Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 91 TAJUK 6.0 SAINS RUMAHTANGGA MASA 60 minit (2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat. 6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, dan jarum jahit tangan. 6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya. 2. *Mengenal pasti alatan jahitan. 3. Menyatakan jenis bahan jahitan. RINGKASAN Murid dapat menyatakan contoh artikel jahitan serta dapat mengenal pasti alatan jahitan dan menyatakan jenis bahan jahitan dengan betul. KEMAHIRAN 1. Menamakan alatan jahitan. 2. Menyatakan jenis bahan jahitan. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan: (EK3) – berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan 2. Kreativiti & Inovatif – boleh menjana idea 3. Nilai murni -Jimat cermat, keselamatan 4. Pendidikan Alam Sekitar BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Artikel jahitan 2. Kit alatan jahitan 3. LCD projector 4. Carta 5. Lembaran kerja
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 92 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan beberapa contoh artikel jahitan. 2. Guru bersoal jawab dengan murid: a. Apakah nama artikel jahitan ini? Jawapan : Alas dulang, permainan lembut, sarung kotak tisu. b. Dimanakah kamu biasa melihat artikel jahitan ini? Jawapan : Di rumah, pasar raya, pasar malam. c. Bolehkah kamu menghasilkan artikel seperti ini? Jawapan : Pelbagai respon dari murid. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Guru mengedarkan alatan jahitan bagi setiap kumpulan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, kapur tukang jahit, dan jarum jahit tangan. 2. Guru memperkenalkan setiap alatan jahitan dan kegunaannya. Langkah 2 Guru menerangkan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang sambil mengedarkan contoh bahan itu. Penutup 1. Murid dan guru merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari hari ini. 2. Formen mengarahkan ketua kumpulan mengumpul dan memulangkan semula alatan jahitan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 6a dan 6b) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat dan memiliki contoh-contoh artikel yang dinyatakan. Murid juga pernah melihat dan memiliki alatan jahitan seperti gunting fabrik, jarum jahit, jarum peniti, pita pengukur, fabrik dan benang,. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 93 Info Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Alatan jahitan BIL ALATAN FUNGSI 1 Gunting kertas Menggunting kertas atau pola. 2 Gunting fabrik Menggunting fabrik sahaja. 3 Pembaris lurus Mengukur, menanda dan membuat garisan pada pola. 4 Pita ukur x Mengukur fabrik x Mengambil ukuran badan
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 94 5 Roda surih Memindahkan tanda pola ke fabrik. 6 Kertas karbon tukang jahit Memindahkan tanda pola, garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih. 7 Peretas jahitan x Meretas dan menanggalkan mata jahitan. x Memotong lubang butang. 8 Jarum peniti x Menyemat pola pada fabrik. x Menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 95 9 Jarum jahit tangan Menjahit fabrik dengan jahitan tangan. 10 Kapur tukang jahit Menanda pada fabrik.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 96 2. Bahan Jahitan BIL BAHAN 1 Fabrik 2 Benang
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 97 Lampiran 1 NAMA MURID :________________________________ KELAS :______________ LEMBARAN KERJA ALATAN JAHITAN DAN FUNGSI BIL ALATAN FUNGSI 1 Nama alat:.................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... 2 Nama alat:....................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... . 3 Nama alat:..................................... ................................................................... ................................................................... ...................................................................
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 98 4 Nama alatan:...................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... 5 Nama alat:.................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... 6 Nama alat: .................................... .................................................................. ................................................................. .................................................................. ..................................................................
