The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sk tbr1, 2020-11-22 23:33:45

Buku Panduan Pengurusan TUSPA

Gambar hiasan: tandas sekolah


Lubang kumbahan dan juga parit besar yang terbuka sememangnya berisiko bagi murid-murid.
Terdapat kes di mana murid mati akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan. Murid-murid tidak
seharusnya bermain berhampiran kawasan-kawasan tersebut.

























Lubang kumbahan sekolah


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA DI SEKOLAH

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah:

a) Memahami, mengetahui dan mengikuti peraturan-peraturan bilik khas seperti Makmal Sains, Bilik
Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dan lain-lain agar kemalangan dapat dielakkan.

b) Mengelakkan diri daripada bermain / berada di kawasan-kawasan larangan seperti berhampiran
lubang kumbahan, parit, kawasan semak serta belukar.

c) Berhati-hati ketika berada di dalam dan ketika menggunakan peralatan atau radas di bilik khas seperti
gergaji dan penukul di dalam bilik Kemahiran Hidup serta radas-radas Sains di dalam Bilik Sains.

d) Sentiasa melakukan segala aktiviti dengan pengawasan guru.

e) Beratur dengan teratur ketika membeli makanan dan elakkan berlari serta bermain ketika berada di
kantin.
70

f) Elakkan bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan dan jangan berlari di kawasan
persekitaran bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

g) Jalankan aktiviti di padang dengan pengawasan guru serta tidak memanjat tiang gol dan
menggunakan peralatan sukan tanpa kebenaran guru.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ketika berhadapan dengan situasi bahaya ketika berada di sekolah.

a) Berhadapan dengan binatang berbisa

i. Jika berhadapan dengan binatang berbisa seperti ular, kala jengking atau sebagainya ketika
berada di sekolah, pastikan jarak anda jauh daripada binatang tersebut.
ii. Segera memaklumkan kepada guru atau pengawal keselamatan yang berhampiran.
iii. Pastikan tidak kembali ke kawasan tersebut dan tunggu guru atau orang dewasa yang lain
membuat tindakan selanjutnya.





















Terdapat juga kes binatang berbisa di kawasan sekolah

b) Berhadapan dengan situasi kebakaran bangunan di sekolah

i. murid-murid dikehendaki tidak panik dan mengikuti arahan guru.
ii. Dengan seberapa segera, murid diminta untuk keluar ke kawasan perhimpunan kecemasan
yang ditetapkan mengikut pelan kecemasan kebakaran.

c) Melihat rakan diambil oleh orang yang tidak dikenali / diculik ketika pulang dari sekolah

i. Jika terlihat rakan anda sedang bergelut dengan orang yang tidak dikenali, segera
memaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah.
ii. Jika terlambat, segera lihat dan catat atau hafal nombor pendaftaran kenderaan penculik
berkenaan.
iii. Terus memaklumkan kepada guru berserta butiran kenderaan penculik, keadaan dan rupa
penculik.





















Gambar hiasan : penculikan kanak-kanak
71

d) Berhadapan situasi rakan mengalami kecederaan

i. Jangan panik.
ii. Pastikan rakan berada di luar atau jauh dari kawasan bahaya.
iii. Nilai tahap kecederaan rakan. Jika rakan mengalami kecederaan ringan, laksanakan
pertolongan cemas kepada rakan dan kemudian terus memaklumkan kepada guru.
iv. Jangan laksanakan pertolongan cemas jika kecederaan rakan anda teruk. Segera maklumkan
kepada guru.








































































72

TAHUN 5









MODUL TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

















73

KETATANEGARAAN

PENDAHULUAN

Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat serta Malaysia
Timur. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Malaysia Timur pula terdiri
daripada dua buah negeri yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta Wilayah
Persekutuan Labuan. Semenanjuang Malaysia dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut China Selatan
dengan jarak kira-kira 600 kilometer.






















JATA & BENDERA NEGERI-NEGERI

i. KERAJAAN PERSEKUTUAN













WILAYAH
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA WILAYAH
PERSEKUTUAN LUMPUR PERSEKUTUAN
LABUAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur dikenali
Mewakili Pulau Labuan sebagai ibu negara Putrajaya merupakan
berdekatan Negeri Sabah Malaysia dan juga pusat pentadbiran utama
Di Bawah Bayu Wilayah Persekutuan. negara.








74

ii. JOHOR DARUL TAKZIM

Bendera Negeri Johor


Merah
lambang hulu
balang yang
mempertahan
kan negeri.
Warna biru
tua mewakili
Kerajaan
Putih Negeri.
lambang
kedaulatan
Sultan yang
memerintah.

Jata Negeri Johor

● Mahkota lambang pemerintahan Sultan.
● Empat bintang di sudut perisai mewakili empat buah
jajahan asal negeri ini, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu
Pahat dan Endau.
● Bintang dan anak Bulan di tengah tanda Islam
sebagai agama rasmi.
● Dua ekor Harimau lambang kegagahan dan
keberanian.
● Bunga awan larat di bawah perisai melambangkan
gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama negeri
pada masa dahulu. .
● "KEPADA ALLAH BERSERAH" merupakan cogan
kata negeri.


iii. KEDAH DARUL AMAN

Bendera Negeri Kedah



Perisai lambang pemerintahan
Sultan dan kerajaan yang adil.





Anak bulan simbol Islam
agama rasmi.





Dua tangkai padi lambang
kemakmuran negeri dan rakyat.
Jata Negeri Kedah




75

Jata Negeri Kedah




● Dua tangkai padi melambangkan
hasil utama negeri Kedah dan
kemakmuran negeri.


● Anak Bulan berwarna hijau
lambang kuasa pemerintahan Sultan
dan kerajaan negeri.







iv. KELANTAN DARUL NAIM

Bendera Negeri Kelantan

Dua bilah tombak dan
dua bilah keris lambang
kekuatan.


Putih tanda kesucian dan
keikhlasan Sultan yang
memerintah.


Merah tanda kejujuran Sultan dan
rakyat.




Jata Negeri Kelantan

● Mahkota melambangkan kedaulatan
Sultan.
● Bintang dan Anak Bulan melambangkan
Agama Islam.
● Dua tombak dan dua keris bermaksud
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.
● Dua pucuk meriam bermaksud negeri
Kelantan sentiasa bersedia
mempertahankan negeri.
● Dua ekor kijang adalah bersempena
memperingati sejarah negeri Kelantan Tua.
● "BERSERAH KEPADA TUHAN
KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata
negeri ini.




76

v. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Bendera Negeri Melaka

Anak bulan dan bintang
pecah lima ialah tanda



4 warna bendera persekutuan
iaitu merah, putih, kuning dan
biru menunjukkan Melaka
sebagai sebuah negeri
Persekutuan.


Jata Negeri Melaka








● Lima bilah keris maksudnya lima orang
pahlawan termasyhur di Melaka pada
zaman dahulu.
● Anak bulan dan bintang pecah lima
tanda Islam sebagai agama rasmi negeri.
● Pokok Melaka menunjukkan asal nama
negeri Melaka.
● Dua ekor pelanduk yang memegang
perisai ialah untuk memperingati sejarah
pembukaan Melaka.
● Cogan kata negeri Melaka ialah
"BERSATU TEGUH".





vi. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Bendera Negeri Sembilan


Mewakili rakyat.



Mewakili Yang
Dipertuan
Mewakili Datuk-datuk
Besar sebagai
Undang bagi Luak-luak pemerintah
negeri.
yang menjadi bahagian-

bahagian dalam negeri.




