KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
- Menentukan matlamat pengajaran
- Apakah yang guru mahu pelajar kuasai setelah pengajaran?
- Apakah aspek syair yang perlu ditonjolkan dalam pengajaran?
- Mengenal pasti ciri pelajar
- Pemahaman terhadap syair
- Sikap terhadap syair
- Minat terhadap syair
- Penglibatan dalam syair
- Mengenal pasti ciri dan aspek syair
- Bentuk syair
- Bahasa syair
- Penciptaan syair
- Merancang aktiviti penyelesaian masalah
- Teknik penulisan jurnal
- Penglibatan – melagukan syair
- Penghuraian – rangkap demi rangkap
- Penerangan – secara keseluruhan, cerita , mesej
- Menimbulkan imaginasi (pemetaan)
- Membuat interpretasi (aspek syair, istilah, frasa)
- Membuat perkaitan (struktur, intertekstualiti)
- Membuat penilaian (menilai bahasa, mesej, kisah, pengajaran)
Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi respons
pembaca
Strategi Respons Aktiviti
Mengaitkan Penulisan bebas
Fikiran lantang
Menghurai Mencatat
Menyenaraikan
Membayangkan Kerusi pembaca
Perbincangan
Menerangkan Menulis jurnal
Bertanya soalan
Menginterpretasikan Interpretasi lisan
Pemetaan
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Menghubungkan Pokok cerita
Penilaian Konferensi
Main peranan
Pendekatan Induktif
Dikenali juga sebagai pendekatan gramatikal: contoh- penyimpulan
hukum, peraturan atau generalisasi. Menggunakan ‘kaedah
penemuan’: memerhati, menganalisis, dan menyimpul data. Guru tidak
digalakkan memberi definisi atau menerang peraturan. Pendekatan ini
menggunakan teknik penyoalan, perbincangan, pemerhatian, kajian,
memberi contoh- sebelum membuat generalisasi
Pendekatan induktif ialah satu pendekatan mengajar yang
melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses
penaakulan ini, pelajar-pelajar tidsak diajarkan sesuatu bahan
pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang
berkaitan dengan pelajaran tersebut, tetapi mereka digalakkan
mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Selepas itu, mereka
akan mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang
telah dilakukan itu.
Konsep Pendekatan Induktif
- Mempelajari sesuatu bagi mendapatkan hukum
- Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
- Mengumpul maklumat bagi membentuk hukum
- Membuat kesimpulan daripada contoh
- Membuat penyimpulan daripada urutan pemikiran
- Membuat sintesis daripada yang khusus kepada yang umum
- Menaakul bagi mendapatkan peraturan umum daripada fakta &
contoh
Ciri-ciri Pendekatan Induktif
- Matlamat bagi membentuk kebiasaan
- Guna deria bagi mendapatkan pengetahuan
- Mementingkan kekerapan ulangan
- Menekankan pengajaran konkrit
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
- Selaras dengan linguistik structural dan teori behaviourism
- Belajar dengan bimbingan guru
- Penglibatan aktif murid
- Bersifat saintifik
- Penekanan aspek lisan
Model : Contoh Generalisasi
Prinsip Pendekatan Induktif
- Guru sediakan struktur isi/kognitif
- Strategi penyoalan membantu bina konsep dan buat
generalisasi
- Libatkan kemahiran intelektual :
- Pembentukan konsep, membuat generalisasi/interpretasi,
menguji generalisasi
- Mempelbagaikan aktiviti
- Bentuk pembelajaran konkrit
- Contoh sesuai dan cukup
- Contoh dari guru dan murid
- Guru membantu dan membimbing
- Melibatkan pemikiran
- Mencari, memerhati, mengkaji, mengemukakan contoh,
penyimpulan
Pendekatan Deduktif
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif
melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan dan diberi
maklumat-maklumat tertentu tentang bahasa yang hendak dipelajari
itu. Meraka kemudian mengaplikasikan peraturan-peraturan itu apabila
mereka menggunakan bahasa tersebut.
Pendekatan deduktif merupakan satu pendekataan pengajaran
bahasa yang menekankan kepada pembelajaran peraturan-peraturan
nahu sesuatu bahasa. Pendekatan ini mempercayai pengetahuan
seseorang tentang sesuatu yang hendak dipelajari itu amat berguna.
Ini adalah kerana pengetahuan tersebut dapat membantu
memudahkan proses pembelajaran yang seterusnya.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa,
pendekatan ini menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum guru berkenaan melakukan
pengaplikasian rumus-rumus tersebut melalui contoh-contoh. Dalam
kebanyakan situasi belajar, terutama dalam menyusun isi, pendekatan
ini mengutamakan genaralisasi dilakukan pada bahagian awal
pengajaran dan selepas itu bergerak kepada contoh-contoh. Guru
memberi latihan berdasarkan contoh-contoh tadi. Biasanya, guru
dibenarkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan, isi
dan kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau
memberitahu objektif pengajaran pada bahagian awal pengajaran.
Konsep Deduktif
- Mempelajari sesuatu berdasarkan hukum
- Melibatkan proses penaakulan dengan mendapatkan fakta atau
contoh daripada peraturan umum
- Menganalisis fakta/isi yang membentuk generalisasi
- Membuat pencerakinan
Ciri-ciri Pendekatan Deduktif
- Matlamat pemerolehan struktur kognitif
- Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan
diperoleh
- Perantara fikiran
- Generalisasi- contoh
- Penekanan aspek tulisan
Model : Generalisasi Contoh
Prinsip Pendekatan Deduktif
- Takrifan masalah
- Generalisasi
- Secara eksplisit
- Contoh sebenar
- Struktur kognitif
- Memudahkan pembelajaran
- Pembelajaran + pemahaman = lebih kekal
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Pendekatan Elektif
Pendekatan elektif ialah satu pendekatan yang diwujudkan hasil
daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Pendekatan ini
menggabungkan ciri baik yang terdapat dalam pendekatan-
pendekatan tersebut untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran tertentu. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada
beberapa pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah, dan
berkesan.
Contoh: Generalisasi Contoh
atau Contoh
Generalisasi Generalisasi
Prosedur 1 menekankan induktif
Prosedur 2 menekankan deduktif
Dilaksanakan mengikut daya kebolehan pelajar
Pendekatan Komunikatif
Didasarkan daripada teori Fungsian oleh M.A.K Halliday (1970.
Tumpuan kepada kecekapan komunikasi. Kecekapan linguistik dicapai
melalui kecekapan komunikasi.
Pendekatan komunikatif bepusatkan pelajar berfokuskan
bentuk-bentuk komunikatif seperti minta maaf, bercerita, melapor,
menyampaikan maklumat, berjanji dan lain-lain seperti mana yang
berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Pendekatan ini
menekankan bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk gramatikal bagi
tujuan berkomunikasi secara berkesan.
Dalam pendekatan komunikatif, penguasaan bahasa paling
tinggi ialah penguasaan berkomunikasi. Ini bermakna pelajar mesti
mempunyai kebolehan membuat pilihan struktur ayat yang paling
sesuai untuk konteks bahasa yang tertentu dan mengenal fungsi
komunikasi dalam ayat tersebut. Menurut Munby (1980), ia melibatkan
kecekapan tatabahasa, kecekapan sosiobudaya dan kecekapan
wacana.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Kecekapan tatabahasa
Kecekapan tatabahasa bermaksud mempunyai pengetahuan tentang
perbendaharaan kata, morfologi, sintaksis, semantik, dan fonologi.
Dengan mengetahui semua aspek di atas akan membolehkan pelajar
menentukan dan melahirkan ayat yang betul dalam pertuturan.
Kecekapan sosiobudaya
Kecekapan sosiobudaya pula bermakna seseorang itu mempunyai
pengetahuan tentang hukum-hukum yang menentukan jenis-jenis
pertuturan yang akan dihasilkan, yang sesuai dengan persekitaran
sosial yang menjadi latar kepada pertuturan itu. Dalam hal ini faktor-
faktor yang berhubungan dengan orang yang bercakap, orang yang
diajar bercakap, butir percakapan dan sebagainya dipertimbangkan.
Kecekapan wacana
Kecekapan wacana bermaksud seseorang itu mempunyai
pengatahuan tentang penggunaan bahasa dalam konteks wacana.
Menurut Asmah Haji Omar (1984), wacana ialah keseluruhan
penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis. Yang dimaksudkan
dengan keseluruhan penglahiran bahasa ialah penglahiran sistem
bahasa dan juga penglahiran unsur-unsur yang luar daripada sistem
bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan
yang berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam
berkomunikasi.
