Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 20 (viii) Membuat persiapan untuk dokumentasi seperti penggambaran, borang penilaian dan soal selidik serta lain-lain perkara yang berkaitan. b) Persediaan Semasa Kem Kesihatan (i) Majlis perasmian kem kesihatan boleh dirasmikan oleh pemimpin tempatan dan di majlis tersebut pelbagai aktiviti yang sesuai boleh diatur seperti ucapan perasmian, gimik pelancaran, sumbangan pertubuhan tertentu dan lain-lain aktiviti yang sesuai. (ii) Di antara aktiviti yang dijalankan semasa kem kesihatan adalah pemeriksaan BMI, tekanan darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan sendiri payudara, pemeriksaan kesihatan mental, ujian Pap Smear, ujian tahap glukos dan kolesterol. Hasil dari pemeriksaan ini sesi kaunseling dan rujukan bagi rawatan susulan hendaklah diadakan supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera. (iii) Ceramah Kesihatan juga boleh diadakan selepas majlis perasmian (jika ada) atau pada masa sesuai. Tajuk ceramah perlu berasaskan kepada masalah dan kehendak kumpulan sasar di mana kem kesihatan dianjurkan. (iv) Perkhidmatan menderma darah boleh dilakukan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital yang berdekatan dengan lokasi kem kesihatan. (v) Pameran Kesihatan boleh dianjurkan sepanjang kem ini dijalankan. Pameran dari agensi dan jabatan lain boleh diadakan bersama sekiranya sesuai dengan skop kem kesihatan. (vi) Aktiviti demonstrasi boleh dilakukan semasa kem kesihatan untuk menarik minat penglibatan dan penyertaan komuniti. Antara demonstrasi yang sesuai dilakukan seperti Memasak Menu Sihat, mengadakan demonstrasi bantuan ’CPR’, senaman menggunakan Fitballrobik. (vii) Pertandingan Mewarna/Memasak/Kuiz Kesihatan – perlu menguruskan peserta pertandingan/melantik hakim pertandingan/membuat persiapan hadiah kepada pemenang. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan: Dapat mengeratkan hubungan sama ada kepada komuniti, pekerja ataupun pelajar. Menguatkan jati diri. Pendedahan kepada perkara baru yang memberi manfaat.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 21 b) Kelemahan: Kos penganjuran yang tinggi. Kesukaran untuk menarik orang ramai. F. PENILAIAN Untuk menilai keberkesanan kem kesihatan beberapa jenis penilaian boleh dibuat : a) Penilaian proses di mana dapat dinilai dengan melihat bilangan kehadiran kumpulan sasar, penglibatan agensi yang berkaitan dengan kem kesihatan dalam penglibatan setiap aktiviti yang dianjurkan. b) Penilaian sebelum dan selepas (pre & post) untuk melihat tahap pengetahuan berkaitan dengan aktiviti tertentu kaedah ini boleh digunakan dengan mengedarkan borang penilaian awal (pre-test) sebelum kumpulan sasar mengikuti sesuatu aktiviti dan mengadakan penilaian akhir (post-test) selepas mengikuti aktiviti. Perubahan dalam tahap pengetahuan sebelum dan selepas adalah pencapaian kepada program tersebut. Untuk menguji kefahaman sesuatu proses misalnya demonstrasi dalam kem kesihatan, proses untuk mendemonstrasi semula kemahiran yang dipelajari di dalam proses demonstrasi. Kaedah 4: Pengurusan Majlis Hari-Hari Khas Kesihatan A. PENGENALAN Program Promosi Kesihatan sering mengadakan majlis sambutan Hari Khas Kesihatan. Sambutan tersebut adalah seperti Hari Kesihatan Sedunia, Hari AIDS Sedunia, Hari Jantung Sedunia dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga majlis yang serupa berbentuk promosi seperti majlis pelancaran kempenkempen kesihatan yang mana penggelolaannya adalah hampir sama. Majlismajlis ini diadakan di pelbagai peringkat baik peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan hospital. B. DEFINISI Hari Khas Kesihatan adalah hari yang disambut untuk memperingati isu-isu kesihatan tertentu. Di antara hari kesihatan yang utama yang disambut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah: Hari Kesihatan Sedunia Hari Jantung Sedunia Hari AIDS Sedunia
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 22 Hari Diabetes Sedunia Hari Tanpa Tembakau Sedunia Hari Tibi Sedunia Hari Kesihatan Mental Sedunia Minggu Penyusuan Susu Ibu Hari-hari khas ini mempunyai tarikh tertentu disambut di seluruh dunia.Selain daripda itu terdapat majlis-majlis pelancaran tertentu yang boleh dikategorikan dalam sambutan hari-hari khas kesihatan dan kebiasaannya majlis sambutan juga diadakan seperti pelancaran kempen kesihatan (Kempen Cara Hidup Sihat, Pelancaran Kempen Jom Makan, Kempen Anti-Denggi, Kempen Kebersihan Makanan). C. OBJEKTIF a) Untuk menyedarkan masyarakat tentang tema hari khas kesihatan. b) Untuk menyedarkan masyarakat tentang kempen kesihatan yang diadakan. c) Untuk meningkat pengetahuan, mengubah sikap dan mengamalkan tingkah laku penjagaan kesihatan berkaitan dengan tema kempen. D. PROSES Pengendalian majlis yang lebih bermakna hendaklah melibatkan pelbagai pihak dan agensi serta pertubuhan. Dalam menguruskan majlis sambutan hari-hari khas kesihatan terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan iaitu: a) Penyediaan Kertas Kerja (i) Apabila menerima arahan atau merancang mengadakan majlis, satu kertas kerja hendaklah disediakan. Kertas kerja ini hendaklah disediakan oleh ahli jawatankuasa yang diberikan tanggungjawab. (ii) Bentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi untuk persetujuan. (iii) Dapatkan sokongan MySihat untuk menlaksanakan projek. (iv) Sekiranya telah mendapat kelulusan, tindakan seterusnya ialah menulis surat kepada pemimpin VVIP untuk merasmikan majlis sambutan. b) Penubuhan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa (i) Setelah mendapat persetujuan pengurusan atasan atau Ketua Jabatan, jawatankuasa perlu ditubuhkan dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa. Adakalanya jawatankuasa yang ditubuhkan memerlukan beberapa kategori seperti Jawatankuasa Induk,
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 23 Jawatankuasa Kerja atau Pengelola dan Jawatankuasa Kecil tertentu. Pada kebiasaannya, penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil sahaja adalah memadai. (ii) Kadangkala penubuhan Jawatankuasa yang mengelolakan majlis melibatkan pelbagai Jabatan, Agensi, NGO dan pihak yang berkaitan lain supaya majlis sambutan lebih bermakna dan mendapat penglibatan masyarakat. (iii) Dalam mesyuarat kali pertama kertas kerja hendaklah dibentangkan dan dibincangkan oleh semua ahli jawatankuasa. (iv) Dalam mesyuarat tersebut perlantikan Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa Kecil hendaklah dibuat. (v) Kategori Jawatankuasa Kecil Jawatankuasa Kecil hendaklah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh salah seorang ahli yang menduduki Jawatankuasa Pengelola. Antara Jawatankuasa Kecil yang utama yang perlu ditubuhkan: Urus setia (dipengerusikan oleh Setiausaha) Persiapan Tempat Jamuan dan Makan Minum Sambutan dan Protokol Hadiah dan Cenderahati Publisiti Keselamatan dan Lalu Lintas Persembahan Pameran Pertandingan Kewangan Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang dirasakan perlu c) Penetapan Dalam mesyuarat yang diadakan (terutamanya mesyuarat pertama) penetapan hendaklah dibuat ke atas perkara berikut: Siapakah yang akan merasmikan majlis? Bilakah tarikh majlis sambutan? Di manakah tempat majlis sambutan akan diadakan? (Setiausaha perlu mendapat maklumat awal mengenai perasmi, tarikh dan tempat yang sesuai untuk dibentangkan dalam mesyuarat). d) Persediaan (i) Setelah mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang pertama diadakan semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang dilantik dikehendaki
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 24 menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil masing-masing (bergantung kepada skala tugas jawatankuasa, ada kalangan Jawatankuasa Kecil tidak perlu dibentuk jika tanggungjawabnya berskala kecil). (ii) Semua Jawatankuasa Kecil dikehendaki merancang dan melaksana tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan. Senarai semak (checklist) tugas-tugas hendaklah disediakan agar tugas-tugas tertentu tidak terlepas pandang. (iii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang berkala perlu diadakan untuk mendapatkan maklumbalas persediaan Jawatankuasa Kecil dan juga bagi menyelaras tugas yang bertindih. Setiap kali mesyuarat laporan Pengerusi Jawatankuasa Kecil diperlukan. (iv) Sehari atau beberapa hari terdekat sebelum sambutan perlu diadakan raptai. Perkara utama yang perlu diambil berat semasa raptai adalah aspek-aspek berikut: Protokol termasuk susun atur VIP (senarai bergantung pengesahan kehadiran terakhir). Persembahan (jika ada). Gimik pelancaran dan multimedia. Susunan aturcara (raptai bersama pengacara majlis yang sebenar) Perkara-perkara lain yang penting untuk disemak. e) Hari Majlis (Hari Sambutan) (i) Semua Ahli Jawatankuasa dan petugas dikehendaki hadir awal ke majlis. (ii) Semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah mempastikan tugas masing-masing berjalan lancar. (iii) Atur cara Pentadbiran Perjalanan majlis hendaklah berpandukan `aturcara pentadbiran’ majlis. Format aturcara pentadbiran seperti Ia juga akan digunakan oleh Pengacara Majlis (MC). (iv) Seorang pengurus sambutan (event manager) hendaklah dilantik dan segala keputusan adalah di atas bahu beliau. Kebiasaannya adalah Setiausaha kepada majlis ini atau orang kanan yang dilantik oleh Setiausaha. (v) Peralatan komunikasi seperti walkie talkie atau telefon bimbit amat diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis sambutan
