The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perancangan Strategik 2 Tahun UMCCED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrulmizan, 2022-11-21 07:52:56

PS2T

Perancangan Strategik 2 Tahun UMCCED

97

Universiti Putra Malaysia – Putra FM
Dikelola oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Carta Putra FM (lagu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
berdasarkan lagu-lagu terkini)
Stesen Putra FM ditubuhkan bagi menyokong program akademik
Komunikasi.
Mempunyai peruntukan khas untuk menaiktaraf unit penerbitan
radio sebagai Stesen Radio Kampus
Universiti Malaya – UMalaya

Dikelola oleh pelajar-pelajar dibawah naungan Bahagian Hal Ehwal
Pelajar UM
Menyediakan peluang kepada mahasiswa yang cenderung secara
serius dalam bidang kewartawanan, penyiaran, penyampaian dan
kesenian untuk mempertajamkan lagi bakat dan pengetahuan
mereka dalam bidang ini.

98

Universiti Putra Malaysia – Putra FM
Universiti Sains Islam Malaysia – Radio USIM/ USIMTV. Rujukan:
https://www.usim.edu.my/ms/
Lim Kok Wing – Wings Radio
Sunway University – Sun FM
Universiti Sains Malaysia – Radio USM
Universiti Malaysia Terengganu – UMT FM
Universiti Malaysia Pahang – UniMAPfm
Universiti Malaysia Sabah – UMSfm
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Radio Midas UKM
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – TMFaceLive: Online
Radio

Contoh Radio Universiti Luar Negara

Chulalongkorn Universiti – CU Radio. Stesen Radio CU beroperasi
pada frekuensi FM 105.5 dan menghasilkan pelbagai program
berita, maklumat akademik dan hiburan. CU Radio berperanan
untuk mempromosikan seni, budaya dan pengetahuan kepada
masyarakat umum.
Universiti Brunei Darussalam – UBD FM. UBD FM ialah stesen
radio kampus rasmi Universiti Brunei Darussalam. Ia diurus dan
dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar UBD sendiri dari pelbagai
bidang pengajian.
University of New England – TUNE! FM
TUNE!FM (ACMA callsign: 2UNE) ialah stesen radio kampus
Universiti New England (UNE),. Ditubuhkan pada tahun 1970,
stesen ini merupakan penyiar universiti tertua di Australia,
berkhidmat untuk pelajar, kakitangan UNE dan komuniti.

99

University of Santo Tomas, Philippines – UST Tiger Radio
Istanbul Technical University – Radio ITU
University of Birmingham – Burn FM
University of Bristol – BURST FM
Universitas Indonesia – RTC UI FM
Universitas Brawijaya – Radio UB
Universitas Tarumanagara – Radio UNTAR
University of Malta – L-Universita Ta’ Malta
University of Balochistan – Campus radio FM 96.6
Korea University – Korea University Broadcasting Station (KUBS)
The Open University of Japan – Radiko (Housou-Daigaku)

100





PEMBAHARUAN
(PEOPLE)

101

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 1

ROMBAKAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI
SEDIA ADA

1. Rasional Pembaharuan

1.Memastikan sistem KPI baharu yang akan dirangka ini selaras
dengan KPI Universiti/Ptj

2.Menambah baik kecekapan/cara/kaedah penilaian prestasi kerja
staf secara komprehensif dan bersifat jangka panjang yang
bertujuan untuk mengukuh dan meningkatkan tahap
profesionalisme, kualiti dan produktiviti kakitangan

3.Memastikan sistem skala penilaian dan wajaran penilaian yang
digunakan adalah lebih munasabah, tepat dan efektif

4.Kaedah penilaian yang digunakan sekarang tidak dikemas kini
sejak tahun 2018 untuk menampung keperluan semasa menilai
prestasi staf bagi mencapai visi, misi dan KPI yang dilatakan
universiti kepada Ptj. Penilaian sedia ada ini juga telah tidak lagi
digunapakai di UM.

5.Pelaksanaan sistem baharu juga akan memfokuskan kepada
penjanaan pendapatan sekaligus dalam usaha meningkatkan
kompetensi staf agar ia seiring dengan
keperluan/cabaran/kehendak PTj.

