The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Jemaah Nazir semasa bulan Januari sehingga Jun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SDTM Jemaah Nazir, 2023-12-29 03:59:19

Buletin Canang Edisi 1 2023

Informasi tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Jemaah Nazir semasa bulan Januari sehingga Jun 2023

Keywords: canang,buletin,edisi 1,2023,jemaah nazir,jn

Jemaah Nazir Negeri Sarawak 14 9 Jemaah Nazir Cawangan Sibu Jemaah Nazir Cawangan Miri 5 4 4 3 Bilangan Nazir Sekolah Bilangan Sekolah PEMERIKSAAN NORMA BAHARU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH Pemeriksaan Norma Baharu Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Negeri Sarawak telah dilaksanakan di 16 buah sekolah pada 1-2 Februari 2023. 1 - 2 Februari 2023 NAZIR SEKOLAH TERLIBAT 24 PENILAIAN CALON GURU CEMERLANG PENSYARAH CEMERLANG FASA 2/2022 16 Januari - 3 Februari 2023 Penilaian GCPC Fasa 2/2022 di negeri Sarawak melibatkan keseluruhan 38 ďī­Ċæ calon dengan 3 orang calon PC dan 35 orang calon GC. Penilaian telah dibuat bermula pada 16 Januari 2023 sehingga 3 Februari 2023. PEMERIKSAAN KECICIRAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2023 21 - 26 MEI 2023 Sejumlah 6 buah sekolah rendah telah diperiksa di negeri Sarawak iaitu 4 buah sekolah diperiksa oleh pasukan dari JNN Sarawak dan masing-masing sebuah sekolah diperiksa oleh pasukan dari JNC Sibu dan JNC Miri. Calon Pensyarah Cemerlang 35 Calon Guru Cemerlang 3 PENAZIRAN/PENILAIAN


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : PENGURUSAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 22 Februari 2023 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: PEMBUGARAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MYPPB) 28 Mac 2023 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : PENGURUSAN PANITIA SEJARAH (TS25) DAN PENDIDIKAN MORAL 28 Februari 2023 LADAP Siri 1/2023 berkaitan Pengurusan Panitia RBT telah disampaikan oleh Puan Lim Ah Lan. Peserta LADAP adalah terdiri daripada semua Nazir Sekolah di JNN Sarawak. LADAP Siri 2/2023 berkaitan Pengurusan Panitia Sejarah dan Pendidikan Moral telah disampaikan oleh Dr. Teo Anak Juin dan Encik Edmund Siaw Chia Poh. Peserta LADAP adalah terdiri daripada semua Nazir Sekolah di JNN Sarawak. LADAP bertajuk Pembugaran Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MYPPB) telah dilaksanakan secara hybrid. Sesi perkongsian disampaikan oleh En. Beviam Kiung Tek Ket dan En. Franky Anak Sam. Peserta adalah terdiri daripada NS dan AKP di JNN Sarawak, JNC Sibu dan JNC Miri. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


KHIDMAT KEPAKARAN BENGKEL PENGUPAYAAN GURU BESAR DAN GURU PRASEKOLAH BAGI KELAS SHOWCASE PRASEKOLAH PPD SERIAN 2023 10 - 11 Mei 2023 BENGKEL PEMANTAPAN PDPC DAN HALA TUJU KERJAYA GURU CEMERLANG 9 Mei 2023 PERKONGSIAN GURU CEMERLANG 23 Jun 2023 Bengkel telah dilaksanakan di PPD Serian yang melibatkan semua Guru Besar dan Guru Prasekolah. Perkongsian disampaikan oleh Nazir Sekolah dari JNN Sarawak iaitu Dr. Tan Meow Huang dan Puan Baniazora binti Bakar. Perkongsian Laluan Kerjaya sebagai Guru Cemerlang melibatkan 50 peserta yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara. Perkongsian tersebut disampaikan oleh Penyelaras Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Sarawak iaitu Encik Jaya bin Pala dan turut disertai oleh Ketua Nazir Negeri, Puan Siti Zulaiha binti Ibrahim. Bengkel diadakan di SMK Penrissen, Padawan yang disertai oleh 44 orang guru. Pemantapan PdPc dibincangkan selaras dengan Standard 4 SKPM. Turut dikongsikan berkenaan hala tuju kerjaya guru sebagai Guru Cemerlang.


