The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Osyuhada98, 2021-04-19 08:06:49

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Guru meminta pelajar memberi sinopsis drama “Seri Nara”.

2. Guru meminta pelajar memberi makna perkataan-perkataan
sukar yang terdapat dalam petikan drama.

3. Bersoal-jawab tentang nama-nama watak yang terdapat dalam
drama “Seri Nara”.

4. Guru meminta murid menerangkan watak-watak yang terdapat
dalam drama “Seri Nara”.

5. Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan
mempunyai tugasan yang berbeza berdasarkan kad arahan.
Setiap kumpulan diberi kertas sebak dan pen marker untuk
melakarkan wajah watak-watak yang terdapat dalam drama
“Seri Nara” dengan menggambarkan perwatakan mereka.

6. Setelah selesai berbincang, setiap kumpulan mempamerkan
hasil kerja masing-masing.

7. Setelah berjaya meneka nama watak dengan betul, guru
meminta pelajar mengkategorikan watak.

8. Guru berbincang dengan murid tentang kata adjektif yang boleh
menggambarkan perwatakan watak-watak yang dilakarkan itu
dan minta murid menyenaraikan perkataan tersebut.

9. Guru mengarahkan setiap kumpulan mengisi borang grafik
watak dan perwatakan berdasarkan watak yang dilakarkan itu.

10. Pelajar-pelajar diarahkan membuat kesimpulan dengan
menyatakan watak utama dalam drama “Seri Nara” dan
menghuraikan watak dan perwatakan Datuk Seri Nara dengan
menggunakan ayat yang gramatis.

11. Beberapa orang pelajar diminta membacakan hasil penulisan
mereka tentang watak dan perwatakan utama yang terdapat
dalam drama “Seri Nara”.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Contoh Lembaran Kerja Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik Pancaminda

(Penggunaan pancaindera digabungkan dengan bayangan minda)

Tajuk sajak yang dipelajari : ”Keindahan yang Hilang”

Tajuk sajak yang dihasilkan :

Tema sajak : Pencemaran alam sekitar

Pancaindera Hasil Bayangan Minda

1. Perkara
yang dirasa

2. Perkara
yang dilihat

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

3. Perkara
yang didengar

4. Perkara
yang dihidu

5. Perkara
yang disentuh

6. Apakah
perasaan anda
(rumusan)?

-pendirian
-mesej

Aktiviti Dramatis / Mengaksikan Kata

Rangkap Pembayang / Bahasa Aksi
Maksud ( Imej)
ular tedung ( dramatis)
1 Pembayang bisa
merana Pelajar mengaksikan gaya seekor
Maksud maut ular tedung menyemburkan bisa
2 berhujan /mematuk dan aksi mangsa
berpanas merana sakit hampir mati (maut)
keris kerana patukan tersebut.
lembing
Aksi tidak takut pada bahaya
hujan- panas dan serangan
keris- lembing.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

3 .......................... ................... ......................................................

........ .........

Unsur Bunyi dalam Pantun Enam Kerat

Aliterasi : Kuda liar berkeliling kota ( pengulangan bunyi k dan l)
Asonansi : Bunga kembang sudah pun layu ( pengulangan bunyi u dan
a)
Skema rima hujung : Rangkap 1 – abc; abc ( rima berselang)

Gaya Bahasa

Isikan petak –petak pada lajur yang disediakan dengan contoh gaya
bahasa yang sesuai.

Gaya Bahasa

Sajak Metafora Simile Sinkof Imejan

Aku Menjadi Lebih Berani

Anak Laut

Derita Pertama

Jalan-jalan Raya Kotaku

Manusia dan
Kesejahteraan

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Pembeli Masa Sudah

Penilaian dan Pentaksiran

Guru perlu memastikan sama ada pengajaran yang telah disampaikan
mencapai objektif yang ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan lanjutan. Menurut Bhasah bin Hj. Abu Bakar
(2006), penilaian dan pengujian bahasa Melayu merupakan konsep
penting dalam bidang pendidikan. Penilaian dan pengujian digunakan
untuk menentukan ciri-ciri dan kualiti setiap pengajaran dan
pembelajaran yang diajar. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang
sistematik dengan mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh akan
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Dalam membuat sebarang keputusan, penilaian wajar dibuat
terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian yang dijalankan
melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses
maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses
yang dijalankan itu secara sistematik dan saintifik, maka keputusan
yang diperoleh lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil
benar-benar bersesuaian. Kemungkinan guru akan berhadapan
dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin
diselesaikan. Dengan memahami konsep pengujian dan penilaian guru
akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan
sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Penilaian dalam bahasa menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996)
ialah proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif
tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markah

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara
kuantitatif.

