The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(a) CERPEN DAHAI DOT TANGON

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cloude Sky, 2026-02-21 04:51:19

Cerpen Da

(a) CERPEN DAHAI DOT TANGON

Cerpen Dahai Dot Tangon | 44buku. Tanpa mengeluarkan apa-apa pertanyaan, buku itu menjawab melalui tulisan seolah-olah dapat membaca isi hatinya.“Apa susah. Ketuhar kan ada. Pasang suis belakang….” Langkah demi langkah diikuti tanpa ada satu pun tertinggal. Dia betul-betul tekun mengikut semua arahan seakan-akan bapanya betul-betul ada di hadapannya ketika ini. Beberapa minit kemudian, haruman daripada ketuhar mula memasuki rongga hidungnya tanpa segan-segan. Bau yang mengingatkan dia pada setiap detik kenangan indah. “Halo ! Halo ! Ada orang tak dalam ni ?”Suara dari luar kedai membuatkan Jumi tersentak dari lamunannya. Dia keluar menjenguk ke arah luar melihat siapa yang memanggil. Seorang lelaki tua berumur 78 tahun memakai topi berwarna coklat sedang meninjau-ninjau ke arah kedai.“Ya ? Boleh saya bantu ?” Tanya Jumi.“Kamu masak pizza yah ? Boleh saya rasa ?” Jumi hairan. Macam mana lelaki ni boleh tahu. Tapi dia tidak bertanya banyak, dia mempelawa lelaki itu masuk. Dia


Cerpen Dahai Dot Tangon | 45memberikan sepotong pizza kepada lelaki tersebut. Lelaki itu duduk tanpa rasa takut. Dia menjamu sebaik sahaja pinggan diletakkan di hadapannya. Gigitan pertama, lelaki itu terus terdiam. Matanya memandang tepat ke arah Jumi. Jumi mengusap mukanya, risau kalau ada tepung yang melekat pada wajahnya. Lebih lagi dia risau jika masakannya itu tidak sesuai dengan yang diharapkan.“Kenapa encik ?” Tergagap-gagap suaranya.“Pizza ini... Pizza inilah yang saya cari selama ini. Pizza ini... Buatan sahabat saya dulu. Kami sudah berjanji untuk dirikan kedai pizza.”“Siapa nama sahabat encik?”“Romanno.”Wajahnya yang berkerut menunggu jawapan berubah riak. Jawapan yang singkat namun mampu membuatkan dia mengalirkan air mata. Sejak hari itu, dia bekerjasama dengan lelaki tersebut untuk mengembangkan usaha bapanya yang tertunda dulu. Kebetulan lelaki tua itu memang seorang pengusaha kedai makan yang menghidangkan makananmakanan barat.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 46Sampai saat ini Jumi tidak tahu bagaimana lelaki itu mengenali ayahnya. Setiap kali dia bertanya, jawapan yang diterima hanyalah “Adalah… Waktu kami masih dalam tugasan markas dulu.” Dia juga tidak pasti. Yang pasti, dia sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan peluang untuk melanjutkan warisan ayahnya ini. Baginya, ini bukan sekadar membuka semula usaha kedai pizza yang tergendala, namun menggali semula kenangan indah yang sudah lama terkubur.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 47


Cerpen Dahai Dot Tangon | 48- Lukap Kiraha -Malam itu langit sedikit lebih gelap dari malam sebelumnya. Bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan menjadi irama yang sering menyapa kasar gegendang telinga Desa Lu. Buat kedua kalinya, Kila cuba untuk melarikan diri.Kila berjalan berjingkit-jingkit seperti pencuri yang takut kedapatan. Dia melihat kiri dan kanan berulang kali. Bimbang jika ada mata-mata penduduk kampung yang melihatnya. Baginya, penduduk kampung ini semuanya gila! Hanya dia sahaja yang masih waras, kerana hanya tapak kakinya sahaja yang pernah terluka.“Woi siapa tu!”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 49Bergegar seluruh tubuh Kila apabila mendengar suara jeritan yang tidak tahu dari mana arahnya. Tanpa berlengah, dia berlari menuju pagar yang dibuat dari kayu bambu itu. Dia tidak kisah, yang dia mahu, dia keluar dan bebas dari tempat paling puaka menurutnya ini.“Berhenti kamu!”Kekuatannya sebagai perempuan sama sekali tidak dapat mengalahkan kekuatan seorang lelaki. Kila merontaronta apabila Pakcik Merin dan Pakcik Bun menangkapnya. Dia dibawa ke sebuah balai agak usang dan diikat di sebuah tiang bulat yang terpacak di hadapan balai tersebut. Balai yang menjadi saksi bisu setiap penderitaan jiwa penduduk Desa Lu. Seorang lelaki tua berumur 70 tahun keluar dari balai sambil mengusap-usap janggutnya. Kekam, panggilan yang dipendekkan dari perkataan ‘Ketua Kampung’. “Kekam tengok budak ni. Dia cuba panjat pagar hujung tu tadi.”“Ya Kekam, tidak tahu apa juga dia mahu buat ni.” Pakcik Merin dan Pakcik Bun menyokong sesama mereka. Kekam kemudian memukul lonceng besar bersaiz sederhana besar. Beberapa minit kemudian, semua penduduk


Cerpen Dahai Dot Tangon | 50Desa Lu beransur-ansur memenuhi tapak balai. Mereka tidak terkejut, memang begini cara mereka untuk membuat pengumuman.“Hari ini. Kita sekali lagi akan menjalankan tradisi. Tradisi terhormat.” Singkat sahaja kata-kata dari Kekam, namun mampu membuatkan semua yang mendengar bergegar ketakutan, yang mengantuk menjadi cergas, dan yang sakit tiba-tiba rasa sihat. Ikutkan hati, mahu sahaja Kila meludah muka Kekam apabila mendengar perkataan ‘tradisi terhormat’.“Perempuan tidak perlu berfikir sejauh itu.”“Tulah, di luar nanti bukan ada apa-apa, hanya sakit yang menunggu.”Suara bisikan halus yang menusuk hatinya sama sekali tidak menjadikan dia seorang yang lemah. Dia melihat kakinya, kemudian melihat kaki lelaki-lelaki yang berani-berani bersuara tadi. Memang, kakinya jauh lebih buruk dari kaki mereka. Baginya, mereka adalah orang lemah yang tidak berani keluar dari norma kehidupan penuh kesengsaraan.Kekam datang menghampiri Kila. Kemudian mulutnya disumbat dengan kain sebelum acara dilakukan. Acara yang