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 25 (vi) Pastikan rakaman foto atau videao dibuat semasa majlis tersebut. (vii) Gangguan semasa majlis sering berlaku, jawatankuasa penganjur perlu bersedia menghadapi dan mengatasi sebarang masalah yang timbul akibat gangguan yang berlaku.. f) Selesai Majlis (i) Post-Mortem Sesudah majlis satu mesyuarat post-mortem hendaklah diadakan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumbalas berkaitan dengan majlsi pelancaran yang telah dilaksanakan dan untuk dijadikan panduan bagi majlis sambutan yang akan datang. (ii) Penghargaan Surat dan sijil penghargaan hendaklah diedarkan kepada semua yang terlibat mengelolakan majlis secepat mungkin. (iii) Penyediaan Laporan Laporan bertulis hendaklah disediakan. Jika boleh laporan berbentuk videao klips/gambar foto juga disediakan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Majlis sambutan dapat menyedarkan masyarakat secara cepat berkaitan dengan tema hari kesihatan. Dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat secara lebih mudah berkaitan dengan mesej kesihatan. Mendapat publisiti secara mudah dan murah daripada agensi media mengenai sambutan yang diadakan. Mendapat kerjasama dan komitmen daripada pelbagai agensi yang terlibat semasa pelancaran sambutan. Meningkatkan penyertaan masyarakat berkaitan dengan sambutan yang diadakan untuk kepentingan mereka. b) Kelemahan Memerlukan masa, tenaga dan komitmen semasa perancangan untuk mengadakan majlis sambutan. Memerlukan peruntukan kewangan yang khusus untuk mengadakan sambutan bagi membiayai makan minum, pementasan, gimik pelancaran,
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 26 hadiah dan sagu hati serta lain-lain keperluan logistik untuk majlis tersebut. Komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan pertubuhan kadangkala menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk menyelaraskan majlis sambutan. Kadangkala penglibatan masyarakat terhadap sambutan yang dianjurkan tidak memberangsangkan dan yang menghadiri majlis tersebut hanyalah kakitangan kesihatan. F. PENILAIAN Berdasarkan bilangan kehadiran semasa majlis sambutan. Kaedah 5: Ceramah A. PENGENALAN Ceramah adalah salah satu kaedah Promosi Kesihatan yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada kumpulan sasar. Ceramah merupakan kaedah berkomunikasi secara bersemuka dan melalui kaedah ini, banyak maklumat dapat disebarkan dengan cepat. Ceramah difokuskan kepada tajuk yang khusus dan melibatkan audien yang ramai. Ceramah juga sesuai diadakan di institusi atau premis seperti sekolah, pejabat, dewan orang ramai, klinik, hospital dan lain-lain. B. DEFINISI Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga (1998), pengertian ceramah adalah seperti berikut: Suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap. Ucapan membicarakan sesuatu perkara (seperti bahasa, politik dan lain-lain). Ceramah merupakan satu proses interaksi antara penceramah dengan pihak yang mendengar bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mesej tertentu. C. OBJEKTIF Untuk menyampaikan maklumat, memberi dan meningkatkan pengetahuan serta mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil tindakan berkaitan dengan masalah kesihatan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 27 D. PROSES Untuk mengadakan ceramah beberapa proses perlu dilakukan dan diberi perhatian supaya ceramah yang akan diadakan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Proses-proses utama dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat: a) Analisis Situasi Analisis diri (minat pada topik, kekuatan dan kelemahan diri) Analisis audien (minat, latarbelakang, apa yang mereka tahu tentang topik, apa harapan audien) Analisis majlis (tujuan, tempat, kemudahan yang ada dan boleh dibawa, giliran berucap) b) Peringkat Latihan Berceramah Latihan adalah perlu untuk memberi keyakinan dan menghilangkan perasaan gementar kepada penceramah terutamanya mereka yang tidak biasa menyampaikan ceramah. Mengadakan latihan di hadapan cermin bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri. Latihan juga perlu untuk memastikan tempoh masa ceramah yang diberi sesuai dengan ceramah yang akan diadakan. Melakukan latihan menggunakan alat pandang dengar sekiranya sesi ceramah tersebut memerlukan penggunaan alat pandang dengar. c) Persediaan Berucap (talking points) (i) Pembukaan Ceramah Pembukaan ceramah dengan memperkenalkan diri dan mewujudkan kemesraan (rapport) dengan audien. Mewujudkan suasana kontak mata (eye contact) dengan audien bagi meningkatkan keyakinan diri penceramah dan audien. Penggunaan Set Induksi, merupakan satu kaedah untuk menarik perhatian audien bagi memperkenalkan topik seperti penggunaan gambar, quotation, statement, hadis, cerita, tayangan videao ringkas dan lain-lain. Memberitahu tajuk ceramah kepada audien dan menjelaskan tujuan ceramah serta kerangka ceramah. (ii) Isi kandungan Memilih di antara 4 - 5 isi utama berkaitan dengan tajuk ceramah.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 28 Setiap isi hendaklah diberi penerangan yang jelas dan mudah difahami. Memberi contoh-contoh yang relevan dan bersesuaian dengan tajuk ceramah. Memberi masa dan peluang kepada audien untuk mengemukakan soalan dalam sesi soal-jawab. Menulis isi ucapan (talking points) di atas kad kecil (cue card) sebagai rujukan. (iii) Penutup Di akhir sesi ceramah rumusan berkaitan dengan ideaa-ideaa penting perlu dilakukan bagi memperkukuhkan ideaa-ideaa tersebut untuk diingati dan difahami oleh audien. Mengakhiri ceramah dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran ceramah tersebut dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa ceramah diadakan. d) Tips kepada penceramah supaya ceramah berkesan Mematikan telefon bimbit sebelum memulakan ceramah. Berdiri dengan selesa dan yakin. Melihat ke arah audien dan jangan membelakangkan audien. Semasa berceramah suara perlu dikawal supaya tidak terlalu laju dan mendatar. Menunjukkan keyakinan diri terutama dalam mengemukakan ideaa-ideaa penting. Menggunakan contoh-contoh yang menarik dan sesuai dengan tajuk ceramah. Penggunaan kad atau nota sebagai rujukan disarankan untuk membantu penceramah supaya tidak ketinggalan isu-isu utama. Menggunakan gaya tersendiri untuk menarik minat audien. Membuat persediaan dari segi fizikal dan mental sebelum mengadakan sesi ceramah. Mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan sebelum sesi ceramah untuk mengawal pernafasan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 29 Mengelakkan merujuk kepada nota semasa pada awal sesi ceramah kerana boleh menjejaskan kepercayaan audien kepada penceramah. Semasa sesi ceramah diadakan menggunakan perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penceramah bercakap dengan audien seperti perkataan ‘kita, kami’ dan bukannya perkataan ‘saya atau awak’. Suara-suara yang tidak perlu seperti berdehem, mengeluh dan lain-lain perlu dikurangkan. Menggunakan pergerakan badan, seperti tangan, kepala dan mimik muka yang bermakna serta bersahaja boleh meningkatkan keberkesanan sesi ceramah. Menunjukkan semangat yang positif tentang ceramah dan meyakinkan audien bahawa anda gembira dengan sesi ceramah tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa berceramah, anda perlu pandai menyembunyikan kesilapan secara spontan dan tidak menunjukkan kelemahan diri. Kaedah 6: Perbincangan Kumpulan Kecil A. PENGENALAN Perbincangan kumpulan kecil adalah salah satu aktiviti atau kaedah yang digunakan dalam komunikasi terutamanya yang berbentuk latihan atau bengkel kepada peserta. B. DEFINISI Menurut Tubbs (1998), perbincangan kumpulan kecil merupakan proses anggota-anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu dengan lain. Perbincangan kumpulan kecil ialah satu perbincangan terancang secara bersemuka antara anggota kesihatan dengan kumpulan sasar yang melibatkan bilangan ahli tidak melebihi 12 orang. C. OBJEKTIF Objektif Umum: Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kumpulan sasar terhadap masalah kesihatan tertentu serta merangsang perubahan sikap dan tingkah laku mereka.