36
Pengumpulan data i. Analisis deskriptif (kekerapan
& taburan silang)
ii. Analisis Ujian Mann-Whitney
U
Hasil kajian
Analisis data
i. Soal Selidik
ii. Temubual tidak berstruktur (informal)
iii. Pemerhatian tidak turut serta di lapangan
iv. Data sekunder
Rajah 3.6 Reka bentuk kajian penyelidikan
3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengkaji
untuk mengumpul data dalam kajian yang dilaksanakan. Antara kaedah yang
digunakan dalam kajian ini ialah dengan mengumpul data primer, sekunder, temubual
secara informal dan pemerhatian tidak turut serta di lapangan.
3.4.1 Data Primer
Pengkaji mendapatkan data primer berdasarkan pendekatan kaedah tinjauan dalam
menyempurnakan kajian ini. Chua (2011) menyatakan bahawa kaedah tinjauan
merupakan satu pendekatan yang paling popular digunakan dalam kalangan pengkaji
terutamanya dalam bidang sains sosial. Hal ini demikian kerana kaedah tinjauan ini
dapat membantu penyelidik memungut data dengan cepat iaitu dalam tempoh masa
yang singkat. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan
maklumat dan data primer secara terus daripada sampel kajian iaitu para peniaga di
Jerteh Souq.
37
3.4.2 Data Sekunder
Kajian pustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada data sekunder.
Data sekunder merupakan data yang tidak diperoleh daripada sumber pertama yang
ingin dikaji pengkaji. Data sekunder diperoleh daripada terbitan kementerian, jabatan,
pihak berkuasa tempatan (PBT) dan terbitan lain lagi. Pengkaji banyak mendapatkan
jurnal, makalah, tesis dan akhbar bagi mendapatkan penerangan yang jelas berkaitan
isu utama di pasar awam dalam melaksanakan kajian ini. Selain itu, sumber jurnal,
makalah dan tesis juga digunakan bagi mendapatkan kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan pengkaji lain. Pengkaji juga mendapatkan maklumat berkaitan kawasan
kajian daripada PBT berkenaan dengan senarai peniaga yang menyewa di Jerteh Souq
(LAMPIRAN B), Data Asas Negeri Terengganu 2014, Rancangan Tempatan Daerah
Besut 2020 dan laporan cadangan pembangunan semula Bandar Jerteh. Rujukan
sumber daripada internet juga digunakan bagi menyempurnakan kajian ini.
3.4.3 Temubual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Turut Serta
Temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta di lapangan adalah
bertujuan untuk mengukuhkan dapatan yang diperoleh daripada responden. Temubual
secara informal merupakan satu kaedah temubual yang dijalankan tanpa membina
soalan dan pengkaji mengemukakan soalan secara spontan kepada responden (Chua
2011). Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah menjalankan temubual
tidak berstruktur (informal) bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Penjaja dan Peniaga
Kecil Jerteh Souq. Selain itu, peniaga di Jerteh Souq yang menjadi sebahagian sampel
kajian turut terlibat dalam temubual secara informal ini. Hal ini demikian kerana,
pengkaji ingin memahami dengan lebih mendalam berkenaan tahap kepuasan dan
tahap persetujuan responden ke atas penempatan semula mereka di Jerteh Souq. Selain
itu, temubual ini juga diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian pengkaji di lapangan.
Pembuktian pemerhatian ini adalah melalui foto di lapangan. Oleh hal demikian dapat
disimpulkan bahawa temubual dan pemerhatian merupakan kaedah alternatif bagi
mendapatkan data tambahan daripada responden dan kawasan yang dikaji.
38
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian berkaitan impak penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq melibatkan
penggunaan borang soal selidik berstruktur. Bentuk soal selidik yang dibina dalam
kajian ini menggunkan lima pendekatan iaitu soalan tertutup, soalan subjektif terbuka,
aneka pilihan dan skala likert. Selain itu, pengkaji banyak menggunakan ayat pendek
dan ringkas bagi setiap item yang dikaji. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan
responden memahami setiap item soalan yang dibina. Soalan ini juga dapat mewakili
dengan tepat aspek yang dinilai bagi mencapai objektif kajian.
Pengkaji telah membentuk lima bahagian dalam soal selidik ini. Bahagian A
merupakan soalan-soalan yang lebih memfokuskan kepada ciri-ciri demografi
responden manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti latar belakang
perniagaan di Jerteh Souq. Bahagian C dan D pula adalah lebih memfokuskan kepada
persepsi dan impak penempatan semula peniaga di Bangunan Jerteh Souq. Pada
Bahagian D terdapat enam aspek penilaian iaitu lokasi, ruang kedai, pendapatan,
kemudahan, kesihatan dan keselamatan serta persekitaran. Selain itu, bahagian ini
juga mengambil kira faedah penempatan semula peniaga di Jerteh Souq.
Bahagian terakhir pada borang soal selidik dalam kajian ini ialah Bahagian E.
Bahagian ini menumpukan kepada penilaian responden ke atas penempatan semula
mereka di Bangunan Jerteh Souq. Pengkaji juga mendapatkan pandangan responden
berkenaan Jerteh Souq. Jadual 3.2 menunjukkan secara ringkas pembahagian bahagian
soal selidik dalam kajian ini. Secara jelasnya, borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden adalah seperti yang terdapat di Lampiran C.
Jadual 3.2 Format bahagian soal selidik
Bahagian Nombor Item Penerangan Bil. Soalan
A A1 - A9 Profil responden 9
B B10 - B19 Latar belakang perniagaan di Jerteh Souq 10
C C20 - C25 Persepsi penempatan semula 10
D D26 - D29 Impak penempatan semula 39
E E30 - E34 Penilaian menyeluruh ke atas penempatan semula 5
39
3.5.1 Kaedah Pemilihan Sampel
Jumlah populasi peniaga di Jerteh Souq yang terkini sehingga Februari 2016 adalah
sebanyak 54 orang. Jumlah ini diperoleh daripada Ahli Jawatankuasa Penjaja dan
Peniaga Kecil Jerteh Souq. Pemilihan responden pula dipilih adalah berdasarkan
kepada persampelan bukan kebarangkalian iaitu kaedah persampelan bertujuan
(purposive sampling). Secara umumnya, persampelan bertujuan dianggap paling
sesuai untuk pemilihan sampel saiz yang kecil dari kawasan atau penduduk yang
terhad (http://www.kenpro.org/sampling-procedures/). Oleh hal demikian, sampel
untuk kajian ini mestilah terdiri daripada peniaga yang berniaga di Jerteh Souq sahaja.
Jumlah responden yang dipilih pengkaji adalah berasaskan kepada formula
pengiraan saiz sampel oleh Krejcie & Morgan (1970). Pengiraan tersebut ditunjukkan
pada Rajah 3.7. Merujuk kepada sumber lain yang diperoleh daripada Fauzi Hussin et
al. (2014), penentuan saiz sampel oleh Cohen (1969) juga digunakan bagi
mengukuhkan lagi penentuan saiz sampel iaitu sebanyak 48 orang peniaga sebagai
responden dalam kajian seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.3. Namun begitu,
dalam kajian ini pengkaji telah mendapatkan 49 orang responden.
40
Rajah 3.7 Pengiraan sampel saiz Krejcie dan Morgan (1970)
Krejcie & Morgan (1970)
s = 47.45
# s = 48
s = saiz sampel yang diperlukan
N = saiz populasi yang dikenalpasti (54 orang peniaga)
P = perkadaran populasi diandaikan 0.5 kerana magnitud ini akan menghasilkan saiz sampel yang
maksimum.
d = darjah ketepatan yang maksimum (0.05)
x2 = nilai khi kuasa dua daripada jadual pada darjah kebebasan 1 iaitu 3.841
Sumber: http://www.kenpro.org/sample-size-determination-using-krejcie-and-morgan-table/ [10 Mac
2016]
Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan soalan
kepada responden berdasarkan obektif utama kajian ini dilaksanakan. Borang soal
selidik diagihkan kepada peniaga dari aras satu hingga tiga di Bangunan Jerteh Souq.
Soalan yang dibina adalah untuk mendapatkan persepsi peniaga. Responden yang
dipilih juga adalah berumur 20 tahun dan ke atas.
41
Jadual 3.3 Jadual penetuan saiz sampel (Cohen 1969)
NSNSNSNS N S
10 10 70 59 160 113 280 162 500 217
15 14 75 63 170 118 290 165 550 226
20 19 80 66 180 123 300 169 600 234
25 24 85 70 190 127 320 175 650 242
30 28 90 73 200 132 340 181 700 248
35 32 95 76 210 136 360 186 750 254
40 36 100 80 220 140 380 191 800 260
45 40 110 86 230 144 400 196 850 265
50 44 120 92 240 148 420 201 900 269
55 48 130 97 250 152 440 205 950 274
60 52 140 103 260 155 460 210 1000 278
65 56 150 108 270 159 480 214 1100 285
* N ialah saiz populasi.
* S ialah saiz sampel.
Sumber: Diolah daripada Fauzi Hussin et al. (2014)
3.6 KAEDAH ANALISIS DATA
Borang soal selidik yang telah dijawab dan diisi lengkap oleh responden akan diproses
dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social
Science (SPPS) versi 22.0. Penggunaan perisian ini memudahkan pengkaji untuk
menginterpretasi keseluruhan data daripada borang soal selidik serta membuat
penilaian dan rumusan kajian dengan lebih tepat. Hasil analisis dalam kajian ini
dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai. Bentuk persembahan data ini
dapat memudahkan pembaca memahami hasil daripada dapatan kajian yang telah
dianalisis. Data daripada kajian ini akan melibatkan kaedah analisis deskriptif dan
ujian Mann-Whitney U.
3.6.1 Analisis Deskriptif
Menurut William (2003), analisis deskriptif ialah satu transformasi data mentah ke
dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan ditafsir. Selain itu, data-data juga
disusun semula serta dimanipulasi untuk menghasilkan maklumat deskriptif.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji
melakukan analisis deskriptif bagi menghuraikan dapatan kajian secara umum.
42
Penerangan ini dilakukan ke atas data yang telah dikumpul melalui soal selidik.
Kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang terdiri daripada analisis kekerapan
dan taburan silang (crosstab).
Analisis kekerapan adalah satu analisis asas dalam sesuatu penyelidikan dan
merupakan salah satu ukuran tunggal untuk memperihalkan set data. Analisis ini
tertumpu kepada pengukuran min, mod dan median. Selain itu, dapatan kajian ini juga
menggunakan analisis taburan silang. Analisis taburan silang merupakan salah satu
alat analisis yang paling berguna dalam penyelidikan. Penggunaan analisis taburan
silang secara meluas dalam hasil analisis kaji selidik adalah untuk mengetahui hubung
kait atau interaksi antara pembolehubah (Anon 2011).
Analisis kekerapan dilakukan dalam kajian ini bagi memberi gambaran secara
umum ke atas ciri-ciri demografi responden dan latar belakang perniagaan di Jerteh
Souq. Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis kekerapan dengan mengambil kira
bilangan dan peratusan bagi impak penempatan semula ke atas persekitaran, faedah
penempatan semula dan penilaian keseluruhan penempatan semula. Seterusnya,
analisis taburan silang lebih menumpukan kepada dapatan untuk persepsi dan impak
penempatan semula berdasarkan kepada pembolehubah yang terdapat dalam kajian
ini. Hasil analisis ini adalah dalam unit peratus dan bilangan. Selain itu persembahan
data daripada hasil analisis ini adalah dalam bentuk rajah, carta pai dan jadual. Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa penggunaan analisis deskriptif adalah salah satu cara
menyediakan ringkasan mudah ke atas sampel yang dikaji.