77

Jata Negeri Sembilan
● Sembilan tangkai padi di dalam perisai
bermaksud sembilan negeri asal yang bergabung
menjadi Negeri Sembilan.
● Warna merah lambang kegagahan dan
keberanian.
● Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
●Warna kuning mewakili Yang Di Pertuan Besar.
● Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan
buah negeri yang bergabung.
● Pedang dan sarungnya di atas perisai adalah
tanda keadilan.
● Di tengah-tengah antara pedang dan sarung
ialah canggai puteri iaitu tanda kebesaran Yang Di
Pertuan Besar.




vii. SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Bendera Negeri Sabah



Keamanan dan kemakmuran

Menunjukkan Gunung
Kesucian dan keikhlasan
Kinabalu iaitu gunung




Keberanian dan keazaman.



Warna merah, biru dan putih adalah warna negeri.


Jata Negeri Sabah



● Dua lengan yang menjulang
bendera negeri ini melambangkan
perpaduan dan kerjasama dalam
kalangan masyarakat berbagai
kaum di negeri ini ke arah kemajuan
dan kejayaan.
● Di bawahnya ialah sebuah perisai.
● Cogan kata negeri Sabah iaitu
"SABAH MAJU JAYA".
● Lambang gunung menunjukkan
Gunung Kinabalu.






78

viii. SARAWAK BUMI KENYALANG

Bendera Negeri Sarawak

Hitam lambang kekayaan sumber Lambang cita-cita tinggi rakyat dan hasrat
asli Sarawak seperti minyak dan perjuangan kita untuk meninggikan mutu
balak. kehidupan selepas merdeka.




Bintang pecah Sembilan mewakili
Sembilan bahagian asal negeri
Sarawak.



Kuning lambang kedaulatan undang-undang, Merah lambang keberanian,
perpaduan dan kestabilan rakyat. kesungguhan dan keazaman rakyat.


Jata Negeri Sarawak



● Burung kenyalang lambang keberanian,
kegagahan dan keazaman.
● Sayap dan ekor burung kenyalang
mempunyai 13 jalur mewakili 13 buah negeri
dalam Malaysia.
● Bunga raya melambangkan bunga
kebangsaan Malaysia.
● Bintang pecah sembilan mewakili
sembilan bahagian asal negeri Sarawak.
● Cogan kata negeri ini ialah "BERSATU,
BERUSAHA, BERBAKTI".


SELANGOR DARUL EHSAN

Bendera Negeri Selangor

Bulan dan bintang
tanda agama Islam
sebagai agama rasmi.



Warna putih
lambang kesucian
agama Islam.


Empat bahagian berwarna kuning dan merah itu
maksudnya darah dan daging iaitu dua unsur yang perlu
untuk memberikan jiwa dan tenaga kepada negeri ini.


79

Jata Negeri Selangor



● Bintang dan anak bulan tanda Agama
Islam sebagai agama negeri.
● Tombak merah berserta keris pendek
dan keris panjang melambangkan alat
kebesaran negeri.
● Tulisan Jawi bermaksud "SELANGOR
DIPELIHARA ALLAH" ialah cogan kata
negeri.
● Tali bengkung di bawah cogan kata
melambangkan keberanian dan
kepahlawanan anak watan zaman dahulu.




ix. PAHANG DARUL MAKMUR

Bendera Negeri Pahang


Putih melambangkan Sultan
yang memerintah.





Hitam melambangkan rakyat.




Warna hitam di bawah putih membawa makna rakyat sentiasa menjunjung
perintah Sultan manakala Sultan pula berkuasa dengan sokongan rakyat.




Jata Negeri Pahang



● Tombak bermata besar dan berbentuk seperti
daun kopi melambangkan kemakmuran rakyat.
● Warna emas menandakan emas sebagai hasil
masyur yang utama di Negeri Pahang.
● Gading gajah yang bersilang melambangkan
kebesaran dan kekuasaan Sultan.
● Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut sebagai simbolik pemerintah yang tidak
menggunakan kekerasan.





80

x. PERAK DARUL RIDZUAN

Bendera Negeri Perak
Warna lambang kebesaran


Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak


Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak


Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak


Jata Negeri Perak




● Gubahan di tengah-tengah
adalah gubahan yang dipakai oleh
Sultan pada tengkolok
menandakan kedaulatan Sultan.
● Anak bulan sabit menandakan
Islam sebagai agama rasmi.
● Lingkaran pada anak bulan
lambang kemakmuran negeri.










xi. PERLIS INDERA KAYANGAN

Bendera Negeri Perlis




Warna kuning mewakili
D.Y.M.M. Raja.





Warna biru mewakili
rakyat.




Lambang kerjasama erat
antara Raja dan rakyat.

81

Jata Negeri Perlis




●Perisai lambang kebanggaan dan
kehormatan negeri.
●Lingkaran bulat di dalam perisai
menunjukkan hasil utama negeri iaitu
padi.
● Warna kuning lambang warna Diraja.
●Lingkaran padi lambang kemakmuran
negeri






xii. PULAU PINANG

Bendera Negeri Pulau Pinang

Pohon pinang bersempena nama asal negeri Pulau Pinang














Laut yang Simbol Simbol

mengelilingi keamanan dan kemakmuran
pulau kedamaian

Jata Negeri Pulau Pinang


●Pohon pinang lambang asal nama Pulau Pinang.
●Lima petak warna sebagai asas pokok pinang mewakili
lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran
yang terdapat di Pulau Pinang.
●Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar
Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua
tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut.
●Dua tiang ini lambang Serampang Dua Mata di dalam
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat.
●Empat kabel pada jambatan lambang perpaduan
pelbagai kaum.
●Jalur-jalur biru dan putih adalah simbol lautan.






82

xiii. TERENGGANU DARUL IMAN

Bendera Negeri Terengganu


Latar putih
mewakili D.Y.M.M.
Sultan
Anak bulan dan
bintang tanda
Islam agama rasmi
negeri.
Tanah hitam
mewakili rakyat.






Membawa makna Sultan sebagai pelindung kepada seluruh
rakyat.



Jata Negeri Terengganu











●Bulan dan bintang menunjukkan Islam
agama rasmi negeri.
●Mahkota lambang pemerintahan Diraja.
●Pedang, keris panjang dan cokmar lambang
kebesaran negeri.
●Buku di sebelah kanan ialah Al-Quran,
lambang kesucian agama Islam. Buku di
sebelah kiri pula melambangkan undang-
undang yang menandakan keadilan dan
kedaulatan negeri.
●Wali melambangkan kebesaran istiadat
negeri.













83

PEMIMPIN NEGERI-NEGERI





NEGERI
NEGERI PAHANG TERENGGANU
a) DYMM Sultan a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar




NEGERI PERLIS NEGERI SELANGOR
a) DYMM Raja a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar



NEGERI SEMBILAN
a) DYMM Yang di- NEGERI JOHOR
Pertuan Besar a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar




NEGERI KELANTAN NEGERI PERAK
a) DYMM Sultan a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar




NEGERI KEDAH PULAU PINANG
a) DYMM Sultan a) TYT Yang di-Pertua
b) Menteri Besar Negeri
b) Ketua Menteri


NEGERI MELAKA NEGERI SABAH
a) TYT Yang di- a) TYT Yang di-Pertua
Pertua Negeri Negeri
b) Ketua Menteri b) Ketua Menteri






NEGERI SARAWAK
a) TYT Yang di-Pertua
Negeri
b) Ketua Menteri















84

KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN

Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang
memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Aktiviti-aktiviti sebegini secara tidak
langsung dapat meningkatkan semangat kesukarelaan dalam kalangan murid-murid. Antara aktiviti-
aktiviti khidmat masyarakat adalah seperti berikut:



gotong royong dan bantuan di rumah kebajikan





kutipan derma untuk disumbangkan kepada
badan kebajikan





membersihkan kawasan bencana






pembersihan kawasan perkuburan



FAEDAH AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti khidmat masyarakat sangat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua lapisan masyarakat.
Aktiviti seumpama ini boleh dibuat sebagai aktiviti tahunan ataupun berkala bagi meningkatkan lagi
rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Antara faedah aktiviti khidmat masyarakat adalah
seperti berikut:


memberikan murid persepsi memupuk semangat menghargai
tentang kehidupan yang sebenar warga tua dan yang memerlukan


