• R (Risiko) - Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan
cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi
cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih
dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan
cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.
• T (Tanggungjawab) - Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada
setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk
melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya,
keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan
cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan
kerugian serta keburukan.
Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang "SMART" adalah mereka
yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab. Sebagai seorang murid, anda
perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa
jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentu anda akan menempuh
pelbagai cabaran.
Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang "SMART"? Cuba anda buat
satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri-ciri yang telah dihuraikan di atas. Semak diri
anda.
-------- "SMART"
----------
--------- 36
CABARAN, BAGAIMANA HADAPI
Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran merupakan
mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama
dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman.
Sebagai seorang murid anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala
tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya
anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka
insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.
Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa
dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani
mengambil risiko dan tanggungjawab adalah sifat yang paling mulia. Sesungguhnya
golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan
tugas mereka.
Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan
aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan murid-murid yang
cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan
segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah
proses anjakan paradigma.
37
KANTOI #SIPENCINTA MONYET
CINTA MONYET adalah istilah informal yang bererti perasaan cinta yang terjadi antara
sepasang anak muda yang masih dalam alam remaja dan persekolahan. Istilah ini wujud
bagi menggambarkan bahawa cinta yang dialami bagi pasangan hanyalah sekadar suka-
suka, yang tidak mempunyai hala tuju. Bahasa yang lebih mudah difahami ialah cinta
hanya sekadar ingin merasai nikmat disayangi atau menyayangi antara berlainan
jantina. Ia hanya dialami sebentar sahaja, setelah itu biasanya hilang dengan sendirinya.
Cinta monyet juga dideskripsikan sebagai cinta seorang anak atau remaja kepada orang
yang lebih tua. Sebagai contoh, seorang murid yang ‘suka’ kepada gurunya. Dalam hal
ini, istilah ‘cinta monyet’ menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat
balasan.
Cinta monyet ibarat cinta manis di zaman remaja. Bagi remaja yang berjaya
menambat hati pasangan dikira insan yang paling bertuah kerana mereka tergolong
dalam kategori awek cun @ mamat hensem di sekolah pada ketika itu. Bermula dari
pandangan mata akhirnya turun ke hati lalu terbit perasaan ingin mengenali pasangan
dengan lebih dekat. Tatkala mata bertentang mata, senyuman mulai terukir di bibir,
dada berombak kencang, di saat itu tangan dihulurkan tanda perkenalan. Amat indah
dirasakan bagai berada di awang-awangan. Tiada kata yang dapat digambarkan pada
ketika itu, hanyalah satu perasaan yang amat puas apabila dapat meluahkan segala
hasrat hati yang telah lama terpendam.
38
Faktor yang menyebabkan fenomena ini semakin popular dalam kalangan remaja
sekolah adalah kerana impak dari kesan pengaruh rakan sebaya. Mereka mudah terikut-
ikut dengan tindakan dan perlakuan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dalam setiap
perkara yang dilakukan sehingga terlibat dengan kes salahlaku disiplin jika tidak
terbendung. Inilah permasalahannya, zaman persekolahan bukanlah masa yang sesuai
untuk para remaja melibatkan diri dengan aktiviti ‘cintan-cintun’. Masyarakat juga amat
tidak menggalakkan perkara ini terus berleluasa. Namun, sejauh manakah mereka akan
hanyut dengan perasaan ‘cinta monyet’ ini? Itulah persoalannya. Manakah yang lebih
penting? Murid @ ‘cinta monyet’ yang mereka ciptakan? Istilah ‘bercinta’ itu sebenarnya
tidak salah tetapi masa dan keadaan yang menyebabkan perkara tersebut tidak sesuai
untuk dilaksanakan.
39
ADAB DI SEKOLAH
Adab membawa maksud perilaku iaitu perbuatan: kebaikan, kesantunan, moral, sopan
santun, kesusilaan, kemanusiaan. Dalam hal ini mari kita fokus kepada adab bagi murid-
murid di sekolah. Antara adab-adab yang boleh diikuti oleh seseorang murid ketika
berada di sekolah adalah seperti berikut.
HORMATI WARGA SEKOLAH
Warga sekolah adalah terdiri daripada pentadbiran sekolah yang merangkumi
pengetua, penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling
dan para guru yang mendidik anak-anak murid. Tidak lupa juga warga sekolah terdiri
daripada staf sokongan sekolah, pengawal keselamatan, pekebun dan pekerja
pembersihan. Anak-anak murid perlu menjaga hubungan baik dengan warga sekolah
dengan menghormati mereka tanpa mengira status ekonomi, pekerjaan dan pangkat.
Mengapa mereka perlu di hormati? Jawapannya ialah sekolah merupakan sebuah
institusi pendidikan yang berperanan mendidik anak-anak murid menjadi insan yang
tahu menghargai dan mengingati jasa-jasa yang diberikan oleh mereka. Para pentadbir
dan guru berperanan mendidik manakala staf sokongan membantu memudahkan
urusan, pekerja pembersihan memastikan sekolah dalam keadaan yang bersih dan
kondusif, pekebun pula menceriakan sekolah dengan menanam pokok-pokok bunga dan
pengawal keselamatan menjaga keselamatan para murid dari ancaman orang luar. Oleh
itu, hormati dan hargailah sekolah kita.
40
MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH
Istilah ‘Sekolahku Rumahku’ seringkali dilihat terpampang di pintu masuk sekolah.
Adakah kita rasa suka dan bangga dengan sekolah kita? Sebagai seorang murid, atau
pun sebagai seorang bekas murid sekolah tersebut kita perlu menjaga nama baik
sekolah yang sedang kita menuntut ilmu atau telah tamat menuntut ilmu di situ.
Persoalannya bagaimana kita perlu menjaga nama baik sekolah? Antara yang boleh kita
lakukan adalah:-
o Bercakap mengenai kebaikan mengenai sekolah kita pada orang lain.
o Jaga tingkahlaku di dalam dan di luar sekolah daripada pandangan
masyarakat.
o Memberikan kemenangan pada sekolah dalam pertandingan yang
disertai.
o Bangga dapat bersekolah di sekolah tersebut.
Yang paling utama sebagai seorang murid atau bekas murid di sekolah tersebut
kita seharusnya merasa bangga dan berterima kasih kerana sekolah itu menjadikan
insan yang berjaya.
TAATI PERINTAH DAN HORMATI GURU
Guru adalah insan yang amat mulia kerana guru memberi ilmu dan mengajar anak murid
tanpa penat dan jemu. Guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kepada anak murid
ketika berada di sekolah. Oleh itu, sebagai anak murid haruslah kita hormati guru
dengan cara:-
o Ucapkan salam, dan bersalaman dengan guru ketika bertemu.
o Berbicara dengan lemah lembut, baik dan bersopan santun.
o Mematuhi perintah guru dengan baik.
o Memberi fokus dan mendengar ketika guru mengajar.
o Meminta maaf dengan guru sekiranya melakukan kesilapan dengan guru.
o Dan sentiasa mengucapkan ‘terima kasih cikgu ‘ setelah mendapat tunjuk
ajar dari guru.
41
HARGAI DAN SAYANGI HARTA BENDA SEKOLAH
Harta benda sekolah diibaratkan sebagai kemudahan untuk anak-anak murid ketika
belajar di sekolah. Oleh itu, anak-anak murid perlu menjaga harta benda sekolah dengan
cara:
o Menggunakan peralatan sekolah dengan cermat.
o Sayangi harta benda sekolah, dan laporan kerosakan peralatan sekolah
pada guru.
o Bersyukur dengan kemudahan yang disediakan.
o Menceriakan kawasan sekolah.
SAYANGI RAKAN SEBAYA
Bagi anak-anak murid di sekolah, siapakah orang yang rapat pada kita selain daripada
ahli keluarga kita? Adakah rakan sebaya kita di sekolah? Mengapa rakan sebaya itu
penting untuk kita semua? Sebagaimana yang kita ketahui bagaimana rakan sebaya
merupakan orang yang penting dalam hidup kita apabila berlaku permasalahan dan
kesusahan. Rakan sebaya merupakan tempat kita untuk meluahkan perasaan dan
berkongsi emosi yang kita rasa. Oleh itu, jagalah dan sayangilah rakan sebaya kita
melalui:-
o Membantu rakan sebaya bersama-sama menyiapkan tugasan sekolah.
o Menziarahi rakan sebaya yang sakit.
o Membantu rakan sebaya yang dalam kesusahan.
o Menjaga hati dan perasaan rakan sebaya.
42
BENARKAH SEKOLAH ELIT TIADA SALAH LAKU DISIPLIN?
