The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by org2778, 2019-10-26 00:30:34

Hadiah Yang Terindah 2019 LATEST

Hadiah Yang Terindah 2019 LATEST

Hadiah
Yang
Terindah



COPYRIGHT AND TRADEMARK PROTECTION

Terbitan :
QALBU TRAINING & CONSULTANT

(JM 0678681-V)
RESILIENCE ¤ LEAD ¤ EXCELLENCE

K02-07, Desa Idaman,
Jalan Prima Utama 1,
Taman Puchong Prima,
4750 Puchong, Selangor
Tel : 607- 8612012
Email : [email protected]

Hakcipta © 2019 Qalbu Training & Consultant

Hak Cipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sekalipun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

izin bertulis daripada Penerbit.

Edisi Pertama September 2019 susunan oleh Majlis Guru Kaunseling Daerah Petaling
Perdana

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
ISBN

KANDUNGAN i
ii
KATA-KATA ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR iii
SECANGKIR KATA SEULAS SEULAS BICARA iv
KATA-KATA ALUAN PPD v
KATA-KATA ALUAN PENASIHAT MGK vi
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MGK vi - vii
JAWATANKUASA PENERBITAN viii
PANEL PENULIS ix
HADIAH YANG TERINDAH x
OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
FOKUS PERKHIDMATAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2
PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID (PPS) 3
4
• BELAJAR BERKUMPULAN 5
• NAK JADI SUPERDUPERMAN? 6
• JIKA KITA HIDUP…….. 7
• REMAJA POSITIF VS REMAJA NEGATIF 8
• CERMIN OH CERMIN....... 9
• 3M (MENGHARGAI, MENGHORMATI, MENYAYANGI) 10
• PELUKAN BAHAGIA 11
• SUKARNYA NAK BERUBAH 12
• KONSEP KENDIRI 13 - 14
• KETERLIBATAN 15
• MEMPERKASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) DI SEKOLAH 16
• BIJAK MEDIA SOSIAL
• BIJAK MENGURUS MASA 17-18
• HARGAI ZAMAN PERSEKOLAHAN 19
• 6 KAEDAH BERKESAN MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN
20
KAWAN
• SIAPA SAYA? KENAL DIRI 21
22 - 23
PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID (PD) 24 - 25

• FAKTA TENTANG ROKOK 26
• PUNCA & KESAN ROKOK 27 - 28
• TAHUKAH ANDA BAHAYA DADAH 29 - 30
• PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH 31 - 32
• GEJALA BULI 33 - 34
• CERITA BULI 35 - 36
• PENGARUH NEGATIF MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA
• PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH 37
• ANDA BOLEH JADI SMART 38 - 39
• CABARAN, BAGAIMANA MENGHADAPINYA 40 - 42
• KANTOI #SIPENCINTA MONYET 43 - 44
• ADAB DI SEKOLAH 45 - 46
• BENARKAH SEKOLAH ELIT TIADA SALAH LAKU DISIPLIN
• LEWAT…..APA MASALAHNYA? 47
• GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

• KESELAMATAN DI SEKOLAH 48

PERKEMBANGAN KERJAYA (PK) 49

• SEKILAS PANDANG PENDIDIKAN KERJAYA 50 - 51
• TREK KERJAYA 52
• APA ITU RIASEC? 53
• SUKARNYA MEMILIH KERJAYA 54
• CIKGU...BANTU SAYA NAK BANYAK ‘A’ 55
• HALA TUJU SELEPAS SPM 56
• MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA 57
• PERTEMBUNGAN CITA-CITA 58
• BAGAIMANAKAH ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA? 59
• KISAH SEEKOR BELALANG 60
• PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA 61
• 5 LANGKAH MERANCANG KERJAYA 62
• MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA? 63
• KERJAYA DAN KERJA 64
• ANDA BIJAK MEMILIH 65
• PSIKOMETRIK MEMBANTU PILIHAN KERJAYA ANDA 66

PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL (PKM) 67

• GAYA HIDUP SIHAT 68
• HIDUP BAHAGIA 69
• MENGURUS RASA MARAH 70
• JOM BANTU DIRI 71
• 5 STAIL BERFIKIR 72
• 5 PERKARA MEROSAKKAN OTAK 73
• MANISNYA MENJADI REMAJA 74
• ADA APA DENGAN CINTA ? 75
• GEJALA BUNUH DIRI 76
• KETEGASAN DIRI 77
• TEKNIK MENDENGAR EFEKTIF 78
• PASIF DAN AGRESIF BERBANDING ASERTIF 79
• MENGENAL ELEMEN SENSITIVITI DIRI 80

KOLEKSI ARTIKEL BULETIN MGK PETALING PERDANA 2016-2018

RUJUKAN

KATA-KATA ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa Majlis Guru
Kaunseling Daerah Petaling Perdana atas kejayaan menerbitkan buku ‘Hadiah
Yang Terindah’. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, segala usaha
gigih ini merupakan sumbangan yang istimewa dalam memperkasakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Dalam mendepani cabaran dunia pendidikan yang penuh rencam, peranan Guru
Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan wadah dalam menggerakkan
aspirasi pendidikan negara. Keterlibatan pihak sekolah dalam menangani masalah
disiplin dan sosial murid merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh semua
Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Penerbitan buku seumpama ini dapat dijadikan
rujukan oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling dalam menambah nilai perkhidmatan
yang diperlukan. Usaha ini selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk memanusiakan setiap individu berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

‘Hadiah Yang Terindah’ ini diharapkan dapat membantu guru-guru kaunseling
dalam memperolehi idea dan perancangan dalam mendepani isu-isu murid yang
kian mencabar dan kadang-kadang tidak tercapai dek logik akal guru-guru.
Sebagai pendidik, kita perlu mempersiapkan diri seiring dengan perkembangan
isu-isu remaja era globalisasi ini.

Akhir kalam, ikhlas dari lubuk hati saya, kehadiran buku ‘Hadiah Yang Terindah’
daripada Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana adalah tepat pada masanya
sebagai idea dan solusi kepada semua guru amnya dan guru-guru kaunseling
khasnya dalam mendepani isu-isu remaja masa kini.

Sekian, terima kasih.

DR. MAHANOM BINTI MAT SAM
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Selangor.

i

SECANGKIR KATA SEULAS SEULAS BICARA

“Hadiah Yang Terindah”

GBKSM – #bersatu teguh #sentiasa yang terbaik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah, anda memang hebat. Kehebatan sahabat semua dipaparkan melalui
“Hadiah Yang Terindah” merupakan nukilan yang akan menjadi hidangan menarik
sepanjang zaman. Saya bangga dengan kejituan dan kesungguhan sahabat
semua dalam menterjemahkan #bersatuteguh dan #sentiasayangterbaik.

#bersatuteguh merupakan ungkapan ringkas tapi mempunyai makna yang
mendalam pada bentuk hubungan kukuh antara insan. Ia merupakan satu kata
keramat dalam menjayakan apa jua misi dan visi serta mempunyai ikatan kuat
dalam mengharungi pelbagai isu serta cabaran bagi memastikan kejayaan
terbilang dapat dibentuk. Persefahaman dalam sesebuah kumpulan dapat
membuahkan kejayaan, contoh yang tepat ialah buku ini. Mana mungkin tanpa
persefahaman semua ahli buku ini dapat dihasilkan dan menjadi tontonan buat
anda semua.

