MEMPERKASAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN EDISI PERTAMA 2023
Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel: 0388844139 Faks: 0388886867 www.moe.gov.my Jan 2023, Hakcipta Jemaah Nazir
ISI KANDUNGAN Sidang Editor 01 Kata Aluan Ketua Nazir Sekolah 03 Selamat Datang KNS Baharu 02 Pengurusan Tertinggi Jemaah Nazir 04 Aktiviti di Jemaah Nazir Ibu Pejabat Aktiviti di Jemaah Nazir Negeri & Cawangan Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Dasar & Perancangan 06 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Standard Dan Jaminan Kualiti 10 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Pembangunan Kompetensi Nazir 14 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Data Dan Teknologi Maklumat 18 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Penaziran Kurikulum 21 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Penaziran Hal Ehwal Murid Dan Kokurikulum 25 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Penaziran Institusi Pendidikan 28 Aktiviti di Jemaah Nazir Sektor Pengurusan 32 Aktiviti di Jemaah Nazir Johor 36 Aktiviti di Jemaah Nazir Kedah 41 Aktiviti di Jemaah Nazir Kelantan 46 Aktiviti di Jemaah Nazir Melaka 51 Aktiviti di Jemaah Nazir Negeri Sembilan 56 Aktiviti di Jemaah Nazir Pahang 61 Aktiviti di Jemaah Nazir Perak 66 Aktiviti di Jemaah Nazir Perlis 71 Aktiviti di Jemaah Nazir Pulau Pinang 76 Aktiviti di Jemaah Nazir Selangor 113 Aktiviti di Jemaah Nazir Terengganu 118 Aktiviti di Jemaah Nazir Sabah 81 Aktiviti di Jemaah Nazir Cawangan Keningau 86 Aktiviti di Jemaah Nazir Cawangan Sandakan 89 Aktiviti di Jemaah Nazir Cawangan Tawau 94 Aktiviti di Jemaah Nazir Sarawak 98 Aktiviti di Jemaah Nazir Cawangan Miri 103 Aktiviti di Jemaah Nazir Cawangan Sibu 108 Aktiviti di Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123
Sektor Data & Teknologi Maklumat SIDANG REDAKSI EDISI 1 2023 Puan Rabiah binti Sabri Puan Wan Azzura Binti Wan Ramli Encik Mohd Fisha Dr. Selvarajoo A/L Madhavan Hafiz Bin Abidin Encik Mohd Fairuze Bin Mohd Fadzil Encik Ahmad Hazim Bin Mustaffa Encik Abdul Rahim Bin Taib Cik Nurul Aniyah Mohd Roseli Encik Mohamad Iqbal Bin Ariffin Puan Norazrena Binti Mohamad 01
YBrs. Ts. Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad, mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan dan Teknik Vokasional telah melapor diri di Jemaah Nazir sebagai Ketua Nazir Sekolah mulai 24 Mac 2023. Jemaah Nazir mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Ts. Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad. 02 YBrs. Ts. Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad, Ketua Nazir Sekolah
Syukur kehadrat Ilahi dengan keizinannya, Buletin Canang Nazir Edisi Pertama Tahun 2023 dapat diterbitkan dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada warga Sidang Editor yang terdiri daripada ahli Sektor Data dan Teknologi Maklumat (SDTM), atas usaha dan komitmen yang diberikan sepanjang proses penghasilan Buletin Canang Nazir bagi edisi kali ini. Segala kesungguhan amatlah dihargai dan disusuli dengan ucapan terima kasih. Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat memberikan kerjasama yang jitu dalam memastikan segala informasi Jemaah Nazir kekal relevan dengan menyumbangkan idea dan berkongsi bahan-bahan yang berkenaan. Buletin Canang Edisi Pertama Tahun 2023 merupakan satu platform perkongsian maklumat berkaitan dengan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan. Segala maklumat yang dikongsikan bersama disini menunjukkan komitmen dalam menjayakan aktiviti dan program di Jemaah Nazir dalam tempoh Januari 2023 hingga Jun 2023. Oleh itu, diharapkan dengan adanya perkongsian sebegini mampu memberikan manfaat dan informasi yang dikongsikan bersama dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan kepada semua pembaca. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, 03
ENCIK ROSLAN BIN IBRAHIM TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN PUAN SALMAH BINTI ABD. MURAD KPKK SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN TUAN HAJI JALALUDIN BIN ISMAIL TKNS KANAN PERANCANGAN PENAZIRAN TUAN HAJI MOHD SARNGI BIN KHALIL KPPK SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM YBrs. DR. SYARIFAH FETOM BINTI SYED ZAIN TKNS PENAZIRAN KURIKULUM TUAN HAJI NAZARI BIN KASSIM @ SAPA KPPK SEKTOR PEMBANGUNAN KOMPETENSI NAZIR YBrs. Ts. HAJAH ZANARIAH BINTI HAJI AHMAD KETUA NAZIR SEKOLAH PUAN MAIZATUL SHABANU BINTI ABDUL PATAH KPKK SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM YBrs. DR. RAZIANNA BINTI ABDUL RAHMAN TKNS PENAZIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN PUAN RABIAH BINTI SABRI KPPK SEKTOR DATA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT ENCIK MOHD ZARRAWI RAVI BIN ABDULLAH TKNS PENAZIRAN HAL EHWAL MURID & KOKURIKULUM ENCIK ABD. MUNIR BIN ABD. RASHID KPPK SEKTOR STANDARD DAN JAMINAN KUALITI PENGURUSAN TERTINGGI JEMAAH NAZIR 04
ZON UTARA Munsyi Mohd Salleh Bin Haji Hassan KNN Perlis Tuan Haji Abd. Rashid Bin Ibrahim KNN Kedah Encik Mohammad Harun Bin Mohd Salleh KNN Pulau Pinang Encik Mohd Lotpi Bin Razali KNN Perak ZON TENGAH Encik Ishak Bin Arif KNN Selangor Encik Low Swee Sing KNN WP Kuala Lumpur ZON SELATAN Tuan Haji Mohamad Hizam Bin Ibrahim KNN Negeri Sembilan Tuan Haji Mohd Zulkefli Bin Mohd Noor KNN Melaka Puan Hajah Saniah Binti Hassan KNN Johor ZON TIMUR Encik Rosmi Bin Haji Mat Nasir KNN Kelantan Puan Rohana Binti Mat Yassim KNN Pahang Encik Che' Rosli Bin Ahamad KNN Terengganu BORNEO Sarawak Puan Siti Zulaiha Binti Cawangan Ibrahim KNN Sarawak YBrs. Dr. Ting Jing Jing KNC Sibu Puan Majani Binti Hossen KNC Miri Cawangan Encik Rostam Bin Abd Hamid KNC Tawau YBrs. Dr. Azlin Binti Azlan Philip Kinjawan KNC Keningau Nor Jannah Binti Hassan KNC Sandakan Sabah Puan Junaidah @adjenada Binti Yusuppu KNN Sabah KETUA NAZIR NEGERI & CAWANGAN PENGURUSAN TERTINGGI JEMAAH NAZIR 05
Aktiviti Sektor Dasar Dan Perancangan 06