Salah laku disiplin sering kali dikaitkan dengan murid-murid sekolah. Tidak kira
peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Terdapat pelbagai jenis salah
laku disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sekolah. Antara yang sering berlaku
adalah gejala ponteng, tidak kira sama ada ponteng kelas mahupun ponteng sekolah.
Salah laku disiplin lain yang biasa dilakukan oleh murid adalah merokok. Mengikut
kajian, lebih separuh perokok tegar di Malaysia bermula di bangku sekolah lagi.
Walaupun terdapat pelbagai isu salah laku disiplin dalam kalangan murid sekolah, kita
jarang mendengar kes-kes salah laku dalam kalangan murid sekolah elit seperti Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah-sekolah elit
yang lain. Persoalannya, adakah tidak berlaku kes-kes salah laku di sekolah-sekolah ini?
❖ Mengikut kajian, kes-kes salah laku dalam kalangan murid-murid sekolah elit
ada berlaku tetapi murid-murid ini bijak menyembunyikan kes salah laku
disiplin yang mereka lakukan.
❖ Mereka menggunakan kecerdasan akal mereka untuk melepaskan diri dari
ditangkap apabila melakukan kes salah laku disiplin. Mereka merancang
terlebih dahulu sebelum melakukan kes salah laku disiplin ini.
❖ Kes-kes sebegini adalah bahaya jika tidak dibendung kerana kes-kes sebegini
adalah bibit-bibit permulaan kepada kes yang lebih besar seperti jenayah
kolar putih.
❖ Mereka juga mengunakan kebijaksanaan mereka dalam mengalih perhatian
pihak guru agar kes mereka tidak diperbesarkan.
❖ Berbeza dengan sekolah-sekolah harian yang lain, kes salah laku disiplin yang
berlaku biasanya dilakukan tanpa perancangan dan dilakukan mengikut emosi
tanpa memikirkan kesan apabila kes salah laku disiplin mereka diketahui.
Kesimpulannya, tidak ada sekolah yang dapat memastikan sekolah mereka 43
adalah sifar dari kes salah laku disiplin. Sebagai guru, kita hanya mampu berusaha untuk
mengurangkan isu salah laku disiplin dalam kalangan murid sekolah. Guru-guru adalah
manusia dan murid yang dididik juga manusia, pasti ada kehendak guru yang tidak sama
dengan murid. Apabila berlaku percanggahan ini, maka kemungkinan pelanggaran
arahan boleh berlaku dan seterusnya menyumbang ke arah berlakunya salah laku
disiplin. Berbeza dengan jurutera bangunan, jika mereka menggunakan acuan bulat
untuk membuat sesuatu rekaan, maka hasil yang diperolehi juga pasti bulat.
44
LEWAT…..APA MASALAHNYA?
KURANG KAWALAN DIRI
•JIka anda sering kali lewat, orang lain akan melihat anda sebagai orang
yang tidak mempunyai kawalan diri.
•Orang lain sukar meletakkan tanggungjawab atau jawatan kerana anda
dilihat sebagai orang yang "looser" kerana tidak mampu menguruskan diri.
BIADAB/ KURANG AJAR
•Jika anda kerapkali lewat, orang yang menunggu anda akan menganggap
anda sebagai seorang yang biadab/ kurang ajar kerana membiarkan
orang lain menanti anda.
KERUGIAN
•Jika anda seringkali lewat, anda akan mengalami kerugian seperti terlepas
peluang keemasan, tertinggal penerbangan atau pun tidak dilayan dan
sebagainya.
1. UTAMAKAN YANG UTAMA
• Anda perlu menyusun aktiviti anda mengikut keutamaan. Aktiviti perlu
disusun mengikut aktiviti yang mana yang perlu disegerakan atau aktiviti
mana yang lebih penting.
2. MEMBUAT CATATAN AKTIVITI SEHARIAN
• Anda perlu mencatat segala perkara penting yang perlu anda selesaikan pada
setiap hari beserta anggaran masa aktiviti tersebut.
• Setelah menyelesaikan sesuatu aktiviti, keluarkan aktiviti tersebut daripada
senarai.
• Sebelum tidur pada setiap hari, anda perlu menyemak diri anda sama ada
anda telah berjaya menyelesaikan semua aktiviti yang dicatatkan.
3. SET UP PERINGATAN
• Bagi mengelakkan anda terlupa tentang sesuatu aktiviti yang dirancang,
buatlah peringatan untuk diri anda seperti di dalam telefon bimbit atau di
tempat yang anda akan lihat setiap hari contohnya tampalkan kertas
peringatan anda pada cermin meja solek anda.
4. BERANI BERKATA TIDAK 45
• Anda merupakan ketua / bos kepada masa anda. Jadi anda berhak dan perlu
berani menyatakan tidak kepada orang lain yang mungkin akan
menyebabkan anda terlewat.
5. TIDUR YANG CUKUP
• Tidur merupakan rehat untuk anda. Untuk itu, tidurlah secukupnya agar
anda sentiasa bangun dalam keadaan yang segar kerana telah mendapat
rehat yang mencukupi.
6. DATANG AWAL LIMA MINIT
• Sentiasa tanam dalam diri, jika anda tiba lima minit awal anda sudah
menepati masa. Jika anda tiba tepat pada waktunya, maka anda telah
terlewat.
46
GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
APAKAH ITU GEJALA CONTOH SIAPA YANG
SOSIAL? GEJALA SOSIAL: TERLIBAT?
GEJALA SOSIAL
GEJALA SOSIAL Merokok
Melepak biasanya dilakukan oleh
ialah unsur Ponteng sekolah remaja yang berumur
yang dapat Menagih Dadah
antara 12 hingga 21 tahun.
MERUNTUHKAN Buli
AKHLAK Gangsterisme Namun gejala sosial juga
boleh dilakukan oleh
seseorang. Peras Ugut
Lari dari rumah mereka yang berusia di
bawah 12 tahun.
Rogol
Minum minuman keras
Judi
Tomboi
Bohsia
Pecah rumah
Pembuangan bayi
Pelacuran
Menyeluk saku
Vandalisme
GEJALA
SOSIAL
47
KESELAMATAN DI SEKOLAH
Program Sekolah Selamat merupakan rangka program dalam mewujudkan iklim 48
sekolah yang selesa dan selamat bagi semua warganya. Setiap warga sekolah mesti
mempunyai kesedaran tentang keselamatan yang ditunjukkan melalui sikap dan tingkah
laku sensitif, prihatin dan bertanggungjawab dalam menjamin suasana pembelajaran
berjalan dengan baik.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah
berkaitan pelan kritikal, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah
selamat. Kesedaran tentang pencegahan dadah, keganasan, gangsterisme, kecemasan
dan sebagainya yang melibatkan semua warga sekolah dalam menghadapi penyelesaian
konflik, mengurangkan kecederaan dan mencegah berlakunya perkara yang boleh
membahayakan semua pihak di sekolah.
PENGLIBATAN WARGA SEKOLAH
i Guru dan pengawas sekolah bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan
sebelum dan selepas waktu persekolahan.
ii Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal berkaitan masalah yang akan
timbul.
iii Warga sekolah membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah.
iv Warga sekolah perlu memantau tandas, padang, bilik-bilik khas dan kawasan
persekitaran sepanjang masa.
v Warga sekolah terlatih dalam menghadapi sebarang krisis yang berlaku dan
memahami tanggungjawab dalam menghadapi kecemasan.
vi Guru dan murid berbincang dalam kelas dan menerapkan kesedaran terhadap
keselamatan di sekolah.
vii Warga sekolah juga bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan
keselamatan dalam setiap aktiviti kurikulum dan kokurikulum sepanjang masa
persekolahan.
Selain itu, perkongsian bijak sekolah dan persekitarannya dapat menjamin
keberkesanan dalam pelaksanaan sekolah selamat. Antaranya kerjasama dan
penglibatan sekolah dengan badan-badan sosial dalam usaha pencegahan seperti
program sifar keganasan, penguatkuasaan undang-undang, kerjasama agensi
kecemasan, bomba dan belia untuk meningkatkan keselamatan sekolah.
PERKEMBANGAN KERJAYA (PK)
SEKILAS PANDANG PENDIDIKAN KERJAYA
TREK KERJAYA
APA ITU RIASEC?
SUKARNYA MEMILIH KERJAYA
BAGAIMANA ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA
5 LANGKAH MERANCANG KERJAYA
CIKGU...BANTU SAYA NAK BANYAK ‘A’
HALA TUJU SELEPAS SPM
MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA
PERTEMBUNGAN CITA-CITA
BAGAIMANAKAH ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA?
KISAH SEEKOR BELALANG
FAKTOR YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN DALAM PEMILIHAN KURSUS ATAU KERJA
PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA
5 LANGKAH MERANCANG KERJAYA
MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA?
