The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

keseluruhan kertas projek hairie

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguhairie86, 2018-02-13 00:34:58

Tesis Master

keseluruhan kertas projek hairie

penulisan karangan bahasa Melayu keseluruhan dan penyampaian isi
karangan dalam kaiangan pelajar.

2. 2. 1 Peta Pemikiran I-Think

Mengikut peta pemikiran memudahkan pelajar memahami konsep,
menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Pelajar dapat
menjalankan aktiviti secara kolaboratif dan berkongsi maklumat. Di
samping itu, pelajar dapat membina pengetahuan sendiri berdasarkan
pengalaman yang dilalui dan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga
dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan mendapat
peluang kesamarataan untuk mencapai kejayaan (Hyerle dan Yeager:
2007).

Berdasarkan kajian yang dijalan oleh Laura (2011), peta pemikiran telah
berjaya meningkatkan keupayaan pelajar untuk membanding beza
sebanyak 69%. Beliau juga menyatakan bahawa peta pemikiran telah
dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan
pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Morgan-Janes (2009) mendapati
bahawa peta pemikiran merupakan alat yang sangat berguna untuk
meningkatkan pencapaian pelajar.

xxxv

Menurut Hyerle (2000), peta pemikiran dapat mengubah persepsi dan
harapan guru. Beliau mendapati bahawa peta pemikiran menjadi alat yang
dapat menghubungkan jurang budaya antara guru dan murid. Setiap peta
pemikiran dapat meningkatkan kemahiran kognitif setiap pelajar, iaitu
mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan
menyusun maklumat, menyusun, banding beza, sebab dan akibat,
menganalisa dan membuat keputusan. Melalui peta pemikiran, guru dan
pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Akhirnya, pelajar akan
memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh Zohar (2004),
penggunaan peta pemikiran telah berjaya meningkatkan pelaksanaan
aktiviti bagi KBAT. Beliau menyatakan bahawa pelajar mempunyai akses
yang konsisten terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan cara ini,
pelajar akan dapat berkongsi pemikiran dalam bentuk visual.

Peta pemikiran I-Think dapat membantu para pelajar menjana idea dan
menghubungkan idea-idea yang dijana supaya menjadi satu karangan
yang baik dan mantap. Peta pemikiran juga mendorong murid nampak
dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana
idea yang ingin disampaikan. Hal ini demikian kerana, peta pemikiran
merupakan alat yang sangat baik bagi membantu para pelajar menulis
esei (karangan) secara berstruktur dan berfokus. Peta pemikiran I-Think

xxxvi

bukan sahaja dapat membantu merancang perkara yang hendak ditulis,
akan tetapi merupakan alat pemikiran yang berguna apabila menulis
karangan kerana murid dapat menyemak menggunakan peta pemikiran.
Dalam hal ini, Yahya (2005) menyatakan bahawa teknik penggunaan peta
minda merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran bahasa
seperti pengajaran karangan. Hal ini menurut beliau kerana penggunaan
peta pemikiran oleh guru adalah bagi melatih murid merangka isi
karangan supaya menunjukkan perkaitan idea dan membantu
menghasilkan penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian, dalam
usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan para pelajar di
sekolah menengah, penerapan penggunaan peta pemikiran dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu adalah suatu yang
perlu dan sangat relevan dengan arus pendidikan kini. Di samping itu,
penggunaan peta dapat membantu para pelajar menguasai teknik
pembinaan karangan jenis perbincangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Kertas 1 Bahasa Melayu.

Menurut Adenan Ayob (2010) pula, penggunaan teknik peta minda
interaktif memberikan ruang kepada pelajar menerima maklum balas
pelajaran. Menurut Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman (2012),
menyatakan bahawa pendedahan guru terhadap peta minda secara
interaktif memberikan dimensi baru kepada pengajaran karangan, iaitu
dengan meletakkan elemen-elemen multimedia dalam P&P. Pendedahan

xxxvii

ini adalah perlu bukan sahaja bagi menjamin aspek meningkatkan
kemahiran menulis karangan murid, akan tetapi juga mampu
meningkatkan tahap profesionalisme para guru itu sendiri. Walau
bagaimanapun, dalam konteks kurikulum, penerapan jenis-jenis karangan
yang bervariasi adalah perlu bagi memperkayakan pengetahuan murid.

Novak dan Gowin (1984) telah membuktikan bahawa pembelajaran
bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui strategi kognitif
pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep. Usaha
beliau di Universiti Cornell untuk mengkaji strategi pembelajaran dan
pengajaran ini didapati boleh meningkatkan tahap pemprosesan
maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru. Kejayaan penggunaan
peta konsep sebagai satu strategi kognitif telah membuktikan pelajar
meningkatkan kebolehan prasyarat pemikiran ke tahap yang lebih baik
berbanding keadaan sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini.

Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan
satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari
bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk
kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau
bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran
intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi
berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi

xxxviii

masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami
kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan
rakan sebaya atau guru.

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan ke atas penggunaan peta minda
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan karangan
dalam kalangan murid-murid. Walau bagaimanapun, kajian terhadap
pengunaan alat berfikir peta pemikiran atau I-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan bahasa Melayu belum pernah dikaji kerana alat
befikir ini masih baharu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji akan membandingkan
keberkesanan penggunaan peta pemikiran dengan penggunaan kaedah
pengajaran tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan bagi murid-murid Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan SMK Air
Molek.

2. 2. 2 Prestasi Karangan

Selain itu, kajian ini juga melihat kepada pencapaian murid-murid dalam
penulisan karangan itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Che Zanariah Che
Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011) menyatakan bahawa
pencapaian murid-murid dalam pembinaan karangan adalah masih

xxxix

kurang memuaskan disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kelemahan
murid sendiri, sikap negatif murid yang kurang berminat terhadap
pelajaran, kelemahan strategi pengajaran guru, kesilapan memilih tajuk,
kekurangan isi, pembahagian perenggan, tidak merangka karangan,
pengulangan isi, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak
mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal pasti format dan
penggunaan bahasa dialek.

2. 2. 3 Pedagogi Guru

Selain itu, gaya pengajaran guru atau pedagogi pengajaran karangan
guru juga menjadi salah satu faktor kegagalan murid menguasai
kemahiran menulis. Menurut Haris Fadzilah Kassim (2002), cara dan
gaya guru mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi
pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi
keperluan peperiksaan. Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan
oleh guru dan pengajaran proses mengarang diabaikan. Pengajaran
guru kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik dan strategi
menulis karangan dalam kelas menyebabkan para murid kurang bersedia
untuk menulis. Pernyataan kelemahan pengajaran guru dinyatakan oleh
Roselan Baki (2001) dalam Roselan Baki (2003) iaitu kebanyakan guru
pada umumnya masih kurang jelas tentang kandungan ilmu penulisan

xl

dan mereka menerapkan pengalaman yang dialami ketika mempelajari
penulisan di sekolah dahulu sebagai asas mengajarkan penulisan kepada
murid-murid. Menurut Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd.
Rahman (2011), kebanyakan guru juga tidak mahir mengajar kemahiran
menulis sebagaimana yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Masih
ramai guru yang mengajar kemahiran menulis mengikut kemahiran
lama.