Dalam buku Evalution and Decision Making, D. Stufflebeam
mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan dan
memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian
ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat
atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau
melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif maklumat yang
diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan
maklumat ini boleh disusun, dikemas kini serta diringkaskan dalam
kaedah yang lebih mudah difahami.

Pengujian pula ialah satu proses penyerahan set soalan yang
standard yang perlu dijawab atau satu set instrumen atau satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang. Menurut Cronbach (1970), satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau
satu sistem yang berkategori. R.M. Gagne dalam bukunya The
Condition of Learning, menyatakan bahawa satu cara yang sistematik
untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti
pembelajaran pelajar-pelajar.

Pengujian dalam bahasa pula ialah proses atau situasi sesuatu
kemahiran bahasa itu diuji. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini
digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan
dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Penilaian sebagai satu
alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif,
psikomotor ataupun efektif.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit,
seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan
perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah
dipelajarinya. Oleh itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan
ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.

Pentaksiran Sekolah (PS) amat penting untuk menentukan
keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang
berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju
yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang
pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan
nilai murni.

2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
PdP.

3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
kesesuaian dan kesediaan murid.

4. Berasaskan standard kurikulum.

5. Pelaksanaan pentaksiran secara; Pentaksiran formatif yang
dijalankan seiring dengan proses PdP.

6. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard Pentaksiran rujukan standard
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak
membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain
tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam
pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid
dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan individu lain.

Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang
lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi
segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,
penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan
kebolehan masing-masing.

Penutup

Seseorang guru perlu merancang dengan baik pengajaran yang akan
dilaksanakan. Pengajaran dapat dilaksanakan dengan perancangan
yang teratur. Pendekatan dan teknik dalam pengajaran seharusnya
dikuasai dengan baik sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran.
Setiap genre sastera mempunyai kelainan daripada segi bentuk yang
demikian juga daripada pelaksanaan dalam menyampaikan
pengajaran.

Penilaian dan pentaksiran penting dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ujian yang dilakukan kepada pelajar dapat
membantu guru membandingkan tingkat pencapaian seseorang
pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas
yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk penilaian
perspektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.

Selain itu, penilaian juga membantu pelajar mengetahui tahap
pencapaian mereka dalam sesuatu mata pelajaran yang di ambil.
Mereka boleh mengambil langkah yang berterusan untuk
meningkatkan prestasi dalam pembelajaran sekiranya mereka lemah
dalam sesuatu bidang tersebut. Guru juga dapat membuat jangkaan

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting
untuk penyelarasan dan penentuan arah jenis pendidikan pelajar.
Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka
ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan dan kecerdasan
mereka dalam sesuatu bidang.

10
APRESIASI KESUSASTERAAN MELAYU

Pendahuluan
Bab ini secara ringkas dan sepintas lalu membawakan maklumat
berkaitan kesusasteraan khususnya kesusasteraan di Malaysia. Selain
karya kesusasteraan sebagai teks, kesusasteraan juga merupakan
satu bidang yang luas, bidang kerjaya, mempunyai masa hadapan
yang positif malahan turut mempunyai unsur yang bernilai komersil dan
popular, walaupun bukan itu tujuan kesusasteraan sepenuhnya.

