The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Majalah, Modul Bahasa Kebangsaan A

Ketua Editor: Suzielawaty Binti Azman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzieazmansch, 2022-02-03 01:06:49

Wadah Bahasa, Section 1

Tugasan Majalah, Modul Bahasa Kebangsaan A

Ketua Editor: Suzielawaty Binti Azman

FESYEN WADAH BAHASA

salah satu kelemahan fesyen mampan ialah harganya. Harga barangan yang sering
dijual di kedai - kedai menjual barangan mampan tersebut selalunya agak tinggi kerana
kebanyakan barangan yang dijual diperbuat dengan tangan. Barangan tersebut
bagaimanapun, biasanya lebih berkualiti dan menyokong amalan buruh yang adil.

2nd Street, Bandar Utama

Selain itu, kedai - kedai barangan pukal juga

telah menjadi amat popular di Malaysia.

Kedai-kedai barangan jenis ini menjual

barangan yang telah dipakai atau baru

dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan

barangan di kedai-kedai barangan ini

didermakan atau dijual secara pukal. OKGO,

2nd Street Bundle, dan Jalan Jalan Japan

adalah antara kedai yang menjual barangan

dengan harga yang murah. Kedai-kedai ini

amatlah terkenal di Malaysia kerana harga

barangannya yang rendah. Lazimnya, Refash, Sungei Wang

barang-barang yang boleh dibeli di kedai-kedai seperti ini dijual pada separuh
harga asal. Mujurlah aktiviti membeli-belah dengan cara yang lebih
menjimatkan telah menjadi aktiviti kegemaran orang dewasa di Malaysia
kebelakangan ini. Ini kerana mereka mampu menjimatkan banyak wang dengan
membeli barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding kedai lain di luar
sana.

50

Apabila memasuki dunia di mana globalisasi dan kemajuan teknologi Cara- Cara
terus berlaku, menjadi kreatif telah menjadi proses yang lebih sukar untuk
kerana nampaknya apa yang kita fikirkan telah dipikirkan oleh orang Meningkatkan
lain. Oleh itu, menjadi seorang yang kreatif dan inovatif adalah Kreativiti
sesuatu kebolehan yang berguna untuk seseorang itu berjaya dalam dalam Diri
dunia yang serba moden ini. Untuk menghasilkan penyelesaian ini,
seseorang itu perlu berfikiran kreatif. Jika anda berminat untuk
belajar tentang cara - cara untuk membina kreativiti anda, teruskan
membaca artikel ini!

Cara pertama yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan
kreativiti anda adalah dengan untuk meningkatkan kreativiti dalam
diri anda adalah dengan mengambil untuk merancang lebih awal
tentang perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan
di kemudian hari apabila anda sudah memulakan proses untuk
melaksanakan kerja. Anda dapat menghasilkan idea anda dengan
lebih mudah. Ini kerana anda akan dapat melihat butiran setiap tugas
dengan lebih teliti. Oleh itu, ini akan memberi lebih banyak peluang
untuk anda menjadi lebih kreatif dalam mencari cara untuk
menyelesaikan kerja anda kelak.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk melakukan
penyelidikan terlebih dahulu tentang kerja yang anda ingin
lakukan. Jika anda bercadang untuk membuat kerja rumah
tentang topik - biologi, maka dinasihatkan agar anda
mencari sumber yang berkaitan dengan topik tersebut.
Sumber-sumber ini sentiasa tersedia dalam talian dan
dalam buku teks yang selalunya boleh didapati di
perpustakaan. Ini akan membantu melakukan kerja anda
dengan lebih mudah, dan juga akan membantu
meningkatkan pengetahuan anda tentang topik itu sendiri.

PENULIS: TAN KAI XIN 0342553 51 ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA
KOH ZI TIAN 0342904

Satu lagi cara untuk meningkatkan kreativiti dalam diri anda adalah Cara- Cara
memberanikan diri anda untuk keluar dari zon selesa anda dan untuk
mencuba perkara yang baru. Dengan cara ini, anda dapat Meningkatkan
mendedahkan diri anda kepada pelbagai jenis pengetahuan dan Kreativiti
kemahiran yang baharu. Apa yang anda perolehi daripada dalam Diri
pengalaman ini akan memberi anda keupayaan untuk
melaksanakan jenis tugasan yang berbeza pada masa hadapan.

Sebagai kesimpulan, kita harus ingat bahawa menjadi seorang yang
kreatif tidak selalu bermakna kita perlu mempunyai keupayaan
untuk berfikir secara kompleks. Kadangkala, mempunyai minda
yang kreatif juga boleh bermakna kita mempunyai kebolehan
untuk mencari jalan penyelesaian yang paling mudah untuk
menyelesaikan masalah yang kompleks. Semuanya bergantung
pada cara anda melihat masalah itu sendiri.

PENULIS: TAN KAI XIN 0342553 52 ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA
KOH ZI TIAN 0342904







Motivasi & Penangguhan

PENULIS:
LEE YONG XIAN 0343694
KHOW JI EU 0343967

Motivasi adalah keinginan dan semangat kuat dalam diri seseorang yang mendorongnya untuk
berusaha bekerja atau melakukan sesuatu dengan tujuan yang ditetapkan untuk berjaya.
Mempunyai motivasi dalam diri kita adalah penting kerana elemen motivasi dalam seseorang
itu akan menentukan sejauh mana mereka akan mendorong diri untuk memastikan kerja yang
dilakukan akan menepati jangkaan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pekerja yang
mempunyai tahap motivasi yang tinggi akan menyiapkan tugasnya dalam masa yang
ditetapkan, mempunyai kepuasan kerja yang lebih besar dan prestasi yang lebih tinggi.

UNTUK MEMUPUKKAN MOTIVASI DALAM DIRI ANDA, IKUTILAH 5 CARA MUDAH INI!

Salah satu cara untuk kekal bermotivasi Seterusnya, kami juga menasihatkan agar
adalah dengan merancang lebih awal anda melakukan tugas yang lebih sukar
tentang apa yang anda mahu lakukan terlebih dahulu. Selepas melakukan kerja
pada hari tersebut. Ini kerana yang paling sukar terdahulu, bebanan untuk
perancangan yang awal dapat melakukan kerja tersebut akan berasa lebih
meningkatkan kosentrasi seseorang ringan. Tugasan yang selebihnya bolehlah
individu. Justeru, mengurangkan masa dibahagikan kepada beberapa bahagian
yang diambil untuk menyelesaikan yang kecil. Hal ini demikian kerana, jika
tugas. Selain itu, merancang jadual anda tugasan dibahagikan kepada beberapa
dengan awal juga dapat mengelakkan bahagian yang kecil, tahap konsentrasi dan
seseorang itu daripada merasa terlalu motivasi kita akan menjadi lebih stabil.
tertekan dengan kekangan masa. Hal ini
sering berlaku di kalangan individu -
individu yang merupakan seorang
pelajar di Universiti ataupun individu -
individu yang sudah bekerja.

Seterusnya, anda juga boleh menyediakan jadual mingguan atau harian. Ini akan memastikan
anda tidak membuang masa melakukan perkara yang akan membuangkan masa. Selepas
membuat kajian, kami mendapati bahawa tabiat seseorang dapat dibentukkan dalam masa tiga
hingga empat minggu jika tabiat tersebut dibuat berulang-ulang mengikut jadual yang
ditetapkan. .

ILMU TAMBAHAN 56 WADAH BAHASA

Motivasi & Penangguhan

Tambahan itu, kita juga haruslah memastikan bahawa kesihatan kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Ini kerana tahap kesihatan seseorang juga akan
mempengaruhi tahap motivasi mereka. Mempunyai waktu tidur yang cukup,
melakukan senaman dengan kerap dan memakan makanan yang seimbang adalah
antara cara yang mudah untuk kita memastikan bahawa badan kita sentiasa sihat
dan cergas!

Kesimpulannya, motivasi adalah penting dalam kehidupan seharian. Kami berharap
agar artikel ini telah dapat membantu pembaca - pembaca sekalian untuk menambahkan
ilmu pengetahuan anda!

ILMU TAMBAHAN 57 WADAH BAHASA

Cara Belajar Bahasa Korea

Penulis: Chin Qian Yin(0350346) & Chong Zhi Ying (0344554)

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh
masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu
lagi. Dalam usaha untuk cuba mengatasi era yang
dipenuhi dengan globalisasi yang berterusan ini,
kemampuan untuk menguasai dan berkomunikasi
dalam pelbagai Bahasa merupakan suatu
kelebihan kepada seseorang. Salah satu bahasa
paling popular yang dituturkan sekarang ialah
bahasa Korea.

Salah satu cara anda boleh belajar bahasa tersebut
dengan lebih mudah adalah dengan menonton drama
Korea atau mendengar muzik Korea. Ini akan
membantu anda mempelajari perkataan Korea yang
baharu dan juga meningkatkan pemahaman anda
tentang makna perkataan tersebut kerana anda boleh
meluangkan masa untuk mencari terjemahan di sebalik
perkataan yang disebut. Sebagai contoh, kami
nasihatkan kepada mereka yang ingin belajar bahasa
Korea untuk menonton drama korea yang dipanggil
'Weighlifting Fairy Kim Bok Joo.'

Drama Korea ini berdasarkan dengan kehidupan seorang ILMU TAMBAHAN| WADAH BAHASA
pelajar sekolah menengah. Oleh itu, drama yang
menyelubungi kehidupan sekolah seperti ini sangat bagus
untuk mereka yang ingin mendalami bahasa negara
tersebut. Lebih-lebih lagi, drama Korea selalunya diiringi
dengan pelbagai lagu. Lagu-lagu ini sering bagus untuk
didengar. Oleh itu anda pasti mahu mendengarnya
berulang-ulang kali. Justeru, tidak hairanlah bahawa
banyak individu zaman kini yang berkebolehan untuk
mempelajari maksud di sebalik lagu - lagu seperti ini.

