The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

keseluruhan kertas projek hairie

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguhairie86, 2018-02-13 00:34:58

Tesis Master

keseluruhan kertas projek hairie

DEDIKASI
Kunukilkan kajian ini untuk tatapan

para pencinta bahasa
para ilmuan

para murabbi bahasa
para pengkaji ilmu bahasa

para penuntut bahasa
kuabadabdikan pahala kajian ini buat

ayahanda dan bonda tercinta
para murabbiku

agar pahala yang sedikit ini
memberikan kandil cahaya abadi buat selama-lamanya

kuapresiasikan kajian ini buat
anak-anak didikku yang tersayang
agar kalian membesar dengan ilmu yang sarat
supaya dirimu kenal pada Sang Makrifat.

ii

PENGHARGAAN

Segala puja dan puji kehadrat pangkuan Allah S.W.T serta selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw kaum keluarga
baginda dan para sahabat-sahabat baginda kerana dengan limpah
kurniaNya dapatlah saya menyiapkan kertas projek yang diberi nama
Keberkesanan Pengunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Karangan Jenis
Perbincangan Menengah Atas ini dengan sempurnanya

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada
Dr Hj Shamsudin Bin Othman, penyelia kertas projek ini yang telah
banyak membantu dan memberi bimbingan yang amat bernilai kepada
saya sepanjang proses penyiapan kertas projek ini. Pada kesempatan ini
saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih untuk
ayahanda tercinta Hj. Abdullah Bin Adam dan bonda tercinta Hjh. Jamilah
Binti Omar serta adik-beradik yang sentiasa memberikan sokongan dan
dorongan yang tidak terhingga.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menyumbangkan data-data yang berguna serta menjadi
responden terutamanya anak-anak 4 Prinsip Perakaunan 2014 dan 5
Prinsip Perakaunan 2015 yang telah membantu bagi menjayakan kajian
ini secara sukarela. Sekalung apresiasi saya utuskan buat anak-anak
Hadrah Nurul Mustafa SMK Air Molek yang yang tercinta yang sentiasa
tidak putus-putus mendoakan kecemerlangan saya sepanjang berhempas
pulas menuntut ilmu dan mengajar.

Akhir sekali saya berdoa kepada Allah S.W.T mudah-mudahan kertas
projek ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam
memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya
dalam bidang penulisan.

MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH
Master Pendidikan
Fakluti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor

ABSTRAK

iii

Abstrak kertas projek penyelidikan yang dikemukakan kepada Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi
sebagaian daripada syarat-syarat daripada syarat-syarat keperluan Ijazah

Sarjana

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KARANGAN JENIS PERBINCANGAN
MENENGAH ATAS

Oleh
Mohd Hairie Bin Abdullah

Penyelia : Dr. Hj. Shamsudin Bin Othman
Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan

UPM Serdang

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan dua kaedah pengajaran iaitu
kaedah pengajaran yang menggunakan Peta Pemikiran I-Think sebagai
bahan rangsangan dan kaedah tradisional terhadap prestasi penulisan
karangan jenis perbincangan dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat
Prinsip Perakaunan di SMK Air Molek, Melaka. Kajian ini juga
membandingkan prestasi penulisan karangan dalam kalangan pelajar
yang berpencapaian sederhana dan berpencapaian rendah. Aspek yang
dikaji oleh pengkaji ialah dari segi prestasi penulisan karangan pelajar,
aspek isi dan aspek teknik penyampaian penulisan karangan. Seramai 30
orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Prinsip
Perakaunan telah dipilih untuk mewakili setiap kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen. Data yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca
Cakna I-Think dan kemudiannya dianalisis menggunakan program The
Statistical Package for Social Science (SPSS version 20.0). statistik yang
digunakan untuk menguji hipotesis ialah ujian-t sampel bersandar, ujian-t
sampel tak bersandar.

iv

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KARANGAN JENIS PERBINCANGAN
MENENGAH ATAS

Oleh
Mohd Hairie Bin Abdullah

2015

Penyelia : Dr. Hj. Shamsudin Bin Othman
Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan

UPM Serdang

ABSTRACT

This study aimed to compare the two methods of teaching that is teaching
methods that use I- Think Thinking Maps as a stimulus and traditional
methods on the performance of essay writing types talks among four
students from SMK Air Molek , Melaka . This study also compared the
performance of essay writing among students with average and low
achievers . Aspects of essay writing in terms of performance , the contents
and presentation of essay writing techniques . A total of 30 respondents
from form 4 Accounting Principles to represent each of the control group
and the experimental group. Data collected through pre- and post- test
and then analyzed using the program Statistical Package for Social
Science ( SPSS version 20.0 ) . The statistic used to test the hypothesis is
independent sample t-test , t-test of independent samples .

PENGAKUAN

v

Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah
dijelaskan sumbernya.
-------------------------------------------
(MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH)
GS 37392
TARIKH :

vi

PENGESAHAN PENYELIA
Saya mengesahkan telah memeriksa kertas projek yang bertajuk
“Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Karangan Jenis Perbincangan Peringkat Menengah Atas”
oleh Mohd Hairie Bin Abdullah. Saya memperakukan bahawa kertas
projek ini diterima sebagai mematuhi sebahagian syarat memperoleh
Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu.

Nama dan pengesahan penyelia utama:

---------------------------------------------
(Dr. Hj. Shamsudin Bin Othman)
Penyelia / Pensyarah
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia

Tarikh : ________________________

vii

KANDUNGAN Halaman

DEDIKASI i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
PENGAKUAN v
PENGESAHAN PENYELIA vi
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi

I. PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 8
1.3 Penyataan Masalah 14
1.4 Objektif Penyelidikan 14
1.5 Hipotesis Kajian 16
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.6.1 Murid 18
1.6.2 Pedagogi Guru 19
1.6.3 Perlaksanaan Kurikulum 19
1.6.4 I-Think 23
1.7 Batasan Kajian 23
1.8 Definisi Konstitutif dan Operasional 23
1.8.1 Prestasi Penulisan Karangan 25
1.8.2 Peta Pemikiran I-Think 26
1.8.3 Teori Konstruktivisme 27
1.8.3.1 Dalam Pembelajaran Murid 29
1.8.3.2 Dalam Pedagogi Guru 31
1.9 Kerangka Konsep Kajian 33
1.10 Kerangka Teori
36
II. SOROTAN LITERATUR 36
2.1 Pendahuluan 37
2.2 Sorotan Literatur 41
2.2.1 Peta Pemikiran I-Think 42
2.2.2 Prestasi Karangan
2.2.3 Pedagogi Guru viii