Apresiasi merupakan kata bagi ‘penghargaan’, dan juga boleh
digunakan bagi ‘penghayatan’. Dalam konteks ini, kesusasteraan
sebagai ilmu yang perlu dihargai dan dapat menerapkan penghayatan
nilai (nilai estetik dan nilai murni) daripada karya-karya yang dibaca.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Selain itu, dapat difahami bahawa kesusasteraan sebagai sumber
estetik seni berbahasa. Kesusasteraan juga secara umum dapat
difahami sebagai bidang yang mengaitkan tentang kemanusiaan,
ketuhanan, nilai dan pengajaran bagi kehidupan seharian.

Bidang Kesusasteraan Dunia dan di Malaysia

Bahan-bahan bacaan berkaitan kesusasteraan bukan semata-mata
karya atau teks sastera karya yang pelbagai genre seperti difahami
antaranya cerpen, novel, puisi dan lain. Bahan-bahan bacaan dalam
kesusasteraan yang lain adalah Kritikan Sastera, Kajian Sastera, Esei
Sastera, Polemik dan Ulasan Sastera.

Kritikan sastera adalah bidang penghujahan ilmiah yang tentang
sesebuah karya secara spesifik atau perbandingan. Kajian sastera
akan mengambil kira analisis secara aplikasi teori sastera yang
berkaitan. Hal ini didalami jika mempelajari bidang kesusasteraan
dengan lebih mendalam.

Kajian sastera pula adalah perbincangan-perbincangan dan
analisis berkaitan karya kesusasteraan dan juga berkaitan dengan
bidang-bidang kemanusiaan yang lain. Contohnya kajian ini akan
mendalami secara ilmiah tentang sumbangan pengarang dalam
sejarah sesebuah negara. Kajian sastera bergantung kepada tujuan
pengkaji sama ada untuk mendapatkan maklumat secara umum,
membuat perbandingan, menganalisis makna, mengkategorikan
perlakuan budaya, menghuraikan unsur gaya bahasa, unsur
kesopanan, kedudukan istana dan banyak lagi. Terdapat beberapa
tahap dan peringkat dalam kajian sastera. Ada yang bertahap
sederhana dan umum, malahan ada yang peringkat lebih tinggi dan
mendalam.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Esei sastera termasuk polemik dan ulasan sastera adalah
penulisan yang bersifat ringkas dan mudah difahami oleh pelbagai
peringkat khalayak pembaca. Esei sastera selalu dihidangkan di
akhbar atau majalah, malahan dalam blog dan laman web. Esei
sastera membawakan maklumat dan perbincangan umum. Namun
terdapat juga isu-isu yang ‘panas’ dibawakan oleh penulis untuk
mendapat perhatian pembaca. Perbincangan yang berterusan
dianggap sebagai polemik. Isu-isu semasa yang dibincangkan secara
ilmiah dalam bentuk tulisan membawa kepada tujuan yang sihat, iaitu
untuk perkembangan kesusasteraan sastera dan masyarakat.

Antara isu yang pernah dibincangkan malahan menjadi
kontroversi dan polemik adalah isu kesusasteraan sebagai subjek atau
komponen dalam Bahasa Melayu, teks yang dipilih untuk pengajaran
di sekolah, hadiah sastera, tajaan dan pengiktirafan dan berbagai-
bagai lagi.

Selain mendalami karya kesusasteraan dalam negara, para
pelajar juga digalakkan untuk mengenali karya-karya besar
kesusasteraan berbagai-bagai negara lain. Karya-karya klasik yang
‘besar’ dan penting, malahan sering diperkatakan, sebaik-baiknya
dapat dibaca. Karya-karya klasik dunia seperti Matsnawi, puisi terkenal
Jalaludin Rumi ataupun puisi Iqbal, seharusnya diketahui. Demikian
karya besar dari India, Mahabrata dan juga Ramayana. Begitu juga
dengan cerita Arabian Night (1001 Malam). Karya-karya dramatis
terkenal dunia, iaitu Shakespeare juga seharusnya dikenali.

Dalam konteks moden, kesusasteraan di berbagai-bagai negara
terus berkembang dengan lahirnya ramai pengarang yang berbakat.
Setiap tahun anugerah Hadiah Nobel (Noble Prize) diberikan kepada
pengarang-pengarang yang menghasilkan karya-karya yang baik.
Hasil karya sasterawan terkenal dunia seperti Franz Kafka, Natsome
Soseki, Ernest Hemingway, Herman Merville, Gabriel Garcia Marquez,
Pramoedya Ananta Toer, Mo Yan, Chinua Achebe, Jose Saramago
dan lain-lain. Demikian hasil karya sasterawan mutakhir yang dikenali
seluruh dunia seperti Haruki Murukami, Stephen King, Jhumpa Lahiri,
Kazuo Ishigiro dan banyak lagi.