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 30 Objektif Khusus : a) Meningkatkan kefahaman kumpulan sasaran terhadap sesuatu isu kesihatan atau penyakit melalui perbincangan, penjelasan atau keterangan. b) Mempengaruhi kumpulan sasar yang masih kurang yakin untuk mengubah tingkahlaku sedia ada dan menerima tingkahlaku yang disyorkan. c) Memupuk sokongan sosial sesama ahli kumpulan supaya mereka dapat meneruskan amalan positif yang disarankan. d) Menggalakkan perkongsian pengalaman, ideaa dan inovasi di kalangan ahli kumpulan dengan perbincangan berfokus kepada satu topik sahaja. e) Menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi penghalang kepada kumpulan sasar daripada menerima cadangan amalan positif yang dicadangkan. D. PROSES Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian kaedah perbincangan kumpulan kecil supaya ia dilakukan dengan terancang, lancar dan berkesan. a) Persediaan sebelum perbincangan Merancang untuk mengadakan perbincangan kumpulan kecil. Memilih tajuk yang sesuai berasaskan masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Memilih kumpulan sasaran dengan saiz kumpulan tidak melebihi daripada 12 orang. Mengenalpasti objektif perbincangan dan bertujuan mengatasi masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Memilih media pendidikan yang sesuai untuk membantu semasa perbincangan. Pemilihan media bergantung kepada mesej pendidikan kesihatan yang ingin disampaikan dan kumpulan sasar. Memilih tempat yang sesuai untuk mengadakan perbincangan kumpulan kecil seperti di dewan kuliah, ceramah. Menetapkan masa yang sesuai bagi perbincangan iaitu antara 30 minit hingga 1 jam. Memaklumkan kepada anggota kumpulan sasaran yang telah dipilih berkenaan dengan tempat, tarikh, masa dan tajuk perbincangan yang akan diadakan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 31 Peralatan bantu mengajar seperti kertas catatan, risalah, flyer dan alat pandang dengar boleh digunakan mengikut kesesuaian bagi meningkatkan keberkesanan perbincangan kumpulan. b) Proses Semasa Perbincangan (i) Pengenalan Memberi salam dan memperkenalkan diri serta minta ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing. Mewujudkan kemesraan (rapport) dan suasana yang tidak formal. (ii) Kandungan Perbincangan Perkenalkan tajuk perbincangan secara jelas dan difahami oleh anggota kumpulan. Menyatakan tujuan perbincangan kecil itu diadakan iaitu untuk membantu memberi kefahaman dan membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah kesihatan yang dibincangkan dan berkongsi pengalaman. Memberikan sedikit latar belakang masalah kesihatan terpilih seperti data semasa. Memulakan perbincangan dengan meminta setiap ahli memberi pendapat secara bergilir-gilir. Menggalakkan ahli kumpulan mengeluarkan pendapat tentang tajuk perbincangan dan kemukakan soalan. Memastikan perbincangan tidak terkeluar daripada tajuk yang dipilih. Membuat demonstrasi kesihatan jika perlu. Galakkan peserta kumpulan mengambil bahagian semasa demonstrasi bagi meningkatkan pemahaman mereka. Menghidupkan suasana perbincangan dengan menyelitkan unsur humor jika perlu. Memberi pertimbangan kepada pendapat yang diluahkan oleh ahli kumpulan dan membuat satu rumusan yang dipersetujui semua pihak terhadap tajuk yang telah dibincangkan. (iii) Penutup Memberi ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan di atas penglibatan mereka.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 32 Mengulangi rumusan yang telah dicapai dan menggalakkan ahli kumpulan supaya melaksanakan apa yang telah diperolehi dalam perbincangan. Memberi peringatan untuk melihat perubahan dalam jangka waktu yang terdekat. E. PENILAIAN a) Bilangan kehadiran ahli kumpulan sasar yang dijemput dan bilangan yang hadir. b) Peningkatan tahap pengetahuan ahli kumpulan melalui ujian sebelum dan selepas perbincangan kumpulan. c) Kehadiran ahli kumpulan dalam aktiviti susulan yang berkaitan. d) Perubahan dari segi penyelesaian masalah kesihatan contohnya pengurangan kejadian penyakit, peningkatan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif dan sebagainya. Kaedah 7: Dialog A. PENGENALAN Dialog ialah satu kaedah yang melibatkan pelbagai pihak pembuat keputusan dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang wujud di kalangan masyarakat. Dialog melibatkan pihak yang berkepentingan dalam isu yang dibincangkan dan keputusan boleh dicapai melalui persetujuan bersama di antara pihak yang terlibat. Dailog penting bagi program kesihatan kerana akan dapat membantu perancangan dan pelaksanaan program serta memberi maklumbalas yang dikehendaki berkaitan dengan program yang telah dan akan dilaksanakan. B. DEFINISI Menurut Kamus Dewan (1998). Dialog adalah perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka. C. OBJEKTIF a) Mendapatkan pandangan dan maklum balas dalam sesuatu isu kesihatan b) Menyelesaikan masalah kesihatan khusus yang wujud di kalangan masyarakat
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 33 c) Memberi cadangan untuk melaksanakan sesuatu projek atau memperkenalkan projek baru d) Mempertingkatkan kerjasama dan penyertaan di kalangan masyarakat dalam menyelesaikan masalah kesihatan D. PROSES Untuk mengadakan dialog, beberapa proses perlu dilalui. Sebagai contoh dialog untuk mengatasi masalah nyamuk aedes di kawasan perumahan. a) Peringkat Pertama: Perancangan Dialog (i) Mengenal pasti permasalahan kesihatan yang wujud ditempat tersebut dan mengumpul data-data yang berkaitan. (ii) Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Taman Perumahan terlibat untuk menetapkan tarikh dialog dengan penduduk berkaitan masalah tersebut. (iii) Memohon kerjasama Jawatankuasa untuk menyediakan tempat dan membuat jemputan serta hebahan kepada penduduk untuk sesi dialog. (iv) Menyediakan anggaran peruntukan dan keperluan peralatan yang akan digunakan. (v) Membuat Jemputan kepada pegawai dari Pejabat Daerah atau pegawai dari agensi lain yang terlibat. (vi) Menyediakan skop perbincangan semasa dialog. b) Peringkat Kedua : Proses Dialog (i) Pengerusi memulakan sesi dialog dengan memberikan ucapan dan kata-kata aluan (ii) Pengerusi memperkenalkan ahli-ahli panel yang terlibat dalam sesi dialog (iii) Memaklumkan tujuan dialog dan masalah yang dihadapi di kawasan perumahan (iv) Memaklumkan data-data, fakta-fakta yang berkaitan dengan masalah di kawasan perumahan (v) Memulakan perbincangan yang melibatkan sikap dan amalan, isu-isu semasa kepada peserta dialog, beri galakan untuk terlibat dalam proses dialog dan soal jawab
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 34 (vi) Ahli panel sebagai pendengar yang baik dan menjawab soalan dengan jelas (vii) Meminta cadangan dari peserta dialog berkaitan dengan cara untuk mengatasi masalah yang dibincangkan (viii) Membincangkan dengan jelas peranan ahli panel, peranan masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dibincangkan (ix) Persetujuan bersama perlu diperolehi untuk melaksanakan aktiviti intervensi menyelesaikan masalah. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kebaikan Dialog Mendapat maklum balas dengan segera dan cepat. Mendapat penyelesaian untuk isu yang dibincangkan. Mendapatkan komitmen pihak-pihak yang terlibat. Mewujudkan kerjasama yang melibatkan semua pihak yang berkaitan. b) Kelemahan Dialog Sukar mendapat persetujuan bersama dan akan berlaku percanggahan pendapat. Terjadinya konflik kepentingan. Sukar mendapatkan kehadiran pembuat keputusan (menghantar wakil yang tidak dapat membuat keputusan). Mengambil masa untuk melaksanakan sesuatu program atau hasil yang dicapai. F. PENILAIAN a) Bilangan aktiviti yang dijalankan hasil daripada keputusan dialog. b) Bilangan kehadiran semasa dialog diadakan. c) Bilangan masalah yang berjaya diselesaikan hasil daripada dialog.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 35 Kaedah 8: Forum A. PENGENALAN Forum juga adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan kesihatan yang selalu digunakan untuk membincang isu-isu yang berbangkit dengan pakar dalam bidang berkaitan dan memberi peluang kepada masyarakat mengetahui serta mengambil bahagian dalam membincangkan isu-isu tersebut dengan lebih jelas. B. DEFINISI Menurut Ezhar Tamam (1999), Forum adalah bentuk komunikasi kumpulan kecil yang memberi peluang sepenuhnya kepada audien untuk terlibat. Ia merupakan perbincangan umum yang dikendalikan oleh seorang pengerusi. Tajuk forum ditentukan oleh pengelola dan diberitahu terlebih dahulu kepada penceramah dan hadirin. Kamus Dewan (2005), menjelaskan forum merupakan: (i) Perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam, (ii) Perantaraan untuk perbincangan terbuka, (iii) Tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Forum adalah salah satu kaedah komunikasi bersemuka bagi membincangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan masyarakat atau kumpulan sasar tertentu bagi memberi penerangan, mendidik dan memujuk masyarakat ataupun kumpulan sasar tertentu supaya mereka dapat memahami masalah yang sedang dihadapi. C. OBJEKTIF a) Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum atau kumpulan sasar tertentu berkaitan dengan isu yang berbangkit. b) Untuk mendapatkan pandangan pakar dari pelbagai aspek. c) Untuk mengemukakan syor-syor berkaitan isu kesihatan yang dibincangkan. d) Sebagai landasan bagi percambahan dan pertukaran ideaa (Gaming Steve, 2005).