102

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Sejak tahun 2018, UMCCed Justeru, bagi tujuan
telah mula menggunakan [Staff penambahbaikan dan
Performance Management pemantapan sistem pengurusan
System (SPMS)] yang penilaian prestasi sedia ada
dibangunkan dalam web iHRIS tersebut, maka dicadangkan
seperti mana yang diguna pakai sistem berkenaan dirombak
oleh UM pada tahun 2015-2017. supaya penilaian yang lebih
Sistem penilaian ini lebih tersasar kepada objektif, hasrat
tertumpu kepada penghasilan dan KPI Universiti/Pusat dapat
kerja mengikut senarai tugas dicapai. Selain daripada itu,
staf, kompetensi, sumbangan rombokan ini juga adalah
idea/inovatif atau sumbangan bertujuan dalam memastikan
luar/aktiviti dan pencapaian bahawa penilaian yang dibuat
serta prestasi kehadiran oleh Ketua Jabatan adalah lebih
adil dan telus kepada semua

staf.

103

3. Perincian Pembaharuan

1.Sistem penilaian baharu ini akan terlaksana kepada staf akademik
dan juga staf pentadbiran dimana ia yang akan melibatkan satu
kitaran proses seperti berikut: Perancangan/penentuan KPI PTj —>
penentuan sasaran kerja Jabatan —> penentuan matlamat —
>implementasi kerja dan sistem pemantauan —> penyediaan
laporan —> penilaian prestasi.

2.Sistem baharu ini juga secara langsung akan memfokuskan dan
menekankan kepada peranan Ketua Jabatan dan Ketua Projek
kerana ianya amat penting dalam konteks penilaian yang dibuat
kepada semua staf agar apa jua unjuran/penetapan sasaran KPI
tahunan PTj dapat dicapai dan digalas oleh semua pihak.

3. Keberkesanan sistem ini akan memerlukan kerjasama di antara
PPP dan PPK untuk menentukan dan merancang aktiviti/sasaran
kerja di peringkat Jabatan/Projek berpandukan kepada
sasaran/matlamat PTj. Aktiviti berkaitan juga perlu diselaraskan
dengan dasar, perancangan, sasaran dan strategi PTj.

4.Selain daripada itu, dengan adanya kaedah penilaian ini juga, PPP
dan PPK akan perlu memantau secara berkala dan perlu menilai
(review) pencapaian dari semasa ke semasa, bagi setiap KPI di
bawah selian masing-masing. Perkara ini juga akan membantu
untuk mengenalpasti isu/permasalah yang timbul dan pelan
penambahbaikan atau pembetulan segera tanpa menunggu pada
akhir tahun. Penambahbaikan yang lebih efektif dan kaedah
modifikasi yang berkesan dapat dilaksanakan untuk memastikan
bahawa segala perancangan yang dibuat dapat dicapai

104

CONTOH

Sistem lama (SPMS) - SKT staf tidak menjurus kepada Sasaran/KPI
PTj
Disertakan beberapa contoh KPI staf pentadbiran UMCCed

105

Cadangan sistem baharu:

106

107

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 2

PENILAIAN PRESTASI KAKITANGAN
SECARA BERKALA & BERTERUSAN

1. Rasional Pembaharuan

Prestasi penghasilan atau penyampaian perkhidmatan perlu diukur,
dinilai, dipantau dan ditambah baik secara berterusan supaya kualiti
perkhidmatan serta momentum kecekapan berkekalan sehingga akhir
tahun.

1.Memastikan bahawa pencapaian semasa dapat diukur dan
tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera sekiranya
diperlukan.

2.Memastikan kesemua kakitangan bergerak seiring ke arah objektif
yang sama bagi mencapai visi dan misi organisasi yang telah
ditetapkan

3.Memastikan pekerja mengetahui dengan jelas keputusan prestasi
penilaian yang diperlukan dan memberi khidmat nasihat jika
diperlukan.

4.Memberi program latihan dan pembangunan bersesuaian kepada
pekerja supaya mereka dapat memperbaiki dan mencapai prestasi
yang dikehendaki.

