The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Compilation of poems and short stories AIPF 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yaling, 2024-01-23 21:23:58

Compilation of poems and short stories AIPF 2023

Compilation of poems and short stories AIPF 2023

98 [SHORT STORIES]


99 MALAY SHORT STORIES


100 Penyesalan (By Annur Umairah) Kamal mendapatkan habuannya seperti yang dimintanya. Pada suatu malam yang gelap, Kamal mengambil peluang untuk melaksanakan rancanganya yang disokong oleh rakan sekelasnya iaitu Adira. Adira yang pada mulanya tidak mahu bersubahat dengan apa yang dilakukan oleh Kamal. Namun, Adira yang sudah tidak tahan akan dirinya yang selalu dipandang rendah oleh ibunya dan dibanding-bandingkan dengan Sofea iaitu sepupunya akhirnya bersubahat dengan Kamal. Dia ingin membuktikan bahawa dirinya juga berguna. Sofea pula seorang yang pendiam dan dia menerima segalanya serta sudah pasrah dengan kehidupannya yang dipenuhi tekanan dan trauma. Pada mulanya, Sofea tidak menghiraukan apa yang berlaku terhadap dirinya. Namun, kehadiran Umaira yang ingin membantu Sofea mengubah segalanya. Pada awalnya, Sofea menolak pertolongan Umaira kerana trauma lamanya yang membuatkan dirinya sukar untuk mempercayai sesiapa pun. Namun, Sofea mempercayai Umaira kerana sedikit sebanyak bukti yang dicari sudah ditemui. Pada akhirnya, Adira merelakan dirinya untuk menjadi saksi, Kamal digantung dan disenarai hitam untuk mengulangi peperiksaan. Tapi itu bukanlah kesudahan cerita ini. Apakah yang berlaku terhadap kamal?


101 Siapa Aku? (By Edna Pristy Fening) TEPI PANTAI SERI SERI (V.O) (CONT'D) (duduk di tepi pantai sambil termenung melihat ke arah langit.) Aku tahu kau ada. Tapi, tak semua nampak. Mungkin sebab matahari terlalu cerah. Kadang-kadang aku terfikir, kalau bulan ni orang, apa yang dia rasa? Bila semua tak nampak dia. MEJA MAKAN SERI sedang duduk makan bersama MAK sambil termenung. MAK SERI, tunggu apa? Makan la. SERI Ye mak. SURI baru tiba di rumah. SURI Assalamualaikum mak. MAK Waalaikumsalam, baru balik kerja? SURI Ha ah. SURI menghulurkan sampul surat berisi wang kepada mak.


102 SURI Ni duit lauk bulan ni. MAK Ooh, Alhamdulillah. Duduk, duduk. Mak baru masak makanan kesukaan awak. SURI Wah! Eh Seri, baru balik kelas ke? SERI Ha ah. MAK Macam mana kerja hari ini? SURI Okey je. Cuma bos orang tu, dia cerewet sikit. MAK Biasalah, kita kan kerja dengan orang. SERI terus menghabiskan makanannya sambil tertunduk. Pada sama yang sama, MAK dan SURI berbualbual sambil bergelak tawa tanpa menghiraukan SERI. DI HADAPAN FAKULTI PENDIDIKAN NADRAH dan SARAH berjalan di hadapan SERI. NADRAH Weh, lepas ni kita nak makan kat mana? SARAH


103 Aku craving makan nasi ayam. Kau nak makan nasi ayam? NADRAH Nak! NADRAH menoleh ke belakang. NADRAH SERI, kitaorang nak makan nasi ayam. Kau nak ikut tak? SERI Boleh, aku ikut korang je. NADRAH dan SARAH melintas jalan bersama-sama, meninggalkan SERI yang melintas jalan berseorangan. GERAI NASI AYAM SARAH SERI, kau order kan dulu boleh tak? NADRAH Haah, kau bayarkan dulu. Nanti kitaorang bayar balik. SERI Oh, okey. SERI pergi memesan makanan seorang diri. TEPI JALAN MIKAEL datang dari sebelah kanan SERI.


104 MIKAEL Eh, Seri. Bakpe duk sini? Kan hujan ni kan? Tunggu je lah kedai makan. Sambil MIKAEL memayungkan SERI. SERI Takpe, saje. Kedai makan ramai orang. SERI tidak menjawab dan menjelingkan matanya. MIKAEL Oh. Lama dok dengor pasal AISYAH. Dahla aku tengok dia makin cantik sekarang. SERI bungkam. MIKAEL (CONT'D) Eh, Seri, mu bukang dok lawo tapi… SERI memandang ke sisi untuk mengelak dari dilihat MIKAEL. SERI Mu boleh senyap dok? BILIK SERI Setelah berjumpa MIKAEL, SERI masuk ke biliknya dan terus duduk di meja belajarnya. SERI termenung seketika lalu melihat papan putih. PAPAN PUTIH MENUNJUKKAN TARIKH 13 OGOS 2023. Hari itu merupakan hari jadi SERI. SERI menunjukkan wajah kecewa. Lalu SERI mencapai telefonnya dan membuka gambar kenangan bersama ayahnya.


105 SERI Ayah je yang ingat birthday Seri. Tanpa berfikir panjang, SERI mengemas bajunya lalu berangkat pergi ke tempat kelahirannya, Terengganu. PASAR TERENGGANU SERI sedang duduk di tengah orang ramai dengan orang sekelilingnya bergerak dengan laju. SERI tergelak sinis. SERI (V.O) Oh, ternyata tiada tempat untuk aku di antara mereka. DALAM KERETA DI TEPI PANTAI, TERENGGANU SERI duduk di tempat duduk pemandu sambil memandang ke arah laut. SERI Ayah suka pantai. SERI terus menangis mengenangkan ayahnya. SERI membuka laci tempat duduk penumpang di hadapannya lalu terjumpa sebuah buku nota lamanya yang pernah dimilikinya dulu. SERI membelek bukunya sambil membaca hasil penulisan lamanya dan terhenti seketika kerana tertarik dengan salah satu penulisannya. SERI BERJALAN KE HADAPAN SERI (V.O) Kenapa aku sungguh kagum dengan bulan. Bulan yang tiada cahayanya sendiri.