58

Cara Belajar Bahasa Korea

Selain itu, mereka yang ingin mempelajari bahasa
baharu juga harus berlatih bercakap dan menulis
dalam bahasa tersebut. Sebagai contoh, mereka
yang ingin belajar bercakap dalam bahasa Korea
boleh berlatih menulis abjad mereka yang juga
dipanggil sebagai Hangeul.

Dengan cara ini, anda boleh membiasakan diri dengan
perkataan asas bahasa tersebut dan berkomunikasi
dengan menggunakan perkataan asas yang telah
dipelajari dengan cara yang lebih fasih. Ada kalanya,
perkataan yang tidak diucapkan dengan jelas boleh
membawa maksud yang berbeza kepadanya. Oleh itu,
adalah sangat penting untuk kita mempelajari cara
bercakap bahasa yang ingin kita pelajari itu dengan
lebih fasih.

Kami berharap cara yang diberikan kepada anda dalam
artikel ini akan membantu untuk mempelajari bahasa
yang baharu dengan lebih mudah. Selain itu, kita juga
boleh membuat kesimpulan bahawa menguasai bahasa
baharu akan memerlukan masa dan usaha yang banyak.
Jadi pastikan anda memperuntukkan masa yang cukup
untuk mempelajari bahasa baharu yang ingin dipelajari.

59 ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA

ILMU TAMBAHAN WADAH BAHASA

GENTING HIGHLAND


PENULIS: EUGENE YEO LIT KUAN
(0346510) & BEH JIE WERN (0346246)

PENGENALAN

Terletak di daerah Bentong, Genting Highlands
merupakan destinasi percutian yang terkenal di
kalangan rakyat Malaysia kerana Genting Highlands
mempunyai hampir segala-galanya yang boleh
dilakukan sebagai aktiviti riadah seperti kasino,
taman tema yang baru dibuka dan pelbagai hotel
yang boleh memenuhi pelbagai keperluan bajet.
Oleh itu, Genting Highlands sememangnya destinasi
yang popular untuk dikunjungi oleh pelancong
tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ini
juga merupakan destinasi percutian yang popular
kerana lokasinya yang strategik. Genting Highlands
terletak di puncak Gunung Ulu Kali yang
mempunyai ketinggian 1,800 meter. Oleh itu, suhu
kawasan itu lebih sejuk berbanding di seluruh
Malaysia. Semasa anda mendaki gunung untuk ke
Genting Highlands ini, anda akan melihat pelbagai
jenis kehijauan dan kabus yang mengelilingi
kawasan ini. Justeru, orang ramai dari semua
peringkat umur gemar untuk berkunjung ke
Genting Highlands apabila mereka perlu berehat
dan ingin berada jauh dari bandaraya Kuala Lumpur
yang sibuk itu.

60

ILMU TAMBAHAN WADAH BAHASA

SEJARAH

Genting Highlands merupakan idea bernas oleh Dato' Tan Sri
Lim Goh pada tahun 1965. Pada permulaannya, Genting
Highlands hanya mempunyai sebuah hotel dan sebuah
kasino. Walaubagaimanapun, setelah beberapa tahun
kemudian, kawasan itu mempunyai ramai pelabur yang
berminat untuk melabur wang mereka untuk menambah
baik dan membaik pulih infrastruktur yang terdapat di
Genting Highlands itu. Beberapa tahun selepas itu, sebuah
taman tema tertutup kemudian dibina untuk meningkatkan
bilangan pelawat yang mengunjung Genting Highlands. Kini,
Genting Highlands dikenali sebagai bandar hiburan yang
terletak di atas langit.

TARIKAN

Terdapat banyak tarikan yang boleh
anda temui di Genting Highlands dan
kita akan menerokainya bersama - sama
dalam artikel ini!:

KASINO

Kasino yang telah dibina sejak idea untuk melahirkan Genting
Highlands itu merupakan salah satu sumber pendapatan utama
untuk syarikat Genting berkembang ke seluruh dunia. Kasino
tersebut juga merupakan salah satu tarikan yang sentiasa
mendapat sambutan hebat oleh pengunjung di sana. Malah, ada
yang mengunjungi Genting Highlands sekadar untuk mencuba
nasib mereka di kasino tersebut. Menurut artikel yang kami
jumpai dalam talian, kasino terbesar di Genting Highlands ialah
"SkyCasino" yang mengambil tempat kira-kira 15,000 kaki persegi,
merangkumi dua tingkat dengan lapan ruang makan. Kasino yang
terletak di Genting Highlands ini juga dihiasi dengan skrin LED
yang amat besar, sehingga mencapai siling. Kasino ini dipenuhi
dengan pelbagai meja permainan seperti meja untuk bermain
bakarrat dan mahjong. Jika pelawat tidak mahu bermain
permainan ini, maka kasino itu juga menyediakan banyak mesin
slot. Kasino ini terletak di dalam pusat beli-belah yang bernama
SkyAvenue. Oleh kerana pusat membeli-belah ini beroperasi 24
jam sehari, ia merupakan destinasi yang sangat popular di
kalangan orang dewasa yang menghabiskan hari mereka bekerja
di pejabat. Justeru, mereka cenderung untuk menghabiskan
malam mereka di pusat membeli-belah ini dengan melakukan
pelbagai perkara seperti membeli-belah, menjamu selera dan
pergi ke kasino yang terkenal itu.

61

ILMU TAMBAHAN WADAH BAHASA

THE SNOW WORLD

Tanah tinggi genting bukan sahaja
mempunyai tarikan untuk orang dewasa.
Malah, ia mempunyai tarikan untuk semua
peringkat umur! Sebagai contoh, salah
satu tarikan utama yang sering disukai
oleh kanak-kanak ialah The Snow World. Di
sini, kanak -kanak boleh menikmati suhu
iklim 0 darjah. The Snow World pada
dasarnya adalah perkampungan Eropah
buatan manusia yang dipenuhi dengan
rumah dan igloo yang dilitupi salji! Pelawat
juga boleh membuat salji dan bermain
bola salji dengan satu sama lain.

THE AWANA SKYWAY

Awana Skyway ialah salah satu daripada dua laluan udara
yang berkhidmat di Genting Highlands, dengan Genting
Skyway berfungsi sebagai laluan alternatif. Kereta kabel ini
engambil masa 10 minit untuk sampai ke puncak gunung.
Pelawat yang memilih untuk menggunakan kereta kabel
tersebut sebagai pengangkutan mereka ke Genting
Highlands boleh menikmati udara segar dan
pemandangan yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang
telah tumbuh dengan cantik sekali. Selain itu, pengunjung
juga dapat melihat hutan hujan tropika yang terletak di
Gunung Titiwangsa yang berusia 130 tahun! Bukan itu
sahaja, orang ramai yang memilih untuk menaiki kereta
kabel ini juga boleh melawat Gua Chin Swee dan
menikmati pemandangan yang indah di kaki gunung!

62

KEHIDUPAN Penulis:
SEORANG Gigi Kong Chi Kei 0350088
PELAJAR Chong Yong Xiang 0351678
SEKOLAH BEBAS
CINA WADAH BAHASA

Saya seorang pelajar yang telah belajar di sebuah 63
sekolah bebas Cina bernama Sekolah Menengah
Tsun Jin yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti
sekolah yang lain, sekolah saya juga telah
mengadakan banyak jenis aktiviti setiap
tahun.Terdapat banyak variasi acara yang telah
diadakan di Sekolah Menengah Tsun Jin, dan
antaranya terdiri daripada Kempen Derma
Darah, Hari Sukan, Laporan Keputusan, Konsert
dan banyak lagi!

Seperti biasa, pelajar diharapkan untuk dapat
mencapai prestasi yang baik dalam akademik
mahupun kokurikulum. Hal ini demikian kerana,
prestasi aktiviti kokurikulum murid - murid juga
akan mempengaruhi gred keseluruhan mereka.
Pelajar selalu terpaksa berada di sekolah
sehingga lewat petang untuk menyertai aktiviti
kokurikulum seperti berlatih untuk pertandingan
yang akan datang, menghadiri pelbagai
mesyuarat dengan guru-guru untuk
membicarakan tentang persediaan untuk acara
yang akan datang. Selepas tamat waktu
persekolahan, pelajar juga perlu membuat kerja
rumah yang diberikan dan mengulang kaji
dengan lebih mendalam tentang topik yang
telah diajar oleh guru di sekolah. Ini telah
menjadi rutin harian setiap pelajar sekolah bebas
cina untuk meningkatkan markah keseluruhan
mereka dalam kurikulum dan aktiviti
kokurikulum.

ILMU TAMBAHAN

KEHIDUPAN Penulis:
SEORANG Gigi Kong Chi Kei 0350088
PELAJAR Chong Yong Xiang 0351678
SEKOLAH BEBAS
CINA WADAH BAHASA

Bukan itu sahaja, aktiviti yang dianjurkan oleh
sekolah bebas Cina sering disertai oleh pelajar
sekolah itu sendiri kerana mereka sering seronok
menyertai acara dan menimba pengalaman
daripadanya. Oleh sebab itu, pelajar dapat
meningkatkan pelajar dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan memupuk
keupayaan mereka untuk berdikari.

