Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
IIHimpunan 30 Tazkirah Ramadan Penerbit JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit PANEL PENYUSUN Wan Husaimi bin Wan Amran Azlan bin Abd Rahman Muhammad Aslam bin Yaacob Mohd Hafidz bin Mohamed Suhaili Abdul Al Hakim bin Razalli Badrulhisham bin Mohamad Zaki Ahmad Zikry bin Ahmad Naszemi Ahmad Fahizme bin Ab Rashid Mohd Fairuz bin Ismail Ahmad Sabri bin Ishak Abdul Aziz bin Mohd Salleh Cetakan pertama 2022 Reka bentuk & Urus Cetak Oleh : Insight Strategy Sdn Bhd B 62 Tingkat 1, Taman Belukar maju, Batu 4, Jalan Gambang, 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur
III Himpunan 30 Tazkirah Ramadan KATA ALUAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG َا ِْبن َ َحبِي َا و ّن ِ نْيَ ، نَِبِي َسل ُ ْر َ الـم ِ و َاء َأ النِْبي � رْشَ ِف َ ىَل َأ م ع َ ال َّساَلُ َ َّ الصاَلُة و َ ِـمنْيَ ، و َ ِّب َ العال د ِ هلل ر ُ ْ الـحم َ د ُ َْع ما ب َّ� ، َأ ْ ِن ِ ي ِ ّ ادل َْوم ىَل ي ِإ ْحَس ٍان ِإ ْ ِ ب َ َم ْن تَِبَعهُم ِ نْيَ ، و َع � ْجـم ِ َأ َ حَصِْبه ِ و َ ىَل �آهِل َع َّ ٍد و ـحم م َ ُ Segala pujian bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya yang memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan aluan dalam buku “Himpunan 30 Tazkirah Ramadan”. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para Panel Penyusun yang telah berjaya menerbitkan buku ini. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: َ َ ال هَُّ الل ِ ِ ضْعٍف ق ِ ِمائَة ْع َب ىَل س ِإ ِهَا �ْمثَال ةِبَع رْشِ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف ال ْ ِن �آَدَم ي لُ ُّك مََ ع ِل اب ِ � ْجِز ِي به �اَن َأ َأ َ ه يِ ل و َُّ ن ِإ َ ل َّ الصْوَم ف اَّ ِإ تََع ىَال: Maksudnya : ”Setiap amalan anak Adam yang berupa kebaikan akan dilipat gandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuh ratus kali ganda. Firman Allah SWT: Melainkan puasa, Sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku akan memberi balasannya.” Menyampai dan mendengar tazkirah merupakan satu ibadah. Semoga Ibadah yang dijalankan di dalam bulan Ramadan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Buku ini diharapkan dapat dijadikan panduan buat kita semua dalam meningkatkan ilmu menjalani ibadah puasa dan sebagai rujukan para Asatizah dalam menyampaikan tazkirah dalam bulan Ramadan. Moga kita semua beroleh keampuanan serta menjadikan kita mukmin yang muttaqin di penghujung Ramadan. Sekian Wassalam. DATO’ DR HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ DSAP., DIMP., SMP Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
PRAKATA ِ َ حَصِْبه ِ و َ ىَل �آهِل َع ِ نْي و َسل ُ ْر ْم َ ال ِ و َاء نِْبي � رْشَ ِف الْ َأ َ ىَل َأ م ع َ ال َّساَلُ َ َّ الصاَلُة و َِمنْي. و لعال َ ْ َ ِّب ا ِ ر للِهَّ د ُ ْ ْ َحم اَل د ُ َْع ما ب َّ� . َأ ِ نْي � مَْجع َأ Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA, Jabatan ini dapat menerbitkan buku “Himpunan 30 Tazkirah Ramadan”. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183: ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Penghulu bagi setiap bulan iaitu bulan Ramadan amat dinanti oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga amalan puasa menatijahkan kita mencapai sifat takwa. Bulan yang penuh dengan keberkatan ini seharusnya dipenuhi dengan perkara-perkara kebaikan. Setiap amalan orang yang berpuasa digandakan sehingga 700 kali ganda. Menyampai dan menerima ilmu juga antara amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan perlu diutamakan pada bulan yang mulia ini. Penerbitan buku ini adalah hasil nukilan Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang. Mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti penyampaian ceramah dan tazkirah di sekitar Pahang. Buku ini mengandungi tajuk-tajuk yang amat sesuai untuk dikongsi sepanjang bulan Ramadan. Disertakan juga hadis-hadis, ayat al-Quran serta pandangan ulama yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yang dikemukakan. Kami berharap semoga penerbitan ini dapat dijadikan rujukan oleh para asatizah, Imamimam Masjid Daerah atau kariah, para pelajar dan masyarakat seluruhnya. Sebarang cadangan dan teguran bagi penambahbaikan penerbitan ini amat dialu-alukan. Semoga usaha ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal kebajikan di sisi-Nya. Sekian, wassalam. HAJI MOHD FADZLI BIN MAT SAMAN Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang IVHimpunan 30 Tazkirah Ramadan
ISI KANDUNGAN 1. Lapar Yang Wajar .......................................................................................... 1 2. Mengutip Berkat di Terbit Fajar .................................................................. 4 3. Nafsu Perut.................................................................................................... 7 4. Juadah Di Hujung Telunjuk ........................................................................ 10 5. Kegembiraan Orang Mukmin (Solat Tarawih) ......................................... 14 6. Pahala Infiniti............................................................................................... 17 7. 1 Fardhu Vs 5 Fardhu.................................................................................. 20 8. Ramadan dan Kesihatan ............................................................................ 23 9. Sabar Saat Keroncong ................................................................................ 26 10. Rahmat Ramadan ....................................................................................... 29 11. Ramadan Bulan Al-Quran .......................................................................... 33 12. Peristiwa Penting Bulan Ramadan ( Bahagian I ) .................................... 36 13. Peristiwa Penting Bulan Ramadan ( Bahagian II ) ................................... 38 14. Tahap Puasa Ramadan ( Bahagian I ) ....................................................... 40 15. Tahap Puasa Ramadan ( Bahagian II ) ...................................................... 42 16. Menggamit Maghfirah................................................................................ 45 17. Nuzul A-Quran ( Bahagian I ) ..................................................................... 48 18. Nuzul Al-Quran ( Bahagian II ) ................................................................... 50 19. Menghidupkan Malam-Malam Akhir Ramadan ..................................... 53 20. Road To Lailatul Qadr ................................................................................. 57 21. Ganti Puasa Orang Yang Telah Meninggal Dunia ................................... 60 22. Iktikaf ...................................................................................... 63 23. Satu Anugerah Seribu.............................................................. 67 24. Badar: Falsafah Dan Ibrah ......................................................................... 72 25. Zakat Fitrah.................................................................................................. 75 26. Fidyah ........................................................................................................... 78 27. Sedekah: Pahala Yang Bepanjangan......................................................... 83 28. Sembah Allah atau Ramadan .................................................................... 90 29. Hanya Lapar dan Dahaga........................................................................... 92 30. Istiqamah Diri Di Aidilfitri............................................................................ 95 VHimpunan 30 Tazkirah Ramadan
Lapar dan dahaga. Dua perkara ini pasti akan dilalui oleh Umat Islam apabila memasuki Ramadan. Keduanya sangat sinonim dengan Ramadan. Bulan yang memerlukan kecekalan dan pengorbanan yang tinggi bagi setiap umat Islam untuk menjalani ibadah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertakan dengan niat iaitu puasa (as-Siyam). Al-Quran sendiri menggunakan lafaz as-Siyam melebihi lima kali dengan makna dan isyarat berbeza. Puasa juga disamakan dengan sikap sabar, baik menyamai maksud dari segi bahasa ataupun istilah. Ahlan yang Ramadan. Selamat Datang Ya Ramadan.. Selamat Datang Bulan Yang Siang Hari Mulia, Selamat Datang Bulan Yang Malamnya Pun Mulia… Begitulah lirik lagu dendangan Haddad Alwi Feat Anti. Dua rangkap yang menggambarkan setiap detik waktunya yang sangat istimewa buat Umat Nabi Muhammad S.A.W. Difardukan ibadah puasa pada tahun kedua hijrah yang sarat dengan pelbagai tujuan dan matlamat. Menurut Syeikh Hassan bin Ahmad al-Kaf dalam kitab Taqriratus Sadidah Ramadan bermaksud tersangat panas. Ia merupakan bulan ke sembilan daripada 12 bulan Islam dan merupakan bulan yang paling afdhal dan istimewa serta penghulu segala bulan (Sayyidul Shuhur). Puasa Ramadan dihukumkan wajib oleh semua Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Undangundang Syariah Negeri Pahang menetapkan beberapa kesalahan berkaitan dengan Bulan Ramadan selari dengan Enakmen 11 Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang 2013 Bahagian III berkaitan Kesalahan Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya Seksyen 22. Tidak menghormati Ramadan menyatakan bahawa: Mana-mana orang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan (a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok dan benda lain atau; (b) secara terbuka atau di tempat awam mendapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya; Tazkirah 1 Lapar Yang Wajar Oleh: Abdul Al Hakim bin Razalli Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau 1Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya. Kelebihan puasa usah diperkatakan lagi. Nas-nas syarak sama ada daripada al-Quran mahupun hadis nabi menggambarkan bahawa ianya ‘Lapar Yang Wajar’ oleh seseorang hamba. Antaranya dalam hadis Qudsi : ِ ِ ضْعٍف. ِ ِمائَة ْع ىَل َسـب ِإ ِهَا �ْمثَال ة ِبَع رْشِ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف هَ لُ ال ْ ِن �آَدَم ي َ ِل اب لُ ُّك َ عـم .”