86
Merujuk kepada graf boxplot pada Rajah 4.18, nilai median bagi kumpulan
peniaga yang berpengalaman 12 tahun ke atas adalah lebih tinggi berbanding nilai
median kumpulan peniaga yang berpengalaman 11 tahun ke bawah. Bentuk graf
boxplot ini mengukuhkan lagi dapatan daripada ujian Mann-Whitney U bahawa
kumpulan peniaga yang berpengalaman 12 tahun ke atas lelaki lebih tidak bersetuju
bahawa penempatan semula memberikan impak ke atas persekitaran di Jerteh Souq.
4.6 FAEDAH-FAEDAH PENEMPATAN SEMULA PENIAGA KE BANGUNAN
JERTEH SOUQ
Jadual 4.10 Faedah penempatan semula peniaga di Bangunan Jerteh Souq
Meningkatkan kemudahan asas di Jerteh Souq
Tahap Persetujuan Bilangan (org) Peratus (%)
Sangat setuju 3 6.1
Setuju 8 16.3
Sederhana 14 28.6
Tidak setuju 15 30.6
Sangat tidak setuju 9 18.4
Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
Tahap Persetujuan Bilangan (org) Peratus (%)
Sangat setuju 5 10.2
Setuju 4 8.2
Sederhana 14 28.6
Tidak setuju 13 26.5
Sangat tidak setuju 13 26.5
Meningkatkan peluang perniagaan kepada orang ramai
Tahap Persetujuan Bilangan (org) Peratus (%)
Sangat setuju 4 8.2
Setuju 11 22.4
Sederhana 10 20.4
Tidak setuju 9 18.4
Sangat tidak setuju 15 30.6
Meningkatkan taraf hidup peniaga dari segi pendapatan
Tahap Persetujuan Bilangan (org) Peratus (%)
Sangat setuju 3 6.1
Setuju 5 10.2
Sederhana 12 24.5
Tidak setuju 8 16.3
Sangat tidak setuju 21 42.9
Persaingan sihat dalam perniagaan
Tahap Persetujuan Bilangan (org) Peratus (%)
Sangat setuju 7 14.3
Setuju 4 8.2
Sederhana 20 40.8
Tidak setuju 13 26.5
Sangat tidak setuju 5 10.2
87
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah menyenaraikan lima kebaikan
penempatan semula peniaga bagi mendapatkan respons responden setelah mereka
ditempatkan di kawasan baharu. Antara aspek yang dinilai ialah kemudahan asas,
peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peningkatan pendapatan dan persaingan sihat
dalam perniagaan. Perkara ini ditunjukkan pada Jadual 4.10.
Penempatan semula peniaga dianggap dapat meningkatkan kemudahan asas
yang terdapat di Jerteh Souq. Berdasarkan hasil analisis, pengkaji mendapati bahawa
sebanyak 30.6 peratus responden tidak bersetuju bahawa penempatan semula
meningkatkan kemudahan asas di Jerteh Souq manakala 28.6 peratus responden
menganggap aspek ini adalah pada tahap sederhana sahaja. Peratusan terkecil
dicatatkan pada skala sangat setuju iaitu sebanyak 6.1 peratus bersamaan tiga orang
responden sahaja.
Seterusnya ialah penilaian ke atas membuka peluang pekerjaan. Hasil analisis
mendapati skala sederhana mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 28.6 peratus
manakala skala tidak setuju dan sangat tidak setuju mencatatkan peratusan yang sama
iaitu 26.5 peratus responden. Peratusan terkecil pula direkodkan pada tahap setuju
bahawa Jerteh Souq membuka peluang pekerjaan iaitu sebanyak 8.2 peratus
responden. Peratusan kecil direkodkan bagi skala setuju adalah disebabkan
kebanyakan peniaga di Jerteh Souq tidak menggajikan pekerja kerana mereka sendiri
adalah pekerja dan peniaga.
Hasil dapatan dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa faedah
penempatan semula yang seharusnya dapat meningkatkan taraf hidup peniaga sangat
tidak dipersetujui responden. Peratusan yang direkodkan adalah tertinggi iaitu 42.9
peratus responden. Hanya 6.1 peratus responden sahaja sangat bersetuju bahawa
penempatan semula dapat meningkatkan taraf hidup peniaga. Responden yang
bersetuju mungkin disebabkan kedudukan kedai mereka menjadi tumpuan pengunjung
dan pendapatan perniagaan mereka tidak terjejas.
Secara keseluruhannya, aspek yang disenaraikan menunjukkan bahawa
penilaian responden ke atas penempatan semula mereka di Bangunan Jerteh Souq
88
kurang mendatangkan faedah. Hal ini kerana, kebanyakan aspek yang dinilai oleh
responden menyatakan tahap persetujuan mereka adalah tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Namun begitu, aspek berkaitan persaingan sihat dalam perniagaan pula berada
pada tahap sederhana. Sebanyak 40.8 peratus responden menyatakan tahap
persetujuan yang sederhana bagi aspek tersebut. Tahap persetujuan tidak setuju
mencatatkan peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 26.5 peratus manakala
responden yang bersetuju bahawa berlaku persaingan sihat dalam perniagaan di Jerteh
Souq adalah peratusan yang terkecil iaitu 8.2 peratus.
Jadual 4.11 Tahap persetujuan ke atas faedah penempatan semula berdasarkan jantina
Jantina Ranks Sum of Ranks
Lelaki 481.50
Perempuan N Mean Rank 743.50
Total 18 26.75
31 23.98
49
Test Statisticsa
Mann Whitney-U Faedah Penempatan Semula
Wilcoxon W 247.500
Z 743.500
Asymp. Sig. (2-tailed) -.655
Exact Sig. (2-tailed) .512
Exact Sig. (1-tailed) .519
Point Probability .260
.003
a.