KERJAYA DAN KERJA
ANDA BIJAK MEMILIH
PSIKOMETRIK MEMBANTU PILIHAN KERJAYA ANDA
49
SEKILAS PANDANG PENDIDIKAN KERJAYA
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk memahirkan murid dalam bidang akademik
tetapi juga menyediakan murid untuk disalurkan ke dalam industri. Pendidikan kerjaya
bertujuan mencetus minda murid ke arah cita-cita, minat dan potensi dalam bidang
pekerjaan. Di samping itu, bimbingan kerjaya juga membantu murid untuk menyedari
dan meneroka personaliti diri dan kecenderungannya dalam sesuatu bidang ilmu dan
pekerjaan.
Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang luas dan
menyeluruh yang ditujukan untuk memotivasi, melatih, memberi kaunseling dan
membimbing individu berkaitan dengan alam pekerjaan. Misi pendidikan kerjaya ialah
supaya setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam konteks sosial,
individu dan organisasi.
Matlamat Pendidikan Kerjaya
1. Merangsang individu mencari maklumat, memproses maklumat dan
mengintegrasikan maklumat.
2. Mempertingkat keupayaan individu dalam membina matlamat jangka pendek dan
panjang serta membuat keputusan.
3. Memberi alternatif untuk membuat tindakan melalui program yang dirancang bagi
melengkapkan individu dengan kemahiran-kemahiran yang berguna untuk
memulakan sesuatu kerjaya.
4. Memberi maklumat yang berterusan, membuat keputusan dan tindakan melalui
latihan semula dan peningkatan kemahiran.
Hasil yang diharapkan
1. Meningkatkan motivasi belajar dan prestasi akademik.
2. Lebih terarah kendiri (mampu belajar sendiri tanpa disuruh, merancang dan
mengimplementasi jadual harian dan mengetahui sebab di sebaliknya).
3. Peningkatan kemahiran membuat keputusan.
4. Meningkatkan keyakinan diri.
5. Internal locus of control vs external locus of control. 50
6. Menimba ilmu dengan mempunyai tujuan dan fokus.
7. Terdapat pelbagai cara untuk mencetuskan kesedaran murid tentang kerjaya.
Antara cara memberi input kepada murid, kita boleh lakukan dengan santai
hinggalah kaedah yang lebih formal.
Kaedah santai
1. Bercerita tentang pekerjaan ibu bapa – pekerjaan yang murid minati dan kenapa
mereka memilih pekerjaan tersebut.
2. Bentuk permainan.
3. Menonton video.
Intervensi
1. Pentaksiran Psikometrik – Inventori Minat Kerjaya (IMK).
2. Bimbingan individu/kelompok
3. Sesi kaunseling individu/ kelompok
4. Latihan formal
51
TREK KERJAYA
Pendedahan maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan perlu diberikan sejak murid di
bangku sekolah lagi. Kerjaya yang selaras dengan minat, kebolehan, personaliti serta
pencapaian berupaya membantu murid memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian
dengan diri. Di samping itu, pendedahan maklumat mengenai kebolehpasaran kerja
dapat membantu murid memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
Sehubungan itu, pihak sekolah perlulah memainkan peranan utama dalam usaha
memberi maklumat kerjaya serta aliran atau jurusan yang selaras dengan bidang yang
ingin diceburi oleh murid.
SARJANA/ IJAZAH
MASTER KEDOKTORAN
(PHD)
PT3/SIJIL STPM/ IJAZAH
KEMAHIRAN/ DIPLOMA/ SARJANA
SPM ASASI/ MUDA/
MATRIKULASI BACHELOR
CELIK AKAL :
SEKIRANYA KITA GAGAL MERANCANG, BERMAKNA KITA
MERANCANG UNTUK GAGAL
52
APA ITU RIASEC ? CELIK AKAL :
Pentingnya Merancang
Masa Depan Anda
Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Suka bekerja dengan
objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga
berminat bekerja di dalam situasi outdoor berbanding di dalam
pejabat.
Berminat dengan pemerhatian, memmuridi, menyelidik,
menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan serta berkemahiran dalam bidang saintifik dan
matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal.
Memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga
mempunyai kebolehan intuisi dimana suka bekerja di dalam situasi
kurang berstruktur. Tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam
keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya
imiginasi dan daya kreativiti.
Suka bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu,
menolong, melatih, dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang
lain. Mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat.
Suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat
dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang
lain juga mahir dalam memanipulasi. Matlamatnya mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Suka bekerja dengan data dan nombor. Kemahiran dalam bidang
perkeranian serta mempunyai kebolehan melakukan sesuatu secara
terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
CELIK AKAL : Berbincanglah Dengan Kaunselor Anda…. Anda Mampu
MEMILIHNYA….
53
SUKARNYA MEMILIH KERJAYA
SUKARNYA MEMILIH kerjaya
Sharp dan Marva (dalam Amir Awang 1983) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya
merupakan masalah terbesar yang sering dikemukakan oleh individu khususnya
remaja. Amir Awang (1983) menyatakan 3 sebab utama mengapa terjadi susahnya
memilih kerjaya.
Minat dalam Tidak tahu Kurang
pelbagai bidang, personaliti, maklumat dan
tidak jelas atau minat dan pengetahuan
kebolehan tentang dunia
tidak minat
langsung sendiri pekerjaan
SUKAR
MEMILIH
KERJAYA
54
CIKGU...BANTU SAYA NAK BANYAK ‘A’
Thinesh ( bukan nama sebenar ) seorang pengawas sekolah yang baik, ramah, rajin dan
sangat disenangi oleh guru-guru. Saya mengenali Thinesh semenjak beliau Tingkatan 1
lagi. Sangat aktif dan mampu melaksanakan semua tugas yang guru amanahkan. Dia
pengacara program UBK saya walaupun beliau bukan berbangsa Melayu. Saya bagi
skrip contoh, Thinesh mampu mengolah skrip tersebut mengikut program yang saya
kehendaki. Saya latih dia melontarkan suara dan membaca skrip dengan intonasi yang
betul. Saya mengajar Thinesh memasukkan unsur kecindan dalam skripnya. “ Jangan
formal sangat Thee (nama manjanya), audien tak suka, saya tak suka”, itu ajaran saya
dan Thinesh boleh berpantun lebih baik daripada murid Melayu yang lain. Seringkali
saya bertanya, “ Thinesh, how is your study?”. “Bolehlah teacher “, ujar Thinesh. Begitulah
selalunya, memberi jawapan yang sama dan menayang barisan giginya yang cantik.
Tiba-tiba, Thinesh datang berjumpa saya, wajahnya sugul dan berkata “Teacher, saya
nak skor banyak A”... Ceritanya, peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 yang tidak
cemerlang. Melarat sehingga ujian setara semasa di Tingkatan 5. Antara pesanan saya,
“orang yang pandai dan petah berkata-kata Thee mesti ada kelulusan akademik, baru air
liurnya laku”. Akhirnya, Thinesh sedar dan dia mesti berbuat sesuatu.
RAHSIA KEJAYAAN THINESH:
• Berjumpa dengan kaunselor, berkongsi masalah dan halangan yang dihadapinya.
Rappo yang sudah memang terjalin antara Thee dan kaunselor memudahkan sesi
bimbingan ini.
1. Ujian Kerjaya ( untuk menetapkan matlamat kerjaya).
2. Jadual waktu (penggunaan masa 24 jam sehari , 7 hari seminggu).
3. Mengenalpasti 3 S dirinya iaitu :
- SASARAN : di mana nak belajar lepas SPM, bidang apa (mesti sesuai dengan minat,
kebolehan agar berjaya cemerlang di universiti dan yang penting popular serta dikenali
pensyarah).
` - STRATEGI : kenal pasti subjek yang sangat lemah. Pastikan siapa guru yang boleh
membantu (Thee popular dan disukai guru, tiada masalah mendapatkan bantuan) dan
rakan yang boleh diharapkan.
- SIKAP : kenalpasti sikap yang boleh menjejaskan STRATEGI dan akan menjadikan
SASARAN terpesong. 55
“ Thinesh lulus dengan cemerlang, kini dia menjawat jawatan sebagai International Tax Consultant di Multinational Corporation”
HALA TUJU SELEPAS SPM
Tingkatan 6? Matrikulasi? Asasi? Diploma? SKM?
Tingkatan 6 Asasi
• Sekarang sudah tidak perlu berpakaian uniform • Berpeluang cerah untuk mengikuti kursus yang
sekolah seperti sebelum ini. Dibenarkan memakai anda ikuti di peringkat Ijazah Sarjana Muda
pakaian bebas asalkan ia sopan. mengikut kursus yang anda ikuti di program Asasi.
