2022 JAN
WADAH
BAHASA
Jilid 1,Semester ,January 2022
ILMU TAMBAHAN PERAYAAN
FESYEN ISU-ISU SEMASA
KESIHATAN MENTAL
KANDUNGAN 4
Nota Editorial
Artikel - Artikel Kesihatan
Wellness Point: Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Utama 5
Isu Kesihatan Mental 8
Kemerosotan Kesihatan Mental Semasa Pandemik Covid-19 10
Pencegahan Covid-19 Semasa Acara 12
Cara-Cara Mengatasi Tekanan Akibat Bebanan Kerja 14
Punca-Punca yang Menyebabkan Penyakit Obesiti 16
Cara-Cara Mengatasi Masalah Kesihatan Mental 19
Artikel - Artikel Acara Semasa
Acara dalam Talian yang Dianjurkan oleh Taylorian - Kempen Cara
untuk Mencapai Matlamat Hidup 21
Webinar untuk Menyesuaikan diri dengan Kehidupan Kampus 23
Program Speak Up oleh AIESEC untuk membantu pelajar B40 25
Pasar You Ni (Acara Seni dan Kraf) 29
Ekspo Barang Himpunan 2021 31
Pameran Galeri Seni Kok Yew Puah 32
Pesta Dunia Sihir 34
Ekspo Makanan Sedap (Midvalley) 2021 37
Artikel - Artikel Perayaan
Acara Tsum Tsum 39
Tradisi Tahun Baru Cina 41
Jenis Perayaan Tradisional Cina di Malaysia 43
KANDUNGAN
Artikel - Artikel Fesyen
Kenaikan Harga Chanel 45
Fesyen yang Mampan di Malaysia 48
Artikel - Artikel Ilmu Tambahan
Cara - Cara untuk Meningkatkan Kreativiti dalam Diri 51
Elemen & Prinsip Reka Bentuk 53
Motivasi dan Penangguhan 56
Cara Belajar Bahasa Korea 58
Genting Highland 60
Kehidupan Seorang Pelajar Sekolah Bebas Cina 63
Buli Siber di Malaysia & Ketoksikan Media Sosial 65
Ulasan Filem Encanto 67
Kehidupan Sekolah Sebelum Perubahan yang Disebabkan oleh
Pandemik COVID 69
Tips untuk Fokus Apabila Belajar dalam Talian 71
Bercuti di Melaka 75
77
?Adakah Lebih Kekayaan bermakna Lebih Bahagia
Punca dan Kesan Banjir 79
Model Perniagaan Haidilao 81
Kelebihan Senaman Angkat Berat 83
Cara untuk Meningkatkan Tabiat Belajar 85
Trend Kereta Elektrik di Malaysia 87
Bagaimanakah Mata Wang Kripto Berkait Rapat dengan Masa Hadapan
Kita? 89
Keberkesanan Pembelajaran dalam Talian 91
Tiga Kafe Sekitar Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Belajar Sebagai
Seorang Pelajar 93
Cara - Cara untuk Memupukkan Disiplin dalam Diri Seseorang 95
Analisis Syarikat Samsung 97
Cara - Cara untuk Menangani Tekanan Semasa Pembelajaran dalam
Talian 99
Pengurusan Masa 101
KANDUNGAN 103
109
Carta Organisasi
Ucapan Terima Kasih
Nota Editorial
Suzielawaty Binti Azman (Ketua Editor)
Nama saya Suzielawaty Binti Azman dan saya merupakan
ketua editor untuk tugasan Majalah ini. Saya pada
mulanya teragak-agak untuk mengambil posisi ini tetapi
bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar pada
akhirnya. Seramai 99 orang pelajar yang menyumbang
kepada penghasilan majalah ini, termasuklah saya
sendiri. 86 pelajar telah diberikan posisi sebagai
wartawan artikel manakala 11 pelajar lagi menjadi
pasukan redaksi. Keseluruhan proses penciptaan
majalah ini sejujurnya telah berjalan dengan lebih
lancar daripada yang dijangkakan. Kebanyakan pelajar
telah berusaha untuk memberi kerjasama yang
sepenuhnya. Terdapat 5 kategori utama artikel yang
terdapat dalam majalah ini – Kesihatan, Fesyen, Ilmu
Tambahan, Acara Semasa dan Perayaan. Semua artikel
yang ditulis telah dihasilkan lebih baik daripada
jangkaan saya kerana kebanyakan pelajar tidak pandai
bertutur mahupun memahami bahasa Melayu pada
mulanya.
4
KESIHATAN WADAH BAHASA
Lebih daripada sebahagian rakyat Malaysia yang sedang TITIK KESIHATAN ATAUPUN LEBIH
menghadapi penyakit obesiti kerana mempunyai diet yang tidak DIKENALI SEBAGAI WELLNESS
seimbang. Hal ini menyebabkan seseorang itu untuk POINT: PERKHIDMATAN
menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit PEMERIKSAAN KESIHATAN UTAMA
yang membawa maut seperti obesiti, kolesterol tinggi dan lain.
Oleh itu, kita haruslah menjaga pemakanan dengan mengambil
makanan mengikut kuantiti dan kadar yang tertentu supaya
tahap kesihatan badan kita tidak terjejas. Namun, kadangkala,
amatlah sukar untuk mengetahui tahap kesihatan badan kita
tanpa mendapatkan nasihat profesional.
Oleh itu, kami telah merancang untuk mencari pusat PENULIS :
LIM JIA QI 0349288
kesihatan yang melakukan pemeriksaan kesihatan yang mudah LIEW BIN SHEN 0348580
dan murah untuk semua peringkat umur. Kami amat bertuah
kerana telah menjumpai sebuah pusat kesihatan bernama ‘Fly
Young Studio’ yang menyediakan perkhidmatan tersebut
berhampiran dengan kami, iaitu di Setia Alam. Fly Young Studio
diuruskan oleh Encik Sean yang memiliki beberapa cawangan
kedai yang menjual produk perubatannya sendiri. Di pusat
kesihatan Fly Young Studio, beliau bekerja dengan pakar
perubatan untuk memberikan nasihat percuma tentang
penjagaan kesihatan kepada orang ramai. 5
KESIHATAN WADAH BAHASA
Proses pemeriksaan kesihatan ini mempunyai
lima bahagian. Bahagian pertama merupakan
proses yang paling mudah. Pesakit akan diminta
untuk memberikan umur dan ketinggian mereka.
Seterusnya, pembantu akan meramalkan jenis-
jenis maklumat seperti berat badan, lemak badan,
jumlah air, jisim otot, kadar metabolisme badan,
umur badan, jisim tulang dan lemak viseral.
Kemudian, mereka akan memeriksa asid urik,
tekanan darah, gula dalam darah dan kolesterol.
Selepas mendapat semua maklumat yang
diperlukan, pakar pemakanan akan berpeluang
untuk memberitahu pesakit dengan lebih
terperinci tentang kekurangan kesihatan dalaman
mereka dan cara mereka boleh mengatasi masalah
ini. Pemeriksaan keempat adalah apabila pengurus
pusat kesihatan itu sendiri, Encik Sean, akan
menggunakan mikroskop yang dibina khas untuk
tujuan memastikan organ-organ badan selalu
berada dalam tahap yang sihat. Namun, mikroskop
jenis ini tidak begitu popular di Malaysia kerana
harganya yang mahal. Oleh itu, kita hanya boleh
melihat jenis mikroskop ini di hospital swasta.
6
KESIHATAN WADAH BAHASA
Pemeriksaan terakhir merupakan pemeriksaan jenis berbayar. Hal ini kerana,
pemeriksaan ini mengandungi proses yang melibatkan pengambilan darah pesakit.
Proses ini penting untuk menganalisiskan indeks sel stem seorang individu. Keseluruhan
proses pemeriksaan kesihatan yang terakhir ini sangat unik kerana tidak semua pusat
penjagaan kesihatan menyediakan pemeriksaan kesihatan sedemikian. Namun, oleh
kerana Encik Sean memiliki perniagaan yang pakar dalam pembangunan sel stem, beliau
sangat arif dalam pemeriksaan kesihatan seperti ini.
Kesimpulannya, kami telah
memperoleh banyak ilmu pengetahuan
tentang kesihatan kami dan cara untuk
menjaga kesihatan seseorang. Kami
amat bersyukur kerana telah diberi
peluang untuk mencuba perkhidmatan
pemeriksaan kesihatan secara percuma
ini.
7
ISU KESIHATAN PENULIS:
MENTAL WONG HUI YI 0348591
NURIN SAW LILY 0352319
Kesihatan mental mungkin terjejas disebabkan oleh isu sosioekonomi, perubahan mendadak dalam
keadaan persekitaran/sosial, tekanan di tempat kerja dan penyakit fizikal.
Ketagihan
Ketagihan seseorang terhadap internet sebenarnya boleh dikategorikan sebagai penyakit mental.
Ketagihan ini boleh menjejaskan mental seseorang dalam pelbagai cara. Malangnya, ketagihan ini sering
berlaku di kalangan orang muda. Ini benar terutamanya semasa perintah kawalan pergerakan yang telah
dilaksanakan baru - baru ini, kerana mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti di rumah. Kebanyakan
orang terpaksa bekerja dari rumah dan dengan itu, mereka juga mengambil kesempatan daripada
keadaan dengan mempunyai lebih banyak masa lapang dan kebanyakan mereka menghabiskan masa
lapang ini dengan bermain telefon mereka. Pada akhirnya, mereka menjadi lebih ketagih dengan peranti
teknologi ini. Selepas membuat beberapa penyelidikan dalam talian, kami mendapati bahawa ketagihan
seseorang terhadap internet boleh menjadi sangat teruk sehingga mereka merasakan mereka terpaksa
menggunakan internet 24 jam sehari.
