The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Jemaah Nazir semasa bulan Januari sehingga Jun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SDTM Jemaah Nazir, 2023-12-29 03:59:19

Buletin Canang Edisi 1 2023

Informasi tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Jemaah Nazir semasa bulan Januari sehingga Jun 2023

Keywords: canang,buletin,edisi 1,2023,jemaah nazir,jn

PENATARAN SKPM Kualiti@Sekolah 31 Januari 2023 Memberi penataran kepada semua SIC+ PPD Kota Bharu berkenaan format baharu SKPM Kualiti @Sekolah dan memahami setiap komponen baharu yang diperkenalkan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan jemaah nazir dan pegawai-pegawai di PPD Kota Bharu. SEMINAR PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 13 Jun 2023 PROMOSI GURU CEMERLANG PENSYARAH CEMERLANG 27 Jun - 9 Julai 2023 Tujuan promosi GCPC ini untuk meningkatkan permohonan calon GCPC di negeri, selari dengan hasrat penetapan KPI KNS. Antara perkara yang dilaksanakan ialah gerak gempur GCPC (melebih 50 buah sekolah terlibat), taklimat webinar mengikut daerah, sesi libat urus dengan PPD, JPN dan MGC KHIDMAT KEPAKARAN J N N E G E R I K E L A N T A N Memberi pendedahan kepada ketua-ketua panitia mata pelajaran Pendidikan Islam negeri Kelantan yang bertujuan untuk memastikan ketua panitia berfungsi berdasarkan surat pekeliling terkini, memberi kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab dan pengurusan panitia dilaksanakan secara sistematik. Program ini berbentuk syarahan dan perbengkelan. Seminar ini anjuran Sektor Pendi-


IBADAH KORBAN JNNKel 30 Jun 2023 Hari Raya Aidil Adha merupakan hari raya ke-2 untuk umat Islam. Justeru itu, JNNKel mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang diserikan dengan ibadah korban di Kg. Setek, Kota Bharu. Ianya bertujuan untuk menegakkan syiar Islam yang mewajibkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan serta dapat mengagihkan daging korban kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara JNNKel dan masyarakat di Kampung Setek. AKTIVITI KEMASYARAKATAN J N N E G E R I K E L A N T A N HARI BERTEMU PELANGGAN & SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1444H 18 Mei 2023 MAJLIS MEMASAK BUBUR ASYURA BERSAMA KOMUNITI 05 Ogos 2023 Alhamdulillah majlis memasak bubur asyura berjaya diadakan pada Sabtu, 05 Ogos 2023. Objektif utama adalah untuk mengerat lagi ukhuwah islamiah dikalangan warga JNNKel dan komuniti. Hampir 150 buah bekas asyura berjaya diedarkan kepada warga JNNKel dan komuniti. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan permuafakatan strategik antara JNNKel dengan sekolah, PPD, JPN, jabatan kerajaan, pihak swasta dan komuniti setempat. Lebih 14 juadah hari raya disediakan kepada tetamu yang hadir antaranya sate,lemang, ketupat, rendang, nasi kenduri, laksa Sarawak dan pelbagai jenis minuman. Hampir 350 orang tetamu hadir bagi memeriahkan majlis ini.


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Melaka 51


JEMAAH NAZIR NEGERI MELAKA PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN 3 Jan 2023 Tn Hj Mohd Zulkefli bin Mohd Noor bertugas di JNN Melaka menggantikan mantan KNN Encik Abdul Aziz bin Ahmad. Majlis diadakan di pejabat JNN Melaka dihadiri oleh semua pegawai dan AKP. Simbolik penyerahan tugas juga diadakan pada hari tersebut. PROGRAM MENTOR MANTEE 10 hingga 11 Januari 2023 Pemeriksaan diadakan di SMK Cheras Jaya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mentor adalah En Zainuddin bin Jamia’an dan mantee adalah Siti Noor Farhana binti Zaipul Bahari. PENILAIAN GURU CEMERLANG 19 Januari 2023 Sekolah Seni Johor bagi mata pelajaran Sains diketuai oleh Tn Hj Mohd Zulkefli bin Mohd Noor dan Pn Nor Suhaila binti Abdul. MAJLIS SAMBUTAN KETUA NAZIR BAHARU


JEMAAH NAZIR NEGERI MELAKA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BICARA PROFESIONALISME 8 Mac 2023 Program yang bertajuk “Mengurus Stress Dalam Kalangan Penjawat Awam” adalah program anjuran Unit Pengurusan dan Perancangan JNN Melaka. Ia dijalankan secara bersemuka bagi semua warga JNNM manakala terbuka kepada seluruh warga JNN negeri lain secara atas talian. E-sijil telah disediakan kepada peserta dan direkodkan dalam SPLKPM. BICARA MeGAH SIRI 1 9 Mac 2023 Perkongsian ilmu daripada Tn Hj Mansor bin Kasim, En Lee Kon Lee, Hj Badrul Hisham bin Abd Karim dan Puan Nor Suhaila Abdul tentang pembacaan buku dan pengalaman masingmasing. LADAP 3 April 2023 Sesi perkongsian yang bertajuk “Detektif KPM” ini adalah tentang siasatan dan aduan dan disampaikan En Mohd Razi bin Mohd Razali, pegawai Siasatan dan Aduan JNN Melaka. Ia dihadiri oleh semua warga JNN Melaka.