106 Bulan yang terlihat kesepian. Bulan yang seperti disisihkan. Bulan yang masih gah di langit gelap, memberi isyarat akan tempatnya yang berhak di bumi Tuhan. Bulan yang tetap berkata bahawa wujudnya ia membawa makna walau tidak selalu dihargai. Ternyata akulah bulan. Pengarah : Nurul Izzan Izzati binti Mohamad Editor : Edna Pristy Fening, Nur Amirah binti Mustaffa Kamal Bashah, Wan Nur Aqilah binti Ahmad Shah Zunaidi, Zirwatul Hanan binti Md Rashid


107 Empress’s Blunder (By Nurfarah Lidiya) WAKTU TENGAHARI Sudah tepat pukul 12 tengah hari menandakan waktu makan tengah hari. Zulaikha mematikan komputer dan mengemas sedikit barangan di atas meja. Dia terus bangun, bersedia untuk pergi berehat. ZULAIKHA Qistina, dah pukul 12 ni. Kau nak lunch tak? Qistina melihat paparan di skrin fonnya. QISTINA (sambil mengangguk) Boleh juga. Jom lah. QISTINA menyusun sedikit barangan di atas meja. Mereka berdua sudah bersedia untuk ke cafe. PEJABAT - TENGAHARI ZULAIKHA cuba menyapa KALISH untuk mengajaknya pergi makan tengah hari. ZULAIKHA Khalish, kau nak pergi lunch tak? Lagipun, dah pukul 12. QISTINA Betul tu, jom ah pergi sekali dengan kami. KALISH masih tidak memberi sebarang respon. Nampaknya dia sedang mengelamun. Namun, dua sekawan ini tidak berputus asa untuk mengajak KALISH. ZULAIKHA (sambil mengetuk perlahan meja Kalish) Kalish Aqashah? Kalish Aqashah! Kau dengar tak?


108 Kini KALISH telah tersedar dari dunia khayalannya. Kelihatan agak terkejut. ZULAIKHA Kami nak pergi lunch ni, kau nak ikut tak? QISTINA Dah lunch hour ni, kau tanak makan ke? Mata KALISH melilau mencari telefon bimbitnya yang berada betul betul di hadapannya. KALISH nampaknya tidak fokus dengan situasi sekeliling. KALISH (macam orang yang tiada hala tuju) Ha? Sekarang pukul berapa ni? ZULAIKHA Ya Allah, dah berapa kali tadi aku ulang pukul berapa. Tak dengar ke? QISTINA Dah dah, jom ikut kami lunch. PEJABAT PEGUAM - PAGI Montaj KALISH berbincang bersama peguamnya. Peguam KALISH menonton video yang terpapar pada telefon bimbit KALISH dan menganggukkan kepala. MAHKAMAH - TENGAHARI KALISH duduk di sebelah Peguam, DANIRA mewakili dirinya sendiri, dan HAKIM duduk di hadapan mereka. HAKIM MAHKAMAH Setelah meneliti bukti yang telah diberikan oleh Encik Kalish Aqasyah, Mahkamah mendapati bahawa perkahwinan pasangan ini tidak boleh diteruskan.


109 HAKIM MAHKAMAH (CONT'D) Dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Encik Kalish Aqasyah diberi perlindungan, dan sekiranya Puan Danira Alisya melanggar Perintah Perlindungan ini, beliau akan dikenakan hukuman penjara. Mahkamah bersurai.


110 Walau Berbeza Tetap Serupa (By Qurratul Ayuni) TEMPAT KEJADIAN 1 Langit yang cerah. Suasana di kawasan kolej. CJ (bicara dalam hati) Huh! Apalah yang diorang gelakkan. Macam tak ada kerja Well, I take life seriously and don’t have time to fool around, as I’m from a prestigious school and aim to be the best of the best. CJ sedang berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba suara pemberitahuan Whatsapp berbunyi. Langkah CJ terhenti. CJ membaca senarai nama dan nombor pelajar mengikut keputusan ujian pertengahan penggal pada Whatsapp. CJ (Muka terkejut) What?! I’m second? Seriously?! CJ D..Dina? Siapa perempuan ni, hah?! Berani kau ambik tempat aku! SABRINA Dina! CJ berpaling. SABRINA berlari mengejar DINA yang sedang menaiki tangga menuju ke surau. SABRINA Tunggu saya! CJ (memerhatinya dengan tajam)


111 So that’s her... DINA dan SABRINA masuk ke dalam surau. CJ Praying is her secret to success, huh? Ceh! Well, bukannya aku kisah sangat pun. Dina letakkan kasutnya di kaki lima surau. CJ (bicara dalam hati) Hurm... I’m making her late, so better do this quick. TEMPAT KEJADIAN 2 Suasana di dalam kelas. DINA membuka pintu. Semua yang ada di dalam kelas memandang DINA. MADAM AYUNI Kenapa lambat? Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang? DINA yang dalam keadaan Lelah. MADAM AYUNI melihat ke arah kaki DINA. MADAM AYUNI Dengan berseliparnya. Awak fikir awak datang kelas saya ni macam masuk pasar malam ke? DINA Tapi, Madam... MADAM AYUNI Sudahlah Dina. Jangan fikir sebab awak dah pandai, awak tak perlu datang kelas saya. Bukan ini ciri-ciri orang yang success dalam hidup dia


112 CJ (bicara dalam hati) Padan muka! TEMPAT KEJADIAN 3 Keadaan di kafe. Tangan CJ mengambil plastik makanan yang dihulurkan penjual. CJ Berapa ya? PENJUAL Semuanya lima ringgit CJ meraba-raba poketnya. CJ (bicara dalam hati) Ehh? Ehh? Mana dompet aku?! Hayyaa... Macam mana boleh lupa ni… CJ Kak, boleh tak saya bayar esok? Saya lupa saya letak dompet saya kat mana… PENJUAL Maaf, dik. Kak dah bungkus tu. Tak boleh dah. DINA Tak apa, kak. Saya tolong bayarkan. PENJUAL