Orang yang mengalami ketagihan Internet datang daripada latar belakang umur yang berbeza, termasuk
remaja dan orang dewasa yang lebih tua. Tetapi sebenarnya, remaja masih mendominasi masalah
ketagihan ini. Tahukah anda majoriti rakyat Asia ketagih dengan penggunaan internet? Malah, China dan
Taiwan adalah 2 negara yang mempunyai jumlah penagih internet yang paling tinggi. Ini sering
disebabkan oleh hubungan kekeluargaan mereka yang lemah dan kemahiran komunikasi yang rendah.
Oleh itu, mereka lebih suka menghabiskan masa mereka menggunakan internet, untuk mencari sesuatu
yang boleh mereka lakukan untuk mengisi masa lapang mereka.
KESIHATAN
WADAH BAHASA
8
ISU KESIHATAN Tekanan yang diperolehi daripada persekitaran
MENTAL seseorang
Tragedi Seperti yang kita tahu, tekanan adalah salah satu punca untuk
kemerosotan kesihatan mental seseorang. Tahukah anda
Selain itu, satu lagi punca masalah bahawa persekitaran kita juga boleh mempengaruhi sejauh
kesihatan mental adalah tragedi. mana beratnya tekanan yang akan kita rasa? Sebagai contoh,
Maksudnya adalah apa yang telah dilalui dalam persekitaran sekolah atau pejabat, orang ramai
oleh seseorang itu, sama ada mereka cenderung untuk tertekan kerana mereka semua mahu
telah melalui sebarang trauma ataupun menjadi yang terbaik. Oleh itu, mereka akan berasa tertekan
tidak. Apabila seseorang itu mengalami dan terpaksa untuk sentiasa bekerja keras. Hal ini akan
trauma dengan peristiwa yang telah menjejaskan kesihatan mental mereka. Jika mereka tidak
berlaku pada masa lampau, kesihatan dapat mengatasi tekanan daripada kerja yang mereka perlu
mental mereka akan terjejas secara lakukan itu, maka kesihatan mental mereka berkemungkinan
mendadak. Apabila ini berlaku, besar akan terus merosot dengan cepat. Oleh hal yang
kesihatan mental mereka akan kekal demikian, semua orang dinasihatkan supaya belajar cara
rapuh untuk masa yang sangat lama. untuk mengimbangi kehidupan kerja dan kehidupan peribadi
Oleh itu, adalah penting untuk mangsa mereka supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan
trauma mendapat sokongan penuh aktiviti riadah yang boleh merehatkan badan dan minda
daripada orang tersayang. Sebagai mereka. Seterusnya,mempunyai haiwan peliharaan juga boleh
contoh, pada penghujung tahun lepas, mengurangkan tekanan.
banjir yang telah melanda negara kita
mungkin tidak menjejaskan ramai Penyakit mental boleh disebabkan oleh banyak faktor.
orang. Walaubagaimanapun, ini berbeza Ketagihan, tragedi dan persekitaran yang tertekan
bagi mereka yang kehilangan orang menjejaskan ramai rakyat Malaysia hari ini. Rawatan yang
yang tersayang semasa banjir ini. sewajarnya mesti dicari dan disediakan untuk mengelakkan
Justeru, mereka mungkin trauma akibat yang tidak diingini akibat penyakit mental.
dengan apa yang telah berlaku.
KESIHATAN
WADAH BAHASA
9
KEMEROSOTAN Penulis:
KESIHATAN MENTAL Yusra Binti Mahmoud
SEMASA PANDEMIK Mohamad El Sayed 0346303
COVID-19 Jeremiah Chan Weng Sheng
0343167
Pandemik Covid-19 yang merebak ke seluruh 10 KESIHATAN
dunia dengan pantas telah memaksa negara-
negara di seluruh dunia untuk
menguatkuasakan perintah berkurung untuk
memastikan rakyatnya selamat. Ini telah
menyebabkan rakyat terpaksa tinggal di rumah.
Namun, memandangkan penularan virus itu
berlangsung lebih lama daripada jangkaan,
rakyat di seluruh negara mahupun di seluruh
dunia, mula berasa gelisah. Oleh kerana tidak
semua orang biasa tinggal di rumah dalam
tempoh yang lama, hal ini telah menjejaskan
kesihatan mental dan fizikal mereka. Orang
ramai mula berasa lebih letih, bimbang, cemas
dan tertekan akibatnya.
Oleh kerana perintah berkurung tersebut telah
dikenakan lebih lama daripada yang
dijangkakan, ibu bapa terpaksa bergelut untuk
mengimbangi peningkatan tanggungjawab
mereka yang mendadak secara tiba - tiba. Ibu
bapa kini perlu menjaga anak-anak mereka di
rumah sambil bekerja dari rumah juga. Hal ini
kerana, sekolah dan pusat jagaan harian pun
terpaksa ditutup untuk menangani wabak Covid
- 19 tersebut. Tambahan pula, dengan segala-
galanya dilakukan dalam talian, agak sukar
untuk mengimbangi kehidupan kerja dan
kehidupan peribadi. Ini juga telah menjadi
punca utama rakyat untuk kurang tidur dan
kurang bersenam kerana berada di rumah boleh
melemahkan semangat seseorang itu untuk
menjadi lebih produktif. Banyak rakyat telah
kehilangan pekerjaan dan dengan itu mereka
juga kehilangan sumber pendapatan. Justeru,
memang ramai rakyat yang bergelut akibat
pandemik ini.
WADAH BAHASA
KEMEROSOTAN Penulis:
KESIHATAN Yusra Binti Mahmoud
MENTAL SEMASA Mohamad El Sayed 0346303
PANDEMIK COVID- Jeremiah Chan Weng Sheng
19 0343167
Malangnya, hubungan antara keluarga KESIHATAN
dan rakan-rakan juga terjejas akibat
pandemik Covid-19 tersebut. Ini kerana
interaksi sosial disarankan untuk
dikekalkan pada tahap minimum
sehingga hari ini. Orang ramai juga kini
lebih rela untuk tidak keluar untuk
mengurangkan risiko mereka daripada
dijangkiti virus tersebut. Bukan itu sahaja,
rakyat di seluruh dunia pun telah
kehilangan orang tersayang kerana virus
Covid-19 ini. Disebabkan virus ini telah
merebak lebih cepat daripada jangkaan,
petugas barisan hadapan terpaksa
bekerja lebih keras. Oleh sebab itu,
nampaknya ini adalah norma baru kita
sekarang.
Sebagai kesimpulan, kita dapat melihat
bahawa bukan sahaja kesihatan fizikal
kita terjejas, tetapi kesihatan mental kita
pun turut merosot. Oleh hal yang
demikian, dinasihatkan agar semua
orang mengambil langkah berhati-hati
dan memastikan kesihatan mereka kekal
sihat dalam setiap cara yang mungkin.
Semoga kita semua dapat melalui wabak
ini dengan selamat dan cepat.
WADAH BAHASA 11
PENCEGAHAN
COVID-19
SEMASA
ACARA
Penulis:
Pang Kang Hi 0345374
Goh Zheng Kang 0346478
Semuanya bermula pada tahun 2019 apabila virus yang
dipanggil Coronavirus (Covid 19) mula merebak dengan cepat
sehingga menjejaskan seluruh dunia sepantas kilat. Ahli saintis
mendapati bahawa kebanyakan individu yang terjejas oleh
virus tersebut akan sering mengalami sesak nafas.
Walaubagaimanapun, individu yang terjejas didapati pulih
tanpa sebarang rawatan perubatan.
Ikatan kekeluargaan dan persahabatan merupakan tonggak
utama dalam kehidupan kita. Walaupun begitu keupayaan kita
untuk berkumpul dengan orang lain telah terjejas oleh wabak
COVID-19. Oleh sebab itu, ramai orang telah terpaksa
membatalkan atau menjadualkan acara-acara penting seperti
perkahwinan, perayaan dan perjumpaan keluarga. Hal ini
demikian kerana sukar untuk memastikan bahawa semua orang
adalah bebas daripada Covid - 19. Justeru, susah untuk kita
katakan bahawa majlis - majlis seperti ini mempunyai risiko
yang rendah. Oleh itu, anda akan sentiasa berisiko untuk
dijangkiti Covid-19 apabila berkumpul dengan individu yang
lain. Covid-19 boleh merebak di mana - mana sahaja dan
antaranya adalah di dalam rumah. Selepas melakukan
beberapa kajian, kami mendapati bahawa Covid-19 merebak
dengan lebih mudah dalam persekitaran yang tidak mempunyai
saluran udara yang betul.
KESIHATAN 1 2 WADAH BAHASA
PENCEGAHAN
COVID-19
SEMASA
ACARA
Penulis:
Pang Kang Hi 0345374
Goh Zheng Kang 0346478
Sekiranya anda memilih untuk berkumpul secara ramai,
pastikan setiap individu yang hadir, termasuklah anda sendiri,
mematuhi langkah-langkah kawalan dan pencegahan semasa
pandemik yang telah ditetapkan: Beberapa prosedur operasi
standard biasa dalam situasi ini adalah memastikan anda
mengekalkan jarak 1 meter antara orang di sekeliling anda.
