The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BPP, 2021-04-05 00:21:19

LAPORAN PRESTASI YADIM JANUARI 2021

LAPORAN PROGRAM JANUARI 2021

Program YADIM Peduli : Musaádah Mangsa Banjir Parlimen Marang, penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada 100
mangsa banjir di Marang pada 10 Januari 2021. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis di Dewan Terbuka Masjid Rusila..

Program Nasi Dagang Keropok Lekor. Lawatan Ukhuwah Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan ke Terengganu pada 9 Januari 2021

Program Riadah dan Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Pulau Carey pada 10 Januari 2021 oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Sumbangan disampaikan kepada lima keluarga Orang Asli di Kampung Kepau Laut, Pulau Carey
berupa barangan keperluan harian dan kain batik.

Program penyampaian sumbangan dan beg sekolah kepada enam keluarga di Banting pada 9 Januari 2021 oleh Sukarelawan Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Dua keluarga yang menerima sumbangan adalah dari Kebun Bharu manakala empat lagi
dari Sungai Lang dan Taman Kemuning Banting.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang menyantuni 50 asnaf Nibong Tebal pada 9 Januari 2021. Inisiatif ini diadakan
sempena sempena dengan program Amal Blood Donation 2021 anjuran Jabatan Amal Malaysia. Kesemua mereka menerima sumbangan
barangan keperluan harian.

Program Kongsi Rezeki Bersama Pengawal Keselamatan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak di Kuching, Sarawak
pada 8 Januari 2021. Sebanyak 75 set sarapan disampaikan kepada pengawal keselamatan yang bertugas di sekitar Kuching Waterfront,
Hospital Umum Sarawak, bank-bank dan pusat membeli belah sekitar bandaraya berkenaan.

Misi Bantuan Banjir YADIM Kelantan di Kampung Gua Petai 5 pada 8 Januari 2021. YADIM menyerahkan bakul makanan kepada 50 keluarga
mangsa banjir. Misi ini juga melibatkan Sukarelawan YADIM Negeri, Sukarelawan YADIM Tanah Merah dan Rakan Siswa YADIM.

Live Streaming : Mutiara Minda Siri Ke-30 - `Dakwah Kontemporari’ bersama Prof Madya Dr. Mazlan
Ibrahim selaku ahli panel bersama Zamzarizal Mad Ariffin (moderator) secara khas bersempena
Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dalam Sosio Politik pada 8 Januari 2021.

Penyampaian sumbangan mangsa banjir di tiga kampung di daerah Lipis oleh agensi agama Islam Persekutuan termasuk YADIM pada 8
Januari 2021. Sebanyak 100 keluarga daripada tiga kawasan perkampungan di sini menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bagi
membantu mereka yang menjadi mangsa bencana banjir. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Kerambit (60 keluarga), Kampung
Lentang (20 keluarga) dan Kampung Jeram Bungor (20 keluarga). Antara agensi agama Islam yang turun padang termasuklah YADIM,
Yayasan Pembangunan Ekonimi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV Al Hijrah dan Yayasan Waqaf. Turut
sama membantu ialah pertubuhan bukan kerajaan, Khidmat Malaysia.

Program `Kalam Ustaz’ anjuran YADIM Pulau Pinang bersama ABI dan Ustaz Dr. Muhammad Faisal bin
Abdullah pada 8 Januari 2021.

Penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Shukor, Dungun oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada
7 Januari 2021.

Misi bantuan banjir kampung Orang Asli Kuala Koh, Aring, Gua Musang pada 7 Januari 2021 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kelantan. Sejumlah 60 set sumbangan telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada komuniti berkenaan.

Kunjung hormat Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Januari
2021. Hadir mewakili PMPS ialah Ustaz Mohd Yusof Ahmad, Ustaz Ahmad Marzuki Mat Yusof dan Ustaz Muhamad Azfar Ibrahim.

Program Cuci Cuci Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 Januari 2021.
Seramai 15 Sukarelawan YADIM dari Kota Tinggi dan Pasir Gudang terlibat dengan inisiatif ini termasuk tiga orang ahli Rakan Siswa YADIM
selain rakan rakan badan bukan kerajaan, HALUAN Johor.

Live Streaming Mutiara Minda Siri Ke-28- `Mendidik Atau Menghukum’ bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah
YADIM, Ustaz Zaidi Ramli dan bersama PU Akram Ikrami (Moderator) Pada 7 Januari 2021.

Penyampaian bantuan banjir kepada penduduk Maran pada 7 Januari 2021. Seramai 200 keluarga di Taman Maran Jaya dan Taman Chedong
menerima sumbangan kit banjir YADIM yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr
Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis di Kelas Qiraati Al-Amin, Taman Maran Jaya.

Penyampaian bantuan kepada 50 keluarga terkepung banjir di Kampung Mambong, Kuala Krai oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) Kelantan pada 6 Januari 2021. Bantuan itu disalurkan dengan Kerjasama Malaysia Relief Agency (MRA).

Misi bantuan banjir YADIM dengan nilai tambah kerohanian. YADIM menghantar pasukan untuk membantu mangsa banjir pada 6 Januari 2021.
Sebanyak 5 kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 14 kakitangan terlibat dengan misi ini. Turut sama menyertai ialah ahli kelab kelab
D'Harung 4x4 dengan ahlinya dari sekitar Lembah Klang. Pelepasan misi bantuan ini yang bergerak ke Pusat Kawalan Operasi Banjir Maran.
Antara yang disumbangkan ialah 200 kit makanan, 200 kit kebersihan, 100 Kit Solat, 100 botol Tayamum dan 200 naskhah buku Hamba
Terpilih.