III. METODOLOGI 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Reka bentuk dan Kaedah Penyelidikan (Metodologi) 47
3.3 Populasi dan Persampelan 49
3.4 Alat Kajian (Instrumentasi) 49
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat 50
3.6 Prosedur Kajian 50
3.6.1 Ujian Pra 51
3.6.2 Selepas Ujian Pra 53
3.6.3 Pasca Ujian 53
3.6.4 Jadual Prosedur Kajian 55
3.7 Analisis Data
56
IV. DAPATAN KAJIAN 57
4.1 Pengenalan 63
4.2 Analisis Kajian 67
4.3 Rumusan
4.4 Kesimpulan 68
68
V. RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 79
5.3 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Peta Pemikiran 81
I-Think dalam Pengajaran Penulisan Karangan 81
5.3.1 Cadangan Kepada Pentadbiran Sekolah 83
5.3.2 Cadangan Kepada Sikap Guru
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan 86
5.5 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

ix

LAMPIRAN
A. Senarai Nama Responden Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan
B. Contoh Karangan Kumpulan Kawalan
C. Skema Jawapan
D. Skema Pemarkahan
E. Skema Penandaan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM
F. Rancangan Pengajaran Kumpulan Kawalan
G. Rancangan Pengajaran Kumpulan Eksperimen
H. Skor Markat Responden Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan

Eksperimen Pra Ujian
I. Skor Markat Rseponden Kumpulan Kawalan Pasca Ujian
J. Skor Markat Responden Kumpulan Eksperimen Pasca Ujian
K. Surat Kebenaran KPM Untuk Menjalankan Penyelidikan
L. Surat Kebenaran JPNM untuk Menjalankan Penyelidikan
M. Contoh Jawapan Responden (Cemerlang)
N. Contoh Jawapan Responden (Sederhana)
O. Contoh Jawapan Responden (Lemah)

x

SENARAI JADUAL

Rajah 1 : Peta Pemikiran Buih (menerang)
Rajah 2 : Peta Pemikiran Alir (membuat urutan / menyusun)
Rajah 3 : Kerangka Teori
Rajah 4 : Peta Buih dalam Ujian Cakna I-Think
Rajah 5 : Peta Alir dalam Ujian Cakna I-Think

Jadual 3.1 Sampel Kajian
Jadual 3. 6.4 Jadual Prosedur Kajian
Jadual 4. 2.1 Pencapaian Skor Min Pra Ujian Antara Kumpulan
Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan
Jadual 4.2.2 Pencapaian Penulisan Skor Min Pasca Ujian Antara
Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan
Jadual 4.1.3 Penguasaan Aspek Isi Penulisan Pra dan Pasca Ujian
Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.2.4 Penguasaan Aspek Teknik Penulisan Pra dan Pasca
Ujian Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.2.5 Pencapaian Penguasaan Aspek Isi Pasca Ujian Antara
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Jadual 4.2.6 Pencapaian Penguasaan Aspek Teknik Penulisan
Pra dan Pasca Ujian Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan

xi

SENARAI SINGKATAN

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
LEA - Language Experience Approach
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
I-Think - Innovative Thinking
SPSS - Statistical Package for Social Science
IPG - Institut Pendidikan Guru

xii

KANDUNGAN

BAB 1 ............................................................................................................................ 1
PENDAHULUAN ........................................................................................................ 1
1. 1 Pengenalan...................................................................................................... 1
1. 2 Latar Belakang Kajian ...................................................................................... 1
1. 4 Objektif Penyelidikan ..................................................................................... 13
1. 5 Hipotesis Kajian ............................................................................................. 14
1. 6 Kepentingan Penyelidikan.............................................................................. 15
1. 7 Batasan Kajian............................................................................................... 21
1. 8. 1 Prestasi Penulisan Karangan ..................................................................... 22
1. 8. 2 Peta Pemikiran I-Think.......................................................................... 23
1. 8. 3 Teori Konstruktivisme................................................................................. 25
1. 9 Kerangka Konsep Kajian................................................................................ 29
1. 10 Kerangka Teori ............................................................................................ 32

BAB 2 ...................................................................................................................... xxxiv

xiii

SOROTAN LITERATUR....................................................................................... xxxiv

2. 1 Pendahuluan ........................................................................................ xxxiv

2. 2 Sorotan Literatur ........................................................................................ xxxiv

2. 2. 1 Peta Pemikiran I-Think............................................................................ xxxv

2. 2. 2 Prestasi Karangan ................................................................................. xxxix

2. 2. 3 Pedagogi Guru.............................................................................................xl

BAB 3 ......................................................................................................................... xliii

METODOLOGI........................................................................................................ xliii

3.1 Pengenalan ................................................................................................ xliii

Bab ini membincangkan tentang reka bentuk dan kaedah yang telah digunakan
termasuk pembinaan instrumen dan penganalisisan data dalam mengkaji
keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan
pembelejaran karangan jenis perbincangan menengah atas. Bab ini juga akan
membincangkan secara terperinci reka bentuk kajian, alat kajian yang digunakan,
teknik pensampelan, kajian rintis dan cara-cara data dianalisis bagi mencapai
objektif. Dalam bab ini juga, pengkaji akan menerangkan akan tatacara atau prosedur
serta kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini dalam bab ini ............. xliii

xiv

3. 2 Reka bentuk dan Kaedah Penyelidikan (Metodologi) .................................... xliii
3. 3 Populasi dan Persampelan ............................................................................ xlv
3. 4 Alat Kajian (Instrumentasi) ............................................................................ xlvi
3. 5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian...................................... xlvii
3. 6 Prosedur Kajian ...........................................................................................xlviii
3. 6. 1 Pra ujian...................................................................................................xlviii
3. 6. 2 Selepas Ujian Pra (Pengajaran dan Pembelajaran) .................................. xlix
3. 6. 3 Pasca ujian ...................................................................................................li
3. 6. 4 Jadual Prosedur Kajian .................................................................................li
3. 7 Analisis Data ................................................................................................... liii
BAB 4 ........................................................................................................................... liii
DAPATAN KAJIAN.................................................................................................... liii
4. 1 Pengenalan..................................................................................................... liii
4.2 Analisis Kajian ................................................................................................. liv

xv

4. 3 Rumusan ........................................................................................................ lxi