3.6.2 Analisis Ujian Mann-Whitney U
Analisis ujian Mann-Whitney U merupakan satu ujian bukan parametrik. Ujian ini
adalah untuk menganalisis perbezaan antara dua sampel bebas dengan variabel
bersandar. Tujuan ujian Mann-Whitney U adalah untuk menguji sama ada nilai
median bagi variabel bersandar mempunyai perbezaan signifikan atau tidak antara dua
kategori bagi variabel bebas. Menurut Chua (2013), ujian ini biasa digunakan dalam
kajian tinjauan membandingkan persepsi, pendapat atau tahap persetujuan antara dua
kumpulan sampel bebas berkenaan sesuatu isu.
43
Sebelum pengkaji melakukan analisis ke atas data yang diperoleh, pengkaji
telah menjalankan ujian kenormalan (test of normality) bagi memastikan data yang
dianalisis menggunakan analisis inferens yang sesuai. Berdasarkan ujian normaliti
Ujian Kolmogorov Smirnov dan Shapiro-Wilk, pengkaji mendapati bahawa data bagi
impak penempatan semula ke atas persekitaran Jerteh Souq adalah bertaburan normal
kerana nilai Sig. bagi kedua-dua ujian ini menunjukkan tidak signifikan di mana
nilainya lebih besar daripada 0.05 manakala data bagi faedah penempatan semula
adalah bertaburan tidak normal (LAMPIRAN D).
Pengkaji menggunakan ujian ini adalah untuk mendapatkan perbezaan antara
kumpulan jantina ke atas faedah penempatan semula serta pegalaman berniaga dan
impak penempatan semula ke atas persekitaran. Analisis ini digunakan dalam kajian
ini adalah disebabkan pengukuran skor skala ordinal yang dikumpul daripada
responden. Pengkaji juga mempersembahkan analisis ujian Mann-Whitney U dalam
bentuk graf boxplot bagi mengukuhkan dapatan yang diperoleh daripada analisis
ujian.
3.7 KESIMPULAN
Bandar Jerteh merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Besut. Perancangan
pembangunan semula Bandar Jerteh telah menyebabkan peniaga di pasar lama
dipindahkan ke Bangunan Jerteh Souq. Penempatan semula para peniaga di Jerteh
Souq adalah untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan lebih terjamin
kerana struktur pasar lama yang tidak selamat untuk digunakan. Secara
keseluruhannya, kajian ini menggunakan satu kaedah yang ringkas dan terperinci bagi
menghasilkan dapatan yang selari dengan objektif kajian. Penggunaan soal selidik
dalam kajian ini adalah bagi mendapatkan profil peniaga di Jerteh Souq dan latar
belakang perniagaannya. Borang soal selidik yang diedarkan adalah untuk
mendapatkan pandangan peniaga dan impak penempatan semula mereka ke Jerteh
Souq. Temubual informal dan pemerhatian tidak turut serta adalah satu kaedah yang
digunakan pengkaji dalam kajian ini bagi mengukuhkan dapatan. Penggunaan SPSS
pula adalah untuk menganalisis data secara deskriptif dan menjalankan ujian bukan
parametrik. Perisian ini memudahkan pengkaji untuk menganalisis data.
BAB IV
PERSEPSI DAN IMPAK PENEMPATAN SEMULA JERTEH SOUQ
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan secara terperinci berkaitan dengan latar belakang responden
dan latar belakang aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh peniaga di Bangunan
Jerteh Souq. Selain itu, penerangan berkaitan persepsi peniaga dan impak ke atas
sosioekonomi peniaga juga turut dibincangkan pada bab ini. Kaedah borang soal
selidik digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat daripada peniaga di
Bangunan Jerteh Souq. Sebanyak 49 borang soal selidik diedarkan kepada peniaga.
Analisis statistik deskriptif digunakan bagi mengetahui ciri-ciri demografi, latar
belakang perniagaan di Jerteh Souq dan penilaian penempatan semula. Persepsi dan
impak penempatan semula banyak menggunakan analisis taburan silang.
4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Latar belakang responden adalah terdiri daripada ciri-ciri demografi dalam kalangan
peniaga di Jerteh Souq. Antara aspek yang dilihat pada latar belakang responden ialah
jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, pendapatan bulanan dan
jarak peniaga untuk ke Jerteh Souq.
45
Jadual 4.1 Ciri-ciri demografi peniaga
Pembolehubah Penerangan Bilangan (org) Peratus (%)
Jantina Lelaki 18 36.7
Umur Perempuan 31 63.3
20 tahun hingga 29 tahun 11 22.4
Bangsa 30 tahun hingga 39 tahun 11 22.4
Taraf Perkahwinan 40 tahun hingga 49 tahun 7 14.3
Tahap Pendidikan 50 tahun hingga 59 tahun 6 12.2
60 tahun dan ke atas 14 28.6
Pendapatan Bulanan Melayu 49 100
Bujang 9 18.4
Jarak ke Jerteh Souq Berkahwin 40 81.6
Tidak bersekolah 2 4.1
Jumlah Sekolah Rendah 7 14.3
SRP/PMR 6 12.2
SPM 24 49.0
STPM 5 10.2
Diploma 3 6.1
Ijazah 2 4.1
Bawah RM 1000 20 40.8
RM 1001 hingga RM 2800 22 44.9
RM2801 hingga RM 4600 2 4.1
RM 4601 hingga RM 6400 4 8.2
RM 6401 dan ke atas 1 2
1 km hingga 5 km 23 46.9
6 km hingga 10 km 9 18.4
11 km hingga 15 km 9 18.4
16 km hingga 20 km 6 12.2
Lebih daripada 21 km 2 4.1
49 100
4.2.1 Jantina dan Bangsa
Berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan didapati bahawa peniaga di Bangunan
Jerteh Souq lebih didominasi oleh kaum wanita iaitu sebanyak 31 orang responden
bersamaan 63.3 peratus manakala 36.7 peratus iaitu bersamaan 18 orang terdiri dalam
kalangan peniaga lelaki seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.1. Hal ini dapat
diperkukuhkan lagi dengan kajian yang telah dijalankan oleh Thuaibah@Suaibah
Binti Abu Bakar (2007), mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang mendorong
golongan wanita untuk melibatkan diri dalam perniagaan antaranya adalah disebabkan
faktor minat, ingin mencapai cita-cita dan faktor ingin berdikari. Selain itu, peniaga di
Bangunan Jerteh Souq juga didominasi oleh kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti
penduduk di Daerah Besut merupakan komuniti berketurunan Melayu.
46
4.2.2 Umur
Merujuk Jadual 4.1, kebanyakan peniaga di Bangunan Jerteh Souq terdiri dalam
kalangan belia iaitu berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun (Akta Pertubuhan Belia
dan Pembangunan Belia 2007). Pengkaji membahagikan golangan belia kepada dua
kumpulan umur iaitu 20 tahun hingga 29 tahun dan 30 tahun hingga 39 tahun. Peratus
yang dicatatkan oleh kumpulan umur ini adalah sama iaitu 22.4 peratus yang diwakili
oleh 11 orang bagi setiap kumpulan umur tersebut. Kumpulan umur tertinggi
dicatatkan oleh responden yang berumur 60 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 28.6
peratus. Responden yang berumur 60 tahun dan ke atas boleh dikategorikan sebagai
warga emas mengikut definisi yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia dalam Dasar Warga Emas Negara.
4.2.3 Taraf Perkahwinan
Berdasarkan hasil analisis, didapati bahawa taraf perkahwinan peniaga yang telah
berkahwin di Bangunan Jerteh Souq mendominasi berbanding peniaga yang belum
berkahwin. Peratus responden yang telah berkahwin ialah sebanyak 81.6 peratus
manakala responden yang belum berkahwin atau bujang adalah sebanyak 18.4 peratus.
Hal ini boleh dikaitkan dengan struktur umur peniaga-peniaga di Jerteh Souq yang
berumur dari 20 tahun hingga 60 tahun ke atas. Keadaan ini juga boleh dikaitkan
dengan purata umur berkahwin bagi Semenanjung Malaysia antara umur 21 tahun
hingga 22 tahun (Abdul Aziz Jemain & Puzziawati Ab Ghani 2003).
4.2.4 Tahap Pendidikan
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati tahap pendidikan responden di Bangunan Jerteh
Souq kepada tujuh tahap iaitu tidak bersekolah, sekolah rendah, SRP/PMR, SPM,
STPM, Diploma dan Ijazah. Taburan tahap pencapaian pendidikan tertinggi pula
menunjukkan hampir separuh daripada mereka mempunyai pendidikan sehingga
SPM. Tahap pendidikan sehingga SPM mencatatkan peratus yang tertinggi dalam
kalangan responden iaitu 49 peratus, manakala tahap pendidikan sehingga sekolah
rendah mencatatkan peratus kedua tertinggi iaitu sebanyak 14.3 peratus responden.
47
Responden yang tidak bersekolah dan memiliki Ijazah mencatatkan peratusan yang
sama iaitu sebanyak 4.1 peratus. Hasil analisis ini mendapati bahawa tahap pendidikan
tidak memainkan peranan penting untuk mendorong mereka menceburi bidang
perniagaan (tidak formal) pada skala kecil.
4.2.5 Pendapatan Bulanan
Pendapatan bulanan merupakan salah satu aspek dalam sosioekonomi. Pengkaji telah
membahagikan kepada lima kelompok pendapatan daripada data mentah yang
diperoleh daripada responden. Hasil analisis mendapati bahawa pendapatan bulanan
antara RM 1001 hingga RM 2800 mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 44.9 peratus
bersamaan 22 orang responden. Pendapatan bawah RM 1000 merupakan peratus
kedua tertinggi iaitu 40.8 peratus bersamaan 20 orang responden. Bagi pendapatan
antara RM 2801 hingga RM 4600 dan RM 4601 hingga RM 6400 masing-masing
mencatatkan sebanyak 4.1 peratus dan 8.2 peratus. Jumlah pendapatan bulanan antara
RM 6401 dan ke atas mencatatkan peratusan terkecil iaitu dua peratus sahaja yang
diwakili oleh seorang responden sahaja.
4.2.6 Jarak ke Jerteh Souq
Bangunan Jerteh Souq telah dibina bersebelahan dengan tapak pasar lama. Jarak
antara tapak pasar lama ke Jerteh Souq ialah 500 meter sahaja. Berdasarkan analisis
soal selidik yang telah dijalankan ke atas 49 orang responden, didapati sebanyak 4.1
peratus responden yang tinggal pada jarak paling jauh iaitu lebih daripada 21
kilometer (km). Kebanyakan responden yang berniaga di Jerteh Souq tinggal di antara
1 km hingga 5 km dan mencatakan sebanyak 46.9 peratus. Jarak 6 km hingga 10 km
dan 11 km hingga 15 km mencatatkan peratusan yang sama iaitu 18.4 peratus
bersamaan sembilan orang responden manakala jarak 16 km hingga 20 km
mencatatkan sebanyak 12.2 peratus responden . Oleh hal demikian, masalah berkaitan
kos pengangkutan seperti petrol tidak menjejaskan pendapatan dalam kalangan
peniaga di Bangunan Jerteh Souq kerana jaraknya tidak terlampau jauh dari tapak
pasar lama.