Walaupun pelajar sekolah bebas Cina perlu
menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk
aktiviti kokurikulum, pelajar- pelajar tidak akan
mengabaikan pelajaran mereka kerana ini.
Sebagai pelajar sekolah bebas Cina, pelajar -
pelajar perlu menduduki peperiksaan yang
penting pada tahun enam sekolah menengah.
Peperiksaan ini lebih dikenali sebagai UEC. Oleh
itu, semua pelajar perlu menggunakan masa
mereka untuk mengulang kaji dan bukan
membuang masa untuk melakukan perkara
yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, kehidupan seorang pelajar sekolah
bebas Cina sangat seronok dan sibuk. Walaupun
belajar dalam persekitaran ini akan menimbulkan
tekanan yang tinggi, tetapi pelajar perlu
memastikan bahawa mereka sentiasa bekerja
keras untuk melakukan yang terbaik. Ini kerana
segala ilmu yang telah diajarkan amat berguna
dan penting untuk masa hadapan.

ILMU TAMBAHAN 64

BULI SIBER DI MALAYSIA & KETOKSIKAN MEDIA SOSIAL

Penulis:
Lim XinJing 0347949
Charlene Pang Ying Ling 0348179

Dalam dunia ini di mana kemajuan teknologi sentiasa
berlaku, tidak hairanlah kanak-kanak berumur 6 tahun pun
mempunyai telefon bimbit sendiri. Adakah anda sedar
bahawa ke mana sahaja anda pergi, orang sentiasa
memegang telefon, tablet atau komputer riba? Peranti
teknologi amatlah menarik bagi orang ramai kerana rekaan
teknologi yang sentiasa berkembang ini memberikan
kebolehan untuk seseorang untuk menghantar mesej,
menelefon dan berkomunikasi dengan rakan dan keluarga
dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun, terdapat
kebaikan dan juga keburukan kemajuan teknologi ini. Salah
satu kelemahannya adalah buli siber.

Buli Siber di Malaysia terkini ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA

Mengikut satu artikel, pembulian siber merupakan ancaman siber ketiga yang
terbesar di Malaysia, sejurus selepas penipuan dan penggodaman atas talian. Pada
pendapat kami, pembuli siber adalah pengecut yang lebih besar kerana mereka boleh
bersembunyi di sebalik kerahasiaan internet.
Walaubagaimanapun, kami mendapati bahawa kebanyakan remaja yang dibuli dalam
talian tidak pernah mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk mengatasi
semua masalah yang dihadapi semasa dibuli. Kanak-kanak yang dibuli secara maya
mahupun secara bersemuka selalunya akan menghadapi risiko yang tinggi untuk
mengalami masalah mental yang teruk. Masalah mental ini juga boleh membawa
maut.

Ketoksikan media sosial dalam masyarakat hari ini

Seperti yang kita lihat, media sosial tidak selalunya baik untuk penggunanya. Hal ini
kerana walaupun media sosial sering digunakan untuk orang ramai menunjukkan
kehidupan mereka yang bahagia, tetapi media sosial juga digunakan untuk
menyakitkan hati orang lain dengan meninggalkan komen yang kasar. Selain itu,
orang sering tidak menyedari bahawa kita sebenarnya bukan semua orang akan
menunjukkan segala jalan cerita hidup mereka di media sosial. Pernahkah anda
melihat orang memuat naik gambar mereka yang sedih menangis? Hal ini tidak kerap
berlaku kerana orang hanya akan sering menyiarkan foto yang menunjukkan betapa
gembiranya mereka.

65

BULI SIBER DI MALAYSIA & KETOKSIKAN MEDIA SOSIAL

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sila pastikan anda dan orang di sekeliling anda
menggunakan peranti teknologi yang dimiliki dengan sewajarnya kerana
anda mungkin akan mencederakan pengguna media sosial yang tidak
bersalah. Selain itu, ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka
tentang cara-cara untuk menggunakan media sosial dengan selamat.
Akhir sekali, ibu bapa haruslah sentiasa berkomunikasi secara jujur
dengan anak-anak mereka supaya mereka berasa selamat untuk
bercakap dengan ibu bapa mereka jika mereka dibuli dalam talian atau
jika mereka mempunyai sebarang masalah.

66 ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA

Filem Encanto ini mengisahkan sebuah keluarga yang bernama Madrigal. PENULIS:
Mereka tinggal di pegunungan tersembunyi yang terletak di Columbia. EMELYN WEE GEOK CHIN 0348643
Pekan ini dipanggil Encanto, ia bermaksud tempat yang menakjubkan. Dalam CHIN WEYLEY 0349282
filem itu, sihir telah memberkati ahli keluarga Madrigal dengan pelbagai
kuasa. Bagaimanapun, watak utama filem yang diberi nama Mirabel tidak
dikurniakan kuasa. Walaupun dia tidak diberikan kuasa, dia mengambil berat
tentang keluarganya dan Encanto. Oleh itu, apabila dia mengetahui bahawa
sihir dalam bahaya, Mirabel memutuskan bahawa dia akan mencari jalan
untuk memulihkan bandar ini.

Mirabel memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan bandar itu dengan mencari lebih banyak petunjuk di
dalam bilik bapa saudaranya Bruno. Bruno mempunyai kuasa untuk melihat masa depan. Di dalam bilik Bruno,
Mirabel menjumpai keeping-keping yang menunjukkan dia berdiri di hadapan rumah keluarganya yang rosak. Oleh
itu, Mirabel bergegas mencari Bruno untuk memahami lebih lanjut tentang masa hadapan dan mencari cara untuk
menyelamatkan bandar Encanto. Bruno memberitahunya bahawa satunya cara Mirabel boleh menyelamatkan
Encanto adalah dengan memperbaiki hubungannya dengan kakaknya yang bernama Isabela. Mirabel
menyelesaikan hubungannya dengan Isabela. Apabila Mirabel hampir menyelamatkan bandar Encanto itu, Alma
telah menyalahkan Mirabel di atas semua kekacauan yang berlaku di bandar dan ketidaksempurnaan Isabela.
Mirabel mula bergaduh dengan Alma kerana dia tidak pernah berpuas hati dengan ahli keluarganya. Pertengkaran
Mirabel dengan Alma telah menyebabkan rumahnya runtuh dan keajaiban Encanto semakin pudar. Mirabel
melarikan diri. Alma mencari Mirabel dan menjelaskan kepadanya bahawa dia hanya bimbang akan keluarga
Madrigal. Mirabel memahami dan memaafkan Alma. Mereka kembali ke Encanto dan membaiki rumah mereka.
Akhirnya, keajaiban Encanto telah sembuh sepenuhnya dan semua yang tinggal di sana juga hidup bahagia selama-
lamanya.

ILMU TAMBAHAN 67 WADAH BAHASA

Filem ini telah memberi banyak pengajaran kepada kita adalah untuk
menghargai siapa diri kita walaupun kita tidak sempurna. Selain itu, filem
Encanto juga telah mengajar kita untuk sentiasa menyokong dan berada di
sisi orang sekeliling kita terutamanya ahli keluarga kita. Bukan itu sahaja, kita
juga diajar untuk menerima orang seadanya dan bukannya apa yang mereka
tawarkan. Saya dan rakan saya sangat gembira kerana kami telah diberikan
peluang untuk menonton filem Encanto ini kerana kami telah belajar banyak
daripadanya!

ILMU TAMBAHAN 68 WADAH BAHASA

WADAH BAHASA KEHIDUPAN SEKOLAH SEBELUM
PERUBAHAN YANG DISEBABKAN
ILMU TAMBAHAN OLEH PANDEMIK COVID

PENULIS:
CALVIN JOSEF VINCENT 0346071
YONG LI QING VERNICE 0352288

Wabak Covid-19 telah berlangsung selama 2 tahun sehingga hari ini dan ia membawa perubahan dan impak yang amat
besar dalam kehidupan kita, terutamanya kehidupan kampus yang tidak akan kembali seperti dahulu lagi. Kini, kita
hanya mampu mengingati masa lampau dan mengenangkan betapa meriahnya kehidupan di kampus pada masa dahulu.
Kami semua telah bekerja keras untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk kembali ke kampus secepat yang
mungkin. Pandemik ini telah mengganggu rentak kehidupan asal kami, dan pelajar perlu kini harus menyesuaikan diri
dengan pembelajaran dalam talian. Selain itu, pelajar yang terpaksa mengambil peperiksaan am penting seperti SPM
sedang bergelut dengan kesihatan mental dan fizikal mereka kerana tidak biasa belajar secara online. Tambahan pula, ia
juga menjadi cabaran kepada guru yang tidak begitu mahir dengan penggunaan komputer. Mereka akan cuba sedaya
upaya untuk menyampaikan lebih banyak ilmu dan memberikan yang terbaik untuk membantu pelajar, agar pelajar tidak
berasa terbeban dengan cara pembelajaran sebegini.

69

WADAH BAHASA Walaubagaimanapun, kehidupan pelajar yang
belajar di kelas fizikal jauh lebih menyeronokkan
ILMU TAMBAHAN berbanding dengan kelas yang diadakan dalam
talian. Walaupun ketika kelas diadakan secara
fizikal, pelajar ingin masa yang lebih untuk rehat
dan bercuti, tetapi tidak dapat dielakkan bahawa
pengalaman yang mereka perolehi daripada kelas
fizikal ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan
pengalaman yang diperolehi daripada menghadiri
kelas dalam talian. Apatah lagi kebanyakan pelajar
kini secara kolektif bersetuju untuk mempunyai
pengalaman pembelajaran yang lebih baik dengan
penglibatan fizikal yang hanya boleh dilakukan jika
kelas diadakan secara bersemuka. Produktiviti
pelajar dan guru meningkat apabila mereka dapat
berbincang dan berkongsi dengan mudah.
Kesimpulannya, kami berasa sangat bersyukur
dengan semua yang kami ada sekarang kerana
orang lain mungkin tidak begitu bernasib baik.
Walaubagaimanapun, kami berharap kami
dapat kembali untuk kelas fizikal tidak lama lagi
supaya kami dapat meluangkan lebih banyak
masa bersama rakan kami dan mengembangkan
hubungan sosial kami yang telah terbantut
akibat pandemik ini.

