The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BPP, 2021-04-05 00:21:19

LAPORAN PRESTASI YADIM JANUARI 2021

LAPORAN PROGRAM JANUARI 2021

Penyampaian sumbangan YADIM Sabah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat , PAPAR pada 25 Januari 2021. YADIM Sabah
menyerahkan barangan makanan dan kit kebersihan serta sejadah, jam dinding dan 30 naskhah Al Quran untuk sekolah tersebut.

Live Streaming: Kapsul Bicara Dakwah Online YADIM Kedah bersama Bro Ben Ooi mengenai cabaran
mualaf pada 25 Januari 2021.

Program Musa'adah Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
(SALIMAH) negeri Kedah pada 24 Januari 2020. Sebanyak 38 kotak air mineral, biskut dan roti diserahkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan
Covid-19 (PKRC) Hopsital Lama dan PKRC Asrama Jururawat Hospital Sultan Abdul Halim.

Tazkirah Online `Bicara Hadis Pilihan’ bersama Ustaz Ellyeen Amineen Bin Mohd Salleh oleh YADIM Johor pada
23 Januari 2021

Program bantuan pasca banjir di Kampung Buso dan Kampung Blimbing Krokon, Bau pada 23 Januari 2021 bersama rakan-rakan NGO di
Sarawak. Barangan untuk program ini ditaja oleh Yayasan Ikhlas, Aman Palestin dan Yayasan Maghfirah serta orang ramai, manakala YADIM
menaja pengangkutan dan sukarelawan. Seramai 49 keluarga menerima manfaat daripada program ini.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang mengadakan program membersihkan Masjid Kampung Acheh, Pekan pada 23 Januari
2021 bersama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Geng Ustaz, Syabab Care, Abrar Care, Rahmat Care, URZ Care dan lain lain
lagi. Inisiatif ini turut disertai oleh Ikon YADIM, Ustaz Dusuki Abd Rani. Selain membantu membersihkan masjid, YADIM turut menyumbang 50
pek makanan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19 (PKRC) Putik, Pengkalan Chepad pada 23 Januari 2021. YADIM Kelantan menyumbang makanan, surah Yassin, buku zikir, buku
doa harian serta sejadah, telekong, dan kain pelikat selain peralatan mandi.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyantuni mangsa kebakaran, sebuah keluarga di Kampung Sedaka Tengah, Yan yang
ditimpa musibah kebakaran pada 22 Januari 2021. Program ini dianjurkan bersama badan bukan kerajaan Darul Aman Care dan sumbangan
yang diberikan berupa wang tunai dan barangan dapur kepada mereka.

Kuliah Jumaat `Di Sebalik Senyuman Ada Ujian’ anjuran Institut Latihan Dakwah YADIM bersama Ustaz Mohd
Khusnaini Mongin sebagai ahli panel) dan Ustazah Nur Shuhada Ibrahim sebagai moderator pada 22 Januari
2021.

Bicara Fiqh Semasa `Solat Jamak’ Siri 02 oleh Ustaz Azhar Yahya pada 22 Januari 2021

Mutiara Minda Siri 04 /2021- `Persiapan Ke Alam Barzakh’ bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bersama Ustaz Arif
Adzwan Ali (moderator) pada 21 Januari 2021.

Penyampaian bantuan banjir kepada komuniti Pitas hasil kempen YADIM dari 17 Januari hingga 20 Januari oleh Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) Sabah. Kempen berjaya mengumpul sebanyak 550 beg beras lima kilogram, lima kotak kopi, 65 papan telur, lima kotak
biskut, tiga kotak minyak, serta 700 kilogram gula. Orang ramai turut menyumbang sebanyak 32 pek mee kuning, 14 bungkus teh, 50 bungkus
bihun, 60 tin sardin besar, 700 tin sardin kecil dan 100 set alat penjagaan kebersihan. Barangan sumbangan orang ramai ini mula diagihkan
kepada penduduk Pitas pada 21 Januari dengan kerjasama RELA.Ia memanfaatkan sebanyak 300 keluarga di Kampung Sambulingon, Saab
dan Kampung Rosob di Pitas.