#sentiasayangterbaik perlu wujud dalam semua jiwa bergelar cikgu, kerana dirimu
sentiasa menjadi contoh terdekat oleh murid. Tingkahlaku cikgu sentiasa menjadi
tayangan di mana mereka boleh melakonkan watak itu kembali. Hasil nukilan ini
juga merupakan satu titik mula bagi mereka yang mahu mencontohi menjadi yang
terbaik. Diri kita dibatasi dengan pelbagai perasaan, kerana kita manusia, tapi
jangan lupa manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik. Untuk menjadi
yang terbaik kita mulakan dengan belajar sesuatu yang baru. Terbaik akan
menghampiri kita tanpa disedari. Anda semua berhak menjadi yang terbaik.

#bersatuteguh dan #sentiasayangterbaik adalah hashtag Kaunselor Selangor.
Tidak kira di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir.
Pengakhiran yang terbaik apabila segala jasa dan bakti dapat diamalkan oleh
mereka yang lain. “Hadiah Yang Terindah” adalah nukilan daripada rakan kepada
rakan, sudah tentu ia mempunyai sesuatu yang sangat istimewa. Jom baca.

#bersatuteguh #sentiasayangterbaik ®

EN. DARUL IRWAN BIN DATO’ HAJI DANGIRAN
PPK Bimbingan dan Kaunseling Unit HEM
Jabatan Pendidikan Selangor.

ii

KATA-KATA ALUAN PPD

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih
diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan
kepada kita. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan ‘Hadiah Yang
Terindah”. Terima kasih dititipkan kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan ini. Tahniah diucapkan
kepada barisan Majlis Guru Kaunseling Daerah Petaling Perdana di atas usaha
berterusan dalam menghasilkan bahan ilmiah ini. Kejayaan para penulis dalam
melahirkan naskah ini menggambarkan kekentalan hati dan semangat juang yang
tidak pernah padam demi kelangsungan anak bangsa.

Melalui naskah ini, segala garapan usaha dan kerjasama padu bagi menjayakan
agenda PPPM daripada semua pihak amat diperlukan dalam memastikan
pembangunan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025) menjadi aspirasi baharu bagi meningkatkan pencapaian dan hala
tuju pendidikan yang lebih mantap ke arah kemenjadian murid. Melalui komitmen
yang tinggi ini diharapkan semua murid terutamanya di Daerah Petaling Perdana
menerima impak yang postif melalui hasil pengkaryaan ini.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah atas usaha murni Guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling (MGK Daerah Petaling Perdana) yang memainkan
peranan masing-masing dalam menangani pelbagai isu murid dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Mudah-mudahan segala inisiatif
yang dilakukan akan membantu menjana Modal Insan yang berkualiti dan mampu
berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam apa jua lapangan pada masa
hadapan.

Sekian, terima kasih

EN. ABDUL GHAFFAR BIN BAKAR
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

iii

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT MGK

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat sejahtera

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka buku
“Hadiah Yang Terindah” ini dapat diterbitkan seperti yang dirancang. Sekalung
tahniah dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana atas komitmen yang
telah disumbangkan bagi memastikan naskah ilmu ini dapat direalisasikan dengan
jayanya.

Sukacita saya ingin merakamkan tahniah kepada semua barisan panel
penulis yang terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling daerah Petaling
Perdana yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan penuh
tanggungjawab. Sepanjang pemantauan yang telah saya laksanakan sepanjang
siri-siri bengkel pembinaan artikel dan pengumpulan bahan, menunjukkan impak
yang amat memberangsangkan. Sekali lagi, syabas dan tahniah.

Saya akui banyak perubahan-perubahan pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang telah dibuat. Program Amalan Guru Penyayang
yang menjadikan guru bimbingan dan kaunseling sebagai tonggak utama bagi
memastikan kelangsungan program ini. Semua perubahan dan keperluan
perkhidmatan ini dilaksanakan dengan baiknya oleh guru bimbingan dan
kaunseling kerana program-program seumpama inilah yang membitarakan
profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah.

Sehubungan itu, dikesempatan ini juga dengan hati yang tulus ikhlas saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah
diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Kaunseling Sekolah Menengah
Daerah Petaling Perdana bagi sesi 2016-2019 dan semua semua guru bimbingan
dan kaunseling yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi
dan memberikan komitmen yang jitu. Semoga perkongsian ilmu daripada buku
“Hadiah Yang Terindah” membantu menjadi bahan sokong bantu kepada semua
dalam memperkasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua barisan ahli jawatankuasa
yang telah merancang, mengurus dan seterusnya menjayakan penerbitan buku ini.
Semoga terus maju jaya.

Sekian, terima kasih

HJH WAN FAUZIAH BINTI WAN ABDULLAH

Penolong Pegawai PPD Kaunseling & Kerjaya Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

iv

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MGK

SEKAPUR SIREH
PENGERUSI MAJLIS GURU KAUNSELING
DAERAH PETALING PERDANA, SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama
dalam keluaran sulong buku “Hadiah” daripada Majlis Guru Kaunseling (MGK)
Daerah Petaling Perdana. Sesungguhnya, dengan penghasilan buku ini
mencerminkan satu kejayaan guru kaunseling yang berkhidmat di sekolah dalam
membentuk satu pasukan kerja yang mantap. Saya percaya dengan adanya

semangat kerjasama yang utuh dan budaya kerja berpasukan ibarat ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’, segala perancangan dapat direalisasikan dengan
jayanya.

Oleh itu, saya yakin bahawa barisan guru kaunseling di sekolah telah melakukan
yang terbaik dalam usaha menghasilkan murid yang cemerlang akademik dan
terbilang sahsiahnya. Justeru, budaya mendalami ilmu, meneroka pengetahuan
baharu serta memperkasa kemahiran bimbingan dan kaunseling perlulah menjadi
teras kepada perkhidmatan. Besarlah harapan saya, agar kita semua dapat
mengutip segala pengalaman yang berharga dan nilai baik yang terkandung
dalam buku ini untuk dimanfaatkan dalam menempuh cabaran dunia baru.
Semoga guru kaunseling sering menjadi inspirasi dan model terbaik kepada
muridnya agar menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa,
masyarakat dan negara.

Akhir kata, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Ahli
Jawatankuasa MGK Daerah Petaling Perdana sesi ini yang sentiasa dalam lelah
dan payah akan berusaha sebaik mungkin menjadikan setiap impian menjadi
nyata. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga

kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD Daerah Petaling Perdana,
Editor dan AJK Penerbitan, GBKSM Daerah Petaling Perdana dan semua pihak
yang terlibat dalam setiap gerak kerja MGK Daerah Petaling Perdana selama ini.
Semoga MGK Daerah Petaling Perdana terus gemilang di negeri Selangor yang
terbilang!

Jadilah kamu benih yang bernas,
Beribu tahun dijemur panas;

Digetus digetas binatang buas,
Tetap tumbuh mencetus tunas.

Sekian, terima kasih.

En. Jafny bin Hj. Jaapar v
Guru Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (Sekolah Kluster Kecemerlangan),
Subang Jaya, Selangor.

JAWATANKUASA PENERBITAN

Penaung
Dr. Mahanom binti Mat Sam
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Selangor.

Penasihat
Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Jalil
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Selangor.

Pengerusi 1
Encik Khairul Anuar bin Awang
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Selangor.

Pengerusi 2
Darul Irwan bin Dato’ Haji Dangiran
PPK Bimbingan dan Kaunseling Unit HEM
Jabatan Pendidikan Selangor.

