The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sksumambu2000, 2023-06-01 09:21:14

Modul Pengajaran RBT Tahun 4

Modul Pengajaran RBT Tahun 4

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MODUL PENGAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4 Terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2013


Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, audio dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 iii KANDUNGAN Muka surat RUKUN NEGARA vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL 1. 1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel 3 1.1 Mengenal Pasti Struktur Organisasi Bengkel. 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta. 1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel. 1.2 Mengenal Pasti Peraturan Dan Keselamatan Bengkel. 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan dan bahan berpandukan carta. 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan. 2. 2.0 Asas Teknologi 2.1 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi. 13 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka. 2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri. 2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.1.5 Menguji kefungsian kit model. 2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model. 3. 3.0 Reka Bentuk 3.1 Mereka Bentuk Projek Eksperimental. 23 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi. 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah. 3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 iv 3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental. 3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental. 3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental. 3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan. 3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek. 4. 4.0 Penghasilan Projek 4.1 Menghasilkan Projek Berasaskan Bahan Bukan Logam Dengan Litar Elektrik. 43 4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF), plastik dan mounting board. 4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan komponen. 4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar. 4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat. 4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan. 4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek. 4.1.8 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum. 4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur atau pelekat. 4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol, bateri dan suis. 4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik. 4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual. 4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek. 4.1.14 Menguji kefungsian projek. 4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 v MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA 5. 6.0 Sains Rumah Tangga 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan. 91 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat. 6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti dan jarum jahit tangan. 6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang. 6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus. 6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual. 6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih. 6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola. 6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan. 6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben. 6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan. 6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih. PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL 153 PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA 155


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN vii


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. viii


0 MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 3 TAJUK 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 1.1 Mengenal pasti struktur organisasi bengkel 1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta. 1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel. 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan dan bahan berpandukan carta. 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyediakan struktur organisasi bengkel. 2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat. 3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan struktur organisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan dan keselamatan bengkel. KEMAHIRAN 1. Boleh berperanan dalam organisasi. 2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan(EK5) – Prinsip tanggungjawab sosial 2. Nilai murni – berdisiplin dan mematuhi peraturan BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Carta keselamatan 2. Kotak pertolongan cemas 3. Alat pemadam api 4. Apron 5. Panel alatan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 4 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menceritakan kepentingan untuk melantik seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. - Pemimpin sebagai contoh teladan kepada organisasi. Langkah 1 1. Guru menunjukkan satu contoh carta organisasi bengkel dan menerangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan seperti fomen, penolong fomen dan ketua kumpulan. (Rujuk 2.1) 2. Murid memilih fomen dan penolong fomen. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. ( HOTS – mengabungkan idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea ) Langkah 2 1. Guru mengagihkan tugasan di bengkel seperti menyapu sampah, menyusun kerusi dan meja, memadam papan hitam dan menyusun alatan tangan berpandukan kumpulan yang telah ditetapkan. (Rujuk 2.1) 2. Guru mengedarkan lembaran peraturan dan keselamatan. (Rujuk 2.2 dan 2.3) 3. Guru menerangkan peraturan dan keselamatan am, diri, alat dan bahan serta meminta murid untuk menampalkan ke dalam buku latihan. 4. Guru menerangkan kepentingan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api. (Rujuk 2.6) Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan memberi penghargaan kepada murid yang dapat melengkapkan tugasan yang diberi. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru mengedarkan satu lampiran struktur organisasi bengkel yang kosong kepada setiap murid untuk dilengkapkan. 2. Murid menyenaraikan jenis-jenis tugasan di dalam bengkel. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah didedahkan dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah. REFLEKSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 5 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Pengenalan 1. Bengkel RBT adalah tempat melakukan aktiviti kemahiran yang pelbagai. 2. Aktiviti pembelajaran dan amalan kerja praktis memerlukan organisasi dan peraturan keselamatan yang menyeluruh. 3. Organisasi bengkel merupakan satu sistem kerja yang teratur dan selamat yang perlu dilaksanakan oleh murid apabila berada di dalam bengkel. 4. Secara khusus, organisasi bengkel merangkumi aspek-aspek penting seperti yang berikut: 2. Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan 2.1 Struktur organisasi bengkel 1. Organisasi bengkel merupakan suatu sistem pengurusan bengkel supaya lebih sistematik. 2. Murid perlu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan ketika berada di dalam bengkel. 3. Tujuan organisasi bengkel ialah: a) Memastikan keselamatan alatan dan bahan b) Memastikan pelajar bersikap bertanggungjawab c) Memastikan keselamatan murid d) Memastikan bengkel sentiasa bersih Alat bantuan kecemasan Penyenggaraan bengkel Keselamatan alatan dan bahan Keselamatan diri dan rakan Keselamatan am di tempat kerja Struktur organisasi bengkel ORGANISASI BENGKEL


