47
3. Perincian Pembaharuan
Penawaran geran penyelidikan kepada fakulti-fakulti di UM
berdasarkan kepakaran adalah satu usaha pembaharuan sama ada
dalam menyelesaikan apa-apa masalah atau menambahbaik
perkhidmatan sedia ada yang memerlukan kepakaran di dalam bidang-
bidang tertentu. Antara contoh bidang-bidang yang dikenalpasti adalah
teknologi maklumat, sains komputer, pendidikan abad ke-21 dan
sebagainya.
Dengan penawaran geran penyelidikan, pensyarah, pelajar, penyelidik
dan fakulti di UM boleh membantu UMCCed. Disamping itu, jumlah
geran penyelidikan sebanyak RM 5,000.00 juga jauh lebih murah
berbanding melantik syarikat atau individu profesional. Penawaran
geran penyelidikan juga dapat membantu pensyarah dan fakulti
mencapai KPI penyelidikan mereka. Usaha pembaharuan ini adalah
contoh bentuk kerjasama di mana kedua-dua pihak akan mendapat
ganjaran yang positif.
Sebagai contoh, penambahbaikan kepada laman sesawang UMCCed
di mana elemen-elemen seperti pembelajaran berasaskan permainan
(game-based learning), gamifikasi, kandungan media interaktif
dimasukkan untuk menarik minat orang awam melayari laman
sesawang tersebut. Ini juga akan memberikan tanggapan yang positif
terhadap UMCCed dan menarik lebih ramai pelajar mendaftar dengan
UMCCed.
48
Contoh pemberian geran penyelidikan dalam industri:
49
PEMBAHARUAN
(PROCESS)
NO. 12
PENJIMATAN
1. Rasional Pembaharuan
Selaras dengan mengoptimumkan pendapatan UMCCed, langkah-
langkah penjimatan atau perbelanjaan secara berhemah juga perlu
dilaksanakan untuk memastikan pengurusan kewangan yang mampan
bagi membiayai operasi UMCCed tanpa menjejaskan fungsi dan
meningkatkan lagi keuntungan.
UMCCed boleh menggunakan konsep penjimatan Jepun, “Kakeibo”
sebagai asas dalam melaksanakan penjimatan di UMCCED. “Kakeibo”
adalah falsafah kewangan yang tertumpu pada perbelanjaan dan
penjimatan yang sangat berhemah dan sangat mudah untuk diamalkan
serta disesuaikan dalam perbelanjaan.
50
3. Perincian Pembaharuan
Dengan adanya konsep ini, setiap perbelanjaan itu boleh dikategorikan
seperti berikut:-
a. Keperluan - contoh perbelanjaan
1. Gaji
2. Sewaan
3. Utiliti
4.Bayaran Pensyarah
5. Pemasaran
b. Kehendak - contoh perbelanjaan
1.Keceriaan pejabat
2.Alatan pejabat
c. Budaya/tabiat - contoh perbelanjaan
1. Jamuan/keraian
2. Majlis/upacara
d. Luar jangka - contoh perbelanjaan
1.Penyelenggaraan bagi peralatan/kenderaan (rosak)
2.Ubahsuai pejabat/bilik
51
Oleh yang demikian, setelah mengenal pasti kategori perbelanjaan kita
dapat menerapkan langkah-langkah penjimatan yang sewajarnya pada
setiap kategori agar fungsi dan operasi UMCCed tidak terjejas.
Selain itu, berikut adalah langkah-langkah penjimatan yang boleh
dilaksanakan di UMCCed:-
A. Perjawatan
1.Pengurusan perjawatan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira
keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan. Pelaksanaan
satu-satu fungsi perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar
dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber
manusia sedia ada.
2.Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah
tukar ganti (trade-off) dan pindah butiran (redeployment) serta tiada
implikasi kewangan tambahan.
3.Pemilihan staf yang berkompetensi dan multitasking bagi
mengoptimumkan sumber manusia.
B. Penyusunan Semula Organisasi
1.Penyusunan semula organisasi hanya dibenarkan bagi
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dengan
syarat tidak melibatkan tambahan bilangan jawatan dan implikasi
kewangan.
2.Keutamaan penyusunan semula organisasi hendaklah fokus
kepada mengurangkan pertindihan fungsi.
52
C. Elaun Lebih Masa
1.Perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal. Ketua
Jabatan dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa
hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar
penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang
ditetapkan. Arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara
bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan.
D. Perjalanan / Penginapan
1.Perjalanan bertugas rasmi di dalam negeri hendaklah dihadkan
kepada perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan
pegawai yang minima dan kaedah perjalanan yang menjimatkan.
Contoh langkah yang boleh dilaksanakan adalah penjadualan
semula dan menghimpunkan mesyuarat-mesyuarat yang
melibatkan penyertaan ramai pegawai yang sama daripada luar ibu
pejabat.
2.Pegawai hendaklah membuat tempahan bilik penginapan pada
harga yang menjimatkan. Pegawai dibenarkan untuk membuat
tempahan sendiri secara dalam talian. Perbandingan harga yang
ditawarkan di atas talian boleh digunakan sebagai asas tempahan.
3.Kursus-kursus dalam negeri yang melibatkan perbelanjaan
hendaklah dikurangkan kecuali kursus yang penting
53
E. Perbelanjaan Utiliti dan Barang Pakai Habis
1.Berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan penjimatan
perbelanjaan utiliti telekomunikasi, elektrik dan air
2.Menutup suis lampu di pejabat masing-masing semasa waktu rehat
bermula dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang dan juga pada waktu
yang tidak digunakan.
3.Mencabut soket plug perkakas elektrik yang tidak digunakan seperti
komputer, printer dan lain-lain yang berkaitan apabila tamat waktu
bekerja.
4.Memastikan barang pakai habis seperti peralatan alat tulis, kertas,
cartridge dan sebagainya digunakan dengan optimum bagi
mengelakkan pembaziran. Perkongsian peralatan pejabat secara
gunasama seperti mesin fotostat amat digalakkan.