JEMAAH NAZIR NEGERI MELAKA KHIDMAT KEPAKARAN WEBINAR Kualiti@Sekolah SEBAGAI ALAT KUALITI PENGURUSAN SEKOLAH 16 Januari 2023 Program anjuran Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang bertempat di Studio Sk Bukit Mutiara Johor telah diadakan secara atas talian. Tujuan webinar ini adalah untuk penataran SKPM Kualiti@Sekolah kepada semua SIP+ seluruh negara dan telah disampaikan oleh En. Zainuddin Bin Jamia’an. Penceramah dari JNN Melaka iaitu, Tn Hj Mohd Zulkefli bin Mohd Noor telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Guru Kalis Masa Hadapan” secara atas talian. Program ini dianjurkan oleh Siswi Pendidik BM Jun 2021 bersama panel jemputan PERJALANAN MENUJU KE ARAH GURU CEMERLANG 26 Jun 2023 Program anjuran PPD Daerah Jasin Melaka telah menjemput Tn Hj Mohd Zulkefli Bin Mohd Noor dari JNN Melaka sebagai penceramah. Sesi perkongsian ini terbuka kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. WACANA SERANTAU MALAYSIA INDONESIA 28 Mac 2023


JEMAAH NAZIR NEGERI MELAKA AKTIVITI KEMASYARAKATAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 16 Januari 2023 Sumbangan buah limau mandarin kepada warga JNNM yang menyambut Tahun Baru Cina Anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi JNN Melaka IFTAR RAMADHAN JNNM 2023 5 April 2023 Majlis anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi JNNM yang bertempat di The Balairong Melaka telah dihadiri oleh semua warga Jemaah Nazir negeri Melaka dan keluarga masing-masing.


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Sembilan 56


PENGURUSAN / PENAZIRAN / PENILAIAN / SIASATAN MESYUARAT PENGURUSAN JNNS 11 Januari, 7 April & 17 Julai 2023 Bil1. 1/2023 - 11 Januari 2023 Bil. 2/2023 - 7 April 2023 Bil 3/2023 - 17 Julai 2023 Jemaah Nazir Negeri Sembilan telah melaksanakan tiga kali mesyuarat sehingga Julai 2023 seperti berikut; PENILAIAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSIPPP) TAHUN 2023 DI BAWAH PROGRAM CROSS FERTILIZATION KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KOHORT 1 AMBILAN 2 : PERINGKAT PENILAIAN 3 - CHECKPOINT ASSESSMENT 2 16 - 19 Januari 2023 Penilaian dilaksanakan terhadap pengurusan pendidikan SMK Kg Baru Sirusa, Port Dickson yang diterajui oleh Dr. Azhar bin Harun. Penilaian telah berlangsung selama empat hari mulai 16 hingga 19 Januari 2023. PEMERIKSAAN KECICIRAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH 22 - 25 Mei 2023 Pemeriksaan telah dilaksanakan selama empat hari yang melibatkan dua buah sekolah di daerah Jempol dan Jelebu iaitu SK St. Aidan dan SJKT Ladang Bahau. Seramai sembilan orang Nazir Sekolah yang terlibat dalam pemeriksaan ini.


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PROGRAM LATIHAN NAZIR SEKOLAH (PLAN) Seramai dua orang Nazir Sekolah iaitu Dr. Haiza Atmareni binti Harmeni dan Encik Mohamad Noh bin Jaafar telah mengikuti sesi latihan dalam tiga fasa yang melibatkan Program Sandaran (PoS), Program Mentor-Mentee (ProMM) dan Kursus Induksi Nazir Sekolah (KINaS). Kedua-duanya memperoleh keputusan Lulus dengan Cemerlang. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KSPK SEMAKAN 2017, SKPK 2.0 DAN PENAZIRAN PRASEKOLAH 3 Mac 2023 Perkongsian telah disempurnakan oleh Puan Noraini binti Hasbollah dan Puan Rozilah binti Ibrahim dari Unit Prasekolah, Sektor Standard dan Jaminan Kualiti, Jemaah Nazir. BRAINSTORMING PENULISAN BERIMPAK TINGGI 9 Mei 2023 Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dalam menghasilkan laporan yang berimpak.


KHIDMAT KEPAKARAN SESI PROFESIONALISME BERSAMA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN 17 Januari 2023 Sesi ini telah dilaksanakan pada jam 8.30 malam yang bertempat di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek. Perkongsian telah dibuat oleh Tuan Haji Mohamad Hizam bin Ibrahim dan Tuan Haji Mohammad Noh bin Sujud berkaitan pengurusan kokurikulum yang berkualiti di sekolah. PROGRAM BUY IN SKPM Kualiti@Sekolah 28 Februari - 10 Mac 2023 Program ini adalah salah satu tindak susul daripada penataran yang telah diberikan kepada Sekolah Rakan Strategik (SRS) pada penghujung 2022. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan sekolah-sekolah di bawah kendalian SRS telah mendapat pendedahan tentang pelaksanaan SK@S mulai tahun 2023. Program ini telah dilaksanakan terhadap 45 buah sekolah di bawah pentadbiran enam buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PROGRAM ROAD TO GC PPD PORT DICKSON 7 Julai 2023 Jemaah Nazir Negeri Sembilan telah diundang oleh PPD Port Dickson untuk berkongsi kepakaran dan khidmat nasihat tentang persediaan untuk permohonan Guru Cemerlang di daerah tersebut. Taklimat tentang tatacara dan keperluan permohonan telah disampaikan oleh Encik Rohaizad bin Ruslan dan Encik Mohd Rizal Abd Halim.


KHIDMAT MASYARAKAT MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI SMK CHAAH, SEGAMAT 6 Mac 2023 JNNS turut berasa terkesan dengan musibah banjir yang menimpa warga SMK Chaah. Pasukan sukarelawan JNNS yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Hizam bin Ibrahim telah digerakkan untuk membantu kerja-kerja pembersihan sekolah. JNNS juga turut menyumbang kewangan dan barangan untuk membantu warga sekolah. JNNS PRIHATIN 14 April 2023 JNNS sangat prihatin terhadap masyarakat sekitar yang memerlukan. Sumbangan kewangan dihulurkan bagi meringankan beban meraka untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Hizam bin Ibrahim. PROGRAM AYUH SIHAT JNNS 27 Jun 2023 JNNS sangat menekankan kesihatan bukan sahaja dalam kalangan warganya, malah turut menyeru semua warga kerja di Bangunan Yayasan Negeri Sembilan untuk bersama melakukan aktiviti fizikal pada waktu pagi sebelum mula waktu bekerja. Pelancaran program ini telah diterajui oleh Encik Mohd Khushairy bin Bakhtiar Afindi.