Cerpen Dahai Dot Tangon | 51terhormat bagi mereka. Acara tradisi yang dikenali sebagai ‘Pinigis Lukap’. Sebuah kebiasaan yang dipercayai menjadi adat dalam desa mereka. Adat ini menekankan bahawa setiap penduduk yang cuba melintasi sempadan akan menerima satu hirisan pada tapak kaki. Hirisan yang menegak panjang dari hujung jari ke hujung tumit. Adat yang sebenarnya bertujuan untuk menjamin kesetiaan setiap penduduk. Bukan untuk membunuh, tapi untuk mendidik mereka bahawa setiap langkah pergi terasa amat menyakitkan.Bagi Kila, tradisi ini sama sekali tidak memainkan peranan sebagai pelindung kepada penduduk kampung, sebaliknya memupuk ketakutan jiwa-jiwa insan yang hidup di dalamnya. Pisau sederhana kecil yang dibalut kemas dengan plastik merah pada bahagian pemegangnya dikeluarkan. Kila teriak sekuat hatinya. Walaupun mulutnya disumbat kain, namun suara teriakan masih jelas kedengaran. Hujung pisau menyentuh kulitnya. Darah mulai terpecik keluar. Darahnya menitik ke tanah yang sentiasa meraung haus akan darah. Kila semakin menjadi-jadi, dia mengeluarkan rintihan tangisan dalam jeritan. Bukan kerana


Cerpen Dahai Dot Tangon | 52sakit yang dirasakan di kakinya, tapi sakit yang terhiris di hatinya. Kila memandang Kekam dengan pandangan tajam dan penuh kebencian. Air mata yang mengalir sama sekali tidak memberi kesan pada pandangan Kekam. Termasuk semua penduduk kampung yang ada di situ.“Tengok lelaki-lelaki di sini, tiada satu orang pun yang berani keluar. Kenapa kau gadis kecil, sangat keras kepala?” Pertanyaan penuh sindiran dilontarkan oleh Kekam.Kila tidak menjawab walaupun kain dimulutnya sudah dilepaskan. Dia melihat setiap kaki penduduk kampung di situ, utuh, bersih tanpa bekas luka. Tapi baginya, itulah rasa malu terbesar, apabila seseorang terkurung dalam kebiasaan yang memakan diri sendiri. Rasa sakit di kakinya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan rasa sakit yang tertanam di hatinya. “Penakut!” Jeritnya, jeritan yang hanya mampu bergema kuat dalam hatinya.Beberapa saat selepas kakinya dihiris, tiga orang wanita yang juga merupakan penduduk kampung membantunya untuk memberhentikan pengaliran darah. Pengaliran darah biasanya dihentikan dengan daun bunga raya dan daun kunyit yang ditumbuk kemudian diletak pada bahagian hirisan. Setelah itu akan dibalut selama seminggu


Cerpen Dahai Dot Tangon | 53sebelum direndam dengan air rebusan pucuk jambu batu, selepas itu luka hirisan akan kering.Dua minggu telah berlalu. Dua minggu itulah juga Kila duduk di beranda rumah setiap hari dari pagi hingga malam. Matanya sentiasa sibuk melihat pergerakan manusia yang setiap hari memainkan watak-watak yang berbeza. ‘Palsu!’, hatinya berkata setiap kali melihat penduduk kampung.Luka kakinya sudah semakin pulih. Cahaya matahari perlahan hilang dari pandangan. Malam ini, Kila membawa tekad sesungguhnya untuk melarikan diri dari tempat ini. Dia mahu hidup bebas, dia mahu melihat dunia luar yang sesungguhnya. Dia tidak takut dengan hukuman. Sudah lumrah baginya. Tangkap, ikat, hiris. Begitu lah setiap kali dia cuba melarikan diri. Tapi kali ini, dia meletakkan harapan yang sangat tinggi pada dirinya sendiri. Dan sudah tentu dia tidak mahu Kila memastikan semua penduduk kampung sudah masuk ke dalam rumah masing-masing. Selama dua minggu dia sakit, dia gunakan masa itu untuk melihat gerak-geri penduduk kampung terutama pada waktu tengah malam. Kali ini, dia tidak mahu gagal lagi. Kali ini, dia memohon pada Pencipta agar keinginannya tercapai.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 54Bunyi cengkerik yang berdengung seperti jarum jam yang berusaha menghentikan masa menandakan penduduk kampung sudah balik ke rumah masing-masing. Hujan turun dengan lebat, seolah-oleh berusaha membantu Kila menyembunyikan bunyi derapan tapak kakinya. Bahkan alam pun berpihak padanya dengan mendendangkan bunyi-bunyian yang menuntun Kila untuk lari dari ketidakadilan. Kila meneruskan perjuangannya dengan langkah yang penuh berhati-hati. Sama ada takut kakinya menjadi lebih teruk, atau takut rancangannya diketahui oleh penduduk kampung yang lain. “Ini masanya.” Kila yang sedang berjalan seperti pencuri terkejut mendengar suara itu. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Namun dia mendapati tidak ada sesiapa dibelakang. Dia menoleh semula ke hadapan. Belum sempat dia melanjutkan langkahnya, suara itu sekali lagi menyapanya.“Bawah. Tengok bawah.” Sekali lagi Kila terkejut. Hampir saja lagi dia melatah. Kila melihat ke bawah, ternyata ada tapak kaki merah yang bergerak. Kila ketakutan. Ini pertama kali dia melihat tapak kaki tanpa empunya kaki.“Ikut ini. Itupun… Kalau kau mahu.”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 55Kila berganjak sedikit ke belakang apabila tapak kaki itu mulai melangkah. Lebih kurang sepuluh langkah beza daripada Kila, tapak kaki itu berhenti bergerak. Tiba-tiba, terdengar suara penduduk kampung yang berada di sekitar mereka. Kila tidak ada pilihan lain, dia terpaksa mengikuti jejak kali tapak kaki itu.Tapak kaki itu membawanya ke sebuah rumah usang yang sudah mulai ditumbuhi dedaunan dan dililiti akar. Kila mengikuti sahaja jejak tapak kaki tersebut kerana takut jika dia berdiam sahaja, dia akan ditemui oleh penduduk kampung. Alangkah terkejutnya Kila apabila melihat seorang wanita tua yang sedikit berisi duduk di bawah rumah tersebut. Wanita tua yang tidak dapat berjalan dengan baik, sebaliknya hanya mampu mengengsot membawa diri sahaja. Wanita itu tidak terlalu tua, tidak terlalu muda. Mungkin sekitar tiga puluh tahun. Wanita itu datang menghampiri Kila dengan penuh berhati-hati. Risau jika Kila takut padanya. “Maaf kalau terkejut. Saya bukan hantu, dan bukan orang jahat.” Seakan-akan tahu isi hati Kila, wanita itu menerangkan terlebih dahulu. Dia tahu, sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terkejut dengan penampilannya.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 56“Kenapa saya sampai sini? Apa benda tapak kaki tu tadi?” Suara Kila bergetar-getar. Antara takut dan menahan sakit tapak kakinya yang belum sepenuhnya sembuh. Namun dia tetap gigihkan diri dengan sisa-sisa kekuatan yang masih melekat dalam dirinya.“Ikut saja. Itu tujuan kamu kan?” Soalan dibalas soalan. Kila semakin bingung. Namun keinginan untuk bebas jauh lebih hebat menguasai fikirannya. Dia tidak ada pilihan lain selain mengikuti wanita itu. Kila tidak mahu selamanya berada dalam kampung ini. Peluang hidup yang sekali ini, perlulah dinikmati dengan cara yang paling benar. Itulah kata hatinya yang sentiada menjadi batu lonjakan untuk dia terus mencari jalan keluar.Wanita itu bergerak mengengsot ke arah belakang rumah. Pergerakan yang pantas menandakan wanita itu sudah lama menjalani hidup dalam keadaan begitu. Kila mengikutinya. Dia tercium bau hanyir darah. Bau hanyir yang menusuk rongga hidung seperti menggigit derianya membuatkan jantungnya berdegup kencang. Namun dia tidak terlalu memikirkannya. Hampir setengah jam mereka berjalan. Kini, mereka sudah masuk jauh ke dalam hutan. Pergerakan Kila mulai perlahan apabila luka lama sudah kembali sakit. Tetapi