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 36 D. PROSES Bagi memastikan pengendalian sesuatu sesi forum yang berkesan, kaedah tersebut terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum pelaksanaan sesi forum, semasa sesi forum sedang berjalan dan selepas tamat sesi forum. a) Persediaan Sebelum Forum Penganjur perlu mengambil langkah-langkah berikut : (i) Kenal pasti topik yang spesifik Untuk menarik minat dan perhatian audien dan untuk memastikan keberkesanan sesuatu sesi forum tersebut, topik yang spesifik perlulah dikenalpasti terlebih dahulu. Pengenalpastian topik adalah berdasarkan kepada tuntutan atau isu semasa. (ii) Tentukan penyelaras forum Penyelaras forum adalah individu yang bertanggungjawab berkaitan perancangan dan pelaksanaan forum. Individu tersebut juga mestilah memastikan sesi forum tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Individu tersebut perlulah mempunyai kriteria seperti berikut: Mempunyai dorongan yang kuat untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan sesi forum tersebut. Dapat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik. Memahami secara terperinci berkaitan topik yang dipilih. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kejayaan dan kelancaran pelaksanaan sesi forum tersebut. (iii) Bentuk jawatankuasa kerja Jawatankuasa ini terdiri daripada sekumpulan individu yang dilantik untuk merancang dan melaksana sesi forum berkaitan. Keahlian jawatankuasa adalah pelbagai tetapi tidak perlu melebihi tujuh (7) anggota. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa ini adalah: Membantu mengenalpasti panel Memastikan tata cara penggendalian forum Mempromosi dan membuat hebahan berkaitan forum
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 37 (iv) Lantik moderator forum Moderator mestilah individu yang berkebolehan. Moderator perlu bijak menangani serta menggalakkan sesi perbincangan dan penyertaan audien. Moderator juga perlu peka tentang topik yang dibincangkan. (v) Lantik ahli panel forum Ahli panel forum perlulah terdiri daripada individu yang berkebolehan, bepengalaman dan berpengetahuan berkaitan topik yang dibincangkan. Setiap ahli panel perlu bijak menyampaikan mesej dengan tepat dan berkesan kepada audien. Ahli panel juga perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ahli panel perlu bijak menarik minat audien. Secara ringkasnya ahli panel perlulah mempunyai kriteria berikut: Dapat menarik minat audien berdasarkan karisma dan aura yang ada pada mereka. Bijak menggerakkan tempoh perbincangan berdasarkan kemahiran komunikasi yang dimiliki. Bijak mewujudkan interaksi berdasarkan topik yang dibincangkan. Bijak meninggalkan kesan pembelajaran kepada audien. (vi) Tentukan tarikh, jangka masa dan kos a. Tarikh Pemilihan tarikh tidak bertindih dengan acara lain. Perlu mempunyai cadangan tarikh lain. b. Jangka masa Jangka masa perlulah sesuai dengan situasi audien serta lokasi forum tersebut diadakan. c. Kos Kos ini termasuklah yuran pendaftaran, bayaran panel, sewaan tempat dan kelengkapan, makan minum serta kos lain yang berkaitan. (vii) Tentukan saiz audien dan lokasi Saiz audien perlulah bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Pemilihan lokasi haruslah berdasarkan beberapa kriteria seperti: Di manakah lokasi tersebut? Apakah kebaikan menggunakan lokasi tersebut?
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 38 Apakah kos yang akan terlibat dan apakah kemudahan yang disediakan di lokasi tersebut? Adakah sebarang bantuan disediakan? Berapa lamakah masa yang diperlukan dalam membuat tempahan bagi mendapatkan lokasi tersebut? Berapa jauhkah lokasi tersebut daripada kemudahan perkhidmatan awam (contohnya : bas atau teksi) Jarak antara tempat duduk penonton dengan panel forum mestilah lebih dari 14 kaki Letakkan meja sebagai border antara Ahli-ahli Panel dengan penonton (viii) Buat hebahan Hebahan perlu dibuat sebagai satu usaha promosi untuk mendapatkan penyertaan forum. Hebahan tersebut perlulah mengandungi perkara berikut: Tarikh forum Lokasi forum Kos forum (sekiranya berkaitan) Maklumat forum secara tepat dan ringkas Matlamat forum Kemudahan penginapan (sekiranya berkaitan) Kaedah pendaftaran (sekiranya berkaitan) Individu yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut (ix) Adakan mesyuarat jawatankuasa kerja Beberapa siri mesyuarat perlu diadakan untuk melihat perkembangan pelaksanaan forum. Individu yang terlibat dalam menggendalikan forum perlu menghadiri mesyuarat ini. Setiap ahli jawatankuasa perlu diberikan tugas yang spesifik dan diberikan dateline dalam melaksanakan tugasan tersebut. Matlamat mesyuarat adalah untuk: Mengenalpasti skop dan objektif forum Membentuk garis panduan pelaksanaan forum Menetapkan agenda dan jadual pelaksanaan Menentukan pemilihan ahli panel forum (x) Adakan mesyuarat panel forum Ahli panel perlu diberikan maklumat yang jelas berkaitan matlamat forum. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk: Menentukan topik yang akan diperkatakan oleh setiap ahli panel forum
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 39 Kenalpasti Ahli-Ahli Panel dan Pengerusi Forum yang sesuai dengan tema atau tajuk forum Menjelaskan objektif forum kepada ahli panel Menentukan abstrak dan format persembahan (xi) Koordinasi set-up lokasi Menentukan floor plan forum Menentukan kelengkapan audio visual dan kos Menentukan persediaan makan minum dan kos Menentukan sumber manusia yang akan bertugas sepanjang perjalanan forum Menentukan jadual perjalanan forum seperti yang dirancang b) Semasa Forum (i) Kendalikan Sesi Forum Menyambut kedatangan jemputan dan peserta forum. Mengagihkan tanda nama, kertas kerja forum atau bahan-bahan lain. Memastikan sistem AVA berfungsi dengan baik. Koordinasi dengan jawatankuasa, moderator dan panel di atas keperluan mereka. Menugaskan anggota berkaitan untuk mencatatkan isi perbincangan forum bagi persediaan penulisan laporan. (ii) Juruacara majlis Juruacara memulakan majlis dengan memberi ucapan hormat kepada dif kehormat serta mengalu-alukan kedatangan setiap peserta forum. Juruacara Majlis perlu memperkenalkan dan meminta moderator dan Ahli Forum mengambil tempat di atas stage. Juruacara Majlis menyerahkan majlis ini kepada moderator untuk mempengerusikan forum. (iii) Moderator Moderator biasanya duduk di sebelah kanan ahli-ahli panel Memperkenalkan ahli panel. Menentukan dan mengawal jangka masa untuk setiap panel bercakap. Kebiasaannya forum ini akan berjalan selama 1 hingga 2 jam, bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa Forum ini akan berjalan dalam dua pusingan. Seterusnya dengan panel kedua dan ketiga. Selepas pusingan kedua tamat, Moderator akan meminta salah seorang ahli panel untuk merumuskan isu yang dibincangkan tadi.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 40 Memastikan setiap ahli panel menghormati sesama ahli panel Menggalakkan dan memberi ruang kepada peserta forum untuk bertanya soalan kepada ahli panel. Moderator mengakhiri sesi forum dengan memberi rumusan hasil perbincangan. Memastikan perbincangan adalah di atas topik yang diberikan. Tidak menimbulkan provokasi semasa forum sedang berjalan. Tidak membuat serangan peribadi kepada individu atau ugutan Moderator forum akan menyerah kembali majlis kepada juruacara majlis. c) Selepas Forum Laporan perlulah disediakan berdasarkan pelaksanaan forum. Maklumat seperti moderator, panel dan kos perlu dimasukkan ke dalam laporan di samping isu-isu yang dibincang serta dibangkitkan. Laporan perlu disediakan untuk dijadikan sebagai panduan perancangan dan cadangan masa hadapan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Penganjuran forum akan menghasilkan pendapat dan pandangan daripada mereka yang pakar dalam sesuatu isu. Forum yang diadakan akan mewujudkan perkongsian pengalaman di antara ahli panel dan peserta forum. Forum yang diadakan akan dapat menghasilkan proses pengupasan isu dengan lebih mendalam seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan. Majlis forum yang diadakan memberi peluang untuk mengadakan aktiviti sokongan, seperti pameran, edaran bahan-bahan pendidikan dan sebagainya. Forum digunakan sebagai medan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu (Ezhar Tamam, 1999). b) Kelemahan Proses interaksi dengan kumpulan sasar adalah terbatas kerana forum yang dianjurkan melibatkan jumlah kumpulan sasar yang ramai dan masa forum adalah terhad. Proses komunikasi sehala adalah lebih lama masanya berbanding dengan komunikasi dua hala yang hanya berlaku dalam sesi soal jawab.