The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PANDU PUTERI_DHANYA_SJHK3_IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dhanya, 2024-03-07 11:24:27

BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI_DHANYA_SJHK3_IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

51 LAGU LOCENG PANDU PUTERI TUNASOh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Mala (3x) LAGU PANDU PUTERI TUNASPuteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan LAGU AHLI BARUAhli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas


52 BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA • Bendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata. dikenali sebagai bintang Persekutuan. • 14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. • Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara.


53 BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAN MAKSUDNYA• Tiga rangkaian daun melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud Matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia


54 BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA • Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. • Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. • Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


55 SEJARAH PERKEMBANGANDANSTRUKTUR ORGANISASI


56 SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES ANDGIRLSSCOUTS (WAGGS) Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuanPandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145organisasi ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau – Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan HemisferaBarat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan buakn formal yangberkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinandankemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri belajar melalui pengalaman. Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepadapengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuansaudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides andGirl Scouts (WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa kepadapergerakan pengakap puteri. Persatuan Pandu Puteri Malaysai (PPPM) pula telah ditubuhkan secararasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Disebabkan gadis dibenarkan memasuki Pengakap di British, jumlah Pandu Puteri merosot di sana. Di Britain, usia junior antara (7-10) of guides dikenali sebagai Brownies, younger girls (5-7) dikenali sebagai Rainbows and older guides becomeYoung Leaders or Rangers (the former concentrating more on becomingguide leaders, the latter more on advanced guide actities). In Canada, theGuides are divided into multiple programmes depending on age: Sparks, Brownies, Guides, Pathfinders.


57 TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepanduan. Mendidij, melatih dan mengembangkan potensi ahli-ahli persatuan agar dapat menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisplin. Menjadu sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa dalam menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan. Melahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.


58 SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1997 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1996. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.


59 Fasa Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pertama telahditubuhkan oleh Cik Gertrude Bollard di Methodist Girls School Kuala Lumpur padatahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tigaorang pemimpin berpangkat, Leftenan IaituCik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah telah didaftarkan di IbuPejabat Pandu Puteri India dan dikelolakandi bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertuadan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Fasa Perkembangan Pandu Puteri mula mendapat perhatianpihak Kerajaan yang berkuasa pada masatersebut. Kerajaan Negeri-Negeri Selat sertaKerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalambentuk sokongan dan bekerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangandan peruntukan sebanyak dua ribu ringgit mulai tahun 1932. Fasa Halangan Kegiatan Pandu Puteri di Malaysiatergendala disebabkan perubahan takhtadan Malaya mula diperintah oleh KerajaanJepun bermula 1942 hingga 1946.


60 Tahun 1958 PPPM telah itubuhkan dibawah Akta Parlimendalam tahun 1958 Tahun 1960 PPPM dengan rasminya menjadi Ahli BersekutuPersatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan diterima sebagai ahli Tenderfoot. Tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WorldAssociationof Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Tahun 2005 KDYTM Tengku Puan Pahang Tuanku HajahAzizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al- Mutawakkil ‘ Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telahdilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS. Tahun 2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan PanduPuteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remajadan Pasukan Pandu Puteri Renjer. Tahun 2007 PPPM menerima tawaran daripada WAGGGSuntuk menjadi Tuan Rumah Persidangan RantauAsia Pasifik WAGGGS yang ke-9. Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada “9 th AsiaPasific Regional Conference and 3 rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering”. Tahun 2008 Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, UluKenas, Kuala Kangsar Perak.


61 Tahun 2011 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke- 33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan Dunia ke-34. Tahun 2021 Pergerakan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang dengan baik di bawah tampuk kepimpinan yang baik.


62 SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telahmengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnyadikenali sebagai “Girl Scouts”. Padu tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kemudianpada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau“Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide” padatahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.


63 PAKAIAN SERAGAMPANDUPUTERI


64 PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN (Mempunyai Pasukan Pandu Puteri untukDiuruskan) 5 Jenis Baju Pemimpin 1. Baju Kurung Berpesak 2. Baju Kebaya 3. Baju Perjalanan / Aktiviti 4. Baju Batik PPPM 5. Baju Perkhemahan / Aktiviti Kurung pesak Kebaya Perjalanan aktiviti Batik PPPMPerkhemahan/ Aktiviti


65 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KELIP-KELIP ➢ Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. ➢ Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan ➢ Kasut sekolah/sukan. LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS BAJU PERKHEMAHAN / AKTIVITI


66 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS PAKAIAN SERAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI REMAJA


67 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI RENJER


68 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KADET IPG PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KLOVER DHANYA


69 IKATAN DAN SIMPULAN


70 IKATAN SERAYA Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara, tiang, bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (lihat gambar no. 1) Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk. IKATAN: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaanya dalamkegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.


