The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Impak Terhadap Sosioekonomi KomunitiTempatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-03-18 11:33:26

Pasar Awam Jerteh Souq, Jerteh Terengganu

Impak Terhadap Sosioekonomi KomunitiTempatan

Keywords: Geografi Manusia,Pengurusan Persekitaran

Pasar Awam Jerteh Souq,
Jerteh Terengganu

Impak Terhadap Sosioekonomi
KomunitiTempatan

ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
SITI SYAHIDA RAZALI



IMPAK PENEMPATAN SEMULA PASAR AWAM
KE ATAS SOSIOEKONOMI PENIAGA DI
JERTEH SOUQ, BESUT TERENGGANU

ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
SITI SYAHIDA BINTI RAZALI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2020

ii

ABSTRAK

Aktiviti pembangunan yang semakin berkembang dari hari ke hari boleh membawa
perubahan ke atas landskap persekitaran sesebuah kawasan. Salah satu aktiviti yang
boleh menyebabkan berlakunya perubahan landskap adalah pembangunan bandar.
Pembangunan semula Bandar Jerteh telah membawa perubahan ke atas kawasan
perniagaan untuk peniaga kecil dan penjaja di sekitar bandar tersebut. Hal ini
demikian kerana, peniaga kecil dan penjaja di Pasar Lama Jerteh telah ditempatkan
semula di Bangunan Jerteh Souq pada Mei 2013. Sehubungan dengan itu, kajian ini
adalah bertujuan menilai impak penempatan semula ke atas sosioekonomi peniaga.
Kajian ini menilai enam indikator utama iaitu lokasi, ruang kedai, pendapatan,
kemudahan, kesihatan dan keselamatan serta persekitaran. Selain itu, kajian ini juga
mengenalpasti ciri-ciri perniagaan di Jerteh Souq serta persepsi peniaga ke atas
penempatan semula. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian tinjauan yang
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Sebanyak 49 orang
peniaga dipilih secara persampelan bertujuan. Hasil kajian yang dijalankan mendapati
bahawa peniaga di Jerteh Souq menerima impak negatif yang ketara ke atas
pendapatan dan lokasi. Lebih daripada separuh responden iaitu 61.2 peratus sangat
bersetuju bahawa pendapatan perniagaan semakin merosot. Keadaan ini berlaku
adalah disebabkan kunjungan pelanggan berkurang. Menurut responden, mereka
sangat bersetuju bahawa kawasan penempatan semula ini adalah tidak strategik (53.1
peratus). Namun begitu, impak postif daripada penempatan semula dapat dirasai
peniaga-peniaga terutamanya dari aspek kesihatan dan keselamatan, persekitaran yang
tenteram, bebas daripada kesesakan trafik, keluasan kedai yang selesa serta
kemudahan seperti parkir kenderaan, surau, air, elektrik dan lain-lain. Oleh hal
demikian, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan penting bagi
memastikan keberlangsungan aktiviti jual beli di Jerteh Souq. Cadangan
penambahbaikan seperti mewujudkan sebuah kawasan sahaja untuk peniaga pasar
awam serta mengubahsuai reka bentuk bangunan bagi memudahkan pengunjung dan
peniaga perlu diambil perhatian oleh PBT.

iii

IMPACT OF PUBLIC MARKET RESETTLEMENT ON SOCIOECONOMIC
AMONG TRADERS IN JERTEH SOUQ, BESUT TERENGGANU

ABSTRACT

The development activity that is increasingly developed from day to day can make a
change to the landscape of an area. One of activities which may cause changes of the
landscape is urban development. The urban redevelopment in Jerteh has took changes
to the business area for small traders and hawkers around the town. This is because,
the small traders and hawkers in Pasar Lama Jerteh have been relocated in Jerteh Souq
on May 2013. This study was designed to assess the impact of resettlement on the
socioeconomic in traders. In this study, six major indicator was evaluated namely
location, the store space, income, facilities, safety and health and the environments. In
addition, the study also identified the characteristics of business in Jerteh Souq and the
perception of traders on resettlement. This research is a survey research using
questionnaires as the main instrument. The total of sampling size is 49 traders selected
by purposive sampling. The result from survey conducted found that the traders in
Jerteh Souq suffer significant negative impact on income and location. More than half
of the respondents, 61.2 percent are very agreed that the business income is declining.
This is happen because of decrease customer visit. According to the respondents, they
are very agreed that the resettlement area is not strategic (53.1 percent). However, the
positive impact of the relocation of traders may be felt especially in the aspects of
safety and health, peaceful environment, free from traffic congestion, comfortable
shop area and facilities such as parking, surau, water supply, electricity and others.
Therefore, the local authority should play important roles to ensure the continuity of
the business activities in Jerteh Souq. The proposed improvements such as
establishing an area only for traders in public market and modifying the design of the
building to facilitate visitors and traders should be considered by local authorities.

KANDUNGAN iv

PENGAKUAN Halaman
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vi
SENARAI ILUSTRASI ix
SENARAI SIMBOL x
SENARAI SINGKATAN xii

BAB I PENDAHULUAN xiii
1.1 Pengenalan
1.2 Permasalahan Kajian 1
1.3 Persoalan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Kerangka Konseptual 7
1.8 Organisasi Penyelidikan 7
1.9 Kesimpulan 10
11
BAB II ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 12
2.2 Pengenalan 12
13
2.3 Definisi Konsep 15
2.4 17
2.2.1 Penempatan semula 18
2.2.2 Pasar 18
2.2.3 Sosioekonomi 20
2.2.4 Peniaga 20
2.2.5 Jenis milikan perniagaan 24
Kajian Lepas

2.3.1 Impak penempatan semula
Kesimpulan

v

BAB III KAWASAN DAN METOD KAJIAN 25
3.1
3.2 Pengenalan 25

3.3 Kawasan Kajian 26
3.4 30
3.2.1 Latar belakang Negeri Terengganu 32
3.5 3.2.2 Latar belakang Daerah Besut 35
3.6 3.2.3 Latar belakang Jerteh Souq
Reka Bentuk Kajian 36
3.7
Kaedah Pengumpulan Data 36
37
3.4.1 Data primer 37
3.4.2 Data sekunder
3.4.3 Temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak 38

turut serta 39
Instrumen Kajian 41

3.5.1 Kaedah pemilihan sampel 41
Kaedah Analisis Data 42
43
3.6.1 Analisis deskriptif
3.6.2 Analisis ujian Mann-Whitney U
Kesimpulan

BAB IV PERSEPSI DAN IMPAK PENEMPATAN SEMULA JERTEH
4.1
4.2 SOUQ

4.3 Pengenalan 44
4.4
Latar Belakang Responden 44
4.5
4.2.1 Jantina dan bangsa 45
4.2.2 Umur 46
4.2.3 Taraf perkahwinan 46
4.2.4 Tahap pendidikan 46
4.2.5 Pendapatan bulanan 47
4.2.6 Jarak ke Jerteh Souq 47
Latar Belakang Perniagaan di Jerteh Souq 48

Persepsi Peniaga Ke Atas Penempatan Semula Peniaga Ke 54
54
Jerteh Souq 56
4.4.1 Hubungan tarikan pengunjung ke Jerteh Souq
4.4.2 Tahap kepuasan responden dengan Penempatan 64

Semula
Impak Penempatan Semula Peniaga Ke Jerteh Souq

4.5.1 Lokasi 65
4.5.2 Ruang kedai 68
4.5.3 Pendapatan 72
4.5.4 Kemudahan 75
4.5.5 Kesihatan dan keselamatan 78

vi

4.5.6 Persekitaran 81
86
4.6 Faedah-Faedah Penempatan Semula Peniaga Ke Bangunan 89
91
Jerteh Souq 91
4.7 Penilaian Penempatan Semula Peniaga Ke Bangunan 92
92
Jerteh Souq 92
4.8 Cadangan Penambahbaikan Pasar Awam, Jerteh Souq 93
93
4.8.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan 94
4.8.2 Memastikan kualiti barangan yang terbaik
4.8.3 Meningkatkan tahap penjagaan kebersihan 97
4.8.4 Mewujudkan satu lokasi sahaja bagi tapak pasar 97
100
awam 101
4.8.5 Meningkatkan pemantauan di Jerteh Souq 102
4.8.6 Reka bentuk bangunan yang lebih mesra
103
pelanggan dan peniaga
4.9 Kesimpulan 107
108
BAB V RUMUSAN DAN PENUTUP 112
5.1 Pengenalan 121
5.2 Ringkasan Penemuan 122
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A Garis panduan/piawaian perancangan kawasan
Lampiran B
Lampiran C perdagangan: pasar borong, pasar basah dan kering
Senarai peniaga yang menyewa di Jerteh Souq sehingga