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN MESYUARAT PENGURUSAN KETUA NAZIR SEKOLAH (MPKNS) BIL.1/2023 20-21 Mac 2023 MPKNS Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Hj. Yaakob, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah, Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Nazir Sekolah. Mesyuarat ini melibatkan semua Timbalan Ketua Nazir Sekolah,Timbalan Pengarah Pengurusan, Ketua Nazir Negeri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Nazir Cawangan dan Ketua Penolong Pengarah yang diadakan empat kali setahun. Mesyuarat ini juga menjadi platform kepada pengurusan JN untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar pendidikan dan juga pengurusan organisasi di JN. Pada 20 Mac 2023, JN juga telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan Tuan Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin, mantan Ketua Nazir Sekolah yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme) dan Tuan Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari, mantan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran) yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Islam. Majlis perpisahan ini telah diadakan di Hotel Pulse Grande. MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI JEMAAH NAZIR (MPT JN) Bilangan 1 - 7 2023 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jemaah Nazir (MPT JN) ialah mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran), semua Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Timbalan Pengarah Pengurusan dan semua Ketua Penolong Pengarah Kanan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Nazir Sekolah dan berfokus untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran Jemaah Nazir. Mesyuarat ini telah dilaksanakan sebanyak tujuh kali dari bulan Januari hingga Jun 2023 i. MPT JN Bil. 1/2023 bertarikh 13 Januari 2023 ii. MPT JN Bil. 2/2023 bertarikh 20 Februari 2023 iii. MPT JN Bil. 3/2023 bertarikh 6 Mac 2023 iv. MPT JN Bil. 4/2023 bertarikh 10 April 2023 v. MPT JN Bil. 5/2023 bertarikh 8 Mei 2023 vi. MPT JN Bil. 6/2023 bertarikh 30 Mei 2023 vii. MPT JN Bil. 7/2023 bertarikh 26 Jun 2023 MESYUARAT PENYELARASAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) BAGI PERAN- CANGAN PROGRAM / AKTIVITI PEMERIK- SAAN DAN BUKAN PEMERIKSAAN JEMAAH NAZIR BERDASARKAN 29 Mac 2023 Mesyuarat penyelarasan yang diadakan adalah bertujuan untuk membincang dan menyelaraskan anggaran belanja mengurus bagi program/aktiviti pemeriksaan dan bukan pemeriksaan yang dirancang tahun 2024 menggunakan peruntukan kewangan JN. Penyelarasan ini adalah bagi memastikan setiap program atau aktiviti yang dirancang dapat memberi impak kepada sistem pendidikan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Jalaludin bin Ismail diadakan secara hibrid. Mesyuarat ini melibatkan semua Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Timbalan Pengarah Pengurusan, Ketua Nazir Negeri dan Ketua Penolong Pengarah Kanan. OUTCOME BASED BUDGETING TAHUN 2024
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN SESI TAKLIMAT BERSAMA-SAMA KETUA NAZIR SEKOLAH DAN TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH KANAN (KLUSTER PERANCANGAN PENAZIRAN) 20-21 Mac 2023 Satu sesi taklimat ringkas ahli Pengurusan Tertinggi JN bersama-sama Ketua Nazir Sekolah baharu YBrs. Ts. Hajah Zanariah binti Hj Ahmad dan Tuan Hj Jalaludin bin Ismail, Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran) yang telah melapor diri pada 24 Mac 2023. Taklimat ini adalah bagi menerangkan kepada Ketua Nazir Sekolah baharu dan Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran) baharu berkaitan fungsi, peranan JN dan hala tuju JN. SESI PERJUMPAAN KETUA NAZIR SEKOLAH BAHARU DENGAN SEKTOR-SEKTOR DI JEMAAH NAZIR 3 , 5 dan 7 April 2023 Sesi perjumpaan antara sektor-sektor di JN dengan KNS telah diadakan bagi sesi suai kenal serta menerangkan fungsi dan peranan bagi setiap sektor kepada KNS. Sesi perjumpaan dimulai dengan Sektor Penaziran Kurikulum pada 3 April 2023, diikuti Sektor Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum pada 5 April 2023, serta Sektor Penaziran Institusi Pendidikan diadakan pada 7 April 2023. Manakala bagi sektor-sektor di bawah Kluster Perancangan Penaziran yang merangkumi Sektor Dasar dan Perancangan, Sektor Standard dan Jaminan Kualiti, Sektor Data dan Maklumat serta Sektor Pembangunan Kompetensi Nazir, sesi perjumpaan telah diadakan pada 7 April 2023. TAKLIMAT JEMAAH NAZIR NEGERI / CAWANGAN BERSAMA KETUA NAZIR SEKOLAH 11 April 2023 YBrs. Ts. Hajah Zanariah binti Hj Ahmad, Ketua Nazir Sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan kesemua Ketua Nazir Negeri dan Ketua Nazir Cawangan pada 11 April 2023 di Bilik Mesyuarat Alamanda. Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi membincangkan fungsi dan peranan Jemaah Nazir Negeri serta cawangan. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan penulisan laporan pemeriksaan JN. PEMBENTANGAN PEMBENTANGAN LAPORAN KEBANGSAAN PEMERIKSAAN INSTITUSI PENDIDIKAN TAHUN 2022 KEPADA MENTERI PENDIDIKAN 6 Januari 2023 Satu sesi pembentangan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan Tahun 2022 kepada YB Menteri Pendidikan telah dilaksanakan pada 6 Januari 2023. Pembentangan ini telah diketuai oleh Tuan Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin, Ketua Nazir Sekolah. Sebanyak dua laporan JN telah dibentangkan kepada YB Menteri Pendidikan, iaitu: i. Laporan Kebangsaan Sekolah Dalam Hospital ii. Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris KSSR (Semakan 2017) dan KSSM Tahun 2022
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN MESYUARAT PROFESIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MPKPM) 20-21 Mac 2023 Jemaah Nazir telah membentangkan laporan institusi pendidikan dalam Mesyuarat Profesional KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian di KPM. Laporan bersama-sama perakuan Menteri Pendidikan yang dibentangkan akan diambil tindakan susulan oleh bahagian yang berkaitan. Antara laporan institusi pendidikan yang dibentangkan adalah: i. Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Sekolah Dalam Hospital Tahun 2022 ii. Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional iii. Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris KSSR (Semakan 2017) dan KSSM Tahun 2022 iv. Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kohort 2 Tahun 2022 v. SKPM Kualiti@Sekolah MESYUARAT PENGURUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (MPKPPM) 26 – 28 Februari 2023 Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (MPKPPM) Bil. 1/2023 telah diadakan di Johor pada 26 – 28 Februari 2023. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan dipengerusikan oleh KPPM. Jemaah Nazir telah membentangkan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris KSSR (Semakan 2017) dan KSSM Tahun 2022 MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH DI BAWAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN (MPKPPM) 15 Mac 2023 Mesyuarat Pengurusan Sekolah di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Mesyuarat ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri dan di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Perancangan Sekolah 1, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. JN telah membentangkan laporan institusi pendidikan yang dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengambil tindakan penambahbaikan terhadap dapatan dan perakuan Menteri Pendidikan. JN telah membentangkan empat laporan, iaitu: i. Laporan Kebangsaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 2021 ii. Laporan Kebangsaan PdP Bahasa Melayu dalam Kalangan Guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu iii. Laporan Kebangsaan Sekolah Pulau Tahun 2022 iv. Laporan Kebangsaan Sekolah Rendah Luar Bandar Tahun 2022 PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP): DIALOG PRESTASI NASIONAL BIL.1/2023 (MPKPPM) 18-20 Jun 2023 Program Transformasi Daerah (DTP) merupakan salah satu inisiatif KPM yang memberi tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah bagi memacu prestasi sekolah dengan sasaran yang perlu dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses secara jelas. Selain itu, program ini juga memberi tumpuan kepada pengupayaan dan kebertanggungjawaban kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Program ini telah dipengerusikan oleh KPPM dan dihadiri oleh semua pengarah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jemaah Nazir yang diketuai oleh Ketua Nazir Sekolah telah membentangkan hubung kait antara kecemerlangan organisasi dan keberhasilan murid dalam program ini.
Aktiviti Sektor Standard Dan Jaminan Kualiti 10
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR STANDARD DAN JAMINAN KUALITI MKK BIL. 1: KERTAS KONSEP DAN INSTRUMEN PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SR TAHUN 2023 12 Januari 2023 MKK BIL. 2: LAPORAN PEMANTAUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH 09 Mac 2023 MKK BIL. 3: RUMUSAN PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2023 16 Mac 2023 MKK BIL. 4: KERTAS KONSEP DAN INSTRUMEN PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PERPADUAN DI SEKOLAH KPM BAWAH INISIATIF #6 PENGUKUHAN PERPADUAN DI SEKOLAH 05 April 2023 MKK BIL. 5: KERTAS KONSEP DAN INSTRUMEN PEMERIKSAAN KECICIRAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2023 10 Mei 2023 MKK BIL. 6: KERTAS KONSEP DAN INSTRUMEN PEMERIKSAAN LITERASI DAN NUMERASI (PLAN) 29 Mei 2023 MKK BIL. 8: PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (PKS-SKPK) TAHUN 2022 31 Mei 2023 MKK BIL. 7: PEMERIKSAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH 01 Jun 2023 MKK BIL. 9: KERTAS KONSEP DAN INSTRUMEN PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 07 Jun 2023
SEKTOR STANDARD DAN JAMINAN KUALITI MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2.0 ANTARA BAHAGIAN DAN AGENSI BIL. 1/2023 22 Mac 2023 PENATARAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (PK-SKPK) 2.0 TAHUN 2022 1 & 6 Jun 2023 PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN(PK-SKPK) 2.0 SESI AKADEMIK 2022/2023 11 - 23 Jun 2023 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME i. BENGKEL PENYELARASAN PENYEDIAAN PANDUAN PELAKSANAAN SK@S (16 - 19 JANUARI | JN NEGERI SEMBILAN) ii. BENGKEL KERJA SEMAKAN DRAF DOKUMEN SK@S (26 - 28 FEBRUARI | JN SELANGOR) iii. BENGKEL SEMAKAN PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI SK@S SIRI (3 - 5 APRIL | BILIK MESYUARAT PRIMA BUNGA RAYA, ARAS 7, E14) iv.BENGKEL SEMAKAN PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI SK@S SIRI (26 - 7 APRIL | BILIK MESYUARAT MELATI 3, ARAS 4, BLOK E) v. PERBINCANGAN STANDARD 5 (5.1.2) BERSAMA DENGAN LEMBAGA PEPERIKSAAN (14 APRIL | SEKTOR PEMBANGUNAN INSTRUMEN ALTERNATIF LP)
SEKTOR STANDARD DAN JAMINAN KUALITI BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI 2023 DI JNN NEGERI SEMBILAN 16-19 januari 2023 BENGKEL PENAMBAHBAIKAN MANUAL KUALITI JEMAAH NAZIR DI JNN NEGERI SEMBILAN 1-3 Mac 2023 BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN KUALITI SISTEM PENGURUSAN KUALITI JEMAAH NAZIR DI PKG MASJID TANAH 15-18 MEI 2023 KHIDMAT KEPAKARAN BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN VERIFIKASI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2.0 ANTARA BAHAGIAN KPM DAN AGENSI TAHUN 2023 12 - 14 April 2023 LAWATAN KERJA KE JEMAAH NAZIR BERKAITAN SKPM Kualiti@Sekolah OLEH INSTITUT AMINUDDIN BAKI 12 Januari 2023
Aktiviti Sektor Pembangunan Kompetensi Nazir 14
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PEMBANGUNAN KOMPETENSI NAZIR BENGKEL SEMAKAN MODUL PROGRAM LATIHAN ASAS NAZIR (PLAN) 21 - 24 Februari 2023 Bengkel ini diadakan di Dewan Serbaguna, Agensi Antidadah Kebangsaan, Bangi selama 4 hari. Bengkel ini melibatkan 34 peserta bertujuan untuk menyemak semula dan mengemaskini tatacara pelaksanaan Program Latihan Asas Nazir Sekolah (PLAN) dan menyediakan format Laporan Pemeriksaan Institusi Pendidikan. Sesi perbengkelan dilaksanakan pada hari pertama dan kedua. Pembentangan dilaksanakan pada hari ketiga dan hari keempat. Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Kompetensi Nazir iaitu Tuan Haji Nazari bin Kassim @Sapa. PROGRAM BICARA PROFESIONAL 12 Januari 2023 Program Bicara Profesional merupakan satu platform perkongsian input profesional yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan semua warga Jemaah Nazir (JN) berkaitan hal profesional. Program Bicara Profesional Bil. 1/2023 Program Bicara Profesional Bil. 2/2023 Program Bicara Profesional Bil. 3/2023 Program Bicara Profesional Bil. 4/2023
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PEMBANGUNAN KOMPETENSI NAZIR BENGKEL PEMANTAPAN SULDP SECARA HIBRID 13 - 14 Mac 2023 Bengkel ini dilaksanakan selama 2 hari secara hibrid bagi memberi pendedahan dan input terkini berkaitan aspek pengurusan latihan secara lebih berkesan. Bengkel ini melibatkan 26 orang SULDP iaitu 7 daripada sektor di JN Ibu Pejabat, 14 daripada JN Negeri dan 5 daripada JN Cawangan. KURSUS ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA PEMERIKSAAN SEKOLAH 10 - 11 Mei 2023 SPKN dengan kerjasama SDTM telah mengadakan Kursus Analisis dan Interpretasi Data Pemeriksaan Sekolah yang diadakan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Alamanda, Aras 5, Blok E15, Jemaah Nazir. Kursus ini melibatkan seramai 31 orang Nazir Sekolah daripada JN Ibu Pejabat dan JN Negeri. Kursus ini memberi pendedahan kepada Nazir Sekolah berkaitan analisis dan interpretasi data pemeriksaan dengan memantapkan kemahiran mereka dalam penggunaan hamparan elektronik (MS Excel) .