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 41 Forum tidak sesuai membincangkan masalah yang dihadapi oleh individu Forum tidak boleh membincangkan isu-isu semasa yang sensitif. Forum tidak ada sebarang usul dibuat dan dengan itu tidak ada keputusan konkrit yang diambil (Ezhar Tamam, 1999). F. PENILAIAN Penilaian boleh dibuat melalui jumlah bilangan kehadiran peserta dan jumlah bilangan soalan yang dikemukakan oleh peserta. Sekiranya bilangan kehadiran tinggi menunjukkan majlis forum tersebut berjaya menarik minat audien. Manakala jumlah soalan yang dikemukakan kepada panel adalah gambaran bahawa audien yang hadir ke majlis forum mempunyai minat dan tumpuan yang tinggi terhadap isu yang dibincangkan. Kaedah 9: Demonstrasi A. PENGENALAN Kaedah pendidikan kesihatan yang akan dilaksanakan perlu dipelbagaikan supaya mesej yang hendak disampaikan kepada kumpulan sasar dapat diterima dan diamalkan. Dalam usaha menyampaikan mesej pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menarik minat kumpulan sasar bagi mengikuti aktiviti pendidikan kesihatan. Salah satu kaedah pendidikan kesihatan yang boleh digunakan ialah demonstrasi. B. DEFINISI Kamus Dewan (1998), mendefinisikan domonstrasi sebagai penerangan, peragaan, dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain. Naim Ahmad dan Zaheril Zainudin (2006), dalam Bicara Media 2 menyatakan demonstrasi digunakan bagi menunjukkan bagaimana sesuatu dilaksanakan atau tidak harus dilaksanakan. Demonstrasi ialah salah satu kaedah pendidikan kesihatan yang menggabungkan proses pembelajaran melalui amali semasa aktiviti tersebut diadakan. Ianya berguna untuk membantu peserta mempelajari kemahiran baru dan sesuai diadakan secara individu atau kumpulan yang tidak melebihi 10 orang. Demonstrasi menekankan proses tunjuk ajar serta latihan berkaitan kemahiran (psycho-motor) untuk menjayakan sesuatu amalan kesihatan atau teknik rawatan. Contohnya teknik tujuh langkah membasuh tangan dengan betul, penggunaan suntikan insulin, penggunaan inhaler, penggunaan kondom dan sebagainya.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 42 C. OBJEKTIF a) Memberi pengetahuan dan kemahiran terhadap teknik-teknik betul berkaitan dengan amalan-amalan dan tingkah laku tertentu. b) Membentuk sikap positif berkaitan dengan teknik-teknik yang perlu diamalkan dalam tingkah laku. c) Memperkasakan peserta dalam mengamalkan tindakan yang boleh meningkatkan taraf kesihatan mereka. D. PROSES a) Peringkat persediaan demonstrasi Sebelum melakukan proses demonstrasi beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran proses demonstrasi. Perkara yang dicadangkan ialah: (i) Memastikan dan mengetahui tahap kemahiran yang sedia ada dan yang diperlukan oleh peserta. (ii) Menyediakan dan menggariskan langkah-langkah yang terlibat dalam kemahiran itu mengikut turutan. (iii) Menyediakan bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan semasa melakukan demonstrasi. (iv) Mencari dan menggunakan tempat yang sesuai untuk melakukan demonstrasi dan memastikan tiada halangan semasa proses melakukan demonstrasi. (v) Menentukan masa yang sesuai dan memastikan peserta hadir ke sesi demonstrasi dari masa permulaan hinggalah berakhir sesi tersebut. b) Peringkat Pelaksanaan Terdapat empat langkah dalam melaksanakan demonstrasi: (i) Terangkan kemahiran & idea yang akan didemontrasikan Gambar boleh digunakan untuk menjelaskan idea sebenar kemahiran berkenaan. Anda juga boleh menggunakan model, objek yang boleh diedarkan kepada peserta agar mereka mendapat gambaran yang jelas. Anda juga boleh bertanya soalan atau mendapatkan soalan daripada peserta untuk memastikan peserta memahami apa yang diajar. (ii) Melakukan demonstrasi Melakukan satu langkah pada satu masa dan pastikan semua orang dapat melihat demonstrasi tersebut. Penjelasan perlu diberi semasa
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 43 demonstrasi dibuat dan ulangi langkah tersebut sekiranya ada peserta yang tidak faham. Setiap langkah yang diajar perlu dijelaskan secara lisan, seterusnya diikuti dengan sesi soal jawab ‘bagaimana’, ‘kenapa’, ‘bila’, dan sebagainya untuk memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih berkesan dan berupaya mendemonstrasikan semula amalan dan teknik yang dipelajari. (iii) Dapatkan seorang peserta untuk mengulangi demonstrasi tersebut Langkah ini dilakukan bagi memastikan demonstrasi tersebut difahami serta dapat dilakukan. Dapatkan komen daripada peserta yang lain tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakan mereka. Ini adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan difahami serta interaktif. (iv) Beri peluang kepada semua peserta untuk mencuba demonstrasi. Pengajar perlu melihat dan memantau serta memberi saranan untuk memperbaiki apa yang dilakukan oleh peserta. Adalah disyorkan demonstrasi ini dilakukan secara berpasangan agar peserta saling belajar antara satu sama lain. Peserta pertama akan melakukan demonstrasi tersebut dan peserta kedua akan memerhati serta memberi komen dan maklum balas. Melalui cara ini diharapkan proses demonstrasi ini akan menjadi lebih berkesan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN Demonstrasi seperti juga kaedah-kaedah pendidikan lain mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu. Antaranya ialah: a) Kelebihan Peserta yang menyertai proses demonstrasi mendapat pengetahuan secara lisan dan mempelajari proses secara amali Semasa melakukan proses demonstrasi peserta dapat menilai hasil pembelajaran dengan cepat dan betul Dengan mengadakan demonstrasi peserta akan mendapat kemahiran dan amalan dengan berkesan. Demonstrasi akan memberi pengalaman pembelajaran kepada peserta yang mengikuti proses tersebut (experiential learning) dan proses ini akan memberi kesan kepada peserta secara terus. Proses demonstrasi merupakan satu teknik yang sesuai dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 44 b) Kelemahan Untuk melakukan demonstrasi kadang-kala memerlukan bahan atau peralatan demonstrasi yang sukar diperolehi dan mahal harganya. Proses demonstrasi tidak boleh melibatkan kumpulan peserta yang ramai bilangannya. Untuk memastikan keberkesanan kadangkala halangan tempat, masa dan kepakaran juga menjadi masalah. F. PENILAIAN Penilaian dibuat untuk menentukan kefahaman proses demonstrasi yang dilakukan dapat difahami oleh peserta Penilaian kepada kaedah demonstrasi boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu: a) Kemahiran peserta melakukan demonstrasi semula Keberkesanan demonstrasi boleh dinilai dengan memastikan kebolehan peserta dalam melakukan proses demonstrasi semula seperti yang telah diajar. b) Peningkatan amalan peserta. Keberkesanan demonstrasi boleh dinilai dengan melihat amalan terhadap perkara yang telah diajar kepada peserta. Sebagai contoh kemahiran penyusuan susu ibu. Kaedah 10: Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan menggalakkan penglibatan rakan sebaya dalam berfikir, berkongsi maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kesefahaman dan kemesraan antara satu sama lain. Berfokus kepada isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dal pelaksanaannya. Saiz kumpulan antara 8 – 10 orang. B. PROSES 1 a) Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan lantik seorang pencatat. b) Pengenalan – Fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya. c) Perbincangan – Fasilitator mengemukkan secara terbuka pernyataan atau persoalan dan minta ahli kumpulan respon ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai soalan serta tujuan kepada ahli jika perlu.