BAB 5 .......................................................................................................................... lxv

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN .................................................................... lxv

5. 1 Pengenalan.................................................................................................... lxv

5. 2 Perbincangan Hasil Kajian ............................................................................. lxv

5. 2. 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian penulisan
karangan perbincangan dalam skor min pra ujian antara kumpulan eksperimen
berbanding kumpulan kawalan. .......................................................................... lxvii

5. 2. 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian penulisan
karangan perbincangan dalam skor min pasca ujian antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan ................................................................................................................ kawalan. lxviii

5. 2. 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan menggunakan peta
pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen. .... lxix

5. 2. 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan menggunakan peta
pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen. .... lxxi

xvi

5. 2. 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan dalam skor min pasca
ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. ............................... lxxii
5 .2. 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan dalam skor min pra
dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. ........................ lxxiv
5. 3 Cadagan Meningkatkan Penggunaan Peta I-Think dalam Pengajaran
Penulisan Karangan........................................................................................... lxxvi
5. 3. 1 Cadangan Kepada Pentadbiran Sekolah ................................................ lxxvi
5. 3. 2 Cadangan Kepada Sikap Guru ..............................................................lxxviii
5. 4 Cadangan Kajian Lanjutan .........................................................................lxxviii
5. 5 Kesimpulan .................................................................................................. lxxx
Bibliografi .................................................................................................................lxxxiii

xvii

BAB 1

PENDAHULUAN

1. 1 Pengenalan

Bab ini mengandungi penerangan tentang latar belakang kajian,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian dari segi teori, metodologi dan praktikal, skop kajian, batasan
kajian dan definisi istilah dalam kajian ini.

1. 2 Latar Belakang Kajian

Kerajaan dalam semua Rancangan Malaysia, Pelan Pendidikan
Negara, PIPP dan yang terbaharu ialah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 masih kuat
mempertahankan bahawa Malaysia tidak akan mencapai tahap
Negara maju jika persoalan asas tentang pendidikan tidak diberi
keutamaan. Maka dalam hampir semua peruntukan bajet negara
sejak 10 tahun lalu adalah besar mengatasi keperluan sosial lain.
Perkara yang menarik menerusi PPPM ialah penekanan kepada
enam aspek indikator yang sesuai sebagai memantapkan sistem
sedia ada. Salah satu unsur atau indikator tersebut ialah

1

meningkatkan kemahiran berfikir. Sistem pendidikan kembali
percaya bahawa kemahiran berfikir perlu dikuasai dengan betul
dan kemprehensif jika kita ingin muncul menjadi negara maju yang
berkualiti tinggi seperti di Finland, Korea, Jepun dan sebagainya.
Satu elemen yang penting dalam melaksanakan pengajaran yang
berkesan untuk tujuan di atas ialah melalui penggunaan
pengurusan grafik sebagai alat berfikir yang telah terbukti berkesan
dilaksanakan kepada sekolah-sekolah yang berprestasi rendah di
Negara-negara maju seperti United Kingdom, Kanada dan Amerika
Syarikat. Didapati bahawa amalan pengajaran guru dalam
penggunaan pengurusan grafik seperti peta minda masih di tahap
rendah di Malaysia dan ini tidak menggalakkan murid untuk lebih
kreatif dan kritis (Ab. Fatah Hasan;1994).

Kemahiran menulis merupakan hasil pembentukan simbol-simbol
tulisan dalam bahasa. Kemahiran menulis juga dikatakan suatu
seni kerana seseorang penulis itu telah berjaya mengetahui dan
memahami selok belok penulisan karangan yang perlu dilalauinya.
Walau bagaimanapun, kemahairan ini merupakan suatu kemahiran
yang masih boleh diajar, dipupuk dan dilatih untuk melahirakan
seseorang penulis yang berbakat. Kemahiran ini merupakan
kemahiran yang dikuasai selepas seseorang itu menguasai
kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana
kemahiran menulis merupakan kemahiran menyusun perkataan

2

atau ayat bagi membina unsur bahasa yang bermakna dan tepat.
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2012: 156), menyatakan bahawa
sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan,
menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea-idea kepada
pembaca. Menurut Sulaiman Masri (2007: 1) pula, penulisan
karangan dianggap aktiviti komunikatif antara penulis dengan
pembaca. Menurut pandangan Sulaiman Masri (2006: 106),
mengarang juga melibatkan proses menyusun, mencatat dan
mengkomunikasi makna, bersifat interaktif dan untuk mencapai
matlamat tertentu dengan menggunakan sistem tulisan
konvensional yang dapat dibaca. Oleh itu, pengkaji mendapati
bahawa kemahiran menulis merupakan satu proses untuk
menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis
mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang
lain iaitu mendengar, bertutur serta membaca. Oleh itu, pengajaran
kemahiran menulis perlulah dirancang dengan teliti melalui gabung
jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan
idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Dengan yang demikian,
langkah pertama yang perlu dilalui oleh seseorang penulis adalah
dengan memahami proses mengarang itu sendiri.

Bagi keperluan sekolah, khususnya berdasarkan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), kemahiran menulis

3

meliputi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa di dalam bilik
darjah. Kemahiran menulis juga merupakan merupakan kemahiran
yang dinilai dalam sistem penilaian dan pentaksiran di sekolah-
sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Kemahiran ini diuji
sejak peringkat sekolah rendah (UPSR), peringkat menengah
rendah (PMR), peringkat menengah atas (SPM dan STPM) dan
peringkat pengajian tinggi seperti penulisan ilmiah. Menurut
Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana
hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan
murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang
memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid
yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering
menghadapi masalah untuk menjawab soalan.

Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk
menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun
jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan menyakinkan.
Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat
penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan
kemahiran. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan
penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab
itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya
secara sistematik. Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata
kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan

4

pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh
murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran
menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik
dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.