113 Okey, terima kasih dik. DINA ingin berlalu pergi. CJ Woi! Aku tak mintak pun kau bayarkan. DINA hanya pergi meninggalkan CJ. CJ terdiam kerana kebaikan yang DINA lakukan. CJ mengejar langkah DINA. CJ Woi! Aku nak cakap dengan kau kejap… DINA berpaling ke belakang dan ingin berhadapan dengan CJ. SABRINA memegang lengan DINA. SABRINA Weh, janganlah...dia nampak psycho DINA (sambil tersenyum) Takpe, kejap je DINA mengikut langkah CJ ke belakang kafe. CJ Aku nak tanya kau something. Kenapa kau tolong aku? Aku tak mintak kau tolong pun. DINA Kau terlupa bawa duit kan? Aku tolonglah bayarkan. Itu je. Tak perlu pun kau marah-marah. Dah tak ada apa-apa nak cakap kan? Aku nak makan ni.


114 Muka CJ marah. CJ Itu yang aku tak faham! Kau tak perlu pun berlakon baik depan aku! DINA Berlakon baik? CJ YES! Kau buat-buat baik je depan orang, kan? Dahlah kau tak cari siapa yang ambil kasut kau, dan aku tak pernah nampak kau marah. Why? Kau tahu tak aku yang sorok kasut kau? Muka DINA hairan. DINA Kau yang sorok? CJ Exactly! Asal? Kau nak marah aku? Nak marah aku kan? DINA No. It’s okay. Cuma, kau boleh tak jangan buat macam tu lagi, sebab aku jadi lambat masuk kelas. Jadi, dah tak ada apa-apa kan? Bye. CJ serba salah. CJ Macam tu je? Kau ni memang tak marah orang ke apa? DINA Kenapa? Aku tak dapat apa pun kalau aku marah kau. CJ


115 Tak dapat apa-apa? Kau tak rasa kau kena balas apa yang aku dah buat kat kau ke? Kenapa kau buat baik kat aku? Aku tak sama dengan kau, Dina. I’m different! Lain agama dengan kau! Kenapa...Ke... Arghh! Kenapa?! Aku tak faham! DINA Kenapa? Kau manusia juga kan? Aku cuma layan kau sebagai manusia. Itu je. CJ, walaupun berlainan agama, kita kan satu negara. Tak ada guna kita berperang mulut, hanya disebabkan kita ni berbeza. Muka CJ kesal. CJ It’s my fault. I’m sorry, Dina. I won’t bother you anymore. DINA It’s okay. CJ We are friends, right? CJ menghulurkan tangan ingin berjabat tangan. DINA hanya tersenyum… DINA Yes, we are…


116 Darjat (By Adam Harith bin Ismail) INT. DEPAN LIF PUAN MAISARAH keluar daripada lif dan menurun tangga untuk menurun ke kafe. Di situ, dia jumpa seorang budak, AMANDA, duduk di tangga yang sedang bermain dengan fonnya. Sambil menurun tangga, PUAN MAISARAH berhenti di bawah dan pandang rendah ke arah AMANDA. INT. DEPAN LIF - KEMUDIAN AMANDA bangun dari kedudukannya atas tangga dan berjalan ke lif, berdiri di hadapan sambil menunggu. DATIN SYUHAIDA keluar daripada lif dengan menonton fon di tangan sambil berjalan sebelum dipanggil oleh AMANDA AMANDA Mama! DATIN SYUHAIDA Eh Amanda, bua apa kat sini? AMANDA Nak tunggu balik dengan mama. DATIN SYUHAIDA Lah… Mama nak pergi turun makan dengan Puan Mai... Amanda nak ikut? AMANDA Takpelah, Amanda dah makan tadi. DATIN SYUHAIDA Okey, pergi tunggu dekat ofis mama. Sekejap lagi mama datang. AMANDA Kay, Ma. AMANDA kemudian berdiri depan lif dan menekan butang naik sementara DATIN SYUHAIDA menurun tangga di sebelah dan berjalan ke kafe untuk berjumpa dengan PUAN MAISARAH. INT. KAFE


117 PUAN MAISARAH mengambil tempat duduknya di sebuah meja dan menunggu untuk dilayan. CIK QISTINA jalan ke meja PUAN MAISARAH. CIK QISTINA Cik, nak makan apa? PUAN MAISARAH Saya nak pesan Lamb Chop satu, lepastu Spaghetti Carbonara. CIK QISTINA Cik nak pesan air apa ya? PUAN MAISARAH Laici ais satu, Lemonade Soda satu... Itu sahaja. CIK QISTINA jalan ke dapur selepas mengambil pesanan PUAN MAISARAH. INT. KAFE - SEMENTARA LAGI DATIN SYUHAIDA akhirnya sampai ke kafe dan duduk di meja yang sama dengan PUAN MAISARAH. DATIN SYUHAIDA Maisarah! PUAN MAISARAH Hai, Datin Syu. DATIN SYUHAIDA Makanan dah pesan? PUAN MAISARAH Saya dah pesan semua makanan dah untuk awak…Oh ya, tadikan Datin ada nampak tak seorang budak ni, duduk dekat tangga? DATIN SYUHAIDA Budak mana pula ni? PUAN MAISARAH Alah, ada. Lepas sahaja saya keluar dari lif, dia duduk kat tepi tangga. DATIN SYUHAIDA Saya tak perasanlah pula. Kenapa?


