Cerpen Dahai Dot Tangon | 94“Awas semua awas anak tuhau ni bos. Hahaha !”Amirul tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian pada ayahnya. Dia berasa ada sesuatu yang mengganggu pandangannya. Tangan ayahnya digenggam erat. Beg kertas yang berisi sijil dan hadiah alat tulis dari sekolahnya masih lagi dipegangnya.“Mirul usahlah kau dengar tu. Tolong ja ayah angkat barang jualan ni.” Ayahnya memadamkan sedikit kemarahannya. Namun, sedikit pun tidak terpadam api yang sedang membara dalam hatinya. Ini bukan kali pertama, kedua, atau ketiga. Sering. Boleh dikatakan setiap kali pulang sekolah, dia dihina dengan gelaran ‘anak tuhau’.Amirul tunduk memungut tuhau ayahnya. Ayahnya penjual tuhau. Tuhau yang ditanam sendiri di belakang rumah, dan diolah menjadi sambal tuhau resipi daripada ayahnya sendiri. Ibu sudah tiada. Sudah lama meninggalkan mereka sejak ayahnya berhenti kerja kilang. Amirul sempat ingin lari mengikuti ibunya, namun, ‘ayah bukan sengaja mahu cacat, kalau bukan sebab kemalangan di kilang…’, kata-kata ini yang menguatkan dia untuk bertahan.“Alah alah alah. Drama lebih lah keluarga tuhau.”
Cerpen Dahai Dot Tangon | 95“Selalu anak borek bapak rintik, ni bapa tuhau anak pun tuhau. HAHAHA”Amirul semakin tidak tentu arah. Apatah lagi bila ayahnya dijadikan bahan ejekan seperti itu. Khairul memandang ke arah Amirul dengan senyuman sinis. Dia mendekatkan mulutnya pada telinga Amirul.“Kalau aku jadi kau, aku malu keluar rumah. Tidak layak hidup.” Wajahnya tidak marah. Tidak juga bengis. Yang pasti, wajahnya penuh penghinaan seperti orang yang tidak pernah diajar erti empati.“Bunuh mereka. Bunuhhh…”“Pakai hadiah yang kau dapat tadi. Mereka layak mati…”“Hahaha… Bunuh saja bunuh.”Dia melihat ke kiri dan kanan. Amirul sungguh terkejut apabila melihat sosok tanaman yang hidup, dan berkata-kata. Kenal benar dia akan sosok tanaman itu. Tuhau ! Tuhau itu berpusing-pusing mengelilingi mereka. Seolah-olah cuba menghasutnya. Namun tidak pula dia berasa takut, yang ada, kemarahan semakin ditiup dalam bara api hatinya yang memang sedia memercikkan api.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 96Dia membawa ayahnya ke tempat ayahnya biasa berniaga. Setelah itu dia mencium tangan ayahnya. Ini bukanlah hal yang aneh, memang sudah jadi kebiasaan dia salam dan cium tangan ayahnya.Selesai sahaja dia memastikan ayahnya duduk di kerusi, dia berpaling semula. Beg sekolahnya dilepaskan. Dia berjalan menuju ke arah remaja lelaki tadi. Tangannya dimasukkan dalam beg kertas hadiah dari anugerah pelajar contoh yang diberikan tadi di sekolah. Tangannya menggenggam kemas sebatang pen yang juga merupakan salah satu hadiah daripada pihak sekolah.“Kau kenapa ? Orang miskin jangan jalan berlagak macam orang berduit.” kata seorang remaja. Khairul. Anak kepada guru disiplin di SMK Sungai Merpati.Amirul seperti tuli. Yang didengarnya hanya bisikan tuhau mengatakan ‘bunuh... bunuh... bunuh...’. Amirul meneruskan langkah. Dengan kesedaran yang penuh, dengan kewarasan akal yang dirasakannya masih waras, dia mengangkat tangannya yang menggenggam erat sebatang pen berwarna biru.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 97Tangannya menggigil. Nafasnya terasa berat seakanakan ada tumpukkan batu yang menindih nadinya. Suara tuhau semakin jelas berdesir di telinganya. “Sekali saja Mirul… Kali ni saja… Ikut kata hati kau…”Dia memandang wajah Khairul. Sejenak, wajah itu bertukar menjadi wajah ayahnya dengan raut sedih dan pantas ditertawakan. Api di dadanya semakin marak. Sepantas kilat, tangannya dihayunkan ke arah Khairul. Sesuai dengan harapan, tusukkannya tepat pada sasaran.“Arghhhhh !” Teriakan Khairul menggema satu lorong.Pen berwarna biru terpacak kemas di biji mata kanan Khairul. Amirul ? Dia tidak memberi reaksi takut atau terkejut. Untuk sesaat, dunia yang selama ini dirasakannya porakperanda menjadi tenang. Tiada suara. Tiada ejekan. Dia hanya memandang mata Khairul yang berlinangan darah. Baginya, darah yang mengalir dari mata Khairul, sama seperti hatinya yang sedang sakit. Dia melihat tangannya, tangan yang biasa memegang sijil kini berlumuran darah. “Ini… Aku ?” monolognya perlahan.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 98“Khairul ! Weh lari lari lari !” Mereka berteriak dan pergi meninggalkan Khairul yang sedang meraung kesakitan. Amirul masih juga berdiri di sebelah Khairul.Perlahan-lahan, dari berdiri meraung-raung, sehinggalah duduk meracau-racau seperti sedang mencari sesuatu yang berharga dengan mata tertutup. Meraba-raba di atas tanah. Amirul memperhatikan sahaja Khairul tanpa sedikit pun tergerak hati untuk membantu.Tidak berasa bersalah, tidak juga berasa puas hati. Entah apa yang dirasakan Amirul saat ini. Dia juga bingung dan tertanya-tanya dengan keadaan hatinya. Dia tahu apa yang dilakukannya itu salah, tapi hatinya lebih kuat mengatakan bahawa perbuatan Khairul lebih salah.“Mirul ! Kau buat apa ni Mirul ?” Ayahnya yang pingkak dibantu dengan sebatang kayu datang menghampiri. Hampir sahaja ayahnya terjatuh.“Mirul… Mahu bayar guna apa untuk tolong kau ni nanti.. Ayah ni ndada duit…” Suara serak ayahnya jelas terdengar di telinganya. Dia berpaling melihat ayahnya.Serta-merta segala tanaman yang menjadi penghasut dan dorongan untuk mengambil tindakan ‘dirancang’ itu
