Bulan Ramadan dikenali sebagai bulan maghfirah. Maghfirah adalah pengampunan dosadosa oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang memohon keampunan. Kalimah alMaghfirah (املغفرة (pula disebutkan sebanyak 28 kali di dalam al-Quran. Antaranya: Firman Allah SWT: گ گ گ ڳ ڳ ڳ Maksudnya : “Sedangkan Allah mengajak ke Syurga serta memberi keampunan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah : 221) Firman Allah SWT: ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈۈ Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik serta memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati.” (Surah al – Baqarah : 263) Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 133: ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ Maksudnya :“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” Tazkirah 16 Menggamit Maghfirah Oleh: Abdul Aziz Bin Mohd Salleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 45Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
46Himpunan 30 Tazkirah Ramadan MAGHFIRAH DI BULAN RAMADAN Ada riwayat yang menyatakan bahawa di pertengahan bulan Ramadan itu adalah Maghfirah (pengampunan dan pembaikan). Maghfirah Allah SWT terdapat di sepanjang hidup manusia, oleh itu kita dituntut memohon Maghfirah dari Allah SWT apabila merasa diri kita berdosa. Di bulan Ramadan lebih – lebih lagi kita perlu perbanyakkan memohon Maghfirah Allah SWT. Banyak cara untuk mendapat Maghfirah Allah SWT di bulan Ramadan antaranya : 1. Puasa di bulan Ramadan Sabda Rasulullah SAW : ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ ََم َض َان َم ْن َ ص َام ر Maksudnya : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah, maka dosanya di masa lalu akan diampuni ”. (HR. Bukhari dan Muslim) Puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan bermaksud puasa yang dilakukan hanya semata – mata kerana Allah SWT (ikhlas) dan dengan ilmu yang berkaitan dengan ibadah puasa Ramadan. Mengharap pahala dari Allah SWT bermaksud puasa yang dilakukan adalah untuk mendapat ganjaran (pahala) dari Allah SWT. 2. Mendirikan malam Ramadan (Qiam Ramadan – solat tarawih) Sabda Rasulullah SAW : ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ ََم َض َان َ َام ر َم ْن ق Maksudnya : “Barangsiapa melakukan qiam Ramadan (solat tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR: Bukhari dan Muslim) Orang yang beriman tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan solat (solat tarawih) di setiap malam dalam bulan Ramadan kerana solat tarawih hanya ada peluang melakukannya di bulan Ramadan sahaja. Adapun di bulan-bulan yang lain tiada peluang melakukannya kerana tiada solat tarawih di dalamnya. 3. Mendirikan Lailatul Qadar (10 malam akhir Ramadan) Sabda Rasulullah SAW : ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ َْق ْدِر َ ال ةَل ْ ي َ َ َام ل َم ْن ق
Maksudnya : “Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR: Bukhari) Orang yang beriman tidak akan melepaskan peluang bertemu dengan 10 malam akhir Ramadan untuk memburu MALAM AL QADAR yang mempunyai kelebihan yang besar dalam beramal, hanya ada 1 malam sahaja dalam 1 tahun iaitu di 10 malam akhir bulan Ramadan. Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Maghfirah daripada Allah SWT di bulan Ramadan kerana Rasulullah SAW bersabda : ََدَخ َل ْر هَلُ ف ُ َغف ْ ي َلمَ ََم َض َان ف َ ر َ َك َشهْر � ْدر َأ مأ �اتين فقال: َم ْن ن جربائ َ يل عليه السالُ إ َّ ِ نْيَ ت: " �آم ُ ْ قل َُ ِ نْيَ "، ف ، ق ْل: " �آم ُ هللا ُ ه َْعَدُ ب َأ �َ َ ف َّار الن Maksudnya : “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. (at-Targhib wa at-Tarhib) 47Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
48Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Hidup tanpa agama adalah hidup tanpa tujuan. Panduan agama membentuk akhlak kemanusiaan. Panduan terbaik adalah Wahyu yang menyuluh pada jalan kebenaran. Wahyu Allah turun kepada para nabi dan rasul yang terdahulu terdiri daripada kitab Taurat, Zabur, Injil dan Shuhuf. Al-Quran merupakan wahyu terakhir daripada Allah SWT sebagai panduan umat akhir zaman diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Mukjizat dan Panduan. Firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ Maksudnya : “ Bacalah, Dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan (sekalian makhluk). yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Yang mengajar manusia apa yang mereka tidak ketahui. (Surah al -‘Alaq : 1-5) Nuzul Al Quran terdiri daripada dua ungkapan iaitu perkataan Nuzul dan al-Quran. Perkataan Nuzul adalah berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu Nazala yang bermaksud turun. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Nuzul al-Quran adalah peristiwa penurunan sekumpulan ayat yang pertama daripada al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada malam 17 Ramadan, 13 tahun sebelum Hijrah. Seterusnya al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa atau sebab sehingga lengkap 30 Juzuk al-Quran seperti mana yang ada pada hari ini. Tazkirah 17 Nuzul Al Quran ( Bahagian I ) Oleh: Ahmad Sabri Bin Ishak Bahagian Dakwah
Firman Allah SWT: ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ Maksudnya : “Bulan Ramadan (adalah bulan) yang diturunkan padanya al-Quran (Surah al-Baqarah : 185) Firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ Maksudnya : “Sesungguhnya kami turunkan padanya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr.” (Surah al-Qadr : 1) Firman Allah SWT: پ پ پ پ ڀ Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan : 3) Ramadan adalah bulan istimewa kerana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Al-Quran adalah kitab wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia diturunkan sesuai dengan amanah menyempurnakan kelemahan akhlak manusia. AlQuran diturunkan sebagai panduan dalam membina kerukunan hidup, halatuju kemajuan dan sistem yang terunggul. 49Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
50Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Pelantikan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul adalah menyempurnakan akhlak manusia. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: َأ ال ْخالِق ِ َح َ َ صال ِم ّ تُِأ لتَم ُ ْ ِث ع ُ َا ب م َّ ن ِإ Maksudnya : “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR : Ahmad) Al Quran diturunkan 10 tahun di Kota Makkah dan 13 tahun di kota madinah. Tempoh penurunan al-Quran yang berlaku dalam tempoh 23 tahun memperlihatkan pelbagai sebab dan hikmah. PROSES PENURUNAN AL QURAN Al-Quran sebuah kitab Wahyu selain daripada Taurat, Zabur dan Injil serta beberapa lembaran yang disebut Suhuf. Semua kitab wahyu terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil diturunkan sekaligus kepada setiap rasul-NYA kecuali al-Quran. Al-Quran diturunkan melalui 2 proses iaitu penurunkan sekali gus dan secara beransur-ansur. TURUNKAN LUH MAHFUZ Al Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibril AS. Menurut ulama terdapat 2 proses penurunan al-Quran iaitu bermula daripada Baitul Izzah ke langit Dunia. Dari langit dunia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Menurut pandangan para ulama, pendapat yang paling mashyur mengatakan bahawa alQuran diturunkan dari Baitul Izzah. Ini disandarkan kepada firman Allah SWT dari surah al Buruj ayat 21-22: Tazkirah 18 Nuzul Al Quran ( Bahagian II ) Oleh: Ahmad Sabri Bin Ishak Bahagian Dakwah
ئو ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ ئې Maksudnya : “Bahkan ia Al Quran yang mulia. Berada di Luh Mahfuz.” PENURUN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR Firman Allah SWT ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ Maksudnya : “Dan al-Quran itu kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacanya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkanya bahagian demi bahagian” (Surah al-Isra’: 106) Berdasarkan ayat di atas. al-Quran diturunkan bagi tujuan dan manfaat bagi diri Nabi Muhammad SAW juga sebagai kemudahan kepada umatnya yang pelbagai bangsa dan bahasa. Penurunan al-Quran daripada langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW adalah berdasarkan Asbab al Nuzul (Sebab Turun). Kepincangan aqidah yang berlaku di zaman kehidupan Nabi Muhammad SAW seakan-akan menjadi sebab utama turunnya ayat 1 – 5 Surah al ‘Alaq. ٱ ٻ ٻ ٻ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ Maksudnya : “ Bacalah, Dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan (sekalian makhluk). yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Yang mengajar manusia apa yang mereka tidak ketahui. (Surah al -‘Alaq : 1-5) Keperluan kepada perubahan bentuk dakwah daripada secara bersembunyi kepada secara terang-terangan pula membawa kepada turunnya ayat 1-7 surah al Muddasir. Firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ 51Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
52Himpunan 30 Tazkirah Ramadan Maksudnya : “Wahai orang yang berselimut. Bangunlah dan sampaikanlah. Dan tuhanmu perbesarkanlah.”. (Surah al-Muddathir ; 1-3) HIKMAH PENURUNAN AL QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR. 1) Memudahkan mengingati / hafal. Firman Allah SAW: ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ Maksudnya : “Dan al-Quran itu kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacanya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkanya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’: 106) 2) Menetapkan hati para sahabat dan umat Islam Firman Allah SWT: ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ ئې ئېئې ئى ئى ئى یی ی ی ئج Maksudnya : Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. (Surah al-Furqan: 32) 3) Menentukan perubahan hukum berdasarkan kaedah Nasikh Mansuh. Untuk mengubah sifat orang arab yang memerlukan kepada strategi kefahaman yang jelas dan beransur menyebabkan para sahabat bersedia untuk berubah. Ini disebabkan oleh kesungguhan para sahabat untuk memahami apa yang dibawa oleh Baginda SAW seperti hukum meminum arak. Penurunan Al Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran jika difahami terdapat keperluan dan penyelesaian masalah kepada kehidupan dapat disimpulkan pasti akan mengubah masyarakat yang tidak beradab dan aqidah yang terseleweng kepada berintergriti tinggi dan menjadi manusia terbaik.
