Cerpen Dahai Dot Tangon | 144tadi membuang pembungkus makanan yang diperbuat dari kotak ke dalam tong sampah. Wanita itu berlalu pergi. Dia melihat ke kiri, kanan, kiri, dan kanan lagi. Tidak ada orang. Sepantas kilat dia mengambil bungkusan itu seperti anak kucing yang kebuluran kemudian dibawa ke dalam tandas. Bungkusan itu dibuka dengan cepat. Ternyata isi di dalam bungkusan itu adalah serpihan sekeping roti manis. Roti berukuran setengah daripada tapak tangannya direnung penuh selera. Dia membaca doa. Bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan makanan. Serpihan roti itu dibahagi dua. Satu untuk sekarang, satu lagi untuk tengah malam. Irdhia kemudian masuk ke dalam wad. Odol sudah tidur. Dia duduk di kerusi penjaga, tidak sedar dia pun turut terlelap. Hari sudah pagi, seperti biasa Irdhia bangun awal. Seorang jururawat menghampiri mereka dan memberi tahu bahawa mereka sudah boleh pulang ke rumah hari ini. Lebih kurang jam 2 petang, Puan Ami tiba. Mereka masuk ke dalam kereta. Irdhia sangat gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan Saidah.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 145 Kereta yang mereka naiki tiba-tiba berhenti di sebuah rumah batu. Irdhia melihat ke luar, ini bukan rumah mereka. Dia tertanya-tanya untuk apa mereka berhenti di sini. “Kita rehat dulu sekejap di sini, penat memandu.” Kata ayah tirinya. Rumah batu sederhana itu kepunyaan kakak saudara kepada ayah tirinya. Walaupun tidak sebesar rumah Saidah, namun cukup mewah dari rumah mereka di kampung. Mereka semua turun dan masuk ke dalam rumah. Irdhia duduk di sofa. Mereka makan bersama. Tiba-tiba Puan Ami bersuara. “Irdhia, pergi lah kau tidur-tidur kejap dalam bilik. Penat kau tu, rehatlah.” Kata ibunya. “Tidur seja, nanti balik mama kasi bangun.” Sambung ibunya lagi. Dia terkejut sekali gus terharu. Jarang sekali ibunya menyuruhnya untuk berehat. Dengan hati yang penuh gembira, Irdhia masuk ke dalam sebuah bilik. Dia baring di atas sebuah tilam nipis. Rasa penatnya sepanjang hari membuatkan dia terlelap dengan mudah. Bunyi hon kereta mengejutkan Irdhia dari tidurnya. Dia tidak biasa dengan bunyi-bunyi kenderaan kerana di
Cerpen Dahai Dot Tangon | 146kampungnya, hanya bunyi ayam dan cengkerik sahaja yang selalu kedengaran. Perlahan-lahan dia bangun dari tidurnya. Dia keluar dari bilik. Tidak ada sesiapa pun di situ. Dia berlalu ke dapur, sama, tidak ada sesiapa disitu. Kemudian dia keluar dari rumah. Terlihat saudara perempuan bapa tirinya sedang menyiram bunga. “Aunty Jah, mana mama ?” Tanya Irdhia. “Sudah pulang. Dia kasi tinggal kau dengan aunty Jah sini. Dia suru kau bekerja.” Jelas wanita itu sesekali melihat ke arah Irdhia. Irdhia terus terduduk. ‘Patutlah tadi petang mama baik… rupanya sebab mau aku percaya dengan dia’monolognya dalam hati. Tangisan kecil mulai terdengar. Dia duduk memeluk kakinya sendiri. Walaupun hanya sedikit bunyi tangisan yang terdengar, namun air matanya sangat deras. Aunty Jah melihat Irdhia dengan pandangan sayu. Kasihan dengan takdir yang menimpa hidup Irdhia. Dia hanya membiarkan Irdhia menangis, bukan tidak mahu memujuk, namun baginya menangis adalah salah satu cara untuk
Cerpen Dahai Dot Tangon | 147menenangkan hati yang penuh belenggu. Biarlah kekecewaan itu dilampiaskan dengan tangisan. Sudah seminggu Irdhia berada di situ, setiap hari selepas balik bekerja dari restoran milik Aunty Jah, dia menunggu di luar rumah. Kalau-kalau ibunya datang mengambilnya. Namun hampa, tidak kelihatan sedikit pun kelibat Puan Ami. Pada hari ini, Irdhia sudah tidak lagi menunggu kedatangan ibunya. Sebaliknya dia berada di dapur menolong Aunty Jah. Dia menanamkan dalam hatinya, sudah tidak perlu lagi menunggu sesuatu yang sangat nyata tidak akan kembali. Bukan dia tidak menyayangi ibunya, namun dia sudah terlalu penat untuk menunggu, menunggu dan menunggu. Padanya, lebih baik dia membantu Aunty Jah. Lebih baik dia menghargai orang yang menganggap dirinya wujud.
D a h a i D o t T a n g o n | GlosariBBakas : BabiBaled : Beg yang digunakan oleh orang pada zamanBikin : Buat Bobolian : Bomoh DDejavu : Perasaan seseorang berasa yakin peristiwa yang dialami ketika itu sudah pernah dilalui, walaupun itu pengalaman pertama.Dorang : MerekaGGula-gula tung-tung : Gula-gula tangkai
D a h a i D o t T a n g o n | KKedapatan : Ketika perbuatan diketahui tanpa sengaja oleh seseorang.Kulung : Bahagian bawah rumah bagi rumah yang mempunyai tiang tinggiNNda : TidakSSikarap :Kasut yang diperbuat dari getah berwarna hitam dan biasa digunakan oleh penduduk SabahSiou : Minta maafTTonsom : Sejenis makanan tradisional Sabah. Makanan yang dimasak dengan kaedah dijeruk menggunakan bahan mentah seperti cuka, garam dan limau
D a h a i D o t T a n g o n | BIODATA PENULISCloudesky Edmund lahir pada 25 September 2003 di Hospital Beluran, Sabah. Menerima pendidikan kanak-kanak di Tadika Kampung Pelantong kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Nafas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran ll. Meneruskan pengajian tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran Bestari. Kini, penulis merupakan pelajar semester enam dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Kreatif) di Universiti Malaysia Sabah. Karya yang dihasilkan ini adalah ilham dari lubuk hati paling dalam berlandaskan kisah benar masyarakat sekeliling.Nama : Cloudesky EdmundTempat Lahir : Hospital BeluranTarikh Lahir : 25 September 2003Tempat Tinggal : Kampung Iran, Beluran
D a h a i D o t T a n g o n |