ِ � ْجِز ِي به �اَن َأ َأ َ ه يِ ل و َُّ ن ِإ َ َّ الصْوَم ف َّ ال ِإ ه ْ َحانَُ سـب َ َ ال هَُّ الل ُ ق Maksudnya: “Setiap kebaikan diberikan 10 ganjaran hingga 700 ganjaran melainkan puasa. Sesungguhnya ia adalah untukku dan aku yang memberikan ganjarannya.” (HR al-Bukhari) Selain itu juga, buat mereka yang berlapar kerana Allah maka dijanjikan dua keistimewaan dan kegembiraan sebagaimana hadis riwayat Bukhari dan Muslim : ه، َُّ َب َْقى ر َل ٌ ِ ح َني ي ْرَحة َ َف ، و ُ ْف ِطر ُ ٌ ِ ح َني ي ْرَحة َ َ ِان: ف ْرَحت َ ِ ف ِـم ِ َّ لصائ ل َ و Maksudnya: “Bagi Orang yang berpuasa dua kegembiraan, satu ketika berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika bertemu Allah).” Dua hadis ini cukup menggambarkan kewajaran untuk umat Islam berlapar demi menjalankan perintah Allah. Lantaran itu tidak sedikit ganjaran kebaikan yang Allah berikan kepada mereka yang berpuasa ini. Kefardhuan puasa digariskan syariat dan nas. Ia berlandaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183: ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” Permulaan ibadah puasa pada bulan Ramadan ditetapkan berdasarkan dua kaedah umum iaitu terlihatnya anak bulan Ramadan atau pengiraan jumlah hari bagi bulan Syaaban. Hal ini bersandarkan kepada sabda Nabi SAW: 2 Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ِ ِه ـت َ ُ ْؤي ِر ُوا ل ْ ِطر �ف َأ َ ِ و ِـه ـت َ ُ ْؤي ِر وموا ل ُ ص ُ Maksudnya: “Berpuasalah kamu kerana melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya. (HR : Bukhari dan muslim) Dengan penentuan permulaan puasa melalui kaedah melihat anak bulan inilah menatijahkan perbezaan pada permulaan puasa bagi sesetengah negara Umat Islam. Namun Imam Syarbini dalam Kitab Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifati Alfaz al-Minhaj menyatakan bahawa : “ Dan apabila dilihat anak bulan di sesuatu negara, maka hukumnya adalah sama seperti negara berhampiran dengannya. Kefarduan puasa yang disyaratkan selama tempoh sebulan ini akan menzahirkan kedudukan seorang muslim dalam melaksanakan perintah Allah yang mencabar ini kerana ia menguji tabiat 11 bulan umat Islam sebelum ini yang bebas menjamah juadah setiap detik dan ketika. Rumusannya, pengorbanan besar setiap umat Islam dalam menjalani ibadah puasa Ramadan ini menatijahkan ganjaran yang tidak sedikit Allah SWT berikan buat mereka . 3Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Berkat dan sahur adalah pasangan “Merpati Dua Sejoli” yang menepati pesanan baginda Nabi SAW sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (muttafaq ‘alaih): َة ح ِور برك نيِ ف ال َّس ُ َّ ِإ َ ُوا ف حر تَ َس َّ Maksudnya: “Hendaklah kamu bersahur kerana sesungguhnya dalam bersahur terdapat keberkatan.” Sahur merupakan satu sunnah yang tidak ramai melakukannya walaupun ia mempunyai kelebihan yang membuak-buak selaras dengan hadis baginda di atas. Amalan bersahur ini menurut pendapat jumhur ulama bermula dari separuh kedua waktu malam. Manakala menurut Ulama Mazhab Syafie dan Hanafi pula waktunya adalah pada satu per-enam terakhir waktu malam hingga menjelang subuh sebagaimana dalam Kitab Mausu’ah al-Khuwaitiyah. Namun yang afdhalnya adalah dengan melewatkan waktu sahur sekira-kira anggaran dibaca ayat al-Quran sebanyak 50 ayat sebelum fajar. Ia menepati apa yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim : نْيَ َ مَْ اَ كَن ب ت ك ُ ْ قل ُ .ِ ىَل َّ الص َالة ِإ َ َام َّ ق مُ َّيِبِّ صىل هللا عليه وسمل ث ْراَن َ مَع الن ح تَ َس َّ ًة. َ ر مَْخ ِس َني �آي ُ َ ْد َ َ ال ق ح ِور ق َ ال َّس ُ َأ الَذ ِ ان و Maksudnya: “Daripada Zaid bin Tsabit katanya, ‘Kami bersahur bersama Nabi SAW kemudian baginda bangun pergi mendirikan solat (subuh). Aku bertanya (Anas), berapa lamakah jarak di antara azan dengan sahur?. Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat membaca al-Quran.” Berkat dalam Islam meliputi pelbagai perkara antaranya tempat yang berkat, waktu yang berkat, amalan yang berkat, kumpulan yang berkat dan benda yang berkat. Baginda Nabi SAW bersabda dalam Hadis Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al Baihaqi: Tazkirah 2 Mengutip Berkat Di Terbit Fajar Oleh: Abdul Al Hakim Bin Razalli Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau 4 Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ُ ْر م َّ ِ َن الت ُ ْؤم ْم ور ال ُ ُ َ حَ س ْعم ِ ن Maksudnya: “Sebaik-baik sahur seorang Mukmin ialah kurma.” Kurma memang diakui mempunyai khasiat dan kandungan zat yang baik kepada manusia. Ia turut diakui berdasarkan kajian sekumpulan pakar universiti tempatan ke atas buah ini. Justeru itu, sebaiknya bagi setiap rumah muslim mempunyai makanan sunnah yang digemari oleh baginda Nabi SAW ini. Berkat membawa maksud kebaikkan yang bertambah – tambah menurut Imam alMubarakfuri. Adapun menurut Imam Nawawi keberkatan itu adalah kebaikan yang banyak dan abadi (berkekalan). Perkataan Berkat ini diulang-ulang dalam al-Quran melebihi 30 kali dalam ayat dan surah berbeza. Antaranya seperti berikut; Firman Allah SWT: ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ Maksudnya:“Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang kami turunkan yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu hendaklah kamu menurutnya dan bertaqwalah (kepada Allah) mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.” (Surah Al An’am:155) Firman Allah SWT: ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ Maksudnya: “Dan berdoalah dengan berkata : Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.” (Surah al-Mukminun:29) Fajar menurut al-Quran datang dengan makna subuh atau tersingkap dari kegelapan malam. Kalimah Fajr ini disebutkan sebanyak 6 kali di dalam al-Quran. Di antaranya dalam dua surah berikut: 1) Surah Al Fajr Ayat 1 : ٱ ٻ Maksudnya : “Demi waktu Fajr.” 5Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
2) Surah Isra ayat 78: ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ Maksudnya: “Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).” Menurut huraian Wikipedia, fajar terbahagi kepada dua jenis iaitu Fajar Astronomi (kazib) dan Fajar Awam. Fajar astronomi bermaksud fajar yang hanya boleh dilihat bintang-bintang di langit yang terang manakala Fajar Awam pula ialah fajar yang mana terdapat cahaya yang mencukupi bagi kebanyakkan objek boleh dibezakan namun masih terdapat kegelapan dan langit masih agak gelap. Menurut Islam pula Fajar terbahagi kepada dua jenis iaitu Fajar Sodiq dan Fajar Kazib. Ibnu Khuzaimah meriwayatkan hadis daripada Nabi SAW: ِ اَ َّ لصاَلُة ِيه م ف ُ ُ ر تَ ْ ـحر ٌ َ ْج َف ِ اَ َّ لصاَلُة, و ِيه ُّل ف َ تَ ِ ـح م اَ َّ لطَع َام و ُِ ّ حَُ ير ر ٌ َ ْج َ ِ ان: ف َ ْجر ُ ف َْف ْجر اَل ُام ِ اَ َّ لطَع ِيه َّل ف َ ِ ـح َ ي ْ ِح - و - � ْي َ : صاَلُة اَ ُّ لصب َأ Maksudnya: “Fajar itu ada dua macam. Pertama Fajar yang mengharamkan makan dan menghalalkan solat. Kedua, fajar yang mengharamkan solat iaitu solat subuh dan menghalalkan makan.” Fajar pertama di atas iaitu Fajar Sodiq yang menunjukkan telah masuknya waktu solat subuh dan telah tamatnya waktu bersahur manakala fajar yang kedua pula adalah Fajar Kazib yang mengisyaratkan belum masuk waktu solat subuh tetapi masih boleh makan dan minum untuk bersahur. Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 79: چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” Kesimpulannya, waktu fajar adalah waktu yang dilimpahi dengan berkat dan kebaikkan yang sangat banyak. Sepatutnyalah bagi setiap muslim mengambil peluang pada waktu yang berkat ini bukan hanya untuk melakukan ibadah solat yang wajib sahaja bahkan perlu diisikan dengan amalan-amalan sunnah yang tidak kurang ganjaran dan pulangannya di sisi Allah seperti solat-solat sunat, zikir, doa, taubat, sedekah dan rintihan kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung. 6 Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Kedatangan Ramadan bertujuan membentuk peribadi muslim agar dihiasi dengan sifat taqwa kepada Allah SWT. Taqwa memandu seseorang hamba Allah SWT untuk melazimi taat adapun nafsu menuntun manusia untuk berlaku jahat. Ia sangat sinonim dengan rangkap lirik nasyid Kumpulan Raihan bertajuk “Iman Adalah Mutiara” sebagaimana berikut: Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai… Hampir 11 bulan kita bebas makan dan minum di siang hari. Melayan keinginan nafsu dan keroncongan perut untuk dipenuhi dengan pelbagai menu dan juadah. Maka Allah datangkan kewajipan untuk menahan diri dari menghadam apa jua juadah menyelerakan untuk satu tempoh tertentu. Didatangkan satu bulan yang disyariatkan kita untuk berpuasa. Itulah Ramadan, bulan bermujahadah, bulan tarbiyyah, bulan istiqamah, bulan ibadah, bulan al Quran, bulan hidayah dan bulan rahmat Allah. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT: ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan di antara yang benar dan dan yang salah.” (Surah Al Baqarah :185) Antara kerakusan yang menimpa sebahagian umat Islam adalah saat berbuka puasa. Nafsu perut yang membuak-buak saat melihat juadah yang mengiurkan dipamerkan di “showroom Ramadan” menyebabkan, kita lupa dengan sunnah dan adab berbuka puasa mengikut cara baginda Nabi SAW. Apabila kita menjadikan Ramadan sebagai pesta makanan, maka kita pasti akan galak memburu hidangan menyelerakan tanpa bermujahadah untuk melemahkan keinginan nafsu. Tazkirah 3 Nafsu Perut Oleh: Abdul Al Hakim Bin Razalli Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau 7Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang (CAP) menyatakan berlaku peningkatan mendadak jumlah sisa buangan makanan pada bulan Ramadan sehingga 10 000 tan setiap hari. Ia merupakan peningkatan 15 hingga 20 peratus kenaikan berbanding bulan biasa. Walaupun Islam tegas mengingatkan amalan membazir ini adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT , namun ia seakan suatu tabiat yang sukar dikikis dari sebahagian umat Islam. Tegahan ini Allah SWT abadikan dalam al-Quran dengan firman-Nya : ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ Maksudnya : “Wahai anak Adam ! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap kali (memasuki) masjid. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan (membazir) sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf : 31) Banyak adab yang dipraktikkan oleh Baginda Nabi SAW ketika waktu berbuka yang tidak harus ditinggalkan oleh Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut : 1) Menyegerakan berbuka puasa. Sabda Nabi SAW : َ ِ ْطر ْف ُوا ال َّل جَ َّ ُاس خِ َ برْيٍ َ ما ع ُ ال الن ََز اَل ي Maksudnya: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikkan selama mereka menyegerakan berbuka”. (HR : Bukhari dan Muslim) 2) Berbuka puasa dengan Ruthob, Tamar, atau air. Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad menyatakan Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan beberapa biji Ruthob iaitu kurma masak yang basah, lembut dan manis. 3) Berdoa ketika berbuka puasa. Waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab doa. Bahkan mereka yang berpuasa adalah salah satu golongan yang tidak akan ditolak doa mereka. Hal ini dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadis Riwayat al-Tirmidzi : ِ وم ُ َ ْظل ْم َ ُة ال َ َد ْعو َ و ْف ِطر ُ ت ي ىَّ ُ َ ح َ َّ الصائمِ ِ ُل و َعاد ْ ُام ال َم ِإ ُ ال م ُ ت َ هُ د َ د ْعو ُّ َ ر ُ ٌ َال ت ثَ َالثَة Maksudnya: “Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” 8 Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