Bulan Ramadan adalah Bulan Rahmat dan Bulan Pengampunan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ِ ْن َ ذنِْبه دَم م َ هَ لُ َ ما تََقَّ ِر غف َس اًاب ُ ِ َ ا ْحت َ اًان و مي ِإ ََم َض َان َم ْن َ ص َام ر Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.” (HR : Muslim) Ini bermakna sebulan Ramadan adalah hari-hari yang diliputi rahmat dan pengampunan Allah SWT bagi setiap pekerjaan dan dosa-dosa yang dilakukan. Dalam Riwayat yang lain. Rasulullah SAW telah bersabda: ني َ ِ اط ُ ي َّ ِّ َد ِت الش صف ُ َ َّ ِار و َ ُ اب الن ْو �ب َأ َِّق ْت ُل َغ ِ و َّة ْ َجن َ ُ اب ال ْو �ب َأ ِ َح ْت ّ ت ُ ََم َض ُانف َ ر ا جاء َذ َ ِإ Maksudnya : “Apabila tiba bulan Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (HR : Bukhari dan Muslim) Ramadan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah: 1) Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara. 2) Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati di bulan puasa terlepas daripada azab kubur. 3) Pada bulan puasa juga syaitan dan iblis dirantai serta dibelenggu dari mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa. Tazkirah 19 Menghidupkan Malam-Malam Akhir Ramadan Oleh: Ahmad Sabri Bin Ishak Bahagian Dakwah 53Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
54Himpunan 30 Tazkirah Ramadan 4) Digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda. LAILATUL QADR Selain daripada kelebihan berpuasa dan beramal dalam bulan Ramadan, terdapat satu malam yang mempunyai keistimewaan yang paling tinggi daripada malam-malam yang lain sepanjang bulan Ramadan iaitu Malam al-Qadr. Firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al-Qadr : 1-5) AMALAN MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADAN 1) Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan Daripada Saidatina Aisyah R Anha berkata: ، هَلُ ْ ي َ َا ل � ْحي َأ َ ه، و ُ َ ِ زْئَر د م َّ َع رْشُ َ ش ْ َذ َ ا د َخ َل ال ِإ ُّ صىل هللا عليه وسمل َّيِب اَكَن الن َأظَ � ْههَلُ . َْق �ي َأ َ و Maksudnya : “Nabi SAW apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam)”. (HR : Bukhari)
Riwayat lain menyebut: د ف ُ َ ِ اخِر َ ما َال جَْ يهَِت َع رْشِ َأ الو ْ د يِ ف ال ُ ِ صىل هللا عل جَْ يه وسمل يهَِت ُول هَّ الل س ُ َ اَكَن ر ِ َرْيِه غ Maksudnya : “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain” (HR : Muslim) 2) Beriktikaf di masjid Beriktikaf bermaksud duduk dalam masjid dengan niat beriktikaf selama berada di dalam masjid. Perkara ini adalah suatu amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah SAW terutamanya di bulan Ramadan. Selain itu, Rasulullah SAW turut memperbanyakkan iktikaf sepanjang malam terutama 10 malam yang terakhir. Diriwayatkan daripada Saidatina A’isyah R.Anha beliau berkata: ه اجُ ُ َ �ْزو َأ َّ ا ْعَت َكَف مُ َّ ُاه هَُّ الل ث َف ت تَو ىَّ ََم َض َان َ ح ِ ْن ر َ م َ ِ اخر و َع رْشَ الْ َأ ْ َْعَت ِكُف ال اَكَن ي ِ ْن بعده م Maksudnya : “Adalah baginda SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan sehinggalah baginda wafat. Kemudian para isteri baginda turut beriktikaf selepas kewafatan baginda.” (HR : Muslim) 3) Mencari malam al-Qadr Daripada Saidatina Aisyah R. Anha, katanya Rasulullah SAW beriktikaf ia pada sepuluh malam yang akhir daripada Ramadan dan berkata ia. Tuntut bersungguh sekalian kamu akan malam lailatul Al Qadr pada sepuluh yang terakhir daripada Ramadan (bahru Al Madzi : 295) 4) Melakukan Qiam di Malam hari Memperbanyakkan amalan terutama di akhir Ramadan sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW sehingga membawa kepada Isteri-Isteri nabi SAW juga sama melakukan Qiam. 55Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
56Himpunan 30 Tazkirah Ramadan 5) Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir Pada bulan Ramadan, Rasulullah SAW banyak membaca al-Quran. Baginda turut bertadarus bersama Jibril. Para sahabat dan salafus soleh turut berlumba-lumba untuk khatam al-Quran pada bulan ini. Sabda Rasulullah SAW: َ ِ ات شهَو َ ال َّ َّ الطَع َام و ه ُ ت ُ َْع ّن يِ َمن ِإ َ ِّب : � ْي ر َ ُام َأ ُول ا ّ لصِ ي ق ُ َ ْ ِد ي َعب ْ ِل نيَ ْشَفَع ِانل ْر�آُ ق ُْ َ ال َ ُام و ا ّ لصِ ي َ ْشَفَع ِان َي ِ ف ِيه ِّ ْعيِن ف َ َشف ْ ِل ف ي َّ َّْوَم اِ بلل ه الن ُ ت ُ َْع ن: َمن ْر�آُ ق ُْ ُول ال ق ُ َ َ ي ِ و ِيه ِّ ْعيِن ف َ َشف َ ِار ف اِبلنهَّ Maksudnya : “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (HR : Ahmad) 6) Memperbanyakan memberi makan kepada yang berbuka puasa Bersedekah bukan sahaja menjamin kebahagian hidup pemberi sedekah malah ia mendatangkan rahmat kepada pemberi sedekah. Kepelbagaian bentuk sedekah juga memainkan peranan dalam matlamatnya. Dalam bulan Ramadan sedekah yang paling baik adalah bersedekah dengan cara memberi makan orang yang berbuka puasa. Mencapai matlamat menjadi orang yang bertakwa merupakan matlamat yang besar, kerana ia merupakan tujuan diwajibkan berpuasa ke atas umat nabi Muhammad SAW. Semoga Allah mengurniakan kita bertemu dengan malam al-Qadr yang kita penuhi dengan ibadah dan amal kebajikan bukan dipenuhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan sia-sia.
