The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BPP, 2021-04-05 00:21:19

LAPORAN PRESTASI YADIM JANUARI 2021

LAPORAN PROGRAM JANUARI 2021

januari LAPORAN PRESTASI PROGRAM/AKTIVITI
2021
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

'FASTABIQUL KHAIRAT mengejar kebaikan'

Disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan
Perancangan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

ISI KANDUNGAN 1 PENCAPAIAN PRESTASI KESELURUHAN
Program/Aktiviti Januari 2021

2 PENCAPAIAN PRESTASI KESELURUHAN
Mengikut signature (Januari 2021)

3 TABURAN PROGRAM
Mengikut Negeri (Januari 2021)

4 PENCAPAIAN KESELURUHAN PROGRAM/AKTIVITI
Mengikut Sektor/Pejabat Januari -2021

5 PENCAPAIAN KESELURUHAN PROGRAM/AKTIVITI
Mengikut Bahagian/Negeri Januari 2021

6 LAPORAN BERGAMBAR
Januari 2021

PENCAPAIAN PRESTASI KESELURUHAN

Program/Aktiviti Januari 2021

687 371,396 163 662

program peserta rakan ejen
strategik
(11480 fizikal
359,916 online)

PENCAPAIAN PRESTASI KESELURUHAN

Mengikut signature (Januari 2021)

YADIM Kolaboratif YADIM Lestari YADIM Berdikari YADIM Murobbi
27 program (4%) 26 program (4%) 7 program (1%) 1 program (0.15%)

Bil SIGNATURE BIL PROGRAM PERATUSAN YADIM Interaktif
(%) 52 program (8%)

1 YADIM Maya 436 63

2 YADIM Peduli 138 20

3 YADIM Interaktif 52 8

4 YADIM Kolaboratif 27 4

5 YADIM Lestari 26 4

6 YADIM Berdikari 71

7 YADIM Murobbi 1 0.15

8 YADIM Kader Dakwah 0 0

JUMLAH KESELURUHAN 687 100 YADIM Peduli YADIM Maya
138 program (20%) 436 program (63%)

PENCAPAIAN PRESTASI KERAJAAN
61 rakan strategik (39%)
Mengikut Rakan Strategik (Januari 2021)

Bil Kategori Rakan strategik Bil. Rakan PERATUSAN KOMUNITI
strategik (%) 31 rakan strategik (19%)
1 KOMUNITI
2 NGO 31 19 NGO…
3 SWASTA 52 32
4 KERAJAAN 16 10
61 39
JUMLAH KESELURUHAN 163 100%

SWASTA
16 rakan strategik 10%

PETA Taburan Program Mengikut Negeri (Januari 2021)

PERLIS KEDAH KELANTAN TERENGGANU PAHANG
6 program 10 program 15 program 8Program 13 program
703 peserta 6 924 peserta 2,534 peserta 2,799 peserta
rakan strategik 17 rakan strategik 20 rakan strategik 1,863 peserta 12 rakan strategik
11 rakan strategik
5 ejen - ejen 21 ejen 236 ejen
33 ejen
PULAU PINANG
4 program NEGERI SEMBILAN MELAKA JOHOR SARAWAK SABAH
3 program 4 program 7 program 20 program 131 program
1,148 peserta 50 peserta 60 peserta 1,385 peserta 2,129 peserta 2,744 peserta
- rakan strategik 7 rakan strategik 5 rakan strategik 2 rakan strategik 63 rakan strategik
2 rakan strategik
- ejen 5 ejen - ejen 49 ejen 231 ejen 2ejen

PERAK
1 program
- peserta
- rakan strategik

1 ejen

SELANGOR
3 program
2,566 peserta
3 rakan strategik

1 ejen

KUALA LUMPUR
- program
-peserta

- rakan strategik
- ejen

Pencapaian Keseluruhan Program/Aktiviti

Mengikut Sektor/Pejabat Januari-2021

PEJABAT YANG PEJABAT KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR PENYELIDIKAN,
DIPERTUA
PEGAWAI EKSEKUTIF Bil. Program: 8 PENERBITAN DAN
Bil. Program: -
Bil. Peserta:- Bil. Program: 213 Bil. Peserta: 416 ANTARABANGSA
Rakan Strategik:-
Ejen: - Bil. Peserta: 15,784 Rakan Strategik: Bil. Program: 403