Menurut Marohaini Yusoff (2014: 2018), guru hanya membekalkan pelajar
dengan input isi dan kurang memberikan input procedural. Dengan kata
lain, tumpuan pengajaran guru adalah pada “apa” atau hasil mengarang
dan bukan pada “bagaimana” atau proses mengarang. Secara tidak
langsung bentuk pengajaran guru yang bertumpukan isi semata-mata,
tidak selaras dengan tujuan pengajaran karangan kerana berdasarkan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSM, 1987), iaitu bertujuan untuk
membolehkan pelajar menulis pelbagai jenis karangan tentang ilmu
pengetahuan dan kegiatan harian dengan berkesan.

Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pula, guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan
penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam proses
pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mestilah
sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan

xli

kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran.
Pembelajaran koperatif merupakan satu cara berkesan yang
membolehkan seseorang pelajar menggunakan strategi kognitif yang
sesuai untuk memberi motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat
terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata
pelajaran menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan
menggunakan pengalaman yang sedia ada. Sistem pembelajaran yang
berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin,
1985). Selain itu, pembelajaran koperatif juga membolehkan pelajar
meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan
masalah.

xlii

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang reka bentuk dan kaedah yang telah
digunakan termasuk pembinaan instrumen dan penganalisisan data
dalam mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam
pengajaran dan pembelejaran karangan jenis perbincangan menengah
atas. Bab ini juga akan membincangkan secara terperinci reka bentuk
kajian, alat kajian yang digunakan, teknik pensampelan, kajian rintis dan
cara-cara data dianalisis bagi mencapai objektif. Dalam bab ini juga,
pengkaji akan menerangkan akan tatacara atau prosedur serta kaedah
yang digunakan dalam menjalankan kajian ini dalam bab ini.

3. 2 Reka bentuk dan Kaedah Penyelidikan (Metodologi)

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada
fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data.
Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian
dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian
statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk

xliii

menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh
ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk
memberikan penerangan dan penjelasan tentang keberkesanan peta
pemikiran I-Think dalam membantu para pelajar mengarang karangan
jenis perbincangan dan digunakan peratus dan min daripada skor yang
diperoleh melalui pra ujian dan pasca ujian yang dijalankan ke atas
sampel kajian. Oleh yang demikian, pendekatan kuantitatif merupakan
reka bentuk yang mendasari kajian ini. Pengkaji menggunakan satu set
soalan yang sama dalam mentadbir soalan tersebut di dalam bilik darjah
setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran melalui pra ujian dan
pasca ujian yang dijalankan ke atas responden. Responden yang
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen secara pemilihan rawak.

Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kuasi
eksperimen berdasarkan reka bentuk kumpulan kawalan tidak serupa
(Mohd. Majid 1990). Kaedah ini sesuai digunakan untuk menguji
perbandingan kesan dalam pelbagai situasi, sementara teknik eksperimen
sepenuhnya tidak dapat dilakukan (Neuman, 1991). Chua (2006) pula
menjelaskan bahawa reka bentuk eksperimental benar merupakan reka
bentuk perbandingan antara kumpulan-kumpulan yang paling baik.
Melalui pengagihan secara rawak dalam kedua-dua kumpulan, ia
dikatakan seimbang dan mempunyai ciri-ciri yang sama.

xliv

Dengan cara ini, pengkaji yakin bahawa kesan atau perubahan pada
kumpulan rawatan pada akhir kajian hanyalah disebabkan oleh rawatan
yang diberikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Dalam kajian
ini, hanya rawatan yang mempengaruhi perubahan pada variabel
bersandar, tiada faktor lain yang terlibat dalam perubahan variabel
bersandar.

3. 3 Populasi dan Persampelan

Sebelum memulakan kajian, pengkaji melakukan proses pemilihan
sampel kajian dan pengutan data dijalankan, pengkaji terlebih dahulu
mengenal pasti populasi dan sampel kajian. Menurut Noraini (2010),
populasi ialah kumpulan yag menarik perhatian penyelidik dan yang
membolehkan penyelidik membuat generalisasi melalui dapatannya.
Populasi penyelidikan merangkumi saiz kecil dan besar dan mempunyai
satu ciri atau beberapa ciri yang membezakannya daripada populasi lain,
yakni populasi ialah semua individu yang mempunyai ciri yang khusus
atau beberapa ciri khusus.

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) pula, populasi merupakan
semua ahli dalam kelompok iaitu keseluruhan subjek yang dikaji. Oleh itu,
bagi menggambarkan gambaran sebenar populasi dikaji, perwakilan yang

xlv

menyeluruh diperlukan dalam kajian ini sebagai sampel. Manakala sampel
pula adalah sebahagian daripada populasi yang diambil sebagai
responden dalam sesuatu kajian.

Dalam kajian ini, populasi kajian ialah pelajar tingkatan. Sampel kajian
terdiri daripada 30 orang pelajar 4 Prinsip Perakaunan di SMK Air Molek,
Melaka seperti dalam Jadual 1. Oleh sebab kajian ini berbentuk kuasi
eksperimen, maka hanya sampel yang berada dalam kelas sedia ada
yang dilibatkan. Hal ini kerana reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan
kawalan tidak serupa tidak menggunakan persampelan rawak dalam
memilih subjek ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
(Mohd. Majid 1990).

Sampel Frekuensi, f
Kumpulan Kawalan 15
Kumpulan Eksperimen 15
Jumlah 30

Jadual 3.1 : Sampel Kajian

3. 4 Alat Kajian (Instrumentasi)

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soalan dalam Sijil Pelajaran
Malaysia 2014. Pengkaji telah menggunakan soalan nombor 2 yang

xlvi

terdapat dalam soalan SPM Bahasa Melayu kertas 1, Bahagian B iaitu
“Huraikan peranan keluarga dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh remaja. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada
350 patah perkataan (SPM : 2014).