Cerpen Dahai Dot Tangon | 57kesakitan itu sama sekali tidak mengurangkan semangatnya untuk keluar dan bebas. Ya, bebas.“Kejap lagi kita sampai.”“Sampai? Sampai Mana?”Pertanyaan Kila sekali lagi dibiarkan menjadi tanda tanya. Setiap kali dia bertanya, pasti tidak akan dijawab. Kalau dibalas pun, dijawab dengan persoalan. Entah di mana wanita itu membawanya. Dia semakin berdebar, tidak sabar menanti janji yang akan dikotakan oleh tapak kaki dan wanita yang baru sahaja ditemuinya beberapa minit lalu.Kila hairan. Kenapa bau hanyir darah itu masih lagi mengekori mereka. Mahu dicakap bau dari darah kakinya, tidak juga. Dia menundukkan pandangan ke arah tapak kakinya. Sengaja, mahu memastikan sama ada benar-benar bau hanyir itu bukan miliknya. Kila meneruskan langkahnya yang semakin perlahan. “Sampai.” Wanita itu tiba-tiba berkata apabila mereka tiba di sebuah pagar bambu yang ditutupi dengan sedikit semak-samun. Matanya meliar memandang ke kiri dan kanan. Cuba untuk memastikan keberadaan mereka. Walaupun sudah sering dia melarikan diri, namun ini kali pertama dia


Cerpen Dahai Dot Tangon | 58menjejakkan kaki di tempat ini. Suatu tempat yang sangat asing baginya. Kila menghampiri pagar tersebut dengan keadaan lesu. Dia menoleh ke belakang, melihat kembali perjuangan yang dilalui untuk tiba di tempat ini sekarang. Banyak yang dia lalui. Ternyata, dia sudah berada di hujung kampung mereka. Sebuah pencapaian yang hanya akan dirasai oleh orang hebat dan berani. Kila menoleh semula ke arah sempadan kampung itu. Kila melangkahkan kaki kanan keluar dari batas sempadan. Kemudian kaki kirinya. Dia berhenti sejenak. Kila merenung kakinya dan tangannya. Sudah sangat jauh perjalanannya. Anehnya, sebaik sahaja dia melangkahkan kaki, sakit itu masih ada. Lukanya masih jelas terasa perit. Ternyata, kebebasan tidak menyembuhkan apa-apa.Kila meneruskan langkahnya keluar dari tempat itu. Dia melangkah dengan rasa sakit yang semakin mencucukcucuk. Namun dia tetap tersenyum. Tersenyum kerana rasa sakit itu adalah miliknya sepenuhnya, bukan milik tradisi. Rasa sakit ini adalah pilihannya sendiri.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 59“Hati-hati. Impian kau adalah impian kami semua.” Lantang suara wanita itu menyebabkan Kila berhenti dan menoleh ke belakang.Kila terdiam apabila melihat bukan seorang sahaja wanita yang bergerak mengengsot. Ada beberapa lagi wanita lain yang juga bergerak mengengsot sambil menyempatkan diri untuk melambai ke arahnya.Sebelum meneruskan perjalanan, dia sempat melirik tapak kaki wanita-wanita itu. Hancur! Penuh dengan bekas hirisan pisau. Dia akhirnya sedar, mereka bukan orang aneh yang hidup dalam hutan tertutup. Mereka adalah wanitawanita hebat yang berani untuk memperjuangkan kehidupan yang sesungguhnya. Kila melihat tapak kakinya dan tapak kaki wanita itu silih berganti. Ternyata, apa yang dilaluinya hanyalah hal kecil jika dibandingkan dengan penderitaan dari perjuangan orang lain. Dia meneruskan perjalanan tanpa tujuan itu. Dia tidak kisah tentang apa yang akan terjadi pada hari esok dan seterusnya. Buat masa ini, hanya kebebasan sesungguhnya sahaja yang penting bagi dia meneruskan hidup selanjutnya. Dia berdoa. Semoga kehidupan bebas di luar tidak seperit kekangan yang dia rasa sebelum ini.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 60