5.Penggunaan kertas hendaklah dijimatkan dengan cara-cara berikut:
Semasa membuat salinan hendaklah dicetak depan belakang
Deraf hendaklah disemak melalui komputer dan cetakan dibuat
apabila deraf tersebut muktamad
Edaran minit-minit mesyuarat serta dokumen-dokumen lain boleh di
buat menerusi emel
F. Sewaan
1.Memilih lokasi/ruang pejabat yang sesuai dengan kos penyewaan
dan penggunaan yang optimum
2.Memperbanyakkan kelas secara dalam talian
3.Semua cadangan untuk sewaan baharu/tambah ruang pejabat dan
sebarang pengubahsuaian pejabat tidak dibenarkan.
4.Hanya perlanjutan penyewaan peralatan pejabat sahaja dibenarkan
tanpa melibatkan tambahan bilangan peralatan.
54
G. Perolehan Aset Baharu/ Peralatan
1.Semua perbelanjaan bagi perolehan aset baharu yang tidak
mendesak hendaklah ditangguhkan. Dicadangkan konsep
penyewaan aset bagi item tertentu yang mendesak bagi
mengurangkan kos penyelenggaraan.
2.Pembelian peralatan hanya dibenarkan mengikut keperluan yang
mendesak.
3.Menggalakkan staf menggunakan kemudahan pemilikan
komputer/laptop (BYOD) bagi mengurangkan belanja
penyelenggaraan pejabat.
H. Penganjuran Acara/Majlis/Mesyuarat/Persidangan/Seminar/Bengkel
1.Penganjuran acara/majlis/mesyuarat/persidangan/seminar/ bengkel
hendaklah dihadkan. Sekiranya perlu diadakan, staf hendaklah
memastikan skop penganjuran dibuat secara sederhana dengan
mengambil langkah-langkah berikut:-
a. kelonggaran penganjuran semua acara/majlis/
mesyuarat/persidangan/seminar/bengkel boleh dilaksanakan di
premis yang bersesuaian termasuk hotel tertakluk kepada
peruntukan sedia ada Jabatan yang telah diluluskan tanpa
melibatkan peruntukan tambahan.
b.gimik pelancaran dibuat dalam bentuk yang ringkas dan
disediakan secara dalaman (in-house) tanpa penyumberluaran
(outsourcing);
c.pemberian cenderamata hanya terhad kepada tetamu luar
dengan kadar yang menjimatkan.
55
I. Promosi/Pengiklanan
1.Pelaksanaan promosi hendaklah bersesuaian dengan kumpulan
sasar yang dikenalpasti. Staf hendaklah memastikan promosi
memberi pulangan atau impak kepada UMCCed.
2.Jabatan digalakkan membuat promosi secara dalam talian bagi
mengurangkan perbelanjaan berbanding mengadakan
persembahan/pertunjukan/jerayawara (roadshow) secara beramai-
ramai, penggunaan media cetak dan media elektronik.
3.Program pengiklanan seperti sisipan akhbar, iklan dalam media
cetak dan elektronik serta billboard hendaklah dikurangkan dan
dikaji semula selepas tamat kontrak promosi/pengiklanan tersebut
J. Perbelanjaan Secara Pukal - Economic of scale
1.Staf perlu menggunakan cenderamata yang seragam agar
penjimatan kos dapat dibuat, reka bentuk cenderamata yang
seragam ini hendaklah mengikut spesifikasi yang ditentukan
2.Upacara/majlis digabungkan dan dibuat secara sederhana dan kos
upacara seperti percetakan, makan dan bilangan tetamu
dihadkan/dikawal.
3.Pembelian peralatan yang sama (similar item) hendaklah disatukan
di dalam satu PTJ, contoh pembelian komputer, LCD projector,
kamera untuk penjimatan kos
56
Bagi memastikan langkah-langkah penjimatan ini dapat mencapai
objektif dan terlaksana, pemantauan atau kawal selia secara berkala
perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian. Sebagai contoh penggunaan
barang pakai habis (alatulis/kertas/dakwat printer) yang mana JPS
menyediakan buku log dalam pengambilan barang. Bagi penjimatan
utiliti seperti elektrik terdapat seorang staf yang ditugaskan dalam
setiap jabatan yang perlu memastikan/mengingatkan agar lampu/
peralatan elektrik ditutup dan plug juga dicabut.
Selain itu, Pengarah/ Ketua Jabatan juga perlu memainkan peranan
dalam mengawal setiap permohonan tempahan/pembelian barang
serta perkhidmatan agar perbelanjaan yang dibuat adalah mengikut
peruntukan dan berhemah serta tidak melebihi bajet yang telah
diperuntukan.
57
58
59
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
60
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 1
RELOKASI KAMPUS UTAMA UMCCED DAN
PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI
SEWAAN RUANG
1. Rasional Pembaharuan
Penjanaan pendapatan melalui sewaan ruang di LAKIM & Kampus
baru UMCCed. Skop penjanaan sama sekali tidak terhad kepada
aktiviti yang terbentuk daripada hasil seperti yuran pelajar, keuntungan
simpanan tetap/pelaburan, perundingan, dan penawaran latihan sahaja
malah ianya turut merangkumi segala aktiviti yang dapat menyumbang
kepada peningkatan sumber dalaman Universiti.
Cadangan ini dibuat adalah:
1.Sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan dan
mempelbagaikan sumber penjanaan pendapatan UMCCED
2.Dengan kapasiti dan keluasan ruang di LAKIM dan Kampus baharu
UMCCED, maka anggaran pendapatan yang besar bakal dijana
melalui sewaan ruang sahaja. Ini sekaligus dapat membantu
UMCCED menjana pendapatan pada skala yang lebih besar.