Timbalan Pengerusi
Encik Abdul Ghaffar bin Bakar
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

Naib Pengerusi
Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Abdullah
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

PANEL PENULIS

1. Encik Jafny bin Hj Jaapar SMK Seafield

2. Puan Normadiyana binti Abdullah SMK Subang
3. Puan Fadzilah binti Mohamed Yazid SMK Bukit Jelutong
4. Puan Chen Chai Khoon SMK Seri Serdang
5. Puan Farah Wahida binti Ahmad Faridun SMK Seksyen 7
6. Puan Zuraida binti Hassan
7. Puan Loh Siu Ling SMK TTDI Jaya
8. Puan Julia binti Abu Sari SMK Pusat Bandar Puchong 1
9. Puan Santy Salasiah binti Ibrahim SMK Puchong Utama 1
10. Puan Badariah binti Baharuddin SMK Seksyen 7
11. Puan Cik Siti Nor binti Che Yusoff
12. Encik Muhamad Azli bin Ahmad SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
13. Puan Rozanita binti Mohamed Rashid SMK Seksyen 27
14. Puan Zuliana binti Zainudin SMK SS 17
15. Encik Mohd Husni bin Hanafi SMK Seksyen 16
16. Puan Faizah binti Mohamed Othman SMK Setia Alam

SMK Batu 8, Jalan Puchong
SMK Alam Megah
vi

18. Encik Sazali bin Muhamad SAMTTAJ
19. Puan Lee Paik Hua SMK Subang Jaya
20. Encik Ravichandran a/l Krishnan SMK Puchong
21. Puan Zurina Samhah binti Mohd Noor Sekolah Sukan Malaysia Trengganu
22. Puan Nor Suhana binti Zainuddin SMK USJ 4
23. Puan Nageswary a/p Visvanathan Program cuti belajar bergaji penuh
dengan biasiswa Master Pendidikan
(Kaunseling) Universiti Malaya

vii

HADIAH YANG TERINDAH

Perjalanan ini anugerah tuhan yang indah
Dalam tabah menempuh payah
Gurau senda menempuh gundah

Sederap selangkah kami menyantun tamah
Menabur bakti dan impian di taman jiwa
Perjalanan ini anugerah tuhan yang indah
Kami bertemu melakar cerita dan sejarah
Berkongsi rasa kisah resah dan gelisah
Meminjam bahu di kala sukar menjengah

Keluh kesah sentiasa di sanggah
Namun bangkit kembali dari rebah dan payah.

Perjalanan ini anugerah tuhan yang indah
Sebagai ingatan kami titipkan warkah
Berkumpul demi menghimpunkan madah

Dari sebuah rumpun ilmu jiwa yang megah
Sememangnya sukar bukannya mudah
Dengan tinta kami meluah
Demi sebuah
Hadiah Yang Terindah

viii

OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K di sekolah.

• Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk
menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat
keputusan yang wajar dan betul.

• Agar guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di
luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

• Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan
personaliti mereka.

• Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan
dadah melalui:-

✓ Pendekatan Keluarga Cemerlang
✓ Pembentukan Jati Diri Remaja
✓ Sekolah Bebas Dadah

ix

FOKUS PERKHIDMATAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada
program dan aktiviti seperti berikut :

• Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Pendidikan kerjaya murid
• Psikososial dan kesejahteraan mental murid

x

PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID (PPS)

BELAJAR BERKUMPULAN
NAK JADI SUPERDUPERMAN

JIKA KITA HIDUP...
REMAJA POSITIF VS REMAJA NEGATIF

CERMIN OH CERMIN
3M (MENGHARGAI, MENGHORMATI, MENYAYANGI)

PELUKAN BAHAGIA
SUKARNYA NAK BERUBAH

KONSEP KENDIRI
KETERLIBATAN
MEMPERKASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) DI SEKOLAH
BIJAK MEDIA SOSIAL
BIJAK PENGURUSAN MASA
HARGAI ZAMAN PERSEKOLAHAN
6 KAEDAH BERKESAN BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN
BAIK DENGAN KAWAN
SIAPA SAYA ? KENAL DIRI

1

BELAJAR BERKUMPULAN

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya.

Terdapat beberapa kaedah dan teknik belajar berkesan. Antara yang popular adalah teknik

belajar berkumpulan. Belajar

berkumpulan akan dapat

BAGAIMANA UNTUK MEMBENTUK mewujudkan interaksi serta
KUMPULAN BELAJAR perkongsian, pengetahuan, persepsi
dan kepercayaan dalam kumpulan

1. Saiz Kumpulan – Lebih daripada 2 tersebut. Formula kejayaan tiga

orang, kurang daripada 6 orang. graduan bumiputera Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) yang

2. Matlamat yang jelas dan sehaluan. terdiri daripada Suzana bt Abdul
Samad dari Skudai, Johor, Nor Azimah

3. Melantik ketua kumpulan. bt Abdul Aziz dari Chemor, Perak dan

4. Agihan tugas yang teratur. Ahmad Fikri Abdullah dari Muazam
Shah, Pahang telah berjaya

5. Pengurusan masa dan persediaan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
tempat yang sesuai. kelas pertama dalam bidang
Geoinformatik adalah dengan

6. Mempunyai adab dan disiplin yang mengamalkan cara belajar
berkumpulan.

tinggi. Rahsia belajar berkumpulan yang

diamalkan dengan konsisten, teratur

dan berdisiplin telah dikongsi oleh

mereka bertiga untuk mencapai

kecemerlangan.

KELEBIHAN BELAJAR
BERKUMPULAN

1. Proses pembelajaran menjadi lebih Two brains
mudah dan menyeronokkan. are better
than one...
2. Percambahan idea, pemikiran dan
pemahaman dapat dikongsi 2
bersama.

3. Kesan yang positif daripada segi
sokongan, motivasi dan daya
ingatan.

4. Mewujudkan suasana persahabatan
selamat dan yang harmonis.

5. Manfaatkan kelebihan dan potensi
setiap ahli kumpulan mengikut
kemahirannya.

6. Menjimatkan masa dan bahan
ulangkaji yang banyak dengan
adanya agihan tugas.

NAK JADI SUPERDUPERMAN?

Pembangunan diri atau personal growth/ personal development adalah satu usaha untuk
memajukan diri sendiri dengan pelbagai cara termasuk menimba ilmu serta pengalaman
melalui inisiatif sendiri.

Membangunkan diri memerlukan kematangan, kesedaran dan kehendak kendiri
untuk menambah nilai kepada diri. Seseorang yang bermotivasi untuk meningkatkan
kualiti diri akan berusaha untuk mencari ilmu dan kemahiran di luar ruang lingkup
pendidikan formal. Mereka bermotivasi untuk mendedahkan diri dalam bidang
pengetahuan selain daripada apa yang dimuridi di dalam kelas dari semasa ke semasa.
Berikut adalah antara langkah-langkah atau aktiviti di mana seseorang individu dapat
membangunkan diri:

1. Membaca bahan-bahan daripada media cetak dan elektronik seperti buku,
suratkhabar, webinar, e-book, pembelajaran atas talian

2. Memmuridi bahasa lain/asing
3. Menceburi diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif
4. Melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan
5. Membantu ibu bapa dalam pengurusan rumah tangga dan keluarga
6. Menganggotai pertubuhan-pertubuhan, surau/masjid atau komuniti
7. Memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan perhubungan
8. Memperbaiki imej diri
9. Meneroka diri sendiri tentang kekuatan, kelemahan dan potensi diri.
10. Memmuridi alat muzik
11. Meneroka alam semula jadi dan pemuliharaan alam sekitar
12. Mendapatkan beberapa mentor dalam kalangan penuntut universiti atau

orang dewasa
Jika anda belum tercetus untuk membangunkan diri sendiri cuba bayangkan diri
anda seperti orang kebiasaan. Tanya diri anda soalan ini: adakah saya ingin jadi orang
biasa-biasa? Atau saya ingin jadi orang yang tinggi ilmu dan pengalamannya, orang yang
menyumbang dan menjadi rujukan ramai. Mulakan langkah pertama, tingkatkan kualiti
diri anda. Jadilah Superduperman atau wondergirl dalam konteks diri anda sendiri.