Soalan untuk menjalankan kajian ini telah mendapat pengesahan
daripada penyelia pengkaji sendiri. Alat kajian yang digunakan dalam
kajian ini terdiri daripada ujian dan ditadbir kepada kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan ujian pasca selepas selesai
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

3. 5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Menurut Chua (2011), kesahan didefinisikan sebagai nilai korelasi di
antara pengukuran dan nilai sebebar sesuatu pemboleh ubah. Jika
pengukuran yang dibuat tepat pada nilai sebenar sesuatu pemboleh ubah,
niali korelasinya adalah tinggi dan penyelidikan tersebut mempunyai
kesahan yang tinggi. Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan pula
merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang
serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Pengkaji akan
menggunakan pra ujian dan pasca ujian ujian korelasi Pearson.

xlvii

3. 6 Prosedur Kajian

Kajian ini memerlukan satu gerak kerja yang teratur dan terpimpin.
Beberapa langkah perlu diikuti dan dipatuhi terlebih dahulu bagi
memastikan perlaksanaan kajian berjalan lancar. Selepas melakukan
pemilihan murid, pengkaji membahagikan pelajar kepada dua kumpulan
(mengikut kelas) iaitu kumpulan eksperimen (diajarkan menggunakan
peta pemikiran) dan kumpulan kawalan (diajarkan tanpa menggunakan
peta pemikiran). Ujian ini dinamakan ujian Cakna I-Think

3. 6. 1 Pra ujian

Pada peringkat awal kajian, pengkaji membahagikan pelajar yang
terdapat di dalam kelas yang memiliki kesamaan ciri seperti umur, tahap
pencapaian PMR dan berada di dalam aras kelas yang sama kepada dua
kumpulan secara rawak. Kumpulan yang pertama dikategorikan sebagai
kumpulan eksperimen dan kumpulan yang kedua dikategorikan sebagai
kumpulan kawalan. Setelah selesai pembahagian kumpulan, pengkaji
memberikan kedua-dua kumpulan pra ujian, iaitu selama satu jam untuk
menilai tahap pencapaian awal penulisan karangan mereka. Keputusan
pra ujian diambil dan direkodkan oleh pengkaji.

xlviii

3. 6. 2 Selepas Ujian Pra (Pengajaran dan Pembelajaran)

Selepas melaksanakan pra ujian, kedua-dua kumpulan diajarkan
karangan jenis perbincangan iaitu kumpulan eksperimen diajar dengan
menggunakan peta pemikiran I-Think manakala kumpulan kawalan
diajarkan secara pengajaran konvensional.

Bagi kumpulan eksperimen, pengkaji menggunakan kaedah pengajaran
menggunakan peta pemikiran I-Think Peta Buih dan Peta Alir. Peta Buih
digunakan untuk menstrukturkan idea agar idea yang dijana lebih
tersusun dan bersistematik. Bagi menjana idea, pengkaji menggunakan
teknik DiKeMaSiN bagi menjana idea, teknik 1 Hari 5 Waktu untuk
menghuraikan idea dan teknik ICHUP (Idea, Contoh, Huraian, Ungkapan
Menarik, Penegasan) bagi menyusun idea yang dijana dalam bentuk
pemerengganan karangan yang lebih sempurna.

ibu bapa datuk /
nenek

Pexrlaixnan mak /
Keluarga bapa
saudara

adik
beradik

sepupu

Rajah 4 : Peta Buih dalam Ujian Cakna I-Think

Setelah selesai membina peta pemikiran I-Think (Peta Buih), pengkaji
mengajar cara-cara untuk menyusunkan idea ke dalam peta alir. Peta ini
digunakan untuk menyusun idea dan isi yang telah tersusun di dalam peta
buih agar mengikut keutamaan idea.

Rajah 5 : Peta Alir dalam Ujian Cakna I-Think
l

3. 6. 3 Pasca ujian

Setelah melalui beberapa sesi pengajaran (sebanyak enam kali), kedua-
dua kumpulan diberikan pasca ujian (satu jam). Ujian disemak dan
diperiksa serta seterusnya pengkaji membuat laporan penyelidikan.

3. 6. 4 Jadual Prosedur Kajian

Minggu Tarikh Prosedur Kerja

1) Pembahagian kumpulan kawalan dan eksperimen
pada 2 Februari 2015.

1 2 – 6 2) Pengkaji mentadbir Ujian Pra selama satu jam pada
Feb 2 Februari 2015.
2015 3) Ujian Pra dilakukan untuk melihat prestasi
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
sebelum sesi rawatan dilakukan.
4) Mengutip dan mencatatkan data ujian pra pada 4
Februari 2015.
5) Kumpulan kawalan diajar teknik konvensional iaitu
kaedah salin contoh karangan manakala kumpulan
eksperimen diajar teknik I-Think (peta buih dan peta
alir).
6) Kedua-dua kumpulan diajar pada kuantiti masa
yang sama iaitu 2 jam bagi setiap hari pada 5 dan
6 Februari 2015

1) Setelah kedua-dua kumpulan telah diberikan

2 9 – 13 rawatan, kedua-dua kumpulan diberikan ujian pasca

Feb kali pertama pada 9 Februari 2015.
2) Ujian Pasca ini diberikan nama Ujian Cakna I-Think

li

2015 dan masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam

sahaja.

3) Pemberatan markah kepada aspek isi dan teknik

penulisan karangan.

4) Pengkaji mencatatkan rekod prestasi pasca ujian

kali pertama pada 11 Februari 2015.

5) Kumpulan kawalan diajar teknik konvensional iaitu

kaedah salin contoh karangan manakala kumpulan

eksperimen diajar teknik I-Think (peta buih dan

peta alir) dan beberapa teknik penulisan seperti 1

Hari 5 Waktu, IHCUP dan DiKeMaSin untuk sesi ke

dua.

6) Kedua-dua kumpulan diajar pada kuantiti masa

yang sama iaitu 2 jam bagi setiap hari pada 12 dan

13 Februari 2015.

1) Setelah kedua-dua kumpulan telah diberikan

rawatan kali kedua pada minggu lepas, kedua-dua

3 16 – kumpulan diberikan ujian pasca kali kedua pada 16

20 Feb Februari 2015.

2015 2) Ujian Cakna I-Think ini ditadbir selama 1 jam
sahaja.

3) Pengkaji mencatatkan rekod prestasi pasca ujian

kali kedua pada 11 Februari 2015.

4) Kumpulan kawalan diajar sekali lagi dengan teknik

konvensional iaitu kaedah salin contoh karangan

manakala kumpulan eksperimen diajar teknik I-

Think (peta buih dan peta alir) untuk sesi ke ketiga.

5) Kedua-dua kumpulan diajar pada kuantiti masa

yang sama iaitu 2 jam bagi setiap hari pada 12 dan

13 Februari 2015.

1) Setelah kedua-dua kumpulan telah diberikan

rawatan kali ketiga pada minggu lepas, kedua-dua

4 23- 27 kumpulan diberikan ujian pasca kali ketiga pada 23

Feb Februari 2015.
2015 2) Ujian Cakna I-Think ini ditadbir selama 1 jam
sahaja.