Ciri-ciri Pendekatan Komunikatif
- Mementingkan aspek makna
- Fungsi utama bahasa adalah untuk berinteraksi dan
berkomunikasi
- Mementingkan konteks dan situasi penggunaan bahasa
- Tujuan utama pembelajaran bahasa untuk mencapai
kecekapan komunikatif bukan kecekapan bahasa
- Ketepatan bahasa tidak ditentukan secara mujarad tetapi
mengikut konteks
- Bahan-bahan pembelajaran sesuai dengan situasi
Prinsip-prinsip Pendekatan Komunikatif
- Murid jelas tujuan serta maklumat aktiviti pembelajaran
- Semua latihan dan aktiviti bahasa bersesuaian dengan umur,
latar belakang, pengalaman, minat dan keperluan murid
- Murid belajar dalam situasi yang menyerupai keadaan sebenar
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
- Aktiviti menimbulkan keinginan untuk berkomunikasi
- Kreativiti guru menghidupkan suasana pembelajaran sangat
diutamakan
Dimensi Kecekapan Komunikatif (Canale & Swain 1980 )
- Kecekapan Tatabahasa : pengetahuan tatabahasa, hukum,
binaan ayat, sebutan, ejaan
- Kecekapan Sosiolinguistik : faktor kontekstual (status peserta,
tujuan, dan norma interaksi)
- Kecekapan Wacana : rules of speech, speech event, bentuk
panggilan
- Kecekapan Strategi : speech act (meminta, memohon maaf,
menjemput)
Peranan Pelajar
- Mengambil bahagian secara aktif
- Bekerjasama mendapatkan maklumat
- Terlibat dalam aktiviti yang mencabar : berhujah, berbahas,
berdiskusi
- Bersedia mengembangkan pengetahuan dan kemahiran
- Berani mengutarakan pendapat dan pandangan
Peranan Guru
- Sebagai pemudah cara proses komunikasi antara pelajar
- Menganalisis keperluan pelajar dan bertindak balas terhadap
keperluan tersebut
- Bersifat neutral, sumber maklumat, pemandu prosedur dan
penyelidik
- Hubungan dengan pelajar yang mesra
- Bersifat fleksibel dan tidak rigid
Peranan Bahan
- Teks asas
- Dialog, latih tubi, corak ayat, gambar
- Bahan Tugasan
- Permainan, main peranan, simulasi, lakonan, kad situasi, jigsaw
puzzle
- Bahan autentik & semula jadi : akhbar, iklan, carta, gambar, peta
Prosedur
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
- Aktiviti Pra komunikatif
- Aktiviti Berstruktur
- Aktiviti Separuh Komunikatif
- Aktiviti Komunikatif
- Aktiviti Komunikasi Fungsian
- Aktiviti Interaksi Sosial
Pendekatan Pembelajaran Kerjasama (Cooperative Learning)
Student Team-Achievement Division (STAD)
Mengikut teknik ini setiap pelajar yang berada di dalam kumpulan akan
cuba memanipulasikan semua bentuk pengajaran secara bersama.
Sama-sama berusaha mencapai tahap kefahaman atau kemahiran
yang diperlukan. Perkongsian maklumat, pengalaman, dan kejayaan.
Team Assisted Individualization (TAI)
Diperkenalkan oleh Slavin, Leavey, dan Madden (1985). Teknik ini
hampir sama dengan STAD tetapi apa yang ditambah ialah wujudnya
pengajaran secara individu. Pembelajaran kerjasama seperti ini adalah
asas pembentukan pengajaran yang lebih tinggi keupayaannya.
Cooperative Integrated Reading And Composition (CIRC)
Diperkenalkan oleh Steven dan Slavin (1995).Kaedah ini menekankan
kepada aktiviti pembacaan dan penulisan. Setiap ahli akan cuba
membantu ahli lain dalam konteks memahami apa yang telah dibaca.
Penulisan rumusan, ejaan, perbendaharaan kata, dan termasuk juga
maklum balas terhadap kandungan bacaan. Konteks aktiviti secara
bersama ini mewujudkan pemahaman yang lebih di kalangan pelajar.
Jigsaw In Jigsaw
Diperkenalkan oleh Aronson, Blaney Stephen, Sikes dan Snapp
(1978). Kaedah ini menggunakan 6 orang ahli dan akan bekerja
menggunakan bahan akademik yang telah dipecahkan kepada
beberapa bahagian yang lebih kecil. Kesepakatan setiap ahli amat
penting kerana peranan mereka sebagai pelapor terhadap apa yang
telah dianalisis. Penjimatan masa akan dapat diwujudkan di mana
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
setiap ahli tidak perlu membaca pada keseluruhan dan tugas ini telah
diagihkan mengikut kepentingan ahli kumpulan.
Learning Together
Diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson ( 1994 ). Mengikut kaedah
ini setiap ahli dalam kumpulan akan dibina sikap bekerjasama secara
kumpulan terlebih dahulu. “Team Building” yang dibentuk akan
memudahkan pembelajaran secara bersama (Learning Together).
Diskusi bersama dalam kumpulan adalah amat penting dalam kaedah
ini kerana dengan cara inilah yang memberikan peluang setiap ahli
memahami apa yang kurang difahami.
Group Investigation
Diperkenalkan oleh Sharan dan Sharan (1992). Setiap ahli dalam
kumpulan kerjasama akan diminta mengadakan kumpulan kecil dan
setiap kumpulan diberikan tugasan. Penyelidikan dilakukan secara
bersama dalam kumpulan dan kemudiannya setiap kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan.
Pendekatan Kontekstual
Pengajaran dan pembelajaran kontekstual merupakan suatu konsepsi
bagi membantu guru mengaitkan isi pelajaran dengan situasi dunia
nyata. Pendekatan ini juga dapat memberi motivasi kepada murid-
murid untuk membuat hubungan antara pengetahuan yang ada dan
menerapkan dalam kehidupan seharian, dalam keluarga, masyarakat
dan negara.
Pembelajaran kontekstual atau contextual teaching and learning
(CTL) sudah lama dipraktikkan di Amerika. John Dewey
memperkenalkannya supaya digunakan di sekolah-sekolah.
Pengajaran ini dikaitkan dengan minat dan pengalaman murid-murid.
Ini bermakna, pengajaran kontekstual adalah pengajaran yang
memungkinkan murid-murid menguatkan, memperluaskan dan
menerapkan pengetahuan sedia ada dalam pelbagai bentuk aktiviti
pembelajaran agar masalah-masalah di sekolah dan di luar sekolah
dapat diselesaikan.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Pembelajaran kontekstual dapat membantu guru mengaitkan
bahan yang diajar dengan situasi dunia nyata murid-murid dan
mendorong mereka membuat hubungan antara pengetahuan yang
dimiliki dengan penerapannya dalam kehidupan seharian, dengan
melibatkan tujuh komponen utama pembelajaran kontekstual, iaitu:
konstruktivisme, bertanya, inkuiri, masyarakat belajar (learning
community), Permodelan penilaian autentik. Dalam konteks ini, murid-
murid dapat menyelesaikan masalah baru dan yang belum pernah
dihadapi, serta memiliki tanggungjawab yang lebih terhadap
pelajarannya, seiring dengan peningkatan pengalaman dan
pengetahuan mereka.
Pembelajaran secara kontekstual banyak memberi manfaat
kepada murid. Mereka akan memanfaatkan hubungan di dalam dan di
luar kelas untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Pendekatan
ini merujuk kepada pengalaman murid-murid dan ini lebih relevan dan
bererti kepada murid-murid dalam mempertingkatkan pengetahuan
yang akan mereka terapkan dalam pembelajaran seumur hidup.
Bahan pelajaran akan bertambah bererti jika murid-murid mempelajari
bahan pelajaran yang disediakan oleh guru melalui konteks kehidupan
mereka, dan ini dapat menemukan erti di dalam proses
pembelajarannya, sehingga pembelajaran akan menjadi lebih bererti
dan menyenangkan. Murid-murid akan bekerja keras untuk mencapai
tujuan pembelajaran sebagai satu mekanisme membina pengetahuan
baru.
Pembelajaran menggunakan pendekatan kontekstual akan
mencipta ruang bilik darjah yang di dalamnya murid-murid akan
menjadi lebih aktif dan bertanggungjawab. Ini dapat mengelak murid-
murid bersikap pasif. Penerapan pendekatan ini juga untuk membantu
guru untuk menghubungkan bahan pelajaran yang disediakan dengan
situasi dunia nyata dan memotivasikan murid-murid untuk membentuk
hubungan antara pengetahuan dan aplikasinya dengan kehidupan
mereka sebagai anggota keluarga, masyarakat dan warga negara.
Penerapan Pendekatan Kontekstual
Terdapat tujuh komponen utama yang harus dititikberatkan, iaitu
konstruktivisme, inkuiri, bertanya, masyarakat belajar, permodelan,
refleksi dan penilaian sebenar.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
1. Konstruktivisme
Pengajaran menggunakan idea-idea kontrukstivis moden lebih
menekankan pada pembelajaran koperatif, melibatkan aktiviti dan
penemuan. Penekanan dalam model ini lebih kepada hakikat sosial
dari pembelajaran. Murid-murid belajar melalui interaksi dengan orang
dewasa atau rakan sebaya dalam bilik darjah.
2. Inkuiri
Guru harus merancang aktiviti penemuan, apa pun bahan yang diajar.
Prosedur inkuiri terdiri daripada:
- Penyeliaan (observe)
- Bertanya (questioning)
- Hipotesis (hyphotesis)
- Pengumpulan data (data gathering)
- Rumusan (conclusion)
Langkah-langkah pelaksanaan:
- Merumuskan masalah
- Mengamati atau melakukan penyeliaan
- Menganalisis dan menghasilkan penulisan dalam bentuk
laporan dan karya lain-lain.
- Membentang hasil penulisan kepada rakan sedarjah, guru
atau khalayak lain.
3. Bertanya (Questioning)
Bertanya merupakan strategi utama yang berlandaskan kontekstual.
Bertanya dalam pembelajaran dianggap sebagai kegiatan guru untuk
mendorong, membimbing, dan menilai kemampuan berfikir murid-
murid.
Aktiviti bertanya amat penting untuk:
- Menggali informasi
- Menguji pemahaman murid-murid
- Membangkitkan respons kepada murid-murid
- Mengetahui sejauh mana keinginan murid-murid
- Mengetahui hal-hal yang sudah diketahui oleh murid-murid
- Memfokuskan perhatian murid-murid pada sesuatu yang
dikehendaki oleh guru.
- Membangkitkan lebih banyak lagi pertanyaan dari murid-murid.