Faedah Aktivti
Khidmat
Masyarakat

menjauhkan murid-murid melahirkan murid-murid
daripada aktiviti yang tidak sihat yang berkeperibadian tinggi



85

KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

KAWAD DINAMIK

KE KANAN / KE KIRI PUSING

a) Penerangan
.
KOMANDER



HADAPAN

KIRI Barisan Skuad KANAN


BELAKANG

i. Kedudukan hadapan sentiasa menghadap komander namun apabila barisan
menghadap ke belakang, kanan dan kiri barisan bertukar.
ii. Pusingkan kaki kanan / kiri tanpa mengangkat tapak kaki mengikut arahan.
iii. Angkat kaki kanan / kiri di belakang dan hentakkan di sebelah kaki kiri / kanan di
hadapan dan terus sedia.

b) Ayat Hukuman

i. Dari hadapan ke kanan – “Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, kanan pusing!”
ii. Dari hadapan ke kiri – “Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, kiri pusing!”
iii. Dari kanan ke kiri – “Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!”
iv. Dari kiri ke kanan – “Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke belakang pusing!”
v. Dari belakang ke kanan – “Skuad akan bergerak ke kanan, kanan pusing!”
vi. Dari belakang ke kiri – “Skuad akan bergerak ke kiri, kiri pusing!

Peringatan : Ke belakang pusing sentiasa berpusing mengikut arah jam.


MENGHADAP KE BELAKANG / KE HADAPAN

a) Penerangan

KOMANDER


HADAPAN

KIRI Barisan Skuad KANAN


BELAKANG




86

i. Kedudukan hadapan sentiasa menghadap komander.
ii. Pusingkan kaki kanan / kiri tanpa mengangkat tapak kaki mengikut arahan.
iii. Angkat kaki kanan / kiri di belakang dan hentakkan di sebelah kaki kiri / kanan di
hadapan dan terus sedia.

b) Ayat Hukuman

i. Dari hadapan ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, belakang pusing!”
ii. Dari kanan ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing!”
iii. Dari kiri ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing!”
iv. Dari belakang ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang
pusing!”
v. Dari kanan ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, kiri pusing!”
vi. Dari kiri ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, kanan pusing!”

Peringatan : Ke belakang pusing sentiasa berpusing mengikut arah jam.


MULA LANGKAH KAKI KIRI

Cepat Jalan

a) Penerangan

i. Dengan mengikut hukuman “Jalan” anggota kadet hendaklah sentiasa melangkah dengan
kaki kiri dan menghayun tangan kanannya ke hadapan.
ii. Hendaklah di ajar dengan nombor :

Cepat Jalan – Satu
Dengan pantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit
terpacak. Tapak kaki kanan di belakang rata dengan bumi. Dengan masa yang sama,
lenggangkan tangan kanan ke hadapan paras dengan bahu dan lenggang tangan kiri
ke belakang seberapa jauh yang boleh, muka terus pandang hadapan.

Skuad – Dua
Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak
kaki kiri dibelakang rata dengan bumi .masa yang sama, tukarkan lenggang tangan kiri
ke hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang
boleh.

iii. Apabila berjalan kehadapan, seseorang anggota kadet hendaklah memilih tanda-tanda
dihadapan dan berjalan ke arahnya. Tiap-tiap orang di dalam skuad adalah
bertanggungjawab untuk memelihara lurus barisan, menyimpan jarak-jarak dan langkah
yang betul.

b) Ayat Hukuman

“Cepat jalan!”

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Apabila berjalan bertiga-tiga, jarak yang tidak betul di antara barisan.
ii. Apabila berjalan dalam barisan, jarak yang tidak betul di antara anggota kadet.
iii. Pada setiap masa, barisan kurang lurus dan gaya lenggang tangan tidak sama dan tidak
serentak.


Berhenti Dari Cepat Jalan

a) Penerangan (Berhenti dengan Nombor)


87

Berhenti – Satu
i. Hukuman diberi pada kaki kanan melalui kaki kiri.
ii. Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti, tapak kaki
kanan rata diatas bumi, kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat dan
kedua-dua lutut tegang.
iii. Tangan kanan masih dalam keadaan berlenggang ke belakang, tangan kiri lenggang
ke hadapan, anggota badan yang lain terus pandang ke hadapan.

Skuad – Dua
i. Bawa kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci dengan keadaan tapak kaki tergantung, lutut
ditegangkan di atas kaki kanan.
ii. Dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan, tangan kiri ke
belakang.

Skuad – Tiga
i. Bengkokkan lutut kaki kanan ke hadapan, tangan kiri ke hadapan, peha paras,
hentakdisebelah kaki kiri sampai kedudukan sedia.
ii. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas ke kedudukan sedia.

b) Ayat Hukuman
“Berhen…ti!”

Peringatan : Dengan kiraan ‘cek,satu, dua’.


HORMAT KE HADAPAN

Cara Memberi Hormat Dengan Nombor

a) Penerangan

Ke Hadapan Hormat – Satu

i. Bawa tangan kanan ke hadapan, bengkokkan siku dan rapat ke badan, lengan sama
paras, tapak tangan menghala ke dalam, jari-jari rapat dan lurus ke hadapan.
ii. Kesalahan biasa dilakukan :
▪ Siku tangan kanan tidak rapat ke badan.
▪ Lengan tidak sama.
▪ Jari -jari tidak lurus dan rapat.
▪ Tapak tangan tidak menghala ke dalam.

Skuad – Dua

i. Bawa tangan kanan ke atas kedudukan hormat, tapak tangan menghala kebawah,
jari-jari lurus dan rapat.
ii. Jari telunjuk kena pada kening di sebelah kanan. Tapak tangan lurus dengan sudut
lengan dan mata terus pandang ke hadapan.

Peringatan: Kepada orang yang memakai peak cap, letakkan jari telunjuk di atas peak cap
(pelindung mata).

iii. Kesalahan biasa dilakukan :
• Tapak tangan menghala ke hadapan.
• Jari-jari tidak rapat dan melengkung.
• Kepala tunduk ke bawah.
Skuad – Tiga

i. Bawa siku kanan rapat ke badan, lengan cendong ke hadapan sedikit dan
jari-jari genggam. Kedudukan sama rata dengan bahu kanan.
ii. Kesalahan biasa dilakukan :


88

• Tangan tidak tegak dengan betul.
• Siku tidak rapat ke badan.
• Jari-jari tidak digenggam.

Skuad – Empat

i. Bawa kedudukan tangan kepada keadaan sedia.

Hormat Ke Hadapan Semasa Berjalan

a) Penerangan

i. Hukuman jatuh pada kaki kiri semasa kaki kanan penuh di atas.
ii. Anggota kadet membuat pergerakan seperti berhenti jalan dengan kiraan “Cek, Satu,
Dua”.
iii. Kemudian memberi hormat ke hadapan, turun tangan, hormat kembali dan turun
tangan.
iv. Seterusnya, berpusing ke belakang, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha paras
dan hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.

v. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak.
Tapak kaki kiri dibelakang rata dengan bumi .masa yang sama, lenggang tangan kiri
ke hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang
boleh dan terus maju.

b) Ayat Hukuman
“Hormat ke hadapan… hormat!”


BERPUSING KE BELAKANG SEMASA BERJALAN

a) Penerangan
Terdapat enam pergerakan bagi pergerakan ke belakang pusing semasa berjalan.