4) Berbuka sebelum Solat Maghrib. Kita disunatkan untuk berbuka dahulu apabila makanan telah dihidangkan. Bahkan makruh jika kita meninggalkan makanan itu. Sabda Nabi SAW : َ ِت ِمي �ق ُأ ْن ِإ َ ه، و ُْ ِ ن ه م َُ ْق يِضَ َ حا َجت َ ت ي ىَّ َْع َج ْل َ ح َ َال ي ِ ف َ ىَل َّ الطَعام مُْ ع دك ُ � َح َأ َذ اَ ا كَن ِإ َّ الص َالُة Maksudnya : “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat maghrib dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (HR : Bukhari) Kelaparan boleh mengganggu kekhusyukan solat. Lantaran itu Islam menganjurkan berbuka dahulu sebelum menunaikan solat walaupun hanya dengan sebiji tamar atau beberapa teguk air. 5) Makan sekadar keperluan. Jangan jadikan waktu berbuka puasa sebagai saat untuk ‘membalas dendam’ garagara telah berlapar hampir separuh hari. Apatah lagi apabila berpeluang berbuka di hotel yang mengamalkan berbuka secara ‘buffet’. Lantaran telah membayar satu harga, maka saat berbuka itu makanan yang dihidangkan dianggap milik kita keseluruhannya. Makanan yang sekadar keperluannya untuk satu perut maka diambil untuk memenuhi sepuluh perut yang lain lantaran terpedaya dengan nafsu perut. Nabi SAW pernah mengingatkan perihal ini dalam satu hadis: َ ِت ب َ َل ْنغ ِإ َ ه ف ُ َ ب ْ صل ُ ْ َن ِم ُق َ ٌ ات ي ْم َُقي ِ ل ّ ِي آَدم ب ال َ ْطٍن َحْس ُ ِ ْن ب ً رَ شًّا م َاء ٌّ ِ وع ِي َم َ ا م َأل �آَدم ََّف ِس « ِلن ث ل ٌ ُ ُل َ ث شَ ِ اب و ِل رَّ ث ل ٌ ُ ُل َ ث ِ و ِ َّ لطَعام ث ل ٌ ُ ُل َث ه ف َّ نَْف ُسُ ِي آَدم ال Maksudnya: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (iaitu memberikan kekuatan padanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (HR : al-Tirmid zi) Di samping itu, Islam juga menggariskan beberapa adab sewaktu makan yang perlu diamalkan semasa berbuka antaranya ialah membaca bismillah sebelum makan dan minum, makan dengan tangan kanan, mengambil makanan yang lebih dekat dahulu, makan secara berjemaah, tidak makan dan minum sekaligus dan tidak secara menyandar. Kesimpulannya saat nafsu perut dapat dikekang ketika menjamah juadah berbuka pasti memberikan kebaikan kepada kita. Kekenyangan melahirkan kemalasan, kecukupan memberikan keselesaan, kelaparan merupakan pendidikan, ketaatan menurunkan kerahmatan dan pengorbanan menatijahkan kejayaan. Jom kekang NAFSU PERUT. 9Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Firman Allah SWT: پ ڀ ڀ ڀڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ Maksudnya: “Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.” (surah al-A’raf:31) Selain daripada dikenali sebagai bulan ibadah kerana terdapat banyak ibadah dianjur untuk dilaksanakan, bulan Ramadan juga masyhur dengan bulan yang membuka rezeki buat umat Islam. Anjuran bersedekah serta kewajipan menunaikan zakat fitrah menjadi tanda bulan Ramadan sebagai bulan rezeki bagi sebahagian umat bahkan bagi sebahagian tempat majlis berbuka puasa diadakan dan diserikan lagi dengan bazar-bazar Ramadan baik yang menjual pelbagai jenis juadah mahupun pelbagai bentuk barangan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Dalam kemeriahan suasana beribadah di dalam bulan Ramadan ada satu budaya yang kurang baik sering berlaku malah dilarang oleh Islam iaitu budaya membazir. Walaupun orang yang melakukan pembaziran itu diumpamakan Allah sebagai saudara Syaitan namun pembaziran di bulan Ramadan terus berlaku seakan menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Firman Allah SWT: ئى ئى ئى ی یی ی ئج ئح ئم ئى Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’:27) Tazkirah 4 Juadah Di Hujung Telunjuk Oleh: Wan Husaimi bin Wan Amran Pejabat Agama Islam Daerah Maran 10Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebut: “Maksud saudara syaitan adalah seperti menyerupai sifat mereka, (yang suka membazir dan boros)”. Manakala Sheikh al-Tantawi pula menyatakan bahawa Allah menyamakan orang membazir ini seperti saudara syaitan kerana persamaan mereka dalam sifat yang jahat. Imam At-Tabari dalam kitab Tafsir al-Kubra mentakrifkan pembaziran berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti menggunakan harta tanpa faedah dan tanpa pahala atau tersalah menetapkan hak pemberian. Qatadah pula dalam kitab Tafsir Ibnu Khatir mentakrifkan pembaziran sebagai perbelanjaan pada perkara-perkara maksiat yang ditegah Allah dan yang bukan hak atau perkara-perkara yang buruk. Menurut Saidina Abdullah bin Mas’ud, membazir ini adalah menjadikan harta itu digunakan di jalan yang tidak benar dan ia mirip dengan perlakuan syaitan yang mengajak manusia lari dari jalan yang benar. Kata beliau: َّاس ْ ٍن َعب َ َ ال اب َ َذا ق َك َرْيِ َ حِّق و نَْف ُاق يِ ف غ ِإ ْل ُ ا ْر ْ ِذي ب َّ الت Maksudnya : “Pembaziran ini adalah menginfaqkan harta kepada jalan yang tidak benar, begitu juga pandangan Saidina Abdullah bin Abbas.” Sebahagian ulama menyatakan bahawa israf dan membazir itu adalah suatu perkataan yang sama maksudnya. Namun terdapat juga para ulama yang membezakan maksud keduanya itu. Ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Jurjani iaitu israf merupakan penggunaan ke atas sesuatu yang perlu secara berlebihan dari kadar keperluan. Manakala membazir pula penggunaan ke atas sesuatu yang tidak perlu. Jenis-jenis pembaziran: 1) Pembaziran bertujuan maksiat Suatu perbelanjaan yang digunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah, atau perbelanjaan untuk membeli perkara yang dilarang atau diharamkan oleh syara’. 2) Pembaziran bertujuan menunjuk-nunjuk Perbelanjaan yang dikeluarkan atau dibeli semata-mata untuk menunjuk-nunjuk (riya’) 3) Pembaziran yang sia-sia Perbelanjaan sia-sia melibatkan perbelanjaan ke atas sesuatu yang halal secara berlebih-Iebihan, melebihi dari had keperluan. Oleh itu, di bulan yang mulia ini, seharusnya kita umat Islam menjauhkan budaya membazir lebih-lebih lagi dalam pembaziran makanan dan minuman. Antara tips-tips untuk membuang sifat membazir adalah: 11Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
1) Larangan Membazir Harus sentiasa diingati bahawa membazir adalah dilarang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebagai orang mukmin perintah larangan membazir hendaklah dijunjung. Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ َه ِ ات، ًْعا و َ َمن َ ِ ات، و َن ب ْ � َد ال َ ْأ َو م ِ هَات، و ق َوق الُْأَّ ُ ع مُ ْك ُ ْ ي َ َل َّ َم ع َّل َ حر َ َج ز و َّ هََّ الل َ ع ن َّ ِإ “ َ ِال ْم ََة ال َضاع ِإ َ َ رْثََة ال ُّسَؤ ِ ال، و َك َ َ ال، و َق ِ َ يل و َ مُ ْك ثَاَلاًث، ق َ ل َ ِره َك و Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (HR:Bukhari) 2) Menyuburkan Sifat Qanaah (rasa cukup) Setiap Mukmin dianjurkan untuk selalu merasa cukup atas segala sesuatu yang telah Allah SWT kurniakan. Dalam Islam, orang yang merasa cukup serta rela menerima apa yang Allah SWT kurniakan disebut dengan Qanaah. ِ َ رْثَة ِ ىَن َ ع ْن ك ْغ ْ َس ال ي َ َ َ ال: ل َّيِبِّ صىل هللا عليه وسمل ق َ َة َ - عِن الن ْر َ ي هر ُ �يِب َأ َع ْن َّْف ِس. ِ ىَن ِ غىَن الن ْغ ن ال َ ِكَّ َ ل َ ِض، و َعر ْ ال Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Bukannya kekayaan (orang kaya) itu kerana banyaknya harta, melainkan kekayaan (orang kaya) yang sebenarnya adalah kaya hati.” (HR : Bukhari dan Muslim) 3) Sentiasa Bersyukur Salah satu keutamaan memiliki sifat qanaah adalah hidup selalu dipenuhi dengan rasa syukur. Dengan memiliki sifat qanaah, seorang hamba akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan Allah SWT. Sesuai dengan roh Ramadan untuk merasai kesusahan serta kepayahan saudara seislam yang ditimpa musibah kefakiran, kemiskinan dan kelaparan maka didikan Nabi SAW untuk sentiasa bersyukur adalah dengan memandang orang-orang yang di bawah. Hal ini sebagaimana yang telah disebutkan dalam salah satu hadis. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: 12Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