- Menyegarkan kembali pengetahuan yang sedia ada.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
4. Masyarakat Belajar (Learning Community)
Konsep - hasil belajar yang diperoleh dari perkongsian antara kawan,
kumpulan, dan murid yang tahu dengan yang belum tahu. Individu
atau kumpulan individu yang berada di sesuatu tempat, di luar bilik
darjah, semuanya adalah anggota masyarakat-belajar.
Guru disarankan untuk mewujudkan kumpulan kecil semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid-murid dibahagikan
kepada kumpulan kecil yang anggotanya heterogen. Murid yang
pandai akan membantu murid yang lemah, sudah tahu akan
memberitahu kepada murid yang belum tahu, murid yang cepat
menangkap ilmu akan mendorong kawannya yang lambat, mempunyai
pendapat kritis atau kreatif akan segera memberi usul dan seterusnya
kepada kawan-kawannya.
5. Permodelan
Guru bukan satu-satunya model. Permodelan boleh dirancang dengan
melibatkan murid-murid. Seseorang murid boleh ditunjuk untuk
memodelkan sesuatu berdasarkan pengalaman yang dimiliki. Model
juga boleh diambil dari luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu, misalnya membawa seorang ahli bomba atau seorang
jururawat untuk menjadi model cara-cara melakukan tugas mengikut
bidang masing-masing.
6. Refleksi
Refleksi merupakan respons terhadap kejadian, aktiviti atau
pengetahuan yang baru diterima. Guru membantu murid-murid
membuat hubungan antara pengetahuan yang dimiliki sebelumnya
dengan pengetahuan yang baru. Antara refleksi yang boleh dilakukan
ialah:
- Pernyataan terus tentang apa yang diperolehi pada hari
berkenaan.
- Murid-murid menghasilkan catatan atau jurnal.
- Kesan dan saranan murid-murid mengenai apa yang dipelajari
hari itu.
- Diskusi
7. Penilaian Autentik (Authentic Assessment)
Penilaian merupakan proses pengumpulan data yang boleh
memberikan gambaran perkembangan belajar murid-murid.
Gambaran ini perlu diketahui oleh guru agar dapat memastikan murid-
murid mengalami proses pembelajaran dengan cara berkesan.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 (PA21)
Pendekatan ini membawakan dimensi baharu dalam pembelajaran.
Kepesatan teknologi dan perubahan zaman memerlukan gaya
pembelajaran juga berubah. Seiring dengan perkembangan semasa,
pendekatan ini banyak mengaplikasi teknologi. Selain itu, dalam
pendekatan ini, pelajar banyak melaksanakan pembelajaran secara
koperatif selain melaksanakan pembelajaran kendiri. Perbincangan
tentang teknik-teknik terkini dalam PA21 ini dibincangkan secara
ringkas dalam bab berikutnya.
Dipetik daripada laman www.pendidik2u.my (2017), dinyatakan
bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat
seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke
arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu
perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-
perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan
usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah
melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PA21) bermula pada tahun
2014. PA21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia
pendidikan kerana dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan
pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia
pendidikan. PA21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang
berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang
diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta
aplikasi nilai murni dan etika.
Penutup
Terdapat berbagai-bagai pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Daripada pendekatan yang dikenal pasti, guru
merancang pengajaran dengan melaksanakan berbagai-bagai teknik
dan aktiviti pengajaran. Pendekatan pengajaran ini perlu disokong
dengan suasana yang selesa dan persediaan serta kreativiti guru.
Selain pendekatan yang dinyatakan, terdapat banyak lagi pendekatan
yang sesuai yang boleh dipilih dan aplikasi. Idea-idea tentang
pengajaran akan terus berkembang seiring dengan kepesatan zaman
teknologi dan komunikasi serta pengaruh budaya dan globalisasi.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
8
TEKNIK PENGAJARAN KOMSAS
DALAM BAHASA MELAYU
Pendahuluan
Seperti yang dibincangkan dalam bab sebelum ini, strategi pengajaran
dibahagikan kepada tiga iaitu berpusatkan guru, pelajar atau murid dan
media atau bahan. Daripada strategi itu dibawakan dalam pendekatan
yang tertentu. Pendekatan bergantung kepada teori atau idea yang
besar. Pendekatan juga disebut sebagai kaedah bagi sesetengah buku
dan oleh ahli pedagogi. Daripada pendekatan dan kaedah itu,
dipecahkan lagi kepada teknik pengajaran.
Teknik adalah bahagian yang lebih kecil dalam fasa pengajaran
guru atau pembelajaran murid. Teknik lebih mendekati kepada aktiviti-
aktiviti dalam perlangsungan pembelajaran. Teknik diertikan sebagai
taktik atau cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
dan jangka panjang pada waktu mengajar bahagian bahasa tertentu.
Teknik adalah cara yang lebih khusus yang diciptakan untuk
menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik lebih terarah kepada
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah (kelas) ataupun luar bilik
darjah. Teknik pengajaran boleh dianggap sebagai satu cara khusus
untuk membantu dan menjayakan sesuatu pendekatan atau kaedah
pengajaran.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Teknik Pengajaran Klasik dan Terkini
Terlalu banyak teknik pengajaran boleh disesuaikan dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dan pengajaran dan pemudah cara (PdPc).
Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa dan
komponen kesusasteraan dalam bahasa. Berikut disenaraikan secara
umum antara teknik-teknik pengajaran yang bersifat klasik dan terkini.
Namun demikian huraian lebih mendalam tentang teknik tertentu
dibincangkan dalam bab berikutnya. Selain itu, ada banyak lagi teknik
yang boleh diambil daripada sumber yang sesuai, selain daripada yang
disenaraikan di sini.
1. Teknik Bercerita
Teknik ini mudah menarik minat murid. Teknik boleh dilakukan ketika
guru ataupun murid yang dipilih bagi menyampaikan pelajaran kepada
murid-murid mereka. Mereka akan lebih cepat menumpukan perhatian
di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang
menyeronokkan. Selain secara lisan, guru boleh menggunakan bahan
bantu seperti bahan audio dan tayangan.
2. Teknik Penerangan
Teknik ini juga sering dikatakan sebagai teknik kuliah. Teknik ini
melibatkan pengajaran fakta-fakta oleh guru secara lisan. Teknik ini
banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-muridnya selalu
pasif. Guru menerangkan, memberi interpretasi dan memberi idea-idea
yang tercetak dalam teks. Teknik ini tidak semestinya digunakan dalam
keseluruhan waktu mengajar dan boleh diasingkan. Walau
bagaimanapun teknik ini mempunyai beberapa kelebihan antaranya
dapat menjimatkan masa dan pengalaman guru dapat dikemukakan
sekali gus.
3. Teknik Perbincangan
Pengajaran yang berbentuk bualan dan dilakukan dalam kalangan
murid-murid di bawah penyeliaan guru. Sewaktu perbincangan, murid-
murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan atau
pendapat mereka. Murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri
dan sosial mereka dengan baik. Namun demikian, teknik perbincangan
telah dikembangkan dengan berbagai-bagai nama dan cara
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
pelaksanaan seperti diskusi, sumbang saran, meja bulat, penyelesaian
masalah dan lain-lain.
4. Teknik Menghafaz dan Latih tubi
Teknik menghafaz ini adalah teknik klasik. Dari segi pelaksanaan,
teknik ini memerlukan 4 langkah:
- Memikirkan bahan yang dipelajari: Murid-murid menumpukan
perhatian pada isi kandungan yang harus diingat
- Mengulang bahan yang dipelajari: Murid-murid dilatih berulang
kali sehingga apa yang dilatih boleh disebut
- Mengucapkan bahan di depan guru supaya orang lain dapat
membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku
- Mengingat bahan yang dipelajari
- Latih tubi ialah melakukan pengulangan. Namun begitu terdapat
juga kelemahan iaitu mengehadkan kebebasan berfikir dan
menumpulkan daya kreatif pelajar.
5. Teknik Penyelesaian Masalah
Teknik ini memerlukan murid-murid mengenal dan mengesan masalah
dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dewey
(1933:105) menyatakan lima langkah melaksanakan teknik ini:
- Kenal masalah- memerlukan murid-murid mengenal masalah,
mengesan masalah dan kemudian menyelesaikan masalah.
- Penentuan masalah- masalah yang dihadapi dikaji dengan teliti.
Guru memberi panduan memusatkan pemikiran murid ke arah
masalah yang sebenar dan menyingkirkan perkara yang tidak
menjadi masalah. Kemudian guru menolong mencari maklumat
untuk menyelesaikan masalah tersebut
- Cadangan penyelesaian- murid membuat data, menganalisis
dan mencari penyelesaian
- Penelitian penyelesaian atau jawapan- guru harus
menggalakkan murid memilih jawapan yang terbaik
- Pemeriksaan kumpulan- setelah murid dapat jawapan, harus
diuji dan membincangkan secara bebas.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
6. Tenik Kloz
Teknik Kloz ialah satu teknik yang digunakan untuk melatih (atau
menguji) kecekapan membaca secara senyap. Teknik ini dicipta oleh
Wilson Taylor dari Amerika Syarikat dalam tahun 1956. Teori ini dicipta
adalah berdasarkan teori psikolinguistik. Teori psikologi yang
digunakan ialah teori Gestalt. Teori linguistik yang digunakan ialah
tentang tiga sistem kiu, iaitu kiu grafonemik, kiu semantik dan kiu
sintaksis dalam ayat-ayat atau bacaan. Teknik kloz digunakan untuk
melatih atau menguji kecekapan bacaan senyap dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah atau menengah. Prosedur dan formula
tertentu perlu diikuti oleh guru yang ingin membina dan mentadbirkan
teknik ini. Memeriksa dan memberi markah ujian Kloz lebih mudah
kerana bercorak objektif, dan dilakukan menurut skema pemarkahan
yang khusus. Teknik ini juga disebut sebagai Prosedur Kloz.