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 45 d) Galakkan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan perbincangan dengan mengajukan soala-soalan yang memikat. Awasi monopoli perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral, bersahaja dan informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya. e) Pada setiap peringkat, perjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat simpulan ke atasnya.Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah dibincangkan dan akhiri dengan penghargaan. f) Ulangi keseluruhan proses yang sana dengan memilih fasilitator dan pencatat dari kalangan ahli. C. PROSES 2 a) Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari enam ahli. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua pencatit seterusnya membincangkan topik/isu misalnya obesity secara mendalam selama 15 minit dengan diawasi/dibantu oleh fasilitator. b) Satu semula kumpulan sindikit di dalam kumpulan induk dan bincangkan maklumbalas dari setiap kumpulan. Kaedah 11: Sumbang Saran (Brainstorming) A. PENGENALAN Aktiviti yang tujuan untuk mendapatkan idea dari kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara. Penilaian dan maklumbalas ke atas ideaa adalah dibataskan. B. PROSES . a) Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8 – 10 orang. Atur kedudukan ahli dalam satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan pencatat. Catatan perlu dibuat di papan tulis. b) Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu pendapat secara bergilir pada setiap pusingan. Catatkan semua idea. Ulangi punsingan sehingga peserta-peserta tiada lagi idea hendak disumbangkan. Di peringkat ini fasilitator dan pencatat. Catatan perlukan boleh menambah idea mereka ke dalam senarai idea yang terkumpul. c) Cerakin semua idea mengikut keutamaan dengan mengasingkan idea-idea yang tidak rasional. Kumpulkan idea yang hampir serupa dalam satu kumpulan. Idea-idea boleh dikategorikan kepada yang boleh dilaksanakan, perlu kajian mendalam atau satu kegunaan maa akan datang. Penilaian idea oleh mereka yang lebih mahir adalah digalakkan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 46 Peringatan: Semua idea perlu dicatatkan Ahli dilarang mempersendakan idea orang lain Ahli dibenarkan mengembangkan idea yang dikemukakan oleh ahli terdahulu. Idea seharusnya bernas dan ringkas. Kaedah 12: Debat A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapat maklumat, menyusun dan menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta menjadi seorang perucap yang baik. B. PROSES a) Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesar suara, jam dan loceng. Meja dan kerusi pendebat di atur dengan bertentangan dengan Pengerusi dan penjaga masa berda di antara keduanya. b) Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan tiga ahli bertindak selaku pihak pencadang dan pembangkang. c) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah ketua kumpulan diberi masa 5 minit untuk mengulang perdebatan didahului oleh pihak pembangkang. Penjaga masa akan menyembunyikan loceng setiap kali peserta memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat. d) Pemerhati diberi peluang membuat alasan ke atas tajuk selepas perbahasan selesai. e) Permarkahan berasaskan isi kandungan, ketepatan tajuk, kelancaran, gaya dan penampilan bahan sokongan. f) Topik-topik berkaitan dengan isu-isu kesihatan adalah digalakkan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 47 Kaedah 13: Perbincangan Panel A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk menambahkan kefahaman terhadap sesuatu perkara. Ia meliputi penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik. B. PROSES a) Pilih sekurang-kurangnya empat ahli panel dan seorang pengerusi. b) Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletak ahli panel, pengerusi dan audien. c) Pengerusi memperkenalkan topik/isu secara ringkas dan meminta panel pertama memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya meminta panel kedua memberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir. d) Pengerusi membuka perbincangan untuk audien mengajukan soalan. e) Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting yang telah dicapai/bincangkan dan menutup perbincangan. f) Topik-topik seperti senaman, obesiti dan diabetes. Kaedah 14: Kuiz A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana merangsang perbincangan, berfikir dan meningkatkan pengetahuan. B. PROSES a) Sediakan soala-soalan kuiz yang berkaitan dengan topik topik b) Lantikan seorang Pengerusi dan Pencatat markah bagi mengendalikan kuiz. Bentuk dua kumpulan peserta. c) Pengerusi Mengajukan soalan berselang seli kepada semua peserta dari kedua kumpulan Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah jika jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan dikemukakan kepada kumpulan lain dengan 1 markah jika jawapan betul.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 48 Kaedah 15: Pengucapan Awam A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambahkan pengetahuan. Ia juga berupaya meningkatkan ketrampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak serta menyampaikan maklumat dengan berkesan. B. PROSES a) Menjelaskan persediaan pengucapan awam yang mengandungi tiga peringkat iaitu pemikiran permulaan, penyediaan dan penyampaian. b) Menggariskan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemikiran permulaan: (i) Mengenali sasaran- siapa, mengapa hadir,faedah dan kepentingan ceramah kepada mereka (ii) Menentukan objektif ceramah :- Apakah yang penceramah ingin capai sama ada pengetahuan, sikap mahupun amalan (iii) Menetapkan masa c) Menerangkan keperluan-keperluan dalam peringkat penyediaan. Umumnya terdapat tiga tahap dalam bahan ucapan: (i) Pembukaan – Memberi tahu tujuan dan rangka ceramah (ii) Badan ucapan – Merupakan penjelasan kepada tujuan ceramah. Sebaik-baiknya mengandungi 4/5 fakta utama sahaja, mempunyai sokongan dan mengikut susunan keutamaan. d) Menjelaskan aspek-aspek penting enyampaian ceramah. Keutamaan adalah untuk mewujudkan hubungan dengan audien melalui: (i) Berdiri selesa dan bertenang (ii) Melihat ke arah audien (iii) Suara tidak mendatar (iv) Bernada dan kawalan kelajuan (v) Tujukan keyakinan terutama dengan ideaa penting (vi) Gunakan contoh-contoh menarik (vii) Rujuk nota (jika perlu) e) Menunjukkan teknik berucap yang berkesan (i) Cara penyampaian – Gunakan skrip, catatan (kad), ingatan atau impromptu.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 49 (ii) Membuka ucapan – Sampaikan ucapan selamat, memperkenalkan diri dan cuba cetuskan sesuatu yang menarik. (iii) Pengenalan topik – Jadikan pendengar minat, sedia mendengar dan menerima. (iv) Tinggikan minat – Selitkan jenaka, petikan, rujukan, peroalan dan sebagainya. (v) Lain-lain – Gunakan bahasa badan, timbulkan keanehan, sesuatu yang baru, realiti, perkara hampir, suspen, penting dan gurauan. Gunakan alat pandang-dengar yang berkaitan dengan mahir. f) Menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dan sebaliknya semasa berceramah. (i) Sifat baik – Berpengetahuan, berkeyakinan, berkemahiran dan ada kredibiliti. (ii) Sifat kurang baik – Syok sendiri, berbisik-bisik, melalut, kabur dan sering minta maaf. g) Latihan amali pengucapan awam Pilih peserta dan minta mereka membuat persediaan pengucapan awam dan menyampaikannya di dalam kelas mengikut tata cara dan panduan yang diberikan. Fasilitator dan rakan peserta diminta memberi pendapat mengenai persembahan selepas latihamal selesai. C. SETTING Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor) D. BAHAN Flipchart, kertas mahjong dan pena penanda. E. JANGKA MASA 5 Jam (kurang kepada 3 jam sekiranya aktiviti amali kepada perbincangan sindikit, debat, kuiz dan pengucapan awam dilakukan pada modul yang berkaitan.)