�ن َأ ر ُ � ْجَد َ َأ َ مُك؛ فهُو َوق َ ف هو ُ ىَل َ م ْن ِإ ُوا َال ت َْن ُظر ْ مُ ْك و ِ ن هو � َسفل م َأ ىَل َ م ْن ِإ ُوا انْ ُظر مُ ْك. ْ ي َ َل ر َ وا نعمة هَّ الل ع ُ َْزَد ال ت Maksudnya: "Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu." (HR : Muslim) 13Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Menurut bahasa, Tarawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya. Menurut istilah pula, Tarawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadan. Bermula waktunya selepas solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Dinamakan Tarawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam). Solat Tarawih termasuk solat Tahajud atau solat malam dengan membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. Berikut merupakan dalil-dalil berkaitan solat Tarawih. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ ََم َض َان َ َام ر َم ْن ق Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan (malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR : Bukhari) Solat Tarawih ialah solat sunat pada waktu malam pada bulan Ramadan. Nabi SAW mendirikannya secara berjemaah di masjid pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulanbulan lain ia tidak dilaksanakan. Solat Tarawih secara berjemaah telah disyariatkan pada zaman Nabi SAW lagi. Baginda tidak melakukannya secara berjemaah berterusan kerana bimbang diwajibkan ke atas umatnya. Kita digalakkan solat Tarawih mengikut imam sehingga selesai. Ummul Mukminin Aishah R. Anha, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat Tarawih di masjid beberapa malam. Ada yang mengatakan empat malam dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya. Tazkirah 5 Kegembiraan Orang Mukmin (Solat Tarawih) Oleh: Dr Azlan bin Abdul Rahman Bahagian Dakwah 14Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
َ ْسِجِد َ ذ َ ات ْم ل يِ ف ال ىَّ َ َ ، " ص َ َسلمَّ ِ و ْه ي َ َل ل هَُّ الل ع ىَّ ِ َ ص س َول هَّ الل ُ َ ، � ّن ر ِ َشَة َأ َائ َع ْن ع ِ َن عوا م ُ َ َم َّ ا ْجت مُ َّ ُاس ، ث ثَ الن َ َكرُ َْق ِابةَِل ف ِ َن ال ل م ىَّ َّ َ ص مُ س ، ث ِ اَ نٌ ِه لِ ب َصاَلت ىَّ َ َص ةٍَل ، ف ْ ي َ ل ، َ َ َسلمَّ ِ و ْه ي َ َل ل هَُّ الل ع ىَّ ِ َ ص ُول هَّ الل س ُ َ ْ ر ِم لَهْي ِإ ُ ْج َ ْ ـخر ْ ي َلمَ ِ ، ف َّ ِابَعة �ِو الر ِ َأ ِثَة َّال ةَِل الث ْ ي َّ الل مُ ْك ، ْ ي َ ل ِإ ِ وج ُ خر ُ ْ ِ َن ال َ ْعيِن م ْن َم ْ ي َلمَ ْ ، ف ت مُ َ ْع ِي َصن ال ذَّ ت ُ ْ �ي َأ َ َ ْد ر َ َ ال : ق َ َح ، ق َّ َأ ا � ْصب َم َل ف ََم َض َان". َ َذكِ َل يِ ف ر َ َ ال : و مُ ْك ، ق ْ ي َ َل َ َض ع ُْفر � ْن ت َأ يت � ّن يِ َخِش ُ ل َأ اَّ ِإ Maksudnya: “Aisyah R. Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW solat di masjid pada suatu malam, dan orang ramai pun solat bersama baginda. Kemudian pada malam seterusnya baginda mendirikan solat lagi dan jemaah semakin ramai. Kemudian pada malam ketiga atau keempat orang ramai sudah berkumpul tetapi baginda tidak keluar untuk solat bersama mereka. Apabila hari telah siang, baginda berkata: Aku melihat apa yang kamu lakukan, tidak ada apa yang menghalang aku daripada keluar mendirikan solat bersama kamu melainkan kerana aku takut ia akan diwajibkan ke atas kamu. Perawi berkata: Hal ini berlaku dalam bulan Ramadan. (HR : Muslim) KELEBIHAN IKUT IMAM SEHINGGA SELESAI Daripada Abu Dzar RA berkata: َ ِي َق ت ب َ َ ا حىَّ ْ ِبن ـقم ُ َ ْ ي َلمَ ََم َض َان ف ِ صىل هللا عل يِ يه وسمل ف ر س ِول هَّ الل ُ َ َ َ ا مَع ر ْن صـم ُ ْ ِل ي َّ ث الل ُ ُ ُل ت َ ذَه َب ث َ َ ا حىَّ ََق َام ِبن ش ِهْر ف ِ َن ال َّ ع م ٌْ َسـب Maksudnya: “Kami puasa bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan. Baginda tidak bangun mendirikan solat (malam/tarawih) bersama kami sehinggalah Ramadan hanya tinggal tujuh hari sahaja. Lalu baginda pun mendirikan solat (malam/tarawih) bersama kami sehingga berlalunya sepertiga malam.” (HR : al-Nasa’i) TEMPOH MELAKUKAN SOLAT TARAWIH. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW sebelum ini: “Sesiapa yang menghidupkan (malam) Ramadan.” tempoh menunaikan solat Tarawih ialah sesudah selesai menunaikan solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu solat Subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam. 15Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
HUKUM SOLAT TARAWIH Solat Tarawih hukumnya sunat Mu’akkad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah SAW telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Abu Dzar meriwayatkan Nabi SAW bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada baginda: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda: ةٍَل ْ ي َ َ ُام ل ِي ِ َب هَ لُ ق ت ُ َْن رَ ِصَف، ك ت ي ىَّ ِ َ ح َمام ِإ َ َام َ مَع ال ه َ م ْن ق َُّ ن ِإ Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat Tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam sepanjang malam.” (HR : al-Tirmidzi) Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar. Berkata sebahagian ulama: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.” Khalifah Umar bin Al-Khatab RA ialah orang pertama menyeru umat Islam menunaikan solat Tarawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Ka’ab RA. Solat Tarawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadan selepas solat Isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir. Solat Tarawih merupakan ibadah yang tiada di dalam bulan lain selain Ramadan. Ini menunjukkan betapa istimewanya Solat Terawih yg hanya disyariatkan pada bulan yang cukup istimewa. Maka pasti suatu kerugian bila mana Kita mengabaikan tanggungjawab melaksanakannya walaupun ianya bukanlah suatu kewajipan. Sirah menunjukkan bahawa para salafussoleh tidak pernah mengabaikan ibadah ini. Apatah lagi ketibaannya perlu ditunggu pada bulan tertentu dan masa tertentu. Justeru itu marilah Kita bersama-sama mengerah tenaga, membina keinginan, menyusun langkah Dan memagar azam untuk menunaikan ibadah ini pada malam-malam indah di setiap hari Bulan Ramadan ini. Jom 20 rakaat terawih... Fastaqim... 16Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Setiap amalan soleh yang dilakukan oleh orang yang beriman kepada Allah SWT, sudah pasti Allah SWT akan memberikan balasan yang baik atau disebut sebagai pahala. Pahala adalah ganjaran daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya yang sentiasa melakukan amalan-amalan kebaikan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Semakin banyak amalan kebaikan kita, maka semakin banyak pahala yang akan diganjarkan oleh Allah SWT. Dengan ganjaran pahala ini lah akan membantu kita mendapatkan rahmat Allah SWT yang begitu luas di Hari Pembalasan nanti. Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang paling beruntung berbanding umat-umat yang lain. Hal ini kerana khusus bagi umat Nabi Muhammad SAW, sesiapa yang melakukan amalan yang sedikit pun, Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala yang begitu banyak sekali. Banyak nas dan dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menyatakan ganjaran pahala dan kebaikan berlipat kali ganda yang akan diperolehi apabila kita melaksanakan perkara kebaikan. Antaranya adalah seseorang yang menunaikan solat secara berjemaah, Allah SWT akan memberikan kepadanya sehingga 27 kali ganda ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis : َ َجًة ِع رْشِ َ ين َ در َ ٍ و ْع َب ب س َْف ِّذِ ِ ال ِ ْن َ ص َالة ُل م ْ َض �ف ِ َأ َة َاع ْ َجم َص َالُة ال Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” (HR : Muslim) Begitu juga apabila seseorang menginfakkan hartanya di jalan Allah SWT sama ada dengan bersedekah atau berwaqaf, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya ganjaran pahala sehingga 700 kali ganda bahkan lebih daripada itu. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑک ک ک ک گگ گ گ ڳ ڳ Tazkirah 6 Pahala Infiniti Oleh : Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 17Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir benih, dan pada tiap-tiap butir itu seratus biji benih (yang lain). Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah al-Baqarah : 261) Selain itu, Allah SWT juga memberikan ganjaran pahala yang sangat besar bagi hambanya yang membaca al-Quran sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis : ُول : ق ُ � ِ اَ هَا ل َأ �ْمثَال ة ِبَع رْشِ َأ ُ َ ْ َحَسـن َ ال و ٌ َة ِ َحَسـن َهَلُ ِ به ِ ف َت ِ اب هَّ الل ِ ِ ْن ك ًا م ْرف � َ ح َأ َ َر َم ْن ق ف ٌ ْر مي َ ح ٌ ِ َم ف و ٌ ْر م َ ح اَلٌ َ ف و ٌ ْر ف َ ح ٌْ �ل َأ ف ٌ ْر �آ َ مل ح Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR : al-Tirdmizi) Bahkan, secara umumnya, setiap satu amalan soleh yang dilakukan oleh orang yang beriman, Allah SWT akan memberikan kepadanya ganjaran sekurang-kurangnya 10 kali ganda hingga melebihi 700 kali ganda ganjaran kebaikan sebagaimana sabda Rasulullah SAW : ِ ِ ضْعٍف ِ ِمائَة ْع َب ىَل س ِإ ِهَا �ْمثَال ة َع رْشُ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف ال ْ ِن �آَدَم ي لُُّك مََ ع ِل اب Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat ganda…” (HR : Bukhari Muslim) Begitulah Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah SWT terhadap hamba-hambaNya yang menunaikan perintah dan kewajipan serta beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang dapat menerima banyak ganjaran pahala walaupun amalan sedikit. Begitu jelas dan nyata sekali bahawa Allah SWT menghendaki hamba-hambanya untuk mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Jika di bulan-bulan lain sekalipun, ganjaran pahala dan kebaikan bagi seseorang yang melakukan amalan soleh adalah berlipat kali ganda, apatah lagi amalan orang yang berpuasa di Bulan Ramadan al-Mubarak. Ganjaran yang bakal diterima oleh mereka adalah lebih berlipat kali ganda daripada kebiasaan di bulan-bulan yang lain. Bahkan amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadan pun akan diganjarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi : 18Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
19Himpunan 30 Tazkirah Ramadan � ْجِز ِى بهِ �اَن َأ َأ َ ه ىِ ل و َُّ ن ِإ َ َّ الصْوَم ف الَّ ِإ َّل َ َج ز و َّ َ َ ال هَُّ الل َ ع ق Maksudnya: Allah Ta’ala berfirman (yang maksudnya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. (HR : Bukhari Muslim) Jika kita perhatikan hadis tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa amalan-amalan kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala tanpa had oleh Allah SWT. Justeru, perbanyakkanlah amalan-amalan kebaikan di sepanjang bulan Ramadan samada amalan fardhu dan ditambah pula dengan amalan sunat seperti solat sunat, bertadarus, membaca Al-Quran, bersedekah, menjamu orang berbuka puasa, membantu golongan yang memerlukan dan banyak lagi. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan dan memberikan ganjaran pahala infiniti atas amalan yang kita lakukan.
