i. Teknik berekor-ekor (fore and aft method)
Teknik ini digunapakai untuk mangsa yang mengalami masalah untuk berjalan serta pengsan
dengan dua orang penyelamat.
Teknik berekor-ekor (fore and aft method)
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.
ii. Teknik duduk di atas empat tangan (four hands seat)
Teknik ini digunapakai oleh dua orang penyelamat yang menguruskan mangsa yang
mengalami kecederaan, tidak mampu berjalan namun masih lagi sedarkan diri. Teknik ini
sesuai untuk penstabilan mangsa.
teknik duduk di atas empat tangan
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common
120
a) Simpulan Tindih Kasih
Simpul Tindih Kasih
( Bowline )
❖ Sebagai tali pandu untuk menyelamat.
❖ Ikatan ini berguna untuk membuat gelung tali.
Langkah membuat Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
b) Simpul / Ikatan Balak
Simpul Balak
( Timber Hitch )
❖ Digunakan untuk mengikat objek.
❖ Digunakan untuk menaik dan menurunkan kayu, papan
atau peralatan dari tempat tinggi dengan selamat.
❖ Amat kukuh dan mudah dibuat dan dibuka.
Langkah membuat Ikatan Balak ( Timber Hitch )
121
LATIHAN AMALI PENGUNGSIAN BANGUNAN
TUJUAN
Anggota kadet bagi tahun 4 dan 5 dikehendaki untuk menjalankan latihan amali bagi melepaskan diri
dari bangunan / bilik terbakar bagi memantapkan lagi ilmu mereka. Pelaksanaan latihan tersebut akan
dikawal selia oleh pegawai penyelaras / guru penasihat kadet sekolah masing-masing dibantu oleh
anggota-anggota kadet tahun 6.
Anggota-anggota kadet tahun 6 diberi tanggungjawab untuk membantu dalam menyelaras dan
menguruskan latihan tersebut dengan pemantauan daripada pegawai penyelaras / guru penasihat
masing-masing. Tujuan mereka diberi tugasan tersebut adalah seperti berikut:
a) Membina dan meningkatkan lagi tahap kepimpinan anggota kadet.
b) Meningkatkan lagi penguasaan ilmu Pertahanan Awam mereka.
c) Mendidik anggota kadet dalam perancangan pelaksanaan aktiviti.
d) Mendidik anggota kadet dengan sifat berdikari.
KEPERLUAN DALAM PELAKSANAAN LATIHAN AMALI
Dalam usaha melaksanakan latihan amali tersebut, beberapa perkara dan aspek perlu diberi perhatian
khusus oleh pegawai penyelaras / guru penasihat serta anggota-anggota kadet tahun 6 yang turut
membantu. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
a) Rancangan pengajaran latihan
Rancangan pengajaran latihan diperlukan bagi setiap kali apa-apa latihan dijalankan.
Rancangan pengajaran tersebut merangkumi objektif pengajaran latihan, huraian senarai
peralatan yang diperlukan, bilangan peserta, huraian aktiviti yang dijalankan, tarikh, masa dan
tempat serta refleksi pengajaran latihan.
b) Senarai keperluan peralatan
Senarai keperluan peralatan adalah sangat penting dalam memastikan latihan amali tersebut
berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. Kain segi tiga
Digunakan untuk mengikat serta menutup mata peserta latihan agar anggota kadet
tidak dapat melihat sekeliling.
ii. Meja dan kerusi
Digunakan sebagai halangan laluan / untuk membentuk laluan di dalam bangunan
bagi meningkatkan tahap kesukaran peserta.
iii. Kon / skital
Digunakan sebagai penanda kawasan latihan
122
IKHTIAR HIDUP
PENDAHULUAN
Ikhtiar hidup membawa maksud keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam
konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Terdapat beberapa situasi yang memerlukan
seseorang untuk ikhtiar hidup seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang,
masalah perlindungan dan lain-lain lagi.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara penting yang
harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko.