Al-Quran al-Karim diturunkan pada bulan Ramadan sebagaimana firman Allah SWT: ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ Maksudnya : “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al Baqarah: 185) Dan firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah al Qadr: 1-3) Lailatul Qadr adalah satu malam yang penuh kemuliaan, keberkatan dan keagungan kerana ianya lebih afdhal daripada malam Jumaat. Sesiapa yang bangun dan beramal pada malam tersebut adalah lebih baik daripada beramal dalam seribu bulan. Allah SWT menyatakan bahawa Dia menurunkan al Quran pada malam al Qadr, iaitu malam yang penuh berkat, sebagaimana firman Allah SWT: Tazkirah 20 Road To Lailatul Qadr Oleh: Badrulhisham Bin Mohamad Zaki Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 57Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
58Himpunan 30 Tazkirah Ramadan پ پ پ پ ڀڀ ڀ ڀ ٺ ٺ Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada satu malam yang penuh berkat”. (Surah ad-Dukhan:3) Sesungguhnya dengan mengagungkan keberadaan Lailatul Qadr yang Allah SWT khususkan penurunan al Quran padanya dan malam yang dilimpahi oleh keberkatan yang mana menyerupai ibadah seribu bulan, maka ditegaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Bahawa Rasulullah SAW bersabda : .ِ ِن َذنِْبه دَم م َ هل ما تََقَّ ِر ، غف ِ اًساب ُ ََم َضانإ اًميان وا ْحت َمن َ قام ر Maksudnya : “Barang siapa yang mendirikan ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.” (HR : Bukhari dan Muslim) Hadis ini menerangkan tentang galakan menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan meliputi pelbagai amalan ibadah. Ulama’ berselisih pandangan mengenai malam al Qadr bila masanya berlaku. Ada pendapat mengatakan ia berlaku pada malam 21, 23, 27 dan 29. Imam Ahmad bin Hanbal RA meriwayatkan dari Ubadah bin as Somit RA, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai malam al Qadr itu, lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada bulan Ramadan carilah ia (Lailatul Qadr) pada malam sepuluh terakhir, kerana ia ada di malam ganjil; malam ke-21 atau ke-23 atau ke-25 atau ke-27 atau ke-29 atau pada malam terakhir”. Pandangan yang lebih kuat mengatakan Lailatul Qadr akan berlaku pada tanggal 27 Ramadan. Ubai bin Ka’ab RA menyatakan : Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya Ibnu Mas’ud RA telah mengetahui iaitu berlaku pada bulan Ramadan pada tanggal 27 Ramadan tetapi beliau tidak suka memberitahu kamu.” (HR: Al Tirmidzi) Dan hadis riwayat Ibnu Umar RA menyebut: “Barang siapa yang hendak mencari, carilah pada malam 27 Ramadan”. (HR: Ahmad) Apa yang penting bagi kita umat Muhammad hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadr yang mana fadhilatnya terlalu besar. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW: “Apabila masuk tanggal 10 terakhir dari bulan Ramadan akan menghidupkannya dan membangunkan ahli keluarganya daripada tidur”. (HR : Bukhari dan Muslim)
Antara hikmah disembunyikan malam al Qadr secara tepat ialah supaya Umat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan bermujahadah dalam beribadat dengan penuh keinginan untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah SWT. Umat Islam digalakkan bermohon di sepanjang malam Ramadan dan khususnya pada malam al Qadr dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Saidatina Aishah R. Anha bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, apakah yang aku perlu baca jika aku bertemu malam al Qadr?” Rasulullah SAW bersabda : َ ْاعُف َ عن َ ف َعْفو ْ ب ال ُّ ِ ت حُ ٌّ فو ُ َّ َك َ ع ن ِإ َّ َّهُم الل Maksudnya : “Ya Allah Engkau Maha Pengampun yang suka mengampunkan maka ampunkanlah daku.” (HR : al-Tirmidzi) Imam al Ghazali RH mengemukakan kaedah bagaimana mencari malam al Qadr berdasarkan pengalamannya seperti berikut : 1) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, malam al Qadr berlaku pada malam yang ke-29. 2) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, malam al Qadr berlaku pada malam yang ke-21. 3) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, malam al Qadr berlaku pada malam yang ke-27. 4) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis malam al Qadr berlaku pada malam yang ke-25. 5) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, malam al Qadr berlaku pada malam yang ke-23. Berkata Syeikh Abu Hasan Asy Syazili bahawa semenjak dia mula baligh dia sentiasa dapat menghidupkan malam al Qadr pada malam yang tepat mengikut petua Imam al- Ghazali tersebut. Allah SWT menyembunyikan malam al Qadr supaya mendorong kita untuk mencarinya. Selain itu juga, supaya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan Ibadan untuk mencarinya sepertimana disembunyikan waktu mustajab doa pada hari jumaat. Mencari malam al Qadr atau tidak, ia bukanlah tujuan disyariatkan kedatangan Ramadan. Setiap detik dan saat pada bulan Ramadan amat bernilai. Setiap umat Islam perlu mengambil peluang menghidupkannya dengan ibadah bukan hanya ditumpukan kepada malam berlakunya al Qadr. Semoga Allah mengurniakan kepada kita malam al Qadr yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkannya seterusnya melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripadaNya. 59Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Perkara yang biasa dihadapi oleh umat Islam setiap kali datangnya Ramadan adalah berkaitan puasa yang ditinggalkan sama ada ia melibatkan mereka yang telah meninggal dunia atau mereka yang berada dalam lingkungan golongan yang mendapat rukhsah dalam Islam. Mereka yang telah meninggal dunia, yang mengalami uzur dan sakit yang berpanjangan, adalah di antara golongan yang berada di persimpangan dilema setiap kali jejaknya bulan Ramadan. Orang yang telah mati dan ketika hayatnya masih berbaki puasa yang belum diqada’kan maka dalam keadaan begini dibolehkan bagi waris untuk berpuasa bagi pihak si mati namun tidaklah wajib perbuatan tersebut. Adapun bagi mereka yang diberikan rukhsah seperti mengalami sakit yang berterusan atau safar, pengsan, hamil atau menyusu yang berpanjangan, maka telah gugur hukum berpuasa buatnya dan begitu juga bagi pihak warisnya. Hadis `Aisyah R. Anha bahawa Nabi SAW telah bersabda: ه ُُّ ِي ل َ ه و ُ َ ٌام َ ص َام َعْن ِ ِصي ْه ي َ َل َع و ات َ م َ ن ْم َMaksudnya: “Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.” (HR : Bukhari dan Muslim) Situasi 1: Ahmad tidak berpuasa sebulan Ramadan kerana SAKIT dan dia sembuh pada malam hari raya. Pada hari raya pertama dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia, maka tiada qada’ dan fidyah atas Ahmad dalam situasi ini kerana hari raya pertama adalah hari yang diharamkan berpuasa. Maka tiada ruang baginya untuk menggantikan puasa selepas dia sembuh. Begitu juga walinya tidak perlu lakukan apa-apa sama ada qada’ puasa atau fidyah. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Tazkirah 21 Ganti Puasa Orang Yang Telah Meninggal Dunia Oleh: Muhammad Aslam Bin Yaacob Pejabat Agama Islam Daerah Rompin 60Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Situasi 2: Abu tidak berpuasa sebulan Ramadan kerana SAKIT dan dia sembuh pada malam hari raya. Pada hari raya kedua dia menghadiri rumah terbuka tanpa menggantikan puasa yang wajib. Tanpa diduga dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Waris HARUS memilih sama ada menggantikan sehari puasa Abu atau membayar fidyah untuknya sehari. Daripada Ibn `Abbas R.Anhuma, telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada padanya baki puasa sebulan (yang belum diqada’kan). Adakah aku perlu menggantikannya?” Jawab Nabi SAW: ْقض ُ � ْن ي َأ ق ُّ � َح ِ َأ هَّ الل ن ُ ْ ََدي ف Maksudnya : “Maka hutang Allah itu lebih berhak untuk dilunaskan.” (HR Abu Daud) Situasi 3: Ali tidak berpuasa sebulan Ramadan kerana MALAS dan dia insaf selepas mendapat hidayah. Pada hari raya pertama, Ali kemalangan dan meninggal dunia, maka Ali wajib menggantikan puasanya sebulan penuh kerana dia meninggalkan puasa kerana kecuaiannya. Oleh kerana dia tidak sempat menggantikannya kerana telah meninggal dunia maka WAJIB bagi walinya menggantikannya sama ada dengan berpuasa atau membayar fidyah. Untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh si mati maka ada dua (2) kaedah: 1) Puasa tersebut boleh digantikan oleh wali si mati dari kalangan ahli keluarga yang terdekat (tidak semestinya waris) dan boleh juga untuk mengupah orang lain berpuasa bagi si mati. Niat puasa qada’ oleh wali untuk si mati (ibunya): “Sahaja aku puasa qadha Ramadan daripada ibuku kerana Allah” Sekiranya terdapat orang luar (bukan dari kalangan kerabat terdekat si mati) yang berpuasa bagi si mati tanpa izin atau tiada wasiat dari si mati maka tidak sah puasa tersebut. (Al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Shafi`e) 2) Bayar Fidyah: Fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan adalah satu mud (cupak) diambil dari harta yang ditinggalkan oleh si mati sebelum harta faraid dibahagikan. Kiraannya seperti yang disebut dalam tajuk sebelum ini. Sekiranya si mati tiada meninggalkan harta maka dibolehkan untuk orang lain mengeluarkan hartanya bagi menyelesaikan hutang puasa si mati dalam bentuk fidyah. 61Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Nota: Pendapat yang paling kuat dalam 4 mazhab, semua ibadah badan (Ibadah badaniah) atau ibadah harta (ibadah maliyah) boleh digantikan oleh waris atau orang lain kecuali solat fardu kerana solat fardu tidak boleh dilakukan oleh orang lain tetapi perlu dilakukan sendiri orang tuan badan. Contoh 1: Seseorang tertinggal puasa dan meninggal dunia, maka harus bagi wali untuk menggantikan puasa bagi pihak si mati. Contoh 2: Seseorang meninggal dunia dan tidak sempat mengerjakan ibadah haji, maka harus bagi wali untuk melaksanakan badal haji bagi pihak si mati. Contoh 3: Seseorang meninggal dunia dan ada hutang yang belum dibayar sedangkan si mati tidak mempunyai harta, maka wali boleh membayar hutang bagi pihak si mati. Contoh 4: Seseorang meninggal dunia dan mempunyai solat fardu yang belum sempat diqada’kan maka wali TIDAK BOLEH mengqadhakan solat bagi pihak si mati. 62Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Dari sudut bahasanya, menurut Imam al-Syafie iktikaf bermaksud Seseorang itu melazimkan ke atas dirinya sesuatu, serta dia mengurung dirinya ke atas perkara tersebut sama ada ianya suatu kebaikan ataupun dosa.Merujuk kepada kitab al-Hawi al-Kabir, karangan Imam al-Mawardi Rahimahullah pula mendefinisikan iktikaf dengan katanya: Menetap atau tinggal di atas sesuatu sama ada ianya perkara kebaikan ataupun suatu dosa. Merujuk kitab Tafsir al-Thabari, pula iktikaf didefinisikan dari perkataan ‘Ukuf iaitu menetap, dan seseorang mengurung dirinya ke atas sesuatu. Manakala dari sudut syarak, dalam kitab Nihayah al-Muhtaj oleh imam al-Ramli iktikaf bermaksud berada di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) bagi seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan. Manakala di dalam kitab Ifadah al-Raghibin Syarah Minhaj al-Thalibin oleh Dr. Musthafa al-Bugha pula mendefinisikan iktikaf sebagai: Menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh individu tertentu dengan berniat. Iktikaf adalah merupakan ibadah yang disyariatkan sebagaimana firman Allah SWT: ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ Maksudnya: ” Dan janganlah kalian bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kalian dalam keadaan kalian sedang beriktikaf di dalam masjid.” (Surah al Baqarah :187) Manakala dalil pensyariatan iktikaf daripada hadis adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata: ََم َضانَ ِ ْن ر َ م َ ِ اخر َع رْشَ َأ الو ْ َْعَت ِكُف ال ِ صىل هللا عليه وسمل ي ُول هَّ الل س ُ َ اَكَن ر Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. (HR : Bukhari) Tazkirah 22 IKtikaf Oleh: Mohd Fairuz Bin Ismail Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 63Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Diriwayatkan juga daripada Ummul Mukminin A’isyah R. Anha beliau berkata: َّ ا ْعَت َكَف مُ َّل ث َ َج ز و َّ َّ ُاه هَُّ الل َ ع َف ت تَو ىَّ ََم َض َان َ ح ِ ْن ر َ م َ ِ اخر َع رْشَ َأ الو ْ َْعَت ِكُف ال اَكَن ي ِ َْعِده ِ ْن ب ه م اجُ ُ َ �ْزو َأ Maksudnya: Adalah baginda SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan sehinggalah baginda wafat. Kemudian para isteri baginda turut beriktikaf selepas kewafatan baginda. (HR : Muslim) Hukum Beriktikaf? Di dalam kitab Raudhah al-Thalibin, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa hukum beriktikaf adalah sunnah mu’akkadah (yang sangat dituntut). Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ia lebih dituntut. Dengan tujuan untuk mengikut petunjuk Nabi SAW dan mencari Lailatul Qadr. Imam al-Nawawi berkata lagi: Sesiapa yang ingin mengikut petunjuk Nabi SAW dalam beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan maka hendaklah dia masuk ke dalam masjid sebelum terbenamnya matahari pada malam 21 Ramadan dan dia keluar setelah terbenamnya matahari pada malam raya. Afdhal adalah dia duduk pada malam raya di dalam masjid sehinggalah dia solat raya padanya. Ataupun dia keluar daripada masjid menuju ke musolla (tanah lapang) untuk menunaikan solat hari raya sekiranya orang ramai solat di musolla. Rukun melaksanakan Iktikaf Ulama menyusun rukun melaksanakan iktikaf seperti berikut: • Mu’takif (orang yang melakukan iktikaf) • Di dalam masjid • Niat • Menetap di dalam masjid Setiap rukun ini juga mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Antaranya ialah: Pertama: Mu’takif (orang yang beriktikaf). Disyaratkan bagi sesiapa yang hendak melakukan iktikaf itu adalah seorang Muslim, berakal, serta suci dari sebarang hadas besar seperti junub, haid, dan juga nifas. Tidak sah orang kafir ataupun seorang yang murtad. Begitu juga tidak sah iktikaf golongan yang gila, pengsan, hilang akal, dan seumpamanya. Demikian juga tidak sah juga iktikaf seseorang yang berada di dalam kekotoran baik kotoran junub, haid, ataupun nifas. 64Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Kedua: Di dalam Masjid Di antara rukun iktikaf hendaklah ianya dilakukan di dalam masjid. Apabila iktikaf tidak dilakukan di dalam masjid maka ianya tidak sah kerana telah meninggalkan satu rukun. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT: ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ Maksudnya : ” Dan janganlah kalian bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kalian dalam keadaan kalian sedang beriktikaf di dalam masjid.” (Surah al Baqarah :187) Ketiga: Niat Niat adalah rukun iktikaf. Ini berdasarkan keumuman sabda Rasulullah SAW: َّ ِ ات ّي ِ ُ الاِ بلن َ َأ ا المَْع م َّ ن ِإ Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat. (HR:Bukhari) Fungsi niat sebagaimana yang disebutkan oleh para fuqaha adalah: Membezakan di antara adat dan juga ibadah. Justeru, untuk membezakan duduk di dalam masjid sekadar untuk berehat dan menetap di dalam masjid dengan tujuan untuk beribadah adalah perlu kepada niat. Keempat: Menetap Di Dalam Masjid Tidak sah iktikaf melainkan seseorang itu beriktikaf di dalam masjid dalam kadar tempoh yang dinamakan sebagai menetap mengikut uruf. Hendaklah kadar tempohnya melebihi kadar thoma’ninah di dalam rukuk dan seumpamanya. Tidak cukup sekadar melalui bahagian dalam masjid tanpa menetap di dalamnya seperti seseorang itu masuk melalui suatu pintu dan keluar dari pintu yang lain. Menurut Imam al-Nawawi, di sisi Imam al-Syafie beliau mengatakan mustahab (sunat) untuk beriktikaf sehari suntuk untuk keluar daripada khilaf. Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tidak membenarkan iktikaf kurang daripada sehari. Rujuk Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/391). Apakah Yang Haram Dilakukan Oleh Seorang Yang Beriktikaf? Diharamkan buat orang yang sedang beriktikaf untuk bersetubuh dengan isterinya dalam keadaan beriktikaf. Ini berdasarkan firman Allah SWT: ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ Maksudnya : ” Dan janganlah kalian bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kalian dalam keadaan kalian sedang beriktikaf di dalam masjid.” (Surah al Baqarah :187) 65Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Dan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para fuqaha: La Al-Nahiyah (larangan) menunjukkan kepada pengharaman. Berdasarkan kaedah yang masyhur: َّ ْحِرمي يد الت ُ ِ ُف ُ ي ْ�ي النهَّ Maksudnya: Larangan itu membawa erti pengharaman. Imam al-Nawawi menggariskan perkara perkara yang boleh dilakukan oleh orang yang beriktikaf seperti berikut: 1. Memakai minyak wangi. 2. Memakai pakaian yang cantik. 3. Makan di dalam masjid menggunakan safrah (pelapik). 4. Boleh berbekam di dalam masjid dan menjaga kebersihan. 5. Boleh untuk orang yang beriktikaf mengahwinkan orang lain. 6. Mentadabbur al-Quran dan mengulangkaji ilmu. Ambillah peluang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk memperbanyakkan ibadah dalam usaha kita mencari Lailatul Qadr. Ingatlah, satu-satunya khalwat (bersendirian) yang disyariatkan dalam islam hanyalah ibadah iktikaf di dalam masjid. Ambillah peluang kita bersendirian dengan Allah SWT, asyik dalam beribadah kepada-Nya serta merasai kelazatan taat dalam melakukan perintah-Nya pada ramadan kali ini. 66Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT di atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita yang membolehkan kita melaksanakan ibadah puasa dengan keimanan dan ketakwaan, Ramadan ini adalah bulan rahmat, keberkatan, bulan kesejahteraan, bulan keampunan, kebaikan dan pahala yang berlipat ganda. Firman Allah di dalam surah al Qadr ayat 1 hingga 3 ٱ ٻ ٻ ٻ ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada al-Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3) Perkataan Lailatulal-Qadar adalah terdiri dari dua kalimah. Lailah yang bermaksud saat tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Manakala lafaz al-Al-Qadar pula bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Para ulama berbeza pendapat apabila lafaz al-Al-Qadar disandarkan kepada malam. Terdapat juga ulama berpendapat kerana kemuliaannya. Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni menyatakan malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. Manakala Syeikh alMaraghi menyatakan malam al-Qadar ialah saat kemunculan sinar petunjuk dan hari permulaan bagi agama baru yang diturunkan kepada seseorang yang terbaik di kalangan seluruh manusia. Malam ini lebih baik daripada seribu bulan. Sebelum ini manusia hidup dalam kegelapan syirik dan menyembah berhala. Mereka kabur tanpa petunjuk dan tidak mengikut jalan kehidupan dan acuan yang sebenar. Tazkirah 23 Satu Anugerah Seribu Oleh: Ustaz Hj Mohd Fairuz Bin Ismail Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 67Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Angka seribu mengikut kebiasaan bangsa Arab sebagai suatu jumlah yang besar. Oleh itu, sebutan seribu di sini bukanlah seribu yang sebenarnya. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah as-Sajdah ayat 5: ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ Maksudnya : “Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya; (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu, Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.” Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Pada malam ini, mereka dapat memperbaharui janji di hadapan Tuhan mereka. Malam ini adalah pernyataan syukur terhadap segala nikmat-Nya serta mengharap pahala-Nya. Firman Allah SWT: ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ Maksudnya : “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 4-5) Ibn kathir berkata, zahir ayat menunjukkan bahawa malam al-Qadar lebih afdal daripada malam jumaat. walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam jumaat lebih afdal. inilah pendapat kebanyakan ulama hanbali seperti Abil Hasan al-Jazari, Abdullah bin Battah, Abu Hafs al-Barmaki dan ramai lagi. Pada malam itu, para malaikat turun sehingga dapat dilihat oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Jibril AS menampakkan dirinya kepada Nabi SAW bertujuan menyampaikan wahyu. Turunnya para malaikat ke bumi adalah salah satu urusan Allah SWT. Kita tidak wajib membahaskan tentang bagaimana cara mereka turun. Malam itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. 68Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Kelebihan Malam Al-Qadar Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadar. Menurut tafsir al-Qurtubi menyatakan kelebihan malam ini antaranya ialah: 1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam alQadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam alQadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadar. 2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. 3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. 4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Bilakah Berlakunya Lailatulal-Qadar? Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: د يِ ف ُ َ ِ اخِر َ م اَ ا ل جَْ يهَِت و َع رْشِ الْ َأ ْ د يِ ف ال ُ َ جَْ يهَِت َ َسلمَّ ِ و ْه ي َ َل ل هَُّ الل ع ىَّ ِ َ ص ُول هَّ الل س ُ َ اَكَن ر َريه غ Maksudnya : “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.” Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.” Adapun mereka yang menentukan malam Lailatul Qadar ada banyak pendapat, antaranya: Pertama: Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatul-Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma : 69Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ٍ وعرشين ُّوها لي َةل سبع ٍ وعرشين وقال: َحتر َّها لي َةل سبع ِهيا فلي َ تحر ّ م َ تحر ُ من اكن يعين لي َةل ِ القدر Maksudnya : “Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27.” Kedua: Pada malam 21 Ramadan. berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ ثَ َال ٍث ةَل ْ ي َ ل َ ِع رْشِ َ ين و َ ْحَدى و ِإ َ ةَل ْ ي َ ل َ ََم َض َان و ِ ْن ر َْع َع رْشَ َة م َب َ س ةَل ْ ي َ ُ َوها ل ب ُ ا ْطل ِع رْشِ َ ين َ و Maksudnya: “Tuntutlah (Carilah) kamu pada malam ke-17, 21 dan 23 dalam bulan Ramadan.” Ketiga: Pendapat Imam Syafie, Imam Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: ْ َن ِع رْشِي َ َ ثَاَل ٍث و ةَل ْ ي َ َْق ْدِر ل َ ال ةَل ْ ي َ ُّوا ل َر حَت Maksudnya: “Carilah malam al-Qadar pada malam 23 Ramadan.” Keempat: Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda: ْ َن. ِع رْشِي َ ٍ و َع ْرب � َْق ْدِر يِ ف َأ َ ال ةَل ْ ي َ ُسوا ل َتِم ْ ِل ا Maksudnya: “Carilah malam Lailatul-Qadar pada malam 24 Ramadan.” Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi Kelima: Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: ََم َض َان ِ ْن ر ةٍَل م ْ ي َ َ ل ْ َ لق ْدِر �آِخر َ ا ةَل ْ ي َ ُسْوا ل َتِم ْ ِل ا Maksudnya: “Carilah malam Al-Qadar pada akhir malam Ramadan.” (Riwayat Ibn Khuzaimah) 70Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
keenam: Menurut Ibn Hajar dalam Kitab al-Hawi, hikmah disembunyikan Lailatul Qadar antaranya ialah: 1. Merupakan Karamah (kemuliaan) dan Hendaklah disembunyikannya. 2. Mengelakkan daripada sifat riyak dan ujub. 3. Tidak menceritakan dan menghebahkan pertemuan malam al-Qadar kepada orang lain kerana dibimbangi berlaku hasad dengki. Marilah kita merebut peluang yang terhidang untuk kita menjadi hamba Allah yang bertakwa. 71Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Ghazwah Badar) ( yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah telah mencatatkan sejarah yang gemilang di dalam kalendar Islam. Peperangan yang memutuskan antara yang hak dan batil ini telah membuka lembaran baru dalam perjalanan dakwah Nabi SAW. la bermula apabila Nabi Muhammad SAW meminta para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah. Sekatan itu bukanlah dengan niat mencetus peperangan. Walau bagaimanapun rombongan yang diketuai oleh Abu Sufyan tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Abu Sufyan sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk melindungi kafilahnya. Peperangan ini telah disebut di dalam Al Quran. Firman Allah SWT: ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃچ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ Maksudnya :“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (Surah Ali Imran: 123-125) Tazkirah 24 Badar: Falsafah Dan Ibrah Oleh: Ahmad Fahizme Bin Ab Rashid Pejabat Agama Islam Daerah Bentong 72Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi umat islam. Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat assabiqunal-awwalun malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Semakin hari, sokongan dan penghormatan kepada Quraisy semakin merosot. Akhirnya, semakin ramai orang Musyrikin yang memeluk Islam secara senyap mahupun secara jelas. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam. Jika diteliti dari sudut fizikal, adalah mustahil pihak mukmin akan memenangi peperangan ini. Kelengkapan perang yang terbatas dan jumlah tentera yang sedikit hampir sahaja menamatkan riwayat dakwah Nabi SAW. Namun Allah SWT berkehendakkan kemenangan untuk Nabi SAW dan kaum muslimin. Allah SWT telah memberi pertolongan kepada Nabi SAW. Perkara ini dinyatakan di dalam surah al-Anfal ayat 12: ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گگ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ Maksudnya : “(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman.” Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap-tiap hujung jari mereka”. Hikmah dan ibrah di dalam perang Badar Perang Badar ini terlalu sarat dengan pengajaran yang boleh kita ambil dan praktis dalam kehidupan kita hari ini. Mari kita selam dan hayati ibrah yang terkandung agar kita dapat melahirkan jiwa Badar dalam menghadapi ujian kehidupan. • Berjuang pasti diuji Telah menjadi sunnatullah apabila Islam berkembang dan semakin diterima, maka ia akan ditentang. Inilah yang terjadi kepada Nabi SAW yang membawa dakwah Islam. Ketika Islam lemah, mereka tidak mempedulikan Islam. Inilah yang terjadi di dalam perang Badar. Orang Islam hanya datang untuk menyekat kafilah dagangan sahaja akan tetapi musyrikin berkehendakkan perang. Maka Nabi tidak mengalah dengan tuntutan mereka untuk berperang,demi menjaga maruah Islam. • Taati pemimpin Sikap sahabat kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh terbaik untuk diikuti, terutama saat getir yang memerlukan keputusan tepat daripada semua pihak. Mereka mentaati apa sahaja arahan Rasulullah SAW bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku 73Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