• Lebih mudah untuk diterima masuk ke Tingkatan 6. • Sukatan dan format pelajaran program asasi akan
Anda akan ditawarkan secara automatik tanpa perlu dikhususkan kepada program Ijazah yang lebih
menghantar borang permohonan Tingkatan 6. spesifik.
• Keputusan STPM yang anda perolehi sah dan diiktiraf • Jika anda melepasi syarat kelayakan yang telah
untuk kebanykan universiti di serata dunia. ditetapkan oleh pihak Universiti bagi program
asasi yang anda ikuti, anda akan diberikan
• Dengan sijil STPM, anda boleh diterima bekerja di keutamaan untuk sambung ke peringkat universiti
syarikat swasta atau sebagai kakitangan awam melalui permohonan UPU atau USM (Universiti
jikalau melepasi syarat kelayakan yang telah Sains Malaysia).
ditetapkan.
DIPLOMA
• STPM lebih mudah untuk masuk ke universiti kerana
kualiti dan tahap akademik serta kualiti peperiksaan • Jika anda habis belajar Diploma lepasan SPM,
yang dijalankan begitu hampir dengan universiti. kelulusan yang diperolehi sah dan boleh
Dikenali antara peperiksaan yang sukar di dunia digunakan untuk mohon kerja berdasarkan
sesuai dengan tahap kualiti sijil STPM itu sendiri. kelayakan anda.
• Pastikan subjek yang dipilih adalah tepat dengan • Peluang untuk sambung lagi pengajian ke
anda supaya memudahkan peluang memperolehi peringkat Ijazah Sarjana Muda akan lebih mudah
kursus yang menjadi pilihan anda untuk kemasukan ke dengan syarat anda mohon di universiti yang
universiti kelak. Ini kerana walaupun Tingkatan 6 sama dan juga pastikan anda keputusan
hanya ada 4 subjek sahaja, tetapi setiap subjek ada peperiksaan anda melepasi syarat kelayakan
2 atau 3 kertas yang mana setiapnya merangkumi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
banyak bahagian yang merangkumi banyak topik.
• Jika anda masuk Diploma IPTA contohnya dan
• Keputusan kemasukan ke universiti akan dinilai sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana
berdasarkan 2 subjek terbaik manakala baki 2 subjek Muda, anda akan habis belajar lebih lambat
lagi akan digunakan untuk menyokong pointer berbanding rakan anda yang masuk Matrikulasi.
keputusan STPM anda kelak.
SijilKemahiran Malaysia
Matrikulasi
• Diiktiraf oleh industri di Malaysia.
• Yuran pengajian sangat murah. Selebihnya • Menyediakan suatu laluan kerjaya dan
ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM. pembangunan diri yang menarik setanding
dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan
• Diberikan elaun lebih RM1000 untuk satu semester. akademik.
• Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih
• Peluang pelajar Matrikulasi untuk sambung belajar dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya
ke universiti menjadi lebih sukar dan sengit. Hanya saing industri tempatan di pasaran dunia.
pelajar yang benar-benar cemerlang sahaja • Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah
berjaya memperolehi universiti dan kursus yang satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan
diingini. Selebihnya akan menerima tawaran untuk lima (5) tahap persijilan:
kursus 'lelong' sahaja.
a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
by: bondiclassifieds.com b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
c) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
d) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
e) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM) Tahap 5
56
MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA?
Faktor-Faktor Pemilihan Kursus atau Kerjaya
Pemilihan kursus menuju kerjaya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan
seseorang individu kerana kerjaya yang dipilih akan menentukan corak dan peranan
yang akan diamalkan oleh seseorang itu dalam masyarakat nanti. Ia juga membawa
kesan ke atas nilai hidup, sikap, gaya, dan personalitinya.
1. Minat, Motivasi dan Bakat
Pemilihan kursus ke arah kerjaya mestilah selaras dengan keinginan dan minat
kerana individu akan menceburi dunia pekerjaan ini sepanjang hayat sehingga
persaraan.
2. Keputusan Akademik
Tahap pencapaian akademik yang baik diambil kira terutama dalam pekerjaan
profesional seperti White Collar Jobs seperti doktor, peguam, akauntan dan juga
bidang pengurusan. Sementara pekerjaan Blue Collar Jobs lebih kepada pekerjaan
berasaskan kemahiran dan selalunya pencapaian akademiknya adalah lebih
rendah.
3. Kemampuan Kewangan
Perkara tentang biasiswa atau pinjaman perlu diambil kira kerana ia akan
meringankan beban ibu bapa dan juga individu dapat menghabiskan kursus
tanpa isu kewangan nanti.
4. Lokasi Institusi atau Organisasi
Logistik ini juga penting kerana individu dapat mengurangkan perbelanjaan
seperti penginapan serta makan dan minum individu sekiranya berdekatan
dengan rumah keluarga.
5. Pengiktirafan Kursus
Pengiktirafan kelayakan daripada MQA (Malaysian Qualifications Agency)
penting kerana ia menentukan pencapaian tahap “Quality Standard” dalam
bidang yang diceburi. Ia adalah suatu kemestian kepada setiap murid supaya sijil,
diploma atau ijazah yang diterima diperakui dan diterima oleh pihak kerajaan
mahupun pihak swasta.
6. Keperluan Tenaga manusia
Mengambilkira keperluan dan jenis tenaga kerja yang diperlukan di dalam
negara mahupun luar negara. 57
PERTEMBUNGAN CITA-CITA
Cita-cita adalah suatu harapan individu untuk mereka capai pada suatu hari kelak. Cita-
cita tanpa usaha hanyalah kekal dalam lipatan sejarah kita sebagai sebuah angan-angan.
Bercakap mengenai cita-cita dalam kerjaya, sudah pasti terbuku di hati murid untuk
memiliki cita-cita yang mereka minati. Menurut Holland, tiga isu besar yang perlu dilihat
terlebih dahulu dalam menentukan kerjaya kita pada masa hadapan.
✓ Adakah kita kenal kecenderungan minat kita? Adakah kita tahu kita tergolong
dalam kelompok minat Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising
mahupun Conventional.
✓ Perkara yang kedua yang perlu dilihat adalah sejauh mana kita kenal dan fahami
bidang kerja yang kita minati. Sama ada pekerjaan itu tergolong dalam kategori
Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising mahupun Conventional.
✓ Perkara ketiga adalah kemampuan kita menyepadankan kecenderungan minat
kita dengan pekerjaan yang bersesuaian dengan minat kita. Jika ketiga-tiga
perkara ini dapat dipenuhi, kita akan dapat memperolehi kepuasan kerja dalam
pekerjaan yang kita ceburi.
Walau bagaimanapun, dalam kita memahami konsep-konsep yang tersebut di atas,
terdapat suatu lagi isu yang tidak boleh kita abaikan. Isu ini selalu menjadi
permasalahan dan kekeliruan dalam kalangan remaja dalam menentukan kerjaya
pilihan mereka. Isu yang dimaksudkan adalah pertembungan cita-cita ibu bapa dan cita-
cita anak. Sebagai contoh, ibu bapa mahu anak mereka menjadi doktor tetapi anak
bercita-cita untuk menjadi usahawan. Konflik pertembungan ini akan memberi kesan
secara psikologi kepada murid di mana mereka keliru sama ada perlu meneruskan
hasrat hati ataupun memenuhi hasrat ibu bapa mereka.
Saranan kepada murid yang mengalami isu ini, berbincanglah bersama ibu bapa
anda kerana ini soal masa depan anda. Anda tidak akan memperolehi kepuasan kerja
apabila melakukan kerja yang bukan diminati. Anda akan rasa stress dan malas untuk
melakukan kerja-kerja yang tidak diminati. Kepada ibu bapa yang dikasihi, berilah
peluang kepada anak-anak menentukan kerjaya pilihan mereka dan bimbinglah mereka
dalam mencapai kerjaya pilihan.
58
BAGAIMANAKAH ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA?
RANCANGLAH KERJAYA ANDA... 59
KISAH SEEKKOERRBAELNAALAANNGDA LAHIR UNTUK BERJAYA
KISAH SEEKOR BELALANG
Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar
dari kotak yang mengurungnya itu. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati
kebebasannya.
Dalam perjalanan, dia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun, dia kehairanan
mengapa belalang itu boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.
Dengan cepat dia menghampiri belalang itu, dan bertanya,
“Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh,
padahal kita tidak jauh berbeza dari usia ataupun bentuk
tubuh ?”.
Belalang itu pun menjawabnya dengan pertanyaan,
“Di manakah kau tinggal selama ini? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas
pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”.
Saat itu si belalang baru tersadar bahwa selama ini kotak
itulah yang membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi
belalang lain yang hidup di alam bebas.