Seterusnya, pastikan anda berada dalam persekitaran yang
mempunyai peredaran udara yang baik.
Di samping itu, pastikan acara anda selamat untuk para
hadirin. Penganjur majlis haruslah memastikan bahawa semua
tetamu sentiasa memakai topeng muka , melainkan mereka
sedang makan. Selain itu, acara tersebut juga haruslah
diadakan di suatu tempat yang mempunyai ruang yang cukup
besar supaya para hadirin dapat mengamalkan penjarakan
yang selamat. Untuk memudahkan tetamu, penganjur harus
mempertimbangkan penyediaan topeng muka, pembersih
tangan, cuci tangan, tisu dan tong sampah untuk para tetamu
yang menghadiri majlis tersebut. Selain itu, mereka juga perlu
sentiasa memakai topeng muka pada setiap masa. Oleh itu,
topeng muka harus digunakan sebagai senjata untuk melawan
covid-19. Justeru, rakyat perlulah sentiasa mengikuti
perkembangan prosedur operasi standard terkini yang telah
disediakan oleh kementerian kesihatan.
Kesimpulannya, walaupun Covid 19 telah membawa impak
yang negatif dalam kehidupan kita, wabak tersebut juga telah
memberi banyak pengajaran yang penting dan amat bermakna
kepada kita.
KESIHATAN 1 3 WADAH BAHASA
KESIHATAN
CARA-CARA UNTUK
MENGATASI
TEKANAN DARI
BEBAN KERJA
Penulis:
Chloe Chong Jia Xin 0343047
Mukhriz Iskandar Bin Borhan 0337945
Apabila kita meningkat dewasa, tahap Mempunyai jadual tidur yang baik
tekanan kita juga akan meningkat
kerana kita mempunyai lebih banyak Kurang tidur juga merupakan punca
beban kerja berbanding sebelum ini. utama stres.Tidur bukan sahaja
Apakah stres? Stres adalah perasaan penting untuk kesihatan fizikal tetapi
yang timbul dari ketegangan emosi juga untuk kesihatan mental.
atau fizikal. Ia boleh datang daripada Apabila tidur, otak anda memproses
pemikiran yang menyebabkan pelbagai jenis emosi. Otak anda
seseorang individu berasa kecewa, memerlukan masa ini untuk
marah atau gementar. Baca lebih lanjut mengenali emosi tersebut dan
untuk mengetahui cara mengatasi bertindak balas dengan cara yang
stres. betul. Apabila anda memotong
masa yang digunakan oleh otak
Mendengarkan Muzik anda untuk memproses emosi
tersebut, anda cenderung untuk
Mendengarkan muzik adalah mempunyai lebih
penyelesaian yang sering dilakukan
untuk menghilangkan tekanan
seseorang yang mungkin berasa terlalu
berat. Namun, amatlah penting untuk
mengetahui jenis muzik apa yang
harus didengar oleh seseorang untuk
menghilangkan tekanan tersebut.
Memainkan muzik yang tenang dan
santai akan memberi kesan yang positif
kepada otak dan badan seseorang.
Muzik seperti ini juga boleh membantu
menurunkan tekanan darah seseorang.
14 WADAH BAHASA
KESIHATAN
CARA-CARA UNTUK
MENGATASI
TEKANAN DARI
BEBAN KERJA
Luangkan masa dengan haiwan kesayangan anda
Mempunyai haiwan kesayangan dapat mengurangkan tekanan dan
menukarkan emosi negatif seseorang kepada emosi yang lebih positif
seseorang. Haiwan kesayangan dapat membantu melepaskan Oxytocin,
hormon yang berkaitan rapat dengan emosi positif. Kajian menunjukkan
bahawa pemilik haiwan peliharaan cenderung mempunyai kepuasan hidup
yang lebih tinggi, harga diri yang lebih baik, tahap kesepian dan kegelisahan
yang berkurangan, dan suasana yang lebih positif. Mempunyai haiwan
peliharaan dapat menjalinkan talian 'persahabatan' yang kuat antara haiwan
peliharaan anda dan anda sendiri, membuat anda tetap aktif dan memberikan
anda lebih motivasi untuk meneruskan hidup dengan ceria.
Senaman dan diet/pemakanan
Senaman tidak bermakna anda perlu pergi ke gim dan bersenam di atas kincir.
Berjalan-jalan di sekitar rumah atau hanya berdiri untuk meregangkan badan
semasa rehat dapat membantu seseorang untuk menangani stres yang
dihadapi. Senaman dapat membantu menangani stres dengan melepaskan
endorfin dan justeru, boleh meningkatkan emosi positif hampir serta-merta.
Mengunyah Gula-Gula Getah
Gula-gula getah sebenarnya mempunyai keupayaan untuk melegakan tahap
tahap tekanan seseorang. Menurut satu kajian, kira-kira 101 orang dewasa
mendapati bahawa orang yang mengunyah gula - gula getah semasa bekerja
mempunyai tindak balas tekanan yang lebih rendah.
15 WADAH BAHASA
PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN
PENYAKITAN OBESITI
PENULIS: AKSHAY KURUVILA CHERIAN(0347610) &
JOB WONG ZI CHENG(0342448)
Amalan gaya hidup sihat wajar dipraktikan oleh Obesiti boleh menyebabkan beberapa
masyarakat Malaysia. Masyarakat kini telah masalah kesihatan iaitu tekanan darah tinggi
mengabaikan kepentingan untuk makan dan penyakit jantung. Artikel ini akan
makanan yang seimbang. Akibatnya, menerangkan cara bagaimana seseorang itu
pemakanan yang tidak seimbang telah boleh mendapat penyakit obesiti.
menyebabkan rakyat negara kita untuk
menghadapi penyakit seperti obesiti dan
diabetes.
16 KESIHATAN | WADAH BAHASA
Pada zaman sekarang, gaya pemakanan yang Selain pemakanan yang kurang
kurang sihat adalah punca utama yang sihat, kurang bersenam juga
menyebabkan seseorang untuk menghidapi punca obesiti yang penting. Di
penyakit obesiti. Obesiti sering berpunca dari Malaysia, ini mungkin berlaku
pengambilan kalori yang terlalu banyak daripada kerana dengan era teknologi ini,
sumber karbohidrat dan lemak seperti nasi, mesin telah menggantikan tugas
tepung, roti, biskut, minuman manis dan yang biasa dilakukan oleh
makanan goreng. Kemunculan pelbagai restoran manusia. Ini juga boleh dilihat di
makanan segera yang menjual makanan berkalori negara lain di mana bilangan
tinggi pada harga yang rendah serta peningkatan mesin kini sedang perlahan-lahan
saiz hidangan di restoran-restoran tersebut turut meningkat lebih cepat daripada
menyebabkan peningkatan kadar obesiti dalam bilangan orang yang diambil
kalangan rakyat Malaysia. bekerja. Oleh itu, penggunaan
tenaga dalam satu hari semakin
17 berkurang kerana banyak pekerja
di pejabat duduk di hadapan
komputer sahaja. Beban
pekerjaan yang semakin
meningkat juga menyebabkan
banyak orang tidak mempunyai
masa untuk bersenam selepas
kerja. Selain itu, banyak orang
lebih suka menghabiskan masa
lapang mereka bermain dengan
telefon atau berehat di rumah
daripada bersenam.
KESIHATAN | WADAH BAHASA
Tambahan pula, faktor genetik juga adalah salah satu punca utama dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Kajian-kajian telah mendapati bahawa anak-anak di mana ibu bapanya menghidap
obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit tersebut. Jika ibu bapa mempunyai
berat badan yang normal, maka risiko anak-anak mereka untuk menghidap obesiti adalah rendah.
Bukan ini sahaja, tekanan juga boleh menjadi salah satu punca seseorang itu mendapat penyakit
obesiti. Kami mendapati bahawa banyak orang yang sedang mengalami tekanan, akan sering
mengambil makanan yang berlebihan sebagai cara untuk mengurangkan stres. Oleh itu,
dinasihatkan agar anda cuba untuk mengatasi tekanan anda untuk mengelakkan diri anda daripada
menghidapi pelbagai penyakit pada masa depan.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat penting dalam kehidupan setiap individu. Oleh sebab itu,
kita haruslah memastikan bahawa kita makan makanan yang seimbang dan bersenam dengan
mencukupi.
18 KESIHATAN | WADAH BAHASA
CARA-CARA MENGATASI MASALAH KESIHATAN
MENTAL Penulis:
Tong Jay Wyn (0347427)
Poon Suet Lyn (0347456)
Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi,
psikologi dan sosial kita. Ia mempengaruhi cara kita
berfikir, merasa dan bertindak semasa kita menghadapi
kehidupan. Berikut ialah beberapa teknik-teknik untuk
membantu menyembuh masalah kesihatan mental.
2 .Kelilingi diri anda dengan orang yang positif 1. Lakukan sesuatu yang anda suka
Selain itu, jika anda merasakan anda berada dalam persekitaran Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk
yang menimbulkan aura yang negatif, maka keluarkanlah diri mengatasi tekanan atau sebarang masalah kesihatan
anda daripada persekitaran tersebut. Untuk mengelak daripada mental yang lain yang mungkin anda hadapi adalah
berada dalam persekitaran yang negatif itu, anda haruslah dengan melakukan sesuatu yang anda suka. Sebagai
mengelilingi diri anda dengan orang yang memberikan aura contoh, jika anda suka memasak, anda boleh
positif seperti rakan atau ahli keluarga anda meluangkan masa dengan mencuba resepi yang baru
3. Menguruskan tekanan
Selain itu, untuk mengatasi sebarang masalah kesihatan mental
seperti masalah pengurusan tekanan, anda juga boleh mencari
cara bagaimanakah anda boleh mengatasi emosi tersebut.