7. Teknik Bacaan Nyaring
Bacaan nyaring dianggap sebagai salah satu kemahiran lisan selain
mendengar dan bertutur. Bacaan nyaring ialah kemahiran menuturkan
apa yang ditulis, atau menurut kata Robert Lado (1979), “Reading
aloud is speaking what written”. Teknik ini ialah salah satu kemahiran
bahasa yang bercorak produktif, fungsinya adalah untuk
menyampaikan maklumat kepada orang lain (pendengar). Fungsi
teknik ini berbeza daripada bacaan senyap yang merupakan
kemahiran membaca secara reseptif, iaitu menerima komunikasi
bahasa dan bukan menghantarnya kepada orang lain. Sungguhpun
bacaan nyaring dianggap sebagai kemahiran bahasa yang tersendiri,
teknik bacaan ini juga digunakan guru sebagai teknik untuk membantu
pengajaran bahasa lisan kerana latihan bacaan nyaring boleh
meningkatkan kemahiran sebutan dan intonasi dalam pertuturan.
Teknik ini juga digunakan untuk mengesan dan menganalisis kesilapan
kiu dalam bahasa. Kaedah analisis kesilapan membaca dengan
menggunakan teknik bacaan nyaring telah dicipta oleh Kenneth
Goodman (1969).
8. Teknik Drama
Teknik ini amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan murid,
iaitu berlakon menggunakan skrip lakonan yang mudah dan pendek.
Teknik ini juga baik untuk melatih sebutan, intonasi dan tekanan, serta
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
pelbagai jenis ayat seperti ayat tanya, ayat penyata, ayat perintah dan
ayat seruan. Untuk tujuan ini, guru boleh menggunakan skrip drama
(yang ringkas) yang terdapat dalam buku teks, atau yang disediakan
oleh guru atau murid sendiri. Murid digalakkan menghafal skrip dan
tidak sepatutnya membaca skrip semasa berlakon. Oleh itu, guru
hendaklah memberi masa selama satu atau dua hari kepada murid
untuk bersedia dan menghafal skrip masing-masing.
9. Teknik Imlak
Teknik ini di gunakan untuk melatih kemahiran mendengar. Bahannya
sesuai dan mudah disediakan oleh guru. Bahan boleh diperolehi
daripada teks. Guru hanya membaca keratan atau petikan imlak
mengikut prosedur bacaan imlak. Murid menulis apa yang dibacakan
oleh guru. Teknik ini dapat menguji tahap kefahaman mendengar pada
tahap yang lebih tinggi.
10. Teknik Perbualan atau Dialog
Teknik ini mengajar murid berbual secara sosial. Contohnya melalui
perbualan telefon dan dialog spontan. Pengajaran menggunakan
teknik ini diadakan di dalam kelas oleh 2 hingga 4 orang murid. Sesuai
untuk mengajar kemahiran lisan pada peringkat sekolah rendah dan
menengah
11. Teknik Manipulasi Ayat
Manipulasi bermaksud menjana, membentuk atau menukar variasi
ayat. Teknik ini penting dalam penulisan kerana membantu murid-
murid menulis dengan gaya yang lebih berkesan. Contoh latihan teknik
ini adalah menjana ayat mudah secara gramatis, menukar ayat aktif
kepada pasif, menukar ayat pasif kepada aktif dan menukar ayat cakap
ajuk kepada cakap pindah.
12. Teknik Menyoal Secara Objektif
Teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kefahaman
bacaan senyap. Terdapat 2 bentuk penyoalan secara objektif (abcde)
atau dwi pilihan seperti menjawab benar atau salah atau jawapan ya
atau tidak. Tujuan untuk memudahkan guru dari segi pemarkahan.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Boleh digunakan sekali sekala dan cara memeriksa lebih mudah.
Tetapi nilai dari segi pendidikan bahasa amat rendah kerana tidak
menjana ayat-ayat untuk menjawab soalan kefahaman.
13. Teknik Menyoal Secara Terbuka
Teknik ini digunakan untuk melatih murid dalam bidang penulisan.
Teknik ini bercorak formatif dan biasa digunakan di peringkat
menengah rendah .Tujuan untuk melatih murid-murid menulis
karangan. Isi dan bentuk karangan sebahagiannya diberi oleh guru.
Cara untuk melatih kemahiran menulis secara terkawal adalah dengan
memberi murid-murid satu rangka isi tentang perkara yang perlu di tulis
kemudian minta murid menulis sehingga lengkap.
14. Teknik Korus
Teknik ini adalah bertujuan untuk mengajar murid menyebut sesuatu
secara beramai-ramai. Teknik ini sesuai dipraktikkan kepada murid
sekolah yang diajar membaca dan memahami teks. Guru akan
menyebut sesuatu perkataan, bunyi suku kata, klausa atau ayat. Selain
itu, guru juga boleh menyuruh murid yang pintar untuk mengajar murid
yang lain. Teknik ini kerap digunakan dalam kaedah latih tubi untuk
mengajar kemahiran lisan, atau untuk mengajar pola-pola ayat secara
lisan. Teknik ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah takut
dan malu dalam kalangan murid.
15. Teknik Menggabung Ayat
Teknik ini bertujuan untuk mengajar murid agar dapat menggabung
ayat dengan betul dan berkesan. Latihan ini boleh dilakukan dengan
menggunakan kaedah lisan atau bertulis. Penggunaan kata hubung
yang mudah untuk sekolah rendah adalah sesuai untuk
menggabungkan ayat yang mudah. Kata hubung itu adalah seperti,
dan, tetapi, sambil, sungguhpun, dan kerana. Teknik ini dilakukan
dengan latihan menjana ayat dan menggabungkan ayat secara tepat
dan berkesan. Teknik ini dibina berdasarkan konsep tatabahasa
transformasi-generatif yang dicipta oleh Noam Chomsky.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
16. Teknik Main Peranan
Teknik ini bertujuan untuk melatih bahasa lisan murid-murid. Guru
akan menerangkan beberapa situasi yang akan dilakonkan oleh murid.
Setelah murid memahami situasi tersebut, beberapa orang murid akan
menghidupkan watak yang diberikan. Lakonan murid adalah secara
spontan dan tidak memerlukan skrip. Teknik ini berbeza dengan teknik
drama yang memerlukan murid menghafal skrip.
17. Teknik Sumbang Saran (Brainstorming)
Dalam teknik ini, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan. Murid
akan memerah otak untuk berfikir secara kreatif dan aktif. Setiap idea
yang ada haruslah dicatatkan dan tidak ada pandangan yang betul
ataupun salah. Walaupun idea yang diberikan kurang bernas, ianya
harus juga diterima dan kemudian akan diperbaiki agar murid lebih
yakin untuk menyampaikan idea masing-masing.
18. Teknik Cerita Kreatif
Dalam teknik ini, guru menggunakan cerita bagi mengajarkan sesuatu
aspek bahasa. Cerita perlu menarik. Cerita disampaikan berkaitan teks
atau meminta murid bercerita kembali tentang pengalaman dan
sebagainya. Penceritaan bercerita boleh dijalankan oleh oleh guru
sendiri atau oleh murid secara individu atau menyambung cerita
secara berkumpulan.
19. Mimos (Mimik Muka dan Pergerakan)
Teknik ini menggunakan perlakuan atau lakonan, pergerakan badan
dan mimik muka tanpa dialog. Bertujuan untuk melatih pengamatan,
pemahaman dan penaakulan serta pemindahan idea. Membantu
pelajar yang malu dan lemah.
20. Simulasi
Situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar dan
mengandungi permasalahan untuk diselesaikan. Simulate bermaksud
perbuatan yang melakonkan semula atau secara berpura-pura. Situasi
alam nyata di luar kelas yang dipindahkan ke dalam bilik darjah. Bahan
maujud boleh diwujudkan untuk mengukuhkan situasi. Ataupun
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
suasana yang dicetuskan daripada teks atau bahan sastera seperti
novel, cerpen dan puisi. Pelajar gunakan pengalaman dan
pengetahuan. Terdapat persamaan yang dekat dengan teknik Main
Peranan.
21. Teater Membaca
Berbeza dengan lakonan, teater pembaca merupakan aktiviti drama
yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan
penghayatan dan intonasi yang betul. Pembaca hanya dikehendaki
menggunakan suara, gerak badan dan mimik muka, bukan
melakonkan. Guru atau murid sediakan skrip pendek. Gaya
persembahan bebas.
22. Puisidra
Puisidra (puisi dan drama) adalah puisi yang didramakan atau
dilakonkan. Seorang pelajar mendeklamasikan puisi manakala
sekumpulan pelajar yang lain akan melakonkannya. Pergerakan
pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan itu.
Antara langkah persediaan guru memilih puisi yang boleh didramakan
yang ada pergerakan. Kemudian guru membaca dan fahami bersama
pelajar. Seterusnya latihan oleh murid dengan gerak rasa, vokal dan
gerak kreatif. Guru seharusnya memberi arahan yang jelas kepada
pelajar, arahan kepada deklamator, pelakon dan pendengar. Manakala
murid membaca puisi dan fahami diikuti mengadakan perbincangan
bersama rakan-rakan yang lain. Murid diminta fahami maksud
keseluruhan. Murid yang terlibat dengan persembahan akan membuat
persembahan manakala yang tidak terlibat akan membuat laporan
atau catatan sebagaimana yang diarahkan oleh guru.
23. Mestamu
Mestamu adalah singkatan bagi Melagukan Sajak (Puisi) Tanpa Muzik.
