The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perancangan Strategik 2 Tahun UMCCED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrulmizan, 2022-11-21 07:52:56

PS2T

Perancangan Strategik 2 Tahun UMCCED

PERANCANGAN
STRATEGIK 2 TAHUN

UMCCED

i

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 01
Misi & Visi 02
04
Fasa Pembaharuan 05

Pembaharuan (Process) 06
14
1. Penstrukturan Semula UMCCed berasaskan Projek 17

2. Pengecilan Tenaga Kerja (Downsizing) 20
3. Rombakan dan Penetapan Semula KPI Kakitangan
Pentadbiran Selari dengan KPI UMCCed 23
26
4. Penetapan Semula KPI Kakitangan Akademik Selari 29
dengan KPI UMCCed 32
5. Sistem Pelataan KPI yang Efektif 78

6. Penjenamaan

7. Pemantauan Berterusan Kumpulan Projek

8. Penukaran Sistem Pembelajaran kepada Cybergogy
9. Penyediaan Kit Pembelajaran Mudah Alih kepada
Pelajar bagi Menyokong Pembelajaran di Luar Kelas

ii

ISI KANDUNGAN

10. Mengadakan Kerjasama dengan Pemilik Francais 42
untuk Menjadi Hab Kelas Dalam Talian (Education As
A Lifestyle) 45
11. Penawaran Geran Penyelidikan kepada Fakulti 49

12. Penjimatan 59

Pembaharuan (Product) 60

1. Relokasi Kampus Utama UMCCed dan Penjanaan 67
Pendapatan Melalui Sewaan Ruang
71
2. Penawaran Program Pembelajaran Sepanjang 76
Hayat Education-On-The-Go
79
3. Penawaran Program Akademik Baru 84
87
4. Program Diploma Eksekutif Diluaskan kepada
Lepasan SPM

5. Penubuhan Sekolah Swasta 'Sri Malaya'

6. Airbnb AliBaba Academia

7. Mewujudkan Stesen Tv & Radio UMCCed

iii

ISI KANDUNGAN

Pembaharuan (People) 100

1. Rombakan Sistem Penilaian Prestasi Sedia Ada 101
107
2. Penilaian Prestasi Kakitangan Secara Berkala &
Berterusan 110
113
3. Pelaksanaan Polisi Insentif Vs Penalti
124
4. Ruang Kerja Kolaboratif untuk Meningkatkan 130
Kreativiti & Produktiviti 135
139
5. Pelaksanaan Jadual Waktu Kerja Anjal (Flexible)

6. Pelantikan Panel Penasihat Industri & Prof Adjung

7. Pemerkasaan Jaringan Alumni

8. Penubuhan Pusat Kegiatan Alumni Secara Fizikal
dalam Kampus

01

PENGENALAN

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah
ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah pusat di bawah Canselori
Universiti Malaya yang menawarkan program pendidikan dan latihan
berkonsepkan "Pendidikan Sepanjang Hayat" khusus kepada
golongan bekerja di peringkat Diploma Eksekutif, Sijil Profesional dan
kursus pendek dalam pelbagai bidang. UMCCed juga merupakan satu-
satunya pusat universiti awam yang merintis perkhidmatan dan latihan
kejurulatihan yang ditawarkan khusus kepada eksekutif, pegawai
pentadbiran, usahawan, jurulatih serta perunding profesional sebagai
kaedah yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai
kecemerlangan organisasi. Selain itu, ia juga menyediakan peluang
latihan kepada peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil
belajar dan kursus pendek serta bertindak sebagai urusetia dan
penganjur dalam pengurusan persidangan dan seminar untuk
pelanggan tempatan dan antarabangsa.

02

VISI & MISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan

Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat
umum, sama ada dari dalam atau luar negara, dengan menawarkan

kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan
pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu dari segi profesion

atau pembangunan diri

03

PS2T FASA 2 UMCCED

Revolusi & Pembaharuan

PEOPLE PROCESS PRODUCT

Pendekatan strategik Revolusi di dalam proses kerja Penjanaan tidak terhad
pengurusan sumber manusia bagi menjamin pulangan yang kepada hasil aktiviti yang
yang merujuk kepada amalan- terbaik dan penggunaan lazim seperti yuran pelajar,
amalan terbaik akan sumber secara maksimum di perundingan, dan penawaran
menyumbang kepada mana semua pihak terlibat, latihan sahaja malah ianya
pencapaian matlamat dan samada pihak pengurusan, turut merangkumi segala
strategi secara lebih mampan. kakitangan akademik dan aktiviti yang dapat
kakitangan sokongan menyumbang kepada
1 mendapat manfaat peningkatan sumber dalaman
sewajarnya. Universiti.