70

TIPS UNTUK FOKUS APABILA BELAJAR DALAMContoh senarai tugasan pelajar supaya perkara penting tidak dilupakan
TALIAN

PENULIS: SHIP CHERN JUIN (0348295) & IRIS YEO WAN YING (0349984)

Sejak Mac 2020, penularan wabak Covid-
19 telah menyebabkan banyak sekolah
untuk menukar kaedah pengajaran
mereka kepada pengajaran dalam talian.
Oleh itu, pelajar di seluruh negara juga
telah memulakan kelas dalam talian.
Walaubagaimanapun, oleh kerana mod
pembelajaran yang baharu ini, pelajar
perlu mencari cara yang sesuai untuk
membolehkan diri mereka lebih fokus
semasa pelajaran dalam talian.Dalam
artikel ini, kita akan meneroka beberapa
cara bagaimana kita boleh meningkatkan
tumpuan kita sebagai pelajar semasa
kelas dalam talian.

Contoh jadual waktu / jadual waktu seorang pelajar

ILMU TAMBAHAN 71
WADAH BAHASA

Pertama, kita boleh Menyediakan tempat belajar yang kondusif untuk lebih fokus
membuat jadual belajar apabila mempunyai kelas dalam talian
yang akan sentiasa kita
rujuk. Dengan Oleh itu, dengan membahagikan masa pada permulaan semester
menetapkan dan dan sepanjang semester secara konsisten, mereka tidak akan
mengekalkan jadual yang berasa tertekan apabila hampir penghujung semester itu kerana
konsisten, kita dapat mereka sudah pun melakukan kerja yang terpaksa diserahkan
memastikan bahawa lebih awal. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mempunyai
pelajar dapat merancang kebolehan menguruskan masa mereka dengan baik kerana ia akan
masa mereka dengan membantu pembelajaran dalam talian mereka menjadi lebih
lebih baik dan mudah.
menyelesaikan tugasan
mereka tepat pada
masanya.Kebolehan
mengurus masa dengan
baik amat berguna
kepada pelajar kerana di
penghujung semester,
pelajar sering mengalami
tekanan akibat kerja yang
banyak.

Tempat belajar dan persekitaran belajar yang kemas

ILMU TAMBAHAN 72
WADAH BAHASA

Kita haruslah mengadakan rehat yang cukup untuk mengekalkan konsentrasi dalam kelas

Selain itu, untuk meningkat fokus Seterusnya, kita juga mesti ada cukup
apabila belajar dalam talian, kita rehat untuk mengekalkan konsentrasi
haruslah menyediakan tempat belajar dalam kelas. Kita perlu mempunyai
yang kondusif. Persekitaran belajar sekurang-kurangnya 7 jam tidur
yang kondusif adalah persekitaran yang sehari. Ini boleh membantu kita
selesa dan mempunyai paling sedikit menyerap dan mengingati maklumat
gangguan. Namun begitu, ruang belajar dengan lebih baik. Selain itu, semasa
mestilah tidak terlalu selesa seperti bilik mengulang kaji pelajaran, ia juga
tidur. Hal ini kerana, pelajar cenderung penting untuk mengambil masa untuk
mudah mengantuk ketika belajar di bilik berehat selama 5 hingga 10 minit. Hal
tidur mereka. Tambahan pula, ruang ini demikian kerana penggunaan
belajar juga mestilah mempunyai komputer terlalu lama akan
sambungan internet yang pantas menyebabkan otak seseorang itu
kerana kelas dalam talian memerlukan untuk berasa letih. Jadi, melakukan
sambungan internet yang baik. Tanpa aktiviti-aktiviti yang kita sukai apabila
ini, sukar bagi pelajar untuk menghadiri masa rehat tersebut boleh membantu
kelas dan menyelesaikan kerja mereka kita melepas tekanan dan menjadi
yang perlu dilakukan dalam talian. lebih fokus apabila belajar
pembelajaran dalam talian.

ILMU TAMBAHAN 73
WADAH BAHASA

Rehat yang cukup juga datap kita menyerap dań mengingati maklumat
dengan lebih baik

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk meningkatkan
tumpuan kita semasa kelas dalam talian. Kita perlu
meningkatkan status pembelajaran mengikut cara yang
sesuai supaya kita boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan dengan cepat.

ILMU TAMBAHAN 74
WADAH BAHASA

Melaka adalah sebuah negeri di dalam Malaysia yang amat kaya dengan BERCUTI DI
pelbagai sejarah kerana ia adalah sebuah pusat perdagangan yang amat MELAKA
pesat pada zaman dahulu. Melaka ditemui oleh Parameswara, putera raja
dari Palembang apabila beliau sedang berlari dari taklukan Majapahit pada PENULIS:
abad ke-14. Ia kemudiannya diperintah oleh Portugal, Belanda dan negara- EUNICE SONG HUI YI 0347709
negara lain. Oleh sebab itu, Melaka mempunyai banyak peninggalan sejarah VANESSA LIE TING TING 0342455
yang amat menarik. Berikut adalah beberapa tempat pelancongan di Melaka
yang sering menarik perhatian dan juga mempunyai sejarahnya.

Bukit St Paul, pada asal dikenali sebagai Bukit
Malacca, dibina pada 1521. Di atas bukit
terletak runtuhan Gereja St Paul. Ia merupakan
gereja tertua yang dibina di seluruh Malaysia.
Hari ini, ia berada dalam senarai teratas tarikan
di Melaka. Orang ramai tidak sahaja dapat
melawat monumen tersebut dan mengetahui
sejarah Melaka, mereka juga dapat menikmati
pemandangan indah Melaka dari puncak bukit.

ILMU TAMBAHAN 75 WADAH BAHASA

Jonker Walk, atau juga dikenali sebagai Jonker Street atau Jalan Hang Jebat, BERCUTI DI
terletak di tengah-tengah Chinatown. Pada masa lalu, ia terkenal dengan MELAKA
kedai-kedai antiknya. Kini, jalan tersebut amatlah sibuk kerana terletaknya
sebuah pasar malam di sana. Oleh itu, orang ramai sering berkunjung ke sana
kerana gerai - gerai yang terdapat di pasar malam tersebut menjual pelbagai
jenis makanan tempatan dan cenderahati yang diperbuat daripada penduduk
tempatan. Pelancong bukan sahaja boleh mencari makanan yang lazat,
mereka juga boleh mencari cenderahati unik untuk dibawa pulang ke
kampung halaman dan menikmati hiburan yang menyeronokkan seperti
muzium Mamee dan kumpulan tarian yang disediakan.

Bangunan Stadhyus atau juga dikenali sebagai rumah merah dibina pada
tahun 1650 sebagai tempat tinggal rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan
Gabenor Belanda. Asal nama Stadhyus adalah dewan bandaraya dalam
bahasa Belanda. Selain menjadi rumah gabenor, Stadthuys juga merupakan
ruang yang mempunyai banyak tujuan seperti Pejabat Setiausaha-kanak,
bilik sembahyang, ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah
Ketua Saudagar, penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri.
Sekarang, banyak pelancong amat suka mengambil gambar dengan
bangunan yang berwarna merah ini kerana ia sangat menarik perhatian.

Melaka adalah tempat yang unik dengan makanan dan budayanya kerana
rakyat Melaka berasal dari banyak bangsa yang berbeza. Bukan itu sahaja,
Melaka pun adalah salah satu negeri tarikan pelancong di Malaysia. Apabila
mempunyai waktu yang luang pada musim cuti, anda amat digalakkan untuk
melawat Melaka untuk mempelajari sejarah Malaysia dan menikmati
keindahannya.

ILMU TAMBAHAN 76 WADAH BAHASA

Ramai yang menyatakan bahawa “wang tidak dapat membeli kebahagiaan”. ADAKAH
Walaubagaimanapun, seberapa benarkah kenyataan ini? Hasil kajian kami, MEMILIKI LEBIH
kami mendapat bahawa kenyataan ini bukannya seratus peratus benar. KEKAYAAN
Mempunyai wang boleh membawa kepuasan kepada kehidupan seseorang. BERMAKSUD
Walaubagaimanapun, kepuasan yang diterima daripada wang ada hadnya. LEBIH
Semuanya bergantung pada bagaimana seseorang itu membelanjakan wang KEBAHAGIAAN?
mereka.
PENULIS:
Dengan wang, orang ramai boleh membelanjakannya untuk barangan TAN MIN XUEN 0352009
mewah, penjagaan kesihatan yang terbaik dan membeli keperluan berkualiti TEH CI EN 0343469
tinggi. Apabila ini berlaku, orang sering berpuas hati dengan kehidupan
mereka. Oleh itu, dalam hal ini, wang boleh membawa kepuasan kepada
kehidupan seseorang.

Dalam pada itu, sekiranya keperluan asas mampu dipenuhi tanpa memerlukan
kerumitan untuk mengambil pekerjaan sambilan, maka seseorang individu itu
juga mendapat meluangkan masa lapang dengan keluarga yang tersayang.
Mengikut penyelidikan Harvard yang bermula pada tahun 1938, ratusan
orang ramai yang umurnya hampir melangkaui 80 tahun, gembira dengan
kehidupan mereka tetapi bukan kerana wang, tetapi kerana ikatan kuat
mereka dengan keluarga dan rakan-rakan mereka

Ada yang berkata, dengan adanya wang, tidak kira apa keadaan, situasi
seseorang itu dapat dipermudahkan. Orang sering berfikir bahawa tanpa
wang, seseorang itu akan sentiasa mengahadapi masalah mental dan fizikal.
Ia bagaimanapun bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat
kepentingan wang dalam kehidupan mereka.