Cerpen Dahai Dot Tangon | 61- Dahai Dot Tangon -Tidak asing bagi penduduk Kampung Tunai mendengar setiap celoteh daripada empat sahabat yang sedang berjalan beriringan di tengah-tengah jalan raya penuh kerikil batu itu. Siapa sahaja di kampung ini yang tidak tahu persahabatan empat budak perempuan ini, sejak kecil lagi mereka sudah bersama. Membesar bersama seolah adik-beradik. Mungkin lebih dari adik-beradik.Matahari tegak di atas kepala menyinari bumi menandakan sudah tengah hari. Namun, panas matahari membakar seisi dunia sama sekali tidak menjadi penghalang bagi Sara, Hana, Ain dan Arita untuk bermain dan bercerita.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 62Dari sinar matahari pagi sehinggalah pada terik matahari, mereka bercerita sambil berjalan mengelilingi kampung. Itulah perbuatan mereka setiap hari. Tidak ada rasa bosan pada mereka walaupun pemandangan di kampung itu tidak berubah setiap hari. Pernah sekali seorang tua di kampung menggelar mereka sebagai ‘pengukur jalan’ kerana sering kali mundar-mandir di depan rumah orang.Ada sahaja yang hendak diceritakan. Walaupun dari pagi mereka menaiki kereta sewa yang sama untuk ke sekolah, sepanjang di sekolah bersama-sama, dan pulang ke rumah pun masih bersama-sama, tetap sahaja mereka tidak kehabisan cerita. Entah itu cerita tentang sekolah, entah itu tentang masalah keluarga, entah pasal peribadi, atau topik-topik tidak penting semua diceritakan.“Siapa lambat dia kalah!” Jerit Hana setelah mereka menghampiri sebuah jalan yang agak sempit.“Aku deluan! Aku!” Jerit mereka serentak setelah itu.Jalan yang agak sempit dan sedikit dipenuhi dengan semak-samun itu membawa mereka kepada sebuah tempat. Tempat yang indah bagi mereka. Tempat favourite mereka. Sungai.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 63Sebuah sungai kecil yang terletak di hujung kampung mereka. Sangat kecil sehingga boleh dipanggil sebagai tasik atau kolam. Tapi bagi mereka, itu adalah sungai kesayangan mereka. Tempat di mana mereka menghabiskan masa bersama. Mereka boleh menghabiskan masa berjam-jam hanya dengan bermain air dan bergurau bersama.Ada suatu masa dahulu mereka dicari oleh ibu masingmasing kerana tidak pulang sehingga jam 7 petang. Apabila para ibu mencari mereka di sungai itu, ternyata mereka tertidur kelelahan di bawah sebuah pokok setelah habis bermain air.Hana yang sudah berlari lebih dahulu daripada rakannya yang lain tiba-tiba berhenti. Mukanya agak pucat. Hana memang seorang yang mudah terkejut dan penakut.“Cuba kamu dengar, macam ada bunyi ular kan?” Tanya Hana dengan rasa takut-takut.“Ish manada pun, kau jangan cakap sembarangan bah.” Jawab Arita pantas.Ain dan Sara pula berlari ke hadapan. Di antara mereka berempat, memang Ain dan Sara yang paling berani untuk melakukan hal-hal baru. Tidak ada yang ditakuti mereka, ‘selagi tidak mati’, itulah pegangan mereka.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 64“Tuuuu! Ular warna hitam besar Sara.” Jerkah Ain kepada Sara. Mereka berdua berlari ke arah suara desis ular itu.Ternyata benar, ular hitam sebesar ibu jari dan panjangnya hingga pergelangan tangan itu berada di sisi jalan sempit dan penuh semak-samun itu. Sara melihat satu ranting kayu yang sederhana besar lalu pantas sahaja dia mengambil ranting itu. Ain pula cepat-cepat memungut batu berukuran sederhana besar juga lalu segera menghampiri Sara.“Aku tangkap kepalanya, kau pukul guna batu”“Ok cepat, nanti lari.”Di sisi lain, Hana dan Arita saling berteriak dan berpelukan antara satu sama lain kerana takut diserang ular. Padahal ular tersebut jauh dari mereka berdua. Melihat perbuatan Sara dan Ain yang cuba membunuh ular tersebut membuatkan Arita terkejut.“Jangan! Tidak boleh bunuh ular hitam, bahaya.” Cegah Arita dari kejauhan. Tidak berani untuk mendekati. Tetapi juga tidak berani melihat Sara dan Ain membunuh ular itu. Ada sedikit rasa ketakutan dan kerisauan di hati mereka melihat perbuatan sahabat mereka. Sebenarnya ini bukan kali


Cerpen Dahai Dot Tangon | 65pertama bagi mereka melihat Ain dan Sara melakukan perbuatan menakutkan. Tapi kali ini, sedikit memberi kesan di hati. Kesan risau.“Cepat pukul, pukul, pukul.” Ain tidak menghiraukan larangan Arita.Setelah beberapa lama, akhirnya ular tersebut mati dipukul Ain dan Sara. Hana menggelengkan kepalanya.Pada kepercayaan nenek moyang di tempat mereka, ular berwarna hitam yang lalu di hadapan jalan membawa kepada alamat buruk. Setiap kali peristiwa seperti ini terjadi, pasti ada sahaja yang tidak diingini berlaku.Mereka berjalan meninggalkan bangkai ular tersebut. Darah dan lalat masih lagi ada di tempat itu. Akhirnya mereka tiba di sungai kegemaran mereka. Segala rasa takut terhadap ular tadi serta merta lenyap sebaik sahaja melihat tempat mereka sering menghabiskan masa itu.Tanpa berlengah, mereka terjun masuk ke dalam sungai. Namun, mereka hanya bermain di pinggiran sungai. Mereka tidak tahu berenang. Menurut kepercayaan, tempat itu seperti nenek moyang yang menjaga mereka. Nenek moyang tidak akan memakan cucunya sebagai korban.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 66“Aku mau pergi tengah, Arita kau pegang kayu untuk aku.” Sara meminta Arita untuk memegang kayu atau akar kayu untuknya.“Kau Hana pegangkan aku.” Pinta Ain pula kepada Hana.Ini bukan kali pertama mereka melakukan hal seperti ini. Arita dan Hana memegang akar kayu di atas sebuah batu besar manakala Sara dan Ain sudah berada di tengah sungai sambil memegang hujung akar. Mereka bergelak ketawa.Sara dan Ain bermain sesama mereka sambil memercikkan air. Mereka juga sering melakukan challenge untuk masuk ke dalam air dan melihat siapa yang paling lama dapat menahan nafas di dalam air.Hana ketawa melihat gelagat mereka. Tanpa dia sedari dia terlepas akar kayu yang dipegangnya. Ain yang berada di dalam air tidak sempat untuk berteriak. Dia terkapai-kapai, cuba untuk mendapatkan udara. Sara yang berada di sebelahnya tidak dapat berfikir panjang lalu segera melepaskan akar kayu untuk membantu Ain.Malangnya, Sara juga tidak tahu berenang. Dia sanggup melepaskan akar kayu demi membantu Ain, bukan


Cerpen Dahai Dot Tangon | 67menyelamatkan, malah menambah jumlah mangsa pada waktu itu.“AIN! SARA! TOLONG! TOLONGG!” Jerit Arita sekuat hati. Disebabkan terlalu risau, dia pergi mendekati mereka untuk menarik Sara. Perbuatannya menjadi sia-sia apabila dia juga menjadi mangsa lemas setelah ditarik oleh Sara.Hana yang melihat ketiga-tiga sahabatnya seperti ikan yang menggelupur di daratan, menjadi kaku. Tidak tahu hendak berbuat apa. Dia menggigit kukunya, kehulu-kehilir sambil menggaru kepalanya. Kalau lebih lama dia seperti itu, mungkin boleh hancur semua kukunya dia gigit.Keajaiban Tuhan, Arita berjaya keluar daripada sungai tersebut. Sedangkan Ain dan Sara, masih terkapai-kapai meminta bantuan. Arita menjadi tidak dapat berfikir cara untuk membantu mereka.“Biarlah aku panggil orang, kau tunggu sini. Aku cari bantuan.” Kata Hana lalu sepantas kilat terus berlari meninggalkan mereka.Di dalam perjalanannya, ketika dia melewati tempat Sara dan Ain membunuh ular tadi, dia terkejut dan bingung.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 68Mana darah ? Mana lalat ? Di mana bangkai ular itu ? Semuanya hilang bersih. Seperti tidak ada yang berlaku.Hana tiba di rumahnya. Dia terus naik mencari ibunya. Setelah dia melihat ibunya, dia terus meninggalkan ibunya dan masuk ke dalam kamar mandi.“Aik Nah, kenapa sudah kau pucat tu ? Kau dari mana ni ?” Tanya ibunya.“Tiadalah. Aku mau mandi.” Takut. Perasaan takut menyebabkan dia berani berbohong walaupun sahabatsahabatnya sedang bertarung nyawa.“ARGHHHH! SARA! AIN! TOLONG.” Arita berteriak sambil menghempaskan kakinya, duduk, menumbuk batu dan air, lalu berteriak lagi. Teriakkan trauma yang diikuti dengan air mata yang deras.“Tolong!” Tangisannya semakin menjadi-jadi apabila sudah tidak ada lagi tangan yang terkapai-kapai di permukaan sungai. Sudah tidak ada lagi suara orang yang berusaha untuk bernafas. Air kembali menjadi tenang. Tidak bagi hati Arita yang berombak laju tidak tentu arah.“Ain! Sara! Tunggu Hana pergi cari bantuan. Tolong bertahan kejap lagi Hana datang… Tolong…” Suaranya