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 99 Lampiran 2 A. Padankan jawapan yang betul berdasarkan pernyataan yang diberi. 1 Memindahkan tanda pola, garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih. 2 Menggunting kertas atau pola. 3 Digunakan untuk mengukur dan menanda pada pola. 4 Alatan digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabrik. 5 Alatan yang digunakan untuk menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur. Jarum peniti Gunting kertas Kapur tukang jahit Kertas karbon jahit Pembaris lurus B. Tandakan ( √ ) untuk pernyataan yang betul dan ( X ) untuk pernyataan yang salah. 1. Jarum peniti digunakan untuk menyemat fabrik sebelum menggunting. ( ) 2. Gunakan pensil warna untuk menanda fabrik. ( ) 3. Gunting fabrik boleh digunakan untuk menggunting kertas. ( ) 4. Kapur tukang jahit terdapat di dalam pelbagai warna. ( ) 5. Pita ukur digunakan untuk mengambil ukuran badan. ( )
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 101 TAJUK SAINS RUMAHTANGGA MASA 60 minit (2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan jenis mata jahitan tangan. 2. Menyatakan kegunaan mata jahitan tangan. 3. Menjahit mata jahitan tangan. RINGKASAN Murid dapat menjalankan kerja amali menjahit mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus dengan bimbingan guru. KEMAHIRAN Menjahit mata jahitan tangan pada kepingan fabrik contoh. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK1 – Berdaya tahan - Murid tidak berputus asa 2. Pendidikan Alam Sekitar 3. Nilai murni – patriotisme - keselamatan - Tekun BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Contoh jahitan tangan 2. Contoh pakaian sekolah 3. Kit alat jahitan 4. Bahan jahitan 5. LCD projector 6. Lampiran
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 102 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1.Guru menunjukkan 2 helai pakaian sekolah a. Lencana sekolah yang meretas b. Lencana sekolah yang disemat dengan jarum peniti. 2. Guru mengajukan soalan: a. Apakah yang perlu kamu lakukan pada lencana sekolah yang meretas ini? Jawapan : terima sahaja jawapan yang dilontar oleh murid b. Apakah keburukan memakai lencana sekolah yang disemat dengan jarum peniti? Jawapan : terima sahaja jawapan yang dilontar oleh murid 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan unsur patriotisme dan tajuk pembelajaran hari ini. Langkah 1 Guru menunjukkan contoh mata jahitan tangan dan menerangkan kegunaannya. Langkah 2 1. Guru menunjuk cara menjahit mata jahitan tangan dalam kumpulan kecil. 2. Guru juga mempamerkan gambar rajah cara menjahit mata jahitan dengan berbantukan komputer. Langkah 3 Fomen mengedarkan alatan dan bahan mengikut kumpulan. Langkah 4 Murid menjalankan aktiviti menjahit dengan bimbingan guru. Aktiviti Pengukuhan: Soalan lisan 1. Sebutkan tiga jenis mata jahitan tangan yang telah dipelajari? 2. Apakah kegunaan jahitan kia? 3. Jahitan manakah yang lebih kukuh? Penutup 1. Murid mempamerkan hasil kerja dan memberi komen 2. Guru memberi komen dan pujian hasil kerja murid. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 3) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat ibu/tukang jahit menjahit jahitan tangan pada fabrik. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 103 Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan; Jenis mata jahitan tangan Jenis Jahitan Kegunaan Langkah menjahit Jahitan kia 1. Untuk memula dan mematikan jahitan. 2. Untuk menggantikan jahitan mesin. 3. Sebagai jahitan hiasan. 4. Mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. 1.Masukkan jarum dari A terus ke B dengan jarak 4 mm. 2.Tarik jarum dan tinggalkan hujung benang 30 mm. 3.Ulangi proses menjahit dari A ke B dan sekali lagi.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 104 4. Kemudian masukkan jarum dari A ke C dengan jarak 4 mm dari B. Tarik jarum. Undur semula jarum ke B dan cucuk jarum ke D pula. 5.Ulangi proses menjahit hingga siap. 6. Matikan jahitan dengan jahitan kia dan gunting kedud-dua hujung benang hingga tinggal 5mm.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 105 Jelujur kasar 1. Digunakan sebagai jahitan sementara. 2. Untuk menetapkan 2 atau lebih lapisan fabrik. 1. Mula menjahit dengan jahitan kia. 2. Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 10mm hingga 15mm. 3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 106 4. Matikan jahitan dengan jahitan kia. Jelujur halus 1. Untuk mencantum 2 atau lebih kepingan fabrik. 2. Sebagai jahitan hiasan. 1.Mula menjahit dengan jahitan kia. 2.Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 3 mm hingga 4 mm. 3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap. 4. Gunakan hujung mata jarum semasa menjahit.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 107 Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan; 1. Guru hendaklah menyemai semangat patriotisme semasa set induksi. Contoh : Guru menerangkan kepada murid bahawa lencana sekolah yang meretas masih boleh dibaiki dan jangan dibuang. Guru juga menegaskan kepada murid bahawa lencana sekolah adalah lambang kebanggaan kita dan perlu dijaga dengan baik. 2. Guru menegaskan faktor keselamatan semasa pengajaran dan pembelajaran amali jahitan. Contoh : 1. Murid tidak bermain dengan alatan jahitan yang diedarkan oleh fomen. 2. Benang tidak terlalu panjang untuk mengelakkan benang tersimpul dan jarum tercucuk rakan. 5. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 108 Lampiran 1 NAMA MURID :________________________________ KELAS: _______________ A. Gariskan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah. 1. Jahitan ( kia , jelujur kasar) boleh digunakan apabila tiada mesin untuk menjahit. 2. Jahitan ( jelujur kasar , kia ) adalah jahitan sementara. 3. Jahitan ( jelujur halus , jelujur kasar ) adalah lebih kukuh. 4. Setiap jahitan tangan dimulakan dan dimatikan dengan jahitan ( kia , jelujur halus). 5. Jahitan ( jelujur halus , jelujur kasar ) boleh digunakan sebagai jahitan hiasan. B. Namakan jenis mata jahitan dalam gambar rajah yang diberi. a. ________________________
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 109 TAJUK 6.0 SAINS RUMAHTANGGA MASA 60 minit (2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual 6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih. 6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Memilih artikel jahitan. 2. Menyediakan alatan dan bahan. 3. Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola. RINGKASAN Guru dan murid membincangkan contoh artikel yang akan dijahit dengan panduan manual yang diberi. Murid akan memilih alatan dan bahan yang akan digunakan. Seterusnya guru akan menerangkan cara menyusun atur pola, menggunting dan memindahkan tanda pola. KEMAHIRAN 1. Menyusun atur pola. 2. Menggunting fabrik. 3. Memindah tanda pola. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK3 - Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang disediakan. -Murid berupaya menjalankan tugasan mengikut Perancangan. 2. Nilai murni - teliti - tekun - sistematik 3. Pendidikan Alam Sekitar- kitar semula dan kebersihan
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 110 BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Contoh artikel yang telah siap beserta manual (pola) 2. Kit alatan jahitan 3. Bahan- bahan jahitan 4. Kertas lembaran kerja AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan satu contoh artikel yang telah siap dijahit dan mengajukan soalan kepada murid. Soalan: a. Apakah alatan dan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan artikel ini? b. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini. Langkah 1 1. Guru mempamerkan beberapa contoh a rtikel bersama manual. 2. Murid memilih manual artikel, alatan dan bahan dengan bimbingan guru. Langkah 2 Guru menunjuk cara: 1. Menyusun atur pola di atas fabrik. 2. Menggunting fabrik. 3. Memindahkan tanda pola ke fabrik Langkah 3 1. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru. 2. Murid menyimpan fabrik yang telah siap digunting ke dalam bekas berlabel yang disediakan. Penutup Murid diminta menceritakan pengalaman pembelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid melengkapkan senarai semak secara bertulis dalam lampiran yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 4) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat alatan dan bahan jahitan di rumah dan di pasar raya. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 111 A. Cara menggunting fabrik. 1. Letak sebelah tangan di atas fabrik semasa menggunting. 2. Gunting fabrik dengan guntingan yang panjang dan sekata. Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan; C. Memindahkan tanda pola. Maklumat tambahan guru A. Menyusun atur pola 1. Letakkan pola di atas fabrik. 2. Susun pola mengikut tanda pola. 3. Semat, dengan jarum peniti. (Rujuk m/s 4, cara menyemat peniti)