71 IKATAN SERONG Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang. IKATAN LILIT KACANG Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu projek. Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga.


72 SIMPULAN: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. JENIS-JENIS SIMPULAN Terdapat enam simpulan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelat, antaranya ialah: 1) Simpul Buku Sila / Reef Knot 2) Simpul Bunga Geti / Common Bend 3) Simpul Tindih Kasih / Bowline 4) Simpul Manuk / Clove Hitch 5) Simpul Balak 6) Simpul Belit


73 IKATAN SIMPUL MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan Ketika mula mengikat pada kayu dan sebagainya. Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. TEKNIK SIMPUL MANUK Mulakan simpul pada kayu. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. Tarik hujung tali.


74 SIMPULAN BUKU SILA Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh dan mengikat khemah yang dilipat. Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. TEKNIK SIMPUL BUKU SILA Letakkan hujungA di atas hujung B. Masukkan hujung A di bawah B. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.


75 TEKNIK SIMPUL TINDIH KASIH Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. Kemudian, amsukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan tersebut. SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang, menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalamsungai.


76 BUNGA GETI Simpul bunga geti digunakan untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Contohnya, menyambung tali perahu dengan tali kapal. Digunakan untuk sambung tali penarik bendera dalam flag break. TEKNIK SIMPUL BUNGA GETI Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. Kemudian tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.


77 SIMPUL BALAK Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. Permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk) TEKNIK SIMPUL BALAK Menggunakan tali mengelilingi kayu. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.


78 TEKNIK SIMPUL BELIT Menggunakan tali mengelilingi kayu. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas. SIMPUL BELIT Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal ikatannya.


79 GAJET PERKHEMAHAN


80 GAJET-GAJET PERKHEMAHAN Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap. Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat ataumesin yang kecil. Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan. Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa di tapak perkhemahan PRINSIP MEMBUAT GAJET Gunakan bahan semula jadi dan ikatan yang betul dan kukuh Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran Mulakan dengan membuar gajet yang mudah dahulu. Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh FAEDAH MEMBUAT GAJET Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan Memahami habitat dan alam semula jadi Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjagaalam sekitar dengan cara yang sepatutnya Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanya


81 TUJUAN MEMBUAT GAJET Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalammenghasilkangajet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet- gajet yang berfaedah.


82 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA Gajet perkhemahan tunas puteri BIL JENIS GAJET LAMPIRAN1. Gajet Kawasan Pintu 2. Gajet tempat kasut 3. Gajet ampaian pakaian 4. Gajet tiang bendera


83 5. Gajet papan kenyataan 6. Gajet makanan 7. Rak pinggan


84 GAJET KAWASAN PINTU Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasanperkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan (pilihan) Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Jenis kepelbagaian pintu hadapan Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closingtype) Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasanaperkhemahan yang teratur dan kemas dan adanyakawalan keselamatan. Pelbagai jenis pagar boleh dibuat Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokokmenjalar dan menggunakan batang-batang kayu. Bahagian pintu belakang Mewujudkan sempadan Kawasan mempunyai perlindungan


85 GAJET KAWASAN DAPUR Buat dari bahan semula jadi Selain membuat gajet-gajet dapur juga gajet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk rak atasan tajamseperti pisau, parang dan kapak Meja makan penyangkut cawan / gelas Rak menyimpan kayu api / tong gas Gajet gerobok (camp larder) Gajet lubang basah dan kering GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH Gajet tempat meletak besen air. Gajet tempat menyimpan alat pergigian. Gajet tempat menyipan sabun. Gajet mengantung tuala mandi. Gajet kawasan tempat basuhan


86 GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / susunan dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasanperkhemahan. Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahanseperti tempat kasut, penyangkut baju meja tulis kerusi gadjet katil papan kenyataan buaian penyangkut lampu penyapu tempat letak beg tempat ampaian tiang bendera dan lain-lain.


87 GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerek dibina di kawasan tempat membasuh. GEJET-GEJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mastahak seperti ; Tiang bendera Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gajet pembawa barang (Indian Travois) Gajet pondok lalang (tempat berteduh)


88 GAJET PERTOLONGAN CERMAS Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan: 1) Plaster – berbagai saiz dan bentuk 2) Dressing sterill – berbagai saiz 3) Kapas 4) Kasa sterill serta swab kasa 5) Dressing khas untuk kes terbakar 6) Bandage 3 segi 7) Bandage crepe penggulung 8) Pita lekat 9) Pad mata 10) Thermometer 11) Gunting hujung tumpul 12) Penyepit 13) Pin penyelamat


89 PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasuki hendaklah disediakan dua lubang iaitulubang basah dan kering. Berhampirandapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajamseperti kapak, gergaji dan parang, gajet degobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gajet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat. KRAF GAJET Bahan yang Diperlukan Semasa Membina Gajet Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripadabahan-bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan. Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dansebagainya. Kita juga memerlukan alatan yangs esuai untuk memotong, membelahdanmeraut bahan-bahan di atas. Antaranya ialah parang, gergaji dan penggali. Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut. Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan- bahan semula jadi tersebut menjadi gajet.