Menurut Raminah Hj. Sabran (1985: 200), menyatakan pula
bahawa karangan merupakan penglahiran perasaan dan fikiran
secara menulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam
jumlah perkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan oleh guru.
Oleh yang demikian, kemahiran ini amat penting bagi melatih para
pelajar menggunakan medium penulisan untuk melahirkan buah
fikiran dalam bentuk penulisan.

Bagi melahirkan pelajar yang cekap menggunakan kemahiran
menulis, guru-guru perlulah menekankan beberapa aspek bahasa
bagi mengembangkan bakat menulis dalam kalangan pelajar
seperti mempelbagaikan kosa kata, menyuburkan minat berkarya,
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, meluaskan
pengetahuan bahasa semasa dan mempelbagaikan frasa menarik
dalam penulisan. Karangan membolehkan calon menyusun
pemikirannya dan menyampaikannya mengikut caranya yang
tersendiri, ringkasnya karangan memberi kebebasan supaya lebih
kreatif dan berimaginasi dalam penyampaian buah fikirannya.
Secara tidak langsung, pengkaji mendapati bahawa, kemahiran

5

menulis merupakan kemahiran mengarang yang melibatkan
kognitif dan linguistik bagi menghasilkan buah fikiran mereka dalam
bentuk wacana.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pendekataan
pengajaran menulis yang boleh digunakan untuk merangsang
pemikiran murid-murid bagi menjana idea dan membina rangka
karangan sebelum membina sebuah karangan yang lengkap dan
menarik. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah
pendekatan LEA (Language Experience Approach) iaitu
pendekatan pengalaman bahasa yang memberi penekanan kepada
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid ketika
membaca. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2012: 166), murid-murid
akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh
penulis dalam tulisannya sekirannya mereka mempunyai
pengalaman membaca. Selain itu, kaedah dapatan juga
merupakan kaedah yang boleh diguna pakai untuk murid-murid
mencari idea-idea karangan yang bernas dan relevan. Menurut
Abdul Rahim Bin Abdul Rashid (1992: 91), menyatakan bahawa
kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid agar menjadi
produktif.

Setelah murid-murid menjalani kaedah dapatan, guru-guru perlulah
menggunakan kaedah perbincangan dapatan atau pembelajaran

6

koperatif bagi melatih murid-murid menyatakan pendapat mereka
hasil daripada dapatan kajian atau pembacaan mereka. Menurut
Abdul Rahim Bin Abdul Rashid (1992: 88) lagi, guru perlu
memastikan murid-murid terlibat secara aktif dalam aktiviti
sumbang saran ini dan guru-guru perlulah memberi ruang dan
peluang kepada murid-murid untuk menyatakan pandangan dan
pendapat mereka. Secara tidak langsung, guru-guru mengamalkan
gaya pembelajaran moden iaitu pengajaran berpusatkan murid dan
tidak lagi mengamalkan gaya pembelajaran berpusatkan guru
semata-mata.

Sehubungan itu, bagi memastikan murid-murid menguasai
kemahiran menulis, alat berfikir seperti peta pemikiran atau I-Think
digunakan untuk membantu murid-murid mengemukakan idea
secara tersusun dan terancang sebelum membina sebuah
karangan yang mantap. Alat berfikir yang berkesan ini dapat
merangsang pemikiran pelajar secara kreatif, kritis dan inovatif. Hal
ini demikian kerana melalui alat berfikir ini juga, murid-murid
berpeluang mengemukakan idea secara bebas, kreatif dan kritis
tentang sesuatu isi yang akan dibincangkan. Penggunaan alat
berfikir ini memberi peluang kepada setiap murid-murid di dalam
bilik darjah untuk menyumbangkan idea secara bergilir-gilir dan
guru-guru perlulah memastikan murid-murid bergiat aktif semasa
pendekatan dapatan dan perbincangan dilaksanakan. Semua idea

7

yang dikemukakan mestilah diterima untuk memperoleh idea
sebanyak yang boleh.

1. 3 Pernyataan Masalah
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam kertas Bahasa
Melayu, aspek penulisan diuji dalam Bahasa Melayu Kertas 1.
Dalam Kertas 1 ini, murid-murid diuji dengan pelbagai jenis
penulisan karangan seperti jenis karangan pendapat, argumentatif,
artikel, dan cerpen. Kelemahan murid-murid dalam menguasai
aspek penulisan seperti kegagalan menguasai tema karangan, idea
karangan yang tidak relevan, huraian karangan yang tidak matang,
penggunaan bahasa yang tidak gramatis dan kemampuan
mengolah karangan dengan cemerlang menyebabkan murid-murid
tidak mendapat keputusan yang baik dalam Kertas 1 Bahasa
Melayu SPM. Pencapaian murid-murid dalam kertas Bahasa
Melayu SPM tidak memberangsangkan. Hal ini demikian kerana
pengkaji berpendapat bahawa murid-murid tidak menguasai
kemahiran menjana idea karangan serta tidak menguasai
kemahiran menyusun struktur idea-idea penulisan. Pendapat
pengkaji turut disokong dengan ulasan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) berkaitan kupasan jawapan calon dalam menjawab
karangan bahagian B (2010) mendapati bahawa calon juga boleh
mengemukakan sekurang-kurangnya tiga idea tetapi huraian idea

8

calon kurang jelas atau calon memberikan contoh-contoh yang
kurang tepat. Calon juga tidak menunjukkan kematangan fikiran
ketika menghuraikan isi karangan. Selain itu, penguasaan bahasa
calon berada pada peringkat masih gramatis.

Kemerosotan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu telah mengundang kebimbangan banyak pihak (Zulkifley:
2005). Antara komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
ialah penulisan karangan. Kekurangan kemahiran dalam menulis
karangan akan menyebabkan pencapaian akademik Bahasa
Melayu mereka juga rendah. Penguasaan kemahiran menulis
karangan tidak hanya bergantung kepada sikap dan bakat
seseorang murid (Nor Hashimah et al.: 2010) tetapi juga aspek
keberkesanan proses P&P penulisan karangan itu sendiri (Ahmad
Khair: 2005; Yahya: 2005). Kajian Nor Hashimah (2010) mendapati
persepsi dan sikap remaja terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah sukar 32.4% berpendapat kandungan mata
pelajaran Bahasa Melayu adalah terlalu luas dan sukar untuk
dipelajari terutamanya penulisan karangan.