Cerpen Dahai Dot Tangon | 99lenyap. Dia mencengkam rambutnya dan menggosok-gosok mukanya. Dia mendekati ayahnya.“Ayah, sumpah Mirul buat semua ni untuk kita. Saya muak dengar diorang panggil kita tuhau, tuhau, tuhau !” Jelas Amirul.“Mirul... Nak… Tuhau tu lah yang bagi kita hidup…” Buat pertama kalinya, dia melihat air mata ayahnya mengalir. Amirul menjadi sayu. Tapi, tetap sahaja bukan rasa bersalah kepada Khairul.“Maaf ayah. Maaf. Mirul minta maaf.” Amirul memohon maaf kepada ayahnya. Dia salam dan cium tangan ayahnya sungguh-sungguh.Tidak tahu bagaimana, tiba-tiba sahaja polis datang menyerbu mereka. Bermula dari kejadian yang ‘dirancang’ itu, Amirul menjadi remaja yang menerima gelaran seorang penghuni juvana.“Eh Encik, slot penyampaian ceramah encik akan bermula 10 minit lagi.”Lamunannya terhenti apabila seorang staf lelaki pekerja juvana menegurnya. Staf tersebut mengingatkan dia akan slot ceramah yang perlu disampaikan pada pagi itu.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 100Ceramah yang bertajuk “Masih Ada Harapan dalam Keterpurukan”.Amirul membaiki baju kot berwarna hitam dan tali leher berwarna biru gelap berjalur putih yang kemas terpasang di lehernya. Kenangan beberapa tahun lalu disimpan semula baik-baik dalam almari ingatannya.Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Sebelum keluar, dia sempat menoleh ke arah seragam itu terletak, lantas senyuman terukir di bibirnya. Kemudian dia melihat nombor bilik yang terletak di atas pintu bilik itu. ‘B-04-11’. Nombor yang sudah berkarat. Entah sudah berapa ramai remaja tidak bersalah dimasukkan dalam kurungan itu. Termasuk Amirul.Bilik B-04-11 ini menjadi saksi mati bagaimana dia setiap hari merenung tingkap, menggigil kesejukan, meratapi kehidupannya yang dipenuhi dengan tanda tanya ‘salahkah aku menyelamatkan maruah daripada dipijak-pijak ?’. Ada beberapa malam tertentu dia terjaga dari tidurnya akibat dikejutkan dengan kenyataan dunia. Perkataan ‘bunuh… bunuh… bunuh…’ masih lagi terdengar. Tapi waktu itu, suara itu datang dari dirinya sendiri.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 101Sepanjang dia menjadi tahanan dalam kurungan itu, dia sering dihantui dan dimakan dengan isi fikiran yang bermain di otaknya. Namun, satu pun isi fikirannya tidak berani membantah perbuatannya. Baginya, apa yang dia lakukan itu, semua benar.Ya, mempertahankan maruah diri dan keluarga sehingga meragut nyawa sendiri (dan nyawa orang lain) adalah sebuah ‘jalan benar’ bagi dirinya. Tapi, dia tahu caranya itu salah.Dia teringat, semasa masih bergelar ‘tahanan’, dia sering duduk di sebuah penjuru dalam bilik belajar dan menghabiskan masa dengan menulis. Amirul menulis semua kisah dan perjuangan rakan-rakan tahanan yang lain.Ternyata, bukan dia sahaja yang dijatuhkan hukuman atas sebab menegakkan sesuatu yang benar. Ternyata, ramai yang dijadikan kambing hitam. Buku tersebut diabadikan di rak buku dalam ruangan belajar Pusat Pemulihan Remaja Seri Damai dengan tajuk ‘Manuskrip Kehidupan’.Amirul melangkah meninggalkan bilik itu, meninggalkan sarang kenangan yang pernah mengurungnya dahulu. Ruangan dewan terbuka menjadi tujuannya. Bilik kaunseling, bilik rehat, ruang belajar, ruang makan. Setiap
Cerpen Dahai Dot Tangon | 102ruangan yang dia lalui itu, menarik hatinya untuk mengenang kembali kisah dia berada dalam juvana ini.Sampai sahaja di dewan terbuka, Amirul terus naik ke atas pentas. Tepuk tangan yang gemuruh mulai memenuhi ruangan. Cikgu Mimi, berdiri sambil memeluk tubuh melihat Amirul dengan senyuman bangga. Dia guru yang pernah menyambut tangan Amirul ketika jatuh dalam jurang hidup yang gelap-gelita. Amirul bertanya pada dirinya, sekiranya dia memilih untuk menahan diri suatu ketika dulu… apa yang jadi pada dirinya kini ?Amirul senyum. Tidak sangka, dia berdiri di hadapan remaja-remaja yang sedang dalam fasa mengasingkan diri. Tapi baginya, remaja yang berada di hadapannya ketika ini adalah remaja-remaja hebat yang sedang menyusun rangka masa depan yang penuh dengan kejayaan. Suatu masa dulu dia pernah berdiri di atas pentas sebagai pemegang gelaran pelajar contoh terbaik. Hari ini, dia berdiri sekali lagi di atas pentas sebagai seorang bekas pesalah yang hampir menjadi pembunuh. Tidak ada yang berbeza. Cuma, kali ini dia membawa cerita penuh luka sebagai sebuah pelajaran.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 103
Cerpen Dahai Dot Tangon | 104- Kata Aki, Itu 1940 -“Begini bah tu anakk... Dulu-dulu kami...”Zhushhh… Zhushh..Suara alam yang menjadi latar bunyi menyapa sopan gegendang telinganya. Bunyi ombak. Loman memang biasa dengan bunyi-bunyi ini. Bahkan lebih dari biasa. Sejak kecil lagi dia sering mengikuti mendiang bapanya mendayung sampan menyeberang laut. Sebenarnya bukanlah laut besar seperti laut Pasifik pun. Hanya laut kecil yang memisahkan tempat tinggal mereka, dengan sebuah pulau yang suram dan berbau busuk. Sangat busuk.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 105Kegiatan mendayung yang dulunya pernah menjadi salah satu hobinya kini menjadi sebuah pekerjaan. Sudah tidak ada lagi rasa minat, hanya sekadar menjalankan tugasan.Bersampan menyeberang laut untuk ke Pulau Seberang adalah rutin hariannya. Liku-liku perjalanan sudah menjadi makanan baginya. ‘Kacang saja ni’, terngiang-ngiang perkataan itu dalam ingatannya.Mendayung sampan. Bukan untuk menjadi nelayan, bukan untuk menjadi lanun, apatah lagi untuk berjalan-jalan. Mendayung sampan. Menyeberang laut. Hanya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai penghantaran mayat.Menghidupi kehidupan sebagai anak tukang hantar mayat, sehingga menjadi tukang hantar menjadikan dia sudah lali akan rasa takut. Mungkin pernah, tapi sama sekali tidak mengganggu baginya. Pernah dulu, peristiwa ketika keranda jingga itu bergerak-gerak dengan kuat tiba-tiba sedangkan tidak ada yang menyentuhnya. Pernah juga, di waktu malam, ada suara ketukan dari dalam keranda jingga itu. Paling menakutkan, pernah sekali itu penutup keranda berwarna jingga itu terbuka ke samping.Semua kisah itu menjadikan dia orang yang lebih berani. Buktinya, menghantar mayat seorang diri pada larut