Sebagai contoh, jika anda mendapati diri anda tertekan kerana
anda mempunyai terlalu banyak tugasan yang harus disiapkan,
anda boleh membuat jadual supaya dapat menguruskan masa
anda dengan lebih bijak.
4. Pemakanan yang sihat
Seterusnya, anda juga harus mengambil diet yang sihat. Otak
anda hanya boleh berfungsi dengan baik apabila mempunyai
nutrisi yang mencukupi. Jika anda makan banyak makanan yang
tidak seimbang, otak juga akan terjejas. Oleh kerana emosi anda
dikawal oleh otak anda, ini akan menjadi sumber utama mengapa
anda mengalami masalah kesihatan mental. Pastikan badan anda
sihat sepanjang masa!
KESIHATAN 19 WADAH BAHASA
CARA-CARA MENGATASI MASALAH KESIHATAN
MENTAL
5. Mempunyai Tidur yang berkualiti dan cukup
Akhir sekali, pastikan anda mendapat tidur yang
mencukupi kerana kekurangan tidur boleh
menjejaskan kesihatan mental. Doktor sering
mencadangkan bahawa seseorang itu perlu tidur
sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam untuk
memastikan badan anda dapat berfungsi dengan
baik pada keesokan harinya. Tanpa tidur yang
mencukupi, anda akan berasa letih dan hilang
semangat untuk melakukan apa-apa kerja
Setiap orang menghadapi masalah
kesihatan mental yang berbeza. Oleh itu,
teknikberfungsi secara berbeza untuk
orang yang berbeza, tetapi aktiviti yang
paling penting bagi mereka yang
mempunyai masalah kesihatan mental
adalah untuk berani mencuba sebanyak
mungkin strategi untuk berasa lebih baik.
KESIHATAN 20 WADAH BAHASA
ACARA SEMASA WADAH BAHASA
Penulis :
Poh Jing Han 0349540
Lim Ruo Sin 0350033
ACARA DALAM TALIAN YANG
DIANJURKAN OLEH TAYLORIAN -
KEMPEN CARA UNTUK MENCAPAI
MATLAMAT HIDUP
Pada November yang lalu, lima pelajar yang
dipanggil sebagai “Enter Team Name Here”
dari Universiti Taylor’s telah mengadakan
kempen tentang cara untuk mencapai
matlamat seorang individu. Kempen ini telah
diadakan selama sebulan. Kempen ini telah
diadakan untuk membantu orang ramai
mencapai matlamat hidup mereka dengan
lebih mudah. Selain itu, kempen ini juga
dibuka untuk orang ramai, tidak mengira usia
mahupun jantina. Malangnya kempen ini
dijalankan secara dalam talian kerana
pandemik yang telah melanda warganegara di
seluruh dunia.
Penganjur memulakan sesi hari pertama
kempen tersebut dengan memberi taklimat
kepada para hadirin tentang apa yang akan
berlaku dan apa yang mereka boleh
jangkakan sepanjang kempen itu. Taklimat itu
juga menyertakan senarai dan langkah
terperinci tentang bagaimana seseorang
boleh mencapai matlamat mereka dalam
hidup. Seterusnya, para hadirin diberitahu
untuk mengkategorikan matlamat yang ingin
mereka capai kepada kategori
21
ACARA SEMASA WADAH BAHASA
ACARA DALAM TALIAN YANG
DIANJURKAN OLEH TAYLORIAN -
KEMPEN CARA UNTUK MENCAPAI
MATLAMAT
yang lebih kecil, daripada yang paling
penting kepada yang paling kurang
penting. Ini akan memudahkan seseorang
untuk mencapai matlamat hidup mereka
dalam tempoh masa tertentu. Selain itu,
pihak penganjur juga mengajar para
hadirin cara - cara untuk mengatasi
halangan yang mungkin akan menghalang
mereka daripada mencapai matlamat
hidup yang ingin dicapai. Menjelang
hujung minggu, para hadirin disuruh
berehat dan fokus untuk menenangkan
minda mereka. Pihak penganjur
menasihatkan agar para hadirin tahu cara
untuk mengurus masa mereka dengan
betul untuk mengelakkan tekanan.
Walaupun kempen tersebut telah
tamat, anda masih boleh menonton
apa yang berlaku sepanjang
kempen itu di halaman media sosial
penganjur di @etnh_move. Saya
dan rakan saya merupakan salah
satu peserta kempen ini dan kami
tidak menyesal menyertainya
kerana kami telah diberikan peluang
untuk menimbal ilmu yang amat
memanfaatkan.
22
ACARA SEMASA WEBINAR UNTUK
MENYESUAIKAN
DIRI DENGAN
KEHIDUPAN
KAMPUS
Penulis:
Amanda Lai Xin Yang 0351031
Lee Jing Xuan 0351241
Pada 12 Januari 2022, kami berdua, Amanda dan Jing Xuan,
telah menyertai suatu webinar yang telah dianjurkan oleh
Pusat Perkhidmatan Kaunseling (CCS) Universiti
Taylor's.Webinar tersebut dinamakan "Re-Adjusting to
Campus Life". Penceramah utama webinar tersebut ialah
Encik Kok, kaunselor yang bekerja di CCS. Oleh sebab
webinar tersebut telah diadakan melalui platform dalam talian
yang dinamakan Zoom, kami dapat menghadiri webinar
tersebut di rumah kami sendiri.
Webinar ini telah diadakan untuk menyediakan pelajar-pelajar
Universiti Taylor's dengan kehidupan di kampus. Selain itu,
webinar ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar bersedia
dari segi mental dan fizikal. Sepanjang webinar tersebut,
Encik Kok telah mengongsikan banyak maklumat dan petua
untuk memudahkan pelajar dalam menyediakan diri mereka
untuk kembali ke kampus dan belajar secara fizikal.
Sejujurnya, webinar ini telah memberi banyak manfaat kepada
semua yang hadir pada hari tersebut kerana pelajar kini sudah
biasa mengadakan kelas dalam talian.
Kami telah menimba pelbagai ilmu selepas menyertai webinar
ini. Antaranya adalah, kepentingan untuk membuat
persediaan yang awal supaya proses penyesuaian diri dengan
kehidupan di kampus dapat berjalan dengan lebih mudah.
Beliau telah membincangkan tentang isu seperti pengurusan
tekanan dan lain-lain. Tambahan pula, beliau juga telah
menekankan betapa pentingnya bagi seorang pelajar untuk
belajar membuat kesilapan. Nasihat ini secara jujurnya sangat
berguna dengan situasi semasa antara kami. Hal ini kerana,
pada semester pendek ini, kami telah mempelajari modul
Bahasa Kebangsaan A. Oleh hal yang demikian, kami sering
membuat kesilapan apabila melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan modul ini.
23 WADAH BAHASA
WEBINAR
UNTUK
MENYESUAIKAN
DIRI DENGAN
KEHIDUPAN
KAMPUS
Penulis:
Amanda Lai Xin Yang 0351031
Lee Jing Xuan 0351241
Justeru, nasihat yang telah diberikan amat memanfaatkan untuk
kami memahami membuat kesilapan adalah suatu proses
pembelajaran.
Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek yang boleh diubah
untuk menambahbaikkan webinar tersebut. Sebagai contoh,
sepanjang webinar tersebut hanya seorang penceramah yang
membacakan dan menghuraikan pembentangan yang telah
disediakan. Justeru, webinar itu amat membosankan dan sukar
bagi para hadirin untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, penganjur juga boleh membuat tinjauan untuk
melihat pendapat para hadirin tentang webinar tersebut. Maklumat
yang diperolehi boleh digunakan untuk menambahbaikkan acara
yang akan dianjurkan pada masa hadapan.
Kesimpulannya, webinar yang telah dianjurkan oleh CCS ini amat
memanfaatkan dan kami akan mengaplikasikan apa yang kami
pelajari dalam kehidupan universiti kami.
ACARA SEMASA 24 WADAH BAHASA
Program Speak Up oleh AIESEC untuk
membantu pelajar B40
Penulis: Jasmine Chung Siew Jia (0346030) & Fiona Hii Lee Ying (0352361)
Dengan keadaan COVID yang
semakin teruk, peralihan
kepada pembelajaran dalam
talian menyebabkan ramai
pelajar tidak dapat menerima
pendidikan berkualiti yang
sepatutnya. Ramai yang
berdepan impak kewangan,
terutamanya pelajar yang
berada di dalam kategori
B40, iaitu kumpulan isi
rumah yang berpendapatan
40% terendah.
Dengan itu, kira-kira 60 pelajar daripada SMK Seri Tualang dan SMJK
Katholik mengambil inisiatif untuk menyokong pelajar-pelajar yang
terjejas ini dengan meyertai program yang telah dianjurkan oleh AIESEC.
Tambahan pula, AIESEC yang berkhidmat kepada masyarakat dengan
menawarkan peluang sukarelawan untuk pelajar juga turut menarik 20
sukarelawan yang bersemangat untuk terlibat dalam projek yang
bermakna ini.