118 PUAN MAISARAH Takdelah, saya nampak dia duduk sorang-sorang...Takde kawan...Nampak macam miskin. DATIN SYUHAIDA Haish, awak ni…Tak baiklah, tak payah fikir bukan-bukanlah... PUAN MAISARAH Hmm...Yelah, Datin Syu sahajalah yang betul. DATIN SYUHAIDA (sambil membangun dari tempat duduknya) Saya nak pergi tandas sekejap. PUAN MAISARAH Okey. Beberapa saat lagi, CIK QISTINA mengembali ke meja PUAN MAISARAH dan DATIN SYUHAIDA dengan air yang dipesankan. Dengan tidak sengaja, CIK QISTINA tertumpah air ke atas seluar PUAN MAISARAH seketika meletakkan air atas meja. PUAN MAISARAH (dengan muka bengang dan menaikkan suara terhadap CIK QISTINA) Kalau tadi kena seluar saya, macam mana?! CIK QISTINA (muka nampak panik dan bersalah) Saya minta maaf, cik…Saya tak sengaja… PUAN MAISARAH Awak nak ganti rugi ke? Awak tahu tak seluar saya ni mahal?! Apa yang tak sengajanya?! CIK QISTINA Cik, maaf cik. Saya betul-betul tak sengaja... DATIN SYUHAIDA kembali dari tandas dan lihat situasi di depan matanya kemudian masuk antara duadua dan bertanya mereka berdua. DATIN SYUHAIDA Eh…Kenapa ni? PUAN MAISARAH Datin...Datin tengoklah. Pelayan ni sengaja tumpahkan air. Kalau kena baju saya tadi macam mana?!


119 DATIN SYUHAIDA Puan Mai, bertenanglah. Dia tak sengaja, kan? PUAN MAISARAH (semakin marah dan menaikkan suara) Apa yang tak sengajanya? Dia ni memang sengaja je sebab dia cemburu dengan pakaian saya! Dia nak pakai pakaian macam ni tapi dia tak mampu beli sebab dia miskin! DATIN SYUHAIDA (suara kuat dan ton marah) Eh, Maisarah cukup! Awak sudah melampau! Awak tak boleh hina dia macam tu. Dia ni adik saya! PUAN MAISARAH (terkejut dan memperlahankan suara) Ni adik Datin? DATIN SYUHAIDA Ini bukan kali pertama saya tengok awak hina pekerja-pekerja katsini! Kalau sampai bila-bilalah awak tak nak ubah perangai awak, saya tak nak ada pekerja macam awak dan kawan macam awak! PUAN MAISARAH Ish! PUAN MAISARAH meninggalkan DATIN SYUHAIDA dan CIK QISTINA di meja mereka dengan mukanya yang tidak puas hati dan keluar daripada kafe. DATIN SYUHAIDA (memandang adiknya) Adik okey? CIK QISTINA Adik okey je… Dah biasa dah. Puan Mai tu…Takpe ke kak? DATIN SYUHAIDA Biar lah dia tu! Dah, jom! Mereka berdua juga meninggalkan meja dan mengeluar dari kafe. EXT. KAFE DATIN SYUHAIDA berjalan ke kafe dan terjumpa dengan PUAN MAISARAH dalam perjalanannya. PUAN MAISARAH


120 Datin Syu… DATIN SYUHAIDA (terkejut jumpa PUAN MAISARAH) Eh... PUAN MAISARAH Saya minta maaf, saya tahu saya salah… DATIN SYUHAIDAH It’s okay lah, yang penting awak sudah sedar. Saya pun boring tau dua tiga hari ni makan sorangsorang...Jom makan nak. Kedua-dua jalan bersama ke kafe. EXT. DI LUAR BANGUNAN Pengarah, jurukamera: Adam Harith bin Ismail Puan Maisarah : Nur Syarafana binti Amran Amanda : Dayang Safiyya Amanda binti Mohd Noordin Datin Syuhaidah : Nur Hasya Hadirah binti Kamarudin Cik Qistina : Nursyauqina binti Ahmad Rosdi


121 Ajaibnya Integriti Tema “Integriti Citra Malaysia Madani” (By Allysa) INT. KANDANG – Hari ke-3 Pekerja kedai sedang membantu menyediakan makanan pelanggan. PELANGGAN Kak, order saya dah siap ke? PENIAGA Belum bang, abang duduk dulu ya. PELANGGAN Ouh baik. PELANGGAN beredar dari kaunter pesanan. Selang beberapa minit, dua orang mahasiswi datang ke kaunter pesanan. PENIAGA Ya dik, nak order apa? PROTAGONIS bertanya kepada KAWAN PROTAGONIS makanan yang hendak dipesan. PROTAGONIS Kau nak order apa? KAWAN PROTAGONIS Hm jap eh. KAWAN PROTAGONIS berfikir menu yang hendak dipesan. KAWAN PROTAGONIS Nak nasi putih ayam crispy tu.


122 PENIAGA Okey, kamu pula nak apa? PROTAGONIS Nak nasi ayam geprek satu ya kak. PENIAGA Baik, kamu berdua duduk dulu ya. PROTAGONIS mengajak rakannya beredar dari kaunter pesanan. Selepas mereka berdua pergi, datang seorang perempuan di kaunter pesanan. ANTAGONIS Kak, nak order. PENIAGA Kejap ya dik. ANTAGONIS Lambat lah akak ni. PENIAGA Sabar ya dik, kedai akak banyak order harini. ANTAGONIS Ishh, ya lah ya lahh. ANTAGONIS beredar dari kaunter pesanan dengan rasa kesal. KAWAN PROTAGONIS Weh, aku haus dho.


123 PROTAGONIS Tu lah, aku pun sama gak. KAWAN PROTAGONIS Jom kita pergi beli air. PROTAGONIS Kat mana? KAWAN PROTAGONIS Kat belakang je. PROTAGONIS Boleh je, tapi bagitahulah akak tu dulu. KAWAN PROTAGONIS Alaa, kau bagitahulah aku malu dho. PROTAGONIS Ishh kau ni, ya lah jom lah. Mereka berdua pun bergerak ke arah kaunter pesanan. PROTAGONIS Kak, kitorang nak pergi gerai belakang tu kejap tau. Nanti kitorang datang balik eh. PENIAGA Okey, boleh. PROTAGONIS Terima kasih.