Februari 2016
Borang soal selidik

Lampiran D Ujian taburan normal ke atas faedah dan impak
Lampiran E penempatan semula ke atas persekitaran
Gambar semasa kajian lapangan di Jerteh Souq

ix

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 2.1 Perbezaan ciri-ciri setiap jenis milikan perniagaan 19
Jadual 3.1 31
Jadual 3.2 Ringkasan maklumat Bangunan Jerteh Souq 38
Jadual 3.3 41
Jadual 4.1 Format bahagian soal selidik 45
Jadual 4.2 51
Jadual 4.3 Jadual penetuan saiz sampel (Cohen 1969) 61
Jadual 4.4 73
Jadual 4.5 Ciri-ciri demografi peniaga 74
Jadual 4.6 77
Ciri-ciri perniagaan di Jerteh Souq
Jadual 4.7 80
Pandangan responden ke atas kadar sewa kedai yang 84
Jadual 4.8 dikenakan oleh pihak MDB 84
Jadual 4.9 Peratusan antara jenis perniagaan dengan hasil jualan 86
Jadual 4.10 bulanan 88
Jadual 4.11 Impak penempatan semula ke atas pendapatan dan kos
barangan mentah
Hubungan antara aras kedai dengan tahap kepuasan
kemudahan yang disediakan
Impak penempatan semula ke atas masalah kecurian
pecah masuk kedai dan kawalan keselamatan di Jerteh

Souq
Hubungan antara Tingkat kedai dengan persekitaran di
Bangunan Jerteh Souq
Tahap persetujuan impak penempatan semula ke atas
persekitaran berdasarkan pengalaman berniaga
Faedah penempatan semula peniaga di Bangunan Jerteh
Souq
Tahap persetujuan ke atas faedah penempatan semula
berdasarkan jantina

x

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Skop kajian 6
Rajah 1.2 9
Rajah 2.1 Kerangka Konseptual 14
Rajah 3.1 28
Rajah 3.2 Kategori penempatan semula
29
Rajah 3.3 Peta umum Negeri Terengganu 31
Rajah 3.4 34
Rajah 3.5 Peta pembahagian sempadan daerah-daerah di Negeri 35
Rajah 3.6 Terengganu 36
Rajah 3.7 Peta guna tanah semasa Daerah Besut 40
Rajah 4.1 52
Rajah 4.2 Pelan tapak Jerteh Souq 53
Rajah 4.3 54
Rajah 4.4 Tapak Bangunan Jerteh Souq dan tapak pasar lama
56
Rajah 4.5 Reka bentuk kajian penyelidikan 57
Rajah 4.6 58
Rajah 4.7 Pengiraan sampel saiz Krejcie dan Morgan (1970) 59
Rajah 4.8 60
Faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga
Rajah 4.9 65
Rajah 4.10 Sumber modal perniagaan
66
Rajah 4.11 Tarikan utama ke Jerteh Souq
67
Rajah 4.12 Tahap kepuasan responden ke atas penempatan semula di 68
Rajah 4.13 Jerteh Souq
Pandangan responden ke atas lokasi penempatan semula 69
Rajah 4.14
Pandangan peniaga ke atas saiz/keluasan ruang berniaga 70
Rajah 4.15
Pandangan peniaga ke atas tahap kebersihan Jerteh Souq 72
Rajah 4.16 78
Persetujuan responden ke atas tahap ketersampaian ke
Jerteh Souq
Impak penempatan semula ke atas kadar sewaan kedai
yang tinggi
Impak penempatan semula ke atas lokasi yang tidak
strategik
Impak penempatan semula ke atas kunjungan pelanggan
yang berkurang
Impak penempatan semula ke atas kemudahan infrastruktur
Impak penempatan semula ke atas keluasan kedai yang
selesa
Impak penempatan semula ke atas keterdedahan
hujan/panas
Impak penempatan semula ke atas prestasi perniagaan yang
semakin baik
Impak penempatan semula ke atas tahap kebersihan ruang

Rajah 4.17 berniaga xi
Rajah 4.18 Impak penempatan semula ke atas gangguan makhluk
79
Rajah 4.19 perosak/tikus 85
Rajah 4.20 Garisan nilai median antara kumpulan pengalaman peniaga 89
Rajah 4.21 berniaga 90
Rajah 4.22 Garisan nilai median antara kumpulan jantina 91
Rajah 4.23 94
Peratusan persetujuan responden ke atas penempatan

semula

Peratusan penilaian keseluruhan ke atas penempatan

semula

Lakaran cadangan reka bentuk bangunan

Ringkasan impak penempatan semula ke atas
96
sosioekonomi peniaga di Jerteh Souq

No. Gambar

Gambar 4.1 Bangku barangan basah, kering dan sayur-sayuran 63
Gambar 4.2 63
Gambar 4.3 Bangku buah-buahan 63
Gambar 4.4 64
Gambar 4.5 Kiosk 64

Gambar 4.6 Kedai makan 71
Kedai pakaian dan tekstil 79
Gambar 4.7 81
Gambar 4.8 Keterdedahan kedai di tingkat satu pada tempais dan
panas
Parkir kenderaan yang tidak berturap

Saliran longkang di tingkat satu

xii

SENARAI SIMBOL

s Saiz sampel
N Saiz populasi
P Perkadaran populasi diandaikan 0.05
d Darjah ketepatan yang maksimum
x2 Nilai khi kuasa
% Peratus
< Kurang daripada
> Lebih besar daripada
& Dan

AJK xiii
Anon
Bhd. SENARAI SINGKATAN
Bil.
BSN Ahli Jawatankuasa
DBKL Tidak dikenali atau tanpa nama
et al. Berhad
hlm Bilangan
IKS Bank Simpanan Nasional
JKT Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
JPBD dan pengarang-pengarang lain
KDNK halaman
KPDNKK Industri Kecil dan Sederhana
Jabatan Kerajaan Tempatan
MARA Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
MDB Keluaran dalam Negara Kasar
No. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
org. Kepenggunaan
PBT Majlis Amanah Rakyat
PMR Majlis Daerah Besut
PP1M Nombor
PPK Orang
RM Pihak Berkuasa Tempatan
RPS Penilaian Menengah Rendah
Sdn. Bhd. Program Penjaja 1 Malaysia
SPM Program Penyusunan Semula Kampung
SPSS Ringgit Malaysia
SRP Rancangan Penempatan Semula
SSM Sendirian Berhad
STPM Sijil Pelajaran Malaysia
TEKUN Statistical Package For The Social Science
Sijil Rendah Pelajaran
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan dijangkakan
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Pembangunan dari segi ekonomi dan
sosial di Malaysia semakin rancak dari hari ke hari. Pembangunan yang dilaksanakan
adalah bagi mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang
kini berbaki empat tahun sahaja lagi. Selain pembangunan kawasan perumahan dan
lebuh raya, pembangunan premis-premis perniagaan juga tidak diketepikan oleh pihak
kerajaan. Hal ini adalah untuk memberi keselesaan terutamanya kepada peniaga serta
menarik minat pengunjung tempatan dan luar. Secara umumnya aktiviti perniagaan
mampu mengalami kerancakan apabila kedudukan premis berada pada lokasi yang
strategik. Di Malaysia, perletakan zon perniagaan biasanya berada di kawasan pusat
bandar. Namun begitu, aktiviti perniagaan yang dijalankan di pasar-pasar awam
biasanya merupakan suatu perniagaan kecil. Perniagaan ini juga diusahakan secara
perseorangan dan mendapatkan modal permulaan daripada simpanan atau pinjaman
peribadi.

Perniagaan kecil dan penjajaan merupakan suatu perniagaan yang mudah
untuk diceburi serta menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi. Selain itu,
bidang perniagaan juga boleh menjamin peniaga untuk mendapat pulangan yang
lumayan daripada hasil jualan. Namun begitu, faktor peletakan sesebuah tapak
perniagaan sama ada perniagaan berskala kecil ataupun berskala besar merupakan

2

suatu faktor penting dalam meningkatkan pendapatan setiap peniaga. Oleh hal
demikian, setiap peniaga akan mencari lokasi yang difikirkan dapat mendatangkan
keuntungan yang besar dalam perniagaan mereka. Faktor utama yang menjadi pilihan
para peniaga adalah lokasi. Lokasi tersebut mestilah mempunyai tahap ketersampaian
yang tinggi iaitu kawasan yang mudah dikunjungi dan menjadi tumpuan ramai serta
kemudahan jaringan pengangkutan. Faktor-faktor ini boleh diperoleh di sekitar pusat
bandar mahupun pekan. Oleh itu, para peniaga akan memperoleh hasil jualan yang
tinggi sekiranya kawasan perniagaan mereka menjadi tumpuan umum.

Merujuk statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jumlah
penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di Malaysia adalah satu juta lebih (Sheila
Rani Chandrasekaran & Siti Norhawa Mohd Ali 2014). Oleh itu, sudah pasti isu
berkaitan tapak perniagaan menjadi suatu yang penting dalam kalangan penjaja dan
peniaga kecil. Pada kebiasaannya, tapak perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil
adalah terletak di kawasan yang sudah disediakan oleh PBT seperti di pasar besar,
pasar borong, pasar lambak, pasar malam dan pasar tani. Pada masa lalu, aktiviti jual
beli di pasar terletak di kawasan yang terbuka dan terdedah kepada panas dan hujan.
Kini, reka bentuk pasar telah berubah dengan wujudnya bangunannya yang tersendiri
kesan daripada perkembangan dalam aktiviti perniagaan di pasar-pasar. Pasar juga
merupakan satu kemudahan sosial bagi masyarakat tempatan kerana terdapat
kepelbagaian barangan jualan seperti barang kering dan basah, pakaian, kedai
makanan dan sebagainya. Menurut Abdul Razak (1996), perletakan kawasan pasar
dipilih oleh PBT dan memenuhi kehendak masyarakat di kawasan tersebut.