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 112 B. Menggunting Fabrik a. Gunakan gunting yang tajam. b. Letakkan sebelah tangan di atas fabrik. c. Gunting fabrik dengan gerakan guntingan yang panjang dan sekata. d. Fabrik tidak boleh diangkat semasa menggunting. e. Hasil guntingan mestilah kemas dan tidak berambu-rambu. C. Memindahkan tanda pola. 1. Pindahkan tanda pola (garisan pemadan) ke atas fabrik menggunakan roda surih dan kertas karbon tukang jahit. 2. Cabut jarum peniti dan tanggalkan pola. Tanda Pola Maksud Penerangan Ira lurus Susun pola mengikut ira fabrik. Tanda lipatan Letakkan pada lipatan fabrik. - - - - - - - Garisan pemadan Bahagian yang hendak dijahit
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 113 Lampiran 4 NAMA MURID :________________________________ KELAS :________________ SENARAI SEMAK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Bil Item Ya Tidak 1 Memilih manual artikel yang sesuai mengikut kemampuan. 2 Menyediakan alatan jahitan yang betul. 3 Menyediakan bahan jahitan yang betul. 4 Menyusun atur pola di atas fabrik dengan betul. 5 Menggunting fabrik dengan menggunakan teknik yang betul. 6 Memindahkan tanda pola ke atas fabrik dengan betul. 7 Menggunakan alatan jahitan dengan betul. 8 Mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa amali. 9 Mengamalkan peraturan dan keselamatan di bengkel. 10 Merasa seronok dapat menghasilkan artikel jahitan.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 115 TAJUK 6.0 SAINS RUMAHTANGGA MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 6.1. Menghasilkan Artikel Jahitan STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.8 Menghasilkan artikel jahitan dengan jahitan tangan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : Menjahit satu contoh artikel dengan menggunakan jahitan tangan. RINGKASAN Murid dapat menjahit artikel jahitan yang dipilih dengan menggunakan jahitan tangan. KEMAHIRAN Menjahit satu art ikel menggunakan jahitan kia, jahitan jelujur kasar dan jahitan jelujur halus dengan langkah yang betul. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK4 – Menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber kitar semula. - Murid boleh menggunakan sumber alternatif/ bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk . 2. Nilai murni – sistematik, teliti, berhati-hati 3. Pendidikan alam sekitar BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Carta jahitan tangan 2. Kit alatan jahitan 3. Bahan jahitan 4. TMK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menunjukkan satu contoh artikel yang telah siap digunting mengikut pola yang dipilih. Soalan : a. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk mencantumkan kepingan fabrik ini. Jawapan ; jahitan tangan/jahitan mesin
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 116 Langkah 1 Formen membantu guru mengedarkan semula kepingan fabrik yang telah siap digunting mengikut nama. Langkah 2 Guru menggunakan LCD untuk mengimbas semula car a menjahit mata jahitan tangan. Langkah 3 1. Murid menjahit artikel jahitan artikel dengan panduan LCD. 2. Guru membimbing murid menjahit artikel. Penutup Hasil kerja murid di pamerkan dan murid memberi komen. Guru memberi pujian kepada murid yang menghasilkan jahitan yang kemas. Guru meminta murid mel ayari internet/ mengumpul gambar bahan hiasan dari majalah untuk pelajaran akan dating. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid melengkapkan lembaran kerja yang diedar oleh guru. (Rujuk lampiran 5) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mempelajari jahitan tang an pada pelajaran yang lepas. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 117 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN SARUNG KUSYEN MINI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 118 Langkah 1 Sediakan Pola Ukuran Sarung Kusyen Bahagian hadapan : Panjang 21 cm X Lebar 21 cm ( 1 keping)
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 119 Bahagian Belakang : Panjang 21 cm X Lebar 12 cm (2 keping)
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 120 Menyusun atur pola di atas fabrik
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 121 Langkah 2 Menyediakan kepingan belakang sarung kusyen mini. 1. Sediakan kelepet di hujung tiap kepingan. 2. Tetapkan kelepet dengan jahitan jelujur halus. Langkah 3 Jahit butang katup di ke dua-dua belah A dan B.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 122 Langkah 4 Mencantumkan kepingan hadapan dan belakang 1. Lapiskan kepingan belakang ke atas kepingan hadapan. 2. Pin dan jahit jelujur kasar di garisan pemadan. 3. Jahit jelujur halus satu jahit kia sebagai jahitan tetap. Langkah 5 Terbalikkan sarung kusyen yang telah siap dijahit ke sebelah luar.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 123 MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN KUSYEN BULAN BINTANG