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 6 4. Berikut adalah contoh struktur organisasi bengkel. 5. Berikut adalah contoh jadual tugasan murid. TUGASAN MINGGU 1 2 3 4 (a) Menyapu lantai (b) Menyimpan alatan dan bahan (c) Menyusun kerusi dan membersihkan meja kerja (d) Menutup tingkap dan suis A D C B B C D A C B A D D A B C 2.2 Keselamatan am di tempat kerja. 1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel. 2. Jangan bawa beg masuk ke dalam bengkel. 3. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja. 4. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat. 5. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera. 6. Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan aktiviti. 7. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel. 8. Pastikan alatan, bahan dan perkakasan sentiasa diselenggara dan disimpan selepas digunakan. GURU FOMEN PENOLONG FOMEN KUMPULAN A KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN: KUMPULAN C KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN: KUMPULAN B KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN: KUMPULAN D KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN:


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 7 2.3 Keselamatan diri dan rakan 1. Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel. 2. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut. 3. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau tudung dimasukkan ke dalam apron. 4. Fahami langkah kerja sebelum memulakannya. Tanya guru sekiranya terdapat sebarang keraguan. 5. Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel. 6. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti. Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel. 2.4 Penyenggaraan Bengkel RBT. 1. Bengkel RBT perlu disenggara supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sepanjang masa. 2. Kerja-kerja menyenggara bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar deng an mengadakan satu jadual tugasan murid. 3. Bengkel yang disenggara dengan baik dapat mengelakkan berlakunya kemalangan ketika berada di bengkel di samping mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat. Contoh bengkel yang kondusif


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 8 2.5 Keselamatan Alatan dan Bahan 1. Bahan-bahan dan alatan haruslah digunakan dengan berhemah dan cermat. 2. Semua alatan hendaklah disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur. 3. Alatan yang telah digunakan perlu dibersihkan dan disimpan di tempat asalnya. 4. Bahan-bahan yang berbahaya dan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. 5. Sebarang kerosakan atau kehilangan alatan mesti dilaporkan kepada guru. 6. Pastikan alat-alat yang tajam, berat dan boleh mencedera kan hendaklah digantung dengan kemas dan selamat. Panel alatan tangan Tempat penyimpanan bahan-bahan berbahaya 2.6 Alatan bantuan kecemasan. Peti Pertolongan Cemas 1. Peti pertolongan cemas digunakan untuk merawat luka atau kecederaan ringan. 2. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan senang untuk digunakan. 3. Peti pertolongan cemas perlu mempunyai ubatubatan, bahan raw atan luka dan k ecederaan seperti: i) Ubat luka ii) Iodin iii) Kain pembalut luka iv) Kapas v) Kain anduh vi) Gunting vii) Plaster 4. Murid perlu mendapat nasihat dan panduan guru sebelum menggunakan ubat-ubatan dan bah an rawatan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 9 Alat Pemadam Api 1. Alat pemadam api di gunakan untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran kecil. 2. Aspek-aspek asas yang berikut perlu diketahui oleh murid berkenaan dengan alat pemadam api: i) Alat pemadam api pe rlu diletakkan di tempat yang mudah diambil apabila diperlukan. ii) Dapatkan bantuan guru untuk menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api. iii) Periksa alat pemadam api dari semasa ke semasa supaya alat itu berada dal am keadaan yang baik.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 10 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. (Penilaian pengajaran dan pembelajaran) Lengkapkan struktur organisasi bengkel di bawah: KUMPULAN A KETUA KUMPULAN ……………… AHLI KUMPULAN: ……………… ……………… ……………… ……………… KUMPULAN C KETUA KUMPULAN ……………… AHLI KUMPULAN: ……………… ……………… ……………… ……………… KUMPULAN B KETUA KUMPULAN ……………… AHLI KUMPULAN: ……………… ……………… ……………… ……………… KUMPULAN D KETUA KUMPULAN ……………… AHLI KUMPULAN: ……………… ……………… ……………… ………………