RENUNGAN:
Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah
juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Kehidupan yang susah, hinaan, trauma
masa lalu, kegagalan
dalam hidup, atau perkataan negatif teman-teman,
seolah membuat kita terkurung dalam sebuah kotak yang
membatasi semua kelebihan kita.
Kita sering mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka katakan kepada kita
tanpa pernah berfikir benarkah Anda separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih
memilih mempercayai
mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahawa
Anda mampu “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” jika Anda
mahu menyingkirkan “kotak” itu?
Beruntung sebagai manusia kita dibekalkan Tuhan kemampuan
untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa
yang kita alami. Kerana itu teman, teruslah berusaha mencapai
apapun yang Anda ingin capai. Kehidupan Anda akan lebih baik kalau hidup dengan
cara hidup pilihan Anda. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda.
60
PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA
Seseorang murid mungkin akan berhadapan dengan sesuatu temuduga. Contohnya
temuduga tawaran biasiswa, temuduga tawaran pendidikan atau temuduga pekerjaan.
Oleh itu, persediaan yang rapi sebelum temuduga amat penting.
Terlebih dahulu, kita perlu bersedia dengan jenis-jenis soalan yang mungkin
ditanya oleh penemuduga. Caranya adalah kita boleh rujuk kepada pihak-pihak yang
berpengalaman seperti ibu bapa, saudara-mara, rakan-rakan senior ataupun guru.
Selain itu, kita boleh mencari maklumat melalui internet. Pengumpulan maklumat
adalah penting kerana ini dapat membuktikan bahawa kita membuat persediaan rapi
dan potensi kita untuk berjaya dalam temuduga adalah lebih tinggi berbanding dengan
orang lain yang tidak membuat persediaan.
Latihan sebelum menghadiri temuduga merupakan perkara yang sangat penting.
Bagi mereka yang tidak pernah menghadiri sesi temuduga, kemungkinan seseorang itu
akan berasa cemas dan stres. Cara yang terbaik untuk mengurangkan rasa tekanan
tersebut adalah dengan kerap berlatih bercakap dengan diri sendiri di hadapan cermin.
Melalui cara ini, kita dapat meningkatkan keyakinan diri semasa menghadiri sesi
temuduga.
Kita juga seharusnya peka terhadap gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan
imej kita ketika menghadiri sesi temuduga. Salah satu gangguan ialah telefon bimbit.
Pastikan telefon bimbit telah dimatikan atau diletakkan dalam keadaan senyap sebelum
memasuki dewan temuduga. Selain itu, kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan diri
kita supaya kita dapat menghadiri sesi temuduga dalam keadaan yang terbaik.
Ketepatan masa juga merupakan perkara yang penting semasa menghadiri
temuduga. Pada hari temuduga, kita perlu hadir setengah jam lebih awal daripada masa
temuduga yang ditetapkan. Ketepatan masa dapat memberi imej yang positif kepada
penemuduga.
Sesungguhnya dalam proses temuduga, kita harus pandai mempromosikan
kelebihan diri kita. Oleh itu, pastikan kita telah menyediakan resume berserta dengan
bukti-bukti dan contoh-contoh yang munasabah untuk menyokong kenyataan kita.
Kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa meningkatkan kualiti diri kita. Pastikan
kita telah menetapkan matlamat yang boleh dicapai. Pada akhir sesi temuduga, kita
perlu mengucapkan terima kasih kepada penemuduga. Sifat berbudi bahasa dan amalan
sopan santun dapat menonjolkam penampilan diri kita yang positif.
Semoga dengan idea yang dikongsikan dapat memberi sedikit bimbingan dan
panduan kepada murid dari segi menghadapi temuduga .
61
5 LANGKAH MERANCANG KERJAYA
Merancang kerjaya membawa maksud seseorang itu perlu mengetahui secara spesifik
apakah kerjaya impiannya. Setelah itu mereka perlu mengetahui apa yang perlu
dilakukan untuk merealisasikan impian dan cita-citanya.
Meneroka diri anda sendiri adalah perkara yang pertama untuk anda lakukan. Sebelum
kita memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri kita, kita perlu meneliti beberapa
aspek dalam diri kita seperti minat, bakat, kelebihan diri, kelemahan diri, kebolehan dan
personaliti diri kita. Beberapa inventori boleh dijalankan seperti Inventori Trait
Personaliti, Inventori Minat Kerjaya dan lain-lain yang bersesuaian.
Kita perlu menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri bagi menunjukkan kerjaya yang
bersesuaian dalam diri seseorang. Kita seharusnya tidak memilih kerjaya yang tidak
mampu dilakukan dengan baik.
Hobi dan minat seseorang boleh memberi petunjuk kepada seseorang itu dalam
menentukan apakah kerjaya dan pekerjaan yang disukainya. Namun, perlu dipastikan
minat seseorang itu haruslah bersesuaian dengan kelayakan dalam bidang akademik
dan kemahiran yang dimilikinya.
Ilmu dan pendidikan amat penting untuk berjaya dalam kerjaya. Aliran, kursus dan
subjek yang dipilih juga mampu meningkatkan pengetahuan dan minat dalam sesuatu
kerjaya dan pekerjaan yang diceburi.
Pembinaan karektor diri membawa maksud satu proses yang membolehkan seseorang
itu mampu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dirinya
bagi mencapai matlamat yang diimpikan.
Orang yang BERJAYA dalam hidup adalah orang yang nampak TUJUANNYA dengan JELAS dan menjurus 62
kepadanya tanpa menyimpang
Cecil Bi. DeMille
MENGAPA ANDA MEMILIH SESUATU KERJAYA?
Apabila memilih sesuatu kerjaya, pastilah gaji atau pendapatan yang lumayan
merupakan faktor utama pemilihan sesuatu kerjaya. Selain itu, prospek dalam
peningkatan pendapatan tahunan juga menjadi pertimbangan utama sewaktu memilih
sesuatu kerjaya. Secara tidak langsung majoriti individu bersetuju faktor upah atau gaji
sangat penting bagi memenuhi keperluan harian dan gaya hidup serta komitmen
kewangan yang lain.
Melalui laman sesawang Astro Awani bertarikh 2 Julai 2016 melaporkan dapatan
kajian yang dilakukan oleh The 2016 Hays Asia Salary Guide kepada rakyat Malaysia
menunjukkan terdapat 9 faktor dalam pemilihan sesuatu kerjaya iaitu:
Carta 1: Faktor pemilihan sesuatu kerjaya di Malaysia
LAIN-LAIN
JAMINAN PEKERJAAN
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN & PEKERJAAN
PELUANG PENINGKATAN KERJAYA
LOKASI PEJABAT
BUDAYA TEMPAT KERJA
PERKEMBANGAN KERJAYA
CABARAN PEKERJAAN
FAKTOR GAJI/ UPAH
0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00%
BAGAIMANA PULA DENGAN MINAT ANDA? 63
• Kajian menunjukkan terdapat individu yang seringkali bertukar
pekerjaan. Mengapakah ini terjadi? Adakah kerana tidak memenuhi 9
faktor yang dinyatakan di atas?
• Tahukah anda bahawa pemilihan kerjaya seseorang juga perlu selari
dengan minat serta kebolehannya.
• Apakah minat anda?
• Segera berjumpa dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah anda
untuk mengetahui mengenai minat kerjaya anda.
KERJAYA DAN KERJA
MENGAPA SESEORANG ITU PERLU BEKERJA?
Kerjaya bermaksud kerja yang disukai, diminati dan dibuat sepenuh hati tanpa paksaan.
Kerjaya lebih berarah kepada mempunyai peluang yang luas dalam aspek peningkatan
diri ke arah yang lebih professional, berdaya maju dan mampu memberi hasil yang
pulangan yang lumayan. Menurut Mohd Fadzil Che Din (2001) kerjaya adalah kerjaya
atau aktiviti–aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologikal, ekonomikal, dan
sosioligikal indvidu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.
Kerja membawa maksud melakukan sesuatu secara sukarela, arahan atau cara
paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam , 8
jam atau 12 jam. Kerja yang dilakukan bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran dan
berpendapatan tetap. Kesimpulannya, kerjaya dan kerja mempunyai hubungan yang
rapat bagi menjamin kehidupan seseorang individu pada masa hadapan walaupun
maksud yang berbeza. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dikongsi dalam
mengenalpasti kerjaya atau kerja:
➢ Pilih kerjaya yang diminati melalui ujian minat kerjaya yang dilaksanakan
melalui guru kaunseling di sekolah.
➢ Pilih kerjaya yang menjamin pekerjaan pada masa hadapan sesuai dengan bidang
pengajian yang dipilih.