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 50 F. PENILAIAN Peserta dapat menyatakan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan program bina upaya serta mengambil bahagian aktif dalam sesi amali.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 1 LAMPIRAN 1 OLEH: EN. NORDDIN DAUD BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DEFINISI KOMUNIKASI Emery et al. (1973), komunikasi sebagai satu seni menyalurkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada orang lain. Satu proses di mana mesej atau perutusan dipindahkan daripada punca kepada penerima. DEFINISI KOMUNIKASI Schramm dan Roberts (1971), komunikasi sebagai satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda / maklumat. DEFINISI KOMUNIKASI Berelson dan Steiner (1964), komunikasi sebagai satu proses pemindahan maklumat, idea, emosi, kemahiran melalui simbol, perkataan, gambar, gambarajah dan sebagainya. DEFINISI KOMUNIKASI Proses berkongsi maklumat, pendapat, dan perasaan dengan cara lisan atau bukan lisan di antara dua atau lebih individu melibatkan penyampai dan penerima ( pendengar ) Mempengaruhi idea dan mengubah perlakuan MODEL KOMUNIKASI Lasswell Siapa Berkata apa Saluran mana Kepada siapa Apa kesannya
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 2 LAMPIRAN 1 FUNGSI KOMUNIKASI a) Memberitahuatau Maklumat : Memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Maklumat yang diterima membantu kita membuat keputusan. Proses memberitahu tidak berhenti dalam kehidupan manusia. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu sebanyak mungkin maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi. FUNGSI KOMUNIKASI b) Mendidik atau pelajaran : Memberitahu dan menambah pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara dan akan mengubah sikap dan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Peranan penyampai dan penerima sama penting dalam fungsi mendidik. Penerima akan terlibat dalam proses komunikasi sekiranya perkara yang dipelajari itu difikirkan berfaedah atau sesuatu yang tidak pernah didengar sebelum ini. Manusia berkomunikasi kerana ingin belajar dari pengalaman orang lain. FUNGSI KOMUNIKASI c) Membujuk : Komunikasi untuk mengubah sikap dan tingkahlaku orang ramai. Komunikasi perlu menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan. Fakta memujuk kadang kala tidak tepat. FUNGSI KOMUNIKASI d) Menghibur: Sebagai alat untuk menghibur. Tidak mempunyai kriteria khusus. Kejayaan fungsi sukar diukur. Berlaku dalam semua jenis media. FUNGSI KOMUNIKASI e) Sosialisasi : Mengajar tentang proses sosialisasi yang betul dalam masyarakat berkaitan dengan kemahiran, kepercayaan, nilai, norma – norma dan sebagainya JENIS KOMUNIKASI Terbahagi 2 :- Komunikasi antara individu Komunikasi tanpa lisan
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 3 LAMPIRAN 1 KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU Berlaku antara dua individu secara bersemuka dan bertentangan antara satu sama lain. Komunikasi tanpa dirancang – spontan. Komunikasi dua hala, penerima dan penyampai bertukar maklumat. Mendapatkan keputusan hasil komunikasi. Jarak semasa proses komunikasi rapat dan bergantung kepada keselesaan individu yang berkomunikasi. Maklumat lisan dan tidak lisan penting (pertuturan dan air muka, gerak badan, nada suara) KOMUNIKASI TANPA LISAN Sebagai pelengkap kepada jenis komunikasi di atas. Menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi Antara isyarat, nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan. Isyarat ini kadang kala berlaku secara tidak disedari. Kegunaannya sebagai pelengkap komunikasi lisan atau tulisan. Mengambarkan emosi, perasaan sebenar. Komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan. FAEDAH KOMUNIKASI INTERPERSONAL YANG BERKESAN Memahami antara satu sama lain Mudah menjaga hubungan harmonis Mencurah / berkongsi perasaan /masalah Mudah mendapat pertolongan Menjalin persahabatan/perhubungan KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL kemahiran mendengar kemahiran bertanya kemahiran menjawab soalan Kemahiran memberi respons KEMAHIRAN MENDENGAR Bertentang mata Menyebut nama Condongkan badan sedikit Alihkan halangan Gerak badan dan mimik muka yang sesuai Respons tanda faham Beri galakkan Nyatakan perasaan yang diluahkan Hubungkaitkan perasaan dengan sumber Nyatakan semula maksud ( restarting ) dalam perkataan semula Diam apabila perlu Perkara – perkara yang perlu dielakkan Perlakuan menganggu – pandang tempat lain memotong cakap menukar tajuk mengkritik membuat keputusan terlalu mendesak beri arahan berceramah monopoli membuat andaian
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Bersama Untuk Kesihatan Halaman 4 LAMPIRAN 1 KEMAHIRAN BERTANYA Guna soalan terbuka Guna bahasa yang mudah Nada suara yang sesuai Ungkapan yang sesuai Elakkan soalan memalukan dan menyinggung KEMAHIRAN MENJAWAB Pilih perkataan yang sesuai dan positif Bertenang Menggunakan bahasa yang mudah Memberi jawapan yang jujur Elakkan dari menjawab kasar dan mendadak membuat janji KEMAHIRAN MEMBERI RESPON Berada hampir dengan penerima Condongkan badan ke hadapan Gaya percakapan yang terbuka Bertentang mata Sentiasa senyum Minta penjelasan sekiranya tidak memahami pertanyaan Tidak membuat penilaian Keikhlasan memberi respon PENYAMPAIAN YANG BAIK Gunakan nama Pilih perkataan yang sesuai, perkataan jelas,ringkas, tepat, tidak kasar Nada suara – intonasi lembut, tinggi –rendah Bahasa Badan – mimik muka @ gaya badan sifat terbuka(mudah menerima atau berminat) TERIMA KASIH
L E M B A G A P R O M O S I K E S I H A T A N Malaysia Asas Promosi Kesihatan Unit 4: Penilaian Program Modul
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 1 UNIT 4: PENILAIAN PROGRAM 1.0 Pengenalan Rasional mengadakan unit ini adalah sebagai garis panduan melaksanakan penilaian program promosi kesihatan yang merangkumi penetapan objektif SMART, penilaian dari segi perubahan sikap, amalan, pengetahuan serta kesedaran peserta, keberkesanan kos pelaksanaan program dan membina keupayaan pertubuhan terhadap program yang dilaksanakan. Kajian penilaian ke atas program promosi kesihatan perlu dilaksanakan bagi memastikan peserta yang mengikuti program terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan serta selaras dengan visi serta misi MySihat. Proses penilaian ini merujuk kepada menilai keberkesanan sesuatu program promosi kesihatan yang dijalankan oleh pertubuhan di bawah pembiayaan MySihat. 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 PENILAIAN PROGRAM 2.1.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 Mengenal pasti keperluan penilaian dalam melaksanakan sesuatu projek. 2 Mengaplikasikan borang soal selidik yang terkandung dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat. 2.1.2 Kaedah Ceramah/ persembahan slaid Perbincangan kumpulan 2.1.3 Setting Bercorak dalam darjah/ dewan 2.1.4 Bahan/ Peralatan
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 2 Papan tulis/ flip chart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Perisian pembentangan (contoh powerpoint) Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser 2.1.5 Jangka Masa 1 jam 2.1.6 Penilaian Dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:- a) Kecekapan peserta untuk menggunakan borang soal selidik yang terkandung dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat (Lampiran 1)
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 3 3.0 Topik Utama 3.1 Jenis Penilaian Terdapat 3 jenis penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan: Gambar Rajah 4.1: Jenis Penilaian Program 3.1.1 Penilaian Proses Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Ini merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Kaedah ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Apabila pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:-
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 4 Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti – jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan – jumlah dan jenis/kategori 3.1.2 Penilaian Impak Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. Contohnya penilaian impak boleh digunakan secara berkala seperti tamat sesuatu sesi, bulanan dan/ atau apabila program selesai dilaksanakan. Kaedah penilaian ini mengukur tahap pencapaian program berasaskan pematuhan kepada objektif program yang digariskan. Oleh itu, penetapan objektif yang baik dan realistik memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan program tersebut dengan memahami konsep objektif ‘SMART’ seperti yang dipaparkan dalam Gambar Rajah 4.2 berikut:- Gambar Rajah 4.2: Konsep Objektif SMART