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 11 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. (Penilaian pengajaran dan pembelajaran) Tandakan ( D ) pada pernyataan yang betul dan ( U ) pada pernyataan yang salah. 1. Murid bermain dan bergurau di dalam bengkel. ( ) 2. Murid membawa beg masuk ke dalam bengkel. ( ) 3. Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. ( ) 4. Murid membuka semua tingkap dan pintu untuk pengudaraan. ( ) 5. Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. ( ) 6. Memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. ( ) 7. Bermain atau bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. ( ) 8. Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. ( ) 9. Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. ( ) 10. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. ( )


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 13 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka. 2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Membaca manual dengan betul. 2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model. RINGKASAN Murid dapat membaca manual, mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model. KEMAHIRAN 1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan dengan betul ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK4) – pengetahuan teknologi 2. Kreativiti – menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul 3. Nilai murni – bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Kit model 2. Manual 3. Carta 4. Alatan tangan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 14 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Langkah 1 1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan guru. ( HOTS – mentafsir ) Langkah 2 1. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan dengan bimbingan guru. 2. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan bimbingan guru. Penutup Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ‘ Papaku pulang dari kota’. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 15 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.1.5 Menguji kefungsian kit model. 2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. 2. Menguji kefungsian kit model. 3. Menyatakan cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model. RINGKASAN Murid dapat memasang, membuka dan menyimpan kit model. KEMAHIRAN 1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK5) – mengamalkan nilai moral dan beretika. 2. Kreativiti – boleh mengendalikan komponen dengan selamat. 3. Nilai murni - bekerjasama, berhati-hati dan bertanggungjawab BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Kit model 2. Manual 3. Alatan tangan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 16 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan kit model yang berfungsi kepada murid. 2. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap individu / kumpulan. Langkah 1. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual secara individu / berkumpulan. 2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi. ( HOTS – menggabung idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea ) Penutup Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mempelajari asas binaan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 17 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Alatan tangan ALATAN TANGAN NAMA KEGUNAAN Pemutar skru philip Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala philip. Pemutar skru rata Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala belah. Kunci Allen Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala Allen. Playar muncung tirus Untuk memegang komponen yang kecil. Sepana hujung terbuka Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 18 2. Komponen kit model GAMBAR KOMPONEN NAMA KOMPONEN FUNGSI Motor Untuk menggerakan gear pada kit model. Gear Untuk menukar kelajuan atau arah pergerakan. Gandar Untuk menyambung dan menggerakan roda. Roda Untuk mengurangkan daya geseran dan memudahkan pergerakan kit model. Kerangka Sebagai tapak untuk memasang motor, gear, pemegang bateri dan suis pada kit model. Suis Untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik. Pemegang bateri Sebagai tapak untuk meletakan bateri pada kerangka kit model.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 19 3. Pemasangan kit model. Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model. Contoh pemasangan kit model. 6. Kit model kereta yang telah siap dan sedia untuk diuji. 5. Pasangkan badan kereta pada kerangka. 4. Pasangkan bateri pada pemegang bateri. 3. Pasangkan motor pada tempat yang betul. 1. Pasangkan set gear pada gandar 2. Pasangkan set roda pada gandar