Menurut Awang Sariyan (2007: 4), menyatakan bahawa sebilangan
pelajar tidak tahu mengarang secara sistematik, karangan hanya
merupakan longgokan fakta yang tidak tersusun dan tidak diolah

9

sewajarnya sehingga sifat karangan sebagai satu binaan atau
bentuk tidak kelihatan lantas menyebabkan perenggan yang dibuat
atas dasar telah mencapai jumlah tetentu. Menurut beliau lagi,
antara kelemahan murid-murid dalam pembinaan karangan ialah
fakta tidak dikembangkan atau jika dikembangkan, tidak berurutan
dan tidak logis. Hal ini karangan yang dihasilkan tanpa rangka
sebaliknya berdasarkan apa-apa sahaja yang teringat oleh calon
yang berkenaan.

Kelemahan ketara ialah murid tidak memahami dan mahir dengan
pemilihan kata, penguasaan tatabahasa dan tidak menguasai
perkara atau topik yang ingin ditulis. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak dapat menjana idea atau isi serta menyusun dan
mengolah idea tersebut menjadi sebuah penulisan atau karangan
yang bermakna. Kelemahan inilah yang menjadi punca kepada
murid-murid gagal untuk memperoleh gred yang baik dalam
peperiksaan (Abd Aziz: 2000).

Kelemahan ini juga mungkin ada hubung kait dengan proses
pembelajaran dan pengajaran kemahiran menulis itu sendiri. Hal
ini kerana murid sepatutnya telah didedahkan dengan proses
menulis karangan bermula dengan mengenal pasti idea utama,
merangka karangan, menghurai idea utama dan idea sampingan

10

serta huraian contoh. Di samping itu, murid juga didedahkan
dengan teknik menjawab sejak berada di tingkatan satu lagi.
Persoalannya kenapakah isu ini masih berlarutan? Kualiti penulisan
murid masih pada tahap yang kurang memberangsangkan.
Seandainya masalah tersebut berpunca daripada kegagalan
disebabkan strategi pengajaran yang lemah, maka guru perlu
merancang dan memilih strategi yang benar-benar bersesuaian
yang dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran murid
dalam menulis karangan. Keberkesanan dalam menyampaikan
pengajaran penulisan karangan boleh ditingkatkan seandainya
guru sendiri memahami dan mengambil kira sikap murid terhadap
pelajaran, bakat murid serta proses atau pendekatan pengajaran
yang digunakan. Justeru, guru yang mempraktikan pendekatan
yang sesuai dan digandingkan bersama dengan bahan bantu
mengajar yang secocok mampu menghasilkan pembelajaran yang
berkesan (Abdul Rashid at el.: 2012).

Dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah,
didapati guru-guru kurang mahir dalam teknik penyoalan di
dalam kelas. Guru lebih banyak menggunakan kaedah
pengajaran secara tradisional, iaitu bersyarah untuk memberi
maklumat. Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar
telah menyebabkan kurangnya penglibatan pelajar dalam mengikuti

11

proses pembelajaran dan pengajaran guru Bahasa Melayu (Zamri
Mahmod dan Nor Razah Lim: 2011).

Pedagogi guru-guru yang hanya sentiasa memberi fokus kepada
peperiksaan telah menyebabkan guru-guru menggunakan format
peperiksaan semasa menjalankan aktiviti ataupun semasa
menyediakan latihan. Menurut (Seman Salleh: 2005), fokus
pengajaran guru kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru
terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang
terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk berinteraksi
dengan murid. Hal ini menyebabkan kaedah pengajaran yang
berfokus kepada peperiksaan memberi implikasi kepada suasana
pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan, misalnya
aktiviti tidak banyak dijalankan, latihan berdasarkan format
peperiksaan, penglibatan dalam pembelajaran murid terbatas,
murid yang lemah tidak menerima hasil pembelajaran. Lantas ini
senario akan menyebabkan pembelajaran dan pengajaran bahasa
Melayu khususnya pembelajaran dan pengajaran karangan
kelihatan hambar dan membosankan para pelajar.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut, keperluan kepada
kepelbagaian strategi pengajaran yang bersesuaian adalah perlu.
Guru perlu mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan juga alat

12

berfikir yang berkesan bagi membantu dan mengatasi masalah ini
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) penulisan karangan
bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Salah satu strategi yang dapat
digunakan bagi mengatasi masalah tersebut ialah dengan
menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif serta
menggunakan alat berfikir iaitu peta pemikiran.
1. 4 Objektif Penyelidikan

Objektif umum kajian ini adalah untuk membandingkan
keberkesanan penggunaan teknik peta pemikiran dengan
penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional dalam penulisan karangan jenis perbincangan
menengah atas (SPM).

1. Mengenal pasti penggunaan teknik peta pemikiran I-Think
berbanding penggunaan teknik tradisional dalam penulisan
karangan jenis perbincangan menengah atas.

2. Mengenal pasti penggunaan peta pemikiran I-Think dalam
membantu pelajar dalam penguasaan aspek isi penulisan
karangan perbincangan

3. Mengenal pasti penggunaan peta pemikiran I-Think dalam
membantu pelajar dalam penguasaan aspek teknik
penulisan karangan perbincangan

13

1. 5 Hipotesis Kajian

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan
peta pemikiran I Think dengan penggunaan teknik pengajaran
tradisional dalam pembelajaran dan pengajaran karangan jenis
perbincangan bahasa Melayu Kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kertas 1.

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian penulisan karangan perbincangan dalam skor min pra
ujian antara kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian penulisan karangan perbincangan dalam skor min
pasca ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan
perbincangan menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min
pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen.

Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan
perbincangan menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min
pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen.

14

Ho 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan
perbincangan dalam skor min pasca ujian antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan
perbincangan dalam skor min pra dan pasca ujian kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan.