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PEMBANGUNAN KOMPETENSI NAZIR BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM PENTAULIAHAN NAZIR SEKOLAH 7 - 9 Jun 2023 Bengkel ini diadakan di Bilik Latihan Jemaah Nazir di aras 6, Blok E15, Putrajaya. Peserta terdiri daripada KNN dan Nazir Kanan yang berpengalaman dalam bidang penaziran. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan bahan pembentangan khusus untuk Program Pentauliahan Nazir Sekolah yang akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon utara, zon timur dan zon Sabah Sarawak. Bengkel selama 3 hari ini menyediakan bahan pembentangan bersesuaian dengan objektif dan keperluan Program Pentauliahan Nazir Sekolah iaitu berkaitan dengan Etika Penaziran, pelaporan, pemeriksaan, akta dan dasar, SKPM dan TMK. KURSUS INDUKSI NAZIR SEKOLAH (KINAS) FASA 1 TAHUN 2023 12 - 16 Jun 2023 Pelaksanaan Kursus Induksi Nazir Sekolah Baharu (KINaS) Fasa 1 Tahun 2023 dilaksanakan di SSTP Perak, pada 12 hingga 16 Jun 2023. Kursus ini melibatkan 22 Nazir Sekolah Baharu (NSB) iaitu 6 NSB dari JN Ibu Pejabat, 15 NSB dari Jemaah Nazir Negeri dan 1 NSB dari Jemaah Nazir Cawangan. Kursus ini dilaksanakan selama 5 hari. NSB perlu melaksanakan 3 Tugasan berkaitan Penyelesaian Masalah, Analisis Laporan dan Konsultasi pada hari pertama sehingga hari ketiga. Pembentangan tugasan dilaksanakan pada hari keempat di hadapan Panel Penilai. Manakala, pada hari kelima, NSB menduduki Ujian Bertulis. Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran) iaitu Tuan Haji Jalaluddin bin Ismail telah menyempurkan Majlis Penutupan KINaS Fasa 1 pada hari terakhir kursus.
Aktiviti Sektor Data Dan Teknologi Maklumat 18
SEKTOR DATA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MESYUARAT JK PEMANDU ICT BIL.1/2023 20 Februari 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Bil.1/2023 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Alamanda bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan program ICT selaras dengan Perancangan Strategik JN 2021 - 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Raziana binti Abd Rahman, TKNS SPIP dan dihadiri 36 orang ahli terdiri daripada ahli MPT, KPP, KNN, KNC, warga SDTM, serta PICT dan PD di JNN/JNC. UAT - MODUL INSTITUSI STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) Kualiti@Sekolah 21 Mac - 26 Jun 2023 Pengujian sistem Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Kualiti@Sekolah dilaksanakan pada 21 Mac hingga 26 Jun melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). User Acceptance Testing (UAT) atau Ujian Penerimaan Pengguna ialah ujian yang dijalankan oleh pengguna yang berinteraksi secara langsung dengan sistem dan mengesahkan sama ada berfungsi mengikut ketetapan yang dikehendaki oleh pengguna dan kerjasama antara SDTM dan SSJK serta BPM untuk memastikan kelancaran sistem berfungsi dengan baik. KURSUS LATIHAN SISTEM ISD 9 Februari 2023 Satu sesi kursus latihan berkaitan sistem ISD telah dilaksanakan anjuran BPM di Hotel Everly. SDTM telah menghantar wakil 2 orang iaitu En. Ahmad Hazim Bin Mustaffa dan En. Abdul Rahim Bin Taib untuk menghadiri kursus ini. BENGKEL KERJA PENYEDIAAN BAHAN DIALOG PRESTASI NASIONAL BILANGAN 1/2023 17 - 18 April 2023 Bengkel Kerja Penyediaan Bahan Dialog Prestasi Nasional Bil. 1/2023 anjuran KPM dilaksanakan selama dua hari bermula pada 17 hingga 18 April 2023 bertempat di Port Dickson. SDTM telah menghantar wakil iaitu Dr. Selvarajoo a/l Madhavan bagi menghadiri bengkel tersebut. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
SEKTOR DATA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BENGKEL PEMBINAAN TAPAK PEMERIKSAAN & ANALISIS DATA 11 Januari 2023 SDTM telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Tapak Pemeriksaan & Analisis Data selama 3 hari yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka. Seramai 36 warga nazir telah menghadiri bengkel tersebut. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan/latihan amali dalam penyediaan tapak pemeriksaan dan kaedah menganalisis data serta latihan amali. KHIDMAT KEPAKARAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 18 May 2023 SDTM mewakili Jemaah Nazir mengendalikan aktiviti “Kuiz Pameran Menara Buku” dimana pelajar yang hadir diminta menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui Google Form sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan di perpustakaan KPM. Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan inisiatif ke arah membentuk masyarakat minat membaca dan juga merupakan sokongan semua perpustakaan di Malaysia bersama-sama pihak kerajaan untuk meningkatkan pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKTOR TAHUN 2023 12 May 2023 SDTM bersama-sama dengan SPIP,SPK dan SPHEMK telah mengadakan Jamuan Hari Raya Sektor Aidilfitri 2023 bertempat di aras 4 ibu pejabat, Jemaah Nazir. Turut dijemput adalah KNS, YBrs. Ts. Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad dan warga JN di aras 3 dan aras 5 bagi memeriahkan lagi jamuan raya dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. QUICK FACT DAN DASHBOARD JEMAAH NAZIR Jan - Jun 2023 Penyediaan Quick fact dan Dashboard Jemaah Nazir ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan Pengurusan Tertinggi Jemaah Nazir untuk memantau dan membuat keputusan berkaitan dasar, kewangan, dan hala tuju di Jemaah Nazir,KPM. Antara yang terkandung dalam Dashboard dan Quick fact adalah seperti berikut: • Bilangan Nazir Sekolah yang aktif seluruh negara • Status pemeriksaan/tinjauan/penilaian terkini (Secara suku penggal tahunan) • Maklumat jarak secara lokaliti dari JNIP/JNN/JNC ke sekolah seluruh negara • Status bangunan JNN/JNC seluruh negara • Maklumat perjawatan di Jemaah Nazir (JNIP/JNN/JNC) • Maklumat opsyen Nazir Sekolah seluruh negara Quick Facts Jemaah Nazir 2023 Dashboard Jemaah Nazir 2023