Grouping Variable: Jantina
Berdasarkan ujian Mann-Whitney U pada Jadual 4.11, didapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara peniaga lelaki dan perempuan di Jerteh Souq
berkenaan dengan faedah penempatan semula [U (n1 = 18, n2 = 31) = 247.5, p > 0.05].
Nilai min bagi peniaga lelaki (26.75) adalah lebih besar dari peniaga perempuan
(23.98). Hal ini menunjukkan bahawa kumpulan peniaga lelaki dalam kajian lebih
tidak bersetuju bahawa penempatan semula mereka di Jerteh Souq memberikan
faedah-faedah seperti kemudahan asas, peluang pekerjaan, peluang perniagaan,
peningkatan taraf hidup dan persaingan sihat dalam perniagaan.
Merujuk kepada graf boxplot pada Rajah 4.19, nilai median bagi kumpulan
peniaga lelaki lebih tinggi berbanding nilai median kumpulan peniaga perempuan.
Bentuk graf boxplot ini mengukuhkan lagi dapatan daripada ujian Mann-Whitney U
89
bahawa kumpulan peniaga lelaki lebih tidak bersetuju bahawa penempatan semula
memberikan faedah kepada mereka.
Rajah 4.19 Garisan nilai median antara kumpulan jantina
4.7 PENILAIAN PENEMPATAN SEMULA PENIAGA KE BANGUNAN JERTEH
SOUQ
Rajah 4.20 dan 4.21 menunjukkan peratusan persetujuan dan penilaian ke atas
penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq. Hasil analisis mendapati bahawa lebih
daripada separuh responden tidak bersetuju dengan penempatan semula mereka ke
bangunan Jerteh Souq. Peratusan yang direkodkan adalah sebanyak 65.3 peratus
responden. Penilaian keseluruhan penempatan semula juga diambil kira dalam kajian
ini. Hasil penilaian ini mendapati bahawa penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq
lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Peratusan yang direkodkan pula adalah
sebanyak 71.4 peratus responden. Hanya 28.6 peratus responden sahaja yang
menyatakan bahawa penempatan semula lebih banyak kebaikan.
Hasil daripada kajian di lapangan, pengkaji mendapati kebanyakan responden
tidak bersetuju dengan penempatan semula ini adalah disebabkan lokasi yang dipilih
90
adalah tidak bersesuaian walaupun menjadi tumpuan umum. Masalah berkaitan lokasi
banyak dipertikai oleh peniaga di tingkat satu. Menurut temubual secara informal
bersama responden di tingkat satu, keadaan dan persekitaran ruang kedai mereka yang
tersorok dan berada di bahagian belakang bangunan tidak dapat menarik pegunjung
luar untuk berkunjung. Selain itu, papan tanda atau penanda arah untuk ke tingkat satu
yang kurang jelas menyebabkan pengunjung luar tidak mengetahui kewujudan
bahagian barangan basah dan kering di Bangunan Jerteh Souq.
Menurut responden di tingkat dua pula, masalah yang dihadapi mereka adalah
berkaitan dengan reka bentuk bangunan dan susun atur kedai. Seharusnya setiap
barisan kedai mempunyai laluan kecil untuk pengunjung dapat pergi ke bahagian
belakang. Namun, pembinaan bangunan Jerteh Souq, adalah sebaliknya kerana tiada
laluan di kiri dan kanan antara kedai ke kedai. Keadaan ini menyukarkan pengunjung
dan memberi kesan negatif kepada aktiviti jual beli peniaga dan pengunjung.
Setuju
34.7%
Tidak setuju
65.3%
Rajah 4.20 Peratusan persetujuan responden ke atas penempatan semula
91
28.6%
71.4% Lebih banyak kebaikan
Lebih banyak keburukan
Rajah 4.21 Peratusan penilaian keseluruhan ke atas penempatan semula
4.8 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PASAR AWAM, JERTEH SOUQ
Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada peniaga di Bangunan Jerteh Souq,
pengkaji mendapati terdapat beberapa langkah penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan di pasar awam, Jerteh Souq. Namun, perancangan yang sistematik dan
efisen dalam penambahbaikan sistem pasar awam Jerteh Souq adalah penting. Hal ini
kerana dapat membantu peniaga Jerteh Souq khususnya dalam meningkatkan taraf
pendapatan mereka setelah ditempatkan di bangunan ini. Langkah-langkah yang
dicadangkan ini melibatkan peniaga dan pihak berkuasa tempatan.
4.8.1 Meningkatkan Kemahiran Dalam Bidang Perniagaan
Tahap pendidikan tidak menjadi syarat utama untuk beraya dalam bidang kemahiran.
Namun, kemahiran dalam bidang perniagaan adalah penting kerana pengurusan
perniagaan yang baik mampu menarik pelanggan untuk berurusan jual beli. Oleh hal
demikian, pengkaji menggalakkan peniaga-peniaga di Bangunan Jerteh Souq untuk
menghadiri kursus serta latihan sebagai salah satu nilai tambah dalam bidang
perniagaan. Antara program yang ditawarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
92
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) seperti Latihan Keusahawanan
Peruncitan 2015 dan Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M). Program ini disediakan
bagi memartabatkan golongan penjaja dan peniaga kecil.