Tazkirah Online dengan tajuk `Sahabat Yang Dijamin Syurga (Abu Bakar as-Siddiq R.A)’ yang disampaikan
oleh Ustaz Suratemi Bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan Dakwah dan Tarbiah JAHEAIK anjuran
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada 20 Januari 2021

Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 20 Januari 2021. Antara
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Beufort yang menerima sumbangan ialah Dewan Pa’ Musa sebanyak 23 set dan Dewan Datuk Seri
Panglima Hj Mohd Dun Banir sebanyak 43 set. Sementara itu di Membakut, PPS Dewan Terbuka Sekolah Saga-Saga Pimping menerima 10
set dan PPS Dewan Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya, Papar menerima 18 set sumbangan.

Penyampaian sumbangan mangsa banjir kepada Muslim Care Society Malaysia oleh Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik pada
20 Januari 2021. Sumbangan itu berupa 100 set kit ibadah yang akan diagihkan oleh Muslim Care Society Malaysia kepada mangsa banjir.
Turut disumbangkan adalah 200 naskhah buku bertajuk `Hamba Terpilih’, debu tayammum dan 100 unit penyembur air untuk wuduk.

Program Bicara Fiqh Semasa Solat OKU bersama Pensyarah Unisza, Ustaz Abdul Halim bin Awang pada 20 Januari
2021 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu

Penyampaian sumbangan kepada 80 keluarga PPR Paya Nahu, Kuala Muda oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19
Januari 2021. Sumbangan adalah bagi membantu penduduk yang terjejas akibat Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan.
Sumbangan ini mendapat Kerjasama daripada Kementerian Perpaduan Negara, Pertubuhan Darul Aman Care dan Pertubuhan Belia Sejahtera
Sungai Petani

Program Pentas Online YADIM bertajuk `Budaya Dakwah Matang dan Sejahtera’ oleh ahli panel, Ustaz Ustaz Haslin
Baharim dan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang sebagai moderator pada 19 Januari 2021

Penyampaian sumbangan kepada mangsa bajir oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM Pahang) di di Pusat Penempatan Sementara (PPS)
Banjir Sekolah Kebangsaan Nemasi dan Sekolah Kebangsaan Merchong serta Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Pekan di SRITI Al-
Husna, Kampung Permatang Pasir, Pekan pada 19 Januari 2021. Sebanyak 70 kit ibadah dan 70 kit penjagaan kebersihan diserahkan ke bilik
gerakan Dewan Undangan Negeri Bebar, Kampung Permatang Pauh. Sebanyak 60 kit makanan pula disampaikan kepada Bilik Gerakan Banjir
Khidmat Malaysia Pekan di SRITI Al-Husna, Kampung Permatang Pasir

Penyampaian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara,
Sekolah Kebangsaan Tamau, Kota Belud pada 19 Januari 2021. Sebanyak 36 set makanan dan barangan penjagaan kebersihan diserahkan di
pusat tersebut yang memanfaatkan 165 penghuninya.

Program Bicara Santai anjuran YADIM Maya Perlis bersama Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim pada
19 Januari 2021.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor menyantuni 11 keluarga mangsa banjir Lorong Haji Aris, Skudai pada 19 Januari 2021.
Mereka menerima sumbangan wang tunai, kit ibadah, sejadah, telekung, tudung, makanan dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban
mereka.

Musa'adah Covid-19 untuk OKU, pesakit kronik dan warga emas oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Kampung Paya,
Kampung Telok Gelam dan Taman Kenanga, Jitra. Golongan yang disantuni termasuk golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Tujuh
keluarga yang disantuni menerima pek makanan asasi dan wang tunai. Ia diadakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan rakan strategik
YADIM antaranya Dhu'afa Sejahtera, Majlis Dakwah Negara Kedah dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra.

Live streaming Sembang Santai bersama Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan pada 18 Januari 2021.

Program bantuan banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 18 Januari 2021 di Kampung Tanah Puteh, Serian.
Sebanyak 101 set sumbangan makanan kering dan barangan penjagaan kesihatan disampaikan kepada mereka di Pusat Pemindahan
Sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Tanah Puteh, Serian yang melibatkan seramai 341 mangsa yang ditempatkan di pusat tersebut.

Sumbangan keperluan harian oleh YADIM Negeri Sabah pada 18 Januari 2020 di PPS Kompleks Sukan Penampang Sabah. YADIM Negeri
Sabah menyerahkan sumbangan bantuan keperluan harian dan kit kelengkapan kebersihan diri untuk 20 keluarga.