Cerpen Dahai Dot Tangon | 106malam bukan hal yang menakutkan baginya. Kadang-kadang, dia terpaksa menghantar manusia tanpa nyawa itu pada awal subuh. Tapi seperti biasanya, dia tidak ada rasa takut. Ada, cuma mampu diatasi.Loman tidak takut pada mayat-mayat tersebut. Dia lebih takut jika suatu hari nanti dia pula yang dihantar oleh seseorang yang akan menggantikannya. Terlintas di fikirannya, bagaimana seorang manusia yang hidup, bernyawa, tiba-tiba menjadi kaku tidak berdaya.Dulu, ketika musim hujan, ada seorang budak yang sangat suka bermain di bawah rintikan air hujan dengan penuh tawa riang. Pada suatu petang, Loman pelik, mengapa tidak ada suara budak itu bermain seperti kebiasaanya. Setelah lebih kurang 40 minit, hujan berhenti.“Man, harini hantar satu kotak lagi. Macam biasa lot hujung.” Perkataan yang sering didengarnya daripada mulut Bang Hawang. Ketua pengurusan mayat. Dia jarang sekali melihat isi dalam kotak mayat berwarna jingga itu. Hari itu, hatinya tergerak. Wajah budak yang menghiasi hari-harinya ternyata sedang menghuni kotak itu.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 107“Ternyata benar, semua yang bernafas, pada akhirnya hanya akan menjadi sekujur tubuh manusia tanpa nyawa. Macam anak patung terlentang.” Monolognya.Hari ini merupakan hari bercuti bagi Loman. Dalam erti kata, tidak ada ‘manusia kaku’ yang perlu dihantar ke dunia seberang. Loman duduk di kaki lima rumahnya sambil minum kopi panas. Berkepul-kepul asap dari cawan. Dia menghirup perlahan-lahan menggunakan hujung bibirnya yang dimonyongkan.Begitula rutinnya jika dia ‘bercuti’. Loman menghabiskan masanya dengan duduk bersantai sambil melihat sekeliling. Melihat manusia-manusia yang masih bernyawa. Gemar dia menyaksikan, bagaimana peralihan seorang manusia yang masih bernyawa sehinggalah tinggal jasad sahaja.“Man, Man.. Esok kau hantar dua orang. Kata tuan ada dua esok.” Mundi, orang suruhan Bang Hawang. Loman terkadang hairan, bagaimana mereka tahu akan berapa, bila, siapa yang akan menjadi penghuni kotak jingga itu ?Loman hanya mengangguk. Dia masuk untuk membersihkan diri sebelum berbaring di atas tilam nipis yang sudah berubah warna kehitam-hitaman. Tilam yang menjadi
Cerpen Dahai Dot Tangon | 108alas kali terakhir mendiang bapanya berbaring dulu. Dia tidak mahu cuci. Baginya, wangi itulah yang menyuntik keberanian dalam dirinya.Matahari mulai menampakkan diri. Loman sudah siap berpakaian dan mengikat tali kasut sikarap kebanggan orang tempatan dengan gelaran ‘adidas kampung’. Dia berjalan menuju ke arah persisir laut. Tempat yang sangat dikenalinya. Macam sebelum ini, kotak jingga itu sudah berada di atas sampannya, dia hanya perlu mendayung untuk ke pulau sebelah.Kotak jingga terletak elok seperti biasa. Hari ini, ombak sedikit mengganas dari kebiasaanya. Angin bertiup kencang. Terhuyung-hayang Loman didalam sampan. Kotak jingga itu masih lagi tetap pada kedudukan. Tidak bergerak sedikit pun. Mungkin berat kerana memuatkan dua jasad tanpa nyawa.Ombak masih lagi mengganas. Memukul sampan kayu yang kelihatan tua tapi masih kuat. Maklumlah dibuat dari kayu meranti yang memang popular dalam pembuatan sampan. Ketahanan kayu dalam air yang membolehkan ia diguna dalam jangka masa panjang serta mudah untuk dibentuk. Lagi pun, jenis ini sering digunakan untuk perahu timbal tradisional.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 109“Apa juga jadi ni? Kenapa ombak kuat betul harini.. Aduhh…”Loman bertanya seolah-olah manusia dalam kotak itu boleh menjawab. Dia ternampak satu benda berwarna kuning dari dalam laut. Semakin lama, benda itu semakin mendekati mereka. Buat pertama kalinya, dia merasakan ketakukan yang benar-benar. Ketakutan yang memakan akalnya dengan rakus.Loman bergerak sedikit ke belakang. Benda kuning itu perlahan-lahan menampakkan diri. Semakin dekat, dekat, dan semakin dekat. Loman berdebar tidak tentu arah. Dia tidak berganjak, hanya melihat melalui sudut matanya sahaja.Pari. Seekor ikan pari berwarna kuning berbintik biru tua. Loman menjadi semakin takut apabila pari itu timbul sepenuhnya. Saiz lima kali ganda besar dari saiz sampannya menjadikan dia semakin ketakutan. Seingatnya, memang mendiang bapanya pernah memberitahu akan kewujudan ikan pari besar di tempat mereka. Namun, bukanlah sebesar ini bayangan dalam matanya. Sampan yang dinaikinya mulai terombang-ambing. Loman dan seisi sampan yang lain seolah-olah terangkat ke udara. Sampan mereka betul-betul berada di atas
Cerpen Dahai Dot Tangon | 110badan pari itu. Loman terduduk sambil memegang erat sampan. Pendayung yang di pegangnya tadi sudah hilang entah ke mana. Dia tidak kisah, yang penting bukan nyawanya yang hilang.“Loman…”“Siapa tu! Siapa yang bercakap tu!?”Loman melihat ke kiri dan kanan berulang-ulang. Mencari suara yang berani-berani menegurnya di tengah laut itu. “Kau mesti selamatkan mereka, Loman”“Apa maksud kau, siapa kau untuk suruh aku?”Loman masih lagi seperti cacing kepanasan. Sekejap melihat ke kiri, sekejap melihat ke kanan, atas dan paling sering melihat ke bawah sampan. “Dalam sampan ini, bukan kau saja yang bernyawa…”Suara itu perlahan-lahan menjauh begitu juga dengan pari kuning besar berbintik biru yang semakin lama semakin menghilangkan diri dalam kegelapan laut. Loman terpingapinga.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 111“Apa maksud dia bukan aku saja bernyawa?” Loman bermonolog. Tiba-tiba, dia teringat ada dua manusia tanpa nyawa dalam keranda jingga.Loman mendekati keranda jingga itu. Debaran di hatinya semakin kuat apabila dia menyentuh hujung penutup keranda. Tidak pernah dia merasakan perasaan takut yang begini. Namun, digagahkan juga tangannya untuk membuka penutup itu.Loman terkejut hingga badannya tertolak sendiri ke belakang. Terasa ada renjatan elektrik yang mengalir dalam saraf-saraf tubuhnya. Mukanya pucat. Dia memegang kepalanya sambil menyikat rambut ke belakang menggunakan jarinya. Dia mendekati semula keranda.Loman mengusap mukanya dan menutup mulutnya menggunakan tangan kanan. Tangan kirinya pula mencekak pinggang. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, dia menghampiri dengan sisa-sisa keberanian yang ada.Kali ini, dia menanam tekad untuk benar-benar melihat isi keranda jingga tersebut. DUP! Jantungnya berhenti sedetik. Cepat dia menggapai manusia yang ada dalam keranda itu.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 112Seorang wanita sekitar 25 tahun terbaring dengan dada yang masih naik turun. Masih ada nadi! Paling menyentap hatinya apabila dia terlihat dalam pelukannya, ada seorang bayi kecil yang masih sangat kecil. Masih kemerah-merahan.“Tolong... Anak ini, tolong…”“Siapa yang buat kamu macam ni?”“Tolong...”Tanpa Loman sedari, air matanya perlahan-lahan mengalir. Dia tidak kenal ini siapa, tapi hatinya, fikirannya mendorong dia untuk mengambil anak itu. Sifat kemanusiaan yang memang ada dalam dirinya mendorong dia bertindak demikian.Wanita itu keluar perlahan-lahan lalu duduk menyandar di hujung sampan. Loman memerhati wanita itu, tidak ada kesan darah baru melahirkan, tidak ada kesan pukul atau apa pun yang menunjukkan wanita ini dibunuh. Siapa dia ? Siapa anak ini ?“Apa yang terjadi ?” Hanya itu sahaja yang ditanya oleh Loman, dia tahu wanita itu sedang dalam keadaan ketakutan.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 113“Suri hanya selamatkan anak tu. Suri tidak kenal dia siapa.” Wanita itu batuk sekejap. Dia membetulkan bajunya sebelum bercakap semula.“Suri melalui jalan rumah Tuan tadi. Suri dengar ada bunyi budak, rupanya betul, budak tu nangis di bawah kolong rumah Tuan.”Tuan yang dimaksudkan adalah ketua dalam desa mereka. Tuan yang berasal dari puak sebelah, menjajah dan menguasai tempat tinggal mereka.“Suri dengar bunyi perempuan teriak kesakitan, rupanya betul, mama budak tu ditusuk dengan lembing. Habis berdarah semua.”“Suri dengar budak ini pun mahu dimatikan. Jadi Suri cepat-cepat bawa lari. Suri tidak tahu mahu pergi mana, Suri nampak kotak ni terang-benderang dari jauh, Suri masuklah.”Loman masih lagi tekun mendengar sambil mendodoidodoi budak yang dipegangnya. Ketika itu, Loman tidak dapat berfikir dengan waras. Dia semakin gelisah apabila memikirkan cara untuk menyelamatkan dua nyawa ini. Untuk kembali ke kampung tentunya adalah jalan yang salah. Bukan takut jika dirinya akan dihukum kerana gagal
Cerpen Dahai Dot Tangon | 114melaksanakan tugas, namun bimbang jika dua nyawa yang baru ditemukan itu akan dibunuh. Loman memberikan budak itu kepada Suri.Dia berdiri, menyisir rambutnya menggunakan jari, memegang dagunya kemudian duduk lagi memeluk lutut. Begitu sahaja sehingga hampir setengah jam.“Kalau macam tu, kita pergi kampung orang. Kita lari.” Loman berkata dengan lantang dan penuh keberanian.Suri tidak membalas. Dia hanya melihat sambil memegang budak itu baik-baik. Dia pun tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan saat ini. Loman mengambil dayung lama yang tersimpan di tepi sampan.Cepat-cepat dia mendayung. Namun, dia baru teringat yang dia tidak tahu jalan lain selain laluan dari kampungnya ke Pulau Seberang. Loman berhenti, dia melihat lama ke arah dalam laut.“Kalau kau mahu aku selamatkan diorang, beri aku jalan.”Serta-merta air mulai berombak kuat. Pari besar berwarna kuning berbintik biru itu menampakkan dirinya. Kali ini, pari itu berenang di hadapan sampannya mendahului
Cerpen Dahai Dot Tangon | 115Loman. Seakan-akan mempunyai satu rancangan terancang, Loman mendayung mengikut arah pari itu. Hampir sekitar tiga jam lamanya mendayung, mereka tiba di sebuah daratan yang terlihat sunyi. Loman membantu Suri turun daripada sampan bersama budak itu. Dari kejauhan, Loman ternampak sebuah perkampungan yang dipenuhi dengan beberapa rumah kecil. Sampai sahaja mereka di tempat itu, mereka disambut dengan mesra seolah-olah mereka memang salah seorang daripada penduduk kampung di situ. Suri dan Loman berpandangan sesama mereka. Hairan. Tetapi mereka tetap berpura-pura tersenyum. “Jangan risau. Kami bukan orang jahat. Kami sama macam kamu. Mangsa yang ditindas.” Seorang wanita tua berumur sekitar 60 tahun menyambut mereka dengan penuh lemah lembut. Loman dan Suri dibawa ke sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah kampung itu. Antara rumah paling besar yang ada di situ. Suasana hangat dan penuh cinta dapat mereka rasakan dalam kampung itu.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 116“Terima kasih. Tapi, kenapa kita macam sudah lama kenal ?” Tanya Loman sebaik sahaja wanita tadi menghulurkan air.“Ya, memang kita sudah kenal lama. Mungkin Man lupa.”“Maksud makcik ?”“Kita kenal sejak dulu lagi, sejak Man masih takut-takut menghantar kami bersama bapa.”Nafas Loman tiba-tiba terasa habis. Oksigen seakanakan tidak dapat memasuki rongga pernafasannya. Loman hantar ? Sejak kecil ? Bersama bapa ? Loman pitam.“Kami adalah mangsa yang ditindas penjajah. Kematian yang dirancang kerana enggan mematuhi perintah mereka. Tapi, kami sajalah yang sempat diselamatkan. Yang lain…” Suara wanita itu semakin perlahan. Loman tidak mahu banyak bertanya lagi.Ternyata pertanyaan yang sering timbul di kepalanya tentang kenapa Bang Hawang, Mudi dan Tuan tahu akan siapa dan berapa mayat yang perlu dihantar terjawab. Semua itu adalah kematian yang dirancang belaka.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 117Loman kini bertekad untuk menjaga dua nyawa terakhir itu. Dia berjanji untuk tidak lagi menghantar manusia dalam keranda jingga. Dia tidak mahu menjadi orang yang tergolong dalam kematian terancang.“Yuli! Sudahlah bercerita sama aki tu. Kita mau balik bandar sudah ni.” “Ish yalah. Bye aki. Jumpa nanti!”Aki melambai Yuli yang masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta yang dinaiki Yuli hilang dari pandangan. Aki tersenyum. Dia bangga kerana akhirnya dia dapat mengabadikan cerita bagaimana dirinya diselamatkan oleh orang-orang hebat.Aki berdiri dan masuk ke dalam biliknya. Dia membaringkan dirinya, dalam hatinya, dia berdoa agar suatu hari nanti dia bertemu dengan odu dan inan yang sudah menjaganya. Ya, Loman dan Suri.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 118