4.8.2 Memastikan Kualiti Barangan Yang Terbaik
Selain itu, peniaga di Jerteh Souq juga perlu memastikan barangan yang dibeli
daripada pembekal adalah barang yang berkualiti. Penjualan barang yang berkualiti
dan harga yang dikenakan adalah berpatutan merupakan satu inisiatif peniaga dan
penjaja di Jerteh Souq untuk menarik pelanggan. Sudah pasti pelanggan akan kembali
kepada peniaga sekiranya barang yang dibeli berkualiti.
4.8.3 Meningkatkan Tahap Penjagaan Kebersihan
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap kebersihan di Jerteh Souq
adalah sederhana. Oleh hal demikian, peniaga di Jerteh Souq dan PBT perlu
mengambil tindakan yang serius bagi meningkatkan tahap kebersihan Jerteh Souq.
Pelaksanaan program kitar semula perlu dilaksanakan oleh peniaga agar dapat
mengurangkan masalah berkaitan longgokan sisa pepejal dan masalah bau daripada
tapak pengumpulan sisa pepejal di Jerteh Souq. Selain itu, kebersihan seperti tandas
awam dan surau juga mestilah dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana tahap
kebersihan yang memuaskan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung.
4.8.4 Mewujudkan Satu Lokasi Sahaja Bagi Tapak Pasar Awam
Impak pengunjung berkurang ke Jerteh Souq adalah disebabkan kawasan pasar awam
di Bandar Jerteh terbahagi kepada dua bahagian. Oleh hal demikian, PBT perlu
mengambil langkah yang drastik bagi menyatukan semua penjaja dan peniaga kecil di
tapak pasar lama dan Jerteh Souq di bawah satu bumbung. Langkah ini dapat menarik
pelanggan untuk berkunjung pada satu kawasan pasar sahaja. Langkah ini seterusnya
dapat menangani isu berkaitan jumlah pengunjung ke Jerteh Souq yang berkurang.
93
4.8.5 Meningkatkan Pemantauan Di Jerteh Souq
Pemantauan berkala daripada pihak berkuasa adalah penting. Hal ini adalah untuk
memastikan segala aspek seperti kebersihan, kemudahan awam, keperluan
penyelenggaraan dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan segera. Hasil daripada
temubual yang dijalankan, pengkaji mendapati PBT mengambil masa yang lama
untuk menjalankan penyelenggaraan kerosakan seperti pintu, lantai kedai dan lain-
lain. Selain itu, pengkaji mencadangkan PBT menyediakan kiosk PBT di Bangunan
Jerteh Souq bagi memudahkan urusan peniaga.
4.8.6 Reka Bentuk Bangunan Yang Lebih Mesra Pelanggan dan Peniaga
Hasil kajian di lapangan, pengkaji mendapati bahawa reka bentuk bangunan
memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan pasar basah dan kering yang
mesra pelanggan dan peniaga. Pengkaji mendapati reka bentuk bangunan di Jerteh
Souq kurang mesra pelanggan dan peniaga. Hal ini kerana reka bentuk antara kedai
ke kedai tidak mempunyai laluan kecil bagi memudahkan pengunjung untuk ke kedai
di bahagian belakang. Oleh itu, penyediaan laluan kecil antara kedai ke kedai adalah
penting bagi memudahkan pengunjung untuk berurusan serta dapat membantu
peniaga-peniaga di bahagian belakang menerima kunjungan pengunjung yang sama
seperti peniaga di barisan hadapan. Rajah 4.22 menunjukkan lakaran reka bentuk
kedai yang seharusnya ada di Bangunan Jerteh Souq.
94
Kedai Laluan antara kedai ke kedai Kedai Kedai
Kedai Laluan antara kedai ke kedaiKedai Kedai
Kedai Kedai Kedai
Rajah 4.22 Lakaran cadangan reka bentuk bangunan
4.9 KESIMPULAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan
peniaga di Jerteh Souq melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.
Penglibatan mereka dalam aktiviti perniagaan adalah disebabkan oleh faktor mewarisi
perniagaan dan minat. Selain itu, terdapat sesetengah peniaga di Jerteh Souq yang
menjalankan aktiviti perniagaan secara informal ini mendapat suntikan modal
daripada agensi-agensi dan juga syarikat kewangan. Jenis milikan perniagaan di Jerteh
Souq adalah hak milik perseorangan. Selain itu, pengkaji mendapati peniaga di Jerteh
Souq meluangkan masa untuk berniaga antara sekitar 7 jam hingga 12 jam. Namun
begitu, tempoh berniaga peniaga adalah dipengaruhi dengan jenis barangan yang
dijual.
Umum mengetahui bahawa tidak kesemua peniaga di Jerteh Souq terlibat
dengan penempatan semula. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah peniaga
menjadikan Jerteh Souq sebagai tapak permulaan dalam aktiviti perniagaan. Oleh hal
demikian, penempatan semula peniaga dari pasar lama ke Jerteh Souq sudah tentu
memberi impak sama ada positi dan negatif. Hasil daripada dapatan kajian mendapati
bahawa, impak negatif yang ketara setelah penempatan semula dilaksankan ke atas
peniaga adalah lokasi dan pendapatan. Pendapatan peniaga di Jerteh Souq terjejas
adalah disebabkan faktor kunjungan pengunjung yang semakin berkurang. Impak
95
negatif lain juga terdiri daripada ruang kedai yang terdedah kepada hujan dan panas
serta kemudahan prasarana seperti bangku pengunjung dan tandas adalah tidak
memuaskan. Aspek persekitaran pula menunjukkan impak negatif ke atas saliran
air/longkang yang selalu tersumbat. Isu berkaitan kesihatan dan keselamatan serta
kemudahan prasarana di Jerteh Souq adalah lebih memuaskan. Rajah 4.23
menunjukkan ringkasan impak yang dialami peniaga di Jerteh Souq. Oleh hal
demikian, cadangan bagi penambahbaikan Jerteh Souq perlu dilaksanakan secepat
mungkin agar nasib peniaga di Jerteh Souq terbela. Keadaan ini seterusnya dapat
membantu golongan penjaja dan peniaga kecil dalam meningkatkan taraf hidup
mereka dari aspek pendapatan.
