The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suzan Mick, 2023-09-20 12:08:12

Modul_Asas_Promosi_Kesihatan

Modul_Asas_Promosi_Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Perancangan akan menjawab semua perkara berikut : Aspek-aspek persoalan di atas akan digunakan dalam 3 kompenen utama perancangan iaitu: Objektif Aktiviti Sumber Perancangan Apa? Bila? Yang mana? Di mana? Siapa? Bagai mana? Kenapa? Berapa banyak? Catatan: Bagi memudahkan proses pembelajaran, fasilitator atau penatar promosi kesihatan dinasihati supaya mengambil pendekatan yang mudah dan mesra pengguna dari aspek penilaian. Fakta yang dinyatakan di atas baik untuk disampaikan kepada peserta sebagai maklumat. Apa yang penting adalah dalam menentukan kaedah penilaian sesuatu aktiviti yang dijalankan agar penilaian yang dijalankan sesuai dan mudah dilaksanakan. Maklumatmaklumat lain hanya bersifat akademik. Pelan pelaksanaan perlu disediakan dengan kerjasama, penglibatan dan persetujuan semua pihak yang telibat Pelan pelaksanaan akan menentukan jadual pelaksanaan aktiviti. B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 9


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 10 3.2.2 Elemen utama perancangan Polisi Analisis situasi Objektif Program Prosedur Sumber 3.3 Topik 3: KEPENTINGAN PERANCANGAN 3.3.1 Memberi arah tuju untuk melakukan sesuatu oleh sesebuah organisasi Apa yang perlu dibuat Bila dan berapa lama perlu dibuat Bagaimana hendak dibuat Siapa yang akan membuat Di mana perlu dibuat 3.3.2 Bersedia dengan perubahan yang mungkin berlaku seperti: Perubahan teknologi Perubahan dalam polisi kerajaan (pengurusan/ pentadbiran) Perubahan ekonomi Perubahan sikap, cara hidup dan harapan (expectation) masyarakat 3.3.3 Memastikan objektif tercapai Menggunakan intervensi yang berkesan Menggunakan strategi yang sesuai Menggunakan sumber secara berkesan Pendekatan yang mudah dan praktikal 3.3.4 Membantu kawalan dan koordinasi secara berkesan 3.3.5 Tindakan yang diambil akan lebih jelas dan berguna 3.3.6 Memberi arahan kerja 3.3.7 Dapat mengenal pasti maslah, kelemahan dan kekesanan 3.3.8 Dapat pastikan pencapaian aktiviti 3.3.9 Menyediakan skop penilaian 3.3.10 Menyediakan skop metodologi yang akan digunakan Jelas bahawa perancangan perlu dilakukan secara kolektif atau secara berpasukan di semua peringkat. Sesuatu perancangan yang realistik memerlukan kerjasama, penglibatan semua pihak yang terlibat yang memiliki maklumat,


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 11 pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kuasa dalam membuat keputusan dan lain-lain. 3.4 Topik 4: LANGKAH-LANGKAH DAN PERINGKAT PERANCANGAN 3.4.1 Analisa Situasi Masalah yang dihadapi Sejauh mana masalah itu wujud Siapa yang terlibat Di mana masalah itu 3.4.2 Penentuan objektif 3.4.3 Penentuan strategi dan kaedah 3.4.4 Penentuan dan pemilihan strategi yang berkesan 3.4.5 Pembentukan pelan program 3.4.6 Penyediaan proses penyeliaan dan pemantauan 3.4.7 Mengkaji semula pencapaian serta mengubahsuai jika perlu 3.5 Topik 5: PENYEDIAAN PELAN PROGRAM DAN PELAN PELAKSANAAN 3.5.1 Pelan program mengandungi beberapa elemen termasuk: Tajuk projek Objektif am Objektif khusus termasuk objektif pembelajaran Strategi/Kaedah Sumber Penilaian 3.5.2 Pelan Pelaksanaan Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan. Pelan pelaksanaan menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti. Pelan pelaksanaan memberi arah dan panduan tentang apakah aktiviti yang hendak dijalankan iaitu untuk menjawab persoalan berikut: Bila Di mana Siapa Sumber Kaedah penilaian


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 12 Pelan pelaksanaan merupakan satu aliran/ turutan aktiviti iaitu satu rangkaian kegiatan yang akan dilaksanakan mengikut aturan masa, di samping aspek-aspek yang berhubung dengan objektif pembelajaran. Pelan pelaksanaan, biasanya dirangka dalam bentuk jadual seperti contoh yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Ruang-ruang dalam jadual mengandungi maklumat berikut: Objektif yang ingin dicapai dalam projek promosi kesihatan. Aktiviti promosi kesihatan yang akan dilaksanakan Tarikh, waktu dan tempat dimana aktiviti akan dilaksanakan Sumber yang akan digunakan untuk menjayakan aktiviti: a) Tenaga manusia (sebutkan nama atau jawatan orang akan menjalankan aktiviti tertentu dari segi pengurusan/ penyelarasan/ penyediaan/ mahupun pelaksanaan aktiviti tersebut). b) Peralatan/ bahan yang digunakan untuk menjayakan aktiviti. c) Kewangan/ peruntukan yang dikehendaki/ punca kewangan. Penilaian – untuk menentukan sejauh mana pelaksanaan aktiviti telah berjaya a) Indikator (kayu ukur): Angkubah yang patut diukur b) Kriteria: Tahap minima untuk mengganggap sesuatu aktiviti promosi kesihatan itu berjaya dilaksanakan c) Kaedah: Cara untuk mengukur atau mendapat maklumat berkaitan angkubah


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 13 Jadual 2.1: Contoh Pelan Pelaksanaan Program Kaedah penilaian Rekod kehadiran Q & A BMI Rekod kehadiran Rekod kaunseling Q&A BMI, Rekod kehadiran Rekod kaunseling Q&A Nota: PZM: Pegawai Zat Makanan HEO: Pegawai Pelajaran Kesihatan JBS: Jabatan Belia dan Sukan Sumber Bahan - Risalah - Poster - Risalah - Poster - Buku kecil - Risalah - Poster - Buku kecil Kewangan Geran MYSIHAT Geran MYSIHAT Geran MYSIHAT Tenaga manusia Ibu bapa Guru PZM HEO Jurulatih JBS Daerah Jurulatih JBS Daerah Guru penyelaras PZM HEO Guru Tempat Dewan sekolah Padang sekolah Dewan sekolah Tarikh/ masa Sabtu/ 8.00pg – 5.00 ptg Jumaat/ 5.00 ptg Sabtu & Ahad/ 8.00 pg Sabtu/ 9.00 pg Aktiviti Orientasi pemakanan sihat kepada ibu bapa dan guru Senaman 3x seminggu Nasihat pemakanan sihat Objektif 90% pelajar sekolah rendah tahap 2 (kumpulan sasar) di Jasin, akan dapat mengurangkan 5% daripada berat badan mereka di akhir program selama 6 bulan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 14 3.6 Topik 6: PENILAIAN AKTIVITI / PROGRAM Terdapat 3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan: Pertama : Penilaian proses Kedua : Penilaian impak Ketiga : Penilaian hasil (outcome) 3.6.1 Penilaian Proses Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Ini merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Kaedah ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Apabila pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:- Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti – jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan – jumlah dan jenis/kategori 3.6.2 Penilaian Impak Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. Contohnya penilaian impak boleh digunakan secara berkala seperti tamat sesuatu sesi, bulanan dan/ atau apabila program selesai dilaksanakan. Kaedah penilaian ini mengukur tahap pencapaian program berasaskan pematuhan kepada objektif program yang digariskan. Oleh itu, penetapan objektif yang baik dan realistik memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan program tersebut dengan memahami konsep objektif ‘SMART’ seperti yang dipaparkan dalam Gambar Rajah 2.1 berikut:-


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Gambar Rajah 2.1: Konsep Objektif SMART Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:- Pencapaian objektif program Penilaian pengetahuan peserta Penilaian sikap, perasaan dan nilai peserta Penilaian pencapaian keupayaan/ kemahiran peserta dalam melakukan sesuatu dengan betul 3.6.3 Penilaian Hasil (Outcome) Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka masa panjang. Ini berkaitan dengan mengukur tahap pencapaian matlamat program (program goal). Kesan jangka panjang yang dijangkakan merangkumi penurunan insiden atau prevalen keadaan kesihatan, perubahan mortaliti atau perubahan tingkah laku. Di samping itu, kesan lain yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 15