ACARA SEMASA | WADAH BAHASA 25
Program AISEC yang dipanggil
'Speak Up' untuk menyokong
pelajar - pelajar B40
tersebut telah dianjurkan pada 2
Januari 2022. Program ini
bertujuan untuk membantu
mengurangkan kebimbingan
kewangan individu B40, dan
membolehkan mereka menerima
pendidikan yang berkualiti pada
masa yang sukar ini.
Dianjurkan oleh sekumpulan
pelajar yang bersemangat,
kempen pengumpulan dana
"AIESEC Speak Up Winter 2021"
diadakan dalam talian dalam
tempoh 4 minggu. Dana ini adalah
usaha tambahan oleh AIESEC dan
sukarelawan yang lain untuk
membantu
pelajar B40 dengan lebih
mendalam. Wang yang dikumpul
akan digunakan untuk membeli
komputer riba untuk pelajar B40
yang tidak mempunyai keupayaan
untuk membeli komputer riba
untuk pengajian dalam talian
mereka kerana sekatan kewangan
yang sedang mereka hadapi.
ACARA SEMASA | WADAH BAHASA 26
Bukan itu sahaja, sukarelawan ini juga Untuk memastikan program ini
bertanggungjawab untuk memastikan mereka berjalan dengan lancar,
member sokongan yang penuh kepada pelajar sukarelawan program yang
B40 yang akan menyertai program itu nanti. Ini dianjurkan oleh AIESEC tersebut
adalah untuk memastikan pelajar - pelajar ini dikehendaki untuk menyertai
berani untuk keluar dari zon selesa mereka kelas dalam talian untuk
dan mencuba perkara - perkara baharu kerana mengasahkan kemahiran
aktiviti yang disediakan dalam program ini akan komunikasi, animasi dan
dapat membantu mereka untuk memperbaiki videografi mereka. Kelas dalam
diri dan mengembangkan pengetahuan talian ini juga dikendalikan oleh
mereka dalam pelbagai perkara. guru yang berpengalaman bagi
memastikan para sukarelawan itu
dilengkapi sepenuhnya dengan
kemahiran dan kebolehan untuk
menjalankan program itu nanti.
Kemudian, sukarelawan ini juga
telah diberikan peluang
untuk mengetuai sekumpulan
kecil peserta program Speak Up
untuk menguji kemahiran
kepimpinan mereka.
ACARA SEMASA | WADAH BAHASA 27
Selain itu, bagi meningkatkan Kesimpulannya, program in
kesedaran rakyat Malaysia merupakan satu kejayaan besar
tentang pergelutan yang sedang kerana ia telah membawa
dihadapi pelajar B40 ini, AIESEC impak yang menakjubkan kepada
juga telah melakukan sesi komuniti B40. Kami berharap
podcast di mana mereka program sebegini akan
menemu bual pelbagai pihak diadakan lebih kerap kerana
tentang mengapa perkara ini terdapat lebih ramai pelajar B40 di
penting dan bagaimana orang luar sana yang memerlukan
ramai boleh membantu pelajar bantuan.
B40 ini. Podcast in sebenarnya
boleh diakses oleh orang ramai
di platform dalam talian seperti
Spotify.
ACARA SEMASA | WADAH BAHASA 28
PASAR YOU NI
Penulis :
Yap Huey Wen 0350531
Lean Sook Yee 0349103
Pada 15 Januari 2022, saya (Huey
Wen) dan rakan saya, Sook Yee, telah
menghadiri Pasar You Ni yang diadakan
di Farmer’s Bar, Kota Damansara. Pasar
tersebut telah dilanjurkan pada 15 hingga
16 Januari 2022 dan bermula dari pagi
10 hingga 7 petang. Memandangkan
acara tersebut hanya diadakan selama 2
hari, maka ramai orang telah berpusu-
pusu untuk mengunjung majlis tersebut
kerana tidak mahu terlepas peluang yang
ada untuk melihat barangan yang dijual di
sana.
Pasar You Ni amatlah menarik kerana
barangan yang dijual mempunyai banyak
variasi. Tidak hairanlah pengungjung
berasa teruja kerana terdapat barangan
makanan, minuman, keperluan harian dan
juga kraftangan! Untuk menyambut
perayaan tahun baru cina yang akan
datang, kawasan pasar tersebut dihiasi
dengan variasi hiasan yang berkaitan
dengan warna merah dan harimau kerana
menurut kalendar Cina, tahun 2022
merupakan tahun harimau! Kami juga
membeli beberapa jenis kuplet Tahun
Baru Cina yang direka khas oleh pengajur
Pasar You Ni untuk menghiasi rumah
kami.
Pada hari pertama Pasar You Ni
tersebut dianjurkan, saya telah
mengunjungi gerai terkenal dengan
kepakarannya dalam membuat kasut
kulit. Melalui perbualan antara saya dan
ACARA SEMASA 29 WADAH BAHASA
pemilik gerai tersebut, saya mendapat
tahu bahawa dia telah membuat kasut
kulit yang dijualnya selama 48 tahun! Dia
menggunakan kemahiran uniknya itu
untuk mencipta kasut yang diperibadikan
untuk hampir semua pelanggannya.
Selain itu, saya juga telah melawat
pelbagai gerai yang lain di Pasar You Ni
tersebut dan antaranya adalah gerai -
gerai makanan. Seperti yang anda
jangkakan, saya tidak pulang dengan
tangan yang kosong. Saya telah membeli
pelbagai jenis makanan untuk keluarga
saya.
Kemudian, saya dan rakan saya juga telah
mengunjungi gerai yang pakar dalam mencampur
dan mencipta serbuk teh yang berbeza.
Contohnya salah satu uncang teh mengandungi
daun pandan, orkid dan serai. Oleh kerana teh
tersebut telah dicampurkan dengan bahan - bahan
lain, ia telah memberikan aroma yang sungguh
mengharumkan! Tambahan pula, hasil campuran
teh tersebut memberi banyak manfaat kesihatan
yang amat penting untuk setiap individu. Antara
manfaat kesihatan yang dapat diperolehi dalam
campuran teh tersebut adalah peningkatan
tenaga, penguatan sistem hadaman dan sudah
tentu, bancuhan teh tersebut juga dapat
membantu untuk menghilang rasa dahaga!
ACARA SEMASA Daripada lawatan kami, kami dapat
menyimpulkan bahawa setiap gerai yang
terdapat di Pasar You Ni ini mempunyai ciri -
ciri unik mereka yang tersendiri. Bukan itu
sahaja, pemilik - pemilik gerai yang ada di pasar
tersebut juga amatlah peramah dan tidak
sombong. Kami juga pasti bahawa pengunjung
yang hadir tidak berasa kecewa kerana setiap
barang belian sering dibalut elok dengan
sentuhan peribadi pemilik gerai tersebut.
Justeru, jika Pasar You Ni dianjurkan lagi pada
tahun depan, saya tidak akan teragak-agak
untuk melawat lagi dengan rakan saya.
30 WADAH BAHASA
EKSPO BARANG PENULIS: HOO WIN ZI (0340413)
LAU ZU WEI (0350668)
HIMPUNAN
Baru-baru ini, satu acara yang sangat menarik telah diadakan di pusat
membeli-belah yang dipanggil Mines. Acara ini sebenarnya adalah sebuah
ekspo yang menjual pakaian yang telah diberkaskan atau lebih dikenali
sebagai pakaian bundle. Ekspo tersebut telah dianjurkan untuk
menggalakkan orang ramai supaya mereka menjual dan membeli pakaian -
pakain yang vintaj. Pakaian ini juga dijual dengan harga yang sangat rendah.
Istilah "vintaj" digunakan untuk menggambarkan pakaian yang berusia
antara 20 dan 100 tahun yang juga jelas mewakili era di mana pakaian
tersebut telah dihasilkan. Boleh dikatakan bahawa untuk dipanggil vintaj,
karya itu haruslah mencerminkan gaya dan trend yang berkaitan dengan era
itu. Pada zaman kini, jenis pakaian ini sangat popular di seluruh dunia
termasuklah Malaysia. Hal ini kerana, orang ramai lebih berminat untuk
membeli pakaian - pakaian vintaj seperti yang dijualkan di ekspo tersebut
kerana bukan sahaja pakaian ini amat bergaya, tetapi juga sangat murah.
Acara itu diadakan selama tiga hari. Namun, saya perasan tidak ramai yang
hadir ke ekspo itu dari jam 2 petang hingga 5 petang kerana waktu tersebut
merupakan waktu bekerja. Walaubagaimanapun, apabila menjelang malam,
ramai orang terpusu - pusu untuk pergi ke ekspo tersebut bersama keluarga
mereka. Tiket masuk ke ekspo itu ditetapkan pada harga RM 5 tetapi orang
ramai tidak kisah untuk membayarnya kerana mereka tahu ekspo tersebut
mempunyai banyak pakaian vintaj yang unik dan menarik!
Ekspo ini benar-benar satu rahmat untuk penjual
pakaian vintaj kerana ramai orang telah berkunjung
ke acara itu untuk melihat apa yang ada di kedai
penjual - penjual tersebut. Pakaian ini dijual pada
harga yang begitu murah, ia hampir sukar untuk
dipercayai. Oleh itu, orang ramai tidak teragak-agak
untuk membelanjakan wang mereka. Walaupun
pakaian ini murah, tetapi kualitinya sangat tinggi.