IMPAK PENEMPATAN SE
KE ATAS SOSIOEKO
Lokasi Ruang Pendapatan
Kedai
Kadar sewa sesuai Kemudahan Prestasi
infrastruktur yang perniagaan/jualan
Kawasan
yang tidak mencukupi semakin baik
strategik
Keluasan Hasil jualan
Kurang kedai yang memuaskan
dikunjungi
pelanggan selesa Pendapatan
perniagaan
Terdedah
tempias atau merosot
panas
Peningkatan
kos barangan
daripada
pembekal
*Nota: Petak hijau : Impak Positif, Petak Merah : Impak Negatif, Petak Biru : Sederhan
Rajah 4.23 Ringkasan impak penempatan sem
96
EMULA PASAR AWAM
ONOMI PENIAGA
Kemudahan Kesihatan & Persekitaran
Keselamatan
Parkir kereta, surau, Kebersihan ruang Longkang/saliran air
air, elektrik, alat kedai sangat baik tersumbat
pemadam api/pili
bomba/tong sampah Gangguan i. Masalah bau
perosak ii. Kesesakan lalu
i. Tandas lintas
ii. Bangku/kerusi Masalah iii. Berlaku
pengunjung kecurian/pecah pencemaran air
masuk kedai iv. Masalah bunyi
Telefon bising
awam Kawalan v. Ketenteraman
keselamatan peniaga terganggu
yang baik
na
mula ke atas sosioekonomi peniaga di Jerteh Souq
BAB V
RUMUSAN DAN PENUTUP
5.1 PENGENALAN
Bab lima ini merupakan bab yang akan mengupas segala dapatan daripada analisis
kajian yang telah diterangkan pada bab yang lepas. Rumusan kajian yang dikupas
adalah berdasarkan kepada objektif kajian. Selain itu, bab ini juga akan
mengemukakan cadangan kajian lanjutan dan penambahbaikan kajian pada masa akan
datang. Implikasi kajian pula mengupas berkaitan perancangan pembangunan pada
masa hadapan bagi membantu khususnya penjaja dan peniaga kecil di Jerteh Souq
dalam meningkatkan taraf hidup mereka.
5.2 RINGKASAN PENEMUAN
Aktiviti penempatan semula merupakan salah satu aktiviti yang boleh memberi impak
positif mahupun negatif ke atas sesebuah kelompok. Perancangan dan penilaian impak
mestilah diteliti agar kelompok yang terlibat dalam aktiviti penempatan semula tidak
menerima impak negatif yang ketara. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq memberi impak
negatif. Hal ini adalah disebabkan lokasi yang tidak sesuai (Rajah 4.10 & Rajah 4.11)
dan pendapatan peniaga merosot (Jadual 4.4 & Rajah 4.15). Keadaan ini seterusnya
boleh memberi kesan yang lebih besar ke atas keberlangsungan aktiviti perniagaan di
Jerteh Souq.
98
Secara umum, kebanyakan peniaga yang berniaga di Jerteh Souq adalah dalam
kalangan perempuan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan adalah
disebabkan minat yang mendalam dalam aktiviti perniagaan (51 peratus). Aktiviti
perniagaan di Jerteh Souq banyak dilakukan oleh responden dalam kalangan belia
iaitu berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun iaitu 44.9 peratus. Selain daripada
minat, responden dalam kalangan belia melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di
Jerteh Souq adalah disebabkan mewarisi perniagaan, tiada pekerjaan dan menganggap
aktiviti perniagaan mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.
Keperluan kelayakan pendidikan dalam aktiviti berniaga secara tidak formal adalah
tidak penting. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan responden di Jerteh Souq
mempunyai kelayakan pendidikan sehingga SPM (49 peratus).
Seterusnya pengkaji mendapati purata pendapatan bulanan peniaga di Jerteh
Souq adalah sebanyak RM 1831. Purata pendapatan ini masih dikategorikan sebagai
kelas pendapatan sederhana di kawasan luar bandar mengikut Unit Perancang
Ekonomi. Peniaga-peniaga yang berniaga di Jerteh Souq juga merupakan penduduk
tempatan di Daerah Besut. Jarak tempat tinggal peniaga ke Jerteh Souq adalah di
antara 1 km hingga 23 km dan purata jarak tempat tinggal adalah di antara 8.5 km.
Penempatan semula peniga ke Jerteh Souq tidak menjejaskan jarak kerana Bangunan
Jerteh Souq terletak bersebelahan sahaja dengan tapak pasar lama.
Aktiviti perniagaan di Jerteh Souq merupakan satu bentuk aktiviti perniagaan
tidak formal. Peniaga yang berniaga di Jerteh Souq kebanyakannya terdiri dalam
kalangan peniaga kecil dan penjaja serta mempunyai pengalaman berniaga lebih
daripada 22 tahun (30.6 peratus). Kajian ini mendapati, responden peniaga di Jerteh
Souq lebih cenderung memulakan perniagaan dengan menggunakan wang simpanan
sebagai modal perniagaan (83.7 peratus). Selain itu, 67.3 peratus responden tidak
mempunyai pekerja. Hal ini adalah disebabkan aktivti perniagaan yang diusahakan
responden tidak memerlukan pekerja. Kebanyakan responden yang memiliki pekerja
adalah dalam kalangan peniaga yang menjual barangan kering, sayur-sayuran,
perkhidmatan pos dan lain-lain. Purata jumlah masa responden berniaga di Jerteh
Souq adalah 9 jam iaitu bermula antara pukul 7 hingga 10 pagi sehingga ke lewat
petang (6 petang).