Cerpen Dahai Dot Tangon | 119- Surat Dari Bumi Singapore -“Ben… Saya tidak larang kau mau belajar agama. Tapi jangan lupa sama ajaran nenek moyang kau.”“Ahhh… Semua tu ajaran kamu tidak bagus. Ilmu hitam !”“Ben.. Ben, oi bangun. Sampai sudah.”Nick mengejutkan Ben ketika kapal terbang yang mereka naiki sudah mula mendarat. Lekas Ben mengusap mukanya, manalah tahu ada air liur yang terkeluar.Terima kasih kerana menikmati penerbangan bersama Anggun Airlines. Saya Avierna Syeid Zaival dan Kapten Hanz, serta anak
Cerpen Dahai Dot Tangon | 120kapal yang lain mengucapkan terima kasih, jumpa lagi di masa hadapan. Selamat menikmati perjalanan anda. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Singapura, mereka sangat kagum. Namun terselit kesedihan kerana perbezaan pembangunan yang jelas di antara Singapura dan kampung halaman mereka. Mereka menaiki kereta sewa ke hotel. Mereka akan berada di situ selama satu minggu sebelum berpindah ke sekolah agama. Satu minggu di situ bertujuan untuk menguruskan proses pendaftaran. Dan juga untuk peluang mereka berjalan-jalan di kota Singapura. Mereka menguruskan pendaftaran serta membeli beberapa barang keperluan penting sepanjang berada di sekolah tersebut. Hari berganti hari. Berbaki dua hari sebelum mereka masuk ke asrama. “Nick, besok kita ke Gardens By The Bay mahu kah ?” Tanya Ben kepada rakannya, “Apa yang ada di sana ?” “Ada skywalk, ada Cloud Forest juga. Dalam tu ada air terjun indoor tertinggi di dunia. Jom lah.” Pujuk Ben.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 121 “Wuish keren. Bolehlah, esok jalan.” Hari mulai pagi, mereka sudah bersiap seawal jam 6 pagi lagi. Terlalu teruja untuk berjalan. Mereka berjalan bersama seorang rakan mereka dari Singapore. Fredo. Dia memang membesar di bandar ini, jadi mudahlah untuk mereka berdua berjalan di tempat baru. “So you guys can entry free. Dekat sini masuk free je.” Kata Fredo setelah mereka tiba di gerbang masuk. Ben dan Nick berdiri terpacak melihat keindahan yang dihidangkan di depan mata mereka saat ini. Sungguh sungguh indah. Tapi bagi Fredo, itu hal yang sudah biasa. Masih ada yang lebih menarik baginya. Mereka masuk dengan penuh teruja. Kalau boleh, setiap sudut mereka pergi. Mujur sahaja mereka tidak mempunyai telefon bimbit. Keluarga di kampung ? Mereka hanya mengharap pada surat sebagai medium perhubungan. Hampir lima jam juga mereka berada di dalam taman syurga itu. Fredo melirik jam G-Shock yang melilit kemas di pergelangan tangan kanannya. Sudah pukul 1 setengah petang.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 122 Mereka bertiga menuju ke sebuah restoran makanan yang berada di sekitar bandar. Makanan western menjadi pilihan Fredo. Katanya “baru feeling luar negara”. Ben dan Nick hanya mengikuti sahaja. “Kecil macam ni pun RM15 sudah ?” Fredo menutup mulut Nick. Mungkin terkejut dengan suara lantangnya. Namun apa kurangnya perasaan Ben dan Nick, terkejut dengan harga yang mahal hanya untuk sepotong daging ayam. “Sos pun satu titik seja.” Sambung Nick. Kali ini Fredo hanya ketawa. Ben pula turut merungut melihat menu yang diberikan. Tapi tidaklah dia bersuara, hanya dipendam sahaja dalam hati. “Takpe, order je. Saya belanja.” Kata Fredo membuatkan mereka senyum hingga telinga. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya pesanan mereka siap. Seorang pelayan lelaki datang membawa makanan mereka. Sekali lagi mereka kagum apabila melihat pelayan itu membawa dua dulang berisi lapan pinggan. “Enjoy your meal.” Pelawanya.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 123 “Lah betul lah Nick cakap, ini untuk geli-geli usus seja.” Gurau Ben apabila melihat pesanan mereka. Nick ketawa. Sedangkan Fredo hanya senyum kebingungan. Makanan yang dihidangkan dijamu dengan penuh selera oleh Fredo, sedangkan Ben dan Nick makan seperti kanak-kanak baru belajar makan sendiri. Walaupun mahal, tetapi tetap tidak boleh kalahkan makanan di kampung. Mungkin tekak aku yang terlalu kampung. Fikir Ben. Setelah mereka selesai makan. Mereka melanjutkan perjalanan mereka. Kali ini mereka tidak menaiki kenderaan, mereka hanya berjalan kaki di sekitar bandar sambil melihat pemandangan bandar. Fredo pula seperti seorang tour-guide yang membawa mereka berdua. Ben hanya mengangguk-angguk seperti burung pelatuk setiap kali Fredo menerangkan pembinaan bangunan kepada mereka. DORRR ! Bunyi letupan yang cukup kuat mengejutkan semua yang berada di kawasan itu. Bunyi itu dari arah belakang. Lantas mereka bertiga menoleh ke belakang. Seorang lelaki, berkulit hitam terbaring di atas jalan.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 124 Ben menajamkan pandangan matanya. Dan benar ! Darah ! Ini kes tembak. Ben melihat orang itu menggerakkan jarinya, dengan laju Ben berlari ke arahnya untuk tujuan membantu. “Ben jangan ! Lari ! Lari !” Teriak Fredo dan Nick. Ben tidak menghiraukannya. Dia tetap berjalan mendekati lelaki itu. Fredo dan Nick berlari ke arah Ben untuk menariknya. Belum sempat mereka bertindak, tiba-tiba polis datang membawa pistol. Entah kenapa mereka bertiga diselubungi rasa takut, mereka berlari sepantas mungkin. Lari jauh dari kejadian itu. Tindakan itu membuatkan polis semakin curiga. Mereka dikejar. Fredo melarikan diri ke sebuah lorong sempit. Dia sudah tahu jalan-jalan tikus di bandar ini kerana dia membesar di sini. Tapi bagaimana nasib Ben dan Nick. Mereka masih berlari. Namun semua itu sia-sia, darah yang terpijak oleh Ben menjadi petunjuk kepada polis untuk menjejaki mereka. Mereka berhenti di bawah sebuah jambatan. Tiada di antara mereka yang bercakap. Masing-masing sibuk mengatur nafas. Belum pun berapa minit, mereka