Kejayaan sesebuah perniagaan juga bergantung kepada sokongan dan polisi
daripada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak kerajaan dan PBT bagi membantu peniaga kecil dan penjaja kerana sektor
ini merupakan salah satu kegiatan ekonomi utama bagi penduduk di Malaysia. Antara
inisiatif yang telah dilaksanakan adalah dengan menubuhkan Majlis Perunding Penjaja
dan Peniaga Kecil sama ada di peringkat kebangsaan dan negeri (M3PK & M3PN).
Tujuan penubuhannya adalah bagi mewujudkan golongan penjaja dan peniaga kecil
yang mantap dari segi ekonomi dan sosial (Garis Panduan Penubuhan Majlis
Perunding 2014). Selain itu, penjaja dan peniaga kecil juga mendapat sokongan

3

daripada pihak kerajaan dengan meningkatkan kemudahan tempat niaga yang sedia
ada. Selain daripada lokasi strategik, sesebuah pasar juga akan menjadi tarikan
pengunjung dengan adanya kepelbagaian barangan serta harga yang berpatutan di
samping tahap ketersampaian yang tinggi.

Sesebuah pasar yang gagal berfungsi untuk menarik pengunjung akan
membawa kepada impak yang besar kepada para peniaga. Kunjungan orang ramai
adalah penting bagi menghidupkan suasana sesebuah pasar. Secara amnya, semakin
ramai kunjungan pengunjung, semakin tinggi pendapatan yang diperoleh seseorang
peniaga. Oleh itu, usaha serta program yang boleh membawa kebaikan dan manfaat
kepada peniaga kecil perlu ditingkatkan agar peniaga kecil mampu meningkatkan
hasil jualan mereka dari hari ke hari. Selain itu juga aksesibiliti yang baik boleh
menjadi daya tarikan pengunjung luar untuk berkunjung ke kawasan perniagaan
sedemikian.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Jerteh Souq merupakan sebuah pasar awam yang memainkan peranan penting kepada
penduduk di Daerah Besut dalam membekalkan barangan keperluan seperti ikan,
ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya. Selain itu, Jerteh Souq
juga berperanan dalam merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan tidak formal dalam
kalangan penjaja dan peniaga kecil. Pembangunan Jerteh Souq juga boleh membantu
peniaga-peniaga kecil dan penjaja dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan
mereka. Pembangunan semula Jerteh Souq adalah satu usaha oleh pihak Majlis
Daerah Besut (MDB) dalam meningkatkan taraf pasar dan memperindahkan Bandar
Jerteh. Oleh itu, pembangunan Jerteh Souq telah menyebabkan peniaga-peniaga di
Pasar Jerteh Lama berpindah ke Jerteh Souq. Pada peringkat awal iaitu sekitar bulan
Mei 2013, sebanyak 81 orang peniaga barangan basah dan kering telah berpindah ke
Jerteh Souq (http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php). Para peniaga ini dipindahkan
ke Jerteh Souq adalah disebabkan keadaan struktur bangunan di Pasar Jerteh Lama
yang usang dan tidak selamat digunakan.

4

Perpindahan peniaga dari Pasar Jerteh Lama ke Jerteh Souq telah membawa
satu isu yang cukup besar dan membimbangkan para peniaga. Berdasarkan laporan
akhbar Harian Metro, Februari 2016 menyatakan bahawa jualan para peniaga di
Bangunan Jerteh Souq terjejas teruk. Hal ini disebabkan oleh kedudukan pasar yang
tidak strategik serta jauh daripada laluan orang ramai. Kunjungan pengunjung
berkurang ini amat dirasai oleh peniaga-peniaga yang berniaga di bahagian barangan
kering dan basah kerana bahagian ini terletak di bahagian belakang Bangunan Jerteh
Souq. Penempatan semula para peniaga seharusnya dirancang dengan teliti supaya
masalah yang timbul tidak menjejaskan pendapatan dan taraf hidup para peniaga yang
terlibat.

Usaha untuk menjadikan Bandar Jerteh sebagai sebuah bandar pelancongan
dan pusat pertumbuhan separa wilayah pada 2020, bangunan Jerteh Souq dibina bagi
menempatkan peniaga-peniaga. Pembangunan Jerteh Souq juga adalah sebagai imej
baru kepada pusat perdagangan dan kewangan daerah Besut, Terengganu (Harian
Metro 2008). Namun begitu, kerancakan aktiviti perniagaan di Jerteh Souq masih
tidak memuaskan. Umum mengetahui bahawa Jerteh Souq menyediakan pelbagai
jenis barangan, tetapi kunjungan pengunjung masih belum memberangsangkan.
Kebanyakan kedai yang terdapat di bangunan ini, tidak dibuka oleh pemilik. Keadaan
ini terus memberi impak kepada peniaga lain kerana kurang persaingan dan aktiviti
jual beli di Jerteh Souq juga tidak rancak.

Berdasarkan Teras Pertama dan Kedua dalam Dasar Perbandaran Negara iaitu
pembangunan bandar yang mampan serta ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan
berdaya saing. Oleh itu, dalam meningkatkan tahap ‘efficiency’ di kawasan
perbandaran, usaha membangunkan semula kawasan-kawasan yang strategik
merupakan suatu cara yang baik. Pembangunan semula kawasan yang berupaya untuk
memenuhi keperluan masyarakat setempat serta mampu menjanakan aktiviti ekonomi
dan peluang pekerjaan. Selain itu, pembangunan semula juga dapat membantu
masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Namun, keadaan
yang berlaku pada fasa pertama Jerteh Souq yang telah beroperasi hampir tiga tahun
masih belum dapat menarik kunjungan pengunjung. Keadaan ini boleh menyebabkan
peniaga gulung tikar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menilai impak penempatan

5

semula peniaga di Jerteh Souq, Besut Terengganu ke atas sosioekonomi peniaga.
Terdapat enam implikasi yang akan dinilai daripada petempatan semula ini antaranya
ialah lokasi, ruang kedai, pendapatan, kemudahan awam, kesihatan dan keselamatan
serta kualiti persekitaran.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian merupakan ramalan secara formal yang mungkin dicapai dalam
kajian yang dijalankan. Persoalan yang ditimbulkan adalah selaras dengan objektif
kajian. Menurut Chua (2011), persoalan kajian tidak boleh berdiri sendiri tanpa
merujuk objektif kajian yang akan dijalankan. Pada akhirnya, persoalan kajian
digunakan bagi menilai pencapaian matlamat penyelidikan yang dijalankan.

i. Apakah ciri-ciri perniagaan yang terdapat di Jerteh Souq?
ii. Apakah persepsi peniaga ke atas penempatan semula Jerteh Souq?
iii. Apakah penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq memberi impak ke atas

sosioekonomi peniaga?
iv. Bagaimanakah langkah-langkah penambahbaikan dan peningkatan kualiti ke

atas Jerteh Souq sekiranya terdapat kekurangan?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai impak
penempatan semula peniaga di Jerteh Souq, Besut Terengganu. Oleh itu, beberapa
objektif telah dikenal pasti bagi melengkapkan kajian tersebut.

i. Mengenalpasti ciri-ciri perniagaan yang terdapat di Jerteh Souq.
ii. Mengkaji persepsi peniaga ke atas penempatan semula Jerteh Souq.
iii. Menilai impak penempatan semula Jerteh Souq ke atas sosioekonomi peniaga.
iv. Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dan peningkatan kualiti ke

atas Jerteh Souq.

6

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kawasan adalah difokuskan di Pasar Jerteh atau lebih dikenali sebagai Jerteh
Souq. Jerteh Souq terletak di sekitar kawasan tumpuan umum dan sebahagian
daripada kawasan Pusat Bandar Jerteh. Pembangunan Jerteh Souq terbahagi kepada
dua fasa iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Namun begitu, kajian ini difokuskan
kepada impak pembanguna fasa pertama sahaja kerana fasa kedua masih belum
dibangunkan. Rajah 1.1 menunjukkan ringkasan daripada skop kajian yang dijalankan
oleh pengkaji.

Impak Penempatan Semula Ke Atas Sosioekonomi Peniaga
di Jerteh Souq, Besut Terengganu

Sampel Kajian
i. Peniaga yang berniaga di Jerteh Souq.
ii. Peniaga juga berdaftar dengan pihak Majlis Daerah Besut (MDB).
iii. Sampel kajian juga dipilih daripada pelbagai jenis ruang niaga sama ada kiosk, bangku

barangan dan kedai.
iv. Keutamaan diberikan kepada pemilik perniagaan.
v. Jumlah responden yang dipilih berdasarkan jumlah peniaga terkini iaitu sehingga Februari

2016.
vi. Responden yang dipilih ialah dalam lingkungan umur 20 tahun dan ke atas.

Kawasan Kajian
i. Kajian dijalankan di Bangunan Jerteh Souq.
ii. Bangunan Jerteh Souq terdiri daripada tiga aras iaitu;

• Aras satu (gerai buah dan kuih muih, barangan basah dan kering, sayur-sayuran)
• Aras dua (kedai pakaian, kiosk minuman dan aksesori, perkhidmatan pos Gdex, kedai makan)
• Aras tiga (kedai jahit, kedai telefon, Mr. DIY)
iii. Kawasan kajian ini terletak di sebahagian Pusat bandar Jerteh.

