1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUMTAHUN AKADEMIK : 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) MPU 3441a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADETPROGRAM : PISMP AMBILAN: JUN 2021/2026 SEMESTER: DUA (TAHUN DUA) NAMA PENSYARAH: PN. HJH AZIBAH BINTI BAHAROMNAMA PELAJAR: DHANYA A/P KANANANGKA GILIRAN: 2021152340313 NO KAD PENGENALAN: 031118-06-0204 TARIKH HANTAR: 08.03.2024 Tandatangan Pelajar: Dhanya Tarikh: 08 MAC 2024
2 BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. Penghargaan 3 2. Buku Log Persatuan Pandu Puteri Malaysia 4 3. Biodata Diri 5 4. Pengurusan dan Perancangan Pentadbiran 6-9 5. Prinsip Asas Pandu Puteri - Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia - Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri - Cogan kata dan lambang Pandu Puteri - Isyarat dan hormat Pandu Puteri - Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia - Lagu-lagu Pandu Puteri - Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas - Bendera Malaysia dan Maksud - Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Maksud - Bendera dunia dan maksud 10-55 6. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi 56-63 7. Pakaian Seragam Pandu Puteri 64-69 8. Ikatan dan Simpulan 70-79 9. Gajet Perkhemahan 80-92 10. Permainan Pandu Puteri 93-96 11. Ikhtiar Hidup 97-98 12. Masakan Rimba dan Solar 99-102 13. Kembara dan Pandu Arah 103-108 14. Khidmat Sukarela 109-110 15. Asas Pertolongan Cemas 111-118 16. Contoh RPH UB Pandu Puteri 119-122 17. Orientasi Kurikulum Unit Beruniform 123-133
3 PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan mental dan fizikal serta masa yang mencukupi untuk menyiapkan kertas kerja ini seperti yang dikehendaki dalam masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Pn. Hjh Azibah binti Baharom atas segala bimbingan, teguran, panduan dan penerangan yang teliti diberikan oleh beliau kepada saya supaya saya dapat menyiapkan penulisan kertas kerja ini dengan baik dan sempurna. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana mereka telah memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada saya untuk menyiapkan penulisan kertas kerja ini. Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli kumpulan saya yang telah bekerjasama bersama- sama diri saya dengan memberikan sokongan, dorongan dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat menyiapkan penulisan kerja kursus ini dalamtempoh yang diberikan. Kesimpulannya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak mereka kepada saya. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang telah diberikan dalammembantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
4 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI DHANYA A/P KANAN PISMP JUN 2021_2026 2021152340313
5 BIODATA DIRI NAMA : DHANYA A/P KANANNO. KAD PENGENALAN : 031118-06-0204 ANGKA GILIRAN : 2021152340313 KUMPULAN / UNIT : SEJARAH (SJHK3) KOD KURSUS : MPU 3441a NAMA KURSUS : KOKURIKULUMUNITBERUNIFORMPANDUPUTERI KADET NAMA PENSYARAH : PN. HJH AZIBAHBINTI BAHAROMTAHUN PENGAJIAN : 2024
6 PENGURUSANDANPENTADBIRAN PASUKAN
7 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA
8 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIAPERINGKAT IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
9 UNIT PELAJAR
10 PRINSIP ASAS PANDUPUTERI
11 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21 PERSETIAAN PANDU PUTERI PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS
22 TAKRIFAN PERSETIAAN PANDU PUTERI BARIS DEMI BARIS 1. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Tuhan Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiapkali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kita boleh hidup senang. Olehitu, kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur kepadanya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama. 2. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Raja Kita mesti taat kepada Raja kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang sudah tentu negara akan menjadi huru-hara. 3. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Negara Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiataan untuk memajukan negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara kita demi keselesaan hidup rakyat. 4. Pandu Puteri Tunas menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah Kita hendaklah menolong orang lain untuk meringankan tugas mereka. Mereka sudah tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantuibu, bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan-rakan. Hal ini sudah tentu akan menggembirakan mereka.