MASAKAN DARURAT
Masakan darurat adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam ikhtiar hidup. Kita boleh
menggunakan sumber daripada hutan untuk menggantikan peralatan harian untuk memasak bagi
meneruskan kelangsungan hidup. Berikut adalah contoh-contoh masakan darurat:
a) Memasak nasi menggunakan buluh
Teknik memasak nasi dalam buluh sama seperti memasak lemang. Gulungkan daun pisang
muda dan letakkan dalam ruas buluh. Masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh untuk
dimasak. Pastikan sukatan air dan beras adalah sama untuk mengelak nasi menah atau hangit.
Tutup tubing buluh dengan menggunakan daun. Pantau keadaan nasi dari semasa ke semasa.
b) Menggoreng telur di atas batu
Panaskan sebiji batu yang agak besar dan rata. Apabila sudah cukup panas, jauhkan batu di
dari sumber api. Letakkan daun pisang atau daun hutan di atas batu tersebut di atas batu yang
sedang panas. Pecahkan telur di atas daun dan biarkan beberapa minit sehingga telur masak.
123
c) Memasak telur dalam tanah / disalur tanah liat
Salutkan tanah liat di sekeliling telur dan buatkan lubang kecil pada telur bagi mengelakkan
telur meletup apabila dimasak. Letakkan telur di dalam api sehingga tanah liat menjadi kering.
Keluarkan telur daripada api apabila tanah liat kering.
d) Roti lilit
Uli tepung gandum dengan sedikit air dan garam. Sediakan sebatng buluh atau kayu kecil.
Lilitkan adunan tadi disekeliling batang butuh atau kayu. Pastikan adunan yang dililit tidak
terlalu tebal kerana ini menyebaban bahagian dalam roti lambat untuk masak. Letakkan roti lilit
di atas api. Anda boleh menambah gula atau kaju mengikut kreativiti.
124
KESELAMATAN SEMASA WABAK PENYAKIT
PENGENALAN
Wabak bermaksud penyakit yang tiba-tiba merebak secara mengejut di dalam suatu kawasan. Wabak
penyakit adalah fenomena biososial yang boleh wujud dalam mana-mana masyarakat pada bila-bila
masa. Wabak penyakit berjangkit disebarkan oleh agen bakteria atau virus yang wujud di persekitaran
kita. Wabak penyakit boleh membawa pelbagai implikasi kepada masyarakat seperti masalah sosial,
ekonomi dan politik. Sekiranya tidak dibendung, wabak boleh menjejaskan kesejahteraan hidup
manusia dan pembangunan negara.
Wabak tersebar melalui pelbagai sumber seperti air, udara, makanan, haiwan, serangga dan manusia.
Antara wabak yang pernah melanda negara kita adalah Denggi, Zika, Chikungunya, Japanese
Encephalitis (JE), Influenza H5N1 (Selsema Burung), Influenza A H5N1 (Selsema Babi), MERS-CoV
dan COVID-19.
Influenza H5N1 Coronavirus
Kanak-kanak tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk dijangkiti wabak dan lebih teruk lagi boleh
menyebabkan kematian disebabkan oleh sistem ketahanan badan kanak-kanak yang masih lemah.
Oleh itu keselamatan murid-murid semasa situasi wabak penyakit berlaku perlu dititikberatkan.
Terdapat beberapa perkara yang murid perlu ambil perhatian bagi meningkatkan keselamatan mereka
ketika menghadapi wabak penyakit.
ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK
Penyebaran wabak dan kadar kes baharu dapat diklasifikasikan seperti berikut;
Endemik Epidemik Pandemik
• Penyakit yang • Penyakit yang • Penyakit yang
sentiasa wujud meningkat secara meningkat secara
dalam masyarakat. mendadak dalam mendadak di
• Sentiasa pada kalangan seluruh dunia.
kadar yang stabil masyrakat. • Selalunya bersifat
dan rendah. penyakit baharu
(Novel)
125
PENYAKIT BERJANGKIT DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
1. PENYAKIT BAWAAN UDARA
Penyakit bawaan udara tersebar melalui dua jenis cara iaitu jangkitan titisan dan jangkitan habuk.