Rajah 1.1 Skop Kajian

7

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Isu penempatan semula merupakan suatu isu yang amat besar bagi sesetengah mereka
yang terpaksa melaluinya tanpa kehendak dan keinginannya. Isu perpindahan tanpa
rela ini biasanya adalah disebabkan oleh arahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) atau pihak kerajaan atas sebab dan alasan tertentu sebagai contoh pembangunan
kawasan bagi menjalankan aktiviti pembinaan empangan, pembangunan bandar dan
lain-lain. Oleh itu, isu penempatan semula ini sudah pasti akan menimbulkan rasa
risau dalam kalangan mereka yang terlibat. Hal ini disebabkan mereka yang terlibat
tidak yakin untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku di tempat baharu.
Mereka seolah-olah sudah cukup selesa dengan kawasan lama, walaupun kawasan
yang baharu lebih memberi keselesaan.

Hasil kajian ini adalah sangat penting terutamanya kepada PBT, peniaga dan
agensi lain yang mungkin akan terlibat secara langsung dalam meningkatkan aktiviti
pasar di Jerteh Souq. Secara umumnya, kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan
kepada PBT terutamanya pihak Majlis Daerah Besut (MDB) dalam merangka dan
merancang strategi pembangunan di Bandar Jerteh. Hal ini adalah penting bagi
memastikan setiap inci pembangunan boleh membawa kebaikan serta faedah kepada
masyarakat.

Pembangunan yang dijalankan di Bandar Jerteh seharusnya dapat
merancakkan lagi sektor perniagaan dan tidak mendatangkan impak negatif kepada
peniaga-peniaga kecil. Kajian ini juga dapat membantu agensi lain seperti Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti pembangunan
kepada para peniaga seperti kursus latihan keusahawanan agar aktiviti pasar di Daerah
Besut terus rancak dari hari ke hari.

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1.2 menunjukkan kerangka konseptual yang dibina berdasarkan objektif kajian.
Kerangka ini dihasilkan bagi memastikan kajian yang dijalankan mencapai matlamat
dan objektif dalam penyelidikan. Kerangka konseptual ini akan menghubungkan

8

semua idea utama yang terlibat dala kajian. Hal ini adalah untuk memudahkan
pengkaji menentukan pembolehubah dan idea tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji
melihat ciri-ciri perniagaan yang terdapat di Jerteh souq serta mendapatkan persepsi
peniaga ke atas penempatan semula dan impak yang diterima oleh para peniaga yang
berniaga di Bangunan Jerteh Souq, fasa pertama. Penilaian persepsi dan impak dilihat
berdasarkan tahap kepuasan para peniaga. Majlis Daerah Besut (MDB) merupakan
pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal yang berkaitan Jerteh Souq
kerana MDB adalah pemilik tanah.

INPUT OUT

Kunjungan
pengunjung/pelanggan

Perletakan kawasan

perniagaan I

M

Impak Penempatan Semula Pendapatan peniaga kecil dan P
Pasar Awam Ke Atas
I penjaja L
Sosioekonomi Peniaga Di
Jerteh Souq, Besut Terengganu SI

UK

Imej baru kepada pusat A
perdagangan dan kewangan S

daerah I

Keselarian teras pertama dan
kedua dalam Dasar
Perbandaran Negara

Aktiviti pasar yang mesra pelanggan ser

Rajah 1.2 Kerang

9

TPUT HASIL
Impak terhadap sosioekonomi peniaga

1. Lokasi Penilaian dan
2. Ruang Kedai C cadangan
3. Pendapatan A penambahbaikan
4. Kemudahan D Jerteh Souq bagi
5. Kesihatan dan Keselamatan A mengatasi segala isu
6. Persekitaran N dan masalah yang
G timbul.
A
N

rta merancakkan aktiviti ekonomi di Daerah Besut
gka Konseptual Kajian

10

1.8 ORGANISASI PENYELIDIKAN

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, pengkaji membahagikan penulisan
penyelidikan kepada lima bab. Bab pertama dan kedua merupakan bahagian
pendahuluan serta sorotan. Pada bab ketiga dan empat pula, pengkaji menerangkan
berkaitan kawasan, metod kajian serta analisis dan hasil kajian. Bahagian terakhir
penulisan iaiu bab lima menerangkan berkaitan cadangan dan kesimpulan bagi
keseluruhan penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji.

Pada bahagian pendahuluan, pengkaji menceritakan secara umum berkaitan
latar belakang kajian. Selain itu, bahagian ini juga memberi fokus kepada aspek
permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan
kajian yang dijalankan. Bahagian kedua penulisan ini pula memberi penekanan
kepada sorotan kajian lepas. Penerangan berkaitan definisi konsep kajian turut
dijelaskan pada bahagian ini bagi menjelaskan secara umum kajian yang akan
dijalankan. Fokus terakhir pada bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan
kepentingan pasar dan ulasan kajian lepas berkaitan dengan impak penempatan
semula.

Kawasan kajian, reka bentuk, pengumpulan data primer dan data sekunder
serta kaedah pemilihan sampel pula diterangkan pada bab ketiga. Bahagian kawasan
kajian menerangkan berkaitan lokasi dan geografi Jerteh Souq serta peranannya di
Daerah Besut. Bahagian metod kajian pula menerangkan perkara berkaitan
pengumpulan data primer dengan mengedarkan borang soal selidik. Pengumpulan
data sekunder diperoleh daripada bahan bacaan di internet, akhbar dan Rancangan
Tempatan Daerah Besut 2008 hingga 2020. Pendekatan kajian yang digunakan adalah
secara kuantitatif turut dijelaskan pada bab ini.

Bab keempat dalam penulisan kajian ini pula menjelaskan berkaitan analisis
dan hasil kajian berdasarkan kepada objektif kajian. Ciri-ciri perniagaan, persepsi
peniaga dan impak penempatan semula peniaga di Jerteh Souq diberi penekanan pada
bahagian bab ini. Impak yang dinilai dalam kajian ini adalah impak ke atas
sosioekonomi manakala indikator yang dinilai adalah dari segi lokasi, pendapatan,

11

persekitaran, keselamatan dan lain-lain. Selain itu, cadangan dan langkah-langkah
bagi mengatasi impak negatif yang wujud kesan daripada penempatan semula peniaga
di Jerteh Souq. Langkah-langkah yang dicadangkan adalah bagi menambahbaik Jerteh
Souq agar terus kehadapan seiring dengan kerancakan ekonomi tempatan. Bahagian
terakhir iaitu bab lima pula akan merumuskan dapatan kajian secara keseluruhan
daripada proses penyelidikan yang telah dijalankan. Implikasi kajian serta cadangan
kajian lanjutan turut diterangkan pada bab lima.

1.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab pertama ini membincangkan berkaitan isu, permasalahan
kajian serta latar belakang kajian yang dijalankan. Selain itu, persoalan kajian,
objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian serta organisasi penulisan turut
dijelaskan pada bab ini. Perbincangan latar belakang kajian dijelaskan bagi
memudahkan pembaca lain untuk memahami isu kajian dijalankan. Bab seterusnya
iaitu bab kedua pula akan membincangkan berkaitan definisi konsep dan ulasan kajian
lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik lain.

BAB II

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan satu bahagian yang mengupas berkaitan dengan kajian yang telah
dijalankan oleh para pengkaji pada sebelum ini. Kajian yang dijalankan ini adalah
untuk melihat pandangan peniaga yang berniaga di Jerteh Souq. Kajian ini juga adalah
memfokuskan kepada impak penempatan semula ke atas sosioekonomi peniaga di
Bangunan Jerteh Souq. Ulasan kajian lepas adalah penting kepada pegkaji baru untuk
mendapatkan pengetahuan dan latar belakang tajuk yang dikaji. Ulasan kajian lepas
yang diolah adalah berdasarkan kepada kajian yang berkait dengan tajuk kajian yang
dijalankan oleh pengkaji.

2.2 DEFINISI KONSEP

Definisi konsep merupakan suatu persoalan asas kepada tajuk kajian yang dijalankan
oleh pengkaji. Menurut Ahmad Shukri Mohd. Nain dan Rosman Md. Yusoff (2003)
definisi konsep adalah bukan sesuatu yang penting berbanding dengan isu yang dikaji.
Oleh itu, kajian ini membahagikan definisi konsep kajian kepada beberapa bahagian
iaitu penempatan semula, pasar, sosioekonomi, peniaga dan jenis perniagaan.

13

2.2.1 Penempatan Semula

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan adalah perihal menempati atau
menempatkan. Penempatan semula didefinisikan sebagai satu proses di mana
perumahan masyarakat, aset atau infrastruktur awam dibina semula di lokasi baharu.
Penempatan semula boleh berlaku disebabkan oleh bencana atau lokasi semasa tidak
boleh didiami. Oleh hal demikian, penempatan semula dianggap suatu langkah yang
baik bagi mengurangkan risiko pada masa akan datang (The World Bank 2010).
Penempatan semula juga adalah suatu pergerakan sama ada secara suka rela atau tidak
suka rela (Agba et al. 2010). Pergerakan ini boleh berlaku secara spontan atau
dirancang. Mereka ditempatkan ke suatu kawasan yang baharu dan memerlukan
penyesuaian diri dari aspek biofizikal dan sistem sosial di persekitaran yang baharu.