INFAK RAMADAN JNN SARAWAK 2023 : KPG. BUNTAL,KUCHING 19 April 2023 KEMPEN DERMA DARAH JNN SARAWAK 1 Mac 2023 Infak Ramadan JNN Sarawak telah dilaksanakan pada 19 April 2023 di Kampung Buntal, Kuching. Rombongan yang terlibat terdiri daripada Nazir Sekolah dan AKP di JNN Sarawak. Kempen Derma Darah anjuran bersama JNN Sarawak dan Hospital Umum Sarawak telah diadakan pada 1 Mac 2023 di Ruang Legar Tingkat 11 JNN Sarawak. Penderma darah adalah dalam kalangan penjawat awam yang bertugas di jabatan kerajaan Wisma Persekutuan. AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Cawangan Miri 103


JEMAAH NAZIR CAWANGAN MIRI PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR CAWANGAN MIRI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


JEMAAH NAZIR CAWANGAN MIRI KHIDMAT KEPAKARAN


JEMAAH NAZIR CAWANGAN MIRI AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Cawangan Sibu 108


PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN JEMAAH NAZIR CAWANGAN SIBU KETUA NAZIR CAWANGAN MELAPOR DIRI BERTUGAS DI JEMAAH NAZIR CAWANGAN SIBU 16 Januari 2023 YBrs Dr. Ting Jing Jing telah melapor diri bertugas sebagai Ketua Nazir Cawangan yang baru di Jemaah Nazir Cawangan Sibu. Kehadiran beliau disambut dengan penuh penghormatan oleh semua warga JNC Sibu. Ustaz Ibrahim bin Mohidin menyerahkan Nota Serah Tugas Ketua Nazir Cawangan kepada YBrs Dr. Ting Jing Jing dan disaksikan oleh En. Beviam Kiung Tek Ket, Nazir Sekolah. LAPOR DIRI NAZIR SEKOLAH BAHARU DI JEMAAH CAWANGAN SIBU 15 Mac 2023 Ustaz Ruzailan bin Salleh (SK Nanga Salim, Sibu) dan En. Mohamad Abdullah bin Abu Bakar (SK Abang Ali, Sibu) melapor diri sebagai Nazir Sekolah Baharu di Jemaah Nazir Cawangan Sibu. Hal ini disaksikan oleh Ustaz Ibrahim bin Mohidin. LAWATAN KERJA KETUA NAZIR NEGERI SARAWAK DAN PEGAWAI PENTADBIR KANAN JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK KE JEMAAH CAWANGAN SIBU 19 Jun 2023 Pn. Hajah Siti Zulaiha binti Ibrahim (Ketua Nazir Negeri Sarawak) dan Encik Mohammad Syahril bin Kipli (Penolong Pembantu Tadbir Kanan) telah melawat ke Jemaah Nazir Cawangan Sibu. Sempena lawatan tersebut, Ketua Nazir Negeri membuat perkongsian berkaitan hal-hal profesional manakala Pengurusan Pejabat telah dikongsikan oleh Penolong Pembantu Tadbir Kanan.


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME JEMAAH NAZIR CAWANGAN SIBU CERAMAH PENGURUSAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PEJABAT 06 Jan 2023 Pn. Sh. Siti Hauzimah binti Wan Omar selaku Pengerusi EKSA JNC Sibu membuat perkongsian tentang Pengurusan EKSA Pejabat kepada semua warga JNC Sibu di Bilik Mesyuarat. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM BILANGAN 1 JNC SIBU 14 Mac 2023 Pn. Winnie anak Nyalin, Pembantu Tadbir JNC Sibu telah membuat perkongsian tentang Prosedur dan Dokumen berkaitan tuntutan dan cuti dalam Sistem pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) manakala Pn. Ainie Adnan, Pembantu Operasi JNC Sibu telah membuat perkongsian tentang Pengurusan Dokumen dan Fail Sulit/Terhad serta Sistem Pos Laju Online kepada semua warga JNC Sibu. BENGKEL PEMERIKSAAN DAN PELAPORAN JNC SIBU 09 - 10, 15 Mei 2023 Semua Nazir Sekolah di JNC Sibu terlibat sebagai penceramah mengikut tajuk yang diagihkan iaitu Hala tuju Sekolah, Iklim Pendidikan/Sumber Manusia/Sumber Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Rancangan Pelajaran Tahunan/Rancangan Pelajaran Harian, Pengurusan KoKurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Kemenjadian Murid, Pemeriksaan dan Pelaporan dan Etika Penaziran