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 20 4. Pengujian kit model. Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula. 5. Membuka dan menyimpan kit model. Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka semula. Guru perlu membimbing murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan. Cadangan Aktiviti


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 21 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. (Penilaian pengajaran dan pembelajaran) Namakan alatan tangan berikut dan fungsinya di dalam ruangan yang disediakan. ALATAN TANGAN NAMA KEGUNAAN


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 22 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. (Penilaian pengajaran dan pembelajaran) Nyatakan fungsi komponen yang diberikan. KOMPONEN FUNGSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 23 TAJUK 3.0 REKA BENTUK MASA 60 Minit STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi. 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah. 3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah. 3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti masalah daripada situasi diberi guru. 2. Mengumpul maklumat daripada masalah yang dinyatakan. 3. Menghasilkan lakaran penjanaan idea. 4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental. RINGKASAN Murid akan dapat mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, menghasilkan lakaran penjanaan idea dan memilih lakaran projek eksperimental. KEMAHIRAN 1. Mengumpulkan maklumat. 2. Membuat lakaran. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK2) – Boleh menyenarai dan mengumpul maklumat. 2. Kreativiti dan inovasi – Boleh memberi banyak idea. 3. Nilai murni – Daya usaha BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Ketulan ais 2. Gambar produk sedia ada


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 24 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru meletakkan seketul ais yang berada dalam bekas di atas meja. Murid diminta memerhatikan ais tersebut. Guru menunjukkan gambar berkaitan bongkah ais. Langkah 1 Guru bertanya kepada murid apakah perubahan fizikal yang akan berlaku kepada ais pada suhu bilik. Murid melakukan sesi sumbang saran untuk mendapatkan maklumat penyelesaian masalah. (HOTS – menilai) Langkah 2 Guru meminta murid melakukan proses penjanaan idea dengan menghasilkan beberapa lakaran. Murid membuat lakaran dan memilih lakaran terbaik sebagai projek eksperimental. (HOTS – merekacipta) Penutup Murid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Semua murid dapat membuat beberapa lakaran berdasarkan masalah yang diberikan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah didedahkan dengan asas sains dan teknologi semasa belajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 25 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Mereka Bentuk Projek Eksperimental Setiap rekaan mempunyai reka be ntuk tertentu. Untuk menghasilkan reka bentuk tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti antaranya: 1. Menyatakan masalah 2. Mengumpul maklumat 3. Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran 4. Memilih lakaran terbaik 5. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan 6. Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental 7. Membuat persembahan projek eksperimental 8. Mendokumentasi projek eksperimental Projek eksperimental ialah projek yang bersifat percubaan terhadap reka bentuk projek sebenar. 1. Menyatakan masalah Situasi di bawah menunjukkan satu contoh masalah. Murid diminta merujuk grafik di bawah dan berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti masalah daripada situasi tersebut. Rajah menunjukkan situasi masalah yang dihadapi


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 26 2. Mengumpul Maklumat Murid hendaklah memilih cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelesaian terbaik terhadap masalah pencairan ais dan mengekalkan bentuk ais. Berikut adalah kaedah mengumpulkan maklumat. Rajah menunjukkan kaedah mengumpul maklumat


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 27 A. Sifat Fizikal Ais Ais (pepejal) boleh berubah menjadi air (cecair) dan seterusnya menjadi wap air (gas). Seketul ais yang diletakkan ke dalam gelas atau bekas dan dibiarkan pada suhu bilik akan menjadi cair perlahan-lahan. Ini ialah kerana ais tersebut telah menyerap tenaga haba dari sekeliling dan berubah menjadi air. Ais dikatakan telah melebur dan proses perubahan ini dipanggil peleburan. Suhu di mana ais melebur dipanggil takat lebur. Takat lebur ais ialah 0 . Bebas Tenaga Haba Ais (pepejal) Ais (cecair) Serap Tenaga Haba Rajah menunjukan perubahan fizikal seketul ais Rajah menunjukan perubahan air dalam tiga keadaan