ILMU TAMBAHAN 77 WADAH BAHASA

Disebaliknya, lebih banyak kekayaan bermakna lebih banyak keinginan. ADAKAH
Adakah anda sedar bahawa lebih banyak wang yang anda ada, lebih banyak MEMILIKI LEBIH
wang dan perkara lain yang anda mahukan? Perkara yang anda ada tidak KEKAYAAN
pernah cukup. Sebaik sahaja anda memenuhi keperluan anda dan keinginan BERMAKSUD
anda untuk mendapatkan barangan mewah, maka anda hanya akan LEBIH
menghabiskan baki wang untuk menginginkan lebih banyak perkara. KEBAHAGIAAN?
Kehidupan seseorang yang menjalani kehidupan mereka dengan cara ini
tidak pernah aman kerana mereka sentiasa menginginkan perkara yang baru.

Ini cenderung berlaku kerana orang sering percaya bahawa barangan mewah
boleh memenuhi keinginan mereka. Walaubagaimanapun, setiap kali mereka
telah memperoleh perkara yang mereka mahu, mereka hanya akan
menginginkan sesuatu yang lain lagi. Ini adalah kitaran yang akan berterusan
dalam hidup seseorang yang menjalani hidup mereka seperti itu. Tanpa
disedari, mereka telah membelanjakan wang mereka untuk perkara yang
mereka tidak perlukan pun.

Selepas melakukan beberapa kajian dalam talian, kami mendapati bahawa
banyak perkara yang kita miliki sebenarnya tidak memberikan kehidupan
kita kepuasan yang dicari. Apa yang benar-benar memuaskan hidup kita ialah
pengalaman yang kita dapati dari sepanjang kehidupan kita dan orang yang
mengelilingi kita.

ILMU TAMBAHAN 78 WADAH BAHASA

Sebuah kejadian banjir kilat telah Di samping itu, kecuaian pihak PUNCA DAN
melanda negeri Selangor pada KESAN BANJIR DI
hujung Disember pada tahun lepas. berkuasa berkenaan juga SELANGOR
Bencana alam ini telah
menyebabkan kerugian yang besar merupakan salah satu punca utama PENULIS:
bagi penduduk tempatan. Terdapat NG PING SHENG 0349861
banyak punca mengapa ini berlaku berlakunya banjir kilat. Pakar banjir ANG WOON SEE 0350700
dan salah satunya adalah sistem
perparitan Malaysia tidak berkesan menegaskan walaupun Jabatan
dan ia juga tidak mempunyai
keupayaan untuk mengendalikan Meteorologi telah mengeluarkan
aliran air yang keras. Selangor
terletak di kawasan tanah rata yang amaran hujan berterusan di
rendah. Oleh itu, hujan lebat akan
mengakibatkan banjir kilat. Lembangan Sungai Klang dan

kawasan lain, pihak berkuasa tidak

melakukan kerja fizikal untuk

memastikan semua rakyat

menyedari amaran ini. Oleh itu, ini

menyebabkan penduduk tempatan

untuk tidak mempunyai masa dalam

menyediakan diri mereka untuk apa

yang akan berlaku. Selepas banjir,

agensi pengurusan bencana alam

negara juga tidak mengambil

tindakan dengan segera dan

menyebabkan kesan bencana ini

menjadi makin serius.

ILMU TAMBAHAN 79 WADAH BAHASA

Seperti yang anda boleh bayangkan, banjir merupakan bencana yang PUNCA DAN
boleh membawa kerosakan dan menyebabkan kerugian yang besar. KESAN BANJIR DI
Hal ini kerana sumber air bersih untuk kawasan tertentu akan SELANGOR
berkurangan. Oleh itu, tanpa pilihan lain, penduduk tempatan
terpaksa menggunakan air itu untuk membersihkan rumah mereka
dan juga untuk minum. Ini kemudian akan menyebabkan penduduk
oleh banjir tersebut untuk menghidapi penyakit seperti cirit-birit.
Tambahan pula, ramai rakyat di Selangor mengalami kerugian
ekonomi yang besar selepas banjir ini berlaku. Semasa banjir, banyak
perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa, dan oleh itu, banyak
penduduk yang terjejas akan hilang sumber pendapatan mereka.
Bukan itu sahaja, banjir juga boleh meningkatkan pembiakan nyamuk
di merata tempat dan justeru, menyebabkan penduduk setempat
yang tinggal di sekitar kawasan itu terjejas dengan demam denggi.

Terutama semasa pandemik ini, apabila banjir berlaku, adalah penting
untuk mengikuti langkah-langkah yang betul untuk mencegah
pandemik. Oleh itu, kami berharap pihak berkuasa dan kerajaan
dapat mendidik rakyat Malaysia tentang bagaimana mereka boleh
sentiasa menjaga keselamatan apabila banjir kilat kerana
kebanyakannya masih tidak faham tentang mempersiapkan diri
untuk menghadapi apa yang berkemungkinan akan berlaku pada
masa hadapan. Kami berharap artikel ini telah membantu anda
memahami bahaya yang menyelubungi banjir kilat.

ILMU TAMBAHAN 80 WADAH BAHASA

Haidilao ialah sebuah syarikat katering hot pot Cina yang diasaskan Model Perniagaan
pada tahun 1994 oleh Zhang Yong. Haidilao ialah restoran periuk Haidilao
panas yang mempunyai rantaian restoran yang amat besar di China.
Haidilao berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dengan penuh PENULIS:
perhatian kepada pelanggannya. Sehingga 2020, Haidilao telah CHEE WEN ZHI 0346170
membuka 935 restoran yang dikendalikan secara langsung di seluruh TAN JUN BIN IAN 0349992
dunia, termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan negara lain.

Model perniagaan Haidilao memberi tumpuan kepada penyediaan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Sebagai contoh,
ketika pelanggan mereka beratur, Haidilao menyediakan minuman
percuma, makanan ringan, buah-buahan, popcorn dan permainan
mini. Oleh itu, pelanggan tidak akan jemu berdiri dalam barisan yang
panjang. Lebih -lebih lagi, setiap meja di restoran itu mempunyai
pelayan peribadinya sendiri. Hal ini kerana Haidilao ingin
memastikan bahawa pelanggan mereka mendapat perkhidmatan
yang terbaik dengan perhatian penuh yang diberikan oleh pekerja
mereka, seperti yang telah dijanjikan oleh model perniagaan
Haidilao.

ILMU TAMBAHAN 81 WADAH BAHASA

Kebanyakan pelanggan melawat Haidilao untuk makanan mereka yang Model Perniagaan
menakjubkan, dan bukan sahaja untuk barangan percuma yang boleh Haidilao
mereka perolehi semasa. Haidilao menyajikan pelbagai jenis sup yang
sesuai dengan makanannya yang lain seperti sup tomato, sup mala
pedas, sup cendawan dan banyak lagi! Haidilao berusaha untuk hanya
menyajikan makanan dengan kualiti yang terbaik. Oleh itu, mereka
mengimport produk makanan mereka dari seluruh dunia. Sebagai
contoh, daging mereka diperoleh daripada pembekal yang berpangkalan
di Amerika, Australia, Austria dan banyak lagi! Selain itu, walaupun
Haidilao menghidangkan daging babi, tetapi restoran itu juga
mempunyai pilihan lain untuk pelanggan mereka yang mempunyai
sekatan diet seperti pelanggan yang hanya makan makanan Halal.
Makanan di Haidilao dihidangkan dengan sangat baik dan dengan cara
yang sangat unik. Sebagai contoh, mi yang terdapat di restoran mereka
sering dihidangkan dengan seorang chef yang akan menari sambil
membuat mi tersebut di hadapan anda. Anda akan sering melihat ini di
seluruh media sosial, dan itulah cara anda tahu bahawa perkhidmatan
dan makanan yang disediakan di Haidilao sangatlah unik!

Haidilao telah benar-benar mengembangkan perniagaannya ke seluruh
dunia sejak kebelakangan ini. Dengan ini, mereka juga telah mendapat
ramai pelanggan yang setia. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa lebih
ramai orang akan mengetahui tentang Haidilao dan perkhidmatan
hebat yang ditawarkannya di semua restorannya itu.

ILMU TAMBAHAN 82 WADAH BAHASA

KELEBIHAN Penulis:
SENAMAN Luthfan Adam Bin Mohd Anizi
ANGKAT (0342478)
BERAT Terence Praveen (0343916)

Angkat berat merupakan salah satu jenis 83
senaman yang boleh dilakukan untuk
memastikan tubuh badan anda kekal
sihat dan cergas. Namun, banyak khabar
angin dan mitos yang telah tersebar
mengenai bahayanya sukan angkat berat
itu. Walaubagaimanapun, memang
benar terdapat banyak risiko untuk jenis
senaman ini tetapi bukankah semua
senaman mempunyai risioknya sendiri?
Ia bergantung pada cara anda menjaga
diri anda semasa bersenam.

Tahukah anda bahawa senaman angkat
berat dilakukan bukan sahaja untuk
pembesaran dan perkembangan otot?
Senaman angkat berat juga boleh
membantu untuk memperbaiki postur
tubuh badan seseorang. Selain itu,
angkat berat juga boleh membantu
seseorang untuk mengekalkan berat
badan yang diingini oleh mereka kerana
senaman angkat berat dapat
meningkatkan metabolisme seseorang
itu. Bukan itu sahaja, senaman ini juga
boleh mengurangkan keradangan badan
seseorang.Jika matlamat anda untuk
bersenam adalah untuk mengurangkan
berat badan, menambahkan otot badan
dan membakar kalori dan lemak dengan
lebih berkesan, maka senaman angkat
berat adalah senaman yang paling sesuai
untuk anda.

ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA

KELEBIHAN
SENAMAN
ANGKAT
BERAT

Adakah anda juga tahu bahawa otot kita semakin lemah apabila kita
menggunakannya dengan lebih kerap? Ini sering berlaku terutamanya
kepada mereka yang semakin tua. Namun, ini boleh dielakkan dengan
senaman seperti angkat berat. Angkat berat juga dapat mencegah
penyakit yang sering menyerang warga emas.seperti sakit sendi,
arthritis, obesiti, penyakit jantung dan diabetes. Banyak kajian telah
mengatakan bahawa senaman angkat berat boleh meningkatkan
jangkaan hayat. Ianya membantu untuk menguatkan saluran darah di
dalam badan kerana senaman ini melatihkan jantung kita untuk
mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita.

Selain itu, angkat berat juga boleh membantu kesihatan mental kita.
Senaman jenis ini dapat membantu mengasah otak kita untuk berfikir
dengan lebih jelas. Pelbagai kajian telah menyatakan bahawa individu
yang kerap bersenam mempunyai kemampuan berfikir dengan lebih
jelas dan baik. Mereka juga boleh belajar dengan lebih pantas dan
efisien berbandingkan dengan orang lain yang tidak kerap bersenam.
Bukan itu sahaja, senaman ini juga boleh membantu untuk
menambahkan keyakinan diri. Selalu terbukti bahawa angkat berat
boleh membuatkan seseorang berasa baik tentang diri mereka dan
fizikal mereka. Justeru, meningkatkan keyakinan orang yang bersenam
itu

Kesimpulannya, angkat berat adalah satu senaman yang terbukti
bermanfaat, bukan sahaja dalam aspek kesihatan fizikal malah terbukti
secara saintifik dapat meningkatkan kesejahteraan mental juga.
Walaupun senaman yang berlebihan boleh menyebabkan kecederaan,
kebaikan mengatasi keburukan jika ia dilakukan dengan baik dan betul.
orang dari sebarang umur harus digalakkan untuk memulakan
perjalanan mereka dalam senaman angkat berat untuk menggalakkan
gaya hidup sihat dan memperbaiki keadaan mental untuk
meningkatkan kepuasan diri secara keseluruhan dan menjalani
kehidupan yang lebih bahagia

ILMU TAMBAHAN | WADAH BAHASA 84

Cara - Cara
untuk

Meningkatkan
Tabiat Belajar

PENULIS:
YAP XIN WEI 0346417
FANG QIAO RU 0351162

Membangunkan tabiat belajar Persekitaran yang senyap dan
yang baik adalah sesuatu yang tenang boleh meningkatkan
diperlukan oleh semua orang, minat dan keselesaan pelajar
tidak kira apa peranan anda dalam proses pembelajaran.
dalam konteks ini kerana seperti Dengan adanya persekitaran
yang kita tahu, kita akan sentiasa yang selesa, pelajar dapat belajar
mempelajari sesuatu yang baru, dalam keadaan yang tenang dan
mungkin sehingga akhir hayat dapat menumpukan perhatian
kita. Tabiat pembelajaran yang semasa membaca. Jika
baik boleh meningkatkan kadar persekitarannya bising, pelajar
kejayaan dan perkembangan akan diganggu dan sukar untuk
anda sebagai seorang individu. menumpukan perhatian kepada
Amatlah memanfaatkan apabila tugasannya. Oleh itu, kami
kita sebagai seorang pelajar, menasihatkan agar pelajar -
mengetahui beberapa petua dan pelajar yang ingin fokus untuk
cara untuk meningkatkan belajar supaya melakukan kerja
kebolehan kita untuk fokus mereka di suatu tempat yang
dalam pelajaran. senyap dan tenang. Hal ini
kerana, tempat yang sedemikian
dapat menolong pelajar - pelajar
untuk memahami bahan bacaan
yang sedang dibaca dengan
lebih senang.

ILMU TAMBAHAN 85 WADAH BAHASA

Cara - Cara
untuk

Meningkatkan
Tabiat Belajar

PENULIS:
YAP XIN WEI 0346417
FANG QIAO RU 0351162

Selain itu, pelajar juga boleh menahan diri mereka daripada menunda-
nunda untuk melakukan sesuatu. Amatlah penting bagi seorang pelajar
untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak
akan menyumbang kepada kemajuan mereka dalam pendidikan mereka. Ini
kerana kecenderungan untuk berlengah-lengah dengan mudah boleh
menjadi suatu kebiasaan. Sebagai contoh, pelajar pada era ini sering
terganggu dengan telefon dan media sosial. Jika mereka meletakkan
telefon mereka di suatu tempat yang tidak berdekatan, mereka akan dapat
lebih menumpukan perhatian pada perkara yang lebih memanfaatkan.

Walaupun kehidupan kita sibuk dengan belajar, kita juga perlu mengambil
masa untuk memanjakan diri dengan merehatkan minda dan badan. Ramai
akan terlepas kepentingan memperhatikan diri sendiri meskipun sibuk
dengan kehidupan. Sebagai seorang pelajar kolej, kita selalu menghadap
skrin komputer sepanjang hari, oleh itu kita dinasihatkan mencari aktiviti
yang terbaik untuk mengurangkan tekanan sebelum menyambung
pembelajaran yang lanjut. Contohnya, kita boleh melakukan senaman pada
hujung minggu untuk mendapatkan manfaat kesihatan dari segi fizikal dan
mental. Kita juga boleh pergi membeli-belah, menonton wayang atau riadah
bersama rakan-rakan dan keluarga.

Amatlah penting bagi seorang pelajar untuk menganggap pelajaran
sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Pelajar pada zaman kini sering
merasa terpaksa untuk belajar, mereka lebih rela membuangkan masa
untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kesimpulannya, terdapat
lebih banyak cara untuk meningkatkan fokus seseorang ketika belajar.

ILMU TAMBAHAN 86 WADAH BAHASA

Malaysia menyasar untuk menjadi hab pasaran kereta elektrik menjelang Trend
2030 melalui Rangka Tindakan Mobiliti Elektrik Nasional. Datuk Seri Zaini, Kereta
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata pelan Elektrik Di
Tindakan itu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu Malaysia
pengangkutan awam dan pembangunan EV (Electrical Vehicle) swasta,
ekologi EV dan ekonomi EV. Pelan Hala Tuju Mobiliti Elektrik adalah
sebahagian daripada kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan kenderaan
elektrik bagi menggantikan kenderaan diesel atau petrol. Tujuan ini adalah
untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan seterusnya
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Selain itu, tindakan ini juga akan
menjadi rangka pasaran kenderaan elektrik hab Malaysia.

Datuk Seri Zaini berkata untuk meningkatkan kadar penggunaan kenderaan PENULIS:
elektrik, perancangan rapi perlulah dibuat. Apabila membicarakan tentang LEE CHONG SHENG 0345091
kereta elektrik, ramai orang berpendapat bahawa masalah terbesar kereta TAN ZI HAN 0345497
jenis itu adalah ia akan menjadi sukar untuk dikenalkan kepada rakyat
Malaysia kerana negara kita kurang timbunan pengecasan awam dan masa
untuk mengecas kenderaan seperti ini juga tidak menjimatkan masa. Di
samping itu, oleh kerana kereta-kereta elektrik selalu mempunyai harga yang
tinggi, ramai rakyat akan tidak berkemampuan untuk memiliki kereta
tersebut. Namun, kerajaaan Malaysia telah cuba memperkenalkan banyak
pelan untuk menghulurkan wang bagi membantu rakyat yang ingin membeli
kenderaan elektrik. Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia juga telah
mencadangkan agar kereta elektrik yang dijual di Malaysia untuk dikecualikan
daripada duti import, duti eksais dan cukai. Sebenarnya, cukai jalan bagi
mereka yang membeli kenderaan elektrik ini telah dikurangkan 100% dan
dengan itu, dimansuhkan sepenuhnya. Bukan itu sahaja, cukai yang dikenakan
kepada pemilik kereta yang memiliki kenderaan elektrik ini telah pun
dikurangkan sebanyak RM2500.

ILMU TAMBAHAN 87 WADAH BAHASA

Oleh kereta manfaat-manfaat tersebut, diajngkakan bilangan kenderaan Trend Kereta
elektrik di Malaysia akan meningkat. Malah baru-baru ini, Petronas dan Tenaga Elektrik Di
Nasional Berhad telah mula berbincang mengenai pembinaan lebih banyak caj Malaysia
kenderaan elektrik yang akan dibina di serata Malaysia. Ini telah meyakinkan
mereka yang selama ini takut untuk membeli kenderaan elektrik kerena
kekurangan stesen pengecasan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, Malaysia
Automotive, Robotics and LoT Institute (MARii) dan Persatuan Kaunselor
Malaysia (PEKEMA) juga telah mengumumkan bahawa mereka akan
bekerjasama untuk membina lebih banyak infrastruktur yang akan membantu
dalam perkembangan dan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Bukan
itu sahaja, pihak berkuasa lain juga telah merancang untuk membina 1000 caj
kenderaan elektrik menjelang tahun 2025. Pelan ini juga termasuk kemajuan
teknologi lain seperti pembayaran elektronik, sistem pengurusan bateri dan
pusat servis yang lebih maju.

Seperti yang kita dapat lihat, sebenarnya banyak perancangan dan
perbincangan yang sedang berlaku dalam usaha untuk menggalakkan rakyat
Malaysia lebih sedar tentang perbezaan penggunaan kereta elektrik dengan
kereta yang dikendalikan dengan petrol. Ini amat penting kerana petrol bukan
jenis tenaga yang boleh diperbaharui. Jadi, lebih banyak kita menggunakan
sumber tenaga tersebut, lebih berkuranglah jumlah sumber tenaga tersebut
yang boleh didapati di luar sana. Justeru, kita harus berhasrat untuk
menjimatkan tenaga. Bukan itu sahaja, kerajaan juga berharap agar bilangan
kereta elektrik di Malaysia akan terus bertambah jadi anda sebagai rakyat
Malaysia amatlah digalakkan untuk membelinya!