Karya-karya sastera yang lama di Malaysia dan peringkat
Nusantara antaranya prosa dan puisi-puisi yang dihasilkan Raja Ali
Haji, puisi Hamzah Fansuri serta karya kesusasteraan yang terkenal,

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Hikayat Hang Tuah dan banyak lagi. Demikian juga lahirnya pengarang
terdahulu seperti Tun Seri Lanang yang menyusun Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dan Abdullah Munsyi dengan Hikayat Abdullah.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) juga antaranya yang pernah
menterjemah novel Mark Twain bertajuk Anak Papa Anak Raja, namun
beliau banyak menghasilkan buku tatabahasa Melayu. Terdapat lagi
beberapa nama pengarang atau sasterawan Malaysia terawal yang
telah menghasilkan karya kesusasteraan yang bermutu antaranya
Ishak Haji Muhammad (juga dikenali sebagai Pak Sako), Abdul Kadir
Adabi, Abdul Rahim Kajai, Harun Aminurrashid dan Abdul Samad
Ahmad.

Demikian yang lebih moden di Indonesia, nama Hamka
(singkatan bagi Haji Abdul Malek Karim) juga dikenali hingga ke hari
ini dengan karyanya seperti Tenggelamnya Kapal van Der Wijck dan
Di Bawah Lindungan Kaabah. Selain itu antara sasterawan Indonesia
yang diperkatakan hingga kini ialah Pramoedya Ananta Toer, Mukhtar
Lubis, YB Mangunwijaya dan Ahmad Tohari.

Karya kesusasteraan Malaysia terus berkembang dengan
penghasilan novel, buku kajian, kumpulan kertas kerja daripada
seminar dan persidangan, penerbitan majalah, cerpen dalam bentuk
kumpulan perseorangan ataupun antologi. Selain itu diteruskan dalam
bentuk karya eceran dalam majalah dan akhbar.

Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengiktirafan terhadap karya
kesusasteraan telah diwujudkan sejak sekian lama. Penganjuran
hadiah dan pertandingan penulisan ini dilaksanakan oleh pihak
kerajaan antaranya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (di
bawahnya Dewan Bahasa dan Pustaka), Kementerian Belia dan
sukan, Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan dan yang
lain. Demikian juga peringkat negeri-negeri.

Penganjuran pemberian hadiah dan anugerah ini turut disokong
oleh pihak korporat dan syarikat swasta serta organisasi lain seperti
persatuan-persatuan penulis. Antara hadiah dan anugerah yang
pernah dan masih diteruskan ialah Anugerah Sastera Negara yang
memberikan gelaran Sasterawan Negara, Anugerah Asia Tenggara
(SEA Write Award), Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan,

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Hadiah Sastera Negeri dan hadiah-hadiah daripada pertandingan-
pertandingan (sayembara) dari semasa ke semasa.

Sejak tahun 1982 sehingga 2017, 13 orang Sasterawan Negara
(SN) telah dianugerahkan kepada para sasterawan yang banyak
berjasa dan menghasilkan karya penulisan yang bermutu. Mereka
ialah;

1. Keris Mas (Kamaludin Haji Muhammad). Beliau yang banyak
menghasilkan karya cerpen dan novel. Antara novel beliau ialah
Anak Titiwangsa, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan
antaranya cerpen beliau ialah “Pemimpin Kecil dari Semantan”
dan “Kami yang Terlibat.”

2. Usman Awang (Datuk). Beliau juga dikenali sebagai Tongkat
Warrant. Banyak menghasilkan karya berbentuk puisi (sajak)
antaranya “Salam Benua”, “Anak Jiran Tionghoa”, “Guru Oh
Guru” dan banyak lagi. Menulis pernah menghasilkan sebuah
novel bertajuk Tulang-tulang Berserakan. Drama beliau
antaranya ialah “Tamu di Bukit Kenny” dan yang terkenal ialah
Uda dan Dara dan Matinya Seorang Pahlawan.