Teknik ini adalah bertujuan untuk menarik minat terhadap irama dan
lagu juga aktiviti nyanyian. Sajak yang dipilih dinyanyikan mengikut
alunan melodi lagu tanpa muzik. Melodi dan irama lagu adalah bebas
dan dibenarkan mengikut rentak lagu popular yang sesuai.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
24. Teknik KWLH
Pemahaman dan penganalisisan karya bagi komponen sastera
menuntut teknik yang tertentu mengikut kesesuaian objektif
pengajaran. Suatu teknik yang sesuai diaplikasikan dalam komponen
sastera ialah KWLH. Bagi tujuan tersebut pelajar perlu melengkapkan
boring KWLH berdasarkan keterangan berikut:
Lajur K: Murid perlu mengisi lajur ini berdasarkan apa yang
diketahui tentang tajuk. Pengetahuan sedia ada membantu
pelajar membuat gambaran mental apabila membaca teks
nanti.
Lajur W: Murid membina soalan tentang apa yang perlu
diketahui tentang tajuk, soalan murid boleh dipandu
menggunakan kata soal ‘5W 1H’ (apa, di mana, mengapa, bila,
siapa, dan bagaimana).
Lajur L: Murid melengkapkan lajur ini tentang apa yang telah
dipelajari daripada teks yang dibaca sama ada melalui
perbincangan dengan guru dan rakan atau menjawab soalan
pemahaman.
Lajur H: Murid membuat bacaan luas untuk meneroka lebih
lanjut tentang maklumat tambahan yang ingin diketahui
berkenaan tajuk tersebut. Setelah mendapat maklumat tersebut
mereka bolehlah melengkapkan lajur ini.
25. Teknik Memahami Perenggan Demi Perenggan
Teknik memahami perenggan demi perenggan ialah suatu cara
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan majoriti pelajarnya
begitu lemah dan terlalu sukar untuk memahami cerita prosa klasik
yang berkaitan. Teknik ini memerlukan kesungguhan dan inisiatif guru
untuk memahami setiap kosa kata, makna perkataan dan jalan cerita
prosa klasik secara perenggan demi perenggan. Teknik ini lebih efektif
jika sekiranya guru menerangkan beberapa perenggan awal dan
pelajar cuba menerangkan perenggan yang seterusnya.
26. Teknik Bayangan Minda
Teknik bayangan minda ialah guru atau pelajar mendapatkan serta
membayangkan sebuah potret sesuatu watak utama atau watak
sampingan yang terdapat dalam cerita prosa klasik tersebut. Kemudian
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
pelajar mengisi ruang kosong di sekitar potret setelah membaca
ceritanya secara keseluruhan.
27. Teknik Membuat Projek
Teknik membuat projek ialah pelajar melalui kumpulan masing-masing
diminta menentukan apakah projek yang akan mereka lakukan.
Misalnya, guru hendaklah meminta pelajar memikirkan satu projek
mengumpul maklumat mengenai nilai murni yang terdapat dalam cerita
prosa klasik yang dibaca oleh pelajar. Guru memastikan pelajar
mencari dan memilih projek yang sesuai. Seterusnya, guru
mencadangkan cara-cara menggunakan projek itu bagi mengulang
kaji. Guru juga meminta pelajar melapor dan mempersembahkan
projek mereka di hadapan kelas. Guru kemudian menilai dan memberi
markah projek tersebut.
28. Teknik Kerusi Panas
Teknik kerusi panas ialah menyoal pelakon yang melakonkan watak-
watak tertentu sebuah cerita prosa klasik yang telah dibaca dengan
teliti untuk menghayati watak dan perwatakan dalam cerita tersebut.
Teknik ini sesuai bagi tujuan menganalisis watak dan perwatakan.
Seorang pelajar dipilih memegang watak dan duduk di kerusi di
hadapan kelas dan diminta menjawab dan memberikan respons bagi
soalan, pertanyaan dan komen daripada rakan yang lain dalam kelas
tentang watak tersebut
29. Pembelajaran Atas Talian (E-learning)
Teknik ini difikirkan menarik kerana pelajar menggunakan aplikasi
telefon ataupun komputer peribadi. Guru menyediakan soalan ataupun
tugasan yang perlu dijawab oleh pelajar. Dalam teknik ini, guru
memberi arahan tugasan dan kemudian dilakukan oleh pelajar secara
individu ataupun berkumpulan.
30. Teknik-teknik Lain
Antara teknik lain yang sesuai adalah Mencatat Nota, Lawatan, Kertas
Projek atau Tugasan Ilmiah, Buku Skrap, Bengkel atau Seminar,
Tutorial, Belajar Kendiri, Permainan Bahasa, Ceramah, Kuiz Atas
Talian (Quizziz, Kahoot dan lain-lain), Persediaan Peperiksaan,
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Berbantukan Komputer, Kumpulan Kecil atau Study Group, Teknik
Impresif, Teknik Diskusi, Teknik Perbandingan Gambar, Teknik
Pembinaan Kreativiti Menulis, Boneka, Komik, dan lain-lain. Seperti
yang difahami, terdapat banyak sekali teknik pengajaran yang boleh
diaplikasi dalam pengajaran. Terlalu panjang jika disenaraikan.
Teknik Pembelajaran Abad 21
Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru
lakukan di dalam kelas. Hampir kesemua istilah yang diperkenalkan
adalah dalam bahasa Inggeris. Guru perlu menyesuaikan dengan
istilah bahasa Melayu. Maklumat tentang teknik-teknik ini diperoleh
daripada internet.
1. Fan-N-Pick (Kad Kipas)
Dalam teknik ini, aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Setiap ahli
mempunyai peranan. Setiap peranan dimainkan secara bergilir- gilir
Pelajar 1 menyusun kad seperti kipas. Pelajar 2 memilih kad dan
bacakan soalan. Pelajar 3 menjawab soalan dan Pelajar 4 memberi
respons dan pujian kepada jawapan yang diberi.
2. Inside-Outside Circle (Pusingan Dalam-Luar)
Pelaksanaan teknik ini: Murid mencari pasangan. Kemudian
membentuk dua bulatan iaitu satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar
(Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan. Guru memberi soalan
/tugasan kepada murid dalam Bulatan 1. Pelajar dalam Bulatan 2
menjawab dan rakannya hanya mendengar. Beri pujian atau kukuhkan
jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap. Kemudian tukar
peranan dengan soalan baru. Akhir sekali tukar pasangan dengan
rakan di sebelah kanan dalam bulatan.
3. Match Mine (Pilihan Kesesuaian)
Teknik ini dilaksanakan dengan empat orang murid duduk dalam satu
pasukan. Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut.
Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka. Pelajar 1
mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada
Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
1). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya
dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar. Kemudian
Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling
kukuh mengukuh. Kemudian kedua-duanya tukar peranan.
4. Same Different (Sama Tapi Berbeza)
Dalam aktiviti ini, 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan
dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari
mereka. Kemudian mereka bandingkan jawapan. Akhir sekali tukar
pasangan dalam kumpulan.
5. Rally Robin (Turutan Robin)
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon
tentang satu-satu perkara secara lisan.
6. Round Robin (Pusingan Robin)
Aktiviti dijalankan seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan
berempat.
7. Rally Table (Meja Turutan)
Teknik ini dijalankan secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi
respons atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas
yang sama dan menggunakan pen atau pensel yang sama.
8. Round Table (Meja Pusingan)
Aktiviti dalam teknik ini dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam
pasukan berempat.
9. Simultaneous Round Table (Meja Pusingan Serentak)
Dalam pasukan pelajar menulis respons kepada masalah dalam kertas
masing-masing. Kemudian mereka mengedar catatan mereka
mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat
menambah/membetulkan apa yang ditulis.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
10. Spin-N-Think (Putaran Fikir)
Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk
menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan
memuji.
11. Talking Chips (Kerepek Kata)
Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila
ingin bercakap dan memberi pendapat. Mereka tidak boleh mengulangi
giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang.
12. Jigsaw Problem Solving (Penyelesaian Masalah Jigsaw)
Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada
masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match (Campur dan Suai)
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh
dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.
14. Trade-A-Problem (Berdagang Masalah)
Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan
lain untuk dicari penyelesaian.
15. Team Stand-N-Share (Pasukan Diri dan Kongsi)
Teknik ini dijalankan dengan cara ahli pasukan berdiri. Guru atau rakan
lain memberi soalan. Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan
berkongsi jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.
16. Find the Fib/Guess the Fib (Mencari Fib)
Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang
sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi
adalah salah. Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
17. Line Ups (Baris Lurus)
Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan. Pasukan diminta
memberi jawapan kepada masalah yang diberi. Pasukan membuat
garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak
setuju.
18. Formations (Formasi)
Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk
menunjukkan kesepakatan.
19. Window Pane (Jalur Tingkap)
Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada
carta/papan hitam. Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung
melukis untuk menerangkan lagi konsep atau perkara tersebut.
20. Showdown (Tunjuk Serentak)
Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada
masalah. Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan
secara serentak. Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan
rakan.
21. Lyrical Lessons (Pelajaran Lirik)
Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai
kanak-kanak.
22. Timed Pair Share (Pasangan Semasa)
Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian
dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2. Kemudian tukar
peranan.
23. Stir- the- Class (Kelas Stir)
Pasukan duduk dalam bulatan. Membincangkan jawapan untuk
menyelesaikan masalah. Apabila sudah dapat satu penyelesaian,
berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan. Bila loceng
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru
untuk soalan yang berikutnya.
24. Team Word-Web (Pasukan Kata – Web)
Pelajar menulis di tengah-tengah kertas mahjung. Setiap ahli pasukan
menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza
untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka.
25. Mendeklamasi Sajak dan Menyanyi Lagu
Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi
lagu. Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya. Akhirnya bersama-
sama mendeklamasi atau menyanyi bersama-sama dalam harmoni.