124 PENIAGA Sama-sama. Mereka berdua beredar dari kaunter pesanan. Selang beberapa minit, PENIAGA mengeluarkan dua bungkusan makanan dari dapur. PELANGGAN datang ke arah kaunter pesanan bersama telefon pintar miliknya. PELANGGAN Ni saya punya ke kak? Ayam buttermilk? PENIAGA Haah, ya. PELANGGAN menggunakan telefon pintarnya untuk mengimbas qr code bagi membuat pembayaran secara atas talian. PELANGGAN menunjukkan telefon pintarnya sebagai bukti pembayaran kepada PENIAGA. PENIAGA Okey, terima kasih. PENIAGA Nasi ayam geprek siap! PENIAGA terus pergi ke dapur untuk menyiapkan pesanan lain. Datang seorang perempuan ke kaunter pesanan dan terus mengambil bungkusan makanan yang terletak di atas meja tersebut. PELANGGAN Dik dik belum bayar lagi tu! Dik! PELANGGAN mengejar perempuan yang mengambil bungkusan makanan tersebut. Perempuan itu berusaha untuk melarikan diri.


125 KAWAN PROTAGONIS Eh, asal lama sangat ek? PROTAGONIS Taktau, jom kita pergi tengok. Mereka berdua pergi ke kaunter pesanan. PELANGGAN mengejar perempuan itu. PELANGGAN menarik beg perempuan itu untuk memberhentikannya. ANTAGONIS Ishh, janganlah. ANTAGONIS berusaha untuk melawan PELANGGAN. PELANGGAN menarik ANTAGONIS untuk pergi ke arah gerai tadi. PROTAGONIS Kak, order kitorang tadi dah siap? PENIAGA Akak rasa order korang berdua, tadi dah siap, order awak pun akak dah letak dekat sini. KAWAN PROTAGONIS Okey, ini apa? PENIAGA Nasi ayam crispy. KAWAN PROTAGONIS Okey, ni saya punya, jadi mana order kawan saya?


126 PROTAGONIS Saya order nasi ayam geprek. PENIAGA Eh haah, mana order awak ya? Akak rasa akak dah letak kat sini. KAWAN PROTAGONIS (menujukkan jari ke arah kanan mereka) Eh apatu? PROTAGONIS Eh kenapa tu? Mereka berdua pergi meninggalkan kaunter pesanan. PELANGGAN menarik beg ANTAGONIS dan membawanya ke kawasan gerai tadi. PROTAGONIS, KAWAN PROTAGONIS dan PENIAGA pergi ke arah kejadian. KAWAN PROTAGONIS Kenapa ni? Kenapa ni? PELANGGAN Tak, dia ni ambil makanan ni dekat situ belum bayar lagi. PENIAGA Eh akak rasa akak belum amik lagi order awak. Meh sini makanan tu akak nak tengok. ANTAGONIS menghulur bungkusan makanan kepada PENIAGA. PENIAGA memeriksa bungkusan makanan tersebut. PENIAGA Eh, ni nasi ayam geprek ni.


127 PROTAGONIS Eh, ni bukan ordersaya ke tadi? KAWAN PROTAGONIS Nasi ayam geprek, order kau lah. PROTAGONIS Tu lah. ANTAGONIS Ya lah, akak abaikan saya je tadi. Saya ambillah makanan tu. PENIAGA Eh, bukan abaikan. Kan akak dah cakap tadi kedai tengah busy. Kan akak tu tengah siapkan order orang, bukan sengaja abaikan order kau. KAWAN PROTAGONIS Betul, yang kau amik order orang tu kenapa? PELANGGAN Ingatkan tak bayar je, rupa-rupanya bukan dia punya yang dia ambil tu. PROTAGONIS Itulah pasal, ingatkan memang order dia je. KAWAN PROTAGONIS Apa masalah kau sampai jadi macamni? Tak baik tau, dosa amik makanan orang ni. ANTAGONIS Buat apa kau nak tahu? Kau bukannya ada kat tempat aku pun.


128 PELANGGAN Eh dik, orang tanya baik-baik kan? Yang kau nak biadap sangat ni dah kenapa? Kau fikir kau sorang je ke yang ada problem? PROTAGONIS Entah dia ni. ANTAGONIS Korang tak faham aku, aku kena buang family, aku kena buang universiti, aku takde kerja. Kau ingat senang ke nak survive kat sini? PROTAGONIS Tapi boleh je kan kita minta tolong? ANTAGONIS Kau fikir ada ke orang nak tolong aku? PENIAGA Macam mana kau tahu takde orang nak tolong kau? Belum cuba lagi. PENIAGA Okey macamni lah. Esok awak kerja dengan akak. Nanti akak bagitau bos akak. PELANGGAN Huh bagus juga tu. PROTAGONIS Kita boleh jadi kawan. KAWAN PROTAGONIS Yang ni betul, aku setuju.


129 ANTAGONIS Serious kah korang? PROTAGONIS Serious lah, takkan nak tipu pulak. ANTAGONIS Terima kasih tau korang. PROTAGONIS No problem lah. PENIAGA Dah dah, untuk harini biar akak belanja makan. Mereka bersorak kegembiraan. KAWAN PROTAGONIS Alhamdulillah rezeki. KAWAN PROTAGONIS Dah lah apa kata kita pergi cari meja lain? Kita kat tengah jalan ni. PROTAGONIS Ha tulah. Orang pandang ni. Mereka berlima beredar dari tempat kejadian. Protagonis : Anesa Antagonis : Nurul Husna Peniaga : Siti Nurallia Ayunnie