Percikan titisan air yang mengandungi patogen (virus) daripada mulut dan hidung berlaku semasa,
bersin, batuk, bercakap, menguap dan bernafas. Manakala jangkitan habuk berlaku apabila bakteria
dalam ludah pesakit yang sudah kering dan membentuk spora seterusnya disebarkan melalui habuk
dan angin. Penyakit yang disebarkan melalui udara termasuklah penyakit Tuberkulosis (TB), SARS,
Influenza A (H1N1) dan COVID-19.
Batuk dan bersin dapat menyebabkan patogen tersebar di udara
Langkah-langkah pencegahan penyakit bawaan udara:
a) Tidak meludah merata-rata
b) Elakkan diri daripada tempat sesak
c) Mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
d) Memakai pelitup hidung dan mulut semasa di tempat awam.
e) Memastikan tempat tinggal cukup cahaya kerana sinar ultraungu boleh membunuh
sesetengah mikroorganisma
2. PENYAKIT BAWAAN AIR
Punca jangkitan penyakit bawaan air biasa berlaku kawasan tanpa bekalan air tidak terawat.
Pembuangan tinja atau najis yang mengandungi patogen ke dalam sungai dan sistem sanitasi yang
tidak sempurna juga menyebabkan air tercemar dan menyebarkan penyakit bawaan air. Selain itu
penyakit bawaan air juga berlaku semasa bencana banjir. Contoh penyakit bawaan air adalah kolera,
demam kepialu dan disentri ameba.
Langkah pencegahan penyakit bawaan air:
a) Mencuci tangan dengan sabun
b) Mendidihkan air sebelum diminum
c) Mencampurkan klorin dalam kolam atau sistem bekalan air
d) Memastikan tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna
126
3. PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
Vektor ialah sejenis agen mudah alih yang menyebar, membawa ataupun memindahkan satu
patogen daripada perumah seperti manusia ataupun haiwan kepada perumah baharu. Vektor
termasuk serangga seperti nyamuk, lalat, pepijat, kutu dan hama.
Nyamuk Aedes vektor Denggi Tikus vektor Leptospirosis
Penyakit Patogen Vektor Cara jangkitan
Nyamuk Anopheles
Malaria Plasmodium malariae Gigitan nyamuk
betina
Makanan dan air
Kolera Bakteria Lalat
yang tercemar
Denggi Virus Nyamuk Aedes Gigitan nyamuk
Zika Virus Nyamuk Aedes Gigitan nyamuk
Makanan dan air
Kepialu Bakteria Lipas, Lalat
yang tercemar
Tanah, makanan
Leptospirosis
(Kencing Tikus) Bakteria Tikus dan air yang
tercemar
Jadual: Beberapa jenis penyakit, patogen, vektor dan cara jangkitannya.
Langkah pencegahan penyakit bawaan vektor:
a) Menggunakan aerosol untuk membunuh vektor.
b) Melindungi keluarga dari gigitan nyamuk yang boleh membawa jangkitan.
c) Membersihkan kawasan persekitaran untuk memusnahkan tempat pembiakan vektor.
d) Didihkan air dan masak makanan untuk mengelakkan jangkitan melalui makanan dan air.
127
LAMPIRAN A
Carta Alir Prosedur Permohonan Penubuhan Tuspa Sekolah
TINDAKAN
Membuat Sekolah
permohonan
Memaklumkan Keputusan
Tidak JPN
Disokong?
Memaklumkan Keputusan
Ya
Tidak Disokong? PNPA
Memaklumkan Keputusan Ya
Diluluskan
Tidak IPPA
Ya Memaklumkan
Keputusan dan
nombor pendaftaran
128
LAMPIRAN B
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN
BADAN BERUNIFORM TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
( Hendaklah diisi dalam tiga salinan )
BAHAGIAN A
(Diisi oleh pihak sekolah yang memohon)
Pengarah
Angkatan Pertahanan Awam Negeri .........................................................................................
Melalui :
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri ...............................................................................................................
Saya (Nama) ........................................................................................................................................
Guru Besar SK / SJK ........................................................................................................................
Memohon untuk menubuhkan badan beruniform Tunas Pertahanan Awam Malaysia di
sekolah saya.
Tarikh : ................................. Tandatangan dan Cop Rasmi : .......................................