23 5. Pandu Puteri Tunas mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas. i. Boleh dipercayai Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut arahan pandai menjaga diri-sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik dan mulia harus ditunjukkan pada setiap masa. ii. Suka menolong orang lain Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolongorang pada setiap masa harus dijadikan amalan. iii. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan kebudayaan. Ke mana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain yang bukan dalamkalangan pandu puteri sahaja. iv. Sentiasa bersopan santun Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat. v. Sentiasa berjimat cermat Pandu puteri harus bijak menggunakan wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu, pandu puteri juga harus pandai menggunakan masa, menjimatkan masa, menjimatkan makanan dan apa jua keperluan harian
24 UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semuaorang dan Pandu Puteri lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan danmemelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat danbergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalamfikiran, perkataan dan perbuatan.
25 COGAN KATA PANDU PUTERI “Tolong Orang Selalu” (TOS). Cogan kata ini diucapkan setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar. COGAN KATA “SELALU SEDIA” Bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersediauntuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan untuk mengulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan danbalasan.
26 LAMBANG PANDU PUTERI LOGO PANDU PUTERI MALAYSIA ❖ Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya denganlencana Pandu Puteri Sedunia. ❖ Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dandigunakan pada bulan Januari 1962. ❖ Lencana ini dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di IbuPejabat Pandu Puteri Malaysia. ❖ Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yangmelambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri. ❖ Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarumkompas yang boleh dianggap sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar. ❖ “Pandu Puteri” ialah “Girl Guides”. ❖ Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasaupacara perlantikan.
27 LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA ❖Diperkenalkan pada Januari 1962. ❖Dicipta oleh Cik Mary Bowers, Putrajaya Latihan di ibu pejabat Pandu Puteri Malaysia. ❖Cabang Trefoil (Lambang daun) – Persetiaan Pandu Puteri ❖Cantuman tiga daun – Persaudaraan kepanduan ❖Bintang pecah 14 – Melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan dan perpaduan antara negeri-negeri. ❖Bintang pecah ke-14 menghala ke atas. ❖Lambang jarum Kompas – Petunjuk ke jalan yang benar.
28 LOGO PANDU PUTERI DUNIA
29 ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dihanyunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3.Siku berhampiran badan. 4. Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5.Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 6. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cmdari telinga kanan.
30 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Salam Pandu Puteri Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain termasuk untuk berjabat tangan. Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.
31 TABIK HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai- pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesamaahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan olehPandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalamacara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. HORMAT KEPANDUAN Lambang kesetiaan 3 jari melambangkan 3 bahagian persetiaan Ibu jari di atas jari kelingking melambangkan yang kuat membantuyang lemah.
32 Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1)Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2)Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3)Upacara mengibarkan bendera. Kedudukan hormat pandu puteri Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. 3. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4.Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.
33 ISYARAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterimamenjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia. 2.Tangan kanan dihanyunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Siku berhampiran badan. 4.Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5.Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat PanduPuteri. 6. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cmdari telinga kanan.
34 ISTIADAT LADAM KUDA Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan ladam kuda. Melalui ladam kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan beruniform yang lain. Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1 : Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) Cara 2 : Untuk Pasukan besar
35 ISTIADAT MENAIKKAN PANJI-PANJI Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan LadamKuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikankata-kata hitmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat sertamemaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapanbermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan danterus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang sebagai Pasukan Panji-Panji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Pembaca Doadan 1 orang Penyampai Kata-kata Hikmat sebelum PembentukanLadam Kuda. Ladam kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remajamanakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer.
36 ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (ISTIADAT LINGKUNGANTUNAS) Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkanpennant di tengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaanmembentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lainyang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagukumpulan “na na na na….”’ ahli kumpulan akan membuat lingkungankecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanansambal menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan akanmelepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan”.
37 ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS Linkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (Kakak Setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadar ini iala Lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas. Lagu Pandu Puteri Tunas : Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan Lagu Ahli Baharu : Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas Lagu Kumpulan
38 Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing- masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secararekaan, ahli baharu akan masuk ke tengan penant dan duduk bertinggung. Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharusambal skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulanberenam mereka. Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikanlagu Pandu Puteri Tunas.