108

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada

Wajaran Indikator
Penilaian Prestasi
Prestasi Awal Tahun
Akhir Tahun

















Pembaharuan

PTF 1 PTF 2 PFT
T PTF 4 PTF 5
Penilaian
Penilaian

Tidak Formal
Tidak Formal




























Wajaran Indikator Prestasi Awal Tahun
Penilaian Prestasi Akhir Tahun

Petunjuk:
PTF: Penilaian Tidak Formal
PFTT: Penilaian Formal Tengah Tahun

109

Penilaian Prestasi Secara Formal

1.Penilaian prestasi secara formal perlu dilaksanakan paling
minimum dua (2) kali dalam setahun atau lebih untuk mengekalkan
momentum perkhidmatan berkualiti sepanjang tahun. Penilaian
akan dibuat secara individu dan juga secara kumpulan dengan
penetapan KPI berdasarkan projek, dan akan dibuat pada
pertengahan dan akhir tahun.

2.Penilaian prestasi tidak formal merujuk kepada penilaian yang
dilaksanakan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Projek sebanyak 4
kali setahun bagi memastikan pekerja cakna tentang kemajuan
mereka dari masa ke semasa. Sistem penilaian prestasi tidak
formal ini mensyaratkan Ketua Jabatan/Ketua Projek untuk menilai
mengikut template yang diberikan dan menghantar salinan
keputusan penilaian kepada:
a.Jabatan Sumber Manusia (untuk dimasukkan dalam fail
kakitangan yang berkenaan)
b.Pejabat Pengarah
c.Kakitangan yang berkenaan.
Salinan keputusan yang diberikan kepada kakitangan perlu lah
dibuat secara email rasmi DAN melalui diskusi bersemuka yang
bertujuan untuk memberi penjelasan kepada kakitangan berkaitan
aspek positif dalam kerja, ruang penambahbaikan dan masalah
yang mereka hadapi. Oleh kerana maklum balas tidak formal lebih
terbuka dan jujur, maka pemantauan secara formal akan kurang
digeruni oleh pekerja dan ianya tidak akan menjadi satu kejutan
dan tidak mewujudkan stres di kalangan pekerja.

110

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 3

PELAKSANAAN POLISI
INSENTIF VS PENALTI

1. Rasional Pembaharuan

1.Menjadi faktor motivasi kepada kakitangan
2.Mewujudkan persekitaran kerja positif dan produktif berdasarkan

konsep gamifikasi dalam industri
3.Meningkatkan semangat, kepuasan kerja dan penglibatan dalam

fungsi organisasi apabila prestasi dan produktiviti yang luar biasa
dapat dicapai.

111

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Insentif Kewangan Insentif Kewangan


Pemberian insentif prestasi
kepada kakitangan adalah Pemberian insentif prestasi kepada
daripada peruntukan bayaran kakitangan adalah daripada
sebanyak 10% dpd keuntungan
bersih tahun tersebut. peruntukan bayaran sebanyak 10%
dpd keuntungan bersih tahun
Kakitangan yang layak terima tersebut.
imbuhan prestasi ni perlu

memenuhi syarat-syarat berikut: Kakitangan yang layak terima
imbuhan prestasi ni perlu
Telah berkhidmat di UMCCed
sekurang-kurangnya 1 tahun memenuhi syarat-syarat berikut:
sehingga 31 Disember tahun Telah berkhidmat di UMCCed
berkenaan sekurang-kurangnya 1 tahun
Tidak mempunyai rekod sehingga 31 Disember tahun
hukuman tatatertib dalam berkenaan
tahun tersebut Tidak mempunyai rekod
Markah penilaian prestasi bagi
tahun tersebut hendaklah hukuman tatatertib dalam tahun
melebihi 65.0% tersebut
Tidak meletak jawatan pada
tahun tersebut Markah penilaian prestasi bagi
Tidak bercuti tanpa gaji lebih tahun tersebut hendaklah
daripada 30 hari secara melebihi 80.0%
kumulatif pada tahun tersebut
Sistem Penalti: TIADA Tidak meletak jawatan pada
tahun tersebut