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 16 Penilaian hasil bersumberkan kepada penilaian proses dan penilaian impak. Sungguhpun penilaian hasil tidak menjadi satu keperluan untuk sesuatu organisasi, mereka digalakkan supaya mendokumentasikan sebarang penemuan hasil daripada program yang dilaksanakan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 17 UNIT 2: PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN B: PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN MYSIHAT 1.0 Pengenalan Perancangan dan pengurusan kewangan di dalam pengurusan geran MySihat adalah sangat penting bagi memastikan NGO dapat melaksanakan projek menepati sasaran yang dirancang, mencapai objektif projek dengan menghasilkan outcome yang telah disasarkan dan dapat membelanjakan geran yang diluluskan secara optimum, iaitu secara kos efektif. Dalam melaksanakan projek promosi kesihatan, Ketua Projek hendaklah sentiasa mengamalkan perbelanjaan yang berhemah dan sentiasa memantau penggunaan tunai. Akaun geran hendaklah sentiasa di senggara bagi memastikan kedudukan akaun geran pada satu-satu masa, mengawal agar terimaan dan bayaran dibuat mengikut perancangan yang telah dibuat dan diluluskan,mengawal akaun agar tidak terlebih dibelanjakan dan menjadikan pengurusan kewangan sebagai punca maklumat untuk membuat keputusan selanjutnya. Pengurusan kewangan yang berkesan adalah merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, bajet, pelaksanaan, penyeliaan, penyelarasan dan penyemakan. Pengurusan kewangan geran MySihat merupakan sebahagian daripada skop perancangan yang perlu diberikan perhatian oleh pertubuhan. Ini selari dengan penetapan objektif di bawah konsep SMART iaitu menekankan keperluan mempunyai sumber yang mencukupi dalam melaksanakan program. Modul ini diharapkan dapat membekalkan pengetahuan dan panduan asas pertubuhan dalam mengamalkan pengurusan kewangan yang baik serta penekanan kepada pematuhan peraturan kewangan berkaitan, termasuk norma-norma seperti akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan geran.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 18 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 PENGENALAN KEPADA PERANCANGAN PROGRAM 2.1.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 Menyenaraikan prosedur utama dalam pengagihan geran MySihat 2 Menyediakan rancangan pengurusan kewangan projek mengikut prosedur MySihat 2.1.2 Kaedah Ceramah Perbincangan kumpulan 2.1.3 Bahan/ Peralatan Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser 2.1.4 Jangka Masa 1 jam 2.1.5 Penilaian Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN melalui proses seperti:- Penerangan Kajian Kes: Bayaran Geran Secara Berperingkat


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 19 3.0 Kandungan Topik Unit 2, Bahagian B: Perancangan dan Pengurusan Kewangan Geran 3.1 Perancangan Setiap pertubuhan yang berhasrat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan perlulah membuat perancangan kewangan bagi membiayai projek yang dirancang agar dapat memenuhi keperluan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Permohonan geran kepada MySihat perlu dibuat menggunakan borang permohonan rasmi dan perlu disertakan dengan anggaran belanjawan yang diperlukan. Dalam merancang projek untuk dilaksanakan, pertubuhan hendaklah menyenaraikan kesemua keperluan yang diperlukan dari semua aspek. Antara aspek yang perlu diberikan perhatian adalah termasuk keperluan penyertaan, bayaran sewaan, bayaran untuk bayaran penceramah, jurulatih, bayaran makan minum, bayaran cukai yang dikenakan, bayaran pengurusan bengkel, bayaran pengangkutan, bayaran sagu hati dan sebagainya. Dalam merancang projek, pertubuhan hendaklah mengenal pasti elemen-elemen yang berkaitan dengan pelaksanaan projek seperti menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang hendaklah di laksana, keperluan-keperluan aktiviti dan sebagainya. Dalam konteks ini, MySihat tiada halangan jika pertubuhan ingin mendapatkan sumber kewangan luar seperti melalui penajaan atau sumbangan orang ramai, asalkan bentuk sumbangan tersebut tidak menyalahi prinsip dan hasrat Promosi Kesihatan. Sebagai contohnya, pertubuhan boleh mendapatkan penajaan mana-mana syarikat swasta asalkan ianya tidak berkecimpung dalam industri alkohol, tembakau atau makanan tidak berkhasiat. Derma orang ramai seperti bantuan daripada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri di mana program akan dilaksanakan juga dibenarkan asalkan tidak menonjolkan afiliasi politik kepada mana-mana parti politik yang diwakili oleh mereka. Jaringan perkongsian dengan pemimpin masyarakat adalah sangat baik untuk mendapatkan sokongan masyarakat supaya program dapat dijalankan dengan lancar.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Gambar Rajah 2.2: Aliran proses pengurusan kewangan 3.2 Penyediaan Belanjawan Program Semua projek yang dilaksanakan perlu mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. Dalam soal ini, pertubuhan hendaklah menyediakan anggaran bajet yang diperlukan bagi melaksanakan kesemua aktiviti yang hendak dijalankan. Dalam usaha menyediakan anggaran bajet yang tulus, pertubuhan hendaklah membuat tinjauan harga pasaran supaya anggaran yang dibuat berpatutan. Pertubuhan dilarang membuat ‘mark up’ harga bagi menggelakkan anggaran bajet yang tidak munasabah. Pertubuhan dinasihatkan supaya merancang mengikut keperluan dan keupayaan pertubuhan sedia ada, ini adalah bagi menggelakkan pembatalan aktiviti di peringkat pelaksanaan disebabkan ketiadaan atau ketidakcukupan sumber bagi meneruskan pelaksanaan aktiviti. Sebelum membuat perancangan bajet perlulah difikirkan rasional dan munasabah berasaskan aktiviti tertakluk kepada pertimbangan yang dilakukan oleh MySihat. Terdapat beberapa item belanjawan asas yang perlu diambil kira oleh pertubuhan. Perkara-perkara asas ini dapat digambarkan melalui Jadual 2.2 yang dipetik daripada borang permohonan geran MySihat seperti berikut:- Perancangan -Buat perancangan keperluan kewangan Belanjawan - Sediakan keperluan peruntukan kewangan yang mencukupi Pelaksanaan - Tentukan peruntukan dibelanjakan mengikut kelulusan Penyeliaan - Memantau aliran tunai (cash flow) projek tepat dan mencukupi Penyelarasan -Selaraskan aktiviti dan membandingkan nya dengan kos terlibat Penyemakan - Semak peruntukan mencukupi dengan pelaksanaan projek B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 20


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 21 Jadual 2.2: Ringkasan anggaran perbelanjaan projek yang dipohon BIL. BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1. Bayaran: upah/ elaun/ sagu hati/ yuran/ khidmat khas 2. Perjalanan dan Pengangkutan 3. Sewaan 4. Alat tulis/ bahan-bahan pendidikan /promosi kesihatan 5. Jamuan ringan/ minuman 6. Koleteral (cenderamata/ baju-T dan lain-lain pemberian) 7. Lain-lain (nyatakan) JUMLAH PERBELANJAAN Pertubuhan perlu memberikan anggaran belanjawan yang rasional dan munasabah berasaskan penerangan berikut:- 3.2.1 Bayaran: Upah/ Elaun/ Sagu Hati/ Yuran/ Khidmat Khas Ini merupakan bayaran yang tidak kekal yang diberikan kepada seseorang yang memberi khidmat kepada pelaksanaan projek mengikut tugas kerja yang dilakukan (mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan). Bayaran tersebut bukanlah dalam bentuk bukan gaji tetap tetapi diberi mengikut perkadaran jam atau hari bagi sesuatu tempoh. Bayaran kepada individu termasuklah melibatkan khidmat perundingan, latihan, pungutan/ proses / analisis data atau bayaran untuk khidmat kepakaran atau perundingan di bidang tertentu seperti perubatan, pemakanan, aktiviti fizikal dan sebagainya. 3.2.2 Perjalanan dan Pengangkutan semua jenis perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan pelaksanaan projek secara langsung sahaja. Perjalanan hendaklah dibuat menggunakan laluan yang paling dekat dan termurah. 3.2.3 Sewaan Sewaan merupakan bayaran ke atas penggunaan kemudahan, peralatan, khidmat pihak ketiga seperti caj atau bayaran ruang bangunan untuk projek, tapak pameran,