3) Pengkaji mencatatkan rekod prestasi pasca ujian

kali ketiga pada 25 Februari 2015.

4) Pengkaji menganalisis data keberkesanan

pengunaan peta pemikiran I-Think dalam teknik

penulisan karangan yang telah dilakukan dalam

ujian cakna I-Think.

Jadual 3.6.4 : Prosedur Kajian
lii

3. 7 Analisis Data
Ujian-ujian disemak dan diteliti berdasarkan markah yang dicapai murid
daripada kedua-dua kumpulan dalam menghasilkan karangan jenis
perbincangan. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan
program SPSS versi 20. Dua jenis analisis yang digunakan untuk
menganalisis data iaitu ujian-t (signifikan pada aras 0.50)

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4. 1 Pengenalan
Bab ini melaporkan dan menjelaskan maklumat berkaitan dapatan kajian
terhadap ujian pra dan ujian pasca ke atas responden seramai 30 orang
murid 4 Prinsip Perakaunan, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek,

liii

Melaka. Paparan dapatan terbahagi kepada laporan keputusan analisis
deksriptif dan inferensi yang diperoleh daripada hasil penganalisisan data
secara sistematik. Dalam kajian ini, statistik deskriptif memberi gambaran
data dalam ukuran kecenderungan memusat (min dan mod), ukuran
serakan (varians dan sisihan piawai) dan peratus. Statistik inferensi pula
adalah ujian terhadap inferens tentang data dalam kajian ini serta
mengaitan dapatan kepada sampel kajian.

4. 2 Analisis Kajian

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pra ujian antara
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

Jadual 4. 2.1 : Pencapaian Skor Min Pra Ujian Antara
Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan

Kumpulan Min N SP df t p

Kumpulan 6.200 15 .775 28 .439 .962
Eksperimen

Kumpulan 6.070 15 .884
Kawalan

liv

Jadual 4. 2.1 dengan menggunakan ujian t menunjukkan skor min pra
ujian antara kumpulan eksperimen iaitu 6.200 berbanding kumpulan
kawalan iaitu 6.070. dalam jadual ini menunjukkan bahawa singnifikan
terhadap pencapaian penulisan karangan perbincangan dalam skor min
pra ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan ialah .962 >
0.5 . Hal ini menunjukkan bahawa tidak signifikan. Hal ini juga
membuktikan bahawa tahap pemikiran antara kedua-dua kumpulan pada
aras pemikiran yang sama. Secara tidak langsung kajian ini boleh
diteruskan kerana kebolehpercayaan sampel kajian adalah tinggi.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pasca ujian antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Jadual 4. 2. 2 : Pencapaian Penulisan Skor Min Pasca Ujian Antara
Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan

Kumpulan Min N SP df t p
14.930 15 .884
Kumpulan 28 16.471 .000
Eksperimen 8.930 15 1.100
Kumpulan
Kawalan

Jadual 4.2.2 menunjukkan pencapaian penulisan skor min pasca ujian
antara kumpulan eksperimen iaitu 14.930 manakala kumpulan kawalan
iaitu 8.930. Dalam jadual ini juga menujukkan bahawa terdapat signifikan

lv

terhadap pencapaian penulisan karangan jenis perbincangan antara
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen iaitu .000 < .050. Ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap pencapaian
penulisan kumpulan eksperimen pada pasca ujian. Dalam jadual ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markah keseluruhan
kumpulan eksperimen dalam ujian pasca ini. Kumpulan kawalan juga
terdapat peningkatan dalam ujian pasca juga walaupun tidak
menunjukkan peningkatan yang banyak. Hal ini mempamerkan bahawa
guru mengajar kedua-dua kumpulan dengan sama rata tanpa ada sikap
bias dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun kumpulan
eksperimen menggunakan rawatan yang lebih moden, tersusun dan
bersistematik.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan
menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian
kumpulan eksperimen.

Jadual 4. 2. 3 : Penguasaan Aspek Isi Penulisan Pra dan Pasca Ujian
Kumpulan Eksperimen

Kumpulan Min N SP Df Tp

Kumpulan 3.470 15 .516 14 -24.059 .000
Eksperimen 7.670 15 .617
(Pra) lvi
Kumpulan
Eksperimen

(Pasca)

Jadual 4.2.3 dengan menggunakan ujian t sampel berpasangan,
menunjukkan penguasaan aspek isi penulisan skor min kumpulan
eksperimen ujian pra ialah 3.470 manakala skor min kumpulan eksperimen
pasca ujian ialah 7.670. HaI ini menujukkan perbezaan yang sangat besar.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan dengan
menggunakan peta pemikiran dalam skor min pra dan pasca ujian bagi
kumpulan kawalan terdapat signifikan iaitu .000 > .050. jadual di atas
menunjukkan peningkatan skor min bagi penguasaan aspek isi pada ujian
pra kepada ujian pasca. Peningkatan ini menujukkan bahawa teknik peta
pemikiran I-Think Peta Buih dapat membantu pelajar dalam menyusun
idea secara teratur dan bersistematik.

Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan menggunakan
peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian kumpulan
eksperimen

Jadual 4. 2. 4 : Penguasaan Aspek Teknik Penulisan Pra dan Pasca
Ujian Kumpulan Eksperimen

Kumpulan Min N SP Df tP

Kumpulan 2.730 15 .594 14 -19.179 .000
Eksperimen lvii
(Pra)

Kumpulan 7.270 15 .799
Eksperimen
(Pasca)

Jadual 4.2.4 dengan menggunakan ujian t sampel berpasangan,
menunjukkan penguasaan aspek teknik penulisan skor min kumpulan
eksperimen ujian pra ialah 2.730 manakala skor min kumpulan eksperimen
pasca ujian ialah 7.270. HaI ini menujukkan perbezaan yang sangat besar.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan dengan
menggunakan peta pemikiran dalam skor min pra dan pasca ujian bagi
kumpulan kawalan terdapat signifikan iaitu .000 > .050. Peningkatan ini
berlaku sekali ganda kerana keberkesaan kaedah DiKeMaSiN, 1 Hari 5
Waktu dan ICHUP digunakan. Idea dan huraian yang mantap ini disusun
dengan menggunakan Peta Alir dalam menyusun idea mengikut
keutamaan idea.