(Guru Besar)
BAHAGIAN B
(Diisi Oleh Jabatan Pendidikan Negeri)
Saya * menyokong / tidak menyokong Penubuhan Tunas Pertahanan Awam Malaysia
di SK / SJK .........................................................................................................................................
Tarikh : .................................... Tandatangan dan Cop Rasmi : ............................................
(Pengarah Pendidikan Negeri)
*Potong yang tidak berkenaan
129
KEPUTUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
BADAN BERUNIFORM TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN C
(Diisi Oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri)
Saya * menyokong / tidak menyokong Penubuhan Tunas Pertahanan Awam Malaysia
di SK / SJK .........................................................................................................................................
Tarikh : .................................... Tandatangan dan Cop Rasmi : ............................................
(Pengarah Pertahanan Awam Negeri)
*Potong yang tidak berkenaan
BAHAGIAN D
(Diisi oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, IPPA)
Guru Besar
SK / SJK..........................................................................................
Melalui,
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri ..................................................
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan untuk menubuhkan badan
beruniform Tunas Pertahanan Awam di sekolah tuan / puan ;
* DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
*Potong yang tidak berkenaan
Dan adalah dimaklumkan bahawa SK / SJK.....................................................................................
dengan jumlah Anggota platun ............................. diperakui. Nombor Pendaftaran sekolah
adalah :
............ / TUNAS / 29 ..............
Tarikh : ........................................ .................................................................
Tandatangan dan Cop Rasmi
(Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan)
130
LAMPIRAN C
Pakaian Seragam Tunas Pertahanan Awam Malaysia
Rajah 4: Beret Tuspa
Rajah 5: Kasut Kanvas Hitam
Rajah 6: Kepala Besi Tali Pinggang bagi Pakaian Seragam Rasmi Tuspa
131
Rajah 7: Baju kemeja bagi Pakaian Seragam Rasmi Tuspa Lelaki
Rajah 8: Baju kemeja bagi Pakaian Seragam Rasmi Tuspa Perempuan
132
Rajah 9: Seluar Pakaian Rasmi Tuspa
133
Rajah 10: Pakaian Aktiviti Tuspa Lelaki
Rajah 11: Pakaian Aktiviti Tuspa Perempuan
134
LAMPIRAN D
SOALAN LAZIM
Bil Soalan Lazim Jawapan
1. Adakah anggota dibenarkan Pemakaian topi ‘baseball’ adalah tertakluk kepada
memakai topi ‘baseball’ semasa situasi. Walaubagaimanapun topi ‘baseball’
melakukan aktiviti semasa bukanlah sebahagian daripada kod pakaian rasmi
perjumpaan atau program Tuspa.
kokurikulum?
2. Sekiranya mengalami sebarang Sekiranya berlaku sebarang kekangan, murid diberi
kekangan, adakah anggota kelonggaran untuk memakai tudung dan kasut
dibenarkan memakai tudung dan berwarna putih untuk perjumpaan unit berunifom di
kasut berwarna putih? sekolah yang tidak melibatkan sebarang upacara
rasmi yang memerlukan kod pakaian rasmi yang
telah ditetapkan.
3. Adakah pemakaian kasut hitam selain Pemakaian kasut hitam selain daripada jenis kanvas
dari kasut kanvas dibenarkan? adalah dibenarkan mengikut kesesuaian dan
pertimbangan Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat
Tuspa.
4. Apakah yang perlu dilakukan Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa perlu
sekiranya Pegawai Penyelaras atau menyediakan Rancangan Pengajaran mengenai
Guru Penasihat ingin menjalankan topik dan aktiviti yang ingin dijalankan dan
aktiviti yang difikirkan penting dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada Guru
perlu dilaksanakan bagi kepentingan Besar / Penolong Kanan Kokurikulum sebelum
anggota namun aktiviti tersebut tidak pelaksanaan.
termaktub dalam mana-mana
bahagian daripada Spesifikasi
Sukatan Latihan?