26. Paraphrase Passport (Passport Pemerengganan)
Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh
mengulang jawapan kawan sebelumnya.
27. Mix-Freeze Group (Grup Pembekuan)
Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru. Bagi yang tidak
sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan
dalam “Lost and Found”.
28. Think-Pair-Share (Pasangan Berfikir)
Guru mengemukakan masalah kepada ahli pasukan. Setiap ahli diberi
masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli
pasukan yang lain secara berpasangan. Semua ahli Pasukan diminta
pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah.
29. Roam the Room (Berkeliaran di Bilik)
Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak untuk melihat
hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan. Apabila guru beri
isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan
apa yang dipelajari dari rakan atau pasukan lain.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
30. Gallery Tour (Lawatan Galeri)
Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan. Hasil pasukan
lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat atau
membacanya. Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensel
di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen
atau pengukuhan hasil kerja mereka. Ahli kumpulan juga diarahkan
oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain
pula. Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan
pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi.
31. Three Stray, One Stay (Tiga Sesat, Satu Tunggu)
Dalam teknik ini, tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang
dengan pasukan lain. Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan
rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan atau hasil kerja
pasukannya. Apabila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas
di atas. Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. Rotating Review (Pasangan Berputar)
Dalam kumpulan, pelajar berbincang topik. Pelajar membuat carta
pengurusan grafik. Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan
pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan
kumpulan itu. Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan
itu. Begitulah seterusnya. Setiap pasukan membincangkan sesuatu
topik, kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di
tempat pasukan masing-masing. Setiap pasukan akan bergerak dari
satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja
setiap pasukan. Setiap ahli pasukan boleh membuat komen tambahan
idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan
warna pen yang berbeza
33. The Yarn Yarn (Lilitan Benang)
Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk
dililit di tangan. Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih
memberi pendapat atau idea.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
34. Kinaesthetic Symbols (Simbol Kinestetik)
Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi
kandungan pelajaran.
35. Team Statements (Penyertaan Kumpulan)
Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk
pernyataan individu. Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk
pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36. Who Am I? (Siapa Saya)
Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat
di belakang baju). Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk
bertanya kepada kawan lain tentang identiti masing-masing. Rakannya
hanya boleh menjawab “ya atau tidak”. Apabila identity diperolehi hasil
dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi
pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenal pasti’ identitinya.
37. Sages Share (Perkongsian Bijak)
Pelajar buat sumbang saran dan setiap dari mereka yang boleh
menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial’ mereka.
Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yang
menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya.
38. Traveling File (Fail Kembara)
Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan,
kes atau masalah untuk dibincangkan. Selepas 10-15 minit soalan dan
catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan
kepada pasukan lain. Setiap pasukan yang mendapat fail baharu dari
pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada
dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan
disunting. Setelah setiap pasukan respons kepada 2 atau 3 Traveling
File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan
dalam kelas secara keseluruhan.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
39. Team Interview (Temu bual Pasukan)
Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan
bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi
(sambil berdiri).
40. Team Project (Projek Pasukan)
Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan
pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo pasukan dan
warna pasukan.
41. Value Lines (Garis Nilai)
Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga
yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan
famili, keamanan dunia, keseronokan hidup. Selepas itu setiap ahli
menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya
seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain.
Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja
mereka.
42. Find-Someone-Who (Bertemu Seseorang)
Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri
tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan
kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi
beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya
yang tahu.
43. Three-Step Interview (Tiga Langkah Temu bual)
Dalam teknik ini, empat orang pelajar dalam satu pasukan. Langkah 1:
Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemubual dan
seorang lagi yang ditemu bual. Langkah 2: Pasangan bertukar peranan
di atas. Langkah 3: Setiap pelajar secara bergilir berkongsi
pengalaman yang dilalui semasa temu bual dengan ahli pasukan yang
lain.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
44. Two-Box Induction (Dua Kotak Rangsangan)
Dalam teknik ini, diwujudkan 2 kategori iaitu ‘contoh’ dan ‘bukan
contoh’. Fasilitator beri rangsangan. Ahli pasukan berbincang secara
Round Table untuk wujudkan hipotesis. Setelah hipotesis dibuat
secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh
semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut.
Pelajar diminta membuat banding-beza antara watak utama dengan
watak sampingan dengan menggunakan borang pengurusan grafik.
Pelajar diminta membuat rumusan tentang peranan watak utama
dengan menggunakan ayat sendiri.
45. Peta Pemikiran (i- Think)
Peta Pemikiran merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Terdapat 8 jenis peta pemikiran iaitu Peta Bulatan, Peta
Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta
Pelbagai Alir dan Peta Titi.
Penutup
Teknik-teknik yang dipilih oleh guru dapat melancarkan pengajaran.
Terdapat teknik yang menggalakkan pelajar menjawab soalan yang
mudah, terdapat juga teknik yang mengesyorkan pelajar membuat
analisis dan tafsiran. Selain itu terdapat juga teknik yang meminta
pelajar mereka cipta sesuatu dan membuktikan kefahaman. Teknik-
teknik ini dijalankan secara individu atau akses kendiri dan juga secara
berkumpulan atau berpasangan. Guru seharusnya kreatif memilih
teknik dan aktiviti dalam pengajaran. Namun teknik-teknik yang dipilih
mestilah sesuai dengan objektif pengajaran.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
9
PENGAJARAN KOMSAS MENGIKUT GENRE
Pendahuluan
Sebelum melaksanakan pengajaran, guru terlebih dahulu perlu
merancang memilih strategi yang sesuai dengan teks yang dipilih.
Komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah
dilaksanakan berpandukan Sukatan Pelajaran ataupun Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Perancangan
pengajaran merujuk rancangan tahunan dan mingguan. Objektif
pembelajaran ditentukan berpandukan Hasil Pembelajaran yang
dipilih.
Satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) disediakan
dengan butiran-butiran umum iaitu nama kelas, masa, dan
menentukan objektif pembelajaran. Guru juga seharusnya
menyenaraikan bahan yang digunakan, selain aspek merentas nilai,
penyerapan kurikulum dan pengujian (pentaksiran) yang digunakan.
Aktiviti pengajaran dituliskan bermula dengan Set Induksi diikuti
Langkah 1, 2 dan seterusnya hingga Penutup. Selain itu terdapat juga
RPH yang menggunakan model tertentu yang juga dimulakan dengan
Set Induksi, Fasa 1, 2 dan seterusnya hingga Penutup. Format RPH
biasanya diakhiri dengan menulis Refleksi pengajaran.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Dalam aspek penilaian pula, Pentaksiran Sekolah (PS) adalah
sebahagian daripada pendekatan pentaksiran yang merupakan satu
proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang
dirancang, dilaksanakan dan dilaporkan oleh guru yang berkenaan.
Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal dan tidak formal
supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS
perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik
dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh dari PS akan
digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam merancang
tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran
murid.
PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif.
Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP,
manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir suatu
unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Dalam
melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item, mentadbir,
memeriksa, merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam
mata pelajaran yang diajar berdasarkan DSKP.
Bentuk penulisan rancangan pengajaran ini, terutamanya RPH,
terdapat format yang standard telah ditetapkan oleh pihak sekolah
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut dibincangkan idea-
idea termasuk langkah-langkah yang dicadangkan sebagai panduan
persediaan dan pelaksanaan pengajaran menggunakan prosa
tradisional, puisi tradisional dan puisi moden. Seterusnya pengajaran
mengikut genre cerpen, novel dan drama.
Pengajaran Teks Prosa Tradisional
Prosa tradisional mengandungi tiga kumpulan iaitu naratif lisan, naratif
tulisan dan prosa bukan naratif. Naratif lisan mengandungi mitos,
legenda dan cerita prosa rakyat. Dalam cerita rakyat pula terdapat pula
cerita jenaka, penglipur lara dan cerita binatang. Naratif tulisan
mengandungi sastera agama, sastera pijin, sastera hikayat, sastera
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
epik. Prosa bukan naratif pula mengandungi tiga bahagian iaitu sastera
kitab, sastera undang-undang dan sastera ketatanegaraan.
Ada beberapa perkara lagi yang selalu diketengahkan tentang
prosa Melayu tradisional. Pertama, yang sering diketengahkan ialah
berkaitan dengan cara untuk memantapkannya. Caranya ialah prosa
Melayu tradisional mesti hidup dalam masyarakat Melayu sekurang-
sekurangnya dua generasi, iaitu cerita itu mesti disampaikan secara
oleh ibu bapa atau penjaga anaknya, atau cerita yang dituturkan datuk
atau nenek kepada cucunya.
Kedua, wujudnya prosa Melayu tradisional ini dalam pelbagai
versi. Oleh sebab car prosa Melayu tradisional ini disebarkan secara
lisan, maka tentulah unsur tokok tambah dan pengguguran pada
secara lisan, maka tentulah unsur tokok dan pengguguran pada
beberapa bahagian ceritanya tidak dapat dielakkan, sehingga
kadangkala cerita yang disampaikan oleh seseorang itu sudah menjadi
satu versi yang tersendiri.
Ketiga, prosa Melayu tradisional ini disifatkan sebagai hak milik
bersama. Hal ini kerana prosa Melayu tradisional yang dihasilkan itu
dipengaruhi oleh wujudnya unsur-unsur tokok tambah dan
pengguguran pada beberapa bahagian ceritanya oleh pencerita atau
penyampaiannya. Dengan demikian, secara tidak langsung wujudlah
dalam prosa Melayu tradisional itu gambaran tentang segala gagasan,
idea, pemikiran, perasaan, sikap, nilai dan falsafah hidup
masyarakatnya.