61
2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan
Sedia Ada Pembaharuan
Tiada ruang yang disewakan di UMCCED akan berpindah ke
Wisma R&D kerana kekangan kampus baru yang lebih besar.
ruang
Banyak ruang yang akan
Tiada ruang yang disewakan di disewakan kepada pihak luar
UMEC PJ kerana proses samada secara jangka panjang
renovasi belum siap
sepenuhnya. Bahagian yang atau jangka pendek
telah siap digunakan Para pelajar yang kini menghuni
sepenuhnya oleh UMCCED
sendiri kampus UMEC PJ akan
dipindahkan ke Cyberjaya, dan
Tiada ruang yang disewakan di
UMEC Bachok kerana isu UMEC PJ akan disewakan
gunasama kampus bersama kepada UM dan pihak luar di
APIUM masih lagi belum
diselesaikan sepenuhnya sekitar Petaling Jaya.
62
3. Perincian Pembaharuan
Sekiranya UMCCed menyewa di luar/memiliki kampusnya sendiri,
maka ruang dan kapasiti yang tidak digunakan secara optimum akan
disewakan kepada pihak-pihak luar dan penjanaan yang lebih tinggi
dapat diperoleh daripada hasil sewaan ini. Antara cadangan sewaan
ruang adalah meliputi:
1. Dewan/Auditorium
2.Bilik Kuliah/Seminar/Kelas
3.Bilik Tutorial
4.Makmal Komputer
5.Makmal Sains
6.Bilik Mesyuarat
7.Lot Kedai
8. Kafetaria
9.Lot Pejabat
10.Studio Audio Visual
11.VR Studio
12. Asrama
Penyewaan ini juga meliputi kemudahan fasiliti iaitu peralatan,
kelengkapan dan lekapan seperti kemudahan pendingin hawa,
rangkaian internet, perabot, utiliti dan sebagainya yang diperlukan oleh
pihak luar untuk melaksanakan sesuatu aktiviti/program.
63
Kaedah pelaksanaan:-
1.Ruang-ruang kosong yang dikenal pasti akan dijadikan ruang
sewaan kepada pihak ketiga untuk dijadikan pusat aktiviti,
taska/tadika, pendidikan/pusat latihan, dobi, kedai runcit, kafetaria
(f&b), ruang pejabat, showroom/galeri.
2.Sewaan ini adalah berdasarkan kiraan kaki
persegi/jam/hari/bulan/nilai atau kadar semasa.
3.Tempoh penyewaan yang dibuat mestilah tidak merugikan
UMCCed.
4.Sekiranya perlu, satu perjanjian bertulis atau kontrak penyewaan
boleh disediakan antara UMCCED dan penyewa.
5.Kontrak atau perjanjian penyewaan akan disediakan bagi aktiviti
penyewaan ini yang bertempoh empat (4) bulan dan ke atas seperti
pemasangan mesin layan diri (vending machine), penyewaan ruang
ATM dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, perjanjian bagi
tempoh penyewaan kurang dari empat (4) bulan juga akan
disediakan berdasarkan keperluan oleh Universiti/penyewa.
6.Mesin Layan Diri merangkumi mesin minuman dan makanan,
Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM)
dan Cheque Deposit Machine, mesin basuh dan mesin tambah nilai
talian pra bayar (top up prepaid) dan yang seumpamanya dipasang
di kawasan student lounge/lokasi yang bersesuaian untuk
kemudahan pelajar dan staf.
7.Bagi tapak ruang legar (kosong) dalam kampus/bangunan
(bertutup) dengan keluasan minimum 10 kaki x 10 kaki seperti di
foyer boleh disewakan kepada pihak luar dan ruang terbuka
(kosong) di luar bangunan dengan keluasan minimum 10 kaki x 10
kaki seperti tapak letak kereta untuk pihak luar menyewa sebagai
tapak jualan/pameran.
64
8. Bagi penyewaan asrama pula, caj yang dikenakan adalah di antara
RM12 ke RM20/orang sehari. Kadar yang ditetapkan ini adalah tidak
tertakluk kepada polisi yang diberikan oleh KPT. Justeru, bagi mana-
mana pelajar yang menginap, mereka perlulah mematuhi kadar yang
ditetapkan ini.
Pelbagai jenis perkhidmatan boleh ditawarkan untuk tujuan penjanaan
pendapatan. Ini termasuk penganjuran persidangan dan seminar,
perkhidmatan penginapan, penyediaan makanan dan minuman,
pengurusan acara, pengangkutan pelajar, mobiliti pelajar, kemudahan
rekreasi, kejohanan sukan ruang kemudahan, peralatan dan aset fizikal
atau sebarang aktiviti yang melibatkan skala yang besar selain
daripada juga ia dapat menarik peserta/prospek secara tidak langsung
untuk mengikuti program UMCCed. Perkara ini akan dipergiatkan lagi
dalam kalangan staf dan pihak luar dalam membantu meningkatkan
dan menjana pendapatan kepada Universiti. Walaubagaimanapun,
perkara ini bergantung kepada kesesuaian dan pihak ketiga boleh
dilantik untuk menawarkan perkhidmatan melalui perkongsian
keuntungan yang saksama.
65
Contoh sewaan ruang dan juga penganjuran seminar:
66
67
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 2
PENAWARAN PROGRAM PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT EDUCATION-ON-THE-GO
1. Rasional Pembaharuan
Selain daripada penawaran program secara fizikal di kampus, adalah
dicadangkan UMCCed menawarkan akses pendidikan yang dipanggil
sebagai “Education On-the-go”. Cadangan ini tidak pernah dijalankan
oleh mana-mana institusi dan idea ini juga dibuat dalam
memperkasakan lagi proses pembelajaran secara berterusan dimana
konsep PSH secara prinsipnya adalah kaedah sesi pembelajaran yang
dapat dijalankan dimana-mana dan dari mana sahaja.