Tidak bercuti tanpa gaji lebih
daripada 30 hari secara

kumulatif pada tahun tersebut
Sistem Penalti: TIADA

112

3. Perincian Pembaharuan

Pelaksanaan insentif adalah melalui langkah-langkah berikut;

a. Insentif Kewangan
Insentif dalam bentuk kewangan akan diberikan, sama ada dalam
bentuk sekaligus atau berkala berdasarkan pencapaian dan prestasi
yang ditonjolkan.

b. Insentif Sosial
Insentif sosial merujuk kepada ganjaran bukan berbentuk wang seperti
penghargaan, anugerah dan peluang untuk mencapai dan
mengembangkan kerjaya.

c. Kenaikan Pangkat
Insentif di dalam bentuk kenaikan pangkat setelah berjaya mencapai
dan melangkaui tahap yang dikehendaki. Usaha keras dan bijak dalam
menjalankan tugas bagi mencapai visi dan misi UMCCed akan dibalas
dengan penghargaan di atas pencapaian dan prestasi tersebut.

Penalti yang dimaksudkan pula adalah merujuk kepada tindakan
penamatan perkhidmatan kakitangan sekiranya didapati bermasalah
atau tidak menunjukkan prestasi yang baik di dalam perkhidmatan.

113

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 4

RUANG KERJA KOLABORATIF UNTUK
MENINGKATKAN KREATIVITI & PRODUKTIVITI

1. Rasional Pembaharuan

Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Google, Apple, DHL dan lain-
lain telah menyediakan ruangan kerja yang lebih santai kepada
kakitangan mereka. Ruangan ini jauh berbeza dengan susunan pejabat
lama yang nyata terlalu mengikat, statik dan membosankan. Syarikat-
syarikat ini telah menyediakan ruangan kerja yang lebih ceria dan
menenangkan untuk menjalankan tugasan.

1.Ruang kerja yang lebih santai dan ceria akan menjana kreativiti dan
produktiviti dikalangan kakitangan

2.Kakitangan tidak terhad kepada satu tempat kerja sahaja dan ini
menyokong inisiatif ke arah multitasking

3.Kakitangan boleh mengubah tempat dan sudut pandangan pada
bila-bila masa untuk mendapatkan idea yang lebih baik dan lebih
keselesaan dalam melangsaikan tugas masing-masing

4.Menjadikan kakitangan lebih aktif dengan lebih banyak pergerakan
fizikal

5.Lebih banyak interaksi antara satu sama lain dan kerjasama
berkumpulan

114

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

Ruang kerja yang tidak kondusif Mewujudkan ruang kerja terbuka
dan efektif untuk tugasan (open concept) dan kolaboratif
dilakukan secara rentas tanpa sempadan bagi
unit/jabatan. menggalakkan kerja rentas
portfolio dan jabatan.
Contoh:Pembahagian Memansuhkan penggunaan
penempatan mengikut tingkat kubikel dan mempermudahkan
dan penggunaan perkongsian info agar
cubicle/partition kerja yang komunikasi di antara staf
membataskan keupayaan berlainan portfolio dan jabatan
interaksi secara berkumpulan dapat diluaskan, selain dapat
menguatkan penyatuan
(oneness)di kalangan mereka.

115

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan (samb)

Sedia Ada Pembaharuan

116

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan (samb)

Sedia Ada Pembaharuan

117

3. Perincian Pembaharuan

Setiap jabatan dan kumpulan projek akan diberikan ruang pejabatnya
sendiri. Kakitangan tidak diberikan meja sendiri (designated table) dan
boleh berpindah ke mana-mana sudut yang disukai tanpa sebarang
halangan.

Terdapat ruangan tertentu yang disediakan seperti:

1.Ruang kerja kolaboratif- ruangan ini menggalakan kerja secara
berkumpulan. Susunan perabot dalam bentuk kelompok (clump)
seperti susunan meja gaya “boardroom” adalah yang paling biasa
digunakan.