Keempat ialah prosa Melayu tradisional ini terjadi dalam bentuk
tradisi kekal. Hal ini kerana susunan plotnya tetap. Misalnya ialah cerita
lipur lara. Cerita ini mempunyai struktur plot yang tetap, iaitu pra
pengembaraan, semasa pengembaraan, pasca pengembaraan dan
penamat cerita yang happy ending. Akhirnya, prosa Melayu tradisional
ini selalu disifatkan orang sebagai karya yang memiliki kegunaan untuk
kehidupan bersama bagi sesebuah masyarakat kerana fungsinya
sebagai alat penunjuk atau pendidikan, khususnya seperti yang dimiliki
oleh cerita jenaka.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran, seseorang guru membaca
teks hingga selesai, Seterusnya merancang berpandukan Huraian
Sukatan Pelajaran. Berikut ringkasan persediaan mengajar
menggunakan teks prosa tradisional:
Tajuk : “Kezaliman Membawa Padah”
Tingkatan : 5 Biru
Masa : 80 minit
Hasil Pembelajaran Utama:
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya
sastera.
Hasil Pembelajaran Khusus:
Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.
Huraian Hasil Pembelajaran:
Aras 1: i. Membuat sinopsis dengan menggunakan bahasa yang
menarik.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
1. Menyatakan sinopsis cerita dengan menggunakan ayat ringkas
dan gramatis.
2. Menjelaskan tema dan persoalan petikan cerita ”Kezaliman
Membawa Padah”.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Sejarah
Nilai : Berani dan berhemah tinggi
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir - Menjana idea untuk
menghasilkan
sesuatu yang baru (sinopsis cerita).
Strategi: Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
Bahan Bantu Mengajar: i) Skrip cerita
ii) Kad arahan lakonan.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Guru mengemukakan soalan yang bertumpu dan bercapah bagi
mendapatkan pandangan atau pendapat pelajar tentang sifat yang
baik dan terpuji. Contoh: Bagaimanakah seseorang itu dikatakan
mempunyai sifat yang baik serta terpuji.
2. Guru merumuskan jawapan pelajar dan mengaitkan persoalan yang
ditimbulkan dengan pelajaran seterusnya.
3. Pelajar diarahkan menjalankan aktiviti ”Teater Bercerita”.
4. Pelajar yang dipilih diminta melaksanakan aktiviti ini berdasarkan
skrip dan kad arahan yang disediakan.
- seorang pencerita
- sepuluh orang pelakon dan watak sampingan (Paduka Seri Maharaja,
Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa, dan watak sampingan- Tun
Jana Khatib, budak cerdik, orang- orang besar Singapura dan Betara
Majapahit).
5. Pelajar yang tidak mengambil bahagian diminta mencatatkan isi
cerita mengikut urutan peristiwa dan mempersembahkan catatan itu
dalam bentuk sinopsis cerita.
6. Guru meminta pelajar yang mengambil bahagian dalam lakonan
menyatakan tema dan persoalan cerita tersebut.
7. Pelajar diminta merumus kembali topik dan menulis dalam buku.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Pengajaran Teks Puisi Tradisional dan Puisi Moden (Sajak)
Puisi Melayu tradisional ialah warisan budaya Melayu Nusantara.
Melalui puisi ini dapat mengenali berbagai-bagai jenis seperti pantun,
syair, gurindam, dikir, endoi, ghazal, kitaah, mantera, masnawi, nazam,
pantun, peribahasa, rubayat, seloka, syair, talibun, teromba dan lain-
lain lagi. Setiap jenis puisi Melayu tradisional ini mempunyai bentuk
dan peranan masing-masing. Selain itu, puisi Melayu tradisional
mengelompokkan karya-karya puisi yang terdapat dalam masyarakat
Melayu sejak zaman dahulu yang ditradisikan secara lisan, hingga
bermulanya zaman moden. Walau bagaimanapun, puisi ini tidak dapat
dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu
tradisional. Perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula
secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu
tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi
tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.
Puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan
seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu
tradisional. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam
konteks zamannya relevan untuk setiap masa ruang dan latar
masyarakat Melayu sehingga kini. Manakala puisi Melayu moden juga
dikenali sebagai sajak.
Berikut contoh persediaan mengajar menggunakan teks puisi
tradisional (pantun) menggabungkan beberapa teknik dan ringkasan
persediaan mengajar bahan puisi moden.
Tajuk : Pantun Empat Kerat (Pantun Kanak- kanak)
2 Bestari
Tingkatan :
Hasil Pembelajaran Utama, Hasil Pembelajaran Khusus dan Huraian
Hasil Pembelajaran: (Rujuk SP atau DSKP)
Objektif : Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
1. Melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai
2. Menerangkan maksud atau isi pantun secara tersurat
3. Membina ayat puitis dalam penciptaan pantun.
Kemahiran Bernilai Tambah: Menyusun maklumat, meramal
maksud, melakar, merumus.
Strategi : Mengalami, menghayati, 4 MAT, Penyepaduan
Seni.
Nilai : Rasional, hormat, beriman, bersopan,
mengenang budi.
BBM : Kompang, kertas sebak, transpirasi dan pen, pen
marker, kad arahan.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
Pengenalan Pembelajaran (Set Induksi)
Teknik: Main Peranan- kad kiu
1. Guru memberi kad arahan kepada dua orang pelajar.
2. Guru memberi kepada pelajar bermain peranan sebagai datuk
(lelaki) dan nenek (wanita).
3. Datuk dan nenek memanggil cucu-cucu mereka (dua orang laki-
laki dan dua orang perempuan) menyampaikan nasihat kepada
mereka. Mereka bebas mencipta dialog sendiri secara spontan.
Teknik: Penyepaduan Seni lagu dan muzik
1. Guru merumuskan semua pesanan berkenaan dalam lirik lagu
rakyat.
2. Guru mempamerkan lirik lagu berkenaan pada papan tulis atau
papan kenyataan untuk rujukan pelajar.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
3. Guru membimbing pelajar dan bersama- sama mereka
menyanyikan lagu rakyat ”Burung Kenek- kenek”.
Langkah 1 (5 minit):
Guru mengadakan sesi menganalisis pengalaman.
Teknik: Sumbang saran dan perbincangan
1. Guru mengadakan perbincangan sesi mengenai aktiviti main
peranan yang telah berlangsung sebelum ini tadi.
2. Guru membimbing pelajar membuat penilaian dan rumusan
pemikiran hasil pengalaman main peranan, aktiviti menyanyi
seterusnya mengaitkan aktiviti tersebut dengan tajuk pelajaran
pada hari ini.
Rumusan pemikiran puisi: Sayangi diri dan hormati orang tua.
Langkah 2 (15 minit):
Guru mengadakan sesi mengaitkan pengalaman dengan konsep karya
dan memahami fakta/ konsep
Teknik: Perbincangan Kumpulan
1. Guru mengedarkan petikan beberapa buah pantun empat kerat
’Pantun Kanak-Kanak’ (Antologi Sehijau Warna Daun, hlm.5)
2. Guru meminta pelajar membaca senyap
3. Guru meminta pelajar membaca kuat rangkap demi rangkap
secara berbalas pantun.
4. Guru meminta pelajar membentuk kumpulan kecil
5. Guru meminta kumpulan berbincang tentang isi pantun
tersebut.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Teknik: Penyepaduan Seni- lukisan / lakaran
1. Guru meminta melukis atau melakar dalam bentuk objek konkrit
apa sahaja yang difahami mengenai isi unit pembayang dan unit
maksud setiap rangkap pantun.
2. Kumpulan melukis atau melakar di atas kertas sebak atau
transpirasi.
3. Kumpulan membuat rumusan isi maksud yang tersurat dalam
setiap rangkap pantun.
Langkah 3 (15 minit):
Guru mengadakan sesi untuk mengukuhkan kefahaman melalui
latihan, ujian, menambah fakta atau membentuk konsep baru.
Teknik: Penerangan dan Penyepaduan Seni
1. Guru mengarahkan ketua atau wakil kumpulan menampal
lukisan atau lakaran atau memaparkan transperasi.
2. Pelajar menerangkan hasil perbincangan berdasarkan lakaran
dan rumusan yang telah dibuat.
Langkah 4 (20 minit):
Guru mengadakan sesi menganalisis dapatan, kemunasabahan dan
menyediakan pelan tindakan
Teknik: Perbincangan dan Pelaporan
1. Kumpulan, membincangkan tentang penggunaan bahasa
dalam karya dengan
2. Menyenaraikan kata nama, frasa nama, kata kerja, dan kata
adjektif dalam borang yang disediakan.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
3. Membuat dua ayat puitis dengan menggabungkan senarai kata
yang terdapat dalam unit pembayang dan unit maksud bagi
setiap rangkap pantun.
4. Setiap pelajar mencipta serangkap pantun empat kerat untuk
menjawab salah satu daripada pantun pada hlm. 5.
5. Wakil pelajar melaporkan kepada kelas hasil perbincangan.
Langkah 5 (15 minit):
Guru mengadakan sesi membuat penilaian
Teknik: Perbincangan, Penerangan.
1. Guru dan murid menilai dan merumuskan
2. Isi dan maksud keseluruhan setiap rangkap pantun
3. Kesesuaian penggunaan kata dalam pantun.
4. Pembinaan ayat puitis pelajar dan ciptaan pantun pelajar.
Penutup (5 minit):
Sesi Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik: Penyepaduan Seni- seni lagu dan muzik
1. Guru dan pelajar bersama-sama melagukan Pantun Kanak-
Kanak (hlm.5), mengikut rentak Dendang Seloka.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Persediaan Mengajar Teks Puisi Moden (Sajak)
Tingkatan : 4
Tajuk : Perbincangan Sajak “Anak Laut”
Masa : 80 minit
Hasil Pembelajaran Utama:
10.0 Memahami dan memberi respons peribadi tentang karya
sastera
Hasil Pembelajaran Khusus:
10.1 Menyatakan semula cerita dan maksud puisi menggunakan
perkataan sendiri.