Aktiviti Sektor Penaziran Kurikulum 21
SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2023 29 Januari – 3 Februari 2023 Pemeriksaan yang diterajui oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) ini melibatkan seramai 235 orang Nazir Sekolah bagi memantau pematuhan sekolah rendah terhadap pelaksanaan norma baharu GPI, pengurusan program j-QAF dan kemenjadian murid dalam Program j-QAF di sekolah yang terpilih. TINJAUAN PELAKSANAAN (DLP) TAHUN 2023 DUAL LANGUAGE PROGRAMME 16 – 21 April 2023 Tinjauan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan DLP di sepuluh sekolah rendah di negeri Johor, Selangor dan Perak. Tinjauan yang melibatkan 28 orang Nazir Sekolah dari Ibu Pejabat dan Jemaah Nazir Negeri ini merupakan tinjauan yang diterajui oleh Unit Bahasa dan Kesusasteraan (UBK) PEMERIKSAAN KECICIRAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH 23 – 26 Mei 2023 Unit Sains Sosial (USS) telah menerajui pemeriksaan ini bagi menaksir keberkesanan pengurusan sekolah, pelaksanaan program dan kualiti P&P guru bagi mengenal pasti dan menangani isu keciciran pembelajaran murid di sekolah rendah. Pemeriksaan ini melibatkan 50 buah sekolah rendah yang terpilih. REGIONAL CENTRE FOR EDUCATION IN SCIENCE AND MATHEMATICS LAWATAN PENANDAARASAN KE (RECSAM) 8 – 10 Februari 2023 Lawatan ini telah dilaksanakan oleh Unit Sains dan Matematik (USM) bagi melihat bagaimana RECSAM merancang, melaksana dan menilai program pendidikan sains dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan STEM di Malaysia.
SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM KHIDMAT KEPAKARAN KURSUS (EWP) PPP BUKAN OPSYEN BAHASA INGGERIS KPM ENGLISH AT THE WORKPLACE 9 – 11 Mei 2023 Kursus yang dilaksanakan di ini disertai oleh lima orang Penolong Pengarah dari Sektor Penaziran Kurikulum (SPK) bagi meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris di tempat kerja. English Language Teaching Centre (ELTC) SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL (BPLTV) 18 Mei 2023 Unit Teknik dan Vokasional (UTV) telah membuat perkongsian ilmu kepada Bahagian Pendidikan dan Teknik Vokasional (BPLTV) berkenaan SKPMg2 dan kaedah penaziran yang bersesuaian dengan mata Pelajaran vokasional di Kolej Vokasional (KV). MESYUARAT SARINGAN PEMILIHAN CALON ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN 14 April 2023 Dr. Siti Nafsiah binti Ismail dari Unit Bahasa dan Kesusasteraan (UBK) dijemput oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi membantu melaksanakan saringan pemilihan calon Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PENAZIRAN INSTITUT TAHFIZ 6 – 7 Jun 2023 Bengkel anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini telah disertai oleh Ustaz Ahmad Fahmi bin Nor Affandi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) untuk membantu menyediakan garis panduan penaziran bagi Institusi Tahfiz di bawah pengurusan JAKIM.
SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENILAIAN PERMOHONAN JURULATIH UTAMA (JU) PROJEK MEMPERKASAKAN AMALAN KEMENJADIAN MURID DI NEGARA JEPUN 19 – 22 Jun 2023 Cik Miftahul Janah binti Kamarudin dari Unit Sains dan Matematik (USM) telah dijemput untuk membuat penilaian kepada permohonan JU projek anjuran Japan International Cooperation Agency (JICA) di beberapa sekolah yang terpilih. CERAMAH PERDANA IHYA’ RAMADAN 7 April 2023 Program ceramah ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) dan Badan Kebajikan Ibu Pejabat (BAKTI). Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Sabir bin Jamaludin dilakukan secara bersemuka dan atas talian bagi meningkatkan pengetahuan dan penghayatan Nazir Sekolah yang beragama Islam tentang Ramadan. BENGKEL PENERBITAN ERA ANJURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 12 – 14 Jun 2023 En. Azizi bin Alias dari Unit Sains dan Matematik (USM) telah membantu pelajar-pelajar dari Fakulti Pendidikan, UKM menerbitkan artikel bertaraf ERA. Program yang dilaksanakan di Hotel Corus, Kuala Lumpur ini merupakan anjuran Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, UKM. PROGRAM BACAAN YASIN, SURAH AL-KAHFI DAN TAZKIRAH MINGGUAN Setiap Hari Jumaat Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) telah menganjurkan program bacaan Yasin, Surah Al-Kahfi dan tazkirah ringkas pada setiap hari Jumaat. Program ini juga melibatkan beberapa Nazir Sekolah dari Ibu Pejabat dan Jemaah Nazir Negeri sebagai pengisian kerohanian warga Jemaah Nazir.