3. Shahnon Ahmad (Datuk). Beliau banyak menghasilkan novel
dan cerpen selain turut menghasilkan esei ilmiah dan kritikan
sastera. Antara novel Shahnon Ahmad ialah Ranjau Sepanjang
Jalan, Rentong, Tunggul-tunggul Gerigis dan Mahabbah.

4. Arenawati (Muhammad Abdul Biang). Beliau juga banyak
menghasilkan cerpen dan novel. Antara novel beliau ialah
Sandera, Sakura Mengorak Kelopak dan Sukma Angin.

5. A. Samad Said (Datuk). Beliau adalah antara SN yang terkenal
dengan penampilan dan gaya yang tersendiri. Beliau menulis
hampir kesemua genre iatu novel, cerpen, puisi dan drama.
Antara karya beliau ialah novel Salina dan Hujan Pagi serta
drama Lantai T. Pinkie.

6. Muhammad Haji Salleh (Professor Dr.). Beliau banyak
menghasilkan kajian kesusasteraan dan penulisan puisi. Antara
kumpulan puisi beliau ialah Sebuah Unggun di Tepi Danau dan
Aksara Usia.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

7. Noordin Hassan (Datuk). Sehingga kini, Noordin Hassan adalah
satu-satunya SN yang memfokuskan dalam penulisan drama.
Antara drama beliau ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Tiang Seri
Tegak Berlima, Cindai, Anak Tanjung dan Malam Ini Penyu
Menangis.

8. Abdullah Hussain (Datuk). Beliau banyak menghasilkan karya
cerpen dan novel selain menterjemah. Antara novel beliau ialah
Interlok dan Konserto Terakhir.

9. S.Othman Kelantan (Dr. Syed Othman Syed Omar).Belia juga
banyak menghasilkan cerpen dan novel serta merupakan
seorang sarjana kesusasteraan yang banyak menghasilkan
kajian dan esei ilmiah. Antara novel belia ialah Juara, Wajah
Seorang Wanita dan Orang Kota Bharu.

10. Anwar Ridhwan (Datuk Dr.). Karya beliau terdiri daripada
pelbagai genre. Beliau pernah menghasilkan kumpulan puisi,
kumpulan cerpen, buku kajian sastera dan novel. Antara cerpen
beliau yang terkenal ialah “Dunia Adalah Sebuah Apartment”.
Manakala novel beliau yang sering diperkatakan ialah Hari-hari
Terakhir Seorang Seniman dan Naratif Ogonshoto.

11. Kemala (Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah). Beliau banyak
menghasilkan puisi selain pernah menulis cerpen dan drama.
Antara kumpulan puisi beliau ialah ‘Ayn, Meditasi dan Titir Zikir.

12. Baha Zain (Datuk Baharuddin Zainal). Beliau banyak
menghasilkan puisi. Antara kumpulan puisi beliau ialah Tiga
Catatan Perjalanan, Topeng-topeng dan Menangguhkan
Kebenaran.

13. Zurinah Hassan (Datuk Dr.). Sehingga kini beliau adalah satu-
satunya SN wanita. Antara karya beliau adalah kumpulan puisi
Sesayup Jalan dan Salasilah.

Namun demikian terdapat juga pengarang atau sasterawan
yang terkenal dengan hasil karya yang baik, bermutu dan diiktiraf,
antaranya Dharmawijaya, Adibah Amin, Fatimah Busu, Azizi Haji
Abdullah, T. Alias Taib, Suhaimi Haji Muhammad, Baharuddin Kahar,
Jong Chian Lai, Azmah Nordin, Siti Zainon Ismail dan banyak lagi.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Kemunculan para pengarang generasi yang berikut turut
bersemarak dengan karya yang membawakan gaya baru dan segar.
Beberapa pengarang generasi baru dengan hasil karya yang bermutu
dan diiktiraf antaranya ialah Zaen Kasturi, S.M Zakir, Siti Jasmina
Ibrahim, Mawar Shafei, Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Nisah Haron
dan ramai lagi. Generasi ini diikuti oleh generasi berikutnya antaranya
Muhammad Lutfi Ishak, Rebecca Ilham Rameli, Wan Nor Azriq, Fadh
Razi dan ramai lagi.