3

JIKA KITA HIDUP……..

Jika KITA hidup dalam kritikan dan sindiran,
KITA akan belajar mengutuk.

Jika KITA hidup dalam permusuhan dan keganasan,
KITA akan belajar bergaduh dan bermusuh.

Jika KITA hidup dalam keaiban dan penyesalan,
KITA akan sentiasa berasa bersalah dan rendah diri.

Jika KITA hidup dalam pembohongan,
KITA akan belajar menipu dan mencuri.
Jika KITA hidup dalam toleransi dan demokrasi,
KITA akan belajar menjadi penyabar dan bertimbang rasa.
Jika KITA hidup dengan sanjungan dan kata pujian,
KITA akan belajar menghargai dan memberi.

Jika KITA hidup dengan saksama,
KITA akan belajar menjadi adil dan bersikap terbuka,

Jika KITA hidup dengan kesejahteraan,
KITA akan hidup menjadi setia dan sukakan keharmonian.

Jika KITA hidup dengan kebenaran,
KITA akan belajar menghargai diri dan boleh memaafkan,

Jika KITA hidup dengan persahabatan
KITA akan belajar erti kasih sayang dan cinta sebenar.

NAMUN SEMUANYA BERGANTUNG PADA DIRI KITA. KITA BELAJAR DARI KESILAPAN,
PENGALAMAN SENDIRI MAHUPUN PENGALAMAN ORANG LAIN, BOLEH JUGA DARI
MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN. APAPUN, KITA BERHAK MEMILIH MANA YANG
TERBAIK UNTUK DIRI KITA SENDIRI.
PERKARA YANG PALING SUKAR IALAH MENJADI SEPERTI APA YANG ORANG LAIN
MAHUKAN. PERKARA YANG PALING MUDAH ADALAH MENJADI DIRI ANDA SENDIRI.

4

REMAJA POSITIF VS REMAJA NEGATIF

R - Redha dengan cara didikan ibu bapa
E - Emosi yang stabil dan sihat
M - Matlamat yang jelas, tahu arah tuju
A - Amal , berusaha menambah amalan yang baik
J - Jannah, syurga menjadi matlamat akhir hidup
A - Amanah, sikap yang sentiasa positif

VS

R - Rela dengan pujukan dan nafsu
E - Emosi membuak-buak, sentiasa inginkan keseronokan
M - Malas dan suka membuang masa
A - Agresif dan ambil mudah dalam tingkah laku
J - Jadikan duit atau keseronokan sebagai matlamat
A - Angkuh, rasa diri hebat dan betul
PILIHAN DI TANGAN ANDA, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA….

5

CERMIN OH CERMIN.......

Mengapa cermin?
Cermin adalah suatu benda, objek atau alat yang digunakan untuk melihat diri secara fizikal.
Cermin boleh menjadi kawan yang baik kepada manusia. Biasanya cermin tidak dapat
dipisahkan daripada manusia terutama golongan remaja. Simbolik cermin perlu dikaji dan
dinilai. Harga Diri dinilai daripada cermin, iaitu cermin diri cerminan peribadi. Cantiknya
fizikal tidak menggambarkan cantiknya keperibadian seseorang. Harga diri bukan dilihat
dan dinilai daripada paras rupa dan kecantikan fizikal seseorang.

HARGA DIRI SIAPA SAYA?....... (JAWAPAN POSITIF)
➢ Saya cantik
Definisi Harga Diri ➢ Saya bijak
Harga Diri merupakan sesuatu yang ➢ Saya pandai
bernilai dan nilai tersebut terlalu ➢ Saya jelita
tinggi untuk dihargai. Ini bermakna ➢ Saya rajin
harga diri seseorang manusia tidak ➢ Saya bahagia
ada nilai tandingnya
SIAPA SAYA?....... (JAWAPAN NEGATIF)
Siapa saya? ➢ Saya hodoh
Persoalan siapa saya perlu dijawab ➢ Saya bodoh
oleh diri sendiri. Diri sendiri yang tahu ➢ Saya takut
menilai harga diri, sama ada positif ➢ Saya malu
atau negatif ➢ Saya malas

Siapa saya akan terjawab dengan keperibadian seseorang. Keperibadian pula dinilai melalui
3 perkara yang utama iaitu:

1. Cara berpakaian
2. Cara berkomunikasi
3. Cara bergaul

CELIK AKAL 6
- Jaga diri baik-baik
- Berpakaian baik-baik
- Berkomunikasi baik-baik
- Bergaul baik-baik

3M (MENGHARGAI, MENGHORMATI, MENYAYANGI)

MENGHARGAI, MENGHORMATI DAN MENYAYANGI DIRI SENDIRI (3M)

MENGHARGAI MENGHORMATI MENYAYANGI
- Hargai diri sendiri - Hormat-menghormati di - Sayangi diri sendiri,

dengan cara memberi jadikan amalan dalam sebelum orang lain
ganjaran pada diri kehidupan seharian menyayangi diri anda

MENGHARGAI, MENGHORMATI DAN MENYAYANGI IBU BAPA DAN GURU (3M)

MENGHARGAI MENGHORMATI MENYAYANGI
- Hargai dan kenang jasa - Tidak melawan dan - Sayangi ibu bapa dan

ibu bapa dan guru yang mendengar kata ibu bapa guru yang mendidik kita
mendidik kita dan guru

SIFAT-SIFAT DIRI YANG POSITIF

Akhlak yang baik Menghormati orang lain Teguh pendirian
Menghargai masa Berani bertindak Pemaaf
Menjaga kebersihan diri
Sentiasa menimba ilmu Akidah yang sempurna Bersikap tenang
Mampu berdikari
Pendengar yang baik Berfikiran terbuka

Sabar Bijak berkomunikasi

CELIK AKAL 7
Menghargai, menghormati dan menyayangi
1. Saya ada potensi diri dan saya yakin saya boleh
lakukan dengan baik
2. Saya akan berusaha untuk mengatasi sifat-sifat
negatif yang ada pada saya
3. Saya yakin saya juga boleh berjaya macam
orang lain

PELUKAN BAHAGIA

PETIKAN 10 SAAT PELUKAN KELUARGA
Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menzahirkan kasih sayang setiap
ahli keluarga adalah melalui pelukan. Apabila seseorang melakukan pelukan atau
urutan ianya akan merangsang sel-sel kulit yang dikesan melalui sentuhan dan
belaian yang akan disalurkan melalui urat saraf kepada otak. Seterusnya otak
akan mengeluarkan 3 hormon yang bertindak untuk membuatkan kita rasa lebih
tenang dan mengurangkan tekanan. 3 hormon yang dirembeskan apabila
melakukan pelukan iaitu :

HORMON OXYTOCIN

• Hormon yang menenangkan sistem saraf dan merangsang atau
meningkatkan emosi positif dalam minda kita:

HORMON DOPAMINE

• Hormon yang memberikan rasa tenang, seronok, gembira pada seseorang
individu.

HORMON SEROTIN

• Hormon yang terdapat dalam urat saraf tunjang dan usus berfungsi
merangsang keriangan dan kegembiraan.