99
Kebanyakan peniaga yang berniaga di Jerteh Souq adalah terlibat dengan
penempatan semula. Aktivti penempatan semula peniaga bermula pada tahun 2013
dengan menempatkan sebanyak 81 orang peniaga barangan basah di tingkat satu.
Berdasarkan kajian di lapangan, pengkaji mendapati hanya 18.4 peratus responden (9
orang) yang tidak terlibat dengan penempatan semula. Mereka menjadikan Jerteh
Souq sebagai tapak permulaan dalam aktiviti perniagaan. Oleh hal demikian pengkaji
mendapati persepsi responden ke atas tahap kepuasan penempatan semula (55.1
peratus), lokasi (53.1 peratus) dan tahap ketersampaian (34.7 peratus) adalah sangat
tidak memuaskan. Kadar sewa yang dikenakan kepada penyewa kedai adalah
memuaskan (67.3 peratus). Hal ini boleh dikaitkan dengan keluasan ruang kedai yang
disediakan adalah berbaloi dengan bayaran sewa yang dikenakan.
Kajian ini juga menilai impak penempatan semula peniaga di Jerteh Souq.
Hasil dapatan, pengkaji dapat merumuskan bahawa penempatan semula peniaga ke
Jerteh Souq memberi kesan negatif ke atas pendapatan peniaga. Menurut responden
kawasan Jerteh Souq adalah tidak strategik (53.1 peratus) walaupun di hadapan
Bangunan Jerteh Souq terletaknya stesen bas bagi Bandar Jerteh. Setelah penempatan
semula dilaksanakan, responden mendapati kunjungan pelanggan untuk berkunjung ke
Jerteh Souq berkurang (67.3 peratus). Menurut responden, pengurangan kunjungan
pelanggan adalah disebabkan kawasan pasar di Bandar Jerteh terbahagi kepada dua
iaitu Bangunan Jerteh Souq dan sekitar tapak pasar lama. Oleh hal demikian, jumlah
pelanggan adalah berkurang. Selain itu, keseluruhan responden yang menyewa di
tingkat satu menyatakan sangat setuju (36.7 peratus) dan setuju (6.1 peratus) bahawa
lokasi Jerteh Souq tidak stategik. Hal ini demikian kerana pada musim hujan,
bahagian ini ditenggalami air kerana bahagian ini berada di sebelah Sungai Jerteh.
Keadaan ini merugikan peniaga sekiranya barangan jualan mereka ditenggelami air.
Impak negatif lain yang perlu dihadapi peniaga daripada penempatan semula
mereka ke Jerteh Souq adalah keterdedahan ruang kedai kepada tempias dan panas
(61.2 peratus) telah menyukarkan peniaga. Responden yang menghadapi masalah ini
terpaksa menghabiskan wang untuk memasang penghadang panas dan hujan (bidai).
Walaupun aduan dilaporkan kepada pihak MDB, tindakan daripada PBT yang
mengambil masa lama telah memaksa responden untuk menggunakan kos sendiri bagi
100
memasang bidai. Selain itu, pengkaji mendapati impak ke atas persekitaran adalah
pada tahap kepuasan yang sederhana sahaja. Namun begitu, penempatan semula
peniaga ke Jerteh Souq juga memberi kesan positif dari aspek kesihatan dan
keselamatan. Hal ini demikian kerana tahap kebersihan kedai, masalah kecurian dan
gangguan perosak adalah pada tahap amat memuaskan dan memuaskan responden
apabila penempatan semula dilaksanakan.
Keseluruhan daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati kebanyakan
responden menyatakan bahawa penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq lebih
memberi keburukan (71.4 peratus) daripada kebaikan (28.6 peratus). Selain itu, 65.3
peratus responden adalah tidak bersetuju dengan penempatan semula ini. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa pemilihan lokasi penempatan semula yang sesuai
merupakan aspek yang penting agar peniaga yang terlibat tidak menerima impak yang
ketara dan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
5.3 IMPLIKASI KAJIAN
Secara umumnya, penempatan semula peniaga di Jerteh Souq adalah disebabkan
pembangunan semula Bandar Jerteh. Berdasarkan hasil analisis daripada kajian di
lapangan ke atas 49 orang responden dalam kalangan peniaga di Jerteh Souq, pengkaji
mendapati bahawa aktiviti penempatan semula kawasan perniagaan mempunyai
potensi mewujudkan impak negatif ke atas pendapatan peniaga. Interpretasi daripada
data yang diperoleh daripada soal selidik, pelaksanaan penempatan semula mestilah
mengambil kira beberapa faktor seperti ramalan impak dan langkah mitigasi sekiranya
penempatan semula menimbulkan impak negatif.
Oleh hal demikian, kajian ini dapat membantu peniaga di Jerteh Souq serta
pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan satu aktiviti perniagaan berskala kecil
dan menjaja yang lebih mesra pelanggan. Hal ini juga membantu merancakkan aktiviti
perniagaan khususnya di Bandar Jerteh. Namun, analisis kajian mendapati terdapat
beberapa impak negatif yang dihadapi peniaga hasil daripada pelaksanaan penempatan
semula. Impak utama daripada penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq adalah
pendapatan yang semakin berkurang berbanding di tapak pasar lama. Oleh itu,
101
peniaga di Jerteh Souq perlulah mencari alternatif bagi menarik minat bakal
pelanggan untuk berkunjung.
Seterusnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa pemantauan dan perancangan
daripada PBT adalah penting agar masalah yang wujud di Bangunan Jerteh Souq
dapat diatasi segera. Dapatan kajian juga telah membuktikan bahawa pelaksanaan
Jerteh Souq tidak mengikut perancangan yang telah dirancang. Oleh hal demikian,
pelaksanaan projek pembangunan pada masa akan datang perlulah dirancang dan
mengikut setiap perancangan yang telah ditetapkan. Selain itu, penilaian ke atas impak
sosioekonomi dalam sesebuah projek pembangunan juga adalah amat penting. Hal ini
bertujuan untuk meramal sebarang impak ke atas sosial, ekonomi dan persekitaran
yang akan berlaku sekiranya pelaksanaan pembangunan dilaksanakan. PBT mestilah
melantik perunding yang berintegriti dalam melaksanakan penilaian impak
sosioekonomi agar penilaian laporan yang dilaksanakan tidak berat sebelah kepada
mana-mana pihak. PBT juga mestilah memastikan pelaksanaan pembangunan
berpandukan Garis Panduan Perancangan Kawasan Perdagangan bagi kategori pasar
borong, pasar basah dan kering. Garis panduan ini adalah amat penting untuk
mengurangkan impak yang bakal dihadapi setelah pembangunan semula dilaksanakan.
5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menilai impak penempatan semula ke atas
sosioekonomi peniaga di Jerteh Souq. Kajian ini lebih memfokuskan kepada impak
semasa setelah penempatan semula dilaksanakan. Penilaian impak dalam kajian yang
telah dijalankan ini adalah tidak menyeluruh. Oleh hal demikian, beberapa cadangan
kajian masa depan yang boleh dijalankan oleh penyelidik. Antaranya ialah ;
i. Kajian ini memfokuskan kepada impak semasa setelah penempatan semula
dilaksanakan. Oleh itu, dicadangkan kajian pada masa akan datang menilai
impak sebelum, semasa dan terkini. Kajian ini dapat membantu penyelidik
untuk membandingkan impak penempatan semula peniaga di Jerteh Souq
dengan lebih terperinci.
102
ii. Selain itu, kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah dengan
memfokuskan sampel kajian kepada tiga kategori iaitu PBT, peniaga dan
pengunjung. Kajian ini dapat menambah baik kualiti Jerteh Souq dengan
menilai pandangan yang seterusnya dapat menghasilkan satu strategi untuk
menjamin keberlangsungan Jerteh Souq.
iii. Kajian lanjutan yang seterusnya adalah menilai impak pembangunan semula
Bandar Jerteh dan pertumbuhan pasar raya seperti Giant, Pantai Timur dan
Econjaya ke atas peniaga kecil dan penjaja serta pengunjung. Penyelidik juga
boleh menilai pandangan orang ramai berkaitan pasar raya dan pasar awam di
Bandar Jerteh.
5.5 PENUTUP
Pembangunan sememangnya diperlukan dalam sesebuah kawasan agar dapat
menghidupkan aktiviti ekonomi di sesebuah kawasan. Pembangunan semula bandar
sememangnya akan memberi impak kepada persekitaran sama ada fizikal dan
manusia. Namun, tanggungjawab PBT memastikan pembangunan yang dilaksanakan
mestilah lebih memberi kebaikan kepada orang ramai serta penghuni di bandar.
Kejayaan pembangunan boleh dilihat dengan kelangsungan semua aktiviti ekonomi di
sesebuah kawasan. Oleh hal demikian, perancangan pembangunan yang sistematik
dan efektif mampu menangani impak yang bakal berlaku yang seterusnya dapat
meningkatkan hidup masyarakat dari aspek kualiti hidup serta sosioekonomi.
RUJUKAN
Abd. Hair Awang, Noor Rahamah Hj Abu Bakar, Junaenah Sulehan, Mohd Yusof Hj
Abdullah & Ong Puay Liu. 2013. Perdagangan informal rentas sempadan
Malaysia-Indonesia : Kajian kes di Serikin, Daerah Bau, Sarawak.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1, hlm.
52-60.
Abdul Aziz Jemain & Puzziawati Ab Ghani. 2003. Menjejak Perubahan Fertiliti dan
Umur Perkahwinan di Semenanjung Malaysia. Jurnal Teknologi, 39(C), hlm.
75-89.
Abdul Razak Bin Salleh. 1996. Kajian pembangunan semula Pasar Sentul. Tesis Dip.
Perancangan Badar dan Wilayah, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,
Kajian Seni Bina, Perancangan dan Ukur, Institut Teknologi Mara Shah Alam.
Ackuayi, E. D., Godsway, K. & George, D. 2014. Resettlement Programme
Implementation: The Effect on Livelihoods of People in Mining Communities
in the Tarkwa-Nsuaem Municipality, Ghana. Journal of Economics and
Sustainable Development, 5(23), 124-135. 2014.
Agba, A. M. O., Akpanudoedehe, J. J. & Ushie, E. M. 2010. Socio-Economic and
Cultural Impacts of Resettlement on Bakassi People of Cross River. Studies in
Sociology of Science, 1(2), 50–62.
Ahmad Shukri Mohd. Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi &
Isu Pembangunan. Skudai.: Universiti Teknologi Malaysia.