KHIDMAT KEPAKARAN JEMAAH NAZIR CAWANGAN SIBU BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM SESI 2022/2023 06 Februari 2023 YBrs Dr. Ting Jing Jing (Ketua Nazir Cawangan) dan En. Anizan bin Daud (Nazir Sekolah) telah menyampaikan satu slot berkaitan pengurusan kokurikulum. Seramai 36 guru dari sekolahsekolah PPD Meradong menghadiri Bengkel tersebut KURSUS SKPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, SARAWAK 27 Februari 2023 YBrs Dr. Ting Jing Jing (Ketua Nazir Cawangan) dan En. Anizan bin Daud (Nazir Sekolah) memberi pendedahan SKPM kepada 39 guru pelatih di IPG Kampus Rajang, Sarawak. PROGRAM PEMANTAPAN SKPM Kualiti@Sekolah PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARIKEI TAHUN 2023 15 Jun 2023 Perkongsian disampaikan oleh YBrs Dr. Ting Jing Jing (Ketua Nazir Cawangan), Pn. Sh. Siti Hauzimah binti Wan Omar, En. Anizan bin Daud dan En. Stephen Wong Loeng Meau kepada 136 peserta daripada 49 buah sekolah dan pegawaipegawai ikhtisas PPD Sarikei.


AKTIVITI KEMASYARAKATAN JEMAAH NAZIR CAWANGAN SIBU ÀGIHAN KURMA KEPADA WARGA WISMA PERSEKUTUAN BLOK 3, SIBU 17 April 2023 Agihan buah kurma dijalankan sempena Program Ihya’ Ramadhan Jemaah Nazir Cawangan Sibu. Sebanyak 200 bungkus buah kurma dan air telah diagihkan kepada orang awam dan warga Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu. JALINAN UKHWAH RAMAH TAMAH AIDILFITRI DAN PRAGAWAI DAYAK ANJURAN SPRM DAN JNC SIBU 11 Mei 2023 Majlis ini diadakan dengan kerjasama dan kolaboratif pihak SPRM Cawangan Sibu dan Jemaah Nazir Cawangan Sibu. Semua Ketua Jabatan dan kakitangan di Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut seperti Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Pejabat Kesihatan Sibu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan sebagainya. Bilangan pengunjung dianggarkan sebanyak 300 orang.


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Selangor 113


PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) 29 Januari - 3 Februari 2023 Objektif Pemeriksaan Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) ialah menaksir pematuhan sekolah rendah terhadap pelaksanaan norma baharu GPI dan pengurusan program j-QAF serta kemenjadian murid dalam Pendidikan Islam. Sebanyak 29 buah sekolah diperiksa oleh 14 orang nazir sekolah yang beragama Islam, pelbagai opsyen. PENILAIAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 27 - 30 Mac 2023 PEMANTAUAN PENGURUSAN PEJABAT OLEH PIHAK PENGURUSAN JEMAAH NAZIR, KPM 28 Februari 2023 Penilaian Program Penempatan Silang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan telah dilaksanakan oleh tiga orang Nazir Kanan iaitu Cik Noor Lina, Pn. Azidah dan Pn. Mariani. Program ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kompetensi pegawai yang dinilai mengurus sekolah . Pemantauan Pengurusan Pejabat oleh pihak pengurusan JN, KPM bertujuan memastikan semua urusan pejabat di JNN Selangor dilaksanakan seperti ketetapan yang sedang berkuat kuasa. Beberapa teguran berkaitan aspek pengurusan telah diberi perhatian bagi tujuan penambahbaikan. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