5. Siapakah yang layak menerima Pegawai Penyelaras Tuspa adalah layak menerima
bayaran elaun oleh pihak Pertahanan elaun mengikut pangkat yang disandang
Awam Malaysia? sepertimana kadar yang ditetapkan dan diterima
pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
Anggota Tuspa, Guru Penasihat Tuspa dan Pegawai
Bersekutu (PA) adalah TIDAK LAYAK menerima
apa-apa bayaran elaun daripada APM.
6. Bolehkah seorang guru bukan Guru bukan anggota Pertahanan Awam TIDAK
anggota Pertahanan Awam dilantik BOLEH dilantik menjadi Pegawai Penyelaras Tuspa.
menjadi Pegawai Penyelaras Tuspa? Sekiranya sekolah tersebut tidak mempunyai guru
yang menganggotai APM, Guru Besar dapat
melantik guru penasihat bagi Tuspa sekolah
tersebut. Guru penasihat ini seterusnya akan
menjalani beberapa siri kursus untuk memenuhi
syarat pentauliahan yang membolehkan ia menjadi
anggota Pertahanan Awam, menjadi Pegawai
Pasukan Pertahanan AwamMalaysia dan seterusnya
dilantik untuk menjadi Pegawai Penyelaras Tuspa.
7. Apakah prosedur yang perlu diikut Permohonan jurulatih daripada Pertahanan Awam
bagi melakukan pemohonan khidmat dapat dilakukan oleh Penolong Kanan Kokurikulum
jurulatih dari Pertahanan Awam? atau Pegawai Penyelaras Tuspa dengan
mengajukan surat permohonan melalui Guru Besar
kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah /
Pegawai Pertahanan Awam Unit.
8. Sekiranya keahlian Tuspa dari tahap Pengambilan anggota dari kalangan murid tahun tiga
dua adalah tidak memenuhi kapasiti adalah dibolehkan sekiranya berlaku sebarang
135
yang diperlukan, adakah murid tahun kesukaran atau kekangan yang tidak dapat
3 dibenarkan untuk menyertai Tuspa? dielakkan.
9. Apakah nisbah guru kepada pelajar Nisbah guru kepada pelajar semasa aktiviti
semasa menjalankan aktiviti atau kokurikulum Tuspa dijalankan adalah 1:8 mengikut
kegiatan Tuspa? jantina. Sebagai contoh; sekiranya terdapat empat
orang murid lelaki dan empat orang murid
perempuan maka akan terdapat seorang guru lelaki
dan seorang guru perempuan semasa aktiviti
tersebut dijalankan.
10. Adakah terdapat peruntukan cuti Ya. Guru penasihat atau pegawai penyelaras boleh
yang diberikan kepada Pegawai memohon cuti tanpa rekod maksimum 14 hari
Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa setahun untuk tujuan menyertai atau menjalankan
bagi menyertai atau menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum Tuspa. (rujuk SPI Bil
sebarang aktiviti kokurikulum Tuspa? 24/1998)
11. Adakah guru dibenarkan untuk Ya. Latihan kawad kaki boleh dijalankan sekaligus
menjalankan aktiviti seperti kawad bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Namun, penilaian adalah
kaki melibatkan semua anggota berdasarkan Spesifikasi Sukatan Latihan (SSL) yang
Tuspa tanpa mengira tahun dan tidak telah ditetapkan.
berdasarkan Spesifikasi Sukatan
Latihan (SSL) yang telah ditetapkan
mengikut tahun?
12. Adakah terdapat kesinambungan Mesyuarat Pengurusan Kaspa Bil. 1/2017 telah
pencapaian anggota Tuspa di sebulat suara bersetuju bahawa anggota Tuspa yang
sekolah rendah sekiranya mereka menyandang pangkat Sarjan Tuspa akan
menyertai Kaspa kelak? menyandang pangkat Lans Koperal Kaspa secara
automatik sekiranya mereka menyertai Kaspa
selepas memasuki sekolah menengah.
13. Adakah murid-murid berkeperluan Tidak. Murid-murid berkeperluan khas telah
khas boleh menganggotai Tuspa? diwajibkan untuk menyertai Pengakap sebagai unit
beruniform.
14. Berapakah yuran keanggotaan ahli Yuran adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat
Tuspa? Agung Tahunan Tuspa peringkat sekolah.
136