Cerpen Dahai Dot Tangon | 69semakin sayu. Bercakap seorang diri sambil melihat air yang sudah tenang. Padahal di dalamnya ada dua manusia yang sedang melawan takdir kematian.Lima minit sudah berlalu. Hana masih juga belum kelihatan. Arita tidak dapat berfikir lagi. Sel-sel otaknya tidak berhubung dengan waras. Tanpa dia sedari, kakinya laju berlari meninggalkan tempat itu. Bukan untuk bersembunyi, tetapi untuk teriak meminta bantuan kepada sesiapa sahaja.“Tolong! Tolong! Tolong!” Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya.Penduduk kampung hairan melihat tingkah Arita yang melalak di petang hari. Tidak pernah mereka melihat dia berteriak sendirian seperti itu. Selalunya pasti sahabatnya juga ikut melalak gembira tanpa sebab. Kali ini dia sendirian. Namun suaranya menggema seluruh kampung.“Arita kenapa teriak-teriak macam tidak siuman ? Apa yang mahu di tolong tu ?” Tanya Pak Lam. Beberapa pakcik dan makcik di kampung itu juga memasang telinga. Kebetulan mereka baru habis bergotong-royong.Arita mengangkat tangannya menunjukkan ke arah sungai. Sudah tidak ada lagi tenaganya untuk menceritakan


Cerpen Dahai Dot Tangon | 70apa yang berlaku. Dia terus melangkahkan kakinya ke arah jalan sungai itu. Penduduk kampung yang lain, tanpa sebarang perbincangan terus bersatu hati lari ke kawasan sungai.“Tiada apa pun ni. Kenapa kamu teriak-teriak kalau tiada apa-apa juga ?” Pak Lam bertanya dengan suara yang tercungap-cungap kerana berlari tadi.“Ain… Sara…”“Ya Tuhan! Sara. Anakku!” Aunty Midai, ibu kepada Sara berlari ke arah sungai. Namun segera ditahan oleh suaminya, Pak Lam.Terdengar bunyi air yang memercik-mercik setelah beberapa orang remaja dan lelaki terjun ke dalam sungai. Suasana menjadi lebih gemuruh apabila ibu-ibu yang berada di sekitar sungai mulai mengeluarkan suara esak tangis yang menjadi-jadi.Hari mulai gelap. Tanda matahari ingin melabuhkan tirai. Belum ada tanda-tanda Sara dan Ain akan ditemukan. Arita masih lagi menangis sambil dipapah oleh seorang wanita. Dia duduk melihat sungai. Air matanya tidak habis-habis mengalir.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 71Tiba-tiba, dari hujung anak matanya, dia melihat benda hitam lalu di sebelahnya. Cepat dia memalingkan kepalanya. Benda itu. Benda itu melihat ke arahnya. Seolaholah sedang memerhati. Itu… Itu… Ular hitam yang dibunuh oleh Ain dan Sara petang tadi.“Kami minta maaf.. Tolong kembalikan kawan-kawan saya..”Orang sekeliling hairan melihat Arita yang duduk menghadap ke hutan sambil melutut dan memohon-mohon seperti seorang hamba kepada raja. Mereka menahannya, namun Arita tetap sahaja memohon-mohon, meminta-minta.“Usah terlalu berani. Kami tidak mengganggu sejenismu, maka jangan membunuh pihak kami.” Antara khayalan atau separuh gila, Arita jelas mendengar ular itu bercakap. Namun kesedihan di hatinya menyebabkan dia tidak mampu bereaksi.Arita duduk melihat ke arah makhluk itu. Pandangan sayu ditambah dengan genangan air mata terlihat jelas di wajah Arita. Perlahan, ular itu berundur. Kemudian berlalu pergi.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 72Keadaan yang agak tenang menjadi huru-hara. Air mulai menggelegak. Mendidih-didih seperti air Sungai Shanay Timpishka yang dimasak dengan suhu paling tinggi. Penduduk kampung kehairanan. Ada yang mula teriak, ada juga yang mula berdoa.“Mama, ada kain warna biru tuu naa.” Di tengahtengah keriuhan, suara anak kecil berumur 6 tahun itu jelas terdengar di setiap telinga manusia yang ada pada kejadian petang itu. Budak itu menunjuk ke arah sungai.Air tenang kembali. Kain warna biru itu, adalah mayat kedua sahabat Arita. Jelas sekali, kain warna biru itu adalah baju yang terakhir dipakai oleh Ain. Setiap penduduk yang ada pada ketika itu berteriak. Ada yang terjun untuk menarik mayat tersebut.Seorang lelaki menarik kain biru tersebut. Agak berat sehingga memerlukan pertolongan dari dua tiga orang lelaki dewasa. Padanlah terlalu berat, ternyata… Mayat Ain sedang berpegangan tangan dengan mayat Sara.Arita datang menghampiri sahabat-sahabatnya. Digoncang-goncangnya tangan Ain dan Sara. Tidak percaya dengan yang terjadi. Terlalu berat untuk kanak-kanak sekecil ini menerima takdir yang tidak dirancang.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 73Arita memeluk mayat yang lembut dan mulai mengembang kebiru-biruan itu dengan sekuat hati. Sambil dia memeluk dan memekik menangis, ada satu sosok yang berdiri tidak jauh di sebalik pokok. Hana!Pandangan mata Arita tajam dan menggerunkan. Pandangan yang menyampaikan pesan ‘kalau kau datang dengan bantuan, mesti Ain dan Sara masih hidup!’. Hana yang melihat dari jauh juga sedang menangis. Entah tangisan benarbenar menyesal, atau hanya tangisan takut kepada Arita.Arita masih menangis. Dia kehilangan sahabatnya. Dia kehilangan orang yang paling tahu tentang dirinya. Dia kehilangan semua sahabatnya, termasuk Hana.Seminggu kemudian, sungai itu ditutup. Ditimbus dengan tanah. Setiap hari Arita ke sungai, melihat setiap proses yang menjadikan tempat itu seperti tanah rata. Dia tidak membenci sungai, baginya, sungai adalah tempat terindah yang menjadi saksi kebahagiaan mereka berempat.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 74