➢ Jadikan kerja itu sebagai amanah dan ibadat kepada Allah dan bukan
mengharapkan ganjaran atau upah semata-mata.
➢ Amalkan sikap bekerja bukan mencari keuntungan dan kerjaya itu sebagai rezeki
dari Allah.
‘Orang yang SUKSES adalah orang yang jelas melihat target dan impiannya’
64
ANDA BIJAK MEMILIH
Jom kita layari peluang-peluang menyambung pengajian.
Bagaimana?
Link yang boleh anda layari :
1. upu.moe.gov.my
Bahagian Pengurusan Kemasukan murid Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
o Bahagian Pengurusan Kemasukan Murid(BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus dan
menyelaras kemasukan murid ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam
(Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran
Awam)
2. https://studymalaysia.com
3. https://www.pendidik2u.my
4. https://sumberpendidikan.com
5. https://www.sensasimedia.com
6. https://afterschool.my
7. https://online.uitm.edu.my
8. https://www.mysumber.com
9. https://www.infoupu.com
10. https://www.permohonan.my
11. https://www.expresi.org
12. www.mara.gov.my
13. https://easkill.wordpres.com
14. https://meatech.edu.my
15. www.itpa.my
16. https://bit.ly/daftarbeliatvet2018
17. https://bit.ly/2nodveW
18. https://bit.ly/2Ma19VW
19. kemahiran.kbs.gov.my
20. https://nikfaiz.com
21. https://matrikulasi.gov.my
65
ANDA BERMULA DI SINI........
PSIKOMETRIK MEMBANTU PEMILIHAN KERJAYA ANDA
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah satu kaedah yang digunakan secara sistematik
untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang
diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan
untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.
1. Ujian Aptitud Khusus
Instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan
serta minat atau kecenderungan murid.
1.1 Tujuan
o Mengenal pasti potensia murid pada peringkat umur tertentu.
o Membantu guru untuk mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik
pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan.
o Meramal kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya.
1.2 Konstruk Ujian Aptitud Khusus
o Verbal linguistik
o Visual ruang bukan verbal
o Logik matematik
o Muzik
o Naturalis
o Kinestatik
o Interpersonal
o Intrapersonal
o Eksistential
2.0 UJIAN PERSONALITI
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik
setiap murid. Terbahagi kepada 2 iaitu :
o Inventori Tret Personaliti (ITP)
o Inventori Minat Kerjaya (IMK)
2.1 Tujuan
o Membantu guru mengenal pasti personaliti murid supaya dapat
merancang strategi PdPc.
o Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid
dan menyedari potensi diri.
o Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan
dalam pendidikan serta perkembangan individu mengikut keperluan
2.2 Instrumen 66
o Inventori Tret Personaliti (ITP)
o Konstruk ITP
Intelektual, Kreatif, Kepelbagaian, Struktur, Analitikal, Menolong,
Ekstrovert, Kritik Diri, Autonomi, Agresif, Pencapaian, Resilien,
Mengawal, Wawasan, Kejujuran.
o Inventori Minat Kerjaya (IMK)
Konstruk IMK berdasarkan teori Tipologi Holland
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL (PKM)
GAYA HIDUP SIHAT
HIDUP BAHAGIA
MENGURUS RASA MARAH
JOM BANTU DIRI
5 STAIL BERFIKIR
5 PERKARA MEROSAKKAN OTAK
MANISNYA MENJADI REMAJA
ADA APA DENGAN CINTA
GEJALA BUNUH DIRI
KETEGASAN DIRI
TEKNIK MENDENGAR EFEKTIF
PASIF DAN AGRESIF BERBANDING ASERTIF
CARA MENGATASI TEKANAN EMOSI
MENGENAL ELEMEN SENSITIVITI DIRI
67
GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah masyarakat yang sihat.
Amalan gaya hidup sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi daripada segi biologi, sosial dan
psikologi secara optimum, di samping mengutamakan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat.
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup yang sihat
seperti:
i. Makan secara sihat
• Nikmati pelbagai jenis makanan.
• Makan mengikut waktu yang teratur.
• (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengah hari dan makan
malam).
• Memilih makanan harian berasaskan piramid makanan.
• Memilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
ii. Melakukan aktiviti senaman fizikal
• Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan
tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, beriadah, bersenam
dan bersukan.
• Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan
risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
diabetes dan sakit sendi.
iii. Menangani Tekanan / Stres
• Kemarahan adalah salah satu daripada masalah utama emosi akibat stres.
Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat
kerja. Sekiranya stres tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa
kepada kemarahan.
Antara faedah mengamalkan cara hidup yang sihat ialah :
• Status kesihatan menjadi lebih baik.
• Mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti diabetes,
serangan jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.
• Memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan.
68
HIDUP BAHAGIA
Setiap insan pasti akan mengimpikan untuk menjalani sebuah
kehidupan yang bahagia. Bahagia itu adalah sesuatu yang indah dan
menenangkan. Namun, kebahagiaan bagi setiap individu itu adalah
berbeza. Apa yang membuatkan kita bahagia belum tentu
membuatkan orang lain bahagia. Kebahagiaan bukan hanya diukur
dengan kemampuan dan kemewahan harta benda.
Anda akan bahagia apabila…
• Selalu bersyukur dan mempunyai kekuatan untuk bersyukur.
• Bersikap pemaaf.
• Menjadi diri sendiri.
• Anda bersedia menerima perubahan.
• Berhenti membuat perbandingan.
• Mampu membuat keputusan secara rasional.
• Sentiasa fleksibel dan berfikiran terbuka.
• Tidak terbeban dengan peristiwa lalu.
1. Patuh Kepada Agama.
2. Patuh Kepada Ibu Bapa dan Guru.
3. Matlamat Diri atau Halatuju yang Jelas.
4. Pilih Kawan Yang Baik.
5. Jangan Mudah Terpengaruh dan
Keseronokan Trend Semasa.
6. Sentiasa Berfikiran Positif.
69
MENGURUS RASA MARAH
Rasa marah hadir dalam banyak keadaan seperti ketika berkonflik dengan diri sendiri,
orang lain atau sesuatu harapan yang tidak tercapai. Individu akan mengalami emosi
yang ekstrem dan situasi yang tidak selesa sehinggalah keadaan diri kembali tenang.
Dalam keadaan ini, biasanya individu berkecenderungan untuk meluahkan
perasaan tidak selesa dan geram dengan tindakan yang distruktif demi untuk
memuaskan hati. Fenomena ini adalah normal kepada individu. Namun, tindakan yang
terhasil daripada perasaan marah itu perlu dikawal.
?
Berlaku perubahan fisiologi dan biologi apabila kita marah. Biasanya, tekanan darah dan
degupan jantung akan meningkat. Hormon adrenalin dan non-adrenalin juga meningkat.
Anggota badan menjadi lebih tegang, muka merah padam dan tangan mengeluarkan
peluh. Dalam keadaan ini, individu boleh bertindak agresif kerana hilangnya kawalan
emosi dalam diri.
?
Kita perlu mengawal tindakan yang terhasil daripada perasaan marah kerana banyak
masalah yang lebih kompleks akan timbul sekiranya ia tidak diatasi. Kemarahan yang
tidak dikawal boleh melukakan perasaan orang lain. Dalam keadaan yang ekstrem, ia
juga dapat mencederakan diri sendiri dan orang lain.
?
• Berjenaka
• Meluahkan perasaan marah di atas kertas (melukis, menulis atau mewarna)
• Menghindari situasi yang menyebabkan rasa marah
• Mencari persekitaran yang tenang
• Melakukan teknik relaksasi
• Beriadah
• Refleksi diri secara positif
• Beristighfar, solat atau meditasi
• Berbaik sangka dan memaafkan 70
JOM BANTU DIRI
Stres ? Tension ? Serabut ? Pernahkah ia
berlaku pada anda? Bagaimanakah rupa anda sewaktu stres? Adakah anda ingin hidup
tanpa stres?
Hidup terlalu indah dan singkat untuk dikesali atau dibebani dengan pelbagai
masalah. Hidup yang serabut dan stres hanya akan menjadikan diri berasa lemah serta
kerdil sehinggakan hilang nikmat kebahagiaan diri. Hidup juga terlalu singkat untuk
dinikmati. Maka, alangkah indahnya hidup ini jika kita dapat menemui penyelesaian
kepada setiap masalah yang dihadapi.
Jom kita semak diri....
1. Percaya Pada Diri Sendiri dan Singkirkan Keraguan.
• Tidak yakin pada diri sendiri adalah fikiran awal yang boleh melemahkan
mental. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tidak sama
antara satu sama lain.
2. Tidak Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.
• Membuat perbandingan diri dengan orang lain boleh menyebabkan kita berasa
rendah diri.