48
4.3 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DI JERTEH SOUQ
Jadual 4.2 menunjukkan latar belakang atau ciri-ciri perniagaan yang terdapat di
Bangunan Jerteh Souq. Ciri-ciri perniagaan di setiap pasar adalah berbeza. Taraf
perniagaan yang terdapat di Bangunan Jerteh Souq ialah perseorangan dan syarikat
sendirian berhad. Namun begitu, hampir keseluruhan responden di Bangunan Jerteh
Souq merupakan perniagaan yang bertaraf hak milik perseorangan iaitu 95.9 peratus
manakala 4.1 peratus sahaja yang menjalankan perniagaan bertaraf syarikat sendirian
berhad iaitu perniagaan berasaskan peralatan lain isi rumah dan perkhidmatan pos.
Ciri perniagaan yang seterusnya ialah kategori atau jenis perniagaan yang
dijalankan oleh responden di Bangunan Jerteh Souq. Berdasarkan analisis soal selidik
yang telah dijalankan, pengkaji telah membahagikan kepada 10 kategori perniagaan.
Antara kategori perniagaan yang mencatatkan penglibatan tertinggi ialah kategori
perniagaan pakaian dan tekstil iaitu 28.6 peratus. Kategori perniagaan lain-lain serta
keropok dan kerepek mencatatkan peratusan kedua tertinggi iaitu 12.2 peratus.
Makanan sedia masak dan sayur-sayuran pula mencatatkan peratusan ketiga tertinggi
iaitu 10.2 peratus manakala lima kategori perniagaan yang mencatatkan peratus
terkecil iaitu sebanyak 4.1 peratus. Lima kategori perniagaan tersebut ialah minuman,
ikan, buah-buahan, kelapa dan santan serta kedai menjahit pakaian. Kategori
perniagaan yang menjual ayam sahaja pula adalah sebanyak 6.1 peratus. Tapak niaga
Jerteh Souq boleh dianggap sebagai pusat sehenti bagi penduduk di sekitar Daerah
Besut kerana menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Tapak niaga di Bangunan Jerteh Souq pula menyediakan jenis kedai yang
berbeza mengikut kategori barangan niaga oleh para peniaga. Berdasarkan
pemerhatian di lapangan dan soal selidik yang diedarkan kepada responden, pengkaji
mendapati terdapat tiga jenis kedai yang ditawarkan oleh pihak Majlis Daerah Besut
(MDB). Sebanyak 26 orang responden iaitu 53.1 peratus menyewa ruang niaga, 21
orang responden bersamaan 42.9 peratus menyewa bangku dan hanya dua orang
responden (4.1 peratus) sahaja yang menyewa kiosk. Di Jerteh Souq, jenis kedai ruang
niaga disediakan bagi peniaga yang menjual makanan, pakaian dan tekstil,
perkhidmatan pos dan lain-lain manakala bangku disediakan kepada peniaga buah-
49
buahan, sayur, ayam, ikan dan lain-lain. Jenis kedai berkiosk pula disediakan kepada
peniaga air minuman, aksesori pakaian, tudung dan lain-lain.
Umum mengetahui kebanyakan peniaga di Jerteh Souq menjalankan aktiviti
perniagaan secara informal dan berniaga kecil-kecilan. Oleh hal demikian, sebanyak
67.3 peratus iaitu lebih daripada separuh responden tidak menggunakan tenaga kerja
manakala 32.7 peratus mempunyai pekerja. Bilangan tenaga kerja yang paling ramai
di Bangunan Jerteh Souq adalah sebanyak 15 orang pekerja dan diikuti lima orang
bilangan pekerja. Peratusan bagi kedua-dua bilangan pekerja tersebut adalah sama
iaitu dua peratus responden. Peratusan yang sama iaitu 8.2 peratus turut dicatatkan
bagi responden yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak dua dan tiga orang
manakala 12.2 peratus bagi responden yang mempunyai seorang pekerja.
Pengalaman berniaga merupakan faktor yang penting bagi tujuan penilaian ke
atas penempatan semula para peniaga di Jerteh Souq. Pengkaji telah membahagikan
pengalaman berniaga kepada enam kumpulan. Pengalaman melebihi 22 tahun dan ke
atas mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 30.6 peratus responden. Sebanyak 18.4
peratus yang mempunyai pengalaman kurang daripada setahun. Berdasarkan temua
bual secara informal bersama responden, pengkaji mendapati responden yang
mempunyai pengalaman kurang daripada setahun adalah disebabkan mereka baru
melibatkan diri dalam perniagaan dan mewarisi perniagaan ibu atau bapa mereka.
Pengalaman berniaga antara 2 tahun hingga 6 tahun adalah sebanyak 16.3 peratus
responden manakala 7 tahun hingga 11 tahun mencatatkan peratusan 14.3 peratus
responden. Kumpulan pengalaman seterusnya ialah 12 tahun hingga 16 tahun dan 17
tahun hingga 21 tahun. Peratusan yang dicatatkan bagi kumpulan pengalaman
berniaga berikut adalah 8.2 peratus dan 12.2 peratus. Pengalaman berniaga 12 tahun
hingga 16 tahun telah mencatatkan peratusan yang terkecil berbanding kumpulan
pengalaman berniaga yang lain.
Pendapatan bersih hasil jualan dirujuk sebagai keuntungan. Keuntungan pula
merupakan salah satu aspek untuk menilai prestasi sesebuah perniagaan dari segi
kewangan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas responden yang berniaga
di Jerteh Souq, pengkaji mendapati keuntungan yang paling ramai direkodkan oleh
50
responden adalah RM 1000 hingga RM 1999 iaitu sebanyak 38.8 peratus, manakala
pendapatan bersih hasil jualan yang kurang daripada RM 999 mencatatkan peratusan
kedua tertinggi iaitu 36.7 peratus. Keuntungan di antara RM 3000 hingga RM 3999
merekodkan peratusan terkecil iaitu 4.1 peratus responden. Selain itu, keuntungan di
antara RM 2000 hingga RM 2999 dan RM 4000 dan ke atas mencatatkan peratusan
masing-masing iaitu 12.2 peratus dan 8.2 peratus. Pengkaji telah membahagikan
pendapatan bersih hasil jualan kepada lima kumpulan.
Tempoh masa berniaga juga diambil kira bagi mengetahui ciri-ciri perniagaan
di Bangunan Jerteh Souq. Hasil analisis dapatan daripada soal selidik, pengkaji
mendapati peniaga di Bangunan Jerteh Souq menghabiskan masa berniaga di antara 7
jam hingga 12 jam. Majoriti responden iaitu sebanyak 73.5 peratus menghabiskan
masa selama 8 jam hingga 10 jam untuk berniaga, manakala peniaga yang berniaga
dalam tempoh 7 jam, 11 jam dan 12 jam masing-masing mencatatkan peratusan
sebanyak 14.3 peratus, 8.2 peratus dan 4.1 peratus. Namun begitu, waktu peniaga
memulakan perniagaan adalah berbeza dan bergantung juga kepada jenis barangan
yang dijual. Kebanyakan peniaga yang menjual barangan basah dan makanan sedia
masak memulakan perniagaan seawal jam 7 pagi, manakala peniaga lain memulakan
waktu berniaga antara jam 8 pagi hingga 10 pagi.
51
Jadual 4.2 Ciri-ciri perniagaan di Jerteh Souq
Pembolehubah Penerangan Bilangan (org) Peratus (%)
Taraf Perniagaan Perseorangan 47 95.9
Kategori Perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. 2 4.1
Pakaian dan tekstil 14 28.6
Jenis Kedai Makanan sedia masak 5 10.2
Bilangan Pekerja Minuman 2 4.1
Ayam 3 6.1
Pengalaman Berniaga Ikan 2 4.1
Buah-buahan 2 4.1
Pendapatan Bersih Jualan Sayur-sayuran 5 10.2
Tempoh Masa Berniaga Kelapa dan santan 2 4.1
Keropok dan kerepek 6 12.2
Jumlah Kedai menjahit pakaian 2 4.1
Lain-lain 6 12.2
Ruang niaga 26 53.1
Bangku 21 42.9
Kiosk 2 4.1
Tiada pekerja 33 67.3
1 orang pekerja 6 12.2
2 orang pekerja 4 8.2
3 orang pekerja 4 8.2
5 orang pekerja 1 2
15 orang pekerja 1 2
Kurang daripada 1 tahun 9 18.4
2 tahun hingga 6 tahun 8 16.3
7 tahun hingga 11 tahun 7 14.3
12 tahun hingga 16 tahun 4 8.2
17 tahun hingga 21 tahun 6 12.2
22 tahun dan ke atas 15 30.6
Kurang daripada RM 999 18 36.7
RM 1000 hingga RM 1999 19 38.8
RM 2000 hingga RM 2999 6 12.2
RM 3000 hingga RM 3999 2 4.1
RM 4000 dan ke atas 4 8.2
7 jam 7 14.3
8 jam 12 24.5
9 jam 11 22.4
10 jam 13 26.5
11 jam 4 8.2
12 jam 2 4.1
49 100
52
2% 2%
10.2%
16.3%
69.4%
Minat Mewarisi perniagaan Tiada pekerjaan lain
Pendapatan yang lumayan Dorongan anak-anak
Rajah 4.1 Faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga
Rajah 4.1 menunjukkan faktor-faktor yang mendorong peniaga di Jerteh Souq untuk
berniaga. Terdapat lima faktor yang mendorong responden untuk berniaga antaranya
ialah minat, dorongan anak-anak, tiada pekerjaan lain, mewarisi perniagaan dan
pendapatan daripada aktiviti perniagaan yang lumayan. Berdasarkan dapatan dari
kajian lapangan, pengkaji mendapati kebanyakan responden mempunyai minat untuk
berniaga. Sebanyak 69.4 peratus responden mempunyai minat yang mendalam bagi
melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan manakala 16.3 peratus responden yang
mewarisi perniagaan ahli keluarga mereka. Responden yang mewarisi perniagaan ini
adalah disebabkan oleh tahap kesihatan ibu atau bapa mereka yang kurang baik.
Terdapat 10.2 peratus responden yang berniaga disebabkan oleh tiada pekerjaan lain
untuk dilakukan. Oleh hal demikian, mereka terpaksa melibatkan diri dalam
perniagaan bagi memperoleh pendapatan hasil daripada aktiviti jualan di Bangunan
Jerteh Souq. Faktor dorongan anak-anak dan pendapatan yang lumayan mencatatkan
peratusan yang sama iaitu dua peratus.
Peratus (%) 100 100 53
90 83.7 93.9
80 Ya
70 83.7 Tidak
60
50 16.3
40 6.1
30 16.3
20 0
10
0
Rajah 4.2 Sumber modal perniagaan
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Noordeyana Tambi et al. (2016),
kelangsungan perniagaan berskala kecil adalah bergantung kepada pemilikan modal.
Pemilikan modal merupakan satu elemen yang penting. Berdasarkan kajian ke atas
peniaga di Bangunan Jerteh Souq yang ditunjukkan pada Rajah 4.2, pengkaji
mendapati sebahagian besar iaitu 83.7 peratus responden memulakan perniagaan
dengan menggunakan simpanan peribadi manakala lapan orang responden lain iaitu
16.3 peratus memulakan perniagaan dengan mendapatkan modal daripada agensi dan
syarikat kewangan/bank. Antara contoh agensi kewangan yang membantu peniaga di
Bangunan Jerteh Souq ialah Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN),
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Kajian ini juga telah mendapati bahawa peniaga-peniaga di
Jerteh Souq tidak mendapatkan modal berniaga melalui jualan peribadi. Namun
begitu, sebanyak 16.3 peratus responden memulakan pernigaan bersumberkan
daripada modal yang diperoleh daripada agensi manakala 6.1 peratus responden
memperoleh modal daripada Agrobank dan BSN.