2 3

04





FASA PEMBAHARUAN



JAN 2023 - JUN 2023
(Q1 & Q2)

05





PEMBAHARUAN
(PROCESS)

06

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 1

PENSTRUKTURAN SEMULA UMCCED
BERASASKAN PROJEK

1. Rasional Pembaharuan

1.Memastikan tugasan dijalankan secara optimum tanpa pembaziran
tenaga kerja

2.Menggalakkan budaya multi-tasking dalam kalangan kakitangan
UMCCed dan tidak hanya fokus kepada satu kemahiran sahaja

3.Kakitangan lebih fokus kerana perlu mengendalikan projek secara
keseluruhan (end-to-end)

4.Semua kakitangan bergerak bersama-sama dalam mencapai KPI
utama yang dilatakan oleh Universiti Malaya (UM)

07

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Pada masa sekarang, UMCCed akan dibahagikan kepada 2 Sayap:
terdapat 14 Jabatan di (1) Akademik & Pentadbiran; dan (2) Projek.
UMCCed.

(1) Jabatan Program Dibawah Pentadbiran, terdapat 5 unit:
Akademik; (a) Kewangan;
(2) Jabatan Peperiksaan; (b) Akademik & Hal Ehwal Pelajar;
(3) Jabatan Jaminan Kualiti; (c) Sumber Manusia;
(4) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (d) IT & Sokongan Teknikal; dan
& Alumni; (e) Kandungan Kreatif
(5) Jabatan Kemasukan &

Pendaftaran; Dibawah Projek terdapat 13 unit:
(6) Jabatan Pembangunan (a) Diploma/Asasi - Sekolah Awam;
Program Kerjasama;
(7) Jabatan Program ODL; (b) Diploma/Asasi - Sekolah Swasta & Antarabangsa;
(8) Jabatan Program (c) Antarabangsa - Asia Tenggara;
Profesional; (d) Antarabangsa - Timur Tengah;
(9) Jabatan Pentadbiran & (e) Antarabangsa - Asia Timur;
Operasi
(10) Jabatan Komunikasi (f) Diploma Eksekutif (Tempatan) Sektor Kerajaan;
Korporat; (g) Diploma Eksekutif (Tempatan) Sektor Swasta;
(11) Jabatan Pengurusan
Kewangan; (h) Saluran Alternatif UM (SATU);
(12) Jabatan Teknologi (i) ODL;
Maklumat;
(13) Jabatan Jualan & (j) Sijil Profesional, Kursus Pendek, Bufet Kursus &
Pemasaran; dan Pengajian Islam;
(14) Jabatan Sumber
Manusia (k) Endowmen & Penajaan;
(l) Jaringan Alumni; dan

(m) Pembangunan Perniagaan

08

Sedia Ada



























Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

09

3. Perincian Pembaharuan

Seluruh jabatan di bawah UMCCed akan dipecahkan kepada dua (2) iaitu
Pentabdiran dan Projek. Di bawah sayap Pentadbiran terdapat 5 unit iaitu:

a. Kewangan
Unit kewangan bertanggungjawab dalam menguruskan kesemua hal ehwal
yang melibatkan duit termasuk yuran-yuran pelajar, pembayaran emolumen
kakitangan, menguruskan sistem perolehan dan sebagainya.

b. Akademik & Hal Ehwal Pelajar
Unit Akademik & Hal Ehwal Pelajar akan menggabungkan Jabatan
Peperiksaan, Jabatan Pembangunan Program, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
dan Jabatan Jaminan Kualiti kerana tugas dan kerja yang dijalankan oleh
adalah bersangkut paut antara satu sama lain.

c. Sumber Manusia
Unit Sumber Manusia bertanggungjawab di dalam hal ehwal dan kebajikan
kakitangan akademik dan pentadbiran seperti perlantikan dan kenaikan
pangkat, latihan, cuti dan sebagainya.

d. IT & Sokongan Teknikal
Unit IT & Sokongan Teknikal bertanggungjawab menyediakan bantuan
teknikal, menyelenggara dan menyelesaikan masalah berkaitan IT, internet,
laman sesawang, pengkalan data dan sebagainya.

e. Kandungan Kreatif (Creative Content)
Unit Kandungan Kreatif akan menguruskan kesemua akaun media sosial
UMCCed, menghasilkan bahan-bahan hebahan berkaitan seperti logo,
poster, video dan sebagainya.

10

Dibawah sayap Projek, terdapat tiga belas (13) Projek yang akan
diwujudkan iaitu:

a. Diploma/Asasi - Sekolah Awam
Projek Diploma/Asasi - Sekolah Awam akan memfokuskan kepada
pemasaran dan penjualan program Diploma dan Asasi kepada sekolah-
sekolah awam di seluruh Malaysia. Sasaran utama adalah para pelajar
lepasan SPM yang tidak mendapat tempat ke matrikulasi atau diploma
awam.

b. Diploma/Asasi - Sekolah Swasta & Antarabangsa
Projek Diploma/Asasi - Sekolah Swasta & Antarabangsa akan memfokuskan
kepada pemasaran dan penjualan program Diploma dan Asasi kepada
sekolah-sekolah swasta dan sekolah antarabangsa di seluruh Malaysia.
Sasaran utama adalah para pelajar lepasan SPM yang tidak mendapat
tempat ke matrikulasi atau diploma awam.