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 28 B. Penebat haba Bagi mengekalkan fizikal ais, proses yang digunakan adalah penebatan haba. Pengekalan fizikal dan sifat ais dapat dikekalkan apabila penyerapan haba dari udara dihalang secara konduksi. Contoh bahan yang boleh digunakan sebagai penebat haba adalah : x Polisterina x Serbuk kayu x Sekam padi x Fabrik x Seramik x Tanah x Garam (menurunkan suhu) Langkah Kerja/ Amali : Langkah 1: a) Murid membuat e ksperimen untuk memerhatikan perubahan si fat ais apabila didedahkan pada suhu bilik. b) Murid membincangkan bagaimana ais boleh berubah menjadi cecair. c) Murid mengenal pasti masalah projek eksperimental bagaimana untuk mengekalkan fizikal dan sifat ais dalam tempoh yang paling maksima. Langkah 2: a) Murid menyatakan kaedah atau produk sedia ada bagi mengekalkan fizikal ais. b) Murid memberi contoh bahan-bahan yang boleh berfungsi sebagai penebat haba. c) Murid membincangkan bagaimana penebat haba berfungsi. Langkah 3: a) Murid membuat bebe rapa lakaran penjanaan idea untuk melambatkan proses peleburan ais. b) Murid melakar dengan pemantauan guru. c) Murid membincangkan lakaran yang telah dihasilkan. d) Murid memilih lakaran untuk dihasilkan sebagai projek eksperimental.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 29 Ujian Kendiri/Penilaian : NAMA MURID :______________________________________ TAHUN : _______________ LEMBARAN KERJA Arahan: a) Jawab semua soalan Rajah 1 1. Rajah 1 menunjukkan ketulan ais. Apakah yang akan terjadi pada ketulan ais tersebut apabila terdedah pada suhu bilik. Tandakan ( √ ) pada jawapan yang betul. Pencairan Pemanasan Pengekalan 2. Bagi mengekalkan fizikal ais, proses yang digunakan adalah penebatan haba. Tandakan ( √ ) bagi bahan yang boleh digunakan sebagai penebat haba. Polisterina Besi Serbuk kayu Sekam padi


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 30 Arahan: a) Lakarkan tiga idea penyelesaian berkaitan penyataan masalah pada ruang yang disediakan. b) Pilih satu lakaran pilihan bagi projek eksperimental pada ruang yang disediakan. Idea 1 Idea 2 Idea 3 Lakaran idea pilihan


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 31 TAJUK 3.0 REKA BENTUK MASA 60 Minit STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental. 3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan yang digunakan. 2. Membina projek eksperimental dengan menggunakan alatan dan bahan yang telah disenaraikan. 3. Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan. 4. Membuat penambahbaikan projek. RINGKASAN Murid dapat menghasilkan projek eksperimental berdasarkan alatan dan bahan yang digunakan. KEMAHIRAN 1. Membina projek eksperimental daripada bahan dan peralatan yang telah disenaraikan. 2. Menganalisis projek eksperimental daripada pengujian projek. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK4) – membina projek eksperimental 2. Kreativiti dan inovasi 3. Nilai murni – Berhati-hati BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan sebenar – peralatan dan bahan yang telah disenaraikan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 32 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru bertanyakan kepada murid alatan tangan yang pernah mereka lihat di rumah. Setelah itu, guru membuat imbasan semula mengenai lakaran pilihan yang telah dipilih murid pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Langkah 1 Murid menyenaraikan peralatan dan bahan yang sesuai dengan lakaran yang telah dipilih untuk menghasilkan projek eksperimental. Murid menyediakan bahan dan peralatan yang akan digunakan dengan bimbingan guru. Langkah 2 Murid membina dan menguji projek eksperimental dengan bantuan dan pemantauan guru. Murid menganalisis daripada ujian yang dijalankan dan melakukan penambahbaikan jika perlu. (HOTS – membina dan menguji) Penutup Murid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Semua murid dapat menggunakan peralatan dan bahan untuk menghasilkan projek eksperimental dengan cara yang betul. 2. Murid dapat menguji projek eksperimental dan membuat penambahbaikan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat alatan dan bahan yang digunakan pada projek eksperimental ini. REFLEKSI