Solat adalah perkara yang penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin. Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Pendidikan solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan disarankan untuk memberi hukuman kepada anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia merobohkan agama. Kewajipan solat tersebut boleh didapati melalui banyak dalil daripada al-Quran dan Hadis. Perintah untuk menjaga solat amat dititik beratkan sebagaimana firman Allah S.W.T : ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ Maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusto (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk” (Surah al-Baqarah : 238) Begitu juga dengan firman Allah SWT : ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya” (Surah an-Nisa’ : 103) Daripada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa solat adalah satu ketetapan yang mesti dilakukan dan diambil perhatian serius oleh setiap mukallaf. Tambahan pula, ia merupakan amalan yang pertama sekali dihitung. Hal ini telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis : Tazkirah 7 1 Fardhu Vs 5 Fardhu Oleh : Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 20Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
َ َ َسلمَّ ِ و ْه ي َ َل ل هَُّ الل ع ىَّ ِ َ ص س َول هَّ الل ُ َ ت ر ُ َ َ ال مَ ِ : سْع َ َة ريض هللا عنه ق ْر َ ي هر ُ عن �يِب َأ ُ َح ْت ْن َ صل ِإ َ ه ف ُُ ِ َ صاَلت ِ ْن مََ عهِل ِ م َ َامة ِي ْق َْوَم ال د ي ُ ْ َعب ْ ِ ال بِ به حَُ ا ي َاس ُ َّ َل َ م �و َأ ن َّ ِإ ُول : ق ُ َ ي َ َخرِسَ ََق ْد َ خ َ اب و َ َسَد ْت ف ْن ف ِإ َ َ َح و � جْن َأ َ َح و َ ْل �ف َأ ََق ْد ف Maksudnya: "Sesungguhnya amal yang pertama dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh dia orang yang beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh dia telah gagal dan rugi." (HR : Bukhari) Solat adalah ibarat kunci kepada penerimaan amalan-amalan soleh yang lain. Jika solat kita melepasi ujian dengan jayanya apabila disoal di hadapan Allah SWT, maka barulah amalanamalan lain dapat diterima. Keadaan ini adalah seumpama seseorang yang mempunyai rumah yang indah dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan rumah yang sempurna seperti pendingin hawa, televisyen, kerusi urut, katil dan tilam yang empuk, namun apabila kunci rumahnya hilang, maka dia tidak dapat menikmati segala kenikmatan di dalam rumahnya itu. Solat juga adalah amalan yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Hal ini kerana solat merupakan ibadah yang diwajibkan terus daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Israk dan Mikraj, berbanding ibadah lain yang hanya diperintahkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Meninggalkan solat dengan sengaja adalah dosa yang amat besar di sisi Allah SWT. Solat merupakan pembeza antara orang Muslim dan kafir sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis : ِ َْرَك َّ الص َالة ْ ُكْفِر ت َ ال نْيَ ال ّش رِ ْ ِك و َ َ ب و Maksudnya: “Yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir, iaitu meninggalkan solat.” (HR : Muslim) Antara balasan mereka yang meninggalkan solat adalah, Allah SWT akan mengazab mereka dalam neraka Saqar. Firman Allah SWT : جم حج حم خج خح خم سج سح سخ سم صح Maksudnya : «Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka) Saqar?» Mereka menjawab: «Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.” (Surah al-Muddathir : 42 – 48) 21Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Jika dilihat sebahagian daripada situasi di bulan Ramadan, ada antara masyarakat muslim yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Namun ibadah itu dilakukan hanya kerana mengikut persekitaran dan amalan bermusim sahaja. Disebabkan itu, kita dapat melihat ramai masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh berpuasa namun tidak menunaikan solat. Malah ada ibubapa yang melatih anak-anak mereka berpuasa seawal usia kecil lagi, tetapi mereka tidak melatih anak-anak mereka untuk menjaga solat 5 waktu. Ada juga sebahagian masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh bangun di awal pagi untuk menjamah makanan sahur, namun setelah itu dia menyambung tidur kembali sehingga tidak menunaikan solat subuh. Apabila tiba waktu tengahari, disebabkan kerana letih berpuasa, dia hanya tidur tanpa menunaikan Solat Zohor. Apabila tiba waktu Asar, dia hanya bersiap-siap memikirkan juadah berbuka dengan sibuk membeli makanan di bazar atau bergegas menuju ke restoran yang ditempah untuk berbuka puasa tanpa menunaikan Solat Asar. Setelah berbuka pula, dia menyandar kekenyangan sehingga terlepas waktu Maghrib. Tatkala waktu malam, dia sibuk berkunjung ke pasaraya atau bazar Aidilfitri bagi mencari kelengkapan menyambut hari raya. Akhirnya dek kerana satu fardhu yang mahu dilaksanakan, lima fardhu yang menjadi kewajipannya ditinggalkan begitu sahaja. Seseorang yang beriman seharusnya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai waktu untuk mengumpul pahala dengan melaksanakan segala perkara yang wajib terutamanya ibadah Solat. Apabila seseorang itu hanya bersemangat dengan ibadah puasa sahaja, maka amalannya itu hanya sia-sia tanpa mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan kepada kita kekuatan untuk beramal dengan sebanyak mungkin amalan-amalan yang soleh agar kita beroleh rahmat dan keberkatan serta ganjaran yang baik daripada Allah SWT. 22Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Kesihatan adalah salah satu nikmat Allah SWT yang terbesar. Tanpa kesihatan kita tidak mampu menjalankan tugas dan kewajipan sebagai hamba Allah termasuklah tidak mampu untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna. Maka kita wajib menjaga kesihatan jasmani dan rohani kita. Rasulullah SAW bersabda : ِ ِيف ِ ِن ا َّ لضع ُ ْؤم ْم ِ َن ال ِ م ىَل هَّ الل ِإ ب ُّ � َح َأ َ ي و ي َ خرٌْ ُّ َْقِو ن ال ُ ِ ُ ْؤم ْم ال Maksudnya: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.” (HR : Muslim) Kekuatan biasanya dikaitkan dengan kesihatan yang baik. Sesuatu kekuatan dan kemampuan seseorang sangat bergantung kepada tahap kesihatannya. Dari sudut pandangan Islam, nikmat kesihatan terletak di bawah nikmat iman dan keyakinan. Rasulullah SAW bersabda: اغ ُ َ َْفر َ ال ة و ُ ح َّ ِاس ّ الصِ َّ ِ َن الن ري م ٌ ِ َث َا ك ِ ِهيم ون ف ٌ ُ َ َت ِان َم ْغب ْعم ِ ن Maksudnya: ‘’Dua nikmat yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan dan masa lapang.’’ (HR : Bukhari) Salah satu Ibadah yang sering dikaitkan dengan aspek kesihatan adalah ibadah puasa. Ini kerana amalan berpuasa melibatkan perbuatan menahan makan dan minum bermula daripada terbit fajar sehingga matahari terbenam yang merupakan satu rutin yang berbeza bagi kebanyakan umat Islam di bulan-bulan lain selain bulan Ramadan. Tazkirah 8 Ramadan Dan Kesihatan Oleh: Wan Husaimi bin Wan Amran Pejabat Agama Islam Daerah Maran 23Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ِ َّة حِص َ ِ و َ الْآاَثم ْوِب و ُ ِ ةَِّل ا ُّذلن ْ ِب يِ ف ق َْقل ِ ال َّة حِص َ ِ، و ِ ةَِّل َّ الطَعام ِ يِ ف ق ْجْسم ََّة ال ن حِ ص َّ ِ. ِإ ْ لَاَكم ِ ةَِّل ال َّْف ِسيِ ف ق الن Maksudnya: ‘’Sesungguhnya sihat tubuh badan pada sedikit makan, dan sihat hati pada sedikit dosa, dan sihat jiwa pada sedikit bercakap”. Dalam Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-122: Puasa dan Kesihatan telah menemukan beberapa faedah kepada kesihatan yang diperolehi melalui amalan berpuasa. Faedahfaedah ini dikumpulkan daripada kongres antarabangsa pertama bertemakan “Kesihatan dan Ramadan” yang diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1994. Kesemua kajian yang telah dibentangkan mengesahkan bahawa puasa pada bulan Ramadan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan, malah sebaliknya ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Diantara beberapa faedah kesihatan yang boleh diperolehi melalui amalan berpuasa yang telah dibuktikan dengan penemuan dan kajian sains ialah: 1. Membantu mengawal kadar gula di dalam darah. Amalan berpuasa mampu untuk membantu pengawalan gula di dalam darah terutamanya bagi mereka yang mempunyai risiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Amalan berpuasa mampu mengurangkan halangan insulin yang mana boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, seterusnya membenarkannya mengangkut glukosa daripada salur darah kepada sel badan dengan lebih efisien. Kesannya, gula di dalam darah akan menjadi stabil dan risiko penyakit kencing manis dapat dikurangkan. Amalan berpuasa juga boleh mengurangkan risiko bagi ibu yang sedang mengandung daripada menghidap penyakit kencing manis. 2. Meningkatkan tahap kesihatan jantung dengan mengawal tahap tekanan darah, lebihan lemak dan kolesterol. Banyak kajian menunjukkan bahawa berpuasa dapat memberi kesan yang baik kepada jantung. Satu kajian telah dibuat ke atas orang dewasa yang mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) yang telah berpuasa selama tiga minggu di bawah pengawasan pakar perubatan dan hasilnya telah menunjukkan bahawa tahap tekanan darah, lebihan lemak dan kolesterol mereka menurun secara mendadak. 3. Mengurangkan tahap keradangan. Kajian telah menunjukkan keradangan boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. 24Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