Anon. 2011. Cross Tabulation Analysis. https://www.qualtrics.com/wp-
content/uploads/2013/05/Cross-Tabulation-Theory.pdf [10 Mac 2011].
Anon. 2013. Peniaga lega pindah ke Jertih Souq. Sinar Harian, 13 Mei.
Anon. 2013. Tingkatkan kebersihan, tarik pelancong asing ke pasar awam. Utusan
Malaysia, 26 Januari.
Ariawan, I. 2006. Indeks Sosio-ekonomi Menggunakan Principal Component
Analysis. KESMAS, Jurnal Kesehatan Masyarakat Nasional Vol. 1, No. 2: 83–
87.
Azman Mohd Noor. 2014. Pensyariatan Zakat dan Kesannya Kepada Sosio Ekonomi
Ummah. http://drazman.net/wp-content/uploads/2014/04/Pensyariatan-Zakat-
dan-Kesannya-Kepada-Sosio-Ekonomi-Ummah-slides.pdf [10 Mei 2016].
Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
Edisi ke - 2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
104
Chua Yan Piaw. 2013. Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik
Penyelidikan Analisis Skala Likert. Edisi Ke – 2. Kuala Lumpur: Mc Graw
Hill.
Devamany, S. K. 2013. Impak Sosioekonomi Program Penempatan Tersusun: Kajian
Kes Masyarakat Orang Asli di Parlimen Cameron Highlands. Tesis Ijazah
Sarjana Ekonomi (Penyelidikan), Graduate School of Business, Universiti
Utara Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasar [10
Mei 2016].
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=24
5&Itemid=653&lang=ms [10 Mei 2016].
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/perdagangan/index.htm [10 Mei
2016].
Diez, G & Verónica M. 2011. Resettlement Processes and their Socioeconomic
Impact: Porce II Hydroelectric Project, Colombia.
https://publications.iadb.org/handle/11319/5555?locale-attribute=en. [5 Ogos
2016].
Erdal, Z. 2012. The Role of Infrastructure Projects in Socio-economic Development :
Case study of Geheyan dam. Fudan University.
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. 2014. Kaedah Penyelidikan
dan Analisis Data SPSS. Sintok: UUM Press.
Foo, J., Mustafa Omar, Ahmad Aldrie Amir & Abdul Latiff Mohamad. 2014. Faktor
kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu
tinjauan awal. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space
10 issue 2, hlm. 115-126.
Garis Panduan Penubuhan Majlis Perunding. 2014. Versi 1/2014.
Hafazah Abdul Karim & Amalina Haslyssa Hashim. 2012. The Effect of a
Resettlement Scheme on the Social-Cultural Changes of the Temuan
Community. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 42 (2012), 362-373.
Jamalunlaili Abdullah, Mohammad Al-Aiman Borhan & Che Bon Ahmad. 2015.
Orang Asli Resettlement in Urban Environment at Bukit Lanjan, Selangor,
Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 201(February), 71–79.
JPBD. 2006. Dasar Perbandaran Negara.
105
Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Muhammad Hazim
Abdul Ghani & Zainun Abidin Baharum. 2014. Kuala Lumpur dan cabaran
baru pembangunan berterusan. Malaysian Journal of Society and Space 10,
6(6): 75–85.
KENPRO. 2012. http://www.kenpro.org/sample-size-determination-using-krejcie-and-
morgan-table/ [10 Mac 2016].
KPDNKK. 2013. http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=950086 [13 Februari
2016].
Malaysia. 1976. Akta Kerajaan Tempatan 1976 . (Akta 171).
Malaysia. 2007. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. (Akta 668).
Mohammad Ishak. 2008. Jerteh Souq mesra alam. Harian Metro,
http://mdb.terengganu.gov.my/tahun-2008/ [13 Februari 2016].
Mohammad Ishak. 2016. Pasar tiada pelanggan. Harian Metro, 22 Februari.
Morales, A. 2009. Public Markets as Community Development Tools. Journal of
Planning Education and Research, 28(4), 426-440.
Mukwada, G. 2012. Scales of Vulnerability : Resettlement and Exposure to Multiple
Stressors and Shocks in Zimbabwe. J Hum Ecol, 40(2), 101-113.
Noordeyana Tambi , Asnarulkhadi Abu Samah, Hanina Halimatusaadiah Hamsan &
Ma’rof Redzuan. 2016. Jenis dan tahap pemilikan modal peniaga bazar larut
malam : Kajian kes di Lembah Klang, Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 1, hlm. 61-74.
Norhafiza Musa. 2014. Pasar Payang jadi tumpuan. Sinar Harian, 18 September.
Project for Public Spaces. 2011. http://www.revbirmingham.org/wp-
content/uploads/2012/10/Birmingham-Report-Final-small.pdf [10 Mei 2016].
Rosniza Aznie Che Rose, Nurul Fatihah Jusoh, Rosmiza, M.Z. , Lyndon N., &
Mokhtar, J. 2015. Perkembangan dan cabaran sektor perniagaan sebagai
pemangkin pembangunan bandar kecil : Kajian empirikal di Daerah Besut,
Terengganu GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space
11 Issue 8: 1-12.
Sheila Rani Chandrasekaran & Siti Norhawa Mohd Ali. 2014. Inisiatif untuk penjaja,
peniaga kecil mulai 2015. Utusan Malaysia; 19 November.
Stott, D., Salle, J. D. La, & Lanarc-golder, H. B. 2012. Enhancing the local food
movement : A feasibility / business plan for a public food market in Downtown
Victoria Prepared for The Victoria Downtown Public Market Society Prepared
by, (March).