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 33 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Langkah 1 a) Guru menerangkan semula lakaran projek eksperimental yang dipilih. b) Guru menyoal murid berkaitan alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk menjalankan projek. c) Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang akan digunakan. AlatanTangan Gambar Nama Kegunaan Pisau pelbagai guna Untuk memotong polisterina Gunting Untuk memotong pita pelekat Pembaris Untuk kerja mengukur


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 34 Bahan Gambar Nama Bahan Kelebihan Polisterina i. Ringan dan mudah dipotong. ii. Merupakan bahan penebat haba. Pita pelekat i. Mudah untuk mencantumkan dua bahagian polisterin. ii. Mudah digunakan. Langkah 2 a) Guru menerangkan beberapa faktor keselamatan semasa menggunakan alatan. b) Guru menunjuk cara penggunaan alatan tangan secara berkumpulan.


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 35 Projek :Membina bekas menyimpan ais 1. Kenal pasti lakaran penyelesaian yang dipilih. 2. Terjemahkan lakaran penyelesaian yang dipilih kepada bentuk 3D. Struktur / Rangka Bentuk


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 36 3. Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan. Pisau Gunting Pembaris Polisterina Pita pelekat


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 37 4. Bina projek eksperimental berdasarkan lakaran. Gambar Aktiviti Kerja mengukur dan menanda polisterina Kerja memotong polisterina Kerja memotong pita pelekat Kerja mencantum bahagian polisterina


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 38 5. Menguji projek eksperimental dan membuat penambahbaikan. Contoh projek yang telah siap Laporan Ujian Projek Eksperimental Bil Perkara Keputusan Ya Tidak 1 Kecairan ais dalam masa 5 minit 2 Kecairan ais dalam masa 10 minit Berjaya Tidak Keputusan Ujian Cadangan Penambahbaikan


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 39 TAJUK 3.0 REKA BENTUK MASA 60 Minit STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan. 3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Membuat persembahan projek secara lisan. 2. Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek. RINGKASAN Murid dapat mendokumentasi dan mempersembahkan projek eksperimental yang telah dibuat. KEMAHIRAN 1. Berkomunikasi secara berkesan. 2. Mendokumentasikan projek. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK1) – berkomunikasi dengan baik. 2. Kreativiti dan inovasi. 3. Nilai murni – mengamalkan keselamatan 4. TMK – menggunakan perisian persembahan BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Bahan sebenar – ais 2. Projek eksperimental yang dibina


Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 40 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru membuat imbasan semula mengenai projek eksperimental yang telah dipilih dan dibina oleh murid pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Langkah 1 Murid bersedia dengan projek eksperimental dan bahan dokumentasi yang telah dibuat untuk sesi persembahan projek. Langkah 2 Murid mempersembahkan hasil projek masing-masing secara lisan. Murid diberi galakan dan bimbingan untuk bersoal jawab dengan rakan mereka yang membuat persembahan. (HOTS – menilai idea) Langkah 3 Murid mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental yang telah dibuat sebagai dokumentasi projek. Penutup Murid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penilaian adalah berdasarkan hasil projek yang dibina, sesi persembahan projek dan bahan dokumentasi yang dikumpulkan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah dilatih untuk berkomunikasi dengan baik. REFLEKSI


Click to View FlipBook Version