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 22 peralatan perubatan, peralatan pameran, pengangkutan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan projek sahaja. Sewaan kenderaan pengangkutan untuk tujuan projek hendaklah menggunakan syarikat pengangkutan berlesen yang sah sahaja. 3.2.4 Alat tulis/bahan pendidikan/promosi kesihatan Bahan-bahan yang akan digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk bahan-bahan pendidikan yang dicetak atau dibeli. 3.2.5 Jamuan ringan/ minuman Perbelanjaan ini hendaklah dibuat mengikut keperluan sahaja bukan diadakan bagi setiap aktiviti projek. Kadar bayaran bagi tujuan ini adalah pada kadar yang ditetapkan seperti berikut atau mana yang lebih rendah. a) minum pagi - RM3.00 b) makan tengah hari - RM10.00 c) minum petang - RM3.00 3.2.6 Kolateral (cenderamata/ baju-T dan pemberian hadiah lain) Perbelanjaan untuk pembelian cenderamata kepada orang tertentu, hadiah pertandingan dan pembelian baju-T untuk para peserta projek. 3.2.7 Lain-lain Semua perbelanjaan hanya boleh dilakukan setelah kelulusan diberikan oleh pihak MySihat. 3.3 Pelaksanaan Program Pada peringkat pelaksanaan projek, pertubuhan hendak merancang bila perlu membuat bayaran, ini memerlukan perancangan yang rapi terutamanya dai dalam soal apa nak beli dan bila nak buat pembayaran bil. Pihak pertubuhan hendaklah membuat perolehan berdasarkan keutamaan keperluan. Misalnya bayaran deposit sewa hanya dibayar apabila peralatan atau tempat yang hendak disewa itu hendak digunakan ataupun menempah kemeja-t lebih awal dengan bayaran deposit dan hanya membuat bayaran keseluruhan bil pada hari kemeja-t diserahkan sebelum aktiviti hendak diadakan. Elakkan daripada membeli kesemua barang keperluan pada awal projek, ini akan memaksa pertubuhan menggunakan tunai yang banyak pada awal tempoh projek dilaksanakan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 23 3.4 Penyeliaan Prestasi Perbelanjaan Pihak pertubuhan hendaklah menyelia prestasi perbelanjaan sepanjang tempoh projek bagi memastikan tiada masalah kekurangan peruntukan semasa projek aktiviti hendak dilaksanakan. Dengan mengadakan penyeliaan yang kerap, ini akan memberikan peluang kepada pertubuhan untuk bertindak sekiranya peruntukan yang ada tidak mencukupi, sekiranya pihak pertubuhan boleh melihat situasi peruntukan kewangan tidak mencukupi pada awal lagi, ini akan membolehkan pertubuhan mencari alternatif untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi. 3.5 Penyelarasan Bajet Kadang kala apa yang dirancang perlu diubahsuai pada peringkat pelaksanaan projek, sekiranya ini berlaku maka pihak pertubuhan hendaklah membuat penyelarasan ke atas aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan, dan ini tentunya memerlukan pihak pertubuhan membuat penyelarasan bajet yang telah diluluskan sebelum ini. Dalam hal ini, sebarang perubahan peruntukan yang dibelanjakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak MySihat dan pihak pertubuhan hendaklah menghantar senarai bajet yang baru diubahsuai untuk kelulusan sewajarnya. Penyelarasan bajet adalah sangat penting bagi memastikan pertubuhan cukup wang untuk melaksanakan aktiviti yang telah diubahsuai. 3.6 Penyemakan Proses penyemakan pada peringkat pelaksanaan projek adalah sangat penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan benar-benar dapat mencapai objektif sebenar projek dilaksanakan. Semasa membuat penyemakan projek, pertubuhan bukan saja melihat aktiviti sebagai satu aktiviti kepada projek, tetapi sebaliknya melihat beberapa aktiviti yang berangkaian dan berkaitan antara satu sama lain yang menyokong satu projek yang dapat menghasilkan satu kesan atau impak daripada pelaksanaan projek berkenaan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 4.0 Pengurusan Geran MySihat 4.1 Tanggung Jawab Pertubuhan Pertubuhan yang diluluskan dengan geran MySihat hendaklah memastikan maklumat-maklumat geran diteliti seperti berikut:- Gambar Rajah 2.3: Perkara-perkara yang perlu diteliti oleh pertubuhan semasa menerima geran MySihat Perkara 1 • Semak jumlah geran yang diluluskan oleh MySihat Perkara 2 • Periksa dokumen ex-gratia atau borang perjanjian kontrak mengenai kelulusan geran, baca semua syarat-syarat penerimaan geran dengan teliti Perkara 3 • Teliti Jadual Pelaksanaan Geran yang baru diluluskan Perkara 4 • Pastikan peruntukan geran yang diluluskan mencukupi dengan keperluan pelaksanaan program Perkara 5 • Rancangkan belanjawan mengikut tahap pelaksanaan aktiviti dengan cermat B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 24


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Dalam merancang semula belanjawan projek mengikut jumlah geran yang diluluskan dan ditawarkan kepada pertubuhan (sila perhatikan Perkara 4 Gambar Rajah 2.3); terdapat beberapa faktor akan mempengaruhi keberkesanan pengurusan kewangan seperti berikut:- a) Jumlah geran: Semak belanjawan yang diluluskan oleh MySihat. b) Aktiviti: Penetapan aktiviti perlu selari dengan syarat pelaksanaan program dan jumlah geran yang diluluskan. c) Tempoh projek: Pelaksanaan projek perlu mengikut tempoh yang diluluskan oleh MySihat. d) Pelan pelaksanaan: Pertubuhan perlu melaksanakan projek dalam tempoh yang diluluskan, penyediaan pelan pelaksanaan akan membantu pertubuhan dalam menjalankan aktiviti secara berperingkat dan terancang. e) Perincian belanjawan: Bagi tujuan melancarkan kawalan ke atas pengurusan kewangan geran yang diterima, pertubuhan perlu menyediakan perincian belanjawan yang mengandungi pecahan perbelanjaan seperti yang diluluskan. Penyediaan perincian belanjawan bersama pecahan perbelanjaan akan membantu pertubuhan apabila pemeriksaan akaun geran dijalankan oleh MySihat. Perkara 6 • Sediakan akaun semasa untuk sebarang transaksi kewangan berkaitan pelaksanaan program Perkara 7 • Kemukakan maklumat tepat mengenai bank dan akaun semasa kepada MySihat Perkara 8 • Catatkan semua perbelanjaan dengan kemas dalam satu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Perkara 9 • Pastikan semua pembayaran diluluskan oleh Bendahari pertubuhan atau pihak yang diberikan kuasa Perkara 10 • Pastikan semua perbelanjaan mempunyai bukti yang didokumentasikan B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 25


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 4.2 Tanggung Jawab MySihat MySihat akan bertanggung jawab memastikan geran yang diagihkan kepada pertubuhan yang menerima peruntukan diuruskan dan dikawal mengikut tata cara yang ditetapkan serta dibelanjakan dengan berhemah. Dalam menguruskan bayaran geran kepada NGO berikut adalah tanggungjawab MySihat:- Gambar Rajah 2.4: Tanggung jawab MySihat Secara ringkasnya pengurusan kewangan geran MYSIHAT boleh digambarkan seperti mana di Gambar Rajah 2.5 di bawah. Gambar Rajah 2.5: Pengurusan Kewangan Pertubuhan Yang Berkesan Perkara 1 • Bayaran mula diproses sebaik sahaja menerima Arahan Bayaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penilaian Program LPKM. Perkara 2 • Cek pembayaran akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada pengesahan penerimaan Arahan Bayaran berserta dokumen yang lengkap Perkara 3 • Cek dihantar secara pos ke alamat pertubuhan atau dikreditkan terus kepada akaun semasa pertubuhan. Perkara 4 • Semua bayaran akan dibuat ke No. Akaun yang disahkan oleh Pertubuhan • Pertukaran Akaun tidak dibenarkan kecuali permohonan pertukaran nombor akaun dibuat secara rasmi dengan menyertakan Minit Mesyuarat Pertubuhan yang membenarkan perkara ini. B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 26