TAKLIMAT PEMANTAPAN SIASATAN ADUAN 17 Mac 2023 BICARA ANGGERIK : ASAS PENULISAN ARTIKEL JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3 Mac 2023 KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN 13 Januari 2023 Taklimat Pemantapan Siasatan Aduan disampaikan oleh Dr. Sivapakkiam a/p Ramasamy bertempat di Bilik Mesyuarat Eria. Objektif taklimat berkenaan adalah untuk memberi pendedahan pengoperasian Siasatan Aduan yang terkini mengikut garis panduan yang disediakan oleh pihak JN, KPM. Semua nazir sekolah JNN Selangor telah hadir untuk mengikuti taklimat tersebut. Bicara Anggerik Bil. 1/2023 bertajuk Asas Penulisan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan telah disampaikan oleh Dr. Ashotha a/p Krishnan, Nazir Sekolah. Objektifnya ialah untuk berkongsi ilmu asas penulisan artikel/Jurnal Penyelidikan Pendidikan yang berkesan dalam kalangan warga JNN Selangor. Objektif Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindunganadalah memberi pendedahan berkaitan pengurusan keselamatan dan perlindungan pejabat serta rekod kerajaan kepada warga JNN Selangor. Penceramahnya ialah Pn. Nurul Adha binti Yahaya dari Pejabat CGSO, Shah Alam, Selangor. Kursus tersebut dihadiri oleh semua warga JNN Selangor.. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


BIMBINGAN BERFOKUS MODEL BAHARU SKPMg2 31 Januari 2023 BENGKEL PENATARAN SKPMg2 STANDARD 4, PDPC BERKESAN DAN KREATIF 14 Mac 2023 BIMBINGAN PENGURUSAN SEKOLAH SWASTA SEKOLAH RENDAH SATHYA SAI 11 Mei 2023 Tiga pegawai nazir JNN Selangor telah melaksana Bimbingan Pengurusan Sekolah Swasta di Sekolah Rendah Sathya Sai, Kuala Lumpur. Bimbingan tersebut adalah untuk membantu sekolah swasta dalam pengoperasian mengurus sekolah dalam mencapai visi dan misi sekolah serta memastikan sekolah mematuhi surat pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuat kuasa. Nazir yang terlibat ialah Pn. Marina, Dr. Sivapakkiam dan Dr. Ashotha. Bengkel Penataran SKPMg2 Standard 4, PdPc Berkesan dan Kreatif telah disampaikan oleh seorang pegawai nazir JNN Selangor iaitu Dr. Ashotha a/p Krishnan, bertempat di SJKT Ladang Bukit Rajah. Bengkel tersebut bertujuan membimbing guru Bahasa Tamil dalam pengoperasian SKPMg2 Standard 4 dan juga PdPc yang berkesan dan kreatif. Taklimat berkaitan Bimbingan Berfokus Model Baharu SKPMg2 telah disampaikan oleh dua orang pegawai nazir JNN Selangor iaitu Dr. Sivapakkiam a/p Ramasamy dan Dr. Ashotha a/p Krishnan, bertempat di SMK TTDI Jaya. Taklimat berkenaan membincangkan perkara khusus berkaitan Model Baharu SKPMg2 merangkumi format dan pengisian SKPMg2: Kualiti@Sekolah. KHIDMAT KEPAKARAN