3. Tetapkan Tujuan dan Matlamat Hidup.
• Matlamat hidup amat perlu untuk bantu diri ke arah yang lebih positif. Belajar
untuk fokus kepada tujuan hidup supaya dapat melatih mental yang sihat. Selain
itu, melatih diri untuk keluar dari zon selesa, menetapkan matlamat yang jelas
dan akhirnya mencapai matlamat yang diimpikan.
#mulakan yang biasa untuk hasilkan yang luar biasa.
71
5 STAIL BERFIKIR
Manusia dikurniakan 'aqal’ untuk membezakannya daripada makhluk-makhluk lain
(haiwan dan tumbuhan) bagi menjadi khalifah bil 'ardh, yakni 'pentadbir' planet bumi
ini, memakmurkannya dan menjaga biological diversities, menjamin kesejahteraan
umat manusia hingga hari kiamat. Oleh itu stail dan proses berfikir amat besar kesannya
dalam interaksi manusia sama ada dalam aspek sosial, organisasi, interpersonal, hingga
kepada situasi peribadi dan keluarga. Ketahuilah bahawa ada lima (5) STAIL BERFIKIR
iaitu:
1. The Synthesist: Pendebat, membantah berlebihan. Cenderung mencabar orang
lain, ingin tahu, tidak duduk diam dan kreatif. Manusia synthesist boleh jadi
negatif dan merosakkan, membangkang dan membebel akibat cuba
mengintegrasikan pelbagai perspektif berbeza.
2. The Idealist: Percaya, manusia boleh bersetuju dalam sebarang perkara jika
pandangan-pandangan yang berbeza dapat diletakkan di bawah payung
matlamat yang satu atau satu ideal bersama. Setiap pelan tindakan, apa pun jua,
mesti mempunyai standard kualiti yang tinggi, tak ada perkataan cincai.
3. The Pragmatist: Perhatian utama seorang pragmatist ialah meneruskan
sesuatu kerja. Mereka mahu rasa sibuk dan aktif. Mereka berikan optisme dan
iltizam yang mendorong (motivate) orang lain bergerak ke hadapan sungguhpun
sesuatu tugas itu kelihatan amat berat dan sukar.
4. The Analyst: Orang analyst degil, dogmatik, berfikiran sempit, ghairah dan
detail-oriented. Pandangan hidup mereka ialah bahawa dunia ini bersifat teratur
dan tertib, logikal dan rasional. Mereka percaya "selagi kita bergerak secara
cermat dan berkaedah, semua perkara akan berjaya."
5. The Realist: Bagi orang realist, apa jua yang boleh dilihat, dirasa, didengar,
dihidu dan dialami, adalah kenyataan. Sifat orang realist sangat bertentangan
dengan sifat orang synthesist. Mereka rasa terganggu dengan kompromi, sintisis,
analisis dan idealisme. Pendeknya mereka ini mahukan hasil yang konkrit sahaja.
Betapa proses berfikir, mena'akul reasoning dan mengenal sangat penting dalam semua gerak diam kita di dalam
perhubungan sama ada sesama manusia atau tidak dapat digambarkan menerusi perumpamaan Melayu yang
berbunyi 'Bumi berkelikir, langit bertemberang; salah-salah fikir, jadi hamba orang'.
72
5 PERKARA MEROSAKKAN OTAK
Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan
paras gula dalam darah menjadi rendah dan
mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.
Makan berlebihan menyebabkan banyak darah
dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan
pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang
sampai ke otak. Ini menyebabkan malas, mengantuk
dan hilang daya fokus.
Asap rokok sangat merbahaya kerana
mengandungi pelbagai racun dan boleh
membunuh banyak sel-sel otak.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke
bantal atau menutup dengan buku atau lengan
boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida
terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.
Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh
mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.
Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak
yang sihat.
• 75% otak kita terdiri daripada cecair. 73
• Berat otak orang dewasa adalah sekitar 1.4 kg.
• Ketika usia semakin menua, alur lipatan pada otak akan semakin meluas.
MANISNYA MENJADI REMAJA Remaja?
MaNiSNYa • Suka bergaul dengan
MENJaDi REMaJa rakan sebaya berbanding
dengan ibu bapa
Remaja atau adolescence berasal dari bahasa latin
adolescence yang bererti menuju ke arah kematangan. Pada peringkat ini, remaja
Kematangan yang dimaksudkan adalah bukan hanya akan mula belajar bergaul
kematangan dari segi fizikal sahaja, bahkan juga dengan orang lain selain
kematangan aspek sosial dan psikologi seseorang.
Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin daripada ahli keluarga
mencuba dan sedang menuju ke alam dewasa. Dari mereka. Peringkat remaja
sudut perkembangan manusia, remaja merujuk
kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu merupakan peringkat
peringkat transisi yang bermula daripada peringkat perkembangan sosial
kanak-kanak menjadi dewasa. Semasa seseorang itu seseorang. Sehubungan itu,
mengalami zaman remaja, dia akan mengalami seseorang remaja suka
pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah berkawan namun mudah
perubahan jasmani, sosial, pemikiran dan emosi. tersinggung dalam masalah
Disebabkan itu, seseorang remaja merupakan orang
yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa bermasalah. sosial.
• Suka Berangan-angan
Remaja yang normal
mempunyai angan-angan
sihat mengenai masa depan
mereka. Mereka sentiasa
memikirkan apa yang akan
mereka buat pada masa
hadapan.
• Senang Terpengaruh
Remaja merupakan orang
yang senang terpengaruh
dengan emosi. Ini kerana,
pemikiran rasional mereka
masih berkembang dan
belum sampai ke satu tahap
yang mantap.
74
ADA APA DENGAN CINTA?
Cinta itu indah. Cinta merujuk kepada perasaan suka dan kasih secara mendalam
terhadap seseorang ataupun sesuatu. Remaja pula dapat didefinisikan sebagai individu
yang berada diperingkat pertengahan antara kanak-kanak dan dewasa. Lebih tepat lagi,
jika didefinisikan murid yang berada di sekolah menengah adalah sebagai seorang
remaja. Pada peringkat ini, remaja berada ingin mencuba dan merasai pelbagai perkara
baru dalam persekitaran mereka. Antaranya merasai nikmat berCINTA. Sudah menjadi
lumrah setiap insan ingin merasai nikmat DICINTAI dan MENCINTAI, namun sejauh
manakah remaja kita memahami definisi dan konsep sebenar CINTA?
• Ada segelintir remaja yang terlampau taksub dengan cinta sehingga
mengabaikan pelajaran.
• Perkara yang lebih parah sehingga ada segelintir remaja yang terlanjur sehingga
melahirkan anak yang diklasifikasikan sebagai anak tidak sah taraf.
• Kes pembuangan bayi adalah natijah dari gelora cinta remaja yang gagal
menggunakan akal waras dalam memahami dan menghayati erti sebenar cinta.
Persoalannya, mengapakah pelajar seawal usia remaja sudah mula untuk bercinta?
• Faktor pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya
adalah suatu gelombang pengaruh yang kuat. Remaja yang tidak memiliki
pasangan kekasih akan merasa cemburu jika mereka tidak memiliki pasangan
seperti rakan-rakan mereka yang lain sehinggakan mereka merasa rendah diri
seolah-olah mereka “tidak laku”. Justeru, berhati-hatilah memilih rakan.
• Faktor kurang perhatian dan kasih sayang
dari keluarga Remaja yang kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang dari ahli keluarga lebih cenderung untuk mencari perhatian dan kasih
sayang di luar. Sebaliknya, remaja yang mendapat kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga, mereka tidak perlukan cinta dan perhatian dari luar.
75
GEJALA BUNUH DIRI
Usia remaja banyak dikaitkan dengan individu yang menghadapi krisis dalam diri. Pakar
Psikologi, Erik Erikson menamakan peringkat usia ini sebagai storm and stress atau ribut
taufan dan tekanan. Ini adalah kerana di peringkat umur 11-16 tahun, remaja mengalami
kecelaruan dalam pencarian identiti. Justeru, golongan remaja ini terdedah kepada
tingkah laku dan aktiviti berisiko. Mereka perlu didekati, dibimbing dan disantuni
supaya golongan remaja dapat berkembang dengan seimbang dan stabil. Fenomena
bunuh diri dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Perbuatan ekstrem ini
dianggap satu kejadian yang boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah
gangguan kesihatan mental. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017,
Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan, 11.2 peratus remaja dalam kelompok
itu mempunyai idea untuk membunuh diri, sembilan peratus merancang untuk bunuh
diri dan 10.1 peratus melakukan cubaan untuk bunuh diri.