54
4.4 PERSEPSI KE ATAS PENEMPATAN SEMULA PENIAGA KE JERTEH
SOUQ
Persepsi merupakan suatu gambaran atau bayangan berkaitan tentang sesuatu perkara.
Oleh itu, pengkaji telah mendapatkan pandangan para peniaga ke atas penempatan
semula mereka ke Bangunan Jerteh Souq. Antara persepsi yang dinilai dalam kajian
ini adalah berkaitan dengan tarikan utama pengunjung ke Jerteh Souq. Selain itu,
pengkaji juga mendapatkan pandangan daripada responden berkaitan dengan tahap
kepuasan responden dengan penempatan semula, lokasi penempatan semula peniaga-
peniaga dari Pasar Lama Ke Jerteh Souq, keluasan kedai yang baharu, tahap
kebersihan, tahap ketersampaian dan kadar sewa bulanan.
4.4.1 Hubungan Tarikan Pengunjung Ke Jerteh Souq
Peratus (%) 100 32.7
90 6.1 8.2 4.1 6.1
Tingkat 2 0
80
Aras Kedai Tingkat 3
70
60
50
40
30 26.5
20 16.3
10 0
0
Tingkat 1
Tahap ketersampaian yang baik Kepelbagaian barangan jualan
Harga barang berpatutan
Rajah 4.3 Tarikan utama ke Jerteh Souq
Rajah 4.3 menunjukkan peratusan tarikan utama pengunjung ke Jerteh Souq
berdasarkan kepada pandangan responden mengikut tingkat kedai. Hasil analisis
secara keseluruhan menunjukkan sebanyak 53.1 peratus responden menyatakan
bahawa peniaga di Jerteh Souq dapat menarik pengunjung kerana menyediakan
barangan yang pelbagai seperti ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan
55
lain-lain, manakala 40.8 peratus responden bersetuju bahawa harga barangan yang
ditawarkan di Jerteh Souq adalah berpatutan. Namun begitu, 6.1 peratus responden
menyatakan bahawa tahap ketersampaian/kemudahsampaian yang baik untuk ke
Jerteh Souq menjadi tarikan utama pengunjung untuk berkunjung.
Merujuk pada aras kedai responden, pengkaji mendapati hanya responden di
tingkat dua sahaja iaitu 6.1 peratus responden bersetuju bahawa tarikan utama
pengunjung ke Jerteh Souq adalah disebabkan tahap kemudahsampaian yang baik. Hal
ini boleh dikaitkan bahawa kedudukan tingkat ini adalah sama dengan perhentian bas
di Bandar Jerteh. Selain itu, sebanyak 16.3 peratus responden tingkat satu bersetuju
bahawa kepelbagaian barangan jualan dapat menarik minat pengunjung untuk
berkunjung ke Jerteh Souq manakala responden di tingkat dua dan tiga mencatatkan
peratusan masing-masing iaitu 32.7 peratus dan 4.1 peratus.
Tawaran harga yang berpatutan serta boleh tawar menawar telah dapat
menarik pengunjung untuk berkunjung ke Jerteh Souq. tingkat satu mencatatkan
peratusan tertinggi iaitu 26.5 peratus responden berbanding tingkat-tingkat yang lain.
Tingkat kedua merekodkan sebanyak 8.2 peratus manakala tingkat tiga mencatatkan
sebanyak 6.1 peratus responden. Namun begitu, responden juga berpendapat bahawa
faktor ruang niaga yang selesa serta kemudahan yang lengkap tidak menjadi daya
tarikan pengunjung untuk berkunjung. Hal ini dapat disimpulkan bahawa para peniaga
kecil dan penjaja lebih memilih kawasan yang lebih menjadi tumpuan orang ramai
berbanding keselamatan dan keselesaan para peniaga serta pengunjung.
56
4.4.2 Tahap Kepuasan Responden Dengan Penempatan Semula
25 22.4
20
Peratus (%) 15
10 8.2 8.2 8.2
6.1 6.1
5 4.1 4.1 4.1 4.1 4.1 4.1
22
2 22 22 2
0 0 0 0 0 0 0 0 00
0
< daripada 1 2 - 6 tahun 7 -11 tahun 12 - 16 17 - 21 > daripada
tahun tahun tahun 22 tahun
Pengalaman Peniaga
Sangat memuaskan Memuaskan Sederhana
Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
Rajah 4.4 Tahap kepuasan responden ke atas penempatan semula di Jerteh Souq
Rajah 4.4 menunjukkan tahap kepuasan responden ke atas penempatan semula mereka
di Jerteh Souq berdasarkan pengalaman mereka dalam aktiviti berniaga. Pengkaji
telah membahagikan pengalaman berniaga kepada enam kumpulan iaitu kurang
daripada setahun, 2 tahun hingga 6 tahun, 7 tahun hingga 11 tahun, 12 tahun hingga
16 tahun, 17 tahun hingga 21 tahun dan 22 tahun ke atas.
Hasil analisis mendapati peniaga yang mempunyai pengalaman kurang
daripada setahun menyatakan bahawa penempatan semula peniaga di Jerteh Souq
adalah memuaskan dengan peratusan tertinggi iaitu 8.2 peratus responden berbanding
kumpulan pengalaman berniaga yang lain. Namun begitu, pandangan responden yang
mempunyai pengalaman berniaga lebih daripada 22 tahun menyatakan bahawa
penempatan semula mereka di Jerteh Souq adalah sangat tidak memuaskan dengan
peratusan yang direkodkan iaitu 22.4 peratus responden.
Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh responden iaitu 55.1 peratus
responden menganggap penempatan semula ini adalah sangat tidak memuaskan. Hasil
57
temubual secara tidak langsung bersama responden, pengkaji mendapati bahawa
kunjungan pengunjung yang berkurang menyebabkan responden tidak berpuas hati
dengan penempatan semula ini. Tahap sangat memuaskan dan sederhana mencatatkan
peratusan yang sama iaitu 8.2 peratus responden manakala, bagi tahap yang tidak
memuaskan dan memuaskan mencatatkan peratusan tersendiri iaitu 16.3 peratus
responden dan 12.2 peratus.
45 40.8
40
35
Peratus (%) 30
25
20
15 10.212.2 10.212.2 8.2
10 0 200
5 0002 2 Tingkat 3
0 Tingkat 2
Tingkat 1
Aras Kedai
Sangat memuaskan Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
Rajah 4.5 Pandangan responden ke atas lokasi penempatan semula
Berdasarkan kepada Rajah 4.5, pengkaji mendapati keseluruhan responden di tingkat
satu menyatakan lokasi penempatan semula ini adalah tidak memuaskan dan sangat
tidak memuaskan. Sebanyak 40.8 peratus responden di tingkat ini berpendapat
bahawa lokasi penempatan semula mereka ke Jerteh Souq adalah sangat tidak
memuaskan, manakala dua peratus responden di tingkat ini menyatakan tidak
memuaskan. Keadaan ini adalah disebabkan bahagian bagi tingkat satu ini lebih
tersorok berbanding tingkat dua dan tingkat tiga serta ketiadaan papan tanda yang
jelas untuk ke bahagian ini.
Namun begitu, pandangan responden di tingkat dua berbeza dengan tingkat
satu dan tingkat tiga. Tahap memuaskan dan sangat tidak memuaskan mencatatkan
peratusan yang sama iaitu 12.2 peratus responden manakala, tahap sangat memuaskan
58
dan tidak memuaskan juga merekodkan peratusan yang sama iaitu 10.2 peratus
responden. Tahap sederhana pula mencatatkan peratusan sebanyak dua peratus
responden. Hasil analisis menyeluruh telah menunjukkan bahawa lebih daripada
separuh responden iaitu 53.1 peratus bersamaan 26 orang menyatakan lokasi
penempatan semuala adalah sangat tidak memuaskan manakala tahap sangat
memuaskan dan memuaskan ke atas lokasi penempatan semula ini mencatatkan
peratusan sebanyak 10.2 peratus dan 20.4 peratus.
30
Peratus (%) 25
20 26.5
15 12.2
8.2 8.2
14.3 12.2
10 4.1
5 22 8.2 2 0
0 00 Ruang Niaga
0
Kiosk Bangku
Jenis Kedai
Sangat memuaskan Memuaskan Sederhana
Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
Rajah 4.6 Pandangan peniaga ke atas saiz/keluasan ruang berniaga
Keluasan dan saiz ruang niaga adalah penting bagi keselesaan para peniaga kerana
mereka menghabiskan masa lebih daripada tujuh jam di ruang niaga mereka. Merujuk
Rajah 4.6, pengkaji mendapati kebanyakan responden daripada jenis kedai ruang
niaga berpendapat bahawa tahap keluasan atau saiz ruang niaga mereka adalah pada
tahap memuaskan iaitu 26.5 peratus. Hanya 8.2 peratus responden dan dua peratus
responden menyatakan bahawa keluasan atau saiz ruang niaga mereka adalah tidak
memuaskan dan sangat tidak memuaskan. Hal ini boleh dikaitkan dengan stok barang
jualan mereka yang banyak menyebabkan mereka menganggap keluasan ruang niaga
mereka masih tidak mencukupi dan berada pada tahap tidak memuaskan dan sangat
tidak memuaskan.
59
Responden yang menyewa jenis kedai berbangku pula menyatakan bahawa
keluasan bangku adalah pada tahap sederhana iaitu 14.3 peratus responden manakala,
tahap tidak memuaskan dan sangat tidak memuaskan ke atas keluasan atau saiz
bangku merekodkan peratusan yang sama iaitu 12.2 peratus. Jenis kedai berkiosk pula
mencatatkan peratusan yang sama iaitu 2 peratus bersamaan seorang responden iaitu
pada tahap memuaskan dan sederhana sahaja keluasan atau saiz kiosk mereka.
Kesimpulannya, 28.6 peratus iaitu bersamaan 14 orang responden berpendapat
keluasan jenis kedai mereka sama ada ruang niaga, kiosk dan bangku adalah pada
tahap memuaskan dan 12.2 peratus menganggap keluasan jenis kedai mereka adalah
sangat memuaskan. Hanya 34.7 peratus responden iaitu 20.4 peratus responden
menyatakan tidak memuaskan dan 14.3 peratus menyatakan sangat tidak memuaskan
keluasan atau saiz kedai mereka yang disewa.
25
20
Peratus (%) 15
10 22.4 20.4
14.3
14.3
5 8.2
4.1 0
22 2 2 4.1 4.1 0 0
Tingkat 2 Tingkat 3
0 Aras Kedai
Tingkat 1
Sangat memuaskan Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
Rajah 4.7 Pandangan peniaga ke atas tahap kebersihan Jerteh Souq
Rajah 4.7 menunjukkan pandangan responden berkaitan tahap kebersihan Jerteh Souq
mengikut aras kedai. Keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa 34.7 peratus
responden berpendapat bahawa tahap kebersihan di Jerteh Souq adalah sederhana
manakala tahap sangat memuaskan dan memuaskan adalah sebanyak 18.4 peratus dan
26.5 peratus. Hanya dua peratus responden sahaja dari tingkat satu menyatakan tahap
60
kebersihan di Jerteh Souq sangat tidak memuaskan. Oleh itu dapat disimpulkan
bahawa tahap kebersihan di Jerteh Souq adalah pada tahap yang memuaskan.