Justeru, anda membayar untuk pakaian yang
berkualiti dengan harga yang begitu murah. Jadi siapa
yang tidak mahu membeli pakaian ini?
Kesimpulannya, penganjur pasti gembira kerana
semua yang meninggalkan ekspo itu tersenyum lebar.
Saya berharap ekspo itu kembali tidak lama lagi!
ACARA SEMASA 31 WADAH BAHASA
PAMERAN Ini ialah pameran galeri dari Galeri Ilham yang
GALERI SENI terletak di Kuala Lumpur. Semua lukisan dalam
KOK YEW pameran ini merupakan milik seorang artis Malaysia,
PUAH iaitu Kok Yew Puah (1947-1999). Beliau merupakan
seorang pelukis yang telah menjadi artis sebanyak
PENULIS:Natasha Anne Yong Shuet dua kali. Malangnya, beliau terpaksa meninggalkan
Yan (0352067) & Tang Rou Qian industri seni pada tahun 1970 untuk membantu
(0346362) keluarganya menjalankan perniagaan yang dimiliki
keluarga beliau. Namun, beliau tidak menemui
WADAH BAHASA 32 kepuasan dalam menjalankan perniagaan tersebut.
ACARA SEMASA Oleh itu, beliau bercadang untuk kembali menceburi
industri seni dan meneruskan perjalanan seninya
pada tahun 1980. Menjelang akhir tahun 1980
hingga awal 1990, Kok Yew Puah berjaya
menghasilkan landskap visual negara yang indah
untuk menggambarkan cara hidup di Malaysia. Kok
Yew Puah kemudiannya meninggal dunia pada usia
51 tahun.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan
masyarakat Klang. Beliau menyertai Persatuan
Pelukis Klang dan kebanyakan seninya adalah
mengenai kehidupannya di kampung halamannya
iaitu Klang. Potret beliau menekankan kebimbangan
beliau mengenai kemusnahan alam sekitar yang
sedang berlaku pada masa itu dan kesan
perindustrian terhadap generasi muda. Kok Yew
Puah tinggal di Klang sehingga NbeOliMauAmD eI Cnin g| g a2l4
dunia.
PAMERAN Pameran ini juga mempamerkan potret rakyat Malaysia.
GALERI SENI Dalam lukisannya, Artis Kok Yew Puah biasa
KOK YEW mempamerkan ahli keluarga dan rakan - rakannya
PUAH sendiri. Tambahan pula, dengan menggunakan isyarat
visual biasa dalam landskap, seni bina dan juga pakaian,
Penulis:Natasha Anne Yong Shuet kita boleh mengenal pasti mereka sebagai "Malaysia"
Yan (0352067) & Tang Rou Qian bukan kerana rupa mereka, tetapi kerana keserupaan itu
(0346362 sesuai dengan budaya Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau
juga merupakan seorang artis yang mengambil berat
WADAH BAHASA 33 tentang persekitaran tempatan dan pembangunan sosial
ACARA SEMASA dan budaya negaranya. Lukisannya juga sering
menunjukkan kesesakan bandar, pencerobohan alam
semula jadi dan kekurangan ruang awam yang selamat
disebabkan oleh perbandaran Klang yang berkembang
dengan semakin pesat akhir-akhir ini.
Selain karya seni Artis Kok Yew Puah, galeri ini turut
mengadakan temu bual, rencana, esei dan petikan
perbualan bersama keluarga, rakan dan rakan artis, yang
dibentangkan dalam pameran Galeri Ilham ini. Di
samping itu, pengunjung juga boleh meneroka bahan
arkib seperti gambar, katalog dan lukisan daripada
koleksi keluarga. Akhir sekali, kami telah menyediakan
beberapa gambar hasil seni dari GNalOerMi IAlhDamI Cd i |ba 2h4agian
bawah ini.
Pesta Dunia Sihir
PEULIS: PHILIPPA JEAN ONG ZIYI (0344999) & ZAYNAB
AHMED N EIHAWAT (0346809)
Festival Wizarding World Saya adalah salah seorang peserta acara ini. Pada permulaan
merupakan acara tahunan acara dalam talian tersebut, saya telah diletakkan bersama satu
yang diadakan di seluruh kumpulan yang mempunyai 100 peserta yang lain. Kami
dunia. Pada tahun 2020, berkumpul untuk melakukan beberapa aktiviti yang
akibat pandemik COVID-19, menyeronokkan. Ia sangat melucukan kerana penganjur majlis
acara tersebut telah itu sebenarnya kelihatan seperti salah seorang watak utama
diadakan pada 20 Januari di dalam filem Harry Potter yang bernama Ron Weasley. Sebelum
laman sesawang Wizarding kami mula bermain apa-apa permainan, kami diarahkan untuk
World itu. Terdapat lebih memperkenalkan diri kami dan rumah sihir yang akan kami
banyak 2000 peserta yang masuki jika kami diberi peluang untuk belajar di Hogwarts.
telah menghadiri acara Hogwarts merupakan sebuah sekolah sihir yang amat dikenali
tersebut untuk meraikan siri dalam filem Harry Potter tersebut. Apabila saya memberitahu
Harry Potter yang telah mereka saya telah melawat istana tempat mereka membuat
mendapat pengiktirafan penggambaran filem Harry Potter yang pertama, mereka
tinggi di seluruh dunia. meminta saya berkongsi fakta menarik tentang lawatan itu.
Harry Potter merupakan
sebuah cerita yang telah 34 ACARA SEMASA | WADAH BAHASA
mengukir jutaan senyuman.
Aktiviti pertama kami melibatkan kuiz di
mana pemenang pertandingan ini akan
menerima tongkat Hermione Granger
yang akan dihantar terus ke rumah
pemenang. Seterusnya, kami telah
menerima kejutan daripada seorang
bintang tetamu yang telah menyertai
kumpulan kami untuk acara dalam talian
tersebut! Ia adalah Daniel Radcliffe,
pemegang watak Harry Potter tersebut.
Saya berasa sangat bertuah kerana Daniel boleh
menyertai kumpulan yang lain namun, dia
memilih untuk berada dalam kumpulan kami. Dia
bercakap tentang pengalamannya bekerja di
industri lakonan dan perkara yang dia gemar
mengenai buku dan filem yang telah dimainkan
olehnya. Terdapat juga sesi soal jawab di mana
saya berasa cukup bertuah kerana telah diberi
peluang untuk menanyakan beberapa soalan
kepadanya.
35 ACARA SEMASA | WADAH BAHASA
Selepas Daniel meninggalkan sesi kami, penganjur telah
mengarahkan kami untuk menonton video di sebalik tabir para
pelakon, yang menaikkan bulu roma tubuh saya. Terdapat satu
klip video di mana Daniel, Rupert Grint, dan Emma Watson
bermain permainan papan bersama di dalam sebuah bilik
semasa rehat mereka. Acara terakhir melibatkan perbualan
dengan semua orang di dalam bilik, yang membolehkan saya
berkawan dengan mereka yang berasal daripada negara yang
berbeza. Secara keseluruhannya, acara itu sangat mengujakan.
36 ACARA SEMASA | WADAH BAHASA
EKSPO MAKANAN SEDAP 2021
DI MIDVALLEY
Pada 14 Januari 2021, kami pergi
ke Ekspo Makanan Sedap 2021
yang dianjurkan di MidValley.
Ekspo tersebut telah diadakan
pada 14 Januari 2022 hingga 16
Januari 2022. Acara tersebut
diadakan di pusat membeli-belah
bernama MidValley. Gerai - gerai
jualan telah disediakan di ruang
acara yang terletak di tingkat
tertinggi pusat membeli-belah itu.
Ruang acara tersebut amatlah
luas bagi memastikan para
hadirin dapat mematuhi prosedur
operasi standard yang telah
disarankan oleh Kementerian
Kesihatan negara.
ACARA SEMASA Apabila kami tiba di ekspo Penulis:
tersebut, kami diminta untuk
mengimbas kod QR MySejahtera Claire Amanda Gomez 0346557
dan mengimbas suhu badan Shivendra Ryan Kanagasabai 0350741
kami. Walaupun terdapat ramai
orang yang ingin mengunjungi WADAH BAHASA
ekspo itu, barisan di pintu masuk
tidaklah panjang seperti yang
dijangkakan kerana pihak
berkuasa yang ditubuhkan untuk
menjaga bahagian pintu masuk
ekspo itu menjalankan tugas
dengan baik. Kami juga melihat
pelbagai hiasan di pintu masuk
ekspo itu untuk menandakan
sambutan Tahun Baru Cina yang
akan tiba tidak lama lagi.
Terdapat juga pentas berwarna
merah yang boleh dilihat sebaik
sahaja anda memasuki ekspo
tersebut.
