tingkat Kedua
Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat kedua:
a) Jangan panik.
b) Gunakan kain selimut, cadar untuk dibuat tali dan diikat pada perabot berat atau tiang.
c) Ikat cadar / selimut sebanyak boleh agar boleh diluhur keluar melalui tingkap serendah-rendah yang
boleh.
d) Pastikan tahap keselamatan sebelum menyusur keluar melalui tingkap.
Melepaskan Diri Dari Tingkat Ketiga atau Lebih
Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
ketiga atau lebih:
a) Sediakan tali, kain selimut atau cadar sebagai persediaan jika ada.
b) Pergi ke arah tingkap.
c) Meminta bantuan dengan cara menjerit, melambai atau apa sahaja cara bagi memudahkan pihak
keselamatan mengesan kedudukan anda.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
60
PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan
juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti
seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
perkhemahan. Perkhemahan boleh menjadi satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan selamat untuk
dijalankan jika dilakukan dengan cara yang betul.
Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah
kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam
atau lebih, sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan,
dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai
dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak,
abseiling, orienteering dan sebagainya.
Dalam aktiviti badan beruniform, aktiviti perkhemahan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi
kemahiran asas perkhemahan kepada anggota kadet seperti mengenali jenis-jenis khemah, menyalakan api,
makanan tumbuhan dan termasuk kemahiran asas ikhtiar hidup.
Antara tujuan-tujuan perkhemahan adalah seperti berikut:
•Meluaskan pengetahuan dan
pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada anggota kadet
Kemahiran •meningkatkan kemahiran dan
kecekapan anggota kadet dalam
perkhemahan
•pendedahan kepada anggota
kadet tentang pendidikan di luar
rumah yang lebih mencabar
Berdikari •mendidik anggota kadet
menyelesaikan tugasan dengan
bertanggungjawab
•merapatkan hubungan
Hubungan persaudaraan antara anggota
kadet
antara anggota •mengeratkan perpaduan sesama
anggota
61
JENIS-JENIS KHEMAH
Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah:
Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
Khemah ‘A’ berhelaian
Khemah pengembaraan
Khemah satu tiang
Khemah bentuk dinding
Khemah Ridge dua tiang
Khemah wagon
Khemah dome
Khemah igloo
Khemah berangka
Bagi warga rekreasi, anggota kadet atau warga sekolah, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan
senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nilon dan jenis-jenis yang
ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :
Khemah nilon berbentuk A
62
Khemah nilon bentuk "A" atau ponco (seperti digunakan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan
tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat
yang agak panas.
Khemah nilon Dome
Khemah nilon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan
menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan
menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di
persekitaran yang sejuk.
Khemah nilon Igloo
Khemah nilon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji.
Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.
SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan adalah bergantung kepada
beberapa faktor seperti tempoh masa, tempat dan bilangan peserta. Berikut disenaraikan antara peralatan asas
yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:
a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas
c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu, garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin
63
h. Lampu picit serta bateri dan alat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Peti pertolongan cemas.
k. Kit ikhtiar hidup.
l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang / kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.
MENDIRIKAN DAN MENGEMAS KHEMAH
a) Mendirikan Khemah
Perkara yang perlu diambil kira sebelum mendirikan khemas adalah:
i. Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu.
Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
ii. Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam
khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
iii. Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan.
iv. Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga
jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan
serangga atau binatang berbisa.
v. Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan
aktiviti pada siang hari.
Berikut adalah langkah-langkah bagi mengenalpasti dan menyediakan tapak khemah sebelum dan
semasa mendirikan khemah:
i. Bersihkan kawasan tapak khemah.
ii. Tentukan arah tiup angin, kemudian dirikan khemah.
iii. Bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.
iv. Taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang buas
memasuki khemah pada waktu malam.