2.Ruang Breakout - ruangan ini digunakan untuk kakitangan
menyelesaikan tugasan dengan gaya santai. Jenis perabut yang
digunakan adalah sofa, ‘bean bag’, hamparan gebu dan kotak sofa
perbincangan

3.Bilik telefon - bilik ini digunakan khas bagi mereka yang ingin
berbincang dengan klien melalui telefon tanpa mengganggu
kakitangan lain

4.Bilik mesyuarat interaktif - bilik mesyuarat ini dilengkapi dengan
monitor skrin sentuh, paparan projektor dengan kapasisi definisi
tinggi (high definition) dan lain-lain

5.Bilik permainan - bilik ini menyediakan permainan arked dan juga
permainan konsol untuk memberi peluang kepada kakitangan yang
perlukan rehat sekejap (short break) daripada kerja yang dilakukan

6.Kawasan rehat (lounge area) - Satu ruangan atau kawasan
diwujudkan untuk kakitangan beristirahat sementara yang
dilengkapi dengan mesin kopi, mesin layan diri (vending machine),
pantri dan kerusi meja

118

Pejabat Jabatan-Jabatan (Contoh 1)
Pejabat Jabatan-Jabatan (Contoh 2)

119

Pejabat Projek-Projek (Contoh 1)
Pejabat Projek-Projek (Contoh 2)

120

Bilik Telefon/Web Call/Whatsapp Call
Bilik Mesyuarat Interaktif

121

Kawasan Rehat Kakitangan (Staff's Lounge Area)
Bilik Permainan

122

Breakout Area
Nap Pods

123

Tiada contoh yang boleh diperolehi untuk menunjukkan implementasi
ruangan kerja tanpa sempadan di universiti, tetapi terdapat contoh-
contoh implementasi daripada syarikat/industri.

Pejabat Google Malaysia, Kuala Lumpur

Ibu Pejabat Netflix, California

124

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 5

PERLAKSANAAN JADUAL WAKTU
KERJA ANJAL (FLEXIBLE)

1. Rasional Pembaharuan

Selain daripada pengurusan modal insan dengan langkah strategik
yang telah dinyatakan, UMCCED turut ingin memperkenalkan jadual
waktu kerja anjal dan fleksibel kepada kakitangan sebagai salah satu
bentuk usaha yang menyokong kearah pembangunan modal insan
yang lebih produktif dan mampu menyumbang kembali keada
pembangunan UMCCED itu sendiri.

Rasional pelaksanaan cadangan ini adalah kerana;

1.Menyelesaikan isu keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan
pekerja

2.Meningkatkan produktiviti kakitangan UMCCED
3.Mengurangkan tekanan kepada pekerja yang menghidap penyakit

kronik atau kelainan upaya mahupun kepada pekerja yang
menguruskan ahli keluarga di dalam tanggungan yang berada di
dalam kategori tersebut secara khusus
4.Memberikan nilai tambah UMCCED sebagai majikan yang cakna
dengan isu pengurusan kehidupan pekerja

125

2. Pembaharuan Yang Akan Dilaksanakan

Sedia Ada Pembaharuan

126

3. Perincian Pembaharuan

Pelaksanaan jadual waktu kerja anjal ini bukanlah sesuatu yang baru
kerana semasa negara dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0, sektor-sektor ekonomi tertentu termasuk sektor pendidikan
telah dibuka tetapi dengan kawalan pergerakan yang ketat dan hanya
30% sahaja dibenarkan berada di pejabat sementara selebihnya akan
menjalankan tanggungjawab dari rumah (work from home). Hanya
jabatan-jabatan yang menjalankan fungsi-fungsi penting seperti
kewangan, pentadbiran dan sumber manusia sahaja perlu datang ke
pejabat. Kejayaan pelaksanaan ini jelas menunjukkan hanya jabatan-
jabatan tertentu sahaja perlu berada di pejabat manakala jabatan lain
boleh menjalankan tugasan mereka dari rumah.