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 27 5.0 Kajian Kes – Bayaran Geran Secara Berperingkat Bagi memudahkan pihak pertubuhan memahami perancangan bayaran geran secara berperingkat MYSIHAT, berikut adalah kajian kes yang dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi berhubung dengan perkara ini. Pada 1 Disember 2010, permohonan geran oleh Pertubuhan ABC telah diluluskan dengan jumlah RM100,000 bagi melaksanakan projek ‘Hidup Sihat Di Kalangan Remaja Sungai Rambai’ dalam tempoh 3 bulan. Tempoh pelaksanaan projek bermula pada 1 Januari 2011 (1 bulan selepas menerima kelulusan MySihat) dan akan berakhir pada 31 Mac 2011. Sebagai permulaan, pertubuhan hendaklah dengan segera menjawab surat setuju terima dan menandatangani dokumen exgratia atau perjanjian yang dihantar oleh MySihat. Dokumen-dokumen tersebut perlu segera dikembalikan kepada MySihat supaya proses pembayaran pertama geran sebanyak 10% atau bersamaan dengan RM10,000 dapat ditunaikan jika semua dokumen lengkap dikemukakan. Untuk menjamin pengurusan kewangan yang berkesan sepanjang tempoh ini, Pertubuhan ABC bolehlah membuat bayaran deposit tempahan barang-barang keperluan projek, bayaran awalan (advance) dan bayaran pentadbiran yang perlu. Pertubuhan perlu mengelakkan daripada membuat bayaran penuh untuk sebarang pembelian barangan atau peralatan yang melibatkan kos yang besar bagi mengelakkan pertubuhan mengalami masalah kecairan kewangan. Pertubuhan juga dikehendaki mengemukakan Jadual Pelaksanaan Program yang terkini kepada MySihat, dan sebaik sahaja jadual ini dikemukakan kepada MySihat, bayaran kedua iaitu sejumlah 40% atau RM40,000 akan dibuat. Pada peringkat ini pertubuhan bolehlah membelanjakan wang bagi membeli peralatan keperluan projek, kos pentadbiran dan membayar upah kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal untuk menjayakan projek. Pihak MySihat akan membuat bayaran berperingkat ketiga sebanyak 40% atau RM40,000 sebaik sahaja projek mencapai tahap 90%. Pada peringkat ini, pertubuhan hendaklah bersedia untuk menyediakan laporan akhir projek dan menyediakan penyata kewangan yang dikemaskinikan untuk dikemukakan kepada MySihat. Laporan akhir bersama laporan kewangan tersebut akan diteliti oleh MySihat, dan sekiranya berpuas hati, bayaran terakhir sebanyak 10% atau dalam konteks ini bersamaan dengan nilai RM10,000 akan dikeluarkan. Pada peringkat akhir ini, pertubuhan bolehlah melangsaikan segala bayaran, tanggungan atau tuntutan daripada pembekal yang masih belum dijelaskan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 28 Kertas Kerja Perancangan Projek Promosi Kesihatan MASALAH YANG DIHADAPI? MATLAMAT PROJEK: APAKAH YANG AKAN DICAPAI DALAM JANGKA MASA PANJANG, SIAPA YANG AKAN MENCAPAI, BERPA BANYAK YANG AKAN DICAPAI DAN DI MANA AKAN DICAPAI? OBJEKTIF 1: APA YANG DIPERLU DICAPAI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT; SIAPA YANG AKAN MENCAPAI, BERAPA BANYAK YANG AKAN DICAPAI DAN DI MANA AKAN DICAPAI? STRATEGI (BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF 1) TINDAKAN/ AKTIVITI (TUGAS UNTUK DIJALANKAN) SUMBER YANG DIPERLUKAN (SIAPA YANG AKAN MELAKUKANNYA? APA YANG DIPERLUKAN?) JANGKA MASA (BILA AKAN DILAKUKAN DAN OLEH SIAPA?) PENILAIAN (BAGAIMANA KUMPULAN AKAN TAHU BAGAIMANA PENILAIAN DILAKUKAN? APA YANG AKAN DIUKUR?) LAMPIRAN 1


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 1 LAMPIRAN 2 PERANCANGAN PROGRAM Promosi Kesihatan MD.YUSOFF MAHMUD, MPH Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Apakah itu Perancangan? “ Perancangan ialah proses menentukan lebih awal apa yang hendak dicapai dan bagaimana ianya perlu dilakukan ” R.W.Mondey et al “ Ada dua bentuk pengetahuan yang diperlukan: pengetahuan mengenai penentu kesihatan (penyebab) dan pengetahuan mengenai keadaan serta tindakan promosi kesihatan yang berkesan (intervensi). WHO, 1997 Kenapa Merancang? Ia bertujuan untuk: menunjukkan kesan atau impak membawa perubahan mengenalpasti manfaat sosial/kesihatan menjana sokongan/bantuan kewangan memastikan kualiti meransang kesihatan yang lebih baik FASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PERANCANGAN PELAKSANAAN PENILAIAN PENGEKALAN Faktor L/belakang Umum Culture Resources Systems Policies Wealth Soc.cohesion Media Others Faktor P’skitaran Landscape Climate Chemical Human-made Ciri-ciri Sosio-ekon. Education Employment Income Family Neighborhood Access to Services Other Pengetahuan Dan sikap T/laku Kesihatan: Dietary behaviour Physical activity Tobacco use Alcohol consumption Drug abuse Vaccination status Sexual practices Other Faktor K’selam’tan Faktor Biomedikal Body weight BP Blood chol. Glucose tol. Immune status other Kesihatan Ind. & Penduduk Sifat individu: physical & psychological (genetik, penuaan, dll) PENENTU KESIHATAN Proses Perancangan Program 1. Pemilihan kawasan program 2. Penilaian sosial 3. Penilaian tingkahlaku 4. Penilaian pendidikan 5. Mengenalpasti dan pemilihan strategi dan kaedah untuk atasi masalah 6. Membentuk Pelan Program 7. Membentukl Pelan Pelaksanaan 8. Pelaksanaan 9. Penilaian Mengenalpasti isu utama dan kumpulan sasar program


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 2 LAMPIRAN 2 Proses Perancangan Program 1. Pemilihan kawasan a. Rasional pemilihan kawasan b. Penjelasan kawasan program: • Geografi • Demografi/kependudukan • Latarbelakang sosio-ekonomi • Organisasi masyarakat • Saluran komunikasi • Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan Model Perancangan MODEL PRECEDE – PROCEED P- Predisposing P- Policy R- Reinforcing R- Regulatory and E- Enabling O- Orgnaisational C- Constructs, in C- Constructs, in E- Educational E- Educational D- Diagnosis E- Environmental E- Evaluation D- Development PEMILIHAN MASALAH (Mengikut Keutamaan) 1. Masalah manakah yang paling memberi kesan dari segi: • Kematian • Penyakit • Kehilangan hari kerja • Kos pemulihan • Kecederaan /ketidaupayaan • Kesan kepada keluarga • Kesan kepada masyarakat/majikan 2. Adakah ia mengancam kumpulan tertentu? 3. Masalah manakah yang mudah diurus? 4. Masalah manakah yg boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan masyrakat 5. Adakah masalah tersebut menjadi keutamaan pihak jabatan kesihatan tempatan? KENYATAAN MASALAH 1. Bagaimana keadaan masalah itu? 2. Sejauh manakah keadaan masalah itu berlaku? 3. Siapakah yang terlibat? 4. Di manakah masalah itu berlaku? 5. Berapa lamakah masalah itu telah wujud? PROMOSI KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Polisi Peraturan Organisasi Faktor Kecenderungan Faktor Pengukuh Faktor Pemungkin Tinkahlaku dan Cara hidup Persekitaran KESIHATAN KUALITI HIDUP PRECEDE – PROCEED MODEL PRECEDE MODEL Faktor Pengaruh Faktor Pemungkin Faktor Pengukuh Tingkah laku/ Cara Hidup Individu KESIHATAN


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 3 LAMPIRAN 2 Faktor Pengaruh: Faktor dalaman yang membantu dan menghalang sesuatu amalan atau tingkah laku: • Pengetahuan • Sikap • Kepercayaan • Nilai • Persepsi Faktor Pemungkin: Faktor luaran/persekitaran yang memudahkan sesuatu amalan atau tingkah laku: • Kewujudan sumber/perkhidmatan • Kemudahan menggunakan sumber • Kemahiran yang berkaitan dgn kesihatan • Sistem rujukan • Komitmen komuniti/kerajaan


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 4 LAMPIRAN 2 PRECEDE MODEL Faktor Pengaruh Faktor Pemungkin Faktor Pengukuh Tingkah laku/ Cara Hidup Individu KESIHATAN Faktor Pengukuh: Sokongan sosial yang membantu atau menghalang sesuatu amalan atau tingkah laku: • Ganjaran atau maklumbalas yang diperolehi dari orang lain berikutan dari perubahan tingkahlaku • Sikap dan tingkah laku yang diterima dari orang yang penting PENETAPAN OBJEKTIF Umumnya, terdapat 4 ciri-ciri utama objektif: 1. Hendaklah ditulis 2. Boleh diukur 3. Perlu mempunyai tempoh/masa 4. Mencabar tetapi boleh dicapai JENIS OBJEKTIF – Objektif umum biasanya satu sahaja – Objektif khas boleh lebih dari satu Objektif Objektif Khusus HERAKI OBJEKTIF Objektif Khusus Objektif Khusus