Terdapat pelbagai jenis khemah yang boleh digunakan untuk aktiviti perkhemahan. Dalam modul ini,
anggota kadet akan didedahkan dengan kaedah untuk mendirikan khemah jenis dome.
i. Keluarkan khemah.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
64
ii. Buka sepenuhnya khemah. Keluarkan tiang dan pancang serta semua perkakasan untuk
memasang khemah dan letakkan pada tempat yang berbeza.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
iii. Memasang tiang pada khemah merupakan antara perkara yang paling penting dalam proses
memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang
bersambung dengan getah.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
iv. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke
sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
65
v. Setelah tiang itu kelihatan seperti huruf x, dirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang
itu di lubang sisi khemah. Pastikan rakan juga melaksanakan perkara yang sama pada sisi
yang bertentangan. Semasa hendak memasukkan tiang ini hendaklah membengkokkan tiang
tersebut kepada bentuk D. Ulangi proses ini untuk tiang satu lagi.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
vi. Seterusnya memasang kain hujan (kain luar). Pemasangan kain ini adalah sama caranya
dengan pemasangan khemah tadi.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
vii. Jika kawasan tersebut mempunyai angin yang kencang sila pastikan pancang dipasang di sisi
khemah.
viii. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang
yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.
b) MENURUNKAN KHEMAH
Kaedah-kaedah bagi menurunkan khemah adalah seperti berikut:
i. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.
ii. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
iii. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah.
iv. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
v. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
vi. Bentangkan khemah di atas tanah.
vii. Selepas itu, khemah perlu digulung dan segala pancang perlu dimasukkan di tengah-tengah.
66
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
viii. Beg khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
ix. Bersihkan kawasan perkhemahan.
67
KESELAMATAN DI SEKOLAH
PENGENALAN
Sekolah merupakan tempat di mana murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Hampir separuh daripada hari
murid-murid diluangkan di sekolah. Jadi keselamatan murid-murid di kawasan sekolah perlu dititikberatkan.
Terdapat beberapa perkara yang murid perlu ambil perhatian bagi menjamin keselamatan mereka ketika berada
di kawasan sekolah.
Pihak kementerian juga telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan murid-murid berada di
dalam keadaan sebaik mungkin ketika mereka menjalankan segala aktiviti di sekolah. Pihak kementerian telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas sebagai panduan semua pihak terutamanya bagi pihak pentadbir
sekolah serta guru untuk menjalankan langkah keselamatan yang komprihensif di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai pengurusan
keselamatan murid di sekolah
KAWASAN BERBAHAYA DI DALAM DAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH
a) Di Dalam Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan kawasan yang paling utama bagi murid-murid kerana bilik darjah merupakan
tempat paling lama murid-murid luangkan semasa sesi persekolahan. Antara yang berisiko di dalam
68
bilik darjah adalah seperti tingkap bilik darjah. Bucu tingkap tersebut tajam dan boleh mencederakan
murid-murid.
Selain itu, meja dan kerusi juga berbahaya kepada murid terutama meja dan kerusi yang tidak
sempurna atau telah rosak. Murid-murid perlu berhati-hati agar perkara yang tidak diingini boleh
dielakkan.
Gambar hiasan: bilik darjah
b) Di Luar Bilik Darjah
Kawasan sekolah merupakan kawasan yang luas. Oleh yang demikian, terdapat banyak kawasan di
sekolah yang berisiko kepada murid-murid. Di kawasan-kawasan inilah terdapatnya peralatan-peralatan
atau keadaan di mana boleh mendatangkan mudarat dan kecederaan kepada murid-murid. Murid-murid
perlu mengenalpasti dan berhati-hati dengan kawasan-kawasan berbahaya dan berisiko di kawasan
sekolah ini.
Gambar hiasan: Kawasan Sekolah
Tempat pelupusan atau pembakaran sampah di sekolah adalah merupakan salah satu tempat
berisiko dan berbahaya kepada murid-murid. Tempat pelupusan sampah seperti itu mungkin menjadi
tempat bagi haiwan-haiwan berbisa seperti kala jengking, ular ataupun tebuan bersarang dan membiak.
Selain daripada itu, tandas juga merupakan tempat yang berisiko bagi murid-murid.
Kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir serta terhantuk mungkin berlaku. Selain daripada itu,
tandas juga merupakan tempat berpotensi bagi haiwan berbisa seperti kala jengking serta ular berada
dan murid-murid perlu berhati-hati semasa ke tandas.
69