Berdasarkan buku yang ditulis pada tahun 2005 oleh Woube, penempatan
semula boleh dibahagikan kepada dua iaitu penempatan semula tidak dirancang dan
penempatan semula yang dirancang. Penempatan semula secara tidak dirancang
terdiri daripada penempatan semula secara spontan, kecemasan atau keadaan yang
memaksa berlakunya penempatan semula seperti gempa bumi, pertumbuhan populasi
yang tinggi di sesebuah kawasan yang kecil, peperangan dan lain-lain. Penempatan
semula secara sukarela dan tidak sukarela pula dikategorikan sebagai penempatan
semula yang telah dirancang. Secara ringkas, Rajah 2.1 menunjukkan kategori
penempatan semula.

14

KATEGORI Penempatan Semula Spontan
PENEMPATAN Tidak Dirancang
Kecemasan atau
SEMULA Penempatan Semula keadaan memaksa
Dirancang
Sukarela

Tidak sukarela

Rajah 2.1 Kategori penempatan semula

Sumber: Diubah suai daripada Woube (2005)

Selain itu, penempatan semula juga boleh disebabkan oleh pembangunan
semula ke atas sesebuah kawasan. Peniaga di Pasar Lama Jerteh dipindahkan ke
Bangunan Jerteh Souq adalah disebabkan pembangunan semula Pusat Bandar Jerteh
yang melibatkan juga tapak Pasar Lama Jerteh. Penempatan semula peniaga juga
disebabkan struktur bangunan Pasar Lama Jerteh yang sudah tidak selamat untuk
digunakan. Merujuk kajian yang telah dijalankan oleh Rosniza Aznie Che Rose et al.
(2015) dan Junaidi Awang Besar et al. (2014), pembangunan atau perkembangan
sesebuah kawasan sama ada bandar kecil mahupun bandar besar adalah disebabkan
pertumbahan sektor ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan
perkhidmatan. Pertumbuhan sektor perniagaan yang terus berkembang menyebabkan
berlakunya perubahan ke atas fizikal, struktur bandar dan cabaran kepada peniaga
kecil di tiga bandar kecil Daerah Besut, iaitu Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut
(Rosniza Aznie Che Rose et al. 2015). Hal ini dapat disimpulkan bahawa kepesatan
ekonomi telah membawa perubahan kepada landskap sesebuah kawasan.

15

2.2.2 Pasar

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pasar bermaksud tempat menjual barang
makanan keperluan sehari-hari yang terdiri daripada kelompok gerai atau bangunan
manakala pengertian pasar dari sudut ekonomi pula ialah terdapatnya permintaan dan
penawaran ke atas sesuatu barangan melalui interaksi antara pembeli dan penjual
sehingga akhirnya boleh menetapkan harga pada tahap keseimbangan pasaran. Selain
itu, pasar juga merupakan suatu kawasan yang menjadi tumpuan dan kunjungan orang
ramai bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian. Ia juga adalah salah satu
kemudahan awam yang amat diperlukan dalam sesebuah komuniti.

Istilah lain bagi pasar yang dinyatakan di dalam Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171) ialah sesuatu tempat awam yang biasanya digunakan untuk menjual
haiwan atau daging, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran atau barang makanan lain
(manusia) yang mudah musnah dan untuk menjual sebarang pakaian atau barang
dagangan lain dan termasuklah semua tanah dan premis yang digunakan dengan apa-
apa cara bersama-sama, berkenaan atau bersangkutan dengannya. Menurut Foo et al.
(2014) perkataan lain bagi pasar adalah tamu. Perkataan tersebut lebih dikenali di
sebelah Pantai Barat, Sabah. Pasar pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu
pasar awam dan pasar persendirian.

Menurut Widodo, T. (2013) pula, pasar boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis iaitu pasar moden, pasar tradisional, pasar borong, pasar runcit dan pasar
swalayan (supermarket). Di Malaysia pula kategori pasar dibahagikan kepada lima
iaitu pasar besar, pasar borong, pasar lambak, pasar malam dan pasar tani (Abdul
Razak Bin Salleh 1996). Berdasarkan portal Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT),
pengurusan ke atas pasar-pasar tersebut adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa
tempatan (PBT) di kawasan masing-masing seperti dewan bandaraya/majlis
bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah. Pasar yang dikendalikan oleh PBT
dikenali juga sebagai pasar awam. Oleh itu, Jerteh Souq merupakan sebuah pasar
awam yang diurus oleh MDB.

16

Istilah bagi pasar awam adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa dan
berbeza bagi setiap tempat. Pasar awam di Kuala Lumpur merangkumi pasar malam,
pasar berbangunan dan pasar terbuka. Penyediaan pasar awam di Kuala Lumpur
adalah sebagai satu kemudahan warga kota bagi mendapatkan pelbagai barang
keperluan harian. Di Amerika Syarikat pula, pasar awam ditakrifkan sebagai
bangunan yang dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan tempatan. Penjual di pasar
awam menjual makanan segar di gerai yang terbuka. Kini, sesetengah pasar awam
masih sepadan menggunakan pengertian tersebut. Namun begitu, pasar awam pada
masa kini telah menawarkan pelbagai produk yang berbeza bukan sahaja bahan
makanan malah pakaian dan perkhidmatan lain turut ditawarkan.

Terdapat pelbagai bentuk pasar awam di Amerika Syarikat antaranya ialah
pasar terbuka, pasar tertutup (struktur bangsal berbumbung), dewan/bangunan pasar
tertutup dan pasar daerah (Project for Public Spaces 2011). Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Tangires 2003; Deutsch 1904; Levine 1979; Eastwood 1991; Morales
2000 dalam Morales (2009), pasar awam di Amerika Syarikat diwujudkan adalah
untuk menangani pelbagai masalah sosial, seperti menangani kadar pengangguran
dengan kemasukan pendatang baru (imigran). Selain itu, kewujudan pasar awam di
sana juga adalah untuk meningkatkan akses bagi mendapatkan makanan yang sihat.

Pasar awam memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Menurut Stott et al. (2012), pasar makanan awam di Downtown Victoria mempunyai
tiga ciri utama iaitu dijalankan di sesebuah kawasan/ruang awam, menyediakan
peluang kepada peniaga-peniaga kecil serta meningkatkan penglibatan masyarakat
dalam aktiviti ekonomi tidak formal. Di Bandar utama Amerika pula, pasar awam
merupakan satu komponen yang penting dalam rangkaian makanan di bandar. Selain
itu, pasar awam juga memberi manfaat dengan membuka peluang perniagaan kecil
kepada masyarakat dan berfungsi sebagai tempat untuk mempromosi makanan
tempatan (Zade 2009). Berdasarkan kajian Foo et al. (2014) ke atas lima kawasan
tamu, Pantai Barat Sabah mendapati bahawa tamu di kawasan tersebut berperanan
sebagai pusat penjualan hasil hutan, tanaman dan ternakan.

17

Di Malaysia, pembangunan pasar mestilah berpandukan kepada Garis Panduan
Perancangan Kawasan Perdagangan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(JPBD) di bawah aspek pembangunan pasar borong, pasar basah dan kering. Garis
panduan ini adalah untuk membantu PBT serta semua pihak yang terlibat dalam
membangunkan kawasan serta premis perdagangan. Garis panduan
mempertimbangkan perkara-perkara seperti peletakan, jenis bangunan, tempat letak
kereta, keluasan tapak/saiz lot minimum dan lain-lain. Lampiran A menunjukkan
piawaian yang ditetapkan oleh JPBD dalam piawaian perancangan kawasan
perdagangan.

2.2.3 Sosioekonomi

Sosioekonomi ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu sosial dan ekonomi yang
membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan unsur atau faktor kemasyarakatan
dan ekonomi (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sosioekonomi sesebuah kumpulan
boleh dilihat daripada status sosioekonomi iaitu satu pembolehubah yang penting
dalam pengajian atau penyelidikan yang berkaitan dengan bidang sains sosial (Tiwari
et al. 2005). Latar belakang sosioekonomi antara kumpulan adalah berbeza dan boleh
mempengaruhi keberlangsungan hidup. Menurut Ariawan (2006), status sosioekonomi
bagi isi rumah diukur melalui pendapatan, perbelanjaan serta pemilikan barang
berharga manakala Azman Mohd Noor (2014) menyatakan bahawa petunjuk bagi
menilai sosioekonomi masyarakat adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
jangka hayat, kenal huruf, tahap penggajian, jati diri, kebebasan berpersatuan,
keselamatan peribadi dan kebebasan daripada ketakutan kecederaan serta takat
penyertaan dalam masyarakat awam.

Selain itu, status sosioekonomi juga memainkan peranan penting dalam
perancangan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan. Program
pembangunan pula adalah usaha kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab untuk
meningkatkan latar belakang sosioekonomi sesebuah kumpulan sebagai contoh pada
tahun 2000, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan kawasan
penjaja, pengusaha dan peniaga kecil beroperasi di pasar, pasar malam, kiosk, gerai
berkunci dan sambungan di tepi bangunan (http://www.dbkl.gov.my).