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 5 LAMPIRAN 2 Pembentukan Objektif Setiap objektif perlu menjawab perkara berikut: Siapa yang diharap akan mengalamai berapa banyak, perubahan apa dan menjelang bila???? - Siapa ? : sasaran yang diharap akan mengalami perubahan - Apa ? : tindakan, amalan atau perubahan yang berlaku - Berapa banyak ?: sejauhmana perubahan itu telah berlaku - Bila? : masa atau tempoh yang akan diambil untuk berubah CONTOH OBJEKTIF Objektif Umum Program promosi kesihatan untuk meningkatkan taraf kesihatan suri rumah tangga Kampung, Banggol Dedap, Daerah Baling, Kedah melalui satu projek pengurusan berat badan. CONTOH OBJEKTIF Objektif Khusus: 1. Di akhir projek 6 bulan ini 90% daripada kumpulan sasar akan tahu apakah itu Piramid Makanan ? 2. Sebanyak 60% daripada kump. sasar akan melakukan senaman 3 kali seminggu di akhir projek ini. CONTOH OBJEKTIF Objektif Khusus: 3. Menjelang akhir projek ini 40% daripada kumpulan sasar yang berlebihan berat badan akan dapat menurunkan berat badan mereka sebanyak 5% dari berat badan asal mereka 4. Diharapkan sebanyak 60% daripada kump. sasar akan melakukan senaman 3 kali seminggu dan melakukannya dengan betul. CONTOH OBJEKTIF Objektif Khusus: 6. Menjelang akhir ketiga sesi pendidikan kesihatan 70% daripada peserta yang menghadiri ketiga-tiga sesi tersebut dapat menjelaskan: - 3 faedah aktiviti fizikal - 2 cara untuk mengawal berat badan OBJEKTIF YANG TIDAK MANTAP 1. Menghimpun belia dalam satu aktiviti atau lebih dalam akitivti sihat dan cergas 2. Menjana transfomasi pemikiran belia yang cemerlang agar sentiasa sihat dan cergas 3. Di akhir projek adalah diharap 50% belia kurang ketagih merokok. 4. Memupuk sikap warga muda sbg masyarakat yg mengamalkan gaya hidup sihat 5. Memupuk semangat kerjasama warga belia untuk sama2 berganding bahu menyampaikan maklumat kempen kesihatan kepada masyarakat…..


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 6 LAMPIRAN 2 PENILAIAN Kepentingan penilaian: 1. Untuk menentukan pencapaian objeketif porogram/projek 2. Akauntabiliti – untuk mewajarkan pengunaan sumber 3. Mempemerkan kejayaan 4. Mendapatklan kredibiliti dan sokongan dari pihak penaja 5. Membantu perancangan masa hadapan 6. Mengenalpasti bidang-bidang yang boleh digunapakai atau untuk ditambahbaik JENIS PENILAIAN 1. Penilaian Proses – bagaimana ? • Aktiviti yang dijalankan • Ketepatan dan kecukupan • Halangan/masalah JENIS PENILAIAN 2. Penilaian Impak • Aktiviti yang dijalankan • Ketepatan dan kecukupan • Halangan/masalah Terima Kasih S e k i a n


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 1 LAMPIRAN 3 NORAINI BTE MUSTAFA PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA KENAPA PENGURUSAN KEWANGAN PENTING? Sumber-sumber(manusia, wang, bahan-bahan dan masa) adalah terhad; Permintaan terhadap sumber-sumbertersebuttidak terhad; Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakansumber-sumbertersebut Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu organisasi; Sumber-sumberekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur; PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN PERANCANGAN • membuat perancangan keperluan kewangan Pelaksanaan • menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut apa yang telah diluluskan PENYELIAAN • memantau aliran tunai (cash flow) pengurusan projek menepati dan mencukupi PENYELARAS • menyelaras semua aktiviti dan membandingkan dengan kos yang terlibat KAJI SEMULA • sentiasa menyemak kecukupan peruntukan yang dibelanjakan KAWALAN BAJET • menyediakan anggaran keperluan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan projek • jumlah geran yang diluluskan • borang perjanjian kontrak dengan LPKM diteliti dan ditandatangani • peruntukan yang diluluskan mencukupi • aktiviti yang akan dilaksanakan mempunyai peruntukan yang mencukupi • akaun semasa pertubuhan telah sedia untuk digunakan • semua perbelanjaan dicatatkan dengan kemas dalam satu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan • semua bayaran diluluskan oleh Bendahari pertubuhan atau pihak yang diberikan kuasa • Semua perbelanjaan hendaklah menunjukkan bukti perbelanjaan yang dibuat • pertubuhan telah memberikan maklumat bank dan No. Akaun Semasa yang betul kepada LPKM • Mengemukakan Penyata Bank bagi mengesahkan setiap tranksaksi Pertubuhan hendaklah SEMAK… • bayaran mula diproses sebaik sahaja menerima Arahan Bayaran daripada Bahagian Perancangan dan Penilaian Program untuk berbuat demikian. • Cek akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada pengesahan penerimaan Arahan Bayaran berserta dokumen yang lengkap • Cek dihantar secara pos berdaftar ke alamat pertubuhan atau dikreditkan terus ke akaun NGO • Semua bayaran akan dibuat ke No. Akaun yang disahkan oleh Pertubuhan. Sebarang pertukaran Akaun tidak akan dibenarkan kecuali pertubuhan membuat permohonan pertukaran no. Akaun dengan menyertakan Minit Mesyuarat Pertubuhan yang membenarkan pertukaran akaun dibuat. Tanggungjawab Bahagian Kewangan LPKM • pertubuhan menyemak bajet yang diluluskan oleh LPKM • aktiviti yang perlu dijalankan oleh pertubuhan • tempoh projek diluluskan ? • pertubuhan mendapatkan jadual pelaksanaan projek yang diluluskan oleh LPKM • pecahan peraturan bayaran yang ditetapkan oleh LPKM Bagaimana menguruskan geran LPKM dengan berkesan? Sila pastikan …


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 2 LAMPIRAN 3 JADUAL PEMBAYARAN GERAN Bil Kategori kelulusan Peratus Pembayaran Dokumenyang diperlukan 1. RM10,000 dan ke bawah 10% 1. SuratSetuju Terima \ 2. SuratSetuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 80% 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 10% 1. LaporanAkhir(termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. JADUAL PEMBAYARAN GERAN Bil Kategori kelulusan Peratus Pembayaran Dokumenyang diperlukan 2. RM10,001 sehingga RM100,000 30% 1. SuratSetuju Terima \ 2. SuratSetuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 40% 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 30% 1. LaporanAkhir(termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. JADUAL PEMBAYARAN GERAN Bil Kategori kelulusan Peratus Pembayaran Dokumenyang diperlukan 3 RM100,001 dan ke atas 10% 1. SuratSetuju Terima \ 2. SuratSetuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 40% 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 40% 1. Laporan Naziran 10% 1. LaporanAkhir(termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. *Lembaga Berhakmengubahdan meminda jadual pembayarangeranini dari masa kesemasa jika difikirkanpatut dansesuai di atas budibicara penuhnya. CONTOH KES BAYARAN GERAN LPKM Kajian Kes Bajet ---- RM120,000 Aktiviti ---- Lampiran A Tempoh Projek ---- 3 bulan Jadual Pelaksanaan ---- Lampiran B Pecahan peratusan Bayaran ----- Lampiran C PENGURUSAN KEWANGAN PERTUBUHAN YANG BERKESAN 10% 40% 40% 10% GERAN DILULUSKAN 1.1.2011 SEBANYAK RM120,000 1. SURAT SETUJU TERIMA 2. DOKUMEN PERJANJIAN JADUAL PROGRAM DILULUSKAN PROJEK SIAP 31 .3.2011 LAWATAN PASUKAN PEMANTAUAN LAPORAN AKHIR PROJEK DISIAPKAN RM12 RIBU RM48,000 RM48,00 RM12,000 APA NAK BUAT??? -Kos Mesyuarat Pesediaan Projek -Kos Pentadbiran Projek --Kos Bayaran Deposit - PreminilaryCost - Kos Bayaran Stamping -Kos Membiayaai Projek -Kos Membeli peralatan untuk mengadakan Projek --Kos Bayaran Penceramah - Kos Pentadbiran -Kos Membiayaai Projek -Kos Membeli peralatan untuk mengadakan Projek --Kos Bayaran Penceramah - Kos Pentadbiran -Bayaran langsai apa-apa bil yang masih belum jelas. Bayaran mengikutpecahan peratusan yang ditetapkan


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 3 LAMPIRAN 3 PERLU DI INGAT SEMUA WANG YANG DIPERUNTUKAN PERLU DIBELANJAKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN PERBELANJAAN MESTILAH BERHEMAH, WALAU BAGAIMANAPUN PERTUBUHAN DISASARAN SUPAYA TIDAK MENGURANGKAN KOS SEKIRANYA KUALITI PROGRAM TERJEJAS, UTAMAKAN KUALITI PELAKSANAAN PROJEK. Sebarang Pertanyaan Berkenaan dengan bayaran bolehlah menghubungi: Unit Kewangan Dan Akaun Bahagian Khidmat Pengurusan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia No. Telefon : 03 – 8888 7700 samb. 226 (Encik FuadPengurusan Bayaran Geran), 229 (Puan Shafawati Bte Jamal – Pengurusan Cek) Terima kasih