130 Pelanggan : Muhammad Izzat Kawan protagonis: Nik Hanis Allysa


131 Mimi (By Ariatyirah Safiyya binti Noradli) INT. BILIK ASRAMA - TENGAH HARI MIMI, seorang remaja yang hanya mampu memendam perasaan sendiri di lubuk hatinya. Dalam cahaya yang gelap di dalam satu ruangan bilik asrama, seorang gadis bernama MIMI terduduk statik di katil tingkat bawahnya. Dia termenung. Mindanya kosong, tetapi ia lelah memikirkan banyak perkara. Dirinya seakan tidak bermaya. Jubin lantai diperhatikan dengan mata yang membara. Kemarahannya terhadap diri sendiri seakan-akan terbuku. Kepalanya tertunduk seperti seorang pahlawan yang sudah bersiap sedia mahu menerima kekalahan di medan perang. Walaupun longlai sahaja kakinya mahu berdiri, Mimi tetap bingkas bangun dari duduk. Bagi menenangkan emosi yang meracau, dia bercadang untuk keluar dari bilik yang suram dengan perasaannya itu. Dia menuju ke pintu utama. Selipar diambil lalu disarung. Dia bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. EXT./ INT. VILLAGE MART - TENGAH HARI MIMI melangkah masuk ke kedai serbaneka. Masuk sahaja, dia menjenguk-jenguk makanan segera yang dijual. Dia mengapai maggie cup yang selalu dibelinya, tetapi entah mengapa tekaknya mahu merasa perisa yang baru dan lebih mahal daripada yang biasa. Harga makanan tersebut membuatnya tertanya-tanya. ARIA rambang mata mahu memilih alas perut. Dia berada bersebelahan lorong MIMI. Dia ternampak MIMI dan terus menegurnya. ARIA Eh? Mimi? MIMI Aria! ARIA menghampiri MIMI.


132 Beg dompetnya dibuka. Hanya ada beberapa jumlah wang biru cair sahaja bersamanya. ARIA mengerling setiap tindakan MIMI. Seakan-akan faham situasinya, dia bersuara. ARIA Kau nak maggie je ke? Ambillah. Aku belanja. EXT. GAZEBO/ LORONG RUMAH ASRAMA- SENJA ARIA dan MIMI membuat assignment sama-sama dengan alat peranti masing-masing. ARIA Eh, Mi. Bukan kau dah siap ke assignment tu? 'Ketak-ketik' dari tadi, kau buat apa lagi? ARIA jenguk-jenguk Ipad MIMI di sebelahnya. Mimi (tersengih suka) Aku berangan nak tulis script movie. ARIA Berangan?! Mimi! Aku tahu angan-angan kau tu tak mustahil lah untuk kau capai! MIMI tersipu malu. JANNAH (panggil dari jauh dengan muka bengang) Mimi!


133 MIMI dan ARIA serentak menoleh. JANNAH Sini kejap! ARIA Siapa tu? MIMI Housemate aku. Aku pergi dulu lah. MIMI tergopoh-gapah mengemas barangnya. JANNAH merangkul tangannya di bahu MIMI. JANNAH rapatkan dirinya ke telinga MIMI. JANNAH Kau dengar sini. Balik ni, aku nak kau buat semula assignment tu. MIMI (Tertinggikan suara) Buat semula?! JANNAH Hei, kau tengking aku? (Toleh belakang) Eh, Syaf. Kau dengar tak dia tengking aku tadi? MIMI Ma…maaf. Saya tak sengaja. SYAF


134 Oi. (panggil dengan suara gerun dari belakang mereka berdua) Bawa tempat biasa. JANNAH menarik lengan baju MIMI membawanya pergi ke lorong rumah yang sunyi. Sampai sahaja, terus MIMI ditolak sehingga dia hampir tersadung. SYAF Kau ni memang sengaja cari pasal dengan kitaorang, ha? MIMI Apa maksud awak? SYAF Kau fikir aku tak tahu ke yang kau sengaja buat assignment kita orang macam sampah supaya lecturer reject? Boleh detect yang selama ni kitaorang memang suruh kau buat! MIMI Kita kan lain course. Saya tak berapa mahir untuk topic yang awak berdua dapat. SYAF mengelus nafas kasar. Tangan diseluk dalam kocek seluar sebelum dihulurkan RM50 kepada MIMI. MIMI berkerut. Merenung pelik kat duit itu. MIMI Apa ni? JANNAH Ambil je lah. SYAF lemparkan duit itu pada muka MIMI.


135 INT. BILIK KULIAH – PAGI PROF AL Mimi, mai sat sini. MIMI Ya, Prof? PROF AL Saya rasa awak sesuai untuk masuk uji bakat ini. Jadi, saya sarankan awak cuba dulu, okey? PROF AL menolak poster itu ke arah MIMI. MIMI meniliknya. MIMI Nanti saya cuba fikir-fikirkan dulu. INT./ EXT. BANGUNAN ASRAMA – PAGI Semua pelajar berkerumun ramai-ramai di satu tempat dengan laptop dan telefon bimbit. EXTRA 1 Eh, weyh. Sini, sini. Mereka semua melihat satu video di mana ia mempamerkan lakonan MIMI. MIMI telah menyertai uji bakat tersebut atas pujukan PROF AL. Video tersebut mempunyai rata-rata 500k penonton di Stargram. INT. PEJABAT PROF AL - TENGAH HARI


136 JANNAH dan SYAF dipanggil untuk bersemuka dengan PROF AL. PROF AL Awak berdua dah ugut MIMI suruh dia buat assignment kamu berdua. Kamu berdua akan digantung dari universiti ini. Hal ini juga akan dibawa ke mahkamah. JANNAH dan SYAF saling berpandangan. JANNAH Hah?!