• Melazimi mesyuarat Mesyuarat atau syura merupakan faktor penting dalam organisasi, terutama apabila berhadapan dengan situasi getir sebagaimana Perang Badar. Walaupun Baginda Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT, namun Baginda diajar untuk membuat keputusan secara bersama. Mesyuarat akan membawa keberkatan dan ketepatan dalam sesuatu keputusan yang diambil. • Mengatur strategi dan perancangan rapi Nabi SAW merupakan panglima yang sangat bijak dalam menyusun strategi perang. Baginda menyusun beberapa perancangan berupa risikan, penyamaran, pembinaan markaz perang dan mengatur barisan tentera. • Munajat kepada Allah Nabi SAW mengajarkan kepada kita, walaupun kita telah bermesyuarat, menyusun strategi, membina markaz dan menyusun barisan tentera, kemuncaknya ialah kita bermunajat serta memohon pertolongan daripada Allah SWT. Ini adalah tanda kita menyerahkan segala usaha kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama, meletakkan sangka baik kepada Allah SWT. • Kesatuan asas kejayaan Walaupun jumlah tentera musyrikin ramai, namun mereka tidak bersatu dan berpecah belah. Sedangkan tentera Islam walaupun jumlahnya sedikit, namun mereka bersatu dan sepakat dalam semua perkara. Marilah bersama-sama menghayati setiap ibrah dan hikmah yang terkandung di dalam Perang Badar ini agar kita benar-benar menepati piawaian dan syarat untuk mendapat kejayaan. Moga kita mampu untuk melahirkan jiwa Badar dalam setiap tindakan. 74Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. TAKRIF ZAKAT FITRAH Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang. Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijrah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadan. Antara dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat al-Quran dan hadis berikut: Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 43: ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.” Dalil daripada hadis Nabi SAW. Daripada Ibnu Umar RA katanya: ْ ٍد �ْو َعب ٍ َأ ّ حر َ ىَل لُ كِّ ُ ِ ٍري ع ِ ْن َ شع ٌ اع م �ْو َ ص َأ ْ ٍر ِ ْن تَم ٌ اع م ََم َض َان َ ص ِ ْن ر ِ ْطِر م ْف َزاَكُة ال ِِم َني . ُ ْسل ْم ِ َن ال �نْىَث م ُأ �ْو َأ َ ٍر َك ذ Tazkirah 25 Zakat Fitrah Oleh: Muhammad Aslam bin Yaacob Pejabat Agama Islam Daerah Rompin 75Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang Islam.” (HR: Bukhari dan Muslim) HUKUM ZAKAT FITRAH Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak. FADHILAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH 1) Menampung kekurangan semasa berpuasa. Maksudnya: Waki’ bin al Jarah berkata: “Zakat Fitrah dalam bulan Ramadan seperti sujud sahwi dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.” 2) Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya. Maksudnya: Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).” (HR : Baihaqi) SYARAT- SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH 1) Islam dan merdeka. 2) Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya. 3) Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan. Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut: 1) Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadan. 2) Anak yang lahir selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan. 3) Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadan. 4) Isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan. WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidilfitri. 76Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari. Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri. JENIS DAN KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 1) Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. 2) Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). 3) Nilai bagi kadar ini adalah bergantung kepada harga beras semasa yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri. LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH 1) Lafaz untuk diri sendiri: " Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah." 2) Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan: " Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah." 3) Lafaz bagi pihak: " Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah." PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI PAHANG Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Pahang mengikut Enakmen 11 Tahun 2013, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, Bahagian V - Kesalahan Pelbagai: Seksyen 38. Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa Seksyen 39 – Pembayaran zakat atau fitrah kepada orang yang tidak diberi kuasa Seksyen 40 - Tidak membayar zakat atau fitrah Berdasarkan beberapa seksyen berkaitan zakat yang telah disebutkan di atas adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan maka seseorang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya melibatkan seksyen yang berkenaan. Kesimpulannya, semua umat Islam yang mampu, wajib menjalankan tanggungjawab sebagai muslim dalam menunaikan zakat fitrah pada setiap tahun mengikut ketetapan pemerintah sama ada ditunaikan di kaunter zakat yang sah atau secara atas talian. 77Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
PENDAHULUAN Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadan. HUKUM FIDYAH Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT : ڄ ڄڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑک ک ک ک گگ گ گ ڳ ڳ Maksudnya : “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184) Tazkirah 26 Fidyah Oleh: Muhammad Aslam Bin Yaacob Pejabat Agama Islam Daerah Rompin 78Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
KIRAAN FIDYAH Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi: Situasi 1 Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018). Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah] 7 hari x RM 1.75 = RM 12.25 Situasi 2 Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau. Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) x Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan] (7 hari x RM 1.75) x 3 Tahun = RM 36.75 Keterangan: Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya. GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH: 1. Uzur menunaikan puasa wajib. Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa. Contoh: Haji Karim penghidap diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah 30 hari x RM 1.75 = RM 52.50 79Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan. Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa. Contoh: Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Fatimah tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Fatimah dikenakan fidyah pada kadar: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah pada tahun tersebut. 7 hari x RM 1.75 = RM 12.25 • Fidyah ini disebabkan oleh Puan Fatimah meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya. • Puan Fatimah perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya. • Jika Puan Fatimah masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa. 3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa. Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa. Contoh: Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut. Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah (cupak) 10 hari x RM 1.75 x 2 tahun= RM 35.00 (FIDYAH) 4. Orang yang telah meninggal dunia. Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat. 80Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Contoh: Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah pada tahun tersebut. 13 hari X RM 1.75 = RM 22.75 (FIDYAH) 5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan. Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan. Contoh: En. Jamal tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah x Jumlah Tahun yang ditinggalkan 3 hari x RM 1.75 x 10 Tahun = RM 52.50 (FIDYAH) NOTA RINGKAS QADA’ DAN FIDYAH MASALAH QADA’ FIDYAH Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah dan uzur Orang yang sakit namun tiada harapan sembuh Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan berikutnya Orang yang musafir yang berbuka kerana musafirnya Orang yang musafir namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya Perempuan yang haid 81Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya SENARAI NEGERI FIDYAH BERGANDA DAN TIDAK BERGANDA Kiraan fidyah berganda dan tidak berganda tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Semua negeri adalah berganda kecuali negeri Selangor dan Perlis. (tidak berganda) 82Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Perlembagaan syariat Islam tidak dimulakan dengan menyebut kewajipan dan tugas, tetapi ia dimulakan dengan rangsangan dan penjinakan hati. Rangsangan terhadap perasaan dan emosi dalam diri manusia bagi membangkitkan semangat melakukan kebaikan terutamanya dalam amalan bersedekah. Sedekah pada bahasa bermaksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih. Manakala pada istilah pula, ulama’ menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT: ٿ ٿ ٿ ٿ ٹٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦڦ ڦ ڦ ڄ ڄڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ Maksudnya : " Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al Baqarah: 271) Sedekah secara umumnya adalah merangkumi fardhu dan sunat. Sedekah fardhu, dikenali sebagai zakat. Manakala, sedekah sunat lebih dikenali sebagai Sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir kerana sedekah tersebut bersifat kekal dan manfaatnya boleh digunakan walaupun penyumbangnya sudah meninggal dunia. Dalam al-Qamus al-Fiqhi, sedekah jariah juga dikenali sebagai wakaf berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tazkirah 27 Sedekah: Pahala Yang Berpanjangan Oleh: Mohd Fairuz Bin Ismail Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 83Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ع به، ُن َتفُ ٍ ي ٍ، أ�و عمل ٍ جارية ل إهُ ال من ثال ٍث: صدقة هُ إذا مات ُ ابن �آ َدم انقطع مع يدعوهل ٌ ٌودل صاحل أ�و Maksudnya : “Apabila mati anak adam, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (HR : Muslim) Menurut kitab Mughni al-Muhtaj karangan al-Khatib al-Syarbini, Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ bermaksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah jariah atau wakaf. Oleh itu, dapat difahami bahawa sedekah jariah adalah sedekah yang dilakukan di mana pahalanya berterusan mengalir sekalipun seseorang telah meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda: َلدًَ ا َو ه و نَ رَشَ ُ َ ه و ُ َ م َّ َل ًا ع ْم ِل ِ ع ِه َْعَد َ مْوت ِ ب ِه َات َن َ َح س ِ و ِ ْن مََ عهِل ِ َن م ُ ْؤم ْم ق ال ُ ْ َح َل َّا ي ِم ن م َّ ِإ ً ا �ْو هَْ نر َ ُاه َأ َن ْ ِن ال َّسِب ِ يل ب ً اِ ا لب ْت َي �ْو ب َ ُاه َأ َن �ْو َم ْسِجًدا ب َأ ه َّ ثَُ َر م ْص َحًفا و ُ َ ه و ُ َ َك َر ِ ًحا ت َصال ِ ِه َْعِد َ مْوت ِ ْن ب ه م قُ ُ ْ َح َل ِ ي ِه َات َ َحي ِ و ِه ت َّ ِ يِ ف حِص ِ ْن َ م هِال َ هََجا م � ْخر ًَة َأ �ْو َ صَدق َ ُاه َأ � ْجر َأ Maksudnya : “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dilakukan setelah mati adalah: 1. Ilmu yang diajar dan disebarkan. 2. Anak soleh yang ditinggalkan. 3. Mushaf al-Quran yang diwariskan. 4. Masjid yang dibina. 5. Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dibina 6. Sungai yang dialirkan. 7. Sedekah yang dikeluarkan dari harta ketika sihat dan hidup.” (HR : Ibnu Majah) 84Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