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Pahang 61


MESYUARAT PENGURUSAN JEMAAH NAZIR NEGERI PAHANG BIL.1/2023 3 Januari 2023 Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Nazir Negeri Pahang meliputi aspek pembentangan Buku Pengurusan Tahun 2023, Sistem Pengurusan Kualiti, Pengurusan Fizikal Pejabat, Pembangunan Profesional, Teknologi Maklumat Komunikasi, Buletin Gading Bertinta Emas, Data dan Pemeriksaan Institusi Pendidikan dan Laporan KEKWA. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN PENATARAN PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH 26 Januari 2023 Penataran pemeriksaan ini disampaikan oleh penyelaras negeri Encik Ifzam bin Khalil bertujuan menerangkan dengan lebih terperinci kepada semua nazir sekolah berkaitan kertas konsep, kerangka matriks serta penggunaan instrumen dan aneks semasa menjalankan pemeriksaan tersebut. TAKLIMAT FORMAT BAHARU MESYUARAT KAWAL KUALITI (MKK) DAN TATACARA PENGHANTARAN LAPORAN 27 Januari 2023 Taklimat disampaikan oleh Puan Rahamah binti Hassan, pegawai SPK JNN Pahang bagi menerangkan tatacara pelaksanaan MKK yang terkini dan penghantaran laporan pemeriksaan serta pengurusan dokumen yang berkaitan.


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PROGRAM SANDARAN (PoS) NAZIR SEKOLAH BAHARU 9-17 Januari 2023 Seramai empat orang nazir sekolah baharu terlibat melaksanakan PoS dalam tempoh 10 hari. Nazir pembimbing memberikan bimbingan dan panduan meliputi aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Selain itu, penerangan berkaitan etika penaziran, penerangan SPI/SS/SPK serta Akta Pendidikan juga diberikan. Mereka juga diberi pendedahan awal berkaitan penulisan laporan serta data pemeriksaan. PROGRAM PRA MENTOR MENTEE (PROMM) 20-24 Mac 2023 Program Pra Mentor Mentee dilaksanakan selama lima hari bagi memberi gambaran awal pelaksanaan Program Mentor Mentee (ProMM). Seramai empat orang Nazir Sekolah Baharu yang terlibat dalam program ini dibimbing oleh tiga orang fasilitator iaitu En. Azmi bin Roslan, YM Tengku Rosmaliza binti Tengku Seman dan Pn. Nor Syahida binti Abd. Basit. BENGKEL CEKAP SKPM Kualiti @Sekolah (CEK@S ) 14 ,17 April 2023 & 8 Mei 2023 Bengkel ini dilaksanakan bagi perkongsian secara lebih terperinci berkaitan instrumen SKPM Kualiti @Sekolah. Setiap nazir dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut tugasan. Nazir perlu membentangkan tugasan secara individu berkaitan aspek yang ditugaskan, jangkaan isu serta cadangan penyelesaian. Sesi soal jawab dan perbincangan dua hala dilaksanakan sepanjang tempoh pembentangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.


TAKLIMAT PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 21 Mac 2023 Taklimat Pengurusan PdP di Kolej Vokasional Kuantan memfokuskan kepada penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan SKPM Kualiti@Sekolah serta penerapan elemen PAK 21 dalam PdP. Taklimat ini disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Haizam, En. Mohd Ridzuan dan YM. Tengku Rosmaliza KHIDMAT KEPAKARAN PLC LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG 28 Mac 2023 Dua orang Nazir Kanan JNN Pahang telah dijemput sebagai penceramah program PLC ini iaitu En. Mohd Ridzuan dan En. Kairul Naain. Program ini telah dijalankan di Gerbang Logika, PPD Temerloh. Seramai 30 orang guru dari daerah Temerloh telah menyertai program ini bagi mendapat info berkaitan laluan kerjaya guru cemerlang. BENGKEL PENATARAN RPI PPKI DAERAH KUANTAN 2023 6-7 Jun 2023 Seramai dua orang nazir terlibat sebagai fasilitator dalam bengkel ini iaitu Pn. Rahamah binti Hassan dan Pn. Nor Syahida. Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan berkaitan penyediaan RPI bagi murid PPKI di sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Kuantan dengan merujuk format penulisan yang telah ditetapkan.


AKTIVITI KEMASYARAKATAN MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN JNN PAHANG BERSAMA SK JABOR 5 Januari 2023 Program ini dapat mendedahkan keunikan bahasa dari pelbagai aspek kepada semua warga JNN Pahang, meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta mengeratkan jalinan antara warga sekolah dengan pihak JNN Pahang. MAJLIS IFTAR KEKWA JNN PAHANG BERSAMA WARGA PERMATA KAUTHAR 27 Mac 2023 Majlis ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan asnaf Permata Kauthar serta mewujudkan hubungan komuniti yang harmoni. Seramai 20 orang anak yatim dan asnaf Permata Kauthar menerima sumbangan duit raya daripada warga KEKWA JNN Pahang. PROGRAM KHIDMAT MESRA WARGA EMAS 1 Mac 2023 Program ini dilaksanakan di Pusat Aktiviti warga Emas (PAWE) Kuantan. Aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, membuat roti jala dan kuih onde-onde. Aktiviti khidmat masyarakat ini bertujuan mengukuhkan silaturrahim antara warga JNN Pahang dengan komuniti setempat