1. 6 Kepentingan Penyelidikan

Kajian terhadap penggunaan peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan kajian yang banyak
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain sebelum ini. Walau
bagaimanapun, kajian ini berlainan daripada kajian-kajian yang
lepas kerana pengkaji menggunakan alat berfikir yang baharu iaitu
peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
penulisan karangan bahasa Melayu di sekolah menengah. Peta
pemikiran I-Think merupakan alat berfikir yang terkini yang lebih
tersusun kaedah pengunaannya mengikut jenis proses pemikiran.
Alat berfikir ini dikatakan sesuai digunakan bagi mengantikan alat
berfikir peta minda kerana susunan idea lebih teratur dan

15

terancang. Oleh itu, pengkaji cuba membandingbezakan
penggunaan kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah
pengajaran peta pemikiran bagi membantu murid-murid membina
sebuah karangan yang mantap, jelas dan teratur.

1. 6. 1 Kepentingan Kepada Murid
Karangan merupakan suatu pembelajaran bahasa yang sukar dan
membosankan para pelajar. Hal ini demikian kerana dalam
pembelajaran karangan, para pelajar memerlukan daya kreatifivi
yang tinggi dalam menjana idea, menyusun idea dan mengolah
idea. Dalam apek pengolahan karangan pula, para pelajar perlu
menggunakan elemen bahasa seperti pemilihan kata, ayat dan
tatabahasa yang berkesan supaya olahan karangan yang
dihasilkan dalam bentuk karangan mudah difahami oleh orang lain.
Oleh hal yang demikian, kajian ini juga dapat membantu para
pelajar dalam mencari idea, mengembangkan idea karangan yang
ditulis serta menstukturkan idea karangan yang diperolehi agar
dapat menghasilkan sebuah karangan yang tersusun isinya, stuktur
teknik penulisan yang mantap dan penghasilan idea yang tidak
bertindih. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat digunakan
sebagai panduan kepada para pelajar dalam proses pembelajaran
(P&P) karangan dalam membina rangka karangan yang lebih

16

bersistematik dan berstuktur sebelum menghasilkan sesebuah
karangan selain menjadikan pembelajaran karangan lebih menarik
dan menyeronokan.

1. 6. 2 Kepentingan Terhadap Pedagogi Guru
Selain itu, kajian yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat
membantu pedagogi guru-guru Bahasa Melayu dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran karangan
di dalam bilik darjah. Kepelbagiaan kaedah pengajaran karangan
dalam kalangan guru-guru bahasa dan ditambahkan pula dengan
menggunakan alat peta pemikiran I-Think dalam pengajaran
karangan dapat menarik minat para pelajar untuk mendekati
pengajaran karangan. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu
para pengkaji seterusnya dalam membuat penyelidikan yang lebih
mendalam dan terperinci berkaitan dengan kaedah mengajar
menulis karangan dengan menggunakan kaedah peta pemikiran I
Think dalam karangan jenis perbincangan peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).

1. 6. 3 Kepentingan Terhadap Perlaksanaan Kurikulum

17

Seterusnya diharapkan agar kajian yang dijalankan ini menjadi
garis panduan kepada pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata
Pelajaran Bahasa (GKMP) dan Ketua Panitia Bahasa dalam
menjadikankan kajian ini sebagai input baharu untuk
disebarluaskan kepada guru-guru bahasa bagi setiap sekolah
masing-masing agar proses pengajaran dan pembelajaran
karangan di dalam bilik darjah ke arah pembelajaran yang
berorentasikan kepada pelajar dan bukan lagi pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan kepada guru yang lebih terdedah
kepada teknik bersyarah dan menyampaikan maklumat sahaja.
Secara tidak langsung kajian ini akan melahirkan pelajar yang
berdaya fikir dan berupaya merungkai idea karangan sendiri tanpa
bergantung kepada pengajaran guru semata-mata.

1. 6. 4 Kepentingan Peta Pemikiran I-Think
Peta Pemikiran I-Think adalah satu teknik mengrafik yang sungguh
berkuasa serta mampu membekalkan kunci universal bagi
membuka potensi pemikiran seseorang. Peta Pemikiran I-Think
mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan konteks
yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna,
kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, peta ini juga
memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak

18

yang tiada batasannya. Peta minda boleh diaplikasikan dalam
semua aspek kehidupan dan mampu meningkatkan pembelajaran
dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan
perkembangan diri. Kepentingan peta pemikiran I-Think dalam
penulisan karangan adalah seperti:

a) Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta ini mampu menguruskannya
dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.
Peta Pemikiran I-Think boleh digunakan untuk membuat nota
bagi sebarang sumber yang diperoleh daripada bahan bacaan
seperti buku, bahan yang didengar seperti di dalam kuliah,
syarahan, taklimat, mesyuarat, temu bual dan perbualan
telefon. Maklumat-maklumat awal untuk mendapatkan idea
sebelum menulis karangan boleh dicatatkan di dalam peta
pemikiran I-Think.

b) Ingat Kembali
Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, Peta
Pemikiran I-Think membenarkan idea yang lintas pada fikiran
dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang
dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta Pemikiran
I-Think berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas
kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara

19

yang telah diulang kaji. Oleh hal yang demikian, pelajar boleh
menggunakan peta ini untuk menyusun sebanyak mungkin
idea-idea karangan yang diperolehi melalui pelbagai demensi
soalan karangan.

c) Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya, Peta Pemikiran I-Think
membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan
membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Dengan
peta pemikiran I-Think, idea pelajar tidak terikat dan pelajar
bebas mencetuskan pelbagai idea.

d) Penyelesaian Masalah
Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama
ada dalam bidang profesional atau peribadi Peta Pemikiran I-
Think membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan
hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, juga membantu
individu mendapatkan gambaran keseluruhan karangan dengan
pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi
dan kepentingannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa peta
pemikiran I-Think mempunyai pelbagai fungsi dan peranannya
dalam membantu pelajar menyelesaikan masalahnya.

20

e) Pembentangan
Peta Pemikiran I-Think membantu seseorang menyediakan
topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
Peta Pemikiran I-Think bukan sahaja membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata dan bersistematik malah
memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam
pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta Pemikiran
I-Think sangat membantu dalam membuat persembahan seperti
merumuskan hasil perbincangan dan sumbangsaran dalam
kumpulan perbincangan.

f) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta Pemikiran I-Think berupaya menggabungkan dan
mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa
belajar.