Justeru itu, pelaksanaan jadual waktu kerja anjal diyakini mampu
membawa lebih banyak kebaikan dan kelebihan kepada kakitangan
UMCCed. Ini kerana telah terbukti tidak semua kakitangan perlu berada
di pejabat sepanjang masa untuk menjalankan tugasan mereka. Untuk
menjalankan tugasan mereka hanya perlukan komputer riba (laptop)
dan capaian internet yang baik. Sebagai contoh perekabentuk
(designer) tidak perlu untuk berada di pejabat sepanjang masa, mereka
boleh berada di rumah atau di mana-mana sahaja dengan syarat ada
komputer riba dan capaian internet. Arahan untuk menjalankan tugasan
boleh diberi dalam bentuk bertulis seperti hantaran WhatsApp atau e-
mel dan juga melalui panggilan telefon. Rekabentuk (design) yang
sudah siap juga boleh dihantar melalui hantara WhatsApp atau e-mel
untuk disemak dan disahkan. Jadi, pelaksanaan ini adalah wajar dan
boleh diimplementasikan.

127

Berikut adalah jenis-jenis jadual waktu bekerja anjal:

128

Contoh organisasi yang telah melaksanakan waktu kerja fleksibel
adalah Google . Google telah memilih untuk mengutamakan fleksibiliti
dan kesejahteraan pekerjanya dengan pelaksanaan waktu kerja
fleksibel dengan memantapkan penyediaan medium komunikasi
antara majikan dan pekerja serta keperluan tempat kerja hibrid. Majoriti
pekerja Google amat selesa dengan menikmati fleksibiliti bekerja dari
rumah beberapa hari seminggu.

129

Contoh pelaksanaan jadual waktu kerja anjal:

130

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 6

PELANTIKAN PANEL PENASIHAT
INDUSTRI & PROF ADJUNG

Cadangan ini dikemukakan susulan daripada hasrat, visi dan misi
Universiti Malaya Strategic Plan (UMSP) 2021-2025 yang melibatkan
lima (5) teras berikut:

Pillar 1 : Income Generation
Pillar 2 : Teaching & Learning
Pillar 3 : Research & Innovation
Pillar 4 : Talent
Pillar 5 : Entrepreneurship

Justeru, UMCCed secara langsung terlibat dalam teras/pillar 1 iaitu
penjanaan pendapatan yang diperoleh melalui Saluran Terbuka UM
(SATU), Open & Distance Learning (ODL) dan Remote Learning (RL)
dengan lebihan pendapatan bagi ketiga-tiga adalah berjumlah RM33.4
juta. Manakala RM8 juta perlu dijana dari program UMCCed (Diploma,
Diploma Eksekutif, Sijil dan Course Buffet).

Sehubungan itu, bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan
UMCCed serta demi mencapai hasrat Universiti seperti di perkara di
atas, maka inisiatif sebegini dicadang dilaksana di UMCCed.

131

3. Perincian Pembaharuan

Ahli Panel Penasihat Industri dan Profesor Adjung yang dilantik harus
bertindak secara aktif dalam pembangunan dan hala tuju UMCCed.

Panel Penasihat Industri dan Profesor Adjung yang dilantik hendaklah:

1.Mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang khusus kepada
industri atau akademik serta mempunyai sekurang-kurangnya 7
tahun pengalaman dalam bidang berkenaan serta mempunyai
kelayakan yang setara dengan jawatan yang dilantik;

2.Berkebolehan dan ternama/ dikenali masyarakat umum (terutama
bagi lantikan Profesor Adjung) serta diperakui taraf akademik
mengikut jawatan yang dilantik untuk memberikan syarahan
kepakaran dan seminar kepada pengurusan/staf serta berperanan
sebagai penghubung dengan pihak industri luar; dan

3.Calon yang ingin dilantik mestilah terdiri daripada penjawat industri,
badan-badan profesional atau agensi-agensi kerajaan yang
mempunyai pengalaman luas di dalam bidang-bidang di mana
UMCCed memerlukan kepakaran individu berkenaan.