Rakan Strategik: 138 Ejen: Bil. Peserta: 345,419

Ejen: 468 Rakan Strategik: 3

Ejen: 3

SEKTOR KEWANGAN SEKTOR LATIHAN DAN SEKTOR PEMBANGUNAN

Bil. Program: - PENGKADERAN UMMAH DAN WANITA
Bil. Peserta: -
Rakan Strategik: - Bil. Program: 31 Bil. Program: 19
Ejen: -
Bil. Peserta: 7595 Bil. Peserta: 2,182

Rakan Strategik: 9 R. Strategik: 12

Ejen: 27 Ejen: 164

:-

Pencapaian Keseluruhan Program/Aktiviti

Mengikut Bahagian/Negeri Januari 2021

BILANGAN PESERTA JUMLAH
BILANGAN
BIL SEKTOR/BAHAGIAN /UNIT BILANGAN LAPANGAN/ VIEW/ PESERTA BILANGAN EJEN
PROGRAM INTERAKTIF PENONTON RAKAN DAKWAH
1 Penyelidikan Dan Perancangan (A+B)
2 Media Dan Teknologi Dakwah 71 (A) (B) STRATEGIK
3 Penerbitan 319
4 Hubungan Antarabangsa 6 14 0 14 0 3
5 Indah 7
6 Kepimpinan Muda 2 0 345302 345302 0 0
7 Penyelarasan NGO Dan Rakan Strategik 29
8 Khidmat Bakti (Sukarelawan Yadim) 11 66 0 66 0 0
9 Pembangunan Duat 8
10 Akaun 0 37 0 37 3 0
11 Pelaburan Dan Dana Infaq 0
12 Pentadbiran 0 0 2566 2566 0 0
13 Sumber Manusia 0 1843 3186 5029 9 27
14 Unit Audit dan Kualiti 8 882 0 882 7 157
13 1300 0 1300 5 7

0 0 0 00

0 0 0 00

0 0 0 00
0 0 0 00
416 0 416 0 0
0 0 0 10

Pencapaian Keseluruhan Program/Aktiviti

Mengikut Bahagian/Negeri Januari 2021 (sambungan)

BILANGAN PESERTA JUMLAH
BILANGAN
BIL SEKTOR/BAHAGIAN /UNIT BILANGAN LAPANGAN/ VIEW/ PESERTA BILANGAN EJEN
PROGRAM INTERAKTIF PENONTON RAKAN DAKWAH
15 Kedah (A+B)
16 Johor 10 (A) (B) STRATEGIK
17 Sabah 6
18 Sarawak 131 242 682 924 17 0
19 Kelantan 20
20 Terengganu 14 171 1139 1310 4 48
21 Negeri Sembilan 8
22 Melaka 2 2744 0 2744 63 2
23 Perlis 2
24 Pulau Pinang 6 2129 0 2129 2 231
25 Pahang 4
10 215 2269 2484 19 20
JUMLAH
330 1533 1863 11 33

50 0 50 2 4

30 0 30 4 0

62 641 703 65

150 998 1148 0 0

799 1600 2399 10 125

687 11480 359916 371396 163 662

Album gambar program januari
2021
'FASTABIQUL KHAIRAT mengejar kebaikan'

Disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan
Perancangan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

YADIM Sarawak dan Sukarelawan YADIM Kuching menyantuni 106 mangsa daripada 26 keluarga di PPS Dewan Kampung Lintang dan PPS
Dewan Kampung Betong Kanowit, Serian pada jam 31 Januari 2021. Sumbangan disampaikan berupa pek makanan kering dan barangan
kebersihan serta 125 pek bubur lambuk diserahkan kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam Sarawak (APM) Bahagian Serian, Muhd. Alwan
Wee Abdullah. Majoriti mangsa di sini adalah beragama Islam. Manakala, di PPS Betong, Kanowit pula, sebanyak 50 pek bubur beserta
dengan 6 pek makanan kering dan juga set kebersihan peribadi juga telah diserahkan kepada Tuan Akes Awar Bumi juga daripada pihak APM
Bahagian Serian. Kesemua mangsa di sini berbangsa Bidayuh dan beragama Kristian.

Wacana Ideologi Siri 1 : Kapitalisme Vs Sosialisme oleh YADIM Negeri Pahang pada 30 Januari 2021 yang
menampilkan Pensyarah Kanan USIM, Dr. Azrul Azlan.