Setelah hasil analisis dijalankan ke atas tahap kebersihan berdasarkan
pandangan responden mengikut aras kedai, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan
responden di tingkat dua berpendapat bahawa tahap kebersihan di Jerteh Souq adalah
sangat memuaskan dan memuaskan. Peratusan yang dicatatkan bagi kedua-dua tahap
tersebut adalah sebanyak 14.3 peratus responden dan 20.4 peratus responden.
Namun begitu, kebanyakan responden di tingkat satu menganggap tahap
kebersihan di Jerteh Souq adalah sederhana sahaja iaitu dengan peratusan sebanyak
22.4 peratus responden bersamaan 11 orang. Peratusan bagi tahap tidak memuaskan
pula mencatatkan 14.3 peratus responden. Seterusnya, bagi responden di tingkat tiga,
mereka berpendapat bahawa tahap kebersihan di Jerteh Souq adalah memuaskan dan
sederhana. Hal ini demikian kerana, peratusan yang dicatatkan adalah sama iaitu 4.1
peratus bersamaan 2 orang responden. Kebersihan pasar adalah penting bagi menarik
pengunjung datang ke pasar. Faktor kebersihan yang kurang memuaskan boleh
menyebabkan pengunjung enggan ke pasar (Anon. 2013).
34.7
16.3
Tidak setuju, penempatan semula 6.1
6.1
2
Setuju, penempatan semula 0
2
2
18.4
12.2
0 5 10 15 20 25 30 35
Peratus (%)
Sangat tidak memuaskan Tidak memuaskan Sederhana Memuaskan Sangat memuaskan
Rajah 4.8 Persetujuan responden ke atas tahap ketersampaian ke Jerteh Souq
61
Rajah 4.8 menunjukkan pandangan responden ke atas tahap ketersampaian
berdasarkan persetujuan mereka ke atas penempatan semula. Berdasarkan hasil
analisis ke atas 49 orang responden, pengkaji mendapati peratusan yang sama iaitu 6.1
peratus responden berpendapat bahawa tahap ketersampaian ke Jerteh Souq adalah
memuasakan dan sederhana, manakala 34.7 peratus bersamaan 17 orang responden
menyatakan tahap ketersampaian ke Jerteh Souq adalah sangat tidak memuaskan.
Pandangan ke atas tahap ketersampaian ini adalah berbeza dengan responden
yang bersetuju dengan penempatan semula mereka ke Jerteh Souq. Sebanyak enam
orang responden iaitu 12.2 peratus menyatakan tahap ketersampaiannya adalah sangat
memuaskan manakala 18.4 peratus berpendapat bahawa tahap ketersampaian adalah
memuaskan. Peratusan bagi pendapat sederhana dan tidak memuaskan pula
merekodkan jumlah yang sama iaitu seorang responden bersamaan dua peratus.
Secara keseluruhannya, responden beranggapan bahawa tahap ketersampaian ke
Jerteh Souq oleh pengunjung terutamanya adalah berada pada tahap yang tidak
memuaskan.
Jadual 4.3 Pandangan responden ke atas kadar sewa kedai yang dikenakan oleh pihak MDB
Ya, berpuas hati Bilangan (org) Peratus (%)
Tidak, berpuas hati 33 67.3
16 32.7
Jenis Kedai RM 100 Kadar Sewa Bulanan Yang Sesuai Tidak
Berkenaan
Kiosk 0 RM 130 RM 150 RM 200 RM 30 RM 50
Ruang niaga 12.2 4.1
Bangku 0 0 0 00 28.6
Peratus (%) 0 2 4.1 2 0 4.1 34.7
12.2 0 0 0 8.2 0 67.3
2 4.1 2 8.2 4.1
Jadual 4.3 menunjukkan pandangan responden ke atas kadar sewaan premis
berdasarkan jenis kedai dan tahap persetujuan responden manakala Gambar 4.1
hingga Gambar 4.5 menunjukkan jenis kedai yang ditawarkan di Jerteh Souq. Gambar
4.1 merupakan jenis kedai berbangku untuk peniaga barangan basah, kering, kuih dan
sayur. Peniaga buah juga menggunakan jenis kedai berbangku seperti yang
ditunjukkan pada Gambar 4.2. Jenis kedai kiosk dan gerai makan pula adalah seperti
62
yang ditunjukkan pada Gambar 4.3 dan Gambar 4.4. Gambar 4.5 pula menunjukkan
jenis kedai ruang niaga yang digunakan peniaga yang menjual pakaian dan tekstil.
Berdasarkan hasil analisis ke atas 49 orang responden, pengkaji mendapati
lebih daripada separuh responden iaitu 67.3 peratus berpuas hati dengan sewa bulanan
yang dikenakan oleh MDB ke atas peniaga di Bangunan Jerteh Souq. Hanya 16 orang
responden iaitu 32.7 peratus yang tidak bersetuju dengan kadar sewa bulanan yang
telah dikenakan. Kebanyakan responden yang tidak bersetuju dengan kadar sewaan
adalah daripada jenis kedai ruang niaga. Sebanyak 24.5 peratus responden manakala
hanya 8.2 peratus responden sahaja dari jenis kedai berbangku.
Oleh hal demikian, responden yang tidak berpuas hati dengan kadar sewaan ini
telah mencadangkan kadar sewaan yang baharu. Sebanyak 12.2 peratus daripada jenis
kedai ruang niaga mencadangkan kadar sewaan bulanan adalah RM 100. Cadangan
kadar sewaan RM 50 dan RM 150 merekodkan peratusan yang sama iaitu 4.1 peratus
responden. Kesemua responden yang tidak bersetuju dengan kadar menyewa bangku,
mereka mencadangkan kadar sewaan yang sesuai adalah RM 30. Peratusan yang
dicatatkan adalah sebanyak 8.2 peratus responden.
Hasil temubual informal bersama responden, pengkaji mendapati responden
yang tidak bersetuju dengan kadar sewaan ini adalah disebabkan jumlah jualan yang
tidak memberangsangkan kerana kunjungan pengunjung yang berkurangan
berbanding dengan tapak pasar lama. Selain itu, kadar sewaan yang telah dikenakan
ini adalah lebih tinggi berbanding dengan tapak pasar lama.
63
Gambar 4.1 Bangku barangan basah, kering dan sayur-sayuran
Gambar 4.2 Bangku buah-buahan
Gambar 4.3 Kiosk
64
Gambar 4.4 Kedai makan
Gambar 4.5 Kedai pakaian dan tekstil
4.5 IMPAK PENEMPATAN SEMULA PENIAGA KE JERTEH SOUQ
Kajian ini dijalankan bagi melihat impak penempatan semula ke atas lokasi, ruang
kedai, pendapatan, kemudahan awam, kesihatan dan keselamatan serta persekitaran.
Kesemua aspek ini dinilai bagi menambahbaik sekiranya memberi kesan yang besar
kepada peniaga di Jerteh Souq. Penilaian impak ini diukur dengan menggunakan skala
likert.
65
4.5.1 Lokasi
16 14.3 14.3
14 12.2
12 10.2 10.2
Peratus (%) 10 10.2 8.2 Sangat setuju
8 Setuju
Sederhana
6 10.2 Tidak setuju
6.1 Sangat tidak setuju
4
2
2 2 0
000 Bangku
0
Kiosk Ruang Niaga
Jenis Kedai
Rajah 4.9 Impak penempatan semula ke atas kadar sewaan kedai yang tinggi
Rajah 4.9 menunjukkan impak kadar sewaan berdasarkan jenis kedai. Hasil analisis
mendapati sebanyak 14.3 peratus responden sangat bersetuju manakala 10.2 peratus
responden setuju kadar sewaan bulanan bagi jenis kedai ruang niaga adalah tinggi.
Peratusan responden yang menyatakan setuju dengan kadar sewaan ruang niaga tinggi
adalah sama dengan peratusan responden yang menyatakan sangat tidak setuju.
Menurut responden yang menyewa kiosk pula, mereka menyatakan tidak setuju dan
sangat tidak setuju bahawa kadar sewaan kiosk adalah tinggi. Peratusan yang dicatat
bagi kedua-dua skala ini adalah sama iaitu sebanyak 2 peratus responden.
Selain itu, pengkaji mendapati sebanyak 14.3 peratus responden yang
menyewa jenis kedai bangku menyatakan sangat tidak setuju manakala 10.2 peratus
responden juga tidak bersetuju sewa kedai tinggi. Skala sederhana mencatatkan
peratusan yang sama dengan skala tidak setuju. Namun begitu, terdapat 8.2 peratus
responden setuju bahawa kadar sewa bulanan kedai jenis berbangku adalah tinggi.
Secara menyeluruh, pengkaji mendapati bahawa skala sangat tidak setuju mencatatkan
peratusan tertinggi iaitu 26.5 peratus responden berbanding dengan skala-skala lain.
Skala sangat setuju pula mencatatkan nilai peratusan yang terendah iaitu 14.3 peraus
66
responden bersamaan tujuh orang. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kadar sewa
kedai oleh MDB yang dikenakan ke atas peniaga Jerteh Souq adalah tidak tinggi dan
mampu dibayar oleh para penyewa.
Peratus (%) 40
35 16.3 0 2 4.1 2 2
10.2 8.2 4.1 8.2 Tingkat 3
30
Tingkat 2
25 Aras Kedai
20
36.7
15
10
5
6.1 0 0 0
0
Tingkat 1
Sangat setuju Setuju Sederhana Tidak setuju Sangat tidak setuju
Rajah 4.10 Impak penempatan semula ke atas lokasi yang tidak strategik
Lokasi yang tidak strategik boleh memberi kesan yang besar kepada para peniaga
Oleh itu, pemilihan lokasi yang sesuai dalam perniagaan adalah amat penting
terutamanya dalam aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan (Abd. Hair Awang et al.
2013). Rajah 4.10 menunjukkan hasil analisis mengikut aras kedai ke atas impak
penempatan semula peniaga ke lokasi yang tidak strategik. Berdasarkan rajah tersebut,
pengkaji mendapati responden yang berada di tingkat satu sangat setuju dan setuju
bahawa lokasi jerteh Souq adalah tidak strategik. Peratusan yang ditunjukkan bagi
kedua-dua skala ini adalah sebanyak 36.7 peratus responden dan 6.1 peratus
responden.
Responden di tingkat dua juga menunjukkan peratusan tertinggi bagi skala
sangat setuju iaitu 16.3 peratus bersamaan 8 orang responden. Peratusan bagi skala
setuju bagi responden di tingkat dua pula adalah sebanyak 10.2 peratus responden.
Namun begitu bagi skala sederhana dan sangat tidak setuju pula merekodkan
peratusan yang sama iaitu 8.2 peratus bersamaan empat orang responden. Di tingkat
67
tiga, pengkaji mendapati sebanyak 4.1 peratus responden menyatakan skala sederhana
manakala bagi skala setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju mencatatkan peratusan
yang sama iaitu dua peratus yang diwakili oleh seorang responden sahaja.
Hasil analisis secara menyeluruh ke atas impak lokasi penempatan semula
yang tidak strategik menunjukkan lebih daripada separuh responden iaitu 53.1 peratus
yang diwakili oleh 26 orang responden sangat setuju bahawa lokasi Jerteh Souq tidak
strategik. Skala setuju pula merekodkan sebanyak 18.4 peratus bersamaan 9 orang
responden. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa lokasi Jerteh Souq adalah tidak
strategik bagi peniaga walaupun bangunan ini dibina di kawasan tumpuan umum dan
berhampiran dengan terminal teksi dan bas.