L E M B A G A P R O M O S I K E S I H A T A N Malaysia Asas Promosi Kesihatan Unit 3: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan Modul


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 1 UNIT 3: KOMUNIKASI DALAM PROMOSI KESIHATAN 1.0 Pengenalan Komunikasi merupakan satu proses sesuatu idea dipindahkan daripada sumber kepada penerima dengan harapan akan memberi kesan kepadanya supaya dapat mengubah tingkah lakunya. Justeru, pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi amat penting kepada pendidikan masyarakat supaya penyebaran maklumat akan lebih berkesan. Modul ini memberi penekanan kepada asas berkomunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej promosi kesihatan. Unit ini dibahagikan kepada 3 topik utama dan kesemua topik tersebut boleh dikendalikan dalam Rancangan Pembelajaran seperti berikut: (i) Kepentingan komunikasi di kalangan pertubuhan (ii) Mengenal pasti dan mengatasi halangan komunikasi (iii) Kaedah penyampaian maklumat


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 2 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN 2.1.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 Menerangkan tujuan berkomunikasi dalam promosi kesihatan. 2 Menyatakan elemen utama dalam proses komunikasi. 2.1.2 Kaedah Ceramah Sesi soal jawab 2.1.3 Bahan/ Peralatan Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser 2.1.4 Jangka Masa 45 minit 2.1.5 Penilaian Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN melalui proses seperti:- Soal jawab dan perbincangan


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 3 2.2 MENGENAL PASTI DAN MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI 2.2.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: Mengenal pasti halangan-halangan semasa berkomunikasi. Menerangkan cara-cara mengatasinya. Menerangkan cara-cara komunikasi berkesan. 2.2.2 Kaedah Fasilitator menerangkan kepada peserta tentang halangan yang boleh berlaku dalam proses komunikasi. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Tugaskan peserta pertama dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga peserta akhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal. Mengutarakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta fasilitator. 2.2.3 Bahan/ Peralatan Flipchart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser 2.2.4 Jangka Masa 15 minit 2.2.5 Penilaian Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu MENGENAL PASTI DAN MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI melalui proses seperti:- Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 4 2.3 KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT 2.3.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: Mengenal pasti kaedah penyampaian yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan. Menggunakan kemahiran menggunakan kaedah-kaedah komunikasi. Mengaplikasi kaedah-kaedah komunikasi. 2.3.2 Kaedah Ceramah Sesi soal jawab 2.3.3 Bahan/ Peralatan Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser 2.3.4 Jangka Masa 1 jam 2.3.5 Penilaian Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN melalui proses seperti:- Soal jawab dan perbincangan


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 5 3.0 Kandungan topik Unit 3: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan 3.1 Topik 1: Kepentingan Komunikasi Di Kalangan Pertubuhan Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi pihak pertubuhan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran serta kepercayaan tentang promosi kesihatan dan tanggapan terhadapnya. Komunikasi juga diharapkan dapat merapatkan jaringan persahabatan antara peserta dan pihak pertubuhan dengan MySihat. Komunikasi yang berkesan di kalangan pertubuhan amat penting dalam promosi kesihatan dari segi: (i) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pertubuhan dalam mempromosikan kesihatan. (ii) Menyampaikan maklumat yang tepat dan betul supaya dapat mengelakkan percanggahan maklumat. (iii) Membentukkan jaringan komunikasi antara pertubuhan yang melaksanakan program promosi kesihatan dengan pelbagai pihak yang terlibat iaitu peserta, institusi, pihak swasta, pemimpin masyarakat. 3.1.1 Definisi Komunikasi Komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris Communication yang berakar daripada perkataan Latin Communis yang bererti sama. Terdapat pelbagai definisi yang dikaitakan dengan istilah komunikasi: a) Proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej. b) Proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar ideaa, maklumat dan perasaan. c) Proses interaksi antara manusia, iaitu orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. 3.1.2 Konsep Komunikasi Mansor Ahmad Saman et al. (1984) menyatakan bahawa apabila berkomunikasi, kita ingin mewujudkan suatu keadaan iaitu kita cuba mencari atau membentuk satu kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang lain yang terlibat dalam proses komunikasi. Dalam komunikasi, pemikiran, kepercayaan, nilai sosial dan lain-lain lagi yang kita ucapkan kepada orang lain bertujuan untuk mencari persamaan. Dengan kata lain komunikasi adalah satu proses di mana sesuatu ideaal, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dipindahkan serta dikongsikan oleh seseorang individu dengan individu lain.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 6 Laurel dan Peter(1998) menjelaskan bahawa komunikasi sebagai ideaa yang melibatkan pengaliran maklumat di antara sumber dan penerima. Dalam keadaan tertentu komunikasi memerlukan perkongsian maklumat atau maksud di antara sumber dengan penerima berasaskan set peraturan yang biasa. McGruire (1984) pula menyatakan komunikasi kesihatan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat umum tentang bahaya penyakit, memberi motivasi untuk mengelakkan daripada risiko penyakit, memberi latihan kepada mereka dari segi kemahiran gaya hidup yang sihat dan menanamkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Roger (1966) menerangkan bahawa komunikasi kesihatan merupakan sebahagian komunikasi manusia dengan tumpuan ditekankan kepada bagaimana individu berurusan dengan isu-isu berkaitan kesihatan. Ini merujuk kepada apa sahaja jenis komunikasi manusia yang berhubung kait dengan kesihatan. 3.1.3 Elemen-Elemen Penting Dalam Komunikasi a) Jenis Komunikasi (i) Komunikasi lisan (verbal communication) Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan silaturahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan. (ii) Komunikasi bukan lisan (non-verbal communication) Komunikasi bukan lisan merupakan pelengkap kepada jenis komunikasi antara individu yang menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi seperti nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan yang kadang kala berlaku secara tidak disedari.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 7 Komunikasi dalam bentuk tanpa lisan dapat menggambarkan emosi dan perasaan sebenar penyampai. Komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan. Kajian oleh Birdwhistell (1955) menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974) pula menghuraikan bahawa 93% daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang di luar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media massa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik. b) Proses Komunikasi Proses komunikasi dapat digambarkan sebagai satu aliran penyampaian mesej atau maklumat berpunca daripada sumber sehingga sampai kepada penerima melalui saluran yang digunakan. Saluran yang digunakan boleh jadi dalam bentuk komunikasi antara individu atau tanpa lisan menggunakan pelbagai media yang boleh mencapai khalayak penerima. Contohnya, komunikasi melalui media terhad seperti menggunakan poster, pamflet dan video atau media yang bersifat massa seperti akhbar, televisyen dan radio. Aliran maklumat akan lengkap apabila wujudnya maklum balas daripada penerima kembali kepada sumber yang mengeluarkan maklumat tersebut.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Gambar Rajah 3.1: Gambaran proses komunikasi 3.2 Topik 2: Mengenal Pasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi Halangan luar dan dalam menjadi masalah utama untuk mencapai komunikasi berkesan. Ia boleh berlaku di semua peringkat dalam proses komunikasi. Kemahiran mengenalpasti dan mengatasikan halangan membolehkan komunikasi berlangsung dengan berkesan. Secara ringkasnya terdapat beberapa bentuk halangan dalam komunikasi di pelbagai peringkat yang disenaraikan seperti dalam Jadual 3.1. Halangan-halangan boleh diatasi melalui pelbagai pendekatan yang sesuai mengikut situasi yang dihadapi oleh pertubuhan. Jadual 3.1: Halangan-halangan komunikasi di pelbagai peringkat dan cara mengatasinya PERINGKAT HALANGAN HALANGAN-HALANGAN CARA MENGATASI SUMBER a) Bahasa sukar difahami Penggunaan bahasa yang senang, jelas dan mudah difahami serta berilustrasi. B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 8