Musaadah Covid 19 Sukarelawan YADIM daerah Kuala Langat di Telok Panglima Garang pada 31 Januari 2021. Enam keluarga di sekitar
mukim Telok Panglima Garang menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka akibat Covid-19.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah meyantuni 100 keluarga asnaf di Tambunan pada 31 Januari 2021. Kesemuanya
menerima sumbangan barangan keperluan harian badi meringankan beban mereka.

DISKUSI BUKU FIQH KELUARGA SYURGAWI SIRI 03 oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Yang Dipertua YADIM
pada 31 Januari 2021.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (31 Januari) menyantuni sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di bangsal di
Kampung Mek Mas, Kota Bharu pada 31 Januari 2021. Ekoran itu, Mohd. Saufi Ibrahim dan isteri, Dahlia Musliman terpaksa membawa dua
anak mereka tinggal di sebuah bangsal di Kampung Mek Mas, di sini sejak dua bulan lalu. YADIM Kelantan menyumbang barangan dapur serta
alat tulis dan peralatan mewarna kepada dua orang anak pasangan ini sebagai bantuan kecemasan. Selesai menyantuni keluarga berkenaan,
YADIM turut menyampaikan sumbangan untuk tiga lagi keluarga asnaf di sekitar Pengkalan Chepa.

Quutul Qulub (Pengisian Jiwa) - Siri 03 Amalan Murid (mereka yang mahu mendekatkan diri kepada Allah pada siang
dan malam hari) oleh Yang Dipertua YADIM pada 31 Januari 2021

YADIM INTERAKTIF: KURSUS KOMPETENSI PRNDAKWAH RAKAN SISWA YADIM (RSY) SIRI-2 pada 30 Januari 2021 oleh Bahagian
Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Multiracial Reverted Muslim (MRM). Para peserta terdiri daripada Majlis Pimpinan Negeri
(MPN), Majlis Pimpinan Universiti (MPU) serta Majlis Pimpinan Politeknik (MPO) RSY seluruh Malaysia. Antara pengisian Kursus Siri 2 ini adalah
berkaitan Efektif Komunikasi bersama Bro Firdaus Wong daripada MRM.

Musa'adah Covid-19 Sukarelawan YADIM Kuala Langat di kawasan Dewan Undangan Negeri Sijangkang Pada 30 Januari 2021 oleh
Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Bantuan barangan berupa keperluan dapur kepada golongan sasar
memerlukan terutama yang terkesan akibat Covid-19 terdiri daripada pesakit kronik, golongan miskin dan warga emas. Pada hari yang sama,
Sukarelawan YADIM Kuala Langat juga menghulurkan bantuan kepada empat buah keluarga yang dikuarantin akibat Covid 19.

Musa'adah Covid-19 di Kubang Paya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 30 Januari 2021 di Kampung Kubang
Paya, Pauh. Seramai 50 keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian.

DISKUSI BUKU FIQH KELUARGA SYURGAWI oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Yang Dipertua YADIM pada 30
Januari 2021

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyumbang barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenal pasti di Kampung
Tabuan FooChow pada 30 Januari 2021. Sumbangan berkenaan adalah hasil infaq orang ramai. Sukarelawan YADIM telah mengedarkan 15
pek barangan dapur kepada 15 keluarga.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut telah turun padang menyantuni
peniaga kecil di bahu jalan dan halaman rumah pada 30 Januari 2021. Seramai 98 peniaga menerima sumbangan barangan keperluan harian
dalam program ini. Peserta program juga kemudiannya turut menziarahi kediaman dua warga Kampung Binsulok yang uzur.

Webinar NGO Islam 2021 `Memahami Isu Darurat Dan Masa Depan Gerakan Dakwah’ pada 30 Januari 2021.
Ucapan perasmian penutup oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Duta Khas
Perdana Menteri Ke Timur Tengah.

Webinar NGO Islam 2021 `Memahami Isu Darurat Dan Masa Depan Gerakan Dakwah’ pada 30 Januari 2021. Ucaptama disampaikan oleh
Yang Dipertua YADIM merangkap Pengerusi MAIM, Al Fadhil Ustaz Nasrudin bin Hassan, manakala ucapan perasmian penutup oleh Duta
Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Barisan Panelis terdiri daripada
Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain, Pengasas Jurispendens Watan, Univerisiti Malaysia Pahang membentangkan
`Darurat Dan Implikasi Kepada Struktur Asas Perlembagaan, Muhammad Fathi bin Yusuf Felo, Penyelidik Undang-Undang Dan Perlembagaan,
Pusat Polisi Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Univerisiti Teknologi Malaysia membentangkan tajuk `Isu Proklamasi Darurat
2021 : Apa Peranan Kita?’ dan Profesor Dr Shamrahayu binti Ab Aziz, Pakar Perlembagaan Persekutuan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja
Melayu Universiti Teknologi Mara UITM membentangkan tajuk `Darurat, Antara Awlawiyyat Dan Maslahat : Kupasan Peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Dan Pengamalan Malaysia’.