90 BAHAN-BAHAN SEMULA JADI ALATAN UNTUK MEMOTONG, MEMBELAH DAN MERAUT BAHAN PENGIKAT


91 SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannyaperlukan ketat dan kuat. Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet keranamemberi sokongan yang kuat pada tiang yang telah diikat. Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. Ikatan ‘Figure of eight lashing) – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebihbesar. Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.


92 PERMAINAN PANDUPUTERI


93 PERMAINAN PANDU PUTERI PERMAINAN LUAS Cara pelaksanaan : Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental Aktiviti permaian berstesen (Station Game) Mengandungi jalan cerita yang menarik Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atautangan Kebaikan : Mempelajari ilmu yang baharu Meningkatkan pengetahuan Pandu Puteri Mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


94 PERMAINAN KIM Asal Usul Permaian Kim berasal daripada nama seorang pengkap terkenal bernama Kimball O’Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikansatu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia. PermainanKim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanyaseperti mata, dan ingatan, telinga dan pendegaran, deria rasa danderia bau. Cara-cara Permainan Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiapkumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda- benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemaindikehendaki mengingat dan menulis semula barang-barang yangdilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengantepat dikira pemenang. Stesen Dua : Deria Sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan lapanhingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dansebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yangpaling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.


95 Stesen Empat : Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulamraja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiappemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlumenyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jeni dan saiz diletakkan di ataskertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat danmenginagat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawakembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yangditunjukkan dalam tempoh satu semint tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikirapemenang.


96 IKTIAR HIDUP


97 Kemahiran Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup atau lebih dikenali dengan survival dalam terjemahan bahasa inggeris yang membawa maksud the will to live, to outlive, state of continuing to live. Bagi makna lain dalam bahasa Melayu ia juga memberi makna kemampuan atau keupayaan sesuatu itu untuk terus hidup berasaskan keadaan persekitaran di mana sesuatu berada. Kemahiran ikhtiar hidup juga adalah satu usaha atau ikhtiar yang hendaklah dilakukan oleh seseorang supaya boleh hidup Ketika menghadapi sesuatu masalah bekalan makanan atau sesuatu ancaman. Terutamanya kemahiran ikhtiar hidup ini perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Situasi Ikhtiar hidup Terdapat beberapa situasi yang perlu dihadapi ketika melakukan kegiatan luar seperti pengembaraan meredah hutan


98 MASAKAN RIMBA DANSOLAR


99 Masakan tanpa peralatan tanpa menggunakan perkakas dapur, antaraalatan sebagai ganti adalah daun pisang, ruas buluh, tanah liat, batu, ranting kayu ataupun lumpur. Terdapat alatan penambahan yangdigunakan aluminium, tin, dawai. Memasak dengan menggunakan makanan dan dijadikan sebagai bekas. Ubi kentang, bawang, labu, oren dipotong dan isinya dikeluarkan. Bahagian atas digunakan untuk membuat penutup makan. Bekas makan dibalut dengan kerajang aluminium dan di masak alambara api. Kelapa dijadikan bekas mangkuk atau periuk untuk memasak jenis-jenis makanan yang berkuah seperti masak kari. Memasuk menggunakan daun yang dijadikan lapik makanan ayamdanikan. Contoh daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis, kulit jagung Memasakan menggunakan ranting dan dawai, ranting digunakan untuk memagang, roti dililit oleh ranting kayu. Dawai atau penyakut baju keluli dibentukan mengikut keperluan. Memasak menggunakan kepingan batu, batu yang digunakan adalahleper dan ketebalan sederhana. Api dihidupkan atas permukaan batudan dibiarkan selama beberapa minit Memasak menggunakan buluh, buluh dijadikan tempat memasak dandigunakan untuk memasak nasi dan lemang.


100 JENIS-JENIS MASAKAN RIMBA BIL MAKANAN RIMBA GAMBAR 1. ROTI LILIT - Tepung Gandum - Garam - Gula - Air - Ranting kayu atau buluh yang telah dibelah - Unggun Api 2. MASAK NASI DALAM BULUH - Buluh - Beras - Daun pisang muda 3. IKAN BAKAR - Ikan - Garam / Gula - Bawang merah / Bawang putih - Halia - Serai - Cili Kering 4. MEREBUS dan membakar - Ubi Kentang - Ubi kayu - Ubi keledek - Telur - Jagung Air dan bahan nak direbus


Click to View FlipBook Version