Menyedari hakikat ini, maka dicadangkan konsep education on the go
dapat dilaksanakan oleh UMCCed. Ini adalah kerana, dengan adanya
konsep sebegini, maka sesi pembelajaran dapat membuka lebih
banyak peluang kepada golongan bekerja terutamanya bagi mengikuti
ke program-program yang ditawarkan oleh UMCCed.
68
2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan
Sedia Ada Pembaharuan
Program-program Sijil, Kursus Program-program Sijil, Kursus
Pendek & Course Buffet Pendek & Course Buffet
dijalankan secara bersemuka
atau segerak secara dalam dijalankan secara bersemuka,
talian segerak secara dalam talian
DAN secara mod education on
the go (tidak segerak secara
dalam talian)
Program-program ini boleh
diakses di pawagam, didalam
pesawat, di hotel dan banyak
lagi tempat lain melalui
kerjasama UMCCED dengan
pihak ketiga
69
3. Perincian Pembaharuan
Konsep ini akan memfokuskan kepada penawaran sijil kursus jangka
pendek kepada awam yang berminat dan disasarkan kepada golongan
pekerja separa mahir dan separa professional iaitu berkonsepkan sesi
latihan/perkongsian ilmu dijalankan secara over the counter (OTC).
Justeru, satu usahasama di antara UMCCed dan syarikat
berdaftar/pemilik/pengusaha rantaian panggung (GSC, TGV, MBO),
syarikat penerbangan, rangkaian perhotelan, hyperruncit akan dibuat.
Perkara ini juga akan memberi kelebihan kepada pihak terbabit dalam
meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka dari masa ke
semasa seiring dengan perkembangan dan arus globalisasi kini.
Selain itu, jika dilihat daripada pencapaian semasa sehingga
September, penglibatan peserta di dalam kursus jangka pendek yang
dicapai adalah seramai 640 orang dimana sasaran yang diunjurkan
adalah seramai 1,300 orang peserta dapat mengikuti kursus yang
ditawarkan. Oleh itu, konsep OTC ini dapat diperkenalkan dan
dilaksanakan di UMCCed agar pulangan yang diperoleh daripada
penawaran sijil dan kursus jangka pendek ini dianggarkan akan lebih
menguntungkan kerana lebih mudah diakses.
Kaedah pelaksanaan:-
1.Berteraskan kepada konsep PSH dan pendidikan untuk semua,
maka modul dan keperluan pasaran akan dikenalpasti agar ia selari
dengan keperluan majikan/kakitangan masing-masing.
Berdasarkan perkara (2) 2 di atas, kursus/sijil yang
dikenalpasti/yang ditawar dilihat akan mampu menarik peserta yang
berminat kerana tempoh pembelajaran yang ditawar adalah
berdurasi 2 hingga 3 jam sahaja pada satu-satu masa dengan
yuran kursus yang kompetitif. Universiti juga boleh menjana
pendapatan melalui daripada yuran penyertaan yang dikenakan.
70
2. Umum mengetahui bahawa kebanyakan majikan mengurangkan
peluang latihan untuk pekerja mereka adalah kerana menghadiri sesi
latihan boleh menangguhkan penyiapan terhadap satu-satu projek
kerana pekerjanya perlu mengambil masa untuk menghadiri program
latihan. Oleh itu, sekiranya konsep OTC dapat diperkenalkan, maka
pembaharuan ini dijangka akan mendapat sambutan daripada
kebanyakan majikan diluar sana kerana perkara ini tidak akan
mengambil masa yang lama daripada para pekerja mereka.
3. Hasrat utama perkara ini adalah kerana untuk menambah baik
produktiviti kakitangan /pekerja dan kenaikan gaji melalui peralihan
kepada pekerjaan berkemahiran tinggi. Perkara ini juga dapat
menggalakkan majikan/industri untuk meningkatkan rantaian dengan
melabur dalam aktiviti bernilai tambah yang tinggi sebegini yang
memerlukan tenaga kerja mahir. Jika dilihat, latihan/kursus yang
dirancang bersama ini sememangnya dapat membantu para majikan
untuk menangani tugas pekerja mereka tanpa pengawasan yang
maksimum dan ia juga dapat membantu mereka secara prinsipnya
untuk memfokuskan lebih kepada tugas yang lebih utama/mendesak.
Faedah latihan berterusan termasuklah boleh menyemarakan
kesepaduan pasukan dalam kalangan pekerja dan mencipta kesamaan
fikiran. Secara amnya, faedah melatih pasukan adalah satu cabaran
yang perlu diambil kira oleh para majikan.
71
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 3
PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BARU
1. Rasional Pembaharuan
Selain itu, UMCCed juga bercadang agar penawaran program baharu
juga dapat dibuat oleh UMCCed supaya penjanaan pendapatan dan
peningkatan pelajar mendaftar ke program-program UMCCed dapat
dipertingkatkan lagi.
Rasional pembaharuan ini adalah:
1.Meningkatkan dan mempelbagaikan program akademik yang
ditawarkan oleh UMCCED kepada pelbagai lapisan masyarakat
2.Meningkatkan dan mempelbagaikan sumber penjanaan
pendapatan UMCCED melalui penawaran program akademik
3.Menaiktaraf kualiti penawaran program akademik UMCCED agar
seiring dengan arus peredaran zaman dan kehendak terkini
khalayak umum
4.Meluaskan jaringan program di samping program sedia ada
berdasarkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat; dan
5.Memenuhi keperluan serta permintaan masyarakat untuk mengikuti
pengajian di peringkat yang lebih tinggi di UM bagi kategori
Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH).
6.
72
2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan
73
3. Perincian Pembaharuan
Penubuhan UMCCed sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj)
Akademik di bawah Universiti Malaya (UM) telah diluluskan oleh
Lembaga Pengarah UM dalam mesyuarat pada 28.4.2011 dan telah
disahkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian
Pengajian Tinggi dalam mesyuarat Bil.8/2011 pada 25.8.2011.