Cerpen Dahai Dot Tangon | 75- Bakas Putih -DUMMMM !Kilat memecahkan gelap malam. Huuu… Rupanya dentuman kilat. Hari sudah malam. Aku lantas bangun dari tidurku. Astaga ! Hampir sahaja aku terlepas untuk menemani suamiku berburu. Suamiku yang segak berpakaian serba hitam duduk di sampingku sambil memasukkan beberapa peralatan buru ke dalam begnya melihatku dengan pandangan penuh cinta.“Cup... Nita hampir tertidur tadi tunggu Cup bersiap.”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 76“Hampir kah ? Macam lena saya tingu Nita tidur tadi tu. Mimpi saya lah tu.” Kata Usop mengusik sambil menyengir. Sengaja ingin bermain-main dan bermanja.Aku tersenyum lantas mencubit manja pinggang Usop. Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Ya, aku kahwin muda, semuda 16 tahun. Perkahwinan yang bukan daripada hubungan saling mencintai pada awalnya.Pernikahan hasil daripada jodoh dari orang tua bukanlah sepenuhnya buruk. Padaku, berkenalan lah sahaja, kerana cinta boleh tumbuh dari waktu ke waktu. Seperti kami. Kami sangat-sangat saling mencintai. “Bersiap cepat kalau mau ikut, lambat Nita jalanlah sendiri. Tahu jalan kan?”“Nita sudah siaplah. Cup tu besiap macam mau pindah rumah.”“Aik, macam salah saja tu.” Usop memuncungkan mulut menunjuk ke arah beg sandangku yang sarat dengan barang-barang. Aku hanya menjeling. Tidak dinafikan begku lebih besar daripada beg suamiku. Begitulah wanita, banyak


Cerpen Dahai Dot Tangon | 77sahaja barang dan peralatan yang ingin dibawa dengan alasan ‘mana tahulah perlu’.“Hahaha. Jomlah”. Usop keluar terlebih dahulu sambil membawa senapang angin kesayangannya.Di dalam perjalanan kami dalam hutan yang sunyi, Usop tiba-tiba berhenti. Pandangannya menatap mataku tajam, pandangan yang menyentuh hati. Tapi juga membuat jantungku berdegup kencang. Kesunyian malam yang hanya dihiasi dengan bunyi serangga menjadikan pandangan hening itu semakin terasa janggal. Seolah-olah ini kali terakhir dia dapat melihatku.“Haritu saya nampak ada bakas putih warna putih. Ni kali saya betul-betul mau tembak tu bakas.” Kata Usop.“Ish, jangan gelojoh. Apa yang diberi itu yang kita terima. Lagi pun mana pernah ada bakas warna putih.” Niatku bukan sepenuhnya untuk melarang, tetapi hanya untuk memberi peringatan bahawa sifat tamak akan membawa pada keburukan sahaja.“Ndabuli, kali ni mesti dapat sebelum orang lain yang dapat. Bukan pasal tamak, ini pasal kelangsungan hidup kita anak-beranak.”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 78Aku tidak dapat berkata-kata lagi. Aku merangkul tangan suamiku sambil berjalan bersama-sama. Rutin Usop, dia akan mencari pokok yang tinggi untuk dipanjat. Katanya mudah untuk melihat seluruh kawasan. Aku pula, seperti biasa hanya menanti di bawah kaki pokok tepat tempat suamiku berada. Aku sungguh percaya dengan kebolehan suamiku. Setiap kali pergi memburu, aku akan duduk di bawah pokok yang akan dipanjat oleh Usop bersama-sama dengan barang-barang yang kami bawa. Kami tiba di tengah-tengah hutan. Aku ternampak pokok yang tinggi dan daunnya tidak terlalu rimbun. Pokok seperti ini biasanya menjadi pilihan Usop. Tanpa berkata apaapa aku menunjukkan pokok itu kepada Usop.“Uish, pandai isteri saya cari pokok. Memang dapatlah bakas putih tu kali ni.”Aku hanya diam. Tidak bereaksi. Setiap kali Usop menekan nama hidupan ‘bakas putih’ itu membuatkan aku tidak sedap hati. Tapi cepat-cepat aku pujuk hatiku untuk tidak memikirkan hal-hal negatif.Segera Usop meletakkan barang-barang di sebelahku. Kemudian suamiku memanjat pokok tersebut bersama selaras


Cerpen Dahai Dot Tangon | 79senapang guli berwarna coklat gelap. Senapang guli kesayangannya yang sentiasa menemani dia ketika berada di dalam hutan untuk mencari sumber makanan. Usop berhenti sejenak. Dia tidak menoleh ke arahku. “Anita… Terima kasih sudah menjadi pasangan hidup yang sempurna.” Katanya. Walaupun matanya hanya memandang ke arah pokok, namun setiap bait yang diucapkan jelas terdengar. Bahkan sangat jelas pada pendengaranku. Aku kebingungan. Bukan satu hal yang janggal di dengar kerana memang begitu cara Usop menunjukkan rasa sayangnya padaku. Ya, saling mengucapkan kata-kata indah dan menghargai bukan sebuah kejanggalan dalam hubungan yang saling menyayangi. Yang janggalnya adalah apabila sepasang suami isteri yang hanya melontarkan kata-kata kesat. Itu janggal.Aku tidak menyahut. Hanya melihat. Semakin tinggi Usop memanjat, semakin kuat perasaan sugul di hati. Tidak tahu kenapa. Padahal sudah seringkali aku mengikuti suamiku ini pergi berburu. Timbul perasaan ingin melarangnya memanjat pokok itu, tapi cepat-cepat aku menanamkan hasrat itu.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 80Sesudah sampai di atas pokok tersebut, Usop seperti biasa akan melarangku untuk melihat ke atas. Katanya, nanti mata cantikku ini pedih termasuk habuk dari pepohonan. Usop sama sekali tidak berubah. Dari zaman dia mula-mula cuba memikat hatiku, sehinggalah kini. Dia masih berusaha menjadikan aku sebagai seorang wanita yang penuh dengan hal-hal membahagiakan.“Cup… Hati-hati ya. Aim lah betul-betul supaya cepat kita balik.” Perlahan sahaja suaraku mengingatkan.“Shhhtt… Jangan bising, nanti semua binatang lari dengar suara mu.” Bisiknya.“Jangan lupa kira ya kalau mahu tembak sudah. Nanti Nita terkejut…”DORRR !Aku terkejut. Aku senyum kerana tahu sifat suamiku yang suka melepaskan peluru secara mengejut untuk mengusik ku. Begitulah selalunya, ada saja sifatnya yang membuatkan aku marah. Tapi dalam masa yang sama sifat itu yang membuatku rasa disayangi. Aku tersenyum.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 81Pernah dulu dia melepaskan das tembakan secara mengejut sebanyak dua kali sehingga menyebabkan aku melata panjang.“Oit nenekmu belah tujuh jurus !”“Hahaha. Nita makin lawa kalau melatah, hahaha.” Itulah ucapan yang sering dia berikan ketika berjaya membuat aku melata dulu.Namun pada malam ini sedikit menghairankan. Tidak ada ejekan dan tawa dari arah atas pokok.“Aik Cup, mentang-mentang buat Nita terkejut, teruslah diam aaa.”Usikku. Aku diam, menunggu sahutan dari suamiku. ‘Ahh mungkin dia tengah fokus’ monolog ku pada diriku.Aku masih tunduk. Tiba-tiba, ada cecair yang menitik ke atas bahu ku. Mendung pun tidak, apatah lagi hujan. Aku diam sahaja. Mungkin peluh. Aku berdoa semoga bukan najis burung. Menitik lagi. Aku menyentuh cecair itu. Pekat. Likat. Kalau peluh, mustahil begini. Aku hidu. TUP ! Bau darah !