Ho 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan dalam skor
min pasca ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Jadual 4. 2. 5 : Pencapaian Penguasaan Aspek Isi Pasca Ujian Antara
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

Kumpulan Min N SP Df TP

Kumpulan 7.670 15 617 28 12.197 .000

Eksperimen

Kumpulan 4.870 15 640

lviii

Kawalan
Jadual 4.2.5 menunjukkan pencapaian penguasaan aspek isi pasca ujian
antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan skor min kumpulan
eksperimen ujian pasca ialah 7.670 manakala skor min kumpulan kawalan
pasca ujian ialah 4.870. HaI ini menujukkan perbezaan yang sangat
besar. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan
dengan menggunakan peta pemikiran dalam skor min pasca ujian bagi
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan terdapat signifikan
iaitu .000 > .050. Walaupun terdapat peningkatan yang ketara pada
kumpulan eksperimen, terdapat juga peningkatan dalam kumpulan
kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah konvensional juga
menunjukkan peningkatan tetapi tidak meningkat sebanyak penggunaan
peta pemikiran dalam pembelajaran karangan.

Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan dalam
skor min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan.

Jadual 4. 2. 6 : Pencapaian Penguasaan Aspek Teknik Penulisan
Pra dan Pasca Ujian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

lix

Kumpulan Min N SP df Tp

Kumpulan 7.270 15 .799 28 12.250 .000
Eksperimen 4.000 15 .655
Kumpulan
Kawalan

Jadual 4..2.6, menunjukkan pencapaian penguasaan aspek teknik
penulisan pra dan pasca ujian bagi kumpulan skor min kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan bagi ujian pra dan pasca. Kumpulan
eksperimen mencatatkan min iaitu 7.270 manakala skor min kumpulan
kawalan ialah 4.000. Hal ini menujukkan perbezaan yang sangat besar.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan dengan
menggunakan peta pemikiran dalam skor min pra dan pasca ujian bagi
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan terdapat signifikan
iaitu .000 > .050. Peningkatan yang mendadak dalam kumpulan
eksperimen menunjukkan pengabungjalinan kaedah pengajaran
penulisan yang baik dan penggunaan peta pemikiran I-Think yang
menarik dan bersistematik amat membantu pelajar dalam memahami
gaya penulisan yang sebenar.

lx

4. 3 Rumusan

Kesimpulannya, keputusan kajian adalah berdasarkan pengujian yang
dilakukan ke atas objektif kajian dan hipotesis kajian mendapati bahawa
markah pra kumpulan kawalan dan markah pasca kumpulan kawalan
berlaku peningkatan sedikit manakala markah pra kumpulan eksperimen
dan markah pasca kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang
tinggi berbanding peningkatan yang berlaku dalam kumpulan kawalan.

Dapatan kajian mendapati bahawa objektif umum kajian ini adalah untuk
membandingkan penggunaan teknik peta pemikiran dengan penggunaan
teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam penulisan
karangan jenis perbincangan menengah atas (SPM) terhasil apabila
kajian dapat menjawab ketiga-tiga objektif kajian iaitu untuk mengenal
pasti penggunaan teknik peta pemikiran I-Think berbanding penggunaan
teknik tradisional dalam penulisan karangan jenis perbincangan
menengah atas. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa teknik peta
pemikiran amat berkesan dalam aspek pembelajaran penulisan karangan.
Selain itu, dapatan kajian ini telah menunjukkan terdapat keberkesanan
peta pemikiran I-Think dalam membantu pelajar dalam penguasaan aspek
isi penulisan karangan perbincangan apabila min kumpulan eksperimen
meningkat semasa ujian pasca dilakukan. Di samping itu juga, dapatan
kajian ini dapat menjawab objektif kajian iaitu melihat kepada

lxi

keberkesanan peta pemikiran I-Think dalam membantu pelajar dalam
penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan apabila peta
pemikiran digabungkan dengan kaedah pembelajaran konstruktivisme.

Berdasarkan hipotesis kajian dalam Bab 1, pengkaji menyenaraikan 6
hipotesis bagi kajian ini dengan menyatakan bahawa tidak terdapat
perbezaan signifikan antara pengajaran tradisional dengan pengajaran
menggunakan peta pemikiran I-Think. Di akhir kajian, pengkaji mendapati
bahawa semua hipotesisnya terdapat signifikan antara kaedah tradisional
dengan kaedah peta pemikiran I-Think. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
hipotesis pertama iaitu Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap pencapaian penulisan karangan perbincangan dalam skor min
pra ujian antara kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan
sebenarnya terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian penulisan
karangan antara kumpulan kawalan dan eksperimen pada pra ujian
dilakukan.

Selain itu, dalam hipotesis kedua kajian iaitu Ho 2: Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian penulisan karangan
perbincangan dalam skor min pasca ujian antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat
signifikan antara pencapaian penulisan karangan jenis perbincangan
antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen pada akhir pasca

lxii

ujian Cakna I-Think. Dalam hipotesis kajian yang ketiga pula, pengkaji
menyatakan bahawa Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap pencapaian bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan
perbincangan menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra
dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan hipotesis kajian yan keempat
iaitu Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan
perbincangan menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra
dan pasca ujian kumpulan eksperimen. Walau bagaimanapun, dapatan
kajian mendapati bahawa terdapat signifikan antara min pra dan pasca
ujian Cakna I-Think apabila terdapat peningkatan yang
memberangsangkan dalam aspek isi dan teknik penulisan dalam analisis
data kajian.

Seterusnya dalam hipotesis awal, pengkaji menyatakan bahawa dalam
hipotesisnya yang kelima dan keenam iaitu Ho 5: Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi penguasaan aspek
isi penulisan karangan perbincangan dalam skor min pasca ujian antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan manakala Ho 6: Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi
penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan dalam skor
min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Kedua-dua hipotesis ini terdapat signifikan antara kumpulan kawalan dan

lxiii

kumpulan eksperimen dalam melihat kepada aspek isi dan teknik
penulisan semasa pra ujian dan selepas ujian pasca Cakna I-Think
dijalankan.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah menjawab penyataan
masalah yang telah dinyatakan oleh pengkaji dalam Bab 1 dengan
menyatakan bahawa kekurangan kemahiran dalam menulis karangan,
aspek keberkesanan proses P&P penulisan karangan itu sendiri, pelajar
tidak tahu mengarang secara sistematik, karangan hanya merupakan
longgokan fakta yang tidak tersusun dan tidak diolah sewajarnya sehingga
sifat karangan sebagai satu binaan atau bentuk tidak kelihatan lantas
menyebabkan perenggan yang dibuat atas dasar telah mencapai jumlah
tertentu.

4. 4 Kesimpulan
Daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa
segala pernyataan masalah, objektif kajian dan hipotesis kajian yang
dinyatakan dalam Bab 1 telah dijawab oleh pengkaji dalam bab ini secara
jelas

lxiv

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5. 1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang reka bentuk dan kaedah yang telah
digunakan termasuk pembinaan soal selidik dan penganalisisan data. Bab
ini juga akan membincangkan secara terperinci reka bentuk kajian, alat
kajian yang digunakan, teknik pensampelan, kajian rintis dan cara-cara
data dianalisis bagi mencapai objektif.

