The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ATIQAH BINTI ABDUL RAHMAN (KKMIRI), 2024-05-21 00:33:48

E-PROCEEDING IBIEC 2023

E-PROCEEDING IBIEC 2023

Keywords: IBIEC

INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 192 References Dasaesamoh, R. , Youravong,W. and Wichienchot, S. (2016). International Food Research Journal 23(6):2581-2587. Digestibility, fecal fermentation and anti-cancer of dragon fruit oligosaccharides, http://www.ifrj.upm.edu.my/23%20(06)%202016/(38).pdf Deborah de Almeida Bauer Guimaraes, Danielle dos Santos Bonfirm De Castro, Felipe Leite de Oliveira, Eduardo Matos Nogueira (2017). Pitaya Extracts Induce Growth Inhibition and Proapoptotic Effects on Human Cell Lines of Breast Cancer via Downregulation of Estrogen Receptor Gene Expression, Rio de Janeiro, RJ, Brazil. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5518493/ Garg, P. (November 2023). 10 Health Benefits of Eating Yoghurt Every Day. Available: https://pharmeasy.in/blog/benefits-of-eating-yogurt-every-day/ J.G.Davis (1956). Yoghurt And Other Cultured Milks. London Branch of the Society. London, UK, https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1471-0307.1956.tb01761.x Liza Wartenberg (2020). Frozen Yogurt vs. Ice Cream: Is one Healthier? Healthline. https://www.healthline.com/nutrition/frozen-yogurt-vs-ice-cream Manfred Kroger (1975). Quality of Yogurt. Journal of Dairy Science, vol. 59, No.2, pp. 344- 359. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022030276842087 Sachdev, P. (September 2022). Health Benefits of Pandan. https://www.webmd.com/diet/health-benefits-pandan Suiyuan Zeng, Ming Chen (2017). Marketing Strategy Analysis of Yogurt under Consumption Upgrading: A Case Study of Le Pur. Open Jurnal of Social Sciences. Scientific Research. pp. 195-205. https://www.scirp.org/journal/PaperInformation.aspx?PaperID=74314


INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 193 Bulp Replacing Tool (BRT) Nurhaiza Abd Wahab1*, Roland Tsok Vui Liang1 and Darrell Chan Tze Fook1 1 Kolej Komuniti Miri, Sarawak, Malaysia *[email protected] Abstrak Produk Bulp Replacing Tool (BRT) ini dihasilkan berkonsepkan “Carry & Easy” di mana alat ini mudah dikendalikan dan dibawa ke mana-mana serta mudah disimpan. Objektif utama panghasilannya adalah bagi membantu pengguna mengurangkan kebergantungan penggunaan tangga ketika menukarkan tiub lampu pendaflour yang rosak. Pembinaan BRT ini menggunakan bahan sisa terpakai selaras dengan saranan Pihak Kerajaan Malaysia iaitu menghasilkan sebuah produk Inovasi Teknologi Hijau dan mesra Alam. Di samping ciri-ciri inovasinya sangat mesra pengguna ia juga dicipta untuk tujuan peningkatan elemen keselamatan pengguna ketika proses penggantian tiub lampu baru dijalankan. Kata Kunci: Alat penukar lampu, lampu pendaflour, produk teknologi hijau. Abstract This Bulp Replacing Tool (BRT) product is produced with the concept of "Carry & Easy" where this tool is easy to handle and carry anywhere and easy to store. The main objective of its income is to help users reduce the dependence of using ladders when replacing damaged fluorescent light tubes. BRT is made of used material in accordance with the recommendations of the Malaysian Government, which is to produce a Green Technology Innovation product that is environmentally friendly. In addition to its very user-friendly innovation features, it was also created for the purpose of increasing user safety elements when the new light tube replacement process is carried out. Keywords: Bulp Replacing Tool, fluorescent light, Green Technology Product. Pengenalan Definisi Inovasi adalah sangat meluas dan merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka , Inovasi boleh takrifkan sebagai sesuatu “penghasilan benda baru atau menaiktaraf benda sedia ada”. Produk yang dihasilkan dalam projek ini adalah sebuah produk inovasi di mana ia diberi nama sebagai Alat Penukar Tiub Lampu atau “Bulp Replacing Tool (BRT)”. Penghasilan produk ini bertujuan mengatasi masalah utama bagi golongan minoriti yang menghadapi masalah ketika menukar lampu pendaflour khusus yang berada di lokasi siling yang tinggi.


INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 194 Ciri-ciri inovasi yang diperkenalkan di dalam projek ini adalah mengikut Teori Roger iaitu: i. Keuntungan relatif – sangat menguntungkan pengguna kerana ia bukan sahaja produk mampu milik dan mudah kendali serta disimpan malah bersesuaian dengan konsep “Carry and Easy” dan merupakan sebuah produk berteknologi hijau kerana sifat bahan binaannya tidak mencemarkan alam dan boleh dikitar semula. ii. Keserasian – produk ini sangat serasi dengan pengguna dan sangat sesuai digunakan oleh pelbagai golongan iii. Tidak kompleks – produk ini sangat mudah dikendali kerana operasinya sangat mudah dan tidak kompleks. iv. Mudah diamati – penggunaan dan pengendaliannya amat mudah diamati oleh pengguna walaupun tanpa merujuk manual penggunaannya. Melalui penilaian, pengamatan serta kajian secara visual dan media elektronik, produk sebegini masih belum dihasilkan dan ia masih kekal keasliannya. Namun begitu produk ini perlu diperkemaskan lagi rekabentuk serta perincian operasinya bagi tujuan Paten dan sebelum ia dipasarkan di pasaran tempatan. Pernyataan Masalah dan Cetusan Idea Apabila sesuatu tiub lampu pendaflour telah rosak atau terbakar, kebanyakan pengguna akan menggantikannya secara manual iaitu mencapainya dengan tangan. Sekiranya lampu pendaflour berada diatas siling yang tinggi dimana ia memerlukan tangga untuk melaksanakan kerja penggantian lampu tersebut. Walaupun tangga adalah merupakan alat memudahkan pengguna untuk mencapai tiub lampu tersebut, namun ia tidak memberikan keselamatan yang sepenuhnya kepada pengguna. Tergelincir dan jatuh merupakan salah satu risiko yang di hadapi oleh pengguna (Rajah 1). Oleh yang demikian tercetuslah idea bagi mecipta suatu alat baru untuk menyelesaikan masalah ini. Rajah 1: Kaedah Biasa Menukar Tiub Lampu Pendaftour di Siling Objektif 1. Menghasilkan produk menukarkan tiub lampu pendaflour yang rosak tanpa menggunakan bantuan tangga. 2. Menghasilkan produk hijau dengan menggunakan sisa barangan terpakai.


INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 195 Pembangunan Rekabentuk dan Produk BRT Perlaksaan prototaip untuk Bulp Replacing Tool (BRT) ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu sehingga siap dengan pembinaan ketiga-ketiga bahagian dan kompenen utamanya iaitu: i. Saddle (Rajah 2) ii. Shaft (Rajah 3) iii. Lever (Rajah 4) Rajah 2: Rekabentuk Saddle BRT Rajah 3: Rekabentuk Shaft BRT Rajah 4: Rekabentuk Lever BRT Namun begitu keseluruhan bahan binaannya adalah daripada barang yang sediaada dipasaran dan diperolehi daripada kedai logam (hardware) biasa. Ini adalah bertujuan bagi penjimatan kos dimana jika sesuatu bahagian dan kompenen BRT ditempah khas, kos pembinaannya amatlah tinggi kerana kuantiti yang diperlukan hanya satu unit setiap satu dan hanya berbaloi ditempah jika ia bertujuan untuk dipasarkan ke pasaran dalam suatu kuantiti yang besar. Rajah 5: Rekabentuk Prototaip BRT Rajah 6: Produk Sebenar BRT Aplikasi BRT Produk akhir BRT telah diuji dan diaplikasikan bagi menilai keberkesanannya dalam menukar lampu pendaflour tanpa penggunaan tangga (Rajah 7a – 7e). Rajah 7a menunjukkan bahagian saddle BRT digunakan untuk memegang tiub lampu pendaflour yang telah rosak di siling. Kemudian lever BRT dilaraskan bagi mengepit dan memegang kemas tiub lampu rosak tersebut. Seterusnya Rajah 7b menunjukkan tiub lampu rosak telah berjaya dikeluarkan dari perumah lampu dan dibawa turun kebawah. Rajah 7c dan Rajah 7d menunjukkan proses penggantian tiub lampu rosak dengan tiub lampu yang baru dan ditempatkan pada Saddle dan seterusnya meralas lever BRT agar memegang tiub lampu baru tersebut dengan kemas dan tidak


INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 196 jatuh. Rajah 7e menunjukkan tiub lampu baru telah berjaya digantikan dan dipasang dengan kemas pada perumah lampu. Rajah 7a: Saddle BRT Mencabut Tiub Rosak Rajah 7b: Tiub Lampu Rosak Diturunkan Rajah 7c: Tiub Lampu Rosak Dikeluarkan Rajah 7d: Tiub Lampu Baru digantikan Rajah 7e: Lampu Baru Berjaya Di pasang Oleh BRT Impak Inovasi BRT Secara praktikalnya, produk ini telah memberi suatu impak yang teramat positif dalam penyelesaian masalah yang dihadapi pengguna kerana ia bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah dalam penukaran tiub lampu rosak malah ia sangat menjimatkan masa pengguna dan selamat tanpa perlu penggunaan tangga. Namun begitu, produk ini juga mampu memberi impak kepada pemasarannya kerana BRT ini mempunyai ciri-ciri komersial yang tinggi dan mampu mendapat tempat dipasaran tempatan dengan beberapa penambahbaikan keatas beberapa elemen dan spesifikasi produk. Kelebihan penggunaan produk BRT ini berbanding kaedah manual yang biasa pengguna lakukan ketika menukar tiub lampu yang rosak ialah pengguna tidak memerlukan tangga


INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION (IBIEC) 2023 197 apabila menukarkan lampu pendaflour yang berada di tempat yang tinggi dengan shaft BRT yang boleh dilaraskan ini membuktikan bahawa produk meningkatkan lagi aspek keselamatan pengguna. Selain daripada itu, produk ini juga diperbuat daripada bahan yang mesra alam dan ia mudah dikendali dan diselenggara serta kecekapan dan keberkesanannya adalah terjamin. Ciri yang paling penting produk adalah menguntungkan pengguna kerana ia merupakan suatu produk mampu milik. Kesimpulan Penghasilan produk dari projek ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu pengguna menyelesaikan masalah dan mempercepatkan lagi proses penukaran lampu pendaflour mereka dengan sangat efisyen dan sekaligus ia juga membantu mengekal kehijauan bumi kerana ia merupakan produk jenis mesra alam. Cadangan Penambahbaikan Penambaikan keatas produk ini dibuat pada ketebalan saiz shaft supaya paip tersebut stabil dan tegap penggunaannya dan juga rekabentuk keatas saddle (caliper) dimana rekabentuk sediaada hanya mempunyai satu caliper. Secara teorinya jika ia direkabentuk dengan dua unit caliper, cengkaman dan pegangan pada tiub lampu adalah leih stabil dan kemas. Rujukan Ulrich, K.T. and Epinggern, S.D., (2003). Product Design and Development, 2nd ed. McGraw-Hill Companies Inc., New York. Rogers, E.M., (1995). Diffusion Of Innovations, 3rd ed. New York: The Free Press. Vidmar, R. J. (2012). concept of going. [Online]. 21(3). http://www.ehow.com/about_6681447_concept-going-green.html


E-PROCEEDING e ISBN 978-967-16518-3-4


Click to View FlipBook Version