1. 7 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada murid-murid
Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan (4PP) Sekolah Menengah
Kebangsaan Air Molek, Melaka iaitu seramai 30 orang murid.
Murid-murid yang terlibat tetap berada di dalam bilik darjah dan

21

terdapat beberapa persamaan ciri, iaitu umur, aliran kursus dan
pencapaian Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan kluster dalam
kajian ini. Kajian ini hanya dapat membentangkan penggunaan alat
berfikir peta pemikiran I-Think dengan kaedah pengajaran
tradisional dalam penulisan karangan murid-murid Tingkatan 4
Prinsip Perakaunan. Pengkaji memilih penggunaan alat berfikir
peta pemikiran I-Think seperti peta buih dan peta alir sahaja dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan.

1. 8 Definisi Operasional

1. 8. 1 Prestasi Penulisan Karangan

Prestasi penulisan karangan merujuk kepada tahap pencapaian
atas penguasaan murid-murid daalam penulisan karangan dari segi
jumlah isi yang dikemukakan, pengembangan fakta dan huraian
yang matang dan berkesan, kematangan pengolahan, serta
penguasaan penggunaan bahasa dan ungkapan menarik. Dalam
kajian ini, pengkaji akan menilai prestasi ujian murid-murid yang
diperolehi dalam ujian penulisan karangan bahasa Melayu secara
keseluruhan dalam ujian pra dan pasca.

22

Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), peta
pemikiran merupakan salah satu alat berfikir yang digunakan untuk
membantu guru-guru dan murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bersifat kreatif dan kritis. Peta pemikiran
yang digunakan dapat menghasilkan pemikiran seseorang menjadi
lebih tersusun, luas dan jelas. Menurut Shukri Zain (2007: 156),
peta minda merupakan suatu lakaran yang mempunyai tajuk dan
tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea
penting beserta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraian.
Merurut Awang Sariyan (2007: 79), pula menyatakan bahawa peta
minda dapat meransang pemikiran dan kreativiti penulis.

8. 2 Peta Pemikiran I-Think

Peta Pemikiran atau I-Think (Innovative Thinking) merupakan alat
berfikir yang baru dilaksanakan di sekolah-sekolah. Alat berfikir ini
merupakan alat yang digunakan untuk merangsang pemikiran
murid-murid ke arah Kemahiran Berfikir Atas Tinggi (KBAT) dan
selari dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Peta pemikiran ini pada
asalnya hanya diguna pakai dalam mata pelajaran Sains tetapi
pengkaji cuba menggunakan peta pemikiran ini dalam mata

23

pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam kemahiran penulisan
karangan murid-murid sekolah menengah. Peta pemikiran ini
berbeza dengan peta minda atau pengurusan grafik yang lain
kerana peta pemikiran ini mengandungi 8 proses pemikiran kognitif
asas manakala pengurusan grafik pengunaannya adalah amat
terhad tahap keupayaannya. 8 proses pemikiran kognitif yang
dimaksudkan pengkaji iaitu mendefinisi, menerang, membanding
beza, membuat urutan atau menyusun, sebab dan akibat,
menganalogi, hubungan seluruh-bahagian, dan membuat
pengelasan/ pengkategorian. Peta visual bagi setiap proses
pemikiran adalah seperti berikut :

Rajah 1 : Peta Pemikiran Buih (Menerang)

24

Rajah 2 : Peta Pemikiran Alir (membuat urutan / menyusun)

1. 8. 3 Teori Konstruktivisme

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh
individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif
sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid
akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan
sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam
mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan
gurunya.

Menurut McBrien & Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa teori konstruktivisme ini
menekankan aspek membina ilmu pengetahuan dan bukan hanya
bergantung kepada orang lain semata-mata.

25

1. 8. 3. 1 Teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran Murid
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (2004: 307), teknik pembelajaran
koperatif merupakan teknik pembelajaran koloborasi iaitu murid-
murid bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang telah distrukturkan oleh guru-guru. Dalam
kumpulan-kumpulan kecil, mereka boleh berkongsi kekuatan dan
juga membina serta membaiki kemahiran-kemahiran mereka yang
lemah. Teknik pembelajaran ini merupakan teknik pembelajaran
yang berpusatkan murid bagi mengantikan teknik pembelajaran
konvensional yang berpusatkan guru. Maka, teknik ini
menggalakkan murid-murid meneroka serta mencari maklumat
yang diminta oleh guru seterusnya membentangkan hasil dapatan
daripada perbincangan dalam kumpulan-kumpulan mereka. Teknik
ini dapat memperkembangkan interpersonal murid-murid kerana
mereka dilatih untuk membina keyakinan mereka untuk berbincang
bagi mendapatkan buah fikiran yang baik serta membentangkan
hasil dapatan kepada kumpulan-kumpulan yang lain. Oleh yang
demikian, pengkaji menggunakan teknik pembelajaran ini untuk
digunakan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan di dalam bilik darjah.

26

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan
dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,
mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan
membuat kesimpulan.

Kesimpulannya, dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid
membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini
menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran.

8. 3. 2 Konstruktivisme dalam Pedagogi Guru

Pembelajaran yang dilakukan apabila beberapa individu yang
mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam
satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan
menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang
diarah oleh guru. Kumpulan pembelajaran ini dikenali sebagai COL
iaitu satu kaedah di mana pelajar duduk dalam kumpulan kecil
untuk melengkapkan sesuatu tugasan yang diberi. Guru akan

27

mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan
dijalankan.

Menurut Brooks & Brooks (1999), teori konstruktivisme menyatakan
bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis
pengalaman baru kepada sesuatu yang telah fahami oleh mereka
sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu
dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi sesuat
yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang mereka
telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka
agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Dalam pengajaran menggunakan kontruktivisme ini, guru-guru
perlulah menggalakkan murid-murid menerangkan idea mereka di
samping guru-guru perlulah menghargai pandangan dan idea
mereka. Dalam teori ini juga, guru-guru perlulah memberikan ruang
kepada murid-murid dengan menggalakkan murid-murid membuat
tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
meneroka dan membuat hipotesis. Daripada dapatan dan kajian
yang dilakukan oleh murid-murid, guru-guru wajarlah
menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain

28

melalui pembentang kerja berkumpulan. Secara tidak langsung,
guru-guru telah menggalakkan pembelajaran koperatif dalam
menjalankan tugasan tertentu dalam kalangan murid-murid di
dalam bilik darjah.