5. 2 Perbincangan Hasil Kajian
Berdasarkan Bab 1, pengkaji telah menggariskan 6 hipotesis kajian dan
hipotesis ini telah terjawab dalam Bab 4, Dapatan Kajian. Antara hipotesis
kajian pengkaji ialah seperti berikut :
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pra ujian antara
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

lxv

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pasca ujian antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan
menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian
kumpulan eksperimen.

Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan
menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca ujian
kumpulan eksperimen.

Ho 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan dalam skor
min pasca ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan dalam
skor min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan.

lxvi

5. 2. 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pra ujian antara
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

Dengan melihat kepada pernyataan masalah dan tujuan kajian yang telah
dinyatakan dalam Bab 1, beberapa perbincangan terperinci bolehlah
dilakukan dengan merujuk kepada keputusan analisis data. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk melihat keberkesaan peta pemikiran I-Think dalam
penulisan Bahasa Melayu menengah atas. Dalam keputusan kajian
berkaitan hipotesis yang pertama ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
signifikan terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen semasa
pra ujian ini dilakukan. keputusan ini menunjukkan bahawa tahap
kebolehan mengarang, dan tahap keputusan Bahasa Melayu PMR
mereka adalah sama. Hal ini juga menunjukkan bahawa pada awal kajian
mendapati bahawa terdapat persamaan antara kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen. Secara tidak langsung tahap kebolehpercayaan
terhadap sampel kajian pengkaji dalam menjalankan kajian terhadap
Keberkesanan Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Penulisan Karangan Jenis Perbincangan Menengah
Atas adalah tinggi.

lxvii

5. 2. 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
penulisan karangan perbincangan dalam skor min pasca ujian antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Dalam dapatan kajian dalam Bab 4 mendapati bahawa terdapat terdapat
signifikan terhadap pencapaian penulisan karangan jenis perbincangan
dalam skor min pada pasca ujian antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah I-Think dan gaya
pengajaran guru yang bercorak konstruktivisme mampu meningkatkan
pencapaian murid manakala kaedah konvensional yang berpusatkan
kepada gaya pengajaran satu hala mencatatkan peningkatan yang sedikit.
Hal ini menujukkan bahawa gaya pengajaran guru amat berpengaruh
dalam kualiti pembelajaran murid ini. Penyataan ini disokong oleh Haris
Fadzilah Kassim (2002), cara dan gaya guru mengajarkan karangan di
dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh
tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan peperiksaan.
Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan oleh guru dan
pengajaran proses mengarang diabaikan. Pernyataan kelemahan
pengajaran guru dinyatakan oleh Roselan Baki (2001) dalam Roselan
Baki (2003) iaitu kebanyakan guru pada umumnya masih kurang jelas
tentang kandungan ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman
yang dialami ketika mempelajari penulisan di sekolah dahulu sebagai
asas mengajarkan penulisan kepada murid-murid dan menurut Che

lxviii

Zanariah Che Hassa dan Fadzilah Abd. Rahman (2011), pula menyatakan
bahawa kebanyakan guru juga tidak mahir mengajar kemahiran menulis
sebagaimana yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Masih ramai
guru yang mengajar kemahiran menulis mengikut kemahiran lama.
Oleh yang demikian teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan
kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah
pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan
konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap
pelajaran.

5. 2. 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan
menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca
ujian kumpulan eksperimen.

Dalam dapatan kajian juag mendapati bahawa terdapat signifikan aspek
isi penulisan karangan perbincangan dengan menggunakan peta
pemikiran I-Think dalam skor pra dan pasca ujian Cakna I-Think bagi
kumpulan eksperimen. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaa
peta pemikiran I-Think dalam membantu para pelajar untuk penguasaan
aspek isi jelas menujukkan keberkesanannya. Hasil dapatan kajian ini
disokong oleh Yahya (2005) dalam Bab 2 dengan menyatakan bahawa

lxix

teknik penggunaan peta minda merupakan salah satu unsur kreatif
dalam pengajaran bahasa seperti pengajaran karangan kerana
penggunaan peta pemikiran oleh guru adalah bagi melatih murid
merangka isi karangan supaya menunjukkan perkaitan idea dan
membantu menghasilkan penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian,
dalam usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan para pelajar
di sekolah menengah, penerapan penggunaan peta pemikiran dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu adalah suatu yang
perlu dan sangat relevan dengan arus pendidikan kini. Di samping itu,
penggunaan peta dapat membantu para pelajar menguasai teknik
pembinaan karangan jenis perbincangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Kertas 1 Bahasa Melayu.

lxx

5. 2. 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan
menggunakan peta pemikiran I-Think dalam skor min pra dan pasca
ujian kumpulan eksperimen.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
dalam skor min pada pra dan pasca ujian Cakna I-Think dalam melihat
keberkesanan peta pemikiran I-Think dalam penguasaan aspek teknik
penulisan dalam kumpulan eksperimen. Pengkaji mendapati bahawa para
pelajar berasa seronok dengan gaya pembelajaran pembelajaran I-Think
kerana dapat berkongsi idea bukan sahaja dengan rakan sebaya bahkan
kepada guru-guru. Secara tidak langsung apabila pembelajaran ini
dilakukan di dalam bilik darjah, maka hubungan antara guru dan murid
dan hubungan antara murid dengan murid menjadi akrab. Hal ini
dijelaskan oleh Hyerle (2000), dalam Bab 2 bahawa peta pemikiran dapat
mengubah persepsi dan harapan guru dan peta pemikiran menjadi alat
yang dapat menghubungkan jurang budaya antara guru dan murid. Hal
ini jelas kelihatan di dalam bilik darjah apabila peta pemikiran yang
digunakan dapat meningkatkan kemahiran kognitif setiap pelajar, iaitu
mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan
menyusun maklumat, menyusun, banding beza, sebab dan akibat,
menganalisa dan membuat keputusan. Melalui peta pemikiran, guru dan

lxxi

pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Akhirnya, pelajar akan
memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi.

Apabila para pelajar dirangsang kognitifnya melalui perbincangan dan
perbentangan hasil dapatan kumpulan mereka maka para pelajar akan
mula terangsang mindanya untuk berfikir. Kesan daripada gaya
pembelajaran ini dapat merangsang minda pelajar untuk berfikir tanpa
mengharapkan idea orang lain. Hasil daripada Zohar (2004), menyatakan
bahawa penggunaan peta pemikiran telah berjaya meningkatkan
pelaksanaan aktiviti bagi KBAT kerana pelajar mempunyai akses yang
konsisten terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan cara ini, pelajar
akan dapat berkongsi pemikiran dalam bentuk visual.