Sebagai sebuah PTj Akademik, UMCCed dibenarkan untuk
menawarkan program di peringkat Sijil dan Diploma/Diploma Eksekutif.
Pada ketika ini, UMCCed sedang menawarkan sebanyak empat (4)
program Diploma dan sembilan (9) program Diploma Eksekutif.
Justeru, dalam usaha menjana dan meningkatkan pendapatan di
Universiti, UMCCed mencadangkan agar autonomi UMCCed
diperluaskan bagi penawaran program-program akademik seperti di
jadual di perkara 1 di atas iaitu pertambahan bagi enam (6) program
Diploma dan Diploma Eksekutif, penawaran Sarjana Muda dan Sarjana
serta mod ODL dengan cadangan sekurang-kurangnya sepuluh (10)
program baharu masing-masing. Perkara ini dicadang setelah melihat
akan keperluan dan pasaran semasa.
Dengan adanya juga akan program Sarjana Muda dan Sarjana/ODL,
penawaran program-program ini merupakan kesinambungan dalam
penawaran program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) di UMCCed
serta akan memberi peluang kepada graduan Diploma Eksekutif
meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di UM. Secara
tidak langsung, ia juga akan meningkatkan lagi enrolmen dalam
program di peringkat Diploma Eksekutif secara khusus.
74
UMCCed memerlukan program-program akademik baharu untuk terus
berkembang sejajar dengan perkembangan dan keupayaan staf yang
kini adalah seramai 150 orang kakitangan yang berkhidmat di
UMCCed.
Pada masa ini terdapat sembilan (9) program Diploma Eksekutif dan
empat (4) program Diploma yang ditawarkan oleh UMCCed mengikut
kluster seperti di bawah:
A. Kluster Keusahawanan, Perniagaan dan Pengurusan.
Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) – UFA
Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) – UFB
Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) – UFC
Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan – UFF
B. Kluster Pendidikan dan Bahasa
Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak – UFD
Diploma Eksekutif Kaunseling – UFE
C. Kluster Sains Gunaan dan Teknologi
Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat – UFH
D. Kluster Pengajian Islam
Diploma Eksekutif Pengajian Syariah - UFK
Diploma Ekskutif Pengajian Usuluddin
E. Diploma Pengurusan - UDA
F. Diploma Pengurusan Sumber Manusia - UDB
G. Diploma Pengurusan Perniagaan - UDC
H. Diploma Perakaunan - UDE
75
Justeru, sekiranya UMCCed dibenarkan untuk meluaskan penawaran
ini seperti di perkara di atas, maka UMCCed juga merancang agar
kaedah PdP bagi program-program UMCCed dijalankan secara Mod
RL/hibrid memandangkan kami mensasarkan agar lebih ramai
golongan bekerja/dewasa dapat mengikuti program yang ditawar selain
dapat menjana pendapatan yang lebih kepada Universiti.
Hal ini juga dibuat berdasarkan permintaan yang diterima oleh alumni
dan hasil pemerhatian yang dibuat semasa hari terbuka, pameran
pendidikan dan lawatan korporat ke institusi kerajaan/swasta, dimana
rata-rata daripada golongan bekerja lebih cenderung untuk mengikuti
kelas secara RL kerana mod sebegini lebih memudahkan pihak mereka
untuk mengikuti kelas secara dalam talian daripada rumah masing-
masing kerana kelas hanya dijalankan hujung minggu sahaja dan masa
mereka lebih dapat dimanfaatkan lagi memandangkan mereka tidak
perlu memandu ke kuliah. Selain daripada itu, sekiranya mod ini juga
dapat disasarkan kepada pasaran yang lebih luas iaitu daripada
Sabah/Sarawak/Labuan dan juga negara-negara luar yang mampu
menarik lebih ramai lagi prospek antarabangsa untuk mengikuti
program di UMCCed. Justeru, mod ini dicadang merupakan satu sistem
budaya pembelajaran yang baru kepada kaedah PdP di UMCCed.
76
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 4
PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF DILUASKAN
KEPADA LEPASAN SPM
1. Rasional Pembaharuan
Penawaran dan strategi pemasaran bagi Program Diploma Eksekutif
difokuskan/diluaskan kepada golongan lepasan SPM yang mempunyai
pengalaman bekerja sepanjang tempoh pembelajaran menengah atas.
Cadangan ini adalah sebagai salah satu strategi dalam meningkatkan
lagi unjuran pelajar mendaftar ke Program Diploma Eksekutif, maka
adalah wajar sekiranya pasaran DE ini juga difokuskan kepada
golongan sasar pelajar lepasan SPM yang mempunyai pengalaman
bekerja sepanjang tempoh mereka berada di sekolah.
Hasil daripada penelitian, ramai di antara pelajar yang beranggapan
bahawa apabila mereka menamatkan belajar tidak kira walaupun
hanya di peringkat SPM, terus bekerja merupakan langkah yang
terbaik. Mereka yakin bahawa dengan bekerja mereka mampu
menimba pelbagai ilmu yang berguna bukan sahaja terhad hanya di
dalam kelas sahaja. Bagi mereka pembelajaran di dalam kelas dan di
dunia sebenar itu sangat berbeza.
77
2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan
Sedia Ada Pembaharuan
Program Diploma Eksekutif Pemasaran Program Diploma
Fokus Pemasaran: Eksekutif Diluaskan Kepada
Golongan bekerja sahaja
Golongan Lepasan SPM Yang
Program Diploma Sepenuh Mempunyai Pengalaman
Masa
Fokus Pemasaran: Bekerja Semasa Di Bangku
Golongan lepasan SPM Sekolah
Ini memperkayakan lagi bidang
pengajian serta mod
pembelajaran di peringkat
diploma untuk golongan lepasan
SPM
78
3. Perincian Pembaharuan
Kaedah:-
1.UMCCed akan meluaskan jaringan pasaran dan lawatan-lawatan
ke sekolah dalam mengenal pasti prospek untuk mengikuti kelas
secara separa masa. Konsep dan penekanan untuk para pelajar
menyambung pengajian bukan hanya melibatkan ilmu dan
kemahiran semata-mata, tetapi juga dapat membantu pelajar
mempelajari kemahiran insaniah yang akan menjadi nilai tambah
kepada mereka. Kemahiran insaniah ini merangkumi komunikasi
yang baik, kerja berpasukan, perundingan, pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah. Setiap satu daripada ini boleh memberi nilai
tambah kepada pekerjaan masa depan terutama dalam industri
yang diceburi.