Tazkirah Online `Bicara Hadis Pilihan’ Siri 02 Bersama Ustaz Ellyeen Amineen Bin Mohd Salleh pada 29
Januari 2021.

Majlis ringkas penyerahan rumah projek Teratak Prihatin kepada Komoi binti Awang di Kampung Luagan Sanginan, Beaufort pada 29 Januari
2021. Pembinaan rumah itu adalah hasil infaq orang ramai berjumlah RM20,000 yang diselaraskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) Sabah. Rumah yang baru siap dibina ini dilengkapi dua bilik tidur, ruang tamu, dapur bilik air dan tandas serta bekalan elektrik.

Pada 29 Januari juga YADIM mengadakan Ziarah Prihatin di Kampung Rancangan Klias dan Kampung Parit Kalabu di sini bersama Y.Bhg Datuk
Hajah Siti Aminah Aching, wakil dari Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Program Kongsi Rezeki anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 29 Januari 2021 di Masjid Masjid Nurul Khair,
Kampung Semariang Batu. Sebanyak 250 pek bubur diedarkan kepada ahli qariah.

Diskusi Buku, Fiqh Keluarga Syurgawi bersama Yang Dipertua YADIM pada 29 Januari 2021. Buku ini menyentuh
tentang bagaimana membentuk kesedaran pembinaan rumah tangga seperti yang dikehendaki Islam.

Bicara Fiqh Semasa dengan tajuk `Solat Jamak’ Siri 03 oleh Ustaz Azhar bin Yahya Pada 29 Januari 2021.

Mutiara Minda Siri 05 /2021 dengan tajuk `Ulama Pemangkin Penyatuan Ummah’ bersama Prof Madya Datuk
Dr Izhar Ariff bin Mohd Khasim sebagai ahli panel dan Ustaz Mohd Hariri Bin Mohamad Daud sebagai
moderator pada 28 Januari 2021.

Program YADIM Peduli di Sik dan Jerai oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jeneri dan
badan bukan kerajaan Darul Aman Care dan Al Faizin Care pada 28 Januari 2021. Melalui program ini, di Kampung Chemara dan Kerawai dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Jeneri, sebanyak 40 orang asnaf disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Turut menerima sumbangan adalah guru -
guru dan kakitangan Pondok At Taqwa dan Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa, di Kampung Sungai Bongkok, Gurun berupa wang tunai, barangan keperluan
makanan dan peralatan untuk menjalankan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah secara atas talian. Seterusnya YADIM Kedah menyantuni masyarakat di
DUN Gurun . Sebanyak 40 kit sumbangan barangan makanan diedarkan kepada golongan asnaf, B40, ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik di Kampung
Batu 3, Kampung Batu 4, Kampung Batu 5, Taman Ria Mesra 2, Pinggiran Taman Permai Utama, Sungai Lembu dan Kampung Bukit Kuang.

Program Musa'adah Covid-19 SJR Kedah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 28 Januari 2021. Program ini adalah
kerjasama dengan Majlis Dakwah Negara Kedah dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra. Sumbangan berupa air mineral, topeng pelitup muka,
pembersih tangan dan makanan ringan kepada petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya Kepala Batas dan Kodiang.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyampaikan bantuan kepada 130 nelayan Kuala Papar pada 27 Januari 2021 bagi
membantu mereka yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terdahulu, 30 keluarga nelayan di Kampung
Lambidan di Kuala Penyu menerima sumbangan YADIM pada 27 Januari 2021.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kuching 27 Januari 2021.
Keluarga pertama yang menerima bantuan adalah Mohtram Asen yang tinggal di Kampung Sejijak, Matang dan keluarga kedua pula adalah
keluarga Jonie @ Jihi ak. Sait yang tinggal di Kampung Sudat, Jalan Stephen Yong, Padawan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan iBantu di bawah lkram
menyumbangkan kerusi roda kepada Zanura Che Mat Zin yang perlu mengabdikan diri menjaga ibunya, Tuan Nab Raja Deris yang
sukar bergerak kerana diserang angin ahmar pada 27 Januari 2021.