c. Antarabangsa - Asia Tenggara
Projek Antarabangsa - Asia Tenggara diwujudkan dengan fokus untuk
menembusi pasaran antarabangsa. Sasaran adalah negara-negara Asia
Tenggara terutama daripada Indonesia, Brunei dan Thailand. Ini kerana
Universiti Malaya (UM) berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding
universiti-universiti dari negara mereka berdasarkan QS World University
Ranking.

d. Antarabangsa - Timur Tengah
Projek Antarabangsa - Timur Tengah pula diwujudkan untuk menembusi
pasaran negara Arab seperti UAE, Arab Saudi, Qatar dan lain-lain. Langkah
ini dirasakan wajar kerana negara Malaysia adalah salah sebuah negara
pilihan untuk rakyat Timur Tengah menyambung pelajaran.

11

e. Antarabangsa - Asia Timur
Projek Antarabangsa - Asia Timur pula memfokuskan penawaran program
ke negara-negara Asia Timur terutamanya China. Ini kerana China selalu
menghantar rakyat mereka ke Malaysia untuk menyambung pelajaran.

f. Diploma Eksekutif (Tempatan) - Sektor Kerajaan
Projek Diploma Eksekutif (Tempatan) - Sektor Kerajaan ditubuhkan untuk
mempromosikan dan memperkenalkan program Diploma Eksekutif kepada
kakitangan kerajaan. Diploma Eksekutif adalah pengajian diploma secara
sambilan bersesuaian untuk mereka yang sedang bekerja tetapi berminat
untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu.

g. Diploma Eksekutif (Tempatan) - Sektor Swasta
Projek Diploma Eksekutif (Tempatan) - Sektor Swasta ditubuhkan bagi
memfokuskan pemasaran dan jualan kepada sektor swasta. Ini
mensasarkan kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan dalam bidang tertentu atau berkaitan dengan kerjaya
sendiri.

h. SATU (Prasiswazah & Pascasiswazah)
Projek Prasiswazah & Pascasiswazah SATU adalah berperanan untuk
memasarkan program-program tersebut dibawah Saluran Terbuka UM
(SATU). Program-program prasiswazah merupakan program yang paling
mendapat permintaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar lepasan SPM,
Matrikulasi, Asasi dan lain-lain tetapi tempat yang ditawarkan adalah sangat-
sangat terhad.

12

i. Sijil Profesional, Kursus Pendek, Bufet Kursus & Pengajian Islam
Projek Sijil Profesional, Kursus Pendek, Bufet Kursus & Pengajian Islam
bertindak untuk memasarkan dan menjual program-program tersebut
kepada orang ramai. Oleh kerana syarat kemasukan dikenakan lebih
terbuka, program-program ini lebih mudah untuk disertai oleh orang ramai.

j. ODL
Projek ODL yang mempunyai permintaan tinggi akan dikenalpasti dan
dipasarkan kepada sebanyak mungkin peserta yang berminat.

k. Endowmen & Penajaan
Projek Endowmen & Penajaan diwujudkan bagi mendapatkan sumbangan
dalam bentuk endowmen atau tajaan daripada pihak-pihak tertentu seperti
alumni, pemegang taruh dan lain-lain. Projek ini adalah penting kerana
mampu membantu UMCCed untuk mendapatkan pendapatan lain selain
daripada penawaran produk-produk yang sedia ada.

l. Jaringan Alumni
Projek Jaringan Alumni adalah projek rintis bagi menghubungkan kembali
alumni-alumni UMCCed. Sebelum ini, belum ada usaha yang dijalankan
bagi memastikan alumni-alumni sentiasa kembali ke UMCCed.

m. Pembangunan Perniagaan (Business Development)
Projek Pembangunan Perniagaan ditubuhkan untuk mencari alternatif baru
yang mampu menjana duit kepada UMCCed. Kumpulan Pembangunan
Perniagaan ini akan membuat kajian untuk memastikan projek yang
diambil itu mendapat keuntungan.

13

Bagi setiap projek akan diketuai oleh seorang pengurus dan dibantu oleh
eksekutif (pemasaran dan jualan) dan eksekutif (khidmat pelanggan).
Eksekutif ini akan dibantu oleh pembantu tadbir. Bilangan eksekutif adalah
bergantung kepada projek tersebut, jika projek tersebut adalah berskala
kecil dan tidak memerlukan perancangan yang kompleks sebagai contoh
Projek Prasiswazah SATU, hanya 2 eksekutif yang diperlukan. Jika projek
yang memerlukan perancangan yang lebih kompleks, bilangan eksekutif
akan bertambah.