PROGRAM BANTUAN MANGSA BANJIR 6 Mac 2023 KHIDMAT MASYARAKAT : SELANGKAH KE SEKOLAH 9 Mac 2023 KEMPEN KESEDARAN KANSER 27 Januari 2023 Program Bantuan Mangsa Banjir merupakan program kemasyarakatan anjuran BAKTI JN, KPM. Beberapa orang pegawai JNN Selangor turut mengikuti program tersebut di SMK Chaah, Segamat, Johor. Antaranya ialah En. Ishak (KNN), Tn. Hj. Bahrin (TKNN) dan En. Mohd Azlan (AKP). Tujuan program ini adalah untuk membantu membersihkan sekolah yang terlibat dengan banjir. Selangkah ke Sekolah merupakan Program Khidmat Masyarakat JNN Selangor bertempat di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Selangor. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama dengan penghuni Rumah Kasih Harmoni. Sumbangan turut diberikan kepada mereka sebagai persediaaan untuk sesi persekolahan yang akan bermula bulan Mac nanti. Kempen Kesedaran Kanser merupakan salah satu Program Kemasyarakatan JNN Selangor. Kempen tersebut disampaikan oleh pegawai dari Majlis Kanser Negara (MAKNA). Ia bertujuan untuk memberi kesedaran menjaga kesihatan diri dalam kalangan warga JNN Selangor dan berpeluang menyumbang dalam bentuk kewangan kepada pesakit kanser yang sedia ada. AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Terengganu 118


JEMAAH NAZ IR NEGERI TERENGGANU PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN PEMERIKSAAN KECICIRAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM TS25 KOHORT 3 Pemeriksaan pelaksanaan Program TS25 telah dijalankan di SK Kampong Laut, Tumpat Kelantan. Seramai empat orang nazir diketuai oleh Dr Mohamad Nur Kamal bin Awang (Nazir Kanan), En Mohammed Afandi bin Zainal (Nazir Sekolah), Pn Asiah Fadhilah binti Hasnan (Nazir Sekolah), En Mohd Yusoff bin Mis (Nazir Sekolah). Pemeriksaan ini dijalankan selama tiga hari. PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (PK-SKPK 2.0) SESI AKADEMIK 2022/2023 Pemeriksaan verifikasi skor PK-SKPK 2.0 melibatkan tiga buah sekolah di Daerah Besut iaitu SK Permaisuri Nur Zahirah (19 Jun 2023), Prasekolah Tunas Madani, IPG Kampus Sultan Mizan (20 Jun 2023) dan SK (Felda) Selasih (21 Jun 2023). Nazir yang terlibat ialah Pn. Wan Noor Hayati binti Wan Mat Zain, Nazir Kanan JNN Terengganu. 11 - 23 Jun 2023 19 - 21 Jun 2023 Pemeriksaan ini telah dilaksanakan selama empat hari di SK Bukit Puteri, Besut Terengganu dan diketuai oleh En Che' Rosli bin Ahamad, Ketua Nazir Negeri bersama dengan tiga orang nazir sekolah iaitu En Mohammad Afandi bin Zainal, Pn Asiah Fadhilah binti Hasnan dan En Mohd Faidzul Edzran bin Mat Nawi. Ts. Hajah Zanariah binti Haji Ahmad (KNS) dan Hj Jalaludin bin Ismail (TKNS Kanan) turut turun padang membuat pemantauan pada hari pertama pemeriksaan. 21 -24 Mei 2023


JEMAAH NAZ IR NEGERI TERENGGANU KHIDMAT KEPAKARAN BENGKEL PENATARAN SKPM Kualiti@Sekolah PEGAWAI SIP+ DAN SISC+ NEGERI TERENGGANU Bengkel penataran SKPM Kualiti @ Sekolah ini disampaikan oleh dua orang nazir kanan JNNT iaitu En Mohd Shahril bin Mohd Anip dan En Wan Sanazi bin Ali. Bengkel ini membincangkan perkara khusus berkaitan Model Baharu SKPMg2 merangkumi format dan pengisian SKPMg2: Kualiti@Sekolah. 8 Januari 2023 l 9:30 pagi Dewan Kuliyah Ungku Omar, IPGKDRI TAKLIMAT PENINGKATAN PROFESIONALISME PGB NEGERI TERENGGANU Taklimat selama dua hari ini disampaikan oleh Hj Jalaludin bin Ismail dan En Che' Rosli bin Ismail dengan tagline "Luarbiasakan kebiasaan, merubah kebiasaan". 8 9 Mac 2023 & Pusat Kokurikulum, Hulu Terengganu MESYUARAT LIBAT URUS TASK FORCE GURU CEMERLANG (GC) Pada 26 Jun, bengkel persediaan guru cemerlang dan libat urus PPD Setiu bersama JNN Terengganu telah dihadiri oleh 35 orang guru di sekitar Negeri Terengganu. Taklimat disampaikan oleh En Mohd Shahril bin Anip dan Pn Asiah Fadhilah binti Hasnan. Manakala pada 27 Jun pula, diskusi dan gerak gempur JNNT bersama JPN Terengganu, Timb PPD semua daerah dan MGC Terengganu telah diadakan dalam usaha meningkatkan permohonan GC pada tahun 2023. 26 - 27 Jun 2023 SMK Pelong I Online