Aras Kedai Tingkat 3 2 8.2
Tingkat 2 0 4.1
Tingkat 1
4.1
0
2
4.1
2
0 30.6
0
0 36.7
30 35 40
6.1
0 5 10 15 20 25
Peratus (%)
Sangat tidak setuju Tidak setuju Sederhana Setuju Sangat setuju
Rajah 4.11 Impak penempatan semula ke atas kunjungan pelanggan yang berkurang
Pengkaji juga melihat impak penempatan semula ke atas kunjungan pengunjung yang
berkurang seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.11. Sebanyak 36.7 peratus
responden dari tingkat satu sangat setuju bahawa kunjungan pelanggan berkurang,
manakala 6.1 peratus responden menyatakan setuju. Di tingkat dua pula, pengkaji
mendapati skala sangat setuju mendominasi berbanding skala-skala lain dengan
peratusan yang dicatat sebanyak 30.6 peratus bersamaan 15 orang responden. Skala
setuju bahawa kunjungan pelanggan berkurang di tingkat dua pula mencatatkan
68
peratusan sebanyak 8.2 peratus responden. Skala sederhana dan sangat tidak setuju
mencatatkan peratusan yang sama iaitu dua peratus manakala skala tidak setuju
merekodkan 4.1 peratus responden. Tambahan, skala setuju dan sederhana bagi
responden di tingkat tiga juga mencatatkan peratusan yang sama dengan skala tidak
setuju bagi responden di tingkat dua.
Dapatan secara menyeluruh menunjukkan bahawa lebih daripada separuh
responden iaitu 67.3 peratus sangat bersetuju bahawa penempatan semula peniaga
menyebabkan Jerteh Souq kurang dikunjungi pelanggan. Skala setuju pula
mencatatkan peratusan sebanyak 18.4 peratus responden. Kesimpulannya, Jerteh Souq
kurang dikunjungi pelanggan mungkin disebabkan kawasan pasar di Bandar Jerteh
terbahagi dua iaitu di kawasan tapak pasar lama yang belum dirobohkan dan Jerteh
Souq. Oleh hal demikian, kunjungan pelanggan turut terbahagi dua.
4.5.2 Ruang Kedai
Persetujuan Kadar Sewa Tidak 8.2
8.2
10.2
6.1
0
Ya 10.2 28.6
2 14.3
12.2
0 5 10 15 20 25 30
Peratus (%)
Sangat tidak setuju Tidak setuju Sederhana Setuju Sangat setuju
Rajah 4.12 Impak penempatan semula ke atas kemudahan infrastruktur
Hasil daripada dapatan kajian di lapangan mendapati responden yang berpuas hati
dengan kadar sewa premis di Jerteh Souq menyatakan bahawa kemudahan
69
infrastruktur yang mencukupi adalah pada tahap sederhana dengan peratusan
sebanyak 28.6 peratus responden seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.12. Hanya
dua peratus responden sahaja sangat bersetuju bahawa kemudahan/infrastruktur di
Jerteh Souq mencukupi. Menurut responden yang tidak bersetuju dengan kadar sewa
bulanan pula mencatatkan peratusan tertinggi pada skala sederhana dengan peratusan
sebanyak 10.2 peratus responden. Skala sangat tidak setuju dan tidak setuju pula
mencatatkan peratusan yang sama iaitu 8.2 peratus bersamaan empat orang responden.
Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa 38.8 peratus responden
menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur yang mencukupi di Jerteh Souq adalah
pada tahap sederhana. Hanya seorang responden bersamaan dua peratus sangat
bersetuju bahawa kemudahan di Jerteh Souq adalah mencukupi. Hal ini boleh
dikaitkan dengan kemudahan yang lengkap seperti tandas dan surau yang hanya
disediakan di tingkat dua Bangunan Jerteh Souq. Kemudahan tandas awam di tingkat
tiga tidak dibuka mungkin disebabkan sebilangan kecil sahaja premis yang dibuka.
Oleh hal demikian, pihak MDB dapat mengurangkan kos penggunaan utiliti bagi
Bangunan Jerteh Souq.
25 22.4
Peratus (%) 20
14.3
15
10.2
10 6.1
5 22 2 10.2 6.1 8.2 8.2
0 00 8.2
0 Ruang Niaga Bangku
Kiosk
Sangat setuju Setuju Jenis Kedai Sangat tidak setuju
Sederhana Tidak setuju
Rajah 4.13 Impak penempatan semula ke atas keluasan kedai yang selesa
Rajah 4.13 menunjukkan jenis kedai dan keluasan yang selesa. Jenis kedai ruang
niaga, skala setuju mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 22.4 peratus responden
70
manakala skala tidak setuju dan sangat tidak setuju mencatatkan peratusan yang sama
iaitu 10.2 peratus responden. Skala tidak setuju bahawa keluasan kedai adalah selesa
mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 14.3 peratus responden bagi jenis
kedai berbangku. Sebanyak 6.1 peratus responden menyatakan sangat setuju dan
setuju bahawa keluasan kedai jenis berbangku di Jerteh Souq adalah selesa manakala
peratusan yang sama juga dicatatkan iaitu 8.2 peratus responden pada skala sederhana
dan sangat tidak setuju. Menurut responden yang menyewa kiosk pula peratusan yang
sama dicatatkan pada skala sederhana dan setuju iaitu dua peratus bersamaan seorang
responden sahaja.
Hasil analisis secara menyeluruh mendapati bahawa 30.6 peratus responden di
Jerteh Souq bersetuju bahawa keluasan kedai sama ada kiosk, ruang niaga dan bangku
adalah selesa manakala 14.3 peratus responden sangat setuju. Peratus terkecil dicatat
bagi skala sederhana sebanyak 12.2 peratus responden. Secara umum, hasil temubual
secara tidak langsung bersama responden, pengkaji mendapati bahawa keluasan ruang
kedai di Jerteh Souq adalah lebih selesa berbanding dengan pasar lama.
40 36.7
35
Peratus (%) 30 24.5
25 8.2
12.2 0 2
20 Tingkat 2
15
10 0 2 4.1 0 4.1 4.1 2 0
5 0
0
Tingkat 1 Tingkat 3
Sangat setuju Setuju Aras Kedai Sangat tidak setuju
Sederhana Tidak setuju
Rajah 4.14 Impak penempatan semula ke atas keterdedahan hujan/panas
Rajah 4.14 menunjukkan impak ke atas keterdedahan tempias atau panas mengikut
aras kedai responden. Hasil analisis tersebut, pengkaji mendapati peratusan tertinggi
bagi skala sangat setuju dicatatkan bagi responden yang berada di tingkat satu.
71
Gambar 4.6 membuktikan bahawa kebanyakan kedai di tingkat satu terdedah kepada
hujan dan panas. Sebanyak 36.7 peratus bersamaan 18 orang responden mengakui
bahawa aras kedai mereka telah terdedah kepada panas dan tempias apabila hujan.
Peratusan tertinggi bagi skala setuju pula direkodkan bagi responden yang menyewa
di tingkat dua. Sebanyak 12.2 peratus responden di tingkat dua bersetuju manakala,
peratusan terkecil yang telah dicatatkan dalam kajian ini adalah dua peratus
bersamaan seorang responden sahaja. Peratusan ini direkodkan bagi skala sederhana
bagi responden di tingkat satu, sangat tidak setuju bagi responden yang menyewa di
tingkat dua dan tidak setuju bagi peniaga yang menyewa kedai di tingkat tiga.
Keseluruhan hasil analisis ini, pengkaji mendapati peratusan tertinggi telah
dicatatkan sebanyak 61.2 peratus bersamaan 30 orang responden bagi skala sangat
setuju bahawasanya premis yang disewa mereka terdedah kepada tempias dan panas.
Hanya seorang responden bersamaan dua peratus sahaja yang sangat tidak bersetuju
terhadap impak yang dikaji. Hal ini mungkin disebabkan kedai yang disewa berada di
bahagian tengah Bangunan Jerteh Souq.
Gambar 4.6 Keterdedahan kedai di tingkat satu pada tempais dan panas
72
4.5.3 Pendapatan
25
20
Peratus (%) 15
10 10.2 22.4
10.2
10.2
5 4.1 4.1 4.1
4.1
0 4.104.1 2 2 0 2 20 0202 0002 04.104.1
0
Kurang 2 hingga 6 7 hingga 11 12 hingga 16 17 hingga 21 22 tahun dan
setahun tahun tahun tahun tahun ke atas
Pengalaman Berniaga
Sangat memuaskan Memuaskan Sederhana
Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
Rajah 4.15 Impak penempatan semula ke atas prestasi perniagaan yang semakin baik
Pendapatan daripada perniagaan adalah penting bagi kesemua peniaga bagi pusingan
modal perniagaan. Oleh hal demikian, pengkaji mengkaji prestasi perniagaan
responden berdasarkan pengalaman responden dalam aktiviti perniagaan seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 4.15. Berdasarkan hasil analisis tersebut, pengkaji mendapati
kumpulan 22 tahun dan ke atas, mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 22.4 peratus
responden bagi skala sangat tidak memuaskan dengan kenyataan prestasi perniagaan
yang semakin baik setelah ditempatka di Bangunan Jerteh Souq. Bagi kumpulan
pengalaman 2 hingga 6 tahun dan 17 tahun hingga 21 tahun, peratusan yang sama
telah direkodkan iaitu 10.2 peratus responden bagi skala sangat tidak memuaskan.
Peratusan yang sama juga direkodkan bagi skala sangat tidak memuaskan untuk
kumpulan pengalaman kurang daripada setahun, 7 hingga 11 tahun dan 12 hingga 16
tahun. Peratusan yang dicatatkan adalah 4.1 peratus bersamaan dua orang responden.
Kategori sangat memuaskan terhadap prestasi perniagaan yang semakin baik
hasil penempatan semula peniaga di Jerteh Souq direkodkan bagi kumpulan
pengalaman berniaga 2 tahun hingga 6 tahun dan 7 tahun hingga 11 tahun serta
73
peratusan yang direkodkan hanya dua peratus sahaja. Pengkaji juga mendapati bahwa
kumpulan pengalaman yang kurang daripada setahun mencatatkan peratusan tertinggi
iaitu sebanyak 10.2 peratus responden bagi skala memuaskan. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh mereka adalah kumpulan yang baru memulakan perniagaan dan tidak
terlibat secara langsung dengan penempatan semula peniaga dari pasar lama ke Jerteh
Souq. Oleh hal demikian, mereka tidak boleh membuat perbandingan ke atas
pendapatan sebelum dan selepas penempatan semula peniaga dilaksanakan.
Hasil analisis secara menyeluruh, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
impak penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq telah membawa kesan negatif ke
atas prestasi perniagaan. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan peratusan secara
menyeluruh mendapati peniaga menyatakan sangat tidak memuaskan prestasi
perniagaan mereka dengan peratusan yang dicatat adalah lebih daripada separuh
responden iaitu 55.1 peratus responden.