2.Selain daripada itu, pihak jualan dan pemasaran UMCCed juga
akan turut memperkasakan lagi hubungan baik bersama unit
kaunseling sekolah di seluruh negara dalam memastikan hasrat ini
tercapai dan dalam meningkatkan lagi pengambilan ke program DE
pada satu-satu ambilan.
3.Selain daripada itu, satu MoU/MoA bersama universiti-universiti
yang dikenal pasti juga akan dibuat berhubung laluan
masuk/pathway untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana
muda di UA/IPTS oleh para pelajar DE adalah terjamin.
79
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 5
PENUBUHAN SEKOLAH SWASTA
"SRI MALAYA"
1. Rasional Pembaharuan
Selain daripada cadangan-cadangan penjanaan di atas, UMCCed juga
bercadang untuk menubuhkan sekolah menengah swasta dengan
kerjasama UKM Holdings. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan
untuk melonjakkan lagi pendapatan UMCCed serta sebagai sebuah
produk baharu untuk pembangunan dan kelestarian PSH yang bermula
daripada pendidikan menengah lagi.
Projek ini juga merupakan jangkaan empirikal terhadap masa depan
Asasi, Diploma dan Diploma Eksekutif UMCCed dan anak–anak muda
sebagai pemangkin utama dalam pendidikan Malaysia khasnya.
Penubuhan sekolah menengah swasta ini juga secara tidak langsung
dapat meluaskan segmen pasaran ke golongan M40 dan T20 untuk
mengikuti ke program UMCCed dan seterusnya ke ke Program Saluran
Terbuka Universiti Malaya (SATU).
Selain daripada itu, dengan jenama Universiti Malaya itu sendiri yang
kukuh akan turut mempromosikan masyarakat untuk memilih UM untuk
destinasi pilihan pendidikan sebagai penyedia latihan di peringkat
menengah terutama yang berasaskan sains dan teknologi atau aliran
sastera.
80
Tambahan pula, rentetan daripada perkara 2(2) di atas, maka
diunjurkan dengan adanya sekolah menengah swasta UM ini, maka ia
juga dapat mempromosi dan menarik pelajar antarabangsa untuk
memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk mendapatkan
pendidikan.
2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan
Sedia Ada Pembaharuan
UMCCED hanya memfokus UMCCED meluaskan fokus
kepada program-program pembelajaran sepanjang hayat
pasca persekolahan yang
bertumpu kepada pasaran dengan menawarkan
lepasan SPM, STPM dsb dan perkhidmatan pengajaran dan
golongan dewasa yang telah
bekerja. pembelajaran di peringkat
sekolah menegah.
UMCCED mengambil pelajar
melalui proses promosi
pemsaran dan jualan yang Lepasan sekolah swasta yang
dibuat pada setiap kali ditubuhkan oleh UMCCED
kemasukan
(bersama UM Holdings) ini akan
turut menjadi penyumbang
kepada unjuran pelajar-pelajar
Diploma Sepenuh Masa,
Diploma Eksekutif dan program
SATU secara lebih konsisten
81
3. Perincian Pembaharuan
Kaedah pelaksanaan:-
1.Sekolah swasta yang dicadang ini tidak terhad kepada kepada
silibus KBSM sahaja namun ia akan di selaras dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan dasar persyarikatan Malaysia, serta
mematuhi keperluan guna tenaga negara.
2.Adalah dicadangkan sekolah menengah swasta ini dinamakan
sebagai Seri Malaya High School yang diinspirasikan daripada
nama UM itu sendiri.
3.Sekolah menengah swasta ini juga adalah tertakluk sama seperti
sistem yang dilaksanakan ke atas sekolah-sekolah kerajaan,
namun kadar yuran pengajian adalah diunjurkan adalah berbeza.
Dicadangkan sebanyak RM16 ribu yuran pengajian dikenakan
kepada pelajar dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan juga akan
dikenakan supaya ia tidak akan merugikan kepada Universiti.
4.Sekolah menengah swasta ini dicadang akan dilaksanakan mulai
kemasukan tahun 2024 dengan mengambil kira permohonan
penubuhan sekolah swasta ini juga perlu mendapatkan kelulusan
daripada Jabatan Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
5.Unjuran pelajar pada tahun tersebut adalah dianggarkan seramai
50 orang pelajar mendaftar bagi satu-satu kelas untuk tempoh
setahun. Manakala cadangan struktur organisasi sekolah adalah
terdiri daripada seorang Pengetua, empat (4) orang guru dan
seorang staf sokongan bagi membantu kerja-kerja pentadbiran.
82
Contoh Sekolah yang telah ditubuhkan oleh Universiti
83
84
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 6
AIRBNB ALIBABA ACADEMIA
1. Rasional Pembaharuan
Strategi ini direka berdasarkan Model Perniagaan Airbnb dan AliBaba.
Airbnb ialah pelantar dalam talian yang membolehkan orang ramai
menyenaraikan, mencari dan menyewa penginapan (bilik
perseorangan, pangsapuri, rumah dll) dengan bayaran pemprosesan.