132

Peranan & Tanggungjawab

1.Memudahcara dan membantu meningkatkan jaringan kerjasama
antara pihak UMCCed dengan pihak industri;

2.Memberi nasihat strategik kepada UMCCed terutama dalam
mengenal pasti potensi penajaan/penjanaan kewangan bagi
merangsang pencapaian matlamat/KPI;

3.Memberi maklumbalas (laporan/dapatan) mengenai keberkesanan,
perkembangan dan pencapaian apabila diperlukan;

4.Membantu dan bekerjsama secara tidak langsung bersama
pasukan pemasaran UMCCed; dan

5.Lain-lain tugas yang akan diberikan dari semasa ke semasa.

Tempoh lantikan

Dicadangkan tempoh lantikan bagi JPPU dan Profesor Adjung yang
dilantik adalah satu (1) hingga dua (2) tahun dan boleh dilanjutkan satu
(1) tahun lagi berdasarkan keperluan.

133

Kadar Bayaran

Berdasarkan bidang tugas seperti yang dinyatakan dalam perkara (5) di
atas termasuk lain-lain perkhidmatan khusus dalam membangun
UMCCed, maka cadangan bayaran yang dicadangkan adalah seperti
berikut:

134

Bidang Keperluan Penasihatan

Kobolehpasaran Penjenamaan
Graduan & Pemasaran

Teknologi Panel Penjanaan
Maklumat Penasihat Pendapatan

Industri Teknikal &
Multimedia
Jalinan
Kerjasama

Polisi & Dasar Pendidikan Tinggi

Pendekatan PROFESOR Bidang
Pengajaran Tujahan
& Pembelajaran Adjung
Yang
Terkini INDUSTRI & AKADEMIK Diperlukan

Kolaborasi & Koordinasi

135

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 7

PEMERKASAAN JARINGAN ALUMNI

Keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan dalam
pelbagai bentuk adalah penting bagi mengekalkan dan
memperkembangkan pembangunan sesebuah universiti. Setiap alumni
melmpunyai pengalaman yang unik dan berbeza, justeru terdapat
potensi untuk setiap alumni menyumbang kepada universiti dalam cara
dan skala yang pelbagai.

Rasional pelaksanaan bagi memperkasakan hubungan dan jaringan
alumni ini adalah bertujuan;

1.Menghidupkan kembali peranan alumni bagi menyokong universiti
dalam aspek-aspek pengajaran, penjanaan pendapatan dan
khidmat profesional.

2.Melalui pemerkasaan hubungan dan jaringan alumni UMCCED ini
dapat memupuk budaya keprihatinan dan pilantropik untuk
bersama-sama berganding bahu membantu alma mater

136

Peranan alumni sebagai duta kepada UMCCed;

a. Model Teladan dan Inspirasi

Alumni adalah contoh teladan yang berkesan dan mudah diterima oleh
pelajar. Dengan kembalinya alumni ke universiti untuk membantu,
mereka membawa bersama kredibiliti dan justifikasi bahawa universiti
telah berjaya melahirkan graduan berkualiti, yang suatu masa dahulu
melalui cabaran yang serupa yang dilalui oleh pelajar-pelajar kini.

Pengalaman yang dikongsi oleh alumni dengan pelajar sama ada
dalam soal pengurusan masa dan kewangan, pembentukan sahsiah
diri dan watak mahupun bidang kerjaya dapat diterima dengan lebih
baik sebagai panduan dan dijadikan inspirasi oleh pelajar. Dengan cara
tersebut juga alumni dapat membantu memperkukuhkan lagi
keyakinan, menyalurkan semangat dan menyemai budaya seperti
mana hasrat yang universiti ingin sampaikan kepada generasi
pelajarnya.

b. Mentor kerjaya

Persaingan untuk memasuki bidang kerjaya semakin mencabar
berikutan pengeluaran graduan dalam jumlah yang banyak berbanding
penawaran pekerjaan. Peluang pekerjaan adalah lebih kritikal dalam
sektor pekerjaan tertentu. Apabila tiba di tahun akhir pengajian pelajar
terpaksa memikirkan secara lebih serius mengenai soal kerjaya
mereka. Inilah waktu yang sesuai untuk alumni berperanan dengan
memberi khidmat sukarela sebagai mentor dan berkongsi ruang dan
peluang-peluang pekerjaan yang ada di dalam industri, selain
membuka laluan bagi pelajar diterima masuk sama ada untuk
menjalani latihan praktikal atau menimba pengalaman bekerja di
organisasi di mana alumni berada.