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 124 POLA 1. Bahagian hadapan dan belakang 2. Bahagian kelopak bintang
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 125 Susun atur pola di atas fabrik
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 126 Kelopak hadapan (bulan) Bahan hiasan - butang hiasan - jahitan sulaman Jelujur halus
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 127 3. (a)Cantumkan lima kelopak bintang pada tepi kusyen bahagian belakang. (b)Cantumkan kedua-dua keping bahagian hadapan dan belakang kusyen dengan jahitan jelujur kasar dan tetapkan dengan jelujur halus atau kia. (c) Tinggalkan sedikit ruang untuk mengisi kapas ke dalam kusyen.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 128 MENJAHIT BEG COMEL Bahan 1. Fabrik sederhana tebal 2. Bahan untuk tangkai beg (tiub plastik) 3. Benang jahit 4. Bahan hiasan - butang - reben - lain-lain bahan hiasan yang sesuai
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 129 POLA BEG COMEL
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 130 Susun atur pola beg comel di atas fabrik Cara menjahit Langkah menjahit 1. Lipat fabrik mengikut garisan tengah (GT) dengan sebelah luar berhadapan. 2. Jahit jelujur halus di bawah garisan kelepet. Jelujur halus Garisan kelepet GT
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 131 3. Kemaskan kelim di kedua-dua tepi dengan jahitan jelujur halus 4. 5. 6. Masukkan tangkai di ruang kelepet, kedutkan dan matikan kedutan dengan jahitan kia. 7. Jahit kia/ jahit jelujur halus untuk meneguhkan pangkal tangkai beg. 8. Hiaskan beg.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 132 PENGGANTUNG SURAT BAHAN 1. Fabrik bercorak/ Gingham (37 cm X 26 cm) 2. Fabrik tanpa corak (19 cm X 17 cm) 3. Bahan hiasan – riben kecil, butang, tali kod (1.5m) 4. Rod PVC 5. Benang jahit
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 133 POLA PENGGANTUNG SURAT POLA A POLA B
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 134 Susun atur pola di atas fabrik POLA A POLA B
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 135 Langkah 1 Menjahit Kelepet Bahagian Tepi Pola A 1. Buat kelepet di kedua-dua bahagian tepi. 2. Semat jarum peniti dan jahit jelujur kasar untuk menetapkan kelepet. 3. Tanggalkan jarum peniti. Jahit jelujur halus dan matikan dengan jahitan kia. 4. Tanggalkan jelujur kasar dan tekan dengan seterika. Langkah 2 Menjahit Kelepet Bahagian Atas dan Bawah Pola A 1. Buat kelepet di bahagian atas dan bawah pola A. 2. Semat jarum peniti dan jahit jelujur kasar untuk menetapkan kelepet. 3. Tanggalkan jarum peniti. Jahit jelujur halus dan matikan dengan jahitan kia. 4. Tanggalkan jelujur kasar dan tekan dengan seterika. Pola A S.D Pola A S.D Jelujur halus Jelujur kasar Jarum peniti Jarum peniti Jelujur halus Jelujur kasar
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 136 Jahit jelujur kasar disekeliling poket. 3. Tanggalkan jarum peniti. Jahit jelujur halus di sekelilingnya.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 137
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 138 Lampiran 4 Lampiran 5 Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan 1. Cuci tangan sebelum memulakan kerja menjahit. 2. Guru memastikan murid menggunakan selembar benang semasa menjahit. 3. Guru memastikan murid tidak menggunakan benang yang terlalu panjang sebelum menjahit untuk mengelakkan : 3.1. Benang bersimpul 3.2. Kemalangan (jarum mungkin akan tercucuk rakan) 4. Mulakan jahitan dari kanan ke kiri 5. Murid perlu menyimpan semua alatan ditempat yang betul selepas menjahit. 6. Murid hendaklah mengemas dan membersihkan meja kerja dan bengkel.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 139 Lampiran 5 NAMA MURID :________________________________ KELAS :________________ A. Susunkan langkah menghasilkan artikel jahitan yang betul mengikut urutan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai Pilih artikel berpandukan manual Gunting fabrik Pindahkan tanda pola pada fabrik Susun pola di atas fabrik Jahit artikel
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 140 B. Namakan alatan dan bahan jahitan yang digunakan untuk menjahit artikel dalam gambar rajah yang diberi. Alatan jahitan tangan 1.________________________________ 2.________________________________ 3.________________________________ Bahan dan bahan hiasan 1.________________________________ 2.________________________________ 3.________________________________