18

2.2.4 Peniaga

Peniaga dan usahawan adalah satu konsep yang berbeza. Peniaga merupakan
seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti jual beli barangan atau perkhidmatan.
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapat keuntungan dengan membeli
barang pada harga yang lebih rendah dan menjual barangan atau perkhidmatan pada
harga yang lebih tinggi. Matlamat seseorang peniaga adalah lebih mementingkan
keuntungan dan lebih cenderung dalam menjalankan skop perniagaan secara
bersendirian. Di Malaysia, kebanyakan peniaga yang terlibat dalam aktiviti jual beli di
pasar awam adalah peniaga kecil dan penjaja. Kumpulan peniaga kecil dan penjaja
sangat menyumbang kepada perkembangan ekonomi di bandar dan menjadikan
aktiviti perniagaan ini sebagai sumber pendapatan mereka. Aktiviti perniagaan ini
juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi tidak formal di kawasan bandar.

2.2.5 Jenis Milikan Perniagaan

Perniagaan merupakan suatu bentuk organisasi yang bermotifkan keuntungan. Jenis
milikan perniagaan pula merujuk kepada bentuk sesebuah organisasi perniagaan.
Terdapat empat jenis perniagaan yang utama di Malaysia. Antara jenis perniagaan
tersebut ialah milikan tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad dan syarikat
berhad. Kesemua jenis milikan perniagaan ini mempunyai perbezaan dari aspek
modal, penubuhan, pengurusan, liabiliti dan cukai.

Pemilikan tunggal merupakan satu bentuk milikan yang dimiliki sepenuhnya
oleh seorang pemilik sahaja sebagai contoh kedai runcit, kedai makanan dan
minuman, kedai kek dan lain-lain. Jenis milikan ini merupakan perniagaan yang
paling asas dan mudah untuk ditubuhkan. Pemilik perniagaan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala hutang, kerugian dan keuntungan. Jenis milikan perniagaan
yang kedua pula ialah perkongsian. Perniagaan jenis ini dimiliki bersama beberapa
orang rakan kongsi dan minimum ahli dalam satu perkongsian adalah sebanyak dua
orang sehingga 20 orang (maksimum). Rakan kongsi dalam jenis milikan perniagaan
ini boleh dibahagi kepada tiga iaitu rakan kongsi aktif, lelap dan nominal.

19

Pembahagian untung dan rugi dalam perkongsian adalah mengikut kepada perjanjian
yang ditandatangani dan dipersetujui oleh setiap rakan kongsi.

Jenis milikan perniagaan yang seterusnya ialah syarikat sendirian berhad.
Syarikat ini mudah dikenali kerana setiap nama syarikat diakhiri dengan perkataan
sendirian berhad (Sdn. Bhd.). Pemilik atau pemegang saham syarikat bagi milikan
perniagaan ini terdiri daripada dua orang hingga 50 orang. Penjualan saham syarikat
sdn. bhd. tidak dilakukan jual beli secara terbuka di pasaran. Namun begitu, milikan
perniagaan syarikat berhad pula bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham.
Selain itu, bilangan minimum bagi pemegang saham di syarikat berhad adalah dua
orang dan boleh melebihi 50 orang. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan ciri bagi
keempat-empat jenis milikan perniagaan yang telah dinyatakan.

Jadual 2.1 Perbezaan ciri-ciri setiap jenis milikan perniagaan

Jenis Milikan Modal Penubuhan Pengurusan Liabiliti Cukai
Milikan Seorang Simpanan Akta Pemilik Tidak Kadar cukai
tunggal individu tunggal terhad, pendapatan
sendiri, Pendaftaran seseorang
Perkongsian 2 hingga pinjaman Perniagaan Rakan ditanggung
20 orang kongsi pemilik Kadar cukai
Syarikat Sumbangan 1956, pendapatan
Sdn. Bhd. 2 hingga rakan Suruhanjaya Lembaga Tidak perseorangan
50 orang kongsi, pengarah terhad bagi
Syarikat Syarikat perkongsian Cukai yang
Bhd. 2 orang pinjaman Malaysia Lembaga lebih tinggi
dan tiada Jualan syer (SSM) pengarah biasa
Terhad Cukai
had kepada Akta kepada nilai dikenakan
maksimum ahli-ahlinya Perkongsian pelaburan pada kadar
1961, SSM 20 peratus
Jualan syer syer
kepada Akta Terhad
orang Syarikat kepada nilai
awam, pelaburan
pinjaman 1965
syer
Akta
Syarikat

1965

Sumber: Diubahsuai daripada SSM, 2002

20

2.3 KAJIAN LEPAS

Ulasan kajian lepas merupakan satu perkara penting dalam menjalankan kajian
baharu. Melalui ulasan kajian lepas, pengkaji dapat membuat penilaian ke atas
penemuan kajian oleh penyelidik terdahulu berkaitan fokus kajian. Ulasan kajian lepas
dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada impak penempatan semula di luar
negara dan di Malaysia.

2.3.1 Impak Penempatan Semula

Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan impak penempatan semula
sama ada daripada pengkaji tempatan dan luar negara. Kebanyakan kajian yang telah
dijalankan menyentuh berkaitan impak penempatan semula ke atas komuniti seperti
orang asli, nelayan dan pelarian. Secara umumnya, penempatan semula sesebuah
komuniti adalah kesan daripada pembangunan serta bencana.

Berdasarkan ulasan karya pada tahun 2004 oleh Webber dan McDonald
berkaitan penempatan semula penduduk Kampung Baigou dan Kampung Dongpo.
Penempatan semula penduduk bagi dua buah kampung ini adalah disebabkan
pembinaan Empangan Xiaolangdi di Lembah Sungai Kuning. Pengkaji memfokuskan
impak ke atas tahap pendapatan dan pengeluaran pertanian. Hasil kajian mendapati
bahawa tahap purata pendapatan, bentuk-bentuk pengeluaran dan kesaksamaan bagi
majoriti penduduk Kampung Baigou adalah lebih baik berbanding penduduk
Kampung Dongpo. Kajian ini dijalankan semasa proses pembinaan empangan masih
dijalankan.

Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Tilt et al. (2009) menyentuh
berkaitan impak ke atas sosial kesan daripada projek Empangan Manwan dan Lesotho
Highlands Water Project di Afrika Selatan. Hasil daripada kajian yang dijalankan,
mendapati bahawa pembinaan empangan pada skala yang besar menyebabkan
berlakunya penempatan semula dan perpindahan penduduk yang tinggal berhampiran
tapak empangan. Keadaan ini telah mengubah ekonomi luar bandar serta struktur
pekerjaan penduduk. Selain itu, penempatan semula ini juga memberi kesan ke atas

21

kesihatan masyarakat. Oleh hal demikian, penilaian impak sosial merupakan salah atu
strategi yang boleh membantu menggalakkan kemampanan pembangunan agar tidak
menimbulkan kebimbangan kepada penduduk tempatan (affected person).

Pada tahun 2010, kajian yang dijalankan oleh Agba, Akpanudoedehe dan
Ushie adalah bertujuan untuk mengkaji impak sosioekonomi dan budaya daripada
penempatan semula penduduk Bakassi, Nigeria. Hasil daripada kajian yang dijalankan
oleh pengkaji mendapati bahawa penempatan semula penduduk Bakassi
mempengaruhi pekerjaan, budaya dan pola petempatan. Golongan petani, nelayan dan
peniaga terjejas kesan daripada penempatan semula. Tanah ladang petani diambil alih
oleh kerajaan Cameroon manakala peniaga dan nelayan pula ditempatkan di kawasan
yang tidak sesuai kerana mereka tidak dapat menjalankan pekerjaannya seperti biasa.
Beliau juga mencadangkan agar penduduk yang terjejas perlu diberi pampasan dan
disediakan petempatan yang mencukupi.

Proses penempatan semula dan penilaian impak ke atas sosioekonomi pada
jangka masa panjang daripada pembinaan Projek Hidroelektrik Proce II di Antioquia,
Colombia pada tahun 2011 menunjukkan impak yang positif ke atas pembentukan
pegangan tanah dan peningkatan kualiti dalam perumahan dan akses kepada
perkhidmatan awam serta sosial. Penempatan semula juga menunjukkan trend yang
positif dari aspek pendidikan. Dapatan kajian oleh Diez dan Verónica (2011) juga
menunjukkan keupayaan penduduk yang ditempatkan semula untuk menyesuaikan
diri dengan kumpulan luar. Selain itu, penduduk yang ditempatkan semula mampu
melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi selain daripada perlombongan, pertanian dan
penternakan lembu yang mereka pernah terlibat hampir secara eksklusif.

Kajian berkaitan penempatan semula daripada aktiviti pembinaan empangan
turut dijalankan oleh Erdal (2012). Kajian ini adalah untuk menilai impak pembinaan
Empangan Geheyan ke atas pembangunan sosioekonomi di Changyang Tujia
Autonomous County di China. Hasil kajian menunjukkan wujud ketidaksaksamaan
yang ketara antara dua kumpulan iaitu mereka yang ditempatkan semula dan tidak
ditempatkan semula. Hal ini kerana terdapat peningkatan harga komoditi yang pesat
walaupun pendapatan masih sama (relocated people). Keadaan ini menyebabkaa

22

kumpulan komuniti yang tidak berkaitan dengan pembinaan Geheyan tidak berpuas
hati. Namun begitu, perspektif pada jangka masa panjang adalah lebih baik kerana
pembinaan empangan dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi golongan
miskin melalui aktiviti pelancongan dan perbandaran.