Kebelakang Pusing – Satu

i. Hukuman diberi apabila kaki kiri rata melalui kaki kanan.
ii. Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan 30 inci dan berhenti, dengan tapak kaki kiri rata
diatas bumi.
iii. Tumit kaki kanan dibelakang terangkat sedikit, tangan masih berlenggang.

Skuad – Dua

i. Dengan pantas bawa kaki kanan kehadapan, tumit kaki kanan berada di perut (lekuk)
kaki kiri, ke hadapan tergantung sedikit.
ii. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan rapat seperti kedudukan sedia.

Skuad – Tiga

i. Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah kekanan.
ii. Berpusing di atas kaki kanan, dalam masa yang sama bengkokkan lutut, peha paras
dan hentakkan kaki kiri disebelah kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia.

Skuad – Empat

i. Pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah kekanan dan pusing diatas kaki kiri.
ii. Bengkokkan lutut kanan, peha paras dan hentakkan kaki kanan disebelah kaki kiri
sampai kedudukan sedia.




89

Skuad – Lima

i. Bengkokkan lutut kiri, peha paras dan hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan sampai
dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota yang lain tidak berubah.

Skuad – Enam

i. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit dengan masa yang sama
lenggangkan tangan terus berjalan.

Peringatan : Semasa mengira masa skuad hendaklah berteriak “Cek, Potong, Kiri, Kanan, Kiri, Maju”.


b) Ayat Hukuman

Ayat hukuman sama seperti hukuman ke belakang pusing (statik).


c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Membongkokkan badan ke hadapan apabila membengkokkan lutut.
ii. Menghulur ke hadapan pada pergerakan kedua dan ketiga.
iii. Melangkah kaki kanan pada pergerakan yang keenam dan tidak melenggang
tangan yang sama.


































90

ANDUH

PENGENALAN KAIN PEMBALUT TIGA SEGI
Kain pembalut atau anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas
kerana boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran seperti di bawah:














Antara kegunaan kain segi tiga adalah:

a. Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b. Menghenti atau menahan pendarahan.
c. Menetapkan bahagian yang cedera.
d. Menutup tempat yang luka atau cedera.
e. Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.


KEPATAHAN PADA TANGAN DAN KAKI
Patah didefinisikan sebagai terputusnya kesinambungan struktur tulang. Patah ini boleh disebabkan
oleh pukulan atau hentaman objek, tarikan otot yang kuat dan faktor penyakit seperti tumor tulang.

Antara tanda-tanda kepatahan yang boleh dilihat dengan jelas adalah seperti bengkak atau
lebam di tempat yang patah, sakit apabila disentuh, anggota yang patah tidak berfungsi, mengalami
perubahan bentuk fizikal dan berbunyi pada bahagian yang digerakkan.

Jika seseorang disyaki mengalami kepatahan, tiga langkah berikut hendaklahdilaksanakan.

1 Hentikan pendarahan (jika ada)




2 Rehatkan mangsa - pastikan mangsa dapat bernafas dengan
betul

3 Kurangkan pergerakan anggota yang patah - kurangkan
sakit/elak kepatahan bertambah teruk





91

i. Kepatahan tangan

Berikut merupakan cara membuat rawatan jika berlaku kepatahan di bahagian lengan
atau tangan.



Langkah pertama:
➢ Jika terdapat luka, rawat dan balut luka tersebut terlebih
dahulu.
➢ Ampukan tangan yang patah dengan tangan yang sebelah
lagi.
➢ Letakkan kain anduh seperti kedudukan dalam gambar.







Langkah kedua:
➢ Naikkan hujung kain anduh ke atas mengikut keselesaan
mangsa.
➢ Ikat hujung anduh yang dinaikkan dengan yang satu lagi
menggunakan simpulan buku sila.







Langkah ketiga:
➢ Hujung kain anduh yang terkeluar disematkan ke bahagian
dalam dan dipinkan menggunakan pin keselamatan (jika
perlu).


























92

ii. Kepatahan kaki












Langkah pertama:
➢ Pastikan mangsa tidak banyak bergerak atau tidak bergerak.
➢ Pegang bahagian yang cedera dengan teguh.













Langkah kedua:
➢ Jika terdapat luka, hentikan pendarahan dan rawat luka tersebut terlebih dahulu.
















Langkah ketiga:

➢ Cari sesuatu benda untuk dijadikan sebagai alat sokongan untuk bantu
mengampu dan meluruskan kaki mangsa.
➢ Contoh benda yang dapat digunakan surat khabar kepingan papan, batang kayu
atau ranting yang kukuh.
➢ Letakkan bahan ampu itu di bahagian sisi anggota yang cedera.
➢ Setelah itu, gunakan kain anduh untuk mengikat. Pastikan simpulan dibuat di
bahagian anggota yang tidak cedera.





93

SIMPULAN DAN IKATAN


a) Simpul Angka Lapan

Simpul Angka Lapan
( Figure of Eight )

❖ Digunakan untuk mematikan hujung tali.
❖ Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai
jika hujung tali itu pecah.
❖ Lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.





Langkah membuat Simpul Angka Lapan ( Figure of Eight )















b) Simpulan bunga geti

Simpulan Bunga Geti
( Sheet Bend )

❖ Menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin
dan tali basah.
❖ Digunakan juga untuk mengikat hujung tali di dalam
kawasan berair.
❖ Menyambung tali ke gelung atau tanjul.














94

Langkah membuat Simpulan Bunga Geti ( Sheet Bend )


2.











c) Ikatan dan Simpulan manuk

Ikatan dan simpulan Manuk
( Clove Hitch )

❖ Merupakan asas bagi permulaan ikatan.
❖ Mengikat objek, pancang atau lain-lain.







Langkah membuat Ikatan dan Simpulan Manuk ( Clove Hitch )





1. 2. 3. 4.



























95

ALAT PEMADAM KEBAKARAN DAN ALIH GANTI

PENGENALAN

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api, akan tetapi tidak semua yang melihatnya mengetahui
cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi
ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Alat pemadam api adalah
salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran.

Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai “alat
bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal. Alat ini diletakkan ditempat
yang sesuai dan sentiasa di dalam keadaan baik. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah
ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan
banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru
muda. Alat pemadam api merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang sangat penting
dan dapat mencegah api menjadi lebih besar.


JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai jenis dan
bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran.

Jenis pemadam api, kegunaan dan cara penggunaannya adalah seperti berikut:


Jenis Pemadam Api Kegunaan Spesifikasi

Kelas A : Memadam kebakaran yang Secara umum tabung berwarna
melibatkan bahan pepejal merah.
Jenis Air seperti kayu, kain dan kertas. Jarak pancutan : 6 meter
(A) Muatan : 9 Liter (12 kg-15 kg)
merah Memadam secara menyelimut dan
menyejuk.
Sesuai untuk kelas api jenis A
(Pepejal).
Kelas B : Memadam kebakaran yang Warna tabung kuning krim.
melibatkan bahan cecair dan Muatan : 9 Liter (14 kg –16 kg).
Jenis Buih gas Jarak pancutan : 4 – 5 meter.
(B) mudah terbakar seperti Memadam secara menyelimut.
putih minyak, cat, varnish, gas asli Sesuai untuk kelas api jenis B
dan gas asetilena. (Cecair)

Kelas C : Memadam kebakaran yang Warna tabung hitam.
berpunca dari arus elektrik Jarak pancutan : 2 meter bagi
Jenis Karbon seperti muatan 4.5 kg – 8 kg.
2
Dioksida papan transformer, peralatan Gas CO dalam tabung bentuk
(C/CO₂) kuasa cecair.
hitam elektrik, gas dan wap Bertindak secara menyelimut dan
menyejuk. Sesuai untuk kelas api
jenis B dan C (Gas)






96

Kelas D : Memadam kebakaran yang Secara umum tabung berwarna
melibatkan bahan logam biru muda.
Jenis Serbuk danbukan logam seperti Muatan 9 Liter (14 kg – 16 kg)
Kering kalium, magnesium,natrium, Jarak pancutan : 4 – 6 meter.
(ABC) titanium dan kebakaran yang Bertindak secara menyelimut.
biru boleh dipadamkan oleh Sesuai untuk semua jenis kelas
pemadam api kelas A, B dan api.
C.



PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian ketika ingin menggunakan alat pemadam
api:




•mengenalpasti jenis, warna dan punca kebakaran yang sedang berlaku.
•agar tidak menggunakan alat pemadam api yang salah
Jenis api





•Memeriksa meter dan tarikh luput alat pemadam api
keadaan •Pastikan nozel / sumpitan tidak tersumbat
A.P.A



•Bawa alat pemadam api dengan betul (membimbit / memikul / mengepit)
•Tentukan jarak 3-4 kaki dengan punca api
Sebelum •Tentukan arah angin
memadam •Cabut pin keselamatan



•Halakan sumpitan ke arah punca api
•tekan picu
Semasa •pastikan api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Jika tidak berjaya, gunakan A.P.A yang lain
memadam atau segera mendapatkan bantuan



















97

Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.










































98

MENYALAKAN API DI TAPAK PERKHEMAHAN

Unggun api adalah unggunan api di ruang luar yang dinyalakan dengan kayu bakar, potongan kayu,
atau dahan, ranting, jerami, ataudaun-daun kering. Orang yang berkhemah, berkelah atau penggiat
aktiviti rekreasi dalam hutan sering membuat unggun api sewaktu berkhemah atau melakukan kegiatan
secara luar.

Tujuan Menyalakan Unggun Api

Terdapat beberapa tujuan unggun api dinyalakan. Berikut merupakan tujuan unggun api diyalakan:




memanaskan
badan







perapian Tujuan
untuk Menyalakan isyarat bahaya
memasak Unggun Api
makanan






Mengelakkan
binantang
buas


























Gambar Hiasan: Unggun api perkhemahan

99

Kaedah Menyalakan Unggun Api Kecil Untuk Perkhemahan

1. Sediakan sumber nyalaan api. Dua sumber termudah adalah:
a) Mancis
b) Pemetik api

2. Kumpulkan bahan-bahan berikut:
a) Rabuk-rabuk kayu, daun kering, kertas, kotak atau seumpama dengannya.
- Ranting-ranting kayu yang kecil lebih yang mudah terbakar membantu dalam
penyediaan unggun api.
- Kayu-kayu sederhana besar yang mencukupi.

3. Sediakan satu kawasan bulatan kosong di atas tanah yang rata.
a) Ianya adalah tapak untuk membuat unggun api tersebut.
b) Jika kawasan tersebut ditumbuhi rumput dan semak samun, cabut rumput tersebut
bagi memudahkan pembuatan unggun api.

4. Longgokkan rabuk-rabuk kayu, kertas, kotak atau seumpamanya tersebut dengan rapat agar
dapat membuat nyalaan api namun sedikit longgar agar wujud pengudaraan agar membantu
proses pembakaran.

5. Kemudian susun kayu-kayu sederhana besar di atas longgokan rabuk-rabuk kayu
membentuk kon.

Antara sebab-sebab unggun api sukar untuk menyala adalah:

a) Angin kencang
b) Kayu yang basah
c) Udara yang lembap
d) Lokasi kurang oksigen

Faktor keselamatan perlu dititiberatkan apabila membuat unggun api sewaktu perkhemahan sama ada
oleh guru-guru penasihat atau pun anggota kadet. Hal ini bagi memastikan perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil adalah:

a) Pastikan unggun api dimusnahkan sepenuhnya sebelum meninggalkan tapak perkhemahan.
b) Pastikan tidak ada bahan mudah terbakar yang berhampiran dengan unggun api seperti
minyak, rumput kering dan pakaian.
c) Pastikan api sentiasa diawasi. Bergilir-gilir mengawasi api terutamanya di waktu malam ketika
anda sedang tidur.
d) Jika anda berpindah ke tapak kem lain, bawa bara api dalam bekas yang tidak mudah
terbakar seperti buluh.
e) Jangan tinggal botol air minuman atau tin minuman soda di tapak kem. Anda mungkin boleh
mencetuskan kebakaran hutan secara tidak sengaja.














100

KESELAMATAN DI AIR DAN JALAN RAYA

PENGENALAN

Pendidikan keselamatan di tempat awam terutamanya ketika berada di jalan raya serta kenderaan air
perlu bagi murid-murid adalah sangat penting. Pengetahuan yang baik oleh murid-murid mengenai
keselamatan di tempat awam dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Tidak
terhad kepada guru, semua pihak harus memainkan peranan yang proaktif agar murid-murid dapat
memastikan keselamatan mereka di tempat awam.

KESELAMATAN DI AIR

a) Langkah-langkah Keselamatan Bencana Banjir

Banjir merupakan bencana yang kerap berlaku hampir sepanjang tahun di negara kita apabila
musim tengkujuh tiba. Oleh itu, selain daripada warga emas, kanak-kanak ialah individu yang
paling merisiko terdedah dengan bahaya ketika bencana banjir berlaku. Berikut ialah langkah-
langkah keselamatan semasa bencana banjir.

i) Semasa banjir (di dalam rumah)

Pastikan anda dan keluarga mendengar arahan di dalam radio. Stesen radio tempatan
sentiasa akan memberikan makluman dan arahan dari pihak berkuasa dari semasa ke
semasa. Jika mendapat arahan keluar dan berpindah, segera lakukan. Anda boleh
membantu ibu bapa anda bagi mempercepatkan proses berpindah dari rumah.

ii) Semasa banjir (di luar rumah)

• Jangan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada berjalan kaki atau menaiki
sampan. Aktiviti ini sangat berisiko kerana anda mungkin terdedah kepada
binatang berbisa dan juga terdedah kepada kecederaan akibat terkena objek
tajam yang kita tidak dapat lihat di dalam air.






















Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.





101

• Kanak-kanak juga dilarang untuk menyentuh mana-mana kabel atau wayar
elektrik yang jatuh. Berkemungkinan kabel atau wayar tersebut masih lagi
mempunyai aliran arus elektrik yang boleh menyebabkan risiko renjatan
elektrik.

• Selain daripada itu, kanak-kanak juga dilarang untuk bermain di kawasan-
kawasan berhampiran sungai, longkang atau lombong ketika banjir berlaku.
Kawasan-kawasan seumpama ini boleh mengundang kemalangan dan boleh
mengakibatkan kanak-kanak lemas atau hanyut dibawa arus.

• Air banjir tidak selamat untuk diminum. Air tersebut mengandungi pelbagai
kotoran dan juga bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Anda
dilarang untuk meminum air banjir.

b) Peraturan Keselamatan Ketika Menaiki Pengangkutan Air

Terdapat pelbagai jenis pengangkutan air. Feri, perahu, kayak dan bot adalah sebahagian
daripadanya. Marcapada ini terdapat pelbagai berita tentang kemalangan melibatkan
pengangkutan air yang meragut nyawa. Kanak-kanak tidak terkecuali. Oleh yang demikian,
peraturan ketika menaiki pengangkutan air haruslah diambil perhatian. Antaranya ialah:

i) Memberi perhatian kepada taklimat keselamatan.

ii) Memastikan jaket keselamatan dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas jika
anda menaiki kenderaan jenis perahu, kayak atau pun bot. Jika anda menaiki feri
atau pengangkutan air komersial yang lain, pastikan anda mengetahui kedudukan
jaket keselamatan yang disediakan.






