ILMU TAMBAHAN 88 WADAH BAHASA

Jadi, apakah sebenarnya Cryptocurrency? Cryptocurrency juga dikenali Bagaimanakah
sebagai mata wang kripto yang telah menunjukkan bahawa ia mempunyai Mata Wang Kripto
kesan yang besar kepada dunia dan juga pasaran global. Ia merupakan Berkait Rapat
wang digital yang desentralisasikan berasaskan teknologi blockchain, dengan Masa
bukan seperti Euro atau Dolar AS. Ia digunakan untuk mengawal inflasi Hadapan Kita?
serta melakukan transaksi tanpa geseran di seluruh dunia. Khususnya,
sifat pasaran yang tidak mempunyai hubungan menjadikan mata wang PENULIS:
kripto berpotensi sebagai lindung nilai terhadap risiko, sama seperti emas. CHONG QI LEI 0343794
VETHRO KHONG TZE LEONG 0349246
Walaupun terdapat risiko yang wujud, mata wang kripto telah menjadi
lebih kuat dan kukuh. Justeru, pelaburan dalam aset kripto nampaknya
lebih berisiko tetapi ia juga berpotensi untuk bertukar menjadi suatu
pelaburan yang akan menguntungkan kerana pasaran masa depan kripto
sedang dikembangkan dan banyak syarikat gergasi kewangan seperti
Paypal dan Square juga kini, sedang mengaplikasikan pembayaran
menggunakan mata wang kripto untuk perniagaan mereka. Selain
daripada keuntungan yang dapat diperolehi melalui pelaburan mata wang
kripto ini, saya percaya bahawa mata wang kripto akhirnya akan
menggantikan mata wang beberapa negara pada masa hadapan. Hal ini
demikian kerana permintaan untuk mata wang kripto seperti mata wang
fiat (USDT, BUSD & USDC) dan token kripto (BTC, ETH & DOGE)
meningkat dengan ketara sehingga hampir semua orang mengetahuinya
dan memilikinya.

ILMU TAMBAHAN 89 WADAH BAHASA

Adakah anda tahu bahawa Mark Zuckerberg telah memutuskan untuk Bagaimanakah
menukar nama syarikatnya daripada Facebook kepada Meta yang Mata Wang Kripto
berkaitan dengan Metaverse. Apa itu Metaverse? Metaverse ialah Berkait Rapat
persekitaran digital simulasi yang menggunakan teknologi seperti realiti dengan Masa
tambahan (AR) dan realiti maya (VR). Untuk menjadikannya lebih mudah, Hadapan Kita?
ia pada asasnya adalah "portal" untuk memasuki dunia digital di mana
anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahukan seperti kehidupan
sebenar. Sebagai contoh, anda boleh menjadi ejen hartanah dalam
metaverse dan menjual hartanah untuk mendapatkan mata wang kripto,
anda boleh menghadiri konsert yang diadakan di metaverse, atau anda
boleh bermain permainan di dalam metaverse yang membuatkan anda
merasa seperti berada di dalam permainan sendiri. Tetapi sudah tentu,
semuanya datang dengan harga di dalam metaverse seperti membeli
hartanah, tiket konsert dan permainan.

Walaupun Cryptocurrency telah wujud selama bertahun-tahun, ia
mungkin masih didengar sebagai fantasi kepada orang yang tidak pernah
mendengarnya. Walaubagaimanapun, dengan perkembangan mata wang
kripto yang kini amatlah mendadak, tidak hairanlah bahawa wang kripto
akan membawa peranan yang besar dalam memajukan negara - negara di
dunia.

ILMU TAMBAHAN 90 WADAH BAHASA

Keberkesanan Pembelajaran
dalam Talian

Penulis:
Eugene Lim Wei Hong (0345533)
Khoo Teng Wei (0340537)

Adakah belajar dalam talian lebih berkesan daripada
belajar secara bersemuka? Terdapat kebaikan dan
keburukan apabila membuat perbandingan antara
kedua-dua kaedah pembelajaran ini. Apabila kita
berbicara tentang pembelajaran dalam talian, pelajar
mungkin berasa amat sukar untuk menyesuaikan diri
mereka dengan kehidupan sebagai seorang pelajar
University kerana tidak senang untuk berjumpa atau
berkenal dengan rakan yang baru. Namun, terdapat
juga kebaikan apabila kita belajar dalam talian.
Contohnya, kos belajar dalam talian adalah lebih
murah kerana pelajar yang tidak tinggal
berhampiran dengan kampus mereka tidak perlu
membelanjakan duit yang ada untuk membayar
sewa atau petrol kereta. Ini amat penting
terutamanya semasa wabak yang sedang kita hadapi
kerana kebanyakan keluarga sedang bergelut dari
segi ekonomi. Oleh itu, orang ramai lebih suka
menyimpan wang mereka dan mengelak daripada
membelanjakan wang tambahan untuk makanan,
dobi atau penginapan.

Namun begitu, pembelajaran dalam talian akan
melemahkan semangat pelajar untuk belajar kerana
mudah terganggu di rumah. Seterusnya, pelajar juga tidur
semasa menghadiri kuliah dalam talian. Hal ini tidak
berlaku sekiranya kelas diadakan secara fizikal kerana
pensyarah pasti memarahi pelajar yang tertidur di fizikal.
Seterusnya, pelajar sering mendapati bahawa pensyarah
akan memberikan lebih banyak kerja rumah apabila kelas
diadakan dalam talian berbanding fizikal. Walaupun,
kadangkala mereka sukar memahami apa yang diajar.
Sebenarnya, terdapat pelajar rumah internet yang lemah
mengalami kesukaran menghadiri kelas dalam talian.

ILMU TAMBAHAN 91 WADAH BAHASA

Keberkesanan Pembelajaran
dalam Talian

Seterusnya, pelajaran elektronik dapat menyebabkan keterasingan sosial.
Pembelajaran online yang saat ini dipraktekkan dalam pendidikan cenderung
membuat siswa yang berperan serta mengalami perenungan dan kurangnya
interaksi. Demikianlah, banyak siswa dan guru yang menghabiskan banyak waktu
untuk berselancar di internet mungkin mulai merasakan gejala keterasingan sosial
karena kurangnya komunikasi antarmanusia dalam kehidupan mereka. Kedua faktor
ini akan mengakibatkan masalah kesihatan mental, seperti ketegangan yang hebat
dan kekhawatiran.

Kesimpulannya, seperti yang kita lihat,
terdapat kebaikan dan keburukan apabila
belajar dalam talian. Hal ini semestinya
bergantung kepada perspektif pelajar
tersebut tentang pembelajaran dalam
talian dan cara mereka mengatasi halangan
yang dihadapi semasa kelas dalam talian.

ILMU TAMBAHAN 92 WADAH BAHASA

Tiga Kafe di Sekitar
Kuala Lumpur Yang
Bagus Untuk
Dikunjungi Oleh
Seorang Pelajar

Penulis:
Tanitra Meera Mohan 0343894
Lam Yen Nee 0348372

Sebagai seorang pelajar, masa kita sentiasa terisi
dengan keperluan untuk menghadiri kelas, mengulang
kaji serta menghadiri mesyuarat kelab. Walaupun
setelah tamat sesi pelajaran di sekolah, seorang
pelajar masih perlu meluangkan masa untuk membuat
kerja di rumah. Namun begitu, sering didapati bahawa
pelajar lebih gemar bekerja di tempat lain berbanding
di rumah kerana berada di rumah melemahkan
semangat mereka untuk belajar. Oleh itu, kami telah
menulis artikel ini yang menyenaraikan pelbagai jenis
kafe yang boleh dikunjungi oleh seorang pelajar jika
mereka ingin belajar di luar!

Kafe pertama yang boleh dikunjungi oleh pelajar
yang ingin melakukan kerja mereka di luar ialah Kafe
Lisette’s. Sebagai seorang pelajar, kami menyarankan
bahawa pelajar lain untuk mengunjungi Kafe Lisette’s
yang terletak di Subang Jaya kerana lokasinya
amatlah strategik dan persekitarannya pun tenang.
Kami mendapati bahawa Kafe Lisette’s yang terletak
di bandar Kuala Lumpur lebih bising dan sibuk.
Justeru, cawangan kafe tersebut tidak sesuai untuk
pelajar-pelajar yang ingin melakukan kerja mereka di
tempat yang sunyi. Dengan pelbagai pilihan pastri
manis dan minuman yang dihidangkan di dua-dua
cawangan, pelajar juga dapat memenuhi citarasa
mereka sambil belajar.

ILMU TAMBAHAN 93 WADAH BAHASA

KAFE 07 Lifestyle
WADAH BAHASA
Kafe kedua yang sesuai untuk para pelajar
adalah Huckleberry. Huckleberry mempunyai 3
cawangan, iaitu di Plaza Damansara, Bangsar dan
Pavilion Bukit Jalil. Dalaman dan luaran kafe ini
begitu unik tetapi, selesa. Oleh itu, pelajar pasti
akan berasa tenang apabila melakukan kerja di
sana. Huckleberry juga menyajikan pelbagai jenis
makanan, pastri, minuman dan pencuci mulut untuk
menemani anda semasa anda belajar. Huckleberry
kebanyakannya sibuk semasa waktu sarapan dan
waktu makan malam, jadi kami sarankan untuk
anda supaya merancangkan perjalanan anda ke
sana dengan bijak supaya anda boleh menjalani
sesi pembelajaran yang produktif dan tenang.