106
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 2002. Pengenalan kepada pendaftaran perniagaan dan
pemerbadanan syarikat. http://mynic.my/event/RoslanHussain-
PresentationSlidesOnROBnROC.pdf [19 Jun 2016].
Terengganu. 2016. Data Asas Negeri Terengganu 2014.
The World Bank. 2010. Assessing Damage and Defining Reconstruction Policy. To
relocate or not to relocate. Safer Homes, Stronger Communities: A Handbook
for Reconstructing after Natural Disasters, 77–92.
Thuaibah@Suaibah, Abu Bakar. 2007. Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti
keusahawanan di Negeri Johor : Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal
Kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. Tesis, Jabatan
Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Tilt, B., Braun, Y. & He, D. 2009. Social impacts of large dam projects: A comparison
of international case studies and implications for best practice. Journal of
Environmental Management, 90(SUPPL. 3), S249–S257.
Tiwari, S. C., Kumar, A. & Kumar, A. 2005. Development & standardization of a
scale to measure socio-economic status in urban & rural communities in India
(October), 309–314.
Webber, M. & McDonald, B. 2004. Involuntary resettlement, production and income:
Evidence from Xiaolangdi, PRC. World Development, 32(4), 673–690.
Widodo, T. 2013. Studi tentang peranan unit pasar dalam pengelolaan sampah di
Pasar Merdeka Kota Samarinda. eJournal Administrasi Negara, 2013, 1 (1),
hlm. 1-7.
William, G. Z. 2003. Research Methods. http://research-methodology.net/research
methods/ [10 Mac 2016].
Woube, M.. 2005. Effects of Resettlement Schemes on the Biophysical and Human
Environments : The Case of the Gambela Region , Ethiopia. Florida: Universal
Publishers.
Zade, J. C. 2009. Public market development strategy : Making the improbable
possible. http://dspace.mit.edu/handle/1721.1/58663. [10 Mei 2016].
LAMPIRAN A
Garis Panduan/Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan :
Pasar Borong, Pasar Basah dan Kering
Perkara Garis Panduan/Piawaian
Perletakan o Ditempatkan di kawasan tumpuan awam atau kawasan perniagaan
Jenis Bangunan yang menghubungkan beberapa kawasan kejiranan.
Tempat Letak Kereta (TLK) o Di kawasan yang dihubungkan oleh jalan utama di pinggir bandar.
o Di kawasan yang tidak mengganggu lalu lintas dan ketenteraman
Keluasan/Saiz Lot
Minimum penduduk yang difikirkan sesuai oleh PBT.
Kemudahan Memunggah Bangunan tunggal
Tempat Menunggu o 1 TLK/46 meter persegi ruang lantai kasar.
Bas/Teksi o Tambahan 1 motosikal/ 84 meter persegi ruang lantai kasar.
Kemudahan Bagi Golongan o Tambahan 2 peratus TLK bagi Orang Kelainan Upaya (OKU)
OKU
Pili Bomba dan Alat dengan ramp.
Pemadam Kebakaran o Tempat letak lori (TLL): Minimum 3 petak, 2.9 meter x 2.9 meter.
Laluan Pejalan Kaki dan o Pasar basah dan kering : Keluasan minimum 0.5 hektar.
Siar Kaki o Pasar borong : Keluasan minimum 4 hingga 12 hektar.
Tempat Pembuangan
Sampah Sementara Kemudahan Sokongan
Tandas Awam Perlu diletakkan berasingan, sesuai diletakkan di belakang bangunan
Lain-Lain Kemudahan Disediakan lay-by bersesuaian dan ditempatkan di luar kawasan
perniagaan sama ada di Jalan susur atau jalan utama.
Menyediakan kemudahan untuk golongan OKU dengan mematuhi Garis
Panduan Reka Bentuk Sejagat (JPB SM. GP015-A, 2011.
Ditempatkan di tempat bersesuaian dan bebas daripada aktiviti
vandalisma.
o Laluan pejalan kaki hendaklah disediakan kemudahan pelanggan.
o Saiz minimum adalah 2.5 meter.
o Pusat pembuangan sampah berasingan bagi bahan-bahan halal dan
tidak halal.
o Menyediakan binaan struktur jenis “Ruang Pemungutan Sisa Pukal,
dan Sisa Pepejal Yang Boleh Dikitar Semula”.
* Sila rujuk “Garis Panduan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Bagi
Pembangunan Baru” dengan lebih terperinci.
Disediakan berasingan untuk lelaki dan perempuan sama ada dalam
bentuk bergerak atau binaan tetap.
o Ruang penimbang.
o Stor sejuk beku berasingan bagi bahan-bahan halal dan tidak halal.
o Papan tanda bangunan.
Sumber: Garis Panduan Perancangan Kawasan Perdagangan, JPBD Disember 2012
108
LAMPIRAN D
Ujian Taburan Normal Ke Atas Faedah dan Impak Penempatan Semula
Ke Atas Persekitaran
Test of Normality
Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
.020
Tahap .144 49 .012 .943 49
persetujuan
faedah
penempatan
semula
Impak .090 49 .200* .969 49 .222
penempatan
semula ke
atas
persekitaran
*. This is lower bound of the true significance
a. Lilliefors Significance Correction
109
LAMPIRAN E
Gambar semasa kajian lapangan di Jerteh Souq
Gambar 1 Bangunan Jerteh Souq di bahagian hadapan
Gambar 2 Bangunan pasar buah-buahan
110
Gambar 3 Surau untuk peniaga di aras satu
Gambar 4 Bahagian medan selera, Jerteh Souq
111
Gambar 5 Kerosakan yang wujud di Bangunan Jerteh Souq