Penyedia penginapan terbesar di dunia ini tidak memiliki walau satu
bilik sekalipun. Airbnb tidak menyewa penginapan daripada hos atau
pemilik premis, tetapi hanya menghubungkan di antara penawaran dan
permintaan bagi kegunaaan premis-premis yang disenaraikan. Model
perniagaan mereka adalah berasaskan perkongsian dan pertukaran
perkhidmatan atas kepercayaan. Begitu juga Alibaba Group yang
menjalankan perniagaan tanpa mempunyai inventori. Tumpuan utama
Alibaba adalah untuk menghubungkan pembeli dengan penjual. Buat
seketika, ia bergantung terutamanya pada menghimpunkan penjual
Cina dengan pembeli di seluruh dunia. Nilai Alibaba terletak pada
antara muka perisian, bukan pada produk.
85
3. Perincian Pembaharuan
Berinspirasikan model perniagaan ini, UMCCed akan menyediakan
satu pelantar pembelajaran sepanjang hayat yang menyenaraikan profil
pakar-pakar bidang dari serata Malaysia (pada fasa awal) yang boleh
disemak imbas oleh pengguna yang berminat untuk belajar apa sahaja
daripada mana-mana pakar bidang ini. Yuran dikenakan mengikut
skala dan pembahagian keuntungan secara automatik akan berlaku
diantara UMCCed dan pakar yang dipilih semasa pembayaran dibuat
oleh pengguna. Konsepnya seakan-akan Foodpanda atau Grab yang
menyediakan ilmu dan mutu di hujung jari pengguna. Melalui inovasi ini
UMCCed berhasrat menjadi perintis dalam dunia pembelajaran
sepanjang hayat dalam liputan pakar dan pengguna yg lebih luas.
Berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan seperti Masterclass,
Udemy dan Openlearning, perkhidmatan yang disediakan oleh
UMCCed merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan yang disenaraikan
sendiri oleh pakar, tidak terbatas kepada video dan bahan
pembelajaran semata-mata. Ini termasuk khidmat konsultasi,
rekabentuk, perbincangan, idea, terjemahan, penulisan, perkongsian
ilmu dsb. Pakar-pakar juga boleh bergabung kepakaran untuk
menyenaraikan perkhidmatan secara bersama melalui kaedah gabung
jalin profil di atas pelantar.
86
87
PEMBAHARUAN
(PRODUCT)
NO. 7
MEWUJUDKAN STESEN TV & RADIO UMCCED
1. Rasional Pembaharuan
Radio dan TV merupakan medium utama perhubungan, penyampaian
maklumat dan hiburan. Medium ini sering digunakan oleh Generasi Z.
Generasi Z di Malaysia pula merujuk individu yang lahir antara tahun
1995-2010 yang merupakan golongan sasar untuk prospek di
UMCCed.
Pada masa kini aktiviti yang biasa dijalankan untuk mendekati
golongan sasar ini adalah melalui iklan surat khabar (bercetak), iklan e-
akhbar (dalam talian), edaran surat promosi program, media sosial &
laman web UMCCed, SMS blast, emel blast, pengiklanan di radio &
television, dan kain rentang. Selain dari itu WhatsApp blast dan virtual
booth turut di perkenalkan bagi tujuan penjimatan kos pemasaran
88
Justifikasi
a. Kewujudan stesen radio dan televisen ini penting kerana:
Radio dan TV sebagai medium memperkasa konsep pendidikan
sepanjang hayat. Tujuan awal penubuhan radio digunakan untuk
membangunkan industri pertanian di Malaysia satu masa dahulu. Dari
itu UMCCed boleh menggunakan idea yang sama bagi memartabatkan
konsep pendidikan sepanjang hayat yang dipelopori semenjak
penubuhannya pada 1998.
b. Radio sebagai sumber pendidikan
Radio dan TV juga berfungsi sebagai sumber pendidikan dan
penyampaian maklumat terkini melalui program dan informasi semasa
yang mendidik masyarakat. Informasi dapat disampaikan dengan lebih
cepat dan meluas melalui radio dan TV. Oleh itu, radio dan TV
digunakan untuk mendapatkan berita terkini dan memenuhi masa
lapang (Mahat Jamal, 2014). Maklumat yang berterusan daripada
siaran radio dan TV menjadikan ianya satu platform yang mudah untuk
diikuti oleh masyarakat pada bila-bila masa.
c. Radio sebagai medium perang saraf
Sebelum kewujudan media sosial, radio dan TV menjadi medium
utama perang saraf untuk mempengaruhi pemikiran manusia.
Contohnya, penyebaran propaganda bagi memarrtabatkan pendidikan
sepanjang hayat di Malaysia. Radio dan TV digunakan untuk
mempengaruhi minda masyarakat dalam meneruskan usaha mencari
ilmu.
89
Pada masa kini, media arus perdana seperti radio dan TV menjadi
penyumbang kandungan utama kepada informasi di media sosial
(Ahmad Saufiyyan, 2017). Penyatuan ini memberi kuasa berganda
kepada siaran radio dan TV. Ini kerana radio dan TV merupakan media
arus perdana yang dianggap mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi
berbanding media sosial.
d. Radio dan TV sebagai terapi
Radio dan TV merupakan medium terapi yang berkesan. Radio dan TV
juga berperanan menajamkan keupayaan dan kemahiran mendengar
khususnya kepada Generasi Z yang kini lebih terdedah dengan
penggunaan gajet. Ini dapat melatih daya tumpuan untuk mendengar
dengan lebih efektif.
Kebanyakan pengguna yang mendengar radio terutamanya,
mendengar muzik bagi meredakan tekanan dan menghilangkan
kebosanan (Norshafawati, Asiah & Fauziah, 2007). Radio dan TV juga
berperanan sebagai medium untuk berinteraksi. Komunikasi dua hala
dapat meningkatkan minat pendengar kepada radio (Leung, 2003).