39 PENUTUPAN PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungandan menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpinmemberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akanberdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin bolehmemberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladamkuda. Cara ahli kelaur baris boleh dibuat juga secara rekaan. ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. PowWowdikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya merekaingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab(3 jari). Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakangdan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / bukagenggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, PowPowsemua ahli boleh berdiri dan bersurai.
40 ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakansemasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli berdiri tegak dankedua-dua tangan diletak di bawah dagu seperti sekuntumbunga yangbelum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan dibawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudianbertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman. Ahli boleh menyanyikan lagu “Selamat Datang”.
41
42 ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI Istiadat ini adalah suatu istiadat khas untuk menyambut atau mengalu- alukan tetamu seperti: 1. Pesuruhjaya dan pemimpin. 2. Ahli baru yang telah dilantik. 3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Cara Menyambut Tetamu Pandu Puteri: 1)Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan menyatakan : “Selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkunganhormat besar, dipersilakan.” 2)Selepas itu, semua ahli pandu puteri akan berdiri dalamlingkunganpandu puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntumbunga yang tertutup. 3)Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri dandibawa ke dalam lingkungan besar. 4)Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akanberaksi seperti bunga berkembang besar. 5)Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 6)Seterusnya, semua pandu puteri tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 7)Setelah itu, pandu puteri tunas akan menyanyi lagu iaitu: Selamat datang puan, selamat datang puan, datang kerana pandu puteri, selamat datang puan (2x). 8)Semua ahli pandu puteri akan memberi hormat kepada tetamu danmembawa masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalamlingkungan.
43 Contoh Istiadat Menyambut Tetamu http://www.youtube.com/watch?v=aZe_1P6kOMQ ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU 1. Ahli baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian prapesetiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari perlantikan ini 2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan PPT. 3. Kemudian, pasukan akan memberi “Hormat Besar” kepada PPTbaru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.
44 ISTIADAT MENGAMBIL KEDATANGAN Pasukan ! Ketua, masuk baris ! Ketua, bilang ! Ketua, ke kiri pusing ! Ketua bilang (Mula dengan 0) Dua Langkah ke hadapan, gerak ! Pasukan, masuk baris ! Pasukan, sedia ! Ke kanan, lurus! Pandang depan ! Ketua, ambil kedatangan ! Kumpulan bunga……. Senang diri ! Pasukan, sedia ! Pasukan ke kanan, pusing ! Ketua, lapor ! Pasukan ke bentuk ladam lkuda, cepat jalan !
45 Naik/Turun Bendera Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan LadamKuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikankata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut). Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: - Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) - 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji - 1 orang pembaca doa - 1 orang penyampai kata-kata hikmat Cara Melipat Bendera Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan. Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.
46 Penjagaan Bendera Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktumenurunukannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan kebahu apabila ia sampai ke bawah. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpandengan baik di tempat yang tertentu. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja ataumenutup sesuatu. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggapbendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat. Pelupusan Bendera Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak bolehdikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannyamenunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yangsedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perludimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutupdan bukan dilakukan di tempat-tempat awam. ISYARAT WISEL 1.Satu tiupan pendek - JAGA SEDIA 2.Satu tiupan panjang - DIAM @ BERHENTI 3.Banyak tiupan pendek- SELAMAT DATANG @LEKAS 4. Tiupan pendek-pendek-panjang- BERSEDIA @AMARAN 5. Tiupan pendek-pendek-pendek panjang - KETUA KUMPULAN, DATANG SINI 6. Tiupan panjang-panjang-panjang - PERGI DARI SINI
47 LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; WORLD SONG Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.
48 LAGU TAPS SIANG Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang Langit biru, mana pergi Hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the Sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, God is neigh.
49 LAGU TAPS MALAM Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, Dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day is done, done the Sun, From the sea, from the hills From the sky, all is well Safety rest, God is nigh.
50 LAGU KUMPULAN BERENAM BUNGA SIANTAN Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan. BUNGA MELUR Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa. BUNGA KENANGA Kami bernama kenanga, Berjasa bertenaga. BUNGA CEMPAKA Cempaka bersuka ria, Menolong orang duka. BUNGA KESIDANG Kami kesidang datang, Menolong pagi petang. BUNGA TERATAI Teratai nama kami, Bekerja setiap hari.