PE/PT

E/EK Ketua PE/PT
Projek

E/EK

CADANGAN STRUKTUR BAGI SETIAP PROJEK

14

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 2

PENGECILAN TENAGA KERJA
(DOWNSIZING)

1. Rasional Pembaharuan

1.Memastikan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan
secara optimum dengan menyesuaikan modal insan sedia ada dan
visi serta misi yang ingin dicapai oleh UMCCed

2.Membolehkan kompetensi yang diperlukan bagi memenuhi
keseluruhan objektif organisasi dapat dikenalpasti dengan lebih
pantas dan tepat.

3.Memastikan tiada pembaziran sumber tenaga kerja di UMCCed

15

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Tiada usaha pengecilan tenaga Pengecilan tenaga kerja akan
kerja dijalankan buat masa ini. dilakukan untuk mendapatkan
saiz tenaga kerja yang optimum

dan berkesan yang dapat
mencapai visi, dan misi

UMCCed dengan lebih efektif.
Pengecilan adalah melalui
pemberhentian yang akan

melihat kepada beberapa faktor
seperti pencapaian & prestasi,

sahsiah & tatatertib, nilai tambah
pekerja dan sebagainya.

16

3. Perincian Pembaharuan

Pengecilan ini akan dilakukan secara berperingkat dengan penekanan
kepada penetapan sasaran kerja tahunan berdasarkan perseorangan
dan juga kumpulan berdasarkan projek atau jabatan yang telah
dilatakan pada awal tahun.

Langkah pengecilan ini akan mengurangkan atau menghapuskan
lapisan pengurusan pertengahan yang signifikan bagi memperbaiki
keberkesanan dan kecekapan organisasi ke tahap yang lebih baik.

Pelaksanaannya adalah dengan cara mengecilkan saiz organisasi yang
terlalu besar kepada saiz optimum. Pengecilan tenaga kerja akan
berlaku dengan cara berikut:

a. Pemberhentian
Pemberhentian kakitangan yang mempunyai masalah disiplin dan
tatatertib dan tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan seperti
dituntut di dalam kontrak lantikan.

b. Pemberhentian secara sukarela
Pemberhentian secara sukarela bagi kakitangan yang tidak lagi
berminat untuk meneruskan khidmat di UMCCED atas pilihan dan
keputusan masing-masing

c. Pemberhentian tamat kontrak sedia tanpa pelawaan
penyambungan
Pemberhentian tamat kontrak tanpa pelawaan penyambungan yang
mana organisasi tidak berniat untuk menyambung kontrak kakitangan
tersebut.

17

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 3

ROMBAKAN DAN PENETAPAN SEMULA
KPI KAKITANGAN PENTADBIRAN SELARI

DENGAN KPI UMCCED

1. Rasional Pembaharuan

1.Memastikan segala usaha kakitangan pentadbiran dihalakan bagi
mencapai KPI dan sasaran yang telah dilatakan oleh pihak
pengurusan tertinggi UM dan UMCCed

2.Membantu dalam pelaksanaan strategi-strategi yang telah
dirancang untuk mencapai misi dan visi UMCCed

3.Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan UMCCed kepada
pelanggan dan pihak-pihak berkaitan serta menambahbaik sistem
perkhidmatan sedia ada

18

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

KPI kakitangan pentadbiran KPI kakitangan pentadbiran
ditentukan mengikut ketua- akan diselaraskan mengikut
ketua jabatan masing-masing
tanpa ada hubung kait dengan penstrukturan baru yang
KPI yang telah ditetapkan oleh dirancang, di mana kakitangan
pihak pengurusan tertinggi UM. pentadbiran akan dibahagikan

kepada 2 sayap, (1)
Pentadbiran; dan (2) Projek.
KPI kakitangan Pentadbiran
akan dilatakan selaras dengan
KPI yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan tertinggi UM.
KPI kakitangan Projek akan
ditentukan berdasarkan projek-
projek yang telah ditetapkan dan
berpandukan kepada KPI yang

telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan tertinggi UM.

19

3. Perincian Pembaharuan

Bahagian pentadbiran UMCCed yang terdiri daripada semua
kakitangan pentadbiran dan sokongan akan distrukturkan semula dan
diletakkan dibawah dua (2) sayap iaitu (1) Pentadbiran; dan (2) Projek.

Bagi kakitangan dibawah sayap Pentadbiran, KPI baharu akan
ditetapkan berdasarkan KPI yang dilatakan oleh pihak pengurusan
tertinggi UM kepada UMCCed agar selaras dengan visi dan misi UM.

Pelataan kakitangan dibawah sayap Projek akan dibuat berdasarkan
pencapaian yang disasarkan berdasarkan projek-projek masing-
masing. KPI ini akan dirombak dan disusun secara strategi oleh
pengurus-pengurus bagi setiap Projek yang akan dilantik.