“ Berkeluarga adalah satu ibadah, menjaga keluarga adalah satu ibadah
dan setiap ibadah dibalas dengan 10 ganjaran. Oleh itu, peluklah keluarga

anda..mudah-mudahan anda dikira sebagai beribadah”
Ustaz Don Daniyal

8

SUKARNYA NAK BERUBAH

5 SEBAB UTAMA MENGAPA KITA SUKAR UNTUK BERUBAH

Sifat ini merupakan faktor utama yang Kita menganggap perubahan itu
menghalang kita untuk berubah. Jika bukan sesuatu perkara penting yang
tiada perasaan ini sudah pasti ramai
yang akan berubah. Ego bermaksud patut diberi penekanan. Berubah
sukar untuk menerima sesuatu yang ketika terdesak atau terpaksa sahaja.

baru.

Individu yang ingin berubah perlu Matlamat yang jelas perlu ada bagi
mendapatkan semangat atau galakan mengenalpasti apakah perkara yang
daripada insan yang terdekat dengan
dirinya. Jika tiada semangat atau galakan, perlu diubah. Ini perlu bagi kita
ini akan membuatkan kita mudah terleka mengenalpasti langkah yang perlu

dan alpa. dilakukan untuk kita membuat
perubahan.

Individu yang selalu merasakan “Sesungguhnya, Allah takkan UBAH 9
dirinya telah sempurna tidak perlu sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa
melakukan apa-apa perubahan. yang ada pada DIRI MEREKA sendiri!”

(Arra’du ayat 13)

KONSEP KENDIRI

KONSEP
KENDIRI

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah

disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras,

kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri boleh

didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia

menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat

dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan

perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga

menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang

diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya

meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga

psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih

kecil lagi. KONSEP KENDIRI NEGATIF

KONSEP KENDIRI POSITIF

• Mahir berkomunikasi • Tidak yakin pada diri sendiri
• Erat hubungan dengan rakan • Berfikir an tertutup dan tidak

sebaya mahu terima pendangan orang
• Tetapkan matlamat
• Berfikiran terbuka • Tidak ceria dan susah mesra dalam
• Mempunyai hobi yang bermanfaat hubungan keluarga, rakan dan
• Yakin pada diri sendiri masyarakat
• Hidup Happy Go Lucky
• Tidak mempunyai cita-cita yang
jelas dan tidak tahu apakah
matlamat hidupnya

• Sukar hendak berjaya
• Kekok semasa berkomunikasi

• Sensitif dan tidak terima teguran

• Rendah diri dan rasa terhina

Konsep kendiri penting bagi setiap individu supaya mereka dapat mengenali diri sendiri .
SKelEaTinEiRtuL,ImBeArTekAaNdapat mengetahui kekuatan, kelemahan, bakat, minat dan kemahiran yang
dimiliki.

10

KETERLIBATAN

Keterlibatan merujuk kepada penyertaan dalam sesuatu perkara, organisasi ataupun
kumpulan. Seperti kita sedia maklum, sekolah merupakan satu-satunya organisasi yang
memberi ruang kepada para murid untuk mengembangkan potensi mereka dalam
bepersatuan. Badan beruniform, kelab dan juga persatuan merepakan lapangan yang
paling sesuai untuk para murid mengembangkan potensi mereka. Apakah yang murid
akan perolehi?

✓ Para murid dapat mengasah kemahiran mereka dalam mengendalikan sesuatu
kumpulan ataupun organisasi. Ilmu ini murid tidak akan perolehi dari aktiviti
di bilik darjah. Tidak mudah untuk memimpin sesebuah organisasi besar jika
murid tidak didedah dengan kemahiran memimpin organisasi seawal di
peringkat sekolah.

✓ Murid akan didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi. Tanpa kemahiran
komunikasi, sesebuah organisasi tidak akan berkembang dan maju ke depan.

✓ Murid juga dapat memupuk keyakinan diri untuk tampil kehadapan dan
keberanian untuk mengemukakan cadangan dan idea mereka.

Tapi persoalannya, terdapat segelintir murid yang langsung tidak mahu terlibat
dengan persatuan mahupun kelab. Murid-murid ini tidak dapat melihat kepentingan
penglibatan dalam persatuan. Inidividu ini akan menjadi murid yang pasif dan juga tidak
aktif dalam sekolah. Individu inilah yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru untuk
memupuk minat mereka agar mereka berjaya keluar dari kepompong pemikiran negatif.
mereka beranggapan terlibat dalam persatuan atau kelab sebagai sesuatu yang
menyusahkan.

Picture by: maahad muhammadi perempuan

11

MEMPERKASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) DI SEKOLAH

‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ merupakan

falsafah dalam pelaksanaan ilmu pengetahuan dan

kemahiran individu setiap PRS di sekolah. Ini selaras

dengan pendekatan yang diambil supaya PRS

menjadi contoh ikutan yang baik dalam kalangan rakan

sebaya. Melalui pelakuan yang positif dan dapat diterima

dalam kelompok rakan sebaya itu.

Setiap PRS yang dipilih perlu melalui tahap-tahap peningkatan ilmu dan kemahiran
dalam memantapkan diri sebagai seorang PRS yang berkebolehan. Kaedah
pelaksanaannya adalah seperti berikut:-

i. Setiap PRS yang telah dilantik mesti melalui 4 Tahap iaitu Tahap Bongsu, Tahap
Muda, Tahap Sulong dan Tahap Bestari.

ii. PRS juga akan menerima watikah pelantikan pada setiap tahun yang dilalui untuk
ke tahap yang seterusnya.

iii. Dicadangkan bahawa setiap watikah hendaklah dianugerahkan sekali setahun
iaitu pada bulan Jun.

iv. Sebelum penganugerahan watikah tersebut, setiap PRS hendaklah memperolehi
atau mencapai markah sebanyak 80% daripada keseluruhan latihan dan ujian
setiap tahap. Sekiranya tidak mencapai markah tersebut, jurulatih PRS perlu
memberi kerja atau projek tambahan bagi mencukupi markah tersebut.

Rangka Modul PRS dapat digambarkan melalui Jadual di bawah.

BONGSU MUDA SULONG BESTARI

TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4

1. PENGENALAN PRS 1. KONSEP KENDIRI 1. KEMAHIRAN 1. KEMAHIRAN
2. KESEDARAN 2. KOMUNIKASI INTERPERSONAL FASILITATOR
3. PSIKOLOGI REMAJA
KENDIRI 4. ASAS KAUNSELING 2. KEMAHIRAN 2. KEMAHIRAN
3. ASAS KOMUNIKASI 5. PENILAIAN KEPIMPINAN KUALITI
4. AWAL REMAJA 6. ANUGERAH KETRAMPILAN
5. PENILAIAN 7. SKEMA 3. MENYELESAIKAN DIRI
6. ANUGERAH MASALAH
7. SKEMA PEMARKAHAN 3. PENGURUSAN
4. MEMBUAT KEPUTUSAN ORGANISASI
PEMARKAHAN 5. KEMAHIRAN
4. PENILAIAN
KAUNSELING 5. ANUGERAH
6. PENILAIAN 6. SKEMA
7. ANUGERAH
8. SKEMA PEMARKAHAN PEMARKAHAN

Adalah diharapkan, dengan melalui peringkat-peringkat perkembangan ilmu dan

kemahiran melalui kursus-kursus yang diadakan mampu memberikan nilai tambah dan

mencapai matlamat dalam melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan

sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan tinggi.

12

BIJAK MEDIA SOSIAL

Remaja generasi kini seringkali

menggunakan medium media sosial dalam

kehidupan seharian. Remaja menyatakan

perasaan, berkongsi pengalaman, mencari

maklumat dan sebagainya menerusi media

sosial. Senario dan perkembangan

penggunaan media sosial dalam kalangan

remaja menjadi ikutan semasa tanpa mengira

batas sosial, tahap sosio ekonomi mahupun

taraf pendidikan. Secara tidak langsung, penggunaan media sosial ini telah memberikan

kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja.