Jadual 4.4 Peratusan antara jenis perniagaan dengan hasil jualan bulanan
PerJneiangisaan Sangat Tahap Kepuasan Tidak Sangat Tidak
Memuaskan Memuaskan Sederhana Memuaskan
Pakaian dan
Tekstil 0 Memuaskan 10.2
Makanan Sedia
Masak 2 8.2 4.1 6.1 4.1
Minuman 2 0
Ayam 0 202 6.1
Ikan 0 4.1
Buah-Buahan 0 200 4.1
Sayur-Sayuran 0 000 8.2
000 4.1
Kelapa dan 0 000
Santan 002 12.2
Keropok dan 0
Kerepek 000 2
Menjahit 0 55.1
Pakaian 8.2 000
Peratus (%) 020
18.4 6.1 12.2
Jadual 4.4 menunjukkan kaitan antara hasil jualan dan jenis perniagaan responden di
Jerteh Souq. Secara keseluruhan pengkaji mendapati bahawa hasil jualan bulanan
responden mencatatkan peratusan tertinggi pada skala sangat tidak memuaskan
dengan peratusan sebanyak 55.1 peratus responden. Hanya tiga orang responden iaitu
6.1 peratus menyatakan hasil jualan adalah pada tahap sederhana. Pertusan bagi skala
74
ini adalah yang terkecil berbanding skala yang lain. Menurut responden, keadaan ini
berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor utama menurut
responden adalah lokasi tapak Jerteh Souq yang tidak sesuai dan reka bentuk
bangunan yang menyukarkan pengunjung untuk terus ke bahagian lain terutamanya di
tingkat satu dan dua.
Berdasarkan analisis jenis perniagaan, pengkaji mendapati bahawa responden
yang berniaga keropok dan kerepek mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 12.2 peratus
responden bagi skala sangat tidak memuaskan dan diikuti oleh reponden yang
berniaga pakaian dan tekstil dengan peratusannya adalah 10.2 peratus responden.
Namun begitu, terdapat juga responden yang berniaga pakaian dan tekstil berpuas hati
dengan hasil jualan bulanannya iaitu 8.2 peratus responden dan diikuti dengan
perniagaan lain seperti perniagaan aksesori tudung dan pakaian, peralatan komunikasi,
kuih muih serta lain-lain lagi dengan peratusannya adalah 6.1 peratus responden. Hasil
pemerhatian di lapangan, pengkaji mendapati bahawa mereka yang berpuas hati
dengan hasil jualannya adalah disebabkan kedudukan kedai responden yang tidak
tersorok dan berada pada laluan orang ramai seperti di baris hadapan bangunan.
Jadual 4.5 Impak penempatan semula ke atas pendapatan dan kos barangan
mentah
Tahap Pendapatan Merosot Kos Barangan Jualan Meningkat
Persetujuan
Sangat Setuju Bilangan (org) Peratus (%) Bilangan (org) Peratus (%)
Setuju
Sederhana 30 61.2 17 34.7
Tidak Setuju
7 14.3 12 24.5
Sangat Tidak
Setuju 4 8.2 11 22.4
Jumlah 6 12.2 5 10.2
2 4.1 4 8.2
49 100.0 49 100.0
Jadual 4.5 menunjukkan tahap persetujuan responden ke atas impak kemerosotan
pendapatan dan peningkatan kos barang. Hasil analisis data, pengkaji mendapati lebih
daripada separuh responden bersetuju bahawa impak penempatan semula mereka ke
Jerteh Souq menyebabkan pendapatan perniagaan mereka merosot. Peratusan yang
direkod ialah 61.2 peratus responden dan merupakan peratusan yang tertinggi.
Peratusan terkecil dicatatkan pada skala sangat tidak setuju dengan peratusan
sebanyak 4.1 peratus responden. Berdasarkan temubual secara tidak langsung bersama
75
responden, pendapatan bulanan mereka berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus
setelah berpindah ke Bangunan Jerteh Souq dan terdapat sesetengah peniaga terpaksa
menggunakan wang simpanan sebagai pusingan modal perniagaan. Selain itu, ada
juga sesetengah peniaga juga terpaksa gulung tikar setelah berpindah ke kawasan
baharu.
Pengkaji juga melihat tahap persetujuaan responden terhadap impak
penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq ke atas peningkatan kos barangan jualan
yang diperoleh peniaga daripada pembekal seperti pakaian, kelapa, ayam, buah-
buahan dan lain-lain. Peratusan tertinggi dicatatkan pada tahap persetujuan sangat
setuju iaitu dengan peratusan 34.7 peratus responden. Menurut responden,
peningkatan kos barangan daripada pembekal meningkat bukan disebabkan lokasi
baharu, tetapi peningkatan harga barangan jualan adalah disebabkan keadaan ekonomi
semasa yang tidak menentu. Peratusan terkecil juga dicatatkan pada tahap persetujuan
sangat tidak setuju iaitu sebanyak 8.2 peratus responden.
4.5.4 Kemudahan
Kemudahan di pasar awam adalah penting bagi menggalakkan kunjungan pengunjung
untuk datang berbelanja di pasar awam. Selain iu, kemudahan awam juga penting
kepada para peniaga. Kajian ini melihat kepada tahap kepuasan responden terhadap
kemudahan yang disediakan di Bangunan Jerteh Souq mengikut aras kedai yang
disewa responden. Antara kemudahan awam yang dinilai dalam kajian ini adalah
parkir kenderaan, surau, air, elektrik, alat pemadam kebakaran/pili bomba, medan
selera, tandas, tong sampah, telefon awam dan bangku/kerusi pengunjung.
Berpandukan analisis mengikut aras kedai, pengkaji mendapati bahawa
responden di tingkat dua menyatakan tahap kepuasan ke atas parkir kenderaan adalah
memuaskan dengan peratusan sebanyak 32.7 peratus responden. Kebanyakan
responden di tingkat dua berpuas hati dengan parkir kenderaan adalah disebabkan
tapak parkir kenderaan di tingkat dua adalah berturap. Namun begitu, hanya seorang
responden iaitu dua peratus sahaja dari tingkat ini menyatakan parkir kenderaan
berada pada tahap yang tidak memuaskan.
76
Seterusnya ialah tahap kepuasan responden bagi kemudahan tandas awam.
Hasil analisis, pengkaji mendapati bahawa peratusan tertinggi bagi tahap sangat tidak
memuaskan direkodkan bagi responden yang menyewa di tingkat satu. Peratusannya
adalah sebanyak 22.4 peratus responden. Hal ini demikian kerana, peniaga di bahagian
ini terpaksa pergi ke tingkat dua untuk mendapatkan kemudahan tandas apabila
diperlukan. Keadaan ini telah menyukarkan responden yang sudah berusia.
Selain itu, responden di tingkat satu dan tingkat dua pula menyatakan
penyediaan bangku/kerusi untuk pengunjung adalah tidak memuaskan. Peratusan yang
direkodkan bagi kedua-dua aras ini adalah sama iaitu 20.4 peratus responden. Hal ini
demikian kerana, bilangan kerusi/bangku yang disediakan adalah sedikit. Namun
begitu, hanya seorang responden iaitu dua peratus sahaja menyatakan tahap
memuaskan bagi penyediaan bangku/kerusi pengunjung.
Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa tahap kepuasan responden
bagi parkir kenderaan, surau, air dan elektrik adalah pada tahap memuaskan. Bagi
kemudahan lain seperti alat pemadam api/pili bomba, medan selera, tong sampah dan
telefon awam pula, pengkaji mendapati bahawa tahap kepuasan responden adalah
pada tahap sederhana sahaja. Penyediaan kemudahan awam yang lain seperti
bangku/kerusi pengunjung dan tandas awam adalah berada pada tahap tidak
memuaskan dan sangat tidak memuaskan. Pengkaji menilai kesemua kemudahan ini
berdasarkan peratusan tertinggi yang telah dianalisis secara menyeluruh.
77
Jadual 4.6 Hubungan antara aras kedai dengan tahap kepuasan kemudahan yang disediakan
KAerdaasi Sangat Tahap Kepuasan Tidak Sangat Tidak
Memuaskan Memuaskan Sederhana Memuaskan
Tingkat 1
Tingkat 2 2 Memuaskan 12.2
Tingkat 3 8.2 0
0 Parkir Kenderaan 0
Tingkat 1
Tingkat 2 0 4.1 6.1 18.4 4.1
Tingkat 3 22.4 0
32.7 4.1 2 0
Tingkat 1 0
Tingkat 2 8.2 2 0 0
Tingkat 3 10.2 2
22.4 Surau 0
Tingkat 1
Tingkat 2 0 10.2 12.2 16.3 0
Tingkat 3 0
10.2 22.4 2 0 0
Tingkat 1 22.4
Tingkat 2 10.2 0 0 8.2
Tingkat 3 0 2
Air 0
Tingkat 1 0
Tingkat 2 6.1 22.4 10.2 0 22.4
Tingkat 3 0 8.2
22.4 0 0 0
Tingkat 1 0
Tingkat 2 0 10.2 0 0 10.2
Tingkat 3 0 4.1
Elektrik 0
Tingkat 1 0
Tingkat 2 0 22.4 10.2 0 4.1
Tingkat 3 0 0
22.4 2 0 0
Tingkat 1 0
Tingkat 2 0 8.2 2 0 0
Tingkat 3 0 4.1
Alat Pemadam Kebakaran/Pili Bomba 2
Tingkat 1 0
Tingkat 2 2 8.2 14.3 12.2 10.2
Tingkat 3 0 8.2
16.3 12.2 10.2 0
0
0 4.1 4.1 2
0
Tandas
0 8.2 12.2
6.1 16.3 16.3
6.1 4.1 0
Medan Selera
2 10.2 20.4
12.2 20.4 10.2
6.1 4.1 0
Tong Sampah
8.2 26.5 4.1
12.2 28.6 6.1
4.1 6.1 0
Telefon Awam
8.2 32.7 2
16.3 22.4 2
2 6.1 0
Bangku/Kerusi Pengunjung
2 10.2 20.4
4.1 14.3 20.4
2 6.1 2
78
4.5.5 Kesihatan dan Keselamatan
20 18.4
18
Peratus (%) 16 18.4 18.4
14
12 8.2
10 8.2
8 8.2 8.2 2
6 8.2 2 0
4
2 0
0 Tingkat 2 Tingkat 3
Tingkat 1
Aras Kedai
Sangat Memuaskan Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan
Rajah 4.16 Impak penempatan semula ke atas tahap kebersihan ruang kedai
Rajah 4.16 menunjukkan peratusan tahap persetujuan responden ke atas kebersihan
ruang kedai responden di Bangunan Jerteh Souq mengikut aras kedai. Pengkaji
mendapati peratusan tertinggi dicatatkan pada nilai 18.4 peratus responden. Di tingkat
satu, peratusan tertinggi dicatatkan pada tahap sederhana manakala di tingkat dua,
telah direkodkan pada tahap sangat memuaskan dan memuaskan. Peratusan terkecil
pula direkodkan pada nilai dua peratus. Nilai ini direkodkan pada tahap tidak
memuaskan di tingkat dua dan memuaskan bagi tingkat satu. Namun begitu, bagi
tingkat dua dan tingkat tiga, peratusan yang sama telah dikenal pasti bagi tahap
kebersihan yang sederhana iaitu 8.2 peratus responden.
Kebanyakan responden di tingkat satu menyatakan tahap kebersihan ruang
kedai di Jerteh Souq pada tahap sederhana mungkin disebabkan keadaan parkir
kenderaan yang tidak berturap dan boleh menyebabkan habuk dan debu. Gambar 4.7
menunjukkan bukti bahawa kawasan parkir kenderaan di bahagian aras satu tidak
berturap. Selain itu, saliran longkang di bahagian ini adalah bersaiz kecil sahaja serta
tidak bersesuaian apabila hujan. Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa
peratusan tertinggi dicatatkan pada tahap sederhana iaitu 34.7 peratus responden dan
79
peratusan terkecil bagi tahap kebersihan ruang niaga di Jerteh Souq adalah sebanyak
10.2 peratus responden tidak memuaskan.