1. 9 Kerangka Konseptual Kajian

Peta pemikiran atau I-Think merupakan alat berfikir terbaharu yang
mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 2012. Kaedah ini menyahut seruan kerajaan agar murid-
murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang telah
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025. Peta Pemikiran I-Think merupakan
kaedah yang yang menggabungkan proses pembelajaran secara
kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk
grafik. Peta Pemikiran I-Think ini mengandungi 8 jenis dan
mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu bagi setiap jenis. Antara
peta pemikiran yang terkandung dalam I-Think ialah Peta Bulatan
(Mendefinisikan mengikut konteks), Peta Buih (Menerangkan
kualiti), Peta Buih Berganda (Membanding beza), Peta Pokok
(Membuat pengelasan), Peta Dakap (Hubungan bahagian-seluruh),
Peta Alir (Urutan), Peta Pelbagai Alir (Sebab dan Akibat) dan Peta
Titi (Analogi hubungan yang sama, mencari faktor penghubung).

29

Alat berfikir ini sangat baik bagi membantu murid-murid dalam
aspek penulisan esei (karangan) secara berstruktur, bersistematik
dan berfokus. Peta Pemikiran ini bukan sahaja dapat membantu
merancang perkara yang hendak ditulis bahkan merupakan alat
berfikir yang berguna untuk menjana idea dan merancang
pembinaan penulisan karangan kerana murid dapat menyemak
menggunakan peta pemikiran yang berbeza-beza mengikut jenis
format karangan. Seperti mana yang diperbincangkan seperti di
atas, terdapat 8 Peta Pemikiran I-Think. Walau bagaimanapun,
dalam kajian ini hanya dua Peta Pemikiran I-Think yang digunakan
oleh pengkaji iaitu Peta Pemikiran Buih untuk digunakan untuk
menyusun dan menerangkan fakta-fakta karangan serta Peta
Pemikiran Alir untuk digunakan menyusunkan idea yang diperoleh
mengikut susunan yang betul.

Untuk melihat keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think
dalam pengajaran dan pembelajaran karangan jenis perbincangan
di dalam kelas 4 Prinsip Perakaunan, SMK Air Molek, Melaka
pengkaji menggunakan teori konstruktivisme sebagai sandaran
kajian. Dalam konteks pembelajaran, teori yang diasaskan oleh Lev
Vygotsky ini telah merubah corak pengajaran dan pembelajaran,
iaitu daripada pedagogi yang berpusatkan guru kepada gaya
pengajaran yang berpusatkan murid. Hal ini kerana teori
konstruktivisme melihat proses pembelajaran sebagai suatu proses

30

yang aktif dan bersifat sosiobudaya (Yahya et al.: 2009). Mengikut
teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling
pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaru yang berkaitan (Mok Song Sang: 2001). Hal ini selaras
dengan pandangan Snyder (2009) terhadap teori konstruktivisme
yang mengatakan bahawa dengan menggabungkan informasi baru
dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman, murid dapat
mengkonstruk pembelajaran mereka sendiri. Di samping itu,
menurut Ragbir Kaur (2005), antara ciri pembelajaran secara
konstruktivisme ini adalah menggalakkan murid bertanya dan
terdapat perbincangan intelektual antara para pelajar dengan guru.
Kini, teori konstruktivisme dilihat sebagai salah satu teori yang
mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia pendidikan
khususnya melibatkan peranan pelajar secara total di dalam bilik
darjah. Hal ini kerana salah satu aspek penting yang dapat
dikembangkan melalui pendekatan teori ini ialah murid aktif dalam
mencari ilmu pengetahuan. Menurut Subadrah dan Malar (2005),
melalui proses tersebut, para pelajar dapat meningkatkan
pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

31

1. 10 Kerangka Teori

Oleh hal yang demikian, dalam kajian ini, gabungan teori
konstruktivisme dan peta pemikiran I-Think dipilih untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran karangan perbincangan. Hal
ini disokong oleh Harkirat et al. (2010), yang mengatakan secara
umumnya, gabungan peta pemikiran dan teori moden
konstruktivisme dalam pembelajaran adalah sesuai. Hal ini kerana
pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan
terhadap penglibatan aktif para pelajar yang memanfaatkan
struktur pengetahuan sedia ada dan mengkonstruk pengetahuan
baru yang diperoleh dengan mengabungjalinkan antara keduanya
dalam ingatan mereka. Selain itu juga, pembelajaran menerusi teori
konstruktivisme menggalakkan murid belajar secara koperatif dan
kolaboratif yang dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
penulisan karangan perbincangan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

TEORI
KONSTRUKTIVISME

STRATEGI KUMPULAN KUMPULAN STRATEGI
PENGAJARAN KAWALAN EKSPERIMEN PENGAJARAN
KONVENSIONAL MENGGUNAKAN

PENCAPAIAN PENULISAN KARANGAN PERBINCANGAN MURID I-THINK

32

Rajah 3 : Kerangka Teori
Berdasarkan Rajah 3, kumpulan eksperimen diajarkan
bersandarkan kepada teori konstruktivisme dengan menerapkan
strategi pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think dalam
P&P karangan perbincangan manakala dalam P&P karangan
perbincangan bagi kumpulan kawalan pula didedahkan dengan
penggunaan strategi pengajaran konvensional. Kedua-dua strategi
pengajaran ini digunakan bagi menilai pencapaian penulisan
karangan jenis perbincangan bagi kedua-dua kumpulan.

33

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2. 1 Pendahuluan

Dalam bab ini, perbincangan adalah difokuskan kepada kerangka teori
konstruktivisme dan kajian lampau yang mendasari serta menyokong
kajian ini. Menurut Celine (2000), sesuatu kajian itu perlu disokong
dengan teori dan konsep yang mendasarinya supaya kajian tersebut
dapat difahami dengan lebih mudah, lebih teguh dan lebih bermakna.

2. 2 Sorotan Literatur

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan,
kajian mengenai kaedah dan teknik pengajaran penulisan karangan dan
penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian-
kajian lepas yang berhubung dengan penggunaan peta minda. Kajian ini
juga akan menyentuh teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran dan kerangka konseptual kajian yang dijadikan landasan
untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda terhadap prestasi

xxxiv


Click to View FlipBook Version