KELEBIHAN SEDEKAH Dalam al-Quran dan Hadis dinyatakan fadhilat, antaranya firman Allah SWT: ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ Maksudnya : “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al Baqarah: 265) Nabi SAW pernah bersabda: ه ، ُ َ مهْر مُْ ُ دك ُ � َح َأ َ يِّب ر ُ مَاَ ي مُْ مَاَ ك َ َأ ا لَحِدك ِهي ّ يَب َرُ ِ ، ف ِه ِمين َ ذَها ِبي ُ خ ْأ ُ �َ َ ي ََة ، و َ ُل َّ الصَدق ْقب َ هََّ الل ي ن َّ ِإ حٍد ُ � ْ َل ُأ ِث ري م ُ َت ِص َ َة ل َ ُّْقم ن الل َّ ِإ ت ىَّ َح Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” (HR : al-Tirmidzi) Firman Allah SWT: ۈ ٷ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې ې ى ى ئا ئا ئە ئە Maksudnya : “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita”. (Surah al Baqarah: 274) 85Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: ِ َ ِب يوم ر ُ ِ ْن ك ًة م َ نه كرب ُ ُ هللا ع َّ َس َا نَف ُّ ادلني َ ِب ر ُ ِ ْن ك ًة م َ ْرب ُ ِ ٍن ك م ْؤم ُ َّ َس َ ع ْن َم ْن نَف ً ِام م ْسل ِ َ وم ْن َ سرَتَ ُ َة آ ِخر َا وال ِ يِ ف ُ ادلني ُ هللا عليه رَّ َس معرِسٍ ي َىل ُ رَّ َس ع ِ ْ ومن ي َ َامة القي ِ ديِ ف ِ عون أ �خيه ُ ْ َعب ْ ْ ِد َ م اَ ا كَن ال لعب ِ ُ وهللا يِ ف َ عْوِن ا َ َة آ ِخر َا وال ُ هللا يِ ف ُّ ادلني ه َسرَتَُ Maksudnya : “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. (HR : Muslim) Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, beritahu kepada saya suatu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka. Baginda lalu bersabda: َ َال هََّ الل و د ُ ُ ِ ، تَْعب ْه ي َ َل هَُّ الل ع ه ُ َ ىَل َ م ْن يَ رَّ َس ري ع َ ِس ٌ ي َ ه ل َُّ ن ِإ َ ٍ ، و َتيِن َ ع ْن َ عِظمي ْ َأل ََق ْد َ س� ل ْ َت, َي ج الب ُّ ُ حَت َ ََم َض َان ، و وم ر ُ ص َ تَ ُ ُ ْؤيِت َّ الزاَكَة ، و َ ت َّ الص َالَة ، و مي ُ ِ ُق َ ت ًا ، و ْئ ِ َشي ُ رْشِ ْك ِ به ت ََة ِ ُئ اخلَ ِطيئ ُ ْطف ة ت َُ َ َّ الصَدق ، و ٌ َّة جن ُ م ُ َ ِ اب اخلَرْيِ َّ : الصْو ْو �ب َ ىَل َأ لَ ع كُّ د ُ � : � َال َأ َ َ ال َأ َّ ق مُ ث َ َّار ُ الن َاء ْم ِ ُئ ال ُ ْطف مَاَ ي مَاَك Maksudnya : “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (HR : al-Tirmidzi) 86Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: آِن ْل ِ تَم للِهَّ د ُ ْ ْ َحم َ ال ِ و ْ َح َان هَّ الل ب ُ َ س ِْم َزي َ ان. و ْ ُأل ال ِ تَم للِهَّ د ُ ْ ْ َحم َ ال َ ِان و مي ِإ ُ ال ا ُّ لط ُ هُور َ ش ْطر ُ َ َّ الصرْب ٌان و ُْرَه ة ب َُ َ َّ الصَدق ور و ٌ ُ َ َّ الص َالُة ن ْرِض و َ َأ ال َ ِ ات و َو نْيَ ال َّسم َ ْ ُأل َ - ما ب - �ْو تَم َأ قهَا ُ موِب ُ ق َأ هَا �ْو ُِ ُ ْعت َم ه ف ع نَْف َسُ ٌ ِ َائ َب دو ف ُ َ ْغ َّ ِاس ي ْ َك لُ ُّ ك الن ي َ َل �ْو ع ٌ كَ لَ َأ جة َّ ح ُ ن ْر�آُ ق ُْ َ ال و ٌ َاء ِضي Maksudnya : “Bersuci itu separuh iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan (di akhirat). Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya atau setiap satunya memenuhi ruangan di antara langit dan bumi. Sembahyang itu cahaya. Sedekah itu bukti (keimanan). Sabar itu sinaran cahaya. Al-Quran menjadi hujah kepada kamu (menyebelahi dan membela kamu) ataupun hujah ke atas kamu (mendakwa dan menentang kamu). Setiap manusia keluar pada awal pagi, lalu dia menjual dirinya (kepada Allah dengan melakukan ketaatan, atau kepada syaitan dan hawa nafsunya dengan melakukan maksiat), lalu dia membebaskan dirinya (daripada mendapat kehinaan di dunia dan azab di akhirat), atau dia membinasakannya (dengan melakukan maksiat).” (HR : Muslim) Sedekah tersebut dengan maksud membelanjakan harta kepada mereka yang memerlukan dengan tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Harta yang disayangi diberikan semata-mata kerana wujudnya iman bagi orang yang bersedekah. Disebabkan itu, Rasulullah SAW menamakan sedekah itu sebagai bukti (ان َْه ٌ رُب) .(Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40, hlm. 220) KEISTIMEWAAN BERINFAQ Firman Allah SWT: چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑک ک ک ک گگ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ Maksudnya : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak 87Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-Baqarah: 261-262) Al-Imam al-Nasafi dalam kitab Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil berkata: “Allah membuktikan kekuasaannya dalam menghidupkan yang mati seterusnya Allah menggesa supaya menginfak pada jalan Allah kerana pahalanya yang amat besar.” SEJARAH YANG MENJADI TAULADAN. Saidina Uthman R.A membeli dan menginfakkan telaga.Telaga yang dikenali sebagai Telaga Uthman ini asalnya dimiliki oleh seorang Yahudi yang menjual airnya kepada orang Muslim. Imam al-‘Aini menukilkan daripada al-Kalbi bahawa umat Islam ketika itu biasanya membeli air dari telaga tersebut dengan harga 1 dirham untuk 1 kantung air sebelum Saidina Uthman membeli dan mewakafkannya untuk kaum muslimin. Menurut Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dalam buku Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah, Telaga ini masih wujud hingga ke hari ini. Telaga ini terletak kira-kira 1 km dari Masjid al-Qiblatain, iaitu di Jalan Abu Bakar al-Siddiq. Kini ia diletakkan di bawah jagaan Kementerian Air dan Pertanian Arab Saudi. Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, tidak ada air yang baik untuk diminum kecuali dari telaga ini. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membeli telaga al-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang-orang Islam, dia akan diberikan pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” Menurut riwayat Ibnu Abd al-Bar dalam al-Isti’ab fi Ma’rifat al-Ashab, Saidina Uthman bin Affan telah menawarkan untuk membeli telaga itu. Tetapi sebaliknya Yahudi tersebut bersetuju untuk menjual separuh daripadanya sahaja dengan harga 12,000 dirham. Giliran untuk ambil air secara berselang hari juga turut dipersetujui. Maka pada hari giliran Saidina Uthman bin Affan semua orang Islam datang mengambil air percuma itu untuk bekalan selama dua hari supaya mereka tidak perlu membeli air daripada Yahudi itu pada esoknya. Melihat keadaan ini Yahudi itu menyedari bahawa perniagaannya sudah mulai merosot lalu menawarkan untuk menjual kesemua telaga itu kepada Saidina Uthman dengan tambahan sebanyak 8,000 dirham lagi, menjadikannya bernilai 20,000 dirham keseluruhannya. Rasulullah SAW bersabda: َ َ ال هَُّ الل ِ ِ ضْعٍف ق ِ ِمائَة ْع َب ىَل س ِإ ِهَا �ْمثَال ةِبَع رْشِ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف ال ْ ِن �آَدَم ي لُ ُّك مََ ع ِل اب ِ � ْجِز ِي به �اَن َأ َأ َ ه يِ ل و َُّ ن ِإ َ ل َّ الصْوَم ف اَّ ِإ تََع ىَال: 88Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam yang berupa kebaikan akan dilipat gandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuh ratus kali ganda. Firman Allah SWT : Melainkan puasa, Sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku akan member balasannya. (Muttafaqun alaih) ون يِ ف ُك ُ َ د َ ما ي ُ َ � ْجو َأ َ اَكَن َّ ِاس، و َ َد الن ُول ِ هللا صىل هللا عل َأ يه وسمل � ْجو س ُ َ اَكَن ر ْر�آَن، ق ُْ ه ال ُ س ُ ُ َد ِار َي ََم َض َانف ِ ْن ر ةٍَل م ْ ي َ لُ كِّ ل َْق ُاه يِ ف َل َ اَكَن ي َْق ُاه ِ جرْبِ ُ يل، و َل ََم َض َان ِ ح َني ي ر َسةَِل. ُ ْر ْم ِ ِحي ال ّ ِ َن الر ْ َخرْيِ م د اِ بل ُ َ ُول ِ هللا صىل هللا عل َأ يه وسمل � ْجو س ُ َ َر َل ف Bermaksud : “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR : Bukhari) Ramadan menggamit rasa syukur. Umat Islam telah menampilkan teladan yang agung sejak zaman Nabi SAW dalam. Mereka telah menginfaqkan harta mereka yang tidak terkira dalam pelbagai bentuk seperti masjid,sekolah,rumah, hospital,tanah dan seumpamanya sama ada untuk saudara-mara, fakir miskin, mujahidin, ulama’ dan sebagainya. 89Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Ramadan adalah madrasah atau pusat latihan yang akan membentuk jiwa dan akhlak seorang muslim. Andai Ramadan dihiasi dengan Iman dan Taqwa, pasti kita akan keluar dari madrasah Ramadan dengan jiwa yang lebih patuh dan taat kepada Allah. Namun tidak semua kita keluar dari pusat latihan Ramadan ini dengan kefahaman yang sepatutnya. Hasilnya, setelah Ramadan, ia masih kekal dengan sifat dan sikap lamanya. Berbicara tentang Ramadan segala amalan kebaikan mudah dilaksanakan. Sepanjang Ramadan kita rajin membaca al Quran, bersedekah, mendengar tazkirah, solat berjemaah di masjid, tolong menolong, menjaga aurat , mengawal lidah, memelihara pandangan dan pelbagai jenis kebaikan yang kita buat. Berakhirnya Ramadan, kita kembali kepada tabiat asal. al Quran dilupakan, solat berjemaah ditinggalkan, aurat kembali didedahkan, mulut mula menutur perkara yang lucah dan dusta, mata sibuk meliar mencari pemandangan yang haram dan segala jenis kemaksiatan yang mampu ditahan sepanjang Ramadan. Amat menyedihkan,usai Syawal tiba segalanya kembali berubah, kembali hilang arah seolah-olah ibadah sepanjang Ramadan telah dicurah. Yang tinggal hanyalah sisa iman yang diulit virus kemalasan dan sedikit harapan agar dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang. Setelah Ramadan pergi kesibukkan ibadah seakan terhenti. Ini bukan tuduhan melulu, akan tetapi itulah fenomena yang telah dibudayakan dalam masyarakat kita hari ini. Boleh jadi kita sendiri. Mesti kita pernah dengar kata-kata, “aok ni, bulan Ramadan ni kan… hormat lah sikit,” atau “Bulan Ramadan ni tak elok mengumpat orang, kurang pahala puasa.” “Bulan Ramadan ni tak baik membazir …….” dan macam-macam lagi. Benarlah apa yang dimadahkan oleh Imam Hassan Al Basri RA : “ Sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan amalan seseorang mukmin itu punya tempoh tamatnya kecuali saat kematian” Persoalannya, aurat tu wajib tutup hanya di bulan Ramadan sahaja ke? Kalau bukan bulan Ramadan, mengumpat tu tak jadi dosa ke? Membazir tu hanya bulan puasa sahaja ke? Nabi SAW telah memberitahu kita dalam sabdanya : Tazkirah 28 Sembah Allah Atau Ramadan Oleh: Ahmad Fahizme Bin Ab Rashid Pejabat Agama Islam Daerah Bentong 90Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ال َّسهَرُ َّ ال ِإ ِ ِه َام ِي ِ ْن ق م ْ َسهَ لُ ي َ ٍ ل َائمِ ب ق َّ ر ُ َ وع و ُ ج ُ ْ َّ ال ال ِإ ِ ِه َام ِ ْن ِصي م ْ َسهَ لُ ي َ ٍ ل ب َ صائمِ َّ ر ُ Maksudnya : “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam.” (HR Ibn Majah) Menghormati Ramadan itu pasti, tetapi masih ramai juga yang lupa bahawa Tuhan yang menguasai Ramadan perlu juga dihormati dan ditaati. Bahkan itu yang lebih utama dan sewajarnya. Kalau kita hanya menghormati Ramadan, amal kebaikan kita ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sungguh, benar Ramadan berlalu pergi namun kita semua masih punya Ilahi. Ingatlah pesanan Sheikh Soleh Uthaimin ulama di bumi Hijaz : “ Awaslah saat kamu bermalasan untuk ibadah, khuatir ketika itu Allah juga telah bosan melihatmu beribadah. Kalau Allah SWT yang kita ditaati, bulan mana sekali pun kita akan taat dalam melaksanakan ibadah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu kita ikut suruhan. Firman Allah SWT : ٱ ٻ ٻ ٻ ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ Maksudnya : Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah Al Asr: 1-3) Istiqamah. Satu kalimah yang mudah namun sangat indah tetapi bukanlah mudah. Istiqamah itu rezeki kurniaan Yang Maha Memberi. Ia anugerah terindah buat hamba. Justeru kekalkanlah kebaikan yang telah kita lazimkan sepanjang Ramadan, agar ianya menjadi benih kesuburan yang tumbuh mekar menjalar pada 11 bulan yang lain. Jadilah hamba Allah…bukan hamba Ramadan 91Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Allah SWT menjanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang berpuasa. Bahkan puasa itu sendiri terlalu banyak keistimewaannya pada jasmani dan rohani. Lautan maghfirah, limpahan rahmat dan kurniaan berkat semuanya tersedia bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan sebenarnya semata-mata kerana menurut perintah Allah SWT. Sehingga Allah SWT menyatakan bahawa pahala puasa itu tidak terhitung banyaknya. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : َ َ ال هَُّ الل ِ ِ ضْعٍف ق ِ ِمائَة ْع َب ىَل س ِإ ِهَا �ْمثَال ة َع رْشُ َأ ُ َ َن ْ َح س ُ َض َ اعُف ال ْ ِن �آَدَم ي لُ ُّك مََ ع ِل اب ِ ِ َّ لصائمِ � ْجيِل ل َأ ِ ْن ه م َ َطَع َامُ ه و َ تَُ ع َشهْو ُ ََد ِ ي � ْجِز ِي به �اَنَأ َأ َ ه يِ ل و َُّ ن ِإ َ َّ الصْوَم ف َّ ال ِإ َّل َ َج ز و َّ َع ب ِعْنَد ُ َ � ْطي ِ َأ ِ َّ الصائمِ َم وف ف ُ ُ خل ُ َ َ ل ِ . و ِّه َب ِ ر َِقاء ٌ ِعْنَد ل ْرَحة َ َف ِ و ِ ْطِره ٌ ِعْنَد ف ْرَحة َ َ ِان ف ْرَحت َ ف ِْم ْس ِك ِ ْن ِ ر ِحي ال ِ م هَّ الل Maksudnya : “Semua amalan anak cucu Adam dilipatgandakan kebaikan sepuluh kali semisalnya sampai tujuh ratus kali,” berfirman Allah ‘Azza wa Jalla: “kecuali puasa kerana sesungguhnya ia diperuntukkan bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.” Dia meninggalkan syahwatnya dan makanannya untuk mencari redhaKu. Bagi orang yang berpuasa dia mendapatkan dua kegembiraan: Kegembiraan tatkala berbuka dan bertemu dengan Tuhan-Nya. Dan bau mulutnya disisi Tuhannya lebih harum daripada minyak kasturi.” (HR : al Bukhari). Demikianlah betapa hebatnya ibadah puasa. Bahkan bau mulut orang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Puasa yang sepatutnya kita meraih rahmat dan magfirah daripada Allah SWT, namun adakalanya akan menjadi suatu yang sia-sia jika tidak melaksanakannya sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Ramai yang tidak sedar bahawa puasa yang mereka lakukan sebenarnya tidak diterima oleh Allah SWT. Sabda Nabi SAW; Tazkirah 29 Hanya Lapar Dan Dahaga Oleh: Ahmad Fahizme Bin Ab Rashid Pejabat Agama Islam Daerah Bentong 92Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
ل اَّ ِإ ِ ِه َام ِي ِ ْن ق م ْ َس هَ لُ ي َ ٍ ل َائمِ ب ق َّ ر ُ َ وع، و ُ ج ُ ْ ل ال اَّ ِإ ِ ِه َام ِ ْن ِصي م ْ َس هَ لُ ي َ ٍ ل ب َ صائمِ َّ ر ُ ال َّسهَرُ Maksudnya : “Berapa ramai orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan berapa ramai orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya letih berjaga malam”. (HR : Ibnu Majah) Ini adalah antara ancaman Nabi SAW terhadap mereka yang berpuasa namun tidak memerhatikan adab-adab berpuasa. Ianya akan mempengaruhi nilai pahala puasa seseorang, berpunca dari kejahilan terhadap ibadah puasa itu sendiri. Mereka hanya menahan lapar dan dahaga sahaja, akan tetapi mereka gagal memastikan anggota badan yang lain untuk turut berpuasa. Dalam hal ini, Nabi SAW juga telah memberi amaran kepada kita. Sabda Nabi SAW: َه َ رَشَ اب ه و ََد َع َ طَع َامُ � ْن ي ٌ َأ هٰ ِ َ ح َ اجة ْ َس للِّ ي َ َل ِ ف َ َل ِ به َعم ْ َ ال ْوِر و ْوَل ُّ الز َ ََد ْع ق ْ ي َم َم ْن ل Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR : Bukhari) Hadis ini memberikan kepada kita kefahaman bahawa puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, akan tetapi ia juga melibatkan aspek lain seperti lidah yang bertutur, mata yang melihat, telinga yang mendengar, tangan yang menyentuh dan kaki yang melangkah. Lidah sangat mudah tergelincir. Orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga lidahnya dari berdusta, umpat keji, adu domba, saksi palsu, tipu khianat dan seumpamanya hanyalah menempah kerugian. Nabi SAW telah menyatakan bahawa Allah tidak perlu kepada puasa seseorang yang tidak menjaga lidahnya dari kekejian. Termasuk di dalam maksud hadis ini ialah perkataan lucah dan kotor. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: َّ ِ فث، َّ ِغو والر َّام ا ّ لصِ ُ يام َمن الل شِب، إن َأ لْكِ وال رُّ ل َ يس ا ّ لصِ ُ يام َمن ال Maksudnya : “Puasa itu bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja,akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. (HR : Ibnu Khuzaimah) 93Himpunan 30 Tazkirah Ramadan
Mata hendaklah dipelihara dari melihat perkara yang haram dan makruh. Ia tidak hanya terbatas kepada melihat aurat sahaja, bahkan menonton rancangan yang melalaikan di televisyen, perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan sebagainya. Telinga pula tidak terdedah kepada umpatan, maki hamun, celaan dan dusta serta nyanyian yang melalaikan. Tangan tidak melakukan perkara yang ditegah dan kaki tidak melangkah ke tempat yang terlarang. Manakala perut pula tidak memakan makanan yang syubhat apatah lagi haram ketika berbuka, sahur dan sebagainya. Imam as-Subki menyatakan, barangsiapa yang melakukan perkara mazmumah yang haram ketika berpuasa kemudian dia bertaubat, taubatnya itu hanya akan mengangkat dosanya. Manakala pahala puasa yang hilang tidak akan diperolehi kembali. Inilah akibatnya apabila tidak memahami konsep puasa yang sebenar. Kita akan menanggung kerugian yang besar dan penyesalan yang tak terhingga di Akhirat kelak. Sesungguhnya tidak dinafikan adalah sukar untuk kita memelihara anggota kita dari perbuatan mazmumah yang disebutkan, namun berkat kesabaran dan kesungguhan kita untuk mencapai kesempurnaan puasa, pasti Allah SWT akan membantu kita dalam melaksanakan tuntutan ibadah tersebut. Moga-moga kita akan mencapai kemuncak berpuasa iaitu beroleh taqwa yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya: قْوَن َُّ َّمُ ْك تَت َعل َ ِ مُ ْك ل ْل َب ِ ْن ق ْ َن م ِ ي ال ذَّ َ ىَل ِ َب ع ت ُ مَاَ ك َ ُام مَاَ ك مُُك ا ّ لصِ ي ْ ي َ َل ِ َب ع ت ُ ُ ْوا ك َٰمن ْ َن ا ِ ي ا ال َ ذَّ يٰآَيهُّ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah al Baqarah: 183) 94Himpunan 30 Tazkirah Ramadan