Kafe ketiga yang kami sarankan untuk seorang
pelajar adalah Fittie Sense. Fittie Sense merupakan
sebuah kafe yang menjual makanan sihat di
Bangsar. Bahagian dalam kafe ini amatlah cerah
dan ceria. Oleh itu, kami amat menyarankan untuk
pelajar yang gelap dan membosankan untuk
mengunjungi kafe ini. Lebih-lebih lagi, tempat
duduk yang disediakan juga dilengkapi dengan
kusyen. Oleh itu, pelajar akan berasa sangat selesa.
Selain itu, Fittie Sense juga menyajikan pelbagai
jenis kopi organik. Justeru, para pelajar akan
berpeluang untuk menyegarkan minda mereka
apabila letih belajar.

Sebagai kesimpulan, kami merasakan kafe yang
dicadangkan akan membantu seseorang pelajar
untuk belajar dengan lebih baik dan berkesan.
Selain itu, pelajar juga boleh mencuba makanan
dan minuman baharu semasa berada di situ. Kafe-
kafe ini juga sesuai pelajar yang ingin rehat selepas
sesi pembelajaran mereka yang panjang.

ILMU TAMBAHAN 94

CARA-CARA UNTUK
MEMUPUKKAN DISIPLIN
DALAM DIRI SESEORANG

PENULIS:
CHUA MING HUNG 0350831 & MELVIN WEE WEI XIANG 0350829

Disiplin dalam diri seseorang adalah amat berharga pekerjaan ataupun peranan mereka dalam masyarakat
dan memanfaatkan kerana hal ini dapat membantu tersebut. Berikut adalah empat langkah untuk
anda untuk mencapai matlamat hidup anda dengan membangunkan disiplin diri.
lebih senang.
Pertama sekali, kita mesti memahami kekuatan dan
Adakah anda tahu erti sebenarnya disiplin diri? kelemahan kita. Adakah anda seorang yang sering
Disiplin dalam diri seseorang sering mengandungi menangguhkan kerja anda dan hanya mula melakukan
beberapa perkara - (1) peraturan yang telah ditetapkan kerja anda apabila tarikh penyerahan kerja tersebut
oleh diri kita sendiri, (2) peraturan yang diterima oleh hampir tiba? Untuk mengelakkan hal tersebut, anda
masyarakat sekeliling, (3) pemikiran yang tertentu, (4) harus merancang lebih awal tentang cara - cara yang
tingkah laku yang dianggap betul dan sopan dalam anda boleh lakukan untuk melaksanakan tugasan yang
kalangan masyarakat. Jika perkara - perkara ini diberikan dengan lebih mudah. Kemudian, anda
diamalkan secara berterusan, maka seseorang itu hendaklah menyenaraikan halangan-halangan yang
dikatakan mempunyai disiplin yang baik. mungkin anda hadapi semasa membuat tugasan itu.
Walaubagaimanapun, disiplin mungkin berbeza untuk Selepas penyenaraian, anda boleh merancang beberapa
seorangpelajar. Ini kerana, membina seorang pelajar yang strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi
mempunyai disiplin yang tinggi bermakna seseorang itu halangan ini. Selain itu, untuk memastikan anda dapat
sentiasa fokus terhadap pelajaran, tidak mudah leka menyelesaikan kerja tepat pada masanya, anda harus
dengan keadaan sekeliling dan sentiasa menyiapkan membuat jadual waktu supaya anda dapat melihat bila
tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, disiplin anda bebas untuk melakukan kerja yang telah
mungkin membawa makna yang berlainan untuk orang diberikan.
lain, bergantung kepada

 I L M U T A M B A H A N 9 5 WADAH BAHASA

Langkah kedua untuk membina disiplin dalam diri Langkah keempat adalah dengan meningkatkan
adalah dengan memperuntukkan masa anda dengan kemahiran anda untuk mengurus masa. Kemahiran
lebih bijak. Sebagai contoh, jika anda melakukan kerja pengurusan masa yang baik boleh membantu anda
anda apabila anda tidak berasa bermotivasi, maka kerja mengurangkan kecenderungan anda untuk berlengah-
yang anda hasilkan tidak akan menjadi sebaik yang lengah apabila melakukan kerja anda. Menggunakan
dijangkakakn. Oleh itu, memperuntukkan masa anda masa anda dengan bijak akan memastikan anda juga
dengan lebih bijak akan menjadikan sesi pembelajaran mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti yang
anda lebih berkesan. menyeronokkan. Ini juga akan membantu untuk
mengurangkan tekanan yang sering dihadapi oleh
Langkah ketiga adalah untuk mengetahui perkara individu yang tidak pandai untuk mengurus masa
yang dapat mengganggu kosentrasi anda. Sebaiknya mereka dengan bijak.
anda membuat senarai perkara yang boleh
membuatkan anda hilang fokus. Dengan cara ini, anda Kesimpulannya, sebenarnya banyak cara yang boleh
boleh merancang cara - cara untuk mengatasi situasi ini. dilakukan untul meningkatkan disiplin diri. Kami
Ini akan membantu memastikan anda sentiasa fokus berharap artikel ini telah membantu anda dalam
semasa melakukan kerja. Sebagai contoh, jika anda meningkatkan pengetahuan anda mengenai topik ini!
mempunyai rakan serumah yang sentiasa berada di
rumah pada siang hari dan anda tahu anda sering
terganggu dengan perbualan anda dengannya, maka
elakkan melakukan kerja pada masa itu. Sebagai
alternatif, anda juga boleh melakukan kerja anda di
tempat lain seperti di kafe.

ILMU TAMBAHAN 9 6 WADAH BAHASA

ILMU TAMBAHAN WADAH BAHASA

Analisis Penulis:
Syarikat
Samsung Han Jian Ting (0351019)
Koh Zi Ang (0340687)

Samsung ialah sebuah syarikat Korea yang
bermula sebagai kedai runcit pada Mac 1938
oleh Lee Byung-Chull. Pada tahun 1969,
syarikat itu membuat penerokaan pertamanya
di dalam industri elektronik dengan perekaan
televisyen jenis hitam dan putih. Tidak lama
selepas itu, syarikat itu mula mengeksport
produknya dan menubuhkan dirinya sebagai
pengeluar elektrik utama di negara asalnya.
Pada tahun 1970, syarikat itu membeli 50
peratus saham dalam Korea Semiconductor.

Faktor-Faktor Persekitaran Mikro



Samsung mempunyai jumlah jualan yang tinggi
kerana mereka mempunyai pangkalan pelanggan
sendiri yang sentiasa membeli produk mereka. Faktor

lain ialah Samsung ialah syarikat IDM, yang
menggabungkan reka bentuk litar bersepadu,
pembuatan, ujian dan pembungkusan serta jualan
dalam barisan pemasangan syarikat. Hal ini justeru,
membantu Samsung untuk memudahkan dan
memurahkan kos pembuatan produknya. Ini dapat
dilihat dengan kos pengeluaran telefon pintar
Samsung yang lebih murah berbanding dengan
jenama yang lain. Oleh kerana prestasi yang baik
dalam pelbagai industri, Samsung mampu menjadi
97 salah satu jenama terkenal di dunia.

ILMU TAMBAHAN WADAH BAHASA

Faktor-faktor persekitaran makro

Antara kelebihan persekitaran makro yang diperolehi oleh
Syarikat samsung adalah risiko rendah yang Samsung
miliki disebabkan ini. Sebagai contoh, ia tidak terjejas oleh
bekalan litar bersepadu yang semakin berkurangan di
pasaran pada masa kini. Satu lagi kelebihan untuk
Samsung ialah Revolusi Industri 4.0. Teknologi AI dan
automasi mesin yang dijangka untuk membawa pelbagai
manfaat kepada produk keluaran mereka. Selain itu,
dengan peningkatan dalam permintaan untuk telefon
pintar, Samsung dijangka berkembang lebih jauh kerana
ini.

Kesimpulan



Samsung telah mencipta preposisi nilai mereka
sendiri sejak sekian lama. Oleh itu, orang ramai

sering cenderung untuk membeli produk
buatan Samsung. Faktor persekitaran mikro
juga telah menjelaskan dengan terang cara

bagaimana Samsung dapat mempunyai
kekuatan dan kelemahan semasanya.



98

PENULIS:
CHOK YEE SIN 0348308
NG ZI QIN 0348796

Cara menangani tekanan semasa
pembelajaran dalam talian




Disebabkan pandemik Covid-19 yang telah Salah satu cara yang anda boleh lakukan

melanda seluruh dunia, menghadiri kelas adalah menguruskan masa dengan bijak.

dalam talian telah menjadi suatu norma Elakkan penangguhan kerja dan pastikan

baharu. Namun, ramai beranggapan bahawa tugas yang perlu dilakukan secepat mungkin

kelas dalam talian melemahkan semangat dijadikan keutamaan anda. Sebagai contoh,

pelajar untuk fokus ketika belajar kerana jika anda mempunyai pilihan, sama ada untuk

mereka sentiasa berasa terganggu. Pelajar keluar bersama rakan anda atau

yang baru sahaja memasuki universiti pula menyelesaikan tugasan yang perlu dihantar

tentu akan berasa sukar untuk membiasakan pada minggu hadapan, maka anda harus

diri mereka dengan kehidupan sebagai memperuntukkan masa anda dengan bijak

seorang pelajar universiti kerana lebih sukar untuk memastikan anda boleh melakukan

untuk menjalinkan talian persahabatan dalam kedua-duanya. Mungkin anda boleh membuat

talian. Oleh itu, pelajar cenderung tugasan anda pada hari Isnin hingga Jumaat

mengalami tekanan yang tinggi. Justeru, dan keluar dengan rakan anda pada hujung

adalah penting bagi semua orang untuk minggu. Dengan ini, anda mempunyai masa

mencari cara bagaimana mereka boleh yang mencukupi untuk melakukan kedua-dua

mengatasi tekanan tersebut. aktiviti ini.

ILMU TAMBAHAN 99 WADAH BAHASA


Click to View FlipBook Version