Radio dan TV menjadi tempat pendengar meluahkan masalah atau
berkongsi sesuatu menerusi siaran yang di ikuti. Disc jockey atau lebih
dikenali sebagai DJ radio atau pengacara bukan sahaja berperanan
mengendalikan penyusunan lagu dan rancangan semasa, mereka juga
perlu membina personaliti tersendiri agar pendengar dapat merasakan
mereka rapat dengan DJ/ pengacara. Hubungan ini sekaligus
menjadikan pengikut bukan sahaja selesa malah mahu berkongsi
pengalaman mereka sama ada pengalaman menggembirakan atau
sebaliknya.
90
Situasi ini merupakan satu bentuk terapi yang mampu dilakukan agar
pengikut mahu terus berinteraksi tanpa perlu bersemuka dengan DJ
atau pengacara dan pengikut.
Bagaimanapun, zaman telah berubah. Kewujudan televisyen yang
diikuti dengan internet dan media baharu dijangka mengubah peranan
dan fungsi radio dan TV bagi remaja Malaysia masa kini yang telah
memasuki fasa Generasi Z.
Daripada populasi pelajar UMCCed di dapati majority pelajar adalah
dalam fasa Generasi Z dan selebihnya adalah dalam kategori Generasi
X&Y.
e. Peluang Baharu
Daripada pencarian yang dilakukan belum ada mana-mana IPT di
Malaysia yang mempunyai setesen TV mereka sendiri. Dari itu
UMCCed akan menjadi pelopor kepada perkara ini dan dalam masa
yang sama dapat menyumbang kepada kerjasama diantara setesen TV
sedia ada iaitu NTV7 dan ASTRO dalam menyiarkan program
pendidikan di peringkat tinggi.
91
3. Perincian Pembaharuan
Cadangan
a.Mewujudkan Stesen Radio dan TV di UMCCed
Nama Stesen: C-Set Media, yang mengandungi;
Stesen Radio: Radio Malaya
Stesen TV: UMCCed TV
b. Logo
c. Keperluan Stesen
Permohonan Lesen Akta Komunikasi & Multimedia 98 melalui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
92
PERALATAN STUDIO (Anggaran Kos)
93
d. Keperluan DJ dan Pengacara
Kualiti penyampai yang mempunyai suara yang mantap, segar,
bertenaga dan ceria perluan disediakan bagi memastikan tumpuan dan
kesetiaan peserta dikekalkan.
e. Keperluan pasukan penerbitan
Satu pasukan / unit penerbitan perlu di wujudkan. Keanggotaan perlu
terdiri dari:
1.Penerbit: Penerbit – merancang, memulakan, menyelaras,
menyelia dan mengawal hal-hal pembiayaan, mengupah
kakitangan utama dan berunding dengan pengedar. Penerbit ini
terlibat sepanjang semua fasa proses dari pembangunan awal
hingga projek disiapkan.
2.Penerbit eksekutif: Adakalanya boleh menjadi wakil atau CEO
untuk projek. Biasanya, penerbit eksekutif menyelia aspek-aspek
kewangan, pentadbiran dan kreatif dalam penerbitan, biarpun tidak
semestinya berkeupayaan teknikal.
3. Penerbit bersama: Penerbit yang melapor kepada Penerbit atau
Penerbit Eksekutif; Dalam projek yang lebih besar, penerbit
bersama lebih melibatkan diri dalam penerbitan seharian sebagai
penerbit langsung.
4.Penerbit bersekutu: Biasanya bertugas sebagai wakil Penerbit,
yang mungkin berkongsi tanggungjawab kewangan, kreatif atau
pentadbiran yang diwakilkan dari penerbit itu. Biasanya bertindak
sebagai penasihat, ataupun dikurniakan sebagai tanda
penghargaan kepada sesiapa yang memberikan sumbangan
kewangan, kreatif atau fizikal yang besar kepada penerbitan.
5. Penyelia penerbitan: Melakukan tugas pengurusan.
6. Pengurus penerbitan: Menguruskan studio.
7. Penyelia pascapenerbitan: Menyelia pasukan pascapenerbitan.
94
f. Cadangan Pengisian
Mengandungi 4 saluran iaitu:
1.Today's Topic,
2.Anak Kita,
3. Istimewa
4.Diskusi Srikandi
Konsep penyiaran:
1.Pemilihan lagu yang terkini, segar, pelbagai, menarik dan
menghiburkan
2. Mengandungi lawak jenaka yang bijak dan sesuai dengan situasi
3.Mengandungi informasi dan ilmu yang bermanfaat
4. Mengandungi elemen pendidikan dan pembangunan diri
5.Dapat membantu remaja meredakan stres
6. Kualiti penyampai yang mempunyai suara yang mantap, segar,
bertenaga dan ceria
7.Berupaya meningkatkan penguasaan bahasa terutamanya Bahasa
Inggeris secara langsung atau tidak langsung
8. Mempunyai unsur pertandingan seperti ‘games’
9.iMempunyai ruang untuk remaja melibatkan diri atau berinteraksi
dengan penyampai atau program secara langsung
10. Pengendalian rancangan yang santai
95
h. Contoh Radio Universiti Tempatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) – UFM
UFM dikelola oleh pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian
daripada petugas konti. Dipantau oleh petugas atau pensyarah dari
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
- Bersiaran secara langsung sepanjang hari bekerja, hujung minggu
dan malan hanya diputarkan lagu yang telah disusun.
96
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Radio UTHM
Pautan konti radio UTHM: https://www.facebook.com/watch/?
v=2373346879379146
Deejay bertugas terdiri daripada lantikan luar yang berpengalaman
15 segmen
i. Ajernyer Yer!
ii. Apa cer?
iii. Aper-aper Jer
iv. He Says She Says
v. Hi Hello
vi. Ini Retro
vii. Interpersonal Skills
viii. Jom Speaking Berhabuk!
ix. Kesihatan
x. Nak tahu Tak?
xi. Ohsemcrew
xii. Santai
xiii. Sembang Kampus
xiv. Sukan
xv. Warisan
Beroperasi selama 24 jam melalui atas talian, beroperasi di Pusat
Pembelajaran Atas Talian Tahap Global, FKEE, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.