Sumbangan basikal baru oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan untuk Asraff, kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pasir
Putih yang kisahnya viral menyelongkar tong sampah pada 27 Januari 2021. YADIM Kelantan juga menyampaikan sumbangan barangan
keperluan harian untuk keluarganya.

Penyampaian sumbangan kepada para petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Sultan Abdul Halim dan Pejabat Kesihatan
Daerah Kuala Muda oleh YADIM Kedah pada 27 Januari 2020 . Pada hari yang sama juga, YADIM Kedah juga menyantuni anggota polis,
tentera, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam di empat sekatan jalan raya di daerah Kuala Muda iaitu di Tol Seberang Perai Utara,Tol
Seberang Perai Selatan, Baling dan sempadan Pulau Pinang. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan,Yayasan Islam Negeri
Kedah, Darul Aman Care dan Belia Sejahtera Sungai Petani.

Program Tautan Kasih oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Putik
pada 27 Januari 2021. YADIM Kelantan menyampaikan sumbangan 100 pek KFC. Program ini mendapat kerjasama daripada badan bukan
kerajaan (NGO) serta orang perseorangan seperti Sukarelawan YADIM Kelantan, Gabungan NGO Hadapan Kelantan (Gohek) Penggerak
Wanita Muda Negara dan Misi Kembara Dakwah.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyantuni nelayan pesisir pantai di Kampung Lambidan, Kuala Penyu pada 27 Januari
2021. Seramai 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian. Pada hari yang sama, YADIM Sabah menyertai Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Badan Dakwah Daerah Kecil Menumbok Kuala Penyu menyantuni 2 keluarga terlibat kebakaran yang
mengorbankan seorang lelaki di Kampung Malikai, Kuala Penyu. YADIM Sabah menyumbangkan barangan keperluan harian untuk kedua
keluarga tersebut.

Live Streaming Bicara Fiqh Semasa Solat OKU bersama Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Ustaz
Abdul Halim bin Awang pada 27 Januari 2021 (Rabu)

Live Streaming: Kuliah Fiqh Tarbiah `Uslub Dakwah’ anjuran Institut Latihan Dakwah Negara (INDAH)
bersama Ikon Dakwah YADIM, Bro Firdaus Wong Hai Hung dan Daie Muda YADIM Nur Syuhada binti
Ibrahim (moderator) pada 27 Januari 2021.

Pentas Online YADIM bertajuk - `Asyik Mesyuarat Je’ Bersama ahli panel jemputan - Dato Dr Fathul Bari bin
Mat Jahya dan Ikon Dakwah YADIM, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang sebagai moderator pada 26 Januari
2021.

Inisiatif bantuan persekolahan buat anak-anak asnaf di daerah Seberang Perai Utara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Pulau Pinang di
Surau Paya Keladi, Kepala Batas pada 25 Januari 2021. Usaha ini diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Kelab Amanah
Rakan Industri Bersatu (KARIB). Seramai 50 orang penerima menerima sumbangan berupa beg dan pakaian sekolah, yang diserahkan kepada
wakil-wakil zon untuk diberikan kepada penerima-penerima.

YADIM Peduli di Kampung Takulung dan Kebidahan, Kota Belud oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 26 Januari
2021. Di Kampung Takulung, program ini memberi manfaat kepada seramai 32 keluarga manakala di Kampung Kebidahan seramai 18 keluarga
disantuni.

YADIM Maya Perlis bertajuk `Adab Memberi Nasihat’ oleh Ustaz Muhammad Azki Hafizi bin Ibrahim pada 26
Januari 2021

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni pasangan warga emas tukang urut di Ketereh pada 26 Januari 2021.
YADIM Kelantan menyumbang RM1,000 serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban pasangan berkenaan.

Ijtimak Online Warga YADIM sempena ulang tahun penubuhan YADIM ke-47 pada 25 Januari 2021

Live Streaming Bersama Yang Dipertua YADIM Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan pada 25 Januari 2021

Bicara Dakwah bertajuk PKP : Muhasabah Diri bersama Ustaz Syamsul Debat pada 25 Januari 2021
anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu


Click to View FlipBook Version