Live Streaming : Bicara Dakwah Online anjuran YADIM Negeri Negeri Kedah pada 17 Januari 2021
bersama Daie Hanin Humaira Mohammad Akhir dengan tajuk `Wanita Dambaan Syurga’.

Gotong royong di Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dan Masjid Kampung Pantai Chenor pada 17 Januari 2021 oleh Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) Pahang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia, Yayasan Amal Malaysia Pahang, Jabatan Amal
Malaysia dan Ameerah Paya Besar. Kerja-kerja pembersihan melibatkan 17 buah pondok kediaman penuntut madrasah berkenaan yang
dikenali dengan nama Pondok Pok Kob.

Penyampaian sumbangan kepada 15 15 mangsa banjir di Pekan, Pahang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 17
Januari 2020 yang disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Pekan, Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Razak di Pusat Pemindahan Sementara
Kampung Pasir Panjang, Pekan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyertai operasi pasca banjir dengan gotong-royong membersihkan Surau Wastu An
Nahri, di Kampung Tengah Sungai, Sejijakpada 17 Januari 2021. Program melibatkan lebih 70 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan
pertubuhan terlibat termasuk Sukarelawan YADIM, Isma Kuching, Jabatan Amal Malaysia Sarawak, Sukarelawan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan dan penduduk setempat serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Majlis Pembandaran
Padawan, KWB, serta Pejabat Residen.

Program YADIM Peduli: Musa'adah di dua pondok negeri Kedah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama
Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Masyarakat (PERKEM) Kedah pada 17 Januari 2021. Sumbangan pertama ialah 25 pek makanan asasi
kepada Madrasah Islahiah, Kampung Paya Kelubi Padang Serai. Sumbangan kedua sebanyak 14 pel makanan asas disampaikan pula
kepada Madrasah Nurul Taqwa, Junjung Kulim.

Kempen Prihatin Pitas 2021 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 17 Januari 2021. Program adalah bagi membantu
penduduk daerah Pitas yang terjejas teruk akibat banjir. Sebanyak empat buah lokasi penyerahan bagi memudahkan orang ramai
menyalurkan sumbangan dibuka iaitu di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Azam Cafe Wisma Majlis Ugama Islam, Restoran Gulai Petagas dan
Restoran Al Hamra Pekan Baru Kinarut.

Penyampaian bantuan mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang YADIM Pahang di Kampung Kubang Panjang
Bandar, Bera pada 16 Januari 2021. Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM Pahang dari Kuantan, Pekan dan Rompin bersama badan bukan
kerajaan (NGO) Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Pahang serta Dakwah
Unlimited telah bekerjasama menjayakan misi ini. YADIM Pahang menyampaikan 50 kit ibadah yang berisi telekung solat, kain pelikat, kain batik
dan sejadah. Sebahagian sukarelawan juga menyampaikan sumbangan masing masing manakala sebahagian yang lain pula membasuh dua
buah rumah warga kampung tersebut.

Penyampaian sumbabangan kepada 59 keluarga mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 16 Januari
2021. Antara yang disantuni ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Endap (15 keluarga), Dewan Masyarakat Lubok Buntin (empat
keluarga)PPS Dewan Kampung Seniawan Jepon ( 12 keluarga) serta PPS Kampung Rimba Padi ( 28 keluarga) dengan jumlah keseluruhan 59
keluarga.

Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir oleh) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Sarawak) pada 15 Januari 2021. Sebanyak
lima pusat diziarahi iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Sejijak yang menempatkan 32 keluarga, PPS Chung Hua Sejijak (lapan keluarga) PPS
Batu Kawa 38 (47 keluarga), PPS Dewan Sinar Budi Baru (63 keluarga) dan PPS Dewan Batu Kitang Jaya (32 keluarga).

Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir oleh- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 15 Januari 2021. Sebanyak
dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudumenerima sumbangan iaitu PPS Dewan St Teresa Kota Marudu, yang menempatkan
36 mangsa daripada 10 keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat. Pusat ini menempatkan 39 mangsa daripada 11 keluarga.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyampaikan sumbangankepada misi kemanusiaan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) ke Pahang dan Kelantan pada 15 Januari 2021. Program JAWI tersebut menerusi Jawi Food Bank diadakan dengan
kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Bagi program ini YADIM menyumbang 50 pek makanan segera seperti bubur, biskut dan
makanan mudah masak, 50 kotak (1200 cawan air mineral serta 50 bahan bacaan buku berjudul Hamba Terpilih yang mengandungi panduan
menunaikan ibadah Ketika bencana.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyertai misi bantuan banjir pada 14 Januari 2021. Selain menyampaikan bantuan
YADIM Sarawak turut membantu memindahkan seorang pesakit strok ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan Enche
Buyong di Kuching.Antara NGO yang bersama adalah Nasarudin Care, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuching , Yayasan Ikhlas Sarawak ,
Kelab Sukan Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA), Sukarelawan YADIM, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) serta
Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak .

Live Streaming : Bicara Fiqh Semasa `Solat Jamak’ Siri 01 oleh Ustaz Azhar bin Yahya pada 15
Januari 2021

Live Streaming : Mutiara Minda Siri 03 /2021- `Norma Baharu Dalam Hubungan Antarabangsa’ bersama Prof
Madya Dr Jaffary Awang (ahli panel) dan Zamzarizal Mad Ariffin (moderator) bersempena Persidangan
Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dalam Sosio Politik pada 14 Januari 2021

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang menyampaikan 100 Kit Solat kepada mangsa banjir Pekan pada 14 Januari 2021. Kit
Solat mengandungi telekung, kain pelikat, kain batik dan sejadah beserta buku terbitan YADIM bertajuk Hamba Terpilih. Sumbangan
disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok kepada Puan Normah Abdul Jalal petugas Pusat Perpindahan Sementara
(PPS) Sekolah Kebangsaan Merchong dan Sekolah Kebangsaan Nenasi.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyediakan 300 pek bubur lambuk kepada mangsa banjir pada 13 Januari 2021.
Bubur lambuk itu diedarkan bersama dengan pek makanan kering dan pek kebersihan peribadi di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah
Kebangsaan Enche Buyong, Sekolah Kebangsaan Matu Baru dan Tupong, Kuching.

YADIM Maya Live Streaming : Bicara Dakwah Online anjuran YADIM Negeri Johor bersama PU Amin pada 13
Januari 2021.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyantuni 187 mangsa banjir Taman Malihah dan Desa Wira, Kuching pada 13 Januari
2021. Inisiatif mendapat Kerjasama daripada Earthul Mustofa (EMO), Yayasan Ikhlas Sarawak, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sarawak
, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Pertubuhan Prihatin Tunas Insan Sarawak (Puitis). Sumbangan yang
disampaikan adalah 187 kit kebersihan (hygience Kit) dan makanan kering berjumlah 48 pek telah disampaikan.

Pasukan Sukarelawan YADIM Sabak Bernam menganjurkan Program menyampaian `Back To School’ pada 12 Januari 2021 di Restoran Balqis
Pancang Bedena, Sungai Besar, Selangor. Seramai 20 orang murid yang bersekolah di sekitar Daerah Sabak, Sungai Besar, Sungai Panjg,
Pasir Panjang dan Sekincan telah menerima sumbangan keperluan peralatan sekolah.

Siaran secara langsung rancangan 60 Minit Bersama YADIM di TV AL Hijrah menampilkan Yang Dipertua
YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan yang memberikan penjelasan mengenai kejayaan dan perancangan YADIM
untuk tahun ini pada 12 Januari 2021.

Kunjungan hormat Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (KEMUDA) kepada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Bahagian
Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan bagi membincangkan kerjasama untuk belia di ILKBS seluruh Malaysia pada
12 Januari 2021 (Selasa.

Pada 11 Januari 2021 (Isnin), seramai 15 orang pegawai yang terdiri dari pelbagai bahagian mendalami tatacara sebenar sesuatu penyelidikan itu
dijalankan. Bengkel Asas Penyelidikan yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan dengan kerjasama Bahagian Sumber
Manusia

Penyampaian sumbangan beg sekolah dan barangan dapur untuk asnaf Sijangkang oleh Pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) Kuala Langat untuk empat keluarga asnaf di kampung berkenaan pada 11 Januari 2021.

Live Streaming : Bicara Dakwah Online Anjuran YADIM Negeri Negeri Kedah pada
11 Januari 2021


Click to View FlipBook Version