Penyampaian sumbangan kepada 20 mangsa kebakaran oleh YADIM Sabah di Kampung Tebobon, Menggatal pada 4 Januari 2021. Program
ini mendapat Kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKAM), Jabatan Kesejahteraan Masyarakat serta beberapa rakan
badan bukan kerajaan,

Pentas Online YADIM bertajuk `Dakwah Non Muslim’ Bersama ahli panel, Dato Haji Kamaruddin Abdullah dan Ikon
Dakwah YADIM, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang selaku moderator pada 5 Januari 2021.

Penyampaian bantuan banjir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Sungai Selisek, HULU BERNAM pada 5 Januari 2021. Sejumlah 50
set kit bantuan banjir dari YADIM telah disampaikan kepada mangsa banjir dalam program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung
Sekolah Sungai Selisek, Hulu Bernam.

Penyampaian 80 kit sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perdana, Kluang
pada 4 Januari 2021. Sebanyak 80 kit bantuan banjir YADIM diserahkan kepada Musa Mohd Amin, Penghulu Mukim. Pusat ini menempatkan
246 mangsa daripada 65 keluarga.

Program Cuci Cuci Surau Kampung Laut bagi membersihkan surau dilanda banjir. Program anjuran YADIM Johor pada 4 Januari 2021 dengan
kerjasama rakan strategik YADIM Johor, badan bukan kerajaan HALUAN.

Live Streaming : Bicara Dakwah Online anjuran YADIM Negeri Kedah pada 4 Januari 2021.

Program YADIM Peduli menyantuni mangsa kemalangan, asnaf dan peniaga pasar oleh Sukarelawan YADIM Sabak Bernam pada 3 Januari
2021. Mereka yang disantuni ialah Puan Siti Maimunah binti Awang yang mengalami kemalangan motorsikal bulan November tahun lalu, Puan
Nor Rahimah binti Baba yang berniaga di Pasar Sekincan dan seorang asnaf, Puan Rohani binti Salehudin.

Bantuan kepada tiga keluarga yang dikuarantin akibat COVID 19 oleh Sukarelawan YADIM Kuala Selangor pada 2 Januari 2021. Tiga
keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Ros Ijok Kuala Selangor menerima sumbangan berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban
sewaktu dikuarantin.

Program YADIM Peduli menyantuni mangsa kemalangan, asnaf dan peniaga pasar oleh Sukarelawan YADIM Sabak Bernam pada 3 Januari
2021. Mereka yang disantuni ialah Puan Siti Maimunah binti Awang yang mengalami kemalangan motorsikal bulan November tahun lalu, Puan
Nor Rahimah binti Baba yang berniaga di Pasar Sekincan dan seorang asnaf, Puan Rohani binti Salehudin.

Insiatif YADIM Peduli Ziarah Kasih Dan Penyampaian Sumbangan kepada asnaf anjuran pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kapar pada 3
Januari 2021 . Sumbangan disampaikan kepada seorang pesakit stroke separuh badan.

Penyampaian kit sumbangan untuk mangsa banjir Skudai oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 3 Januari 2021. Di
kawasan ini, sebanyak 100 kit banjir YADIM diserahkan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Sementara Batu 10,
Skudai.

Ziarah Kasih Sukarelawan YADIM Kuala Langat pada 3 Januari 2021 bertempat di Taman Changgang Jaya Fasa 2, Kuala Langat..

Penyampaian sumbangan mangsa banjir dan kit banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor kepada mangsa banjir di
Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang pada 3 Januari 2021. Kit berkenaan mengandungi makanan serta barangan penjagaan kebersihan.

Bicara Dakwah online anjuran YADIM Negeri Johor Siri 12 bersama PU Amin pada 3 Januari 2021.

Program Khatan Is'aadul Usrah oleh YADIM Kelantan pada 2 Januari 2021 di Pengkalan Chepa. Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga B40
telah dipilih utk menyertai program ini. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan
Kelantan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Pejabat Ahli Dewan Undangan
Negeri ADUN Chempaka.

Sumbangan 50 naskhah al-Quran untuk YADIM yang diwakafkan oleh PTPTN melalui kerjasama Sinergi Ilmu Pada 4 Januari 2021.
Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Mohd Jaini Mohd selaku Pengarah Urusan Sinergi Ilmu Resources.

Penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim Sijangkang anjuran Sukarelawan YADIM Kuala Langat pada 1 Januari 2021 di Rumah
Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Asnaf, Sijangkang. Sumbangan disampaikan kepada 10 anak-anak yatim. Turut diadakan ialah tahlil dan
tazkirah ringkas.

Program Khatan Is'aadul Usrah YADIM Johor oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 1 Januari 2021. Seramai 30
peserta dari golongan keluarga asnaf di sekitar bandaraya ini menyertai program yang diadakan di Poliklinik Hijrah Taman Mawar, Johor Bahru.

Sekian, Terima kasih

'FASTABIQUL KHAIRAT mengejar kebaikan'

Disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan
Perancangan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


Click to View FlipBook Version