Mengetahui kedudukan lokasi jaket keselamatan yang disediakan adalah penting ketika menaiki
pengangkutan air komersial seperti feri.

iii) Sentiasa patuhi arahan jurupandu / pengemudi bot / feri. Jangan lakukan sebarang
tindakan tersebut yang di luar daripada arahannya semasa berada di dalam
pengangkutan air.

iv) Duduk dengan tenang dan tidak bermain dan bergurau ketika menaiki perahu / bot.














102

Gambar hiasan: salah satu jenis pengangkutan air


KESELAMATAN JALAN RAYA

Jalan raya merupakan kawasan yang merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Terdapat ratusan
kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak setiap tahun yang berpunca daripada
kecuaian pengguna jalan raya atau kecuaian kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah
penting bagi semua murid mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

a) Langkah – Langkah Keselamatan Jalan Raya

i) Ketika melintas jalan raya

Adalah lebih baik jika kanak-kanak melintas jalan bersama – sama dengan orang
dewasa. Kanak-kanak yang melintas jalan perlu dipimpin tangannya oleh orang
dewasa. Kawasan-kawasan yang sesuai dan lebih selamat untuk melintas adalah
seperti berikut:

• Jejantas
• Lintasan belang “zebra crossing” atau kawasan yang dikawal selia oleh pihak
trafik untuk melintas jalan raya
• Kawasan yang boleh melihat keadaan trafik dengan jelas





















Gambar hiasan: Lintasan Belang


103

Namun begitu, jika kanak-kanak bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa,
mereka perlulah berhati-hati ketika melintas jalan raya. Berikut adalah langkah-langkah
bagi melintas jalan raya dengan selamat.

• Berhenti di bendul jalan atau undur satu langkah ke belakang
• Lihat kanan, lihat kiri dan kemudian lihat kanan kembali bagi memastikan
tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut.


















Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.

• Peka terhadap bunyi bagi sebarang kenderaan yang datang
• Melintas apabila merasakan keadaan sudah selamat untuk melintas sambil
melihat kiri dan kanan.

ii) Ketika membonceng motosikal

Adalah lebih baik jika kanak-kanak membonceng motosikal bersama – sama dengan
orang dewasa yang mempunyai lesen menunggang motosikal. Sebelum
membonceng, adalah perlu untuk dipastikan oleh orang dewasa tersebut bahawa
motosikal yang ingin ditunggang adalah dalam keadaan yang baik dan selamat.

Menunggang motosikal tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga serta tanpa lesen
menunggang motosikal adalah dilarang sama sekali dan salah di sisi undang-undang.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan jika seseorang kanak-kanak ingin
membonceng motosikal:

• Memakai dan mengikat kemas topi keledar.
• Duduk pada posisi yang betul dan selesa serta kaki diletakkan pada rakap
kaki dengan betul.


















Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.

104

• Memeluk erat penunggang motosikal yang berada di hadapan dan tidak
melakukan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tunggangan
motosikal.

iii) Ketika menjadi penumpang kenderaan

Adalah dilarang sama sekali bagi seseorang kanak-kanak memandu kenderaan
seperti kereta, lori, van dan seumpama dengannya. Pemanduan kenderaan
memerlukan lesen memandu yang sah di sisi undang-undang. Kebiasaannya kanak-
kanak menjadi penumpang kenderaan bersama-sama dengan orang dewasa.

Beberapa perkara yang perlu dipasktikan semasa menumpang kenderaan sama ada
pihak orang dewasa yang memandu ataupun kanak-kanak itu sendiri:

• Memastikan pintu kenderaan berkunci bagi mengelakkan sebarang kejadian
yang tidak diingini berlaku.
• Duduk dengan betul dan selesa pada tempat duduk penumpang.
• Memastikan tali pinggang keledar di pasang.

iv) Ketika menunggang basikal

• Memastikan basikal dalam keadaan baik seperti tayar, brek, lampu-lampu
dan real reflector sebelum menunggang basikal.
• Pastikan membelok ke kiri, ke kanan atau berhenti dengan menoleh ke
belakang dahulu. Beri isyarat dengan lebih awal.





















Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.

• Elakkan menunggang bersama kawan dalam keadaan dua basikal sejajar di
atas jalan raya. Pastikan menunggang dalam satu barisan.
• Jangan berpegang pada kenderaan lain.
• Jangan menunggang rapat di belakang kenderaan lain.
• Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok serta mendaki bukit atau
membelok dengan mengejut.
• Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu.
• Berhati-hati ketika cuaca buruk dan keadaan jalan yang licin.
• Ikuti laluan basikal di tepi jalan raya jika ada.










105

Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.


b) Tindakan yang Perlu Ketika Melihat Kemalangan Jalan Raya

Apabila anda menyaksikan kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan mata dan tiada
orang dewasa yang berhampiran, tindakan pantas anda boleh menyelamatkan nyawa
sekiranya anda mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya diambil. Murid-murid sekolah
juga dapat membantu jika berlakunya kemalangan jalan raya.

i) Segera membuat catatan / mengingat nombor pendaftaran kenderaan dan segera
menghubungi 999.
ii) Jangan panik. Nyatakan segala maklumat yang diperlukan oleh operator panggilan
kecemasan seperti maklumat pemanggil, lokasi kejadian dan sebagainya.
iii) Sekiranya mendapati mangsa kemalangan mengalami kecederaan serius, segera
memanggil orang dewasa berhampiran untuk memberikan perawatan awal.
iv) Pastikan anda berada di tempat yang selamat dan tunggu sehingga pihak berkuasa
tiba di lokasi.



























106

TAHUN 6









MODUL TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

































107

KETATANEGARAAN


PENDAHULUAN
Negara kita mempunyai bendera dan jata negara. Bendera dan jata negara ini telah menjadi identiti
rasmi bagi negara kita.

JALUR GEMILANG & JATA NEGARA

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang merupakan nama rasmi yang diberikan kepada Bendera Malaysia. Pengisytiharan
nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997, tepat jam 11.58
malam di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketika itu.


Warna kuning mewakili warna
Di Raja bagi Duli-Duli Yang Bintang pecah 14 mewakili 13
Maha Mulia Raja-Raja. buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.






Anak bulan
menandakan 14 jalur merah
agama Islam dan putih
sebagai mewakili
agama rasmi Kerajaan
Malaysia. Persekutuan
dan 13 buah
negeri di
Malaysia.







Warna biru lambang perpaduan rakyat
Malaysia.










108

Jata Negara

Jata negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah
diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk jata negara telah
diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna beserta lambang-
lambang yang mempunyai maksud yang tersendiri.


Anak bulan dan

Bintang pecah 14 mewakili

13 buah negeri dan wilayah bintang lambang Islam 5 bilah keris mewakili 5

yang membentuk sebagai agama rasmi negeri Melayu Tidak
Persekutuan Malaysia Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu).
Dua ekor harimau Malaya
keberanian dan kekuatan
4 warna mewakili 4 negeri
Melayu Bersekutu dahulu
Perisai lambang (Pahang, Perak, Selangor
kekuatan dan dan Negeri Sembilan).
kesanggupan
mempertahankan
Malaysia.
Pohon Melaka lambang
negeri Melaka
Pohon pinang lambang
negeri Pulau Pinang
Burung kenyalang
Lambang negeri Sabah lambang negeri Sarawak


Cogan kata negara Warna kuning warna Diraja
Bunga raya bunga

kebangsaan Malaysia




RUKUN NEGARA

Rukun negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 ekoran daripada tragedi rusuhan kaum pada 13
Mei 1969.Tujuan Rukun Negara diadakan adalah untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi
memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Cita-cita dan hasrat Rukun Negara dapat dicapai jika prinsip-prinsip Rukun Negara dapa
tdihayati rakyat dengan sepenuhnya. Prinsip Rukun Negara ada lima iaitu;













109

1.Kepercayaan
Kepada Tuhan



2. KesetiaanKepada
Raja Dan Negara
5. Kesopanan
Dan Kesusilaan

3. Keluhuran
4. Kedaulatan Perlembagaan
Undang-Undang




Huraian Prinsip Rukun Negara

•Setiap rakyat wajib mempercayai Tuhan.
•Agama Islam adalah agama rasmi negara, namun agama lain bebas
KEPERCAYAAN diamalkan.
KEPADA TUHAN
•Orang yang berpegang kepada agama akan sentiasa berdisiplin dan
menjaga akhlak.