4. Membantu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan metabolisme badan. Secara teorinya, menahan diri dari makan dan minum ketika berpuasa akan mengurangkan jumlah pengambilan kalori makanan dengan syarat tidak mengambil makanan secara berlebihan ketika bersahur dan berbuka, serta tidak mengambil makanan yang mempunyai nilai kalori yang tinggi secara berlebihan. Pengurangan jumlah kalori yang diambil pada kebiasaanya akan membawa kepada pengurangan berat badan. 5. Mempercepatkan tempoh pemulihan. Puasa juga mampu menpengaruhi proses pemulihan di dalam badan. Ketika mana makanan tiada di dalam perut, anggota badan akan menfokuskan aktivitinya untuk fungsi-fungsi yang lain seperti aktiviti metabolik dan sistem ketahanan badan, berbanding dengan kerja-kerja penghadaman yang mana tidak diperlukan ketika seseorang itu sedang berpuasa. 6. Menambah baik fungsi dan kesihatan otak. Puasa adalah salah satu faktor utama dalam memulakan proses autofagi di dalam otak kemudian secara langsung menambah baik fungsi dan kesihatannya. 7. Penghasilan hormon anti penuaan (awet muda). Ketika berpuasa, hormon pertumbuhan akan dihasilkan lebih banyak berbanding dalam keadaan tidak berpuasa. Ini akan menyebabkan hormon anti penuaan dan hormon pertumbuhan yang lebih baik dihasilkan di dalam badan. Kesimpulannya, antara hikmah bulan Ramadan dan ibadah berpuasa ialah membantu sesorang itu untuk memperoleh kesihatan yang baik. Ada yang berhujah bahawa ibadah puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan bersandarkan kepada hadis ini: حوا ُّ وموا تَ ِص ُ ص ُ َ و Maksudnya: “Dan berpuasalah, maka kamu akan sihat”. (Riwayat al-Thabarani) Hadis ini diriwayatkan oleh sekumpulan para sahabat Nabi SAW dan kesemua riwayat tersebut adalah tidak sahih untuk disandarkan kepada Nabi SAW. Walaubagaimanapun, ini tidak menunjukkan bahawa makna (matan atau teks) hadis itu juga tidak sahih. Ini kerana, banyak kajian dalam perubatan dan sains telah membuktikan bahawa amalan berpuasa mempunyai banyak faedah kepada kesihatan. 25Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Sifat sabar merupakan salah satu daripada sifat mahmudah atau sifat yang terpuji. Setiap manusia dituntut untuk mempunyai sifat sabar dalam diri mereka. Hal ini kerana, sebagai seorang manusia, kita sentiasa diuji oleh Allah SWT dengan berbagai ujian dan cabaran. Sebagai seorang hamba, maka kita pasti diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian mengikut kemampuan hamba-Nya. Bahkan, Rasulullah SAW juga tidak lari daripada diuji oleh Allah SWT walaupun Baginda seorang yang maksum iaitu terpelihara daripada dosa. Walaupun Allah SWT memberikan ujian kepada hambanya, sama ada dengan ujian kesakitan, hilang orang yang tersayang, hilang pekerjaan namun Allah SWT tidak pernah jauh dengan hamba-Nya. Ujian adalah tarbiyah Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih dekat kepada-Nya. Setiap orang ditarbiyahkan dengan cara yang berbeza dan proses tarbiyah ini adalah untuk membentuk manusia menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi yang terbaik. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang Allah SWT timpakan. Meskipun berat ujiannya, sabar adalah salah satu ciri utama ketakwaan seseorang kepada Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis: َان ْم ِْلإي ُف ا ِ ْص ُ ن اَ َّ لصرْب Maksudnya: “Sabar itu adalah separuh daripada (kesempurnaan) iman” (HR : Baihaqi) Sifat sabar merupakan sebahagian daripada keimanan seseorang kerana orang yang bersabar dalam menunaikan perintah Allah SWT akan meyakini bahawa melaksanakan perintah Allah SWT akan mendapat manfaat dan melanggar perintah Allah SWT mengundang azab. Seseorang itu sukar untuk mencapai peringkat ketaatan kepada Allah SWT jika tidak disertai dengan sifat sabar dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Begitu juga orang yang bersabar dalam sesuatu ujian atau musibah akan meningkatkan lagi keyakinannya bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan takdir daripada Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan rukun iman yang keenam (6) iaitu beriman kepada qada’ dan qadar. Tazkirah 9 Sabar Saat Keroncong Oleh : Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 26Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Firman Allah SWT : ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹڤ ڤ ڤ ڤ Maksudnya : “Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 155) Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati menjadi lebih tenang dalam menghadapi musibah atau ujian. Namun, sifat ini haruslah dididik dan disemai dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi kerana Allah SWT akan sentiasa menguji kita dan ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita. Banyak dalil yang menyatakan kelebihan orang-orang yang bersabar antaranya sabda Rasulullah SAW : ِ َّة ْ َجن ن ِوز ال ُ ُ ِ ْن ك َ زٌْن م ُ ك اَ َّ لصرْب Maksudnya : “Sabar itu adalah satu gudang daripada gudang-gudang syurga” (HR Tabrani & Ibnu Hibban) Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda : َّ الصرْبِ ِ ْن �ْوَسَع م َأ َ ً َ خرْيًا و د َ عَطاء ٌ � َح َ َأ ُأ ا � ْعِطي َ َم هَُّ الل و ه ُ َصّب رِ ْ ُ بْ ي رَّ ََت َص َ َم ْن ي و Maksudnya : “Siapa yang sungguh-sungguh berusaha untuk bersabar maka Allah akan memudahkan kesabaran baginya. Dan tidaklah seseorang dianugerahkan (oleh Allah SWT) pemberian yang lebih baik dan lebih luas (keutamaannya) daripada (sifat) sabar.” (HR : Bukhari) Bulan Ramadan adalah merupakan Bulan Kesabaran. Hal ini kerana bulan Ramadan banyak mengajar sifat sabar kepada diri seseorang yang beriman. Bermula seawal pagi, kita disarankan untuk bangun lebih awal daripada kebiasaan bagi menunaikan ibadah sahur. Malah bagi tujuan sahur juga, sebahagianya terpaksa bangun lebih awal bagi menyediakan juadah untuk keluarga. Begitu juga di sepanjang waktu berpuasa, walaupun berada dalam keadaan keletihan berpuasa, aktiviti harian perlu diteruskan seperti bekerja bagi mencari nafkah dan menunaikan kewajipan-kewajipan harian yang lain. Inilah waktu yang paling memeritkan. Terpaksa bekerja 27Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
dengan perut yang kosong, tekak yang kering dan tenaga yang terjejas. Namun apabila kita tetap bersabar semata-mata kerana mahu melaksanakan perintah Allah SWT, ianya sudah pasti akan mendatangkan rahmat Allah SWT. Sementelah pula, bulan Ramadan inilah masa yang sangat sesuai untuk kita melatih diri menjadi orang yang sabar dalam kehidupan kerana kita sedang belajar untuk bersabar saat perut sedang berkeroncong walaupun dihadapan kita terdapat makanan yang halal yang boleh dimakan, namun demi puasa kerana Allah, kita memilih untuk tidak memakannya. 28Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Firman Allah SWT: ی ی ی ی ئج ئح Maksudnya : “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.” (Surah Ali-Imran :132) Melaksanakan perintah Allah SWT adalah suatu penyaksian seorang hamba. Salah satu ibadah yang besar nilainya di sisi Allah ialah berpuasa di bulan Ramadan. Dikurniakan rahmat bagi para hamba yang istiqamah dalam mentaati-Nya dan Rasul Nya seharusnya dijadikan satu motivasi untuk memperbaiki diri dalam beribadah. Rahmat terdiri dari tiga huruf ra, ha, dan mîm. Menurut Ibnu Faris dalam Maqâyîs alLughah setiap kata Arab yang berakar dari tiga huruf ra, ha’, dan mîm memiliki erti dasar kelembutan, kehalusan dan kasih sayang. Sedangkan menurut al-Ashfihani dalam Mufradât Alfâdzh al-Qur’an, kata rahmat bererti kelembutan yang menuntut berbuat baik kepada yang disayangi. Menurut Hamka dalam Tafsir al-Azhar, rahmat adalah kelebihan yang diberikan langsung oleh Allah ke dalam setiap hati dan sikap hidup yang memancarkan kepada amal perbuatan kelak meninggal dunia dengan husnul khatimah. Diantara sebab-sebab turunnya rahmat Allah dan pertolongan-Nya yang paling agung adalah: 1. Bertakwa kepada Allah SWT; 2. Bertaubat kepada Allah dari seluruh dosa; 3. Amar ma’ruf dan nahi munkar; 4. Tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa; 5. Saling menasihati kerana Allah; 6. Saling berwasiat kebenaran dan bersabar di atasnya; 7. Mengasihi orang fakir miskin, menyenangkan dan berbuat baik kepada mereka. Tazkirah 10 Rahmat Ramadan Oleh: Wan Husaimi bin Wan Amran Pejabat Agama Islam Daerah Maran 29Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Rahmat Allah di bulan Ramadan antaranya ialah: 1) Ketaatan dilaksanakan dengan kemampuan. Indahnya Islam apabila ibadah dilaksanakan dengan kadar kemampuan. Walaupun sesuatu ibadah itu diwajibkan Allah SWT namun ia datang dengan keringanan termasuklah ibadah puasa di bulan Ramadan. Firman Allah SWT : ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٷ ۋ Maksudnya : “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah al-Baqarah : 185) Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: َ َأ ا � ْهكَلَ م َّ ن ِإ َ ْ، ف ت مُ ه َ ما ا ْسـَت َطْع ُْ ِ ن ُوا م ت ْأ �َ ِ ف مُ ْك ِ به ُ ْرت َأ ا �َم َ َم وه، و ُ ُ ِب َن َا ْجت ه ف ُ مُ ْك َعْن ت ُْ َما نَـهَي ْ َ هِِ ائم �نِْبي َ ىَل َأ ْ ع ُهُم ِاَلف َ ا ْخت ْ و ِهِم ِل َ رْثَُة َم َسائ ِ مُ ْك ك ْل َب ِ ْن ق ِ َ ين م ال ذَّ Maksudnya: “Apa yang aku larang untuk kalian maka tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian maka laksanakan sesuai dengan kemampuan kalian. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan terhadap para nabi mereka.” (HR : Bukhari dan Muslim) 2) Ibadah dilaksanakan tanpa gangguan. Bagi memudahkan ibadah puasa dilaksanakan dengan baik, Allah SWT telah membelenggu para syaitan dari mengganggu hamba-hamba Nya. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: َ ِت ْ ِسل سل ُ َ َ، و ن َ ُ اب هََ جمَّ ْو �ب َأ َِّق ْت ُل َغ ِ، و َاء َ ُ اب ال َّسم ْو �ب َأ ِ َح ْت ّ ت ُ ََم َض َانف ر َذ َ ا د َخ َل َشهْرُ ِإ ني َ ِ اط ُ ي َّ الش Maksudnya : “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (HR : al-Bukhari) 30Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
3) Pahala yang digandakan Antara rahmat Ramadan ialah peluang setiap orang merebut pahala yang berlipat kali ganda. Disebut dalam sebuah hadis Qudsi. َ َ ال ِ ِ ضْعٍف ق ِ ِمائَة ْع َب ىَل س ِإ ِهَا �ْمثَال ة ِبَع رْشِ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف ال ْ ِن �آَدَم ي لُ ُّ " ك مََ ع ِل اب � ْجل َأ ِ ْن ه م َ َطَع َامُ ه و َ تَُ ع َشهْو ُ ََد ِ ي � ْجِز ِي به �اَن َأ َأ َ ه يِ ل و َُّ ن ِإ َ ل َّ الصْوَم ف اَّ ِإ هَُّ الل تََع ىَال: Maksudnya : “Setiap amalan yang dilakukan anak Adam akan dilipatgandakan, tindakan yang baik akan dilipatgandakan pahalanya hingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: Dengan syarat berpuasa yang dilakukan kerana Aku (Allah) maka Aku akan memberinya pahala kerana mereka meninggalkan keinginannya demi Aku.” (HR : Bukhari dan Muslim) 4) Dosa-dosa diampunkan Setiap orang pasti mengharapkan keampunan daripada Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan ibadah berpuasa dengan sepenuh keimanan dan pengaharapan. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ ََم َض َان َم ْن َ ص َام ر Maksudnya : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR : Bukhari dan Muslim) 5) Doa-doa yang dikabulkan Doa yang mustajab atau dikabulkan berkait dengan beberapa perkara atau keadaan. Ada doa dikabulkan dengan sebab tempat, atau disebabkan waktu atau disebabkan seseorang. Di bulan Ramadan terhimpun kesemua sebab terkabulnya doa. Antaranya : 1. Doa orang yang berpuasa 2. Berdoa pada waktu sahur 3. Berdoa sepanjang menjalani ibadah puasa 4. Berdoa mnejelang waktu berbuka. 