Gambar 4.7 Parkir kenderaan yang tidak berturap
34.7
35 32.7
30
Peratus (%) 25
20
15 10.2
10 4.1 4.1 4.1 6.1
22
5 0000 0
0
0 Ruang Niaga
Kiosk Bangku
Jenis Kedai
Sangat tidak memuaskan Tidak memuaskan Sederhana
Memuaskan Sangat memuaskan
Rajah 4.17 Impak penempatan semula ke atas gangguan makhluk perosak/tikus
Rajah 4.17 menunjukkan peratusan gangguan makhluk perosak seperti tikus dan lipas
mengikut aras kedai responden. Berdasarkan hasil analisis, pengkaji mendapati semua
jenis kedai mencatatkan peratusan tertinggi bagi skala sangat memuaskan dengan
80
kenyataan soal selidik yang dijalankan iaitu ‘mengalami gangguan makhluk perosak’.
Peratusan yang dicatat bagi jenis kedai kiosk, ruang niaga dan berbangku adalah 4.1
peratus, 34.7 peratus dan 32.7 peratus. Namun begitu, terdapat responden yang
menyewa ruang niaga dan bangku menyatakan tahap sangat tidak memuaskan bahawa
mereka mengalami gangguan makhluk perosak. Peratusan yang direkod ialah 4.1
peratus dan dua peratus sahaja.
Secara jelas, penempatan semula peniaga ke Jerteh Souq telah membawa suatu
keadaan yang positif kepada peniaga iaitu para peniaga di Jerteh Souq tidak selalu
mengalami gangguan makhluk perosak berbanding dengan tapak pasar lama. Menurut
responden yang berniaga barangan basah, semasa di tapak pasar lama mereka sering
mengalami gangguan lipas serta tikus ‘sebesar kucing’. Kini, masalah tersebut sudah
kurang dialami. Hal ini mungkin disebabkan persekitaran Jerteh Souq yang lebih
bersih berbanding dengan tapak pasar lama. Peratusan yang dicatat secara
keseluruhannya adalah 71.4 peratus responden iaitu lebih daripada separuh
menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan berkurangnya masalah
gangguan makhluk perosak.
Jadual 4.7 Impak penempatan semula ke atas masalah kecurian pecah masuk kedai dan kawalan
keselamatan di Jerteh Souq
Masalah kecurian/pecah masuk Kawalan keselamatan yang baik
Tahap Kepuasan kedai
Sangat tidak Bilangan (org) Peratus (%) Bilangan (org) Peratus (%)
memuaskan
Tidak memuaskan 3 6.1 2 4.1
Sederhana
Memuaskan 10 20.4 1 2.0
Sangat memuaskan 6 12.2 7 14.3
7 14.3 19 38.8
Jumlah 23 46.9 20 40.8
49 100 49 100
Jadual 4.7 menunjukkan peratusan berkaitan masalah kecurian/pecah masuk kedai dan
kawalan keselamatan. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati peratusan
tertinggi bagi masalah kecurian atau pecah masuk kedai berada pada tahap sangat
memuaskan iaitu sebanyak 46.9 peratus responden manakala peratusan terkecil
direkodkan pada tahap sangat tidak memuaskan dengan peratusan sebanyak 6.1
peratus responden. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kawalan keselamatan yang
81
baik di Jerteh Souq. Hasil analisis mendapati bahawa tahap kawalan keselamatan di
Jerteh Souq adalah sangat memuaskan dengan peratusan yang direkod adalah
sebanyak 40.8 peratus responden. Sebanyak 4.1 peratus responden sahaja yang
menyatakan sangat tidak memuaskan kawalan keselamatan di Jerteh Souq. Oleh hal
demikian, dapat disimpulkan bahawa keselamatan persekitaran di Jerteh Souq adalah
sangat memuaskan dan membawa kesan positif ke atas penempatan semula peniaga.
4.5.6 Persekitaran
Jadual 4.8 menunjukkan impak penempatan semula peniaga di Jerteh Souq ke atas
persekitaran. Antara aspek persekitaran yang diambil kira dalam kajian ini adalah
berkaitan dengan saliran air, bau, kesesakan trafik, pencemaran air, bunyi dan
ketenteraman persekitaran di Jerteh Souq. Kajian ke atas impak persekitaran dinilai
berpandukan aras kedai dan tahap persetujuan responden ke atas impak persekitaran
yang dinilai. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati masalah berkaitan
longkang/saliran air tersumbat banyak berlaku di tingkat satu. Peratusan yang dicatat
adalah yang tertinggi berbanding tahap persetujuan yang lain iaitu 22.4 peratus
responden. Peratusan terkecil bagi masalah ini direkodkan di tingkat tiga iaitu 4.1
peratus responden bagi tahap persetujuan sangat tidak setuju. Gambar 4.8
menunjukkan saliran longkang di tingkat satu yang tidak dibersihkan dengan baik.
Gambar 4.8 Saliran longkang di tingkat satu
82
Peratusan bagi tahap sangat tidak setuju bahawa wujud masalah bau yang tidak
menyenangkan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 20.4 peratus responden.
Peratusan ini direkodkan bagi penyewa di tingkat dua. Hanya 6.1 peratus dan dua
peratus responden dari tingkat dua yang menyatakan sangat setuju dan setuju bahawa
wujud masalah bau. Berdasarkan kajian lapangan, pengkaji mendapati bahawa
kedudukan kedai responden ini berada berhampiran kawasan tong sampah dan tandas
awam.
Selain itu, pengkaji mendapati kesemua responden yang menyewa kedai di
tingkat satu dan tingkat dua mencatatkan peratusan tertinggi bagi skala sangat tidak
setuju bahawa berlaku kesesakan lalu lintas di Jerteh Souq. Peratusan yang dicatat
bagi kedua-dua aras kedai ini ialah 38.8 peratus responden bagi tingkat satu dan 30.6
peratus responden bagi tingkat dua. Menurut responden, kesesakan lalu lintas hanya
berlaku pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Pada
hari biasa, lalu lintas dan trafik di Jerteh Souq adalah berjalan lancar. Bagi responden
di tingkat tiga pula, peratusan yang sama direkodkan bagi skala sederhana dan sangat
tidak setuju iaitu 4.1 peratus bersamaan dua orang responden.
Umum mengetahui bahawa kedudukan Jerteh Souq hanya bersebelahan
dengan Sungai Jerteh. Oleh hal demikian, kajian ini juga menilai impak ke atas
pencemaran air terutamanya di Sungai Jerteh. Secara keseluruhan responden di tingkat
satu dan dua mencatatkan peratusan tertinggi bagi skala sangat tidak setuju bahawa
berlaku pencemaran air di Sungai Jerteh. Peratusan yang direkodkan bagi tingkat satu
ialah 14.3 peratus responden manakala 24.5 peratus responden di tingkat dua.
Responden di tingkat tiga pula mencatatkan peratusan yang sama bagi skala sederhana
dan sangat tidak setuju. Peratusan yang direkodkan ialah 4.1 peratus responden.
Seterusnya, pengkaji juga menilai impak ke atas masalah bunyi bising dan
ketenteraman peniaga. Berdasarkan analisis mengikut aras kedai, peratusan tertinggi
direkodkan pada skala sederhana dan sangat tidak setuju berkaitan masalah bunyi
bising. Peratusan yang direkod bagi kedua-dua skala tersebut adalah sama iaitu 16.3
peratus responden. Skala sederhana direkodkan di tingkat dua manakala sangat tidak
setuju dicatat pada tingkat satu. Hanya 4.1 peratus responden sahaja dari tingkat dua
83
menyatakan sangat setuju berlakunya masalah bunyi bising. Masalah bunyi bising ini
adalah berpunca daripada kenderaan seperti bas yang tidak diselenggara dengan baik.
Selain itu, terdapat juga pengunjung yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan
motosikal di dalam bangunan dan bukannya di tempat letak kenderaan. Oleh hal
demikian, terdapat gangguan yang berpunca daripada bunyi ekzos motosikal.
Impak bunyi bising ini tidak membawa kepada masalah menganggu
ketenteraman peniaga untuk berniaga. Hal ini dapat dibuktikan bahawa hanya 8.2
peratus responden sahaja dari tingkat dua bersetuju bahawa penempatan semula
mereka ke Jerteh Souq menganggu ketenteraman dan 6.1 peratus responden dari
tingkat satu. Namun begitu, peratusan tertinggi direkodkan daripada responden di
tingkat satu iaitu sebanyak 20.4 peratus responden menyatakan sangat tidak setuju
bahawa penempatan semula membawa impak ketenteraman peniaga terganggu.
Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa kesemua impak ini adalah berada
pada tahap persetujuan yang sederhana.
84
Jadual 4.8 Hubungan antara aras kedai dengan persekitaran di Bangunan Jerteh Souq
Tahap Persetujuan
Aras Kedai Sangat Setuju Sederhana Tidak Sangat
Setuju Setuju Tidak
Tingkat 1 Longkang/saliran air tersumbat Setuju
Tingkat 2 11 34 3
Tingkat 3 3 47 4 0
Jumlah 0 03 0 5
14 7 14 7 2
Tingkat 1 7
Tingkat 2 4 Masalah bau yang tidak menyenangkan 2
Tingkat 3 3 85 4 2
Jumlah 0 1 10
7 15 7 1
Tingkat 1 03 13
Tingkat 2 1 9 13 1
Tingkat 3 0 Berlaku kesesakan lalu lintas 6 19
Jumlah 1 00 0 15
2 02 7 2
Tingkat 1 02 36
Tingkat 2 2 1
Tingkat 3 0 04 7 7
Jumlah 0 Pencemaran air Sungai Jerteh 0 12
2 8 2
Tingkat 1 56 21
Tingkat 2 0 13 6
Tingkat 3 2 12 6 8
0 3 4
Jumlah 2 7 11 15 0
Masalah Bunyi Bising 12
Tingkat 1 0 6
Tingkat 2 0 52 7 10
Tingkat 3 0 38 2 5
Jumlah 0 02 15 1
16
8 12
Ketenteraman peniaga terganggu
32
47
02
7 11
Jadual 4.9 Tahap persetujuan impak penempatan semula ke atas persekitaran berdasarkan
pengalaman berniaga
Pengalaman Berniaga Ranks Sum of Ranks
11 tahun ke bawah 590.50
12 tahun ke atas N Mean Rank 634.50
Total 24 24.60
25 25.38
49
85
Test Statisticsa
Impak Penempatan Semula Ke Atas
Persekitaran
Mann Whitney-U 290.500
Wilcoxon W 590.500
Z -.191
Asymp. Sig. (2-tailed) .849
Exact Sig. (2-tailed) .854
Exact Sig. (1-tailed) .427
Point Probability .004
a. Grouping Variable: Pengalaman Berniaga
Rajah 4.18 Garisan nilai median antara kumpulan pengalaman berniaga
Berdasarkan ujian Mann-Whitney U pada Jadual 4.9, didapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara pengalaman berniaga 11 tahun ke bawah dan 12
tahun ke atas di Jerteh Souq berkenaan dengan impak penempatan semula ke atas
persekitaran [U (n1 = 24, n2 = 25) = 290.5, p > 0.05]. Nilai min bagi peniaga yang
mempunyai pengalaman 12 tahun ke atas (25.38) adalah lebih besar dari peniaga yang
mempunyai pengalaman berniaga 11 tahun ke bawah (24.60). Hal ini menunjukkan
bahawa kumpulan peniaga 12 tahun ke atas dalam kajian ini lebih tidak bersetuju
bahawa penempatan semula mereka di Jerteh Souq memberi impak negatif ke atas
persekitaran seperti pencemaran bau, bising, air dan sebagainya.