Aktiviti Sektor Penaziran Hal Ehwal Murid Dan Kokurikulum 25
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PENAZIRAN HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM TINJAUAN AMALAN PERPADUAN DI KOMPLEK SEKOLAH WAWASAN 3 Mei 2023 Tinjauan Amalan Perpaduan di Kompleks Sekolah Wawasan (KSW) bagi melihat pelaksanaan dan penerapan amalan perpaduan yang dilaksanakan di sekolah wawasan sejajar dengan matlamatnya untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Tinjauan ini dilaksanakan di 6 KSW iaitu: i. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak ii. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah iii. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang iv. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor v. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak MESYUARAT SEKTOR BIL.1 TAHUN 2023 12 Januari 2023 Kehadiran Tuan Mohd Zarrawi Ravi Bin Abdullah Ketua Nazir Sekolah, Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta semua pegawai dari unit HEM, Kokurikulum dan UPIP. PEMERIKSAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH (PPBKS), FASA 1 TAHUN 2023 13 - 15 Jun 2023 Pemantauan pemeriksaan oleh Tuan Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah di Sekolah SMK Sultan Omar di Terengganu. Pasukan pemeriksa yang terlibat adalah pasukan yang diketuai oleh En Mohammad Yadzni bin Majid.
SEKTOR PENAZIRAN HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM MESYUARAT PEMANTAPAN SIASATAN ADUAN JEMAAH NAZIR 14 - 16 Februari 2023 Mesyuarat ini dihadiri oleh Penyelaras Aduan Siasatan bagi Semenanjung sahaja. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memberi makluman terkini dan berkongsi pandangan dalam mengurus aduan dan melaksanakan siasatan agar lebih teratur dan berkesan. Mesyuarat selama dua hari berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KHIDMAT KEPAKARAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN MESYUARAT TASK FORCE PENULISAN LAPORAN TAHUNAN JEMAAH NAZIR TAHUN 2021-2022 22 Mac 2023 SPHEMK selaku peneraju bagi menyediakan Laporan Tahunan Jemaah Nazir pada tahun 2022. Kehadiran wakil dari semua sektor penaziran serta nazir sekolah dari Jemaah Nazir Negeri Melaka yang terpilih untuk menganggotai Task Force Penulisan Laporan. MISI BANTUAN PASUKAN SUKARELAWAN MESCA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 6 Mac 2023 Mewakili Jemaah Nazir dalam misi bantuan bencana banjir Pasukan Sukarelawan KPM. Misi bantuan dilaksanakan di SK Kampung Jawa, Parit Sulung, Batu Pahat Johor BENGKEL KERJA PEMURNIAN ITEM KAJIAN PENGUKU- RAN INDEKS PERPADUAN DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2023 22 Mac 2023 YBrs Dr. Nurhasni binti Mohd Noor dan En. Yusoff bin Yahaya menghadiri bengkel kerja penambahbaikan Instrumen Pengukuran Indeks Perpaduan Murid Sekolah Rendah bawah inisiatif #6: Pengukuhan Perpaduan di Sekolah. Bengkel kerja ini dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aktiviti Sektor Penaziran Institusi Pendidikan 28
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PENAZIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH PRINCESS MAHA CHAKRI (APMC) TAHUN 2023 Oktober 2022 - Februari 2023 JN bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah dilantik sebagai jawatankuasa pemilihan calon APMC tahun 2023. Hebahan kepada Bahagian KPM/JPN/JPWP dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 dan sebanyak 35 pencalonan telah diterima. Tiga orang calon yang memenuhi kriteria telah dinilai di lapangan pada 9 hingga 20 Januari 2023. Rumusan penilaian calon APMC dibentangkan kepada focal person APMC 2023 pada 30 Januari 2023. Pada 28 Februari 2023, pencalonan APMC 2023 Malaysia dihantar kepada BPSH untuk dikemukakan kepada Sekretariat APMC Thailand. JAWATANKUASA PEMILIHAN TEMA HARI GURU TAHUN 2023 Disember 2022 - Mac 2023 Pada 9 Disember 2022, JN mengeluarkan hebahan bagi cadangan tema hari guru tahun 2023. Sebanyak 459 cadangan tema hari guru diterima daripada semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada 20 Januari 2023, senarai pendek 10 tema telah dikemukakan kepada Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tema Hari Guru Tahun 2023 “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam Majlis Gerakan Massa: #terimakasihcikgu pada 4 dan 5 Mac 2023 di Kuantan, Pahang. JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN TAHUN 2023 Disember 2022 - Mei 2023 JN bersama Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) telah dilantik sebagai jawatankuasa pemilihan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2023. Sebanyak 16 orang penerima anugerah tokoh guru peringkat negeri telah dicalonkan. Senarai pendek calon tokoh guru dikemukakan kepada Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 3 Mac 2023. Yang Berhormat Menteri Pendidikan memutuskan pemilihan tokoh guru 2023 dan mengumumkan Datuk Nuinda Alias, bekas pengetua cemerlang Gred Khas C sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2023. PENILAIAN CALON GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) TAHUN 2022 Januari 2023 - Mac 2023 Penilaian Calon GCPC Tahun 2022 Fasa 2 dijalankan bermula 8 Januari hingga 10 Mac 2023 melibatkan 359 orang calon. Pada 6 hingga 8 Mac 2023, Mesyuarat Penyelarasan Data dan Rumusan Penilaian Calon GCPC Tahun 2022 telah diadakan di pejabat Jemaah Nazir Negeri Selangor dengan pelibatan urus setia dan semua penyelaras GCPC negeri.