Pelataan KPI baru bagi kakitangan Pentadbiran ini akan disenaraikan
di dalam sistem KPI yang akan dibangunkan. Melalui sistem ini,
pengurusan dan pemantauan KPI dapat dijalankan dengan teratur dan
jelas. Pembangunan sistem KPI ini juga adalah sebahagian daripada
usaha pembaharuan UMCCed yang akn diterangkan dibawah.

20

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 4

PENETAPAN SEMULA KPI KAKITANGAN
AKADEMIK SELARI DENGAN KPI UMCCED

1. Rasional Pembaharuan

1.Merangka KPI kakitangan akademik agar sehala dan bertepatan
dengan visi dan misi UM

2.KPI yang ditetapkan dapat menaikkan status dan taraf UMCCed
sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang menawarkan khidmat
pendidikan yang bertaraf antarabangsa

3.KPI yang ditetapkan adalah usaha untuk menaikkan nama
kakitangan akademik UMCCed di dalam dunia akademia sama ada
di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa

21

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

KPI kakitangan akademik tidak KPI kakitangan akademik akan
wujud secara formal kerana ditetapkan berdasarkan faktor-
kakitangan akademik UMCCed faktor berkaitan seperti beban
tidak sama dan tidak terikat
kepada UM. KPI sebelum ini tugas, kaedah pengajaran &
ditentukan oleh ketua jabatan pembelajaran, KPI kakitangan
tanpa ada hubung kait dengan
mana-mana KPI yang telah akademik UM yang telah
ditetapkan oleh pihak ditetapkan oleh pihak
pengurusan tertinggi UM
kepada kakitangan akademik pengurusan tertinggi UM dan
UM. sebagainya..

22

3. Perincian Pembaharuan

Penetapan KPI kakitangan akademik UMCCed adalah penting kerana
ini akan membantu di dalam penilaian pencapaian dan prestasi
kakitangan di samping menjadi indikator di dalam membantu usaha
menaikkan nama UMCCed sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Penetapan KPI ini juga boleh menjadi faktor penolak untuk
kakitangan akademik menaikkan nama masing-masing sebagai ahli
akademia melalui penulisan, kajian dan sebagainya.

Penetapan KPI kakitangan akademik akan dibuat dengan mengambil
kira beberapa faktor penting seperti:

1.Beban tugas
2.Mod pengajaran & pembelajaran
3.Mod penilaian
4.KPI kakitangan akademik UM

23

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 5

SISTEM PELATAAN KPI YANG EFEKTIF

1. Rasional Pembaharuan

1.Mewujudkan sistem pelataan KPI yang bersepadu dan lebih telus
2.Memudahkan semakan terhadap KPI-KPI yang telah direkodkan
3.Memudahkan pelataan KPI dilakukan secara 'top-to-bottom'
4.Memudahkan pemantauan kemajuan pelaksanaan KPI
5.Pemantauan secara menyeluruh di peringkat individu, unit, jabatan

dan projek lebih mudah dilaksanakan

24

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Belum ada lagi satu sistem Satu sistem pelataan KPI
pelataan KPI dibangunkan di bersepadu bagi merekod dan
UMCCed memantau KPI dan pencapaian

kakitangan UMCCed secara
menyeluruh dan teratur
Sistem KPI ini akan

menyenaraikan KPI yang telah
ditetapkan oleh pihak

pengurusan tertinggi UM yang
dilatakan kepada UMCCed. KPI
yang dilatakan kepada UMCCed

akan dilatakan dari pihak
penguruan UMCCed ke

peringkat bawah sehingga ke
setiap kakitangan pentadbiran

dan akademik.

25

3. Perincian Pembaharuan

Satu sistem pelataan Key Performance Indicator (KPI) yang lebih
efektif akan dibangunkan bagi UMCCed. Sistem ini lebih jelas, mudah
difahami dan boleh dipantau dengan mudah oleh penilai dan juga
pegawai yang dinilai (PYD).

Sistem yang dibangunkan ini akan membolehkan pihak pengurusan
dan kakitangan pentadbiran dan akademik untuk memantau dan
menyelia KPI masing-masing dengan jelas dan mudah. Sistem ini juga
membolehkan setiap kakitangan untuk mengenalpasti KPI yang perlu
dicapai agar segala usaha dapat dioptimumkan untuk mencapai KPI
tersebut. Merujuk kepada gambarajah di atas, pelataan akan dilakukan
dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawah.

26

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 6

PENJENAMAAN

1. Rasional Pembaharuan

1.Penjenamaan boleh membina visibiliti dalam membantu
mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
UMCCed

2.Transformasi boleh membawa kepada peralihan dalam fokus
keseluruhan organisasi. Usaha penjenamaan semula diperlukan
untuk membawa imej UMCCED selaras dengan fokus baru yang
sebenar

3.Memperbaharui strategi pemasaran dan memastikan penawaran
produk organisasi dan imej UMCCED itu sendiri tetap kekal relevan
dengan permintaan tren terkini

4.Meningkatkan reputasi UMCCED di pasaran merangkumi semua
aspek organisasi dari produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
hingga sumbangan kakitangan kepada masyarakat

27

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Buat masa sekarang, UMCCed UMCCed akan melalui
tidak menjalankan apa-apa penjenamaan semula sebagai
langkah penjenamaan semula
satu strategi pemasaran dan
satu usaha untuk meningkatkan
produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh UMCCed.
Penjenamaan juga adalah
proses transformasi UMCCed
agar menjadi lebih relevan dan
seiring dengan perkembangan

semasa dan perubahan-
perubahan terkini di dalam dunia

pendidikan di Malaysia.