JEMAAH NAZ IR NEGERI TERENGGANU PERKONGSIAN KNN BERSAMA WARGA JNNT Perkongsian dan diskusi ini dikendalikan oleh Hj Jalaludin bin Ismail selaku Ketua Nazir Negeri dan melibatkan semua nazir . Antara topik yang dibincangkan adalah isu semasa pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2023 (Pengurusan minggu pertama persekolahan), pelaksanaan segera ke arah kesejahteraan guru, konsep ABC - Anak yang Baik lagi Cerdik, tujuh Teras Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia MADANI. 13 Mac 2023 I 09:30 pagi - 01:00 petang Bilik Mesyuarat JNNT PERHIMPUNAN BULANAN 1 DAN MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADAN 2023 Perhimpunan bulanan kali pertama bagi sesi 2023 bertemakan "Seindah Kasih" turut disertakan bersama majlis perasmian program Ihya' Ramadhan yang disempurnakan oleh En Che' Rosli bin Ahamad. Antara agenda program ialah sesi penyampaian bicara ilmu yang disampaikan oleh mantan Nazir Kanan iaitu Hjh. Hamillia Saini binti Mohamad, tayangan multimedia, taklimat aktiviti ramadhan 2023, penyampaian anugerah pegawai dan AKP 2022 dan sambutan hari lahir bagi bulan Januari hingga Mac. 22 Mac 2023 I 08:00 pagi - 01:00 petang Bilik Mesyuarat JNNT TAZKIRAH RAMADAN SIRI 1 dan 2 Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Tuan Haron bin Tuan Cob, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Ustaz Dr Hj Allnurulhuda bin Ghazali Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan tema "Mengejar Kemuliaan Ramadan". 12 April 2023 & 29 Mac 2023 Bilik Mesyuarat JNNT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


w w w . r e a l l y g r e a t s i t e . c o m 1 2 3 A n y w h e r e S t . , A n y C i t y , S T 1 2 3 4 5 PROGRAM SUMBANGAN CAKNA AIDILFITRI JNNT TAHUN 2023 Penyampaian sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 kepada anak yatim di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong dan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga oleh Timbalan Ketua Nazir Negeri, Encik Che' Rosli bin Ahamad dan Nazir Kanan, Encik Mohd Shahril bin Mohd Anip. Turut sama mengiringi adalah warga Jemaah Nazir Negeri Terengganu yang lain. 17 April 2023 SK Paya Bunga & SK Bukit Losong JEMAAH NAZ IR NEGERI TERENGGANU PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK TAHUN 2023 Sejumlah 250 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada seluruh agensi dan jabatan di Wisma Seri Amar. Tujuan program ini diadakan adalah bersempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. 13 April 2023 Bangunan Wisma Seri Amar MAJLIS BERTEMU PELANGGAN JNNT 2023 Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan permuafakatan strategik antara JNNT dengan sekolah, PPD, JPN, jabatan kerajaan, pihak swasta dan komuniti setempat. Hampir 250 orang tetamu hadir memeriahkan majlis ini. 29 Mei 2023 Jemaah Nazir Negeri Terengganu


Aktiviti Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123


JEMAAH NAZIR W.P KUALA LUMPUR PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR W.P KUALA LUMPUR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


JEMAAH NAZIR W.P KUALA LUMPUR KHIDMAT KEPAKARAN


JEMAAH NAZIR W.P KUALA LUMPUR AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel: 0388844139 Faks: 0388886867 www.moe.gov.my Jan 2023, Hakcipta Jemaah Nazir


Click to View FlipBook Version