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PENAZIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN PENILAIAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSIPPP) Januari 2023 - Mac 2023 Pada 16 hingga 19 Januari 2023, penilaian checkpoint assessment 2 telah dilaksanakan bagi empat peserta Kohort 1 Ambilan 2. Sesi final evaluation bagi kumpulan ini telah dilaksanakan pada 14 Februari 2023 oleh Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Pengarah Bahagian Matrikulasi sebagai panel penilai. Penilaian diagnostik terhadap lima peserta PSIPPP Kohort 3 telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Februari 2023 . Pada 28 hingga 30 Mac 2023, penilaian checkpoint assessment 1 telah dilaksanakan bagi empat peserta PSIPPP Kohort 2. JAWATANKUASA ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN (ATBMSP) TAHUN 2023 Februari 2023 - Mei 2023 JN telah dilantik sebagai jawatankuasa Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan (ATBMSP) Tahun 2023 dan dipertanggungjawabkan untuk menerima permohonan daripada warga Bahagian KPM. Sebanyak empat permohonan telah diterima dan disaring pada 14 April 2023 oleh panel yang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Ketua Nazir Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keempat-empat permohonan tersebut dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal ATBMSP pada 9 Mei 2023 untuk penilaian akhir. SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN KPM DAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) BAGI URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) TAHUN 2023 9 Jun 2023 JN telah mengadakan satu sesi libat urus bertujuan untuk menyebar luas maklumat permohonan GCPC melibatkan sekolah-sekolah di bawah tadbir urus Bahagian KPM dan MTD. Sesi tersebut dilaksanakan secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Bougainvillea JN Ibu Pejabat Putrajaya pada 9 Jun 2023. TAKLIMAT URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) TAHUN 2023 KEPADA GURU CEMERLANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR/PUDU 13 Jun 2023 JN telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan urusan pemangkuan GCPC 2023 dalam usaha untuk menambah bilangan guru cemerlang sedia ada di sekolah-sekolah PPD Bangsar/Pudu. Sesi taklimat tersebut dilaksanakan secara bersemuka melibatkan pegawai PPD dan guru cemerlang di Dewan Gemilang, PPD Bangsar/Pudu pada 13 Jun 2023.
PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN SEKTOR PENAZIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 3 TAHUN 2023 18 - 23 Jun 2023 Pada 18 hingga 23 Jun 2023, Pemeriksaan Pelaksanaan Program TS25 Kohort 3 Tahun 2023 telah dijalankan melibatkan 15 buah sekolah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menaksir kemenjadian murid, peranan kepimpinan sekolah dalam mengaplikasikan amalan terbaik pengurusan sekolah serta kualiti dan amalan terbaik PdP. BICARA CEMERLANG: PERMOHONAN & PERSEDIAAN GURU CEMERLANG (FASA 1) BERSAMA MAJLIS GURU CEMERLANG WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (MGCKL) 23 Jun 2023 JN telah mengadakan satu sesi libat urus bersama MGCKL bertujuan untuk berkongsi tentang teknikal permohonan GCPC melalui sistem e-Pangkat kepada warga pendidik di seluruh negara. Sesi ini telah diadakan secara dalam talian pada 23 Jun 2023. PERKONGSIAN ILMU: PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 13 Jun 2023 JN telah mengadakan satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Program TS25 sebagai persediaan kepada nazir sekolah melaksanakan Pemeriksaan Pelaksanaan Program TS25 Kohort 3 Tahun 2023. Perkongsian ilmu ini diadakan secara hibrid dan disampaikan oleh Encik Mohamad Faisal bin Mohd Noh daripada Bahagian Profesionalisme Guru (BPG). PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) TAHUN 2023 18 - 23 Jun 2023 Pada 18 hingga 23 Jun 2023, Pemeriksaan Pelaksanaan PPI Tahun 2023 telah dijalankan melibatkan 24 buah sekolah rendah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menaksir status pelaksanaan PPI melibatkan pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Aktiviti Sektor Pengurusan 32
SEKTOR PENGURUSAN PENGURUSAN PEMANTAUAN KE JEMAAH NAZIR NEGERI SELANGOR 28 Februari 2023 Jemaah Nazir Ibu Pejabat (JNIP) merancang untuk melaksanakan pemantauan pengurusan pejabat di enam (6) JNN bagi tahun 2023. Pada 28 Februari 2023 pasukan pemantauan pengurusan JNIP telah melaksanakan pemantauan di JNN Negeri Selangor. Pemantauan ini meliputi Pemeriksaan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Pengurusan Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), Pengurusan Aset Alih, Pengurusan Stor Kerajaan, Pengurusan Kenderaan Jabatan dan Pengurusan Dokumen. LAWATAN TAPAK KEDIAMAN KAKITANGAN PENDIDIKAN KOMPLEKS KENANGAN, KEPALA BATAS, PULAU PINANG UNTUK DIUBAHSUAI MENJADI PEJABAT JNN PULAU PINANG 7 Jun 2023 Lawatan tapak ke pejabat cadangan Jemaah Nazir Negeri (JNN) Pulau Pinang di bangunan Kediaman Kakitangan Pendidikan, Kompleks Kenangan, Jalan Tiga, Kepala Batas, Pulau Pinang telah diadakan pada 7 Jun 2023. Lawatan ini dihadiri oleh YBrs. Ts. KNS dan TKNSK, TP (Pengurusan) KNN Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang dan PPD Seberang Perai Utara. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS YBRS. TUAN HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN 13 Februari 2023 YBrs. Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, mantan Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) telah melapor diri sebagai Ketua Nazir Sekolah mulai 16 November 2020. YBrs. Tuan Haji Shafrudin Bin Haji Ali Hussin yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din seterusnya telah dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme mulai 7 Februari 2023. Majlis serah terima tugas YBrs. Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin telah diadakan pada 13 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jemaah Nazir. Encik Zarawi Ravi Bin Abdullah telah diamanahkan untuk menjalankan tugas Ketua Nazir Sekolah sehingga jawatan tersebut diisi pada 24 Mac 2023. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS YBRS. ENCIK ABU HANIPAH @ FAUZI BIN ZAHARI 28 Februari 2023 YBrs. Tuan Haji Abu Hanipah @ Fauzi Bin Zahari, mantan Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Dasar dan Perancangan Pembangunan Keguruan di Bahagian Pembangunan Profesionalisme telah melapor diri di Jemaah Nazir pada 11 April 2022 sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan, Kluster Perancangan Penaziran.YBrs. Ustaz Abu Hanipah @ Fauzi Bin Zahari seterusnya telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah,Bahagian Pendidikan Islam berkuatkuasa 7 Februari 2023.Majlis serah terima tugas YBrs. Tuan Haji Abu Hanipah @ Fauzi Bin Zahari telah diadakan pada 13 Februari 2023. YBrs. Dr. Razianna Binti Abd. Rahman telah diamanahkan untuk menjalankan tugas Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan, kluster Perancangan Penaziran sehingga jawatan tersebut diisi pada 24 Mac 2023. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN
AKTIVITI DI JEMAAH NAZIR NEGERI
Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Johor 36
JEMAAH NAZIR JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN
JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR KHIDMAT KEPAKARAN
JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Kedah 41
JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN LAWATAN KERJA KETUA NAZIR SEKOLAH 18 Julai 2023 Lawatan kerja Ketua Nazir Sekolah, YBrs. Ts. Hajah Zanariah binti Haji Ahmad ke JNN Kedah pada 18 Julai 2023. Sempena lawatan tersebut, beliau telah merasmikan replika Model Tulang Ikan Ishikawa dan Galeri Seni JNN Kedah. MESYUARAT PENGURUSAN KETUA NAZIR NEGERI BIL.2/2023 10 Ogos 2023 Mesyuarat Pengurusan Ketua Nazir Negeri Bil.2/2023, JNN Kedah telah diadakan pada 10 Ogos 2023 di Albukhary International University (AIU). Pihak AIU telah sudi menaja lokasi mesyuarat JNN Kedah pada kali ini. MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN RASMI JNN KEDAH 10 Ogos 2023 Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi JNN Kedah telah dilaksanakan pada 10 Ogos 2023. Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jemaah Nazir KPM, Encik Roslan bin Ibrahim telah menyempurnakan majlis serahan kereta Nissan X Trail baharu tersebut
JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PROGRAM TRANSFORMASI PENAZIRAN 25 Januari 2023 Program Transformasi Penaziran yang diadakan pada 25 Januari 2023 di Bilik Gerakan Guna Sama JANM telah berjaya menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai pegawai kanan JPN dan 9 PPD, serta perwakilan daripada MPSM, MGB, MGC, SIP dan SISC+ di negeri Kedah. Intipati program ini adalah menzahirkan hasrat JNN Kedah untuk memperkasakan institusi pendidikan di Kedah. BENGKEL MENGGUGAH SKPM_TRIANGULASI DALAM PEMERIKSAAN SIRI 1 DAN 2 2 Mac & 6 April 2023 Bengkel Menggugah SKPM_Triangulasi Dalam Pemeriksaan Siri 1 dan 2 telah diadakan pada 2 Mac 2023 dan 6 April 2023 di SSTP Kedah. LAWATAN PENANDAARASAN KE KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2 (KVSP2) 8 Jun 2023 Lawatan Penandaarasan ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2 (KVSP2) telah diadakan pada 8 Jun 2023. Lawatan ini bertujuan melihat amalan terbaik KVSP2 sehingga merangkul banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Lawatan tersebut turut disertai JNN Terengganu yang mengadakan lawatan penandaarasan ke JNN Kedah
JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH KHIDMAT KEPAKARAN PEMBENTANGAN LAPORAN PROGRAM KEWAJAHAN KEPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK) 15 Mac 2023 Pembentangan Laporan Program Kewajahan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) pada 15 Mac 2023. Modus operandi program bersama JHEAIK ini ialah memberi khidmat kunjung bantu ke 10 buah SAR terpilih di seluruh negeri Kedah. MESYUARAT PENULISAN LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 PENILAIAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 9 - 10 Julai 2023 Mesyuarat Penulisan Laporan Pertengahan Tahun 2023 Penilaian Pembekal Perkhidmatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Inisiatif #30 Program Permata Pintar Cerdas untuk dibentangkan kepada BPSBP dan UKM. Mesyuarat telah diadakan pada 9 hingga 10 Julai 2023 di Merdeka Beach Resort, Kuala Muda Yan. PROGRAM BICARA PROFESIONAL BERSAMA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH BIL. 1/2023 28 Mac 2023 Program Bicara Profesional bersama Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah Bil. 1/2023 diadakan pada 28 Mac 2023. Jalinan profesional ini bertujuan mempromosikan laluan kerjaya guru cemerlang di negeri Kedah.
JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH AKTIVITI KEMASYARAKATAN Ketua Nazir Negeri Kedah, Tuan Haji Abd Rashid bin Ibrahim, P.M.P, amat menekankan amalan berkongsi rezeki. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sumbangan Bakul Makanan Rahmah kepada pekerja pembersihan pengawal keselamatan di pejabat JNN Kedah dan penduduk setempat. JNN Kedah turut menyantuni warganya yang sakit. Selain itu, Majlis Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bagi berkongsi kegembiraan bersama rakan rakan strategik dan pejabat yang berjiran dengan JNN Kedah.
Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Kelantan 46
PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN BIL.1/2023 06 Mac 2023 Bertujuan untuk mengetahui keadaan dan prestasi aset, memastikan setiap aset alih mempunyai rekod lengkap dan berdaftar serta memastikan aset alih berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar. PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2023 JNNKEL 26 Mac 2023 Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2023 JNNKel yang dianjurkan oleh UDTM dan UPK dengan tema ICT Pemangkin Pengurusan Kurikulum. Antara pengisian dalam perhimpunan bulanan kali ini ialah Pelancaran Ihya’ Ramadan 1444H & Tabung Infaq Ramadan, penyampaian juzuk al - Quran & makanan sunnah, sambutan hari lahir bagi bulan Jan - Mac, Solat Zohor berjemaah serta penyerahan nota serah tugas kepada KNN daripada Puan Wan Noran, pembantu tadbir telah dilaksanakan dengan jayanya. 1 -2 Februari 2023 Sebanyak 15 buah sekolah rendah di negeri Kelantan telah dipilih bagi pemeriksaan ini. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menaksir pematuhan sekolah rendah terhadap pelaksanaan norma baharu GPI & pengurusan program j-QAF dan kemenjadian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN J N N E G E R I K E L A N T A N
LDP UNIT SIASATAN DAN ADUAN 03 April 2023 Penceramah Encik Saperi bin Toman, Nazir Kanan. LDP ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap aspek penting dalam siasatan aduan, memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai kesilapan lazim dalam siasatan aduan, serta meningkatkan keberkesanan dalam pengendalian siasatan aduan. BENGKEL PEMANTAPAN SKPM SIRI 3 10 April 2023 JNNKel mengambil inisiatif untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kepada semua nazir melalui pemahaman konsep dan pemantapan SKPM Kualiti @Sekolah mengikut standard yang digariskan. Penganjuran bengkel ini bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi nazir tetapi juga membentuk potensi kepimpinan yang lebih baik. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 04 Ogos 2023 Program ini disampaikan oleh En. Kamal Ruzaman bin Hasan, KPP Sektor Pembangunan Murid, JPN Kelantan. Program ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat terkini berkaitan pengurusan HEM yang melibatkan 8 sub unit dan sesi soal jawab mengenai isu-isu yang biasa berlaku di sekolah. J N N E G E R I K E L A N T A N