Cerpen Dahai Dot Tangon | 125dikepung oleh polis. Tanpa sebarang perkataan, mereka terus ditangkap dan digari. “Saya tiada buat apa-apa. Saya tidak terlibat langsung.” Ujar Ben mempertahankan diri. “Jangan tuan. Tolong tuan. Kami bukan orang sini, tolong tuan.” Rayuan Nick langsung tidak direspon. Bahkan, pengakuan Nick yang mengatakan dia bukan berasal dari sini semakin meyakinkan mereka untuk ditangkap. Sudah tidak ada daya lagi untuk melawan. Tidak bererti mereka pasrah dijadikan kambing hitam. Polis tersebut menolak mereka dengan kasar ke dalam kereta kemudian kereta tersebut meluncur laju membelah lebuh raya. Tiba sahaja mereka di pejabat polis, mereka dimasukkan dalam sebuah bilik kecil yang berbeza. Kecil dan kosong. Hanya ada sebuah meja dan empat buah kerusi. Mereka duduk di berhadapan dengan dua orang polis. “Kami tidak buat tuan.” Belum sempat ditanya, Ben sudah lebih dahulu memberikan penjelasan. “Kami tidak menerima sebarang pernyataan palsu. Lebih baik kamu mengaku sahaja sebelum hukuman yang diberikan lebih berat.” Kata polis tersebut.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 126 “Aduiii… Itulah bah saya cakap, lari kenapa kau tidak lari Ben !?” Nick meninggikan suara kepada Ben. Tanpa dia sedari, kegelisahannya membuatkan mereka menjadi lebih tertuduh. Mereka dimasukkan dalam penjara. Pada malam hari, Ben tidur di sudut kanan lokap berbantalkan lantai. Sebelum terlelap, dia sempat melihat seorang wanita tua berdiri tidak jauh dari tempatnya, melihat dengan pandangan bengis. Kemudian dia terlelap. Ben terbangun dari tidurnya apabila kakinya ditendang. Nick juga sama terbangun. Seorang polis dengan senjata menarik mereka keluar dengan kasar. “Sudah tiga hari berlalu dan tidak ada sesiapa yang mengenali kamu. Maka, kamu akan dijatuhkan hukuman mati atas kerusi elektrod” Ben dan Nick seperti kebingungan. Kerusi ? Elektrod ? Hukuman ? Mereka tidak dapat memproses semua perkataan yang diberikan. Hanya perkataan ‘mati’ sahaja yang mereka tangkap.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 127 “Tuan tolong tuan. Saya merayu lepaskan saya tuan. Saya masih ada keluarga tuan.” Kejantanan Nick sudah hilang, dia menangis dan merayu di bawah kaki ketua polis itu. Ben tidak terkata. Dia hanya mampu menangis dan meraung. Perkataan yang keluar dari Ben sudah tidak dapat di dengar dengan jelas. Akal warasnya ditelan rasa takut, mindanya terasa dikunyah dengan gelojoh. Hanya perkataan ‘ibu, tolong’ sahaja yang jelas di dengar. Hukuman mati akan dijalankan pada lima hari ke depan. Malam ini, Ben dan Nick tidak dimasukkan dalam sel tahanan. Mereka dibiarkan di ruangan kosong. Hanya mereka berdua termasuk tiga orang lagi yang juga akan dikenakan hukuman mati. Keesokan harinya, mereka diberikan sekeping kertas kosong bersama sebatang pen. Surat itu bertujuan untuk mereka menulis surat. Pandangan Ben kosong, seperti kertas itu yang masih kosong. Malam tiba, kertas Ben masih lagi kosong. Dia kemudian duduk merenung dinding sambil memeluk lutut sendiri. Kertas disampingnya perlahan-lahan diambil. Dia menulis surat untuk ibunya.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 128 Tiga hari berlalu, ibu Ben yang sedang duduk menumbuk padi sebelum diasingkan menggunakan rilibu dikejutkan dengan teriakan dari anak perempuannya. “Ibu ! Ada ni surat dari di Ben ni. Saya kenal ni tulisan dia memang si Ben ni ibu.” “Atukkk apaini, dia rindu kita kah ni ?” kata Ibu. Surat terus dibuka. Berderai air mata mereka setelah membaca isi surat daripada Ben dari Singapura.Kepada : Kamsiah LuangiDaripada : Ben Endrik NikulIbu, ini si Ben. Ibu, saya minta maaf semua silap saya ya. Saya janji pulang hujung tahun kan, tapi saya nda dapat pula tunaikan janji saya ni. Lima hari lagi saya kena hukum mati. Minta maaf juga sama nenek.Yang benar,Ben
Cerpen Dahai Dot Tangon | 129Ibu menangis histeria. Adik-beradik Ben yang lain juga turut menangis bersama ibu. Ibu kemudian berlari menuju ke arah nenek untuk meminta maaf bagi pihak Ben. Bukan dia tidak tahu, sifat Ben yang suka merendahkan ilmu nenek mereka. “Amaa… Kasi maaf lah Ben, dia mau kena hukum mati sudah.” Rayuan beserta tangisan daripada Ibu membuatkan semua yang mendengar menjadi sayu. “Itulah saya cakap. Ilmu kita nenek moyang ini, bukan ilmu yang jahat kalau dihormati. Janganlah kau risau. Selamat juga dia tu.” Kata-kata nenek sedikit membuatkan Ibu tenang. “Ya Tuhan, selamatkan anak saya Ben, semoga dia dapat balik dalam keadaan sihat. Amin.” Ibu berdoa kepada Tuhan agar anaknya diberikan keselamatan. Ibu terus-terus berdoa, kerana itu yang dipercayai umat Kristian : ‘Setiap doa yang lahir dari iman, berkuasa menyelamatkan’. Pada malam terakhir sebelum hari hukuman dijalankan, mereka diletakkan dalam ruangan makan. Segala jenis hidangan diberikan. Mereka diminta untuk makan sepuaspuasnya sebelum hari kematian tiba. Ben makan dengan lahap sambil air mata jatuh seperti air terjun yang deras.