28

3. Perincian Pembaharuan

Penjenamaan UMCCed akan menekankan kepada lima (5) bahagian
utama:

a. Kesedaran (awareness)
Kepentingan penjenamaan adalah untuk menanam kesedaran akan
kewujudan UMCCed, terutamanya kepada golongan sasar. Tinjauan ke
sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Kelantan, Johor dan lain-lainnya mendapati masih ramai yang tidak
mengetahui kewujudan UMCCED, Pusat Pendidikan Berterusan
Universiti Malaya sebagai salah sebuah PTj Akademik di bawah
Universiti Malaya

b. Pembezaan (differentiation)
Di sini, penjenamaan akan menfokuskan kepada kekuatan dan
kelebihan UMCCed berbanding dengan institusi-institusi yang lain.
Elemen-elemen yang meletakkan UMCCed tinggi berbanding dengan
yang lain akan ditekankan semasa penjenamaan.

c. Nilai (value)
UMCCed perlu memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
memberi pulangan nilai yang memuaskan pelanggan

d. Akses (accessibility)
Penjenamaan perlu memastikan bahawa maklumat-maklumat penting
dan terkini mengenai UMCCed seperti produk dan perkhidmatan boleh
diakses dan diperolehi dengan mudah

e. Hubungan emosi (emotional connection)
Penjenamaan boleh digunakan untuk menanam hubungan emosi
dengan UMCCed agar UMCCed sentiasa menjadi pilihan pertama
apabila isu pendidikan ditimbulkan.

29

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 7

PEMANTAUAN BERTERUSAN KUMPULAN
PROJEK

1. Rasional Pembaharuan

Prestasi penghasilan atau penyampaian perkhidmatan perlu diukur,
dinilai, dipantau dan ditambah baik secara berterusan supaya kualiti
perkhidmatan serta momentum kecekapan berkekalan sehingga akhir
tahun.

Memastikan bahawa pencapaian semasa dapat diukur dan
tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera sekiranya
diperlukan.
Memastikan kesemua kumpulan projek serta ahlinya bergerak
seiring ke arah objektif yang sama bagi mencapai visi dan misi
organisasi yang telah ditetapkan
Memastikan ahli kumpulan projek mengetahui dengan jelas
keputusan prestasi penilaian kumpulan yang diperlukan dan
memberi khidmat nasihat jika diperlukan.
Memberi program latihan dan pembangunan bersesuaian kepada
kumpulan-kumpulan projek supaya mereka dapat memperbaiki dan
mencapai prestasi yang dikehendaki.

30

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada

Wajaran Indikator
Penilaian Prestasi
Prestasi Awal Tahun
Akhir Tahun



















Pembaharuan

PTF 1 PTF 2
PTF 4 PTF 5
Penilaian PFT
T Penilaian
Tidak Formal

Tidak Formal





























Wajaran Indikator Prestasi Awal Tahun Penilaian Prestasi Akhir Tahun

Petunjuk:
PTF: Penilaian Tidak Formal
PFTT: Penilaian Formal Tengah Tahun

31

3. Perincian Pembaharuan

Penilaian Prestasi Kumpulan Projek:

Penilaian prestasi secara formal perlu dilaksanakan paling
minimum dua (2) kali dalam setahun atau lebih untuk mengekalkan
momentum perkhidmatan berkualiti sepanjang tahun. Penilaian
akan dibuat secara kumpulan bersama setiap ahlinya dengan
penetapan KPI berdasarkan projek, dan akan dibuat pada
pertengahan dan akhir tahun.

Penilaian prestasi tidak formal merujuk kepada penilaian yang
dilaksanakan oleh Pengurus Kanan bersama Pengarah dan
Timbalan Pengarah sebanyak 4 kali setahun bagi memastikan
setiap kumpulan projek cakna tentang kemajuan mereka dari masa
ke semasa. Sistem penilaian prestasi tidak formal ini mensyaratkan
Pengurus Kanan untuk menilai mengikut template yang diberikan
dan menghantar salinan keputusan penilaian kepada:

Jabatan Sumber Manusia (untuk dimasukkan dalam fail
kakitangan yang berkenaan)
Pejabat Pengarah
Ahli kumpulan yang berkenaan.