Cerpen Dahai Dot Tangon | 82Lekas aku menoleh ke arah atas. Berusaha melihat dengan hanya bantuan dari cahaya bulan malam itu. Jantung ku terhenti, nyawa terasa keluar meninggalkan jasadku apabila melihat suamiku, Usop, terkulai di dahan tempat dia berpaut tadi. Suamiku mati tertembak dirinya sendiri ketika sedang menembak bakas putih !. Bau besi darah semakin kuat memenuhi rongga hidung. “USOPPP !!!”“USOPPP !!!”“USOPPP !”Aku hanya berteriak seolah-olah mengharapkan suamiku menyahut panggilanku. Aku seperti layang-layang terputus tali. Hilang tempat bertaut dan bergantung. Berlarilari. Ke hulu ke hilir. “TOLONGG !!!”“TOLONG !”“Tolong...”Aku hilang kekuatan. Sekelip mata rasa hilang semangat untuk meneruskan hidup. Tidak tahu untuk berbuat


Cerpen Dahai Dot Tangon | 83apa lagi. Setelah beberapa minit menangis dan meraung, aku akhirnya membuat keputusan untuk berlari meminta bantuan.Terpulanglah siapa pun, yang aku tahu aku hanya mahu kan pertolongan. Aku merangkak beberapa langkah sebelum berdiri dan berlari. Menggunakan seluruh kekuatan yang tersisa.“Tolong ! Tolong ! Tolong !” Hanya teriakkan ku sahaja yang terdengar sepanjang perjalanan pada malam itu. Aku melihat sekeliling, semuanya terasa kosong. Semuanya terasa tiba-tiba. Sekejap aku berada di Kampung Durian, sekejap di Desa Bangau. Jalan yang kosong dan kelam menelan setiap langkahku. Waktu seakan membeku. Tiada sesiapa pun di situ. Aku teruskan perjuangan, tanpa sedari, aku berada di tengahtengah pekan Kampung Rikau. “Tolong suami saya…” “Puan kenapa?”“Tolong suami saya mati atas pokok.”“Ih gila.”“Tidak betul sudah otak dia ni”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 84“Telefon polis tangkap perempuan ni tidak waras.”Penduduk berkumpul mengelilingiku. Macam sahaja aku sedang membuat persembahan. Bermacam hinaan yang diberikan. Namun satu pun tidak berkesan padaku, fikiran ku hanya Usop, Usop, Usop….“Ikut kami !” Teriak seorang lelaki.Aku tidak dapat melawan. Aku melihat balai polis di depan ku. Aku sangat bersyukur, berfikir mungkin aku akan dibantu. Kerana kepada siapa lagi aku boleh berharap selain polis.“Puan telah melalui tiga sempadan kampung. Puan tahu kan, pelanggaran sempadan tanpa surat pekeliling yang sah adalah sebuah jenayah.”Bingung. Kecewa. Aku mengharapkan bantuan. Namun ini yang diberikan.“Suami saya mati atas pokok. Tolong bantu saya.” Aku merayu dengan tangisan yang mengalir di pipi. “Ini merupakan beberapa saksi yang melihat puan melalak di sepanjang jalan. Mengganggu keamanan orang kampung!” Kata polis itu.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 85“Betul! Dia berlari, duduk, kemudian berlari lagi di jalan Kampung Durian pada empat hari lepas.” “Iya. Sewaktu saya sibuk memotong kayu di Desa Bangau, saya terdengar orang teriak sewaktu matahari tegak di kepala kelmarin.”“Masukkan dia dalam penjara !” Kata petugas separuh baya itu.Aku diangkat dan dimasukkan dalam tahanan. Pada waktu itu, aku hanya teringat suamiku.“Kalau Usop masih ada, mesti dia tidak kasi biar saya dalam ni.” Aku hanya mampu menangis dan meratap.Hari semakin gelap. Aku teringat pula rutin kami yang akan pergi berburu. Aku menangis lagi. Kalau Usop masih ada, mesti dia tengah cakap ‘Cup mesti buru tu bakas putih malam ni’. Tanpa sedari, aku tertidur tanpa lena.Di dalam mimpi, aku melihat situasi ketika kami berburu pada malam itu. Mungkin dejavu. Aku melihat Usop sedang fokus dengan senapangnya, dia melihatku dengan tatapan menyeramkan.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 86“Nita, ternyata babi putih yang saya lihat itu adalah diri saya sendiri Nita….”Tiba-tiba muncul sekumpulan babi berwarna putih mengelilingi kami. Mata mereka tajam merenung. Gelak tawa mereka, seperti manusia yang sedang mabuk. Menyeramkan. Dunia terasa berpusing-pusing. Aku terbangun apabila mendengar bunyi seseorang sedang membuka pagar besi. Pandanganku kosong. Seorang petugas masuk dan berdiri tepat di hadapanku. Aku tidak bertindak, mataku tunduk melihat lantai.“Puan. Ikut kami. Ada orang mahu jumpa.”Aku mengikuti langkah petugas itu. Aku dimasukkan dalam sebuah ruangan kecil yang dipisahkan dengan sebuah dinding kaca. Ada seorang lelaki serupa Usop sedang duduk. Ternyata itu adalah abang kepada Usop. Dia bukan untuk melawat, tetapi untuk menjamin kebebasan ku hari ini. Tidak ada rasa gembira dalam hatiku, yang ada, aku mahukan mayat Usop di kebumikan selayaknya seorang manusia.“Percayalah, Usop ada atas pokok tempat kami berburu semalam. Dia cuba untuk menembak bakas putih, tapi…”