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 9 PERINGKAT HALANGAN HALANGAN-HALANGAN CARA MENGATASI b) Gaya kurang menarik Memerhati reaksi penerima, mengubah suai gaya persembahan dan banyakkan penggunaan alat pandang dengar yang anda mahir. c) Penggunaan alat pandang dengar kurang berkesan Pertingkatkan kemahiran dan gunakan alat pandang dengar yang anda mahir. d) Jarak komunikasi yang jauh Buat tinjauan awal. Sesuaikan topik dan mesej dengan jarak. e) Perbezaan fisiologi (umur, jantina, kesempurnaan anggota dll) Buat tinjauan awal. Sesuaikan topik dan mesej dengan keupayaan khalayak. f) Perbezaan nilai Peka dengan reaksi yang ditunjukkan dan dan diberi maklum balas kawalan. g) Sifat agresif atau pasif Tingkatkan keyakinan, kawal diri dan hormati orang lain. h) Komunikasi berbentuk sehala Dorong kepada komunikasi dua hala. MESEJ a) Kacau ganggu Minimumkan gangguan dengan mendapatkan tempat yang lebih sesuai. b) Hilang tumpuan kerana persekitaran yang tidak selesa (sejuk/ panas) Minimumkan gangguan dengan mendapatkan tempat yang lebih sesuai. c) Susun atur duduk tidak menyenangkan Ubah susunatur mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan d) Gangguan mekanikal alat pandang dengar Buat tinjauan awal. Cari alternatif lain atau jangan gunakan langsung. e) Proses komunikasi terlalu lama Rancang penggunaan masa yang saksama.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 10 PERINGKAT HALANGAN HALANGAN-HALANGAN CARA MENGATASI PENERIMA a) Bahasa sukar difahami Beri/ dapatkan maklum balas tentang kebolehfahaman bahasa yang digunakan. b) Topik kurang menarik/tidak sesuai Beri/ dapatkan maklum balas serta respon secara jujur. c) Perbezaan fisiologi (kecacatan) Beri/dapatkan maklum balas serta respon secara jujur. d) Bersikap dogmatik Gunakan kaedah berkumpulan seperti ‘group dynamics’. e) Perbezaan tanggapan dan nilai Rapatkan jurang melalui komunikasi dua hala. f) Perbezaan tahap pendidikan dan pengetahuan Analisis pendengar/ khalayak. g) Perbezaan sosiobudaya Wujudkan keseimbangan pendapat. h) Gangguan psikologi dan fizikal Gunakan budi bicara. 3.3 Topik 3: Kaedah Penyampaian Maklumat Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh keupayaan sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan penerimaan. Melalui pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan oleh pendidik rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan. 3.3.1 Pemilihan kaedah penyampaian Pemilihan kaedah penyampaian yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria: Bilangan peserta yang terlibat dalam aktiviti. Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan sebagainya. Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisiologi.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 11 Objektif perubahan yang diingini sama ada setakat penambahan pengetahuan atau sikap mahupun tingkah laku. Persekitaran tempat dan sisio-budaya. Kombinasi kaedah komunikasi. 3.3.2 Kaedah-kaedah dalam komunikasi Kaedah 1: Main Peranan A.PENGENALAN Dalam aktiviti Promosi Kesihatan pelbagai kaedah pembelajaran boleh diguna pakai bagi memastikan keberkesanan penyampaian sesuatu mesej. Salah satu aktiviti yang sering digunakan ialah main peranan. B.DEFINISI Main peranan merupakan suatu kaedah pembelajaran yang diperolehi dari kisah-kisah yang benar berlaku dengan tingkah laku spontan dan realistik bertujuan untuk membantu peserta memperolehi nilai-nilai dalam amalan kesihatan tertentu. Main peranan membantu meningkatkan penglibatan dan minat peserta dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran bagi menangani masalah, memberi pelbagai alternatif penyelesaian dan mencari penyelesaian yang kreatif dan unggul. Main peranan adalah cara terbaik dalam membina kemahiran melalui inisiatif, komunikasi, penyelesaian masalah, kesedaran diri dan bekerjasama dalam satu kumpulan. C.OBJEKTIF Main peranan bertujuan: a) Memberi pembelajaran berasaskan pengalaman yang dipersembahkan kepada peserta. b) Sebagai persediaan menghadapi sesuatu situasi pada masa hadapan sama seperti yang dipersembahkan. c) Memberi kemahiran pembelajaran baru dalam pelbagai aspek seperti: Menjelaskan sesuatu isu dengan lebih mendalam. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Membina keyakinan diri. Membentuk motivasi diri di kalangan peserta. Membentuk kemahiran berfikir secara spontan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 12 Menggambarkan sikap, nilai dan kepercayaan yang dimiliki oleh pemain peranan. Penggunaan pelbagai kaedah penyelesaian masalah. Menggalakkan pemikiran kritis. D.PROSES Sebelum aktiviti main peranan dijalankan, persediaan tertentu perlu dibuat: a) Objektif pembelajaran Objektif pembelajaran perlu ditentukan sesuai dengan senario yang akan dipersembahkan kepada peserta. Objektif pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap. b) Pemilihan tempat, peralatan dan masa Pemilihan tempat, masa dan peralatan perlu ditentukan bersesuaian dengan objektif memainkan peranan. c) Senario Senario yang dibuat mestilah memenuhi objektif main peranan yang akan dilakukan dan senario yang dipersembahkan mesti mengambil kira keperluan peserta serta pendek dan tanpa skrip. d) Pemain peranan Pemain yang memainkan peranan terdiri dari peserta yang memegang watak dan peranan tertentu dalam senario yang dipersembahkan. e) Peranan pemain Peranan pemain adalah memainkan peranan watak dalam senario yang dipersembahkan secara aktif dan spontan. f) Penerangan peranan pemain dan pemerhati Penerangan tentang watak yang perlu dimainkan oleh pemain hendaklah dijelaskan oleh pengajar atau fasilitator sebelum aktiviti dijalankan. Penerangan juga harus diberikan kepada pemerhati tentang peranannya semasa proses main peranan berlangsung. g) Kad main peranan Merujuk kepada tugas yang perlu dimainkan oleh pemain peranan dalam aktiviti main peranan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 13 h) Senarai semak Senarai semak merujuk kepada perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh fasilitator dan pemerhati. Senarai semak boleh digunakan dalam proses perbincangan atau penilaian di akhir sesi nanti. E. PELAKSANAAN a) Dalam melaksanakan aktiviti main peranan, pengajar atau fasilitator akan memberi penerangan tentang: (i) Definisi main peranan (ii) Objektif pembelajaran (iii) Senario (iv) Peranan setiap watak yang dilakonkan (v) Situasi di mana persembahan patut dibuat b) Fungsi fasilitator: (i) Menggalakkan peranan dimainkan dalam keadaan tidak formal. (ii) Tidak memaksa seseorang untuk memainkan peranan. (iii) Membiarkan pemain memainkan peranan masing-masing dengan bebas. (iv) Memastikan pemerhati senyap, menumpukan dan mencatatkan pemerhatian mereka. (v) Sekiranya tujuan main peranan telah tercapai atau proses tersebut telah menyimpang daripada tujuan asal atau pemain ketandusan ideaa, fasilitator perlu memberhentikan proses main peranan. (vi) Mengelakkan dari memalukan pemain dengan memaparkan kisah peribadi mereka. (vii) Fasilitator tidak seharusnya menentukan apakah hasil yang diingini semasa proses main peranan. (viii) Mencatatkan soalan, pemerhatian ketika proses main peranan berlangsung.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 14 F. DEROLING Merujuk kepada pemberitahuan kepada pemain tentang aktiviti main peranan telah tamat. Ia melibatkan perlucutan tanda nama pemain dan pemain dikembalikan kepada personaliti yang asal. Pemain selanjutnya akan disoal oleh fasilitator tentang perasaan semasa memainkan peranannya dalam senario tersebut. Derolling boleh dilakukan melalui memberi komen-komen yang berbentuk positif, menggalakkan pemain bercakap dan mendapat komen dari pemerhati lain yang terlibat semasa main peranan berlangsung. G. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Berupaya menerokai pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Menjelaskan norma, nilai, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. Berupaya menyelami (go in depth) masalah dan teknik penyelesaian masalah tersebut. Membina kemahiran kendiri seperti berkomunikasi secara berkesan, kemahiran mempengaruhi dan kemahiran memujuk. Boleh berbincang isu dengan lebih mendalam. Peserta berpeluang untuk menjiwai situasi sebenar (empati). Memberi pengalaman kepada peserta terhadap situasi sebenar. Interaksi yang bebas di antara peserta dan tidak terikat dengan skrip. Dapat mengubah sikap dan persepsi peserta. Penglibatan secara menyeluruh (affective and cognitive) daripada peserta. b) Kelemahan Perlu melalui proses-proses tertentu sehingga mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keputusan Fasilitator memerlukan kemahiran yang tertentu untuk membantu peserta Hanya melibatkan sekumpulan kecil peserta (5 - 15 orang) Memerlukan peserta yang benar-benar memberikan komitmen Sesetengah peserta terbawa-bawa dengan watak yang dimainkan Kadangkala matlamat akan terpesong memandangkan tidak mempunyai satu struktur yang tetap. H. PENILAIAN Setelah aktiviti memainkan peranan selesai dijalankan maka aktiviti perbincangan di antara pengajar, pemain dan pemerhati dilakukan. Perbincangan boleh berkisar kepada perkara seperti berikut:


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 15 a) Adakah memainkan peranan tersebut mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. b) Apakah peranan yang dimainkan dapat membantu mengatasi masalah tersebut. c) Bagaimana setiap watak dalam senario berinteraksi di antara satu sama lain. d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat. e) Bagaimanakah ianya boleh diperbaiki? - Adakah terdapat alternatif lain (boleh membuat lakonan semula). f) Gangguan luaran (sekiranya ada) dalam pelaksanaan aktiviti tersebut g) Ideaa yang baru muncul dalam aktiviti tersebut. h) Adakah sesiapa yang merasakan dirinya dimanipulasikan? i) Adakah kumpulan mendapat faedah dalam aktiviti memainkan peranan tersebut. j) Lain-lain perkara yang timbul dari aktiviti tersebut. Kaedah 2: Nasihat Individu A. PENGENALAN Pelbagai kaedah pendidikan kesihatan boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar. Kaedah yang dipilih bergantung kepada beberapa perkara seperti kumpulan sasar yang terlibat, isu yang dibincangkan, setting pendekatan itu dilaksanakan, masa pendekatan digunakan dan lain-lain perkara. Salah satu kaedah pendidikan yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar ialah melalui nasihat individu. B. DEFINISI Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), menyatakan nasihat merupakan ajaran, petunjuk yang baik dan peringatan. Mengikut Gary Eggar (1992) proses nasihat individu sangat berpengaruh bagi menyampaikan maklumat kesihatan. Maklumat yang disampaikan melalui nasihat individu akan dapat disebarkan dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan dan citarasa peserta. Satu kelebihan kaedah ini ialah membolehkan pemberi khidmat nasihat mendapatkan maklum balas dengan segera daripada peserta. Kaedah ini boleh membantu mengubah sikap dan


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 16 tingkah laku peserta kerana kaedah ini lebih ‘personalised and customised’ kepada peserta. Menurut Lawrence Green, kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling bersifat individu dalam kaedah pendidikan (the most personalised of all teaching methods) dan dianggap sebagai kaunseling dalam setting pendidikan pesakit. Oleh itu nasihat individu merupakan satu kaedah dalam menyampaikan mesej kepada peserta dan ianya adalah komunikasi secara bersemuka dan merupakan satu teknik komunikasi dua hala. Nasihat individu adalah pendekatan yang difokuskan kepada seseorang individu dalam usaha menyampaikan mesej. Ia melibatkan hanya dua orang individu iaitu penyampai dan penerima. C. OBJEKTIF a) Memberi maklumat secara jelas dan tepat tentang sesuatu perkara kepada peserta. b) Menyokong usaha ke arah mengubah sikap dan tingkah laku peserta. c) Membolehkan peserta memberi maklum balas secara terus (spontan). D. PROSES Untuk melaksanakan kaedah ini beberapa peringkat perlu diambil kira bagi memastikan nasihat individu dapat dilakukan dengan berkesan. Peringkat tersebut ialah: a) Peringkat Persiapan (i) Alat Bantu – Menyediakan peralatan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa sesi nasihat individu. Sebagai contoh bahan-bahan seperti videao, bahan bercetak termasuk risalah dan poster, flip chart, model, slaid dan sebagainya. (ii) Persiapan Tempat – Tempat untuk mengadakan nasihat individu mestilah sesuai dan boleh diistilahkan sebagai memenuhi ciri-ciri kerahsiaan yang diperlukan semasa proses tersebut dilakukan. Tempat yang hendak digunakan mestilah memberi keselesaan kepada individu yang terlibat dari aspek cahaya, udara dan lain-lain. b) Peringkat Nasihat Individu (10 – 15 minit) (i) Sukarelawan pertubuhan mengucapkan salam/ selamat datang/ selamat pagi/ petang kepada peserta. (ii) Sukarelawan pertubuhan perlu memperkenalkan diri, memberitahu tujuan, mempersilakan duduk, bertanyakan khabar serta masalah dan latar belakang peserta.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 17 (iii) Sukarelawan pertubuhan memberikan khidmat nasihat berdasarkan masalah khusus peserta. Sebagai contoh nasihat pemakanan, masalah obesiti, masalah stress, tip-tip berhenti merokok, kesan merokok, penjagaan kaki, penyusuan dan sebagainya. (iv) Sesi soal jawab – Sukarelawan pertubuhan memberi peluang kepada peserta menanyakan soalan sekiranya peserta tidak menyoal. (v) Sukarelawan pertubuhan memberikan bahan rujukan atau bahan-bahan bercetak mahupun elektronik sebagai bahan sokongan kepada khidmat nasihat yang diberikan. (vi) Memberi tarikh temu janji seterusnya (jika perlu) dan memberi motivasi serta mengucapkan terima kasih. (vii) Dicadangkan sesi nasihat individu boleh dijalankan dalam jangka masa 10 – 15 minit atau berdasarkan kepada masalah dan keperluan peserta. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Beberapa kebaikan dapat diperolehi dengan mengadakan sesi nasihat individu iaitu: Memenuhi kehendak peserta. Maklumat yang tepat dan cepat dapat disampaikan. Maklum balas yang cepat diperolehi. Perubahan sikap dan tingkah laku boleh berlaku. Peserta dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan menjelaskan masalah dengan lebih lanjut. b) Walau bagaimanapun nasihat individu juga mempunyai kelemahan tertentu antaranya ialah : Merupakan satu aktiviti intensif yang memerlukan banyak sumber iaitu dari segi tenaga kerja, masa dan kos. Halangan dari segi jantina dan masalah-masalah berkaitan dengan seks sukar dibincangkan secara terbuka. Masalah yang dibincangkan tidak dapat berkongsi dengan orang lain dalam kumpulan yang besar untuk mendapatkan sokongan sosial.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 18 Nasihat individu memerlukan anggota kesihatan yang mahir dan terlatih dalam bidang tersebut. Nasihat individu boleh mewujudkan hubungan erat atau rapat dan menjadi peribadi di antara peserta dengan sukarelawan pertubuhan. F. PENILAIAN Penilaian kepada kaedah nasihat individu boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu :- a) Kefahaman peserta terhadap permasalahan yang dialami Keberkesanan nasihat individu boleh dinilai dengan senarai semak yang berkaitan melalui kefahaman peserta terhadap masalah. b) Kekerapan lawatan ulangan Untuk peserta yang memerlukan temu janji, penilaian boleh dibuat melalui kekerapan beliau datang ke klinik dan perubahan yang dibuat oleh peserta tersebut berdasarkan khidmat nasihat yang diberi iaitu sama ada dipatuhi ataupun tidak. c) Peningkatan skil atau kemahiran peserta Keberkesanan nasihat individu boleh dinilai dengan pemantauan ke atas peningkatan skil atau kemahiran peserta dalam mengendalikan permasalahan yang dihadapi. Contohnya, pemilihan makanan yang betul untuk menurunkan berat badan ataupun penjagaan kebersihan diri semasa mengandung. Kaedah 3: Kem Kesihatan A. PENGENALAN Program promosi kesihatan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan kumpulan sasar sesuai dengan skop dan matlamat sesuatu program. Pelbagai pendekatan dan aktiviti boleh dilakukan untuk mencapai matlamat promosi kesihatan yang melibatkan masyarakat. Salah satu pendekatan yang sering dianjurkan di dalam masyarakat berkaitan dengan promosi kesihatan ialah kem kesihatan.


Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 19 B. DEFINISI Kem Kesihatan adalah satu kaedah promosi dan pendidikan kesihatan yang mempunyai berbagai-bagai aktiviti. Program ini boleh melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. C. OBJEKTIF Kem Kesihatan dianjurkan dengan objektif untuk: a) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai pengesanan dan rawatan awal penyakit-penyakit. b) Meningkatkan pengesanan awal dan pengawalan penyakit-penyakit. c) Meningkatkan kesedaran mengenai kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada. d) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat. D. PROSES a) Persediaan Sebelum Kem Kesihatan: (i) Menentukan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan kem kesihatan. (ii) Menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan diperlukan semasa kem kesihatan dianjurkan. (iii) Menentukan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan kem kesihatan seperti peruntukan kewangan, petugas-petugas terlibat, peralatan yang diperlukan serta logistik yang berkaitan. (iv) Menyediakan jadual bertugas dan pembahagian tugas yang jelas untuk pegawai-pegawai yang terlibat semasa kem kesihatan berlangsung. (v) Menyediakan senarai aktiviti yang akan diadakan semasa kem kesihatan dan membuat penyelarasan bagi memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. (vi) Mengadakan publisiti dan promosi berkaitan dengan Kem Kesihatan yang akan dianjurkan bagi maklumat dan menarik penyertaan di kalangan kumpulan sasar. (vii) Membuat persiapan dan menguruskan semua aktiviti-aktiviti yang dirancang sebagai contoh untuk mengadakan kuiz kesihatan penganjur perlu menyediakan soalan dan jawapan kuiz, hakim pertandingan dan hadiah pertandingan.


Click to View FlipBook Version