137 Hitam Putih (By Ifti Hawa) INT. KAFE - SIANG ADRIAN duduk saling berhadapan bersama teman wanitanya. Kotak jam tangan yang baru saja dibeli tadi ditolak mendekati gadis itu. ADRIAN Hadiah untuk you, sempena setahun kita bersama. AMEENA Cantiknya! ADRIAN senyum. AMEENA Mana you dapat duit banyak-banyak ni, you bukan kerja biasa je ke? ADRIAN Kerja biasa-biasa maksudnya? AMEENA Taklah. maksud I, I tahu you ada gaji besar, but I think you spent too much in a month, isn’t it? ADRIAN I adalah buat kerja lain sikit untuk tambah duit poket. AMEENA Oh, okeylah kalau macam tu. PELAYAN RESTORAN berjalan sambil membawa buku menu. PELAYAN RESTORAN


138 Order cik? ADRIAN Hari ni, you boleh order apa saja, I belanja. AMEENA Thank you, I love you. ADRIAN Love you more. You orderlah dulu, I nak pergi tandas jap. Jangan risau I takkan lari. AMEENA ketawa kecil. AMEENA Okey. ADRIAN melangkah keluar untuk ke tandas. AMEENA melihat buku menu lantas memutuskan apa yang mahu dipesan. AMEENA Bagi yang ni dua set, untuk air bagi satu Caramel Machiato, satu lagi Ice Americano. PELAYAN RESTORAN Baik cik. Buku menu diambil kembali sebelum langkah diatur untuk pergi. AMEENA mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu nombor telefon seseorang didail. AMEENA Hello, Iqa. INT. PEJABAT - PETANG


139 ADRIAN menapak masuk ke pejabat miliknya. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Komputernya dihidupkan, lalu jari mulai laju manaip di papan kekunci. Bunyi ketukan pada pintu pejabat menyebabkan jari ADRIAN berhenti melakukan tugas kerjanya. ADRIAN Masuk. FAIRA AFIQAH melangkah masuk ke dalam pejabat sebelum mengambil tempat berhadapan ADRIAN. ADRIAN Ada apa kau masuk bilik aku ni? FAIRA AFIQAH Dah berapa lama kau buat kerja ni? ADRIAN Kerja apa ni? FAIRA AFIQAH Kau ingat aku tak tahu, kau yang seleweng duit syarikat selama ni? ADRIAN menarik senyum senget. ADRIAN Kau ada bukti? FAIRA AFIQAH menyandarkan diri pada belakang kerusi. FAIRA AFIQAH Aku tahu segalanya fasal kau ADRIAN. ADRIAN


140 So, kau datang sini nak ugut aku ke macam mana? Kau nak report kat pihak atasan, macam tu? FAIRA AFIQAH Kita kenal dah lama ADRIAN. Aku ni kalau boleh tak naklah jatuhkan sesiapa. Tapi kalau dah terpaksa, apa lagi pilihan yang aku ada? Lagi pun, kau sendiri tahu, apa yang kau buat tu salah, kan? ADRIAN FAIRA, aku bukannya curi duit syarikat tu. Aku cuma guna dulu je, dah alang-alang aku ada akses kat akaun syarikat. Nanti bila aku dah dapat gaji, aku gantilah balik. FAIRA AFIQAH Tapi kau tetap pecah amanah. ADRIAN Tak muflis punlah syarikat ni, kalau aku guna duit dia orang. FAIRA AFIQAH Tak cukup ke gaji kau selama ni? Terdesak sangat ke kau sampai kena guna duit syarikat? ADRIAN memutar-mutar pen ditangannya. ADRIAN Aku tak terdesak dan gaji aku cukup. Aku cuma bijak guna peluang dan kesempatan yang aku ada. Tu je. Lagipun kita berdua tahu, zaman sekarang, duit adalah segalanya, kan? FAIRA AFIQAH Tak payah tipu diri sendiri. Sampai bila-bila pun duit takkan boleh beli segalanya. Pen diletakkan di atas meja oleh ADRIAN. ADRIAN Kau nak cakap apa? Duit tak boleh beli kebahagiaan? Munafik. Sedih dalam rumah banglo, tak sama dengan menangis meraung kat dalam pondok buruk. Kau cakap duit tak boleh beli kebahagiaan sebab


141 hidup kau dah senang daripada lahir. Kau lahir dalam dulang emas. Aku tak, aku hidup susah Faira. Jadi bagi aku, duit boleh beli kebahagiaan. FAIRA AFIQAH ketawa sinis. FAIRA AFIQAH Tuhan hanya mengizinkan kita untuk mengawal ruang. Kau boleh tentukan nak ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan, tapi kau tak boleh kawal waktu. Kau tak boleh balik ke masa lalu, dengan sebanyak apa pun duit yang kau ada. Kau rasa kenapa? Kenapa Tuhan tak bagi kita kawal masa? ADRIAN Kenapa? FAIRA AFIQAH Sebab kalau kita boleh memutar balikkan waktu, kita takkan pernah belajar daripada kesilapan. Duit tak boleh beli segalanya dan itu adalah hakikat yang kita semua kena terima. ADRIAN Habis kau nak suruh kita hidup miskin sampai mati? FAIRA AFIQAH Hidup memiliki terlalu banyak warna untuk dihitamputihkan Adrian. Kalau aku cakap Mira Filzah lawa, adakah aku maksudkan Anna Jobling tak cantik? ADRIAN Tak. FAIRA AFIQAH Kalau aku cakap nasi kerabu sedap, adakah aku maksudkan nasi lemak tak sedap? ADRIAN Tak. FAIRA AFIQAH


142 Jadi kalau aku cakap duit tak boleh beli segalanya, adakah aku nak maksudkan kita kena miskin sampai bila-bila? ADRIAN diam. FAIRA AFIQAH Sepatutnya, tak, kan? Duit memang tak boleh beli segalanya, tapi tetaplah usaha naik taraf ekonomi keluarga kerana dengan duit ada banyak hal yang akan jadi mudah. Cuma, tak amanah bukan cara, seleweng duit syarikat bukan hal yang tepat untuk kita buat. Berhentilah Ad. Sebelum segalanya terlambat. ADRIAN Kalau aku tak nak berhenti, kau nak buat apa? FAIRA AFIQAH Kau dah pilih apa yang patut kau buat dalam hidup kau. Jadi kalau ada apa-apa jadi nanti, aku tak nak bertanggungjawab. INT. PEJABAT - SIANG ADRIAN melakukan kerjanya seperti biasa. Namun secara tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk dan dua orang pegawai polis masuk ke dalam pejabat. Salah seorang pegawai polis tersebut merupakan AMEENA, teman wanitanya. ADRIAN berhenti melakukan tugas. ADRIAN Ameena? You buat apa kat sini? AMEENA Encik Adrian, anda ditahan kerana disyaki menyeleweng duit syarikat. Kami memiliki waran, dan encik dikehendaki mengikuti kami ke balai. Alif, gari dia. ALIF Baik puan. ALIF melangkah mendekati ADRIAN untuk menggari jejaka tersebut.