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Perak 66


JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK KHIDMAT KEPAKARAN


JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Perlis 71


JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS KHIDMAT KEPAKARAN


JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Pulau Pinang 76


:ffiD,E/ZEffi'ffiZ/Wh>hW/EE' VCY.;]D;..YDVC=9YD ƏƏƈƏƒC©ÂƏƍƏƐ Pemeriksaan Keciciran Pembelajaran telah dilaksanakan selama empat hari di SJKC Chung Hwa 3. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Encik Mohammad Harun bin Mohd Saleh, Ketua Nazir Negeri (KNN) bersama dengan tiga orang nazir sekolah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk menaksir keberkesanan pengurusan sekolah dalam menangani isu keciciran pembelajaran murid, pelaksanaan program bagi mengatasi isu pembelajaran murid serta PdP guru dalam mengenal pasti isu ini. ]].VY.DD&DD=veD]j]j=D VYV.D+DV9e9DVj=jV.DD& ƓƈƔ9ÿÙƏƍƏƐ Jemaah Nazir Negeri Pulau Pinang (JNNPP) berbesar hati dapat menerima lawatan Ybrs. Ts. Hajah Zanariah binti Haji Ahmad, Ketua Nazir Sekolah dan rombongan untuk sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi cadangan menjadikan kediaman kakitangan pendidikan, Kompleks Kenangan, Jalan Tiga, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai pejabat JNNPP. Encik Hailmi bin Abd Halim dan Encik Zahar bin Rashid telah terlibat dalam Pemeriksaan Pelaksanaan Program Inklusif (PPI) yang dilaksanakan di SK Sungai Kob dan SK Permatang Tok Dik negeri Kedah. Objektif pemeriksaan ini adalah untuk menaksir status pelaksaan PPI meliputi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan organisasi dan murid berkeperluan pendidikan khas dalam kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. VCY.;]DV=;]DD VYJ&YCVD..;D.D;=j].% ƎƖƈƏƏ9ÿÙƏƍƏƐ WĞŶŐƵƌƵƐĂŶͬWĞŶĂnjŝƌĂŶͬWĞŶŝůĂŝĂŶͬ^ŝĂƐĂƚĂŶ


:ffiD,E/ZEffi'ffiZ/Wh>hW/EE' Satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) tentang Teknik dan Penduan Kepengacaraan telah dilaksanakan pada 09 Mac 2023. Encik Mohd Juraini bin Ismail, Timbalan Ketua Nazir Negeri (TKNN) telah memberi tunjuk ajar dalam sesi perkongsian ini. Semua pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang protokol semasa menguruskan sesuatu majlis supaya program dapat dilaksanakan dengan lancar. e;D.;DVDjD;VD&YD ƍƖC’ŸƏƍƏƐ e;=.CeVD&jYj]D;]].]eD jD ƏƐC’ŸƏƍƏƐ Encik Helmy Irwan bin Md Jusoh selaku penceramah telah memberi taklimat tentang cara pengurusan kes siasatan aduan kepada semua warga JNNPP. Kes siasatan aduan yang diterima adalah SULIT dan perlu diproses dengan teliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan. VCDeD&DVDu.]j=D]eDYƑ ƎƎC©ÂƏƍƏƐ Semua pegawai nazir diberi tugasan untuk menvisualkan Standard 4 (PdPc) SKPM Kualiti@Sekolah dan membuat pembentangan tugasan masingmasing. Encik Mohammad Harun bin Mohd Saleh, Ketua Nazir Negeri memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya semua nazir memahami dan menguasai isi kandungan yang disediakan. Bahan yang disediakan dalam bentuk Microsoft Powerpoint telah dimurnikan untuk kegunaan program my_TIP@Penang. WĞŵďĂŶŐƵŶĂŶWƌŽĨĞƐŝŽŶĂůŝƐŵĞ


:ffiD,E/ZEffi'ffiZ/Wh>hW/EE' Program Sekolah Bimbingan Nazir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan program my_TIP@Penang (Inisiatif Strategik JNNPP 2023-2025) yang diketuai oleh Encik Zahar bin Rashid. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti PdP guru dalam bilik darjah. VYJ&YC];J=+.C.D&DD‚.Y ƏƑC©ÂƏƍƏƐ e;=.CeVYJ&YC];J=+;DD‚.Y ƎƐìïÂÒƏƍƏƐ Program Sekolah Cakna Nazir merupakan salah satu program my_TIP@Penang yang diketuai oleh Dr Hasnoni binti Hasim. Satu taklimat telah diadakan di SK Bagan Tuan Kechil Bersama-sama dengan Guru Besar dan barisan pentadbir. Objektif program ini adalah untuk membantu guru prasekolah melaksanakan PdP berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek serta memahami dan mengaplikasikan Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah. Program Sekolah Rakan Nazir juga merupakan salah satu program my_TIP@Penang yang diketuai oleh Encik Hailmi bin Abd Halim. Program ini telah dijalankan di M alaysia Productivity Corporation (MPC) Kepala Batas bersama guru-guru dari SMK Bukit Mertajam. Objektif program ini adalah untuk memastikan guru kanan mata pelajaran dan ketua panitia mengetahui dan memahami kandungan instrument SKPM Kualiti@Sekolah serta meningkatkan kualiti PdP guru dalam bilik darjah. VYJ&YC];J=+Y;DD‚.Y].Y.Ǝ ƏƔC©ÂƏƍƏƐ <ŚŝĚŵĂƚ <ĞƉĂŬĂƌĂŶ