Kajian seterusnya pula dijalankan di Zimbawe pada tahun 2012 oleh Mukwada
adalah bertujuan untuk menilai penyesuaian penerima tanah penempatan semula
dalam menghadapi tekanan alam sekitar dan kejutan. Penempatan semula ini adalah
untuk megurangkan kemiskinan dan kelemahan dalam kehidupan masyarakat. Kajian
ini melibatkan pengumpulan data sosioekonomi melalui borang soal selidik, temubual
dan perbincangan kumpulan fokus yang dijalankan ke atas lima ladang komersial
yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa kategori pendapatan
terendah dan sederhana adalah paling terdedah menghadapi tekanan dan kejutan
disebabkan oleh jurang sumber ada dalam kehidupan mereka. Namun begitu, keadaan
ini juga bergantung kepada pilihan isi rumah.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ackuayi, Godsway dan George (2014)
menunjukkan perlombongan memaksa penduduk untuk berpindah dan ditempatkan
semula yang menyebabkan mata pencarian penduduk berkurang (pertanian).
Pelaksanaan penempatan semula dan perpindahan ini juga menyebabkan kemampuan
untuk memiliki tanah berkurang, peningkatan pengangguran dan perpecahan sosial.
Keadaan ini sekaligus menjejaskan pembangunan mampan terutamanya masyarakat
di Tarkwa-Nsuaem Municipality, Ghana. Oleh itu, pengkaji telah mencadangkan agar
untuk menyediakan tanah pertanian. Kawasan tanah pertanian yang terhad dan tidak
jauh daripada penduduk serta memperkenalkan jentera pertanian akan memberi
pulangan pertanian yang banyak kepada penduduk yang terjejas.

Di Malaysia, kajian berkaitan dengan penempatan orang asli di Bukit Lanjan
telah dijalankan oleh Hafazah Abdul Karim dan Amalina Haslyssa Hashim pada tahun
2010 manakala pada tahun 2015, Jamalunlaili Abdullah, Mohammad Al-Aiman
Borhan dan Che Bon Ahmad telah menjalankan kajian. Berdasarkan dapatan kajian
pada tahun 2010 ke atas skim penempatan semula komuniti Temuan di Bukit Lanjan
ke Desa Temuan menunjukkan bahawa komuniti Temuan agak berpuas hati dengan

23

persekitaran rumah yang dirancang. Namun begitu, mereka kurang berpuas hati
dengan kekurangan amalan pada budaya mereka kerana terdapat kekangan dan
berkemungkinan budaya mereka akan terhakis. Hal ini demikian kerana generasi
muda yang lebih suka dengan gaya hidup moden. Kajian yang dijalankan oleh ini
adalah berfokuskan kepada persepsi komuniti temuan ke atas perubhan budaya dan
ekonomi (Hafazah Abdul Karim & Amalina Haslyssa Hashim 2010).

Kajian berikutnya yang dijalankan pada tahun 2015 pula adalah berkaitan
penempatan semula orang asli dalam persekitaran bandar di Bukit Lanjan, Selangor
yang telah dijalankan oleh Jamalunlaili Abdullah, Mohammad Al-Aiman Borhan dan
Che Bon Ahmad. Secara umumnya, orang asli di Semenanjung Malaysia lebih
cenderung untuk tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana kebanyakan
daripada mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Namun begitu, penempatan
semula orang asli di Desa Temuan, Bukit Lanjan telah menyebabkan komuniti orang
asli berdepan masalah dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu yang lebih
moden. Oleh hal demikian, pendekatan holistik adalah penting untuk dipertimbangkan
bagi membolehkan masyarakat orang asli selesa tinggal di kawasan bandar baru.

Masyarakat orang asli di Parlimen Cameron Highlands telah mengalami
peningkatan dalam kualiti hidup mereka. Peningkatan kualiti hidup masyarakat asli di
parlimen ini adalah disebabkan pelaksanaan dua program iaitu Rancangan
Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK). Kajian
yang dijalankan oleh Devamany (2013) telah menilai lima indikator utama iaitu
peluang ekonomi, hubungan kemasyarakatan, keupayaan mengekalkan tradisi,
perkhidmatan kemudahan awam dan kepuasan terhadap saiz/lokasi kampung/rumah.
Program ini telah memberi kepuasan kepada masyarakat orang asli. Namun begitu,
pencapaian daripada dapatan kajian ini adalah masih rendah berbanding dengan
indikator yang sama di peringkat kebangsaan.

Hasil daripada ulasan kajian lepas, pengkaji mendapati bahawa kajian yang
akan dijalankan ini adalah bagi mengkaji impak penempatan semula ke atas
sosioekonomi peniaga di Jerteh Souq. Fokus kajian ini adalah dengan menilai impak
selepas penempatan semula peniaga dijalankan. Antara aspek yang dinilai adalah

24

pendapatan, lokasi, ruang kedai, keselamatan dan kesihatan, kemudahan serta
persekitaran. Penilaian impak penempatan semula ini dilaksanakan setelah hampir tiga
tahun penempatan semula dilaksanakan.

2.4 KESIMPULAN

Penempatan semula sesebuah kelompok masyarakat secara dirancang atau tidak
dirancang sememangnya boleh memberi impak kepada kumpulan yang terlibat.
Kelompok yang terlibat dengan penempatan semula dipanggil sebagai affected
persons iaitu mereka akan menerima impak sama ada positif mahupun negatif kesan
daripada penempatan semula yang dilaksanakan. Namun begitu, penempatan semula
yang mempunyai perancangan yang sistematik dan efisien sudah pasti dapat
membawa kebaikan kepada masyarakat yang terlibat pada jangka masa pendek
mahupun pada jangka masa yang panjang. Oleh hal demikian, pihak perunding,
pemaju dan PBT perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi
memastikan pelaksanaan penempatan semula mampu memberi kebaikan kepada
kumpulan yang terlibat.

BAB III

KAWASAN DAN METOD KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan berkaitan dengan kawasan dan metodologi yang digunakan
bagi menyempurnakan kajian ini. Jerteh Souq merupakan kawasan yang dipilih bagi
menjalankan kajian. Penerangan terperinci berkaitan dengan kawasan kajian akan
dikupas pada bahagian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan faktor
yang dikaji wujud di kawasan kajian berkenaan. Secara umumnya kajian ini bertujuan
mengkaji tahap kepuasan peniaga ke atas penempatan semula kawasan niaga di Jerteh
Souq. Oleh itu, kajian berbentuk kajian tinjauan (survey) dengan menggunakan
instrumen utama iaitu soal selidik adalah amat sesuai bagi mencapai matlamat kajian.
Kajian tinjauan juga membantu penyelidik bagi mendapatkan data primer dan data
sekunder. Selain itu, kaedah pemilihan sampel dalam kalangan peniaga di Jerteh Souq
juga akan dibincangkan pada bab ini. Manakala bahagian akhir bab ini menerangkan
kaedah menganalisis data secara terperinci bagi mememastikan objektif kajian dapat
dicapai.

3.2 KAWASAN KAJIAN

Lokasi kajian merupakan komponen yang penting. Berdasarkan kajian yang
dijalankan, pengkaji memilih Bangunan Jerteh Souq yang terletak di Daerah Besut,
Terengganu sebagai lokasi dalam menjalankan kajian. Oleh itu, latar belakang
berkaitan ciri-ciri guna tanah dan topografi berkaitan Negeri Terengganu, Daerah
Besut dan Jerteh Souq akan dijelaskan pada bab ini.

26

3.2.1 Latar Belakang Negeri Terengganu

Negeri Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia manakala Kuala
Terengganu merupakan ibu negerinya dan juga daerah yang terkecil di Negeri
Terengganu. Negeri ini terkenal dengan pelbagai kegiatan ekonomi antaranya
perikanan, petroleum, pelancongan dan kegiatan ekonomi lain. Namun begitu,
perikanan merupakan kegiatan utama ekonomi dan hasil petroleum mengukuhkan lagi
ekonomi negeri. Sebelum Mei 2015, Negeri Terengganu mempunyai tujuh buah
daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu
dan Besut. Kini, Terengganu telah mempunyai lapan buah daerah. Daerah terbaru
adalah Daerah Kuala Nerus seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.2. Populasi
penduduk di Negeri Terengganu sehingga 2015 ialah sebanyak 1,132,700 orang
penduduk, manakala keluasan negeri ini adalah kira-kira 1,295,638.1 hektar
(http://www.terengganu.gov.my/).

Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Terengganu, bentuk muka bumi
negeri ini adalah landai dan berbukit di mana melandai di sebelah timur dan berbukit
di sebelah utara dan bahagian barat negeri ini. Negeri Terengganu juga mempunyai
jarak pantai yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 244 kilometer dan arahnya
adalah berhadapan dengan Laut China Selatan seperti yang ditunjukkan pada Rajah
3.1. Negeri Terengganu diairi oleh sungai utamanya seperti Sungai Terengganu.
Sungai Nerus, Sungai Dungun dan Sungai Kemaman. Di Negeri Terengganu juga
terletaknya tasik buatan yang terbesar di Malaysia iaitu Tasik Kenyir yang terletak di
Daerah Hulu Terengganu. Selain itu, Pasar Payang di Kuala Terengganu juga menjadi
tumpuan pelancong luar kerana kepelbagaian barang yang ditawarkan seperti sutera,
songket, tembaga dan batik (Sinar Harian 2014).