Cerpen Dahai Dot Tangon | 87“Anita, betul apa yang kau cakap ni ?” Tanya abang ipar ku.Aku hanya mengangguk. Bersyukur kerana telah diberikan abang ipar yang sanggup datang dari jauh sematamata untuk membebaskan aku. Aku sangat bersyukur kerana telah ditemukan dengan orang baik selain dari ahli keluargaku sendiri. Suami, ipar dan mentua yang baik adalah salah satu anugerah yang tidak terhingga. Percayalah. Kami pergi ke hutan itu bersama dua orang petugas keamanan. Belum pun sampai di tempat pokok besar itu, bau mayat menyengat deria bau semua yang ada disitu. Bau, sangat bau. Tahu bau bangkai mayat haiwan ? Ini jauh lebih teruk. Tapi aku tidak bereaksi seperti yang lain, kerana aku tahu bau itu adalah milik suamiku. “Itu” Aku menunjuk ke atas pokok. Semua yang berada di situ sangat terkejut. Ada yang muntah. Ada yang menangis. Aku diam. Terlalu sedih sehingga tidak mampu untuk menangis lagi. Petugas kesihatan dari hospital berdekatan tiba. Mereka memakai PPE penuh. Berlapis-lapis pelitup muka yang


Cerpen Dahai Dot Tangon | 88mereka gunakan. Namun sama sahaja, bau mayat itu masih dapat menembusi perlindungan mulut yang mereka gunakan.“Puan… Puan boleh ikut kami ke hospital dulu. Sudah beberapa hari puan tidak terurus. Kesihatan penting untuk dijaga.”Jika difikirkan, betul juga. Empat hari berlari sejauh 10km tidak terasa kalau tujuannya untuk orang tersayang. Aku tidak berganjak. Masih melihat. Aku masih sedih, kecewa, tapi apa yang boleh aku buat ? Walaupun sering kali aku rasa bersalah dan tidak adil, kenapa aku perlu melanjutkan hidup sedangkan separuh nyawaku sudah berhenti berdetak ? Yang mati akan tetap mati, yang hidup terpaksa lanjutkan hidup. Bagiku, hari ini ada dua nyawa yang mati, namun hanya satu jasad sahaja yang berhenti bernafas.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 89


Cerpen Dahai Dot Tangon | 90- Anak Tuhau -Bunyi lonceng menandakan hari baru berganti menggemakan seluruh pelosok Pusat Pemulihan Remaja Seri Damai. Hari masih agak gelap. Matahari belum sepenuhnya menampakkan diri. Burung-burung menyanyi riang memainkan peranan sebagai penyeri hari setiap hidupan di bumi.Amirul duduk di bangku besi beralaskan kain nipis berwarna merah. Dia merenung ke arah sepasang seragam berwarna biru jingga yang agak lusuh terletak di atas katil. Katil besi yang juga beralaskan tilam sederhana tebal berwarna merah. Baju yang terletak kemas masih dalam renungan matanya. Tiada tanda nama, apatah lagi lencana megah.


Cerpen Dahai Dot Tangon | 91Hanya, cebisan kain yang melambangkan seorang penghuni juvana.Setiap kali dia duduk di bangku besi beralaskan kain merah nipis itu, kisah lalu yang membawanya ke dunia juvana sering menerkam ingatannya. Suasana dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merpati riuh-rendah ketika juruacara Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik mula mengumumkan nama yang akan menerima anugerah pelajar contoh. Anugerah yang dinanti-nantikan dan diidam-idamkan oleh semua pelajar.Amirul duduk di kerusi kedua hadapan pada waktu itu. Pakaian yang kemas berseterika, tali leher berwarna hijau gelap, kasut putih lusuh tetapi bersih dan rambut yang disisir kemas ke kiri. Tangannya digenggam-genggam. Kadangkadang ditekan-tekan jarinya sendiri. Ikutkan hati mahu sahaja dia berdiri, duduk, berdiri dan duduk lagi. Gelisah.“Penama yang layak mendapat anugerah pelajar contoh pada tahun ini, Amirul Darol !”Sepantas kilat dia berdiri diiringi dengan tepukan tangan gemuruh dari semua guru dan pelajar SMK Sungai Merpati. Memang layak. Dan memang orang sudah agak, siapa lagi yang akan memegang gelar itu selain anak jati Dusun yang


Cerpen Dahai Dot Tangon | 92sentiasa mendapatkan keputusan terbaik. Bukan sahaja dari akademik, tetapi juga kokurikulum, sahsiah dan disiplin.Ketika berada di atas pentas, disaksikan oleh semua mata, lampu-lampu kamera di sana sini, itu yang membuatkan dia haus untuk terus berjaya. Ini adalah pemandangan bagi insan-insan berjaya. Kedudukan ekonomi keluarga yang tidak menjamin, baginya semua akan tewas ketika dia berada di atas pentas menerima anugerah yang hanya boleh dipegang oleh seorang pelajar sahaja setiap tahun.Di sudut hujung dewan, ada sekumpulan lelaki yang diselubungi dengan hawa kebencian yang berkepul-kepul keluar dari tubuh mereka. Memerhati sahaja tindak-tanduk Amirul. Sama sekali tidak menepukkan tangan.“Tahniah Rul, cikgu sangat bangga dengan kamu.” Cikgu Raj Guvor menghulurkan tangan. Serta-merta Amirul menyambut dan mencium tangan gurunya.“Terima kasih cikgu.”“Dasar anak tuhau. Bau tuhau tetap bau tuhau !”Amirul melihat ke belakang. Mencari siapa pemilik suara itu. Sekumpulan pelajar lelaki yang baru sahaja melalui


Cerpen Dahai Dot Tangon | 93Amirul dan Cikgu Raj Guvor ketawa-ketawa sambil melihatnya. Amirul hanya diam, bukan takut tapi bangga.Setelah acara pada pagi itu selesai, Amirul cepat-cepat keluar dari sekolah. Rancangannya hari itu adalah untuk pergi ke lorong tempat ayahnya menjual. Ya, menjual tuhau. Peniaga produk tempatan juga ada di situ, pelbagai makanan khas Sabah diniagakan. Ada tuhau, tonsom, maraang tumis dan banyak lagi.“HAHAHA. Tempang ! Pingkak ! Cacat !”“Dasar miskin. Bau tuhau !”Suara itu membuatkan hati Amirul kurang senang. Ayat-ayat itu mengingatkan dia pada ayahnya. Cepat-cepat dia berlari menuju ke arah suara itu. Dan benar, memang ayahnya yang sedang menjadi bahan ejekan sekumpulan lelaki itu. Sekumpulan lelaki yang memakai baju seragam sekolah sama sepertinya.“Apa ni !? Sana ! Sana !” Jeritnya sambil memapah ayahnya untuk berdiri.“Cieh ! Anak tuhau jadi hero !”“Hahaha. Tuhau ! Tuhau !”


Click to View FlipBook Version