Salinan keputusan yang diberikan kepada kumpulan projek dan
ahlinya perlulah dibuat secara email rasmi DAN melalui diskusi
bersemuka yang bertujuan untuk memberi penjelasan kepada
kakitangan berkaitan aspek positif dalam kerja, ruang
penambahbaikan dan masalah yang mereka hadapi. Oleh kerana
maklum balas tidak formal lebih terbuka dan jujur, maka
pemantauan secara formal akan kurang digeruni oleh kakitangan
dan ianya tidak akan menjadi satu kejutan dan tidak mewujudkan
stres di kalangan kakitangan.

32

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 8

PENUKARAN SISTEM PEMBELAJARAN
KEPADA CYBERGOGY

1. Rasional Pembaharuan

Pengajaran & Pembelajaran boleh dibuat di mana-mana sahaja
tanpa memerlukan satu ruang fisikal yang tetap sebagai kelas
Pengajaran & Pembelajaran lebih fleksibel dan akses kepada
bahan pembelajaran oleh pelajar lebih cepat dan mudah
Peningkatan kemahiran teknologi dan maklumat di kalangan
pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran
Penjimatan dari segi sewaan ruang kelas serta kos
penyelengaraan ruangan kelas fisikal
Peningkatan pendapatan kerana tiada limitasi bagi jumlah pelajar

33

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Belum ada kursus yang Pengenalan kepada kursus-
dijalankan sepenuhnya secara kursus yang boleh ditawarkan
cybergogy oleh UMCCed secara cybergogy
sepenuhnya, iaitu 100% secara

maya atau dalam talian.
Segala aktiviti pengajaran &
pembelajaran dan penilaian

dijalankan dalam talian.
Bagi menjayakan usaha
pembaharuan ini, satu kit
pembelajaran mudah alih akan
turut diperkenalkan dan
dibekalkan kepada para pelajar
bagi menjalani pengajian dalam

talian (sila rujuk usaha
pembaharuan dibawah).
Pihak UMCCed juga akan cuba
untuk menjalankan kerjasama
dengan pihak francais terpilih
untuk dijadikan hab kelas dalam

talian (sila rujuk usaha
pembaharuan dibawah).

34

3. Perincian Pembaharuan

Perlaksanaan cybergogy bermakna dalam talian sepenuhnya. Bagi
mengimplementasi cybergogy, terdapat beberapa perkara yang perlu
disediakan:

1.Rancangan pengajaran kursus merangkumi pemilihan kaedah
pengajaran dan penilaian yang sejajar dan bersesuaian

2.Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang lengkap dan mesra
pengguna

3.Aplikasi Persidangan Video yang mempunyai fungsi-fungsi yang
bersesuaian dengan kapisiti yang mencukupi

4.Sistem Penyimpanan Fail / Dokumen yang efektif

Proses Pengajaran & Pembelajaran boleh berlaku secara selari
(synchronous) atau tidak selari (asynchronous) dan pensyarah bebas
untuk menggunakan apa-apa aplikasi yang dirasakan sesuai termasuk
media sosial.

35

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 9

PENYEDIAAN KIT PEMBELAJARAN
MUDAH ALIH KEPADA PELAJAR BAGI
MENYOKONG PEMBELAJARAN DI LUAR

KELAS

1. Rasional Pembaharuan

1.Membantu pelajar-pelajar bersedia untuk menjalani pengajaran &
pembelajaran dalam talian

2.Memberikan nilai tambah kepada kursus-kursus yang ditawarkan di
UMCCed dan persiapan bagi perlaksanaan cybergogy

3.Menjadi nilai sentimental (sentimental value) bagi pelajar-pelajar
yang mendaftar

4.Meningkatkan keterserlahan UMCCed berbanding pesaing-
pesaingnya

5.Menyediakan peluang untuk bekerjasama dengan industri

36

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Belum pernah Kit Pembelajaran Para pelajar UMCCed akan
Mudah Alih ini disediakan dan dibekalkan dengan satu Kit
dibekalkan kepada para pelajar Pembelajaran Mudah Alih yang

akan menyokong proses
pengajaran & pembelajaran di

luar kelas, sama ada bagi
kursus-kursus yang separa atau

sepenuhnya dalam talian.
Ini adalah satu usaha

pembaharuan bagi menyokong
pembaharuan penukaran sistem

pembelajaran kepada
cybergogy, iaitu 100% dalam

talian.

37

3. Perincian Pembaharuan

Kit pembelajaran mudah alih akan disediakan kepada pelajar-pelajar
yang mendaftar ke program/kursus yang melibatkan pembelajaran
secara dalam talian. Penyediaan kit pembelajaran ini adalah untuk
memudahkan pelajar mengikuti sesi Pengajaran & Pembelajaran (PdP)
secara maya/dalam talian.