Pada tahun 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor
perdagangan borong, runcit, makanan dan minuman serta makanan di Terengganu
telah menyumbangkan sebanyak RM 2804 juta manakala sumbangan bagi sektor
perkhidmatan-perkhidmatan lain ialah RM 992 juta. Jumlah premis/kilang pula di
Terengganu ialah 24137 buah, di mana Daerah Kuala Terengganu mempunyai jumlah
premis/kilang yang terbanyak iaitu 13133 buah. Bilangan premis/kilang ini

27

dibahagikan kepada lapan jenis iaitu perkilangan utama, perkilangan industri kecil dan
sederhana (IKS), perkhidmatan niaga, perkhidmatan bengkel, perkhidmatan restoren,
perkhidmatan penjaja, perkhidmatan stesen dan lain-lain perkhidmatan. Teluk Kalong
merupakan kawasan peridustrian yang terbesar di Terengganu dengan keluasan 1429
hektar (Data Asas Negeri Terengganu 2014) .

28

Rajah 3.1 Peta umum Negeri Terengganu

Sumber: http://www.terengganu.gov.my/ [10 Mei 2016]

29

Sempadan negeri
Sempadan daerah
N

* peta tanpa skala

Rajah 3.2 Peta pembahagian sempadan daerah-daerah di Negeri Terengganu

Sumber: http://pdtknerus.terengganu.gov.my [10 Mei 2016]

30

3.2.2 Latar Belakang Daerah Besut

Besut merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri
Kelantan di bahagian utara dan baratnya. Keluasan Daerah Besut adalah 123367.8
hektar iaitu bersamaan 9.52 peratus daripada keluasan Negeri Terengganu. Bilangan
penduduknya pula ialah sebanyak 158600 orang yang diwakili oleh 79500 orang
lelaki dan 79 100 orang perempuan. Merujuk kepada Data Asas Negeri Terengganu
2014, Daerah Besut dibahagikan kepada 19 buah mukim dengan memiliki bilangan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung adalah sebanyak 176 orang.

Dari aspek topografi, Daerah Besut mempunyai bentuk muka bumi yang
landai di utara dan mula beralun ke arah selatan dan juga telah membentuk kawasan
rendah sebagai lembangan Sungai Besut. Banjaran Gunung Tebu dan Hutan Simpan
Pelagat merupakan kawasan berbukit di selatan yang mempunyai ketinggian melebihi
300 meter sepanjang sempadan daerah. Berdasarkan kepada profail Daerah Besut
dalam Rancangan Tempatan Daerah Besut 2008 hingga 2020, didapati dalam aspek
kecerunan, kesemua bukit-bukit terpencil di daerah ini melebihi 20 peratus manakala
kawasan bukit di selatan daerah adalah melebihi 25 peratus iaitu bagi kawasan pinggir
hutan simpan. Kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 200 meter merupakan
kawasan yang bercerun dan melebihi daripada 25 peratus. Oleh itu kawasan tersebut
adalah tidak sesuai untuk pembangunan dan perlu dikekalkan sebagai hutan simpan di
daerah ini.

Bandar Jerteh dan Kampung Raja memainkan peranan yang penting kepada
Daerah Besut iaitu sebagai pusat pentadbiran, perkhidmatan dan perdagangan.
Kegiatan ekonomi utama Daerah Besut ialah pertanian dan perikanan. Selain itu,
daerah ini juga merupakan pengeluar utama bagi padi, kelapa sawit, tembakau dan
buah-buahan bagi Negeri Terengganu. Selain itu, Daerah Besut juga terkenal dengan
aktiviti pelancongan. Pulau Perhentian merupakan aset utama bagi Daerah Besut dan
menjadi penyumbang dalam pembangunan daerah ini. Rajah 3.3 menunjukkan peta
guna tanah semasa di Daerah Besut.

31

Rajah 3.3 Peta guna tanah semasa Daerah Besut

Sumber: Diubahsuai daripada Rancangan Tempatan Daerah Besut 2008 hingga 2020

32

3.2.3 Latar Belakang Jerteh Souq

Jerteh Souq terletak di Bandar Jerteh. Bandar Jerteh merupakan sebuah pusat
perniagaan dan pusat kecil wilayah Daerah Besut. Jerteh Souq pula merupakan salah
satu projek pembangunan komited di Daerah Besut. Pembangunan Jerteh Souq adalah
bertujuan bagi memastikan aktiviti perniagaan yang ada di Bandar Jerteh dapat
dikembangkan dengan ruang niaga yang lebih selesa untuk kemudahan para peniaga
dan juga pengunjung. Pembangunan Jerteh Souq terdiri daripada kompleks bazar,
terminal bas dan teksi, pasar basah dan kemudahan tempat letak kenderaan.

Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji memilih Kompleks Bazar Jerteh Souq dan
pasar basah yang merupakan fasa pertama pembangunan semula Bandar Jerteh
sebagai kawasan kajian utama bagi menilai impak penempatan semula peniaga.
Peniaga-peniaga di kompleks bazar dan pasar basah (Blok A dan Blok B) diletakkan
di bawah bumbung yang sama iaitu Bangunan Jerteh Souq yang mempunyai tiga aras
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.4. Aras satu merupakan bahagian pasar basah,
barangan kering serta buah-buahan, aras kedua pula merupakan bahagian pakaian,
medan selera dan perkhidmatan pos manakala aras ketiga Bangunan Jerteh Souq ini
sebahagiannya telah disewakan kepada MR.DIY. Selain itu, di aras ini juga
terdapatnya kedai menjahit pakaian dan kedai peralatan komunikasi.

Jenis kedai dan kadar sewa di Bangunan Jerteh Souq adalah berbeza-beza.
Jenis perniagaan yang dijalankan akan menentukan jenis kedai yang akan disewa oleh
peniaga. Aras satu menyediakan bangku untuk menjual barangan basah dan kering
dengan kadar sewa antara RM 40 hingga RM 50 per bangku. Aras kedua pula
menyediakan ruang niaga bagi peniaga yang menjalankan perniagaan pakaian,
perkhidmatan pos dan lain-lain manakala ruang niaga kedai makan bagi perniagaan
makanan dan minuman. Kadar sewa bagi kedai di aras dua dan tiga adalah di antara
RM 200 hingga RM 300 dan bergantung juga pada keluasan kedai yang disewa.
Jadual 3.1 menunjukkan ringkasan ciri-ciri Bangunan Jerteh Souq.

Bangunan Jerteh Souq merupakan sebuah bangunan yang dibangunkan semula
kerana bangunan yang ada pada sebelum ini adalah berkeadaan agak kurang menarik

33

dan kebanyakannya dibangunkan secara tidak sistematik. Rajah 3.5 menunjukkan
peletakan Bangunan Jerteh Souq juga adalah bersebelahan sahaja dengan Pasar Lama
Jerteh. Berdasarkan kajian lapangan Februari 2016, persekitaran Bangunan Jerteh
Souq dikelilingi oleh unit-unit premis dan pejabat yang tertumpu di sebelah barat
bangunan ini. Di bahagaian selatan pula terdapat kawasan kediaman dan kawasan
perniagaan baharu. Masjid Hadhari pula terletak di sebelah timur berhampiran dengan
Bangunan Jerteh Souq. Selain itu, terdapat juga Sungai Jerteh di antara Bangunan
Jerteh Souq dan Masjid Hadhari.

Jadual 3.1 Ringkasan maklumat Bangunan Jerteh Souq

Perkara Penerangan
Bil. Peniaga Sehingga Februari
2016 54 orang

Bil. Unit Kedai i. Tingkat 1 :
* Bangku barangan basah, kering dan sayuran (71 unit)
Kadar Sewa * Tapak buah kecil (15 unit)
* Tapak buah besar (5 unit)
Kemudahan
ii. Tingkat 2 :
* Ruang kedai (60 unit)

iii. Tingkat 3 :
* Ruang kedai (35 unit)

i. Kiosk (RM 80)
ii. Bangku (RM 40 hingga RM 50)
iii. Ruang kedai ( RM 170 hingga RM 600)

* bergantung kepada keluasan dan juga jenis perniagaan
i. Surau
ii. Terminal bas dan teksi
iii. Bangku pengunjung
iv. Tandas

Rajah 3.4 Pelan

Sumber: Diubah suai daripada Laporan Cadangan Pembangunan Sem

34

n tapak Jerteh Souq
mula Pusat Bandar Jerteh, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman

35

* peta tanpa skala Tapak Bangunan Jerteh Souq dan tapak pasar lama
Rajah 3.5 Sumber: Google Earth, Julai 2016

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data atau susunan untuk
pengumpulan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik
terhadap konsep pembentukan rangkaian antara pembolehubah yang terlibat dalam
sesuatu kajian. Reka bentuk kajian juga adalah untuk menyelaraskan bagi mencapai
objektif penyelidikan (Kerlinger 1970; Selltiz et.al 1950). Selain itu, reka bentuk
kajian yang sesuai juga adalah penting bagi penyelidik agar hasil kajian yang
diperoleh dapat membantu pengkaji lain untuk membuat rujukan hasil daripada kajian
tersebut.

Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini juga memilih persampelan bertujuan.
Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data primer
daripada sampel kajian iaitu peniaga di Bangunan Jerteh Souq. Selain itu, kajian ini
juga disokong dengan temubual secara informal dan pemerhatian tidak turut serta.
Pengkaji telah menjalankan kajian lapangan pada Februari 2016. Rajah 3.6
menunjukkan reka bentuk penyelidikan bagi kajian yang dijalankan.


Click to View FlipBook Version