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 5 Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:- Pencapaian objektif program Penilaian pengetahuan peserta Penilaian sikap, perasaan dan nilai peserta Penilaian pencapaian keupayaan/ kemahiran peserta dalam melakukan sesuatu dengan betul 3.1.3 Penilaian Hasil Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka masa panjang. Ini berkaitan dengan mengukur tahap pencapaian matlamat program (program goal). Kesan jangka panjang yang dijangkakan merangkumi penurunan insiden atau prevalen keadaan kesihatan, perubahan mortaliti atau perubahan tingkah laku. Di samping itu, kesan lain yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. Penilaian hasil bersumberkan kepada penilaian proses dan penilaian impak. Sungguhpun penilaian hasil tidak menjadi satu keperluan untuk sesuatu organisasi, mereka digalakkan supaya mendokumentasikan sebarang penemuan hasil daripada program yang dilaksanakan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 6 4.0 Format Penilaian 4.1 PENILAIAN RISIKO/ PARAMETER KESIHATAN 4.1.1 Keperluan penilaian Penilaian Risiko/ Parameter Kesihatan adalah perlu untuk: 1 Mendapatkan maklumat kesihatan masyarakat yang terlibat / peribadi kesihatan peserta projek. 2 Mengetahui faktor risiko kesihatan masyarakat / peserta projek yang terlibat. 3 Merujuk kes kesihatan kepada Klinik Kesihatan terdekat untuk susulan. 4 Melakukan intervensi untuk faktor risiko kesihatan mengikut modul khusus yang dibangunkan oleh MySihat. Pertubuhan yang telah menerima kelulusan geran MySihat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan diwajibkan untuk melakukan penilaian ini yang dimasukkan dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat. Maklumat yang diperolehi oleh pertubuhan daripada masyarakat atau peserta projek dapat membantu pertubuhan serta MySihat dalam melaksanakan tindakan yang bersesuaian dengan tahap kesihatan mereka. Pengesanan faktor risiko juga penting untuk membantu pertubuhan mengambil langkah berjaga-jaga dalam melaksanakan program kepada masyarakat. 4.1.2 Parameter kesihatan Dalam melakukan Penilaian Risiko Kesihatan ini, parameter yang harus diambil kira adalah seperti berikut:- a) Demografi/ faktor risiko yang tidak berubah (i) Umur (ii) Jantina (iii) Bangsa (iv) Taraf pendidikan (v) Status pekerjaan (vi) Pendapatan bulanan (vii) Sejarah kesihatan keluarga (Diabetes/ hipertensi/ penyakit jantung/ serangan jantung/ strok/ kanser/ lelah/ kematian pramatang) (viii) Sejarah perubatan diri (Diabetes/ hipertensi/ penyakit jantung/ serangan jantung/ strok/ kanser/ lelah/ kematian pramatang) b) Parameter kesihatan/ faktor risiko berubah (i) Tinggi (ii) Berat (iii) Ukuran Lilit Pinggang (iv) Ukuran Tekanan Darah (v) Penggunaan hasil tembakau/ rokok (vi) Pengambilan alkohol (vii) Pengambilan dadah (viii) Keaktifan melakukan aktiviti fizikal (ix) Glukosa dalam darah (x) Kolesterol dalam darah (xi) Stres (xii) Pemakanan secara sihat
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 7 c) Intervensi faktor risiko Strategi dan Modul yang digunakan untuk setiap faktor risiko: Faktor Risiko Strategi Aktiviti/ Modul Faktor Risiko Biologi (Obesiti, Dislipidemia, PraDiabetes/ Gangguan Toleransi Glukosa -GTG, Pre-Hipertensi) Intervensi Pemakanan Intervensi Menurunkan Berat Badan a) Modul Makan Secara Sihat b) Modul Pencegahan Obesiti Kurang aktif Intervensi Senaman Modul Aktiviti Fizikal Merokok Berhenti merokok Modul Anti Tembakau/ Merokok Stres Menangani stres Modul Minda Sihat
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 8 4.2 PENULISAN OBJEKTIF PROJEK PROMOSI KESIHATAN 4.2.1 Pengenalan Objektif Projek boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu:- a) Objektif Am atau Umum; dan b) Objektif Khusus 4.2.2 Objektif am/ umum Penyataan objektif yang dirangka secara umum mengenai sasaran yang ingin dicapai daripada projek yang dijalankan Contoh: Untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umumnya, ibu bapa khasnya mengenai kepentingan gaya hidup sihat dari segi pemakanan, persekitaran dan kesihatan melalui senaman secara umum. 4.2.3 Objektif khusus (i) Penetapan objektif khusus perlu mematuhi formula SMART iaitu: S Specific – Spesifik M Measurable - boleh di ukur A Achievable - boleh di capai R Realistic, relevant and reasonable - realistik T Time frame - Masa yang di tetapkan (ii) Penetapan objektif khusus juga perlu mengambil kira lima (5) unsur yang penting iaitu :- W Who - Siapa W What - Apa W When - Bila W Where - Di mana H How - Bagaimana Contoh :- Pada akhir projek ini yang bertempoh selama satu tahun (1 Januari hingga 31 Disember 2011) 70% wanita Kampung A akan dapat menurunkan berat badan ke paras BMI (yang di tetapkan) melalui aktiviti promosi kesihatan.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 9 .2 4.3 PENILAIAN FORMATIF 4.3.1 Pengenalan Penilaian formatif adalah perlu untuk :- Mengukur kemajuan dan pelaksanaan program merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Mengesan pencapaian objektif serta tahap pelaksanaannya projek Mengesan kekuatan dan kelemahan sesuatu projek Penialaian formatif ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Pertubuhan yang telah menerima kelulusan geran MySihat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan diwajibkan untuk melakukan penilaian ini yang dimasukkan dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat. Maklumat yang diperolehi dapat membantu pertubuhan serta MySihat dalam mengambil langkah yang sesuai dalam memastikan projek dilaksanakan mengikut landasan Promosi Kesihatan yang disyaratkan MySihat. 4.3.2 Petunjuk/ indikator Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:- Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti – jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan – jumlah dan jenis/kategori Sila rujuk format penilaian MySihat untuk projek Promosi Kesihatan dalam Jadual 4.1.
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 10 Jadual 4.1: Borang Penilaian Formatif MySihat (i) FORMAT PENILAIAN NAMA PERTUBUHAN KATEGORI PROJEK NAMA PROJEK KELULUSAN GERAN TEMPOH PROJEK LOKASI PROJEK BILANGAN KUMPULAN SASAR PENILAIAN RISIKO KESIHATAN (RISK ASSESSMENT) Ya Jika Ya, sila nyatakan. Tidak OBJEKTIF AM / UMUM OBJEKTIF KHUSUS STRATEGI AKTIVITI PROJEK Jenis Aktiviti Indikator Bil. yang Dicadang / Bil. yang Dicadang Hadir Bil. yang Dilaksanakan / Bil. Yang Hadir Pencapaian (%) Pelancaran Pelaksanaan Aktiviti:- i) (Cth: Saringan kesihatan, Ujian Kecergasan) ii) (Cth: Ceramah, latihan, Pameran) iii) (Cth: Pertandingan, kuiz) iv) (Cth: Senamrobik,Senam Seni Sihat, gotong-royong) Penutupan Program
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 11 (ii) LAPORAN PENILAIAN BIL. PERKARA ULASAN 1. Pencapaian objektif khusus 2. Pencapaian aktiviti 3. Masalah yang dihadapi 4. Kekuatan projek 5. Kelemahan projek 6. Keberkesanan kos (cost effective) 7. Adakah projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal? Was the original project able to be implemented as designed? Ya Jika ya, apakah yang membolehkan ia dilaksanakan? If yes, why made implementation possible? Tidak Jika tidak, nyatakan sebabnya? If not, why not? 8. Bagaimana projek diubahsuai? How was the plan/project modified? 9. Adakah projek yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan? Were project objectives met? 10. Adakah anda akan melaksanakan projek secara berbeza pada masa akan datang? What would you do differently next time? 11. Perancangan akan datang (di mana kedudukan organisasi /pertubuhan)? Future strategies (where does organization/agency go from here)?
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 12 PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MYSIHAT) KIT PENILAIAN KEBERKESANAN PROJEK Dengan kerjasama Persatuan / Pertubuhan : ______________________________________________________________________ Program / Projek : ______________________________________________________________________________ LAMPIRAN 1
Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 B e r s a m a U n t u k K e s i h a t a n Halaman 13 OBJEKTIF 1. Soal selidik ini digubal bagi menilai keberkesanan Program Promosi Kesihatan yang telah dibiayai oleh MySihat melalui peruntukan geran kepada PertubuhanPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). 2. Soal selidik ini merupakan instrumen bagi mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan, sikap dan amalan responden berkaitan Program Promosi Kesihatan sebelum (pre) dan selepas (post) menyertai program tersebut. 3. Melalui penilaian ini juga, maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam proses penambahbaikan terhadap Program Promosi Kesihatan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di masa hadapan agar dapat memberi impak yang optimum kepada kumpulan sasar.