5. 2. 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian bagi penguasaan aspek isi penulisan karangan
perbincangan dalam skor min pasca ujian antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan.

Dalam dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dalam
pencapaian penguasaan aspek isi penulisan karangan perbincangan
dalam skor min dan pasca ujian antara kumpulan kawalan dengan
kumpulan eksperimen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaedah I-Think

lxxii

amat berkesan dalam merangka isi dan menjana idea. Che Zanariah Che
Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011) menyatakan bahawa
pencapaian murid-murid dalam pembinaan karangan adalah masih
kurang memuaskan disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kelemahan
murid sendiri, kelemahan strategi, kekurangan isi, pembahagian
perenggan, tidak merangka karangan, pengulangan isi, dan kesalahan
tatabahasa. Hal ini jelas membuktikan bahawa peta pemikiran I-Think
dapat digunakan untuk menyusun idea secara tersusun, terancang dan
bersistematik agar tidak berlaku pertindihan atau pengulangan idea
dalam karangan.

lxxiii

5. 2. 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
bagi penguasaan aspek teknik penulisan karangan perbincangan
dalam skor min pra dan pasca ujian kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan.

Dalam kajian ini juga pengkaji mendapati bahawa terdapat signifikan
terhadap pencapaian bagi penguasaan aspek teknik penulisan dalam skor
min pra dan pasca Ujian Cakna I-Think dalam kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Pengkaji mendapati bahawa pelajar akan
menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan
masalah yang diberi berdasarkan pelajaran yang diajar. Pelajar yang
menghadapi masalah akan memilih cara mudah dengan menggunakan
peta pemikiran I-Think dan gaya pembelajaran konstruktivisme untuk
memilih dan memahami pelajaran penulisan dengan bantuan rakan
sebaya atau guru. Hal ini disokong oleh Gagne (1996) menyatakan
bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi kognitif yang
mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan
cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan
menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan
tersusun.

Dalam dapatan ini juga menujukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
skor min bagi pencapaian aspek teknik penulisan. Walau bagaimanapun,

lxxiv

peningkatan ini tidak begitu ketara jika dbandingkan dengan peningkatan
pada skor min kumpulan eksperimen. Sehubungan itu, pengkaji berharap
agar guru-guru menukar gaya pengajaran dengan meletakkan
pembelajaran sebagai gaya pembelajaran dua hala. Penyataan ini
disokong oleh Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman (2012), dengan
menyatakan bahawa pendedahan guru terhadap peta minda secara
interaktif memberikan dimensi baru kepada pengajaran karangan, iaitu
dengan meletakkan elemen-elemen multimedia dalam P&P. Pendedahan
ini adalah perlu bukan sahaja bagi menjamin aspek meningkatkan
kemahiran menulis karangan murid, akan tetapi juga mampu
meningkatkan tahap profesionalisme para guru itu sendiri.

Penyataan yang sama turut disokong oleh Marohaini Yusoff (2014: 2018),
bahawa guru hanya membekalkan pelajar dengan input isi dan kurang
memberikan input procedural. Dengan kata lain, tumpuan pengajaran
guru adalah pada “apa” atau hasil mengarang dan bukan pada
“bagaimana” atau proses mengarang. Secara tidak langsung bentuk
pengajaran guru yang bertumpukan isi semata-mata, tidak selaras dengan
tujuan pengajaran karangan kerana berdasarkan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu (KBSM, 1987), iaitu bertujuan untuk membolehkan pelajar
menulis pelbagai jenis karangan tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan
harian dengan berkesan.

lxxv

5. 3 Cadagan Meningkatkan Penggunaan Peta I-Think dalam
Pengajaran Penulisan Karangan.

Daripada hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan
Keberkesanan Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Karangan Jenis Penulisan Menengah Atas mendapati
bahawa kaedah pembelajaran ini merupakan kaedah yang berkesan
untuk membantu guru-guru muda yang tidak berpengalaman untuk
mengajarkan karangan dan berkesan kepada pelajar dalam membantu
mereka menulis karangan dengan baik dan berkesan. Sehubungan
dengan itu, pengkaji akan menyatakan beberapa cadangan yang boleh
dilakukan agar peta pemikiran I-Think ini boleh direalisasikan di dalam
bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5. 3. 1 Cadangan Kepada Pentadbiran Sekolah

Daripada kajian eksperimen yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa
beban tugas guru terlalu banyak. Guru hari ini lebih berfokus kepada
kerja-kerja pengkeranian daripada kerja-kerja mengajar dan mendidik.
Akhirnya, pengajaran guru di dalam bilik darjah hanya sekadar mengajar
tanpa menggunakan bahan bantu mengajar dan teknik-teknik pengajaran
yang terkini. Hal ini demikian kerana kesibukan guru-guru menyelesaikan

lxxvi

tanggungawab pengkeranian itu menyebabkan guru-guru menghadapi
kekangan masa untuk merancang pengajaran mereka dengan baik. Di
sesetengah sekolah pula, guru-guru lebih menjalankan tugas mengawal
disiplin di dalam bilik darjah. Kerja-kerja pengajaran guru di dalam bilik
darjah tergendala kerana guru-guru terpaksa mengawal disiplin pelajar
terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu, pengkaji mencadangkan agar pihak pentadbran sekolah
tidak membebani guru-guru tertentu sahaja dengan bebanan kerja-kerja
pengkeranian yang banyak sebaliknya membahagi-bahagikan tugas yang
ada dengan cekap dan efisen agar guru-guru dapat meningkatkan kualiti
pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Selain itu, pengkaji ingin
mencadangkan agar pihak pentadbiran sekolah melakukan jadual
pemantauan berkala kepada semua pentadbir sekolah untuk mengelilingi
sekolah setiap waktu untuk memastikan kawalan disiplin pelajar berada
dalam keadaan terkawal. Hal ini demikian kerana apabila kawalan disiplin
di dalam kelas tidak dapat di atasi, maka guru-guru sukar untuk
melaksanakan pengajaran yang menarik dan berkualiti. Akhirnya, guru-
guru akan mengambil pendekataan untuk mengajar secara konvensional
iaitu guru bertindak sebagai pensyarah dan pelajar hanya mendengar
sahaja. Tugas guru yang perlu merekayasa bentuk pengajaran yang
menarik telah menjadi tugas bersyarahan sahaja kerana untuk
memastikan pelajar mereka berada dalam keadaan terkawal.