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta
isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial
dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat
di seluruh dunia.
KEBAIKAN MEDIA SOSIAL
1. Memperoleh maklumat terkini dengan pantas.

Maklumat yang terkini sangat mudah diperoleh
dengan penggunan media sosial. Segala
maklumat hanya di hujung jari.
2. Meningkatkan penghargaan kendiri individu.
Terdapat remaja yang agak pasif atau introvert
dalam kalangan rakan sebaya jika berlaku
pertemuan antara muka namun apabila
menggunakan media sosial remaja tersebut
kurang rasa malu dan meningkatkan keyakinan
diri.
3. Penggunaan masa yang efektif. Masa merupakan sesuatu yang sangat berharga dan
penggunaan media sosial banyak menjimatkan masa dan kos.

13

KEBURUKAN MEDIA SOSIAL
1. Ketagihan media sosial

Terlalu bergantung kepada media sosial akan menyebabkan ketagihan hingga
mengganggu rutin kehidupan seharian dan menyebabkan individu menjadi anti
sosial.
2. Terlalu terbuka tanpa batasan
Terdapat segelintir individu yang berkongsi segala maklumat tanpa mengira
kesahihan maklumat, keperluan untuk berkongsi malahan sehingga berkongsi
perkara yang sulit.

Setiap perkara perlu ada batas, had dan sempadan.
Kongsikan maklumat yang perlu, tepat dan bermanfaat.
Berfikir sebelum bertindak

14

BIJAK MENGURUS MASA

Masa adalah satu daripada dimensi kehidupan yang penting. Masa merupakan sesuatu
yang mahal dan tidak boleh dijual beli. Semua orang mendapat jumlah yang sama iaitu
60 saat seminit, 60 minit sejam, 24 jam sehari-semalam dan 168 jam seminggu.
Persoalannya tidak ramai yang mendapat masa yang berkualiti dan tidak ramai yang
bijak menggunakan masa yang ada. Murid merupakan kumpulan yang sering mengalami
masalah pengurusan masa. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip
asas pengurusan masa.
1. Membuat perancangan

- Jadual waktu
- Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
2. Mengubah tabiat lama yang negatif
- Tidak menangguhkan tugasan
- Buang sikap malas
3. Utamakan yang penting
- Buat senarai semak keperluan
- Susun mengikut kepentingan
4. Penumpuan
- Fokus kepada tugasan
- Urus gangguan dengan baik
5. Rehat
- Rehat yang berkualiti
- Tidur yang cukup

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah
penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi
kita menguruskan masa. Justeru, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan
penuh bermakna.

“Sesungguhnya orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari

bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu

dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam

setiap kesempatan” 15

HARGAI ZAMAN PERSEKOLAHAN

Waktu sekolah@ waktu zaman persekolahan merupakan waktu yang tidak boleh
diputarkan kembali masanya, dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan
sebagainya. Zaman persekolahan merupakan usia anak-anak berumur 4-6 tahun bagi
murid tadika, 7-12 tahun bagi sekolah rendah dan 13 -18 tahun bagi alam sekolah
menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke institusi lain. Zaman ini merupakan
cabaran bagi anak-anak terutama dalam menuntut ilmu pengetahuan di sekolah untuk
menjadi orang yang berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Oleh yang demikian,
marilah anak-anak murid semua menghayati dan memberi pengorbanan yang penuh
pada jiwa dan raga untuk menghayati penuh indah zaman persekolahan tanpa
merugikan diri anda sebagai seorang murid. Bagaimana caranya anak-anak boleh
menghayati dan menghargai zaman persekolahan:

Tetapkan matlamat dan tujuan ke sekolah adalah mencari ilmu pengetahuan
untuk berjaya.
Tetapkan dalam hati keseronokan untuk ke sekolah bagi mengejar impian
dan cita-cita.
Lawan perasaan malas ke sekolah dengan mengatakan alam persekolahan
adalah alam sekali dalam seumur hidup.
Tekad dalam hati untuk mengapai impian belajar ke menara gading dan
mendapat pekerjaan yang menjamin kehidupan yang cerah di masa hadapan.
Jadikan kehidupan zaman persekolahan sebagai cabaran dan pengalaman
menjadi seorang yang berjiwa kental dan kuat.
Gunakan waktu zaman persekolahan untuk mencipta kenangan manis dan
pahit yang boleh diingati sehingga ke akhir hayat.

Pada suatu hari nanti, pastikan aku akan berjaya,
Akan kubuktikan padamu ayah bonda,
Bukan khayalan, serta lakonan tetapi itulah kenyataan,
Kerana cita diiringi doa, pastikan aku akan berjaya.

‘orang yang terpelajar akan menDgiguubnaahksaunaiwdaakrtiulilruiaknlganguyasuucnitudkalbaemladjaerb’u:saleem

16

6 KAEDAH BERKESAN MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN
KAWAN

Semua agama menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang
yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :

• tempat kita meluah perasaan
• teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
• boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
• boleh menjadi teman di kala kita kesunyian atau bosan
• boleh juga jadi penasihat kita kalau dalam kebuntuan
• dan banyak lagi

1. Sebarkan salam

Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah

pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan

ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah

supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.

Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya

”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang

memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud).

2. Kenali perangai kawan anda

Bak kata pepatah Melayu ; tak kenal, maka tak cinta.

Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu,

faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan

mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah

dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat.

Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.

3. Menjadi pembela kepada kawan anda

Kalau kawan anda kena aniaya, dikutuk atau diumpat, anda perlu menjadi

pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain bercerita tentang keburukan

mereka, janganlah kita mengiakan pula. Kita perlu menafikannya dan lindungi aib

mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Kita perlu menjadi

penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan kita. 17

4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran, perbalahan atau perselisihan faham antara
anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita semua manusia biasa.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Yang penting, kita jangan mudah ambil hati. Saling
bermaafan dengan kawan kita. Kalau dia sakitkan hati kita, maafkan dia. Kalau
anda pula yang telah melukakan hatinya (sama ada secara sengaja atau tidak),
anda jangan segan untuk meminta maaf.
“Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hamba, dan memaafkan orang lain
akan menjadikan kita mulia”

5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan kita. Contohnya, kalau kawan kita ada berkongsi
pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula kita menjaja cerita itu
kepada orang lain. Kita perlu menjaga amanah, rahsia dan tidak mendedahkan
keburukan kawan-kawan kita kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM
BELAKANG kawan kita.

6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk mendoakan kebaikan untuk kawan-kawan kita. Sebutlah nama
mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam
mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan kita. Berdoalah
pada Allah supaya hubungan kita dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan
berkasih sayang .

18

SIAPA SAYA? KENAL DIRI
19

PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID (PD)

5 FAKTA TENTANG ROKOK
PUNCA & KESAN ROKOK

LANGKAH & CARA BERHENTI MEROKOK
TAHUKAH ANDA BAHAYA DADAH
PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
GEJALA BULI
CERITA BULI

PENGARUH NEGATIF MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA
PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH
ANDA BOLEH JADI SMART
CABARAN, BAGAIMANA MENGHADAPINYA
KANTOI SI PENCINTA MONYET
ADAB DI SEKOLAH

BENARKAH SEKOLAH ELIT TIADA SALAH LAKU DISIPLIN
LEWAT, APA MASALAHNYA

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
KESELAMATAN DI SEKOLAH

20

FAKTA TENTANG ROKOK Manusia terawal di dunia
yang merokok adalah suku
Daripada jumlah bangsa India di Amerika.
perokok dunia, 51%
adalah lelaki dan 49% Mereka merokok untuk
wanita dilaporkan memuja dewa atau roh.
menjadi perokok harian.
Setiap satu
Perokok tegar biasanya minit 10 juta
akan meninggal dunia 13 kotak rokok
ke 14 tahun lebih awal dijual setiap hari
daripada individu yang di seluruh dunia.
tidak merokok.
Setiap 8 saat
seorang manusia di
seluruh dunia akan

menemui ajal
disebabkan oleh

rokok.