Antara alatan yang dibekalkan dalam kit pembelajaran tersebut adalah:

1.Peranti mudah alih (Tablet)
2.Meja lipat mudah alih (portable foldable table stand/laptop stand)
3. Webcam
4. Headphone
5.Lampu meja
6.Wayar USB
7.Tetikus (mouse)
8.Power bank

38

Peranti Mudah Alih (Tablet)
Laptop Stand

39

Webcam
Headphone

40

Lampu Meja
Wayar USB

41

Tetikus (Mouse)
Power bank

42

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 10

MENGADAKAN KERJASAMA DENGAN
PEMILIK FRANCAIS UNTUK MENJADI HAB
KELAS DALAM TALIAN (EDUCATION AS A

LIFESTYLE)

1. Rasional Pembaharuan

1.Membantu menaikkan nama UMCCed sebagai peneraju
pembelajaran sepanjang hayat dengan tambah nilai hasil dari
kerjasama dengan pemilik francais seluruh negara

2.Membantu mempromosi dan mewarwarkan projek Education As A
Lifestyle oleh UMCCed dalam usaha untuk menaikkan nama
UMCCed sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia

3.Memberi pelajar-pelajar pilihan dan alternatif yang selesa untuk
menjalankan pembelajaran dalam talian

4.Menawarkan perspektif dan ruangan pembelajaran yang berbeza
dan keluar dari kepompong cara pembelajaran tradisional

5.Meningkatkan dan menanam budaya pembelajaran sepanjang
hayat dan Education As A Lifestyle di kalangan rakyat Malaysia

6.Menaikkan imej pemilik francais untuk bersama-sama
mempromosikan Education As A Lifestyle

43

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

UMCCed belum pernah Kerjasama dengan pihak
mengadakan bentuk kerjasama francais yang bersesuaian
seperti ini sebagai hab pembelajaran
dalam talian bagi pelajar-pelajar
UMCCed, sama ada kelas
secara selari (synchronous) atau
tidak selari (asynchronous)

Ini adalah satu usaha
pembaharuan bagi menyokong
pembaharuan penukaran sistem

pembelajaran kepada
cybergogy, iaitu 100% dalam

talian.

44

3. Perincian Pembaharuan

Satu bentuk kerjasama dengan pemilik-pemilik francais seperti
Starbucks, The Coffee Bean & Tea Leaf, McDonald's dan lain-lain
untuk menjadikan francais sebagai hab pembelajaran secara dalam
talian dengan UMCCed. Melalui kerjasama ini, pemilik francais akan
menyediakan satu sudut/ruangan yang bersesuaian di setiap outlet
mereka bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar UMCCED. Ruangan
tersebut akan lengkap mempunyai soket, port USB dan juga
kemampuan capaian internet yang baik. Ruangan tersebut bukanlah
hanya boleh digunakan untuk pelajar UMCCed, tetapi pelanggan lain
dalam kategori pelajar juga boleh menikmati kemudahan yang sama.

Tidak dapat disangkal bahawa kesan dari penularan Covid-19 yang
melanda negara adalah kemajuan dan penerimaan pembelajaran
dalam talian. Beberapa contoh bentuk pembelajaran dalam talian
adalah:

1.Pembelajaran Jauh - Remote Learning (RL)
2.Pembelajaran Jarak Jauh Dalam Talian - Online Distance Learning

(ODL)
3.Kelas Hibrid - Hybrid Class

Mengambil peluang ini, dengan usaha pembaharuan penukaran sistem
pembelajaran kepada cybergogy di mana pengajaran & pembelajaran
boleh berlaku di mana-mana sahaja. Bagi menyokong usaha ini dan
memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang mengambil kelas
secara dalam talian ini, usaha pembaharuan dengan mengadakan
kerjasama dengan pemilik francais untuk menjadi hab kelas dalam
talian (Education As a Lifestyle) telah dicadangkan. Cadangan ini
merupakan satu inisiatif yang belum pernah dijalankan oleh mana-
mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan UMCCed akan
menjadi perintis dalam projek tersebut.

45

PEMBAHARUAN

(PROCESS)
NO. 11

PENAWARAN GERAN PENYELIDIKAN
KEPADA FAKULTI

1. Rasional Pembaharuan

Membantu UMCCed menjalankan projek-projek khas yang
memerlukan kepakaran tertentu
Mengurangkan kos perbelanjaan dalam menjalankan sesuatu
projek
Menjalin dan merapatkan hubungan di antara UMCCed dan fakulti-
fakulti UM
Meningkatkan keterserlahan (brand awareness) UMCCed

46

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

UMCCed belum pernah Penawaran geran penyelidikan
menawarkan sebarang geran oleh UMCCed kepada fakulti-
penyelidikan kepada fakulti-
fakulti atau PTj UM fakulti di dalam Universiti Malaya
(UM).

Jumlah geran penyelidikan yang
ditawarkan adalah bernilai
RM5,000.00 setiap satu.

Penawaran geran penyelidikan
ini akan membantu UMCCed
dalam menjalankan projek-
projek berskala kecil yang

bersesuaian dengan bajet dan
kepakaran.


Click to View FlipBook Version