:ffiD,E/ZEffi'ffiZ/Wh>hW/EE' JNNPP telah menerima jemputan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri untuk menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Pihak JNNPP telah diwakili oleh En Mohammad Harun bin Mohd Saleh, En Wafasha Zili bin Mokhtar, En Hailmi bin Abd Halim, En Helmy Irwan bin Md Jusoh dan En Mohamad Faiz bin Samsudin. C9=.]V=jDjYDVCD&jDDC]9. ƎƑìïÂÒƏƍƏƐ 9CjDY}9DDVV ƍƏC©ÂƏƍƏƐ JNNPP telah mengadakan jamuan raya pada 02 Mei 2023 atas usaha kelab kebajikan dan semua pegawai serta AKP. Jemputan dan kehadiran personel dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah, mantan nazir sekolah dan pejabat-pejabat di KOMTAR telah memeriahkan majlis di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Satu majlis persaraan yang ringkas telah diadakan di pejabat JNNPP untuk meraikan TKNN, Encik Mohd Juraini bin Ismail yang bersara pilihan pada 31 Mei 2023. Jamuan persaraan juga diadakan di Restoran Umi The Top sebagai tanda menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 33 tahun. Selamat bersara diucapkan dan semoga En Mohd Juraini bin Ismail sentiasa sihat dan gembira di sisi keluarga. C9=.]D9CjDVY]YD ƍƏ9ÿÙƏƍƏƐ Ŭƚŝǀŝƚŝ <ĞŵĂƐLJĂƌĂŬĂƚĂŶ


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Sabah 81


JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH ( JNN SABAH ) PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN TAKLIMAT PELAKSANAAN KGT TAMBAHAN KHAS DAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023 Unit Kewangan JNN Sabah telah mengikuti sesi Taklimat Pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas dan bantuan khas kewangan 2023 telah pada 6 Januari 2023 secara dalam talian. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memastikan unit pengurusan sub unit kewangan dapat melaksanakan arahan terkini melibatkan tadbir urus kewangan dengan lebih cepat dan tepat berdasarkan peraturan terkini. MMK PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SR Sebanyak 26 buah sekolah telah diperiksa dalam Pemeriksaan Pelaksanaan Norma Baharu dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah yang melibatkan JNN Sabah dan Cawangan. Pihak JNN Sabah telah melaksanakan MKK bagi memastikan laporan pemeriksaan disediakan dengan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Nazir Negeri yang melibatkan semua Ketua Unit JNN Sabah. LAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH DAN PENOLONG PENGARAH UNIT DATA KE JNN SABAH Dr. Selvarajoo a/l Madhavan (KPP) dan Pn. Wan Azzura binti Wan Ramli (PP) dari Unit Data, Ibu Pejabat Jemaah Nazir ke pejabat JNN Sabah bertujuan untuk melihat keadaan dan status kemudahan ICT di JNN Sabah. Lawatan ini telah memberi peluang kepada Unit ICT JNN Sabah mengemukakan kesulitan yang dialami oleh JNN Sabah khususnya hal berkaitan dengan capaian internet yang kurang stabil di JNN sabah. 6 JANUARI 2023 8 FEBRUARI 2023 9 FEBRUARI 2023


JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH ( JNN SABAH ) PENINGKATAN PROFESIONALISME PENULISAN LAPORAN: ANTARA TEORI DAN REALITI Perkongsian ilmu penulisan Laporan: Antara Teori dan realiti telah diadakan pada 20 Mac 2023 secara dalam talian (GM). Aktiviti ini melibatkan semua Nazir Sekolah JNNC Sabah. Puan Zurainah A. Kumang Ketua Unit Kurikulum yang juga merupakan Pegawai Kawal Kualiti JNN Sabah telah menyampaikan perkongsian semasa sesi tersebut. PLC : PERKONGSIAN ILMU 7 TERAS UTAMA KPM Perkongsian ilmu 7 Teras Utama KPM telah diadakan pada 27 mac 2023 dan telah disampaikan oleh Puan Monica Chin Ka Khee (Nazir Kanan) kepada semua Warga JNN Sabah. Objektif utama dalam taklimat ini adalah untuk memastikan Warga JNN Sabah memahami dan menghayati 7 Teras Utama KPM dalam konteks Jemaah Nazir. TAKLIMAT APLIKASI SPLKPM DAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MyPBB 25 JANUARI 2023 Taklimat aplikasi SPL KPM dan garis panduan pelaksanaan MyPPB telah diadakan pada 25 Lanuari 2023. Talimat ini telah disampaikan oleh Puan Noumi @Mazlinda binti Jali selaku Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan kepada semua warga JNN Sabah dan JNC Sandakan, Tawau dan Keningau. Objektif utama dalam taklimat ini adalah untuk memastikan Warga JNN Sabah dapat melaksanakan MyPPB berdasarkan arahan terkini dengan lebih tepat. 20 MAC 2023 27 MAC 2023


JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH ( JNN SABAH ) KHIDMAT KEPAKARAN BANTU SELIA PENGISIAN SKPK 2.0 TAHUN 2022 Jemaah Nazir Negeri Sabah Unit Prasekolah encik Rostam bin Abd Hamid dan encik Ibrahim Ahmad telah melaksanakan bantu selia ke atas Prasekolah SK Penampang untuk mengenal pasti dan mengisi skor Dimensi SKPK 2.0 berdasarkan evidens sedia ada. TAKLIMAT STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2023 Taklimat Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah diadakan pada 27 Mac 2023 di Wisma Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Penyelaras SKPM negeri Sabah Encik Simun J. Rugag Jemaah Nazir Negeri Sabah telah membuat perkongsian berkenaan SKPM Kualiti@Sekolah kepada semua pegawai JPN Sabah. Objektif utama dalam taklimat ini adalah untuk memastikan semua pegawai JPN Sabah menerima maklumat terkini berkenaan SKPM. TAKLIMAT SKPM ;ÿ’ÒÂúÂĽ]©ÐàҒ¿ IKA ID GINAWOKU 2023 Taklimat SKPM Kualiti@Sekolah telah diadakan pada 20 Lun 2023 di Hotel Ming :arden, Kota Kinabalu. Ketua Nazir Negeri Hajah Junaidah binti Hj Yusuppu telah membuat perkongsian berkenaan SKPM Kualiti@Sekolah kepada semua peserta NPQEL ambilan 2023. 20 JUN 2023 27 MAC 2023 31 JANUARI 2023


JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH ( JNN SABAH ) AKTIVITI KEMASYARAKATAN UPACARA MENGINGATI MANGSA-MANGSA PERANG PETAGAS TKNN encik A. Rahim bin Azat dan encik Simun J. Rugag menghadiri upacara mengingati mangsamangsa perang di petagas sebagai wakil mewakili KNN dan pihak Jemaah Nazir Negeri pada 21 januari 2023. Upacara ini merupakan anjuran dan kelolaan kerajaan Negeri Sabah. PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MANTAN NAZIR SEKOLAH JNC KENINGAU Ketua Nazir Negeri YBrs. Hajah Junaidah binti Hj Yusuppu bersama sebahagian Warga JNNC Sabah menghadiri upacara pengembumian terakhir Puan Dayang Hetty Idrus mantan Nazir Sekolah JNC Keningau yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun 2023. 21 JANUARI 2023 MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SUMBANGAN RAYA DAN SUMBANGAN MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE 14 APRIL 2023 Majlis Khatam Al-Quran peringkat JNN Sabah telah diadakan pada 14 april 2023. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Akmal Othman (Penceramah Bebas) telah dijemput untuk mengetuai sesi bacaan khatam AlQuran bagi tahun 2023. Sumbangan kutipan bagi ĉangsa gempa bumi di Turkiye dan Įumbangan duit raya Warga JN Sabah telah diserahkan pada akhir majlis berkenaan. 14 JUN 2023


Aktiviti Jemaah Nazir Cawangan Keningau 86


JEMAAH NAZIR CAWANGAN KENINGAU LAWATAN JNC KENINGAU KE PPD KENINGAU 12 Jun 2023 JN Cawangan Keningau telah mengadakan lawatan kerja ke PPD Keningau dengan tujuan perkongsian maklumat dan mewujudkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan harapan dapat merealisasikan kemenjadian murid modal insan yang dapat bersaing dalam era global. MESYUARAT PENGURUSAN KNC BIL 1/2023 19 April 2023 PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH 1 - 3 Februari 2023 Sekolah yang terlibat pemeriksaan ialah SK Jaya Baru, SK Malima, SK Ulu Senagang, SK Karamatoi dan SK Kawakaan, Nazir yang terlibat ialah Dr. Azlin Hj Azlan Philip Kinjawan, Encik Ali bin Harifin, Puan Fauzilawati binti Rosle dan Encik Roszaidee bin Rosli. MESYUARAT JAWATANKUASA SAR KAFA DAERAH KENINGAU 21 Mac 2023 Mesyuarat JK SAR KAFA telah dilaksanakan pada 21 Mac 2023 yang dihadiri Penolong Pegawai Daerah Keningau, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Keningau, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Keningau dan Penyelia KAFA Keningau. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR CAWANGAN KENINGAU JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM 2023 19 & 25 Jan 2023 Pada 21 Jan 2023, Puan Fauzilawati binti Rosle telah dijemput oleh Sekolah Henry Gurney, Penjara Keningau dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Keningau untuk memberi perkongsian ilmu dalam teknik menjawab bagi subjek sains bagi persediaan SPM. PERSARAAN ENCIK ARIFFIN BIN MAT ALI, KETUA NAZIR CAWANGAN, JEMAAH NAZIR CAWANGAN KENINGAU 4 April 2023 Majlis ringkas sempena persaraan Encik Arifin bin Mat Ali, Ketua Nazir Cawangan, JNC Keningau. KHIDMAT KEPAKARAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN PERKONGSIAN ILMU KHAT JAWI KHAZANAH MELAYU 21 Jan 2023 Pada 21 Jan 2023, En Ali Bin Harifin telah dijemput untuk memberi perkongsian ilmu Khat Jawi Khazanah Melayu yang bertempat di Bilik Perpustakaan IPGK Keningau. Peserta-peserta yang menghadiri sesi pengkongsian terdiri daripada pelatih-pelatih IPG Bahasa Melayu Sesi 2023. SUMBANGAN AIDILFITRI 2023 KEPADA GOLONGAN ASNAF 10 Mei 2023 En. Ali Bin Harifin mewakili JNC Keningau telah ziarah dan menyampaikan sumbangan duit dan pakaian kepada golongan asnaf di Kampung Ulu Tigasa.


Aktiviti Jemaah Nazir Cawangan Sandakan 89


PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) TAHUN 2023 19 - 22 JUN 2023 Pemeriksaan Pelaksanaan Norma Baharu GPI di SK Sungai Tiram, SK Rancangan Lubuh, SK Gum Gum Kecil, SK Tinusa dan SK Tanjong Pisau bagi Daerah Sandakan oleh pasukan pemeriksa; Dr. Nor Jannah binti Hassan (KNC Sandakan), Puan Ennie Afvany binti Mohamad (Nazir Sekolah), Encik Mohd Ridzwan bin Awang (Nazir Sekolah) dan Encik Mohd Fairuz bin Suliman (Nazir Sekolah). PEMERIKSAAN PELAKSANAAN NORMA BAHARU GPI DI SR 2023 30 JANUARI - 2 FEBRUARI 2023 PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN Pemeriksaan Verifikasi PK-SKPK 2.0 di SK Tanjong Batu, SK Nunuyan Laut di Daerah Sandakan dan SK Penangah di Daerah Telupid oleh Dr. Nor Jannah binti Hassan (KNC Sandakan), Puan Ennie Afvany binti Mohamad (Nazir Sekolah) & Puan Rozilah binti Ibrahim (Penolong Pengarah Unit Prasekolah Jemaah Nazir IP WP Putrajaya). PEMERIKSAAN VERIFIKASI PK-SKPK 2.0 TAHUN 2023 14 - 16 JUN 2023 Pemeriksaan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Tahun 2023 di SK Gas dan SK Merpati, Sandakan pada 19 - 22 Jun 2023 oleh Pasukan Pemeriksa, Dr. Nor Jannah binti Hassan (KNC Sandakan) dan Puan Ennie Afvany binti Mohamad (Nazir Sekolah).