"Siapa yang hisap rokok, doanya tidak didengari disisi Allah. dia berdoa Allah tak dengar..
macam mana Allah nak dengar doanya sedangkan di mulutnya ada benda yang HARAM..!

bagaimana Allah nak makbulkan doanya.."
Ustaz Ahmad Dusuki

21

PUNCA & KESAN MEROKOK

Terpengaruh
dengan ahli

keluarga
yang

menghisap
rokok

Terpengaruh PUNCA Agar
dengan MEROKOK kelihatan
lebih matang
ajakan rakan

Ingin
mencuba
sesuatu yang

baru

FIZIKAL

Bibir Hitam
Nafas Berbau

PEMBAZIRAN KESAN PENYAKIT
MEROKOK
Wang Jantung
Tenaga
Kanser
Masa

GEJALA
SOSIAL
Pengaruh
rakan sebaya

22

LANGKAH-LANGKAH DAN CARA-CARA BERHENTI MEROKOK

Menjauhi
rakan-

rakan yang
menghisap

rokok

Menyertai LANGKAH- Membaca
kempen LANGKAH amaran
memerangi MENGELAKKAN pada kotak
rokok KEGIATAN rokok
MEROKOK

Mengunyah Amalkan Menjalani
gula-gula sikap rawatan di
getah atau
asam menabung Klinik
Kuatkan Berhenti
semangat Merokok

untuk
berhenti
merokok
(sokongan
ahli keluarga)
CARA-CARA
BERHENTI
MEROKOK

Melakukan Aktiviti
amalan riadah
puasa

23

TAHUKAH ANDA BAHAYA DADAH?

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke
dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah
fungsi tubuh badan seseorang atau organisma daripada segi fizikal atau mental.
Dadah boleh dibahagikan kepada 5 bahagian :

1. Opiat
2. Stimulan
3. Depresen
4. Halusinogen
5. Ganja (Cannabis)

KEBERGANTUNGAN PADA DADAH - (DRUG DEPENDENCE)
Kebergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi
atau kedua-duanya, yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau di
waktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi dimaksudkan kepada satu keinginan
yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan
fizikal.

Kebergantungan fizikal ialah penyesuaian badan secara jasmani terhadap
wujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan
bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diramal, sekiranya dadah itu diberhentikan
bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan sindrom penarikan itu bergantung pada
dadah yang sedang digunakan dan banyak dos yang diperolehi setiap hari.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA SALAH GUNA DADAH
1. Perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawan kerana mahu diterima dalam sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
5. Untuk menghilangkan masalah dengan cara yang singkat

24

6. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
7. Terlalu mengikut perasaan.
8. Institusi keluarga yang tidak kukuh dan tiada kemesraan yang baik di antara

ibu bapa dan anak-anak.
9. Terpengaruh dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu

olehnya.
10. Taktik dan strategi licik pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan

pengaruhnya.
11. Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama.

25

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

• Tiada role model yang TIDAK PENGARUH • Remaja banyak
sesuai kerana faktor MEMPUNYAI RAKAN menghabiskan
kesibukan mencari BIMBINGAN SEBAYA masa dengan
nafkah rakan sebaya
/ROLE • Media sosial
MODEL menjadi rakan/
menemani
• Tekanan dialami TEKANAN/ PENGARUH remaja
oleh remaja STRES MEDIA sepanjang masa
seperti ibubapa SOSIAL
yang mementingkan
pencapaian serta
kejayaan

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBAGAI SEORANG
REMAJA?
1. Cari kawan-kawan yang mempunyai sikap yang

baik dan akhlak yang terpuji.
2. Sentiasa penuhi aktiviti harian dengan perkara

yang berfaedah seperti bersukan.
3. Lakukan hobi atau minat anda seperti memancing,

bermain roller blade atau sebagainya.
4. Disiplinkan diri dengan melayari media sosial yang

berfaedah dan positif.
5. Bertenang dalam menghadapi tekanan. Cari rakan

atau individu yang boleh dipercayai untuk
berkongsi masalah anda.

26

GEJALA BULI

Definisi buli
Menurut Wikipedia, buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan
tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak
langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang
kuat. Buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak
selesaan kepada orang lain.

Mengapa pembuli membuli?
Menurut Yang Berbahagia Prof Madya Dr Rozmi bin Ismail, Presiden Persatuan
Psikologi Malaysia pembuli sebenarnya orang yang lemah walaupun secara fizikal
mereka kelihatan gagah dan kuat. Terdapat beberapa punca individu terlibat dengan
aktiviti membuli. Antaranya ialah:

1. Tiada kemahiran mengurus emosi.
2. Dendam atau pengalaman lampau yang

menyakitkan.
3. Kurang kasih sayang daripada ibu

bapa/penjaga.
4. Pengaruh rakan sebaya.
5. Untuk menutupi kelemahan diri yang lain.
6. Ingin mendapatkan perhatian.
7. Pengaruh dadah.

27

Bagaimana mengurangkan tabiat ini?
1. Bimbingan psikologi seperti kaunseling, nasihat dan pembentukan sikap
baharu.
2. Ibu bapa mengubah cara asuhan.
3. Guru dan persekitaran menerima bekas pembuli.
4. Pusat pemulihan akhlak dan tindakan disiplin.
5. Sentuhan agama/spiritual.
6. Bina semula keyakinan diri individu.
7. Memeta semula kehidupan sekarang dan masa hadapan.
8. Meneroka minat dan potensi individu dan serlahkan perkara tersebut.

28

CERITA BULI

Kehadiran Irdina (bukan nama sebenar) ke bilik kaunseling, SMK X dengan ditemani
oleh bapanya memang mengejutkan semua guru kaunseling pada pagi itu. Keadaan
Irdina bukan seperti yang pernah mereka kenali. Beliau menangis, tidak keruan,
memegang erat bapanya dan memandang guru kaunseling dengan pandangan kosong.
Bila guru kaunseling mendekati dan bertanyanya, dia cuma menjawab, “Dina dah
maafkan semua orang”. Itulah yang diulang oleh Dina berkali-kali sepanjang
perkongsian mereka. Hanya melalui bapa Irdina barulah guru kaunseling mendapat
cerita sebenar yang menimpa anaknya.

Sebelum kejadian ini, guru kaunseling mengenali Irdina sebagai seorang murid
yang periang, rajin dan suka membantu guru sehingga diberi tanggungjawab sebagai
Penolong Ketua Kelas. Sesungguhnya peristiwa pada pagi itu amat mengejutkan dan
memilukan hati guru kaunseling yang mengenali Irdina.

Apa yang terjadi agaknya? Irdina dibuli minda dan emosinya.

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama
ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke
atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak
baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Dalam kes Irdina lebih kepada buli mental.