Di bawah adalah antara punca yang menyumbang ke arah gejala bunuh diri serta
simptom-simptomnya.
76
KETEGASAN DIRI
Tegas diri atau gaya asertif adalah satu kemahiran komunikasi yang merupakan
kemampuan seseorang untuk menyatakan kehendaknya bertujuan melindungi diri,
haknya, atau hak orang lain tanpa membuatkan orang lain terasa, teraniaya atau rasa
marah dengan pernyataan tersebut. Keadaan ini dikatakan win-win situation. Ketegasan
diri didefinisikan sebagai kemampuan seseorang menolak permintaan, meluahkan
perasaan tanpa menyinggung perasaan orang lain, memulakan atau menolak perbualan,
serta dapat membuat permintaan peribadi tanpa berasa tertekan. Ia juga berkaitan
dengan keupayaan seseorang berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dalam
perhubungan seharian.
Dewasa ini ramai yang mengalami keresahan, tidak tenang, stres malah
kemurungan hanya kerana tidak boleh mengatakan ‘tidak’ atau tidak dapat bersikap
asertif dalam kehidupan seharian. Bagi sesetengah orang, komunikasi cara asertif
bukanlah sesuatu yang boleh berlaku secara semulajadi tetapi perlu dipelajari. Hal ini
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti gaya asuhan ibu bapa, gaya komunikasi orang
sekeliling, persekitaran, personaliti, konsep kendiri dan keyakinan diri.
Perlakuan-perlakuan Tegas Diri/Asertif adalah seperti di bawah:
• Terbuka dan selesa dalam menyampaikan pendapat, pemikiran dan 77
menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian.
• Terbuka dan selesa untuk mendengar dan menerima maklum balas orang lain
dan boleh memberi maklum balas sama ada bersetuju atau tidak dengan
pandangan orang lain.
• Menerima tanggungjawab dan boleh membahagikan serta menurunkan tugas
kepada orang lain.
• Boleh memuji dan menyatakan penghargaan terhadap orang lain atas
pencapaian mereka.
• Boleh mengaku membuat kesalahan dan memohon maaf.
• Boleh kawal diri dan emosi kebanyakan masa.
• Bertindak sama rata dan adil kepada semua.
Tingkahlaku asertif boleh dipelajari melalui latihan. Menguasai ilmu komunikasi asertif
dalam kalangan remaja dan pelajar amat penting untuk meningkatkan elemen
kepimpinan serta mengelakkan stres.
TEKNIK MENDENGAR EFEKTIF
Lazimnya murid tidak dapat menerima maklumat yang didengar sepenuhnya. Banyak
fakta-fakta penting yang tertinggal dan tidak dapat difahami. Untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, beberapa kaedah dicadangkan di sini iaitu:
Memberi TUMPUAN ketika GURU MENGAJAR.
- Tumpuan atau perhatian penuh semasa guru mengajar akan memudahkan
kefahaman.
MENAJAMKAN minat terhadap MATA PELAJARAN.
- Jika perasaan minat terhadap pelajaran telah timbul murid akan sedaya upaya
menguasainya.
JANGAN BERMAIN ketika guru mengajar.
- Apabila murid bermain, pendengaran murid tidak tertumpu pada apa yang diajar
oleh guru seterusnya banyak maklumat yang tertinggal. Hal ini juga boleh
mengganggu konsentrasi pendengaran rakan-rakan.
Menanamkan perasaan MINAT terhadap orang yang bercakap.
- Timbulkan perasaan suka terhadap orang yang bercakap (guru). Tentu murid akan
turut meminati mata pelajaran yang diajarnya.
Mengikut kelajuan RENTAK orang yang bercakap.
- Biasakan diri dengan kelajuan atau rentak orang yang bercakap. Dengan cara ini
kita dapat menjadi pendengar yang baik.
CATATKAN isi-isi penting yang yang didengar.
- Catatkan isi-isi penting sewaktu mendengar penerangan guru. Ini kerana, tidak
semua yang kita dengar dapat diingat sepenuhnya.
ULANGKAJI tajuk yang akan diajari.
- Sebelum menghadiri kelas bacalah topik yang akan diajar oleh guru. Dengan cara
ini murid akan lebih memahami penerangan guru.
Jika ada soalan TANYA SEGERA.
- Jangan biarkan kita berada dalam keadaan tertanya-tanya. Oleh itu, bertanyalah
kepada guru sekiranya kurang jelas apa yang disampaikan. 78
SEDIA untuk mendengar.
PASIF DAN AGRESIF BERBANDING ASERTIF
PASIF
Tingkahlaku pasif bermaksud menerima tindakan orang lain membuta tuli dan
menidakkan hak sendiri kerana kurang keyakinan diri. Sukar mengatakan ‘tidak’ apabila
diajak atau disuruh. Lebih mendahulukan hak dan kehendak orang lain berbanding
dirinya. Ciri ini menampakkan diri lemah dan tidak perlu dihiraukan perasaan atau
pandangannya.
AGRESIF
Tingkahlaku agresif ialah sering bertindak kasar, tidak sensitif, tidak mempedulikan hak
dan harga diri orang lain. Sangat sukar menunjukkan penghargaan terhadap orang lain,
sukar menerima pandangan dan tidak menjaga hati orang sekeliling. Kerap merendah-
rendahkan orang lain dan memandang remeh hak orang lain.
Melihatkan perbandingan antara ketiga-tiga gaya komunikasi ini, nampaknya
gaya asertif boleh dikatakan jalan tengah kepada komunikasi pasif dan agresif.
Bagaimanakah kita boleh melatih diri untuk menjadi lebih ASERTIF?
• Menilai gaya komunikasi diri.
• Berjumpa kaunselor atau mempelajari cara melatih diri supaya menjadi lebih
asertif.
• Latihan ayat-ayat asertif boleh dilakukan dengan bercakap di depan cermin atau
merekodkan percakapan, mendengar semula dan memperbaikinya dari semasa
ke semasa.
• Mengaplikasikan ayat-ayat dan maklumbalas asertif dalam pergaulan harian.
• Bertanyakan kawan-kawan rapat tentang tahap asertif dalam diri kita.
• Sentiasa sedar dan nilai tingkahlaku kita dalam sesuatu urusan, isu dan konflik.
79
MENGENAL ELEMEN SENSITIVITI DIRI
Mengenal diri atau muhasabah diri meliputi kelebihan, kekuatan, potensi, kekurangan,
kelemahan, keaiban dan apa jua perkara yang berkaitan dengan diri kita. Muhasabah
adalah amalan mulia para Nabi dan Rasulullah serta para insan yang bijaksana.
Pilih bentuk yang anda paling suka
BULAT SEGI TIGA OMBAK SEGI EMPAT
• Kaki sembang & • Mempunyai arah tuju • Jenis celaru, tak tentu • Orang jenis logikal
suka merapu yang jelas arah tujuan, “entah • Bersifat objektif
apa-apa” • Kalau tengok cerita
• Mementingkan • Ada wawasan
keharmonian • Bercita-cita tinggi & • Mempunyai pelbagai hindustan tak sedih
minat, langsung
• Sentiasa serba boleh berusaha untuk • Mengutamakan fakta
capainya • Serba boleh, sangat dan fokus kepada
• Suka bertolak ansur • Rajin dan bersungguh fleksibel sumber maklumat
dalam kerjanya terperinci
• Suka bergaul dengan • Mempunyai sifat ingin • Kurang berdisiplin, • Khabar angin tak
orang lain tahu yang tinggi tidak suka kepada mudah percaya
• Rajin berfikir peraturan, tidak suka • Mementingkan keadilan
• Hubungan peribadi • Suka berfikir berdasar kerja rutin atau ikut dan saksama
yang baik dan mesra teori dan falsafah jadual • Mengutamakan
• Suka bersendiri panduan dan peraturan
• Mudah memahami • Boleh berdikari • Buat kerja last minute • Sistematik
perasaan orang lain • Sanggup tinggal kawan • Bertanggungjawab
demi mencapai • Suka adventure keibubapaan
• Suka lihat positif matlamatnya • Terikat kepada
• Sabar dan kompleks • Spontan, tiada tradisional dan adat
• Romantis • Sesuai dijadikan perancangan resam
pemikir pasukan • Boleh dipercayai, sesuai
• Bekerjasama • Gopoh tapi jadi bendahari
bersemangat
• Berseni 80
• Berani
• Setia
• Suka pertandingan
• Mempunyai cara
komunikasi yang • Berkemahiran
baik
• Apabila orang marah
• Boleh dijadikan dia buat tidak endah
ketua sahaja
• Sesuai jadi pegawai
tugas khas
KOLEKSI ARTIKEL BULETIN MGK PETALING PERDANA 2016-2018