Pada 24 Mac 2023, JNC Sandakan telah berjaya mengadakan bengkel "Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC): Kelab Buku," sebuah inisiatif untuk membina komuniti pembelajaran aktif dalam kalangan para pegawai yang disampaikan oleh Dr. Nor Jannah binti Hassan (KNC Sandakan). Ia memberi inspirasi kepada semua pegawai untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan dan kerjaya harian mereka, memperkukuhkan budaya pembelajaran berterusan dalam organisasi. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC): KELAB BUKU JNC SANDAKAN 24 MAC 2023 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME Program Peningkatan Kompetensi Nazir Sekolah: Siasatan dan Aduan PdP anjuran Jemaah Nazir Cawangan Sandakan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Negeri Sabah, Encik A. Rahim bin Azat secara dalam talian. PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI NAZIR SEKOLAH: SIASATAN DAN ADUAN PDP 28 MAC 2023 Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva oleh para pegawai JNC Sandakan (Nazir & AKP) telah berjaya dijalankan pada 15 Mei 2023 di bilik mesyuarat JNC Sandakan. Bertujuan membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam rekaan grafik, penyuntingan imej, dan kreativiti visual. Encik Dixon Jones Placidius David sebagai fasilitator memberi panduan praktikal dan tips berguna untuk aplikasi Canva yang popular. BENGKEL ASAS PENGGUNAAN APLIKASI CANVA JNC SANDAKAN 15 MEI 2023


Perkongsian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) kualiti @sekolah Standard 4 oleh Dr. Nor Jannah binti Hassan (KNC Sandakan) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKKD), PPD Sandakan di SRJK Sung Siew, Sandakan PERKONGSIAN SKPM Kualiti @ Sekolah STANDARD 4 12 JANUARI 2023 KHIDMAT KEPAKARAN Majlis Bacaan Ya sin dan Tazkirah anjuran JNC Sandakan telah diadakan pada dua tarikh berbeza, iaitu pada 17 Mac 2023 dan 5 Mei 2023, melalui platform talian Google Meet. Puan Norhana binti Awang telah menjadi penceramah dengan menyampaikan tazkirahnya di kedua-dua majlis tersebut. Peserta-peserta majlis telah memperoleh manfaat daripada tazkirah yang penuh inspirasi dan berfaedah, yang mengingatkan mereka tentang pentingnya hubungan diri dengan Allah dan memberi motivasi untuk meningkatkan kebaikan dalam kehidupan harian. MAJLIS BACAAN YA SIN DAN TAZKIRAH JNC SANDAKAN 17 MAC 2023 / 5 MEI 2023 JNC Sandakan telah melaksanakan Program Jom Sihat dengan mengadakan aktiviti senamrobik pada 28 Februari 2023 dan 16 Mac 2023. Program ini berlangsung sebagai inisiatif untuk mendorong gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan para Nazir dan AKP JNC Sandakan. Aktiviti senamrobik ini dikendalikan oleh jurulatih profesional yang berpengalaman, Encik Rosle bin Jaffar, yang telah memberikan panduan dan dorongan kepada peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam senamrobik. PROGRAM JOM SIHAT JNC SANDAKAN 28 FEBRUARI 2023 / 16 MAC 2023


AKTIVITI KEMASYARAKATAN Pada 16 Mei 2023, JNC Sandakan telah mengadakan Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu bagi meraikan pegawaipegawai. Acara ini diatur sebagai ungkapan penghargaan dan rasa terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan yang berharga dalam bidang pendidikan dan pengurusan sekolah. Majlis tersebut sebagai bentuk penghormatan kepada para guru dan ibu yang telah membentuk dan memimpin generasi muda dengan penuh dedikasi. JEMAAH NAZIR CAWANGAN SANDAKAN JNCS telah mengadakan jamuan raya pada 28 Mei 2023 sebagai tanda penghargaan terhadap usaha kelab kebajikan dan semua pegawai, serta AKP. Kehadiran mantan nazir sekolah dalam majlis tersebut turut menyemarakkan acara dan mempererat hubungan silaturahim di antara semua hadirin. JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JNC SANDAKAN 28 MEI 2023 SAMBUTAN HARI GURU & HARI IBU JNC SANDAKAN 16 MEI 2023 Ceramah mengenai Diet Pemakanan Sihat yang sangat informatif dan bermanfaat telah berlangsung dengan jayanya di Jemaah Nazir Cawangan Sandakan, dihadiri oleh para pegawai dan AKP. Penceramah, Puan Noor Hafizah Ibrahim, mewakili Jabatan Kesihatan Sandakan, telah menyampaikan ceramah ini pada 17 Mac 2023. Peserta ceramah telah memperoleh pelbagai panduan berguna untuk mencapai pemakanan yang seimbang dan kesihatan yang optimum CERAMAH DIET PEMAKANAN SIHAT OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 17 MAC 2023