Buli Mental

• Lebih kepada ejek-mengejek. Contohnya, jika nama murid atau nama bapa

murid agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan murid senior yang

membuli. Sungguhpun kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media

massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah. 29

Kesan dalaman
• Individu yang dibuli akan hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan
apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak
mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup
mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Inilah yang terjadi kepada Irdina sehingga mengganggu pemikirannya. Konflik

yang sehebat ini jika tidak ditangani segera pasti akan memudaratkan Irdina.
• Jika dibuli, lapor segera pada guru atau kawan yang berani
melaporkan kepada guru.
• Guru Bimbingan dan Kaunseling serta rakan-rakan guru; sila
ambil perhatian serius pada setiap laporan buli walaupun
nampak remeh. Perkara yang kecil dan remeh boleh menjadi
serius dan akan meninggalkan kesan yang mendalam (seperti
kes Irdina di atas) dan mengambil masa untuk disembuhkan.

30

PENGARUH NEGATIF MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA

Media sosial merupakan satu perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk
perhubungan sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti. Teknologi
yang serba moden ini menjadi kian popular dalam kalangan remaja dan orang dewasa.
Contoh-contoh media sosial adalah seperti Facebook , Twitter, WeChat, WhatsApp,
Telegram dan lain-lain. Dengan adanya media sosial ini, golongan remaja boleh
berhubung atau berkomunikasi dengan cepat tanpa perlu bersemuka. Walaupun
kewujudan media sosial memberi banyak kemudahan kepada kehidupan kita, namun ia
juga boleh memberi kesan-kesan negatif sekiranya disalahgunakan.

Penggunaan media sosial tanpa kawalan boleh mengganggu tumpuan seseorang
remaja. Ada dalam kalangan murid yang menghabiskan terlalu banyak masa dalam
menumpukan perhatian terhadap media sosial sehingga mereka mengabaikan
pelajaran. Di samping itu, golongan remaja yang sering berdepan dengan skrin
komputer atau telefon bimbit untuk jangka masa yang panjang boleh memudaratkan
kesihatan penglihatan mereka. Remaja mungkin akan berhadapan dengan masalah
keletihan pada mata, sakit kepala, atau kabur penglihatan akibat pendedahan pada skrin
komputer atau telefon mudah alih pada jangka masa yang lama. Selain itu, remaja juga
terdedah kepada risiko obesiti akibat kurang melakukan aktiviti fizikal.

Golongan remaja mudah terpengaruh dengan unsur-unsur pornografi dan
kekerasan yang tidak terkawal dalam media sosial. Segala maklumat boleh dicapai
dengan mudah di hujung jari . Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus
remaja pernah melayari laman web lucah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Bahan pornografi boleh merosakkan akhlak remaja dan menimbulkan pelbagai masalah
sosial kepada masyarakat terutamanya peningkatan kes jenayah seksual yang
melibatkan golongan remaja.

Kejadian buli di ruang siber juga berlaku sekiranya media sosial disalahguna oleh 31
golongan remaja. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau
menakutkan seseorang melalui media sosial. Buli siber merupakan perlakuan antisosial
secara atas talian. Ia jelas menunjukkan bahawa si pembuli mempunyai masalah

tingkah laku dan mental. Buli siber mampu mendatangkan kesan buruk kepada pembuli
dan mangsa buli.

Pengguna internet terutamanya remaja perlu sentiasa berwaspada supaya tidak
memaparkan kenyataan atau gambar yang boleh memberi kesan buruk kepada diri
sendiri kerana kadangkala ia dijadikan bahan peras ugut oleh sesetengah pihak yang
berniat jahat. Sesungguhnya, remaja perlu bertindak dengan lebih bijak dan berhati-hati
ketika menggunakan media sosial. Remaja haruslah bijak menilai penggunaan laman
sosial supaya mereka tidak terjebak dalam unsur-unsur yang tidak sihat dalam dunia
siber yang tiada sempadan.

32

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH

Dalam arus globalisasi hari ini, remaja dan
telefon bimbit tidak dapat dipisahkan. Tingkah laku membawa telefon bimbit ke sekolah
menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan remaja pada hari ini. Maa’rof Redzuan melalui
buku hasil penulisan beliau Psikologi Sosial (2001) menyatakan tingkah laku manusia
adalah digerakkan. Ini bermaksud tingkah laku manusia didorong untuk mencapai atau
memenuhi sesuatu keperluan. Kebanyakan tingkah laku yang rasional adalah
berarahkan matlamat. Walau bagaimanapun, matlamat yang mahu dicapai melalui
sesuatu tingkah laku itu tidak semestinya untuk kepentingan diri sendiri. Kadangkala
manusia sanggup berbuat sesuatu yang sukar untuk kepentingan orang lain. Matlamat
dan motif manusia yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu boleh juga dipengaruhi
oleh budaya mereka.

Dalam konteks sekolah, tingkah laku membawa telefon bimbit jelas sekali
melanggar peraturan disiplin murid. Namun demikian, terdapat kelonggaran yang
diberikan oleh pihak pengurusan sekiranya didapati ada keperluan untuk murid
membawa telefon bimbit bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Walau
bagaimanapun, realiti yang berlaku ialah terdapat penyalahgunaan dari segi
penggunaan telefon bimbit di sekolah. Bahkan, terdapat murid yang mengambil
kesempatan atas kebenaran yang diberikan oleh pihak sekolah. Matlamat asal
penggunaan gajet untuk menyelesaikan tugasan disia-siakan dengan aktiviti berswafoto
dan memuatnaik ke dalam laman sosial peribadi ketika waktu persekolahan. Perbuatan
sebegini mengundang pelbagai persepsi masyarakat luar yang terdiri daripada lapisan
kelompok yang berbeza.

33

Penggunaan telefon bimbit di sekolah dilihat kurang sesuai kerana medan
teknologi yang terlalu meluas adalah di luar kawalan guru. Guru adalah individu yang
dipercayai mampu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang cemerlang
dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sahsiah diri. Namun,
keterbatasan guru untuk memantau aktiviti murid yang menggunakan gajet di dalam
kawasan sekolah. Guru hanya mampu menyekat dan menghalang murid daripada
menggunakan telefon bimbit secara bebas dalam premis sekolah. Tanggungjawab untuk
memantau medan sosial dan aktiviti yang diteroka oleh murid melalui gajet masing-
masing adalah di luar kemampuan guru.

Tuntasnya, terdapat keperluan bagi seseorang murid untuk membawa telefon
bimbit ke sekolah. Dalam masa yang sama, tidak kurang juga kesan negatif akibat
penggunaan telefon bimbit di sekolah. Persoalannya, adakah menjadi tugas dan
tanggungjawab guru semata-mata bagi memastikan setiap murid tidak
menyalahgunakan penggunaan telefon bimbit di sekolah? Bersama-samalah kita
memainkan peranan sebagai individu yang bertanggungjawab untuk menegur,
mengingatkan dan membetulkan khilaf yang dilakukan oleh generasi muda harapan
bangsa kerana merekalah yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.
“Remaja Berkualiti Harapan Bangsa”.

Gunakan saya dengan
bijak!!!

34

ANDA BOLEH JADI SMART

KITA sering kali mendengar istilah "SMART" yang digunakan dalam melaksanakan
pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia
maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan
daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual
supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik
serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

"SMART" membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab.
Huraiannya adalah seperti berikut:-

• S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu
perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya
dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang berterusan. Pepatah Melayu
ada mengatakan "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit." Usaha secara berterusan
dapat mengurangkan tekanan.

• M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang
suci. Kemahuan juga ada kaitan dengan matlamat hidup. Seseorang yang
mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka
pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke
arah kejayaan bertepatanlah dengan pepatah Melayu yang berbunyi " di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan."

• A (Ambil) - Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak
melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak
mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya
hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu, tindakan harus
diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita.
"Bulat tidak akan datang bergolek dan pipih tidak akan datang melayang" tanpa
usaha yang gigih.
35


Click to View FlipBook Version