137

c. Sumbangan kepakaran

Selain itu alumni boleh menyumbang kepakaran mereka dalam bidang
yang berkaitan dengan profesion mereka bagi membangunkan
program-program pengajian baru di universiti. Kehadiran alumni
sebagai pensyarah jemputan, ahli jawatankuasa penasihat, pakar-
pakar industri dan rakan kongsi projek usahasama dengan universiti
menyambung ‘perjuangan’ mereka untuk menjayakan pembangunan
alma mater.

Dalam bidang penyelidikan industri, alumni boleh membuka pintu bagi
universiti untuk masuk kepada rangkaian industri mereka sama ada di
dalam negara mahupun di luar negara dalam aspek jalinan kerjasama
dan perkongsian pintar. Ini memberi peluang kepada universiti untuk
memakmurkan bidang industri tertentu melalui aplikasi teori yang telah
dianalisa dan diuji bersama-sama dengan pakar-pakar industri yang
lain.

d. Mengukuhkan usaha pengambilan pelajar

Alumni boleh menggalakkan pelajar terutama daripada kalangan
keluarga dan rakan-rakan untuk mempertimbangkan sesebuah
universiti sebagai tempat menuntut ilmu. Alumni boleh menunjukkan
kepada pelajar bagaimana seterusnya untuk menceburi bidang kerjaya
apabila tamat pengajian nanti. Pengalaman di universiti tersebut dan
kejayaan alumni dalam pekerjaan adalah hasil yang nyata yang boleh
menjadi faktor penentu bagi pelajar dalam membuat keputusan
tersebut.

138

Selain itu alumni boleh menjadi duta yang terlibat secara aktif untuk
membantu dalam usaha meningkatkan unjuran pengambilan pelajar .
Contoh inisiatif yang telah dilaksanakan adalah melalui skim Student
Get Student

e. Pengumpulan dana amanah dan wakaf (Endowment)

Alumni terutamanya daripada golongan yang lebih senior yang
merupakan generasi yang lebih stabil daripada sudut ekonomi
berupaya untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar-
pelajar yang miskin di universiti. Ianya seumpama menyalakan lilin
kehidupan yang memberi kesan yang bermakna kepada kelangsungan
perjuangan hidup yang lebih baik bagi pelajar-pelajar tersebut.

139

PEMBAHARUAN

(PEOPLE)
NO. 8

PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN
ALUMNI SECARA FIZIKAL DALAM

KAMPUS

Persatuan alumni yang aktif boleh merangsang pengumpulan dana
amanah yang bertujuan untuk menubuhkan biasiswa, menyokong
aktiviti pelajar, program kebudayaan dan ekspedisi persatuan dan
kelab universiti, membantu penyediaan prasarana untuk pelajar
daripada golongan kurang upaya (OKU) dan menyokong
penambahbaikan di universiti, khususnya di UMCCED. Oleh itu adalah
penting untuk mewujudkan sebuah pusat aktiviti hubungan dan
jaringan alumni UMCCED di premis kampus universiti .

Rasional kepada pelaksanaan ini adalah kerana;

1.Menyediakan satu pusat aktiviti bagi alumni untuk menyumbang
kepada perkembangan dan kemajuan UMCCED

2.Menyediakan prasarana informasi mengenai kegiatan dan hal
ehwal Persatuan.

3.Menganjurkan aktiviti ke arah pembentukan jasmani, emosi,
rohani, dan intelektual yang seimbang.

4.Bekerjasama dengan UMCCED dalam membantu meningkatkan
taraf pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan kepentingan
ahli.

140

Rajah yang ditunjukkan di atas adalah contoh penubuhan Persatuan
Alumni Universiti Malaya dan premis sebagai pusat aktiviti jaringan
alumni Universiti Malaya.

TERIMA KASIH

Hubungi Kami:

https://umcced.edu.my/

+603-2246 3600

[email protected]
Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya, Jalan
Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version