Aktiviti Jemaah Nazir Cawangan Tawau 94


JEMAAH NAZIR CAWANGAN TAWAU PELANCARAN MANUAL EKSA JNCT 16 Februari 2023 Pelancaran Manual EKSA JNCT telah disempurnakan oleh Puan Hajah Junaidah binti Haji Yusuppu, KNN Sabah. Manual EKSA JNCT disediakan agar dapat menjadi garis panduan kepada warga JNCT dalam mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) agar persekitaran kerja bersih, kemas dan kondusif dapat dihasilkan. Garis panduan ini berfungsi sebagai bahan rujukan bagi piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja. Pelaksanaan adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat pejabat JNCT. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PEMURNIAN PELAN STRATEGIK JNCT 2023 - 2025 4 Jan 2023 PROGRAM BICARA PROFESIONAL KNN BERSAMA PEMIMPIN NPQEL SIRI 1, TAHUN 2023 15 Februari 2023 Program Bicara Profesional Ketua Nazir Negeri (KNN) bersama Pemimpin NPQEL (Pengetua/Guru Besar) telah diadakan pada 15 Februari 2023. Sasaran program ialah PGB yang telah mengikuti kursus NPQEL dan dilaksanakan sebagai salah satu sumbangan kepakaran anjuran Jemaah Nazir Cawangan Tawau (JNCT) bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan instruksional PGB khasnya untuk meningkatkan kualiti pengajaran melalui Pencerapan PdP dan membangun kapasiti kepimpinan sekolah baharu agar dapat memberi impak kepada kemenjadian murid serta membawa perubahan ke arah kecemerlangan sekolah. PENGURUSAN/PENAZIRAN/PENILAIAN/SIASATAN


JEMAAH NAZIR CAWANGAN TAWAU M.O.U RAKAN STRATEGIK SEKOLAH ANGKAT JNCT DAN SK BANDAR TAWAU II 15 Februari 2023 Program menandatangi perjanjian Rakan Strategik Sekolah Angkat bersama barisan pentadbir dan ketua panitia mata pelajaran SK Bandar Tawau II telah dirasmikan oleh KNN Sabah, Puan Hajah Junaidah binti Haji Yusuppu. Program Rakan Strategik Sekolah Angkat JNCT ini dilaksanakan bagi memberi sumbangan kepakaran oleh Nazir Sekolah kepada barisan pentadbir (pengurusan kepimpinan sekolah) dan pengurusan panitia (ketua panitia). Program ini akan dilaksanakan dalam beberapa siri yang berfokus dan sesi bimbingan serta sumbangan kepakaran akan dijalankan berdasarkan keperluan sekolah. BICARA PROFESIONAL KNN BERSAMA PEGAWAI SIP+ DAN SISC+ PPD TAWAU 16 Februari 2023 Program Bicara Profesional KNN bersama Pegawai SIP+ dan SISC+ PPD Tawau ini telah menjadi satu platform kepada KNN, Nazir Sekolah dan barisan pegawai pendidikan khasnya SIP+ dan SISC+ dalam berkongsi maklumat, program, isu bimbingan serta menjadi medan untuk saling bertukar pendapat demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Program seumpama ini memberi impak yang positif memandangkan barisan pegawai SIP+ dan SISC+ banyak memberi maklum balas yang positif dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pendidikan. KHIDMAT KEPAKARAN PROGRAM BENGKEL BERKELOMPOK FASA 1 TS25 ANJURAN PPD TAWAU 16 Mei 2023 Perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan Program TS25 anjuran PPD Tawau telah disampaikan oleh Puan Judy Rohaya Lee, KNC Tawau. Sesi perkongsian ini telah membicarakan status pelaksanaan TS25 dari sudut pandang dan dapatan umum penaziran berkaitan TS25. Sesi perkongsian ini turut menyentuh beberapa aspek penting seperti perkembangan SKPM Kualiti@Sekolah, kekuatan dan amalan terbaik TS25 dan Mesej Strategik kepada barisan kepimpinan sekolah TS25.


JEMAAH NAZIR CAWANGAN TAWAU PROGRAM SENAMROBIK ANJURAN KERJASAMA JNCT DAN PPD TAWAU 27 Januari 2023 Program Senamrobik anjuran bersama JNCT dan PPD Tawau merupakan program jaringan yang berjaya menghimpunkan barisan pegawai di PPD Tawau, warga sekolah di Daerah Tawau dan masyarakat setempat dalam aktiviti senamrobik yang diadakan di Padang Bandaran Tawau. Aktiviti senamrobik yang dijalankan dalam tempoh tiga jam ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Tawau yang menyumbang khidmat pembesar suara bagi kemudahan semasa pelaksanaa senamrobik. PROGRAM HARI KELUARGA DAN SUKANEKA PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN TAWAU 11 Mac 2023 Program Hari Keluarga dan Sukaneka Peringkat Wisma Persekutuan Tawau merupakan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Wisma Persekutuan Tawau pada 11 Mac 2023. JNCT merupakan salah satu penyumbang hadiah utama beberapa pertandingan yang telah diadakan seperti Pertandingan Nyanyian, Sukaneka dan beberapa lagi pertandingan lain yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Wisma Persekutuan. Warga JNCT berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah dan pertandingan sukaneka yang telah dianjurkan. PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN TAWAU 19 Mei 2023 Program Sambutan Hari Raya Peringkat Wisma Persekutuan Tawau merupakan program tahunan anjuran Jawatankuasa Wisma Persekutuan Tawau dan sumbangan wakil rakyat setempat. Warga JNCT telah menyumbang menu Soto Banjar sebagai salah satu menu yang turut disertai oleh orang-orang kenamaan di Daerah Tawau dan warga Wisma Persekutuan Tawau. AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Aktiviti Jemaah Nazir Negeri Sarawak 98


Click to View FlipBook Version