37
EKSPO
MAKANAN
SEDAP
2021 DI
MIDVALLEY
ACARA SEMASA Terdapat 2 barisan gerai makan yang Namun, walaupun terdapat prosedur operasi
telah didirikan dengan sangat kemas standard yang ketat, ekspo itu akhirnya
dan tersusun. Gerai - gerai tersebut menjadi sangat sesak apabila menjelangnya
telah disediakan dengan cara ini waktu makan tengahari. Oleh itu, saya dan
untuk memastikan para hadirin dapat rakan saya berasa tidak selamat. Tetapi kami
menjaga jarak yang selamat antara percaya bahawa sijil vaksinasi telah diperiksa
satu sama lain. Walaubagaimanapun, dengan sangat berhati-hati di pindu masuk
terdapat banyak gerai yang menjual ekspo itu. Jadi jika apa-apa berlaku, kami
pelbagai jenis makanan dari makanan tahu kami akan dihubungi dengan segera.
tradisional Cina sehinggalah makanan Pada penghujung hari, saya dan rakan saya
yang anda tidak pernah lihat sebelum berasa amat gembira kerana kami telah
ini. Terdapat juga gerai yang menjual berpeluang untuk menikmati pelbagai
barangan yang lain selain makanan makanan yang dijual di gerai - gerai ekspo
seperti peralatan rumah dan peralatan tersebut.
memasak. Gerai - gerai ini ditandakan
dengan sepanduk berhuruf merah 38 WADAH BAHASA
supaya anda boleh melihat nama
kedai tersebut sekiranya anda ingin
melawat kedai mereka pada masa
hadapan. Pekerja yang bekerja di
ekspo dan gerai di sana bersifat ramah
mesra. Mereka juga menawarkan
sampel kepada pengunjung untuk
dicuba supaya pengunjung dapat
merasai betapa sedapnya produk
mereka. Oleh hal yang demikian,
pengunjung merasa amat cenderung
untuk membeli barangan jualan di
ekspo tersebut. Saya dan rakan saya
juga berpeluang untuk mencuba
pelbagai sampel makanan seperti
wafel, gula-gula dan pelbagai jenis
biskut apabila kami mengunjungi
ekspo itu!
ACARA
TSUM
TSUM
Penulis: Ada Tee Yi Teng(0348773)
& Kok Qi Lam(0351098)
Seperti yang kita tahu, terdapat Acara sambutan Tahun Baru
ramai warganegara yang Cina itu berlangsung selama
berbangsa Cina di Malaysia. lebih sebulan, bermula dari 13
Oleh itu, tempat-tempat awam Januari 2022 hingga 20
seperti pusat membeli-belah Februari 2022. Banyak acara
sering menganjurkan acara telah diadakan sepanjang bulan
untuk meraikan sambutan ini. Sebagai contoh, acara
tahun baru cina yang akan 'Valentine Tsum Tsum.'
datang. Salah satu pusat Semasa acara ini, para hadirin
membeli-belah yang boleh menulis hasrat mereka
menganjurkan acara untuk dalam kad merah yang
meraikan perayaan ini ialah kemudiannya digantung pada
Sunway Pyramid. Pusat pokok yang diramalkan dapat
membeli-belah ini amatlah membantu hasrat yang ditulis
terkenal dalam kalangan rakyat menjadi kenyataan. Selain itu,
Malaysia kerana lokasinya sebagai satu cara untuk
yang amat strategik, iaitu di menekankan kepentingan
Petaling Jaya. Tahun ini, pusat tradisi Cina semasa Tahun
membeli-belah itu telah Baru Cina, penganjur telah
bekerjasama dengan watak meletakkan pelbagai jenis
kartun Disney terkenal yang hiasan di sekitar kawasan
dipanggil Tsum Tsum untuk tersebut seperti penyepit,
memeriahkan lagi sambutan sampul merah, oren yang
Tahun Baru Cina di pusat diletakkan dalam bakul dan
membeli-belah tersebut. banyak lagi!
39 PERAYAAN | WADAH BAHASA
ACARA
TSUM
TSUM
Namun, hiasan yang paling Bukan itu sahaja, pihak
menyerlah adalah dam Cina penganjur turut
Tsum Tsum yang diperbuat menyediakan pelbagai kedai
daripada watak Disney kecil yang menjual pelbagai
Tsum Tsum. Dekorasi ini barangan seperti makanan
sangat menarik kerana dam tradisional cina, pakaian
cina telah dimainkan sejak tradisional cina, barangan
bertahun - tahun dahulu. unik seperti barangan
Oleh itu, permainan ini Disney dan pelbagai lagi!
sememangnya permainan
tradisional cina yang Kesimpulannya, acara itu
cenderung dilupakan, berjaya menggambarkan
terutamanya oleh generasi masyarakat Cina dan
muda. Hiasan ini menarik perayaan yang disambut
kerana bukan sahaja anda oleh warga Cina di seluruh
boleh mengambil gambar negara. Ini bukan sahaja
dengannya, anda juga boleh membantu meningkatkan
memainkannya! Ini bukan pengetahuan warganegara
sahaja membantu lain tentang warga Cina dan
meningkatkan pengetahuan tradisi mereka, tetapi juga
orang ramai tentang mengeratkan ikatan
permainan tradisional Cina, silaturahim antara semua
tetapi dekorasi tersebut juga yang menghadiri acara itu
membantu untuk sendiri. Saya dengan
mengeratkan silaturahim senang hati boleh
antara individu - individu mengatakan bahawa orang
yang bermain dam cina itu yang menganut agama lain
semasa acara tersebut. juga telah banyak hadir di
acara yang dianjurkan oleh
pusat beli - belah Sunway
Pyramid tersebut, bukan
hanya orang Cina.
40 PERAYAAN | WADAH BAHASA
Penulis: TRADISI TAHUN BARU CINA
Gan Ping Ern 0347680
Tian Kai Ni 0347854
Tahun Baru Cina adalah perayaan yang amat
penting kepada orang Cina kerana ini
menandakan kitaran lunar yang baru dalam
kalendar Cina. Orang Cina sering melaksanakan
pelbagai aktiviti dan tradisi sebelum dan semasa
perayaan untuk menyambut tahun baru ini
dengan meriah. Dalam artikel ini, kami akan
membantu anda memahami lebih lanjut tentang
pelbagai aktiviti tradisional yang sering dilakukan
oleh orang Cina untuk meraikan perayaan yang
menarik ini.
Aktiviti tradisional pertama yang biasa dilakukan
oleh orang ramai beberapa hari sebelum Tahun
Baru Cina adalah membersihkan rumah. Tujuan
aktiviti ini adalah untuk membuang segala nasib
malang yang telah melanda ahli rumah tersebut.
Oleh itu, tradisini ini juga merupakan tanda
permulaan yang baru bagi kaum Cina. Selepas
rumah itu telah habis dibersihkan, orang ramai
sering menghiasi rumah mereka dengan hiasan
berwarna merah kerana warna merah
melambangkan keamanan dan warna tersebut
juga dipercaya untuk membawa tuah. Namun,
hiasan yang sering anda lihat semasa tahun baru
cina ialah tanglung merah dan Chun Lian. Chun
Lian pada asasnya adalah kuplet. Chun Lian
tersebut mengandungi sepasang garis puitis yang
ditulis secara menegak dalam dakwat hitam pada
kertas merah dan ditampal pada kedua-dua belah
pintu.
Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli
keluarga akan pulang ke rumah atau balik ke
kampung untuk makan bersama - sama. Semasa
perjumpaan keluarga ini, setiap ahli keluarga akan
diharap untuk menyediakan juadah masing-
masing. Walaubagaimanapun, pilihan hidangan
selalunya bergantung pada berapa banyak tuah
PERAYAAN 41 WADAH BAHASA
TRADISI TAHUN BARU CINA
PERAYAAN yang boleh dibawa oleh hidangan tersebut. Contohnya,
makanan yang melambangkan kekayaan, sihat dan
kebahagian adalah ikan, ladu, Lou Shang dan lain-lain.
Selepas makan malam, ahli keluarga akan berbual-bual
dan bermain bunga api. Bermain bunga api atau
membakar mercun adalah penting dalam budaya Cina
kerana kenyaringan mercun itu dipercayai boleh
menakutkan ‘Nian Shou’ dan membawa tuah kepada
semua ahli keluarga. Menurut mitologi Cina, 'Nian'
adalah seekor binatang yang hidup di bawah laut atau
di pegunungan. Watak Nian ini lebih biasanya
bermaksud "tahun" atau "tahun baru".
Pada pagi Tahun Baru Cina, sambutan akan dimulakan
dengan meminta ahli keluarga yang lebih muda untuk
memberi salam kepada ahli keluarga yang lebih tua.
Kemudian, sambutan akan diteruskan dengan
pemberian paket merah atau lebih dikenali sebagai
'Angpao' kepada kanak-kanak yang lebih kecil. Angpao
pada asasnya adalah hadiah wang yang dibungkus
dalam paket merah. Semasa Tahun Baru Cina, semua
orang diwajibkan untuk memakai pakaian serba baharu
kerana dalam tradisi orang Cina, pakaian serba baharu
tersebut boleh menghilangkan roh yang jahat serta
membawa tuah kepada mereka yang memakainya.
Seperti perayaan lain yang disambut oleh warganegara
Malaysia mahupun di seluruh dunia, orang Cina
cenderung menghabiskan hari mereka pada Tahun Baru
Cina tersebut untuk melawat rakan - rakan dan ahli
keluarga mereka. Ini juga masa di mana ikatan antara
orang yang tersayang sering dieratkan.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak tradisi Cina yang
sering diamalkan oleh orang ramai semasa Tahun Baru
Cina. Semoga tradisi ini terus diamalkan oleh generasi
yang akan datang. Kami juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun
Baru Cina kepada anda semua. Semoga tahun baru ini
akan membawa kebahagiaan dan keberkatan yang tidak
terhingga untuk anda dan keluarga yang tersayang.