143 ADRIAN Apa semua ni? Eh lepaslah! CUT TO: INT. PEJABAT - SIANG AMEENA Thanks bagi aku information selama ni, Iqa. Tangan dihulur kepada FAIRA AFIQAH untuk berjabat tangan FAIRA AFIQAH No problem. Kedua-dua orang berjabat tangan.


144 Kaki Sembang (By Nur Azura Nabila binti Idris, Nor Aina Batrisyia binti Ahmad Naziri, Muhammad Hazim Qusyairi bin Mohd Huzirizal, Nur Amira Nadia binti Mohamad Ezam) TEMPAT KEJADIAN PERTAMA AMIRA Okey semua, saya mahu semua pelajar siapkan semua tugasan ini dalam masa tiga puluh hari, boleh? PELAJAR Boleh! AMIRA Baiklah, kalau begitu kamu semua boleh balik. PELAJAR Terima Kasih madam. TEMPAT KEJADIAN KEDUA HAZIM Okey semua, untuk tugasan kalini, aku nak jadi ketua untuk kumpulan kita, jadi bila aku dah jadi ketua nanti, aku akan pastikan semua tugasan kita siap dan hantar awal, aku akan pastikan kita dapat markah paling tinggi untuk tugasan ni. Jadi semua setuju tak? AINA Kami okey je Hazim. AZURA Setuju. HAZIM Okey, kalau macam tu, kita jumpa di perpustakaan pukul empat petang ni untuk bincang. Boleh ke?


145 AZURA & AINA Boleh TEMPAT KEJADIAN KETIGA AINA Azura, aku rasa kita kena agihkan tugasan la. Okey macam ni, aku buat dua bahagian, kau buat dua bahagian dan Hazim pun buat dua bahagian juga. Okey? AZURA Aku okey je Aina, tapi sekarang ni, untuk teruskan tugasan kita perlukan Hazim. Sekarang ni Hazim mana? AINA Aku pun tak tau. AZURA Aku cuba mesej dia sekejap. AINA Okey aku tunggu. AZURA Aina, dia baca sahaja, tak balas pun mesej aku. AINA Kita nak buat macam mana ni? AZURA Aku pun tak tau. TEMPAT KEJADIAN KEEMPAT


146 HAZIM Haishh, lagi mesej, aku tengah seronok tengok movie pun nak kacau lagi. Berapa banyak mesej Azura hantar ni? Kacau jelaa. Takpelah, aku abaikan jela. TEMPAT KEJADIAN KELIMA HAZIM Hurmm, apa yang sepatutnya aku buat ya? Haishh, dah duduk depan laptop ni kepala tiba-tiba jadi bingung pula! Aku dah pening tak tau nak buat apa dah ni, hurmm takpelah aku malaslah nak siapkan tugasan ni. Aku nak tengok bola dulu la, lagi pun kerja lambat lagi kena hantar. TEMPAT KEJADIAN KEENAM AINA Azura, apa yang kita cuba buat ni? AZURA Itulah, aku pun tak tau apa yang sebenarnya kita tengah buat ni, Hazim ni masih tak sampai-sampai lagi. Kalau macam ni bila nak siap kerja kita? AINA Hazim mana ya? Takpelah, aku cuba telefon dia kejap. Hurmm, Azura, dia tak angkat panggilan lagi laa. AZURA Aduhai, macam mana ni, kita nak hantar tugasan ni, tapi tak siap-siap lagi. AINA Haishh, Hazim ni memang kaki sembang laa. AZURA Haa, memang pun TEMPAT KEJADIAN KETUJUH


147 HAZIM Haishh, serabutnya aku dengan permainan video ni, laptop ni tiba-tiba jadi masalah pula. Eh, ada panggilan masuk. Aduhai, malam-malam jugak Aina ni telefon, aku tengah serabut pun dia masih nak kacau ke? TEMPAT KEJADIAN KETUJUH AZURA Esok adalah tarikh penghantaran tugasan, aku kena mesej Hazim untuk ingatkan dia. Hurmm, dalam telefon aku ni asyik tunjuk dia dalam talian, tapi masih tak balas mesej aku. HAZIM Haishh, Azura ni asyik kacau aku ja, tak habis-habis mesej aku. Eh, esok tarikh penghantaran tugasan? (pertanyaan dalam mesej) AZURA Ya, awak dah siap kan? (pertanyaan dalan mesej) HAZIM Aduh, takpelah saya cuba untuk siapkan juga dalam masa harini. TEMPAT KEJADIAN KELAPAN HAZIM Aduhai, Azura dan Aina dah tidur ke? Aku cuba buat panggilan pun masih tak angkat ni. Hurmm takpelah,aku cuba untuk siapkan malam ini jugak. Aku kena tenangkan diri dulu dan siapkan sendiri. Esok pagi aku dah boleh hantar tugasan kat pensyarah. HAZIM tidak tahu untuk menyiapkan tugasan itu, dia berniat ingin berjaga tengah malam untuk menyiapkan tugasan tetapi…Kring, kring, kring! Telefon HAZIM berbunyi, HAZIM yang baru terjaga dari tidur melihat jam di telefonnya sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dia terlewat untuk pergi ke kelas. Dia berlari ke bilik air untuk menyiapkan diri dalam keadaan kelam-kabut. HAZIM membasuh mukanya dan keluar daripada bilik air dengan tergesa-gesa.


Click to View FlipBook Version