10.4 Menganalisis perkara yang menarik dalam karya.
Objektif : Pada akhir pelajaran dan pembelajaran, pelajar
dapat:
1. Menyatakan tema sajak
2. Menyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak;
3. Membuat lima ayat dengan frasa daripada puisi.
Bahan Bantu Mengajar: Gambar, Muzik Latar, Kad Arahan dan
Lembaran Edaran
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
1. Gambar Nelayan Tua dipamerkan kepada pelajar. Pelajar
dikemukakan soalan- soalan bagi mencungkil pengalaman.
Guru menghubungkaitkan gambar tersebut dengan tajuk
pelajaran.
2. Pelajar melihat gambar kolek di laut dan gambar nelayan tua
untuk menimbulkan penghayatan. Muzik dimainkan.
3. Guru mengedarkan soalan- soalan yang menjurus kepada
persoalan- persoalan dalam sajak. Secara berpasangan, pelajar
mencari tiga persoalan dalam sajak tersebut, muzik latar
dimainkan.
4. Pelajar mengemukakan persoalan- persoalan yang mereka
dapati hasil daripada perbincangan tadi.
5. Dari aspek tatabahasa, pelajar membina ayat dengan
menggunakan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak
tersebut.
6. Pelajar membaca teks secara senyap. Secara berpasangan,
mereka diminta mencari tema sajak, dan membacakan hasil
perbincangan tersebut.
7. Pelajar diminta membuat ramalan tentang kesudahan yang
akan berlaku pada kolek dan nelayan tua itu.
8. Pelajar melagukan sajak (mestamu) secara berpasangan.
Pengajaran Teks Cerpen
Cerpen pada umumnya bermaksud cerita pendek. Namun yang
membezakan definisi cerpen ini oleh penulis-penulis sastera ialah
peranan dan corak penulisan cerpen itu sendiri. Berikut ringkasan
persediaan mengajar menggunakan teks cerpen.
Tingkatan : 4 Tekun
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Tajuk : Watak dan Perwatakan dalam cerpen “Budi Yang
Tak Terbeli” karya Khadijah Hashim
Masa : 80 minit
Hasil Pembelajaran Utama:
Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.
Hasil Pembelajaran Khusus:
Mengulas aspek sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan.
Huraian Hasil Pembelajaran :
Aras 1: (i) Mengecam perkara yang menarik dalam karya
Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
1. Menyatakan tiga isi cerita dengan gaya bahasa sendiri secara lisan.
2. Menghuraikan lima perwatakan dalaman dan luaran dalam watak
dalam cerpen secara bertulis dengan ayat yang lengkap.
3. Menukar tiga ayat cakap ajuk daripada teks kepada ayat cakap
pindah.
Strategi PdP: Improvisasi, teater pembaca, perbincangan dan kerusi
panas.
Bahan Bantu Mengajar: Kostum mudah-kain batik dan buaian, kertas
sebak, lagu dan gambar.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
1. Guru meminta pelajar melakonkan situasi seorang ibu sedang
mendodoikan anak di buaian sambil mendengar dendangan
lagu ‘Ayah dan Ibu’ (nyanyian Sudirman).
2. Guru meminta pelajar lain memerhatikan adegan tersebut dan
kemudian menghuraikan situasi berkenaan.
3. Guru memintakan beberapa orang pelajar diminta
mempersembahkan teater pembaca berdasarkan cerpen “Budi
Yang Tak Terbeli”. Guru meminta pelajar lain menonton dan
memahami isi cerita berkenaan.
4. Guru mengarahkan pelajar berbincang tentang isi cerita yang
dipersembahkan.
5. Guru meminta beberapa orang pelajar menyatakan isi cerita
secara lisan. Guru merumuskan isi cerita.
6. Guru meminta pelajar menyatakan watak utama dalam cerpen
tersebut. Guru memilih seorang pelajar mewakili satu watak
utama dalam aktiviti kerusi panas.
7. Guru dan pelajar mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan watak diri tersebut. Peranan pelajar sebagai watak
utama mesti menjawab soalan berdasarkan isi cerita cerpen
berkenaan.
8. Guru merumuskan watak dan perwatakan Mak Jemah sebagai
watak utama.
9. Guru meminta setiap pelajar menyenaraikan perwatakan watak
utama berserta ulasan ringkas mengenainya dalam borang
yang diedarkan.
10. Guru meminta pelajar membentangkan dan mempertahankan
hasil tugasan.
11. Guru meminta pelajar lain memberi respons terhadap
pembentangan tersebut.
12. Guru menyediakan kertas sebak kepada setiap kumpulan dan
pelajar mencatatkan tiga dialog daripada teks. Pelajar
kemudian menukarkan dialog tersebut kepada cakap pindah.
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
13. Pelajar mendengar penerangan guru berdasarkan contoh yang
diberikan.
14. Guru membimbing pelajar memilih perkataan yang sesuai untuk
ditukarkan kepada cakap pindah.
15. Guru meminta ketua kumpulan membacakan hasil tugasan
masing-masing. Guru mengucapkan tahniah kepada pelajar
dan bersama-sama menyanyikan lagu “Ayah dan Ibu”.
Pengajaran Teks Novel
Novel dalam pengertiannya yang umum bermaksud cerita rekaan yang
panjang dalam bentuk prosa, yang mengemukakan watak-watak,
menampilkan serangkaian peristiwa dan latar secara sistematik.
Namun begitu, yang dipentingkan keupayaan penulis mengungkapkan
isi atau persoalan. Dalam hal ini, mungkin penerapan nilai dan
pengajaran lebih diutamakan berbanding dengan aspek keindahan
bahasa, yang menjadi kebiasaan dalam penghasilan novel oleh
penulis tempatan. Berikut ringkasan persediaan mengajar
menggunakan teks novel.
Tajuk : Watak dan Perwatakan dalam novel
Konserto Terakhir
Tingkatan
Masa : 5 Mawar
: 80 minit
Hasil Pembelajaran Utama:
Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.
Hasil Pembelajaran Khusus:
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Mengulas aspek sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan.
Huraian Hasil Pembelajaran:
Aras 2:1 Menganalisis watak dan perwatakan dalam karya.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar
dapat:
1. Memberikan pengertian watak utama dan watak sampingan
dengan menggunakan ayat yang lengkap.
2. Menjelaskan tiga sifat luaran dan tiga sifat dalaman watak
utama dan watak sampingan berdasarkan borang pengurusan
grafik.
3. Menghuraikan dua peranan watak utama dengan gaya bahasa
sendiri.
Nilai : Kasih sayang, kemasyarakatan dan kegigihan.
Kertas sebak, kad arahan, borang grafik, tanda
BBM :
nama dan teks.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Guru meminta pelajar membaca petikan tentang watak yang
terdapat dalam novel.
2. Pelajar diminta mencatat watak utama dan watak sampingan
dalam buku catatan.
3. Pelajar diminta menjalankan aktiviti kerusi panas dengan
mengambil peranan sebagai Hilmi. Pelajar diminta menyoal dan
mencatatkan jawapan daripada kawannya yang memegang
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
peranan Hilmi. Guru membimbing pelajar merumuskan sifat-
sifat luaran dan dalaman watak utama iaitu Hilmi.
4. Pelajar diminta berbincang menggunakan ayat tanya daripada
aktiviti yang dijalankan.
5. Guru menjelaskan tentang pola ayat tanya.
6. Pelajar diminta membuat banding-beza antara watak utama
dengan watak sampingan dengan menggunakan borang
pengurusan grafik. Pelajar diminta membuat rumusan tentang
peranan watak utama dengan menggunakan ayat sendiri.
7. Pelajar diminta membentuk lapan kumpulan. Setiap kumpulan
diberi seorang watak dan diminta mencari aspek perwatakan
dengan menggunakan borang grafik PMI.
8. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan
manakala rakan-rakan yang lain membuat penilaian wakil
tersebut dari segi penyampaian, gaya bahasa dan kelancaran.
9. Guru dan pelajar sama-sama merumuskan isi pelajaran.
10. Guru memberi peneguhan dan pengukuhan kepada pelajar.
Pengajaran Teks Drama
Dalam pengajaran bahan sastera ataupun komponen sastera dalam
Bahasa Melayu, aspek yang diutamakan adalah aspek keterampilan
bahasa dan menguasai kemahiran bahasa yang perlu. Namun begitu,
genre drama agak terbuka kerana elemen drama itu mempunyai cerita,
aksi, emosi dan dialog. Berikut ringkasan persediaan mengajar
menggunakan teks drama.
Tajuk : Watak dan Perwatakan dalam Drama “Seri
Nara”
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU – ARIFF MOHAMAD
Tingkatan : 4 Ibnu Sina
Masa : 80 minit
Hasil Pembelajaran Utama:
Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.
Hasil Pembelajaran Khusus:
Mengulas aspek sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan.
Huraian Hasil Pembelajaran :
Aras 1: Mengkelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, gaya
bahasa dan sudut pandangan dalam karya.
Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
1. Menerangkan empat jenis watak yang terdapat dalam drama
“Seri Nara”
2. Melakarkan watak-watak yang terdapat dalam Drama “Seri
Nara”
3. Membuat perbandingan watak dan perwatakan dengan
menggunakan borang grafik yang disediakan.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Sejarah
Nilai : Semangat patriotik, bertanggungjawab dan amanah.
BBM : Kad arahan, kertas sebak, pen marker, borang grafik
membanding beza.