The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnubauturi, 2023-03-23 09:46:25

30 Himpunan Tazkirah Ramadan

30 Himpunan Tazkirah Ramadan

Menginjak kaki memasuki bulan Syawal setelah sebulan kita dituntut bertahan dalam ketaatan bukti pengorbanan dan keimanan Umat Islam dengan menahan lapar dan dahaga pasti disambut dengan penuh dengan gembira dan bahagia. Namun wajarkah kerana menyambut kehadiran bulan ini, keistimewaan tetamu nan pergi dipinggir melukut di sisi. Ramadan tanpa mujahadah pasti Syawal kurang meriah. Sepatutnya kegembiraan menyambut Aidilfitri ini perlu dizahirkan dengan penuh kesyukuran kepada Yang Esa. Ini seperti ungkapan bait-bait nasyid nyanyian Raihan dan NowSeeHeart dalam “Hari Raya Untuk Semua” : Hari Raya hari untuk semua, Hari yang Bahagia, Di Hari Raya mari kita semua bersyukur kepada Yang Esa… Menzahirkan kesyukuran kita atas kejayaan mengisi Ramadan dengan pelbagai ketaatan dan ibadah yang penuh pengharapan mudah-mudahannya menatijahkan keampunan di sisi Allah terhadap dosa kita yang terdahulu. Berkesinambungan daripada pelbagai keistimewaan yang datang bersama Ramadan, maka Syawal yang tiba juga tidak kurang ibadah khusus yang menjadi tanda kesyukuran seorang hamba terhadap penciptanya. Bermula daripada terbenam matahari hari terakhir Ramadan, maka malamnya adalah merupakan antara malam-malam yang mustajab doa yang digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah seperti bertakbir sepanjang malam, beristighfar, berselawat, dan sebagainya menurut pandangan Imam As Syafie RH. Begitu juga saranan Imam An Nawawi RH amat dianjurkan untuk mengisi malam dua hari raya dengan amalan solat dan amal soleh yang lain. Tuntutan membayar zakat fitrah juga adalah salah satu kewajipan yang perlu diselesaikan oleh Umat Islam sehingga sebelum menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri. ‘Id berasal daripada perkataan ‘aud bererti ulangan. Ia menunjukkan berulangnya hari raya atau kegembiraan yang berulang setiap kali datangnya hari raya. Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa atau Hari Lebaran. Penentuan dua hari raya dalam Islam ditentukan melalui dua cara : Tazkirah 30 Istiqamah Diri Di Aidilfitri Oleh: Abdul Al Hakim bin Razali Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau 95Himpunan 30 Tazkirah Ramadan


I. Ru’yah (melihat anak bulan) II. Menyempurnakan kiraan hari dalam bulan Sya’ban. Walau semeriah manapun kita meraikan kegembiraan hadirnya fajar Syawal, jangan kita lupa Islam telah mengariskan adab-adab yang perlu diamalkan antaranya adalah seperti berikut : I. Mandi Sunat Hari Raya II. Memakai bau-bauan dan pakaian yang terbaik III. Menjamah makanan sebelum bersolat hari raya IV. Bersegera ke masjid V. Pergi dan pulang daripada masjid melalui jalan yang berbeza Selain itu, mengiringi ibadah utama Ramadan yang telah berlalu iaitu puasa, maka disunatkan bagi Umat Islam menjalani ibadah puasa enam hari di bulan Syawal yang menjanjikan pahala seperti berpuasa setahun. Sabda Rasulullah SAW: َّ اَ ال كَن كص َّ يام ادلْهر ِ ْن َ شو ًّا م ه ِسـت ُ ََع �تْب َّ َأ مُ ََم َض َان ث َم ْن َ ص َام ر Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengiringinya dengan puasa Enam hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah (mendapat pahala) berpuasa sepanjang tahun. (HR : Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasai, Ahmad) Aidilfitri bukanlah hari untuk bersuka ria sehingga melanggar batas-batas agama dengan mengikut hawa nafsu seperti bergaul bebas, bersalam-salaman dengan bukan mahram, melakukan maksiat, makan dan minum berlebihan sehingga berlaku pembaziran, berpakaian ketat dan mendedahkan aurat, berlebih-lebihan menyambut hari raya sehingga berhutang dan mengabaikan kewajipan solat. Sambutan Aidilfitri adalah sambutan yang dituntut syariat bukan sambutan adat dan tradisi semata-mata. Justeru wasatiah atau kesederhanaan adalah sangat sesuai saat kita meraikan kegembiraan Aidilfitri sesuai dengan pesanan ahli bijaksana : ُطها ري أ ال ِ مور أ �وَس خ ُ Maksudnya : Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya. Dengan kesedehanaan ini ia menjadi satu wadah khas untuk menarik masyarakat bukan Islam terhadap Islam dengan diperlihatkan imej kesederhanaan dalam Islam. 96Himpunan 30 Tazkirah Ramadan


Click to View FlipBook Version