42 WADAH BAHASA
Penulis: Loh Shu Huan(0349621) &
Tee Yi Qing (0343456)
Malaysia ialah sebuah negara Selain itu, pengunjung juga
yang kaya dengan budaya, akan membersihkan kubur nenek
bahasa dan agama.Oleh itu, moyang mereka dengan
Malaysia menyambut banyak memotong rumput yang
perayaan setiap tahun. Ini mengelilingi kubur itu. Kadang -
menunjukkan bahawa Malaysia kadang, mereka juga akan
merupakan sebuah negara yang mencurahkan arak ke atas kubur
berbilang kaum, tanpa mengira tersebut. Walaubagaimanapun,
agama ataupun bangsa.Selain adalah penting untuk
daripada Tahun Baru Lunar yang mengetahui bahawa Hari
sering dikenali sebagai Qingming juga menandakan
perayaan utama warga negara permulaan musim bunga kerana
Cina, orang Cina juga meraikan pada hari tersebut, bunga akan
pelbagai perayaan Cina yang mula mekar dengan indah.
lain.
Selain itu, kaum Cina juga
Salah satu perayaan Cina yang menyambut Perayaan
lain, yang sering disambut oleh Pertengahan Musim Luruh, yang
orang Cina ialah Hari Qing juga dikenali sebagai Perayaan
Ming.Hari Qing Ming selalunya Kuih Bulan. Perayaan Kuih Bulan
jatuh pada hari ke-4 ataupun jatuh pada 15 Ogos, menurut
hari ke-5 bulan April. Hari Qing Kalendar Lunar Cina.
Ming adalah hari yang Walaubagaimanapun, pada
digunakan oleh orang Cina tahun ini, perayaan tersebut
untuk menyatakan rasa syukur akan disambut pada 10
kepada nenek moyang September. Tambahan pula,
mereka.Walaubagaimanapun, pada musim ini juga akan
Hari Qing Ming tidak begitu timbulnya bulan purnama. Bulan
dikenali di Malaysia kerana hari purnama amat penting dalam
tersebut tidak dianggap sebagai budaya Cina kerana bulan
cuti umum.Pada Hari Qingming, tersebut menandakan sudah tiba
orang Cina akan melawat tanah masanya mereka yang berpisah,
perkuburan nenek moyang bertemu semula. Justeru,
mereka dan membakar pelbagai keluarga akan makan malam
benda sebagai tanda bersama-sama, menyalakan
penghormatan. Selain itu, tanglung kertas dan makan kuih
pengunjung juga akan bulan sambil menikmati ketibaan
menawarkan barang seperti bulan purnama tersebut.
bunga, buah-buahan dan
hidangan istimewa untuk nenek
moyang mereka..
43 PERAYAAN | WADAH BAHASA
By Loh Shu Huan & Tee Yi Qing
Akhirnya, perayaan Solstis Kesimpulannya, terdapat
Musim Sejuk (Dong Zhi) yang pelbagai perayaan yang
juga dikenali sebagai hari disambut oleh orang Cina.
"kelahiran semula matahari" Perayaan - perayaan ini juga
akan diraikan pada 12 Disember memberi makna yang berbeza.
tahun ini. Kaum Cina Namun, perayaan tersebut akan
mempercayai hari akan sering membawa kebahagiaan
dipanjangkan dan perkara kepada orang Cina kerana
positif akan diperkuatkan mereka mempunyai keupayaan
selepas meraikan Solstis Musim untuk berkumpul bersama ahli
Sejuk. Oleh itu, perayaan ini keluarga mereka yang mungkin
merupakan salah satu hari yang selama ini telah tinggal
paling penting untuk disambut. berjauhan. Perayaan - perayaan
Salah satu cara kaum Cina ini juga menandakan bagaimana
meraikan hari ini adalah dengan orang Cina sentiasa berkumpul
menyembah tuhan dan nenek bersama untuk berdoa dan
moyang mereka, menyediakan menghormati tuhan dan nenek
arak beras dan makan bebola moyang mereka.
pulut (tangyuan) dan ladu cina.
PERAYAAN | WADAH BAHASA 44
SUMBER: LUXE DUJOUR USA 3903430GNIY IUH WES
2113430 GNIT EZ KOK
BERITA FE
NEYS
SILUNEP
KENAIKAN
HARGA
CHANEL
FESYEN| WADAH BAHASA 45
KENAIKAN HARGA CHANEL
Chanel merupakan sebuah syarikat fesyen Perancis yang pakar dalam fesyen mewah
wanita. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Chanel telah menaikkan harga barangan
mereka sebanyak tiga kali ganda. Seperti yang anda boleh lihat daripada graf di
atas, harga salah satu barangan Chanel yang amat popular, iaitu beg tangan klasik
mereka, telah meningkat lebih daripada 20% dalam masa satu tahun sahaja.
Walaubagaimanapun, kenaikan harga ini tidak lagi mengejutkan untuk penggemar
barangan Chanel. Malangnya, syarikat itu masih merancang untuk meningkatkan lagi
harga mereka pada masa hadapan.
Jadi apakah punca kenaikan harga Chanel? Menurut Bruno Pavlovsky, presiden fesyen
yang bekerja di Chanel, rantaian bekalan Chanel telah terganggu akibat pandemik
Covid - 19 yang telah menjejaskan seluruh negara. Oleh yang demikian, kos
sumber asas mereka untuk mencipta barangan jualan telah meningkat. Justeru,
mereka tiada pilihan lain selain meningkatkan kos barangan jualan. Bak kata presiden
syarikat tersebut, "Jika kami mahu kekal sebagai jenama mewah terunggul, kami perlu
memastikan untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan kami, dan yang
terbaik adalah lebih mahal."
FESYEN | WADAH BAHASA 46
KENAIKAN HARGA CHANEL
Beliau kemudian mengatakan bahawa kenaikan harga barangan Chanel pada masa
hadapan mungkin bukan disebabkan oleh wabak itu, tetapi kerana mereka ingin
memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dan produk terbaik memerlukan
sumber asas yang mahal. Namun, hal ini tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada
rumah fesyen mewah itu kerana harga yang dinaikkan pada barangannya telah
menyebabkan pencinta Chanel kini lebih rela membeli barangan Chanel yang terpakai.
Lebih-lebih lagi, berkemungkinan besar bahawa pencinta barangan mewah yang dulu
sering membeli belah di bukti Chanel, akan memilih jenama mewah yang lain seperti
Prada, Gucci dan Louis Vuitton.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa orang yang berpendapatan lebih tinggi akan
terus membelanjakan duit mereka untuk membeli barangan di butik Chanel tersebut.
Tambahan pula, dengan pengumuman baru daripada Chanel berkenaan dengan had
pembelian setiap pelanggan setiap tahun telah membuatkan pelanggan lebih tergila-
gilakan barangan mereka. Kini, pelanggan bertungkus - lumus untuk beratur awal pagi
untuk memastikan mereka mendapat barangan Chanel yang mereka inginkan. Oleh itu,
dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat kebaikan dan keburukan terhadap kenaikan
harga yang telah dikenakan oleh syarikat fesyen Perancis itu.
FESYEN | WADAH BAHASA 47
FESYEN WADAH BAHASA
Fesyen yang Mampan
di Malaysia
Jalan Jalan Japan, One City USJ
Penulis:
Andrea Sim Xin Yen (0347625)
Tan Ka Wey (0348356)
48
FESYEN WADAH BAHASA
Kebelakangan ini, fesyen yang
mampan, ataupun lebih dikenali
sebagai ‘fesyen yang lebih perlahan’
telah menjadi trend di seluruh dunia.
Fesyen jenis ini meliputi pembelian dan
penjualan pakaian yang mengambil
berat tentang pengguna dan pengeluar
barangan tersebut, termasuklah
bagaimana cara barangan tersebut
telah direkakan. Pertama sekali,
mengapakah fesyen jenis ini wujud?
Matlamat pakaian yang lebih mampan OkGo Store, SS18
ini adalah untuk mengurangkan proses yang diketahui ramai sebagai tidak beretika,
dalam penghasilan pakaian fesyen pantas lain yang dicipta untuk keuntungan. Industri
fesyen pantas telah diketahui untuk menghasilkan jumlah karbon dioksida yang tinggi
kerana jumlah tenaga dan sumber yang digunakan amatlah berat.
Pada zaman ini, kebanyakan rakyat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia, kini
sedar betapa bahayanya barangan jualan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat fesyen
pantas ini. Oleh itu, rakyat-rakyat yang suka membeli belah kini perlahan-lahan
menyesuaikan diri untuk membeli pakaian yang lebih mampan.
Di Malaysia, terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian yang lebih mampan
daripada yang lain. Kedai-kedai ini harus dijadikan contoh kerana kita mempunyai
terlalu banyak kedai di Malaysia yang tidak mempedulikan pelanggan mereka dan
2nd Street, SS15 hanya menjual pakaian untuk mengaut keuntungan. Sebagai
contoh, kedai fesyen mampan yang bernama Ghostboy Club.
Ghostboy Club ialah sebuah kedai yang beroperasi dalam talian.
Mereka mengambil barangan terpakai dan menggunakan
barangan tersebut sebagai sumber utama untuk mencipta
pakaian yang baharu. Selain itu, sebuah kedai bernama YK
Vintage turut menjual pakaian yang mampan juga. Namun
begitu, kedai ini unik kerana mereka menjual korset yang
diperbuat daripada bahan kitar semula. Walaubagaimanapun,
49