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 130 Hari hukuman mati telah tiba. Ben dan Nick digari kemudian diletakkan dalam sebuah ruangan kayu. Di bilik sebelah, ada sebuah kerusi besi yang disambungkan dengan satu suis. Giliran pertama adalah Nick. Nick memegang tangan Ben. “Ben, kalau kau balik kampung. Tolong bagitau mama saya, yang saya sini kerja baik-baik. Suru dorang jangan risau.” Nick ditarik masuk dalam bilik tersebut. Sepuluh minit kemudian. Terdengar teriakan sangat keras dari Nick. Teriakan yang kuat, kemudian perlahan-lahan hilang diikuti dalam suara sesak nafas yang mulai hanyut. Ben jatuh terduduk. Menangis dan meraung apabila terdengar teriakan Nick. Tidak tahu dia menangis kerana sedih mendengar teriakan Nick, atau lebih kepada takut nyawanya hilang seperti Nick. Ben diseret dan didudukan di atas sebuah kerusi besi. Elektrod dipasang di seluruh tubuhnya termasuk satu topi yang hampir menyerupai mahkota dipakaikan di kepalanya. Ben tidak melawan sebaliknya menangis dan terus menangis. “Ibu… Ibu… Saya sayang ibu… Ya Tuhan tolong saya…” Doa Ben jelas memenuhi seluruh ruangan. Hanya
Cerpen Dahai Dot Tangon | 131manusia berhati batu sahaja yang tidak menangis jika mendengar tangisannya memanggil ibu. “Hukuman dalam kiraan satu…” “Ibuuu…” “Dua…” “Ibuuu… !” TUP ! Tiba-tiba keadaan menjadi gelap-gelita. Hanya ada sedikit cahaya sahaja yang masuk dari bawah pintu bilik itu. Elektrik di pejabat polis itu termasuk beberapa bangunan disekitarnya tiba-tiba padam. “Ibu… Saya takut.”Pada masa yang sama kejadian ini berlaku, ada seorang wanita yang sedang giat berdoa untuk anaknya. Ibu. Rintihan doa dari seorang ibu di dengar Tuhan. Kuasa doa. “STOP ! Saya akan jamin kebebasan orang ini.” Suara yang tidak dikenali. Umpama melihat kehidupan kembali, Ben rebah dalam syukur. Sebelum dunianya menjadi gelap, Ben sempat melihat seorang perempuan di sudut ruangan. Berdiri tegak.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 132Berpakaian hitam seperti jubah, dililiti dengan kain berwarna merah kemudian diikuti dengan bunyi-bunyi lonceng seperti bobolian. Ben pengsan. Setelah dia sedar, dia sedang berada dalam penjara. Dia diminta untuk menandatangani surat kebebasan sebelum dibebaskan. Seorang polis wanita duduk di hadapannya. “Encik, kami sudah membuat penyelidikan mengenai kes pembunuhan tersebut. Kami mendapati encik tidak bersalah, dan yang paling mengejutkan… mangsa pembunuhan sama sekali tidak dikenali.. DNA tiada yang sesuai... Mayat tersebut… hilang tanpa kesan dalam bilik mayat.” Jelas wanita itu. Ben terdiam kaku. Pada saat itu juga dia teringat kembali perkataan yang pernah dia lontarkan kepada neneknya tentang ilmu nenek moyang.“Nenek punya ilmu tu, bagus kasi lupa saja. Tidak wujud tu sama sekali. Tiada kuasa nek.”Dia sedar bahawa dia sudah terlebih batas dalam berkata-kata. Dia sudah merendahkan ilmu kepercayaan nenek moyang. Dia angkuh. Dia mencabar. Dan, dia insaf.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 133 Dia sudah tidak mahu lagi merendahkan apa-apa ajaran. Dia kini sedar, untuk mengimani sesebuah agama bukan bermaksud perlu merendahkan sesebuah kepercayaan.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 134
Cerpen Dahai Dot Tangon | 135- Serpihan Roti Manis -Pemandangan padi sawah berlatarkan bukit Sinuangga perlahan-lahan mulai menjadi gelap. Matahari masuk menyembunyikan diri di sebalik bukit kebanggan penduduk kampung tersebut. Irdhia pulang ke rumah bersama sahabatnya, Saidah setelah puas bermain. Kebetulan mereka berjiran. Tidak pernah sesaat pun mereka berhenti bercerita. Ada sahaja yang hendak diceritakan. Begitulah sahabat. Mereka saling melambai setelah mereka tiba di persimpangan antara rumah mereka. Saidah berlalu terlebih
Cerpen Dahai Dot Tangon | 136dahulu. Irdhia perlahan-lahan berjalan ke rumahnya sambil sesekali melihat ke arah Saidah. Perbezaan rumah batu milik keluarga sahabatnya dengan rumah kayu milik ibunya sangat jauh berbeza. Tapi itu tidak pernah terdetik di hatinya untuk iri hati. Dia seorang yang sangat bersyukur. Baginya, selagi jasad ibu masih bernyawa, dunia akan baik-baik sahaja. Ibunya adalah segalanya bagi dia. “Irdhia, masak nasi. Lepas tu jangan kasi tinggal piring dalam singki. Cuci.” Arah Puan Ami kepada anaknya, Irdhia. Irdhia tidak pernah mengeluh apatah lagi membantah setiap kali ibunya menyuruhnya untuk membuat kerja-kerja di rumah. Fikirnya, memang begitu tugas seorang anak perempuan untuk memberi kesenangan pada ibunya. Setelah selesai membuat semua pekerjaan di rumah. Irdhia mandi. Kemudian, dia mengemas buku sekolahnya mengikut jadual pada hari Isnin. Walaupun baru berumur 10 tahun, dia seorang yang sangat perfectionist dan memastikan semua kerja disiapkan lebih awal. Irdhia melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang sebelum sepenuhnya membaringkan diri. Besok
Cerpen Dahai Dot Tangon | 137merupakan hari Sabtu, bermaksud dia boleh bermain bersama Saidah dari pagi hingga petang. Maklumlah untuk anak kecil berumur 10 tahun, bermain adalah aktiviti wajib mereka. Hari mulai cerah, Irdhia bangun dari tidurnya. Jam tangan pemberian ayah kandungnya di lihat sekilas. Sudah jam 7 setengah. Belum sempat dia bangun, ibunya masuk ke dalam bilik. “Lambat betul bangun tu. Harini kau kawan adik kau pergi hospital. Dia demam tu.” Arah ibunya. Irdhia terdiam. Terkedu kerana dia terpaksa membatalkan perjanjiannya dengan Saidah. ‘Tidak apalah, masih ada hari esok’, pujuknya pada hati kecilnya. Hati kecil yang kuat. Irdhia bergegas mandi. Dia ingin bertemu sahabatnya sebelum dia pergi ke hospital. “Saidah, harini aku pergi hospital kawan si Odol. Nanti kalau awal balik kita main, kalau nda pun kita main besok. Tunggu ya.” Dia memberi tahu Saidah untuk menunggunya. “Okey, nanti jumpa ya. Hati-hati kau.”