KESETIAAN •Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua negara.
KEPADA RAJA DAN
NEGARA •Setiap rakyat perlu taat dan setia kepada raja dan negara.



•Rakyat bertanggungjawab mematuhi Perlembagaan yang menjadi
KELUHURAN tunggak undang-undang negara.
PERLEMBAGAAN •Rakyat perlu mendukung dan mempertahankan Perlembagaan demi
keamanan dan kemakmuran negara.


•Sistem pemerintahan negara harus berteraskan undang-undang yang
KEDAULATAN digubal oleh kerajaan.
UNDANG-UNDANG •Setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mempunyai hak yang
sama dari segi undang-undang.


•Rakyat perlu bertindak secara sopan dan mematuhi susila masyarakat.
•Rakyat perlu berakhlak mulia dan saling menghormati antara satu
KESOPANAN DAN
KESUSILAAN sama lain.
•Rakyat tidak harus mempersoalkan isu sensitif yang boleh menggugat
perpaduan negara.












110

PEMIMPIN NEGARA

i. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Sejarah Perdana Menteri Malaysia









TUNKU ABDUL RAHMAN TUN ABDUL RAZAK BIN TUN HUSSEIN BIN DATO'
PUTRA AL-HAJ HUSSEIN ONN
31 OGOS 1957 - 22 22 SEPTEMBER 1970 - 14 15 JANUARI 1976 - 16
SEPTEMBER 1970 JANUARI 1976 JULAI 1981

PERTAMA KEDUA KETIGA












TUN DR MAHATHIR BIN TUN ABDULLAH BIN HAJI
MOHAMAD AHMAD BADAWI DATO' SERI MOHD NAJIB
BIN TUN ABDUL RAZAK
16 JULAI 1981 - 30 31 OKTOBER 2003 - 3 4 APRIL 2009 - 9 MEI 2018
OKTOBER 2003 APRIL 2009


KEEMPAT KELIMA KEENAM










TUN DR MAHATHIR BIN TAN SRI DATO' HAJI
MOHAMAD MUHYIDDIN BIN HAJI
MUHAMMAD YASSIN
10 MEI 2018 - 24 FEBRUARI
2020 1 MAC 2020 - KINI

KETUJUH KELAPAN




Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perdana
Menteri bertangunggjawab untuk memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong tentang segala
urusan pentadbiran negara.




111

Di bawah Perdana Menteri terdapat seorang Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana
Menteri akan membantu menjalankan tugas Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri.
Ketiadaan Perdana Menteri bermaksud Perdana Menteri berada di luar negara kerana lawatan rasmi,
bercuti, sakit dan sebagainya.

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
• 31 OGOS 1957 - 22 SEPTEMBER 1970



TUN DR. ISMAIL BIN ABDUL RAHMAN
• 22 SEPTEMBER 1970 - 2 OGOS 1973



TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN
• 13 OGOS 1973 - 15 JANUARI 1976


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
• 5 MAC 1976 - 16 JULAI 1981



TUN MUSA BIN HITAM
• 18 JULAI 1981 - 16 MAC 1986



TUN ABDUL GHAFAR BIN BABA
• 10 MEI 1986 - 15 OKTOBER 1993



DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM
• 1 DISEMBER 1993 - 2 SEPTEBER 1998



TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
• 8 JANUARI 1999 - 31 OKTOBER 2003



DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL
RAZAK
• 7 JANUARI 2004 - 3 APRIL 2009

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI
MUHAMMAD YASSIN
• 10 APRIL 2009 - 29 JULAI 2015


DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
• 29 JULAI 2015 - 10 MEI 2018



DATO' SERI DATIN SRI DR. WAN AZIZAH BINTI
WAN ISMAIL
• 21 MEI 2018 - 24 FEBRUARI 2020



112

* Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-8 iaitu Y.A.B.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Jawatan Timbalan Perdana Menteri
digantikan dengan empat jawatan Menteri Kanan.


ii. Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

KETUA PESURUHJAYA
PERTAHANAN AWAM



SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR OPERASI UNIT INTEGRITI


Timbalan Ketua Timbalan Ketua BAHAGIAN

Pesuruhjaya (Pengurusan) Pesuruhjaya (Operasi) PERHUBUNGAN
AWAM DAN
DOKUMENTASI
Pengarah

Bahagian

Kewangan,

Perolehan dan

Pembangunan Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah
Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
Pengarah Pengurusan Perancangan Pengurusan Pengurusan

Bahagian Angkatan Dasar dan Bencana Latihan

Khidmat Penyelarasan dan Operasi

Pengurusan


Pengarah

Bahagian
Pengurusan PEJABAT NEGERI PERTAHANAN PUSAT LATIHAN

Sumber AWAM PERTAHANAN AWAM

Manusia


Pengarah Pengarah Pengarah Komandan Akademi
Pertahanan Awam Pertahanan Awam Pertahanan Awam Latihan Pertahanan
Selangor Perak Wilayah Persekutuan Awam

Pengarah Pengarah Pengarah Komandan Pusat
Pertahanan Awam Pertahanan Awam Pertahanan Awam Latihan Pertahanan
Pahang Johor Pulau Pinang Awam Wilayah Utara

Pengarah Pengarah Pengarah
Pertahanan Awam Pertahanan Awam Pertahanan Awam Komandan Pusat
Sabah Melaka Kelantan Latihan Pertahanan
Awam Wilayah Timur
Pengarah Pengarah Pengarah
Pertahanan Awam Pertahanan Awam Pertahanan Awam
Komandan Pusat
Sarawak Negeri Sembilan Kedah Latihan Pertahanan
Awam Wilayah Selatan
Pengarah
Pengarah
Pertahanan Awam Pertahanan Awam
Perlis Terengganu




113

KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN

Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang
memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Khidmat masayarakat ini boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai seorang murid sekolah,
kita digalakkan untuk mengamalkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di sekolah
kerana secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan semangat kesukarelaan dalam kalangan
murid-murid.


FAEDAH AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti khidmat masyarakat sangat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua lapisan masyarakat.
Aktiviti seumpama ini boleh dibuat sebagai aktiviti tahunan ataupun berkala bagi meningkatkan lagi
rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Antara faedah aktiviti khidmat masyarakat adalah
seperti berikut:



memberikan murid persepsi memupuk semangat menghargai
tentang kehidupan yang sebenar warga tua dan yang memerlukan

Faedah Aktivti
Khidmat
Masyarakat


menjauhkan murid-murid melahirkan murid-murid
daripada aktiviti yang tidak sihat yang berkeperibadian tinggi



















114

KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

KAWAD DINAMIK

HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL

a) Penerangan

i. Hukuman jatuh pada kaki kiri semasa kaki kanan penuh di atas.
ii. Anggota kadet membuat pergerakan seperti berhenti jalan dengan kiraan “Cek, Satu,
Dua”.
iii. Memberi hormat ke hadapan dan turun tangan.
iv. Angkat kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit pacak dengan masa yang sama tangan
di sisi seperti sedia.
v. Kemudian, angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas.
vi. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus, jari tutup rapat dan terbuka
menghadap ke atas.
vii. Tarik kedua-dua belah tangan ke sisi.
viii. Angkat kaki kiri ke belakang sejauh 30 inci dengan masa yang sama tangan di sisi seperti
sedia.
ix. Kemudian, angkat kaki kanan ke belakang, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas.
x. Memberi hormat ke hadapan sekali lagi dan turun tangan.
xi. Seterusnya, berpusing ke belakang, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha paras dan
hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.
xii. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak
kaki kiri dibelakang rata dengan bumi.masa yang sama, lenggang tangan kiri ke hadapan
paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh dan terus
maju.