Kelangsungan kesusasteraan di Malaysia mendapat sokongan
daripada organisasi yang diamanahkan oleh kerajaan, selain inisiatif
badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat penerbitan. Antara
institusi sastera yang banyak menyokong program dan insentif galakan
penulisan dan penerbitan ialah Dewan bahasa dan Pustaka (DBP),
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Perpustakaan Negara,
Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan yang lain.

Penutup

Penghargaan terhadap bidang kesusasteraan bermula dengan
penghormatan terhadap hasil karya yang dibaca, diikuti kepada para
pengarang yang menghasilkannya. Bakat dan kebolehan individu tidak
sama namun ada kemungkinan minat dan penghayatan akan
membawa kepada minat untuk menghasilkan karya pula kemudian.

Selain itu penghargaan terhadap karya kesusasteraan diteruskan
dengan usaha mengangkat kesusasteraan kepada masyarakat umum
dalam bentuk usaha mengadaptasi karya ke medium filem (di Malaysia
sejak tahun 1950-an), melaksanakan berbagai-bagai program dan
aktiviti bersifat sastera, meneruskan penerbitan yang meluas serta
promosi melalui media sosial.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Rujukan
Ali Ahmad et. al. (1996). Bunga Rampai, Sastera Melayu Warisan

Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ariff Mohamad & Naffi Mat (2015) Pengajaran Komsas dalam Bahasa

Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Muhibbah.
Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir (2009). Kesusasteraan

dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Pustaka Salam.
Azman Wan Chik (1987). Isu-Isu Dalam Pengukuran dan Penilaian
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bhasah bin Hj. Abu Bakar (2006). Pengujian, Pengukuran dan
Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Brumfit dan Carter. 1987. Literature and Language Teaching. Oxford:
Oxford Univesity Press.
Carter, R.& Mc Rae,J. (Ed.) (1996). Language, Literature & The
Learner. New York: Longman.
Gorys Keraf (2006). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia
Pustaka Utama.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan
Genre. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mohamad. (2012). Sastera Dalam Pendidikan di Sekolah.
Prosiding Sastera Membina Peradaban Bangsa diterbitkan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,
Pinang, 2002) 170-181.

Ishak Ramli (2003). “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Genre
Puisi” dlm. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran
KOMSAS. 7-8 Februari. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Ismail Hamid. 1987. Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Kalam Hamidi (2003). Pegangan Pementasan Drama. Bangi:
Penerbit UKM

Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khatijah Abdul Hamid & Aminah Haji Harun (1989). Pengujian dan
Penilaian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon (1994). Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lazar, Gilliann. (1999). Literature and Language Teaching.
Cambridge: Cambridge University Press.

Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Strategi
Perancangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Mana Sikana. (2004). Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norton, D.E. (1992). The Impact of Literature-Based Reading. New
York: Macmillan.

Nyoman Kutha Ratna (2009). Stilistika, Kajian Puitika Bahasa,
Sastera dan Budaya. Jogjakarta: Pustaka Pelajar.

Othman Puteh (peny.) (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh (1993) Penulisan Cerpen Visi dan Langgam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh (2001). Persediaan Menulis Novel. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shanon Ahmad (1991) Sastera Sebagai Seismografi Kehidupan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad (1994). Sastera Pengalaman Ilmu Imaginasi dan
Kitarannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz (2004). Novel dalam Kritikan. Pulau Pinang:
Penerbit USM.

Tyler and Ralth. (1999). Methodology and Basic Principles of
Teaching Literature in Language Studies and Instruction.
Chicago: University Press.

Wan Norlidza Wan Mohd Zain & Tuan Zainab Wi (2017) Apresiasi
KOMSAS Kuingin Berterima Kasih. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling (2005). “Minda Melayu - Suatru Tafsiran” dlm. Anwar
Ridwan (peny.) Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD

Zalila Sharif et. al. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version