5. Berdoa pada Lailatul Qadar 31Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Semoga kita beroleh rahmat Allah SWT di bulan penuh barakah dan mulia ini. Semoga menjadi sebab kita dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT dengan rahmat Nya. ُل ُ ْدِخ ُل اَ : " ل ي قْو ُ َ َ ي َ َسلمَّ ِ و ْه ي َ َل ل هَُّ الل ع ىَّ ِ َ ص ُول هَّ الل س ُ َ ت ر ُ َ َ ال مَ ِ : سْع َ ع ْن َ جِاب ٍر ق ِ َن هللا " ٍ م َ مَْحة لِ بر اَّ ِإ �ان اَل َأ َ َّ ِار و ِ َن الن ه م ُ ري اَل جُِ يُ َ َة و َّ ْ َجن لُ ال هُ ْ مُ ْك مََ ع ِ ن � َحًدا م َأ Maksudnya : “Daripada Jabir berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kalian yang dimasukkan syurga dengan amalnya dan tidak juga diselamatkan daripada neraka kerananya, tidak juga aku kecuali kerana rahmat Allah.” (HR : Muslim) 32Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Bulan Ramadan merupakan bulan al-Quran. Pada bulan inilah al-Quran diturunkan oleh Allah SWT. Sebagaimana dalam firman Allah: ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻۀ Maksudnya : ” Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (Surah Al-Baqarah: 185) Sesungguhnya Allah SWT mengurniakan kitab suci al-Quran sebagai satu nikmat dan anugerah kepada hamba-Nya kerana kitab suci al-Quran merupakan mukjizat teragung. Malahan dengan membaca al-Quran memberi ketenangan hati serta ketenteraman jiwa dalam melalui pelbagai ujian di dunia ini. Daripada Abu Umamah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ِ ِ ًيع ِ َأ ا ل حْصَ ِابه ِ َشف َ َامة ِي ْق َْوَم ال ْأيِت ي �َ ه ي َُّ ن ِإ َ ْر�آَن ف ق ُْ ُوا ال َء ْاقر Maksudnya : “Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (HR : Muslim). Oleh itu, umat Islam perlu mendekatkan diri dengan al-Quran bagi mempertajamkan minda dan memperkuatkan sahsiah diri kerana dengan memperbanyakkan membaca ayat suci al-Quran, mendengar dan seterusnya memahami isi kandungannya akan menjadikan seseorang itu memahami ajaran Islam yang sebenar seterusnya membentuk keperibadian insan yang mulia. Tazkirah 11 Ramadan Bulan Al-Quran Oleh: Badrulhisham bin Mohamad Zaki Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 33Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
34Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Ramadan bulan al-Quran, Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya supaya membaca al-Quran di bulan ini kerana kelebihan yang Allah SWT kurniakan berlipat ganda dibandingkan dengan bulan selain Ramadan. Sabda Nabi Muhammad SAW: ُول: �آمل ق ُ � ِ اَ هَا ل َأ �ْمثَال ة ِبَع رْشِ َأ ُ َ َن ْ َح س َ ال و ٌ َة َن ِ َح س َهَلُ ِ به ِ ف َت ِ اب هَّ الل ِ ِ ْن ك ًا م ْرف � َ ح َأ َ َر َم ْن ق ف" ٌ ْر مي َ ح ٌ ِ َم ف و ٌ ْر م َ ح اَلٌ َ ف و ٌ ْر ف َ ح ٌْ . �ل َأ ف ٌ ْر َح Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca setiap huruf daripada al-Quran baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan (Alif Lam Mim) satu huruf tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR : al-Tirmidzi) Daripada Uthman bin Affan, Rasulullah SAW bersabda : ه ُ َ م َّ َل َع ْر�آَن و ق ُْ َ ال مُْ َ م ْن تََعلمَّ ُك َخرْي Maksudnya : “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkanNya.” (HR : Bukhari) Amalan bertadarus iaitu membaca al-Quran secara berkumpulan di bulan yang mulia ini sangat-sangat dianjurkan dan amat bertepatan dengan saranan hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan umatnya menghidupkan hari-hari bulan Ramadan ini dengan kalam suci Allah SWT. Tadarus al-Quran meliputi amalan membaca, memahami dan mengkaji kandunganNya. Banyak masjid dan surau yang mengadakan program tadarus al-Quran seusai solat tarawih. Kaedah terbaik tadarus ialah apabila seseorang membaca al-Quran dalam satu kumpulan, sebahagian yang lain perlu mendengar dan memberi teguran jika berlaku kesalahan. Adapun, amalan yang dibuat oleh sebahagian masyarakat kita iaitu semua ahli dalam halaqah membaca al-Quran secara serentak tanpa ada yang mendengar dan memberi teguran terhadap bacaan yang salah, kurang menepati kaedah tadarus. Ahli tadarus terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang. Bersesuaian dengan bulan al-Quran, amalan bertadarus sehingga khatam perlu dihidupkan setiap malam khususnya selepas solat tarawih untuk menzahirkan kemeriahan bulan al-Quran. Kaedah untuk mengkhatamkan al-Quran dalam majlis tadarus bergantung kepada kesesuaian masa untuk memberi peluang kepada umat Islam melakukan aktiviti-aktiviti yang lain seperti, Qiamullail, menghidupkan 10 malam akhir Ramadan dan memburu malam al Qadr. Membaca al-Quran adalah diantara sebaik-baik ibadat untuk taqarrub kepada Allah SWT. Ganjaran yang dikurniakan Allah SWT kepada pembaca kalamNya ialah setiap huruf dikurniakan
satu kebaikan yang digandakan sehingga 10. Tambahan pula dalam bulan Ramadan, amalan sunat diberi ganjaran seperti melakukan amalan fardhu. Mereka yang merebut peluang bertadarus pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan yang berganda-ganda iaitu kelebihan membaca al-Quran, kelebihan beriktikaf sambil bertadarus al-Quran dan kelebihan mendapat jaminan daripada Rasulullah SAW seperti di dalam hadis. َ َ الل ِ يل و�آانء ٌ رجل �آ ُاته ُهللا القر�آَن ف ُ هو يقوم به �آانء َ ِني: يف اثنت َّ ال ح َسد إال َ الل ِ يل ِ والهنار. ه �آانء قُ ُِ ُْنف ِ الهنار ٌ ، ورجل �آ ُاته ُهللا ما ًال فهو ي Maksudnya : “Tidak boleh hasad kecuali kepada dua golongan: lelaki yang diberi oleh Allah al-Quran (membaca atau menghafal) lalu ia mendirikan (membaca) siang dan malam, lelaki yang diberi oleh Allah harta lalu ia menginfakkannya siang dan malam”. (HR : Bukhari dan Muslim) Rancanglah Jadual Ibadah Seharian di bulan Ramadan. Tentukan waktu-waktu tertentu bagi membaca, bertadabbur dan bertadarus al-Quran, solat-solat sunat, solat berjemaah, bersedekah, berzikir, iftar dan sebagainya. Kelapangan waktu rehat, khususnya bagi yang berkerja seharusnya diisi dengan aktiviti ibadah seperti di atas. Punca kejayaan melakukan ibadat bukan terletak seratus peratus kepada kerajinan seseorang. Ia bergantung kepada kehendak Allah dan ini perlu kepada doa agar Allah memberikan taufiq kepada kita untuk melakukan ibadat. Satu Ketika Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz ibn Jabal: َّ أ� ّعن يِ هم َّ ٍ أ�ن َ تقول: الل ُ ِر ِّلك صالة عن يف دب ُّ َك فال َ تد َّ ِ أ لحب ُاي م ُ عاذ إ ّن يِ هَّوالل ِ َك ح ِسن عبادت ُ ، وش ْكِرَك، و ْ ِرَك ُ ِك عىل ذ Maksudnya : “Demi Allah sesungguhnya aku amat sayang kepada kamu. Dan jangan kamu tinggal berdoa selepas setiap kali solat fardu dengan berkata: Ya Allah bantulah aku untuk ingat kepada kamu. bersyukur kepada kamu dan melakukan ibadat terbaik kepada kamu”. (HR : Abu Daud) Rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada kita semua meliputi segala sesuatu. Pada Ramadan ini, kita masih diberi peluang untuk beribadah. rebutlah peluang yang amat baik ini dengan persiapan yang cukup dan persediaan yang mantap. Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna dengan pengisian amalan ibadah pada siang dan malam khususnya pada kemuncak 10 hari terakhir Ramadan. Oleh itu, janganlah kita sia-siakan 10 hari terakhir tersebut dengan lailatul bazar (menghabiskan masa di bazarbazar jualan pada waktu malam). 35Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
36Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Bulan Ramadan adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam dan bulan ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan daripada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadan merupakan peluang untuk umat Islam melipat gandakan lagi amal ibadah mereka kepada Allah SWT sama ada amalan-amalan fardhu mahupun sunat. Maka amat beruntunglah bagi mereka yang merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT dan amatlah rugi bagi yang mensia-siakannya. Dalam sirah dan sejarah Islam, terdapat beberapa peristiwa penting dan agung yang berlaku di bulan ini yang mana kita boleh mengambil pengajaran dalam kehidupan kita. Antara peristiwa penting yang berlaku ketika bulan Ramadan ialah peristiwa penurunan al-Quran. Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar untuk membuktikan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadat. Firman Allah SWT yang menceritakan mengenai peristiwa penurunan al-quran ini di dalam surah alBaqarah ayat 185: ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻۀ Maksudnya : ” Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (Surah Al-Baqarah: 185) Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa penurunan ayat pertama al-Quran daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan 6 Ogos 610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira’. Ayat al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibril adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq: Tazkirah 12 Peristiwa Penting Bulan Ramadan ( Bahagian I ) Oleh: Ahmad Zikry bin Ahmad Naszemi Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah
ٱ ٻ ٻ ٻ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) Dengan Nama Tuhan-Mu, yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah Dengan Nama Tuhan-Mu, Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”, (surah al-‘Alaq: 1-5) Al-Quran ini telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang syumul bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi sebagai panduan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Bersempena peristiwa Nuzul Quran pada Ramadan kali ini, marilah kita sama-sama merenung kembali, sejauh manakah al-Quran dapat kita hayati dan amalkan secara tuntas. Ingatlah, kemuliaan umat Islam terdapat pada al-Quran sebagai sumber utama yang mampu mendatangkan kebaikan dalam kehidupan ummatnya. Mudah-mudahan kita dapat mengambil peluang dalam bulan penuh barakah ini untuk kita terus meningkatkan mutu dan nilai ibadah seharian kita dengan memperbanyakkan dan melazimi urusan harian kita dengan al-Quran. Allah SWT berfirman: ئا ئا ئە ئە ئو ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ ئې ئې ئې ئى ئىئى ی Maksudnya :“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap ی ی یئج ئح ئم ئى ئي mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (surah al-Fatir: 29-30) 37Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
38Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Sepanjang sejarah perkembangan dan perjuangan Islam, telah berlaku beberapa peristiwa besar bagi umat Islam dalam bulan Ramadan. Bukan sahaja berlakunya peristiwa Nuzul Quran malah turut berlaku peristiwa besar yang lain. 1) PERISTIWA PERANG BADAR Pada hari Jumaat dua Ramadan tahun kedua hijrah, telah berlaku peperangan pertama dalam sejarah Islam. Peperangan ini berlaku antara tentera muslimin dengan tentera musyrikin. Peperangan ini dinamakan sebagai peperangan Badar yang diambil sempena nama tempat berlakunya peperangan tersebut. Seramai 313 orang tentera muslimin terlibat dalam menentang musuh manakala jumlah tentera musyrikin tiga kali ganda lebih ramai iaitu seramai 1000 orang. Tentera Islam telah mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di tempat itu. Perang Badar ini merupakan peperangan yang sangat luar biasa, meskipun jumlah tentera muslimin sangat sedikit serta lemah dari sudut kelengkapan, alatan perang dan sedang berpuasa. Namun dengan izin Allah SWT, Nabi SAW dan tentera muslimin telah mencapai kemenangan. Hal ini membuktikan bahawa puasa bukanlah faktor penyebab umat Islam untuk bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT : ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ Maksudnya :“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Surah Ali Imran : 123) Tazkirah 13 Peristiwa Penting Bulan Ramadan ( Bahagian II ) Oleh: Ahmad Zikry bin Ahmad Naszemi Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah
2) PEMBUKAAN KOTA MEKAH Peristiwa pembukaan Kota Mekah berlaku pada 10 Ramadan tahun ke 6 hijrah. Peristiwa ini berlaku kerana pihak Musyrikin Mekah telah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah dipersetujui bersama orang Islam. Kandungan perjanjian ini ada menyebut bahawa setiap suku arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad SAW atau sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan juga tidak boleh membantu pihak yang lain berperang. Malangnya, dalam suku arab yang bersekutu itu terdapat golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Bani Khuza’ah. Pihak Quraisy Mekah bersekutu bersama Bani Bakar manakala Bani Khuza’ah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai sekutu mereka. Pada suatu malam, pihak Quraisy Mekah telah menolong Bani Bakar untuk menyerang perkampungan Bani Khuza’ah yang terletak di Lembah Watir. Sebaik sahaja berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, maka baginda telah mengarahkan ratusan ribu umat Islam untuk menuju ke Mekah tanpa diketahui oleh penduduk musyrikin Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy dan mereka tidak mengetahui kemaraan umat Islam yang hampir memasuki kota Mekah. Umat Islam berjaya memasuki kota Mekah tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini membuktikan bahawa Allah SWT memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang ikhlas sepertimana yang disebutkan di dalam surah al-Nasr. Firman Allah SWT: ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ Maksudnya : “Apabila telah datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan.” (Surah al-Nasr:1) Kesimpulannya, bulan Ramadan ini bukanlah satu halangan yang besar bagi umat Islam untuk terus memperolehi kemenangan dan kejayaan. Pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah-kisah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadan ini. Semoga dengan peristiwa yang telah kita sebutkan tadi, dapat menaikkan semangat kita untuk memberikan yang terbaik pada bulan Ramadan ini. 39Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
40Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa di dalamnya. Kemuliaan dan kebesaran bulan Ramadan disebabkan oleh ianya penghulu segala bulan. Ibadah puasa yang dilakukan oleh umat Islam merupakan satu kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT: ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah : 183) Firman Allah SWT : ڄ ڄڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑک ک ک ک گگ گ گ ڳ ڳ Maksudnya : “(iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (surah al-Baqarah : 184) Tazkirah 14 Tahap Puasa Ramadan ( BAHAGIAN I ) Oleh: Abdul Aziz Bin Mohd Salleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
Ayat 183 dan 184 daripada surah al-Baqarah tersebut merupakan dalil tentang pensyari’atan ibadah puasa di bulan Ramadan kepada semua umat Islam yang merupakan rukun Islam yang ketiga selepas kefardhuan ibadah solat. Berdasarkan ayat-ayat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa ibadah puasa di bulan Ramadan mempunyai tahap-tahapnya seperti yang dilakukan oleh umat Islam sepanjang zaman. Tahap-tahap ibadah puasa yang boleh disimpulkan daripada ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut : 1. Puasa seorang muslim 2. Puasa seorang mukmin 3. Puasa seorang mukmin muttaqin PUASA SEORANG MUSLIM Seorang muslim berpuasa hanya sekadar mengikut seperti puasa yang dilakukan oleh majoriti umat Islam di dunia. Mereka hanya mengetahui ibadah puasa wajib dilakukan pada bulan Ramadan melalui amalan yang dilakukan oleh orang – orang yang terdahulu daripada mereka (ibubapa mereka). PUASA SEORANG MUKMIN Seorang mukmin melakukan ibadah puasa dengan mengetahui kewajipannya melalui perintah Allah SWT di dalam al-Quran. Mereka patuh dan taat kepada perintah melakukan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan menjadikan matlamat puasa mereka ialah untuk mendapat sifat TAQWA seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183. PUASA SEORANG MUKMIN MUTTAQIN Seorang mukmin muttaqin melakukan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan penuh khusyuk dan bersungguh–sungguh untuk mendapatkan REDHA Allah SWT. Mereka berusaha untuk taqarrub ila Allah (mendekatkan diri kepada Allah) dengan melaksanakan semua amal ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadan terutama sekali untuk mengaut seberapa banyak kasih sayang Allah SWT dan malam al-Qadar. Sebagai muslim mukmin yang sentiasa berusaha meningkatkan amalan ibadah kita maka puasa yang merupakan salah satu pasak penting agama Islam, sayugialah kita memuhasabahkan perjalanan puasa kita yang saban tahun berada di tahap telur di hujung tanduk. Marilah samasama kita meningkatkan kualiti ibadah puasa kita ke tahap insan terpilih di sisi Allah SWT. 41Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
42Himpunan 30 Tazkirah Ramadan TAHAP -TAHAP PUASA MENURUT IMAM AL-GHAZALI RH Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin’ menyebut : Puasa ada tiga tahap : 1. Puasa al-umum; 2. Puasa al-khusus; 3. Puasa khusus al-khusus. Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga tahap tersebut? Tahap yang manakah seharusnya ada pada diri kita dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan? Apakah tindakan kita untuk mencapai tahap yang semestinya kita berada? Tahap Pertama Puasa al-Umum (Puasa orang awam Islam/muslim) Ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah iaitu hanya puasa di tahap orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. Nabi SAW telah memberitahu kita dalam sabdanya : ال َّسهَرُ َّ ال ِإ ِ ِه َام ِي ِ ْن ق م ْ َسهَ لُ ي َ ٍ ل َائمِ ب ق َّ ر ُ َ وع و ُ ج ُ ْ َّ ال ال ِإ ِ ِه َام ِ ْن ِصي م ْ َسهَ لُ ي َ ٍ ل ب َ صائمِ َّ ر ُ Maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan kelaparan, berapa ramai orang yang mendirikan solat tiada apa dari solatnya melainkan kepenatan”. (HR Ibn Majah) Tahap Kedua Puasa al – khusus (Puasa orang mukmin/solihin) Ialah menahan pandangan, pendengaran, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa di bulan Ramadan. Puasa di tahap ini pula puasa di tahap kedua iaitu Tazkirah 15 Tahap Puasa Ramadan ( BAHAGIAN II ) Oleh: Abdul Aziz Bin Mohd Salleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
puasa orang khas. Puasa bagi tahap ini ialah seseorang itu akan cuba menjaga akhlak dan menambah amalan – amalan sunat bagi menambah lagi kualiti puasanya. Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata, Nabi SAW telah bersabda : َّك َ ِث،فإن ساب َّ ِغو و الرف أ ِلك و الرشِب، إ منا الص ُ يام من الل ليس الص ُ يام من ال حد أ �و ِهجل عليك فقل: إين صا ٌمئ، إين صا ٌمئ ٌ �أ Maksudnya : “Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah ‘Aku berpuasa, aku berpuasa’”. (HR Ibnu Khuzaimah) Tahap Ketiga Puasa khusus al khusus (Puasa Para Nabi, Siddiqin dan Muqarrobin) Ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:- 1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari. 2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:- a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat, Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: ق ْل ُ َ ي ْ َل هَلُ ف َاتَ �ْو ق َأ ه ُ َ ؤ َ شاتَم ٌ ُ ْن ْ امر ِإ َ اَل جَْي ْ هَل ف َ ُ ْث و َْرف َاَل ي ًا ف ِم َْوًم َ ا صائ مُْ ي دك ُ � َح َأ َ َح َذ َأ ا � ْصب ِإ ّن يِ َ صائمٌِ ِإ ّن يِ َ صائمٌِ ِإ Maksudnya : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkaraperkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”. (HR : Muslim) Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik. 43Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
44Himpunan 30 Tazkirah Ramadan b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang. c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik dan lain-lain. d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tetapi tiada pahala. Bahkan Nabi SAW menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa. Arbab al-qulub / (orang yang menjaga hatinya) mengatakan – sesiapa yang pada siang hari Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakannya ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang yakin kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. PUASA YANG RUGI Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Daripada Abu Hurairah RA. katanya bahawa Nabi SAW bersabda: ه َُ َ رَشَ اب ه و ََد َع َ طَع َامُ � ْن ي ٌ يِ ف َأ ِ َ ح َ اجة للِهَّ ْ َس ي َ َل ِ ف َ َل ِ به َعم ْ َ ال ْوَل ُّ الز ِور و َ ََد ْع ق ْ ي َم َم ْن ل Maksudnya :“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (HR : Bukhari) Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa. Oleh itu, berjuanglah untuk menjaga semua disiplin-disiplin di bulan Ramadan, selain daripada makan dan minum serta hubungan kelamin, jagalah lidah, mata, telinga dan anggota lain daripada perkara yang sia-sia agar kita mendapat rahmat (10 Ramadan pertama), keampunan (10 Ramadan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka (10 Ramadan terakhir). ّ ِار تق َمن الن ٌ ه ِع مغفرة و�آخرُ ُ ٌ ه ُ وسطُ ٌ أو� ُل َش ِهْر َ رمضان رمحة َّ أ�و Maksudnya : “Bulan Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka”. (HR : Ibn Khuzaimah). Mari kita MUHASABAH DIRI kita dimanakah tahap puasa Ramadan kita selama ini, adakah kita hendak berada pada tahap pertama sahaja hingga mati atau hendak meningkatkan ibadah puasa kita ke tahap yang tertinggi dan mendapat REDHA Allah?