Peringatan : Terdapat 13 pergerakan bermula dari hormat sehingga hentak kaki sebelum berjalan
semula.


b) Ayat Hukuman
“Selaku terima sijil, hormat ke hadapan… hormat!”


TUKAR LANGKAH SEMASA BERJALAN

Tukar Langkah Dengan Nombor

a) Penerangan

i. Hukuman diberi – “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
ii. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tapak kaki
rata dengan bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Anggota badan
yang lain diam.





115

Skuad – Dua
• Bawa kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan hentak di
belakang tumit kaki kiri.
• Masa yang sama dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci,
keadaan tergantung dan tapak kaki rata dengan bumi.
Skuad – Tiga
• Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan terus berjalan
dengan perlahan-lahan
iii. Menukar langkah dengan kaki kanan dahulu boleh diajar dengan cara yang serupa
kecuali bagi kiri dibacakan kanan dengan setiap perbuatan.
iv. Setelah mengajar pergerakan dengan nombor, skuad berjalan terus tanpa gangguan.
Pergerakan yang pertama dan ketiga dilakukan dua kali ganda masa itu. Hukuman
diberi pada kaki yang berturut-turut.

Tukar Langkah Semasa Cepat Jalan

a) Penerangan

i. Hukuman diberi “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
ii. Penuhkan langkah kaki kIri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti. Keadaan tapak
kaki kiri rata di atas bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Kedua-dua
tangan dalam keadaan berlenggang.
iii. Bawa kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut, peha paras dan hentakkan kaki
kanan di sebelah kaki kiri. Dengan masa yang sama tolakkan kaki kiri ke hadapan 15
inci dan bawa kedua-dua tangan kedudukan sedia.
iv. Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci keadaan tumit pacak, masa
yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang danterus
berjalan dan berteriak masa kiri – kanan – kiri.

b) Ayat Hukuman
“Tukar, langkah!”


PARASKAN SKUAD

Paras boleh dilakukan samada yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri atau tinggi di tengah-tengah.
Hukuman diberikan dengan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka
mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Anggota kadet mesti dalam
keadaan sedia.

Terdapat empat jenis paras :-

Rendah di Tengah











a) Ayat Hukuman

i. “Yang tinggi ke kanan… rendah kekiri… dalam satu barisan, paras!”
ii. “Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang…
gerak!”


116

iii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam! Nombor ganjil ke kanan, nombor genap
ke kiri, barisan kanan dan kiri… pusing!”
iv. “Jadikan tiga barisan, cepat jalan!”

Tinggi di Tengah







a) Ayat Hukuman

i. “Yang rendah ke kanan… tinggi kekiri… dalam satu barisan, paras!”
ii. “Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang…
gerak!”
iii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam! Nombor ganjil ke kanan, nombor genap
ke kiri, barisan kanan dan kiri… pusing!”
iv. “Jadikan tiga barisan, cepat jalan!”

Tinggi di Kanan dan Rendah di Kiri







a) Ayat Hukuman

i. “Yang tinggi ke kanan… rendah ke kiri… dalam satu barisan…paras!”
ii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Yang lain bergerak kekanan dalam satu
barisan, ke kanan… pusing!”
iii. “Jadikan tiga barisan… cepat jalan!”

Tinggi di Kiri dan Rendah di Kanan









a) Ayat Hukuman

i. “Yang rendah ke kanan… tinggi ke kiri… dalam satu barisan…paras!”
ii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Yang lain bergerak kekanan dalam satu
barisan, ke kanan… pusing!”
iii. “Jadikan tiga barisan… cepat jalan!”

Peringatan : Sekiranya ingin membuat paras tinggi atau rendah di tengah, skuad perlu menyebut
nombor terlebih dahulu bagi menentukan nombor ganjil dan genap setelah berdiri dalam satu barisan
mengikut arahan hukuman.

• Untuk memberi nombor, hukuman yang digunakan; “Dari kanan, nombor!”
• Nombor mesti disebut oleh skuad seorang demi seorang bermula dari anggota kadet
paling kanan.


117

• Jika berlaku sesuatu kesilapan dalam membuat bilangan, jurulatih hendaklah
memberi hukuman “Salah” dan memberitahu nombor terakhir yang betul. Anggota
kadet yang dipanggil nombornya itu hendaklah menyebut nombornya semula dan
barisan hadapan menyambung panggilan nombor itu darinya.
• Apabila dapat hukuman “Semula”, skuad berhenti membilang tanpa hukuman yang
lain, skuad akan mulai membilang dari nombor satu semula.
• Membilang nombor boleh dilakukan dari kiri dengan hukuman “Dari kiri, nombor!”


HORMAT KE KANAN

a) Penerangan

i. Hormat diberikan semasa berkawad kepada pegawai yang berada di hadapan
perbarisan.
ii. Hukuman diberikan atas kaki kanan semasa kaki kiri penuh di atas.
iii. Kaki kiri langkah ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Cek” manakala tangan
berada di sisi dalam keadaan sedia.
iv. Diikuti langkah kaki kanan ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Up”, tangan
kanan diangkat seperti memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
v. Seterusnya langkahan diteruskan dengan kiraan “Kiri – Kanan – Kiri” dan tangan
kanan masih memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
vi. Langkah kaki kanan ke hadapan dengan kiraan “Potong”, tangan kanan turun ke
bawah dalam keadaan sedia dalam masa yang sama kepala dipalingkan ke hadapan
semula.
vii. Teruskan langkah kaki kiri, tumit dipacakkan, tangan kanan lenggang ke hadapan
paras dan tangan kiri lenggang ke belakang seberapa yang boleh dengan kiraan
“Maju”.

b) Ayat Hukuman
“Hormat ke kanan… hormat!”

























118

MENYELAMAT KECEMASAN

PENGENALAN

Apabila berlakunya malapetaka / bencana besar yang melibatkan ramai mangsa, situasi dalam
keadaan yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, tindakan segera bagi memindahkan / mengeluarkan
mangsa daripada sesuatu kawasan yang merbahaya adalah satu tindakan yang paling utama.

Menyelamat kecemasan adalah kaedah yang terbaik. Hal ini kerana dengan kaedah
menyelamat kecemasan, urusan pemindahan mangsa dapat dijalankan dengan mudah, pantas dan
berkesan.


TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN (SEORANG PENYELAMAT)

Dinamakan sebagai pikul uncang atau pick a back. Kaedah ini memerlukan penyelamat untuk
mengangkat mangsa dengan kaedah memikul sebuah uncang. Penyelamat hendaklah menundukkan
sedikit badan untuk memikul mangsa.



























Kaedah pikul uncang

Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.


TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN (DUA ORANG PENYELAMAT)

Terdapat pelbagai teknik dalam menyelamat kecemasan yang melibatkan dua orang penyelamat.
Bergantung kepada situasi serta keadaan mangsa. Dalam modul ini, dua teknik yang akan
diketengahkan iaitu:




119


Click to View FlipBook Version