lxxvii

5. 3. 2 Cadangan Kepada Sikap Guru

Bagi guru-guru yang mengajar di kelas-kelas cemerlang, masalah disiplin
dan kawalan bilik darjah bukan lagi suatu beban yang berat. Kelas-kelas
yang cemerlang ini seharusnya diberikan suatu nafas baharu dalam gaya
pembelajaran yang terkini dan menarik. Sikap sesetengah guru-guru yang
mengajar menggunakan teknik konvensional di kelas-kelas cemerlang
patut diberikan perhatian oleh pihak pentadbiran sekolah. Pengkaji ingin
mencadangkan agar guru-guru baharu mahupun guru-guru yang telah
berpengalaman mengajar agar berani mencuba sesuatu gaya pengajaran
yang terkini. Masih lagi terdapat guru-guru yang ingin mengejar gred
keputusan peperiksaan pelajar yang cemerlang sahaja. Kesannya, guru-
guru hanya kadar mengajar di dalam bilik darjah agar anak-anak murid
mereka cemerlang dalam peperiksaan sehingga mengabaikan kerja-kerja
untuk melahirkan pelajar yang mampu mengarang. Akhirnya tugas guru-
guru hanya tertumpu kepada pengajaran karangan dengan melihat hasil
karagan pelajar dan bukan lagi kepada proses mengarang.

5. 4 Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap keberkesanan
penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran

lxxviii

karangan menunjukkan peningkatan yang positi, maka pengkaji ingin
mencadangkan agar peta pemikiran I-Think ini dikaji dan dilihat dalam
beberapa aspek pengajaran bahasa yang lain. Tatabahasa merupakan
elemen bahasa yang paling besar dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Tatabahasa juga dikatakan aspek pembelajaran
bahasa yang sukar dan membosankan kerana di dalam tatabahasa
terkandung segala hukum-hukum bahasa yang luas. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan agar satu kajian dilakukan dengan melihat keberkesanan
peta pemikiran I-Think dalam membantu pelajar menguasai tatabahasa
dengan mudah dan menyeronokkan.

Selain itu, elemen prosa klasik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa juga dikatakan sukar dan membosankan. Hal ini demikian kerana
prosa klasik mengandungi jalan cerita yang luas dan mempunyai unsur-
unsur bahasa yang klasik. Hal ini menyebabkan para pelajar suka
memahami plot penceritaan prosa klasik ini. Akhirnya, guru-guru dan para
pelajar bergantung kepada ulasan dan kupasan komsas semata-mata
yang dijual dipasaran dengan melihat kepada sinopsis cerita tanpa
melaksanakan aktiviti pembacaan prosa klasik dan aktiviti bedah karya.
Oleh itu, saya mencadangkan agar suatu kajian dilakukan dalam melihat
keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran prosa klasik.

lxxix

5. 5 Kesimpulan

Salah satu usaha membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar adalah aspek kesediaan dan kebolehan pelajar. Pelajar akan
bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan
rangsangan untuk berfikir. Penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakan pelajar untuk
berfikir dan membuat penaakluan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012). Melalui kajian eksperimen ini, pengkaji mendapati bahawa
penggunaan peta pemikiran dapat menghasilkan nota yang ringkas, padat
dan menarik, senang diingat, mudah dibaca dan dirujuk. Semasa
membuat nota dalam bentuk peta pemikiran, pelajar perlu berfikir dan
mencari maklumat dari pelbagai sumber. Pelajar perlu mengenal pasti
jenis bentuk peta pemikiran yang akan digunakan. Seterusnya, mereka
mampu mengembangkan idea yang tercatat dalam peta pemikiran itu.
Langkah-langkah tersebut dapat mengembangkan kemahiran berfikir
mereka. Sekiranya peta pemikiran I-Think sering digunakan secara tidak
langsung akan membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar.

Implikasi daripada kajian ini membolehkan pelajar memahami peta
pemikiran I-Think dengan lebih jelas dan bersedia mengaplikasikannya
dalam PdP semasa di sekolah nanti. Hal ini bersesuaian dengan

lxxx

transformasi bidang pendidikan masa kini. Menurut Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, kemahiran berfikir menjadi
salah satu komponen penting dalam aspirasi murid. Guru memainkan
peranan utama menjana kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
Sewajarnya pelajar Institut Pendidikan Guru dapat membantu
merealisasikan hasrat PPPM. Pendedahan kepada alat peta pemikiran I-
Think semasa di IPG dan universiti-universiti yang mengeluarkan produk
guru muda diharapkan agar dapat menghasilkan barisan guru-guru yang
dinamik selaras dengan pendidikan abad ke 21.

Jelaslah bahawa teknik pengajaran yang menarik dan interaktif amat
berkesan berbanding dengan teknik pengajaran tradisional. Ini dapat
dilihat dalam dapatan kajian Abd. Aziz Abd. Talib (2007), teknik
pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku
teks, buku latihan topikal dan nota guru masih menjadi amalan. Ini juga
menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan murid
tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan.
Menurut Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)
menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung
kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran
menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran
kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan

lxxxi

dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana
yang dapat difahami apabila dibaca.

lxxxii

Bibliografi

Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Abdul Aziz Abdul Talib (1996). Menguji Kemahiran Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah
dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian, Shamsuddin Othman & Humaizah Hashim. (2012).
Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi
pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2 (1): 129-140.

Adenan Ayob (2010). Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam
PenulisanCerita http://www.ukm.my/s/Proceeding/PDF/Adenan.pdf.
(4 Jan 2014).

Ahmad Khair Mohd Nor. (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.
Pelita Bahasa, 7: 12-14.

Awang Sariyan (2007). Tertib Mengarang. Asas Retorik untuk Pelajar dan
Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist.
Educational Leadership, 57(3).

Che Zanariah Binti Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman (2011).
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 67-87.

Chua, Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam, Selangor:
McGraw-Hill (M),2006.

Gagne, R.M., (1996). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction, New York: CBS Publishing Asia Ltd.

Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah Menulis Karangan Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes. Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

lxxxiii

Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010). Constructivist-
mind map teaching approach and the quality of students’ cognitive
structures. Journal Science Education and Technology (2012).20:
186 - 200.

Hyerle. D. (2000). Thinking maps: visual tools for activating habits of mind.
In A. L. Inquiry Based Science Education for Fifth-Grade Students.
Franklin Pierce.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps
incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc.

Laura A. W. (2011). The effect of thinking maps on students’ higher order
thinking skills. US:California State University & Northridge
University.

Kamarudin Hj Husin (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Logman
Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Draf Buku I-Think. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Marohaini Yusoff (2014). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

McBrien,J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to
EducationTerms. Alexandria, VA. Association for Supervision and
Curriculum Development.

Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma
Perguruan (Semester1). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Noraini (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010).
Sosiokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu. Journal of
language studies, 7 (10) : 3 -10

lxxxiv


Click to View FlipBook Version