Cerpen Dahai Dot Tangon | 138 Sebuah kereta Myvi berwarna merun masuk ke dalam perkarangan rumah. Kereta itu kepunyaan ayah tirinya. Ya, Odol merupakan adik tirinya. Dia diminta untuk menjaga adik tirinya, padahal ayah tirinya itu sudah ada anak perempuan dewasa dengan isteri lamanya. Mereka berlambaian sebaik sahaja Irdhia masuk ke dalam kereta hingga kereta Myvi merun milik ayah tirinya itu tidak lagi kelihatan di mata Saidah. Sebak di hati tidak dapat ditahan. Perlahan-lahan air mata jatuh. “Tidak payah lah mau menangis situ, kau balik juga pun. Buang tebiat saja.” Tegas ibunya yang duduk di kerusi penumpang hadapan. Odol pula hanya terkulai layu menahan sakit di sebelahnya. Perjalanan dari rumah ke hospital mengambil masa dalam satu jam lebih. Di tengah bandar. Dalam perjalanan ke hospital, dia ternampak seorang nenek yang mengangkat baled berisi padi. Dia kagum dengan kehebatan wanita-wanita kuat di kampungnya. Memang betul, seorang wanita boleh hidup tanpa seorang lelaki. Mereka tiba di hospital. Irdhia memegang tangan Odol dan membawanya masuk ke dalam hospital. Odol sama umur dengannya. Cuma beza bulan kelahiran sahaja. Irdhia lebih
Cerpen Dahai Dot Tangon | 139tua. Namun, sifat dan kelakuan Irdhia dengan Odol sangat berbeza bagai langit dengan bumi. Irdhia sangat matang sedangkan Odol masih seperti kebudak-budakkan, sesuai dengan umur. Mungkin juga disebabkan faktor bagaimana mereka dibesarkan. Disebabkan suhu badan Odol mencecah 39 celcius, dia terpaksa ditahan di hospital. Berapa hari tidak diberi tahu. Tanpa berfikir panjang, Puan Ami menulis nama Irdhia sebagai penjaga. Perbuatan Puan Ami sama sekali tidak diketahui oleh Irdhia. “Kau tinggal sini, kau jaga si Odol. Bagus-bagus kau jaga dia.” “Tapi mama, saya tiada bawa apa-apa baju, sabun, bekal makanan…” “Haih kau ni, pandai melawan sudah sekarang. Kenapa makin degil kau ni?” Irdhia diam. Dia tidak pernah membantah arahan ibunya, sampai hati ibunya memarahinya di depan khalayak ramai seolah-olah dia anak paling derhaka. Sedikit pun tidak terdetik niat untuk membantah arahan yang diberikan oleh syurga bagi seorang anak.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 140 Tanpa sempat Irdhia membela dirinya, Puan Ami berlalu pergi bersama suami barunya itu. Irdhia hanya melihat kereta Myvi itu berlalu pergi meninggalkan mereka. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat kenderaan itu yang perlahan-lahan hilang dari pandangannya. Odol hanya terbaring di atas katil pesakit nombor 9. Katil paling hujung. Hari ini pesakit agak banyak. Syukursyukur sahaja mereka masih sempat mendapatkan katil untuk Odol. Irdhia duduk di kerusi bersebelahan katil Odol. Katil nombor 8 masih kosong. Entah siapa pula yang mengisinya. Seorang wanita berbaju kemeja sambil membawa beg kulit berwarna coklat masuk ke dalam wad. Bersamanya ada seorang budak lelaki. Anaknya mungkin. Irdhia tertanya dalam hatinya, bila dewasa nanti, adakah dia akan berjaya seperti wanita ini, atau berakhir seperti wanita-wanita kuat dikampungnya yang membawa baled berisi padi untuk dijadikan beras. Tapi apa pun yang terjadi pada masa depan, dia tetap akan bersyukur. Menjadi wanita kuat yang mengangkat baled bukanlah buruk sepenuhnya, bahkan itu lambang kekuatan bagi seorang wanita.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 141 Memandangkan hari sudah malam, seorang jururawat lelaki masuk sambil menolak troli yang berisi makanan. Odol sudah semakin pulih setelah diberikan ubat. “Yey makanan. Cepatlah lapar ni.” Jerit Odol yang duduk di atas katil. Nasib sahaja jarum masih tertusuk di tangannya, kalau tidak, pasti sudah berlari mengambil makanan sendiri. Odol gemar makan. Sering sekali dia menghabiskan tiga bungkus mi seorang diri. “Sabar Dol… Nanti di bagi juga tu.” Pujuk Irdhia. Walaupun umur mereka sama, cara berfikir mereka jauh berbeza. Jururawat itu memberikan dua set makanan kepada mereka. Satu untuk pesakit, satu untuk penjaga. Odol terus membuka makanannya dan makan. Mungkin lapar sangat kerana mereka tidak makan sejak mereka sampai di hospital tengah hari tadi. Irdhia tersenyum. Syukurlah Odol sudah kembali ada selera. Dia hanya melihat adik tirinya makan. Makanan khas penjaga dia letakkan di atas meja. Fikirnya dia akan makan nanti selepas mandi. Melihat Odol yang sudah hampir selesai makan, dia berdiri lalu ke tandas.
Cerpen Dahai Dot Tangon | 142 Walaupun dia tidak membawa pakaian, dia tetap membersihkan diri dengan air dan sabun yang disediakan oleh pihak hospital. Dia merasa sedikit tidak selesa, namun tetap bersyukur. Setelah selesai membersihkan diri, dia kemudian masuk semula ke dalam wad. Perutnya mulai berkeroncong. Minta untuk diisi. Ikan goreng tadi mulai terbayang-bayang. Di dalam wad, Odol duduk sambil mewarna buku. Pihak hospital sediakan untuk kanak-kanak yang ditahan. Irdhia duduk. Dia terkejut apabila melihat bekal makanan yang diberikan oleh pihak hospital sudah kosong. “Odol, mana makanan sini ?” “Makanan pesakit nda sedap, jadi aku makanlah kau punya.” Jelas Odol. “Jadi mana kau punya ? Biar aku makan sisa kau lah.” Perutnya berbunyi lagi. “Alaa, habis juga.” Kata Odol tanpa rasa bersalah. Sungguh sakit hati Irdhia. Namun dia hanya diam sahaja. Irdhia mengetap bibir. Perutnya berbunyi lagi minta diisi. Dia melihat ke arah jururawat tadi, malu pula dia untuk
Cerpen Dahai Dot Tangon | 143meminta makanan lebih. Tapi, rasa lapar sudah tidak dapat ditahan. “Maaf encik, boleh minta satu lagi bekal makanan ?” Mintanya dengan penuh simpati. “Maaf dek, makanan yang disediakan cukup-cukup sahaja untuk jumlah orang dalam wad ni.” Jelas jururawat tersebut. “Oh tidak apalah. Terima kasih.” Rasa laparnya sudah tidak dapat ditahan. Dia menekan perutnya menggunakan dua tangan sambil keluar dari wad itu. Dia melihat ada orang sedang menjual di depan hospital, dia menghampiri. Makanan yang dijual semua kelihatan menyelerakan. Tapi, dia tidak ada duit. Orang yang berada di sekelilingnya hanya melihat sahaja. Tidak ada seorang pun yang berniat untuk membantunya. Dia masuk semula ke dalam hospital. Irdhia menuju ke arah taman di dalam hospital. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Tahan lapar. Setelah hampir 30 minit dia di situ, dia menuju ke arah tandas. Untuk pergi ke tandas, dia perlu melalui sebuah lorong. Dalam perjalanan, dia ternampak wanita yang berada di wad